The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslimi, 2020-06-24 04:42:51

panduan-pks-kimia

panduan-pks-kimia

DRAF

PANDUAN PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SAINTIFIK (PKS) KIMIA
PANDUAN GURU

PERKARA MUKA SURAT
1
1.0 Pengenalan 2
5
2.0 Konsep Pentaksiran Kemahiran Saintifik (PKS) 6
7
3.0 Objektif Buku Panduan Pentaksiran Kemahiran Saintifik (PKS) 11

4.0 Carta Alir Pengurusan Pentaksiran Kemahiran Saintifik 12
15
5.0 Senarai Aspek Kemahiran Proses Sains yang Dinilai
16
6.0 Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Kemahiran Saintifik (PKS) Kimia 22

7.0 Senarai Amali Kimia 24
7.1 Senarai Amali Tingkatan 4 26
7.2 Senarai Amali Tingkatan 5
28
8.0 Senarai Semak Konstruk Amali Kimia 29
8.1 Senarai Semak Konstruk Amali Tingkatan 4
8.2 Senarai Semak Konstruk Amali Tingkatan 5 30
35
9.0 Panduan penskoran
9.1 Jadual Peraturan Penskoran Amali dengan Hipotesis (Kategori A) 39
9.2 Jadual Peraturan Penskoran Amali tanpa Hipotesis (Kategori B) 42
45
10.0 Format Tugasan
10.1 Penulisan Laporan Amali dengan Hipotesis (Kategori A)
10.2 Penulisan Laporan Amali tanpa Hipotesis (Kategori B)

11.0 Contoh Format Tugasan
11.1 Tugasan 1(Kategori A)
11.2 Tugasan 2(Kategori B)

12.0 Penskoran
12.1 Contoh Penskoran Tugasan 1(Kategori A)
12.2 Contoh Penskoran Tugasan 2 (Kategori B)

13.0 Lampiran

i
0

DRAF

PANDUAN PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SAINTIFIK (PKS)

Panduan PKS merupakan dokumen yang mengandungi beberapa bahagian iaitu:

• Pengenalan PKS
• Konsep PKS
• Kerangka PKS
• Pengoperasian PKS
• Lampiran

Tujuan menggunakan Panduan PKS Kimia.

Panduan PKS Kimia merupakan dokumen telus yang boleh dibaca dan digunakan oleh sesiapa
sahaja untuk tujuan pentaksiran. Guru seharusnya menjadikan dokumen ini sebagai bahan
yang membantu bagi melaksanakan pentaksiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dengan lebih berkesan. Murid diberi peluang menguasai kemahiran saintifik iaitu
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif serta nilai murni mengikut potensi individu.

1

DRAF

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Pentaksiran Kemahiran Saintifik (PKS) merupakan Pentaksiran Kerja Amali berasaskan sekolah.
PKS dilaksanakan untuk mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran. la juga merupakan
pelengkap kepada kurikulum Kimia di sekolah dan sebahagian daripada aktiviti Pembelajaran Abad
ke-21 (PAK-21).

1.2 Panduan Pentaksiran Kemahiran Saintifik (PKS)

Panduan PKS ialah pakej dokumen komprehensif yang mengandungi maklumat berhubung prinsip
dan konsep pentaksiran serta prosedur pelaksanaannya.

Panduan ini diperkenalkan untuk memberi pengetahuan dan panduan kepada guru dan pengguna
PKS Kimia supaya kaedah pentaksiran ini boleh diselaraskan di semua sekolah.

Panduan ini dihasilkan melalui beberapa siri mesyuarat, bengkel dan pemurnian. Ahli-ahli panel
yang menghasilkan Panduan PKS Kimia ini terdiri daripada:

• Guru Kimia yang berpengalaman
• Guru Cemerlang Kimia
• Pegawai Lembaga Peperiksaan

Panduan PKS Kimia dibina dengan menggunakan prinsip telus dan mesra pengguna.

2

DRAF

2.0 KONSEP PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SAINTIFIK (PKS)

2.1 Objektif PKS Kimia

PKS Kimia dilaksanakan untuk membolehkan murid :
• Menguasai kemahiran saintifik
• Memperkukuhkan teori dan konsep Kimia
• Memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni
• Mengaplikasikan proses pembelajaran berteraskan elemen 4K 1N (Komunikatif, Kolaboratif,
Kreatif , Kritis dan Nilai)

2.2 Ciri-ciri PKS Kimia

Dalam usaha merealisasikan konsep dan memenuhi keperluan pentaksiran, PKS Kimia
mengandungi ciri-ciri berikut:

2.2.1 Keserasian dengan kehendak kurikulum
Format pentaksiran dan aspek-aspek yang ditaksir mengambil kira kemahiran saintifik, sikap
saintifik dan nilai murni yang ingin dikembangkan dalam diri murid selaras dengan objektif
mata pelajaran Kimia.

2.2.2 Berpusatkan murid
Aktiviti amali yang ditaksir dilakukan sepenuhnya oleh murid. Pentaksiran ini memberi
peluang kepada murid yang telah bersedia untuk ditaksir, selaras dengan proses pengajaran
dan pembelajaran.

2.2.3 Telus dan terbuka
Murid mengetahui apakah, bagaimanakah, bilakah dan di manakah pentaksiran akan
dilakukan.

2.2.4 Kebolehlaksanaan dan sistematik
Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek yang memastikan pentadbiran
pentaksiran boleh dilaksanakan dan mengikut tertib serta prosedur yang telah ditetapkan.

3

DRAF
2.2.5 Instrumen

Laporan amali yang disediakan oleh murid dalam buku evidens berdasarkan tugasan
eksperimen yang diberikan oleh guru. Laporan ini digunakan oleh guru untuk penskoran.
2.2.6 Formatif dan berterusan
Pentaksiran dilakukan semasa pelaksanaan amali, secara berterusan dan terancang
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2.7 Mempunyai skor
Skor yang diberikan oleh guru melalui PKS Kimia mestilah sah dan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi berdasarkan panduan PKS dan professional judgement
seorang guru Kimia.
2.2.8 Pelaporan
Skor yang dilaporkan akan menunjukkan tahap penguasaan yang boleh menggalakkan
murid memperbaik tahap penguasaan dari semasa ke semasa.
2.2.9 Pemantauan berterusan
Pemantauan dalaman oleh pihak pengurusan sekolah dilakukan secara berterusan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan PKS Kimia dilaksanakan dan
mengikut prosedur yang ditetapkan.

4

DRAF
2.3 Pengoperasian PKS Kimia

2.3.1 Penataran

Pendedahan kepada pentadbir sekolah, guru kanan mata pelajaran, guru Kimia, pembantu
makmal dan murid tentang pelaksanaan PKS Kimia.

Penataran dilaksanakan oleh pegawai-pegawai yang dilantik dengan tanggungjawab berikut:

(a) Pegawai Lembaga Peperiksaan(LP) / Jabatan Pendidikan Negeri(JPN)
• Mengedarkan Buku Panduan PKS Kimia ke sekolah.
• Mengadakan penataran kepada pentadbir sekolah dan guru mata pelajaran Kimia.

(b) Pentadbir Sekolah / Guru Kanan Mata pelajaran Sains dan Matematik
• Memastikan guru memperoleh Buku Panduan PKS Kimia.
• Memastikan guru diberi penataran.
• Memastikan semua murid diberi taklimat.

(c) Guru Kimia
• Menyediakan Jadual Kerja PKS Kimia.
• Memberikan taklimat PKS Kimia kepada murid.
• Memaklumkan perkara yang hendak ditaksir kepada murid.
• Mentaksir murid
(i) tingkatan empat mulai April hingga Oktober 2018
(ii) tingkatan lima mulai Januari hingga Ogos 2019
• Merekodkan hasil pentaksiran dalam borang rumusan penskoran PKS Kimia.
• Menghantar Skor PKS Kimia ke Lembaga Peperiksaan.

5

DRAF

2.3.2 Pelaksanaan PKS Kimia
(a) Pentadbiran
• Satu proses bagaimana PKS Kimia dapat diuruskan dan dilaksanakan dengan
berkesan dan sistematik.
• Memastikan perjalanan dan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah(PBD) berjalan
lancar dan berterusan.
• Pentadbiran PKS dilaksanakan dengan cara berikut:
i. Perancangan
ii. Penataran
iii. Pelaksanaan
iv. Pemantauan Dalaman/ Luaran
v. Pelaporan kepada Lembaga Peperiksaan

(b) Pentaksiran
• PKS Kimia adalah proses pentaksiran untuk mengukur tahap penguasaan
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif murid dengan merujuk kepada
kriteria yang ditetapkan.
• PKS Kimia dilaksanakan untuk mengesan tahap penguasaan kemahiran proses
sains dan kemahiran manipulatif murid bagi penambahbaikan.
• PKS Kimia dirancang, ditadbir, diskor dan dirumuskan di peringkat sekolah. Markah
akhir PKS dilaporkan ke Lembaga Peperiksaan.

2.3.3 Penjaminan Kualiti
• Pementoran
• Pemantauan
• Pengesanan
• Penyelarasan

3.0 OBJEKTIF BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SAINTIFIK (PKS)

• Bahan rujukan untuk memahami pelaksanaan PKS.
• Merancang pelaksanaan PKS Kimia.
• Melaksana PKS Kimia semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

6

DRAF

4.0 CARTA ALIR PENGURUSAN PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Untuk Mula
amali
berikutnya Penataran PKS

Pelaksanaan
Pentaksiran

Pelaporan dalam
Buku Evidens

Penyerahan
Buku Evidens

Penskoran
Evidens

Rumusan Penskoran

Pelaporan ke
Lembaga Peperiksaan

Tamat

7

DRAF

5.0 SENARAI ASPEK KEMAHIRAN PROSES SAINS YANG DINILAI

KOD ASPEK PENERANGAN ASPEK CONTOH
ASPEK
Kebolehan menggunakan deria • Kertas litmus biru berubah ke
KK0501 Memerhati penglihatan, pendengaran, merah.
sentuhan, rasa dan bau untuk
mengumpulkan maklumat • Cawan plastik berasa panas.
tentang objek dan fenomena. • Cecair berbau wangi terhasil.
• Natrium bergerak lebih

cergas di atas permukaan air
berbanding dengan litium.

KK0502 Mengelas Kebolehan mengasingkan dan • Mengelas elektrolit dan
mengumpulkan objek atau bukan elektrolit.
fenomena kepada kumpulan
berdasarkan kriteria tertentu • Mengelas hidrokarbon dan
seperti ciri atau sifat. bukan hidrokarbon.
Pengumpulan ini adalah
berdasarkan ciri atau sifat • Mengelas sebatian ion dan
sepunya. sebatian kovalen.

KK0503 Mengukur dan Kebolehan mengumpul maklumat • 30.5 oC (Bacaan termometer)
menggunakan secara kuantitatif dengan • 25.00 cm3 (Bacaan buret)
nombor menggunakan nombor atau/ dan • 2.5 V (Bacaan voltmeter)
unit piawai. Pengukuran
KK0504 Membuat menjadikan pemerhatian lebih Catatan: Penentuan titik perpuluhan
inferens jitu. bergantung kepada kejituan alat
pengukur (skala terkecil) dan bilangan
ralat semasa mengambil bacaan.

Kebolehan membuat kesimpulan • Larutan bersifat asid.
awal yang munasabah yang • Haba dibebaskan ke
mungkin benar atau tidak benar
untuk menerangkan sesuatu persekitaran.
peristiwa atau pemerhatian. • Ester dihasilkan.
• Natrium lebih reaktif daripada

litium.

Catatan: Inferens yang ditulis merujuk
kepada contoh pemerhatian dalam
KK0501

8

DRAF

KOD ASPEK PENERANGAN ASPEK CONTOH
ASPEK
Kebolehan membuat jangkaan Unsur X berada di bawah
KK0505 Meramal tentang sesuatu peristiwa kalium dalam Kumpulan 1.
berdasarkan pemerhatian dan Ramalkan kereaktifan X
pengalaman yang lalu atau data berbanding kalium.
yang boleh dipercayai.
• X lebih reaktif daripada
kalium.

KK0506 Berkomunikasi Kebolehan menerima, memilih, • Melukis graf.
mengorganisasi dan • Merekodkan data/
mempersembahkan maklumat
atau idea dalam pelbagai bentuk pemerhatian dalam jadual.
seperti tulisan, lisan, jadual, graf, • Membina carta alir.
rajah skema atau model, carta • Membina persamaan kimia/
alir dan carta bar.
ion.

KK0507 Menggunakan Kebolehan memperihalkan • Semakin tinggi suhu larutan
perhubungan perubahan parameter seperti natrium tiosulfat, semakin
ruang dan masa bentuk, saiz, isi padu dan jisim singkat masa yang diambil
sesuatu objek dengan masa. untuk tanda ‘X’ tidak
kelihatan.

KK0508 Mentafsir data Kebolehan memberi penerangan • Menentukan formula

KK0509 Mendefinisi yang rasional tentang objek, empirik suatu sebatian
secara operasi
peristiwa atau pola daripada data daripada data.

yang dikumpulkan. • Menghitung kadar tindak

balas daripada graf.

Kebolehan memberi tafsiran • Haba peneutralan ialah
tentang sesuatu konsep dengan haba yang terbebas ke
menyatakan perkara yang persekitaran dan
dilakukan dan diperhatikan. menyebabkan peningkatan
suhu apabila satu mol air
terbentuk daripada tindak
balas antara asid dan alkali

9

DRAF

KOD ASPEK PENERANGAN ASPEK CONTOH
ASPEK
KK0510 Mengawal Kebolehan mengenal pasti Eksperimen kesan suhu ke
pemboleh ubah pemboleh ubah dimanipulasikan, atas kadar tindak balas
pemboleh ubah bergerak balas • Pemboleh ubah
dan pemboleh ubah yang
dimalarkan. dimanipulasikan – Suhu
• Pemboleh ubah bergerak
Memanipulasikan satu pemboleh
ubah dan memerhatikan balas – Kadar tindak balas
perubahan pada satu pemboleh • Pemboleh ubah dimalarkan
ubah yang lain dan memalarkan
pemboleh ubah yang lain. – Isi padu dan kepekatan
larutan

KK0511 Membuat Kebolehan membuat suatu • Semakin kecil saiz pepejal
hipotesis pernyataan umum tentang kalsium karbonat, semakin
hubungan antara pemboleh ubah tinggi kadar tindak balas.
dimanipulasi dengan pemboleh
ubah bergerak balas yang • Semakin jauh jarak antara
difikirkan benar bagi dua logam dalam siri
menerangkan sesuatu perkara elektrokimia, semakin
atau peristiwa. Pernyataan ini besar bacaan voltmeter/
perlu diuji untuk membuktikan nilai beza keupayaan.
kesahihannya.

KK0512 Mengeksperimen Kebolehan untuk mengenal pasti • Rujuk contoh laporan
KK0513 masalah, membuat hipotesis, (Rujuk muka surat 32-38)
Penggunaan dan merancang untuk menjalankan
pengendalian penyiasatan, memilih teknik serta • Kemahiran manipulatif
radas dan bahan alat dan bahan, menjalankan dinilai oleh guru semasa
sains aktiviti mengikut perancangan murid menjalankan
untuk menguji hipotesis, eksperimen/ aktiviti
mengumpul dan merekod data,
mentafsir data dan membuat
rumusan tentang penyiasatan
atau semasa mereka bentuk
eksperimen.
Mengguna dan mengendalikan
alat radas serta bahan sains,
membersih dan menyimpan alat
radas dan bahan sains, melupus
bahan yang tidak diperlukan lagi
dengan betul.

10

DRAF

KOD ASPEK PENERANGAN ASPEK CONTOH
ASPEK

KK0514 Nilai • Murid mengamalkan sikap • Sentiasa bertanya guru

saintifik dan nilai murni dan rakan-rakan berkaitan

sebelum, semasa dan selepas dengan tugasan.

menjalankan eksperimen. • Sentiasa sanggup dan
• Contoh sikap saintifik: bersungguh-sungguh

membersihkan alat radas menjalankan kajian sendiri

selepas menjalankan untuk meningkatkan ilmu

eksperimen. dan melaksanakan

• Contoh nilai murni: tugasan sehingga berjaya.

bekerjasama

11

DRAF
6.0 PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SAINTIFIK (PKS) KIMIA

6.1 Semua Amali dalam senarai amali kimia tingkatan 4 (Rujuk muka surat 13-15) dan
tingkatan 5 (Rujuk muka surat 16 ) boleh dilaksanakan untuk tujuan pentaksiran.

6.2 Setiap Amali yang dijalankan perlu merujuk buku teks kimia tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Walau bagaimanapun, amali boleh dijalankan mengikut kreativiti guru bergantung kepada
bahan dan alat radas yang sedia ada.

6.3 Terdapat dua kategori Amali
(a) Kategori A – Amali dengan Hipotesis
(b) Kategori B – Amali tanpa Hipotesis

6.4 Pentaksiran dijalankan semasa PdP sebanyak:
(a) 10 eksperimen semasa tingkatan 4 bermula April hingga Oktober 2018.
(i) 6 eksperimen dari Kategori A.
(ii) 4 eksperimen dari Kategori B.
(b) 5 eksperimen semasa tingkatan 5 bermula Januari hingga Ogos 2019..
(i) 3 eksperimen dari Kategori A.
(ii) 2 eksperimen dari Kategori B.

6.5 Pentaksiran Kemahiran sikap saintifik dan nilai saintifik boleh dilakukan serentak dengan
mana-mana pentaksiran kemahiran yang lain.

6.6 Amali boleh dijalankan secara individu atau kumpulan. Eksperimen yang dijalankan secara
berkumpulan tidak boleh melebihi empat orang murid. Penskoran dinilai secara individu.

6.7 Laporan Amali ditulis secara individu dalam helaian kertas dan perlu dihantar kepada guru
untuk diberi penskoran.

12

DRAF

7.0 SENARAI AMALI KIMIA
7.1 Senarai Amali Kimia Tingkatan 4

Bil Bidang Eksperimen / Aktiviti makmal Kategori
Pembelajaran Catatan

1 Bab 2: 2.1 Mengkaji resapan zarah-zarah dalam gas, cecair dan pepejal B
Struktur Atom 2.2 Menentukan takat lebur dan takat beku naftalena B

2 Bab 3: 3.1 Menentukan formula empirik kuprum(II) oksida B
B
Formula dan 3.2 Menentukan formula empirik magnesium oksida B
Persamaan
Kimia 3.3 Menulis persamaan kimia yang seimbang melalui tindak balas
pemanasan kuprum(II) karbonat, pembentukan ammonium
klorida dan pemendakan plumbum(II) iodida

3 Bab 4: 4.1 Mengkaji sifat kimia unsur kumpulan 1 (litium, natrium, kalium)

Jadual Berkala 4.2 Mengkaji sifat kimia unsur kumpulan 17 (klorin, bromin, iodin)

Unsur 4.3 Mengkaji sifat oksida unsur kala 3 A

4 Bab 5: 5.1 Membandingkan sifat sebatian ion dan sebatian kovalen A
Ikatan kimia

5 Bab 6: 6.1 Mengelaskan bahan kepada elektrolit dan bukan elektrolit A
Elektrokimia B
6.2 Mengkaji elektrolisis leburan plumbum(II) bromida A
A
6.3 Mengkaji elektrolisis larutan akueus kuprum(II) sulfat dan asid
sulfurik cair dengan elektrod karbon A
A
6.4 Mengkaji kesan kedudukan ion dalam siri elektrokimia B
terhadap pemilihan ion untuk dinyahcas pada elektrod B
A
6.5 Mengkaji kesan kepekatan ion di dalam larutan terhadap A
pemilihan ion untuk dinyahcas pada elektrod
A
6.6 Mengkaji kesan jenis elektrod yang digunakan terhadap
pemilihan ion untuk dinyahcas di elektrod

6.7 Mengkaji penulenan kuprum

6.8 Mengkaji penyaduran objek dengan logam kuprum

6.9 Menunjukkan penghasilan arus elektrik daripada tindak balas
kimia dalam sebuah sel kimia

6.10 Membina siri elektrokimia berdasarkan beza keupayaan
antara logam

6.11 Membina siri elektrokimia dengan menggunakan prinsip
penyesaran logam

13

DRAF

Bil Bidang Eksperimen / Aktiviti makmal Kategori
Pembelajaran Catatan

6 Bab 7: 7.1 Mengkaji peranan air untuk menunjukkan sifat asid A
Asid dan Bes 7.2 Mengkaji peranan air untuk menunjukkan sifat alkali A
7.3 Mengkaji sifat kimia asid B
7 Bab 8: 7.4 Mengkaji sifat kimia alkali B
Garam 7.5 Mengukur nilai pH larutan asid/ alkali yang sama kepekatan A
7.6 Menyediakan larutan piawai B
7.7 Menyediakan larutan melalui kaedah pencairan B
7.8 Mengkaji hubung kait antara nilai pH dan kemolaran larutan A

asid dan alkali B
7.9 Menentukan takat akhir proses peneutralan melalui kaedah

pentitratan dengan menggunakan penunjuk asid-bes

8.1 Mengkaji keterlarutan garam nitrat, sulfat, karbonat, dan A
klorida di dalam air
B
8.2 Menyediakan garam terlarutkan dengan mencampurkan asid B
dan alkali B

8.3 Menyediakan garam terlarutkan dengan mencampurkan asid B
dan oksida logam tak terlarutkan
B
8.4 Menyediakan garam terlarutkan dengan mencampurkan asid A
dan logam B
B
8.5 Menyediakan garam terlarutkan dengan mencampurkan asid B
dan karbonat logam tak terlarutkan B
B
8.6 Menyediakan garam tak terlarutkan melalui tindak balas
pemendakan/ penguraian ganda dua

8.7 Membina persamaan ion bagi pembentukan plumbum(II)
kromat(VI)

8.8 Mengkaji warna dan keterlarutan garam di dalam air

8.9 Mengenal pasti gas yang terbebas

8.10 Mengkaji tindakan haba terhadap garam karbonat dan nitrat

8.11 Menguji kehadiran anion di dalam larutan garam akueus

8.12 Menguji kehadiran kation di dalam larutan garam akueus
dengan menggunakan larutan natrium hidroksida dan larutan
ammonia

14

DRAF

Bil Bidang Eksperimen / Aktiviti makmal Kategori
Pembelajaran Catatan

8.13 Mengesah kehadiran ion Fe2+, Fe3+, Pb2+ dan ion NH4+ dalam B
larutan garam akueus B

8.14 Mengenal pasti anion dan kation dalam garam yang tidak
diketahui

8 Bab 9: 9.1 Mengkaji sifat ammonia B
9.2 Menyediakan baja ammonium sulfat B
Bahan Buatan 9.3 Membandingkan sifat kekerasan logam tulen dengan aloinya A
dalam Industri 9.4 Membandingkan kadar pengaratan antara besi, keluli dan A

keluli nirkarat

15

DRAF

7.2 Senarai Amali Kimia Tingkatan 5

Bidang Eksperimen Kategori
Bil Catatan

Pembelajaran

1. Bab 1: 1.1 Kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak A
A
Kadar Tindak Balas balas A
A
1.2 Kesan kepekatan terhadap kadar tindak balas
A
1.3 Kesan suhu ke atas kadar tindak balas A
A
1.4 Kesan mangkin terhadap kadar tindak balas A

2. Bab 2: 2.1 Membezakan sifat kimia alkana dan alkena A
Sebatian karbon 2.2 Tindak balas kimia alkohol B
2.3 Tindak balas kimia asid karboksilik A
A
3 Bab 3 : 3.1 Pertukaran ion ferum(II) kepada ion ferum(III) dan
A
Pengoksidaan dan sebaliknya A
Penurunan 3.2 Tindak balas penyesaran logam A
A
3.3 Tindak balas penyesaran halogen

3.4 Pemindahan elektron pada suatu jarak (Tiub-U)

3.5 Kesan logam lain ke atas pengaratan ferum/ besi

3.6 Siri kereaktifan logam (Tindak balas dengan oksigen)

4 Bab 4 : 4.1 Haba pemendakan
Termokimia 4.2 Haba penyesaran logam
4.3 Haba peneutralan
4.4 Haba pembakaran alkohol

5 Bab 5 : 5.1 Proses saponifikasi B

Bahan Kimia untuk 5.2 Tindakan pembersihan sabun dan detergen dalam air liat A
Pengguna

Catatan :
Dalam PKS guru perlu merancang pelaksanaannya berdasarkan panduan yang diberikan. Guru-guru
digalakkan melaksanakan semua amali yang disenaraikan untuk pengukuhan pengajaran dan pembelajaran
Kimia. Perancangan PKS yang telah disediakan oleh guru boleh digunakan sebagai rujukan pihak pemantau.
Setiap amali yang dipilih untuk ditaksir perlu disediakan skema penskoran agar skor yang diberikan lebih
terselaras.

Senarai amali Kimia bagi Tingkatan 4 dan senarai amali Kimia bagi Tingkatan 5 yang disediakan ini boleh
dirujuk oleh guru untuk merancang pelaksanaan PKS tersebut.

16

8.0 SENARAI SEMAK KONSTRUK AMALI KIMIA
8.1 Senarai Semak Konstruk Amali Tingkatan 4

Bil. Eksperimen/ Aktiviti makmal Memerhati
Membuat
inferens
Mengawal
pemboleh ubah
Membina

2.1 Mengkaji resapan zarah-zarah  Bab 2: S
 
1 dalam gas, cecair dan pepejal 

2.2 Menentukan takat lebur dan takat Bab 3: Formula d
beku naftalena

3.1 Menentukan formula empirik
kuprum(II) oksida 

3.2 Menentukan formula empirik 
magnesium oksida 

2

3.3 Menulis persamaan kimia yang
seimbang melalui tindak balas
pemanasan kuprum(II) karbonat,
pembentukan ammonium klorida
dan pemendakan plumbum(II) iodida

1

     Struktur Atom hipotesis
dan Persamaan Kimia
17  Mengukur
Demonstrasi guru menggunakan

  nombor
 
Berkomunikasi
DRAF
Mentafsir data

Mengelas
Hubungan ruang

dan masa
Mendefinisi
secara operasi

Meramal

Mengeksperimen

Catatan

Bil. Eksperimen/ Aktiviti makmal Memerhati
Membuat
inferens
Mengawal
pemboleh ubah
Membina

Bab 4: Jadu

4.1 Mengkaji sifat kimia unsur kumpulan   
1 (litium, natrium, kalium)  Bab 5:

3 
Bab 6: E
4.2 Mengkaji sifat kimia unsur kumpulan
17 (klorin, bromin, iodin) 

4.3 Mengkaji sifat oksida unsur kala 3

4 5.1 Membandingkan sifat sebatian ion 

dan sebatian kovalen

6.1 Mengelaskan bahan kepada  
elektrolit dan bukan elektrolit  
 
6.2 Mengkaji elektrolisis leburan  
plumbum(II) bromida

5

6.3 Mengkaji elektrolisis larutan akueus
kuprum(II) sulfat dan asid sulfurik
cair dengan elektrod karbon

6.4 Mengkaji kesan kedudukan ion
dalam siri elektrokimia terhadap
pemilihan ion untuk dinyahcas pada

1

18    ual Berkala Unsur hipotesis
Ikatan kimia Demonstrasi guru
 Mengukur
Elektrokimia menggunakan

nombor
        Demonstrasi guru
  Berkomunikasi
 
Mentafsir data
  
 Mengelas
Hubungan ruang

 dan masa
Mendefinisi
secara operasi DRAF

Meramal

Mengeksperimen

Catatan

Bil. Eksperimen/ Aktiviti makmal Memerhati
Membuat
inferens
Mengawal
pemboleh ubah
Membina

elektrod

6.5 Mengkaji kesan kepekatan ion di   
dalam larutan terhadap pemilihan  
ion untuk dinyahcas pada elektrod  
  
6.6 Mengkaji kesan jenis elektrod yang   
digunakan terhadap pemilihan ion   
untuk dinyahcas di elektrod  

6.7 Mengkaji penulenan kuprum   Bab 7: A

6.8 Mengkaji penyaduran objek dengan
logam kuprum 1

6.9 Menunjukkan penghasilan arus
elektrik daripada tindak balas kimia
dalam sebuah sel kimia

6.10 Membina siri elektrokimia
berdasarkan beza keupayaan
antara logam

6.11 Membina siri elektrokimia
dengan menggunakan prinsip
penyesaran logam

6 7.1 Mengkaji peranan air untuk 

menunjukkan sifat asid

    hipotesis

  Mengukur
Asid dan Bes menggunakan

nombor
19
Berkomunikasi
            
  Mentafsir data

          Mengelas
 Hubungan ruang

dan masa DRAF
Mendefinisi
secara operasi

Meramal

Mengeksperimen

Catatan

Bil. Eksperimen/ Aktiviti makmal Memerhati
Membuat
inferens
Mengawal
pemboleh ubah
Membina

7.2 Mengkaji peranan air untuk   
menunjukkan sifat alkali   
 
7.3 Mengkaji sifat kimia asid   
 
7.4 Mengkaji sifat kimia alkali   Bab
 
7.5 Mengukur nilai pH larutan asid / 
alkali yang sama kepekatan  2

7.6 Menyediakan larutan piawai 

7.7 Menyediakan larutan melalui kaedah
pencairan

7.8 Mengkaji hubung kait antara nilai pH
dan kemolaran larutan asid dan
alkali

7.9 Menentukan takat akhir proses
peneutralan melalui kaedah
pentitratan dengan menggunakan
penunjuk asid-bes

8.1 Mengkaji keterlarutan garam nitrat, 

7 sulfat, karbonat, dan klorida di dalam

air

8.2 Menyediakan garam terlarutkan
dengan mencampurkan asid dan

   hipotesis
8: Garam  
   Mengukur
menggunakan
20   
  nombor
   
Berkomunikasi
     
 Mentafsir data

 Mengelas DRAF
 Hubungan ruang

 dan masa
 Mendefinisi
 secara operasi

 Meramal

  Mengeksperimen

 Catatan


Bil. Eksperimen/ Aktiviti makmal Memerhati
Membuat
inferens
Mengawal
pemboleh ubah
Membina

alkali

8.3 Menyediakan garam terlarutkan   
dengan mencampurkan asid dan  
oksida logam tak terlarutkan   2
 
8.4 Menyediakan garam terlarutkan
dengan mencampurkan asid dan  
logam  
 
8.5 Menyediakan garam terlarutkan  
dengan mencampurkan asid dan
karbonat logam tak terlarutkan

8.6 Menyediakan garam tak terlarutkan
melalui tindak balas pemendakan /
penguraian ganda dua

8.7 Membina persamaan ion bagi
pembentukan plumbum(II)
kromat(VI)

8.8 Mengkaji warna dan keterlarutan
garam di dalam air

8.9 Mengenal pasti gas yang terbebas

8.10 Mengkaji tindakan haba
terhadap garam karbonat dan
nitrat

21    hipotesis

     Mengukur
   menggunakan
 
  nombor

    Berkomunikasi
 
 Mentafsir data

Mengelas
Hubungan ruang DRAF

dan masa
Mendefinisi
secara operasi

Meramal

Mengeksperimen

Catatan

Bil. Eksperimen/ Aktiviti makmal Memerhati
Membuat
inferens
Mengawal
pemboleh ubah
Membina

8.11 Menguji kehadiran anion di  
8.12 dalam larutan garam akueus 
 
8.13 Menguji kehadiran kation di 
8.14 dalam larutan garam akueus 
dengan menggunakan larutan
natrium hidroksida dan larutan 
ammonia Bab 9: Bahan B

Mengesah kehadiran ion Fe2+, 
Fe3+, Pb2+ dan ion NH4+ dalam 
larutan garam akueus  
 
Mengenal pasti anion dan kation
dalam garam yang tidak 2
diketahui

9.1 Mengkaji sifat ammonia 

9.2 Menyediakan baja ammonium sulfat 

8 9.3 Membandingkan sifat kekerasan 

logam tulen dengan aloinya

9.4 Membandingkan kadar pengaratan
antara besi, keluli dan keluli nirkarat

22        Buatan dalam Industri hipotesis

    Mengukur
  menggunakan

 nombor

 Berkomunikasi

  Mentafsir data DRAF

 Mengelas
  Hubungan ruang

dan masa
Mendefinisi
secara operasi

Meramal

Mengeksperimen

Catatan

8.2 Senarai Semak Konstruk Amali Tingkatan 5Memerhati
Bil Eksperimen/ aktiviti makmal Membuat inferens

Mengawal
pemboleh ubah

1.1 Kesan jumlah luas permukaan ke  BAB 1: KADA
atas kadar tindak balas  

1 1.2 Kesan kepekatan terhadap kadar  
tindak balas

1.3 Kesan suhu ke atas kadar tindak
balas 
BAB 2: SEB
1.4 Kesan mangkin terhadap kadar
tindak balas 

2.1 Membezakan sifat kimia alkana  
2 dan alkena 
 BAB 3 : PENGOKSID
2.2 Tindak balas kimia alkohol 

2.3 Tindak balas kimia asid karboksilik 

3.1 Pertukaran ion ferum(II) kepada ion  2
3 ferum(III) dan sebaliknya 

3.2 Tindak balas penyesaran logam

3.3 Tindak balas penyesaran halogen

BATIAN KARBON                AR TINDAK BALAS Membina hipotesis
    
   Mengukur dengan
    menggunakan
DAAN DAN PENURUNAN nombor
   
    Berkomunikasi
  
Mentafsir data
23
Mengelas

 Hubungan ruang
 dan masa

Mendefinisi secara
 operasi
 Meramal

Mengeksperimen

 Catatan


DRAF

Bil Eksperimen/ aktiviti makmal Memerhati
Membuat inferens

Mengawal
pemboleh ubah

3.4 Pemindahan elektron pada suatu 
jarak (Tiub-U)

3.5 Kesan logam lain ke atas   
pengaratan ferum/besi

3.6 Siri kereaktifan logam (Tindak balas   

dengan oksigen)

BAB 4 :

4.1 Haba pemendakan   
4 4.2 Haba penyesaran logam   
  
4.3 Haba peneutralan

4.4 Haba pembakaran alkohol   

BAB 5 : BAHAN KIM

5 5.1 Proses saponifikasi 

5.2 Tindakan pembersihan sabun dan    
detergen dalam air liat

Catatan:

Guru perlu merujuk senarai semak konstruk amali Tingkatan 4 dan sena
Konstruk yang ditanda () adalah merupakan cadangan yang boleh dila
konstruk-konstruk lain yang sesuai bagi eksperimen tersebut.
Senarai konstruk ini boleh dijadikan rujukan bagi membina skema pensk

2

DRAF

Membina hipotesis
Mengukur dengan

menggunakan
nombor

Berkomunikasi
Mentafsir data

Mengelas
Hubungan ruang

dan masa
Mendefinisi secara

operasi
Meramal
Mengeksperimen
Catatan

   

    

    

TERMOKIMIA    
 

     
     
    

MIA UNTUK PENGGUNA  


  

arai semak konstruk amali Tingkatan 5 semasa merancang PKS.
aksanakan oleh guru. Walau bagaimanapun guru boleh mentaksir

koran tugasan eksperimen yang dijalankan.
24

DRAF

9.0 PANDUAN PENSKORAN
Panduan penskoran ini adalah digunakan untuk membantu guru membina skema penskoran
berdasarkan eksperimen yang dipilih.

9.1 Jadual Peraturan Penskoran Amali dengan Hipotesis (Kategori A)

Konstruk yang Kriteria Skor
ditaksir 1
1
Menyatakan tujuan amali / penyataan masalah
1
Menyatakan hipotesis iaitu hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi dan 1
pemboleh ubah bergerak balas 1
1
Menyatakan: 1

i. Pemboleh ubah dimanipulasikan (PUM) 1
1
ii. Pemboleh ubah bergerak balas (PUB) 1
1
iii. Pemboleh ubah dimalarkan 1

Merancang amali Menyenaraikan semua radas dan bahan yang terlibat 1

Melukis rajah susunan radas yang berlabel dan berfungsi 1
1
Menyenaraikan prosedur yang lengkap untuk melakukan amali iaitu:

i. Kaedah mengawal PUM

ii. Kaedah mendapatkan data bagi PUB

iii. Ulang langkah amali dengan nilai / bahan PUM yang berbeza

Menyatakan langkah berjaga-jaga untuk mendapat kejituan bacaan //
Menyatakan langkah keselamatan

* Menjalankan Mengendalikan radas dengan betul dan tepat serta membuat pemerhatian /
amali pengukuran dengan betul

(Kemahiran Membersih peralatan dan melupuskan sisa selepas amali // Menanggalkan
manipulatif sedia susunan radas dan menyimpan semua radas

ada)

Mengumpul dan Membina jadual yang memenuhi aspek-aspek berikut:
merekod data i. Tajuk dan unit yang betul
ii. Merekodkan PUM dan PUB serta data sekunder jika ada

Menganalisis data melalui:

i. Melukis graf yang memenuhi aspek-aspek berikut:

Mentafsir data dan  Label paksi dengan unit yang betul 1
membuat 1
kesimpulan  Skala seragam dan tidak ganjil 1

(Berkomunikasi)  Pindah semua titik dengan betul, saiz graf 50%, bentuk yang sesuai 1
dan licin

 Mendapatkan kecerunan graf // menyatakan hubungan berdasarkan
graf

1

DRAF

ATAU

i. Penghitungan dengan menunjukkan: 1+1
 Kaedah menghitung / rumus dan gantian nilai 1+1
 Jawapan dan unit yang betul

ATAU

ii. Pernyataan khusus dari pemerhatian dengan:

 Melukis dan melabel // menulis persamaan tindak balas yang 1+1
seimbang // menjawab soalan berkaitan pemerhatian 1
1
 Membuat ramalan // menjawab soalan aplikasi
1
 Menulis inferens // kesimpulan 20

* Sikap saintifik dan Mempamerkan kerjasama dalam kumpulan / sifat ingin tahu / cara kerja yang

nilai murni sistematik / lain-lain nilai yang berkaitan

JUMLAH

* Dinilai semasa menjalankan amali

2

DRAF

9.2 Jadual Peraturan Penskoran Amali Tanpa Hipotesis (Kategori B)

Konstruk yang Kriteria Skor
ditaksir 1
1
Menyatakan tujuan amali / penyataan masalah 1
1
Menyenaraikan semua radas dan bahan yang terlibat 1
1
Merancang amali Melukis rajah susunan radas yang berlabel dan berfungsi 1
Menyenaraikan prosedur yang lengkap untuk melakukan amali iaitu: 1
i. Mengendalikan radas dan bahan
ii. Kaedah mendapatkan data / pemerhatian 1
1
Menyatakan langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan kejituan bacaan //
keselamatan 1+1

* Menjalankan Mengendalikan radas dengan betul dan tepat serta membuat pemerhatian /
amali pengukuran dengan betul
Membersih peralatan dan melupuskan sisa selepas amali // Menanggalkan
(Kemahiran susunan radas dan menyimpan semua radas
manipulatif sedia
(a) Membina jadual dengan ciri-ciri berikut:
ada) i. Tajuk dan unit yang betul (jika ada)
ii. Merekod data / pemerhatian / data sekunder / inferens

Mengumpul dan ATAU
merekod data
(b) Pemerhatian
i. Melukis dan melabel // pernyataan ciri-ciri pemerhatian // Merekod
data-data

Menganalisis data melalui:

i. Melukis graf yang memenuhi aspek-aspek berikut:

 Label paksi dengan unit yang betul 1
1
 Skala seragam dan tidak ganjil 1
1
Mentafsir data dan  Pindah semua titik dengan betul, saiz graf 50%, bentuk yang sesuai
membuat dan licin
kesimpulan
 Mendapatkan kecerunan graf // menyatakan hubungan berdasarkan
graf

(Berkomunikasi)

ATAU

ii. Penghitungan dengan menunjukkan: 1+1
 Kaedah menghitung / rumus dan gantian nilai 1+1
 Jawapan dan unit yang betul

3

DRAF

ATAU

iii. Pernyataan khusus dari pemerhatian dengan:

 Menulis persamaan tindak balas yang seimbang // menjawab soalan

berkaitan pemerhatian 1+1
 Membuat ramalan // menjawab soalan aplikasi

 Menulis inferens // kesimpulan 1

1

* Sikap saintifik dan Mempamerkan kerjasama dalam kumpulan/sifat ingin tahu / cara kerja yang 1

nilai murni sistematik / lain-lain nilai yang berkaitan

JUMLAH 15

* Dinilai semasa menjalankan amali

4

DRAF

10.0 FORMAT TUGASAN
Pemilihan format tugasan adalah berdasarkan kepada kesesuaian eksperimen yang akan
dijalankan.

Format 1: Amali yang mempunyai pemboleh ubah dan Hipotesis (Kategori A)
Format 2: Amali yang tiada pemboleh ubah dan Hipotesis (Kategori B)

10.1 Penulisan Laporan Amali dengan Hipotesis (Kategori A)
Guru meminta murid membuat perancangan sebelum menjalankan amali dengan menulis perkara-
perkara berikut:-

Laporan amali haruslah mengandungi perkara berikut:
 Tajuk
 Tujuan
 Pernyataan masalah
 Pemboleh ubah
(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan
(ii) Pemboleh ubah bergerak balas
(iii) Pemboleh ubah dimalarkan
 Hipotesis
 Radas dan bahan
 Rajah
 Prosedur
 Keputusan eksperimen
 Analisis dan Mentafsir data
 Kesimpulan

5

DRAF

10.2 Penulisan Laporan Amali tanpa Hipotesis (Kategori B)

Guru meminta murid membuat perancangan sebelum menjalankan Amali dengan menulis perkara-
perkara berikut:-

Laporan eksperimen haruslah mengandungi perkara berikut:
 Tajuk
 Tujuan
 Pernyataan masalah
 Radas dan bahan
 Rajah (yang berkenaan)
 Prosedur
 Keputusan eksperimen
 Analisis dan Mentafsir data
 Kesimpulan

6

DRAF

11.0 CONTOH FORMAT TUGASAN

11.1 Tugasan 1 (Kategori A)
Task 1

Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubung kait antara nilai pH dengan
kemolaran larutan asid hidroklorik 0.0001 mol dm-3, 0.001 mol dm-3, 0.01 mol dm-3, 0.1 mol dm-3.
Anda dikehendaki menyediakan laporan eksperimen itu. Laporan anda haruslah mengandungi
perkara-perkara berikut:

You are required to conduct an experiment to study the relationship between pH values with the
molarity of 0.0001 mol dm-3, 0.001 mol dm-3, 0.01 mol dm-3, 0.1 mol dm-3 of hydrochloric acid. You
are required to prepare a report for the experiment. Your report should include the following items:

 Tajuk
Title

 Tujuan eksperimen
Aim of the experiment

 Pernyataan masalah
Statement of problem

 Pemboleh ubah:
Variables

(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan
Manipulated variable

(ii) Pemboleh ubah bergerak balas
Responding variable

(iii) Pemboleh ubah dimalarkan
Fixed variable

 Hipotesis
Hypothesis

 Radas dan bahan
Apparatus and materials

 Rajah
Diagram

 Prosedur
Procedure

 Keputusan eksperimen
Results of experiment

 Analisis dan Mentafsir data
Analysing and interpreting data

7

DRAF

Dalam laporan anda, soalan berikut boleh dijadikan panduan perbincangan.
In your report, the following questions can be used as guidelines for discussion.

1. Berdasarkan jadual di atas, nyatakan hubungan antara kemolaran asid dengan nilai pH.
Based on the table above, state the relationship between the molarity of acid with the pH
value.

2. Ramalkan nilai pH asid hidroklorik dengan kemolaran 0.00001 mol dm-3.
Predict the pH value of hydrochloric acid with the molarity of 0.00001 mol dm-3.

3. Nyatakan definisi secara operasi bagi asid.
State the operational definition for acid.

4. Nyatakan satu langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini.
State one safety precaution when doing this experiment.

 Kesimpulan
Conclusion

8

DRAF

Contoh Laporan Tugasan 1 (Kategori A)
Sample Report of Task 1

Tajuk : Kepekatan asid dan alkali
Title Concentration of acid and alkali

Tujuan : Mengkaji hubung kait antara kemolaran asid dengan nilai pH
Aim To study the relationship between molarity of acid with pH value

Pernyataan masalah : Apakah hubung kait antara kemolaran larutan asid dengan nilai pH?
Statement of problem What is the relationship between molarity of acid with pH value?

Hipotesis : Semakin tinggi kemolaran asid, semakin rendah nilai pH
Hypothesis The higher the molarity of acid, the lower the pH value

Pemboleh ubah :
Variables

(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Kemolaran asid

Manipulated variable Molarity of acid

(ii) Pemboleh ubah bergerak balas : Nilai pH

Responding variable pH value

(iii) Pemboleh ubah dimalarkan : Jenis asid

Fixed variable Type of acid

Radas dan bahan : bikar 250 cm3 , kertas pH, asid hidroklorik 0.0001 mol dm-3, asid hidroklorik
0.001 mol dm-3, asid hidroklorik 0.01 mol dm-3, asid hidroklorik 0.1 mol dm-3

Apparatus and materials: 250 cm3 beaker, pH paper, 0.0001 mol dm-3 of hydrochloric acid,
0.001 mol dm-3 of hydrochloric acid, 0.01 mol dm-3 of hydrochloric acid,
0.1 mol dm-3 of hydrochloric acid.

Rajah :
Diagram

Asid hidroklorik Asid hidroklorik Asid hidroklorik Asid hidroklorik
0.0001 mol dm-3 0.001 mol dm-3 0.01 mol dm-3 0.1 mol dm-3
Hydrochloric acid Hydrochloric acid Hyrochloric acid Hydrochloric acid
0.0001 mol dm-3 0.001 mol dm-3 0.01 mol dm-3 0.1 mol dm-3

9

DRAF

Prosedur:
Procedure

1. 5 cm3 asid hidroklorik 0.0001 mol dm-3 dituang ke dalam sebuah tabung uji.
5 cm3 of 0.0001 mol dm-3 of hydrochloric acid is poured into a test tube.

2. Kertas pH dicelup ke dalam asid itu.
pH paper is dipped into the acid.

3. Nilai pH direkodkan.
The pH value is recorded.

4. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menggunakan asid hidroklorik 0.001 mol dm-3, asid
hidroklorik 0.01 mol dm-3, dan asid hidroklorik 0.1 mol dm-3.

Steps 1 to 3 are repeated by using 0.001 mol dm-3of hydrochloric acid, 0.01 mol dm-3 of
hydrochloric acid and 0.1 mol dm-3 of hydrochloric acid.

Keputusan: Nilai pH
Result pH value

Kemolaran asid hidroklorik (mol dm-3) 4
Molarity of hydrochloric acid (mol dm-3) 3
2
0.0001 1
0.001
0.01

0.1

Menganalisis dan mentafsir data:
Analysing and interpreting data

1. Berdasarkan jadual di atas, nyatakan hubungan antara kemolaran asid dengan nilai pH.
Based on the table above, state the relationship between the molarity with pH value.
Semakin tinggi kemolaran asid, semakin rendah nilai pH.
The higher the molarity of acid, the lower the pH value.

2. Ramalkan nilai pH asid hidroklorik dengan kemolaran 0.00001 mol dm-3.
Predict the pH value of hydrochloric acid with the molarity of 0.00001 mol dm-3.
Nilai pH = 5
pH value = 5

3. Nyatakan definisi secara operasi bagi asid.
State the operational definition for acid.
Bahan yang menunjukkan nilai pH kurang daripada 7 apabila kertas pH dicelup dalam asid.
Substance that shows the pH value less than 7 when pH paper is dipped into the acid.

10

DRAF
4. Langkah berjaga-jaga: Berhati-hati semasa mengendalikan asid kerana asid bersifat

mengakis.
Safety precaution: Be careful when handling the acid because acid is corrosive.
Kesimpulan: Semakin tinggi kemolaran asid, semakin rendah nilai pH.
Conclusion: The higher the molarity of acid, the lower the pH value

Catatan: Semasa mentafsir data, murid perlu menjawab soalan yang disediakan oleh guru untuk dijadikan
perbincangan bagi menulis laporan yang baik dan lengkap.
Note : During interpretation of data, student should answer the questions provided by the teacher as a
discussion to write a good and complete report.

11

DRAF

11.2 Tugasan 2 (Kategori B)
Task 2

Anda dikehendaki menjalankan amali untuk mengkaji hasil yang terbentuk di anod dan di katod
semasa elektrolisis leburan plumbum(II) bromida. Kemudian, anda dikehendaki menyediakan
laporan eksperimen itu. Laporan eksperimen anda haruslah mengandungi:
You are required to carry out an experiment to study the products formed at the anode and the
cathode during electrolysis of molten lead(II) bromide. You are required to prepare a report for the
experiment. Your report should include the following:

 Tajuk
Title

 Tujuan eksperimen
Aim of the experiment

 Pernyataan masalah
Problem of statement

 Radas dan bahan
Apparatus and Materials

 Rajah
Diagram

 Prosedur
Procedure

 Keputusan eksperimen
Results of the experiment

 Analisis dan Mentafsir data
Analysing and Intrepreting Data

Dalam laporan anda, soalan berikut boleh dijadikan panduan perbincangan.
In your report, the following questions can be used as guidelines for discussion.

1. Namakan ion yang bergerak ke katod dan ke anod semasa elektrolisis.
Name the ions which move to the cathode and the anode during electrolysis.

2. Tulis setengah persamaan untuk mewakili tindak balas yang berlaku pada anod dan katod.
Write the half-equations to represent the reactions occurred at the anode and the cathode.

3. Tulis satu langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini.
Write one safety precaution when doing this experiment.

 Kesimpulan
Conclusion

12

DRAF

Contoh Laporan Tugasan 2 (Kategori B)
Sample Report of Task 2

Tajuk : Elektrolisis sebatian lebur
Title : Electrolysis of molten compounds

Tujuan : Mengkaji elektrolisis leburan plumbum(II) bromida
Aim : To study the electrolysis of molten lead(II) bromide

Pernyataan masalah : Apakah hasil yang terbentuk di anod dan katod dalam elektrolisis
plumbum (II) bromida lebur?

Problem of statement : What are the products formed at the anode and the cathode in the
electrolysis of molten lead(II) bromide?

Radas dan bahan : Pepejal plumbum (II) bromida, bateri, elektrod karbon, wayar
penyambung, klip buaya, mangkuk pijar, tungku kaki tiga, alas
segitiga tanah liat, penunu bunsen

Apparatus and materials :Solid lead(II) bromide, batteries, carbon electrodes, connecting materials
wires, crocodile clips, crucible, tripod stand, pipe-clay triangle,
bunsen burner

Rajah :
Diagram

Mangkuk pijar Elektrod karbon
Crucible Carbon electrode

Pepejal plumbum (II) bromida
Lead(II) bromide solid

Panaskan
Heat

Prosedur:
Procedure

1. Sebuah mangkuk pijar diisi dengan pepejal plumbum(II) bromida sehingga separuh penuh.
A crucible is filled with solid lead(II) bromide until half full.

2. Mangkuk pijar diletakkan di atas alas segitiga tanah liat pada tungku kaki tiga.
The crucible is placed on a pipe-clay triangle on a tripod stand.

13

DRAF

3. Litar dilengkapkan dengan menyambungkan elektrod karbon, mentol dan bateri dengan
wayar penyambung.

A circuit is completed by connecting the carbon electrodes, bulb and batteries with
connecting wires.

4. Pepejal plumbum(II) bromida dipanaskan sehingga lebur.
The solid lead(II) bromide is heated until it is melted.

5. Pemerhatian di anod dan di katod direkodkan.
The observations at the anode and the cathode are recorded.

Keputusan: Pemerhatian Inferens
Results Observations Inference

Elektrod Gas perang terbebas Gas bromin terbebas
Electrode Brown gas released Bromine gas is released

Anod Pepejal kelabu terbentuk Logam plumbum terhasil
Anode Grey solid formed Lead metal is formed

Katod
Cathode

Menganalisis dan mentafsir data:
Analysing and interpreting data

1. Namakan ion yang bergerak ke katod dan ke anod semasa elektrolisis.
Name the ions which move to the cathode and the anode during electrolysis.

Ion plumbum(II) bergerak ke katod dan ion bromida bergerak ke anod.
Lead(II) ions move to cathode and bromide ions move to anode

2. Tulis setengah persamaan untuk mewakili tindak balas yang berlaku pada:
Write the half-equations to represent the reactions occurred at:

(a) Anod : Pb2+ + 2e Pb
Anode

(b) Katod : 2Br - Br2 + 2e
Cathode

3. Langkah berjaga-jaga: Pastikan litar disambung dengan betul sebelum menghidupkan suis.
Safety precaution: Make sure the circuit is correctly connected before turning on the switch.

14

DRAF
Kesimpulan: Semasa elektrolisis plumbum(II) bromida, hasil terbentuk di anod ialah gas
Conclusion bromin dan di katod ialah logam plumbum.

During the electrolysis of molten lead(II) bromide, the product formed at the anode
is bromine gas and at the cathode is lead metal.

Catatan: Semasa mentafsir data, murid perlu menjawab soalan yang disediakan oleh guru untuk dijadikan
perbincangan bagi menghasilkan penulisan laporan yang baik dan lengkap.

Note : When interpreting data, student should answer the questions provided by the teacher as a discussion
to write a good and complete report.

15

DRAF

12.0 PENSKORAN

12.1 Contoh Penskoran Tugasan 1 (Kategori A)

Tajuk : Kepekatan asid dan alkali
Title Concentration of acid and alkali

Tujuan : Mengkaji hubung kait antara kemolaran asid dengan nilai pH
Aim
To study the relationship between molarity of acid with pH value

Pernyataan masalah : Apakah hubung kait antara kemolaran larutan asid dengan nilai pH?
Statement of problem What is the relationship between molarity of acid with pH value?

Hipotesis : Semakin tinggi kemolaran asid, semakin rendah nilai pH 
Hypothesis The higher the molarity of acid, the lower the pH value

Pemboleh ubah :
Variables

(iv) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Kemolaran asid 

Manipulated variable Molarity of acid 

(v) Pemboleh ubah bergerak balas : Nilai pH

Responding variable pH value

(vi) Pemboleh ubah dimalarkan : Jenis asid

Fixed variable Type of acid

Radas dan bahan : bikar 250 cm3 , kertas pH, asid hidroklorik 0.0001 mol dm-3, asid hidroklorik
0.001 mol dm-3, asid hidroklorik 0.01 mol dm-3, asid hidroklorik 0.1 mol dm-3

Apparatus and materials: 250 cm3 beaker, pH paper, 0.0001 mol dm-3 of hydrochloric acid,
0.001 mol dm-3 of hydrochloric acid, 0.01 mol dm-3 of hydrochloric acid,
0.1 mol dm-3 of hydrochloric acid.



Rajah :
Diagram

Asid hidroklorik Asid hidroklorik Asid hidroklorik Asid hidroklorik
0.0001 mol dm-3 0.001 mol dm-3 0.01 mol dm-3 0.2 mol dm-3
Hydrochloric acid Hydrochloric acid Hyrochloric acid Hydrochloric acid
0.0001 mol dm-3 0.001 mol dm-3 0.01 mol dm-3 0.1 mol dm-3



16

DRAF

Prosedur: 
Procedure

1. 5 cm3 asid hidroklorik 0.0001 mol dm-3 dituang ke dalam sebuah tabung uji.
5 cm3 of 0.0001 mol dm-3 of hydrochloric acid is poured into a test tube.

2. Kertas pH dicelup ke dalam asid itu.
pH paper is dipped into the acid.

3. Nilai pH direkodkan.

The pH value is recorded.

4. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menggunakan asid hidroklorik 0.001 mol dm-3, asid
hidroklorik 0.01 mol dm-3, dan asid hidroklorik 0.1 mol dm-3.

Steps 1 to 3 are repeated by using 0.001 mol dm-3of hydrochloric acid, 0.01 mol dm-3 of
hydrochloric acid and 0.1 mol dm-3 of hydrochloric acid.



Keputusan: Nilai pH
Result
pH value
Kemolaran asid hidroklorik (mol dm-3)
Molarity of hydrochloric acid (mol dm-3)

0.0001 4
0.001
0.01 3

0.1 2 
1

Menganalisis dan mentafsir data:
Analysing and interpreting data

1. Berdasarkan jadual di atas, nyatakan hubungan antara kemolaran asid dengan nilai pH.
Based on the table above, state the relationship between the molarity with pH value.

Semakin tinggi kemolaran asid, semakin rendah nilai pH.

The higher the molarity of acid, the lower the pH value.

2. Ramalkan nilai pH asid hidroklorik dengan kemolaran 0.00001 mol dm-3.
Predict the pH value of hydrochloric acid with the molarity of 0.00001 mol dm-3.

Nilai pH = 5 
pH value = 5

3. Nyatakan definisi secara operasi bagi asid.
State the operational definition for acid.

Bahan yang menunjukkan nilai pH kurang daripada 7 apabila kertas pH dicelup dalam asid.

Substance that shows the pH value less than 7 when pH paper is dipped into the acid.



17


Click to View FlipBook Version