The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6370117, 2023-08-03 09:09:15

PENGAJIAN AM SEM 1 ESEI

STPM SEM 1 ESEI

Keywords: ESEI

PENDAHULUAN Malaysia sebuah negara yang aman dan damai tidak terlepas daripada ancaman jenayah dan anasir-anasir yang cuba menggangu gugat ketenteraman awam. Oleh itu, kerajaan menjalankan pelbagai usaha untuk mengatasi segala ancaman ini


IDEA 1: Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang H1: Semua agensi keselamatan negara seperti PDRM, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia bekerjasama rapat bagi mencegah perbuatan jenayah. H2: Misalnya, pemantauan dan rondaan secara berkala di kawasan panas diyakini mampu mengurangkan kadar jenayah di sesuatu tempat.


IDEA 2: Mengadakan kempen kesedaran mengenai jenayah H1: Kempen pencegahan jenayah hendaklah dipergiatkan menerusi media massa untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda mereka. H2: Contohnya, menerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), pelbagai program pencegahan jenayah telah disusun di seluruh negara sepanjang tahun ini bagi membantu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ancaman jenayah perdagangan.


IDEA 3: Kawalan jenayah merentasi sempadan H1: Kerajaan bekerjasama dengan organisasi antarabangsa/kerajaan luar bagi membendung jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dan keganasan. H2: Sebagai contoh, Kerajaan Malaysia mempergiatkan kawalan yang ketat terutamanya di lapangan-lapangan terbang antarabangsa yang menjadi pintu masuk utama ke negara ini. Namun, kawalan sempadan perairan dan darat juga turut diberi perhatian serius.


IDEA 4: Mempergiatkan penglibatan masyarakat setempat H1: Masyarakat setempat menubuhkan pasukan kawalan keselamatan di kediaman masing-masing untuk mengawasi perbuatan jenayah setempat. H2: Selain itu, masyarakat harus peka tentang sebarang aktiviti yang mencurigakan dan membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan kadar segera


IDEA 5: Penggunaan teknologi dalam membendung jenayah H1: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang sering menjadi sasaran penjenayah dapat membantu mengesan perbuatan ini. H2: Sementara itu, penggunaan dron, kaedah analisis dan ramalan biometrik boleh digunakan untuk menjaga keselamatan masyarakat bandar dan luar bandar dengan lebih baik.


PENUTUP Kesimpulannya, jelaslah bahawa pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi segala ancaman jenayah ini. Tindakan ini amat penting untuk menjamin keselamatan dan keamanan di negara ini


SOALAN 8 Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memperkasa pertahanan negara bagi memastikan kedaulatan negara terpelihara, namun terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Ulaskan.


PENDAHULUAN Pertahanan negara menjadi teras untuk memastikan kedaulatan negara terus terpelihara. Oleh itu, pelbagai usaha telah dirangka untuk memperkasa pertahanan negara. Namun, terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.


FOKUS1:USAHA DILAKUKAN UNTUK MEMPERKASA PERTAHANAN NEGARA IDEA 1: Mengukuhkan pasukan keselamatan negara H1: Peruntukan yang besar diberikan kepada pasukan keselamatan bagi melengkapkan sistem pertahanan negara dengan alatan canggih dan berteknologi tinggi. Hal ini menunjukkan tahap kesiapsiagaan pasukan ini untuk mempertahankan kedaulatan negara. H2: Dari aspek pembentukan modal insan pasukan pertahanan, mereka sentiasa bersiap sedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menangkis sebarang pencerobohan dan ancaman


IDEA 2: Memperkukuhkan perpaduan & integrasi nasional H1: Semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat turut menjadi tonggak utama bagi mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara. H2: Ini kerana, semangat perpaduan akan mengelakkan seseorang daripada dipengaruhi oleh anasir luar yang bertujuan untuk memusnahkan kedaulatan negara.


IDEA 3: Kebanjiran warga asing FOKUS2: HALANGAN MEMPERKASA PERTAHANAN NEGARA H1: Bilangan warga asing di negara ini semakin meningkat. Sekiranya kemasukan mereka tidak dikawal dengan baik, ianya akan memberi kesan buruk kepada negara. H2: Misalnya, rakyat berasa terancam dengan penularan penyakit yang dibawa oleh mereka serta pelakuan jenayah seperti merompak. menculik dan membunuh.


IDEA 4: Wujudnya golongan pelampau H1: Golongan ini sering berfikiran sempit dan hanya mementingkan kepentingan peribadi atau kaum tertentu berbanding kepentingan nasional. H2: Sebilangan mereka menuntut tuntutan yang sensitif dan menyentuh sensitiviti kaum lain. Isu ini hanya mengundang reaksi tidak menyenangkan dari kaum lain atau kaum yang dicabar.


IDEA 5: Pengaruh dan campur tangan kuasa asing H1:Kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Russia dan China sering mengambil kesempatan untuk terlibat dalam konflik atau masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara membangun atau negara miskin. H2: Mereka turut menggunakan media massa seperti media sosial untuk menyebarkan pengaruh yang negatif seperti menyampaikan masej berbau anti keamanan.


PENUTUP Kesimpulannya, jelaslah bahawa pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkasakan pertahanan negara. Walaupun berhadapan dengan halangan tertentu, semua pihak harus memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.


SOALAN 9 Peningkatan kes pemerdagangan manusia disebabkan sikap rakyat Malaysia. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut. Bincangkan


PENDAHULUAN Kes pemerdagangan manusia semakin meningkat dan isu ini sering melibatkan mangsa wanita dan kanak-kanak. Peningkatan ini juga berpunca daripada sikap rakyat Malaysia. Oleh itu, kerajaan perlu mengorak langkah untuk menghalang rakyat Malaysia daripad menjadi penyumbang kepad peningkatan tersebut.


IDEA1: MemperkasakanPenguatkuasaan Undangundang H1: kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang H2: Kerajaan wajar mewartakan Akta AntiPemerdagangan Orang 2007 dan Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan & Keganasan 2000 (pindaan 2010) H3:Ini termasuklah dengan mempergiatkan lagi penguatkuasaan di lapangan terbang, sempadan darat dan perairan negara


IDEA2: MengadakanKempenKesedaranMengenaiJenayah PermerganganOrang H1: Menggunakan semua medium media massa untuk menyalurkan maklumat berkenaan kesalahan jenayah ini H2: Masyarakat akan lebih berwaspada dan menggalakkan mereka bekerjasama untuk melaporkan sebarang kejadian jenayah ini kepada pihak berkuasa


IDEA3: MemperketatkanKawalanSempadanNegara H1: Kawalan yang ketat meliputi usaha seperti menyelaraskan sistem data maklumat kemasukan dan mengemas kini rekod keluar masuk di pintu sempadan H2: Kawalan sempadan yang ketat membolehkan pihak berkuasa untuk mengetahui sebarang aktiviti yang disyaki mempunyai kaitan dengan jenayah ini


IDEA4: Menjalinkan Kerjasama Erat Dengan Negara Jiran H1: Kerjasama erat menerusi jalinan diplomatik antara negara jiran/serantau H2: Kerjasama menerusi pelaksanaan operasi pencegahan di pintu sempadan, pertukaran maklumat tentang modus operandi jenayah serta mengenalpasti lokasi utama jenayah ini


IDEA5: MenubuhkanMajlis Anti-PemerdaganganOrang (MAPO) & Anti-PenyeludupanMigran H1: Fungsi Majlis ini adalah untuk menyelaras pelaksanan akta seperti merumuskan dasar & program untuk mencegah & memerangi pemerdagangan orang & penyeludupan migran. H2: Merumuskan program perlindungan mangsa yang diperdagangkan H3:Memulakan program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang punca & akibat perbuatan jenayah ini


PENUTUP Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah bersikap positif untuk mengatasi jenayah pemerdagangan manusia supaya Malaysia dipandang tinggi oleh negara-negara jiran


SOALAN 10 Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?


PENDAHULUAN Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna.


IDEA1:Menyediakan kemudahan khusus kepada golongan OKU H1: Penyediaan persekitaran bebas halangan (barrierfree), penggunaan peralatan termasuk kemudahan didalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruangan awam. H2: Meningkatkan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU H3: Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat


IDEA2: Membuka peluang pekerjaan yang banyak H1: Membuka peluang pekerjaan yang banyak dan menggalakkan pengajian OKU dalam semua sektor pekerjaan H2: Menggalakkan OKU bekerja sendiri dan berdikari H3: Penempatan kerja oleh kerajaan membantu OKU menapatkan kerja di semua sektor


IDEA3: Melalui dasar-dasar kerajaan H1:Wang perubatan dan derma untuk kebajikan golongan ini diberi pengecualian cukai H2: Menggalakkan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil berat tentang kebajikan golongan kurang upaya H3: Mewajibkan sektor swasta menyediakan kaunter, kemudahan lif, tandas khas untuk golongan kurang upaya.


IDEA4: Meluaskan peluang pendidikan kepada OKU H1: Menyediakan pembelajaran berbeza dengan pelajar normal walaupun silibus pembelajaran sama. H2: Pihak Institusi Pendidikan Tinggi mengadakan program pendidikan yang berfokus kepada pendidikan khas bagi melatih OKU. H3: Menambah peruntukan untuk pendidikan khas bagi melaksanakan modul latihan dan silibus khas serta penambahan penubuhan sekolah pendidikan khas


IDEA5: memberi peluang kepada golongan OKU untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang H1: OKU diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. H2: OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri.


PENUTUP Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut.


Click to View FlipBook Version