MEDAN, INDONESIA, 29 Februari - Telah berlangsung Majlis MenandatanganiMemorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM Cawangan Kelantan bersamadengan Pondok Tahfizul Qur'an Shah Amin UMN Al-Washliyah yang merupakansebuah Pondok Tahfiz Quran yang bergerak di bawah Yayasan Al-Washliyah, MedanIndonesia anjuran Fakulti Perakaunan dengan kerjasama Unit ICAN UiTMCawangan Kelantan pada 29 Februari 2024.Penyedia Laporan:Dr. Nazhatul Sahima Mohd YusoffKoordinator ICANBahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan AlumniMAJLIS MENANDATANGANIMEMORANDUMPERSEFAHAMAN (MoU)UiTM CAWANGAN KELANTANBERSAMA DENGAN PONDOKTAHFIZUL QUR’AN SHAH AMINMoU ini telah ditandatangani oleh Profesor Dr.Haji Abdol Samad Nawi (Rektor) dan disaksikanoleh Dr. Norzieha Mustapha, (Timbalan RektorPJIA) bagi mewakili UiTM Cawangan Kelantanmanakala bagi pihak Pondok Tahfizul Qur'anShah Amin UMN Al-Wasiliyah pula telahditandatangani oleh Dr. H. Anwar Sadat(Pengarah) dan disaksikan oleh Bapak Jumari(Penolong Pengarah) Pondok Tahfizul Qur'anShah Amin UMN Al-Washliyah, MedanIndonesia.Antara intipati yang terkandung dalam MoU iniadalah untuk menjalinkan hubungan dankerjasama dua hala di antara UiTM CawanganKelantan dengan Pondok Tahfizul Qur'an ShahAmin UMN Al-Washliyah dalam bidangakademik, penyelidikan dan program khidmatmasyarakat.Delegasi UiTM Cawangan Kelantan terdiri daripada Profesor Dr. Haji Abdol SamadNawi (Rektor), Profesor Madya Dr. Mohd Nasir Ismail (Timbalan Rektor Hal EhwalAkademik), Dr. Norzieha Mustapha, (Timbalan Rektor PJIA), Dr. Nazhatul SahimaMohd Yusoff, (Koordinator ICAN) dan juga Dr. Noor Marini Haji Abdullah serta PuanRabaatul Azira Hassan, pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantanyang juga merupakan pencetus kepada keterjalinan MoU ini di antara duaorganisasi bagi dua buah negara. Turut hadir bersama 6 orang mahasiswa dariFakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan dalam menjayakan aktiviti bersamaPondok Tahfizul Qur'an Shah Amin UMN Al-Washliyah, Medan Indonesia.38
Secara keseluruhan, program yang diadakan berjalan dengan lancar secara dalamtalian di Youtube Rasmi UiTM Cawangan Kelantan. Program dimulakan denganucapan alu-aluan dan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Moderator iaitu EncikMohamed Izham Mohamed Nor. Ucapan alu-aluan ini sedikit sebanyak memberikesan yang positif kepada semua warga UiTM yang hadir untuk memahami secaralebih mendalam berkenaan dengan bulan Ramadan Al-Mubarak.Program ini diteruskan dengan Slot Penceramah yang bertajuk ‘Persiapan DiriMenyambut Ramadan Al-Mubarak’ yang disampaikan oleh Pensyarah KananAkademik Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Kelantan iaitu Dr. AhmadMurshidi Mustapha. Beliau mengupas secara mendalam beberapa perkara pentingsebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua wargaUiTM antaranya ialah taubat sebenar-benarnya, banyakkan berdoa supaya diberikekuatan dan semangat untuk menghadapi bulan Ramadan, mengurangkanmakan, mengulangi hukum-hakam berkaitan puasa, susun segala aktiviti danprogram di bulan Ramadan dan akhir sekali, persiapan hati iaitu berasa seronokdan gembira untuk menghadapi bulan Ramadan.Akhir kata, seramai 3,607 peserta hadir dalam talian bersama-sama mendengarkupasan yang dilontarkan oleh Dr. Ahmad Murshidi di Youtube Rasmi UiTMCawangan Kelantan dan kebanyakan para hadirin memberi cadangan supayaprogram-program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.Penganjuran program sebegini dapat memberi kesedaran serta mengingatkanpara peserta berkenaan keistimewaan dan kebesaran bulan Islam.Penyedia laporan:Encik Mohamed Izham Mohamed NorKeraniHal Ehwal IslamCERAMAH DI AMBANGRAMADAN: PERSIAPAN DIRIMENYAMBUTRAMADAN AL-MUBARAKAntara objektif program ini dilaksanakanadalah bertujuan untuk memberi kesedarantentang pentingnya untuk kita sebagai umatIslam membuat persediaan yang rapi bagimenghadapi bulan yang ditunggutunggukan oleh semua umat Islam iaitubulan Ramadan yang mana bulan tersebutdapat memberi impak yang besar dalamkehidupan seharian kita.MACHANG, 29 Februari - Bulan Februari sempena bulan Syaaban 1445H,merupakan salah satu daripada bulan-bulan istimewa dalam islam yang manabulan Syaaban merupakan bulan yang penuh keberkatan kerana ianya bulan diambang Ramadhan. Sehubungan dengan itu, 29 Februari yang lepas, Pusat IslamUiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah mengadakan satu program diambang Ramadan iaitu program ceramah bertajuk ‘Persiapan Diri MenyambutRamadhan Al-Mubarak’ kepada semua warga UiTM Cawangan Kelantan.39
SHAH ALAM, 29 Februari – Staf Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan berbesarhati kerana telah diberikan peluang mengadakan “Lawatan Penanda Aras danPenerapan Nilai ESI iDART Staf Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan keUniversiti Teknologi MARA” pada 29 Februari 2024 sehingga 1 Mac 2024. Sesilawatan telah diadakan ke beberapa lokasi antaranya Pejabat Pendaftar UiTMShah Alam dan Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam. Bagi mencapaimatlamat yang lebih holistik dan meluas, lawatan kali ini melibatkan penyertaanpeserta dalam kalangan pelbagai bahagian di UiTM Cawangan Kelantan. Programyang berlangsung selama 2 hari ini disertai oleh 31 orang staf daripada pelbagaibahagian. Delegasi ini diketuai oleh Encik Hishamudin Mohamad Twontawi,Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Kelantan.Program ini adalah rancangan Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Kelantandan mendapat sokongan sepenuhnya oleh Rektor UiTMCK iaitu Profesor Dr. HajiAbdol Samad Nawi. Antara objektif lawatan ini adalah bagi memberi pendedahan,berkongsi idea dan pengalaman sepanjang mengurus urusan perkhidmatansumber manusia. Selain itu, lawatan ini juga diadakan untuk meningkatkanpengetahuan dalam pengurusan tangkas yang diaplikasikan oleh UiTMCawangan Selangor yang merupakan tunjang utama UiTM. Ini sekaligus telahmemberi peluang bagi membentuk jaringan dan kolaborasi bersama staf UiTMCawangan Kelantan dan UiTM Selangor yang sebelum ini banyak berurusansecara maya.Bahagian Pentadbiran selaku penganjur utama telah berjaya menjalankanprogram bagi mencapai PI UiTM-Happines Index & ESI iDART. Sepanjang programini, peserta telah didedahkan amalan terbaik perkhidmatan di Pejabat Pendaftar.Peserta juga diberi peluang untuk melawat semua bahagian di Pejabat Pendaftarantaranya Bahagian Governan & Sekretariat Universiti, Jabatan PengurusanSumber Manusia dan Bahagian Rekod Pelajar & Konvokesyen.STAF PENTADBIRAN UiTMCAWANGAN KELANTAN KEUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA40
Penyedia Laporan:Puan Wan Noor Azwani Wan Abd RasidPegawai EksekutifBahagian PentadbiranCik Ruhayu NurdinPegawai EksekutifUnit Komunikasi KorporatDelegasi UiTM Cawangan Kelantan disambut dengan bingkisan ucapan khas dariPendaftar UiTM dan disampaikan oleh Cik Noor Farah Zaiti Mohd Zaidon, TimbalanPendaftar Kanan Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf.Hari kedua lawatan diteruskan ke Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM PuncakAlam yang dahulunya dikenali sebagai Hospital UiTM. Bangunan fasiliti terbaharu inidibina dengan reka bentuk seni bina tersendiri yang bakal menjadi mercu tandakebanggaan universiti.Peserta berpeluang mendapat taklimat tentang perkhidmatan yang ditawarkanoleh HASA. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Wan Saufi Irfaan W. Zamri,Penolong Pendaftar Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia. Peserta sangat terujadengan fasiliti perubatan berteknologi tinggi dan terkini yang terdapat di HASAyang mana dilihat standing dengan hospital yang terkemuka di Malaysia.Delegasi UiTM Cawangan Kelantan turut diberi peluang untuk melihat lebih dekatsetiap bahagian dan ruang di HASA termasuk perpustakaan dan wad. Inimemberikan suntikan semangat baru kepada peserta untuk lebih tekun dalammenjalankan peranan dan tanggungjawab staf di dalam menyokong ESI dan iDART.Ini bakal memastikan visi UiTM untuk menjadi sebuah universiti terkemuka duniadalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan dapat tercapaidengan jayanya.39
MEDAN, 29 Februari – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di antara PondokTahfizul Quran Shah Amin, Universitas Muslim Nusantara Al-Washliyah (UMN AW)dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan anjuran FakultiPerakaunan dengan Kerjasama Unit ICAN, BPJIA UiTM Cawangan Kelantan danUMN AW.Delegasi daripada UiTM Cawangan Kelantan diketuai oleh Profesor Dr. Haji AbdolSamad Nawi (Rektor), Profesor Madya Dr. Mohd. Nasir Ismail (Timbalan RektorBahagian Hal Ehwal Akademik), Dr. Norzieha Mustapha (Timbalan Rektor PJIA), Dr.Noor Marini Haji Abdullah, Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan selaku pencetuskepada keterjalinan MoU di antara kedua-dua organisasi di antara dua negara, Dr.Nazhatul Sahima Mohd Yusoff (Koordinator ICAN), Puan Rabaatul Azira Hasan,pensyarah Fakulti Perakaunan serta pelajar ijazah kedoktoran (perakaunan) dan 6orang mahasiswa Sarjana Perakaunan, Fakulti Perakaunan, UiTM CawanganKelantan.MAJLIS MENANDATANGANI MOUKERJASAMA TANGGUNGJAWABSOSIAL KORPORAT (CSR) DIANTARA PONDOK TAHFIZULQURAN SHAH AMIN, UNIVERSITAS MUSLIM NUSANTARA ALWASHLIYAH (UMN AW) DANUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA(UiTM) CAWANGAN KELANTAN &BUSINESS AND ACCOUNTINGRESEARCH40
Selain daripada upacara menandatangani MoU CSR di antara UiTM dan PondokTahfizul Quran Shah Amin UMN AW, pada hari yang sama iaitu pada 29 Februari2024 telah berlangsungnya Business and Accounting Research Symposium diantara Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Kelantan dan Fakultas Ekonomi &Bisnis, Universitas Muslim Nusantara Al-Washliyah (UMN AW). Upacara inidilaksanakan bagi merealisasikan MoA Accounting Research Symposium andForum di antara UiTM dan UMN AW yang telah ditandatangani pada 14 Ogos 2023.Kolaborasi akademik di antara 2 buah negara ini telah memberikan peluang kepadamahasiswa dan pensyarah kedua-dua buah universiti untuk memahami isu-isusemasa di dalam bidang perniagaan, perakaunan dan pengauditan di dalamkonteks Malaysia mahupun Indonesia. Terdapat 2 orang pelajar daripada UiTMCKiaitu saudara Muhammad Irsyad Zharfan Shariful Bhari & saudari Nadrah HanaHamdi dan 2 orang pelajar daripada UMN AW iaitu Clarisa Tarigan & KhadizahHairani yang telah melakukan pembentangan di dalam simposium tersebut.Usai pembentangan, panel penilai akan memberi komen dan saranan kepada parapembentang. Panel penilai bagi pelajar UMN AW adalah terdiri daripada pensyarahdaripada UiTMCK iaitu Dr. Noor Marini Haji Abdullah dan Puan Rabaatul AziraHassan. Manakala panel penilai bagi pelajar UiTMCK adalah terdiri daripadapensyarah UMN AW iaitu Tuan Ardhansyah Putra Harahap dan Puan Junita PutriRajana Harahap.Penyedia Laporan:Dr. Noor Marini Haji AbdullahPensyarah KananFakulti PerakaunanKerjasama yang dijalin antara kedua belah pihak meliputi pemindahan ilmu didalam pelbagai bidang daripada pensyarah dan pelajar daripada UiTM kepadapelajar-pelajar tahfiz di Pondok Tahfizul Quran Shah Amin. Pada masa hadapan,pelajar-pelajar tahfiz ini bakal menyambung pengajian di peringkat yang lebihtinggi seperti di universiti. Melalui kerjasama ini, pelajar-pelajar tahfiz dapatmempelajari ilmu-ilmu kontemporari seperti, (1) pengurusan kewangan individu,keluarga dan perusahaan; (2) mempelajari Bahasa Arab, Bahasa Inggeris danBahasa Mandarin; (3) mempelajari ilmu keusahawanan dan pemasaran digital; danlain-lain lagi. Pemindahan ilmu ini dijangka dapat memperlengkapkan pelajarpelajar tahfiz dengan ilmu-ilmu kontemporari yang bakal melahirkan anak-anaktahfiz yang beradab, berilmu dan relevan dengan kehendak dan keperluan industri.41
MEDAN, INDONESIA, 1 Mac - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman(MoU) di antara UiTM Cawangan Kelantan bersama dengan Himpunan PengusahaPribumi Indonesia (HiPPI), Medan Indonesia telah berjaya dimeterai pada tanggal 1Mac 2024MAJLIS MENANDATANGANIMEMORANDUM PERSEFAHAMAN(MoU) UiTM CAWANGANKELANTAN BERSAMA DENGANHIMPUNAN PENGUSAHA PRIBUMIINDONESIA (HiPPI), MEDANINDONESIAMoU ini telah ditandatangani olehProfesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi(Rektor) dan disaksikan oleh Dr.Norzieha Mustapha, (TimbalanRektor PJIA) bagi mewakili UiTMCawangan Kelantan manakala bagipihak Himpunan PengusahaPribumi Indonesia (HiPPI), MedanIndonesia pula telah ditandatanganioleh Teuku Aliyuddinsyah (TimbalanPengarah Sektor Perdagangan) dandisaksikan oleh Sujiana Ali Kamar(Timbalan Pengerusi UMKM)Himpunan Pengusaha PribumiIndonesia (HiPPI), Medan Indonesia.42
Antara intipati yang terkandung dalam MoU ini adalah untuk menjalinkanhubungan dan kerjasama dua hala antara UiTM Cawangan Kelantan denganHimpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI) dalam bidang keusahawanan,penyelidikan dan program khidmat masyarakat.Delegasi UiTM Cawangan Kelantan terdiri daripada Profesor Dr. Haji Abdol SamadNawi (Rektor), Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Ismail (Timbalan Rektor Hal EhwalAkademik), Dr. Norzieha Mustapha, (Timbalan Rektor PJIA) dan Dr. Nazhatul SahimaMohd Yusoff, (Koordinator ICAN) yang juga merupakan pencetus kepadaketerjalinan MoU ini di antara dua organisasi bagi dua buah negara.Semoga jalinan kerjasama ini akan berjaya merangka dan menjalankan lebihbanyak lagi aktiviti-aktiviti berbentuk keusahawanan yang dapat membantu dalammenaikkan lagi taraf hidup usahawan-usahawan kecil bagi kedua-dua buah negara.Penyedia Laporan:Dr. Nazhatul Sahima Mohd YusoffKoordinator ICANBahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni43
MEDAN, 1 Mac – Bagi mengeratkan hubungan kedua-dua institusi, UniversitiTeknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Malaysia telah menandatanganimemorandum perjanjian (MoA) Accounting Research Symposium and Forumdengan Universitas Sumatera Utara (USU), Indonesia pada 1 Mac 2024 bertempat diFaculty of Economics and Business, USU, Medan, Indonesia. Objektif utamakerjasama ini adalah untuk meningkatkan kualiti penyelidikan, pembelajaran danpengajaran serta mobiliti pensyarah dan pelajar bagi kedua-dua buah universiti.Usaha murni ini merupakan inisiatif Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantandalam usaha mengangkat UiTM sebagai Universiti Terkemuka menjelang tahun2025.Semasa sesi ucaptama daripada Rektor USU, iaitu Profesor Dr. Muryanto Amin,beliau menjelaskan kerjasama ini akan membuka ruang penempatan pelajar dankakitangan pendidikan dari kedua-dua buah negara. Selain itu, kerjasama ini akanmenghasilkan pemindahan kepakaran dan meningkatkan peluang penyelidikanserta menghasilkan satu bentuk inovasi yang boleh memberi manfaat kepadawarga kedua-dua belah universiti.Di dalam sesi ucaptama oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Dr. HajiAbdol Samad Nawi berkata, kerjasama ini adalah satu bentuk pemindahan ilmudan pembangunan harta intelek serta kepakaran dalam pengkhususan bidangtertentu yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak terlibat.Usai sesi menandatangani MoA, peserta dan tetamu yang hadir berpeluangmengambil bahagian dalam Guest Lecture yang bertajuk Audit CommitteeOverlap, Family Firm, Political Connection and Related Party Transaction: Evidencefrom an Emerging Market.UPACARA MENANDATANGANIMOA ACCOUNTING RESEARCHSYMPOSIUM AND FORUM,UNIVERSITI TEKNOLOGI MARACAWANGAN KELANTAN DANUNIVERSITAS SUMATERAUTARA (USU)44
Syarahan umum itu disampaikan oleh Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Kelantan,Dr. Noor Marini Haji Abdullah, yang membincangkan tentang pengaruh pertindihanfungsi jawatankuasa audit dan jawatankuasa imbuhan ke atas pengarah syarikatmilik awam.Jelas beliau, khususnya, pertindihan keahlian jawatankuasa audit dan jawatankuasaimbuhan dalam syarikat awam terbukti telah melemahkan peranan jawatankuasaaudit dalam menjalankan tugas memantau urus niaga pihak berkaitan yangmempunyai situasi konflik berkepentingan. Perkara ini mungkin berlaku keranakomitmen masa pengarah yang menganggotai jawatankuasa audit danjawatankuasa imbuhan meningkat apabila pengarah menjalankan dua peranan didalam kedua-dua jawatankuasa tersebut.Tambah beliau lagi, jawatankuasa audit perlu memainkan peranan yang penting didalam usaha memantau dan menyemak urusniaga antara pihak berkaitan dansituasi konflik kepentingan. Walaubagaimanapun, peranan tersebut didapatimenjadi kurang efektif berkemungkinan besar disebabkan oleh komitmen tinggidaripada pertindihan jawatankuasa audit dan imbuhan.Aktiviti pengantarabangsaan ini diteruskan lagi dengan program InternationalAccounting Symposium di antara UiTMCK dan USU. Simposium ini diteruskandengan pembentangan yang melibatkan dua pelajar Sarjana Perakaunan UiTMCawangan Kelantan, saudara Muhamad Afiq Firhan Mohd Amim dan saudari SitiFatimah Nurjannah Roslan, serta pelajar Doktor Falsafah Perakaunan USU, AyuKurnia Sari .Mereka telah membentangkan kertas penyelidikan masing-masing meliputi aspekpengauditan, penglibatan aspek digital di dalam bidang perakaunan danpengauditan serta FinTech.Program ini dihadiri oleh pensyarah dan pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah darikedua-dua buah universiti dan juga pengamal industri.Penyedia Laporan:Dr. Noor Marini Haji-AbdullahPensyarah KananFakulti PerakaunanSaudara Afiq Firhan Mohd AmimFakulti Perakaunan45
MACHANG, 1 Mac - Program Pendidikan Sivik dan Kenegaraan Bersama BeliaNegeri Kelantan yang berlangsung pada 1 hingga 2 Mac 2024 di HRDA UiTMCawangan Kelantan Kampus Machang adalah inisiatif yang disusun dengankerjasama antara pensyarah UiTM Kelantan dari Special Interest Group (SIG) Civicand Democracy Education UiTM Cawangan Kelantan dan Pertubuhan GagasanMinda Merdeka (GMM). Tujuan program diadakan adalah untuk mendekati belianegeri Kelantan dan memberi pendedahan tentang Pendidikan Sivik danKenegaraan. Para peserta seramai lebih kurang 40 orang rata-ratanya adalahmerupakan pelajar Kolej Cosmopoint Kota Bharu, Kelantan.Program ini merupakan usahasama terbaru dari inisiatif sebelumnya yangdilakukan setelah mempertimbangkan maklum balas peserta program dari acarayang diadakan pada bulan Julai dan September 2023. Penambahan masapelaksanaan program selama 2 hari 1 malam menjadi salah satu perubahan utamayang dilaksanakan oleh penganjur program.PROGRAM PENDIDIKAN SIVIKDAN KENEGARAAN BERSAMABELIA NEGERI KELANTANTujuan utama program ini adalahuntuk menyebarkan pengetahuantentang pembentukan negara,perlembagaan, dan kedaulatannegara kepada golongan belia negeriKelantan. Selain itu, program ini jugabertujuan untuk meningkatkansemangat cinta akan negara danmelahirkan rasa tanggungjawabterhadap masa depan negara kepadagenerasi muda. Bagi mencapai tujuanini, pendekatan yang sesuai telahdirancang bersesuaian dengan tahapperkembangan dan umur peserta.46
Pelaksanaan Program ini melibatkan beberapa kaedah pengajaran, antaranyalatihan dalam kumpulan (LDK), ceramah, dan Modul Pendidikan Sivik danKenegaraan. Selama 2 hari 1 malam, peserta terlibat dalam empat sesi latihan dalamkumpulan (LDK) dan satu sesi ceramah mengenai rukun negara dan pilihanrayayang disampaikan oleh pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,UiTM Cawangan Kelantan dan juga penolong pegawai pengurus pilihanraya yangjuga Penolong Ketua Jajahan, Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Aktiviti dalamkumpulan LDK mencakupi beberapa topik penting seperti Rukun Negara,Perlembagaan Malaysia, Kedaulatan Negara, Pembentukan Kerajaan, dan isu-isusemasa.Penyedia Laporan:Encik Muhammad Syafiq HassanAhli SIG Civic and Democracy Education danKoordinatorUnit Komunikasi dan KorporatDengan menyediakan platform seperti ini, diharapkan program sebegini akanmemberikan kesan yang signifikan dalam membentuk pemikiran dan sikap belianegeri Kelantan yang peka terhadap isu-isu kenegaraan dan perlembagaan, sertameningkatkan rasa tanggungjawab dan kecintaan mereka terhadap negara. Ianyajuga merupakan wadah yang penting bagi perkembangan dan pemerkasaangenerasi muda dalam memahami serta mengamalkan nilai-nilai kebangsaan.Melalui kerjasama pensyarah UiTM Cawangan Kelantan dan Pertubuhan GagasanMinda Merdeka (GMM), program ini berjaya memberikan pendedahan yangmendalam tentang aspek-aspek penting dalam sivik dan kenegaraan kepada parabelia negeri Kelantan.
KOTA BHARU, 3 Mac – Satu taklimat telah diadakan Sempena Amanat YangBerhormat Mulia Tengku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat IstiadatMelayu Kelantan (MAIK) bersama Pegawai Masjid Negeri Kelantan dan UiTMCawangan Kelantan (UiTMCK). Fakulti Perakaunan UiTMCK telah dijemput untukmenerima pelantikan sebagai Juruaudit Luar Masjid Negeri Kelantan bagimemastikan masjid mematuhi tatacara pengurusan kewangan yang telahditetapkan oleh pihak MAIK pada 3 Mac 2024.Pelantikan tersebut diketuai oleh Profesor Madya Dr. Marziana Madah Marzukibersama 7 orang lagi pensyarah Fakulti Perakaunan terdiri daripada Dr. Wan ZurinaNik Abdul Majid, Haji Othman Zailani, Puan Wan Muzlaina Wan Mustapha, ProfesorMadya Dr. Maheran Zakaria, Puan Samsuria Abdul Rahman, Puan Wan RoshainiWan Ali dan Cik Siti Nor Adawiah Hussin. Pelantikan tersebut telah disampaikanoleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku AbdulAziz kepada Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan,Dr. Nik Zam Nik Wan yang mewakili Rektor UiTM Cawangan Kelantan.Pengurniaan pelantikan ini dianggap satu pengiktirafan kepada kepakaran UiTMCawangan Kelantan dan Fakulti Perakaunan khususnya bagi membantu pihakmasjid untuk menghasilkan pengurusan kewangan yang lebih berintegriti dansistematik. Proses audit ini dijangkakan akan bermula pada awal Julai tahun inidengan pengauditan kepada semua masjid negeri, bandar dan jajahan diikutimasjid mukim kategori A. Selepas selesai, ianya akan diteruskan kepada semuamasjid mukim besar dan sub mukim di seluruh negeri Kelantan.TAKLIMAT AUDIT LUAR MASJIDNEGERI KELANTAN SEMPENAAMANAT YANG BERHORMATMULIA TENGKU YANG DIPERTUAMAIK BERSAMA PEGAWAIMASJID NEGERI KELANTAN48
Penyedia Laporan:Prof. Madya Dr. Marziana Madah MarzukiFakulti Perakaunan49
KOTA BHARU, 5 Mac - Sejajar dengan kehendaksemasa perniagaan yang menggunakan pemasarandigital, Program Pemerkasaan Pemasaran Digital(DiME 2014) yang dijalankan atas usahasama antaraUnit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan PerdanaMenteri (ICU JPM) Negeri Kelantan dan Unit MasmedUiTM Cawangan Kelantan. Objektif pelaksanaanprogram ini adalah bagi memperkasakan pemasarandigital dan meningkatkan pendapatan dalamkalangan usahawan miskin tegar di Kelantan. Untuksiri pertama, DiME 2024 ini telah berlangsungdengan jayanya pada 5 Mac 2024, bertempat di UiTMCawangan Kelantan Kampus Kota Bharu. Kehadiranpeserta adalah seramai 13 orang yang merupakanusahawan kecil di kawasan Kota Bharu. Programsehari itu merangkumi 7 modul, ceramah danlatihan dalam kumpulan yang dibantu oleh fasilitatordalam kalangan pensyarah UiTM CawanganKelantan dan pegawai ICU JPM Negeri Kelantan.KESAN POSITIF PROGRAMPEMERKASAAN PEMASARANDIGITAL (DIME 2024) KEPADAUSAHAWAN KECIL DI DAERAHKOTA BHARUPenyedia Laporan:Puan Nur Haslina RamliPensyarahFakulti Pengurusan & PerniagaanPuan Norsilawati Mohd HassanPensyarah KananFakulti Pengurusan & PerniagaanDr. Azyanee LuqmanPensyarah KananFakulti Pengurusan & PerniagaanPuan Nor Sabrina ZahariPensyarah KananFakulti Pengurusan & PerniagaanSeusai program tamat, setiap peserta diberi fasilitator yang telah ditetapkan bagimembantu dan memantau keberkesanan peserta masing-masing. Hasil dapatanmenunjukkan kesan positif program terhadap peserta yang menyertainya iaitu darisegi kesedaran dan pengetahuan pemasaran digital, lebih berfikiran kreatif danwujudnya peningkatan dalam pendapatan mereka.Program seperti ini mampu melatih para usahawan menggunakan platformpemasaran digital secara praktikal (hands-on) di mana mereka mula mahir dengantatacara untuk menggunakan pelbagai platform pemasaran digital yangmerangkumi zero marketing, affiliate, teknik siaran langsung di media sosial dan caramembina konten serta pelbagai lagi. Ternyata DiME 2024 bermanfaat dalammewujudkan usahawan yang kreatif dan berdaya saing bagi meningkatkanpendapatan dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.Justeru itu, setiap usahawan perlu mempunyai pemahaman terhadap elemenpemasaran digital dan pelaksanaan strategi yang dirancang agar pasaran yang lebihluas dapat diterokai dengan mudah dan berkesan.50
KUALA KRAI, 7 Mac - Jabatan Matematik UiTM Cawangan Kelantan telahmengadakan Program Kem Pemantapan Jati Diri Jabatan Matematik bertajukWalk-in as Individual, Leave as A Team pada 7 Mac 2024 bertempat di KraiPark and Training Centre, Kuala Krai Kelantan. Peserta bagi program inimerupakan pensyarah – pensyarah dari Jabatan Matematik UiTM CawanganKelantan. Objektif program adalah untuk mewujudkan interaksi positif dalamkalangan staf jabatan bagi membentuk semangat kerja secara berkumpulanserta membentuk nilai-nilai yang baik sebagaimana yang diterapkan di UiTMiaitu nilai kecemerlangan, sinergi dan integriti bagi membolehkanperancangan yang dibuat oleh jabatan bagi tahun 2024 dapat dilaksanakandengan sebaiknya oleh setiap staf. Tema bagi program ini adalah Back toNature Survival.Pengarah bagi program ini ialah Puan Nurul Suhada Aziz dan program initelah berjaya mencapai objektif yang diinginkan. Seramai 13 peserta terlibatdalam program ini iaitu Puan Suriana Alias, Puan Firdawati Mohamed, Dr.Norarida Abd Rhani, Puan Aimi Zulliayana Rosli, Puan Farahanie Fauzi, PuanRahaidah Muhammad, Cik Mardhiyah Ismail, Puan Masnira Ramli, PuanSuziana Aida Othman, Puan Wan Nurul Husna Wan Nordin, Puan W.NurfahizulIfwah W.Alias, Puan Maziah Mahmud dan Encik Mohd Faiez Suhaimin.Program ini bermula pukul 7.40 pagi dan tamat pada pukul 4.00 petang.KEM PEMANTAPAN JATI DIRIJABATAN MATEMATIK:WALK-IN AS INDIVIDUAL,LEAVE AS A TEAMPenyedia Laporan:Puan Aimi Zulliayana RosliSetiausahaKem Pemantapan Jati Diri Jabatan Matematik51
MACHANG, 7 Mac - College of Creative Arts (CCA) UiTM Cawangan Kelantan telah terlibatsecara langsung sebagai rakan kolaborasi bersama Strategic Partner of The StateGovernment dan Collectibles Museum dalam Festival Srikandi bersempena SambutanHari Wanita Sedunia 2024 yang bertempat di Dewan Jubli Perak dan Dewan GelanggangSeni Kota Bharu.Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 7, 8 dan 9 Mac 2024.Seramai 30 orang pensyarah, 30 orang pelajar dan 5 orang alumni CCA UiTM CawanganKelantan terlibat secara langsung dalam program tersebut. Pensyarah dan pensyarahkanan yang terlibat ini telah memikul tugas sebagai barisan juri untuk pertandinganmelukis dan mewarna serta menjadi juri bagi pertandingan tata rias dan busana yangtelah diadakan selama 3 hari berlangsungnya festival tersebut.Festival Srikandi 2024 ini telah diketuai oleh Puan Siti Safura Zahari daripada Jabatan SeniHalus dan dijayakan bersama oleh Ketua Pusat Pengajian, Dr. Nani Hartina Ahmad, PuanNur Fatiyah Roslan serta barisan pensyarah dan pensyarah kanan daripada CCA antaranyaEncik Mohd Hakim Mohd Sharif, Encik Adib Mohd Hasan, Encik Azhar Aziz, Encik JunaidiAwang, Encik Faizal Ramli, Encik Sarman Mohamad, Encik Hamdan Lias, Encik MohdMasdi Abdul Manan, Encik Yusof Daud, Dr. Mat Redhuan Samsudin, Encik Mohd FaizJalaludin, Encik Mohd Heidhir Hamdan, Encik Mazlan Mustapha, Encik Mohd Bakeri AbRahman, Encik Azman Ismail, Encik Muhammad Shafiq Muda, Puan Wan Soliana Wan MdZain, Puan Wan Salwana Wan Sulaiman, Dr. Siti Fairuz Md Hashim, Dr. Noorlida Daud, Ts.Nur Shafinaz Mohd Anuar, Ts. Emilia Abdul Manan, Ts. Rozita Shamsudin, Puan Anis EdianaMohd Fauzi, Puan Mazni Omar, Puan Hartini Mohd Razali dan Puan Zainab Anuar.Kerjasama yang erat dan berdedikasi telah ditampilkan dalam meraikan serta menjayakanprogram pada kali ini.FESTIVAL SRIKANDI 2024BERSEMPENA SAMBUTAN HARIWANITA SEDUNIA ANJURANBERSAMA STRATEGIC PARTNEROF THE STATE GOVERNMENT,COLLECTIBLES MUSEUM DANCOLLEGE OF CREATIVE ARTSUiTM CAWANGAN KELANTAN52
Selain memartabatkan Kesenian, Warisan dan Kebudayaan, penglibatan dan perananCCA selain daripada menjadi rakan kolaborasi dalam program ini adalah untuk memberipendedahan kepada masyarakat umum terutamanya di negeri Cik Siti Wan Kembangberkenaan kemahiran dan kekuatan hasil seni dan produk pelajar serta alumni yang rataratanya adalah daripada 4 jabatan iaitu Jabatan Seni Reka Grafik dan Media Digital (CAAD111), Seni Reka Tekstil (CAAD 112), Seni Reka Logam Halus (CAAD 113) dan Seni Halus (CAAD118). Produk dan hasil seni yang dipamerkan dan dijual adalah seperti Seni Catan Painting,Seni Arca Sculpture, Seni Cetak Printmaking, Lukisan Drawing, Batik, Tenunan LengthFabric & Creative Weaving, Printing, Digital Illustration serta demonstrasi pembuatanperhiasan diri daripada bahan logam.Selain bahan karya kreatif yang dipamerkan selama 3 hari, sesi jualan dan art market,festival tersebut juga telah berjaya menarik pengunjung yang datang ke tapak pameranuntuk mempelajari teknik ikat celup daripada Jabatan Tekstil, mempelajari pembuatancincin dan barang hiasan daripada Jabatan Logam Halus serta mempelajari lukisan digitaldan ilustrasi daripada Jabatan Seni Reka Grafik sekaligus mempromosikan kursuspengajian yang ditawarkan di College of Creative Arts UiTM Cawangan Kelantan.Acara kemuncak sempena sambutan hari wanita sedunia pada 8 Mac adalah acaraberjalan bersama ikon bertajuk Fun Walk with Icon, Puan Siti Safura Zahari sekali lagimewakili UiTM Cawangan Kelantan serta diberi penghormatan untuk mengiringi DYMMSultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan untuk program yang diadakanbuat julung kalinya.Program Festival Srikandi 2024 telah selamat disempurnakan oleh penaung programdengan penyampaian anugerah serta penghargaan oleh YBM Tengku LaksamanaKelantan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim serta isteri YAMTengku Puan Laksamana Kelantan Dato' Seri Diraja Sharifah Azwan binti Al-MarhumTuanku Syed Putra Jamalullail. Tahniah kepada Puan Siti Safura Zahari dan juga KetuaPusat Pengajian College of Creative Arts Dr. Nani Hartina Ahmad di atas kerjasama yangcemerlang untuk festival yang penuh gemilang dan sekaligus meletakkan UiTMCawangan Kelantan di tahap produktiviti yang cemerlang dan berdaya saing.Penyedia Laporan:Puan Siti Safura ZahariPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifPuan Nur Fatiyah RoslanPensyarah KananKolej Pengajian Seni KreatifDr. Nani Hartina AhmadPensyarah KananKolej Pengajian Seni KreatifPuan Wan Soliana Wan Md ZainPensyarah KananKolej Pengajian Seni Kreatif53
INDONESIA, 26 Mac - “Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sireh” begitulah kerukunanhidup apabila semua saling bekerjasama, harmoni & sejahtera. Berbekalkan prinsiptersebut, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) mengoraklangkah melakukan kunjungan hormat ke Fakultas Pendidikan Bahasa dan Sastra,Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung, Indonesia dalam rangka membinakerjasama global antara universiti sekitar Asia Tenggara untuk menjalin hubunganyang lebih akrab dalam memajukan sektor Pendidikan Bahasa Inggeris di rantau ini.Kunjungan ini diwakili oleh Dr. Warid Mihat, Dr. Suryani Awang dan Puan Asiah Said(Pensyarah Kanan dan Pensyarah APB). Delegasi UiTMCK ini telah disambut mesraoleh Dekan fakultas tersebut iaitu Profesor. Dr. Tri Indri Hardini, M.Pd., Profesor. Dr.Emi Emillia, M.Ed.,PhD., Dr. Gin Gin Gustine, MPd., PhD., dan Dr. Rojab Siti Rodliyah,S.Pd, M.Ed. selaku perantara antara Universitas Pendidikan Indonesia & AkademiPengajian Bahasa (APB) UITMCK.ROAD TO GRU 2025:COURTESY VISIT TOUNIVERSITAS PENDIDIKANINDONESIA (UPI) - AKADEMIPENGAJIAN BAHASA (APB)Penyedia Laporan:Puan Asiah SaidDepartment of International AffairsAntara program kerjasama yang telah dipersetujuiadalah International Lecture Series, Summer CampProgram dan Pertukaran Staf Akademik antara duajabatan berbeza. Selain itu, kedua-dua pihak jugamerangka kolaborasi penyelidikan, pelaksanaanCollaborative Teaching, Mobiliti Mahasiswa danbeberapa lagi program yang bakal dimurnikanuntuk pelaksanaan yang bertapak di KampusCawangan Kelantan. Keberhasilan dari kunjunganini bakal memberi peluang yang lebih luas kepadapara pensyarah APB UiTMCK terutamanya dalammeneruskan misi GRU2025 menerusi pembelajarandan pengajaran serta penyelidikan bersama rakanrakan sejawatan yang sangat berpengalaman diUPI. Semoga kerjasama keilmuan ini akan mekardan terus digilap sepanjang masa.54
MACHANG, 13 Mac – Majlis Amanat Rektor 2024 Universiti Teknologi MARA,Cawangan Kelantan diadakan pada 14 Mac 2024 di Dewan Profesional UniversitiTeknologi MARA, Cawangan Kelantan Kampus Machang.Amanat Rektor adalah sebuah acara tahunan yang sentiasa akan diadakan padasetiap kampus. Bagi tahun 2024, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantanmerupakan sebuah pusat gedung ilmu lahirnya insaniah yang berkualiti. Hal Inipenting, untuk setiap individu menghayati setiap nilai insan dan ihsan dalamkehidupan seharian.Majlis Amanat Rektor beraksi di persada global adalah pilihan Rektor UiTMCK,iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Samad Nawi.Tahun 2023 telah ditinggalkan dengan seribu satu kenangan. Tidak dinafikan, iaberlalu dengan begitu pantas, dan kini sudah melangkah ke tahun 2024. Padatahun baharu yang membawa seribu azam baharu buat kita. Serta didahulukandengan ucapan selamat tahun baru kepada seluruh warga UiTM CawanganKelantan yang telah menunjukkan kesungguhan dan kecemerlangan dalammemastikan pelan strategik UiTM 2020-2025 berjalan lancar selaras denganobjektif dan sasarannya.MAJLIS AMANAT REKTOR 2024UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, CAWANGAN KELANTAN55
Harapan Rektor, seluruh warga UiTM Cawangan Kelantan dapat memulakan tahunbaharu 2024 ini dengan penuh semangat, azam serta iltizam yang tinggi. Semogatahun ini dan tahun-tahun mendatang sentiasa memberikan peluang untuk kitamelaksanakan urusan kehidupan dan pekerjaan dengan berjaya dan cemerlang.Insyaallah, semoga amanah yang dipikul di bahu setiap individu selaku penjawatawam dan warga akademik akan dapat digalas dengan penuh rasa terhormat.Keseluruhan warga UiTMCK adalah cerminan kepada konsep karamah, insaniah danmasyarakat Madani yang menjadi slogan kepimpinan masa kini. Dalam setiap usahayang kita lakukan, penekanan kepada aspek karamah insaniah melaluipembentukan adab, akhlak dan integriti haruslah diutamakan.Penyedia Laporan:Unit Komunikasi KorporatElemen elemen ini adalah usaha pentinguntuk menginsankan mahasiswa melaluikonsep memanusiawi. Hal ini agar merekamempunyai perasaan empati dan kasihsayang terhadap satu sama lain. Tahun 2024adalah tahun penting yang menyaksikanpelbagai impak dan implikasi yang munculnatijah daripada perubahan global yangberlaku.Oleh yang demikian, sejauh mana golongan ini dapat disatukan sejauh itulahorganisasi kita akan kekal teguh. Namun jika longgar ikatan mereka, makalonggarlah ikatan kekuatan organisasi kita. Oleh itu, usaha untuk membentuk jatidiri bagi setiap individu menjadi tanggungjawab yang penting untuk digalasbersama agar ia bersifat terancang dan bersungguh-sungguh.UiTMCK juga perlu menelusuri semula aspek Falsafah Pendidikan Negara yangmenekankan keseimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani bagimembangkitkan individu yang sejahtera dan dapat memberi sumbangan kepadanegara.56
PULANG PINANG, 20 Mac - Lawatan penanda aras Bahagian Hal Ehwal PelajarUiTM Cawangan Kelantan ke Universiti Sains Malaysia dan Universiti PendidikanSultan Idris merupakan satu idea dari Timbalan Rektor HEP UiTM CawanganKelantan, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli pada 20 – 21 Mac 2024. Inisiatif inibertujuan untuk menjana idea–idea baharu dalam kalangan ketua-ketua unit HEPdi dalam menguruskan operasi dan perkhidmatan di UiTM Cawangan Kelantan.Tujuan lawatan penanda aras adalah untuk perkongsian pintar, sebagai penandaaras dan perolehan input-input yang berguna yang boleh dijadikan panduan danrujukan. Secara tidak langsung, program seperti ini dapat membina jaringan antaraUniversiti Awam lain. Lawatan ini telah disertai Timbalan Rektor HEP dan 9 orangKetua Unit HEP serta 12 orang pelajar (Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2023 /2024).Daripada lawatan tersebut, beberapa hasil yang diperolehi adalah cadanganmewujudkan ruang keusahawanan & penjanaan pelajar yang lebih kondusif, proseskadar harga untuk penjanaan pendapatan melalui Ruang Niaga dan keusahawananpelajar, operasi Unit Kaunseling & Kerjaya yang lebih baik, penambahbaikanPengurusan Kebajikan Pelajar, naik taraf kemudahan pelajar dan Kampus UiTMMachang yang merujuk kepada Aurora Advanture Park UPSI Proton City dankemudahan Smart Hostel USM Pulau Pinang, meneliti skop kerjasama yang dapatdilaksanakan antara unit–unit di bawah HEP UiTM Cawangan Kelantan denganpihak UPSI dan USM, ruang kondusif dan perabot berkonsep moden (merujukHealing Corner UPSI , Student Lounge USM & UPSI, Bilik Gerakan MPP USM dan TheNEST USM).Secara keseluruhannya, lawatan ini telah berjaya memberi idea-idea baharu untukdipraktikkan di UiTM Cawangan Kelantan. Semoga penambahbaikan ini akanmeningkatkan lagi mutu kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar.LAWATAN PENANDA ARASBAHAGIAN HAL EHWALPELAJAR UiTM CAWANGANKELANTAN KE UNIVERSITISAINS MALAYSIA (USM) DANUNIVERSITI PENDIDIKANSULTAN IDRIS (UPSI)Penyedia Laporan:Encik Mohd Azrul SidekPenolong Pendaftar KananBahagian Hal Ehwal Pelajar57
Turut mengiringi untuk program ini adalah Ketua Pusat Pengajian, Dr. Nani HartinaAhmad dan jawatankuasa khas kebajikan fakulti Puan Siti Safura Zahari. Turutdibantu oleh Penyelaras-penyelaras program daripada 4 jabatan iaitu Encik AzmanIsmail, Encik Mohd Hakim Mohd Sharif, Encik Adib Mohd Hasan dan Dr. Siti FairuzMd Hashim.Majlis telah dimuliakan dan didengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quranpada pembukaannya oleh Imam Masjid Al Rahim. Serta diiringi syair oleh kumpulanQasidah yang rata-ratanya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz.Secara keseluruhan seramai lebih kurang 500 orang penerima yang terdiri daripadaibu tunggal, warga emas, anak yatim, pelajar Universiti Teknologi MARA CawanganKelantan (UiTM), pelajar Sekolah Menengah Ugama (SMU), pelajar Maahad Tahfizdan pondok Tahfiz termasuk pelajar Tahfiz di Masjid Al Rahim, Kok Lanas.MAJLIS PENGURNIAAN ZAKATHARI RAYA OLEH YANG MULIATUNKU PUAN SRI DATO’ HAJAHNOOR HAYATI BINTI TUNKUABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJKEPADA PELAJAR-PELAJAR B40KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIFUiTM CAWANGAN KELANTANPenyedia Laporan:Puan Siti Safura ZahariPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifDr. Nani Hartina AhmadKetua Pusat PengajianKolej Pengajian Seni KreatifKOK LANAS, 22 Mac - Yang Mulia TunkuPuan Sri Dato' Hajah Noor Hayati BintiTunku Abdul Rahman Putra Al Haj, TengkuPuan Temenggong Kelantan yang jugamerupakan pengasas Yayasan Noor AlSyakur (YANAS) telah berangkat ke MajlisPengurniaan Zakat Hari Raya yangberlangsung di Masjid Al Rahim, Kok Lanaspada 22 Mac 2024. Keberangkatan tiba YMTengku Puan Temenggong Kelantandisambut oleh Pengerusi Masjid Al Rahim,Kok Lanas dan juga Ahli jawatankuasaMasjid. Seramai 40 orang pelajar dan 10orang alumni UiTMCK Kolej Pengajian SeniKreatif telah dipilih oleh PenyelarasProgram jabatan masing-masing untukmenghadiri ke program penerimaan zakathari raya.58
MACHANG, 1 April – Sempena bulan Ramadan 1445H, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI)UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat, BahagianInfostruktur, Bahagian Pengurusan Fasiliti dan Unit Latihan dan Kepimpinan UiTMCawangan Kelantan telah menganjurkan Program Ihya Ramadan yangmerangkumi aktiviti seperti Ceramah Nuzul Al-Quran, Khatam Al-quran serta iftarbersama Rektor yang melibatkan semua warga UiTM Cawangan Kelantan, kampusMachang dan Kota Bharu.Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menghayati sertamewujudkan suasana ibadah yang dinamik di dalam kampus UiTM CawanganKelantan, khususnya di Kampus Machang, sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak.Selain itu, program ini bertujuan untuk memantapkan lagi kerohanian warga UiTMmelalui aktiviti berbentuk ibadah sepanjang bulan Ramadan, serta melahirkanwarga yang beriman dan bertakwa hasil daripada proses tarbiyah (pendidikan)dalam madrasah Ramadan.Program secara bersemuka yang diadakan di Dewan Solat Pusat Islam yangdisiarkan secara langsung di YouTube Rasmi UiTM Cawangan Kelantan berjalandengan lancar. Program dimulai dengan ucapan alu-aluan dan bacaan doa yangdipimpin oleh moderator iaitu saudara Muhammad Arifuddin Adha Ahmad Pekeri.Ucapan alu-aluan ini sedikit sebanyak memberi kesan yang positif kepada semuawarga UiTM yang hadir untuk mengetahui secara lebih mendalam berkenaandengan perjalanan Program Ihya Ramadan.Program dimulakan aktiviti kerohanian yang diadakan di Pusat Islam ada sesi pagidengan ketibaan para tetamu VVIP yang memeriahkan lagi program. CeramahNuzul Al-Quran yang bertajuk “Quran: Kalam Allah Mukjizat Terindah” yangdisampaikan oleh Dr. Ahmad Murshidi Mustapha, Pensyarah Kanan ACIS UiTMCawangan Kelantan, memikat hati hadirin dengan pandangan mendalamnyatentang keindahan al-Quran yang abadi dan statusnya sebagai mukjizat muktamaddalam tradisi Islam.PROGRAM CERAMAH NUZULAL-QURAN & PROGRAMKHATAM AL-QURAN59
Program diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Qari, Dr.Wan Ahmad Tirmizi Wan Sulaiman, majlis ini merupakan himpunan harmoni 20orang peserta yang suaranya beriringan menandakan selesainya bacaan al-quran.Ucapan penutup dari Rektor, Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi yang merangkumintipati Ramadan, merenung perjalanan rohani yang dilalui oleh semua. Katakatanya meninggalkan kesan yang berkekalan dan memberi inspirasi kepadarefleksi kolektif berkenaan kepentingan perjalanan rohani setiap individu.Program Ihya Ramadan yang dianjurkan mendapat sambutan yang baik daripadawarga UiTM Cawangan Kelantan, seramai 1,166 orang hadirin yang menghadiriDewan Solat UiTMCK mahupun menonton secara atas talian di saluran rasmiYouTube UiTM Cawangan Kelantan. Program-program sebegini dijadikan acaratahunan kerana ianya dapat memberikan impak yang positif dari segi menghayatibacaan ayat suci al-Quran dan Ceramah Nuzul Al-quran sekali gus dapatmeningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam diri warga UiTM CawanganKelantan.Penyedia Laporan:Encik Mohamed Izham Mohamed NorKerani (Hal Ehwal Islam)Unit Hal Ehwal Islam60
Antara objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk merapatkansilaturahim serta muhibah dalam kalangan staf UiTM Cawangan Kelantan dan ahliqariah Masjid Al-Bakti Kampung Belukar. Di samping itu, program ini bertujuanuntuk melahirkan staf yang seimbang dalam aspek intelektual dan rohani sertamembuka peluang menjalinkan hubungan kemasyarakatan bersama ahli qariahMasjid Al-Bakti Kampung Belukar. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkansikap toleransi dengan membuat persiapan berbuka puasa secara berjemaah danmemupuk sifat saling tolong-menolong antara satu sama lain.Secara keseluruhan, program yang diadakan berjalan dengan lancar di dewan solatdan juga ruang legar Masjid Al-Bakti. Program dimulai dengan ucapan alu-aluandan bacaan doa yang dipimpin oleh pengerusi majlis dan ucapan aluan yangdilontarkan sebagai tanda bermulanya kemeriahan Majlis Iftar Bersama Rektor.PROGRAM IFTAR BERSAMAREKTOR UiTM CAWANGANKELANTANMACHANG, 1 April – Sempena bulanRamadan 1445H, Unit Hal Ehwal Islam(UHEI) UiTM Cawangan Kelantan dengankerjasama Unit Komunikasi Korporat,Bahagian Infostruktur, BahagianPengurusan Fasiliti dan Unit Latihan &Kepimpinan UiTM Cawangan Kelantan telahmenganjurkan satu lagi program pada sesipetang iaitu Majlis Iftar Bersama Rektordengan kerjasama dari ahli qariah Masjid AlBakti Kampung Belukar dan program initerbuka kepada semua warga UiTMCawangan Kelantan Kampus Machang danKota Bharu pada 1 April 2024.61
Program ini diteruskan dengan ucapan daripada Rektor UiTM Cawangan Kelantaniaitu Profesor Dr. Abdol Samad Nawi. Di samping itu, program ini diteruskan lagidengan pemberian cenderamata berupa hamper kepada wakil pelajar tahfiz danjuga wakil ahli qariah Masjid Al-Bakti sebagai tanda terima kasih kerana pihakmasjid memberi keizinan kepada UiTM Cawangan Kelantan untuk mengadakanprogram di masjid tersebut. Seterusnya, program diteruskan dengan slot bacaanYasin dan tahlil yang dipimpin oleh ahli jawatankuasa Masjid Al-Bakti sehinggaselesai. Akhir sekali, tepat jam 7.22 petang, azan berkumandang sebagai tandamasuknya waktu Maghrib dan para peserta mula menjamah hidangan yang telahdisediakan oleh ahli qariah Masjid Al-Bakti Kampung Belukar.Akhir kata, seramai 120 orang daripada kalangan ahli qariah, pelajar-pelajar tahfiz,staf UiTM Cawangan Kelantan serta mahasiswa dan mahasiswi UiTM KampusMachang yang hadir bagi memeriahkan dan menjayakan program yangberlangsung di Masjid Al-Bakti. Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasihkepada pihak UiTM Cawangan kelantan kerana memilih masjid mereka sebagaidestinasi untuk menjayakan Program Iftar Bersama Rektor dan pihak masjid jugaberharap agar masjid mereka sentiasa menjadi pilihan bagi UiTM CawanganKelantan untuk melaksanakan apa-apa aktiviti kerohanian yang melibatkan pihakUiTM dan juga ahli qariah mereka. Hal ini kerana program seperti ini dapatmenyemai sikap kemasyarakatan dalam kalangan staf, pelajar-pelajar serta ahliqariah masjid.Penyedia Laporan:Encik Mohamed Izham Mohamed NorKerani (Hal Ehwal Islam)Unit Hal Ehwal Islam62
PROGRAM BAKUL RAMADAN2024 UiTM CAWANGANKELANTANPenyedia Laporan:Dr. Ahmad Murshidi MustaphaKoordinatorUnit Zakat, Sedekah dan WakafMACHANG, 3 April - Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf telah menganjurkan ProgramBakul Ramadan 2024 pada 3 April 2024. Program ini merupakan rentetan daripadaprogram sebelum ini yang menitikberatkan tentang kelestarian asnaf dalamkalangan pelajar di UiTM Cawangan Kelantan. Antara tujuan Program BakulRamadan 2024 kali ini adalah untuk menjalankan siasatan latar belakang dantanggungan tentang keluarga asnaf serta menyampaikan bantuan Ramadankepada para asnaf. Bantuan yang disampaikan adalah dalam bentuk barangankeperluan dan juga wang saku bagi meringankan beban serta tanggungankeluarga asnaf.Program Bakul Ramadan 2024 dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantansendiri iaitu Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi bersama Dr. Ahmad MurshidiMustapha selaku koordinator Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM CawanganKelantan. Program ini juga disertai oleh beberapa orang pegawai iaitu Dr. MohdNazri Mat Zin dan Dr. Mohd Miqdad Aswad Ahmad, Ustazah Nik Muniyati sertapelajar latihan industri. Penerima bagi program bakul ramadhan ini terdiri daripadaempat orang pelajar dari UiTM Cawangan Kelantan. Penerima tersebut adalahsaudari Nur Isha Sabila Mohamed Fairuz, saudari Nur Syazwani Noor Azmi, saudariNur Hazirah Zulkifeli dan saudari Nur Irfa Farisha Zainuddin.63
MACHANG, 4 April - Bengkel Route to Graduate on Time (GOT): Memperkasakan PerananPenasihat Akademik (PA) Fakulti Perakaunan telah diadakan dengan jayanya pada 4 April2024 secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Bengkel ini telah disertaioleh PA bagi pelajar Fakulti Perakaunan yang terdiri daripada 36 orang pensyarahPerakaunan, 5 orang pensyarah Akademi Pengajian Bahasa dan seorang pensyarahUndang-undang. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk membantu PAmembimbing pelajar bagi memastikan pelajar GOT dan seterusnya dapat mencapaiPI006. Penceramah untuk bengkel ialah Dr. Nik Zam Nik Wan, Ketua Pusat Pengajian(KPP) Fakulti Perakaunan. Penasihat akademik diwujudkan untuk memastikan pelajarmencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai personaliti, sahsiah dan softskills yang tinggi. Justeru itu pelajar diletakkan di bawah bimbingan penasihat akademik(PA) daripada kalangan pensyarah di sepanjang tempoh pengajian. PA berperananmembantu pelajar meningkatkan kemahiran dan mengatur strategi bagi mencapaitujuan tersebut. Semoga hasil daripada bengkel ini dapat memberi nilai murni yangbermanfaat dan berpanjangan buat para pelajar Fakulti Perakaunan.BENGKEL ROUTE TO GRADUATEON TIME (GOT):MEMPERKASAKAN PERANANPENASIHAT AKADEMIK (PA)FAKULTI PERAKAUNANPenyedia Laporan:Puan Syuhaila RazakPensyarah KananFakulti Perakaunan64
MACHANG, 14 April – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Abdul Razak (JPKTR)telah menganjurkan program TR Shacks, sebuah inisiatif keusahawanan yangbertempat di Kolej Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang.Program ini dijalankan selama hampir tiga bulan, bermula pada 14 April 2024sehingga 4 Julai 2024, dengan operasi berlangsung pada setiap malam dari Ahadhingga Khamis, bermula jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam.TR Shacks dirancang dengan objektif untuk menyemai nilai keusahawanan dalamkalangan ahli JPKTR. Melalui program ini, ahli jawatankuasa diberi peluang untukmengasah kemahiran berniaga, termasuk berinteraksi dengan pelanggan,menguruskan operasi harian, serta menghadapi cabaran realistik dalampengurusan perniagaan kecil-kecilan. Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan untukmenjana dana tambahan bagi persatuan, yang kemudiannya akan digunakanuntuk menambah nilai kepada program-program lain pada masa akan datang.Sepanjang pelaksanaannya, program ini berjaya memupuk kerjasama yang kukuhdalam kalangan ahli jawatankuasa, sekali gus mempereratkan hubungan dalamanorganisasi. Produk utama, iaitu burger, mendapat sambutan hangat daripadapenghuni kolej dan komuniti kampus, mencerminkan daya tarikan program inisebagai platform inovatif untuk mendekati pelanggan dan memahami keperluanmereka.Dari sudut pembangunan mampan, TR Shacks selari dengan matlamat SustainableDevelopment Goals (SDG) seperti SDG 2 (Zero Hunger) dengan menyediakan akseskepada makanan berkualiti untuk komuniti kampus. Ia juga mendukung SDG 8(Decent Work and Economic Growth) dengan memberi peluang kepadamahasiswa untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi produktif, seterusnya memupukpengalaman berharga dalam dunia pekerjaan. Selain itu, SDG 9 (Industry,Innovation, and Infrastructure) tercapai melalui usaha menggalakkan inovasi danmenyokong kemajuan perniagaan kecil-kecilan dalam persekitaran kolej.Kombinasi elemen-elemen ini menjadikan TR Shacks bukan sahaja programkeusahawanan tetapi juga platform yang menyumbang kepada pembangunanmampan komuniti kampus.PROGRAM KEUSAHAWANANJAWATANKUASA PERWAKILANKOLEJ TUN ABDUL RAZAK(TR SHACKS)65
Program ini turut menjadi medan pembelajaran praktikal bagi peserta, di manamereka didedahkan kepada pengalaman langsung dalam melaksanakan strategipemasaran, pengurusan perniagaan, dan penyelesaian masalah secara kreatif.Penasihat program, Puan Ummu Aiman Saidi, memuji komitmen tinggi yangditunjukkan oleh semua ahli jawatankuasa program dan menegaskan bahawaprogram ini bukan sahaja berfungsi sebagai platform keusahawanan, tetapi jugasebagai pengalaman holistik yang membentuk daya fikir kritikal serta kebolehankomunikasi para pelaksana. Beliau juga mencadangkan agar program iniditeruskan dengan penambahbaikan seperti meningkatkan kualiti hidangan,memperbaiki pencahayaan di kawasan kiosk, dan memperkenalkan jadualbertugas yang lebih tersusun untuk memastikan kelancaran operasi.Sebagai kesimpulan, TR Shacks tidak hanya berfungsi sebagai platform untukmenjana pendapatan tetapi juga sebagai usaha membangun mahasiswa yangcemerlang dari segi sahsiah, kemahiran keusahawanan, dan kepimpinan.Kejayaannya menjadi cerminan kebolehan JPKTR dalam merangka program yangtidak hanya berorientasikan hasil tetapi turut menyumbang kepada pembangunanholistik mahasiswa.Penyedia Laporan:Muhammad Harith Danish NorazmiSetiausahaProgram TR Shacks66
PENGKALAN CHEPA, 16 April - Lawatan mangsa kebakaran di Kampung Baung,Pengkalan Chepa iaitu saudari Nurul Adlin Asyiqin Zulkifli pada 16 April 2024 telahdiadakan dari Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Kelantan danAkademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Kelantan. Lawatan initelah memberikan banyak kebaikan kepada mangsa yang juga merupakan pelajar yangbelajar di UiTM Cawangan Kelantan. Lawatan ini turut dihadiri oleh Profesor Dr. Haji AbdolSamad Nawi, Rektor UiTMCK, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor HalEhwal Pelajar UiTMCK, Dr. Ahmad Murshidi Mustapha, Koordinator Unit Zakat, Sedekahdan Wakaf. Lawatan ini juga disertai oleh beberapa orang pegawai iaitu Dr. Mohd NazriMat Zin, Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), 5 orangpensyarah dan seorang pelajar latihan industri.Saudari Nurul Adlin Asyiqin Zulkifli mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Muamalatsemester 2 di (ACIS) UiTMCK, merupakan anak kedua daripada tiga beradik manakalakakak sulungnya tidak bekerja kerana menjaga nenek yang sedang sakit dan adiknya pulamasih bersekolah menengah di tingkatan empat. Saudari Nurul Adlin Asyiqin merupakanpelajar yang bagus dan sangat menghormati gurunya, dia tetap ingin meneruskanpengajian di UiTM dan berusaha ingin mengubah nasib keluarga dan membantu adikberadiknya. Lawatan ini disertakan dengan penyerahan sumbangan sebanyak RM1,500daripada Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW). Manakala, pek makanan, kotak pakaianserta sumbangan peribadi pensyarah–pensyarah UiTM Cawangan Kelantan, KampusMachang dan Kampus Kota Bharu. Jawatankuasa Tertinggi Kolej Kediaman bersamaMajlis Perwakilan Pelajar UiTMCK juga menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikanmahasiswa dengan sama-sama membantu mengumpul sumbangan danmemberikannya kepada mangsa yang ditimpa musibah ini. Unit Zakat, Sedekah danWakaf (UZSW) berharap agar lawatan seperti ini dapat menjadi tanda keprihatinan pihakpengurusan UiTM Cawangan Kelantan dalam menjaga kebajikan pelajar sertameringankan beban mangsa.LAWATAN MANGSA KEBAKARAN(PELAJAR) UiTM CAWANGANKELANTAN DARI UNIT ZAKAT,SEDEKAH DAN WAKAF (UZSW)UiTM CAWANGAN KELANTANDAN AKADEMI PENGAJIANISLAM KONTEMPORARI (ACIS)UiTM CAWANGAN KELANTANPenyedia laporan:Dr. Mohd Nazri Mat ZinKetua Pusat PengajianAkademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)67
MACHANG, 17 April - Pejabat Perhubungan Antarabangsa UiTM Global CawanganKelantan membuka lembaran tahun 2024 dengan menerima kunjungan rasmi daripara delegasi Quanzhou Vocational and Technical University, China yang diketuaioleh Presiden, Wu Binru, Profesor Guo Feifei, Vice President of QVTU, Profesor XieYunxiang, Deputy Dean of Industrial School of Joint Innovation, Cik Wang Huan,Director of International Affairs Office dan Cik Yang Huiting, Secretary to thePresident selama tiga hari ke Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan.Antara rangka utama lawatan rasmi ini yang bermula pada 17 April 2024 adalahuntuk menyebarluaskan usahasama antara kedua-dua institusi pendidikan ini. UsaiPerjanjian Memorandum Persefahaman yang telah dimeterai pada tahun 2023,kunjungan julung kali ini adalah untuk menubuhkan Malaysia Maritime Silk RoadInstitute antara QVTU dan UiTM Malaysia. Kehadiran delegasi ini telah disambutmeriah oleh Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor Universiti TeknologiMARA Malaysia, dan Profesor Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM CawanganKelantan serta warga UiTM Cawangan Kelantan.Aspirasi penubuhan Institut Maritim ini adalah bersempena dengan sambutanulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Penubuhan inidilihat sebagai salah satu platform untuk mengukuhkan lagi saluran perdagangan,pertukaran budaya dua negara dan membuka ruang kerjasama akademik yanglebih meluas dalam membangunkan bakat serta latihan staf untuk menambah baikkepakaran dalam negara. Bagi fakulti dan akademi pengajian pula, ini merupakansatu peluang untuk menjalinkan kerjasama bersama pemain industri utama,Huawei Technologies, China melalui program Pensijilan Kecerdasan Buatan(Artificial Intelligence), Bicara Antarabangsa, Program Inisiatif Tenaga Hijau(Automotif), Latihan Industri Mahasiswa dan beberapa perancangan mobiliti pelajaryang bakal menyusul. Harapan UiTM Global Cawangan Kelantan adalah supayakerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk memberilaluan serta pendedahan kepada staf serta mahasiswa UiTM dalam menerokaikekuatan diri dan organisasi.KUNJUNGAN RASMI DELEGASIQUANZHOU VOCATIONAL ANDTECHNICAL UNIVERSITY (QVTU),CHINA KE UiTM CAWANGANKELANTANPenyedia Laporan:Cik Asiah SaidSetiausaha 1UiTM Global Cawangan KelantanBak kata pepatah, Berjalan Sampaike Batas, Berlayar Sampai KePulau – jika kerjasama danmuafakat sesama kita sentiasamapan dan teguh menyokongkebersamaan dalam apa juarintangan, inshaAllah impiankecemerlangan dapat dijulang.68
MACHANG, 16 April - Majlis Hari Kemuncak Inovasi 2023 dan Sambutan Hari RayaAidilfitri 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis, 18 April 2024bertempat di Dewan Profesional, UiTM Cawangan Kelantan. Pada tahun ini,Akademi Pengajian Bahasa dan Perpustakaan Tengku Anis telah diberikan mandatsebagai penganjur bersama majlis dan turut dibantu oleh para staf dari unit danbahagian utama universiti. Majlis pada kali ini amat bermakna kerana UiTMCawangan Kelantan telah menerima kunjungan Profesor Datuk Dr. ShahrinSahib@Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, yang buat julung kalinya hadir ke KampusMachang bagi menyempurnakan acara perasmian seterusnya menyampaikanAmanat Naib Canselor kepada warga UiTMCK. Majlis turut diserikan dengankehadiran Pengurusan Tertinggi universiti, mantan-mantan rektor UiTMCK, parapesara, tetamu jemputan luar daripada pelbagai agensi serta delegasi daripadaQuanzhou Vocational & Technical University (QVTU), China.Bertemakan “Bekwoh Lebaran@Inovasi”, majlis kali ini tampil sedikit berbezaberbanding tahun-tahun sebelumnya. Program tahunan ini menyaksikangabungan beberapa acara penting di sepanjang majlis berlangsung. Sepertikebiasaan, Majlis Hari Kemuncak Inovasi saban tahun diadakan bagi memberikanpengiktirafan kepada staf-staf yang telah menampilkan perkhidmatan cemerlangdan menyumbang kepada kejayaan dan kegemilangan universiti. Istimewanyapada kali ini,“Bekwoh Lebaran@Inovasi” bukan sahaja diadakan untuk meraikankejayaan staf UiTMCK bagi tahun 2023, tetapi ianya juga merupakan majlis yangpenuh kegembiraan dan kesyukuran bagi menyambut kemeriahan Syawal 1445Hmelalui sambutan Aidilfitri 2024 di peringkat UiTMCK. Ini bertepatan dengan pilihanistilah ‘bekwoh’ di dalam tema majlis yang merupakan loghat Kelantan yangmembawa maksud ‘kenduri’.MAJLIS HARI KEMUNCAKINOVASI 2023 & SAMBUTANHARI RAYA AIDILFITRI 2024UNIVERSITI TEKNOLOGI MARACAWANGAN KELANTAN69
Sebanyak 149 anugerah telah dianugerahkan kepada mereka yang terpilih daripadapelbagai fakulti, unit dan bahagian di UiTMCK. Anugerah-anugerah tersebuttermasuk Anugerah Staf Contoh, Anugerah Akademik Universiti, Anugerah Kualiti,Anugerah Sukan, Anugerah Persatuan, Anugerah Pensyarah Contoh, AnugerahKhas Rektor, Jasamu Dikenang, dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Kesemuaanugerah adalah bagi pencapaian tahun 2023. Selain daripada penyampaiananugerah, intipati lain pengisian program pada tahun ini adalah pelancaran rekaanterkini Batik Kemuning UiTMCK, pelancaran Amalan EKSA, penyampaian mandatMajlis Kemuncak Inovasi UiTMCK 2024, Ikrar Kualiti dan majlis menandatanganiLetter of Intent (LOI) antara UiTM dan QVTU.Pada majlis ini juga, pihak Pengurusan Universiti bersama Naib Canselor UiTM telahmengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada dua orangpelajar UiTM Cawangan Kelantan, iaitu saudari Nurul Adlin Asyiqin Zulkifli dariKampung Baung, Pengkalan Chepa dan saudari Nurul Izzatiey Natasha AhmadFauzi dari Kampung Baru Sungai, Gua Musang, Kelantan, yang telah ditimpamusibah kebakaran rumah kediaman. Sebagai tanda keprihatinan dan usahamenjaga kebajikan pelajar, pihak universiti telah menyalurkan sumbangan yangdikumpulkan bersama oleh Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW), fakulti sertarakan-rakan di kolej kediaman UiTMCK bagi meringankan beban yang ditanggungoleh para pelajar.Kemeriahan majlis juga dihangatkan lagi apabila para hadirin disajikan denganbeberapa sesi cabutan bertuah, nombor pekerja yang bertuah dipaparkan di skrinlayar hadapan dan telah menerima pelbagai jenis hadiah yang disediakan olehpihak penganjur. Selain itu, sebanyak 7 hadiah utama cabutan bertuah berupasebuah televisyen berjenama Samsung 43 inci, cincin emas dan kepingan emasjuga telah disampaikan secara terus kepada penerima yang bertuah di akhir majlis.Kesemua hadiah disumbangkan oleh penaja-penaja daripada pelbagai agensi luaryang murah hati memberikan sokongan kepada penganjuran majlis yang amatistimewa ini.Usai sahaja acara utama, iaitu Majlis Hari Kemuncak Inovasi 2023 yang berakhirsekitar jam 11.45 pagi, majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK). Warga UiTMCK dipersilakan menikmatipelbagai juadah lebaran yang telah disediakan oleh pihak penganjur sertabahagian-bahagian utama universiti. Pihak universiti turut berbesar hati menerimakunjungan mantan-mantan Rektor UiTMCK, para pesara serta wakil-wakil daripadapelbagai agensi luar yang sama-sama memeriahkan sambutan ini. Pelbagaihidangan enak dan lazat disajikan, antaranya kambing golek, set nasi hujan panas,laksa Kelantan, laksa Penang, sate, pelbagai jenis kuih-muih, aiskrim serta anekaminuman yang menyegarkan.Penyedia Laporan:Puan Salwani Mohd SallehSetiausaha 1Majlis Hari Kemuncak Inovasi 2023 dan Sambutan Hari Raya 2024Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniahdiucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa yangtelah bertungkus-lumus menyumbangkan idea dantenaga serta memberikan komitmen padu bagimemastikan majlis yang dirancang dapatberlangsung dengan sempurna. Ucapan syabas dantahniah turut dirakamkan kepada para penerimaAnugerah 2023. Semoga pengiktirafan ini dapat terusmembakar semangat seluruh warga UiTM CawanganKelantan untuk sentiasa berusaha melakarkecemerlangan.70
MACHANG, 18 April - Pihak Kelab Debat dan Pidato telah menghantar satukumpulan bagi mewakili Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan kePertandingan Debat Piala Orator 2024 anjuran Kolej Kediaman Tun Fuad, UniversitiMalaysia Sabah yang telah diadakan pada 18 April 2024 sehingga 21 April 2024. Parapendebat yang mewakili UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya mendapat tempatantara 10 terbaik bagi keseluruhan ranking serta dua daripada empat pendebatUiTM Cawangan Kelantan telah berjaya meraih gelaran pendebat terbaikPertandingan Debat Piala Orator 2024. Syabas dan tahniah diucapkan kepada parapendebat yang telah berusaha sebaik yang mungkin dalam dalam mempersiapkandiri bagi pertandingan ini. Semoga hasil kejayaan ini dapat dijadikan contoh teladanyang baik buat semua mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan.PERTANDINGAN DEBAT PIALAORATOR 2024Penyedia Laporan:Saudari Nurul Amira Aisya Mohd RamziSetiausahaKelab Debat dan Pidato71
MACHANG, 19 April – Program Navigating Your Accounting Journey with Faculty ofAccountancy, UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah berlangsung pada 19 hingga 20April 2024 bertempat di AU300, UiTMCK. Program ini dianjurkan atas inisiatif pihakpengurusan tertinggi Fakulti Perakaunan UiTMCK dengan kerjasama Members ofBachelor in Accountancy Society (MemBACCs), MARA University of TechnologyAccountancy Society (MUTAC) serta Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTMCK.Program ini bertujuan sebagai sesi pengenalan Fakulti Perakaunan kepada mahasiswabaharu Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (AC220), di samping memberi pendedahanterhadap aktiviti dan penglibatan mahasiswa agar mereka lebih proaktif serta mampuberdaya saing secara sihat. Selain itu, program ini turut memberi pencerahan danpenjelasan berkaitan pelan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.Seramai 42 orang mahasiswa baharu Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) UiTMCKtelah menyertai program ini. Turut terlibat sebagai penceramah ialah lima orangpensyarah, iaitu Dr. Nik Zam Nik Wan, Dr. Wan Nor Asmuni Wan Fauzi, Cik Siti NorAdawiah, Puan Rabaatul Azira Hassan dan Puan Syuhaila Razak, serta kaunselor UiTMCK,Puan Zainab ‘Izzah Mahmud. Penglibatan mereka bertujuan membantu pelajar baharumempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental dalam menempuh kehidupan sebagaipelajar institusi pengajian tinggi.Antara topik yang dibincangkan sepanjang program termasuk kepentingan pengurusanmasa, pembentukan jati diri sebagai mahasiswa yang profesional serta kepentinganpenjagaan kesihatan mental. Pelaksanaan program ini secara tidak langsungmenyumbang kepada pencapaian petunjuk prestasi UiTMCK bagi tahun 2024, iaitu PI039(Number of programmes related to emotional well-being), PI006 (Percentage of GOTstudents) dan PI029 (Number of leadership programmes).PROGRAM NAVIGATING YOURACCOUNTING JOURNEY WITHFACULTY OF ACCOUNTANCY,UiTMCKPenyedia Laporan:Puan Syuhaila RazakPensyarah KananFakulti Perakaunan72
KOTA BHARU, 2 Mei - Program Global Outsourcing Talent (GOT) Bootcamp anjuranFakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telahberjaya dilaksanakan pada 21 hingga 27 April 2024. Bertempat di Gelanggang Senidan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan, GOT Bootcamp ini dikendalikan olehseramai 16 orang jurulatih bertauliah (certified trainer) dari Malaysia DigitalEconomy Corporation (MDEC) yang merupakan penaja utama program. Di sampingitu, program ini juga melibatkan seramai 8 orang pensyarah yang bertugas sebagaifasilitator dan dibantu oleh 3 orang staf bagi urusan teknikal.Seramai 135 orang pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan semester 4 dan 5yang mendaftar kod kursus UBM599 (Digital Workforce) telah menjadi peserta didalam GOT Bootcamp. Program yang bertujuan untuk memenuhi keperluanpenilaian kod kursus UBM599 ini juga telah berjaya menghasilkan pelajar yangberkeyakinan dan bersedia untuk menerima dan melaksanakan tugasan di dalamplatform ‘Freelancer.com’ di bawah bimbingan dan tunjuk ajar jurulatih MDEC.Peserta dipecahkan kepada 3 workstream iaitu Creative Media, Social Media danLinguistic, masing-masing seramai 60, 45 dan 30 orang pelajar.Selain MDEC, GOT Bootcamp ini mendapat sokongan daripada PerbadananKemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Perpustakaan AwamKelantan (PPAK), Pusat Informasi Pelancongan Kelantan (TIC) dan Bank IslamMalaysia Berhad (BIMB). Wakil-wakil daripada 5 rakan strategik ini diraikan bersamapara peserta pada Majlis Perasmian Penutup merangkap Majlis Jamuan Aidilfitri2024 pada hari terakhir bootcamp.GLOBAL OUTSOURCING TALENT(GOT) BOOTCAMPPenyedia Laporan:Dr. Azyanee LuqmanPenyelarasUnit Komunikasi Korporat73
MACHANG, 24 April – Program Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024 merupakan satuinisiatif yang bertujuan melahirkan dan membangunkan usahawan digital dalamkalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM yang berpotensi, berminat serta mempunyaitahap keyakinan diri yang tinggi. Program ini juga berperanan memperkukuhkankemahiran keusahawanan digital melalui pelaksanaan pertandingan berkonsepkanApprentice, di mana para peserta akan menerima latihan, bimbingan serta penyediaangeran permulaan bagi menghasilkan produk berjenama sendiri.Program ini dianjurkan oleh Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dengan kerjasamaiMedikel Healthcare (M) Sdn. Bhd., Unit Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal EhwalPelajar serta Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), BPJIA UiTM CawanganKelantan (UiTMCK). Program ini melibatkan penyertaan mahasiswa UiTM CawanganKelantan sebagai peserta pertandingan. iMedikel Pharma Holding Berhad merupakansatu-satunya kilang produk farmaseutikal berlesen di negeri Kelantan dan mempunyaikeupayaan menghasilkan produk farmasi serta ubat-ubatan di kilang milik merekasendiri.Dalam era digital masa kini, penguasaan kemahiran keusahawanan digital amat pentingdalam membentuk graduan yang berdaya saing. Program ini menyediakan platformkepada mahasiswa UiTM untuk memperoleh kemahiran praktikal dalam bidangkeusahawanan digital. Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024 merupakan programberskala besar yang merangkumi beberapa aktiviti utama, antaranya ForumKeusahawanan, Pentauliahan Mentor Usahawan UiTM serta Pertandingan ApprenticeUsahawan Produk Jenama Sendiri.DIGITALISASI JEJAK USAHAWANPERANTIS 202474Objektif penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadappotensi keusahawanan digital dalam kalangan mahasiswa UiTM, memperkukuhkankemahiran keusahawanan digital melalui latihan praktikal dan bimbingan oleh pakarindustri, menyediakan platform bagi mahasiswa mempamerkan kebolehankeusahawanan digital mereka serta menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomitempatan melalui pembangunan perniagaan digital oleh mahasiswa.Sebagai pembuka tirai program, Forum Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024 telahberlangsung pada 24 April 2024 bertempat di Dewan Profesional, UiTM CawanganKelantan. Forum ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan duniakeusahawanan dalam talian dan pembangunan produk berjenama sendiri. Antara topikyang dikupas termasuk asas perniagaan dalam talian, perjalanan sebagai pengasasproduk, pembangunan produk jenama sendiri serta latihan dan bimbingan industridaripada pihak iMedikel.
Penyedia Laporan:Ts. Rozita ShamsuddinPensyarah KananKolej Pengajian Seni KreatifEncik Azhar A AzizPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifForum ini menampilkan tiga orang panel jemputan daripada iMedikel, iaitu Pengasas danPresiden iMedikel Pharma Holding Berhad, Tuan Haji Yusmat Mamat; Pengasas danPemilik Jenama Shalicious & Laurel B, Puan Wan Nur Siti Aisyah Wan Hasan; sertaPengarah Urusan Wealthlife International PLT, Encik Azman A. Aziz. Forum inidikendalikan oleh Moderator, Encik Hasanul Firman Md Apandi, Pensyarah Kanan UiTMCawangan Kelantan Kampus Kota Bharu.Forum tersebut telah dihadiri oleh lebih 200 orang mahasiswa dan mahasiswi UiTMCawangan Kelantan daripada pelbagai bidang pengajian, serta barisan tetamu kehormatyang terdiri daripada Rektor UiTMCK, Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi; TimbalanRektor Hal Ehwal Pelajar; Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni;wakil ICAN, MASMED; Ketua Pusat Pengajian KPSK; serta para penyelaras program dariJabatan Seni Reka Grafik, Jabatan Seni Reka Tekstil dan Jabatan Seni Reka Logam Halus.Majlis turut menyaksikan gimik pelancaran rasmi Program Digitalisasi Jejak UsahawanPerantis 2024 yang disempurnakan oleh Rektor UiTMCK, Profesor Dr. Haji Abdol SamadNawi. Selain itu, pemasyhuran empat orang mentor usahawan berjaya turut diadakanbagi membimbing peserta terpilih sepanjang program berlangsung.Selepas tamat forum, para pelajar yang berminat dikehendaki mengisi borangpenyertaan melalui kod QR yang disediakan. Peserta yang mendaftar akanmelengkapkan tugasan awal sebelum melalui sesi temuduga bagi pemilihan akhir.Peserta yang berjaya akan mengikuti program ini selama dua bulan dengan penglibatandalam pelbagai modul dan bengkel keusahawanan secara bersemuka dan dalam talian.Pemenang pertandingan bakal menerima geran bernilai RM10,000.00 bagimembangunkan dan mengeluarkan produk berjenama sendiri. Diharapkan program inidapat menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan lebih ramai usahawan digital dalamkalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM pada masa hadapan.75
MACHANG, 24 April - Program yang bertajuk Forum Digitalisasi Jejak Usahawan2024 telah berjaya dianjurkan oleh Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dengankerjasama iMedikel Healthcare (M) Sdn. Bhd., Unit Kerjaya dan Kaunseling,Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN)BPJIA UiTM Cawangan Kelantan dengan keterlibatan Mahasiswa UiTM CawanganKelantan sebagai peserta. Forum ini telah berlangsung secara bersemuka pada 24April 2024 (Rabu) di Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan. Kerangkapengisian Program Digitalisasi Jejak Usahawan 2024 adalah sebagai sebuah inisiatifuntuk menerokai dan merangka strategi digitalisasi bagi memperkasa danmeningkatkan keberkesanan usahawan dalam era digital, memperkukuhkankemahiran keusahawanan digital dalam kalangan mahasiswa UiTM melaluipertandingan model Apprentice, latihan bimbingan, dan penyediaan geranpermulaan untuk mewujudkan produk jenama sendiri.Forum Program Digitalisasi Jejak Usahawan 2024 ini telah menampilkan tiga panelterkemuka dalam industri masing-masing iaitu Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan,Pengasas dan Pemilik Jenama Shalicious & Laurel B, Tuan Haji Yusmat bin Mamat,Pengasas dan Presiden iMedikel Pharma Holding Berhad, dan Tuan Haji Azman AAziz, Pengarah Urusan Wealthlife International Plt. Dengan gabungan kepakaranpanel-panel terkemuka ini, forum pada kali ini menjanjikan pendedahan danperkongsian ilmu kepada para peserta mengenai strategi dan pendekatan digitalyang boleh diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan.FORUM DIGITALISASI JEJAKUSAHAWAN 2024Penyedia Laporan:Puan Zainab ‘Izzah MahmudPegawai Psikologi KananBahagian Hal Ehwal Pelajar76
MACHANG, 5 Jun - Program Digitalisasi JejakUsahawan Perantis 2024 adalah satu programbertujuan untuk melahirkan danmembangunkan Usahawan Digital dalamkalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM yangmempunyai potensi dan minat sertaberkeyakinan tinggi. Selain itu, ianya jugabermatlamat untuk memperkukuhkankemahiran keusahawanan digital dalamkalangan mahasiswa UiTM melaluipertandingan model Apprentice, peserta jugaakan diberikan latihan, bimbingan danpenyediaan geran permulaan untukmewujudkan produk berjenama sendiri.DIGITALISASI JEJAK USAHAWANPERANTIS 2024, KOLEJPENGAJIAN SENI KREATIF, UiTMCAWANGAN KELANTANProgram Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024 dianjurkan oleh Kolej PengajianSeni Kreatif yang bekerjasama dengan iMedikel Healthcare (M) Sdn Bhd, UnitKerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Industri, Komunitidan Alumni (ICAN) BPJIA UiTMCK dengan keterlibatan mahasiswa UiTM CawanganKelantan sebagai peserta pertandingan. iMedikel Pharma Holding Berhad, satusatunya kilang produk yang mempunyai lesen farmaseutikal di Kelantan. Syarikatyang boleh mengeluarkan produk farmasi dan ubat.Antara objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang potensikeusahawanan digital dalam kalangan mahasiswa UiTM, memperkukuhkankemahiran keusahawanan digital melalui latihan praktikal dan bimbingan olehpakar industri, menyediakan platform untuk mahasiswa menunjukkan kebolehankeusahawanan digital mereka dan sebagai pemacu ekonomi tempatan melaluipertumbuhan perniagaan digital dalam kalangan mahasiswa.KELAS 1 (BERSEMUKA) – TIK TOK LIVE BUSINESSKELAS 2 (BERSEMUKA) – MINDSET JUTAWAN & PENGENALAN PERNIAGAAN ONLINESelepas sesi forum yang dijalankan pada 24April 2024, beberapa orang pelajar telah dipilihsebagai peserta akhir untuk ke prosespertandingan seterusnya. Pelbagai kelas,bengkel dan latihan telah di rangka untukmemenuhi perancangan pertandingan yangbakal berlangsung selama 2 bulan. Para pelajardilatih oleh mentor-mentor yang terlatihdaripada rakan industri untuk membimbingpara peserta bagi mencapai objektifpenganjuran dan seterusnya memenangipertandingan yang menawarkan geranbernilai RM 10,000.77
Kelas 1 telah dijalankan secara bersemuka di HRDA, UiTM Cawangan Kelantan pada8 Mei 2024 yang lalu. Modul 1 bertajuk TikTok Live Business telah dikendalikan olehMaster Trainer Tuan Azman A Aziz, dibantu oleh mentor-mentor daripada industriyang terdiri daripada Puan Ila, Encik Amsyar, Encik Ta dan Encik Farhan. Bengkel inidijalankan di HRDA, UiTMCK selama 2 jam daripada jam 8.00 malam sehingga 11.00malam. Para peserta teruja menyertai bengkel tersebut di mana mereka telahmempelajari pelbagai ilmu dan tip berguna di dalam TikTok Live Business. Intipatimembangunkan perniagaan online telah didedahkan di dalam sesi ini. Para pesertatelah diberikan tips dan strategi serta pengetahuan teknikal dari mula hingga akhirtentang cara untuk membangunkan bisnes di platform Tiktok.Kelas 2, sesi kelas secara offline juga telah diadakan di HRDA, UiTM CawanganKelantan Machang pada 14 Mei 2024 bermula pada jam 8.00 malam sehingga 11.00malam. Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada para pesertatentang minda usahawan yang perlu ada dan diterapkan di dalam diri setiappeserta atau bakal usahawan. Mindset dan attitude menyumbang kepada 80%kejayaan di dalam apa jua bidang sekalipun, maka Kelas 2 ini akan memfokuskankepada membangun dan menanam mindset dan attitude jutawan kepada setiappeserta. Tanpa mindset dan attitude yang betul, setiap tugas yang diamanahkanpasti tidak akan terlaksana.Setelah selesai kedua-dua kelas secara bersemuka ini, para peserta telahdibahagikan kepada mentor-mentor yang telah dipilih oleh pihak penaja. SesiMENTORING melibatkan bimbingan dan pemantauan daripada mentor-mentoryang terlatih untuk membantu para peserta dalam melaksanakan setiap tugasan.Peserta perlu menghantar laporan secara berkala berkenaan tugasan yang telahdiberikan dan para mentor perlu membuat review terhadap prestasi para pesertasecara berkala. Pemantauan akan berlaku sekurang-kurangnya seminggu sekali.Dengan berakhirnya 2 kelas secara bersemuka ini, maka kelas dan latihan diperingkat seterusnya akan diadakan secara atas talian menggunakan pelbagaiplatform. Pelbagai modul telah dirangka untuk memberi pengetahuan kepada parapeserta antaranya:SESI 1: PRODUCT KNOWLEDGESESI 2: CONTENT IS KINGSESI 3: TIKTOK ACCOUNTSESI 4: ADS CONTENT & LIVESESI 5: SALES RESULTSESI 6 - 10: MONITORINGProgram Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024 ini akan berjalan selama 2 bulansehingga bulan Julai. Pada sepanjang program, para peserta akan dinilai secaraberkala berdasarkan tugasan yang telah mereka laksanakan. Di akhir program,seorang pemenang akan dinobatkan sebagai pemenang untuk memenangi hadiahbernilai RM 10,000.00 dalam bentuk geran pembangunan produk sendiri danmenghasilkan produk berjenama sendiri. Semoga program inj akan berjalan lancardan para peserta kekal bersemangat untuk melaksanakan tugasan yang diberisehingga ke akhir program.Penyedia Laporan:Ts. Rozita ShamsuddinPensyarah KananKolej Pengajian Seni KreatifEncik Azhar A. AzizPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifTs. Emilia Abdull Manan|Pensyarah KananKolej Pengajian Seni KreatifPuan Wan Salwana Wan SulaimanPensyarahKolej Pengajian Seni Kreatif78
MACHANG, 28 Mei - Satu kunjungan hormat dari Pengurusan Tertinggi Princess ofNaradhiwas University (PNU), Narathiwat Thailand yang diketuai oleh Presiden,Assistant Professor Dr. Preecha Salaemae ke Universiti Teknologi MARA CawanganKelantan (UiTMCK) pada 27 hingga 28 April 2024. Kunjungan pada kali ini diiringioleh Assistant to President (International Relations), Encik Alee Jehlae danPensyarah Kanan Islamic Studies, Dr. Wan Imron Wae Pa, Timbalan Dekan FakultiKejururawatan, Assistant Professor Tidarat Wangsawat, Timbalan Dekan FakultiPerubatan, Cik Fardeela Bin-alee dan Pegawai Khas Presiden, Encik Abha Samoh.Sempena kunjungan ini, delegasi dari PNU berkesempatan mengadakanpertemuan meja bulat bersama dengan Pengurusan Tertinggi UiTMCK diwakili olehProfesor Madya Dr. Mohd Nasir Ismail dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif NegeriUiTMCK. Antara perkara yang dibincangkan antara kedua-dua pihak adalahmengenai peluang kolaborasi penyelidikan dan perkongsian aktiviti akademik parapensyarah serta mobiliti mahasiswa. Presiden PNU menzahirkan ucapan terimakasih atas sambutan yang diberikan kepada delegasi beliau dan mengharapkanjalinan kerjasama yang mapan antara dua institusi pengajian tinggi. Semoga usahadan aspirasi meningkatkan pencapaian UiTM di peringkat global terus maju dalammelahirkan mahasiswa yang inovatif serta berdaya saing.KUNJUNGAN HORMAT DELEGASIPRINCESS OF NARADHIWASUNIVERSITY, NARATHIWAT,THAILANDPenyedia Laporan:Cik Asiah SaidSetiausaha 1UiTM Global Cawangan Kelantan79
BANGI, 29 April – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan telahberjaya meraih 4 anugerah di Anugerah (METIC 13) ICAN pada 29 April 2024bertempat di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. Anugerah yang berjaya diraih ialahAnugerah Penarafan Bintang Terbanyak PTJ (tempat pertama). Anugerah yangseterusnya ialah Anugerah Projek Komuniti Hasil Penyelidikan / Inovasi (tempatpertama). Anugerah ini dimenangi menerusi projek Kursus Kewangan Masjidanjuran bersama Fakulti Perakaunan dan MAIK yang diketuai oleh Profesor MadyaDr. Marziana Madah Marzuki.Selain itu, anugerah yang berjaya diraih adalah Anugerah Terbaik PTJ, SumbanganTerkumpul Tabung Alumni Prihatin RM5. Melalui tabung sumbangan, warga UiTMCawangan Kelantan telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 35,830 bagitujuan kebajikan para pelajar UiTM Cawangan Kelantan yang memerlukan bantuan.Anugerah yang terakhir yang dimenangi ialah Anugerah Komuniti Lestari (tempatketiga). Anugerah ini telah dimenangi oleh Projek Kelestarian KeusahawananKomuniti Sungai Pinang yang diketuai oleh Dr. Hatinah Abu Bakar selaku KetuaProjek dari Fakulti Pengurusan Perniagaan mewakili UiTM Cawangan Kelantan.Keempat-empat anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Naib CanselorJaringan Industri, Komuniti & Alumni iaitu Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah.Mewakili UiTM Cawangan Kelantan, majlis telah dihadiri oleh Profesor Dr. Haji AbdolSamad Nawi (Rektor UiTM Cawangan Kelantan), Dr. Norzieha Mustapha (TimbalanRektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni) dan Dr. Nazhatul Sahima MohdYusoff (Koordinator ICAN UiTM Cawangan Kelantan). Pihak pengurusan UiTMCawangan Kelantan mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan anugerahini.Semoga anugerah yang berjaya diperoleh ini dapat menyuntik semangat buatwarga UiTM Cawangan Kelantan dalam terus melaksanakan program-programberimpak tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan dankesejahteraan masyarakat setempat.ANUGERAH METIC 2024 YANGKE-13Penyedia Laporan:Dr. Nazhatul Sahima Mohd YusoffKoordinator ICANBahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni80
KOTA BHARU, 30 April - Program Seni Tulisan Khat telah berlangsung denganjayanya bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE), PerpustakaanTengku Anis UiTM Kampus Kota Bharu. Jutaan terima kasih diucapkan kepadapenceramah jemputan iaitu Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki Nik Abdul Kadir keranatelah berkongsi ilmu dan mengajar para peserta mengenai Seni Tulisan Khat.Tujuan utama program ini adalah untuk memartabatkan kembali Seni Khat yangdilihat semakin pudar dalam kalangan masyarakat khususnya warga UiTM.Program ini bukan sahaja melahirkan rasa minat untuk belajar Seni Khat tetapidapat melahirkan kerjasama yang efektif serta semangat kebersamaan, komitmenyang padu, semangat yang jitu, dalam menghasilkan solusi yang terbaik kepadapemegang taruh UiTM. Selain itu, nilai kecemerlangan juga merupakan pemacuutama untuk mencapai matlamat yang efisien dan berkesan demi menggarappotensi warga tanpa batas mahupun halangan.Ilmu yang bermanfaat, keseimbangan ilmu dan warga yang mengamalkan nilainilai murni dapat memainkan peranan yang penting dalam menghasilkanperadaban manusia yang maju kehadapan. Akhir kata, diharapkan segala ilmu dantunjuk ajar yang telah disampaikan dalam program kali ini dapat menambah ilmu,melahirkan minat dan mencipta pengalaman yang berharga buat para pesertayang telah hadir ke program pada kali ini.PROGRAM PENULISAN SENIKHATPenyedia Laporan:Puan Rosmariyati Ab RahmanPustakawan KananUiTM Kampus Kota Bharu81
MACHANG, 1 Mei - Pertandingan inovasi, International 3-Minute Business IdeaPitching & Innovation Competition (3 MPIC) 2024 telah berlangsung denganjayanya dari 1 Mei hingga 15 Oktober 2024. Acara untuk kali ketiga (3) ini adalahanjuran Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Kelantan dan julungkalinya berkolaborasi antara Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA) danUniversitas Muhammadiyah Aceh (UNM AW), Indonesia. Tujuan pertandingan iniadalah untuk memupuk budaya inovasi dan kreatif dalam kalangan pelajar danpensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dan luar negara bagimengiktiraf pelajar yang mempunyai idea, rekaan, serta ciptaan terbaru.PERTANDINGAN INOVASI,INTERNATIONAL 3-MINUTEBUSINESS IDEA PITCHING &INNOVATION COMPETITIONPenyedia Laporan:Puan Nur Haslina RamliPengerusi3MPIC 2024Upacara perasmian dan pengumumanpemenang berlangsung pada 15 Oktober2024 melalui saluran YouTube rasmi UiTMCawangan Kelantan yang telah dirasmikanoleh Profesor Madya Dr. Mohd Nasir Ismail,Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik,Menjalankan Fungsi Rektor, UiTM CawanganKelantan. Sebanyak 315 kumpulanpenyertaan telah dipertandingkan,merangkumi kategori idea dan produk.Sebanyak 11 institut pengajian tinggi diseluruh Malaysia dan luar negara yangmenyertai pertandingan ini. Pemenang bagipertandingan ini menerima hadiah wangtunai dan sijil pemenang yang terdiridaripada Diamond, Gold, Silver, Bronze, videoterbaik dan penyampai terbaik bagi kategoriidea. Selain itu, peserta terpilih berpeluangmenerbitkan Extended Abstract mereka.Pertandingan ini diharapkan dapatmeningkatkan imej akademik danpenyelidikan inovasi UiTMCawangan Kelantan denganmenjana produk inovasi yangberkualiti, berimpak tinggi sertamemupuk budaya kreatif dalamkalangan pelajar dan pensyarah.Melalui kolaborasi antara UNISSULAdan UNM AW, diharapkan inisiatifini dapat diteruskan danmemberikan manfaat yang lebihbesar kepada masyarakat danindustri.82
MACHANG, 2 Mei - Satu Sejarah tersendiri telah tercipta buat warga FakultiPerakaunan UiTM Cawangan Kelantan. Buletin pertama fakulti ini yang dinamakanAccounting Inkwell Quarterly (AIQ) telah dilancarkan dan gimik pelancarandisempurnakan oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan, Dr. Nik Zam NikWan. Antara objektif penerbitan AIQ adalah bagi menyediakan platform untuk parapensyarah membincangkan dan menyebarkan penemuan serta teori terbarukhusus berkaitan bidang perakaunan untuk manfaat sesama ahli fakulti dan parapelajar.Ia juga diharapkan dapat menggalakkan aktiviti penulisan di kalangan parapensyarah dalam konteks yang lebih santai dan membina budaya penulisan yangakhirnya mampu meningkatkan profil fakulti. Selain itu, AIQ juga menawarkanpeluang kepada pelajar Fakulti Perakaunan UiTMCK untuk turut sama terlibatdalam penerbitan dan penulisan akademik. Ini merupakan peluang bagi parapelajar untuk membentuk serta mengasah kemahiran dan memberikan merekasatu pengalaman yang berharga. Buletin suku tahunan ini diharapkan dapatmenambah nilai dan menyuburkan budaya ilmu secara konsisten dalam kalanganwarga Fakulti Perakaunan serta seluruh warga UiTM.MAJLIS PELANCARANACCOUNTING INKWELLQUARTERLYPenyedia Laporan:Dr. Nor Hayati Samba MohamedPensyarah KananFakulti Perakaunan83
BACHOK, 6 May - The Income Generation Study Program among B40 Participants(DiME2024) is an innovative initiative to improve the income and living standards ofthe impoverished people through digital marketing. Recognizing the transformativepotential of digital tools, DiME2024 is committed to equip participants with the skillsand knowledge needed to thrive in the modern business landscape. The facilitatorsappointed for this program are lecturers from UiTM Kelantan Branch with diversebackgrounds, ensuring that participants receive comprehensive guidance andvarious perspectives on digital marketing, including technical skills, marketingstrategies, and business management. The modules provided practical andapplicable knowledge, ranging from foundational entrepreneurial principles toadvanced digital marketing strategies. By integrating religious values with businesspractices, offering crucial financial management tips, and exploring modernmarketing techniques, the program ensured a holistic learning experience.There are 5 series of programs that have been conducted so far.Kota Bharu (Series 1) on 5 March 2024Bachok (Series 2) on 6 May 2024Gua Musang (Series 3) on May 27, 2024Tumpat (Series 4) on July 9, 2024Jeli (Series 5) on July 25, 2024.The DiME2024 (Series 2) program was successfully held on May 6, 2024, with 27participants attending at the Dewan Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP)Badak, Bachok, Kelantan. The selected participants are small entrepreneurs fromthe Bachok area. This collaborative initiative is from the collective efforts betweenthe Implementation Coordination Unit, Prime Minister's Department (ICU JPM) ofKelantan State, and the MASMED Unit of UiTM Kelantan Branch. The programoffered comprehensive digital marketing training aimed at increasing participants'income. In addition to the valuable training, participants received certificates ofparticipation and equipment assistance to enhance their business operations andmanagement.DIME2024: EMPOWERING B40PARTICIPANTS IN BACHOKDISTRICT THROUGH DIGITALMARKETINGPrepared by:Ms Rosfatihah Che MatSenior LecturerFaculty of Business & ManagementMs Zaiton MustaphaSenior LecturerAcademy of Language StudiesMs Nor Asmira Mat JusohLecturerAcademy of Contemporary Islamic StudiesThe program has already made asignificant impact, providingparticipants with not only the skillsto succeed but also the confidenceto pursue their entrepreneurialdreams. By leveraging digitalmarketing, DiME2024 aims tocreate a resilient and self-sustainingcommunity in Bachok, ultimatelybreaking the cycle of poverty anddriving long-term economicgrowth.84
MACHANG, 8 Mei - Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital serta Jabatan Seni Halus dariKolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dengan kerjasama Unit Jaringan Komuniti, BahagianPenyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA) UiTM Cawangan Kelantan telahmengadakan Program Conteng Seni bersama Sekolah Kebangsaan Pak Roman,Machang. Program ini diadakan selama 2 hari bermula dari 8 Mei sehingga 9 Mei 2024.Seramai 30 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Pak Roman, 12 orang pelajar KolejPengajian Seni Kreatif (KPSK) serta 8 orang pensyarah pengiring telah menyertai programini.Tujuan aktiviti seni yang diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan dua hala yangbaik antara pihak Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) serta Unit Jaringan Komuniti,Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA) UiTM Cawangan Kelantandengan pihak Sekolah Kebangsaan Pak Roman, Machang Kelantan. Program mural inidapat memberi motivasi buat para pelajar sekolah di samping membuka peluang untukmereka menerokai seni visual. Tambahan lagi program ini juga diadakan untuk menanamminat serta memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah mengenai kemahiran senivisual. Program ini juga berjaya memupuk minat pelajar sekolah rendah terhadap seni diperingkat lebih awal. Pihak sekolah serta pelajar-pelajar dilihat teruja untuk bersamasama menunjukkan bakat dalam menghasilkan lukisan mural di dinding sekolah.Sebanyak 3 panel dinding sekolah telah berjaya dijadikan seni mural dengan temapendidikan, planet-planet di ruang angkasa dan dinding ketiga adalah bertemakankeceriaan.Perkongsian teknik, pengalaman dan pengetahuan seni berjaya memupuk minat danmenarik perhatian para pelajar sekolah untuk lebih menghargai karya seni apabilamereka diberi peluang untuk berkarya bersama-sama peserta dari UiTM. Pendedahanseperti ini juga dapat mengeratkan ukhwah antara pihak sekolah, pihak UiTM danmasyarakat setempat.CONTENG SENI BERSAMASEKOLAH KEBANGSAAN PAKROMANPenyedia Laporan:Dr. Noorlida DaudPenyelarasUnit Jaringan KomunitiBahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & AlumniLukisan mural yang ceria dapatmenceriakan suasana sekolah,menjadikan warga sekolah lebihgembira serta membantumengurangkan tekanan. Program inijuga memberi peluang kepada pelajarUiTM dan pelajar sekolah untukmenimba pengalaman melaluipenglibatan dalam aktivitikemasyarakatan.85