The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BENGKEL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU STPM DAERAH JOHOR TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by terimakasihcikgu, 2022-01-15 05:14:47

BENGKEL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU STPM DAERAH JOHOR TAHUN 2022

BENGKEL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU STPM DAERAH JOHOR TAHUN 2022

BENGKEL KECEMERLANGAN

BAHASA MELAYU STPM SEMESTER 1
DAERAH JOHOR BAHARU TAHUN 2022

15 JANUARI 2022 10:00 PAGI – 12:00 TENGAH HARI

Dalam Talian

Penceramah
Cikgu Zulkarnain Farihin Abdullah

KOMPONEN BM KERTAS 1 (910/1)

BAHAGIAN JENIS MARKAH SASARAN

A Objektif 20% Mesti Betul 15 soalan

B Pemikiran Skor 6-10 markah

10%Kritis dan

Analitis

Pemikiran 20% Dua bahagian ini mesti
Kritis dan dijawab dengan baik.
Analitis (Esei 70%
Pendek 150 Gagal bahagian ini
patah kata) bermakna gagal BM Kertas

1 (910/1) Penggal 1

C Penulisan 50%
Karangan 100

JUMLAH

BAHAGIAN C
PENULISAN
KARANGAN

50%

JUMLAH SOALAN BM PENGGAL 1
PATAH KATA STPM SUKATAN BAHARU
JUMLAH DIJAWAB
3

BM PENGGAL 1
STPM SUKATAN BAHARU

600 - 650

BM PENGGAL 1
STPM SUKATAN BAHARU

1

Kerelevanan 1. Pendahuluan (3 markah)
21 markah 2. Isi karangan (15 markah)

(1 isi = 3 markah)
3. Penutup (3 markah)

Penilaian Pengolahan 1. Jumlah patah perkataan
Karangan 14 markah 2. Aspek pemerengganan
3. Koheren dan kohesi huraian
STPM Bahasa 4. Fakta yang tepat
15 markah 5. Tiada kesalahan semantik
6. Isi – TR/ UL/ X

1. Kesalahan sintaksis
- lewah
- ayat berbelit-belit
- ayat salah semantic
- ayat salah fakta



KELEMAHAN ASAS

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN BM 910/1

1. Banyak faktor berlakunya kes buli dalam kalangan
murid-murid sekolah di negara kita. Jelaskan faktor-
faktor tersebut.

2. Penjagaan kesihatan diri amatlah penting. Bincangkan
kesan-kesan yang akan berlaku jika kita mengabaikan
aspek penjagaan kesihatan diri.

3. Media sosial banyak mendatangkan pengaruh negatif
kepada remaja. Huraikan langkah-langkah yang perlu
diambil untuk mengelakkan pengaruh negatif media
social terhadap para remaja.

PENDAHULUAN
TIDAK TEPAT

KELEMAHAN MEMBINA PENDAHULUAN KARANGAN 1

Banyak faktor berlakunya kes buli dalam kalangan murid-murid
sekolah di negara kita. Jelaskan faktor-faktor tersebut.

Kejadian buli semakin menakutkan kita semua di seluruh
negara ini kerana selalu tergemparkan oleh kes buli sejak akhir-akhir
ini. Pembuli yang tidak berdisiplin itu kebanyakannya para pelajar-
pelajar sekolah yang masih bersekolah dan harus belajar demi masa
hadapan mereka yang cerah. Mereka tergamak hati membuli kawan
yang lemah dan tidak bermaya. Contohnya, meminta wang, menghina
kawannya yang lemah itu gemuk, menumbuknya di perut sampai dia
sakit perut. Apabila sampai di rumah ibu bapanya melaporkan dia
kepada polis atau kawan-kawannya mengambil video dan viral di
facebook. Jadi, kita pun melihat mereka membuli kawan mereka di
facebook tanpa rasa malu.

KELEMAHAN MEMBINA PENDAHULUAN KARANGAN 2

Penjagaan kesihatan diri amatlah penting. Bincangkan kesan-kesan
yang akan berlaku jika kita mengabaikan penjagaan kesihatan diri.

Kesihatan ialah kehidupan yang tidak ada kesakitan dan
penderitaan. Kesihatan diri yang baik amatlah penting kepada semua
orang kerana tanpa kesihatan yang baik kita akan selalu sakit dan
tidak sihat dan ini amatlah merugikan negara kita yang sedang mahu
pesat membangunkan. Justeru itu, apakah yang harus kita lakukan
supaya kita sentiasa sihat? Ya, kita haruslah bersenam dengan kerap
pada setiap hari supaya badan kita dapat mengeluarkan toksin yang
boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Contohnya, bersenam
selama 30 minit setiap hari iaitu tiga kali seminggu. Saya akan
membincangkan kesan-kesannya jika kita mengabaikan penjagaan
kesihatan diri. Marilah kita membincangkan topik ini bersama-sama.

KELEMAHAN MEMBINA PENDAHULUAN KARANGAN 3

Media sosial banyak mendatangkan pengaruh negatif kepada remaja.
Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan
pengaruh negatif media social terhadap para remaja

Penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia telah
semakin bertambah pada setiap hari kerana wujudnya penggunaan
Internet yang semakin meluas di seluruh negara. Oleh sebab itu,
orang yang tinggal di kawasan pedalaman pun mempunyai akaun
facebook dan menghantar mesej menggunakan WhatsApp kepada
anak-anak mereka yang tinggal di bandar. Media sosial banyak
mendatangkan pengaruh negatif kepada remaja kerana mereka
boleh menonton banyak video yang ganas, ganjil, seks, dan video
tiktok. Masyarakat perlu berhati-hati apabila menggunakan media
sosial kerana boleh membawa banyak kesan negatif kepada kita
yang masih di ambang usia remaja.

ISI KARANGAN
TAK RELEVAN

CONTOH ISI KARANGAN CALON BAGI SOALAN 1

Banyak faktor berlakunya kes buli dalam kalangan murid-murid
sekolah di negara kita. Jelaskan faktor-faktor tersebut.

1. Faktor yang menyebabkan berlakunya kes buli ialah mangsa buli
tidak melaporkan kes kepada pihak sekolah

2. Pembuli melakukan kes buli secara berkumpulan kerana

terpengaruh dengan ajakan kawan.

3. Pembuli melakukan kes buli kerana tidak mahu dipulaukan
oleh kawan mereka kalau mereka tidak ikut serta.

4. Ibu bapa terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan
perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak.

5. Mangsa buli takut menceritakan masalah mereka kepada ibu
bapa kerana sudah diancam oleh pembuli.

CONTOH ISI KARANGAN CALON BAGI SOALAN 2

Bincangkan kesan yang akan berlaku jika kita mengabaikan aspek
penjagaan kesihatan diri.

1. Kita akan dipulaukan oleh rakan-rakan kerana kotor dan berbau
busuk – mulut berbau, badan berbau hamis dan berkutu

2. Kita akan mudah dijangkiti penyakit berbahaya – penyakit tiga
serangkai yang banyak mengakibatkan kematian

3. Kita akan mengeluarkan wang yang banyak untuk kos hospital
dan perubatan kerana selalu sakit

4. Jangka hayat kita tidak lama kerana cepat mati – meninggalkan
orang yang tersayang

5. Kita mudah diserang penyakit jantung dan kanser yang boleh
menyebabkan kematian.

HURAIAN ISI
KARANGAN LEMAH

CONTOH HURAIAN LEMAH ISI 1

Banyak faktor berlakunya kes buli dalam kalangan murid-murid
sekolah di negara kita. Jelaskan faktor-faktor tersebut.

Faktor yang menyebabkan berlakunya kes buli ialah mangsa
buli tidak melaporkan kes kepada pihak sekolah. Selepas dibuli
mereka diam sahaja. Mereka tidak mahu orang tahu mereka dibuli.
Mereka malu dan takut akan dibuli dengan lebih teruk jika
melaporkan kes itu kepada guru. Namun, itulah kesilapan mereka
yang paling tidak boleh diterima oleh kita. Mereka rela menanggung
derita sehinggalah mereka meninggal dunia kerana dibuli. Pada masa
itu, barulah pihak sekolah tahu yang mereka dibuli. Ibu bapa mereka
juga tahu hal yang sama. Nasi sudah menjadi bubur. Kalau yang
dibuli sudah meninggal dunia, semua orang bersedih tetapi dia yang
terlebih dahulu merasai sedih dan orang tidak tahu dia menanggung
kesedihannya sendirian.

CONTOH HURAIAN LEMAH ISI 2

Banyak faktor berlakunya kes buli dalam kalangan murid-murid
sekolah di negara kita. Jelaskan faktor-faktor tersebut.

Selain itu, melakukan kes buli ini secara berkumpulan sebab
ajakan rakan. Rakan mereka mengajak mereka membuli pelajar yang
lemah dan mereka pun terikut-ikut dengan rancangan jahat itu tanpa
memikirkan akibatnya. Contohnya, mereka meminta wang dari pelajar
Tingkatan 1, jika mangsa tidak mahu memberikan wang, mereka akan
menumbuk mangsa dengan kejam secara beramai-ramai. Hal ini
demikian kerana mereka terikut-ikut dengan rakan mereka. Kalau
mereka disuruh satu lawan satu dengan mangsa buli, mereka
mungkin tidak berani kerana kemungkinan mereka akan kalah. Sudah
terang lagi bersuluh, mereka sebenarnya penakut. Kalau begitu,
janganlah membuli orang lain kalau tidak berani.

CONTOH HURAIAN LEMAH ISI 3

Banyak faktor berlakunya kes buli dalam kalangan murid-murid
sekolah di negara kita. Jelaskan faktor-faktor tersebut.

Rasionalnya, kalau mereka tidak menyertai aktiviti kawan
mereka membuli pelajar lain mereka akan dipulaukan. Justeru,
mereka tidak mahu dipulaukan oleh kawan mereka. Oleh itu, mereka
pun bersama-samalah membuli pelajar yang rela dibuli oleh mereka.
Mereka sebenarnya kurang didikan agama dan nilai-nilai murni
kerana langsung tidak mempunyai rasa kasih sayang. Mereka belum
lagi dewasa tetapi sudah berani membuli orang lain dengan sangat
kejam. Mereka hanyalah tidak mahu dipulaukan. Mereka tidak
sepatutnya membuli. Mereka perlu hadir perjumpaan kokurikulum di
sekolah kerana itulah yang penting. Guru boleh mengajar mereka
memasak nasi, kuih, dan lain-lain. Dengan ini, jelaslah bahawa
mereka memang susah membuli

CONTOH HURAIAN LEMAH ISI 4

Banyak faktor berlakunya kes buli dalam kalangan murid-murid
sekolah di negara kita. Jelaskan faktor-faktor tersebut.

Selanjutnya, mereka menjadi pembuli kerana ibu bapa mereka
terlalu sibuk bekerja sehingga tiada perhatian terhadap anak-anak.
Mereka bekerja dari awal pagi hingga balik lambat pada waktu malam.
Pada masa mereka balik, anak-anak mereka sudah pun tidur. Mereka
hanya berjumpa sekejap-sekejap dengan ibu bapa mereka yang sibuk
itu. Ibu bapa mereka memang kuat bekerja untuk mendapatkan harta.
Harta itu seolah-olah lebih besar nilainya daripada anak-anak yang
tidak dijaga dan hidup sendirian bersama pembantu rumah. Oleh itu,
ibu bapa harus meluangkan masa bersama anak-anak mereka supaya
anak mereka tidak akan menarik perhatian mereka dengan melakukan
masalah sosial yang meruncingkan.

CONTOH HURAIAN LEMAH ISI 5

Banyak faktor berlakunya kes buli dalam kalangan murid-murid
sekolah di negara kita. Jelaskan faktor-faktor tersebut.

Jika kita dibuli maka kita perlu menceritakan hal itu kepada
ibu bapa mereka supaya masalah sebegitu boleh diselesaikan
dengan segera. Ibu bapa hendaklah membantu anak mereka sendiri.
Tidak akan ada ibu bapa yang suka melihat anak mereka dibuli oleh
anak orang lain di sekolah. Oleh itu, selepas mendengar cerita itu
maka mereka pun datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Tuan
Pengetua bagi membincangkan kes buli. Tetapi, ramai anak yang
dibuli tidak mahu menceritakan sebab mereka dibuli kepada ibu bapa
mereka. Mereka sepatutnya tidak bertindak begitu. Jika mereka tidak
menceritakan hal itu kepada ibu bapa maka mereka akan hilang
banyak hak. Pihak sekolah akan memberikan kerjasama kepada ibu
bapa yang melaporkan kes itu kepada pihak sekolah.

CONTOH
PENUTUP
KARANGAN

CONTOH PENUTUP KARANGAN YANG LEMAH

Banyak faktor berlakunya kes buli dalam kalangan murid-murid
sekolah di negara kita. Jelaskan faktor-faktor tersebut.

Kesimpulannya, kejadian buli ini mesti dikawal dan
tidak boleh dibiarkan berleluasa di negara kita. Mereka
yang terlibat dengan kes buli harus dihukum dengan
setimpal. Kempen janganlah membuli kawan harus
diadakan di semua sekolah agar murid-murid tidak akan
membuli kawan-kawannya. Janganlah membuli kawan-
kawan kita. Mereka juga manusia yang ingin hidup bahagia.
Perbuatan membuli harus dimusnahkan dari semua
sekolah di Malaysia.

CONTOH PENUTUP KARANGAN YANG LEMAH

Banyak faktor berlakunya kes buli dalam kalangan murid-murid
sekolah di negara kita. Jelaskan faktor-faktor tersebut.

Kesimpulannya, terdapat lima perkara yang telah
dihuraikan di atas tentang faktor-faktor yang menyebabkan
buli, iaitu mangsa buli tidak melaporkan kes buli, pembuli
terpengaruh dengan rakan sebaya, pembuli takut
dipulaukan, ibu bapa yang sibuk bekerja, dan mangsa buli
enggan bercerita tentang buli kepada ibu bapa mereka. Kita
mesti menangani kes buli. Memberikan hukuman yang
keras amat penting. Selain daripada itu, murid yang
membuli ini perlu diberikan bimbingan dan kaunseling.

CADANGAN TEKNIK MENULIS
KARANGAN YANG BETUL

SOALAN KARANGAN

Media sosial banyak membawa
pengaruh negatif kepada remaja.
Huraikan langkah-langkah yang
perlu diambil untuk mengelakkan
pengaruh negatif media sosial
terhadap para remaja.

MEMAHAMI CARA
MENJAWAB SOALAN
BERDASARKAN TUGASAN

KARANGAN

TUGASAN 1: SEBAB/ PUNCA/ FAKTOR

• Masalah buli berlaku disebabkan kelemahan
institusi kekeluargaan. Sejauh manakah anda
bersetuju dengan pernyataan ini?

Apabila menghuraikan punca
calon TIDAK BOLEH

memberikan huraian yang
berbentuk cadangan

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Contoh huraian yang salah

Masalah buli di sekolah memang berpunca daripada
kelemahan institusi kekeluargaan. Ibu bapa gagal
mendidik anak-anak kerana sibuk bekerja. Mereka
seharusnya mendidik anak-anak dengan betul. Mereka
mesti memberikan perhatian dan kasih sayang yang
secukupnya. Mereka tidak boleh menyerahkan tugas
mendidik anak kepada orang gaji sahaja. Mereka mesti
memberikan didikan agama yang secukupnya kepada
anak-anak. Jelaslah bahawa ibu bapa mesti sedar tugas
mendidik anak perlulah diberikan keutamaan agar mereka
tidak membuli pelajar lain di sekolah.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Contoh huraian yang betul

Masalah buli di sekolah memang berpunca
daripada kelemahan institusi kekeluargaan. Ibu
bapa gagal mendidik anak-anak kerana sibuk
bekerja. Sesetengah ibu bapa terlalu menyebelahi
anak-anak sehingga sanggup bergaduh dengan
orang yang melaporkan kesalahan anak mereka.
Oleh itu, anak-anak sebegini cenderung membuli
murid lain di sekolah kerana mereka tahu mereka
akan dilindungi oleh ibu bapa mereka. Satu lagi

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

• Contoh huraian yang betul

Punca pelajar membuli di sekolah kerana mereka
ingin menarik perhatian ibu bapa mereka yang
langsung tidak memperdulikan mereka. Mereka
tiada tempat untuk mengadu dan berkongsi
masalah yang dihadapi. Dengan membuli pelajar
lain, mereka beranggapan ibu bapa mereka akan
sedar. Jelaslah bahawa pembuli yang cenderung
membuli pelajar lain di sekolah berpunca daripada
kelemahan institusi kekeluargaan.

TUGASAN 2: LANGKAH/CARA/CADANGAN

• Pada pandangan anda, apakah langkah-
langkah yang perlu diambil untuk mengatasi
masalah pencemaran sungai di negara kita?

Apabila menghuraikan
langkah calon MESTI
memberikan huraian yang
berbentuk cadangan

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Contoh huraian yang salah

Pada pandangan saya, masyarakat perlu menghentikan
tabiat membuang sampah sarap ke dalam sungai.
Contohnya, membuang sisa plastik, peti sejuk, almari,
dan lain-lain peralatan di rumah yang sudah rosak ke
dalam sungai. Akibatnya, sungai penuh dengan sampah
sarap hingga tersumbat dan tidak boleh bergerak.
Keadaan ini amatlah buruk dan sikap sebegini amatlah
menyalahi undang-undang alam sekitar. Mereka
menganggap tindakan membuang sampah sarap itu
mudah dilakukan. Tetapi sebenarnya mereka salah
anggapan. Mereka boleh menyebabkan sungai tercemar.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Contoh huraian yang salah

Pada pandangan saya, masyarakat perlu menghentikan
tabiat membuang sampah sarap ke dalam sungai. Kita
tidak dapat menafikan bahawa tahap kesedaran
masyarakat kita dalam hal ini amatlah rendah. Mereka
harus sedar perbuatan membuang sisa plastik, peti sejuk,
almari, dan lain-lain peralatan di rumah yang sudah rosak
ke dalam sungai adalah salah. Masyarakat perlu tahu
bahawa sampah sarap yang dibuang itu nanti akan
mengakibatkan sungai tersumbat dan pergerakan air
akan menjadi pelahan. Apabila hujan lebat turun, banjir
mudah berlaku di sesetengah tempat.

TUGASAN 3: KESAN/ AKIBAT/ IMPAK

Fenomena jerebu yang melanda negara kita telah
mendatangkan pelbagai kesan buruk. Huraikan kesan-
kesan jerebu kepada masyakatat dan negara.

Apabila menghuraikan KESAN calon
BOLEH (PUNCA+KESAN) tetapi

TIDAK BOLEH memberikan huraian
yang berbentuk cadangan

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Contoh huraian yang salah

Pada pandangan saya, jerebu akan mengakibatkan
aktiviti harian masyarakat terjejas. Apabila Indeks
Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau
membahayakan mereka tidak boleh melakukan aktiviti
luar. Mereka mesti berada di rumah dan tidak boleh turun
bekerja. Semua program-program penting negara perlu
dihentikan dengan segera kerana ditakuti orang ramai
akan sakit. Kerajaan harus mengeluarkan arahan perintah
berkurung di rumah demi menjaga kesihatan dan
menjamin kesejahteraan hidup rakyat jelata. Jerebu ini
mesti diatasi segera agar aktiviti harian kita tidak terjejas.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Contoh huraian yang salah

Pada pandangan saya, jerebu akan mengakibatkan aktiviti
harian masyarakat terjejas. Apabila Indeks Pencemaran
Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau
membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak
digalakkan. Sebagai contohnya, sekolah terpaksa ditutup
di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu demi menjamin
kesihatan pelajar. Program-program dan acara luar seperti
sukan, terpaksa dibatalkan. Jika IPU mencecah di tahap
amat berbahaya, kilang-kilang dan pejabat-pejabat pun
turut ditutup. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah
jerebu akan menganggu aktiviti harian di negara kita.

TEKNIK
MENULIS
PENDAHULUAN

TIGA KOMPONEN
PENDAHULUAN KARANGAN

TEMA

ISU

TUGASAN

SOALAN KARANGAN

Media sosial banyak membawa
pengaruh negatif kepada remaja.
Huraikan langkah-langkah yang
perlu diambil untuk mengelakkan
pengaruh negatif media sosial
terhadap para remaja.

TIGA KOMPONEN
PENDAHULUAN KARANGAN

TEMA Media sosial

ISU Pengaruh negatif media sosial
terhadap para remaja

TUGASAN Langkah-langkah yang perlu dilakukan
untuk mengelakkan remaja daripada
pengaruh negatif media sosial

TIGA KOMPONEN
PENDAHULUAN KARANGAN

TEMA - Saluran komunikasi moden popular di dunia
ISU - Aplikasi yang berasaskan internet
- Contoh: Facebook, WhatsApp, Instagram,

Tiktok dan lain-lain

- Membazir masa – ketagihan media social
- Medan untuk bergaduh dan menfitnah
- Penyebaran budaya songsang dan

hendonisme berleluasa

TUGASAN Langkah-langkah yang perlu dilakukan
untuk mengelakkan remaja daripada
pengaruh negatif media sosial

MENJANA IDEA
UNTUK MEMIKIRKAN

ISI KARANGAN
YANG RELEVAN DENGAN
ISU UTAMA DAN TUGASAN

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk
mengelakkan remaja daripada pengaruh negatif
media sosial

1. Ibu bapa harus memainkan peranan untuk memastikan
anak-anak menggunakan media sosial dengan selamat.

2. Kerajaan harus mengawal dan menapis maklumat yang
tersebar di media sosial.

3. Pihak berwajib harus aktif mengadakan pelbagai program
untuk mendidik remaja menggunakan media sosial dengan
betul.

4. Remaja yang ketagih menggunakan media sosial mesti
diberikan bimbingan dan kaunseling.

5. Media massa harus menyebarluaskan kesan negatif akibat
penggunaan media sosial yang melampau.

TEKNIK
MENULIS ISI
KARANGAN
YANG RELEVAN

ISI 1 HURAIAN

APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA

1. Ibu bapa 2. Tindakan - 3. Untuk 4. Kesannya,
harus Menghadkan memastikan anak-anak tidak
memainkan masa anak-anak anak-anak melakukan
peranan untuk menggunakan menggunakan perkara yang
memastikan media sosial media sosial tidak berfaedah
anak-anak untuk hal yang
menggunakan penting sahaja 7. Dapat
media sosial mengelakkan
dengan 5. Tindakan - 6. Untuk anak-anak
selamat Memantau Memastikan daripada
penggunaan pergaulan anak- membaca /
media sosial anak di media menonton
anak mereka sosial terkawal perkara yang
menyesatkan

ISI 2 HURAIAN

APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA
1. Peranan
kerajaan 2.Kuatkuasakan 3. Mereka yang 4. Remaja tidak
undang-undang
untuk mengawal menyalahgunakan berani
selia pelakuan
negatif remaja media sosial menggunakan
dalam media
sosial dapat media sosial

ditangkap dan untuk tujuan

dikenakan negatif

hukuman

5. Menyekat 6. Remaja amat 7. Tidak

laman web yang mudah tertarik berpeluang

berunsurkan dengan laman untuk melayari

seks, ajaran sesat, web yang laman web

budaya berunsurkan atau menonton

hendonisme lucah, gaya video yang

hidup bebas tidak elok

ISI 3 HURAIAN

APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA

1. Pihak 2. Jabatan Belia 3. Remaja tahu 4. Ramai
berwajib harus dan Sukan menggunakan berniaga untuk
aktif mengadakan media sosial menjana
mengadakan bengkel dengan betul pendapatan
pelbagai penggunaan dan dari media
program media sosial bermanfaat sosial
mendidik
remaja 5. Program 6. Galakkan 7. Remaja yang
menggunakan kerohanian dan kepada remaja soleh dan
media sosial keagamaan untuk bersahsiah
dengan betul menggunakan menghayati terpuji dapat
media sosial ajaran agama dilahirkan
masing-masing

ISI 4 HURAIAN

APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA

1. Remaja yang 2. Memberikan 3.Menerangkan 4. Sedar

kemaruk bimbingan dan akibat buruk bahawa

menggunakan kaunseling jika tabiat perbuatan

media sosial serta khidmat tersebut mereka sia-sia

dengan tujuan nasihat dilakukan sahaja dan

yang tidak baik 5. Mengajak 6. Remaja 7. Remaja
harus sedar dapat
remaja kehidupan di mengimbangi
dipulihkan – melakukan luar media masa antara
berpenampilan kerja-kerja sosial lebih media sosial
seksi, mencaci kebajikan, indah dan dengan aktiviti
dan mengutuk, bersenam dan menarik lain yang lebih
memfitnah
bersukan

berfaedah

ISI 5 HURAIAN

APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA

1. Media massa 2. Menyiarkan 3. Remaja tahu 4.Lebih berhati-
risiko yang hati apabila
harus berita tentang dihadapi jika menggunakan
salah media sosial
menyebarluaskan penangkapan menggunakan
media sosial 7. Gunakan
akibat pesalah yang media sosial
6. Remaja akan untuk berniaga,
penggunaan menggunakan mempelajari menonjolkan
sesuatu dari bakat
media sosial media sosial media massa terpendam dan
berkaitan sebagainya
yang 5. Menyiarkan dengan media
melampau di akhbar sosial

tentang cara-

cara

menggunakan

media sosial


Click to View FlipBook Version