The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Digital version of Programme Book used for Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2022, by FSU KUIS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anzadesign art, 2022-12-12 09:04:01

e-Programme Book MFIFC2022

Digital version of Programme Book used for Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2022, by FSU KUIS

Keywords: mfifc2022,muzakarah fiqh,international fiqh conference

(PAPER ID: 1036)

KEWANGAN DIGITAL DAN RANGKUMAN KEWANGAN: ISU DAN CABARAN DALAM
KEWANGAN ISLAM
Khairul Anuar Ahmad

Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK

Kewangan digital ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi digital dalam kewangan bagi menggambarkan
kesan teknologi baharu ke atas industri perkhidmatan kewangan. Penggunaan sistem digital ini meliputi pelbagai
produk, aplikasi, proses dan model perniagaan yang telah mengubah cara tradisional menyediakan perkhidmatan
perbankan dan kewangan. Timbul persoalan adakah penggunaan teknologi digital ini mampu memberikan
impak kepada rangkuman kewangan terutamanya terhadap kewangan Islam? Lebih jauh lagi, mampukah
kewangan digital memenuhi objektif shariah (maqāṣid al-sharīʿah) dalam aspek memelihara harta golongan
yang tiada akses atau “underserved” terhadap teknologi ini, selain hanya meluaskan rangkuman kewangan?
Sudah pasti jawapan kepada persoalan ini tidak terlepas daripada membincangkan isu-isu dan cabaran. Oleh
yang demikian, tulisan ini cuba mengupas isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri kewangan Islam
dalam mengadaptasi ekosistem teknologi kewangan digital ini. Untuk tujuan tersebut, data dikutip daripada
dokumen-dokumen melalui kajian kepustakaan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Adalah
dijangkakan beberapa isu dan cabaran antaranya seperti tekad politik, set minda pengawalselia, kaedah
pengawalseliaan, ketidak selarasan ekosistem kewangan digital dengan undang-undang dan piawaian,
kekurangan kapasiti sistem dan modal insan serta isu syariah akan dihadapi oleh industri kewangan Islam dalam
meralisasikan ekosistem kewangan digital ini. Tulisan ini diharap dapat memberikan perspektif terkini kepada
pembaca tentang isu-isu dan cabaran-cabaran penggunaan teknologi digital dalam industri kewangan Islam dan
berupaya menjelaskan sejauh mana kaitan dan kesannya ke atas rangkuman kewangan dalam merealisasikan
objektif syariah.

Kata kunci: kewangan digital, rangkuman kewangan, objektif syariah, ekosistem kewangan, kewangan social

46


(PAPER ID: 1037)

CABARAN DAN PENAMBAHBAIKAN JABATAN PENDAKWAAN SYARIE:
KAJIAN DI SELANGOR

Hammad Mohamad Dahalan, Nafilah Umairoh Binti Mohamad Kamal
Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(KUIS), Bangi, Selangor
[email protected], [email protected]

ABSTRAK
Jabatan Pendakwaan Syariah merupakan satu organisasi di bawah bahagian penguatkuasaan undang-undang
Syariah di mana ia menjadi satu agensi penting yang mempunyai peranan penting untuk membawa pihak yang
melakukan kesalahan atau yang ditangkap bagi dihadapkan di mahkamah, Kajian ini dilakukan untuk mengkaji
cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Pendakwaan Syariah serta menganalisis penambahbaikan yang berlaku di
jabatan ini. Bagi mencapai objektif ini, kajian perpustakaan dan kajian lapangan telah dijalankan. Data-data
kajian kepustakaan diperoleh melalui buku, jurnal, penulisan ilmiah, laman sesawang dan dokumen-dokumen
yang berkaitan. Kajian lapangan juga digunakan dengan menggunakan instrumen temu bual. Hasil kajian
mendapati bahawa masih terdapat cabaran sama yang dihadapi oleh Jabatan Pendakwaan Syariah sejak awal
penubuhannya. Antara cabaran tersebut adalah dari aspek pentadbiran, kekurangan sumber tenaga kerja dan
sebagainya. Selain itu, penambahbaikan yang berlaku seharusnya ditambah baik dengan lebih menyeluruh lagi
agar Jabatan Pendakwaan Syariah ini dapat membina imej dan identiti tersendiri dalam menangani dan
membasmi jenayah Syariah di Malaysia. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan untuk
penambahbaikan dalam Jabatan Pendakwaan Syariah di seluruh negeri di Malaysia.
Kata Kunci: Pendakwaan Syarie, Amalan Guaman Syarie, Jabatan Pendakwaan Syarie, Jenayah Syariah

47


PAPER ID: 1038

APLIKASI QAWA’ID FIQHIYYAH DALAM FIQH PILIHANRAYA

Hamid Bin Mat Isa
Jabatan Syariah, Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK
Pilihanraya adalah satu kaedah pemilihan kepimpinan negara yang diamalkan oleh kebanyakan negara Islam
hari ini. Dalam sebuah negara demokrasi, melalui pilihanraya rakyat berpeluang mencorakkan bentuk
pentadbiran negara dengan memilih parti-parti atau tokoh-tokoh yang bertanding berdasarkan ideologi yang
didokong oleh parti atau tokoh yang dipilih. Mana-mana parti atau kumpulan yang menang akan memimpin dan
mengurus negara berasaskan ideologi yang didokongnya. Sebagai rakyat yang beragama Islam dan
bertanggungjawab terhadap negaranya, menyertai pilihanraya sama ada sebagai calon atau pengundi adalah
suatu kewajipan syarak. Oleh yang demikian maka kajian ini akan menghuraikan beberapa kaedah fekah
berkaitan pilihanraya yang perlu difahami oleh umat Islam. Bagi menyempurnakan kajian ini maka kitab-kitab
terutamanya qawa’id fiqhiyyah sama ada klasik atau semasa akan digunakan sebagai rujukan utama bagi
mendapat data-data dan huraian yang berkaitan. Diharap kajian ini akan dapat mengemukakan kaedah-kaedah
dan panduan yang terbaik untuk kegunaan umat Islam khususnya dan rakyat amnya semasa proses pilihanraya
dijalakan.
Kata Kunci: qawa’id fiqhiyyah; pilihanraya; demokrasi.

48


PAPER ID: 1039

PENGURUSAN HARTA PUSAKA TINJAUAN PERMASALAHAN DALAM
KALANGAN WANITA BERIHDAD

Norita Kamaruddin, Maffuza Salleh dan Zanariah Dimon
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK
Harta pusaka merupakan satu perkara yang penting yang perlu diuruskan oleh ahli waris setiap kali berlaku
kematian samada harta alih atau tidak alih. Pengurusan harta pusaka yang cekap dan efisyen dapat menjamin
kehidupan seseorang individu di masa hadapan. Wanita yang kematian suami dalam kalangan masyarakat masa
kini sering berhadapan dengan masalah terutama masalah pengurusan harta pusaka arwah suami. Begitu juga,
wanita yang kematian suami tidak terkecuali perlu menguruskan harta pusaka peninggalan arwah suami. Oleh
itu kertas ini adalah bertujuan untuk menjelaskan permasalahan berkaitan pengurusan harta pusaka di kalangan
isteri yang kematian suami. Reka bentuk kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berbentuk kajian kes.
Manakala, sampel kajian melibatkan lima orang isteri yang kematian suami di daerah Hulu Langat. Teknik
kajian yang digunakan adalah temu bual separa struktur agar temu bual dapat dilaksanakan secara bersahaja dan
responden tidak tertekan ketika menjawab persoalan kajian. Penganalisisan data adalah menggunakan perisian
ATLAS.ti, manakala proses pengekodan data, keabsahan dan pengesahan pakar terhadap dapatan serta
penemuan kajian menggunakan kaedah Cohen Kappa. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kesemua responden
menguruskan segala harta pusaka suami dengan dibantu oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga.
Walaubagaimana pun, terdapat sebahagian ahli keluarga tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka
yang telah dilakukan oleh isteri yang kematian suami.
Kata Kunci: Pengurusan, harta, pusaka, masalah, wanita, ihdad

49


PAPER ID: 1040

KOMPETENSI DAN PRESTASI MUTAWWIF DALAM TUGASAN
MEMBIMBING JEMAAH UMRAH

Mohd Sabri Bin Jamaludin, Noor Raudhiah Abu Bakar
Department of Accounting and Finance, Faculty of Management and Muamalah, International Islamic

University College Selangor, Malaysia
[email protected]

ABSTRAK
Mutawwif atau lebih dikenali sebagai individu yang berkemahiran dalam memberi bimbingan ibadah umrah dan
ziarah merupakan satu kerjaya yang kian mendapat perhatian di Malaysia. Namun kajian berkaitan mutawwif
ini tidak banyak dilakukan kerana mungkin ramai individu dan kelompok masyarakat yang tidak mempunyai
ilmu dan berpengetahuan mengenai bidang ini. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji
hubungan di antara kompetensi mutawwif dengan prestasi dalam tugasan membimbing Jemaah umrah di
Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan borang soalselidik sebagai kaedah
kutipan data. Borang ini diedarkan secara ‘online’ dengan menggunakan ‘Google form’ kerana keterbatasan
dalam pandemik Covid-19 yang kian menular. Instrumen soalselidik kajian ini mengambil perspektif holistik
terhadap kompetensi mutawwif berdasarkan rujukan Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan (NOSS), Sijil
Kemahiran Malaysia dari Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Set soal selidik yang telah dibina lalu diberi
kesahan oleh pakar akademik yang berkaitan dalam industri umrah dan bimbingan bertujuan dalam
mengukuhkan soal selidik ini. Analisis data secara kuantitatif dalam kajian ini menggunakan Statistical Package
For Social Science (SPSS) versi 26. Hasil kajian mendapati kesemua amalan mutawwif berhubungan secara
positif dan signifikan dengan prestasi kerja. Ini menunjukkan bahawa dengan peningkatan amalan mutawwif
tersebut maka semakin meningkat prestasi kerja mutawwif. Penemuan ini kemudian akan dilaksanakan sebagai
satu petunjuk aras kepada mutawwif yang menjadikan NOSS ini sebagai panduan kerjaya untuk meningkatkan
kemahiran dan ekonomi mereka, sehingga menjadi lebih kompetitif. Kajian ini dilihat dapat meningkatkan
manfaat kepada industri khusus dalam melahirkan mutawwif yang mengikut spesifikasi dan keperluan industri.
Juga, manfaat kepada kerajaan dalam menyumbang pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Negara.
Kata Kunci: Amalan Mutawwif, Prestasi Mutawwif

50


(PAPER ID: 1041)

TUNTUTAN GANTI RUGI KHAS; SISI KUPASAN MENURUT UNDANG-
UNDANG TORT DI MALAYSIA

Mohd Farok Mat Nor
Jabatan Undang-Undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(KUIS)
[email protected]

ABSTRAK
Ganti rugi adalah salah satu pampasan yang boleh diawardkan oleh pihak Mahkamah kepada pihak plaintif
sekiranya pihak Plaintif berjaya memenangi kes terhadap pihak defendan serta meyakinkan mahkamah bahawa
beliau layak menuntut ganti rugi terhadap pihak Defendan. Menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada,
beban pembuktian mengenai tuntutan ganti rugi ini akan dipikul dan dibuktikan oleh pihak yang menuntut, iaitu
pihak Plaintif. Pelbagai jenis ganti rugi yang ada di bawah undang-undang Tort tetapi kertas kerja ilmiah ini
memperincikan kategori yang khusus iaitu ganti rugi khas. Tinjauan literatur dijalankan untuk mengenal pasti
definisi, jenis serta perbandingan ganti rugi khas di bawah undang-undang Tort di negara ini. Kertas kerja ini
juga melibatkan metode penyelidikan perpustakaan di mana analisis dibuat berdasarkan kes-kes yang berkait
rapat dengan ganti rugi khas di bawah undang-undang Tort. Adalah menjadi hasrat penulis agar kajian ini dapat
membantu pelajar-pelajar baharu yang mengenali dunia undang-undang lebih-lebih lagi undang-undang Tort
untuk mendalami topik berkaitan dengan ganti rugi khas serta pembuktian di dalam kes-kes yang telah
diputuskan di mahkamah Malaysia.
Kata Kunci: ganti rugi, ganti rugi khas, beban pembuktian, undang-undang Tort, mahkamah

51


(PAPER ID: 1042)

ANALISIS APLIKASI HIBAH SEBAGAI KAEDAH PERANCANGAN HARTA
KEKELUARGAAN DI INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

Maffuza Salleh, Nurhayati Abdul Ghani, Tuan Nurhafiza raja Abdul Aziz.
Jabatan Undang-Undang, Fakulti Syariah Dan Undang-Undang,
Kolej Unversiti Islam Antarabangsa Selangor.

[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Hibah dilihat mampu menjadi instrumen perancangan harta yang efektif pada masa kini serta menjadi alternatif
dalam mengurangkan masalah yang timbul akibat kegagalan dan kelewatan pengagihan harta pusaka orang
Islam. Hibah menurut syarak ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah manakala hibah
amanah adalah produk inovasi yang menggabungkan konsep hibah dengan amanah. Hibah amanah telah
ditawarkan oleh beberapa institusi kewangan di Malaysia seperti Tabung Haji, Amanah Saham Nasional
Berhad(ASNB) dan syarikat pengendali takaful sebagai satu kaedah perancangan harta dalam bentuk wang tunai
segera yang boleh dimanfaatkan oleh waris selepas kematian pemilik harta tanpa perlu melalui proses tuntutan
harta pusaka. Kajian ini menggunakan metode kajian kepustakaan dan metode dokumentasi menggunakan
pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpul dianalisis
melalui pendekatan induktif dan deduktif. Di samping itu pendekatan komparatif juga digunakan iaitu membuat
perbandingan diantara produk yang ditawarkan di syarikat pengendali takaful, Tabung Haji dan Amanah Saham
Nasional Berhad. Kajian mendapati hanya pewujudan hibah amanah dalam produk takaful sahaja yang
mempunyai peruntukan undang-undang yang khusus di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
manakala produk perbankan pula tidak terdapat peruntukan undang-undang mengenainya secara khusus.
Manakala berkaitan hibah pula setakat hari ini belum terdapat lagi negeri yang mempunyai undang-undang
khusus mengenainya. Perkara hibah hanya diperuntukkan di dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri-
negeri. Justeru itu, satu undang-undang hibah yang khusus amat penting untuk digubal bagi memudahkan
aplikasi instrumen ini serta menjamin pewujudan instrumen ini sah dan diperakui oleh undang-undang. Kajian
ini memberi implikasi penting ke atas agensi dan institusi kewangan yang terlibat dengan perkhidmatan
perancangan harta untuk menjelaskan dan menawarkan kepada masyarakat Islam khususnya hibah amanah
yang bertepatan dengan prinsip syarak dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. Masyarakat juga
hendaklah mengambil peluang yang ada sebagai persediaan jika berlaku sebarang musibah pada masa hadapan.

Kata Kunci: hibah amanah, institusi kewangan, perancangan harta kekeluargaan, undang-undang.

52


(PAPER ID: 1043)

ZAKAT EMAS MELALUI PRODUK-PRODUK SYARIKAT QUANTUM METAL
DI MALAYSIA

Mohd Faisol Ibrahim
Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

[email protected]
Mohd Nasir Ali

Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Antarbangsa Selangor (KUIS)
[email protected]

ABSTRAK
Zakat merupakan mekanisma utama di dalam Islam bagi menyusun sosio ekonomi masyarakat Islam agar hidup
sejahtera. Zakat emas merupakan sesuatu yang sudah lama dilaksanakan semasa zaman awal Islam lagi. Ini
kerana emas merupakan sesuautu yang sangat berharga dan kalis inflasi. Emas bukan sahaja dijadikan sebagai
alat hiasan wanita tetapi juga sebagai alat atau komoditi yang dijual beli dan diniagakan. Terdapat institusi
perbankan Islam dan juga institusi agama yang menawarkan pembelian dan penjualan emas secara fizikal dan
juga secara simpanan emas di akaun. Kini pembelian dan penjualan emas juga turut ditawarkan oleh syarikat-
syarikat besar seperti Quantum Metal Sdn Bhd. Oleh itu artikel ini akan mengkaji sejauh mana produk-produk
emas yang ditawarkan oleh Syarikat Quantun Metal dikenakan zakat atau sebaliknya. Kajian ini hanya
memfokuskan Syarikat Quantun Metal sahaja. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah penyelidikan secara
perpustakaan telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Hasil kajian mendapati semua produk
emas yang ditawarkan oleh Syarikat Quantum Metal perlu dibayar zakat oleh ahlinya. Namun pembayaran zakat
ini tertakluk kepada beberapa situasi atau keadaan. Oleh itu itu insitusi zakat negeri perlu memastikan setiap
ahli Syarikat Quantum Metal Sdn Bhd membayar zakat apabila cukup syarat-syaratnya dan mengambil peluang
ini untuk menyedarkan mereka tentang kewajipan menunaikan zakat emas. Ini akan memberi impak positif
kepada peningkatan jumlah pungutan zakat setiap tahun.
Kata Kunci: Zakat Emas, Quantun Metal, Produk.

53


(PAPER ID: 1044)

INOVASI AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF MELALUI PEMBIAYAAN MIKRO
OLEH INSTITUSI ZAKAT YANG TELAH DIKORPORATKAN

Mohd Faisol Ibrahim
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

[email protected]
Mohd Nasir Ali

Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Antarbangsa Selangor (KUIS)
[email protected]
ABSTRAK

Perkorporatan beberapa institusi zakat di Malaysia telah menyebabkan sistem pengurusan zakat mengalami
perubahan. Perubahan ini bukan sahaja dapat dilihat melalui kaedah kutipan dan jumlah kutipan tetapi juga
kaedah pengagihan zakat kepada asnaf itu sendiri. Bagi membantu golongan fakir dan miskin keluar daripada
kelompok kemiskinan, institusi zakat yang telah dikorporatkan melangkah kehadapan dengan memperkenalkan
pengagihan zakat secara mikro kredit kepada golongan asnaf. Ini merupakan inovasi dalam agihan di zaman
Fintech untuk memastikan pengagihan zakat sentiasa relevan dengan perkembangan zaman. Jesteru itu kajian
ini akan menganalisis kaedah pembiayaan mikro kredit oleh institusi-institusi zakat yang telah dikorporatkan.
Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan agihan zakat melalui pembiayaan mikro kredit kepada asnaf yang
layak, Selain itu kajian ini juga menunjukkan wujudnya dua model pembiayaan mikro kredit kepada asnaf ini.
Kajian ini menggunakan kajian lapangan dan perpustakaan. Inovasi pengagihan zakat di Malaysia mampu
menyumbang kepada peningkatan ekonomi berskala kecil dalam masyarakat Islam dengan meransangkan
budaya berniaga di kalangan asnaf.
Kata Kunci: Pengkorporatan, Agihan Zakat, Pembiayaan Mikro, LZS, LZNK, PPZ.

54


(PAPER 0D: 1045)

PEMANGKIN PEMBANGUNAN INSTRUMEN WAKAF MELALUI KERJASAMA
STRATEGIK: SATU KAJIAN

Marliana binti Abdullah, Surianom binti Miskam
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bandar Seri Putra, 43000 Kajang Selangor, Malaysia
[email protected], [email protected]

ABSTRAK
Wakaf merupakan instrumen kewangan sosial Islam berasaskan nilai filantropi sering dilabelkan sebagai the
sleeping giant merupakan pemangkin dalam membangunkan dan meningkatkan sosio-ekonomi ummah. Namun
objektif ini tidak mampu direalisasikan jika potensi pembangunan wakaf tidak dioptimumkan menerusi
pengurusan wakaf yang cekap dan optimum. Sehubungan dengan itu, tujuan kajian memfokuskan kepada
tinjauan kerjasama strategik yang telah dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang
amanah tunggal bagi semua harta wakaf dengan institusi-institusi kewangan Islam yang menatijahkan manfaat
yang luas bagi kedua-dua pihak sebagai aspek nilai tambah dalam kerjasama. Kajian tertumpu kepada myWakaf
yang merupakan usaha Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan
Islam Malaysia (AIBIM) mewujudkan kerjasama antara Bank-bank Islam dan MAIN dalam membangunkan
potensi wakaf dan memperkasakan ekonomi ummah di Malaysia. Kajian ini menggunakan metode kajian
kepustakaan dan analisis dokumen.
Kata kunci: Wakaf, myWakaf, kerjasama strategik, nilai filantropi

55


(PAPER ID: 1046)

SEMAKAN KEHAKIMAN: ANALISIS KES SISTERS IN ISLAM (SIS) FORUM
MALAYSIA LWN KERAJAAN NEGERI SELANGOR [2022] 3 MLRA 131

Nurhayati Abdul Ghani & Norazla Abdul Wahab
Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
[email protected] (corresponding author)
ABSTRAK

Semakan kehakiman ditakrifkan sebagai kuasa mahkamah untuk menyemak atau melihat semula suatu undang-
undang atau sesuatu tindakan seorang pegawai kerajaan, pekerja atau agen; sama ada berperlembagaan,
mengikut lunas undang-undang dan selari dengan prinsip asas keadilan. Kuasa semakan kehakiman ini adalah
di bawah bidang kuasa mahkamah sivil. Pada 7 April 2015, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah
membuat pindaan memasukkan seksyen 66A dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
yang memberikan kuasa semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi Syariah yang berkuatkuasa pada 13
Mei 2015. Pindaan ini bertujuan memberikan ruang semakan kehakiman melibatkan institusi agama di bawah
kerajaan negeri didengar dan dibicarakan di mahkamah syariah tanpa perlu merujuk kepada mahkamah sivil.
Walau bagaimanapun, keabsahan seksyen 66A ini telah dicabar dalam kes semakan kehakiman yang difailkan
oleh pertubuhan Sisters in Islam (SIS) terhadap keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan
pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Dalam kes ini -Sisters in
Islam (SIS) Forum Malaysia lwn Kerajaan Negeri Selangor [2022] 3 MLRA 131 Mahkamah Persekutuan telah
memutuskan bahawa seksyen 66A yang memberikan kuasa semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi
Syariah, adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah. Mahkamah memutuskan perkara tersebut adalah di luar
bidang kuasa badan perundangan negeri. Keputusan ini menutup pintu kepada usaha memberikan mahkamah
tinggi syariah kuasa semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa dalam
menjalankan tugas di bawah Enakmen tersebut. Artikel ini ditulis untuk menganalisis penghakiman kes Sisters
in Islam (SIS) Forum Malaysia lwn Kerajaan Negeri Selangor [2022] 3 MLRA 131. Hasil kajian diharapkan
dapat menjelaskan kedudukan kuasa semakan kehakiman dalam sistem kehakiman di Malaysia.

Kata kunci : semakan kehakiman, bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah, sistem kehakiman di Malaysia.

56


(PAPER ID: 1047)

ISU-ISU KHILAFIAH DALAM MEMUJI NABI MENURUT PERSPEKTIF QIAS
SHABAH

Nik Mohd Sofa’Urrahman Bin Nik Mohd Rosdi, Abdul Karim Bin Ali & Syed Mohd Jeffri Bin Syed Jaafar
Universiti Malaya

[email protected]
ABSTRAK

Qias Shabah merupakan salah satu instrumen penting di dalam perbahasan ilmu usul fiqh. Ketidakcaknaan
terhadap instrumen ini boleh membawa kepada natijah hukum yang tidak tepat dalam penyelesaian isu-isu
hukum yang timbul dalam kalangan masyarakat. Manakala isu khilafiah di Malaysia sudah menjadi suatu
polemik berterusan saban tahun. Antara isu yang seringkali dibangkitkan adalah sekitar polemik berhubung
berlebihan memuji Nabi Muhammad SAW. Antara punca yang menjadi titik perselisihan adalah tanggapan
seseorang yang menganggap bahawa pendapat yang menyanggahinya itu adalah bertentangan dengan syariat.
Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan melihat pengaplikasian qias shabah terhadap polemik permasalahan
khilafiah berhubung isu berlebihan memuji baginda Nabi SAW. Bagi mencapai objektif yang digariskan, kajian
ini dijalankan menerusi penelitian metode kualitatif, data-data akan dikumpul melalui metode kepustakaan dan
observasi, Seterusnya data-data tersebut akan dianalisis melalui metode induktif, deduktif dan komparatif.
Kajian mendapati, qias shabah merupakan instrumen yang penting dalam menilai isu berlebihan memuji baginda
SAW dalam kalangan masyarakat Malaysia bagi mendapatkan penilaian yang tepat terhadap hukum
berkenaannya.
Kata kunci: Qias Shabah, isu-isu khilafiah, berlebihan dalam memuji Nabi, asbab Ikhtilaf alFuqaha.

57


(PAPER ID: 1048)

SUMBANGAN SADAQA HOUSE BANK ISLAM DALAM MEMARTABATKAN
KEADILAN SOSIO-EKONOMI SEJAGAT

Marliana Abdullah, Surianom Miskam
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bandar Seri Putra, 43000 Kajang Selangor, Malaysia
[email protected], [email protected]
Latifa Bibi Musafar Hameed, Ahmad Fatin Mohamad Suhaimi
Fakulti Pengurusan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang Selangor, Malaysia
[email protected], [email protected]

ABSTRAK
Sadaqa House Bank Islam (SHBI) merupakan salah satu produk/ perkhidmatan yang pertama diwujudkan dalam
kerangka perbankan Islam di Malaysia. Ia adalah selari dengan kertas struktur value- based intermediation yang
telah diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia. Konsep SHBI mempunyai elemen kelestarian iaitu hanya
keuntungan daripada dana SHBI akan diagihkan kepada penerima manfaat. Bank Islam telah melancarkan SHBI
ini pada tahun 2018 dan pada tahun 2021 laporan pertama pencapaiannya telah diterbitkan. Oleh kerana SHBI
merupakan satu-satunya produk tunggal dalam kerangka kewangan Islam yang menumpu kepada kebajikan
sosio-ekonomi, adalah menarik untuk melihat sejauhmana SHBI ini telah menyumbang dalam memartabatkan
keadilan sosio-ekonomi sejagat. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menganalisis sumbangan SHBI dalam
mencapai matlamat tersebut. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Tidak dapat
dinafikan bahawa sumbangan SHBI telah mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan B40 dan
pertumbuhan ekonomi, memperluaskan rangkuman kewangan dan menyumbang kepada pembangunan
ekonomi. Sumbangan ini secara langsung dapat mengatasi isu kitaran dan agihan kekayaan dalam mencapai
objektif utama ekonomi Islam iaitu adil dan ehsan.
Kata kunci: Sedekah, value- based intermediation (VBI), adil, ehsan, sosio-ekonomi

58


(PAPER ID: 1049)

SULH DALAM KES HARTA SEPENCARIAN DI JABATAN KEHAKIMAN
SYARIAH NEGERI SELANGOR (JAKESS)

Nadhirah Adibah Binti Haznul Izad, Hammad Mohamad Dahalan, Sharifah Hana Abd Rahman
Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor
[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK
Sulh merupakan salah satu kaedah alternatif yang disarankan Islam dalam menangani pertikaian yang berlaku
antara kedua belah pihak dan kini kaedah ini digunakan secara meluas di Mahkamah Syariah dalam membantu
menyelesaikan pertikaian yang terjadi antara suami dan isteri. Pelaksanaan Sulh di mahkamah syariah
diwujudkan bagi mengurangkan lambakan kes di mahkamah khususnya bagi kes harta sepencarian. Walau
bagaimanpun, sesetengah pihak enggan untuk memberikan kerjasama yang baik dalam menyelesaikan
pertikaian sehingga menjadikan sesuatu kes itu terpaksa ditangguhkan kerap kali. Oleh itu, penyelesaian yang
seharusnya dapat dapat dinikmati oleh pihak-pihak melalui kaedah Sulh terpaksa ditunda oleh kerana sikap
pihak-pihak yang tidak memberikan kerjasama. Justeru itu, kajian dilakukan untuk mengenal pasti isu berkaitan
faktor kejayaan Sulh dan cabaran pegawai Sulh dalam menyelesaikan kes harta sepencarian. Metodologi yang
digunapakai adalah melalui pendekatan kualitatif dengan menjalankan temubual, pengumpulan maklumat dari
perpustakaan dan laman sesawang. Hasil kajian mendapati bahawa Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
merupakan kaedah penyelesaian yang terbaik bagi kes harta sepencarian walau terpaksa berhadapan dengan
cabaran dan rintangan oleh pegawai Sulh. Oleh yang demikian, kajian ini diharap dapat membantu sedikit
sebanyak dalam memberi pendedahan berkenaan Sulh dalam kes harta sepencarian.
Kata Kunci: Sulh, Harta Sepencarian, Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
(JAKESS)

59


(PAPER ID: 1050)

PENGHAYATAN HIDUP BERAGAMA SEBAGAI ASAS PEMERKASAAN IBU
TUNGGAL: SUATU TINJAUAN LITERATUR

Norul Huda Bakar, Dzailqumar Hasan
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]
ABSTRAK

Ibu tunggal merupakan golongan yang sentiasa berhadapan cabaran berat dan isu yang dapat menjejaskan
kehidupan mereka. Dalam masa yang sama, mereka memikul peranan besar dan penting dalam keluarga dan
masyarakat. Salah satu usaha yang terbaik dalam memperkasakan ibu tunggal adalah dengan memantapkan
penghayatan hidup beragama. Ini kerana hidup beragama terbukti dapat memberi impak positif yang besar dalam
kehidupan seseorang Muslim untuk berdepan dengan cabaran persekitaran yang negatif serta dapat memberi
ketenangan emosi dan berfikir secara rasional. Justeru itu, kajian ini bertujuan meninjau pendekatan dan kaedah
dalam memantapkan penghayatan hidup beragama yang dapat memperkasakan ibu tunggal di Malaysia dan juga
di luar negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan dengan menganalisis dokumen dan sorotan
literatur yang berkaitan. Hasil dapatan menunjukkan pengamalan dan penghayatan dalam beribadah dapat
membantu memperkasakan kekuatan zahir dan batin dalam diri ibu tunggal. Justeru, kajian ini diharap dapat
menjadi asas kepada usaha pemerkasaan aktiviti keagamaan terhadap ibu tunggal
Kata kunci: Penghayatan hidup beragama, Ibu tunggal, Pemerkasaan ibu tunggal

60


(PAPER ID: 1051)

KEPERLUAN KEBAJIKAN TERHADAP ISTERI KEMATIAN SUAMI DALAM
TEMPOH IDDAH: SATU TINJAUAN RINGKAS

Zanariah Dimon, Maffuza Salleh, Norita Kamaruddin
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRAK
Perkahwinan yang diharapkan berpanjangan sehingga ke akhir hayat adakalanya tidak kesampaian apabila
perceraian berlaku atau apabila salah seorang pasangan meninggal dunia. Isteri yang berhadapan dengan
kematian suaminya perlu menjalani tempoh iddah selama empat bulan 10 hari. Isteri tersebut juga perlu menjaga
batasan dan larangan berihdad sepanjang tempoh tersebut. Kadangkala dalam berhadapan dengan situasi
kehilangan orang yang tersayang seperti itu, fizikal dan emosi isteri juga terganggu sehingga mengakibatkan
kebajikan mereka terjejas. Mereka juga perlu mematuhi larangan berihdad seperti larangan keluar rumah tanpa
urusan mustahak atau bekerja yang adakalanya menyebabkan mereka tidak dapat mengurus keperluan sendiri
dan anak-anak dengan baik tanpa bantuan dan perhatian dari orang lain. Justeru, peranan keluarga, rakan-rakan
dan majikan sangat diperlukan dalam tempoh tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti
bentuk kebajikan yang diperlukan oleh isteri kematian suami ketika dalam tempoh iddah. Kaedah pengumpulan
data yang digunakan adalah melalui temubual separa struktur terhadap lima orang informan yang terdiri daripada
isteri kematian suami. Temu bual ini direkodkan dan kemudian dialihkan dalam bentuk tulisan melalui kaedah
transkripsi. Transkripsi itu kemudian dimasukkan ke dalam perisian ATLAS.ti versi 8.4.15 dan dianalisis
menggunakan perisian tersebut bagi membentuk tema dapatan daripada informan. Analisis deskriptif dijalankan
berdasarkan tema-tema berkaitan kebajikan. Hasil kajian mendapati kebajikan dalam bentuk material dan
sokongan moral adalah sangat penting sebagai antara kebajikan yang sangat diperlukan oleh isteri kematian
suami dalam tempoh tersebut. Keprihatinan dan pertimbangan majikan juga dikenal pasti sebagai aspek yang
diperlukan oleh isteri kematian suami dalam tempoh iddah khususnya yang melibatkan isteri bekerjaya. Justeru,
kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada pihak-pihak yang berkaitan dalam menyantuni golongan isteri
kematian suami dalam tempoh iddah bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan mereka secara berterusan.
Kata kunci: kebajikan, isteri kematian suami, iddah, ihdad

61


(PAPER ID: 1052)

KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP PENGHAYATAN ISLAM DALAM
KELUARGA MUSLIM DI MALAYSIA

Noraini Mohamad, Siti Rashidah Abd Razak, Siti Zaleha Ibrahim
Jabatan Kefahaman & Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Ahmad Fitri Asmad

Pelajar Sarjana, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini membincangkan mengenai kefahaman konsep penghayatan Islam dalam keluarga muslim di
Malaysia. Kajian ini timbul rentetan pelbagai isu yang berlaku dalam keluarga Islam khususnya yang melibatkan
pelanggaran terhadap tuntutan syariat yang sepatutnya difahami dan diamalkan oleh masyarakat Islam. Namun
disebabkan kurangnya kefahaman terhadap penghayatan Islam dalam keluarga Muslim menyebabkan pelbagai
kepincangan berlaku dalam keluarga. Justeru objektif kajian ini adalah mengkaji kefahaman penghayatan Islam
dalam keluarga muslim di Malaysia mengenai konsep penghayatan Islam yang sebenar. Kajian ini berbentuk
kualitatif dengan mengambil sampel kajian daripada tiga keluarga muslim di Malaysia. Pemilihan sampel adalah
berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan iaitu keluarga yang mendapat anugerah tokoh serta
berpengaruh dalam masyarakat. Pengumpulan data adalah melalui protokol temu bual separa berstruktur dan
data temu bual dianalisis secara analisis tematik. Berdasarkan dapatan kajian, kefahaman penghayatan Islam
dalam keluarga muslim telah menepati kriteria konsep penghayatan Islam yang sebenar. Justeru dapatan-dapatan
ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam masyarakat bagi merealisasikan konsep
penghayatan Islam dalam keluarga muslim. Kajian ini boleh memberi sumbangan yang besar dalam
pembentukan keluarga muslim jika ia dijadikan sebagai garis panduan serta dimasukkan dalam modul-modul
kursus pembangunan keluarga Islam di Malaysia.

Kata Kunci: Kefahaman, konsep, penghayatan Islam, keluarga muslim, Malaysia.

62


(PAPER ID: 1053)

PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM DI HOSPITAL MESRA
IBADAH: AMALAN DI HOSPITAL MESRA IBADAH KETIKA MENGHADAPI

SITUASI PANDEMIK COVID-19.

Siti Rashidah Abd Razak
Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS)

Kamal Eazzat Mat Isa
Jabatan Pengurusan Korporat, Pusat Perubatan Universiti Malaya

[email protected]
ABSTRAK

Pematuhan kepada tatacara operasi standard (SOP) ketika menghadapi wabak adalah satu ketetapan. Hal ini
tidak terkecuali kepada urusan pengurusan jenazah. Antara SOP yang ditetapkan adalah mengelak sentuhan
secara fizikal, memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup muka dan
beberapa SOP yang lain. Pematuhan SOP ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada aktiviti pengurusan
jenazah di hospital mesra ibadah. Justeru penulisan ini bertujuan mengkaji kesan pematuhan SOP kepada aktiviti
pengurusan jenazah di hospital mesra ibadah. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kualitatif
menggunakan reka bentuk etnografi dengan pengumpulan data melalui kaedah pemerhatian. Data juga disokong
dengan temu bual dan sumber perpustakaan. Sampel kajian terdiri daripada peserta kajian yang diambil secara
rawak dalam kalangan petugas pengurusan jenazah. Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kesan kerana
pematuhan SOP ini, antaranya ialah risiko keselamatan petugas kerana masa yang suntuk diberikan untuk hadir
mengurus jenazah, kesukaran mendapatkan petugas segera terutama jika waris menghubungi petugas pada lewat
malam dan pengurusan jenazah dilewatkan kerana melalui beberapa prosedur tambahan berikutan pematuhan
kepada SOP. Hasil dapatan memberi beberapa cadangan sebagai solusi kepada petugas serta waris demi
menyempurnakan tuntutan fardu kifayah ini.
Kata kunci: Pengurusan jenazah, hospital mesra ibadah, prosedur, proses, tatacara operasi
standard(SOP),covid-19.

63


(PAPER ID: 1054)

KESAN PERANTI TEKNOLOGI KEPADA KESEJAHTERAAN MASYARAKAT:
PERANAN MAQASID SYARIAH DAN FIQH DALAM MENGEKANG
KEBEJATAN SOSIAL

Fatimah Yusro Hashim
Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

[email protected]

ABSTRAK
Perkembangan sains dan teknologi tidak dinafikan telah banyak membantu perkembangan dan kesejahteraan
umat manusia. Pada masa dunia masih lagi trauma akibat COVID-19, norma-norma baharu yang diperkenalkan
bukan tertumpu kepada amalan penjagaan kesihatan semata-mata. Apabila konsep Bekerja dan Persekolahan
dari Rumah diperkenalkan pada Mei 2020, penggunaan aplikasi teknologi dan media sosial meningkat secara
mendadak. Hal ini telah mengubah cara kehidupan masyarakat dari segi menjalankan pekerjaan, pembelajaran,
pencarian maklumat, perniagaan, minat dan hiburan. Walaupun kita sudah memasuki fasa endemik, namun
kebergantungan kepada gajet sudah menjadi sebati di kalangan masyarakat malah banyak aktiviti masih
diteruskan secara maya. Penggunaan pelbagai aplikasi dalam bidang pekerjaan mahupun pembelajaran,
menjadikan aplikasi teknologi banyak dimuat turun oleh semua peringkat umur. Keterujaan menggunakan
pelbagai aplikasi teknologi telah membawa satu fenomena baharu kepada masyarakat, malangnya bukan dari
sisi positif semata-mata tetapi banyak juga membawa keburukan. Kajian ini mempunyai objektif untuk melihat
sejauh mana teknologi ini memberi kesan negatif kepada kesejahteraan sosial. Metodologi penyelidikan ini
bersifat kualitatif dan kaedah yang akan digunakan adalah berstruktur dan semi-struktur seperti temubual
responden terfokus dan juga survei kepada masyarakat umum. Dapatan dari kajian ini menunjukkan pola
peningkatan kepada masalah sosial di kalangan masyarakat terutamanya remaja dan kanak-kanak akibat terlalu
terdedah kepada teknologi tanpa batasan. Di akhir kajian ini, penyelidik memberikan cadangan bagaimana fiqh
dan maqasid syariah perlu diadaptasi bagi membantu mengawal masalah melibatkan keruntuhan akhlak dan
kesejahteraan masyarakat akibat dari penggunaan teknologi ini.

Kata kunci: Teknologi, kesejahteraan sosial, keruntuhan akhlak, fiqh, maqasid syariah.

64


(PAPER ID: 1055)

PERSEDIAAN AGENSI PELANCONGAN DALAM MENAWARKAN
PERKHIDMATAN DALAM TEMPOH PASCA PANDEMIK COVID-19

Siti Nur Azzyati Saharuddin, Amira Hakimah Halimi , Ku Putri Liliana Ku Abd Halim,
Nor Azatul Asya Nura Mohd Zakaria

Jabatan Pengurusan Citra Islami Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Kolej Profesional Baitulmal Kuala
Lumpur (KPBKL)

[email protected]
ABSTRAK

Pelan Pemulihan Pelancongan (PPP) yang digariskan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
selari dengan pelaksanaan Pakej Ransangan Ekonomi yang menyuntik beberapa insentif kepada rakyat Malaysia
dalam bentuk diskaun, baucer dan rebat yang akan memberi manfaat kepada pelancongan domestik di Malaysia
(MOTAC, 2021). Pelan ini dirangka bagi merancakkan kembali sektor pelancongan negara yang terkesan akibat
kes jangkitan dan penularan Covid-19 yang kian tinggi telah memaksa kerajaan Malaysia mengambil keputusan
drastik membatalkan Kempen Melawat Malaysia 2020 yang akhirnya telah memberi impak besar kepada
prestasi pelancongan negara. Sektor pelancongan negara lumpuh sepenuhnya apabila kerajaan mengisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 17 Mac 2020 yang telah menyekat semua aktiviti pergerakan serta
telah menutup pintu masuk dan keluar negara. PPP ini juga mampu menjana semula pendapatan sektor
pelancongan dalam masa yang sama dapat memulihkan ekonomi negara. Kedatangan pelancong ke Malaysia
pada tahun 2020 ialah 4,332,722 pelancong berbanding tahun 2021 sebanyak 134,728 pelancong yang
mencatatkan kemerosotan peratusan kepada -96.89% (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2022). Objektif kajian ini
dibuat untuk mengenalpasti strategi persediaan agensi pelancongan dalam menawarkan perkhidmatan
pelancongan dalam tempoh pasca pandemik Covid-19. Kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan kualitatif
dengan menggunakan kaedah temu bual terhadap lima (5) agensi pelancongan yang beroperasi melebihi 10
tahun di Malaysia.
Kata kunci: Pelan Pemulihan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Pasca Pandemik
Covid-19, Agensi Pelancongan, Kualitatif

65


(PAPER ID: 1056)

CABARAN AGENSI PENGENDALI UMRAH MENDEPANI PANDEMIK
COVID-19

Nor Azatul Asya Nura Mohd Zakaria, Amira Hakimah Halimi, Ku Putri Liliana Ku Abd Halim Siti Nur
Azzyati Saharuddin

Jabatan Sosio Ijtima’I, Fakulti Pengajaian Kontemporari Islam, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
(KPBKL)

Emel: [email protected]
ABSTRAK

Pengisytiharaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Covid-19 sebagai pandemik pada 13 Mac 2020 telah
menjejaskan sektor pelancongan dalam dan luar negara. Di peringkat global, pada tahun 2020, The World
Tourism Organization (UNWTO) telah menganggarkan penurunan bilangan pelancong antarabangsa antara
60%-80%, sekaligus kerugian mencecah USD80 billion di seluruh dunia (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020).
Kes jangkitan dan penularan Covid-19 yang kian tinggi telah memaksa kerajaan Malaysia mengambil keputusan
drastik membatalkan Kempen Melawat Malaysia 2020 yang akhirnya telah memberi impak besar kepada
prestasi pelancongan negara. Sektor pelancongan negara lumpuh sepenuhnya apabila kerajaan mengisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 17 Mac 2020 yang telah menyekat semua aktiviti pergerakan serta
telah menutup pintu masuk dan keluar negara. Ibadah haji dan umrah turut terkesan dengan pelaksanaan PKP
ini dan sekali gus telah menjejaskan agensi pengendali umrah sebagai pihak yang mengelolakan pengurusan
jemaah umrah. Objektif kajian ini dibuat untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh agensi pengendali
umrah mendepani pandemik Covid-19. Kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan kualitatif dengan
menggunakan kaedah temu bual terhadap lima (5) agensi pengendali umrah yang berusia melebihi 10 tahun dan
terkesan dengan pandemik Covid-19.
Kata Kunci: pandemik COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan, agensi pengendali umrah, cabaran,
kualitatif

66


(PAPER ID: 1057)

ANALISIS PERMASALAHAN WANITA BERIHDAD BERKAITAN URUSAN
KERJA SEPANJANG TEMPOH BERIHDAD.

Maffuza Binti Salleh , Norita Binti Kamaruddin, Zanariah Binti Dimon & Naqibah Binti Mansor (RA)
Jabatan Undang-Undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
ABSTRAK

Ihdad merupakan tempoh berkabung oleh isteri kematian suami yang telah disyariatkan oleh Islam sebagai tanda
menghormati perkahwinan terdahulu. Dalam fiqh usrah terdapat hukum berkaitan ihdad terhadap isteri apabila
berlaku kematian suami. Konsep ihdad dalam Islam tertakluk kepada hukum dan batasan yang tertentu dalam
tempoh yang ditetapkan. Sepanjang tempoh berihdad, wanita kematian suami perlu menjaga diri daripada
melakukan larangan yang ditetapkan sebagai tanda menjaga hak suami dan menzahirkan kesetiaan. Menjalani
tempoh ihdad selama empat bulan sepuluh hari bukanlah satu perkara yang mudah. Wanita kematian suami
sering berhadapan dengan pelbagai masalah seperti masalah pengurusan emosi, pengurusan keluarga,
pengurusan kewangan juga urusan bekerja. Kajian ini akan memfokuskan permasalahan yang dihadapi oleh
wanita berihdad berkaitan urusan kerja sepanjang tempoh ihdad .Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan
mengaplikasi kaedah pengumpulan data dan analisis dokumen serta temu bual bersama lima orang informan
yang dirakam dan kemudian dialihkan dalam bentuk tulisan melalui kaedah transkripsi. Transkripsi tersebut
dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti versi 8.4.15 bagi membentuk tema dapatan kajian. Dapatan anaisis
tersebut dikelaskan kepada beberapa tema utama seperti bentuk kepatuhan, permasalahan yang dihadapi dan
bentuk kebajikan yang diperlukan. Data tersebut dihurai dalam bentuk deskriptif untuk memudahkan
pemahaman pembaca. Dapatan kajian menunjukkan dengan peredaran zaman, permasalahan wanita berihdad
berkaitan urusan kerja merangkumi aktiviti keluar makan ketika bekerja, menghadiri keraian yang dianjurkan
oleh majikan, bekerja lebih masa dan bekerja di luar kawasan. Diharapkan kajian ini dapat memberi penjelasan
berkaitan kewajipan wanita berihdad serta permasalahan yang dihadapi oleh mereka sepanjang tempoh berihdad
khususnya berkaitan urusan kerja dan dapat membuka minda masyarakat khususnya majikan untuk membantu
dan menyantuni mereka menjalani ihdad dengan sempurna seperti yang disyariatkan.
Kata Kunci: Wanita berihdad, permasalahan,pelaksanaan ihdad, urusan kerja.

67


(PAPER ID: 1058)

CAJ TERHADAP PERKHIDMATAN KUTIPAN DERMA MENURUT SYARAK

Dr Rosli bin Mokhtar, Dr Fakhri bin Sungit & Dr Mohd Musa bin Sarip
Fakulti Syariah dan Undang-undang , Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
ABSTRAK

Derma atau sedekah merupakan satu ibadah penting dalam Islam. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui
pensyariatan zakat yang menjadi antara lima rukun Islam. Jika sekiranya zakat merupakah sedekah yang wajib,
maka ajaran Islam amat menggalakkan amalan derma yang bersifat sunat. Banyak sekali ayat-ayat al-Quran dan
hadis menggalakkan amalan derma atau sedekah agar ianya diamalkan oleh umat Islam. Dengan perubahan
masa dan cara hidup amalan derma pada hari ini dikendalikan oleh pihak yang menjalankan tugas ini secara
sepenuh masa atau sambilan. Berikutan dengan itu, terdapat pihak yang mengambil caj daripada kutipan derma
tersebut untuk menampung keperluan operasi mereka. Tindakan ini menimbulkan persoalan apakah ianya
dibenarkan oleh syarak atau caj sedia ada hanya diterima dalam sedekah wajib ataupun zakat sahaja. Kajian ini
diharapkan dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai pendirian syarak terhadap amalan mengenekan
caj dalam menjalankan kutipan derma. Metodologi dalam melaksanakan kajian adalah menggunakan kaedah
kajian secara kualitatif. Pengumpulan data kajian akan dilaksanakan melalui dua keadah iaitu data primer dan
data sekunder.
Kata kunci: derma, caj, muamalat, syarak

68


(PAPER ID: 1059)

PENERAPAN NILAI AKHLAK DALAM KALANGAN KELUARGA MUSLIM:
SEPANJANG TEMPOH PANDEMIK COVID-19

Siti Rashidah Abd Razak, Noraini Mohamad, Siti Zaleha Ibrahim, Ahmad Fitri Asmad
Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini membincangkan penerapan nilai akhlak dalam keluarga Muslim. Ini berikutan kes keruntuhan akhlak
yang sentiasa ada. Di negeri Selangor sahaja pada 2021, Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS)bertemu
seramai 1,046 asnaf ar-Riqab di bawah Rumah Pemulihan Ar-Riqab MAIS. Sebanyak 26 buah Rumah
Pemulihan Riqab (RPR) yang telah berdaftar di bawah MAIS terlibat dalam usaha pemulihan pelbagai isu
termasuk akhlak. Objektif penulisan ini adalah mengkaji kefahaman pembentukan akhlak dalam keluarga
Muslim. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil sampel kajian daripada tiga keluarga muslim.
Pemilihan sampel adalah berdasarkan keluarga yang mendapat pengiktirafan dalam anugerah tertentu dan
mempunyai keterlibatan yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Data dikumpul melalui protokol temubual
separa berstruktur. Dapatan temubual dianalisis secara analisis tematik selain mengambil sumber perpustakaan
berkaitan. Berdasarkan dapatan kajian, penerapan nilai akhlak dalam keluarga merupakan satu benteng utama
dalam pembentukan akhlak dalam kalangan ahli masyarakat selain dipengaruhi faktor persekitaraan yang
pelbagai. Kajian ini boleh memberi sumbangan kepada pendidikan dan kemahiran keibubapaan dalam
menangani isu akhlak dalam kalangan anak-anak.
Kata kunci: penerapan nilai akhlak, keluarga Muslim, pembentukan akhlak, faktor persekitaran.

69


(PAPER ID: 1060)

PANDUAN SOLAT BERJEMAAH KETIKA MUSIM WABAK MENURUT
PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

Nurul Syafini Binti Abd Rahman, Maad Bin Ahmad, Hasliza Binti Talib, Mohamed Yosef Niteh & Asma`
Binti Abdul Halim

Pusat Pengajian Teras, PPT, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
ABSTRAK

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi kesan kepada sistem peribadatan umat Islam
iaitu larangan solat berjemaah di masjid. Negara Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam telah
menetapkan garis panduan dalam melaksanakan solat berjemaah di masjid. Hal ini bagi memastikan masyarakat
dapat melaksanakan solat berjemaah di masjid semasa pandemik berlaku tanpa mengabaikan keperluan menjaga
agama dan nyawa. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis penetapan garis panduan
dalam solat berjemaah di masjid ketika perintah kawalan pergerakan menurut perspektif Maqasid Syariah. Bagi
mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan terhadap
Maqasid Syariah dalam konsep daruriyyat dan kaedah fiqh. Hasil kajian mendapati bahawa melaksanakan
panduan solat berjemaah di masjid semasa pandemik COVID-19 adalah bertepatan dengan matlamat syarak
khususnya dalam pemeliharaan agama dan nyawa. Hal ini berdasarkan pandangan ahl al-khibrah, pertimbangan
maslahah antara daruriyyat dan tahsiniyyat serta aplikasi kaedah fiqh. Justeru, memahami peranan maqasid
secara menyeluruh dapat membantu manusia dalam melaksanakan ibadat mengikut acuan dan ketetapan syariat
Allah SWT.
Kata kunci: COVID-19, maqasid, daruriyyat, pandemik, ijtihad, tahsiniyyat

70


(PAPER ID:1061)

PENGAMALAN KONSEP SADD AL-ZARI’AH DI SELANGOR: SATU ANALISA
TERHADAP SOP SOLAT JUMAAT KETIKA PANDEMIK

Hasliza Talib, Maad Ahmad, Nurul Syafini Abd. Rahman, Muhammad Yosef Niteh & Asma’ Abdul Halim
Pusat Pengajian Teras, PPT, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
ABSTRAK

Masyarakat dunia dikejutkan dengan norma hidup baharu apabila tersebarnya wabak COVID19 bermula
Disember 2019. Wabak ini bukan hanya memberi kesan kepada kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat
malah turut memberi kesan kepada pelaksanaan ibadah terutama kepada umat Islam. Pihak Jabatan Agama Islam
Selangor JAIS telah mengeluarkan pelbagai SOP dari semasa ke semasa yang sesuai dengan keadaan dan
keperluan penjagaann kesihatan orang ramai. Pelaksaan solat Jumaat yang merupakan kewajipan kepada seluruh
kaum Muslimin yang mukallaf telah dihadkan, penjarakan saf telah diwajibkan dan pelbagai peraturan-peraturan
lain demi kemaslahatan jemaah dan nama baik institusi Islam. Kesan daripada perkembangan teknologi
maklumat yang sangat pesat, banyak pihak berani memberi pandangan masing-masing termasuk dalam soal
ibadah serta mengeluarkan hukum-hukum syariah tanpa pengkajian terperinci. Oleh itu, artikel ini bertujuan
untuk memperjelaskan kaedah sadd al-zari’ah dalam usaha mengekang dan mencegah wabak ini dari terus
merebak. Pendekatan induktif dan analitis telah digunakan dalam penulisan ini. Hasil kajian mendapati bahawa
tindakan kerajaan dan JAIS mengekang penganjuran sebarang perhimpunan dan pergerakan antara bandar dan
negeri serta penutupan masjid buat sementara adalah selaras dengan kaedah sadd al-zari’ah bagi mencegah
wabak COVID 19 serta apa-apa wabak lain yang membahayakan masyarakat.

Kata kunci: wabak, sadd al-zari’ah, COVID-19

71


(PAPER ID: 1062)

PEMBANGUNAN MODEL PARAMETER DHARAR DALAM PEMBAGUNAN
SOP MENANGANI PANDAMIK DARI PERSPEKTIF EMPAT MAZHAB

Mohd Rofaizal Bin Ibrahim, Ahmad,Misbah Bin Mohamad Hilmi,Muhamad. Ismail Bin Abdullah, Ismail Bin
Omar, Abdul Hakim Bin Baharudin, Muhammad Bin Shaberi

Jabatan Syariah, Fakulti Syariah & Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
ABSTRAK

Persoalan mengenai darūrah dan umum balwa merupakan subjek yang penting untuk diterokai dan dibincangkan
terutamanya dalam situasi darurat kesihatan yang disebabkan oleh pandemic covid 19 yang melanda dunia dan
negara baru-baru ini. Melihat dari sudut syarak, konsep idarūrah menjadi antara landasan utama dalam
pembangunaan SOP mengekang wabak yang mengancam nyawa dan mudah merebak di kalangan manusia di
samping konsep-konsep lain seperti maqasid syariah. Sepanjang perintah darurat kesihatan dikuatkuasakan
rakyat Malaysia perlu patuh kepada SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. SOP yang dikeluarkan
menyebabkan aktiviti ekonomi menjadi terhad, penutupan premis-premis perniagaan, tuntutan syarak tidak
dapat dijalankan secara ‘azimah, beberapa tuntutan ibadah fardhu perlu ditinggalkan atas prinsp rukhsah,
pergerakan rakyat menjadi terhad. Keadaan ini tidak hanya memberi kesan kepada kesihatan rakyat bahkan juga
aktiviti keagamaan, emosi dan ekonomi akibat hilangnya punca pendapatan harian, dan sekatan pergerakan serta
menimbulkan pelbagai persoalan lebih-lebih lagi yang melibatkan soal aktiviti agama sehingga ada yang lantang
mempersoalkan penutupan masjid dan surau. SOP yang dikeluarkan adalah hasil penilaian yang komprehensif
berdasarkan laporan pihak berautoriti terhadap ancaman virus dari sudut kebolehjangkitan, kepasiti dan fasiliti
perubatan, jumlah pesakit, kadar kematian dan kategori pesakit untuk ditentukan tahap keperluan dan keutamaan
menerima rawatan. SOP kovid 19 tidak hanya menyentuh soal ekonomi dan kesihatan semata-mata bahkan juga
agama. Justeru itu tinjauan yang lebih menyeluruh dan dinamik dalam memastikan pemakaian ḍarūrah dari
perspektif empat mazhab menepati prinsip ḍarūrah yang sebenar dan menonjolkan metodologi hukum yang
dinamik dan organik. Tulisan ini bertujuan menjelaskan konsep ḍarūrah dari perspektif empat mazhab dan
seterusnya cadangan metodologi hukum dalam pembangunan SOP menangani pandemic wabak. Metode yang
digunakan ialah metode induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan mendapati konsep ḍarūrah dari perspektif
empat mazhab perlu diterokai untuk membangunkan paramemer darar sebagai sandaran penentuan sesuatu
situasi sebagai darurat syarie atau sebaliknya.
Kata kunci: ḍarūrah, empat mazhab, parameter, sop wabak, kovid 19. Pandemic.

72


(PAPER ID:1063)

BAI’ AL-GHAIB (ONLINE) DENGAN PEMBAYARAN SECARA COD
ANALISIS BERDASARKAN KITAB RADD AL-MUKHTAR ‘ALA AL-DUR AL-

MUKHTAR IBNU ABIDIN

Mohd Rofaizal Ibhraim
Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah & Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(KUIS)
[email protected]

ABSTRAK
khiyar al-ru’yah merupakan salah satu prinsip pilihan dalam sistem perundangan Islam yang tidak memerlukan
pembeli menyatakannya semasa sesuatu perjanjian kontrak dimasuki. Hak memilih tersebut telah diperuntukkan
di bawah undang-undang Islam terhadap kontrak yang melibatkan penangguhan penyerahan subjek kontrak
semasa perjanjian kontrak dibentuk. Khiyar al-rukyah merupakan satu bentuk khiyar yang melindungi pengguna
atau pembeli dari dimanipulasi oleh penjual terutamanya dalam jualan secara on-line yang melibatkan
penagguhan penyerahan barang dan ketidkupayaan pembeli untuk melihat barang jualan sepenuhnya. Mazhab
hanafi merupakan salah satu mazhab yang mengharuskan khiyar al-rukyah berbanding mazhab syafie. Dalam
mazhab Hanafi penjualan barangan yang tidak pernah dilihat oleh kedua pihak (penjual dan pembeli) adalah
harus sekiranya penjual menunjuk kepada barang atau tempat keberadaan barang dan memberikan hak khiyar
al-rukyah kepada pembeli. Sekiranya barang tersebut tiada dalam majlis akad maka perlu dijelaskan kadar dan
ciri barang yang boleh menghilangkan jahalah fahiyah. Adapun jahalah yasirah tidak menghalang keabsahan
akad kerana boleh dihilangkan dengan khiyar al-rukyah. Khiyar al-ru’yah menghalang kesempurnaan hukum
jual beli dan menyebabkan akad tergantung sehingga mendapat persetujuan dari pembeli setelah barang dihantar
dan dilihat oleh pembeli. Dapatan tulisan ini mendapati bahawa perbincangan khiyar al-rukyah dalam kitab radd
al-mukhtar melibatkan jual beli barangan yang ghaib iaitu barangan yang tidak diperlihatkan sepenuhnya kepada
pembeli. Bai’ al-ghaib ialah penjualan barangan yang telah dikenalpasti namun tidak diperlihatkan kepada
pembeli atau pembeli tidak boleh melihat barang tersebut disebabkan berada di tempat lain, berbungkus dan
sebagainya. Pelunasan bayaran dalam bai al-ghaib boleh dilakukan secara tunai atau bertangguh ke suatu tempoh
dan penangguhan tersebut tidak termasuk dalam larangan bai’ al-dayn bi al-dayn.
Kata kunci: bai’ al-ghaib, online, khiyar,al-rukyah, COD, bai’ al-dayn bi al-dyan

73


(PAPER ID:1064)

MAQASID SYARIAH DALAM ISU-ISU PERUBATAN MENGIKUT YUSOF AL-
QARDAWI

Dr. Rosli bin Mokhtar, Hairulfazli Bin Mohammad Som & Muhammad Ismail bin Abdullah
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
ABSTRAK

Isu-isu perubatan yang melibatkan hukum-hakam syarak sentiasa berkembang selaras dengan perkembangan
teknologi dan ilmu pengetahuan. Sebagai agama yang diturunkan untuk menyelesaikan masalah manusia,
elemen teras syariah yang berasaskan kepada Maqasid Syariah perlu diterapkan dalam pemikiran umat Islam.
Menggunakan elemen Maqasid Syariah dalam merumuskan isu-isu perubatan telahpun dilakukan oleh Dr Yusof
Qardawi terutamanya dalam kitab beliau Fatawa Muasirah. Kajian terhadap Maqasid Syariah dalam fatwa-fatwa
Qardawi berkaitan isu-isu perubatan bertujuan untuk memberikan panduan terhadap penggunaan elemen
maqasid dalam ijtihad berkaitan perubatan. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan metod deskriptif
dimana data-data diambil dari sumber primer dan sekunder.
Kata kunci: Maqasid, perubatan, Qardawi, maslahah, fiqh

74


(PAPER ID: 1065)

HAD MAKSIMUM KEHAMILAN MENGIKUT PANDANGAN
ULAMA DAN SAINS

Dr Rosli bin Mokhtar
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
Lily Aguasef

[email protected]
ABSTRAK

Isu had maksimum kehamilan telah dibincangkan oleh ulama silam lagi. Hal ini kerana isu had maksimum
kehamilan memberi kesan dalam menyelesaikan beberapa pertikaian dalam undang-undang keluarga Islam.
Namun demikian, pandangan ulama silam adalah berdasarkan kepada pengetahuan perubatan dan sains pada
zaman mereka. Teknologi dan pengetahuan moden telah berkembang dengan pesat, pengetahuan dalam
perubatan juga mengalami penemuan dan pembaharuan. Kajian bertujuan membandingkan pandangan ulama
dengan dapatan kajian saintifik dalam isu ini. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan metode deskriptif
iaitu data primer dan skunder dikumpul daripada sumber perpustakaan.
Kata kunci: undang-undang, kehamilan, syarak, fiqh

75


(PAPER ID: 1066)

PENERIMAAN KEPAKARAN (KHIBRAH) SEBAGAI ELEMEN
SIGNIFIKAN/BEHENA DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM:

SATU KONSEP UMUM

Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail, Lukman Abdul Mutalib, Ahmad Syukran Baharuddin, Hasnizam Hashim,
Nik Salida Suhaila Nik Saleh & Norma Jusof
Fakulti Syariah Dan Undang-Undang,, USIM
[email protected]

ABSTRAK
Keadilan dalam menjatuhkan hukuman merupakan asas yang paling utama dalam sistem perundangan Islam.
Terdapat banyak nas sama ada dari al-Qur’an dan Hadith memuji Hakim yang adil dan dalam waktu yang sama
diberikan peringatan tentang seksaan bagi hakim yang melakukan kezaliman dalam penghakiman mereka. Bagi
mencapai matlamat tersebut, perundangan Islam sangat teliti dalam pemilihan hakim supaya keadilan terhadap
semua pihak tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan agar ia dapat direalisasikan. Maka, setiap
penghakiman yang dibuat perlulah berpaksikan kepada keterangan yang kukuh. Keputusan yang dibuat perlulah
berasaskan kaedah-kaedah pembuktian yang diiktiraf oleh syarak. Selain daripada ikrar, syahadah dan sumpah,
maka kepakaran (khibrah) merupakan satu kaedah signifikan dalam membantu mahkamah merungkaikan
misteri dan persoalan di sebalik pendakwaan yang dibuat oleh pihak-pihak khususnya di alaf ini. Atas dasar
itulah, kertas kerja ini akan merungkaikan beberapa perkara iaitu konsep keterangan, pakar (khabir), Muayanah
dan juga Ilmu al-Qadhi menurut fiqh dan perundangan Islam. Berdasarkan huraian ini, jelas menujukkan bahawa
Islam menerima semua bentuk kaedah pembuktian, asalkan ia bertujuan menzahirkan kebenaran, di samping ia
mendapat pengiktirafan syarak dan dapat membantu hakim dalam membuat keputusan adil dan saksama.
Kata kunci: Pakar, Muayanah, Ilmu Al-Qadhi, Khibrah & Forensik

76


(PAPER ID: 1067)

ANALISIS APLIKASI KAEDAH-KAEDAH FIQH DALAM RESOLUSI
JAWATANKUASA MUZAKARAH MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL
UGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN ISU PANDEMIK COVID-19: SATU

SOROTAN LITERATUR

Ahmad Tarmizi Mahmud, Irwan Mohd Subri & Mohd Nasir Abdul Majid
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
[email protected]
ABSTRAK

Kaedah-kaedah fiqh ialah prinsip fiqh umum yang menghimpunkan hukum-hukum permasalahan fiqh. Ia
merupakan salah satu kompenan penting dan asas sandaran di dalam ijtihad dan fatwa. Kajian ini bertujuan
untuk menganalisis kaedah-kaedah fiqh yang menjadi sandaran kepada pandangan hukum berkaitan pandemik
COVID-19 dalam resolusi yang dikeluarkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Jawatankuasa Muzakarah (MKI). Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan metodologi
analisis dokumen yang melibatkan kitab-kitab klasik fiqh, temporari dan pandangan hukum yang dikeluarkan
oleh jawatankuasa tersebut. Dapatan kajian mendapati beberapa kaedah-kaedah fiqh telah diaplikasikan dalam
pengeluaran pandangan hukum berkaitan isu pandemik COVID-19. Kajian ini diharapkan dapat memberikan
nilai tambah kepada kualiti penyelidikan hukum dan membantu JAKIM dalam mengemaskini kaedah
penyelidikan hukum di peringkat kebangsaan.
Kata kunci: Kaedah, Fiqh, Resolusi, Pandemik, COVID-19

77


(PAPER ID 1068)

PERUBATAN FORENSIK DALAM KES SERANGAN SEKSUAL

Muhammad Imran Bin Razali
Calon Phd, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan (UKM)

[email protected]
Hammad Mohamad Dahalan
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor

[email protected]

ABSTRAK
Perkembangan dalam kes jenayah serangan seksual menunjukkan bahawa manusia boleh bertindak di luar
jangkaan. Terdapat beberapa kes yang mana serangan seksual ke atas mangsa adalah di luar kotak pemikiran
manusia. Ilmu perubatan forensik merupakan salah satu cabang ilmu sains yang mempunyai peranan penting
dalam membantu mahkamah menyelesaikan kes-kes serangan seksual yang semakin kompleks. Meskipun
demikian, pengetahuan berhubung Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang dilaksanakan oleh pegawai
perubatan ke atas mangsa serangan seksual masih kurang di kalangan masyarakat. Oleh itu, penulisan artikel ini
akan membawa beberapa objektif. Pertama, artikel ini akan menjelaskan tentang sejarah dan konsep perubatan
forensik. Kedua, artikel ini akan membincangkan tentang SOP serta keterangan pendapat pakar perubatan
forensik dalam kes serangan seksual di mahkamah. Ketiga, mencadangkan penambahbaikan bagi memantapkan
peranan pakar perubatan forensik dalam memberikan keterangan di mahkamah. Artikel ini menggunakan kaedah
doktrinal dan merupakan kajian kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kegagalan untuk memahami
dan mengaplikasikan keterangan pendapat pakar perubatan forensik dalam kes serangan seksual di mahkamah
menyebabkan keadilan tidak dapat dicapai
Kata Kunci: Serangan Seksual; Perubatan Forensik; keterangan pendapat pakar; Tatacara Pengendalian
Piawai (SOP); Mahkamah.
.

78


(PAPER ID: 1069)

HUKUMAN ALTERNATIF DI MAHKAMAH SYARIAH: SATU PENJELASAN
DARI SUDUT PENTAFSIRAN DAN KEPERLUAN KEPADA PENILAIAN

TERHADAP PERUNTUKAN PERUNDANGAN DI DALAM AKTA/ ENAKMEN
KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI

Hasnizam Hashim (P.hD) , Wan Abdul Fattah Wan Ismail (P.hD), Ahmad Syukran Baharuddin (P.hD),
Lukman Abdul Mutalib (P.hD), Zulfaqar Mamat (P.hD), Baidar Mohammed Mohammed Hassan(P.hD)

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai 71800 Nilai Negeri Sembilan
Corresponding email: [email protected]
Norma Jusof (P.hD)
Kementerian Pendidikan Malaysia

ABSTRAK
Mutakhir ini banyak pihak mula membincangkan tentang keperluan melaksanakan hukuman alternatif di
Mahkamah Syariah. Perkara ini mula diketengahkan setelah mendapati hukuman sedia ada yang diperuntukkan
di dalam Akta Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1984) [Akta 355] tidak diketahui sejauh
mana keberkesanannya dalam memulihkan pesalah jenayah syariah. Walau bagaimanapun, banyak aspek yang
perlu dikaji dan diperjelas secara terperinci terlebih dahulu terutamanya pentafsiran mengenai hukuman
alternatif itu sendiri dan punca kuasa atau peruntukan undang-undang berkaitan bagi mengelakkan sebarang
salah faham, ketidakseragaman dan masalah perundangan berbangkit. Ini kerana setiap negeri mempunyai hak
kuasa eksklusif untuk membuat perundangan dan tafsiran yang berkaitan dengan undang-undang Islam sebagai
mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, penulisan artikel yang menggunakan
metode kualitatif ini akan memperjelas tafsiran hukuman alternatif dan menganalisis peruntukan perundangan
sedia ada serta mencadangkan penambahbaikan terhadap beberapa aspek yang dilihat penting sebagai langkah
pemula ke arah pelaksanaan hukuman alternatif yang lebih tersusun di Mahkamah Syariah. Kajian mendapati
bahawa walaupun terdapat peruntukan mengenai pelaksanaan hukuman alternatif di Mahkamah Syariah, namun
ianya masih jauh ketinggalan berbanding pelaksanaannya di bawah sistem perundangan sivil negara rentetan
ketiadaan pentafsiran dan peruntukan undang-undang yang jelas mengenainya.
Kata kunci: Mahkamah Syariah, Tafsiran Hukuman Alternatif, Penilaian Peruntukan Undang-Undang, Akta/
Enakmen Syariah

79


(PAPER ID :1070)

INISIATIF PERINGKAT PRA-MEDIASI: PELAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL
DARIPADA BEBERAPA NEGARA KOMANWEL BERKAITAN MEDIASI
DENGAN NIAT BAIK

Pre-Mediation Stage Initiative: Lessons from Other Common Law Countries Related to
Mediation in Good Faith

Maryam Jameelah binti Ali Sabri
Pegawai Sulh, Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

ABSTRAK
Kertas ini akan memberikan penerangan tuntas tentang bagaimana advokasi kepada pelaksanaan Sulh-Mediasi
dengan niat baik membantu dalam peningkatan kehadiran ke Majlis Sulh Mahkamah Syariah Selangor,
seterusnya menyumbang kepada keberjayaan proses tersebut. Di samping itu, cabaran dan stigma masyarakat
yang masih berlaku terhadap pelaksanaan Sulh-Mediasi dengan niat baik. Kertas Kerja ini juga berhasrat
menyentuh tentang peranan peringkat Pra-Mediasi sebagai faktor terlaksananya Mediasi dengan niat baik,
dengan pelajaran yang boleh diambil daripada negara-negara Komanwel. Kertas ini juga menganalisis
penambahbaikan yang berjaya direalisasikan setelah tiga tahun advokasi kepada pelaksanaan Sulh-Mediasi
dengan niat baik di Mahkamah Syariah Selangor. Seterusnya, melihat ke hadapan berkaitan penambahbaikan
yang boleh dilakukan dengan memperkasakan inisiatif dalam peringkat Pra-Mediasi, dalam pelaksanaan Sulh-
Mediasi di Mahkamah Syariah Selangor.

ABSTRACT
This paper will provide a thorough explanation of how advocacy for the implementation of Sulh-Mediation in
good faith helps in increasing attendance to the Majlis Sulh Mahkamah Syariah Selangor, further contributing
to the success of the process. In addition, the challenges and stigma of society that still linger to the
implementation of Sulh-Mediasi in good faith. This Working Paper also intends to touch on the role of the Pre-
Mediation stage as a factor in the implementation of Mediation in good faith, with lessons that can be learned
from Commonwealth countries. This paper also analyzes the improvements that were successfully realized after
three years of advocacy for the implementation of Sulh-Mediation in good faith in the Mahkamah Syariah
Selangor. Next, looking ahead related to the improvements that can be made by empowering initiatives in the
Pre-Mediation stage, for the implementation of Sulh-Mediation in the Mahkamah Syariah Selangor.

80


(PAPER ID: 1071)

GARIS MASA TEMPOH PERISYTIHARAN AL-MAFQUD:
KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA FIQH DAN UNDANG-UNDANG

KELUARGA ISLAM

Mohamad Ismail Abdullah
Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]
ABSTRAK

Al-mafqud adalah satu situasi apabila seseorang itu telah diisytiharkan hilang dan gagal dikesan. Kedudukan
al-mafqud dalam suatu tempoh yang panjang boleh memberikan implikasi kepada institusi perkahwinan
sekiranya yang hilang itu adalah suami atau isteri. Justeru penetapan tempoh garis masa status al-mafqud
dilihat sangat penting terutamanya apabila melibatkan hak-hak dalam perkahwinan serta tuntutan harta.
Jurang masa bagi pengisytiharan al-mafqud melibatkan pengabaian kepada pasangan dan juga anak-anak
dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, anggapan kematian perlu diisytiharkan oleh mahkamah supaya
status mafqud dapat diputuskan dengan segera dan muktamad. Kajian ini bertujuan membuat perbandingan
penetapan tempoh garis masa al-mafqud atau anggapan kematian menurut pandangan sarjana Islam dari
aspek fiqh klasik dan kontemporari serta perbandingannya dengan Undang-Undang Keluarga Islam di
Malaysia. Melalui metode kajian literatur dan analisis komparatif penulis dapati wujud beberapa perbezaan
pada garis masa pengisytiharan al-mafqud antara fiqh dan undang-undang syariah di Malaysia.

Kata kunci: al-mafqud, pembubaran perkahwinan, Undang-Undang Keluarga

81


(PAPER ID: 1072)

FIQH SIYASAH SYAR‘IYYAH DALAM KOMUNITI ORANG KURANG UPAYA
(OKU) DI MALAYSIA

Azman Ab Rahman
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri

Sembilan
[email protected]
iiHairullfazli Mohammad Som
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 43000, Kajang,

Selangor
[email protected]
Norakyairee Mohd Raus, Adnan Mohamed Yusoff
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri

Sembilan
[email protected], [email protected]

ABSTRAK
Syariat menuntut masyarakat agar tidak menyisihkan golongan OKU, bahkan perlu dilibatkan mereka dalam
aktiviti kemasyarakatan. Peluang dan ruang perlu diberikan agar mereka juga menikmati kehidupan yang normal
bersama anggota masyarakat lain. Penekanan terhadap prinsip Siyāsah Syar‘iyyah amat penting dalam
mengendalikan komuniti OKU demi menjaga kemaslahatan mereka. Segala urusan atau hal ehwal berkaitan
OKU di Malaysia seperti pengurusan, kebajikan, hak OKU di sisi undang-undang, dasar, polisi dan hal-hal lain
yang berkaitan dengannya perlu memenuhi objektif Siyāsah Syar‘iyyah. Justeru, artikel ini akan
membincangkan secara umum berkaitan Siyāsah Syar‘iyyah terhadap komuniti OKU di Malaysia. Hasil kajian
mendapati bahawa pentadbiran Malaysia yang memenuhi segala aspek Siyāsah Syar‘iyyah akan mampu untuk
memberikan kebaikan kepada semua pihak tidak mengira tipikal mahupun OKU. Perkara ini juga dapat
menjadikan Malaysia sebuah negara yang bertoleransi dan adil serta sentiasa melakukan proses pembaikan dan
penambahbaikan secara berterusan dalam segenap aspek kehidupan, iaitu individu, masyarakat dan negara.
Kata Kunci: Fiqh, Siyasah Syar‘Iyyah, Orang Kurang Upaya,

82


(PAPER ID: 2001)

CORPORATE GOVERNANCE PRACTICES AMONG MALAYSIAN SMEs: AN
EXPLORATORY STUDY

Rozaidy Mahadi & Noor Kaziemah Sariman
Universiti Malaysia Sabah
[email protected]

ABSTRACT
Many corporate collapses and accounting scandals were due to poor corporate governance practices.
Consequently, demands from investors have pressured the regulators to incorporate governance disclosures in
the formulation of financial accounting standards. This wave of change also can be observed in Malaysia through
the new commencement of Malaysia Private Entities Reporting Standards (MPERS) that have been adopted to
tailor to the small and medium enterprises (SMEs) environments. However, the issue arises as to whether
improvements in accounting standards have been effective in reducing agency costs and therefore enhancing
companies’ corporate governance practices. Therefore, the incorporation of governance elements in the
accounting standards is crucial to encourage SMEs to engage with good corporate governance practices.
Recognising the importance of comprehensive corporate governance practices to SMEs, it is significant to
conduct a study concentrating on the level of corporate governance practices among Malaysian SMEs.
Therefore, this study attempts to understand the establishment of corporate governance mechanisms and
practices among SMEs in Malaysia. In doing so, the presence of three characteristics of good corporate
governance (i.e. the proportion of independent non-executive directors, the proportion of independent members
of the audit committee, the practice of separate CEO and chairman of the board) In SMEs’ operational practices,
and perhaps, seconded by information in their annuals reports will be examined. In this study, a qualitative
approach and content analysis will be utilized for data collection. This study will help us to understand and
examine the factors that push SMEs to engage or abandon comprehensive corporate governance practices.

Keyword: Corporate Governance; SMEs; Malaysia; MPERS.

83


(PAPER ID: 2002)

OMBUDSMAN FOR FINANCIAL SERVICE AS ALTERNATIVE DISPUTE
RESOLUTION IN ISLAMIC FINANCE:

AN OBSERVATION ON INSURANCE AND TAKAFUL DISPUTES

Surianom binti Miskam, Nawal binti Solehuddin
Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
ABSTRACT

Ombudsman for Financial Services (OFS) serves as an alternative dispute resolution mecahnism that resolves
disputes between its members who are the financial service providers (FSPs) licensed or approved by Bank
Negara Malaysia (BNM), and financial consumers. OFS adopts a two-stage dispute resolution process
comprising case management and ddjudication stages. As far as insurance and takaful disputes are concerned,
OFS has jurisdistion to deal with disputes related to direct financial losses arising from insurance and takaful
claim which does not exceed RM250,000 and motor third party property damage insurance and takaful claims
which does not exceed RM10,000. The objective of this paper is to discuss the legal framework regulating FOS
and to analyse how insurance and takaful disputes have been resolved by FOS. The methodology adopted in this
article is a document analysis of the relevant legislations and annual reports of OFS. Analysis will also be made
to selected case studies to illustrate the implementation of the dispute resolution mechanism.
Keywords: Ombudsman, insurance, takaful, alternative dispute resolution, legislations.

84


(PAPER ID: 2003)

A PRELIMINARY STUDY ON THE PROMISES AND PITFALLS
OF THE CONCEPT OF GENDER EQUITY FROM THE PERSPECTIVE OF

MAQASID AL-SHARIAH

Syaripah Nazirah Syed Ager
University Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

[email protected]
ABSTRACT

Gender equity is one of the theories popularly used in gender and development studies. It plays a substantial
role in providing an understanding of the context of women's issues. This preliminary study investigated the
concept and application of gender equity from the perspective of Islam and western. A new approach will be
explored in the context of Maqasid al-Shariah as a viable alternative to the Muslim world. Gender equity’s
epistemology, characteristics, and issues will be examined in order to determine its status and relation with the
Islamic worldviews on contemporary women and gender issues. This study will evaluate the promises and
pitfalls of the concept of gender equality before it can be proposed as a new narrative and base of ideas for the
enhancement of the agenda of empowering the role of women in Muslim societies today. In order to achieve
these objectives, this study will employ a qualitative research approach. It is hoped that this study will provide
a new narrative in discussing the issues of women and contribute to clarifying the epistemological foundation
of the concept of gender equity from the Islamic perspective.
Keywords: Women, Gender Equity, Maqasid Al-Shariah

85


(PAPER ID: 2004)
INNOVATION AND TECHNOLOGY OPTIMIZATION FOR INCREASING THE COLLECTION

AND DISTRIBUTION OF ZAKAT IN MALAYSIA
Hairullfazli Mohammad Som, Mokthar Ismail, Mohd Kamarul Khaidzir Saadan
Jabatan Syariah, Fakulti Syariah & Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),

Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Muhsin Nor Paizin

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
[email protected]
ABSTRACT

Over the past several years, zakat collection in the Federal Territory of Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan,
Malaysia increased. This can be proven in one way by examining the statistics of zakat collection, and it is
expected that the collection figure will continue to increase in the coming years. Thus, this paper will present
the preaching efforts that have been carried out especially in terms of the use of innovation and the latest
technology by zakat institutions, such as PPZ-MAIWP, that have successfully contributed to positive and proud
achievements. As per our opinion, PPZ-MAIWP is seen to have carried out their duties with excellence, however
should continue to find new ways to further expand knowledge and spread zakat preaching to the community.
Keywords : zakat collection, Kuala Lumpur, zakat institution, PPZ-MAIWP

86


(PAPER ID: 2005)

SHARIAH NON-COMPLIANCE RISK AND REPORTING REQUIREMENTS FOR
ISLAMIC BANKING INSTUTITIONS

Surianom binti Miskam
Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
ABSTRACT

Shariah non-compliance risk refers to the risk of legal or regulatory sanctions, financial loss or non-financial
implications including reputational damage, which an Islamic financial institution may suffer arising from
failure to comply with the rulings of the Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia (SAC), standards
on Shariah matters issued by the Bank Negara Malaysia or decisions or advice of the Shariah committee. Thus,
the law requires that an Islamic financial institution must report any Shariah non-compliance event to the Bank
Negara Malaysia and it is further required to provide information relating to such Shariah non-compliance event
as part of the financial reporting requirements.This paper examines the relevant provisions of the laws,
regulations and policies governing the reporting requirements of Shariah non-compliance events in Islamic
banking institutions. Reference will also be made to annual reports of Islamic banks to illustrate the practices in
the industry.
Keywords: Shariah non-compliance risk, reporting, financial reporting, Islamic banking institutions.

87


(PAPER ID: 2006)

ISLAMIC FAMILY LAW IN MALAYSIA AND RESERVATIONS INTO ARTICLE
16 OF CEDAW

Dr. Nurulbahiah binti Awang
Department of Social Sciences & Humanities, College of Energy Economics & Social Sciences

Universiti Tenaga Nasional
[email protected]

ABSTRACT
As the member of United Nations, Malaysia has ratified Convention on the Elimination of All Forms of
Discrimination Against Women (CEDAW) in 1995 with several reservations, including Article 16 on the rights
of women in marriage and family relations. At the national level, the rights of Muslim women in marriage and
family relations can be seen in the provision of Islamic Family Law Act or Enactments (IFLA) since the mid of
1980s until now. This study elaborates on the commitment of Malaysia in championing gender equality as
required by CEDAW. This study examines whether reservations into Article 16 of CEDAW are in line with the
objectives of CEDAW and Malaysian Constitutional law. It is found that IFLA from the very beginning is
enacted to protect the rights of women in marriage and family relations. Even the rights and duties of women
and men given under IFLA is not the same as per requirement of Article 16 of CEDAW, they are not necessarily
discriminatory against women. The reservations made into Article 16 of CEDAW by Malaysian government is
to protect and empower women through substantive equality which in line with the provision of CEDAW in
acknowledging the biological differences between women and men. IFLA and CEDAW share similar attributes
on the rights of women especially on the concept of sharing and complimentary rights and duties based on their
biological function so as to ensure the functionality of family institution for sustainable society.
Keywords: gender equality; discrimination; women’s rights; women convention; sustainable society

88


(PAPER ID: 2007)

THE RELATIONSHIP OF INDIVIDUAL, FAMILY AND ENVIRONMENTAL
CHARACTERISTICS IN THE FORMATION OF ETHICAL PERCEPTION
AMONG MUAMALAH STUDENTS

Hazelena Dewi Fatahul Ariffin, Muznah binti Daud
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
ABSTRACT

The entire business operations and stakeholders should hold the code of ethics and integrity to the highest quality
in order to invigorate ethics and integrity in a company and among personnel. The economic crisis has been
largely attributed to unethical business activities nowadays. The current generation of business students will
need to determine their ethical principles as future corporate leaders and influential decision-makers. The
purpose of this paper is to examine the relationship of individual, family and environment characteristics towards
the perception of ethical conduct. The study has used questionnaires to collect data. The data have then been
analysed using the SPSS data software. The findings explained that individual element had the highest
correlation (p=0.403) towards perception of ethical conduct, followed by environment (p=0.090) and family
(p=0.045). This study may have contrast findings by different researchers previously leaving the chance for
future study about ethical building among students.
Keywords: ethics, business, individual, family, environment

89


‫)‪(PAPER ID: 3001‬‬

‫المسئوليات القانونية على المؤسسات جراء اختراق خصوصية البيانات في دولة الإمارات العربية المتحدة‪:‬‬
‫دراسة مقارنة‬

‫‪Mohammed Hassan Merdad Obaid‬‬
‫‪Faculty Of Syariah And Law Studies, Universiti Sains Islam Malaysia‬‬

‫‪[email protected]‬‬

‫ملخص‬

‫تهدف الدراسة إلى تحديد قواعد المسؤوليات القانونية على المؤسسات جراء اختراق خصوصية البيانات في دولة الإمارات العربية المتحدة في ظل المرسوم‬
‫بقانون اتحادي رقم (‪ )34‬لسنة ‪ 2021‬بشأن الشائعات والجرائم الإلكترونية‪ ،‬وخاصة في ظل اعتماد الجهات الحكومية في دولة الإمارات العربية المتحدة‬
‫على تقديم الخدمات الحكومية عبر المنصات الإلكترونية وفق نظام الحكومة الإلكترونية الذكية‪ ،‬وهو ما يتطلب اطلاع الجهات الحكومية في صدد عملها‬
‫على البيانات الخصوصية للأفراد‪ ،‬حيث تهدف الدراسة إلى تحديد الطبيعة القانونية للبيانات الخصوصية‪ ،‬مع بيان أركان جريمة اختراق خصوصية‬
‫البيانات‪ ،‬والبحث في العقوبات التي جاء بها المشرع الإماراتي فيمتا يتعلق بجرائم اختراق خصوصية البيانات من قبل المؤسسات تحديد قواعد الحماية‬
‫التقنية والحماية القانونية لخصوصية البيانات‪ ،‬كما أنها تقوم على تسليط الضوء على وسائل اختراق المؤسسات لخصوصية البيانات‪ ،‬وبيان موقف‬
‫القضاء في دولة الإمارات العربية المتحدة من المسؤوليات القانونية عن على المؤسسات جراء اختراق خصوصية البيانات في دولة الإمارات العربية‪ .‬وتعتمد‬
‫الدراسة على تحليل نصوص القانون الإماراتي والاستناد إلى المعلومات الواردة في المصادر الأساسية للدراسة من الكتب والمؤلفات‪ ،‬ووصف موضوع‬

‫الدراسة وصفاً نوعياً يسهم في تحقيق الغرض من الدراسة‪.‬‬
‫الجلسة الأولى ‪ :‬سيقوم الباحث بالحديث عن خطة الأطروحة والتطرق بالمسؤوليات القانونية على المؤسسات جراء اختراق خصوصية البيانات في‬

‫دولة الإمارات العربية المتحدة و مشكلة الدراسة بالإضافة الى حدود الدراسة ومنهج الدراسة ‪.‬‬
‫الجلسة الثانية ‪ :‬سيقوم الباحث بالحديث عن خلفية الدراسة ‪ ،‬وعن أسئلة الدراسة وأهدافها وأهمية الدراسة وسيتم التطرف أيضاً بخطوات الدراسة ‪.‬‬

‫الكلمات المفتاحية‪ :‬البيانات الحكومية‪ -‬الخصوصية – بيانات الأفراد – الإطلاع على البيانات‪ -‬اختراق البيانات الإلكتروني‪ -‬نشر البيانات‬
‫الإلكترونية‪.‬‬

‫‪90‬‬


LEGAL RESPONSIBILITIES FOR ORGANIZATIONS DUE TO DATA PRIVACY
BREACH IN THE UAE: A COMPARATIVE STUDY

ABSTRACT
The study aims to determine the rules of legal responsibilities on institutions due to data privacy breaches in the
United Arab Emirates under Federal Decree Law No. 34 of 2021 on rumors and cybercrimes, especially in light
of the dependence of government agencies in the United Arab Emirates on the provision of government services
through electronic platforms in accordance with the smart e-government system, which requires informing
government agencies in relation to their work on the privacy data of individuals, as the study aims to determine
the legal nature of data Privacy .With the statement of the elements of the crime of data privacy breach, and
the research on the penalties brought by the UAE legislator as it relates to data privacy breach crimes by
institutions determine the rules of technical protection and legal protection of data privacy, as it is based on
highlighting the means of breach of data privacy by institutions, and the statement of the position of the judiciary
in the United Arab Emirates on the legal responsibilities of institutions due to data privacy breaches in the UAE.
The study is based on the analysis of the texts of Emirati law and based on the information contained in the basic
sources of the study from books and literature, and the description of the subject of study in a qualitative
description that contributes to achieving the purpose of the study.
The first session: the researcher, talking about the thesis plan and addressing the legal responsibilities on the
projects that it implemented, through the process of data development in the United Arab Emirates, the problem
of the study in addition to the limits of the study and the study curriculum.
Second session: The researcher will talk about the background of the study, the study questions and their
importance, typography, and study steps.
Keywords: government data - privacy - individual data - data access - electronic data breach - electronic data
dissemination.

91


‫)‪(PAPER ID: 3002‬‬

‫الإطار القانوني لعلاقة قانون الجزاء الاماراتي والقانون الدولي إزاء‬
‫الانضمام للمحكمة الجنائية الدولية‬

‫‪Mohamed Abdulla Mohamed Ali Al Madhaani‬‬
‫‪Faculty Of Syariah And Law Studies, Universiti Sains Islam Malaysia‬‬

‫‪[email protected]‬‬

‫ملخص‬

‫تهدف الدراسة إلى توضيح موضوع الارهاب الدولي وأثره على الفكر المعاصر ومواجهة ذلك سواء على المستوى الدولي أو الاقليمي‬
‫أو الوطني ولا سيما تحديد الاطار القانوني لعلاقة قانون الجزاء الاماراتي واختصاصات المحكمة الجنائية الدولية والسعي جديا في‬
‫توسيع مجال اختصاص القضاء الجنائي للدول فيما يتعلق ببعض الجرائم الخطيرة إذا أخذت جميع المعاهدات والاتفاقيات الدولية‬
‫الرادعة لبعض جرائم العنف الخطيرة وفي ضوء ذلك يهدف البحث إلى طرح الأفكار والمبادئ والأحكام المتعلقة بتجريم الارهاب‬
‫الدولي والعمل على بيان الوصف القانوني لجريمة الارهاب الدولي وتوضيح بنيانها القانوني وذكر مدى خطورة الارهاب الدولي فيما‬
‫يحدثه من نشر الخطر والشعور بالخوف والعمل على اجتساس مصادره والعمل على إعادة النظر في اختصاص المحكمة الجنائية‬
‫الدولية للتناسب مع الجرائم الدولية المستحدثة على الساحة الراهنة وإحداث علاقة تكاملية بين القضاء الوطني للدول الأعضاء‬

‫واختصاص المحكمة الجنائية الدولية ‪.‬‬
‫الكلمات المفتاحية ‪ :‬المحكمة الجنائية الدولية ‪ ،‬العلاقة التكاملية ‪ ،‬الإرهاب الدولي ‪ ،‬الجريمة الارهابية ‪ ،‬القانون الدولي الإنساني ‪،‬‬

‫الاختصاص الموضوعي ‪ ،‬ميثاق روما ‪ ،‬القانون الوطني ‪ ،‬القضاء الوطني ‪ ،‬القضاء الدولي ‪.‬‬

‫‪THE LEGAL FRAMEWORK OF THE RELATIONSHIP OF INTERNATIONAL‬‬
‫‪LAW AND INTERNATIONAL LAW OF THE INTERNATIONAL CRIMINAL‬‬

‫‪COURT‬‬

‫‪ABSTRACT‬‬
‫‪The study aims to clarify the issue of international terrorism and its impact on contemporary thought and‬‬
‫‪confront it, whether at the international, regional or national level, In particular, defining the legal framework‬‬
‫‪for the relationship of the UAE Penal Code and the competencies of the International Criminal Court and‬‬
‫‪seriously seek to expand the jurisdiction of the criminal judiciary of countries with regard to some serious crimes‬‬
‫‪if all international treaties and agreements are taken to deter some serious violent crimes and in light of this aims‬‬
‫‪Research to put forward ideas, principles and provisions related to the criminalization of international terrorism‬‬

‫‪92‬‬


And work on clarifying the legal description of the crime of international terrorism, clarifying its legal structure,
and mentioning the extent of the danger of international terrorism in spreading danger and a sense of fear,
working to eavesdrop on its sources, and working to reconsider the jurisdiction of the International Criminal
Court in proportion to the international crimes created in the current arena and creating an integrative
relationship between the national judiciary Member States and the jurisdiction of the International Criminal
Court.
Keywords: International Criminal Court-complementarity relationship-international terrorism- terrorist crime-
international humanitarian law-substantive jurisdiction- Rome Charter- national law- national judiciary-
international judiciary .

93


‫)‪(PAPER ID: 3003‬‬

‫الإطار القانوني لعلاقة قانون الجزاء الاماراتي والقانون الدولي إزاء الانضمام للمحكمة الجنائية الدولية‬

‫‪FAISAL ALI EBRAHIM AHMED ALMARZOOQI‬‬

‫‪Faculty Of Syariah And Law Studies‬‬
‫‪Universiti Sains Islam Malaysia‬‬

‫‪[email protected]‬‬

‫ملخص‬

‫تهدف الدراسة إلى توضيح موضوع الارهاب الدولي وأثره على الفكر المعاصر ومواجهة ذلك سواء على المستوى‬
‫الدولي أو الاقليمي أو الوطني ولا سيما تحديد الاطار القانوني لعلاقة قانون الجزاء الاماراتي واختصاصات المحكمة‬
‫الجنائية الدولية والسعي جديا في توسيع مجال اختصاص القضاء الجنائي للدول فيما يتعلق ببعض الجرائم الخطيرة‬
‫إذا أخذت جميع المعاهدات والاتفاقيات الدولية الرادعة لبعض جرائم العنف الخطيرة وفي ضوء ذلك يهدف البحث‬
‫إلى طرح الأفكار والمبادئ والأحكام المتعلقة بتجريم الارهاب الدولي والعمل على بيان الوصف القانوني لجريمة‬
‫الارهاب الدولي وتوضيح بنيانها القانوني وذكر مدى خطورة الارهاب الدولي فيما يحدثه من نشر الخطر والشعور‬
‫بالخوف والعمل على اجتساس مصادره والعمل على إعادة النظر في اختصاص المحكمة الجنائية الدولية للتناسب‬
‫مع الجرائم الدولية المستحدثة على الساحة الراهنة وإحداث علاقة تكاملية بين القضاء الوطني للدول الأعضاء‬

‫واختصاص المحكمة الجنائية الدولية ‪.‬‬
‫الكلمات المفتاحية ‪ :‬المحكمة الجنائية الدولية ‪ ،‬العلاقة التكاملية ‪ ،‬الإرهاب الدولي ‪ ،‬الجريمة الارهابية ‪ ،‬القانون‬

‫الدولي الإنساني ‪ ،‬الاختصاص الموضوعي ‪ ،‬ميثاق روما ‪ ،‬القانون الوطني ‪ ،‬القضاء الوطني ‪ ،‬القضاء الدولي ‪.‬‬

‫‪THE LEGAL FRAMEWORK OF THE RELATIONSHIP OF INTERNATIONAL‬‬
‫‪LAW AND INTERNATIONAL LAW OF THE INTERNATIONAL CRIMINAL‬‬

‫‪COURT‬‬

‫‪ABSTRACT‬‬

‫‪The study aims to clarify the issue of international terrorism and its impact on contemporary thought and‬‬
‫‪confront it, whether at the international, regional or national level, In particular, defining the legal framework‬‬
‫‪for the relationship of the UAE Penal Code and the competencies of the International Criminal Court and‬‬
‫‪seriously seek to expand the jurisdiction of the criminal judiciary of countries with regard to some serious crimes‬‬

‫‪94‬‬


if all international treaties and agreements are taken to deter some serious violent crimes and in light of this aims
Research to put forward ideas, principles and provisions related to the criminalization of international terrorism
And work on clarifying the legal description of the crime of international terrorism, clarifying its legal structure,
and mentioning the extent of the danger of international terrorism in spreading danger and a sense of fear,
working to eavesdrop on its sources, and working to reconsider the jurisdiction of the International Criminal
Court in proportion to the international crimes created in the current arena and creating an integrative
relationship between the national judiciary Member States and the jurisdiction of the International Criminal
Court.
Keywords: International Criminal Court-complementarity relationship-international terrorism- terrorist crime-
international humanitarian law-substantive jurisdiction- Rome Charter- national law- national judiciary-
international judiciary .

95


Click to View FlipBook Version