BAB 1
Desiran ombak bersama buih-buih yang memutih, berapungan di gigian
pantai. Bola matahari tepat di atas darjah. Kelihatan juga jalur-jalur
cahayanya yang lurus menyinari seluruh alam semesta. Butiran pasir
yang halus putih berseri apabila terkena cahaya yang panas memijar.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pohon-pohon yang menghijau bagai
menari-nari, meliuk-liuk ke kiri kanan. Daun-daun berguguran. Udara
terasa begitu segar dan nyaman sekali. Aku merenung tajam ke arah
laut yang terbentang luas dan membiru. Demikian jugalah tafsirannya
dengan hidup manusia yang pasang dan surut silih berganti. Kita harus
kuat dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang.
Sekawan camar putih bebas berterbangan ke sana-sini di angkasa
nan luas. Gema suaranya hampir membelah keheningan suasana.
Sudah seminggu aku di sini. Menghadiri kursus penulisan dan
penerbitan atas arahan majikanku.
“Kursus ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan
pengalaman awak di bidang penulisan dan penerbitan. Saya harap awak
tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan demi kemajuan
syarikat ini.” Kata-kata rangsangan daripada pengurus syarikat. Minggu
depan aku akan kembali semula ke kota. Keindahan pantai Port Dickson
1
akan ditinggalkan. Entah bila aku akan kembali ke sini, masih belum
pasti.
Aku benar-benar jatuh hati pada ketenangan dan kedamaian di
sini. Kalau boleh aku tidak mahu pulang dengan tangan kosong.
Seberkas cerpen dan puisi mesti dihasilkan.
Tangan kananku pantas mencapai sebatang ranting mati. Dan
mengais-ngais bentuk empat segi di atas permukaan butiran pasir yang
halus.
Fikiranku terus berputar ligat dengan harapan agar ilham
menjelma.
“Maafkan saya kalau mengganggu.” Lamunanku segera
terpancung apabila suara gadis itu menembusi gegendang telingaku.
Aku pantas menoleh ke belakang.
Dia berdiri tercegat di sisiku macam orang yang sedang menunggu
arahan. Dia mengukir senyuman manis berbunga. Wajahnya kelihatan
cantik dan bening.
“Oh, tidak mengapa!”
2
“Boleh saya duduk?” pintanya lagi.
Aku menjawab senang:
“Silakan!” Aku pun beralih ke tepi sedikit. Perlahan-lahan dia
melabuhkan punggung di atas pohon kayu yang tumbang. Bayu yang
berhembus lembut terasa segar menyapu permukaan kulit.
“Bagaimana dengan kursus?” tanyanya sambil membetulkan
rambutnya yang panjang hitam ikal mayang hingga mencecah paras
bahu mengerbang sedikit apabila ditiup angin.
“Seronok,” balasku ringkas.
“Maksud, Azman?” Dia meminta penjelasan.
“Dapat berhubung dengan dunia luar secara lebih dekat lagi.” Aku
berterus-terang. Memang begitu sifatku semenjak dari dahulu lagi.
Tidak suka berpura-pura. Dalam hidup ini memerlukan seribu
kejujuran. Barulah diberkati oleh Tuhan.
“Selama ini Azman merasakan diri terkongkong?”
“Dalam batas-batas yang tertentu.” Dia nampaknya berasa hairan.
3
“Mengapa keadaan ini boleh timbul?” soalnya pula. Kedua-dua
bola matanya yang bulat dan bulu kening yang lentik turut terangkat.
“Demi menjadi manusia yang berakhlak sempurna.” Aku
mengalihkan pandangan ke arah laut yang membiru. Dari jauh
kelihatan sebuah kapal sedang belayar. DesSaripahsi yang dituju sudah
pasti sebuah pelabuhan. Agak lama kemudian barulah aku kembali
memalingkan muka.
“Ia mencerminkan peribadi seseorang.” Dia membetulkan tempat
duduk. Dan semakin berminat untuk meneruskan perbualan.
“Saya setuju dengan teori Saripah itu.”
“Sejak bila Azman mula menulis?” dia bertanya lagi. Macam
pemberita yang menemuramah seorang tokoh politik tanah air yang
terkenal lagaknya.
“Semenjak dari bangku sekolah lagi,” aku menjawab serentak
melunjurkan kedua-dua belah kaki.
“Teman yang selalu dibawa?” Saripah mengangkat muka.
Akibatnya bola mata kami saling berlaga.
4
“Hubungan Tuhan dengan manusia.”
Persoalan ini nyata sekali benar-benar menarik minat Saripah.
“Benar kata-kata, Azman. Antara Tuhan dengan manusia memang
sukar untuk dipisahkan.”
Tanpa berlengah lagi aku lalu mencelah:
“Tuhan maha pencipta ke atas umat manusia dan seluruh alam
fana ini.”
“Tapi yang anehnya mengapa kita kadangkala alpa?”
“Dari segi apa?” soalku. Sayup-sayup kedengaran desiran ombak
membelai pantai.
“Sebagai manusia bukankah kita dianggap kerdil di sisi-Nya.”
“Kita adalah hamba yang diwajibkan untuk mematuhi segala titah
perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.” Aku menguatkan lagi
hujah-hujah.
“Dewasa ini manusia mnampaknya semakin lalai.”
5
Aku amat mengaguminya. Dia begitu arif sekali dalam hal-hal
agama. Mungkin kerana didikan keluarga yang sempurna. Alangkah
bertuahnya kalau kau menjadi suri hidupku. Aku memasang angan-
angan. Sudah! Jangan cepat menaruh perasaan. Nanti berat jadinya.
Aku kembali menyoroti persoalan yang terhenti buat sementara
waktu.
“Memang tidak dapat dinafikan lagi kata-kata Saripah itu.”
“Dunia ini hanyalah persinggahan sementara sedangkan akhirat
jualah yang kekal buat selama-lamanya,” Saripah menyambung.
Aku menarik nafas panjang.
“Kita sebagai manusia memang bersifat lemah.”
“Biarpun kita dikurniakan akal dan fikiran.” Matanya tunak. Dia
lantas bersuara:
“Hingga tidak tahu menilai yang mana baik dan buruk,” dia cepat
memotong.
6
“Itulah antara sebabnya mengapa Tuhan menjadikan syurga yang
penuh dengan kenikmatan. Manakala neraka yang penuh dengan azab
seksa yang pedih.”
“Mereka yang sentiasa menyeru akan jalan kebaikan akan
dikurniakan ganjaran pahala yang berlebihan. Bagi mereka yang engkar
dan menyeru akan jalan kejahatan berdosa di sisi Tuhan.” Saripah
mempunyai isi-isi agama yang begitu padat sekali.
Suasana tambah dingin bila berteduh di bawah pohon yang
rendang. Bak air terjun di pinggir kali rasanya. Bahang matahari yang
panas terik hingga boleh mencairkan otak dapat ditepis.
Dia tambah ayu mengenakan baju kurung berwarna merah hati.
Dari gaya pakaiannya aku telah pun dapat membaca. Tentu keluarganya
orang berada.
“Agama menjadi pedoman hidup”.
Sekali lagi dia cepat memotong.
“Tapi yang paling menyedihkan ada golongan yang sanggup
mempersendakan agama.”
7
Aku benar-benar tak mengerti. Sama ada dia ingin menagih
kepastian. Ataupun sengaja mahu menduga aku dalam hal-hal agama.
Reaksinya tetap tenang menanti jawapan dariku.
“Mereka dianggap golongan yang jahil terhadap agama.”
Saripah diam. Dia seolah-olah sedang berfikir sesuatu. Matanya
tidak berkejip-kejip walau sedikit pun. Aku memandang ke langit yang
biru. Setelah agak lama kemudian aku menoleh semula ke arahnya.
“Politik dan ekonomi?” Pertanyaan yang keluar dari mulut Saripah.
Aku mengangguk-anggukkan kepala.
“Ada!” sambil memeluk erat tubuh.
“Akibat gilakan kuasa manusia di atas muka bumi ini sanggup
berperang.”
“Adakah ini menjadi penghalang kemajuan kepada manusia
amnya?”
“Saripah nampaknya lebih arif dalam soal ini.”
8
“Kesannya juga terhadap alam sekitar.” Hebat! Dia sangat peka
terhadap isu-isu semasam. Pemikirannya juga tinggi. Mungkin dia
banyak membaca. Inilah faedah yang akan diperolehi.
“Apakah cita-cita utama ahli politik?” Dia berwajah ceria. Sinar
matanya mencerminkan keanggunan. Kulitnya yang halus putih berseri
macam kilauan mutiara di dasar lautan.
Aku terpegun sejenak. Hingga hampir terlupa untuk menyoroti
kembali persoalan yang terhenti buat seketika.
“Keadilan dan kebenaran,” aku menjawab ringkas.
“Yang berjuang untuk membasmi kemiskinan?”
“Tumbuh macam cendawan lepas hujan.”
“Tapi ….” Dia terhenti seketika. Sehelai daun jatuh ke atas ribanya.
“Manusia mudah lupa pada janji.”
“Akibatnya pembangunan tidak tercapai,” aku tiba-tiba
menyampuk.
9
“Kita sependapat.”
“Kata orang sehati sejiwa,” aku bergurau.
Aku dan Saripah gagal mengawal hilai tawa. Kedua-dua bola
matanya kuperhatikan hampir tertutup. Begitu juga dengan kedua-dua
belah bahunya turut terangkat. Kemudian dia bersuara:
“Keluarga Azman orang berada?”
Aku pantas menggeleng-gelengkan kepala.
“Tidak!”
“Habis?” Suara Saripah tenggelam dalam deruan ombak.
“Golongan yang tidak mempunyai kemewahan,” aku menjawab
pendek.
“Macam mana pulak dengan Saripah?”
10
“Golongan yang boleh dikatakan mewah juga!” dia mengangguk-
anggukkan kepala.
“Oh, begitu!”
“Bagi saya kemewahan tidak bolah dipandang tinggi.” Dia
mengutip semula kata-kata itu.
“Jadi?”
Aku termampan dengan dugaan Saripah itu. Macam sebuah
perangkap. Ungkapan itu ternyata dalam sekali maksudnya. Dia
berwajah selamba.
“Belum tentu dapat membahagiakan hidup.”
Aku menyokong pendapat itu.
“Yang lebih penting budi bahasa.”
Hebat gadis ini. Dia sangat peka dengan psikologi manusia. Dari
mana dia belajar agaknya? Bisik hati kecilku.
11
“Dalam hidup ini perlu ada falsafah.”
Aku tidak sabar-sabar lagi lalu mencelah:
“Kita akan menjadi manusia yang bermoral tinggi.”
“Bagaimana dengan kerjaya Azman sebagai penyunting di syarikat
penerbitan?” tanyanya lagi.
“Sungguh mencabar sekali!” balasku.
“Mencabar?” Dia menagih pengertian.
Itu baru menilai dari segi kulit sahaja. Isinya belum nampak lagi.
Aku tidak keberatan untuk menjawab:
“Untuk menghasilkan buku-buku yang dapat melahirkan generasi
yang berintelektual tinggi.”
“Maksud Azman dengan karya-karya mereka?”
“Saya dapati amat bermutu tinggi dan orang yang berilmu
pengetahuan memang layak dipandang mulia oleh semua manusia.”
Saripah macam berpura-pura. Aku telah pun dapat mengagak. Mungkin
12
dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang tugasku. Getus
hati kecilku.
“Melalui karya-karya mereka jugalah saya belajar menulis cerpen.”
Aku tidak segan-silu membuat pengakuan.
Saripah mengangguk-angguk diam. Mungkin dia sudah berasa
berpuas hati. Aku toleh ke kiri kanan. Pohon-pohon cemara yang
tumbuh di tepi tebing laut bergoyangan ditiup angin timur.
“Adakah Azman menulis berdasarkan pengalaman?”
“Benar sekali!”
“Pahit dan manis?”
“Ya, suka dan duka.”
“Dengan ini kita akan bertambah matang dalam melayari
kehidupan.”
“Saripah juga meminati bidang penulisan?” aku menyoal. Sambil
memandang tepat wajahnya.
13
“Entahlah, Azman. Saya benar-benar jatuh hati dengannya.”
“Jatuh hati?”
“Ya!” Dia mengalihkan mukanya ke arah laut yang tenang
membiru.
“Pada gaya bahasanya.”
Dia berwajah selamba.
“Apa mesej yang ingin Azman bawa pada cerpen dan puisi?”
“Kesannya pada manusia.”
“Jadi bidang penulisan telah menjadi darah daging dalam hidup
Azman.”
“Ya!”
“Kalau sehari tak menulis.”
14
“Resah gelisah. Seperti berada di ruang yang sepi,” akuiku lagi.
Saripah diam.
Kedua-dua bola matanya tertumpu ke arah permukaan pasir yang
halus tambah bersinar-sinar bila disinari cahaya matahari. Aku kembali
mencapai sebatang ranting kayu mati.
Dan melakar bentuk bulatan macam bumi di atas permukaan
pasir.
“Kesepian menjadikan kita bosan dalam hidup ini.” Maksud
Saripah itu begitu dalam sekali.
Sebagai seorang penulis aku sudah biasa dengan ungkapan itu.
Tanpa seorang yang bernama teman akan menjadikan kita seperti
berada dalam penjara.
“Ada penawarnya, Saripah.”
“Menarik sekali.” Dia lantas mengangkat muka merenungku.
Kesepian juga menjadikan kita tak ubah seperti pemburu yang
kehilangan sesuatu di tengah-tengah hutan belantara.
15
“Dengan membaca.”
“Satu pendapat yang menarik. Tapi tak semestinya ia boleh
menjadi ubat pada kesepian.” Nampaknya dia belum begitu yakin
dengan kata-kataku. Masih lagi berasa was-was untuk mempercayainya.
“Kenyataan,” ulangku lagi.
“Bahan bacaan yang harus dipilih?”
“Yang boleh memberikan ketenangan dan kedamaian pada jiwa.”
“Humor.”
“Boleh juga!” Aku menyetujui pendapat yang diutarakan oleh
Saripah.
“Ia juga menyalurkan kritikan dan pengajaran.” Aku memegang
kedua-dua hujung ranting kayu mati. Serta pantas mematahkannya
kepada dua. Kemudian menekan-nekan permukaan pasir hingga
meninggalkan kesan-kesan titik.
16
Saripah sekadar memerhatikan sahaja gelagatku itu.
“Ada setengah orang berpendapat bahan bacaan yang berunsur
kritikan dan pengajaran tidak bermutu untuk dibaca.”
“Mereka sebenarnya tidak tahu menilai dari segi
penyampaiannya.”
“Sama juga dengan penulisan kreatif.” Dia menyelami persoalan
ini dalam-dalam.
“Saya sangat mengagumi, Azman.” Saripah berterus-terang.
Aku sebaliknya tidak menunjukkan sebarang riak yang bangga.
“Kenapa Saripah kata begitu?” Aku merendah diri. Sifat yang
paling mulia dipandang Tuhan.
“Mempunyai bakat yang besar di bidang penulisan.”
Aku sama sekali tidak mengharapkan sebarang pujian. Apatah
lagi tidak memburu nama sebaris dengan penulis-penulis tanah air yang
lain.
17
“Semua ini adalah anugerah dari Tuhan untuk saya. Dan saya
menerimanya dengan rasa kesyukuran yang tak terhingga.”
“Cinta?”
Sudah. Dia sudah bertukar topik pula. Dia nampaknya mahu
menduga aku. Persoalan yang timbul di kotak fikiranku.
“Cinta sebenarnya adalah permainan hidup.”
Dalam diam-diam aku sudah terbayang gambar hati yang kena
panah. Saripah memerhatikan gelagatku itu dengan penuh minat.
Mungkin dia sedar. Dan menumpukan seluruh perhatian terhadapku.
“Azman pernah jatuh cinta?”
Aku berasa hairan. Dia tak henti-henti menyelidiki tentang diriku.
Apakah dia telah jatuh hati dengan aku? Sudah! Jangan cepat menaruh
perasaan. Ibarat kata orang takut bertepuk sebelah tangan pulak nanti.
Aku jugak yang menanggung malu akhirnya.
18
“Pernah!” aku menjawab sambil mengangguk. Saripah tetap
tenang menanti jawapan yang seterusnya. Kemudian aku menyambung
kembali:
“Cinta monyet.” Aku rasa malu-malu.
“Maksud Azman zaman persekolahan?”
“Memang benar apa yang Saripah katakan itu!”
“Sekarang?” Dia tidak jemu-jemu menyoroti persoalan itu.
“Saya mahu menumpukan seluruh perhatian pada bidang kerjaya
sebagai seorang penulis.”
“Tentang soal untuk berumahtangga?”
“Masih panjang lagi, Saripah.”
“Berapa umur Azman sekarang?”
“29 tahun. Saripah pula?” aku membalas pertanyaannya.
“28 tahun.”
19
“Nampaknya kita tak jauh berbeza daripada segi usia.”
“Ada!” Saripah menyanggah.
“Apa dia?” Aku berasa amat pelik sekali.
“Azman lelaki dan saya pula perempuan,” dia mengusik sambil
mengukir senyuman yang manis dan berbunga.
Aku turut sama tersenyum dan membalas:
“Saripah berasal dari kota manakala saya bersal dari kampung.”
“Jadi?”
“Mana mungkin kita akan bersatu?”
Saripah lantas jadi terpinga-pinga apabila mendengar kata-kataku
itu.
“Apa maksud sebenar, Azman? Saya benar-benar tak faham.”
“Cinta,” aku menjawab lancar tanpa suara yang tersekat-sekat lagi.
20
“Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan rentak zaman yang
serba materialistik.”
Aku bagaikan tidak diundang lagi cepat menyampuk:
“Saripah bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa
harta kekayaan adalah lebih penting daripada kejujuran di hati?”
“Tidak!” dia membantah.
“Persefahaman, kasih sayang dan saling bertolak ansur adalah
kunci utama dalam kebahagiaan sebuah rumah tangga.”
Aku dan Saripah saling berpandangan.
BAB 2
Pagi. Cuaca baik. Sinar matahari di kaki langit indah. Ombak
menggulung pantai. Buih-buih memutih. Bayu laut bertiup segar.
21
Pohon-pohon cemara meliuk-liuk ke kiri dan kanan. Setiap kali ombak
memecah pantai, batu-batu kecil dan pasir akan basah oleh buih-buih
memutih. Atas kehendak Tuhan Yang Maha Esa maka lahirlah
fenomena itu. Kita yang bernama manusia tidak punya kuasa untuk
mencipta laut biru.
“Penyair memang pandai bermain kata-kata,” Adi bersuara dalam
deruan alat penghawa dingin.
“Itulah dunia permainan mereka. Dengan berkarya mereka akan
menemui kepuasan,” jawab Khairul yang berambut lurus sambil
membetulkan duduk.
“Sumbangan penyair dalam kehidupan manusia amat besar,”
celahku pula.
“Saya bersetuju dengan kata-kata saudara Azman itu. Penyair
selalunya menginsafkan manusia melalui tema ketuhanan,
kemanusiaan dan alam semula jadi,” tingkah Adi.
Perbualan kami terhenti. Pelayan Restoran Seri Mutiara datang
membawa makanan dan minuman yang kami pesan.
“Silakan,” ujar pelayan yang bermuka bulat macam bujur sirih.
22
“Terima kasih,” balas Adi sambil menganggukkan kepala.
Kemudian pelayan yang memakai baju berwarna merah jambu dan
seluar putih itu pun pantas beredar meninggalkan kami. Sebelum
makan kami menadah tangan membaca doa yang dipimpin oleh Adi.
“Silakan,” ucap Adi sebaik-baik sahaja doa selesai dibaca. Kami
memilih makanan dan minuman yang sama. Nasi lemak dan air teh
panas.
“Saudara Adi selalu datang ke Port Dickson?” soal Khairul sambil
menyuap nasi lemak ke mulut.
“Jarang,” jawabnya pendek sambil menghirup air teh yang masih
panas.
“Saudara Azman selalu menghadiri pertemuan penulis-penulis
seluruh tanah air?” tanya Khairul bertubi-tubi kali.
“Selalu jugak. Bagi saya peluang sebegini rugi besar kalau
dilepaskan. Kita boleh bertukar-tukar pendapat dan memperbaiki mutu
penulisan,” kataku sambil menghabiskan saki baki nasi lemak.
23
“Betul kata saudara Azman tu. Penulis bukan sahaja perlu banyak
membaca. Tetapi dia juga boleh mengasingkan diri kalau dia mahu
membentuk pemikiran yang tajam,” sampuk Adi.
“Menarik,” kata Khairul sambil menghabiskan air teh. Melalui
jendela kaca matahari kelihatan masih lagi bersinar indah. Tiada tanda-
tanda hujan akan turun. Kesejukan alat penghawa dingin mengepung
seluruh ruang restoran.
Lagu berirama sentimental yang berkumandang sungguh
mengasyikkan jiwa. Sebuah lukisan yang menggambarkan
pemandangan air terjun di pinggir kali kelihatan tergantung di dinding.
Pelanggan semakin ramai memenuhi restoran untuk bersarapan
pagi.
Tidak jauh dari tempat kami duduk kelihatan sepasang remaja
begitu mesra sekali. Wajah mereka nampak ceria. Saling mengukir
senyuman manis. Mereka sedang dilamun cinta.
Cinta sememangnya indah. Cinta ibarat bunga-bunga yang mekar
mewangi di taman. Cinta tidak mengenal usia. Tua dan muda pasti akan
dilamar cinta. Setiap manusia yang hidup di atas bumi ini, tidak kira
daripada kaum Adam atau Hawa pasti akan merasai cinta.
24
Ketika bercinta tiada dikenali erti duka. Warna-warna indah
terasa menyinari hidup ini, menaburkan berbagai-bagai janji manis.
Sehati sejiwa. Rela sehidup semati.
Entah bermacam-macam lagi janji manis yang ditaburkan.
Dengan harapan semoga hidup bahagia hingga ke anak cucu.
Tetapi bila cinta terluka pedihnya sukar untuk dipadamkan. Tidak
hairanlah ada kaum Adam dan Hawa yang serik untuk bercinta lagi.
Kesimpulannya cinta mengajar manusia erti keindahan dan keperitan.
“Sejak bila saudara Azman menceburi bidang penulisan?” tanya
Adi memancung lamunanku yang jauh.
“Sejak dari bangku sekolah lagi.”
“Cerpen?” Adi bertanya sambil kedua-dua biji matanya tepat
memandangku.
“Cerpen saya yang pertama bertajuk “Operasi Bukit Merah” telah
tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia. Ia mengisahkan keperwiraan
askar Melayu menentang pengganas komunis. Dan cerpen ini juga telah
25
berjaya meraih Hadiah Utama dalam Hadiah Sastera Utusan Melayu-
Public Bank pada tahun 1991.”
“Apakah saudara Azman menulis kerana wang?” Khairul
menyoalku sambil kedua-dua biji matanya tidak berkelip-kelip
memandang.
“Tidak. Saya mahu pembaca sama-sama menghayati apa yang
saya luahkan. Supaya yang baik dijadikan teladan dan yang buruk
dijadikan sempadan.”
“Hebat saudara Azman,” ujar Adi selamba mengujiku.
“Saya cuma seorang insan biasa, yang diciptakan oleh Tuhan di
atas muka bumi yang bulat ini. Tiada apa yang istimewa dalam diri
saya.” Aku sebaliknya merendah diri.
“Saya pun begitu jugak. Tiada gunanya kita meninggi diri.
Mendongak ke langit tanpa memandang ke bawah. Manusia tidak kira
kaya atau miskin semuanya sama di sisi Tuhan. Cuma yang
membezakannya ialah takwa dan iman,” celah Khairul pula.
26
“Ke mana kita?” soal Khairul sebaik-baik sahaja kami keluar dari
Restoran Seri Mutiara.
“Kita ke sana.” Dengan penuh hormat Adi menudingkan ibu
jarinya ke arah kerusi yang terletak di bawah pohon cemara yang
rendang.
Kami pun berjalan menuju ke arah kerusi yang tertulis MAJLIS
DAERAH PORT DICKSON. Adi duduk di sebelah kanan, aku di tengah
manakala Khairul di kiri.
Daun-daun cemara yang bergeseran mengeluarkan irama yang
merdu. Mendayu-dayu. Ini menjadikan suasana pagi ini bertambah ceria.
Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 9:30 pagi. Orang ramai
sudah mula memenuhi pantai Port Dickson. Maklumlah hari Ahad. Nun
di sana kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain ombak.
“Bila masanya saudara Azman menulis?” Suara Khairul tenggelam
bersama deruan ombak yang menggulung pantai.
“Bila ada waktu lapang.”
27
“Malam atau siang?” soalnya lagi.
“Malam,” aku menjawab ringkas.
“Jadi, kesunyian memberikan saudara Azman ilham untuk
berkarya?” Adi yang selama ini berdiam diri tiba-tiba mencelah.
“Tepat sekali.”
“Saudara Azman ada menghasilkan novel?” tanya Adi yang
berambut lurus serta berkulit cerah.
“Belum lagi. Menghasilkan novel bukanlah seperti merebus telur.
Ia menuntut daya kreativiti yang tinggi dan bermutu,” jelasku.
“Jadi, saudara Azman tidak mahu menghasilkan novel kerana ia
adalah satu kerja yang rumit. Bukan begitu?” sanggah Khairul tiba-tiba
seperti mahu mengujiku.
“Penulis seperti laut biru juga. Adakalanya ilham pasang dan
adakalanya surut. Insya-Allah, kalau diizinkan Tuhan saya akan
menghasilkan novel remaja.”
“Adakah tema cinta yang menjadi pilihan?” Adi menyoal pantas.
28
“Benar. Cinta pada agama, bangsa dan negara.”
“Nampaknya saudara Azman mempunyai semangat patriotik yang
tinggi,” kata Khairul sambil menjeling ke arah Adi.
“Siapa lagi yang harus mempertahankan tanah air ini kalau
bukan kita sebagai anak watan. Perjuangan yang ditinggalkan oleh
pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain mesti diteruskan.”
“Kita dah pun dengar dunia penulisan saudara Azman. Bagaimana
pulak dengan saudara Khairul?” Kedua-dua biji mata Adi tepat
memandang wajah Khairul.
“Saya lebih banyak menulis puisi yang bertemakan ketuhanan
dan kemanusiaan.”
“Adakah saudara Khairul membuat kajian sebelum menulis?” aku
bertanya dengan penuh minat.
“Ya. Bagi saya hubungan antara manusia dengan Tuhan sangat
erat. Tuhan adalah pencipta. Manusia adalah hamba.”
29
“Apakah bentuk yang saudara Khairul gunakan?”
“Saya menggunakan bentuk kesedaran. Tuhan yang menciptakan
manusia dan bumi yang bulat ini lebih berkuasa. Manusia adalah kerdil
di sisi-Nya. Apabila kita sujud dalam sembahyang.”
Aku tertarik sekali dengan kata-kata Khairul itu. Tuhan
menciptakan manusia di atas muka bumi yang bulat ini hanya sebagai
pinjaman.
BAB 3
Sang suria kelihatan memancar terang pagi itu. Bola matahari kian
meninggi di kaki langit yang membiru. Jalur-jalur cahayanya kelihatan
lurus menyinari seluruh alam semesta. Langit terang dan bersih.
Bersama gumpalan awan yang memutih. Aku lalu menghampiri jendela
30
dan mengalihkan pandangan ke arah luar. Bangunan-bangunan tinggi
hampir mencakar langit. Ia menjadi lambang pembangunan di negara ini
setelah mencapai kemerdekaan. Pohon-pohon yang menghijau
bergoyangan ditiup angin timur. Daun-daun berguguran di atas tanah.
Sepi ... sendirian tanpa teman untuk berbicara. Macam berada di
ruang yang terkunci. Terkongkong. Tidak dapat bergerak bebas. Aku
berdiri di sisi jendela sambil memeluk erat tubuh.
Aku menoleh ke kiri kanan. Dua buah blok bangunan asrama
yang tersergam indah. Sememangnya hari ini aku bebas daripada
menghadiri sebarang kuliah. Berbanding dengan Shamsul rakan
sebilikku. Awal-awal lagi dia sudah keluar. Kadangkala terlajak sampai
ke petang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
Aku lebih senang belajar di dalam bilik.
Sekali-sekala aku ke perpustakaan untuk membuat rujukan atau
terlibat dengan tutorial. Kalau nak bersiar-siar mengitari kota memang
aku tidak ada mood. Lagipun aku tidak suka berpeleseran tak menentu.
Imej sebagai seorang mahasiswa mesti dijaga selalu. Aku menoleh ke
arah potret yang terletak di sisi meja. Hazalina .... Kau ibarat kerlipan
cahaya bintang di langit nan tinggi. Kaulah yang memberi semangat dan
31
daya kekuatan kepada aku. Sesungguhnya aku terhutang budi dengan
kau.
Alangkah bangganya hati ini mempunyai seorang teman seperti
kau. Tidak tahu bagaimana caranya aku hendak membalas kota
persahabatan yang telah kita dirikan sekian lama! Hanya Tuhan sajalah
yang akan membalas setiap kebaikan yang telah kau taburkan. Bisik
hati kecilku tak henti-henti.
Aku tersenyum sendirian. Aku merenung dalam-dalam potret
Hazalina. Kata pujangga ubat kesepian adalah dengan membaca. Aku
berpegang kuat pada falsafah itu. Aku lalu memilih sebuah buku yang
bertajuk Seribu Satu Masalah Dalam Jiwa Manusia. Namun aku gagal.
Kenangan masa silam terus menembusi fikiranku. Amat sukar untuk
dirobohkan seperti Tembok Besar di Negara China.
Aku menutup semula buku dan meletakkannya kembali di atas
permukaan meja yang berbentuk empat segi itu.
Potret Hazalina tak putus-putus direnung. Aku pun mengutip
semula kisah-kisan silam. Untuk dijadikan penawar sepi. Aku lalu
mengatur langkah lima tapak menghampiri kerusi.
32
Aku menarik potret itu ke depan. Kurenung dalam-dalam bak
lautan biru nan luas. Wajahnya sungguh jelita laksana bulan yang jatuh
ke riba. Hati mana yang tak tertawan?
Hazalina menjadi sumber inspirasi dalam hidup ini. Hingga aku
berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading. Sudah empat tahun
lamanya kami berkawan. Sewaktu sama-sama menuntut dalam
tingkatan Enam Rendah di Sekolah Menengah Seri Ampangan,
Seremban.
“Apa kau nak berhenti sekolah?” Dia agak terkejut. Sambil
membetulkan tempat duduknya.
“Ya ...,” aku mengangguk lemah. Suaraku seperti orang yang
putus harapan untuk terus hidup.
Hazalina melekatkan straw minuman ke bibirnya yang merah bak
delima itu. Kemudian dia bersuara:
“Kau sudah fikir masak-masak?”
“Sudah!”
33
“Pelajaran itu amat penting, Azman,” dia memberi nasihat.
“Aku tahu, Hazalina. Tapi bahana kemiskinan.”
“Menjadi penghalang buat kau?” tanya Hazalina lagi.
“Kau tentu arif bukan.”
Dia terus menyanggah.
“Ia tidak menjadi soal,” dia menjawab sambil menggeleng-
gelengkan kepala. Tanda tidak setuju dengan kata-kataku itu. Dalam
erti kata lain dia membantah keras.
“Hazalina, aku lebih banyak mengenal erti kesusahan daripada
kemewahan sepanjang hidup ini. Sejak masih kecil lagi hingga
sekarang,” aku menjawab. Sisa-sisa air teh dalam cawan terus
kehabisan hingga licin.
Kesejukan alat penghawa dingin mengapung seluruh ruang
restoran.
34
Hawa dingin termampan di atas dinding pejal yang bercat putih.
Kesegarannya terasa amat ketara sekali apabila menyapu permukaan
kulit. Irama muzik yang sentimental sungguh menggetarkan jiwa.
“Orang miskin juga boleh berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke
universiti malah boleh menjadi terkenal.” Dia membetulkan rambutnya
yang panjang hitam ikal mayang hingga mencecah paras bahu
mengerbang sedikit akibat disapu hawa dingin.
Kain yang berwarna biru air laut melitupi permukaan meja yang
berbentuk empat segi itu.
Sekuntum mawar merah terhias indah dalam jambangan kecil
yang berwarna putih. Hazalina memecahkan kebisuan yang melanda
buat seketika.
“Kadangkala orang kaya juga diburu ketakutan.”
Aku merasa amat taksub sekali. Dia begitu arif tentang psikologi
hidup manusia di atas muka bumi ini. Dari mana dia belajar agaknya?
Mungkin dia banyak membaca buku-buku yang bukan sahaja
menyalurkan sumber ilmu pengetahuan malahan yang bermoral tinggi.
Perasaan ingin tahu tak putus-putus menendang-nendang benakku.
35
Aku lalu menarik kerusi ke depan. Persoalan ini benar-benar
menarik perhatianku.
“Kau nampaknya pakar dalam hal-hal kehidupan manusia.”
Dia menjawab senang:
“Sebagai manusia kita dianugerahkan oleh Tuhan deria mata dan
telinga.”
“Kau belajar dari persekitaran?” aku menyoal tanpa rasa segan-
silu.
“Bak kata orang yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk
kita jadikan sempadan.” Kau memang hebat Hazalina! Bisik hati kecilku.
Aku menoleh ke kiri kanan. Pelanggan-pelanggan nampaknya
semakin berkurangan. Boleh dikira dengan jari. Dua tiga orang sahaja
yang tinggal termasuk aku den gan Hazalina. Aku berpaling pula ke
arah meja-meja kosong yang lain. Kerusinya juga nampak tersusun
kemas oleh pelayan.
36
Senyap.
Kami seperti ketandusan ilham untuk terus berbicara.
Ketul-ketul ais dalam gelas Hazalina juga lama-kelamaan semakin
cair.
Hazalina tidak mahu keadaan ini terus berlarutan.
“Manusia zahirnya memang bersifat lemah.”
“Kita amat kerdil di sisi Tuhan.”
Perbualan kami bertambah rancak apabila dimasukkan unsur-
unsur agama.
Aku teringat semula kata-kata Ustaz Kadir.
“Setiap kali lepas sembahyang perbanyakkanlah doa dan petunjuk
daripada Allah SWT. Mudah-mudahan hidup ini akan diberkati bukan
sahaja di dunia malah juga di akhirat.” Hubungan antara manusia
dengan Tuhan memang rapat dan sukar untuk dipisahkan.
37
“Kadangkala kita sebagai terlalu leka mengejar keduniaan hingga
melupakan kewujudan-Nya yang azali di atas alam fana ini.
Sesungguhnya Dia Maha Pencipta ke atas segala makhluk dan alam
semesta.”
Aku berpegang kuat pada konsep ketuhanan tiap waktu dan
ketika agama yang dibekalkan oleh Tuhan menjadi panduan dalam
hidup manusia di dunia ini. Tanpanya kita tak ubah macam orang jahil.
Terumbang-ambing tanpa arah haluan.
“Yang anehnya kita amat berat untuk menunaikan sembahyang
lima waktu yang menjadi tiang agama.”
Aku amat mengaguminya kerana sangat arif dalam hal-hal agama.
Mungkin juga kerana didikan keluarga yang sempurna.
Di luar bola matahari kian tepat di atas ufuk darjah. Deru
kenderaan tak putus-putus berlibur. Manusia tak jemu-jemu
berkeliaran di dada aspal jalan. Berkeliaran di merata-rata tempat
seperti dilanggar garuda. Masing-masing berlumba-lumba mengejar
kemajuan. Mereka semua berpegang kuat pada prinsip hidup di kota
yang mengibaratkan siapa yang terlambat pasti tercicir.
38
Hazalina memancung lamunanku.
“Azman, kau harus belajar lagi. Jangan sia-siakan peluang yang
diberikan.”
Tiba-tiba aku dibekalkan dengan penuh rasa keyakinan. Aku
mengerti dengan kata-kata dan rangsangan dari Hazalina.
Yang nyata dia benar-benar mengambil berat tentang diriku. Nak
kutanya serba salah rasanya. Akhirnya niat itu terpaksa kupendamkan
juga di dalam hati. Perlahan-lahan aku mengangkat muka.
“Aku faham, Hazalina. Tapi ....” Nada suaraku lemah.
“Tapi apa, Azman?” Dia tidak sabar-sabar lagi memotong.
Aku memandang tepat wajahnya.
“Adik-beradik aku ramai. Tinggal 3 orang lagi yang masih
bersekolah. Tambahan pula ayah dan ibu aku dah tua. Sebagai anak
sulung seluruh tanggungjawab keluarga terletak di atas bahu aku.” Aku
memberi penjelasan.
39
“Azman, kau harus belajar untuk hidup berdikari sebagai
persediaan mulai sekarang.” Hazalina mempunyai pandangan yang jauh.
Seharusnya aku tidak mudah patah semangat. Malu rasanya aku.
“Bagaimana?”
Dia mengolah kembali persoalan itu. Dia macam mengharapkan
sesuatu dariku.
Sinar matanya bak kilauan mutiara di dasar lautan. Terlalu indah
dan berharga. Rela kuselami untuk mendapatkannya.
Dengan tiba-tiba sahaja seluruh tubuhku terasa dingin macam air
terjun di pinggir kali. Aku mendapat semangat baru.
“Hazalina, aku akan belajar bersungguh-sungguh.” Dengan
sepenuh keazaman yang membara dan tinggi kusematkan di dada. Dia
mengukir senyuman manis.
Terima kasih, Hazalina! Bisik hati kecilku.
40
BAB 4
Hari ini seperti biasa lepas kuliah aku terus balik ke asrama. Di kaki
langit cuaca cerah sahaja. Tompok awan putih menjadi latar belakang
langit nan biru. Kudongakkan kepala ke atas. Bola matahari kiang
41
meninggi. Bahangnya terasa menggigit kulit. Kulewati jam di tangan
tepat pukul 11:00 pagi.
Aku terus berjalan menuju ke asrama. Sampai sahaja di asrama,
aku terus memeriksa peti surat. Ada. Dari jauh. Aerogram berwarna biru
muda dari California. Gembiranya hatiku bukan kepalang. Dari Hazalina,
sudah pasti! Bisik hati kecilku. Kuamati dalam-dalam isinya. Dalam
diam aku meneroka seribu pengertian. Hazalina, meskikah aku dapat
melupakan dirimu. Badan yang tadinya hangat membara kini terasa
dingin bak air terjun di pinggir kali.
Pelayan lalu menghampiri kami. Hazalina meminta minuman
kegemarannya iaitu Coke. Aku pula teh ‘o’ ais limau. Hari itu Hazalina
bertambah ayu. Baju kurung yang berwarna merah jambu bersulamkan
manik-manik bunga yang berkilauan bila disinari cahaya menampakkan
lagi kejelitaannya. Kau memang cantik. Ayu.
“Apa rancangan kau lepas ni, Azman?” Hazalina membetulkan
rambutnya. Suaranya tenggelam dalam apungan deruan alat penghawa
dingin.
“Aku ingat nak sambung belajar lagi.”
42
“Dalam bidang apa?” Dia membetulkan duduknya.
“Kesusasteraan Melayu. Kau pula macam mana?” Kuamati
wajahnya tepat. Kedua-dua biji mataku tidak berkelip-kelip. Mata kami
bersatu. Pelayan lalu datang membawa minuman yang dipesan.
“Aku pun macam kau juga.”
“Kau nak pilih bidang apa?”
“Guaman, tapi bukan di sini.”
“Di luar negara,” potongku pantas.
“Ya!” angguknya lagi sambil menghirup minuman.
“Baguslah tu.”
“Apa pendapat kau?”
“Bukankah ini untuk masa depan kau. Lagipun kau amat
meminati bidang ini.” Aku terus memberi perangsang kepadanya.
43
“Kau setuju kan dengan keputusan yang aku ambil.” Dia semacam
mahukan keputusan yang pasti dariku.
“Hazalina .... Kalau kau berjaya aku tumpang gembira. Bolehkan?”
Dia lalu tersenyum kecil. Kesempatan ini aku gunakan untuk
menghabiskan sisa-sisa minuman yang tersisa.
“Azman ....” Lembut suaranya bagai seorang bayi minta dimanja.
Kau memang pandai berbicara, Ana. Fikiran yang berat akan bertambah
ringan bila kau berbicara. Ada sahaja bahan untuk menambat hatiku.
Indahnya saat itu bagaikan rama-rama yang berterbangan
menghiasi bingkai lukisan. Tak tergambar oleh kata-kata yang pesona.
“Pergilah, Hazalina. Jangan hampakan harapan ayah dan ibumu.
Inilah masanya untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka
yang tinggi itu. Dan aku berdoa moga kau akan pulang membawa
kejayaan nanti.” Aku terus menyematkan kata-kata perangsang ke
dalam dirinya.
44
Lamunanku terhenti seketika. Tiba-tiba pintu bilikku terkuak.
Muncul Shamsul, rakan sebilikku.
“Apa yang kau menungkan tu?” Dia menghampiriku. Wajahnya
ceria walaupun dibebani dengan nota-nota kuliah. Aku pantas berdaleh.
“Tak ada apa-apalah, Shamsul.”
“Pasal Hazalina, kan?”
Aku memandangnya.
“Hm ... pandailah kau, Shamsul.”
“Berapa lama dia di sana?”
“Lima tahun.”
“Ita macam mana?”
Aku lantas bungkam. Ita, seorang gadis yang berambut panjang
hitam ikal mayang hingga mencecah bahu. Dengan mata bundarnya dia
kelihatan sungguh ayu dan menawan. Bergegar imanku bila teringatkan
gadis tersebut yang kini semakin mesra denganku.
45
Kudongakkan kepala menoleh ke arah Shamsul. Aerogram yang
berwarna biru itu perlahan-lahan kuletakkan di atas meja. Shamsul
pula menyusun kemas nota-nota kuliahnya di atas rak yang disediakan.
“Dia tu kan rakan sekuliah aku,” aku memberi penjelasan.
“Tapi aku perhatikan hubungan kau dengan dia makin sehari
makin intim.”
“Salah ke?”
“Tak!” gelengnya sambil tersenyum.
Shamsul bingkas bangun. Menuju ke almari bajunya lantas
menukar pakaian.
“Sudahlah tu, Shamsul. Aku tak mahu fikirkan sangat perkara tu.
Kita ni kan dah semester akhir. Lebih baik tumpukan sahaja pada
pelajaran.”
46
“Betul kata kau tu, Azman. Perut aku pun dah lapar. Mari kita
pergi makan.” Baru terasa perut pun sudah mula berkeroncong. Aku
pun mengikut Shamsul.
Pagi itu, aku menghadiri kuliah seperti biasa. Alat penghawa
dingin mengapung seluruh ruang dewan. Profesor Madya Abdul Syukur
tak henti-henti memberi ceramah. Aku mendengarnya dengan penuh
khusyuk. Kucatitkan segala isi yang penting di atas kertas kuarto. Seni
itu mencerminkan budaya hidup manusia. Ia telah sebati dengan jiwa
manusia.
Demikian antara kata-kata yang dilafazkan oleh pensyarah
tersebut. Orangnya tegas dan adakalanya dia suka berjenaka. Sesekali
aku mencuri pandang ke arah Ita yang berada tidak jauh dariku. Dia
juga sempat mencuri pandang ke arahku sambil melukiskan senyuman
manis. Aku membalasnya. Lagipun kata orang, senyuman itu adalah
satu sedekah.
Hari ini, dia sungguh cantik sekali. Dia mengenakan baju kurung
berwarna ungu. Tambah ayu bila mengikat rambutnya seperti ekor kuda.
Sebelum kuliah tamat, Profesor Madya Abdul Syukur sempat
memberikan tugasan. Dan ia hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya
47
minggu depan. Tepat jam 12:00 tengah hari kelas pun bersurai. Aku
bingkas bangun menuju ke pintu keluar.
“Azman ….” Aku toleh ke belakang.
“Ada apa, Ita?”
“Kau free tak petang ni?” soalnya.
“Kenapa?”
“Aku ada hal mustahak yang nak bincang dengan kau.”
“Apa dia?” Aku makin berminat untuk mengetahuinya.
“Ada la ….” Ita cuba menyembunyikan sesuatu. Perasaanku
makin berkecamuk. Teka-teki itu masih belum kuperolehi jawapan.
“Kau tahu kan, aku pernah dikecewakan?” Ita memulakan
perbualan sambil membetulkan rambutnya yang mengerbang ditiup
angin. Air Tasik Titiwangsa begitu tenang.
48
“Ita, setiap kegagalan itu ada hikmahnya. Ia adalah pengalaman
untuk mendewasakan kita. Kau mesti kuat dan tabah dalam
menghadapi hidup ini. Tak bermakna sekali kau gagal, kau akan gagal
buat selama-lamanya,” nasihatku.
“Tapi …. Ia adalah terlalu pahit, Azman ….” Kutenung wajahnya
dalam-dalam.
“Memanglah ia teramat pahit, bukan kau seorang sahaja yang
mengalaminya. Semua orang begitu,” terangku. Dia kembali mengangkat
mukanya kepadaku.
“Azman …. Aku ….” Amat berat untuk dilepaskannya.
“Aku bersimpati dengan kau, Ita …,” balasku pula. Ita masih
mahu meluahkan sesuatu.
“Aku ingin memiliki hatimu ….” Ternyata Ita tidak dapat lagi
membendung perasaannya. Aku jadi terkasima apabila mendengarnya.
Benarkah ini atau hanya mimpi?
49
“Ita ….” Aku bersuara memujuk.
“Kau terlalu mengambil berat tentang diriku. Malah, kau juga
telah dapat mengubat hatiku yang kian lara.” Ita telah menyemaikan
harapan yang menggunung tinggi padaku. Dia menawarkan cinta. Oh,
Tuhan! Aku jadi serba salah.
“Ita, aku tak terlintas sedikit pun untuk mengecewakan hatimu.
Tapi ….” Aku berhenti tiba-tiba. Terasa berat untuk kulepaskan.
Ita kuperhatikan dengan penuh tenang menanti akan jawapanku.
“Kita datang ke sini bukan untuk mencari cinta. Tapi untuk
mencari ilmu. Aku harap kau dapat menerima hakikat itu. Aku anggap
kau sebagai seorang kawan, tak lebih dari itu,” jelasku.
“Azman!!!” Ita terkejut.
Wajah Ita berubah. Matanya sudah digenangi air jernih.
“Sampai hati kau mengguris hatiku ….”
50