The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ernijulianaabaziz, 2021-07-23 08:38:21

SAMPLE LAPORAN OJT 2

SAMPLE LAPORAN OJT 2

Rajah 4.23 : Menyapu bahagian luar gergelung dengan vernis.

4.5 PENYELENGGARAAN SEBUAH PEMUTUS LITAR UDARA (PLU)
Pemutus Litar Udara adalah peranti yang digunakan untuk menyediakan

Perlindungan Litar Lebih Larian dan Pendek untuk litar antara 800A hingga
10000A. Kita tidak boleh dikelirukan di antara Pemutus Litar Udara dan Pemutus
Litar Air Blast. Pemutus Litar Udara biasanya digunakan dalam voltan rendah di
bawah 450V. Anda boleh menemui ini dalam Panel Pengedaran (di bawah 450V).
Pemutus litar Air Blastersare pemutus berkapasiti tinggi dan boleh dilihat di
pencawang lama yang melebihi 132kV. Prinsip kerja kedua pemutus litar ini agak
berbeza. Di sini kita hanya akan membincangkan kerja-kerja Pemutus Litar Udara
(ACB).

Rajah 4.23 : Pemutus litar udara (PLU)

39

1) Mengeluarkan PLU dan membuat pembersihan compartment dari habuk dan
kotoran. Periksa sambungan busbar incoming dan outgoing kepada pemutus litar
udara. Hati- hati kerana busbar incoming selalunya masih live

Rajah 4.24 : Compartment pemutus litar udara
2) Membersihkan PLU dari habuk dan meminyakkan bahagian-bahagian yang
bergerak.

Rajah 4.25 : Membersih dan meminyakkan bahagian penyambungan
3) Memasukkan PLU kembali ke dalam compartmentnya semula bagi
manghidupkan bekalan elektrik.

40

Rajah 4.26 : Memasukkan ke dalam compartment
Proses ini perlulah dilakukan dengan sempurna dengan mereleasekan semula
interlock dan dengan alatan yang seseuai untuknya, angkat dan memasukkan PLU
secara langkah demi langkah ke dalam compartmentnya, semasa PLU dalam keadaan
test pastikan litar secondarynya bersambung dan pastikan PLU telah masuk masuk
sepenuhnya. Lazimnya penutup compartment tidak akan dapat ditutup kerana PLU
tersebut menonjol keluar dan jika PLU tidak dalam kedudukan servise, sebagai ciri
keselamatan, biasanya tidak dapat on kn semula.

41

BAB 5

KOMEN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan
Saya ingin memberikan sedikit dapatan yang saya perolehi sepanjang saya

menjalani On Job Training (OJT) di Syarikat A.K Lor Electric dan ternyata bergitu
banyak sekali manfaat yang saya perolehi dan tujuan pelaksanaan (OJT) juga saya
dapat perolehi. Selain itu, saya ingin juga mengkemukakan cadangan untuk
penambahbaikan Syarikat A.K Lor Electric supaya dapat membangun syarikat
tersebut dengan lebih maju. Berkemungkinan juga ia dapat memperbaiki dan
memberi kemudahan dan keselesaan bagi semua pihak serta boleh digunakan oleh
pihak pengurusan pada masa akan datang.

5.2 Dapatan
Sepanjang dalam tempoh 5 bulan menjalani On Job Training (OJT) di

syarikat berkenaan saya berasa seronok dan rasa tidak sabar untuk memasuki alam
pekerjaan kerana :

a) Syarikat A.K Lor Electric telah banyak membantu saya dalam meningkatkan
prestasi, kemampuan dan mengenalpasti kelemahan, sebelum ini di Kolej
Vokasional Sultan Ahmad Shah saya hanya belajar teori dan sedikit amali,

42

tetapi di sini saya berpeluang untuk mempraktikan di samping menimba ilmu
pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi dari minggu pertama
hingga minggu ke-22.
b) Selain itu, saya berpeluang untuk menanam sifat jujur dan berkeyakinan diri
di samping berpeluang untuk belajar mengamalkan peraturan keselamatan
semasa berada di tempat kerja.
c) Di samping itu, saya juga berasa seronok dan amat bersyukur kerana dapat
mempelajari cara mengunakan peralatan-peralatan yang disediakan syarikat
dengan baik tanpa ada kerosakan dan mengunakan dengan selamat tanpa ada
kemalangan atau kecederaan parah.
d) Tambahan pulak, saya juga dapat menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan
yang diberikan dengan baik dan jayanya.
e) Seterusnya, mendapat pengalaman dan ilmu baru yang bermanfaat untuk
masa depan saya apabila bekerja atau apabila sambung belajar nanti.
f) Akhir sekali, saya juga mempelajari serba sedikit ilmu untuk membuka
perniagaan.
g) Segala, ilmu dan suasana yang saya peroleh, inshallah saya boleh melakukan
kerja di mana-mana firma atau syarikat.

5.3 Komen
Semasa saya menjalani latihan insudtri di syarikat ini saya amat berpuas hati

dengan layanan yang diberi oleh majikan dan pekerja-pekrja lain kepada saya.
Walaupun syarikat ini merupakan salah satu syarikat yang maju akan tetapi, pada
pandangan saya terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menjaga
reputasi syarikat ini iaitu :

43

1) Sikap segelintir pekerja yang tidak mengutamakan keselamatan ketika
bertugas.

2) Sesuatu kerja tidak dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan kerana
mendapat masalah kekurangan peralatan atau sikap segelintir pekerja yang
datang lewat dan melakukan kerja sambil lewat.

3) Banyak alatan tangan dan mesin yang rosak tidak digantikan.
4) Kekurangan tenaga kerja dalam menyebabkan sesuatu kerja tidak dapat

disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan
5) Kekurangan peralatan keselamatan yang disediakan, menyebabkan risiko

kemalangan berlaku tinggi

5.4 Cadangan
Di sini saya ingin megemukan komen atau cadangan kepada Syarikat A.K

Lor electric untuk menambah baik dan untuk memajukan lagi syarikat ini. Sebelum
itu saya ingin memohon maaf jika cadangan ini menguris hati pengurus syarikat ini.
Kepada syarikat:

1) Memperbanyakan promosi perniagaanaya di laman sosial agar orang lebih
mengetahui tentang perniagaan yang dijalankan dan akan memperolehi
pelanggan yang ramai. .

2) Menambahkan lagi pekerja bagi memudahkan kerja untuk dilakukan dan
kerja lebih cepat disiapkan.

3) Menambah alatan tangan bagi memudahkan pekerja menggunakanya tanpa
perlu bergilir-gilir.

44

4) Memperbesar atau menambah bilik stor, kerana terdapat banyak barangan-
barang yang diletakkan di bahagian tepi stor dan belakang yang mengganggu
perjalanan bagi mencari sesuatu alatan.

5) Satu sistem maklumat perlu dibangunkan untuk merekod segala urusan
seperti pengurusan stor, kehadiran kakitangan, permohonan cuti dan
sebagainya. Di mana sistem maklumat ini perlu mengandungi maklumat
kakitangan, maklumat tempahan, kemudahan dan sebagainya.

6) Syarikat juga perlulah menyediakan perancangan tugas dengan lebih teratur
untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri .

45

BAB 6

KESIMPULAN

6.1 Kesimpulan
Kesimpulannya Sebagai seorang hamba Allah SW.T perlulah kita sentiasa mencari
ilmu kerana bukan sahaja untuk kesenangan di dunia malah menjadi bekalan akhirat
kelak. Ini kerana semua ini adalah untuk kebaikan dan kemantapan individu itu
sendiri. Apa yang diharapkan adalah semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dengan program On Job Training (OJT) ini akan sentiasa berhijrah dari
kelemahan kepada kelebihan begitu juga dengan diri saya. Sebagai hamba Allah
SWT yang biasa ingin saya menyusun sepuluh jari saya memohon maaf dan
keampunan terutama sekali kepada pihak syarikat dan pekerja-pekerjanya sekiranya
saya telah melakukan kesalahan dan kepada siapa pun yang menyebabkan saya tidak
disenangi oleh pihak tuan.

Selama 5 bulan saya seolah-olah sudah mempunyai saudara baru. Kemesraan
keperihatinan dan segala pengalaman yang diperolehi disini tentu sekali tidak dapat
saya nilai dengan wang ringgit. Selama 22 minggu On Job Training (OJT) yang
telah saya jalani banyak perkara baru yang telah saya pelajari dan mendedahkan saya
kepada situasi dan cara bekerja yang sebenar sama ada berkaitan dengan bidang
pelajaran saya atau tidak. Antara pengalaman yang diperoleh ialah:

46

a) Mempelajari cara membuat projek pendawaian yang besar.
b) Membuat pendawaian tambahan.
c) Penyelenggaraan elektrik.
d) Kemahiran yang mudah dalam membuat kerja.
e) Keselamatan yang perlu dititik beratkan.
Kemahiran ini benar-benar memberikan motivasi kepada saya untuk menamatkan
pengajian saya di semester akhir dengan jayanya dan seterusnya melangkah ke alam
pekerjaan yang sebenar. Program lathan ini juga membolehkan saya menyesuaikan
diri dengan pergaulan antara rakan-rakan sekerja. la banyak mengajar saya agar
lebih menitik beratkan hal-hal hubungan sosial tidak kira dengan pihak atasan
mahupun pekerja am. Namun demekian sifat ingin tahu juga amat penting bagi
memebolehkan saya mengumpul seberapa pengalaman dan pengetahuan. Tahap
keyakinan saya juga ada bertambah dan kini memebuatkan saya lebih bersedia untuk
menempuh di alam pekerjaan yang sebenar.

47

RUJUKAN
a) http://laporanringkas.blogspot.my/2013/07/latar-belakang-ppas.html
b) http://www.slideshare.net/rizalshah94/contoh-laporan-latakhir
c) http://aamirulasyrafarizaareiys.blogspot.my/p/bab-2-latar-belakang-
syarikat.html
d) http://shalwanimohamed.blogspot.my/p/bab-2-ringkasan-aktiviti_19.html
e) https://www.scribd.com/doc/52219765/LAPORAN-LATIHAN-
PRAKTIKAL
f) http://www.slideshare.net/rizalshah94/contoh-laporan-latakhir
g) http://www.slideshare.net/rizalshah94/contoh-laporan-latakhir
h) http://skill4living.blogspot.my/2010/08/mesin-kimpalan-mig.html
i) http://putu-riyadi.blogspot.my/2015/12/contoh-laporan-on-job-training-
di.html

48

LAMPIRAN
Lampiran 1 : Mendawai dan memasang soket

Lampiran 2 : Membentuk trunking dan menyambung kabel pada terminal
mesin

49

Lampiran 3 : Menukar kerangka luar (cover) pengubah
50

Lampiran 4 : Membuang kotoran dan habuk pada pemutus litar udara
51


Click to View FlipBook Version