The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rishni27, 2022-05-11 08:48:50

HIKAYAT SANG KIJANG DAN SI MONYET

cerita dongeng

HIKAYAT
SANG KIJANG

&

SI MONYET

DISEDIAKAN OLEH:
YOGGEN RAJ MURALY

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah hutan rimba yang nyaman dan segar serta
dipenuhi dengan segala jenis haiwan. Haiwan-haiwan itu bergembira merasai
keindahan alam semula jadi dalam rimba tersebut. Di alam ini, hidup seekor
kijang yang bongkak bernama Sang Kijang. Sang Kijang mempunyai sifat yang
sombong dan suka memuji dirinya kepada haiwan-haiwan yang berada di dalam
hutan itu. Sang Kijang itu juga suka memburuk-burukan haiwan lain kerana
menganggap ia adalah haiwan yang paling cantik, cemerlang dan pintar di dunia
ini. Di hutan tersebut, tinggal seekor monyet yang merupakan kawan baik kepada
Sang Kijang. Si Monyet itu memang tangkas, berayun ke sana sini dan megah
dengan kemahirannya. Si Monyet tersebut bukan seperti Sang Kijang malahan Si
Monyet itu sangat baik hati dan suka membantu haiwan-haiwan lain.



Pada suatu hari, Sang Kijang dan Si Monyet pergi mencari makanan di dalam
hutan itu. Mereka terjumpa sebuah taman indah yang penuh dengan buah-
buahan dan sayur-sayuran. Mereka masuk ke dalam taman tersebut dan
ternampak beberapa pohon rambutan yang masak ranum. Sang Kijang dan Si
Monyet cukup bertuah kerana begitu banyak biji rambutan yang gugur di atas
tanah. Maka tanpa perlu bersusah payah, Sang Kijang dan Si Monyet memakan
buah-buah itu sehingga kenyang. Setelah makan, Sang Kijang mula memuji rupa
parasnya yang cantik itu kepada Si Monyet. “Wahai kawanku Si Monyet, tengoklah
rupaku yang cantik ini. Aku mempunyai struktur badan yang cantik, kurus dan
mempunyai tanduk yang menarik,” kata Sang Kijang kepada Si Monyet dengan
penuh rasa kebanggaan. Si Monyet itu diam dan hanya tersenyum pada Sang
Kijang.



Sang Kijang tidak berhenti memuji dirinya lalu mula mengejek rupa Si Monyet.
“Hahaha, Si Monyet kenapa kau kelihatan gemuk, hodoh dan mempunyai ekor
yang panjang begini?” kata Sang Kijang kepada Si Monyet lalu ketawa dengan
kuat. Si Monyet tersebut mempertahankan dirinya bahawa dia kelihatan cantik
dengan caranya tersendiri. Kedua-dua Sang Kijang dan Si Monyet bertengkar
seketika. Si Monyet berpendapat bahawa Sang Kijang bersalah dalam hal ini
dengan menyatakan bahawa “tiada sesiapa yang hodoh dalam dunia ini dan
Tuhan melahirkan semua haiwan dengan cantik. Jangan bangga terhadap diri
kamu, nanti kamu akan menerima padah dan kerugian pada suatu hari nanti.”
Lantas Sang Kijang menjawab “kamu tidak percaya akan saya. Marilah, aku akan
tunjukkan siapa yang paling cantik dalam rimba ini.”



Maka Sang Kijang pun membawa Si Monyet ke sebuah kolam yang berada dalam
taman tersebut. Kedua-dua Sang Kijang dan Si Monyet melihat bayang-bayang
mereka di dalam kolam itu. “Oh, cantiknya rupaku!” bisik dalam hati Sang Kijang.
Lalu Sang Kijang pun memberitahu kepada Si Monyet bahawa Si Monyet sudah
ketahui tentang kecantikan Sang Kijang. Namun begitu, Sang Kijang tidak
berpuas hati dengan kecantikan yang dimilikinya itu. Oleh itu, Sang Kijang
mengajak Si Monyet berjumpa dengan hampir semua haiwan di rimba itu. Dalam
perjalanan, mereka bersua dengan seekor kura-kura lalu bertanya tentang
kecantikan mereka berdua. “Hai, Si Kura-kura! Bolehkah engkau memberitahu
siapa yang paling cantik antara kami berdua?” tanya Sang Kijang kepada Si Kura-
kura. Lalu Si Kura-kura pun menjawab Sang Kijang lebih cantik daripada Si
Monyet.



Selepas itu, Sang Kijang dan Si Monyet terjumpa Sang Arnab dan Si Merak.
Mereka pun memberi jawapan sama seperti Si Kura-kura. Setelah mendengar
pendapat hampir semua haiwan, Si Monyet pun berasa sedih tetapi Sang Kijang
terlalu gembira. Matahari pun mula terbenam. Si Monyet menangis lalu pulang ke
rumah. Ibu Si Monyet menanya tentang kesedihan anaknya itu. Si Monyet pun
menjawab, “Ibu, aku haiwan yang paling hodoh dalam rimba ini. Semua kawanku
menyatakan bahawa Sang Kijang lebih cantik berbanding aku.” Ibu Si Monyet pun
menenangkan Si Monyet supaya dia bersabar dan tabah menghadapi dugaan.
“Wahai anakku, janganlah bersedih dalam hal ini. Tuhan akan menzahirkan
kesyukuran kepadamu,” pujuk ibu Si Monyet. Pada keesokan harinya, seperti
biasa Sang Kijang dan Si Monyet pergi mencari makanan dalam rimba itu. Mereka
menikmati buah-buahan enak yang terdapat dalam rimba itu.



Sedang menikmati buah-buahan tersebut, tiba-tiba mereka melihat liukan semak
samun yang berdekatan dengan mereka. Mereka melihat di sekeliling tetapi tiada
sesiapa pun di situ. Namun begitu, Si Monyet sedar akan Sang Kijang untuk
melepaskan diri daripada bahaya. “Roarrr! Roarrr! Habislah kau berdua. Kamu
berdua pasti tidak boleh terlepas daripada terkaman aku.” kata Sang Belang
dengan ngauman yang kuat. Lalu seekor harimau melompat keluar dari semak dan
mula mengejar Sang Kijang dan Si Monyet itu. Si Monyet berlari dengan pantas
lalu memanjat sebatang pokok dan bergayut dari sebatang dahan ke sebatang
dahan yang lain. Manakala Sang Kijang juga berlari sepantas mungkin. Sedang
Sang Kijang berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-
dahan sebatang pokok yang rendah. Sang Kijang meronta-ronta untuk melepaskan
tanduknya daripada dahan-dahan itu. Sang Kijang itu bertambah cemas apabila
kedengaran ngauman Sang Belang yang semakin lama semakin dekat.



Sang Kijang tidak boleh berlari selepas itu lalu menjerit untuk meminta
pertolongan. Pada ketika itu, Si Monyet bergayut pada dahan yang berdekatan
dengan tanduk Sang Kijang tersangkut. Maka Si Monyet pun membantu Sang
Kijang cepat-cepat mengeluarkan tanduk daripada dahan lalu mereka pun
melarikan diri daripada situ. Tanduk Sang Kijang telah patah sedikit
menyebabkan tanduknya tidak begitu cantik dan menarik pada pandangan
haiwan-haiwan lain. Akhirnya, Sang Kijang sedar bahawa dia tersalah atas
kecantikan dirinya lalu memohon maaf kepada Si Monyet. Sang Kijang sekali lagi
sedar bahawa dia tidak sepatutnya mengejek atas rupa paras sesiapa pun kerana
ia tidak akan membantu seseorang daripada terkena bahaya. Iktibar yang
diperoleh daripada cerita ini ialah ‘Jangan menilai diri seseorang berdasarkan
gambaran fizikal semata-mata.’


Click to View FlipBook Version