)(PAPER ID : 3004
شركة التكافل في تايالند :دراسة منتجات موانج تهاي للتكافل أنموذجا
TAKAFUL INDUSTRY IN THAILAND: A CASE STUDY OF MUANG THAI
TAKAFUL
Sufian Bosu
Pelajar Doktor Falsafah Islamiyyat
Rosli Bin Mokhtar
Jabatan Syariah Fakulti Syariah & Undang-Undang,, KUIS
Mohammad Yosef Niteh
Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ملخص
ملخص البحث يهدف البحث إىل إلقاء الضوء على شركة التكافل يف تايالند من حيث نشأهتا وتطورها ،والتشريعات املنظّمة
هلا ،مع دراسة صور منتجات موانج هتاي للتكافل -اليت تقدم من قبل شركيت موانج هتاي للتأمني العام ،موانج هتاي للتأمني
العائلي -من الناحية الشرعية ،وذلك بالنظر إىل األنشطة اليت تقوم هبا الشركة يف استثمار أمواهلا .وقد اعتمد البحث على
املنهج االستقرائي ،واملنهج التحليلي ،واملنهج التطبيقي ،واعتمد يف مجع املعلومات واملادة العلمية على جمموعة من املصادر،
واملراجع ،والبحوث املعاصرة ،فضا ًل عن بعض البيانات اليت م َّت مجعها خالل مقابالت شخصية مع أشخاص معنيني
باملوضوع .وقد توصلت الدراسة إىل أن منتجات التكافل يف تايالند تقدم عرب نوافذ إسالمية يف شركة التأمني التقليدي ،ومنها
شركة موانج هتاي للتأمني العام ،موانج هتاي للتأمني العائلي ،وذلك حتتاج إىل مزيد من التطور مع ضرورة إنشاء شركة للتكافل،
أو التأمني اإلسالمي بصورة مستقلّة .أهم الكلمات :شركة التكافل ،موانج هتاي للتكافل
96
(POSTER ID: 4001)
PELANTIKAN PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA
Nur Zulfah Binti Md Abdul Salam, Hammad Mohamad Dahalan & Norazla Abdul Wahab
Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor 43000 Kajang, Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Profesion Peguam Syarie telah bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. Namun begitu, ianya bukanlah suatu
profesion yang khusus pada waktu itu sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Peranan sebagai peguam
ini pernah dimainkan oleh Rasulullah S.A.W serta para sahabat. Kajian ini melihat kepada pelantikan peguam
syarie di Malaysia yang mempunyai beberapa perbezaan bagi negeri-negeri tertentu. Konflik penerimaan masuk
peguam syarie yang berbeza mengikut setiap negeri ini adalah disebabkan isu bidangkuasa undang-undang Islam
yang terletak dalam bidang kuasa negeri. Makanya peranan institusi yang berwajib mentadbir hal kemasukan
peguam syarie ini tentunya berlainan bagi setiap negeri. Secara praktisnya peguam syarie bertindak sebagai
peguam membela anak guamannya di Mahkamah Syariah di dalam kes-kes yang Mahkamah Syariah
mempunyai bidangkuasa. Bidangkuasa ini merujuk kepada kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Malaysia
yang telah meletakkan undang-undang Islam di bawah Jadual Sembilan, Senarai 2, Senarai Negeri yang
menjadikan segala hal-hal berkaitan dengan agama Islam adalah terletak di bawah negeri masing-masing. Kajian
ini menggunakan metodologi kualitatif yang menggunakan kaedah temubual,separa struktur serta merujuk
penulisan-penulisan ilmiah, jurnal dan buku yang berkaitan perbincangan. Hasil dapatan mendapati isu yang
timbul dalam hal pelantikan peguam syarie ini apabila calon yang cukup kelayakan akademik masih lagi perlu
melalui ujian bertulis dan seterusnya jika lulus perlu menduduki ujian lisan. Ujian lisan pula bukanlah syarat
wajib dilalui namun ianya menjadi syarat lulus yang mana sekiranya calon tersebut gagal makanya permohonan
untuk ditauliahkan sebagai peguam syarie bagi masa tersebut terbatal. Maka, kajian ini berpendapat dalam
memperkasakan institusi kepeguaman syarie supaya berdiri seiring dengan guaman sivil banyak hal yang perlu
disemak semula khususnya berkenaan syarat pelantikan ini. Berbeza dengan peguam sivil, calon layak dipanggil
untuk tauliah sebaik sahaja tamat pengajian dan tiada alasan pentauliahan tersebut gagal kerana kelayakan
akademik telah sempurna.
Kata Kunci: Pelantikan, Peguam Syarie, tauliah, profesion, guaman syarie
97
(POSTER ID: 4002)
PEMERKASAAN PROSEDUR RAYUAN DI MAHKAMAH SYARIAH DI
MALAYSIA
Mohd Afizul Hakim Ibakarim
Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor
[email protected]
ABSTRAK
Pemerkasaan prosedur rayuan di mahkamah syariah adalah satu keperluan di Malaysia. Prosedur rayuan di
mahkamah syariah memberikan peluang terhadap pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah
rendah yang ingin membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi. Namun, persoalan yang sering timbul adalah
sama ada pengemukaan rayuan tersebut mempunyai asas syarak bagi keputusan kehakiman Islam ataupun
sebaliknya. Dalam konteks ini, terdapat permasalahan berkaitan sejauh mana prosedur rayuan dalam sistem
kehakiman syariah di Malaysia. Oleh itu, kajian ini menggariskan dua objektif utama yang perlu dicapai.
Objektif pertama kajian ini adalah untuk menganalisis pandangan juris atau ahli perundangan Islam terhadap
konsep rayuan dalam kehakiman Islam. Objektif kedua adalah untuk mengkaji prosedur rayuan dalam sistem
kehakiman syariah di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kajian secara kualitatif digunakan.
Pengumpulan data dilakukan dengan dua kaedah, iaitu analisis dokumen dan temu bual bersama responden yang
terpilih. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dalil syarak dan pandangan ahli perundangan Islam terhadap
konsep rayuan dalam kehakiman Islam. Kajian juga mendapati bahawa terdapat prosedur rayuan dalam sistem
kehakiman syariah di malaysia. Justeru, kajian ini mencadangkan agar pindaan bidang kuasa dan prosedur
rayuan sedia ada di mahkamah syariah perlu ditambah baik. Selain itu, panduan khusus dalam bentuk kaedah
kepada bidang kehakiman syariah dalam konteks prosedur rayuan di mahkamah syariah di Malaysia juga perlu
digubal.
98
(POSTER ID: 4003)
KEPATUHAN, PERMASALAHAN DAN KEBAJIKAN ISTERI KEMATIAN
SUAMI DALAM TEMPOH BERIHDAD: SATU KAJIAN
Maffuza Salleh, Zanariah Dimon, Norita Kamaruddin, Naqibah Mansor
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Selangor (UIS)
[email protected]
No. Kod Penyelidikan: KUIS/2021/GPIK-18/GPI/18
ABSTRAK
Lumrah dalam perkahwinan tidak semuanya yang berpanjangan kerana mungkin akan berlaku perpisahan sama
ada hidup atau mati. Dalam fiqh usrah terdapat hukum yang berkaitan iddah dan ihdad terhadap isteri apabila
berlaku perceraian atau kematian suami. Konsep iddah dan ihdad dalam Islam tertakluk kepada hukum dan
batasan yang tertentu dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi isteri yang kematian suami, mereka perlu menjaga
diri daripada melakukan larangan dalam tempoh iddah atau berihdad sebagai tanda menjaga hak suami dan
menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya. Walau bagaimanapun, dengan berlakunya peredaran masa dan
zaman, wanita Islam yang berada dalam tempoh ihdad sering berhadapan dengan pelbagai persoalan yang
memerlukan penjelasan terperinci khususnya dalam hal yang melibatkan batas hukum dan adab bagi seorang
wanita beriddah dan berihdad. Peranan masyarakat seperti jiran tetangga, ahli keluarga isteri, ahli keluarga
suami, jawatan kuasa penduduk, jawatan kuasa masjid dan juga majikan isteri mahupun majikan suami adalah
sangat penting dalam memastikan kewajipan dan kebajikan isteri yang kematian suami ini dapat dilunaskan
secara berterusan bagi mengelakkan sebarang mudarat dari aspek emosi, mental dan keperluan fizikal sepanjang
tempoh tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kepatuhan isteri kematian suami
semasa menjalani tempoh ihdad, permasalahan yang dihadapi dan bentuk-bentuk kebajikan yang diperlukan
mereka sepanjang tempoh tersebut. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui temubual separa
struktur terhadap lima orang responden terdiri daripada isteri yang kematian suami. Temu bual ini direkodkan
dan kemudian dialihkan dalam bentuk tulisan melalui kaedah transkripsi. Transkripsi itu kemudian dimasukkan
ke dalam perisian ATLAS.ti versi 8.4.15 dan dianalisis menggunakan perisian tersebut bagi membentuk tema
dapatan daripada peserta kajian. Analisis deskriptif dijalankan berdasarkan tema-tema iaitu kepatuhan,
permasalahan dan kebajikan. Hasil kajian mendapati responden mematuhi kewajipan berihdad selepas
kematian suami. Walau bagaimanapun terdapat permasalahan dari aspek pengurusan harta pusaka, pengurusan
fizikal dan emosi, kewangan serta hubungan dengan ahli keluarga sepanjang tempoh berihdad. Kajian juga
mendapati aspek kebajikan dalam bentuk material dan sokongan moral juga dikenal pasti sebagai antara
kebajikan yang sangat diperlukan oleh isteri kematian suami dalam tempoh tersebut. Justeru, kajian ini
diharapkan dapat memberi input kepada pihak-pihak yang berwajib dalam menyantuni golongan isteri kematian
suami dalam tempoh berihdad bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan mereka.
Kata kunci: kepatuhan, permasalahan, kebajikan, ihdad, isteri kematian suami
99
(POSTER ID: 4004)
KEPERLUAN MODUL KURSUS PEMBANGUNAN KELUARGA MESRA ORANG
KURANG UPAYA (OKU) PENDENGARAN
FRGS/1/2021/SSI0/KUIS/02/4
Azizah Mohd Rapini, Zanariah Dimon, Nora’inan Bahari, Nawal Solehuddin
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Nurhidayah Muhammad Hashim
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Nur Dayana Mohd Khalil
Penyelidik/ Pelajar Sarjana
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Perkahwinan dalam Islam tidak hanya terhad kepada golongan yang sempurna sifat fizikal sahaja tetapi juga
golongan OKU yang cukup syarat untuk berkahwin menurut hukum syarak. Walau bagaimanapun, golongan
Oku dikecualikan daripada menghadiri kursus pra perkahwinan seperti golongan normal. Kesannya, mereka
kurang terdedah dengan kemahiran kendiri menyelesaikan krisis kekeluargaan dan pengurusan konflik dalam
rumah tangga. Implikasinya, wujud isu-isu berkaitan ketidakupayaan OKU mengurus emosi, tekanan dan
konflik serta kekurangan sistem sokongan kekeluargaan yang benar-benar memahami keperluan mereka. Oleh
itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji keperluan modul KPK mesra OKU pendengaran. Kajian ini
merupakan kajian kualitatif lapangan melibatkan metode pengumpulan data melalui perbincangan meja bulat
(Round Table Discussion/RTD) melibatkan informan yang terdiri daripada wakil NGO OKU, ahli akademik,
wakil Jabatan Agama Iskam Negeri-negeri, wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai penggubal
MBKPPI, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN). Hasil kajian menunjukkan wujud keperluan untuk membangunkan modul KPK mesra OKU
pendengaran melalui kaedah penganjuran yang memenuhi keperluan golongan tersebut untuk mendapatkan
pengetahuan tentang sistem kekeluargan Islam.
Kata kunci: modul, kursus pembangunan keluarga, mesra OKU, OKU pendengaran, kekeluargaan Islam
100
Organizing Committee
6th Muzakarah Fiqh and International Fiqh Conference
(MFIFC2022)
Patron : Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah
Advisor I : Prof. Madya Dr. Mokmin bin Basri
Advisor II : Dr. Nora’inan binti Bahari
Advisor III : Dr. Azizah binti Mohd Rapini
Director : Hammad bin Mohamad Dahalan
Deputy Director I : Dr. Rosli bin Mokhtar
Deputy Director II : Abdul Hakim bin Baharudin @ Ismail
Secretary I : Tuan Nurhafiza binti Raja Abdul Aziz
Secretary II : Norita binti Kamaruddin
Treasurer I : Surianom binti Miskam
Treasurer II : Nurhairunisa binti Mohamad
Program & Protocol : Syaripah Nazirah binti Syed Ager (H)
Papers & Publication Dr. Azizah binti Mat Rashid
Dr. Khairul Anuar bin Ahmad
Promotion and Publicity : Zaini Yusnita binti Mat Jusoh (H)
Norazla binti Abdul Wahab
Registration Dr. Fakhri bin Sungit
Mohd Rofaizal Bin Ibhraim
: Norul Huda binti Bakar (H)
Farah binti Mohd Shahwahid
Mohd Nasir bin Ali
Nawal binti Sholehuddin
: Dr. Noor Syahida binti Abdul Rahman (H)
Nor Azlin binti Mat Yasin
Marliana binti Abdullah
101
Organizing Committee
6th Muzakarah Fiqh and International Fiqh Conference
(MFIFC2022)
Technical & Logistic : Mohd Isa bin Mohd Deni (H)
Muhammad Ismail bin Abdullah
Muhammad Subari bin Ramli
Kamaruzaman bin Aseh
Mohammad Radzi Zamin bin Musa (BTM)
Mohammad Shahfiq Izham bin Salim (BTM)
Mohd Rozairi bin Rozi (BTM)
Souvenirs & Refreshment : Rabi’ah binti Muhammad Serji (H)
Dr. Zainuddin bin Che Seman
Maffuza binti Salleh
Noraliza binti Haron
Program & Text : Mohd Kamarul Khaidzir bin Saadan (H)
Ismail bin Omar
Zanariah binti Dimon
Invitation & Relations : Nur Zulfah binti Md Abdul Salam (H)
Sharifah Hana binti Abdul Rahman
Mohd Farok bin Mat Nor
Sponsorship : Hairullfazli bin Muhamad Som (H)
Dr. Mohd Musa bin Sarip
Hamid bin Mat Isa
Resolution : Nurhayati binti Abd Ghani (H)
Dr. Ahmad Misbah Bin Mohammad Helmi
102
Our Sponsors
Tudung
103