PENGAJIAN AM ESEI SEM 1 TAN LI KUAN 6S1
SOALAN 1 Gejala rasuah telah menjadi duri dalam daging sehingga mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi mengawal gejala ini daripada terus berleluasa. Bincangkan.
PENDAHULUAN Gejala rasuah merupakan salah satu jenayah yang mengganggu gugat pentadbiran di sesebuah negara kerana ianya memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Justeru, pelbagai langkah perlu diambil bagi mengawal gejala ini daripada terus berleluasa.
FOKUS 1: KESAN BURUK GEJALA RASUAH IDEA 1: Berlakunya Ketidakadilan H1: Ketidakadilan berlaku kepada golongan yang tidak terlibat dengan amalan rasuah. Pendek kata, mereka yang berhak mendapat sesuatu tidak diberi haknya. H2: Contohnya, pihak defenden berjaya membebaskan diri atas pertuduhan membunuh kerana telah memberi wang sogokan kepada pihak berkuasa untuk memalsukan bukti pembunuhan. Amalan rasuah telah menjejaskan keadilan yang sepatutnya.
IDEA 2: Menjejaskan Imej Negara H1: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada 2019. Kejatuhan ini menggambarkan pandangan masyarakat global terhadap amalan rasuah di Malaysia semakin terjejas. H2: Kejatuhan kedudukan CPI Malaysia bagi tahun 2020 mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti politik wang semasa pilihan raya dan pembebasan beberapa ahli politik dalam kes rasuah.
IDEA 3: Mengancam Keselamatan Negara H1: Pegawai yang menerima rasuah sanggup membocorkan maklumat sulit negara kepada musuh. Kesannya akan mengancam keselamatan negara terutamanya rahsia yang berkaitan dengan ketenteraan dan sistem pertahanan. H2: Misalnya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bekerjasama dengan SPRM pada Ops Selat untuk membongkar sindiket pemalsuan cop keluar dan masuk di sempadan negara yang membabitkan anggota dan pegawai JIM sendiri.
FOKUS 2: LANGKAH PERLU DIAMBIL BAGI MENGAWAL GEJALA RASUAH IDEA 4: Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-undang H1: Kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti SPRM dan PDRM serta orang awam amat membantu dalam usaha memperkasakan tindakan undang-undang kepada si pelaku. H2: Setakat Ogos 2021, seramai 331 penjawat awam ditahan atas kesalahan rasuah membabitkan enam daripada pengurusan tertinggi, 104 daripada pengurusan dan profesional, manakala bakinya terdiri daripada kumpulan sokongan.
IDEA 5: Mengadakan Kempen Kesedaran Mengenai Rasuah H1: Usaha memerangi rasuah harus diperhebat khususnya di peringkat komuniti dengan melaksanakan pelbagai program kesedaran tentang bahaya jenayah ini H2: Komuniti di peringkat perumahan boleh digerakkan melalui programprogram khusus seperti minggu Kami Benci Rasuah mahupun program lain secara berfokus yang mampu memberi impak positif.
PENUTUP Kesimpulannya, jelaslah bahawa kesan buruk gejala rasuah perlulah dikawal sebaiknya dengan melaksanakan pelbagai langkah proaktif agar sistem pemerintahan negara dapat berfungsi dengan telus dan berintegriti.
SOALAN 2 Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut dan cadangkan langkah-langkah untuk memajukannya.
PENDAHULUAN Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Terdapat beberapa faktor yang tidak mendapat sambutan masyarakat langkah-langkah untuk memajukan seni budaya tradisional.
FOKUS 1: Faktor Seni Budaya Tradisional Tidak Mendapat Sambutan Masyarakat IDEA1: Pusat perkembangan seni budaya tradisional yang terhad H1: Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah. H2: Kekurangan pusat perkembangan seni dan budaya menyukarkan budaya seni di kembangkan. H3: Mereka yang berminat sukar mendapat peluang untuk mengembangkan kemahiran. Seni tradisional juga kurang diperkenalkan di media massa
IDEA 2: Kurang menyumbang kepada perkembangan ekonomi H1: Tidak dianggap sebagai kerjaya menjamin masa hadapan H2: Kurang nilai komersial H3: Kraf tangan- modal dan kemahiran yang tinggi tetapi pulangannya kurang lumayan
IDEA3: Sikap masyarakat H1: Kehidupan yang semakin sibuk H2: Tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan kemahiran – tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain memakan masa H3: Hiburan tradisional dianggap tidak serasi dengan kehidupan moden
FOKUS2: Langkah Memajukan Seni Budaya Tradisional IDEA4: Anugerah Seni Negara H1: Pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni, karyawan dan seniman yang telah menyumbang dan memperlihatkan ketokohan yang cemerlang dalam pembangunan seni tanah air H2: Anugerah Seniman Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah Pendukung Seni. H3: Contoh penerima seperti A.Samad Said, P.Ramlee
IDEA5 :Mempergiat aktiviti seni H1: Festival Kuala Lumpur- mengetengahkan keindahan dan unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum H2:Mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa H3:Menjadikan KL sebagai bandaraya moden dan progresif, tetapi kaya dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan – “Kuala Lumpur is a city with a soul”
PENUTUP Kesimpulannya, kegiatan seni budaya tradisional perlu diteruskan oleh masyarakat bagi meningktakan imej negara. Masyarakat perlu menjalani aktiviti seni budaya tradisional supaya keistimewaan budaya Malaysia dapat dinikmati oleh generasi muda
SOALAN 3 Pada masa kini ramai golongan remaja kurang menghayati erti kemerdekaan. Hal ini mesti diatasi supaya generasi hari ini tidak lupa diri bak kata peribahasa “kacang lupakan kulit” . Ulas penyataan ini
PENDAHULUAN Golongan remaja yang terdapat di Malaysia pada hari ini lahir selepas kemerdekaan dan dikatakan kurang menghayati erti kemerdekaan, malah ada yang tidak menghargainya langsung. Terdapat keadaan remaja tidak berdiri sewaktu lagu Kebangsaan dinyanyikan. Hal yang membimbangkan ini perlu diatasi.
FOKUS1: Faktor Golongan Remaja Kurang Menghayati Erti Kemerdekaan IDEA1: Kurang Pengetahuan Sejarah H1: Golongan remaja tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati latar belakang sejarah H2: Mereka hanya mempelajari sejarah tertentu mengikut sukatan pelajaran sistem pendidikan tanpa menghayati sejarah tersebut H3: Sengaja tidak mahu mempelajari dan menghayati sejarah
IDEA2: Tidak menghargai jasa perjuang H1: Remaja sengaja tidak mahu menghargai sumbangan pemimpin yang terdahulu yang sanggup menggadai nyawa untuk memperoleh kebebasan daripada kesukaran H2: Tidak memikirkan bagaimana proses kemewahan berlaku H3: Tidak memikirkan sumbangan pasukan pertahanan yang menjaga kedaulatan Negara
IDEA 3: Kurangnya pendidikan agama dan moral H1: Sanggup melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan imej negara H2: Terlalu terikut dengan hiburan dan keseronokan semata-mata H3: Pendidikan agama menuntut rakyatnya supaya berbangga dan menyayangi negara H4:Terdapat remaja yang memburuk-burukkan negara melalui laman web atau blog tertentu
FOKUS2:Langkah Meningkatkan Pemahaman Erti Kemerdekaan Kepada Remaja IDEA4: Memperkasa Penguatkuasaan undang-undang. H1Penguatkuasaan undang-undang merupakan langkah akhir yang terpaksa diambil untuk mendisiplinkan remaja H2:Apabila remaja membuat tindakan yang boleh mengancam keselamatan Negara maka tindakan undangundang seperti mengenakan hukuman penjara atau denda boleh dikenakan
IDEA5: Program peningkatan kesedaran awam. H1: Pihak kerajaan seperti Jabatan Perpaduan Negara, Persatuan Sejarah Malaysia, Muzium Negara dan muzium negeri boleh mengadakan pameran dari masa ke semasa bagi menarik generasi muda meminati dan mengetahui sejarah. H2: Kempen penghayatan dilakukan di seluruh Malaysia boleh membangkitkan semangat penghayatan terhadap kemerdekaan tanah air H3: Contohnya penglibatan generasi muda dalam Program Hari Belia Negara perlu dilaksanakan di semua peringkat sama ada daerah, negeri dan peringkat negara
PENUTUP Remaja yang mengenal erti kemerdekaan akan menghargai jasa perjuangan tokoh-tokoh sejarah yang sanggup berjuang menentang penjajah demi kemakmuran hidup anak cucu kemudian hati. Oleh itu, amat wajar golongan remaja menghargai kemakmuran dan mempertahankan kedaulatan Negara dengan sepenuh hati
SOALAN 4 Integrasi nasional penting untuk memupuk hubungan yang lebih erat antara penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bincangkan.
PENDAHULUAN Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan rakyat pelbagai kaum di pelbagai peringkat dan wilayah. Terdapat banyak kepentingan yang diperoleh melalui integrasi nasional ini.
IDEA1:Membentuk hubungan yang harmoni H1: Hubungan yang erat dan harmoni antara penduduk di ketiga-tiga wilayah dapat dibentuk H2: Penduduk saling mengenali dan berinteraksi dengan mudah H3: Pelbagai aktiviti yang sihat dapat dilaksanakan seperti sukan dan hiburan
IDEA2:Mewujudkan persefahaman dalam kepelbagaian budaya H1: Persefahaman dalam kepelbagaian budaya antara wilayah dapat diwujudkan. H2: Budaya pelbagai etnik dapat dikenali dan difahami oleh setiap penduduk pelbagai kaum di ketiga-tiga wilayah H3: Contohnya, Budaya Orang Kadazan di Sabah @ Budaya orang Iban di Sarawak
IDEA3: Menguatkan pertahanan negara / keselamatan negara H1: Integrasi nasional dapat membentuk pertahanan negara yang kuat H2:Penduduk yang ramai dan bersatu akan dapat mempertahankan negara daripada dicerobohi oleh pihak musuh
IDEA4: Membentuk tadbir urus negara yang baik H1: Pemimpin ketiga-tiga wilayah akan bersatu untuk mentadbir negara H2: Para peminpin dapat bertukar-tukar pandangan untuk membentuk tadbir urus dengan baik
IDEA5: Mempelbagaikan kegiatan ekonomi & pendapatan negara H1: Integrasi nasional juga dapat meningkatkan pendapatan negara H2: Setiap wilayah dapat menyumbang kepada pembangunan negara melalui kegiatan ekonomi masing-masing H3: Contohnya, Tanamam lada Sarawak, kelapa sawit di Semenanjung Malaysia dan mutiara di Sabah dibangunkan untuk negara Malaysia.
PENUTUP Kerjasama yang padu antara penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menjadikan negara Malaysia kuat dalam pelbagai aspek pembangunan. Penyatuan ketiga-tiga wilayah ini akan membawa banyak kebaikan kepada semua pihak.
SOALAN 5 Bagi melahirkan modal insan berkualiti tinggi, berkemahiran, berpengetahuan, kreatif dan inovatif, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Bincangkan.
PENDAHULUAN Pembangunan modal insan penting untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi, berkemahiran, berpengetahuan, kreatif dan inovatif. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut.
IDEA1:Mempergiat usaha menarik bakal H1: Kerajaan telah menubuhkan ‘Talent Corporation’ di bawah Jabatan Perdana Menteri H2: Tujuannya adalah untuk menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia
IDEA 2: Memperluas akses kepada pendidikan berkualiti H1: Peruntukan disediakan untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memertabatkan profesion guru H2: Menaik taraf prasarana sekolah H3: Pemberian ganjaran kepada sekolah yang cemerlang H4: Pemberian baucer buku kepada pelajar
IDEA 3: Memantapkan pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah H1: Memantapkan penguasaan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris H2: Membawa masuk guru Bahasa Inggeris dari Australia dan United Kingdom ke Malaysia untuk mempertingkatkan pengajaran Bahasa Inggeris H3: Menubuhkan Sekolah Berprestasi Tinggi H4: Menyediakan biasiswa kepada guru-guru yang melanjutkan pelajaran
IDEA4: Memberi penekanan kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional H1: Menjadikan pendidikan teknikal dan vokasional antara pilihan utama pelajar kerana mampu menyediakan prospek kerjaya yang baik H2: Jabatan Pembangunan Kemahiran mengeluarkan sijilsijil yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi
IDEA5: Memperkasa pengajian tinggi H1: Menyediakan kemudahan/menaik taraf prasarana pusat pengajian tinggi H2: Menyediakan pensyarah berkualiti dengan memberi latihan di luar negara H3: Peluang kenaikan pangkat kepada pensyarah
PENUTUP Kesimpulannya, pembangunan modal insan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Penggembelengan tenaga dari semua warga institusi latihan hendaklah dilakukan secara menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan ini adalah tugas besar.
SOALAN 6 Terdapat pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan Malaysia. Jelaskan.
PENDAHULUAN Keselamatan dan kedaulatan amat penting kerana dianggap sebagai satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan Malaysia supaya tidak dijajah. Namun, Malaysia masih berhadapan dengan pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan Malaysia.
IDEA 1: Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) H1: Kehadiran mereka ke negara ini memberi ancaman dari aspek sosial dan ekonomi. H2: Sebagai contoh, kemasukan PATI telah merumitkan situasi COVID-19 di Malaysia. Berdasarkan OPS Benteng yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat banyak kluster yang membabitkan kes jangkitan COVID-19 yang berpunca daripada PATI
IDEA 2: Kegiatan lanun di perairan Malaysia H1: Perairan Malaysia yang luas meliputi Laut China Selatan dan Selat Melaka agak sukar diawasi sepenuhnya daripada ancaman lanun. H2: Menurut laporan tahunan Perjanjian Kerjasama Serantau Bagi Memerangi Kegiatan Lanun dan Rompakan Bersenjata Terhadap Kapal di Asia (ReCAAP), sejumlah 97 kegiatan lanun dan rompakan bersenjata di laut dilaporkan di Asia sepanjang tahun lalu, iaitu peningkatan 17 peratus berbanding 2019
IDEA 3: Penyalahgunaan dadah H1: Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira yang melampau atau ketagih yang bertujuan lari daripada kenyataan. H2: Maka tidak hairanlah jenayah ini dianggap sebagai musuh utama negara kerana penagih dadah akan terjebak dengan pelbagai kes jenayah lain seperti ragut, mencuri, merompak, membunuh & sebagainya.
IDEA 4: Ancaman Siber H1: Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. H2: Lebih-lebih lagi, aktiviti jenayah yang berlaku secara maya menyebabkan si pelaku sukar dikesan dan dikawal. Kesannya, pencerobohan maklumat boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara dan serantau.
IDEA 5: Penyeludupan H1: Penyeludupan haram berlaku disebabkan keghairahan manusia untuk mendapat wang yang banyak dengan cara yang mudah. H2: Sebagai contoh, penyeludupan minyak petrol dan minyak masak ke negara jiran Thailand kerap berlaku kerana harganya yang lebih tinggi berbanding di Malaysia
PENUTUP Kesimpulannya, jelaslah bahawa ancaman yang dihadapi oleh Malaysia mampu menggugat keselamatan dan kedaulatan negara. Oleh itu, isu ini perlu ditangani dengan segera agar negara ini masih kekal aman dan selamat untuk didiami
SOALAN 7 Malaysia sebuah negara yang aman dan damai, namun tidak terlepas daripada menghadapi ancaman jenayah yang perlu diatasi segera. Huraikan