The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ernijulianaabaziz, 2021-07-23 08:38:21

SAMPLE LAPORAN OJT 2

SAMPLE LAPORAN OJT 2

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH
MOHAMAD SOFI BIN MOHD ASRI

(980111-01-5253)

TEMPAT
A.K LOR ELECTRIC

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada Pensyarah Penilai Di Jabatan
Kejuruteraan Elektrik Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri

Dan Penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektrik.

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH KUALA ROMPIN 26800 ENDAU
ROMPIN, PAHANG

NOVEMBER 2017 – APRIL 2018 (KOHORT 2014)



KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH ROMPIN
SESI 2017-2018

BIODATA PELAJAR

NAMA : MOHAMAD SOFI BIN MOHD ASRI
NO KAD PENGENALAN : 980111-01-5253
KURSUS : DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
JABATAN : KEJURUTERAAN ELEKTRIK
INSTITUSI : KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD

ORGANISASI LATIHAN SHAH
NAMA PENGURUS : A.K LOR ELECTRIC
TEMPOH LATIHAN : EN. LOR AH KWEE
: 27 NOVEMBER 2017 – 27 APRIL 2018

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada En.Lor Ah Kwee
iaitu Pengurus A.K Lor Electric yang sudi mengambil saya untuk menjalani latihan
industri di syarikatnya dan telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya
untuk mengasahkan lagi kemahiran dan mendapat lebih banyak pengetahuan dan pengalaman.

Selain itu, terima kasih juga kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongan
dan dorongan yang kuat sepanjang saya menjalani latihan indutri ini. Tidak lupa juga kepada
semua rakan-rakan kelas dan rakan sekerja yang secara langsung atau tidak dalam
memberikan bantuan dan nasihat. Segala tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang diberikan
tidak akan saya lupakan.

Semoga segala kerja yang saya lakukan dan bantuan dari mereka mendapat
keberkatan dari Tuhan.

Sekian.

ABSTRAK

Laporan ini menerangkan tentang maklumat berkaitan On-The Job Training (OJT) ,
maklumat tempat saya menjalani (OJT) iaitu Syarikat A.K Lor Electric dan aktiviti yang saya
lakukan sepanjang saya menjalani On Job Traning (OJT) selama empat bulan yang bermula
27 November 2017 hingga 27 April 2018. Di dalam laporan ini menerangkan secara
terperinci mengenai latarbelakang Syarikat A.K Lor Electric, aktiviti yang dilakukan
sepanjang tempoh latihan, laporan teknikal, dapatan yang saya dapat selama saya (OJT) dan
cadangan yang membina untuk pihak organisasi dan pihak Kolej Vokasional Sultan Ahmad
Shah untuk mencapai kejayaan dan kemajuan. Begitu banyak pengalaman dan ilmu
kemahiran baru saya perolehi Semoga setiap maklumat yang diterangkan akan memuarkan
hati pembaca sekaligus dapat memberi manfaat kepada diri saya dan pihak organisasi itu
sendiri Di samping itu juga, ia dapat memberikan saya panduan dan kekuatan dalam
menghadapi segala permasalahan yang bakal saya tempuhi ketika saya berada di alam
pekerjaan nanti.

ABSTRACT

This report describes the relevant information On-The Job Training (OJT) information where
I live (OJT) at the A.K Lor Electric Company and activities that I did all my On-The Job
Training (OJT) for four months beginning 27 November 2017 to 27 April 20118. In this
report details the background of A.K Lor Electric Company, the activities carried out during
the period of training, technical reports, findings that I can for from (OJT) and constructive
suggestions for the organization and the vocational College Sultan Ahmad Shah to achieve
success and progress. So much experience and knowledge that I gained a new skill every
information which I hope will be explained in many ways readers can also be beneficial to
myself and the organization itself In addition, it can give me guidance and strength in the
face all the problems that will be confronted me when I was in the nature of work later.

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
Pengakuan Penulis
i
Perakuan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) ii
iii
Penghargaan vi
v
Abstrak vii

Abstract 1
2
Senarai Jadual 3
5
Senarai Rajah 7
7
Senarai Lampiran 8
9
BAB 1 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

1. 2 Objektif On-The Job Training (OJT)

1.3 Kepentingan Laporan On-The Job Training (OJT)

1.4 Kepentingan On-The Job Training (OJT)

1.5 Skop Latihan Industri

1.6 Analisis Dari Saya

1.7 Kepentingan Latihan Industri

1.8 Peraturan Semasa Menjalani Latihan Industri

i

PERKARA MUKA
SURAT
BAB 2 Latarbelakang Organisasi
2.1 Pengenalan Organisasi 11
2.2 Sejarah Organisasi 12
2.3 Carta Organisasi Syarikat 13
2.4 Ringkasan Syarikat Latihan Industri 14
2.5 Jadual Waktu Kerja 15
2.6 Visi Dan Misi Syarikat 16
2.7 Objektif Syarikat 16

BAB 3 Ringkasan Migguan
3.1 Pengenalan
3.2 Laporan Mingguan Bulan November,Desember 2017 17
3.3 Laporan Mingguan Bulan Januari 2018 18
3.4 Laporan Mingguan Bulan Febuari 2018 19
3.5 Laporan Mingguan Bulan Mac 2018 21
3.6 Laporan Mingguan Bulan April 2018 22
23

BAB 4 Laporan Teknikal
4.1 Pengenalan
4.2 Pendawaian Elektrik Jenis ermukaan 1 Fasa 25
25
4.2.1 Peralatan Yang Digunakan 26
4.2.2 Specifikasi Mesin Kerja Yang Digunakan 27
4.2.3 Proses Kerja Yang Dilakukan 31

ii

PERKARA MUKA
SURAT
4.2.4 Carta Alir Sebuah Rumah
4.3 Membuat Penyambungan Elektrik Pada Sebuah 35

Mesin CNC 3 Fasa 36
4.4 Penyelenggaraan Sebuah Pengubah 41
4.5 Penyelenggaraan Pemutus Litar Udara 43

BAB 5 Dapatan Dan Cadangan
5.1 Pengenalan
5.2 Dapatan 46
5.3 Komen 46
5.4 Cadangan 47
48

BAB 6 Kesimpulan
6.1 Kesimpulan
50

Rujukan 52
Lampiran 53

iii

No.Rajah SENARAI RAJAH Muka
Perkara surat

Rajah 2.3 Carta Organisasi Syarikat 13
Rajah 2.4.1 Gambaran Kedai A.K Lor Electric 14
Rajah 2.4.2 Peta Kedudukan Kedai A.K Lor Electric 14
Rajah 4.2.1.1 Spring Pembengkok 26
Rajah 4.2.1.2 Pemotong Paip PVC 27

Rajah 4.2.2.1 Mesin Gerudi Bateri 28
Rajah 4.2.2.2 Mesin Gerudi Elektrik 28
Rajah 4.2.2.3 Mata Jenis Pintal 29
Rajah 4.2.3.2 Mata Permotonggan Lubang 30
Rajah 4.2.3.3 Mata Pemutar Skru 31
Rajah 4.2.3.4 Mata Gerudi Jenis Memahat 31
Rajah 4.2.3.1 Proses Membengkok Paip PVC 32
Rajah 4.2.3.2 Memasang Paip Pada Dinding 32
Rajah 4.2.3.3 Memasukkan kabel Kedalam Paip PVC 33
Rajah 4.2.3.4 Memasang Eksesori Elektrik 33
Rajah 4.2.3.5 Carta Alir Pendawaian Elektrik 35
Rajah 4.3.1 Alatan Dan Bahan 36
Rajah 4.3.2 Proses Mengukur Kabel 36
Rajah 4.3.3 Memotong Dan Membentuk Trunking 37
Rajah 4.3.4 Melekatkan Trunking Pada Lantai 37

iv

No.Rajah Perkara Muka
surat
Rajah 4.3.5 Memasang Sesalur Trunking Pada Dinding
Rajah 4.3.6 Memotong Dan Membentuk Trunking 38
Rajah 4.3.7 Breket L 38
Rajah 4.3.8 Memotong Besi Holo Untuk Mengantikan Breket L 39
Rajah 4.3.9 Menyambung Kabel Pada Terminal Mesin 40
Rajah 4.3.10 40
Rajah 4.4.1 Menyambung Kabel Pada Terminal MCCB 40
Rajah 4.4.2 Transformer Peninggi Arus 41
Rajah 4.4.3 Cara Pengujian Keterusan Pada Transformer 42
Rajah 4.5.1 Menyapu Bahagian Luar Gergelung Dengan Venis 42
Rajah 4.5.2 Permutus Litar Udara (PLU) 43
Rajah 4.5.3 Compartment Pemutus Litar Udara 44
Rajah 4.5.4 Membersih dan Meminyakkan Bahagin Penyambungan 44
Lampiran 1 Memasukkan Kedalam Compartment 45
Lampiran 2 Mendawai Dan Memasang soket 53
Lampiran 3 Membentuk Truking Dan Menyambung Kabel Pada 53
Lampiran 4 Mesin
Menukar Kerangka Luar (cover) Pengubah 54
Membuang Kotoran Dan Habuk Pada Pemutus Litar 55
Udara

v

SENARAI JADUAL

NO JADUAL PERKARA MUKA
SURAT
Jadual 2.5 Jadual Wakktu Berkerja
Jadual 4.3.4 Bacaan Meter 15
42

vi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
On Job Training (OJT) adalah salah satu syarat wajib kepada diri saya

sebagai pelajar di Kolej Vokasional untuk memperolehi Diploma Vokasional
Malaysia. Program On Job Training (OJT) diperkenalkan untuk memperkasakan
kompetensi yang diperlukan untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan.
latihan ini berjalan selama 5 bulan iaitu bermula 27 November 2017 sehingga 27
April 2018. Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani On Job
Training (OJT) di Syarikat A.K. Lor Electric.

On Job Training (OJT) memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri di
dunia pekerjaan sebenar supaya dapat mencapai keboleh pasaran yang tinggi.Latihan
ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan
teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi, prosedur,
peraturan-peraturan serta perspektif dan etika profesional organisasi. Selain itu,
kursus ini membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya
meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

1

Oleh itu, para pelajar boleh mempraktikkan ilmu teori dan amali yang
dipelajari untuk digunakan sebaik mungkin di alam pekerjaan yang sebenar sambil
menimba pengalaman serta memperluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang yang
diceburi. Konklusinya, On Job Training (OJT) ini banyak memberi pengalaman dan
sedikit sebanyak dapat membuka minda pelajar agar dapat menilai sesuatu pekerjaan
dari perspektif yang positif.

1.2 Objektif On Job Training (OJT)
On Job Training (OJT) merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap

pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Diploma Vokasional
Malaysia. Setiap pelajar perlu lulus On Job Training (OJT) dan pelajar yang gagal
perlu mengulangi semula (OJT). Antara objektif On Job Training (OJT) diadakan
apabila pelajar selesai menghabiskan On Job Training (OJT) pelajar akan dapat:-

a) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
b) Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
c) Mengamalkan kerja berpasukan.
d) Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam memenuhi dasar-

dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.
e) Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh OJT mengikut cara

yang ditetapkan.
f) Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah

dipelajari.
g) Mendedahkan para pelajar tentang kepentingan bidang kejuruteraan dan

teknologi dalam kehidupan seharian manusia dan boleh menyumbang pada
semua aspek termasuk aspek ekonomi didalam Kerajaan atau Swasta

2

h) Latihan Industri ini juga dapat memberi pelajar lebih berdisiplin dalam
mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dikawasan pembinaan semasa
menjalankan latihan dan persiapan sebelum menceburi alam pekerjaan.

i) Memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan
sikap terpuji kepada bakal majikan.

1.3 Kepentingan laporan On Job Training (OJT)
Laporan latihan industri bersedia untuk mendokumentasikan aktiviti dan

pengalaman pelajar semasa latihan mereka di dalam industri serta bukti bahawa
pelajar harus menjalani latihan praktikal. Laporkan kualiti yang baik dan boleh
digunakan sebagai rujukan kepada pelajar lain yang akan dilatih dalam industri yang
sama. Laporan latihan industri juga layak untuk tamat pengajian dalam semester
yang diduduki semasa latihan berlangsung.

Melalui latihan industri, para pelajar dapat memberikan kepuasan kepada
pegawai senior menerusi penulisan yang baik di mana penghasilan laporan itu,
pegawai senior dapat melihat dan menilai prestasi pelajar berada di bawah
pengawasan mereka supaya pelajar dapat memberikan komitmen dalam syarikat.
Selain daripada objektif Latihan Industri yang perlu diketahui, Objektif Laporan
perlu dititiberatkan kerana ia bermakna bagi pelajar dalam menghasilkan Laporan
Latihan Industri. Laporan Latihan Industri merupakan satu buku kerja yang
dicatatkan dalam segala bentuk kerja yang dilakukan semasa Latihan Industri.
Penulisan laporan harian ini diambilkira bagi penilaian modul latihan
industri.Markah untuk laporan harian adalah 40% daripada keseluruhan markah
latihan industri. Oleh itu pelajar diwajibkan menulis laporan harian setiap hari dan

3

mendapatkan tandatangan dan cop penyelia stiap dua minggu sekali untuk
pengesahan.

Laporan Latihan Industri penting kerana :-

a) Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani On Job
Training (OJT) dengan lebih efisien dengan mendokumentasikan aktiviti-
aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan dengan sistematik dan
berkesan melalui laporan yang dibuat.

b) Melalui penulisan laporan, pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang
dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

c) Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan yang
telah dijalankan dengan sempurna mengikut jangka masa lebih kurang 5
bulan bermula pada 27 Disember 2017 hingga 27 April 2018 seperti yang
ditetapkan oleh pihak BPTV.

d) Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalankan
oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan
disemak sepenuhnya oleh pensyarah.

e) Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawab
dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak
firma dan Kolej Vokasional. Di mana pelajar dapat belajar untuk memikul
sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik.

1.4 Kepentingan On Job Training (OJT)
Di akhir On Job Training (OJT), ia akan memberi satu pendidikan yang

berkesan dan mampu memberi pengalaman pada pelajar untuk menjalani alam
pekerjaan sebenar dengan baik. Para pelajar diberi peluang bekerja sambil belajar

4

dan sentiasa terdedah kepada suasana kerja yang sebenar, etika kerja serta
mengamalkan nilai-nilai moral yang sopan. Pelajar juga dapat meningkatkan
keyakinan diri dan dapat berfikir secara rasional.

Latihan Industri ini juga dapat menggabungkan teori dengan kerja praktikal
yang sebenar dimana pelajar dapat menggunakan kesempatan ini untuk mengaitkan
dan memahaminya dengan mudah, lebih jelas dan mendalam. Selain itu, pelajar
dapat berkongsi dan mendapat maklumat yang dikehendaki dengan lebih terperinci
untuk menambah lagi pengetahuan mereka. Kesimpulan yang dapat ditakrifkan
tentang kepentingan Latihan Industri adalah:

a) Mendedahkan para pelajar tentang kepentingan pengurusan masa dalam
setiap pekerjaan yang dilakukan.
• Ia amat penting untuk menanam sikap pandai mengurus masa dalam diri
para pelajar supaya segala tugas yang diberikan dapat disiapkan dalam
tempoh yang ditetapkan.

b) Meningkatkan keupayaan pelajar untuk berinteraksi dengan pekerja-pekerja
di dalam firma atau masyarakat.
• Ia dapat mendidik para pelajar cara-cara berkomunikasi yang baik dan
bersesuaian dengan situasi sama ada dengan ketua, kakitangan ataupun
pelanggan yang wujud di persekitaran tempat pelajar bekerja.

c) Kebanyakan firma yang mahu mengambil pekerja baru juga memerlukan
pekerja yang sudah berpengalaman bekerja, setidak-tidaknya para pelajar
Kolej Vokasional sudah mempunyai pengalaman bekerja semasa menjalani
latihan industri.
• Dengan menggunakan pengalaman menjalani latihan di firma selama lima
bulan, para pelajar dapat mempelajari serba sedikit tentang alam pekerjaan

5

dan dapat mengawal situasi jika berada di pejabat atau lokasi bekerja satu
hari kelak.
d) Para pelajar tidak lagi merasa kekok dan janggal apabila mereka melangkah
ke alam pekerjaan yang sebenar di samping dapat menilai keupayaan diri
sendiri sama ada boleh menempuhi alam pekerjaan dan menghadapi cabaran
apabila bekerja kelak.
• Ia membantu meningkatkan lagi keyakinan diri dan semangat para pelajar.
e) Dengan adanya pengalaman selama lima bulan menjalani latihan industri,
para pelajar serba sedikit dapat membantu menyelesaikan masalah di tempat
kerja apabila sudah bekerja kelak.
• Ia membantu para pelajar menyemai sikap bertanggungjawab dan
mengambil berat terhadap kerja yang diberikan kepadanya.
f) Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang kepentingan hidup hormat-
menghormati di antara satu sama lain sewaktu berada di tempat kerja.
• Sifat ini penting bagi memastikan segala urusan pejabat berjalan lancar
tanpa sebarang konflik di antara pekerja.
g) Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan polisi-polisi am peraturan-peraturan
firma agar tidak dikenakan sebarang tindakan oleh firma atau jabatan serta
mendidik menjadi seorang yang lebih disiplin.
• Pelajar dapat diberi pendedahan secara langsung, malah mendidik pelajar
agar lebih bersikap profesional, dinamik dan kreatif.

1.5 Skop Latihan Industri
On Job Training (OJT) memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar

dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja

6

berpasukan, polisipolisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional
dan pelaporan. On Job Training (OJT) ini akan membina semangat dan sikap
proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan untuk menjadi
pelatih yang cemerlang.

1.6 Analisis dari saya
Berdasarkan 22 minggu latihan industri di Syarikat A.K Lor Electric ada

banyak pengalaman dan perkara-perkara baru yang saya lalui dan belajar, yang
mendedahkan saya kepada dunia elektrik sebenar. Saya telah diberi peluang untuk
memerhatikan keadaan dan kerja-kerja dilaksanakan, yang melibatkan kerja-kerja
penyelenggaraan, kerja-kerja pendawaian elektrik, trouble shout, dengan panduan
dari pendawai elektrik yang berpengalaman dan berpengetahuan dan chargeman.

1.7 Kepentingan Latihan Industri
Kepada pelajar, latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang

memberi peluang kepada seorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses
pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari
pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan
kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seorang pelajar itu sendiri
disamping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang
kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk
menjadikan seseorang pelajar itu terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian

7

masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu
pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung ia dapat
memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan sebenarnya tidak
semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi
pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan
pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak
dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman pekerja yang ada.
Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih
setelah tamat pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini sangat besar.
Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa
tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain
daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan
menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi
ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang
berdedikasi dan cemerlang.

1.8 Peraturan Semasa Menjalani Latihan Industri
Semasa menjalani latihan industri atau OJT, para pelajar perlu mematuhi peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional dan syarikat latihan.
Antara peraturan yang telah ditetapkan adalah: -

8

1.8.1 Peraturan sebelum ojt
• Mendaftar Kursus OJT di UPLI dengan menggunakan Borang
Pendaftaran Kursus. ( KVOJT/02)
• Lulus modul Employability Skills dan Modul Insaniah
• Menghadiri semua taklimat OJT
• Memohon dan mendapat tempat OJT mengikut kesesuaian bidang
pengajian.
• Membuat pembatalan secara rasmi dengan persetujuan UPLI bagi
pelajar yang mendapat lebih dari satu tempat OL.
• Tidak menukar atau menolak tawaran OL tanpa kelulusan UPLI tidak
memalsukan sebarang maklumat yang dihantar ke UPLI.

1.8.2 Peraturan semasa ojt
• Mematuhi segala peraturan KV yang melaksanakna program diploma
dan peraturan OL.
• Melapor diri di OL pada tarikh dan masa ditetapkan.
• Menjalani latihan di OL berkenaan sehingga tarikh tamat latihan.
• Tidak menukar tempat latihan tanpa kelulusan bertulis UPLI
• Mengisi dan menghantar semua boring atau dokumen yang berkaitan
kepada UPLI dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang pemalsuan.
• Sentiasa memaklumkan maklumat peribadi kepada pihak UPLI
• Sentiasa menjaga kerahsiaan OL.

9

1.8.3 Peraturan selepas tamat OJT
Pelajar mesti mendaftar tamat OJT pada tarikh dan masa yang ditetapkan
dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut.
1. Laporan Akhir OJT
2. Buku Log OJT.
3. Borang penilaian Prestasi oleh OL.
4. Surat pengesahan tamat latihan.

10

BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Nama Organisasi : A. K. LOR ELECTRIC
Lokasi Organisasi : ULU TIRAM, JOHOR
Alamat : NO. 95A, JALAN TEMBUSU,

No. Tel 81800 ULU TIRAM, JOHOR
No. Fax : 07-8612305
Email : 07-8633972
Jenis Perkhidmatan : [email protected]
: Pendawaian elektrik dan penyelenggaraan 1

fasa dan 3 fasa

11

2.2 Sejarah organisasi
Saya telah menjalani On Job Training (OJT) di Syarikat A.K Lor Electric

dalam bidang Elektrik dan bertugas sebagai pembantu pendawaian elektrik. Syarikat
A.K Lor Electric adalah sebuah syarikat yang hanya mempunyai cawangan berada di
Johor Bharu iaitu di No. 95A, Jalan Tembusu, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Syarikat A.K Lor Electric, telah ditubuhkan pada 5 Januari 1980 oleh pemilik
asalnya iaitu, En.Robert A.K Lor dan kini ditadbir oleh anak sulungnya iaitu En.Lor
Ah Kwee. Pada mulanya syaikat ini hanya mempunyai lesen perniagaan pendawaian
elektrik 1 Fasa iaitu lesen PW2, setelah diwarisi kepada En.Lor Ah Kwee syarikat ini
lebih berkembang dan mempunyai lesen tambahan iaitu lesen PW4 bagi menjalankan
perniagaan pendawaian elektrik 1 fasa dan 3 fasa. Tambahan lagi, En Lor Ah Kwee
juga mempunyai lesen kelayakkan Chargeman (AO) dan (BO) sejak tahun 1993,
semasa beliau berumur 37 tahun. Syarikat ini mempunyai sebuah bangunan kedai
dan mempunyai 2 kenderaan untuk pengangkutan barang-barang kerja.

Setelah beroperasi lebih dari tempoh 38 tahun pengalaman yang tidak
dijangka, Syarikat ini bersedia untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan projek
berkaitan pendawaian elektrik dan penyelenggaraan 1 fasa dan 3 fasa untuk
pembangunan perindustrian mahupun perumahan. Pertumbuhan dan perkembangan
ini sememangnya sangat terhutang budi kepada sokongan berterusan dari pelanggan
yang paling konsisten dan sntiasa bertolak angsur.

12

2.3 Carta Organisasi Syarikat

CARTA ORGANISASI A.K LOR ELECTRIC

LOR AH KWEE
PENGURUS

GO MUI LIANG CHENG MOY SIN
PEMBANTU PENGURUS KETUA PENDAWAI

ZAMRI BIN M.NOR RUSLAN BIN MAMAT M.SYUKRI B. ZULKIFLI
PENDAWAI PENDAWAI PENDAWAI

Rajah 2.1 : Carta Organisasi Syarikat

2.4 Ringkasan Syarikat Latihan Industri
Latihan industri telah dilakukan di A.K. Lor Electric No. 95A Jalan Tembusu, 81800
Ulu Tiram, JOHOR

Rajah 2.2: Gambaran Kedai A.K Lor Electric

13

Rajah 2.3 : Peta kedudukan kedai A.K.Lor Electric.

2.5 Jadual waktu kerja

MASA 8.30 PAGI- 12.00 TGHR- 12.30 TGHR-
HARI 12.00 TGHR 12.30 TGHR 5.30 PETANG

ISNIN KERJA REHAT KERJA
SELASA KERJA REHAT KERJA
RABU KERJA REHAT KERJA
KHAMIS KERJA REHAT KERJA
JUMAAT KERJA REHAT KERJA
SABTU
AHAD KERJA REHAT KERJA
Cuti umum

Jadual 2.1 : Jadual waktu bekerja

Untuk jadual kerja, saya diarah masuk bertugas pada hari Isnin- Sabtu pada
jam 8.30 pagi hingga ke jam 5.30 petang dan rehat pada jam 12.00 tegah hari hingga

14

ke jam 12.30 tegah hari. Hari cuti kerja adalah hari ahad tetapi, jika ada projek besar
dan perlu disiapkann segera jadual hari Ahad akan berubah seperti jadual waktu
bekerja

Lapora tugas di A.K Lor Electric pada jam 8.30 pagi dan sesi
memperkenalkan diri bersalam-salaman bersama pertugas-pertugas yang lain.
Selepas itu, saya telah dijemput untuk bertemu dengan perunding utama, En Lor Ah
Kwee di bilik office. Selepas taklimat ringkas dari En Lor Ah Kwee, saya perlu
mengisi borang maklumat diri dan borang mengenai praktikal untuk pengetahuan
syarikat ini.

Semasa latihan industri, saya telah ditugaskan sebagai pembantu pendawai.
Kemudian, saya diarahkan supaya mengikuti ketua pendawai iaitu En.Cheng Moi Sin
sebagai penguasa utama pada tugasan dan pembahagian kerja. Beliau juga dikawal
jabatan instrumen. Semasa bekerja, Dia memberi saya tugas seperti membuat
pendawaian, membaiki lampu, pemeriksaan alat-alat elektrik, membuat pengujian
dan kerja-kerja penyelenggaraan.

2.6 Visi syarikat
➢ Menjadi sebuah organisasi sumber terulung, dinamik serta berdaya saiang
menerusi pakatan berpasukan yang teguh dan mantap pada masa akan
datang.
Misi syarikat
➢ Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan pantas bagi
mencapai tahap kepuasan pengguna serratus peratus.

15

2.7 Objektif Syarikat
1) Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap syarikat
2) Penggendalian segala urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika
kerja dan penerapan nilai murni.
3) Membuat perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis
teknik kemahiran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan syarikat
yang paling maksimum
4) Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar
kerja yang dilakukan bermutu dan mesti dipertingkatkan dari semasa ke
semasa
5) Konsisten dalam menangani masalah yang berlaku

16

BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan
Melalui bab ringkasan aktiviti ‘On Job Training’ (OJT) atau Latihan Industri

(LI) ini dapatlah saya menerangkan tugas sepanjang tempoh 22 minggu (5 bulan)
secara mingguan. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yng ditulis didalam buku
jurnal refleksi secara ringkas akan diterangkan dalam bab yang meliputi tugas yang
diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat dalam
buku loporan harian. Oleh itu bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti-
aktiviti dan tugas saya yang telah dijalankan semasa menjalani latihan industri pada
tempoh masa yang ditetapkan iaitu dua puluh dua minggu. Segala aktiviti yang
dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan
kerja kerja yang telah dilakukan dalam seminggu disamping akan memudahkan
proses penyemakan. Hari kerja setiap minggu tidak semestinya sama setiap minggu
kerana terdapat cuti umum dan cuti yang diumumkan oleh pihak syarikat. Dalam
menjlani latihan industri, saya telah didedahkan dengan banyak perkara baru. Selain
mempraktikan apa yang telah dipelajari di kolej, saya juga telah didedahkan dengan
peraturan-peraturan syarikat dan ianya perlu dipraktikan setiap kali saya berada di
syarikat ini. Saya telah ditempatkan di bahagian pembantu pendawai. Saya telah

17

diberi masa sembilan jam sehari, bermula dari jam 8:30 a.m-5:30 p.m setiap hari
bermula dari hari isnin-sabtu. Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya
menjalani latihan industri selama 22 minggu.

3.2 LAPORAN MINGGUAN BULAN NOVEMBER, DESEMBER 2017
MINGGU 1
• Membuat pendawaian elektrik jenis permukaan 1 fasa.
• Membuat pendawaian elektrik pada sebuah kontena 1 fasa.
• Memasang lampu pendaflour jenis L.E.D pada rumah burung walit.
• Memasang dan menukar ELCB I fasa dan kipas siling.
• Membuat penyambungan kabel elektrik 3fasa pada sebuah masin CNC.
• Memasang dan membuat pendawaian 1 set kotak agihan, isolator 32 A
dan D.O.L starter.
MINGGU 2
• Menyelenggara sebuah transformer peninggi.
• Membuat pendawaian elektrik jenis permukaan 3 fasa.
• Membuat penyelenggaraan sebuah MSB seperti menukar lampu pandu
dan menukar ELR.
• Menukar lampu pandu dan punat tekan serta memasang 1 lampu limpah
( sport light ) pada penel kawalan motor plantun cuci pasir
• Menyambung kabel elektrik pada panel kawalan motor penarik sauh
kapal 3 fasa.
• Membuat pendawaian jenis permukaan menggunakan sesalur trunking.

18

MINGGU 3
• Membuat penyambungan kabel elektrik pada 2 buah masin CNC 3 fasa.
• Menyambung kerja pada hari semalam.
• Mengalih papan meter KWJ dan menukar fius 100 A.
• Belajar overhead dan membuat penyambungan kabel yang telah putus.
• Membuat pendawaian elektrik tambahan 1 fasa.
• Membuat penyambungan kabel bawah tanah dari meter ke sebuah kebun

kelapa.
MINGGU 4
• Membuat penyambungan kabel elektrik 1 fasa ke sebuah kotak agihan.
• Memasang kotak agihan 3 fasa dan menukar lampu pendaflour, soket

13A dan isolator 32A.
• Mendawai dan memasang kipas dinding.
• Mendawai kotak penghidup D.O.L
• Membuat pengalihan meter 1 fasa.
• Memasang dan mendawai isolator dan penghidup D.O.L
MINGGU 5
• Membuat pendawaian elektrik tambahan 1 fasa.
• Membuat pengalihan papan meter KWJ 1fasa.
• Menukar soket 13 A dan lampu pendaflour berkembar LED.
• Memasang lampu pendaflour berkembar LED.

19

3.3 LAPORAN MINGGUAN BULAN JANUARI 2017
MINGGU 6
• Cuti sempena tahun bahru.
• Belajar membuat pendawaian kotak penghidup kawalan motor.
• Memasang kipas kaki dan kipas dinding.
• Overhead meyambung kabel elektrik ke kotak meter.
• Memasang starter box.
• Memasang dan mendawai soket 13 A, isolator 32 A
MINGGU 7
• Membuat penyambungan kabel elektrik 3 fasa pada kotak panel kawalan.
• Membuat penyambungan kabel elektrik 3 fasa pada sebuah mesin.
• Membuat penyambungan kabel bawah tanah.
• Troubleshoot sebuah kotak agihan 3 fasa.
• Membuat pendawaian elektrik tambahan 1 fasa.
MINGGU 8
• Membuat pendawaian ektrik tambahan 1 fasa.
• Memasang kipas siling dan lampu pendaflour jenis L.E.D.
• Mendawai soket 13A, lampu filament tambahan.
• Menukar sesentuh (contactor).
• Membuat pendawaian elektrik tambahan 1 fasa
MINGGU 9
• Membuat pengalihan meter KWJ 1 fasa.
• Memasang papan meter KWJ
• Trouble shoot panel kawalan genset.
• Menukar sensor DC.
20

• Membuat pendawaian elektrik tambahan 1fasa.
MINGGU 10
• Membuat pendawaian tambahan 1 fasa.
• Membuat penyambungan kabel elektrik 3 fasa pada panel kawalan

mesin.
• Memasang lampu perangkap lalat.
• Memasang dan mendawai isolator dan DOL starter
• Mendawai kotak penghidup DOL 3 fasa.

3.4 LAPORAN MINGGUAN BULAN FEBRUARY 2017
MINGGU 11
• Mendawai kotak penghidup.
• Membuat ujian pembumian.
• Membuat penyambungan kabel elektrik 3 fasa pada kotak suis dan
isolator.
• Membuat penyambungan kabel elektrik 3 fasa pada terminal mesin
• Belajar mencari kesalahan pendawaian CCTV
MINGGU 12
• Memasang dan mendawai kotak agihan 3 fasa.
• Memasang, mendawai kotak agihan dan kotak meter KWJ.
• Membuat pendawaian elektrik 1 fasa pada kontena.
• Overhead bagi menyambungkan bekalan elektrik 1 fasa ke meter KWJ.
• Cuti 7 hari sempena tahun baru cina (14 Mac-20 Mac 2018)

21

MINGGU 13
• Memasang kipas kaki dan kipas siling.
• Mendawai kotak agihan dan papan meter 3 fasa.
• Membaik pulih dan menukar siren.

MINGGU 14
• Overhead bagi menyambungkan bekalan elektrik 1 fasa ke meter KWJ.
• Memacak dan memasang kotak meter 1 fasa.
• Menukar ELCB 1 fasa sebuah rumah.
• Memasang dan mendawai kotak agihan elektrik 1 fasa.
• Cuti sempena Cap Goh Meh.
• Trouble shoot panel kawalan 3 fasa.

3.5 LAPORAN MINGGUAN BULAN MARCH 2017
MINGGU 15
• Menukar suis punat tekan motor pam disel.
• Memasang lampu pendaflour jenis L.E.D.
• Membuat penyambungan kabel elektrik 3 fasa pada kren alih barang.
• Memasang lampu pendaflour berkembar L.E.D.
• Membuat pendawaian elektrik tambahan 3 fasa.
• Memasang dan mendawai blower angin 3 fasa.
MINGGU 16
• Membaik pulih sport light.
• Membuat pendawaian elektrik tambahan 1 fasa.
• Memasang lampu pendaflour bekembar jenis L.E.D.

22

• Membuat pendawaian elektrik 3 fasa pada kontena.
• Membuat pendawaian elektrik tambahan 1 fasa.
• Overhead bagi menyambungkan bekalan elektrik 1 fasa ke meter KWJ
MINGGU 17
• Menukar kipas siling.
• Membuat pendawaian elektrik 1 fasa.
• Menukar MCCB 400A.
• Memasang kipas penyejuk pada panel kawalan mesin.
• Cuti Hari Keputraan Sultan Johor
• Menukar MCB 20A 3 fasa.
MINGGU 18
• Membuat penyambungan kabel elektrik 3 fasa pada sebuah mesin.
• Memasang isolator 32A.
• Menukar fius HRC 6A pada panel moto angina.
• Menukar D.O.L starter.
• Menukar ELCB dan MCB 20A 3 fasa.

3.6 LAPORAN MINGGUAN BULAN APRIL 2017
MINGGU 19
• Menukar lampu pendaflour jenis L.E.D.
• Memasang dan mendawai kotak agihan dan soket 32A 3 fasa.
• Menukar bar-terminal neutral sebuah kotak agihan 1 fasa.
• Membuat pemasangan perangkap kilat.
• Trouble shoot sebuah kotak panel kawalan 3 fasa.
• Menukar suis punat tekan pada kotak terminal kawalan mesin.

23

MINGGU 20
• Membuat penyambungan kabel elektrik bawah tanah.
• Overhead dan mendawai kotak agihan 3 fasa.
• Memasang dan mendawai kotak agihan 3 fasa.
• Memasang lampu limpah (sport light).
• Membuat pendawaian elektrik tambahan 1 fasa.
• Memasang dan mendawai DOL starter dan isolator 32A.
MINGGU 21
• Memasang kipas siling.
• Memasang kapasitor-bank pada penel kawalan mesin.
• Membuat pendawaian elektrik tambahan 1 fasa.
• Membuat pendawaian elektrik 1 fasa.
• Menukar 1 set kotak agihan elektrik 3 fasa.
• Mendawai kotak DOL starter beserta kapasitor-bank.
MINGGU 22
• Menukar ELCB 1 fasa.
• Menyelenggara lampu jalan.
• Menukar 4 set lampu jalan.
• Membuat pendawaian tambahan dan menukar MCB 20A 1 fasa.
• Memasang dan mendawai kotak agihan dan papan meter KWJ 3fasa.
• Menukar fius HRC 120 KA.

24

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang prosedur dan skop kerja semasa menjalankan

kerja-kerja selama berada dalam latihan industri. Setiap pekerjaan perlu di jalankan
mengikut tatacara dan peraturan supaya pekerjaan tersabut dapat di laksanakan
dengan baik serta mengahasilkan pencapaian yang berkualiti dan berkesan, di antara
kepelbagaian kerja yang saya buat sepanjang On Job Training (OJT) Sepanjang
menjalankan praktikal di Syarikat A.K Lor Electric, saya diberi pendedahan
berkaitan pendawaian elektrik 1 fasa dan 3 fasa dan penyelenggaraan elektrik.

4.2 PENDAWAIAN ELEKTRIK JENIS PERMUKAAN 1 FASA
Semasa latihan industri dilakukan, kerja atau tugasan kerap kali dilakukan

dan ada kaitan dengan bidang yang saya pelajari ialah mendawai elektrik di rumah
yang baru dibina atau rumah yang perlu penambahan pendawaian elektrik dengan
jenis pendawaian permukaan. Dalam bab ini menjelaskan serba sedikit cara membuat
pendawaian permukaan, juga peralatan dan mesin yang sesuai dalam kerja
pendawaian tersebut dan proses kerja yang dilakukan dalam membuat kerja
pendawaian elektrik.

25

4.2.1 Peralatan yang digunakan
Antara peralatan yang digunakan semasa mendawai pendawaian permukaan adalah
seperti :
1) Spring pembengkok paip (Pipe Bander)
Diperbuat daripada keluli logam lembut dan ia juga mempunyai bentuk Elastic dan
dihasilkan dalam lilitan yang sempurna yang menyerupai sebuah spring. Saiz yang
biasa digunakan dalam kerja-kerja pendawaian ialah 16mm dan 21mm. ia digunakan
dalam kerja-kerja membengkok paip pvc.

Rajah 4.1 : Spring pembengkok
2) Pemotong PVC
Diperbuat daripada keluli logam lembut dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk
dan jenis mengikut jenama dan mempunyai bentuk seperti pisau dibahagian matanya
dan melengkung dibahagian bawah bagi memudahkan proses permotongan. Ia
digunakan dalam kerja-kerja memotong paip pvc.

26

Rajah 4.2 : Pemotong paip PVC

4.2.2 Spesifikasi Mesin kerja yang digunakan
Antara mesin kerja yang digunakan semasa mendawai pendawaian elektrik adalah
seperti berikut :
1) Mesin gerudi
Mesin gerudi ialah mesin yang digunakan untuk menggerudi lubang. Saiz mata
gerudi akan menentukan saiz lubang yang hendak dibuat. Selain itu, mesin ini juga
digunakan untuk kerja-kerja lain seperti menggerek, melulas dan membenam.
Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi dalam pelbagai bentuk dan saiz. Setiap
jenis ini boleh melakukan kerja menggerudi, sama ada kerja yang berat atau ringan.

a) Gerudi Bateri

Rajah 4.3 : Mesin gerudi bateri

27

Digunakan untuk membuat kerja-kerja yang ringan dan mengunakan tenaga
bateri yang boleh dicas. Ianya mempunyai pelbagai fungsi, contohnya boleh
digunakan untuk menggerudi lubang pada dinding, pada besi nipis dan digunakan
untuk mengikat skru lebih mudah dan pantas. Mesin yang sering saya gunakan
adalah jenama “Devon” yang mengunakan voltan 10.8 volt dan berkelajuan 0-
500/min. Maksimum saiz mata gerudi yang boleh digunakan ialah 13mm.

b) Gerudi Elektrik Mudah Alih

Rajah 4.4 : Mesin gerudi elektrik
Fungsinya sama seperti gerudi di atas, tetapi gerudi ini mempu digunakan
untuk kerja-kerja berat seperti kerja-kerja pecah batu atau simen mengerudi besi dan
kayu tetapi tidak sesuai digunakan untuk mengikat skru.Mesin yang saya sering
gunakan adalah berjenama BOSCH yang mengunakan 240Volt dan tidak
mengunakan bateri. Mesin ini mempunyai 3 pelarasan “mood” iaitu mood megetuk,
mood memutar dan mood mengetuk sambil berputar. Pelarasanya adalah mengikut
kerja yang dilakukan.

28

4.2.3 Proses kerja yang dilakukan

Pemasangan Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara
permukaan atau tersembunyi. Pendawaian tersembunyi biasanya dilakukan ketika
diperingkat pembinaan bangunan atau perumahan dalam pembinaan dan dindingnya
belum lagi dilepa. Manakala sistem pendawaian permukaan pula dilakukan pada
peringkat selepas siap pembinaan atau pendawaiantambahan yang diperluka
menggikut atas permintaan tuan rumah, kabel atau pembuluh dipasang di permukaan
dinding atau siling dan boleh dilihat ,. Kita boleh nampak kotak soket, kotak suis,
lampu dan juga kipas dekat dinding atau siling, kecual jenis dan saiz kabel yang
digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. Inilah dinamakan sistem
pendawaian permukaan untuk tujuan kekemasan dan memberi perlindungan kepada
kabel untuk tempoh yang lebih lama.

1) Membengkok dan memasang paip

Proses membengkok atau melentur paip dilakukan mengikut ukuran atau
tempat. Proses pelenturan paip perlulah dilakukan dengan sepurna. Selepastu, paip
yang telah dilentur tersebut perlu dipasang pada permukaan dinding bagi
melancarkan kerja-kerja penarikkan kabel dan pendawaian dilakukan.

Rajah 4.5 : Membengkok paip PVC

29

Rajah 4.6 : Proses memasang paip pada dinding
2) Memasukkan kabel ke dalam paip dan memasang aksesori elektrik

Proses ini dilakukan selepas paip pvc telah siap dipasang sepenuhnya. Proses ini
juga dikenali sebagai kerja-kerja penarikkan kabel atau dari segi kefahaman,
memasukkan kabel memasuki paip pvc.

Rajah 4.7 : Setelah selesai proses memasukkan kabel dalam pembuluh

30

Rajah 4.8 : Proses pemasangan aksesori

3) Pengujian

Setiap pendawaian yang telah siap perlu dilakukan pengujian bagi memastikan
semua pemasangan litar adalah dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
Alat pengujian yang digunakan ialah Meter Pelbagai.Pengujian yang perlu dilakukan
adalah:

a) Ujian keterusan
b) Ujian rintangan penebatan
c) Ujian kekutuban
d) Ujian rintangan elektrod bumi
e) Ujian peranti arus baki
f) Ujian Keterusan
Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama
a) Ujian keterusan pengalir pelindung
b) Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
c) Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral
Semua pengujian yang dinyatakan di atas perlu dilakukan pada semua pendawaian
yang telah siap melainkan:

31

Ujian keterusan pengalir litar gelang. Ujian ini hanya perlu dilakukan pada pada litar
soket alir keluar litar gelang sahaja. Ujian Keterusan Pengalir Litar Gelang Ujian ini
dilakukan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar
gelang.

4.2.4 Carta alir pendawaian elektrik

Rajah 4.9 : Carta alir pendawaian elektrik

32

4.3 MEMBUAT PENYAMBUNGAN BEKALAN ELEKTRIK PADA
MESIN CNC 3 FASA

1) Menyediakan kesemua peralatan, bahan yang hendak digunakan dan
mengukur panjang kabel yang hendak disambungkan daripada punca bekalan
elektrik pada sebuah MSB hingga ke terminal mesin.

Rajah 4.10 : Alatan dan bahan

Rajah 4.11 : Proses mengukur kabel
2) Memotong dan membentuk sesalur trunking mengikut laluan yang telah
diarahkan supaya tidak terlau terdedah dan mengganggu laluan perkerja dan
kenderaan.

33

Rajah 4.12 : Memotong dan membentuk trunking

Rajah 4.13 : Melekatkan trunking pada lantai
3) Membuat pemasangan dan penyambungan sesalur trunking pada bahagian
dinding atas dan bahagian kerangka bumbung kilang.

Rajah 4.14 : Memasang sesalur trunking pada dinding

34

Rajah 4.15 : Memotong dan membentuk trunking
Breket L digunakan untuk menampung atau menahan kedudukan trunking
pada dinding. Breket tersebut perlu digunakan sekiranya trunking tidak dilekatkan
pada dinding malah diletakkan dalam keadaan keatas . Hal ini kerana saiz kabel yang
digunakan agak besar iaitu 16 mm dan mempunyai 4 jalur yang akan menyukarkan
proses memasukkan kabel pada kedudukan tinggi.

Rajah 4.16 : Breket L
Disebabkan mahu mengurangakn kos perbelanjaan, saya diarahkan untuk
membuat breket dengan mengunakan besi holo segi empat yang berharga lebih

35

murah berbanding harga asal breket L tersebut. Dengan memotong sebanyak 15 unit
dan sepanjang 30 mm.

Rajah 4.17 : Memotong besi holo untuk mengantikan breket L

Rajah 4.18 : Menyambung kabel pada terminal mesin

Rajah 4.19 : Menyambung kabel pada terminal MCCB
36

4.4 PENYELENGGARAAN SEBUAH PENGUBAH
Transformers adalah peralatan yang sangat penting dalam sistem elektrik.

Pengabaikan dalam pemantauan dan penyelenggaraan transfomer yang bersesuaian
boleh memberi kesan terhadap kelancaran peralatan-peralatan elektrik di dalam
sesebuah organisasi.

Selari dengan aplikasi dan penggunaan transformer, melalui penyelenggaraan
yang praktikal dan berkesan, jangka hayat, kecekapan dan kebolehpercayaan
transformer dapat di kekalkan dan dipanjangkan juga akan mengurangkan kos baik
pulih atau pemasangan pengantian transformer yang baru.

Rajah 4.20 : Transformer peninggi arus
1} Memulakan proses penyelenggaraan dengan membersihkan habuk dan
kotoran yang berada pada luar gegelung, Membuka kerangka pelindung (cover) pada
bahagian luar pengubah.

37

Rajah 4.21 : Melakukan pembersihan
2) Menguji menggunakan multimeter dengan menggunakan julat ohm (Ω) pada
bahagian terminal masukkan (input) dan bahgian keluaran (output) bagi memastikan
ianya masih berfungsi.

Rajah 4.22 : Cara pengujian keterusan pada transformer

\
Jadual 4.1 : Bacaan meter

38


Click to View FlipBook Version