The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS Semesta, 2020-12-26 19:59:11

Mewarna Pelangi-Asrul Effendy

Mewarna Pelangi-Asrul Effendy

“Sesuatu?” Zarah disapa kehairanan. Pohon-pohon cemara
bergoyangan antara satu sama lain ditiup angin. Daun-daun hijau
berguguran. Asri lalu mencapai sebatang ranting mati dan mengais-
ngais butiran pasir yang halus. Zarah hanya memerhatikan sahaja
gelagatnya itu. Kemudian Asri lalu melontarkan pandangan ke arah laut.
Setelah puas, dia kembali semula memalingkan muka ke arah Zarah.

Sebaliknya Zarah tak henti-henti menduga Asri.

“Bagaimana kalau kau ditakdirkan jatuh cinta dengan gadis di
sana?” Mata Asri tunak. Dia merenung wajah Zarah sedalam tasik.

Asri pantas menarik nafas yang panjang. Dan berkata:
“Biarpun beribu bah atau ribut yang datang melanda aku akan
tetap menolaknya kerana aku amat menyintai dirimu!”

Zarah mengangkat mukanya sedikit.

“Sungguh?” Mereka saling berpandangan. Asmara terasa kian
bergelora. Umpama gelombang yang menghempas ganas di lautan.

“Haruskah aku buktikan?” soal Asri secara spontan.

151

Zarah diam membisu seribu bahasa. Entah mengapa! Dia enggan
mengeluarkan kata-kata walau sepatah pun. Mulutnya seperti terkunci
rapat. Suara ombak tak putus-putus kedengaran bergema membelah
suasana.

Sekumpulan camar putih bebas berterbangan ke sana sini di
angkasa nan luas. Gema suaranya hampir memecah alam. Kemudian
hinggap di atas pohon yang rendang untuk membuat sarang.

Zarah dengan penuh minat memerhatikan kanak-kanak yang
sedang bermain di gigian pantai. Hilai tawa mereka yang berkumandang
hampir memecahkan gegendang telinga. Sambil membina kota daripada
timbunan pasir.

Asri mendongakkan kepala ke atas memandang langit yang
membiru. Bola matahari tepat di atas darjah. Bahangnya terasa amat
ketara sekali menggigit permukaan kulit. Kesepian. Memenuhi ruang
buat seketika. Namun Zarah tidak mahu situasi ini terus berlarutan. Dia
lalu bersuara:

“Asri, aku mahu menjadi seperti kanak-kanak itu. Dipenuhi
dengan warna-warna keriangan dalam meniti hidup ini.”

152

Ungkapan Zarah itu dalam maknanya. Mencerminkan sinar
pengharapan pada Asri.

Asri mengangguk diam.

Dia mengerti dengan kata-kata Zarah itu. Sebenarnya bukan
sekali Zarah jatuh cinta. Malahan beratus kali. Malangnya semua
berakhir dengan kekecewaan. Kesetiaan! Mengatasi segala-galanya
dalam percintaan.

Asri mengangkat muka merenung Zarah. Empat biji mata saling
berpandangan. Tidak berkelip-kelip walau sedikit pun. Asri kembali
semula menyimpulkan persoalan itu.

“Zarah, bukankah sang duyung dan karang menjadi lambang setia
percintaan di dasar lautan nan luas?” Serentak melunjurkan kakinya
agar rapat dan lurus.

“Bahagia atau derita kita akan tetap bersama-sama
menempuhinya,” sambung Asri lagi.

Dengan serta-merta tangan Zarah dipegang erat oleh Asri.

153

Degupan jantungnya kian berlari kencang. Seperti pukulan tong
drum. Adakah ini yang dinamakan cinta sedang membara? Amat
mengasyikkan sekali. Tika ini tiada dikenali erti kamus duka dalam
kehidupan. Dunia dipenuhi dengan warna-warna yang berseri. Bunga-
bunga di taman kembang segar mewangi. Yang menjadi realiti, cinta
selalunya lahir daripada pandang pertama. Bermula daripada mata
kemudian perlahan-lahan turun ke hati. Bara yang digenggam tak
terasa hangat sebaliknya dingin.

Peristiwa itu amat indah sekali dikenangkan oleh Zarah. Seolah-
olah baru berlaku sebentar tadi. Sukar untuk dilupakannya sepanjang
hayat. Hati kecilnya tak henti-henti meronta agar kembali semula
mengulangi saat-saat yang manis itu. Tapi apakan daya .... Cinta Asri
ibarat embunan pagi. Akan kering apabila terbit mentari dari arah timur.

Benar!

Memang tidak dapat dinafikan lagi. Manusia hanya mampu
merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Kebenaran
kata-kata itu adalah tepat sekali.

Apa yang tidak dipinta oleh Zarah akhirnya terjadi juga.

154

Asri tergamak hati memungkiri janji setia. Dia telah berkahwin
dengan Rosnani yang sama-sama menuntut dengannya.

Pasrah!

Membungkus seluruh jiwa Zarah. Namun dia tetap redha.
Semuanya ini bukan kehendak dia mahupun Asri. Tapi adalah suratan
takdir. Penentu segala-galanya dalam alam percintaan.

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan pelbagai ujian.

Tak ubah umpama lautan. Di mana pasang surut silih berganti.

Pedih! Bak tikaman sembilu yang tajam .... Titis-titis jernih yang
berkilauan akan setia mengalir bila dia teringatkan peristiwa yang amat
pahit seperti hempedu itu.

Hingga kini dia masih lagi menjadi anak dara. Walaupun ramai
usahawan yang muda cuba menambat hatinya namun Zarah tetap
menolaknya. Entahlah! Hatinya telah tertutup untuk lelaki lain. Hanya
lelaki yang bernama Asri sahaja satu dalam hidupnya. Seperti mutiara
yang berkilauan di dasar lautan. Terlalu indah dan berharga buat
dirinya.

155

Air mata Zarah jatuh menitis membasahi meja.

Kemudian lalu dikesatnya dengan sehelai tisu. Selepas itu, kedua-
dua biji matanya mengamati tepat sebuah lukisan pemandangan air
terjun di pinggir kali yang melekap di dinding.

Alangkah damainya! Kalau aku dapat memiliki kehidupan seperti
itu.

Entahlah! Dia sendiri tak pasti. Bilakah ia akan menjelma? Tuhan
amat berkuasa dalam mengatur arah perjalanan hidup manusia.

Nyata sekali dia adalah seorang wanita yang lemah.

Seringkali memunajatkan doa dan berserah. Serta sentiasa
berusaha untuk menguatkan diri. Dalam mengharungi liku-liku hidup
ini.

Perjalanannya masih jauh lagi.

Di mana perhentiannya? Selagi kita masih bernafas kita akan
terus menitinya. Ada ketikanya hidup ini terlalu rapuh. Ibarat ranting
yang patah mudah jatuh bila ditiup angin.

156

Zarah terasa seperti menapak titian-titian kerikil.

Memeritkan! Dia tetap cekal dan sabar mengharunginya. Itulah
hakikatnya yang sebenar dalam meniti pentas hidup ini. Bumi tak
putus-putus berputar di atas paksinya. Siang dan malam silih berganti.
Tahun demi tahun dan bulan demi bulan. Langit yang tanpa bertiang
menjulang tinggi dan lautan yang luas terbentang.

Dunia ini hanya persinggahan sementara sahaja. Akhirat jualah
sebenar-benarnya tempat yang kekal lagi abadi. Manusia harus
menghambakan diri pada Tuhan. Sentiasa menyeru akan kebaikan dan
meninggalkan segala kejahatan.

Zarah lantas menarik nafas yang panjang.

Namun tak siapa yang tahu. Meskipun bibirnya tersenyum tetapi
hatinya menahan derita.

Namun dia tetap sedar.

Impian! Tak selalunya indah. Seperti debu-debu yang
berterbangan ditiup angin lalu pergi. Harapannya musnah berderai.

157

Umpama kaca yang terhempas ke batu. Kesabaran. Akar umbi dalam
percintaan.

Khalid! Seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidup Zarah
bersama cinta. Dia banyak membantu Zarah dalam bidang perniagaan.
Dari segi tunjuk ajar, nasihat malah kewangan.

Dengan tiba-tiba sahaja wajahnya terdampar di ruang mata.

Kacak dan tampan. Lebih daripada itu berada pula. Menjadi lelaki
idaman setiap wanita di zaman yang serba materialistik ini.

“Zarah, sampai hati kau mengecewakan perasaanku.” Suaranya
penuh harapan.

Dengan rasa lemah, Zarah mengangkat muka dan berkata:
“Maafkan aku, Khalid ....” Nada suaranya tak bermaya.

Wajah Khalid lantas disapa bungkam. Kerut jelas terbayang pada
wajahnya. Namun dia tetap mengeluarkan suara:

“Zarah ....”

158

“Aku tak sanggup hendak melukakan isteri kau,” Zarah pantas
mencelah.

Khalid merenung wajah Zarah dengan amat tajam sekali.

Pengertiannya sungguh dalam. Bak lautan nan luas.

“Kau tahu bukan bahawa aku telah lama dibelit kerinduan untuk
menimang seorang cahayamata.” Khalid menagih simpati daripada
Zarah. Diam. Zarah menoleh ke kiri dan kanan. Alam sepi. Malam begitu
pekat. Bulan dan bintang tetap bersinar indah di langit yang tinggi.
Kedinginan terasa membalut seluruh tubuh. Angin malam bertiup
lembut.

Fikiran mereka berputar ligat. Bagai kipas angin yang sedang
berpusing mengeluarkan hawa dingin. Enggan berhenti. Walau sedetik
pun.

Zarah kini benar-benar terperangkap.

Antara harapan dan budi. Sama ada memenuhi kehendak Khalid
atau menolaknya sahaja. Hakikat penyudahnya dia harus memilih satu
jalan sahaja.

159

Dan Zarah mempunyai pendirian yang tegas. Hatinya keras
umpama batu yang pejal. Sukar untuk dicairkan. Dia bukannya
manusia yang hidup seperti lalang yang mudah meliuk-liuk ke tengah
dan ke tepi bila ditiup angin. Di mana segala keputusannya mudah
dipengaruhi oleh orang lain.

Sementara itu, Khalid yang telah sekian lama memerhatikan
gelagat Zarah itu lalu mencelah:

“Kita boleh merahsiakan perkahwinan ini.” Dia terus mendesak.
Suaranya tenggelam bersama kelembutan angin malam yang berhembus.

Khalid tetap tenang menanti jawapan itu. Suara angin malam tak
putus-putus berbisik. Perlahan-lahan Zarah mengangkat muka sedikit.
Dia kemudiannya lantas bersuara:

“Maaf, aku tak dapat menunaikan permintaan kau itu. Ini adalah
keputusan aku yang muktamad. Khalid aku harap kau akan mengerti,”
ulangnya lagi.

“Zarah!” Khalid mengeluh kerana berputus asa.

“Bersabarlah, Khalid. Mohonlah doa selalu pada Tuhan. Sambil
terus berikhtiar. Dan moga suatu hari nanti segala yang kau dan isteri
kau impikan akan termakbul.” Zarah meyakinkan Khalid.

160

Dia sama sekali tidak rela dimadu dan dituduh sebagai perampas
suami orang. Khalid sebaliknya enggan berbicara lagi walau sepatah
perkataan pun. Diam membisu seribu bahasa. Ibarat bala tentera yang
telah kecundang di medan perang. Seluruh tubuhnya terasa lemah. Bila
mendengar kata-kata yang terkeluar daripada mulut Zarah itu.

Malam berengsot pergi.

Dia lalu memejamkan matanya. Oh, Tuhan berilah aku kekuatan
dalam menempuhi hidup ini! Doa hati kecilnya.

Tiba-tiba Zarah teringatkan ayah dan ibunya yang kini sedang
berada di kampung. Adakah ini yang dinamakan rindu kian memuncak?
Apa khabar agaknya mereka berdua sekarang? Persoalan yang tak
putus-putus menendang benaknya.

Adakah mereka masih ingat lagi padaku? Atau sebaliknya
melupakan terus diriku? Sudah lama Zarah tidak bertemu dengan
kedua-dua orang tuanya. Bertahun-tahun. Tentu sudah banyak
perubahan yang melanda diri mereka berdua. Rambut ayahnya sudah
tentu banyak dipenuhi dengan uban yang memutih dan berbadan
bongkok. Entahlah! Dia sendiri tak pasti.

161

Dan yang pasti, dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka.

Lantas dia mengambil keputusan yang nekad. Walau apa pun
yang terjadi dia akan tetap pulang juga. Menyembah dan mencium
tangan kedua-dua ayah dan ibunya yang telah melahirkannya ke dunia
untuk meminta ampun.

Sudah pasti ayahnya akan melemparkan pelbagai tohmahan ke
atas dirinya namun Zarah tetap akan menabahkan hati untuk
menerimanya. Sedangkan kerak nasi boleh lembut oleh air. Ayah dan
ibu mana yang tak sayangkan anak? Sedangkan binatang amat
menyayangi anaknya. Inikan pula manusia. Zarah akan berusaha
memujuk Pak Leman dan Mak Ton agar tinggal di bandar. Sebagai
membalas segala jasa dan pengorbanan mereka dalam membentuk
dirinya menjadi manusia yang berguna.

Dia mengukir senyuman yang penuh berbunga di hatinya.

BAB 13

162

“Kahwin itu memang penuh dengan nikmat,” Kamal bersuara sambil
menghabiskan sisa-sisa air teh dalam cawan. Dia kemudiannya lalu
menyucuhkan api rokok pada bekas yang berbentuk bulat macam bola.

“Apa tidaknya. Makan, minum dan pakai kita terurus. Betul tak?”
aku segera mencelah.

“Kita sebagai manusia ciptaan Tuhan zahirnya memang bersifat
lemah.”

“Maksud kau?” Aku melekatkan straw minuman ke bibir untuk
menyedut teh ais.

Kamal menarik nafas yang panjang.

“Terlalu memandang pada kecantikan hingga sanggup
mengenepikan kejujuran hati,” dia berkata agak malas. Aku dapat
menangkap maksud kata-katanya itu.

“Nampaknya kau bercakap dari segi pengalaman lalu.”

Suasana di Restoran Cempaka pada pagi itu macam biasa riuh-
rendah.

163

Pelanggan-pelanggan yang lain mengeluarkan suara lebah. Begitu
juga dengan tingkah sudu dan garpu.

Kamal berpaling ke arah meja sebelah yang kosong. Irama muzik
yang sentimental sungguh menggetarkan jiwa. Halim memerhatikan
gelagatnya itu dengan penuh minat. Perlahan-lahan Kamal mengangkat
muka. Dan mengeluarkan suara:

“Kata orang yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita
jadikan sempadan.” Lagaknya macam seorang ahli falsafah.

“Aku faham.”

“Sudah lima tahun aku menjadi duda.” Pengakuan yang keluar
sendiri daripada mulutnya. Pohon-pohon yang menghijau bergoyangan
ditiup angin timur. Daun-daun berguguran.

Aku menghulurkan rasa simpati.

“Bersabarlah, Kamal. Ini semua sudah suratan takdir.”

Kamal kembali semula memalingkan muka.

164

“Aku tak sangka jadi begini,” dia merengus. Rasa penyesalan pasti
timbul bila mengenangkan kisah-kisah lalu. Aku semakin berminat
untuk mengetahui punca-punca perceraian Kamal dengan isterinya
dengan lebih lanjut lagi. Dia menarik kerusi ke depan.

“Kau berkahwin atas pilihan siapa?” soalku lagi bertubi-tubi kali.
Umpama muntahan peluru daripada muncung mesin-gun.

Dia nampaknya amat berat untuk menjawab.

“Pilihan sendiri. Atas dasar cinta sama cinta.”

“Maafkan aku, Kamal. Kerana menyentuh hal peribadi kau.”

“Oh, tak mengapa. Lagipun bukankah kau sahabat karib aku.”

“Apa puncanya kau boleh bercerai dengan isteri kau?”

Kamal mendongakkan kepala tinggi sedikit.

“Kami tak sehaluan.” Dia berterus terang. Aku berdiam diri. Aku
sengaja enggan menyampuk. Untuk memberi kesempatan kepada Kamal

165

untuk membongkar semula kisah-kisah silamnya yang pahit bak
hempedu itu.

“Cinta itu memang indah.” Kamal mengutip semula nostalgia
silam yang amat manis bak madu.

“Kau tentu banyak membaca buku yang bertemakan kisah-kisah
cinta,” balasku.

“Kenyataan!” Kamal mengangguk-anggukkan kepala.

Aku was-was untuk mempercayai kata-kata Kamal.

“Adakah itu semua benar?”

“Ya!” Kamal terus mengakui kebenaran itu. Bola matahari
semakin meninggi di kaki langit yang membiru. Jalur-jalur cahayanya
kelihatan lurus menyinari seluruh alam semesta.

Kedua-dua bola mataku tertumpu ke arah meja-meja yang lain.
Yang nampaknya tersusun rapi dan kemas. Dari kaca jendela kelihatan
bangunan-bangunan yang tinggi menjulang hingga hampir mencakar

166

langit. Ia menjadi lambang pembangunan di negara ini. Setelah
mencapai kemerdekaan hampir 48 tahun.

Aku menyoroti semula persoalan yang terhenti buat seketika.

“Kahwin ibarat melayarkan sebuah bahtera di tengah lautan.
Suami sebagai nakhoda harus cekap melambung ombak yang ganas
agar tidak mudah tenggelam bila dipukul ribut.” Aku memahami hakikat
itu.

“Suami sebagai nakhoda harus cekap melambung ombak yang
ganas agar tidak mudah tenggelam bila dipukul ribut.”

“Kau tentu arif bukan?” Kamal memberikan sokongan yang kuat.

Aku menengadah ke siling. Sambil berfikir sesuatu. Aku sedar.

Hidup sebagai suami isteri penuh dengan pelbagai halangan dan
rintangan yang mesti ditempuhi.

Kamal mematikan lamunanku.

167

“Aku harap kau akan menjadikan kisah yang aku alami ini
sebagai contoh dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang bakal
kau tempuhi,” dia bersuara perlahan. Macam lemah dan tak bertenaga.

Aku menoleh semula ke arah Kamal. Dan berkata:
“Aku akan menjadikannya sebagai iktibar, Kamal. Agar rumah
tangga yang bakal aku bina tidak hanya seketika dan terus tersisih.”
Kamal sebaliknya tersenyum lebar apabila mendengar kata-kataku. Aku
hanya sekadar memerhatikan sahaja tingkahlakunya itu. Aku benar-
benar mengerti kini. Kehidupan dalam rumah tangga penuh dengan
asam garam yang harus dilalui. Pertengkaran suami isteri memang tidak
dapat dielakkan lagi. Bak kata orang bumi mana yang tidak ditimpa
hujan. Pinggan mana yang tak retak.

“Berapa orang anak kau, Kamal?”

Aku sempat memandang cawan dan gelas yang telah kosong.
Pinggan yang tadinya berisi dua ketul kuih karipap kini hanya tinggal
habuk saja.

“Dua orang. Sepasang, maksud aku seorang lelaki dan seorang
perempuan,” dia menjawab sambil menarik nafas lega.

168

“Berapa umur mereka?”

“Yang tua berumur 3 tahun manakala yang tengah berumur 1
tahun.”

“Siapa yang menjaga anak-anak kau kini?”

“Bekas isteri aku.”

“Kau?” Aku mendongakkan muka tepat ke arah Kamal.

“Sekali-sekala aku menengok dan menjaga mereka berdua.”

“Maksud kau sebulan sekali?”

“Ya!”

“Kau tak kasihankan mereka berdua?”

“Apa nak buat, Halim ....” Dia seperti enggan mengulas dengan
lebih lanjut lagi. Macam ada kuasa yang menutup mulutnya daripada
terus mengeluarkan kata-kata. Kamal memandang ke kiri kanan.
Pelanggan-pelanggan semakin kurang.

169

Kemudian dia bersuara lesu:
“Sungguh malang nasib mereka berdua. Terpaksa menjadi mangsa
perceraian ....” Perlahan-lahan Kamal tunduk ke bawah. Macam
memandang bunga yang layu kekeringan air.

“Bagaimana pula dengan isteri kau?”

“Dia telah pun berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.” Aku
memandang sayu muka Kamal. Rasa pilu benar-benar menyentuh
kalbunya.

Keinsafan mula timbul di hatiku. Manusia dikurniakan akal dan
fikiran oleh Tuhan. Setiap keputusan yang hendak dibuat perlu
ditimbang dengan semasak-masaknya terlebih dahulu. Bukannya secara
tergesa-gesa. Agar tidak mudah keluar daripada sasaran. Dalam erti
kata lain gagal memberi kepuasan. Contohnya Kamal. Dia terpaksa
menggenggam bara yang amat perit apabila melayari bahtera
rumahtangganya.

“Kau tidak berniat hendak mencari pengganti, Kamal?” Pertanyaan
yang secara tiba-tiba terkeluar daripada mulutku. Perasaan Kamal kian
dibalut rasa hiba.

170

“Aku masih lagi sayangkan bekas isteri aku. Tapi ....”
“Tapi apa?” aku cepat memotong.
Dia berdiam diri. Persoalan itu ibarat seketul batu besar yang
menghempap kepalanya. Aku tetap sabar menanti jawapan.
“Aku amat sukar untuk melupakannya,” kata Kamal lagi.
“Jadi kau tak kahwin lagi?” Aku ingin meraih kepastian.
“Begitulah ...,” dia membalas sambil mengangguk lemah.
“Hingga ke akhir hayat kau?”
“Kalau sudah ditakdirkan. Aku tetap redha untuk menerimanya,
Azman.”
“Kau mesti memerlukan seorang isteri, Kamal.”
“Tapi tak serupa macam Alina!” dia pantas menyanggah.
Aku mengangkat muka tinggi.

171

“Bekas isteri kau?”

“Ya!”

“Patah tumbuh hilang berganti, Kamal.” Aku tak putus-putus
memujuk.

Kamal lantas menarik nafas yang panjang.

“Dia tetap satu dalam hidup ini.”

“Jadi hati kau telah tertutup rapat untuk menyintai gadis lain
selain daripada Alina.”

“Benar sekali!” angguk Kamal. Aku diam. Kamal amat setia dalam
percintaan.

Aku melihat jam di tangan. Waktu minum pagi telah pun tamat.
Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. Aku memandang Kamal dan
bersuara:

“Sudahlah tu, Kamal. Mari kita pergi.”

“Baiklah!”

172

Aku dan Kamal bingkas bangun.

173

BAB 14

Amanah arwah Datuk Karim berlegar di fikirannya. Berat. Seperti
memikul seketul batu besar. Mahu atau tidak Johari terpaksa
menunaikannya. Dia satu-satunya anak tunggal arwah Datuk Karim.
Kalau tidak Syarikat Permata Holdings Sdn. Bhd. akan berkubur.

“Kaulah satu-satunya harapan ayah ... Johari ... kau mesti
menyelamatkan Syarikat Permata Holdings ....” Nada suara Datuk Karim
tersekat-sekat sewaktu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan pintu mengejutkannya daripada
lamunan.

“Masuk!” Dia memberi arahan. Shanty yang memerangkap
setiausaha syarikat muncul bersama sepucuk surat di tangannya.

“Ini ada surat daripada pihak bank,” kata Shanty sambil
menghulurkannya kepada Johari. Dia pantas menyambut dan membuka
sampul surat itu. Dia membaca isi kandungannya dengan penuh teliti.
Hutang Syarikat Permata Holdings dengan pihak bank berjumlah
RM800,000.00.

174

Syarikat Permata Holdings diberi tempoh tiga bulan untuk
menjelaskannya. Kalau tidak pihak bank akan mengambil tindakan
mahkamah dengan mengisytiharkan Syarikat Permata Holdings muflis.

Berat! Getus hati kecilnya.

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Encik Johari?” tanya Shanty.

“Tolong bawakan fail projek kondominium di Taman Melati.”
Johari mengeluarkan arahan kepada Shanty.

“Baiklah, Encik Johari.” Dia akur dengan arahan tuan muda itu.

Kesejukan alat penghawa dingin mengepung seluruh ruang bilik
yang berbentuk empat segi itu. Tak lama kemudian Shanty muncul
sambil membawa fail berwarna hitam yang diminta oleh Johari.

“Ini failnya, Encik Johari.”

“Terima kasih,” Johari lantas membukanya.

“Bagaimana dengan perkembangan projek ni?” Dia melemparkan
pertanyaan kepada Shanty.

175

“Projek ni dah lama terbengkalai, Encik Johari,” jawab Shanty
yang sudah lima tahun menjadi Setiausaha Syarikat Permata Holdings.

“Terbengkalai?” Johari terkejut.

“Kita menghadapi masalah kekurangan bekalan simen.”

“Macam mana perkara ni boleh berlaku?” tanya Johari lagi sambil
kedua-dua biji matanya tepat memandang gadis yang berusia awal 20-
an itu.

“Datuk Nasir yang handle projek ni.”

“Oh, begitu. Arwah Datuk Karim?”

“Dia cuma keluarkan modal.”

“Bila projek ini dijangka siap?” Johari tak putus-putus
mengajukan soalan.

“Akhir tahun ini,” Shanty menjawab ringkas. Johari menarik nafas
panjang. Dan bersuara:

176

“Tak apalah, Shanty. Saya akan cuba settlekan projek ni. Awak
boleh pergi sekarang.”

“Baiklah, Encik Johari.”

Johari mengeluh. Hidup ini umpama air laut. Sekejap pasang
sekejap surut. Hidup manusia penuh dengan ujian Tuhan. Siapa yang
tak kenal dengan arwah Datuk Karim. Seorang usahawan Melayu yang
terkenal. Syarikat Permata Holdings juga mempunyai rangkaian
perdagangan di Amerika Syarikat, England, Jepun, Taiwan dan Korea
Selatan. Datuk Nasir ialah rakan kongsi arwah Datuk Karim dalam
Syarikat Permata Holdings. Dia telah menggelapkan wang syarikat
sebanyak RM 1.8 juta.

Datuk Nasir juga telah menjual semua saham-saham Syarikat
Permata Holdings untuk melangsaikan semua hutang-hutangnya
dengan pihak bank. Hal ini tidak diketahui oleh arwah Datuk Karim.

Syarikat Permata Holdings menjadi tenat. Arwah Datuk Karim
terus jatuh sakit.

“Saya tak sangka, mak. Datuk Nasir sanggup menggelapkan wang
syarikat,” Johari bersuara kesal bercampur geram.

177

“Sudahlah tu, Johari. Kita bersabar sajalah,” Datin Rokiah
menenangkan anaknya.

“Saya sedih, mak. Dulu sewaktu syarikatnya hampir-hampir
bankrap arwah ayah yang tolong selamatkan. Sampai masanya dia
tergamak menganiaya arwah ayah,” luah Johari lagi dalam nada suara
yang penuh kecewa.

“Ini semua sudah takdir. Kita harus redha, Johari,” sambung
ibunya lagi.

“Memang kita tidak boleh menolak takdir, mak. Tapi bangsa kita
tak akan maju selagi tak dikikis perasaan tamak dan irihati,” tingkah
Johari pula.

Datin Rokiah diam. Kata-kata anaknya itu memang benar.

“Arwah ayah kau mahu Syarikat Permata Holdingsterus hidup.
Walaupun dia sudah tiada lagi.”

Lamunan Johari mati apabila telefon berbunyi.

178

“Hello.”
“Encik Johari, ada panggilan daripada Cik Rosnah,” jelas Shanty.
“Baiklah. Sambungkan.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
“Apa khabar?”
“Baik.”
“Maaf kerana mengganggu.”
“Tak mengapa. Macam mana kau tahu aku di pejabat?”
“Mak kau yang beritahu,” Zarah membalas.
“Kita dah lama tak berjumpa. Apa kata tengah hari ini kita lunch
sama-sama?” cadang Johari.

179

“Great. Tapi di mana?”

“Di tempat biasa, Restoran Seri Mawar.”

“OK. Kita jumpa di sana. Bye.”

Dia mencapai fail yang berada di depannya dan menelitinya sekali
lagi. Kemudian dia mengangkat telefon dan menekan butang.

“Shanty, tolong panggilkan Encik Tan. Katakan saya nak jumpa
dia sekejap.”

“Baiklah, Encik Johari.”

Selang beberapa minit kemudian dia mendengar bunyi orang
mengetuk pintu.

“Masuk.” Matanya tajam memandang Encik Tan yang bertugas
sebagai Pegawai Pemasaran di Syarikat Permata Holdings.

“Ada perkara mustahak ke Encik Johari nak bincangkan dengan
saya?” tanya Encik Tan sebaik-baik sahaja melabuhkan punggung di

180

atas kerusi. Dia kelihatan segak memakai baju kemeja berwarna putih
serta bertali leher warna biru tua.

“Ya! Tentang projek kondominium di Taman Melati.”

“Dah hampir sepuluh bulan projek tu tergendala,” jawab Encik
Tan ikhlas.

“Selain daripada masalah kekurangan bekalan simen, apalagi
masalah yang timbul?” dia pantas memotong.

“Gaji pekerja tidak dibayar.”

“Sampai begitu sekali? Itu zalim namanya. Salah di sisi undang-
undang.” Dia terkejut apabila mendengar cerita daripada mulut Encik
Tan.

“Hanya Datuk Nasir saja yang boleh menjawabnya,” kata Encik
Tan pula.

“Dia sekarang senang-lenang di luar negeri. Dia tipu arwah datuk
hidup-hidup,” Johari sebaliknya membalas.

181

“Jadi, apa tindakan Encik Johari sekarang?”
“Kita tak boleh patah semangat. Kita mesti settlekan projek ni.
Awak siapkan laporannya secepat mungkin dan serahkan kepada saya.”
“Baiklah, Encik Johari!” jawab Encik Tan.
“Besok kita melawat ke tapak projek.”
“Itu saja, Encik Johari?”
“Ya. Awak boleh pergi sekarang,” ujar Johari lagi.
“Bila dah besar nanti Johari nak jadi apa?” arwah Datuk Karim
mengusap-usap manja rambut anaknya.
“Nak jadi peguam.”
“Johari tak nak ikut jejak ayah jadi ahli perniagaan?”
“Tak!” dia menjawab sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Kenapa?”

182

“Johari nak membela orang yang tak bersalah.”

“Nampaknya Johari tak berminat untuk mewarisi perniagaan
abang,” Datin Rokiah tiba-tiba mencelah.

“Dia masih kecil lagi, Kiah. Dia belum mengerti apa-apa. Mungkin
satu hari nanti dia akan berubah fikiran.” Kata-kata arwah Datuk Karim
itu akhirnya terkabul juga.

Johari kini telah pun mengambil alih perniagaannya. Kalau dia
masih hidup tentu di akan berasa bangga. Perniagaannya tidak jatuh ke
tangan orang lain. Diwarisi oleh zuriatnya sendiri.

Johari melihat jam di tangannya. Tepat menunjukkan pukul 11:30
pagi. Dia bingkas bangun dan menuju ke jendela kaca. Dia
melemparkan pandangan yang jauh ke arah bangunan-bangunan yang
tinggi mencakar langit. Fikirannya ligat mencari ilham untuk
menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh Syarikat Permata
Holdings Sdn. Bhd. Sedang dia asyik memerah otak, tiba-tiba dia
dikejutkan dengan bunyi pintu diketuk orang.

Dia berpaling ke arah pintu itu dan bersuara:

183

“Masuk!”
Zulkifli, juruaudit syarikat muncul sambil memegang sampul
surat berwarna putih.
“Saya minta maaf kerana mengganggu Encik Johari,” katanya
dengan penuh hormat.
“Oh, tak mengapa. Duduklah,” kata Johari.
Zulkifli lalu menyerahkan sampul surat itu kepada Johari.
“Apa ni?” ujar Johari menyambut sampul surat itu dan
membukanya. Zulkifli sebaliknya tidak bersuara.
Johari membaca isi kandungan surat itu. Dia memandang wajah
Zulkifli yang berkulit cerah itu.

“Adakah kerana kedudukan syarikat ini goyah maka awak
mengambil keputusan untuk berhenti?”

184

“Tidak, Encik Johari. Saya sebenarnya sayangkan syarikat ini.
Tapi demi masa depan, saya menyahut tawaran Syarikat Intan Holdings
Sdn. Bhd.”

“Oh, begitu. Awak sudah fikir masak-masak?”

“Ya, Encik Johari.”

“Saya faham, Zulkifli. Itu hak awak. Saya tak boleh menahan
awak pergi,” Johari menjawab.

“Terima kasih, Encik Johari.” Zulkifli bangun dan berjabat salam
dengan Johari.

“Saya harap awak akan bekerja dengan penuh dedikasi,” pesan
Johari.

Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 1:00 tengah hari.

Seperti yang dijanjikan Johari dan Zarah bertemu di Restoran Seri
Mawar.

185

“Aku rasa tempat ini tak sesuai bagi kau.” Zarah memulakan
perbualan sambil memandang ke seluruh restoran.

“Tak sesuai? Kenapa pulak?” soal Johari.

“Anak datuk macam kau ni selalunya makan di hotel,” kata Zarah
selamba.

Johari sebaliknya tersenyum mendengar kata-kata Zarah itu.
Kedua-dua biji matanya tidak berkelip memandang Zarah yang ayu
bertudung dan memakai baju kurung.

“Kita manusia kan semuanya sama di sisi Tuhan. Jadi, soal di
mana kita nak makan tak timbul.”

“Aku sekadar ingin menduga kau saja,” Zarah membalas.

“Kau memang begitu. Sudahlah. Macam mana dengan perniagaan
kau?”

“Macam air laut. Sekejap pasang sekejap surut.”

“Berniaga memang macam tu, Zarah.”

186

Perbualan mereka terhenti seketika. Pelayan datang membawa
makanan dan minuman yang mereka pesan. Perlahan-lahan dia
meletakkannya di atas meja.

“Silakan,” pelawa Johari sebaik-baik sahaja dia selesai membaca
doa. Mereka menikmati hidangan tengah hari dengan penuh selera
sekali.

“Macam mana pula dengan perniagaan kau?” Zarah menyambung
semula perbualan yang terputus tadi.

“Ibarat telur di hujung tanduk.”

“Kau harus tabah, Johari.” Dia memberi kata-kata semangat
kepada Johari.

“Aku runsing memikirkannya,” tingkah Johari sambil menyedut
sisa-sisa air fresh orange.

“Dan kau juga merasa kecewa kerana cita-cita kau untuk menjadi
seorang peguam tidak tercapai, bukan begitu?” Dengan tiba-tiba sahaja
pertanyaan itu terkeluar daripada mulut Zarah.

187

“Tidak, Zarah. Bagi aku amanah yang ditinggalkan oleh arwah
ayah aku mesti ditunaikan.”

“Aku kagum dengan semangat kau, Johari. Kau mesti buktikan.
Walaupun kau berkelulusan dalam bidang Undang-undang tetapi kau
juga boleh berjaya dalam bidang perniagaan.” Zarah terus
menyemarakkan lagi semangat Johari.

“Aku harap kau bukan hanya sekadar sumber inspirasiku. Kau
doakanlah semoga aku berjaya meletakkan Syarikat Permata Holdings
Sdn. Bhd. terus unggul serta menjadi contoh dalam dunia perniagaan
orang Melayu.”

“Insya-Allah, Johari. Semoga Tuhan akan memberkati usaha kau.
Kau perlu cekal dan tabah mengharungi apa jua halangan serta
rintangan yang datang sebelum sampai ke puncak.

Kata-kata Zarah itu seperti api semangat yang membakar dirinya.
Di ruang matanya sudah terbayang wajah arwah ayah dan ibunya.

BAB 15

Buih-buih memutih di gigian pantai. Sayup-sayup kedengaran suara
sang ombak yang gagah perkasa. Laut tetap membiru. Bola mentari

188

tepat di atas darjah. Jalur-jalur cahaya yang lurus menyinari butiran
pasir yang halus berkilauan seperti sutera pagi. Camar putih bebas
berterbangan ke sana sini di angkasa nan luas. Gema suaranya
memecahkan keheningan suasana. Pohon-pohon kelapa yang tumbuh di
sepanjang pantai bagai menyanyi-nyanyi ditiup angin. Pelepahnya
melambai-lambai macam mengajak perantau yang tinggal di kota agar
pulang.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Bayu berpuput selembut sutera. Pulau Saga. Menyambut
kepulangan Zainal. Di sini dia dilahirkan dan dibesarkan. Penuh dengan
keriangan dan kedamaian di zaman kanak-kanak.

“Aku nak berhenti, Azman.”

“Kenapa pulak?” Aku agak terperanjat. Zainal menoleh ke arah
meja sebelah yang kosong.

Kemudian dia lalu menjawab:
“Aku nak balik kampung.”

189

“Nak kerja apa?” Aku menghabiskan sisa-sisa air teh. Juga
menyental kuih karipap.

“Ayah aku dah tua selalu sakit-sakit. Tak berdaya lagi nak turun
ke laut.”

“Jadi kau nak ambil tempat dia,” celahku pantas. Macam sang
helang menyambar mangsanya.

“Kalau tidak siapa lagi.” Zainal mengangkat muka.

“Bagaimana dengan pangkat kau?” Pertanyaan yang keluar
daripada mulutku.

“Bergantung pada laut juga dapat berbakti pada agama, bangsa
dan negara,” tambah Zainal.

“Kau serius, Zainal.”

“Kau tahu bukan prinsip hidup aku tidak suka bermain-main.
Setiap pekerjaan mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh.”
Pelanggan yang lain mengeluarkan suara labah. Tingkah sudu dan

190

garpu begitu kuat sekali. Zainal memandang cawan yang kosong. Kain
yang berwarna merah hati meliputi permukaan meja yang berbentuk
empat segi.

“Roziah tahu?” soalku pula sambil membetulkan tempat duduk.

“Belum!” jawabnya pendek.

“Kau tentu arif dengan perangainya.”

“Terserahlah pada dia sama ada mahu meneruskan hubungan
ataupun tidak.” Dia hampir-hampir mengalah.

“Kau mesti ingat, Zainal. Datuk Baharuddin memerlukan khidmat
kau.” Aku mengutip semula kata-kata itu.

“Aku memang sayangkan Syarikat Ampangan Holdings Sdn. Bhd.
Tapi aku kasihan melihat nasib keluarga dan nelayan-nelayan di
kampung.”

“Kemiskinan,” aku menyampuk tiba-tiba. Seperti seorang ahli
nujum. Dia telah dapat membaca segala yang berlaku.

191

“Beban yang mereka pikul sama seperti seketul batu besar dan
pejal.” Lagak Zainal macam seorang peguambela di dalam mahkamah
mempertahankan hujah-hujahnya dalam perbicaraan kes pembunuhan.
Untuk membuktikan yang tertuduh tidak bersalah.

Aku diam. Aku benar-benar mengerti kini. Aku turut
menghulurkan simpati. Inilah rintihan yang perlu didengar oleh semua
orang. Terutama sekali golongan atasan.

Mereka sanggup bersabung nyawa. Musim hujan dan laut
bergelora. Demi mencari rezeki dan menghidupkan api di dapur. Perut
yang kosong harus diisi. Tapi miskin dari segi kebendaan.

Hidup mereka hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan
petang.

Datuk Baharuddin macam orang yang hilang arah haluan apabila
membaca memo yang ditulis oleh Zainal. Dia menatap perkataan yang
tercatat di atasnya puas-puas. Dia bagai bermimpi di siang hari. Sukar
mempercayai. Dia sedang berpijak di bumi nyata. Kedua-dua biji
matanya tunak memandang Zainal.

192

Dia menggeleng-gelengkan kepala. Tubuhnya lalu disandarkan
pada kerusi eksklusif. Berpusing sedikit ke kiri kanan.

“Mengapa ini semua harus berlaku?”

Suaranya yang agak garau sedikit tenggelam dalam deruan mesin
penghawa dingin.

Hawanya yang berpeluh termampan di kaca jendela. Bangunan
setinggi 13 tingkat yang terletak di Jalan Raja Alang. Kesejukannya
terasa menampar permukaan kulit.

Zainal bersuara:
“Datuk keputusan saya tetap muktamad.”

“Awak tak puas hati dengan gaji,” potong Datuk Baharuddin.

“Segalanya mencukupi.”

“Tentang pentadbiran syarikat?”
“Semuanya berjalan lancar dan tak pernah mendatangkan
masalah kepada saya.”

193

“Habis?” tanyanya bertubi-tubi kali. Umpama muntahan peluru
daripada muncung mesin-gun.

“Demi sebuah pengorbanan.”
“Untuk siapa?”
“Untuk orang tua saya.”
Datuk Baharuddin amat berat untuk melepaskan dia pergi.
“Banyak lagi projek yang belum terlaksana.” Dia memerhatikan
memo yang masih lagi terletak di sisi meja.
“Saya amat sayangkan syarikat ini tapi ....” Terhenti.
“Tapi apa?” Datuk Baharuddin tak sabar-sabar lagi mencelah.
Zainal memandang wajah yang separuh umur itu. Dan berkata:
“Membela nasib mereka yang terbiar.”
Datuk Baharuddin sebaliknya merengus sendirian.

194

Jelas sekali dia dibalut rasa kecewa. Seperti bala tentera yang
kecundang di medan perang.

Namun begitu dia tidak boleh memaksa. Zainal sudah dewasa.
Berfikiran matang dalam melayari hidup. Baik buruk terletak di
tangannya. Bukan macam kanak-kanak.

Datuk Baharuddin sedar ketiadaan Zainal merupakan satu
kehilangan besar kepada syarikat. Dia terpaksa akur dengan hakikat itu.
Dia mengangguk tanda mengalah.

“Baiklah! Tapi saya harap awak akan kembali semula ke syarikat
ini satu hari nanti.”

Zainal bangun dan berjabat tangan.

“Saya minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tingkah laku
yang tidak menyenangkan Datuk. Selama saya berkhidmat di sini.”

“Saya juga begitu, Zainal.”

Dia mengatur langkah lima tapak ke arah pintu. Tangan
kanannya pantas menyelak daun pintu yang antik itu. Datuk

195

Baharuddin memerhatikan dengan penuh minat. Bayangannya pun
hilang setelah pintu terkatup semula.

Maka tamatlah riwayat Zainal dengan Syarikat Ampangan
Holdings Sdn. Bhd.

Sementara itu Datuk Baharuddin merenung dinding yang konkrit
serta pejal bercat putih. Tiada seorang pun pengganti yang berwibawa
seperti Zainal. Dia telah banyak berjasa dalam membangunkan syarikat.
Darus sememangnya layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh
Zainal. Tetapi dia masih kekurangan pengalaman. Itu sahaja. Namun
begitu kalau dididik dan dipupuk dengan sempurna sudah pasti impian
itu terlaksana.

Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 12:00 tengah hari.

Dia teringat appointment makan tengah hari bersama dengan Mr.
Chan di Hotel Inn. Seorang ahli perniagaan yang terkenal dari Hong
Kong. Datuk Baharuddin sentiasa sibuk. Dari awal pagi hingga ke larut
malam. Dalam soal business mesti cepat bertindak agar tidak tercicir.

196

Kakitangan yang lain terpinga-pinga dengan tindakan Zainal. Ada
yang menuduhnya tidak waras dan gila. Perkara ini amat disenangi oleh
Karim. Dia amat cemburu dan irihati dengan Zainal.

“Biarkan dia pergi,” katanya dengan senang hati.

“Kenapa kau cakap begitu?” soal Yazid pula.

“Aku sejak dari dulu lagi memang tak sukakan dia!” Dia macam
melepaskan protes yang telah lama bersarang di dadanya.

“Semua projek dia nak kuasai.” Dia terus melepaskan rasa tidak
puashati.

“Dia berkaliber dalam soal tender,” sokong Yazid lagi. Sambil
menggulung pelan dan meletakkannya di atas mulut rak yang terletak di
sudut meja.

“Datuk pun satu.” Perasaan Karim bercampur geram dengan
marah.

“Hah, kenapa pulak dengan dia?”

197

“Percaya sangat dengan cakap Zainal.”
“Dia seorang yang jujur dan amanah. Itulah sebabnya dia
disayangi oleh Datuk.” Karim masih lagi tercegat di sisi meja.
“Kau ingat tak baki duit RM 800,000 projek bangunan kerajaan di
Jalan Duta.” Dia mengutip semula skandal yang pernah berlaku dalam
syarikat.
“Ya!” angguk Yazid.
“Sampai sekarang hilang entah ke mana.”
“Kalau kau nak tahu dia yang selewengkan.”
“Tak baik kau membuat tuduhan secara melulu tanpa bukti.”
“Jadi, kau tak percaya dengan cakap aku?” soal Karim.
“Sebab aku tak ada bukti,” jawab Yazid.
“Tapi ini adalah kenyataan!” Karim sebaliknya terus menyanggah.

198

“Kita harus siasat dulu sebelum mengambil sesuatu tindakan.”

Gaya Yazid tak ubah seperti seorang pegawai polis di cawangan
jenayah.

Karim merasa bosan dengan gelagat Yazid yang asyik melindungi
Zainal. Tanpa menyatakan sokongan yang padu. Kemudian dia bersuara:

“Ah, sudahlah! Kau dengan Datuk sama saja!” Mukanya merah
macam udang kena bakar. Marah dan kecewa. Cita-citanya untuk
melihat Zainal digulingkan dari syarikat tidak tercapai.

Lantas dibantah oleh Yazid.

“Kau ni macam tak puas hati aje aku tengok.”

“Memang!” dia menjawab dengan mengangguk.

“Kalau begitu lebih baik kau lepaskan saja pada Datuk. Bukannya
aku yang menjadi sasaran!” Dia bingkas bangun serta beredar dari situ.
Karim terpinga-pinga. Macam ayam berak kapur.

Roziah merengus.

199

“Zainal setakat ini sahaja hubungan kita.” Mata Zainal tidak
berkelip-kelip memandang wajah Roziah yang sungguh jelita. Laksana
bulan yang jatuh ke riba.

Bunga-bunga teratai yang tumbuh di tepi kolam meliuk-liuk ke
kiri kanan bila ditiup angin.

Zainal menarik nafas yang panjang dan bersuara lemah:
“Aku tak salahkan kau, Roziah ....”

“Kau lebih pentingkan ikan dan laut daripada aku.”

“Kedua-duanya penting dalam hidup aku, Roziah!”

“Tapi soalnya kau menjadi seorang nelayan.”

“Aku faham, Roziah. Kehidupan sebagai nelayan lebih mengenal
kesusahan daripada kemewahan. Mungkin aku tidak dapat
membahagiakan kau. Bukan begitu?” Zainal pantas mencelah. Jemu
semakin membelit Roziah.

200


Click to View FlipBook Version