The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

234198370-Bab-3-Kesenggangan-Dan-Rekreasi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ash Azanie, 2020-11-22 08:03:51

234198370-Bab-3-Kesenggangan-Dan-Rekreasi

234198370-Bab-3-Kesenggangan-Dan-Rekreasi

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

BAB 3 – KESENGGANGAN DAN
REKREASI

3.1 – Konsep Kesenggangan dan Rekreasi

3.2 – Faktor Penglibatan Individu dalam
Aktiviti Kesenggangan dan Rekreasi

3.3 – Perkhidmatan aktiviti Kesenggangan
dan Rekreasi

3.4 – Faedah Penglibatan dalam aktiviti
Kesenggangan dan Rekreasi

3.5 – Pengurusan Risiko

3.6 – Perkhemahan

SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mentakrifkan maksud kesenggangan;
b) Mentakrifkan maksud rekreasi;
c) Membandingkan kesenggangan dan

rekreasi.

Kesenggangan adalah masa terluang yang
digunakan untuk melakukan aktiviti yang
menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada
seseorang individu.

Terdapat 3 jenis masa yang boleh dimanafaatkan
oleh individu:-

i. Masa terluang (free-time)
ii. Masa senggang (leisure time)
iii. Penggunaan masa lapang

Kesenggangan dilakukan ketika difikirkan perlu
mengikut keadaan, kemudahan dan bilangan individu
yang terlibat melakukan sesuatu aktiviti.

Aktiviti kesenggangan mungkin berbeza antara
seseorang individu bergantung pada faktor-faktor
yang berkaitan dengan kepentingan, tempat tinggal
dan cara kehidupan seseorang.

Pembahagian aktiviti pula dapat dirujuk kepada
aktiviti di dalam rumah, persekitaran semulajadi,
pendidikan, kebudayaan, sukan, sikap dan social.

• Biasanya diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan otak.
Terdapat juga yang gemar dengan aktiviti yang produktif seperti
melukis, menggubah lagu dan sebagainya.

• Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle :
i. Senggang sebagai keseronokan
ii. Senggang sebagai kerja
iii. Senggang sebagai aktiviti
iv. Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri
v. Keseronokan dan kepuasan
vi. Kesukarelaan (menjaga rumah orang tua, BSMM dsb)
vii. Konstruktif (membina model, menganjur jualan amal)

• Menurut Kelly (1982), Rekreasi berasal daripada
istilah bahasa Latin iaitu “recreatio" bermaksud
pemulihan dan pemuliharaan.
(restoration / recovery).

• Penggunaan masa lapang untuk mewujudkan
keseronokan, bersama ahli keluarga atau aktiviti
bukan kerja.

• Aktiviti masa lapang yang membina (positif), sama
ada berbentuk riadah (aktif) atau santai (pasif).
[Mohd. Salleh Aman, 2004]

• Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk
memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan
pertandingan tetapi untuk memperolehi
keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan
badan.

• Rekreasi adalah aktiviti yang boleh dilakukan di
luar rumah dan di luar sekolah. Ianya boleh
dilakukan bersama keluarga dan rakan.

REKREASI DALAM REKREASI LUAR

Merujuk kepada penyertaan Aktiviti masa senggang yang
dalam lingkungan yang dilakukan di persekitaran luar
tertutup atau separuh tertutup. melibatkan pengetahuan dan
apresiasi sumber – sumber
 Badminton semulajadi
 Drama
 Tarian  Perkhemahan / outdoor living
 Gymnasium  Aktiviti berisiko
 dan sebagainya.  Pemuliharaan
 Berorientasi Alam semulajadi
 Sukan Outdoor

Seseorang individu melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi
adalah kerana:-

• Kepuasan kendiri (personal filfillment)

• Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku,
ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan
bangsa dan negara.

• Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika.

• Hubungan manusia yang demokratik.

• Pembentukan personaliti dan sikap positif serta
berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan
kesenggangan.

1. REKREASI
FIZIKAL

Merupakan sebarang aktiviti
yang menggunakan tenaga
fizikal dan mencabar
ketahanan fizikal peserta.

contoh – joging, berbasikal,
berenang, kembara dan
sebagainya.

2. REKREASI SUKAN

Menitikberatkan penyertaan
atas pilihan sendiri supaya peserta
berasa seronok, puas hati dan dapat
bersosial.

Dijalankan dalam bentuk
pertandingan, tetapi memburu
“kejuaraan” bukanlah menjadi
keutamaan. Matlamat akhir ialah
nilai “kesejahteraan”.

Contoh – bowling, gasing dan
sebagainya.

3. REKREASI MENTAL
/ LINGUISTIK

Rekreasi yang melibatkan
penggunaan mental dan
keupayaan linguistik dan
mekanisme komunikasi.

Contoh – membaca, menulis,
bercerita, analisa,
mentelaah

4. REKREASI SOSIAL

Rekreasi ini mengutamakan
aktiviti kerjasama dan
penglibatan peserta dalam
aktiviti adalah berdasarkan minat
dan tujuan yang sama dan tidak
bersifat pertandingan.

Contoh – sukaneka, pasaria,
tamu minggu dan sebagainya.

5. REKREASI TERAPEUTIK

Rekreasi yang merehatkan
serta dapat merangsangkan
tindakbalas emosi yang
memberikan individu
kesejahteraan dan
kedamaian.

Contoh –
i. Muzik – J’robik, senamrobik
ii. Gerak tari – yoga, tai chi
iii. Drama - teater, pantomi

ASPEK KESENGGANGAN REKREASI

1. Takrif

2. Definisi

3. Konsep
4. Bentuk

Penyertaan
5. Faedah

SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-

a) Memerihalkan faktor intrapersonal (dalaman) seperti
kesediaan diri, sifat, sikap, dan minat yang mempengaruhi
dan menghalang penglibatan dalam aktiviti kesenggangan
dan rekreasi;

b) Memerihalkan faktor interpersonal (luaran) seperti rakan
sebaya, keluarga, masyarakat, dan lain-lain yang
mempengaruhi dan menghalang penglibatan dalam aktiviti
kesenggangan dan rekreasi;

c) Memerihalkan faktor struktur seperti prasarana dan
persekitaran, kewangan, dan lain-lain yang mempengaruhi
dan menghalang penglibatan dalam aktiviti kesenggangan
dan rekreasi.

Penglibatan individu dalam aktiviti kesenggangan
dan rekreasi dipengaruhi oleh beberapa faktor yang jelas.

Secara kasar faktor-faktor ini akan mempengaruhi
bilangan, jenis, kaum dan banyak lagi apabila sesuatu
aktiviti kesenggangan dan rekreasi dilaksanakan.

Antara faktor yang mempengaruhi penglibatan
individu dalam aktiviti kesenggangan dan rekreasi ialah :-

i. Faktor Intrapersonal ( Dalaman Individu )
ii. Faktor Interpersonal ( Luaran Individu )
iii. Faktor Struktur ( Prasarana dan Infrastruktur )

• Folk – tarian etnik • Drama kreatif
• Sosial / popular – • Musikal / opera
• Puppetry – Finger puppets, mask
pertandingan tarian • Radio/filem/tv
• Tap – persembahan tarian • Pantomime
• Ballet • Bacaan dramatik – choral
• Moden
speaking bercerita
Satu bentuk ekspresi melalui
pergerakan. Ia merupakan Membenarkan kita mentafsirkan
respon kepada ritma. Boleh persekitaran dan perasaan
menimbulkan keseronokan terhadap orang lain.
kepada penonton dan penari.

• Melukis dan melakar • Memberikan ruang kepada
• Membuat barang kemas individu untuk mengekspresi dan
• Mencetak kreativiti.
• Mengukir
• Mengecat • Kreativiti adalah keperluan
• Kerja-kerja membuat manusia yang sejagat dan
seringkali dilihat sebagai
barang kulit mempunyai kaitan dengan identiti
• Menggambar seseorang.
• Membuat pasu
• Ia dapat mengurangkan tekanan
emosi dan memberi impak
kepada reaksi psikologikal dan
tingkahlaku.

Antara faktor Intrapersonal yang mempengaruhi
seseorang individu dalam melibatkan diri dalam
aktiviti – aktiviti kesenggangan dan rekreasi
termasuklah :-

a) Kesediaan diri (ready)
b) Sifat (condition)
c) Sikap (attitude)
d) Minat (interest)

Faktor Interpersonal merupakan elemen persekitaran
yang akan mempengaruhi penglibatan individu dalam
penglibatan dalam aktiviti – aktiviti kesenggangan
dan rekreasi. Antaranya ialah :-

a) Rakan sebaya (peers)
b) Keluarga (families)
c) Masyarakat (communities)
d) Lain-lain (others)

a) Prasarana – termasuk kemudahan sukan, stadium,
gelanggang permainan dan peralatan.

b) Persekitaran – merupakan sambutan masyarakat,
pertandingan, pendedahan permainan / sukan.

c) Kewangan – peruntukkan kewangan, peralatan sukan,
sokongan elaun, pengadil dan teknikal.

d) Infrastruktur – gelanggang yang selamat, mudah di akses,
mudah dihubungi, lengkap dengan elektrik dan air.

e) Lain-lain – termasuklah keselamatan, jaminan kerjaya,
peminat sukan dan sebagainya.



SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-

a) Mengenal pasti agensi utama dan tempat yang
menawarkan perkhidmatan aktiviti kesenggangan dan
rekreasi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis
Daerah/Majlis Perbandaran), Jabatan Perhutanan dan
Perhilitan, pihak Non Goverment Organisation (NGO),
hotel, institut pengajian tinggi dan lain-lain;

b) Mengenal pasti perkhidmatan yang disediakan oleh agensi
utama aktiviti kesenggangan dan rekreasi seperti trek
joging, tapak perkhemahan, aktiviti berasaskan air (kayak,
renang, dan kenu), dan aktiviti berasaskan darat (mendaki,
menjelajah, ekspedisi, menjejak dan lain-lain).

Masyarakat kini menyedari betapa pentingnya
aktiviti kesenggangan dan rekreasi bagi
mengimbangi kehidupan kota yang kian mencabar.

Arus kemodenan merupakan elemen penyebab
kepada kadar penyakit jiwa yang tinggi, pengurusan
stres yang tidak terkawal dan banyak lagi masalah
sosial yang melibatkan kumpulan pelajar hinggalah
dewasa.

Oleh yang demikian, semua pihak harus
berusaha menyediakan tempat, perkhidmatan-
perkhidmatan kesenggangan dan rekreasi.

Antara badan yang menyediakan perkhidmatan kesenggangan

dan rekreasi adalah seperti :-

1) Kerajaan
• Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – MPS, DBKK dsb
• Kementerian Belia dan Sukan
• Kementerian Kesenian dan Pelancongan
• Jabatan Perhutanan dan Perhilitan
• Rainforest Discovery Centre (RDC)

2) Organisasi Bukan Kerajaan
• Syarikat-syarikat perniagaan – Sepilok Junggle Resort,

Indah Recreational Club dan sebagainya.
• IJM – pembinaan padang ragbi untuk kemajuan sukan

ragbi.
• Persatuan Pengakap – Scout Nature Park.

Antara badan yang menyediakan perkhidmatan kesenggangan

dan rekreasi adalah seperti :-
3) Hotel – Hotel

• Pusat Gimnasium
• Kolam renang
4) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) – Awam dan Swasta
• Stadium sukan
• Dewan serbaguna

5) Sekolah
• Dewan Serbaguna
• Gelanggang-gelanggang permainan
• Sukan sekolah
• dan sebagainya.

1. JOGING TREK

2. TAPAK
PERKHEMAHAN

3. AKTIVITI
BERASASKAN AIR

3. AKTIVITI
BERASASKAN AIR

4. AKTIVITI
BERASASKAN
DARAT

4. AKTIVITI
BERASASKAN
DARAT

4. AKTIVITI
BERASASKAN
DARAT

i. Luar Bandar

ii. Bandar

iii. Populasi istimewa

iv. Pembangunan program rekreasi dan kesenggangan di
Malaysia.

v. Organisasi dan pertubuhan rekreasi dan kesenggangan di
Malaysia.

SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-

a) Memerihalkan faedah kegiatan kesenggangan dan
rekreasi kepada individu dari segi sosial, fizikal,
mental, rohani, dan emosi;

b) Memerihalkan faedah kegiatan kesenggangan dan
rekreasi kepada masyarakat;

c) Memerihalkan faedah kegiatan kesenggangan dan
rekreasi kepada negara.

Aktiviti rekreasi dan kesenggangan memberi manfaat
dalam bentuk pengetahuan dan kecergasan fizikal.

Aktiviti rekreasi kurang menimbulkan pertelingkahan antara
pelaku kerana ia kurang menekankan persaingan untuk
kemenangan, penekanan adalah lebih kepada penglibatan
ramai yang boleh memupuk kesejahteraan masyarakat.

Masa aktiviti kesenggangan dan rekreasi tidak ketat seperti
dalam pertandingan sukan sebenar, pelaku boleh menarik diri
pada bila-bila masa dan ini boleh mengelakkan konflik seperti
mengganggu waktu sembahyang, tekanan cuaca dan banyak
lagi.

REKREASI

FUNGSI NILAI IMPAK
Hubungan sosial yang
TINGKAHLAKU Perubahan tingkah laku Membentuk sikap yang lebih bermakna dan
berdisiplin.
EKONOMI (pembelajaran) positif.
Peluang pekerjaan,
POLITIK Menjana ekonomi; Membentuk sikap Perubahan taraf hidup.
-perkhidmatan & berdaya saing dan ingin
SOSIO BUDAYA penjualan produk mencuba Aktiviti dapat
disebarkan secara
PERSEKITARAN Saluran untuk Membangunkan nilai- komersil.
KESIHATAN, mendapatkan tajaan nilai kepimpinan.
BANGSA DAN dan sokongan Keharmonian dan
NEGARA perpaduan kaum.
Memupuk hubungan Perpaduan kaum
yang positif antara Hormat menghormati Pengekalan keindahan
komuniti kwsn tertentu dan
peningktn insfrastruktur.
Perubahan persekitaran Menghargai
sejajar dgn keperluan kemudahan Rakyat sihat negara
kawasan utk rekreasi persekitaran maju.

Meningkatkan tahap Mengamalkan gaya
kecergasan & hidup sihat, kesedaran
mengurangkan gejala bahaya dadah.
negatif.

• Pembentukan personaliti
• Pembangunan insan
• Pembangunan negara
• Kepemimpinan
• Dinamika kumpulan
• Gaya hidup sihat
• Sosialisasi
• Pendidikan sepanjang hayat
• Kecerdasan pelbagai

1. Visual / spatial – dapat menganggar sesuatu ruang / jarak
dengan baik.

2. Logical / matematik – mahir dalam kerja berkaitan matematik.

3. Verbal / linguistic – cepat mempelajari pelbagai bahasa.

4. Musical / rythmic – berbakat dalam bidang muzik.

5. Bodily / kinesthetic – cepat mempelajari sesuatu kemahiran
pergerakan.

6. Interpersonal / social – mempunyai kemahiran sosial yang baik.

7. Intrapersonal / introspective – kemahiran menangani diri sendiri

8. Naturalist intelligences – bakat dan kepintaran (IQ) semulajadi
yang tinggi.

1. INDIVIDU
Aktiviti kesenggangan dan rekreasi boleh
memberikan keseimbangan kepada individu seperti

a) Jasmani - J
b) Emosi - E
c) Rohani - R
d) Intelek - I
e) Sosial - S
Membentuk konsep kendiri yang positif di samping
meningkatkan tahap kecergasan dan pengetahuan
kesihatan.

2. KELUARGA

Merapatkan hubungan kekeluargaan di samping mengubah
gaya hidup sosial yang lebih bermakna.

3. MASYARAKAT

Mewujudkan integrasi nasional melalui penglibatan
masyarakat dalam aktiviti rekreasi secara menyeluruh tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama.

4. NEGARA

Membentuk nilai-nilai disiplin, perpaduan dan kesejahteraan
hidup.

SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-

a) Mentakrifkan pengurusan risiko;

b) Memerihalkan kaedah pengurusan risiko seperti
pengelakan, pengurangan, pemindahan, dan
pengekalan;

c) Memerihalkan prosedur pengurusan risiko yang
meliputi mengenal pasti punca risiko dan bahaya,
membuat penilaian risiko dari segi tahap bahaya
dan kekerapan, memilih kaedah yang sesuai untuk
mengurus risiko, dan mengambil tindakan untuk
mengurangkan risiko.

Mengikut Kamus Dewan,(edisi ketiga, mukasurat 1143),
Risiko didefinisikan sebagai kemungkinan atau bahaya kerugian,
kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian.

Risiko ialah kemungkinan kerugian, kemalangan, kelemahan dan
keruntuhan dan pengurusan risiko pula didefinisikan sebagai
pengurusan menyeluruh yang proaktif dalam aktiviti bagi sesuatu
program dan kemungkinan menerima kegagalan dalam program
berkenaan. (Simmons, 1998).

Pengurusan risiko ialah proses menggunakan analisis risiko untuk
membuat keputusan bagi mencapai objektif bagi sesuatu projek
dengan menerima sebahagian daripada risiko.
(Powell dan Klien,1996).


Click to View FlipBook Version