The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perancangan Strategik 2018_2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgu mila lin, 2020-04-18 06:33:21

perancangan strategik 2020

Perancangan Strategik 2018_2020

PERANCANGAN
 STRATEGIK

KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

22001188 -- 22002200

www.kmpk.matrik.edu.my

KMP K

KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PELAN

STRATEGIK

KOLEJ MATRIKULASI PERAK

2018 - 2020

ISI KANDUNGAN

PRAKATA …………………………………………………………………………………………… 1
RINGKASAN EKSEKUTIF ……………………………………………………………. 2
BAB 1 PENGENALAN

LATAR BELAKANG ………………………………………………………………………… 4
CARTA ORGANISASI ……………………………………………………………………... 16
PUNCA KUASA ……………………………………………………………………………. 17
PIHAK BERKEPENTINGAN: PELANGGAN DAN RAKAN STRATEGIK KMPK….. 18

BAB 2 ANALISIS PERSEKITARAN DAN CABARAN SEMASA

FAKTOR LUARAN AM [KLAUSA 4.1] ………………………………………………….. 19
FAKTOR DALAMAN AM [KLAUSA 4.1] ……………………………………………….. 22

BAB 3 HALA TUJU STRATEGIK

VISI & MISI …………………………………………………………………………………. 23
DASAR KUALITI DAN OBJEKTIF KUALITI ………………………………………….. 24
RINGKASAN PELAN STRATEGIK ……………………………………………………... 25

TERAS-TERAS STRATEGIK

TERAS 1 : KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENSYARAH

PENGENALAN STRATEGIK …………………………………………………………. 26
MATLAMAT STRATEGIK …………………………………………………………….. 27
OBJEKTIF STRATEGIK ………………………………………………………………. 27
STRATEGI PELAKSANAAN …………………………………………………………. 27
PELAN TINDAKAN ……………………………………………………………………. 28

TERAS 2 : KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR

PENGENALAN STRATEGIK ………………………………………………………… 29
MATLAMAT STRATEGIK ……………………………………………………………. 30
OBJEKTIF STRATEGIK ……………………………………………………………… 30
STRATEGI PELAKSANAAN ………………………………………………………… 30
PELAN TINDAKAN …………………………………………………………………… 31

TERAS 3 : KECEMERLANGAN INSANIAH

PENGENALAN STRATEGIK ………………………………………………………… 32
MATLAMAT STRATEGIK ……………………………………………………………. 33
OBJEKTIF STRATEGIK ……………………………………………………………… 33
STRATEGI PELAKSANAAN ………………………………………………………… 33
PELAN TINDAKAN …………………………………………………………………… 34

TERAS 4 : KECEMERLANGAN SUMBER MANUSIA

PENGENALAN STRATEGIK ………………………………………………………… 35
MATLAMAT STRATEGIK ……………………………………………………………. 36
OBJEKTIF STRATEGIK ……………………………………………………………… 36
STRATEGI PELAKSANAAN ………………………………………………………… 36
PELAN TINDAKAN …………………………………………………………………… 37

TERAS 5 : KECEMERLANGAN TADBIR URUS

PENGENALAN STRATEGIK ………………………………………………………… 38
MATLAMAT STRATEGIK ……………………………………………………………. 39
OBJEKTIF STRATEGIK ……………………………………………………………… 39
STRATEGI PELAKSANAAN ………………………………………………………… 39
PELAN TINDAKAN …………………………………………………………………… 40

FAKTOR PENENTU KEJAYAAN ……………………………………………………… 41
PENUTUP ………………………………………………….................................................. 44
PENGHARGAAN …………………………………………………..................................... 45
LAMPIRAN

PRAKATA

SHASHIM SHAH BIN HARUN
PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum wbh.

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua dapat kita
merealisasikan Perancangan Strategik Kolej Matrikulasi Perak 2018-2020. Sesungguhnya, segala
usaha yang diatur bagi merangka Perancangan Strategik ini tidak akan terhasil tanpa adanya
permuafakatan, semangat kerja berpasukan serta kesepaduan idea dan matlamat daripada
jawatankuasa terlibat.

Perancangan strategik ini diwujudkan sebagai kerangka pembangunan Kolej Matrikulasi Perak
dalam usaha mencapai visi yang telah ditetapkan iaitu `untuk menjadi kolej matrikulasi yang
terunggul’. Segala perancangan yang diatur selaras dengan visi dan misi kolej selain memenuhi
keperluan MS ISO 9001:2015 dan MQA seperti yang terkandung dalam dokumen kualiti kolej dan
Perancangan Strategik Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi
merealisasikan hasrat murni ini, lima teras utama telah digariskan iaitu kecemerlangan pengajaran
dan pembelajaran pensyarah, kecemerlangan akademik pelajar, kecemerlangan insaniah,
kecemerlangan sumber manusia dan kecemerlangan tadbir urus.

Diharapkan segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin.
Kejayaan tidak akan terhasil tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak. Perancangan
strategik ini hanyalah sebagai wahana komunikasi dan maklumat bagi memperkasa Kolej
Matrikulasi Perak seiring dengan hasrat Bahagian Matrikulasi untuk menjadikan Program
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
berwibawa dan mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara. Setinggi-tinggi penghargaan
kepada jawatankuasa yang terlibat dalam merangka Perancangan Strategik Kolej Matrikulasi
Perak 2018-2020. Dengan adanya kerjasama padu daripada warga KMPk, saya percaya segala yang
diilhamkan Berjaya dizahirkan mengikut perancangan.

Terima kasih.

Pengarah 1
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020

RINGKASAN EKSEKUTIF

Penggubalan Perancangan Strategik Kolej

Matrikulasi Perak 2018-2020 merupakan satu

dokumen perancangan yang signifikan dan relevan

dengan keperluan masa kini. Perancangan Strategik

ini adalah dokumen perancangan utama yang

menentukan hala tuju institusi ini bagi tempoh tiga

tahun. Ia merupakan sumber rujukan semua warga

kolej dalam membuat perancangan dan

melaksanakan program/aktiviti berdasarkan

strategi, pelan tindakan dan sasaran yang telah

ditetapkan bagi sebuah penghasilan yang lebih

sistematik dan cekap berasaskan nilai–nilai Bersama

yang turut dikongsi oleh pihak berkepentingan dan

pelanggan.

Pelaksanaan perancangan ini akan dapat
mempertingkatkkan kualiti pengurusan dan
pembangunan staf seterusnya profesionalisme
dalam perkhidmatan kepada pelajar serta
pembangunan kompetensi pelajar sama ada dalam
aspek akademik mahupun pembangunan sahsiah.

Perancangan strategik ini disejajarkan dengan dasar pendidikan Negara khususnya Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 serta menyokong agenda pembangunan
Negara iaitu Wawasan 2020. Perancangan strategik ini juga adalah berdasarkan analisis
persekitaran, senario semasa, cabaran serta potensi ke arah mencapai visi dan misi matrikulasi.

VISI

“Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains,
teknologi dan profesional menjelang 2020”.

MISI

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang bidang sains, teknologi dan
professional melalui pendidikan prauniversii yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang

cemerlang.

5 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA YANG MENJADI TUNJANG KEPADA
PERANCANAGN STRATEGIK INI ADALAH:

❖ Kecemerlangan Pengajaran & Pembelajaran Pensyarah.
❖ Kecemerlangan Akademik Pelajar.
❖ Kecemerlangan Insaniah.
❖ Kecemerlangan Sumber Manusia.
❖ Kecemerlangan Tadbir Urus.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 2

RINGKASAN EKSEKUTIF

Strategi Kitaran Perubahan Model Bryson yang digunakan bagi proses penyediaan dan
pelaksanaan Perancangan Strategik KMPk 2018–2020 menetapkan proses Perancangan strategik
10 Langkah untuk dipatuhi. Justeru, siri perbincangan dan perbengkelan penyediaan perancangan
strategik ini telah mengambil masa selama 3 bulan. 10 langkah tersebut membawa kepada
tindakan, keputusan, penilaian dan pembelajaran seperti berikut:

1. Persetujuan proses perancangan strategik.
2. Mengenal pasti punca kuasa organisasi.
3. Memperhalusi misi dan nilai organisasi.
4. Menilai persekitaran luaran dan dalaman bagi mengenal pasti kekuatan,

kelemahan, peluang dan cabaran.
5. Mengenal pasti isu – isu strategik yang dihadapi oleh organisasi.
6. Merangka strategi untuk menangani isu.
7. Memurnikan dan menggunakan strategi.
8. Memantapkan keberkesanan visi organisasi.
9. Membangunkan proses pelaksanaan yang berkesan.
10. Menilai semula strategi dan proses pelan strategik.

Analisis persekitaran digunakan dalam menentukan strategi dan pelan tindakan yang sesuai iaitu
dengan memaksimumkan kekuatan dan peluang bagi mengatasi kekurangan dan cabaran semasa
yang wujud bagi meningkatkan kecemerlangan warga KMPk.

Kelangsungan perancangan strategik ini adalah bergantung kepada kerjasama kolektif antara
pengurusan tertinggi, semua unit sama ada akademik atau bukan akademik, jawatankuasa
pengurusan kolej serta kumpulan sokongan. Strategi yang telah dipersetujui diterjemahkan
menerusi program dan akiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak terlibat mengikut
tempoh masa pelaksanaan.

Kajian semula akan dilaksanakan selepas setahun pelaksanaan. Tujuannya adalah untuk melihat
keberkesanan pelaksanaan serta menyusun strategi baru (jika perlu) sesuai dengan
perkembangan semasa. Bagaimanapun, dalam tempoh itu, penilaian pencapaian pelan strategik
akan dibuat secara berkala iaitu setiap 6 bulan sekali oleh Jawatankuasa Perancangan Strategik
KMPk.

Kesimpulannya, Perancangan Strategik KMPk 2018 – 2020 merupakan satu dokumen yang
komprehensif sebagai rujukan utama yang perlu dipatuhi dan dipastikan kelangsungan
pelaksanaannya. Kejayaan pelaksanaan pelan ini diharap akan membawa kepada kecemerlangan
sumber manusia dan seluruh pelajar KMPk sebagaimana yang disasarkan.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 3

BAB 1

LATAR BELAKANG KMPK

PROGRAM MATRIKULASI SEPINTAS LALU

Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar bumiputera untuk
melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains,
teknologi dan perakaunan. Sebelum ini program matrikulasi telah dikendalikan oleh beberapa
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kini dikenali sebagai Universiti Awam (UA) lebih 30
tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza. Hasil daripada program ini telah
melahirkan ramai cendekiawan dan tenaga mahir bumiputera dalam bidang profesional. Walau
bagaimanapun, bagi mewujudkan keselarasan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan
Malaysia atau BMKPM telah mengambil kumpulan pertama (perintis) bagi pelajar matrikulasi
daripada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada
awal tahun 1999. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Bangi,
Selangor. Kolej Matrikulasi Melaka dan Kolej Matrikulasi Labuan merupakan kolej matrikulasi
pertama beroperasi di bawah kendalian BMKPM pada tahun 2000. Kolej Matrikulasi Perak atau
dikenali sebagai KMPk merupakan kolej matrikulasi keenam beroperasi di bawah kendalian
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 4

LATAR BELAKANG KMPK

Penawaran Subjek dan Modul

Pada awal penubuhan kolej matrikulasi, hanya dua jurusan kursus ditawarkan kepada para pelajar
iaitu jurusan sains dan perakaunan. Pada sesi 2002/2003 sehingga sesi 2010/2011 tiga modul
pengajian ditawarkan kepada pelajar iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan. Tiga mata
pelajaran teras diambil oleh pelajar Sains Hayat iaitu Matematik, Kimia dan Biologi manakala
pelajar Sains Fizikal perlu mengambil mata pelajaran Matematik, Kimia dan Fizik. Mata pelajaran
teras bagi pelajar Perakaunan ialah Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Matematik.
Para pelajar juga diwajibkan mengambil mata pelajaran wajib yang terdiri daripada mata pelajaran
Bahasa Inggeris (diambil pada setiap semester) serta mata pelajaran Kemahiran Dinamika,
Pendidikan Islam dan Moral, Kokurikulum dan Sains Komputer yang dipelajari selama satu
semester bagi satu sesi pengajian. Mulai sesi 2005/2006, program matrikulasi turut menawarkan
tempat kepada pelajar bukan bumiputera bagi memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pada sesi 2010/2011, BMKPM telah menawarkan Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) jurusan
Sains di semua kolej matrikulasi seluruh negara kepada pelajar bumiputera yang memperoleh
keputusan sederhana dalam mata pelajaran Sains SPM agar lebih ramai pelajar bumiputera
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan. Program Matrikulasi mengorak
langkah seiring dengan keperluan Negara terhadap kepakaran dalam bidang kemahiran teknikal,
dengan menawarkan jurusan teknikal kepada para pelajar mulai sesi pengajian 2009/2010. Walau
bagaimanapun, jurusan ini hanya ditawarkan di tiga buah kolej matrikulasi teknikal iaitu Kolej
Matrikukasi Teknikal Pendang, Kedah, Kolej Matrikulasi Teknikal, Pontian, Johor dan Kolej
Matrikulasi Teknikal Jengka, Pahang yang asalnya merupakan bangunan sekolah teknik,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 5

LATAR BELAKANG KMPK

Selain jurusan teknikal, mulai sesi 2011/2012 tiga modul baharu pengajian aliran Sains turut
diperkenalkan bagi memberi kepelbagaian pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi kepada
pelajar bersesuaian dengan perkembangan pendidikan Negara. Modul 1 mengandungi mata
pelajaran teras Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik, Modul II mengandungi mata pelajaran teras
Fizik, Sains Komputer, Kimia dan Matematik manakala Modul III mengandungi mata pelajaran
teras Biologi, Sains Komputer, Kimia dan Matematik. Pelajar juga wajib mengambil mata pelajaran
wajib Bahasa Inggeris (setiap semester pengajian) serta Kemahiran Dinamika, Pendidikan
Islam/Moral dan Kokurikulum satu semester dalam satu sesi pengajian.

Mulai sesi 2018/2019, bagi menyelaraskan dengan keperluan pengakreditasian (MQA) semua
mata pelajaran akan dipanggil sebagai kursus. Mata pelajaran Kemahiran Dinamika akan dikenali
sebagai Pengajian Am Matrikulasi dengan isi kandungannya lebih menumpu kepada topik
kenegaraan seiring keperluan pembinaan jati diri bangsa Malaysia.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 6

LATAR BELAKANG KMPK

KOLEJ MATRIKULASI PERAK

SELAYANG PANDANG KMPK

Kolej Matrikulasi Perak atau dikenali sebagai KMPk merupakan kolej matrikulasi keenam beroperasi di
bawah kendalian Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
KMPk mula beroperasi pada 1 Mac 2002. Ambilan pertama pelajar pada 23 Mac 2002 melibatkan
seramai 722 pelajar yang memulakan sesi pengajian pertama 2002/2003. KMPk mampu
menampung seramai 3000 pelajar pada setiap sesi pengajian. Bilangan pelajar berbeza-beza pada
setiap tahun bergantung kepada jumlah pelajar yang mendaftar bagi mengisi tempat yang
ditawarkan. Semenjak awal penubuhannya sehingga sesi 2017/2018, seramai lebih kurang 31,074
Pelajar telah melanjutkan pelajaran di KMPk.
Selain itu, bilangan tenaga pengajar atau pensyarah dan kakitangan sokongan di Kolej Matrikulasi
Perak turut bertambah dari tahun ke tahun mengikut kapasiti bilangan pelajar.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 7

LATAR BELAKANG KMPK

Tahun Bilangan Pelajar Senarai bilangan pelajar mengikut sesi
2002/2003 722 pengajian.
2003/2004 2200
2004/2005 3088
2005/2006 2209
2007/2008 2414
2009/2010 1833
2010/2011 1911
2011/2012 1941
2012/2013 2223
2013/2014 2302
2014/2015 1977
2015/2016 1860
2016/2017 1875
2017/2018 2200

Jadual senarai bilangan pensyarah dan Tahun Bilangan Kakitangan
kakitangan sokongan di KMPk semenjak 2005 212
penubuhannya. 2006 223
2007 240
2008 244
2009 285
2010 310
2011 320
2012 310
2013 339
2014 335
2015 331
2016 330
2017 316

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 8

LATAR BELAKANG KMPK

Lokasi dan Kemudahan Fizikal

Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) didirikan di atas tanah seluas 67.48 ekar di Gopeng, Perak yang
jaraknya kira-kira 24 km dari Bandaraya Ipoh dan 4 km dari pekan Gopeng. Kolej Matrikulasi
Perak mempunyai beberapa kompleks bangunan yang terdiri daripada;

Kompleks Pentadbiran terdiri daripada;

Aras 1
Kaunter pertanyaan, pejabat pengurusan dan pentadbiran, bilik Pegawai Eksekutif
Kanan, bilik penyelengaraan, bilik mesin cetak, stor barang, tandas kakitangan / tetamu
lelaki dan wanita.

Aras 2
Bilik Pengarah, bilik Timbalan Pengarah, bilik Ketua-ketua Jabatan, bilik Pegawai
Teknologi Maklumat, bilik Penolong Pengarah Peperiksaan, Bilik Kebal, Bilik Mesyuarat
Pengarah, Bilik Mesyuarat Pusat, bilik jamuan tetamu, musolla lelaki, musolla wanita,
tandas kakitangan lelaki dan wanita.

Pondok Pengawal terdiri daripada;
Pondok kawalan, mesin ATM bank rakyat, pondok menunggu bas, tandas awam.

Kompleks Akademik mengandungi;
Dewan Kuliah Besar (dua buah dengan kapasiti 250
orang), Dewan Kuliah Kecil (empat buah dengan kapasiti
150 orang), bilik tutoran (50), makmal sains (18), bilik
persediaan Kimia (1), bilik radas (3), ruang kerja
pembantu makmal (5), makmal komputer (tujuh buah
dengan kapasiti 31 komputer setiap satu), Makmal
Bahasa Inggeris (tiga buah dengan kapasiti 31 komputer
setiap satu), Bilik kakitangan ICT, tandas kakitangan
lelaki dan wanita (aras 1), tandas pelajar lelaki dan
wanita (aras 1)

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 9

LATAR BELAKANG KMPK

Blok Pensyarah terdiri daripada;

Aras 1
Bilik kualiti (ISO), bilik R&D, bilik perbincangan, bilik dokumentasi, stor pejabat, bilik
rehat pensyarah, kubikel pensyarah DG54 dan DG52, bilik Ketua Unit Sains Komputer
dan Perakaunan, kubikel pensyarah Sains Komputer, Perakaunan, Kimia dan Fizik,
tandas kakitangan lelaki dan wanita.

Aras 2
Bilik Ketua-ketua Unit Kimia dan Fizik, kubikel pensyarah Kimia dan Fizik, pantri, bilik
perbincangan, tandas kakitangan lelaki dan wanita.

Aras 3
Bilik Ketua Unit Biologi dan Matematik, bilik perbincangan, pantri, kubikel pensyarah
Biologi dan Matematik, tandas kakitangan lelaki dan wanita.

Aras 4
Bilik Ketua Unit Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Bahasa Inggeris dan Pengajian AM
Matrikulasi, kubikel pensyarah Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Bahasa Inggeris dan
Pengajian AM Matrikulasi, pantri, bilik perbincangan, tandas kakitangan lelaki dan
wanita.

Perpustakaan mengandungi;
Aras 1
Kaunter urusan, bilik Pustakawan, ruang kerja kakitangan perpustakaan, ruang santai
kakitangan lelaki dan wanita, Pusat Pembangunan Sumber Manusia, musolla tetamu,
bilik perbincangan (2), bilik audio visual, bilik cambridge, bilik siber remaja, bilik
gerakan rakan perpustakaan, ruang bacaan (2), galeri, bilik stor, ruang simpanan barang
pelajar, tandas lelaki dan wanita.

Aras 2
Kaunter urusan,ruang bacaan (2), ruang permainan dalaman, bilik perbincangan (2),
ruang majalah, ruang santai.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 10

LATAR BELAKANG KMPK

Bangunan serbaguna menempatkan;

Anjung Siswa yang terdiri daripada; Kaunter
urusan, pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar (2),
pejabat Pegawai Kaunseling dan Kerjaya (4), bilik
mesyuarat, ruang santai, stor.

Pusat Sehenti yang terdiri daripada; Kedai Siswa,
K-Siswa, Terminal Siswa, sudut pidato, sudut
ulangkaji, kedai cenderamata Kelab Staf,
gimnasium, studio muzik, Bilik Gerakan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Bilik Mesyuarat
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, tandas lelaki
dan wanita.

Blok peperiksaan yang terdiri daripada;
Aras 1
Bilik mesyuarat, bilik Ketua Unit Kokurikulum dan Unit Pendidikan Islam dan
Moral, kubikel pensyarah Kokurikulum, Pendidikan Islam dan Moral,
Kemahiran Dinamika, tandas kakitangan lelaki dan wanita.

Aras 2 dan 3
Bilik Peperiksaan (10), tandas pelajar lelaki dan wanita.

Dewan Serbaguna terdiri daripada;
Dewan Seri Kinta, bilik rehat tetamu, gelanggang badminton (6), gelanggang
skuasy (2), stor peralatan (3), bilik persalinan, tandas lelaki dan wanita.

Kompleks Sukan terdiri daripada;
Kemudahan padang bagi aktiviti sukan bola sepak, hoki, ragbi, bola jaring dan
futsal; bilik simpanan peralatan sukan dan perkhemahan, gelanggang tenis,
gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar, gelanggang petanque,
bilik persalinan (2), stor basikal (menyediakan kemudahan 60 buah basikal)
dan astaka.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 11

LATAR BELAKANG KMPK

Kompleks kolej kediaman terdiri daripada;
Kolej Kediaman Perempuan : 3 buah (Seri Teja, Seri Intan dan Seri Kerian)
Kolej Kediaman Lelaki : 2 buah (Seri Iskandar dan Seri Ipoh)
Rumah Felo : 30 buah.
Rumah Pengarah : 1 buah
Rumah Ketua Jabatan : 6 buah
Kafe : kafe pentadbiran (1), kolej kediaman perempuan (2), kolej kediaman lelaki (1).

Pondok bas terdiri daripada;
parkir bas (2), bilik rehat pemandu (2), tandas awam.

Sebuah Masjid (Masjid al-Maghfirah)

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 12

LATAR BELAKANG KMPK

Pencapaian dan Pelunjuran Peperiksaan

Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) atau kini dikenali sebagai Universiti Awam (UA)
terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program matrikulasi, penggubalan soalan
peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan. Oleh
itu, pengambilalihan Program Matrikulasi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau asalnya
Kementerian Pelajaran Malaysia berupaya mengawal kualiti dan memenuhi keperluan kuantiti
pelajar bumiputera untuk menyediakan pelajar yang lebih berdaya saing dan beriltizam untuk
mengikuti program ijazah pertama di UA. BMKPM mengawal selia proses peperiksaan dan
penilaian pelajar di kolej matrikulasi. Pada awal penubuhan, terdapat tiga bentuk penilaian bagi
menentukan Purata Nilai Gred (PNG) pelajar iaitu berdasarkan Ujian Pertengahan Semester (UPS),
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) dan Penilaian Berterusan. Walau
bagaimanapun, mulai sesi 2016/2017, pelajar hanya dinilai berdasarkan Peperiksaan Semester
Program Matrikulasi (PSPM) dan Penilaian Berterusan seiring dengan keperluan Pembelajaran
Abad ke-21 yang tidak hanya memberi fokus kecemerlangan kepada pencapaian akademik semata-
mata.

Sesi % PNGK % Lulus
pengajian 3.0 keatas
2009/2010 97.49
2010/2011 51.57 97.85
2011/2012 68.19 98.20
2012/2013 69.86 98.97
2013/2014 69.01 98.96
2014/2015 65.98 98.91
2015/2016 67.83 98.92
2016/2017 73.02 99.76
75.45

KMPk meletakkan sasaran pencapaian dasar kualiti kolej adalah selari dengan dasar yang
ditetapkan oleh BMKPM. Objektif kualiti kolej adalah untuk memastikan 60% pelajar mencapai
sekurang-kurangnya PNGK 3.0 di dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Satu Tahun.
Melihat kepada rekod pencapaian pelajar dalam lima tahun belakangan (sesi 2012/2013 hingga
sesi 2016/2017) secara umumnya, KMPk berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. Ringkasan
prestasi pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Satu Tahun adalah
seperti di atas.

Walau bagaimanapun, diharapkan prestasi peperiksaan menunjukkan peningkatan dari tahun ke
tahun. Sehubungan dengan itu, perancangan strategik kecemerlangan akademik pelajar telah
diatur bagi merealisasikan hasrat tersebut.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 13

LATAR BELAKANG KMPK

Anugerah dan pencapaian kolej

Kolej Matrikulasi Perak telah menerima Sijil Pengiktirafan MS ISO 9001: 2000 pada tahun 2005.
Mulai tahun tersebut, KMPk melalui beberapa fasa Audit Dalam dan Audit SIRIM bagi mengesahkan
pengiktirafan. Selain itu, pada tahun 2008, KMPk menerima Sijil Pengiktirafan MS ISO 9001:
2008. Sebagai kesinambungan kepada usaha-usaha memantapkan lagi sistem pengurusan kualiti,
KMPk berusaha mendapatkan pengiktirafan MS ISO 9001:2015 pada tahun 2018. Selaras dengan
keperluan pendidikan tinggi negara, KMPk menyambut usaha Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk menerima Sijil Pengakreditasian MQA pada tahun 2019.

KMPk terlibat aktif dalam Pembangunan Penyelidikan Pendidikan (RnD) sama ada melalui seminar
penyelidikan di peringkat kolej mahupun di peringkat Bahagian Matrikulasi. Selain itu, KMPk turut
terlibat dalam aktiviti Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community
(PLC) serta program Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) melalui penyertaan di peringkat kolej
dan kebangsaan. Pencapaian terbaik yang dicapai oleh Kumpulan Inovasi dan Kreatif pada tahun
2017 apabila satu (1) kumpulan terpilih oleh BMKPM menghadiri prakonvensyen KIK di Kolej
Matrikulasi Selangor manakala lima (5) kumpulan telah menyertai pertandingan inovasi INOTVET
peringkat kebangsaan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Beberapa kejayaan yang telah
berjaya diraih oleh pasukan KIK KMPk dalam pertandingan tersebut adalah seperti berikut;

Anugerah Booth – Unit Kimia Innoventor
Anugerah Emas Inovasi Produk – MyMobiX- Unit Sains Komputer
Anugerah Perak Inovasi Produk – Innoventor – Unit Kmia
Anugerah Gangsa Inovasi Produk – Magic Card – Unit Sains Komputer
Anugerah Gangsa Inovasi Produk- V-Coil- Unit Matematik
Tempat ke 3 Kategori Pensyarah – Magic Maths- Unit Akaun

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 14

LATAR BELAKANG KMPK

Pencapaian kokurikulum

Semenjak penubuhannya pada tahun 2002, Kolej Matrikulasi Perak telah berjaya mengetengahkan
ramai bakat sukan dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Pencapaian terbaik dalam Karnival
Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) adalah dengan menjadi Naib Johan pada tahun 2004, 2008,
2011 dan 2016 manakala di peringkat Zon Utara, KMPk pernah menjadi Naib Johan pada tahun
2013 dan 2015. Penyertaan dalam Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform, Kementerian
Pendidikan Malaysia semenjak tahun 2015 tidak pernah menghampakan apabila KMPk mendapat
Naib Johan dalam Pertandingan Kraf Perkhemahan (2015), mendapat tempat ketiga dalam
Pertandingan Kawad Kaki dan Kraf Perkhemahan (2016) serta menjadi Johan Pertandingan Kawad
Kaki (2017).

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 15

CARTA ORGA
KOLEJ

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 16

ANISASI

J MATRIKULASI PERAK

PUNCA KUASA

Punca kuasa bagi Kolej Matrikulasi Perak dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ialah:

1. Dasar Latihan Sumber Manusia KPM: Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 4 Tahun 2016.

2. Surat Siaran – Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku, Sesi Perkongsian Ilmu dan
Pembelajaran Kendiri.

3. Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2014:
Penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Surat Siaran KPM Bilangan 14/2013 Garis Panduan Pembentangan Kertas Ilmiah Peringkat
Antarabangsa di Dalam dan di Luar Negara.

5. Surat Siaran- Pegawai Penyelaras Latihan Di Bahagian/Jabatan Di KPM–
KP(PP)0022/189/2Jld.13 (16)- 17 September 2013.

6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 – Program Transformasi Minda.
7. Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Menggantikan Hari Berkursus Di

Kementerian Pendidikan Malaysia Pada Tahun 2011. Ruj: KP(PP)0022/252 (23) Bertarikh
20 Disember 2010.
8. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor
Awam.
9. Pekeliling Ikhtisas RPH Bilangan 3 Tahun 1999.
10. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.
11. Dokumen Kualiti MS ISO 9001-2008.
12. Minit-minit Mesyuarat JK Akademik Kolej.
13. Perintah Am (Bab A, B, C, E, F dan G).
14. Arahan Perbendaharaan.
15. Pekeliling Perbendaharaan (1PP).
16. Tonggak 12.
17. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib).
18. Pekeliling, surat pekeliling dan edaran yang dikeluarkan oleh agensi pusat seperti JPA,
MAMPU dan Perbendaharaan Malaysia.
19. Surat Pekeliling Am bil. 2 Tahun 1995: Pengurusan Penyelenggaraan - Pewujudan Sistem
Penyelenggaraan Yang Dirancang.
20. Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012: Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan.
21. Peraturan dan Kaedah yang digubal di bawah akta-akta di atas dan disokong oleh garis
panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan / Bahagian yang berkaitan dari semasa ke semasa.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 17

PIHAK BERKEPENTINGAN
PELANGGAN DAN
RAKAN STRATEGIK KMPK

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Matrikulasi, KPM

Institusi Pengajian Tinggi

Pelajar

Masyarakat 18

PERANCANAGN STRATEGIK KMPK 2018-2020

BAB 2

FAKTOR LUARAN AM

[KLAUSA 4.1]

KLAUSA 4.1: KEPERLUAN AM

Pengurusan atasan menentukan isu-isu luaran dan dalaman yang berkaitan dengan hala
tuju strategik yang memberi kesan kepada pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti. Isu
boleh merangkumi isu positif atau negatif yang timbul dari aspek seperti kesihatan awam,
perundangan, teknologi dan sosial, sama ada di dalam atau luar negara.

Isu-isu ini sentiasa dipantau dan dikaji semula mengikut kesesuaian semasa mesyuarat-
mesyuarat yang melibatkan pengurusan atasan dan ketua-ketua unit.

Analisa Persekitaran AM

Proses analisis persekitaran bertujuan mengenal pasti keadaan sekeliling yang menjadi
ancaman atau peluang dan kekuatan atau kelemahan pada masa kini dan akan datang.
Komponen analisis persekitaran am boleh di klasifikasikan kepada:
➢ Sosio budaya.
➢ Politik.
➢ Teknologi.
➢ Ekonomi

Sosio Budaya

Komponen ini dianalisis untuk mengetahui keadaan sosio budaya pelajar, ibu bapa/
penjaga dan latar belakang pensyarah. Unsur-unsur sosio budaya yang diambil kira adalah
seperti sikap, nilai, etika kerja, budaya kerja, komposisi tenaga pensyarah, kompetensi
pensyarah dan kompetensi pelajar.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 19

FAKTOR LUARAN AM

[KLAUSA 4.1]

Politik

Analisis politik mengambil kira undang-undang dan peraturan negara. Perubahan di
dalam undang-undang dan peraturan kerajaan diambil perhatian supaya semua strategi
yang dibuat mengikut landasan yang betul. BMKPM juga mempunyai pengaruh dan kuasa
bagi mengehadkan atau menghalang aktiviti yang dijalankan oleh kolej matrikulasi. Maka
punca kuasa yang diturunkan daripada JPA, KPM dan BMKPM menjadi unsur penting
dalam analisis persekitaran.

Teknologi

Analisis teknologi bertujuan mengambil kira penggunaan ICT dan rangkaian media sosial
dalam organisasi. Transformasi teknologi yang senantiasa berkembang harus diambil
berat oleh organisasi agar tidak ketinggalan.Tahap teknologi yang digunakan sekarang
perlu diberi perhatian untuk memastikan sumbangannya kepada operasi organisasi.
Perubahan teknologi seperti penggunaan ICT dan rangkaian media sosial bertujuan
melaksanakan aktiviti bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Ekonomi

Analisis komponen ekonomi boleh menentukan bagaimana sumber kewangan yang
diturunkan dari BMKPM diagih dan digunakan organisasi. Walau bagaimanapun setelah
dianalisis faktor ekonomi bukanlah penghalang pencapaian objektif organisasi. Terdapat
peluang-peluang lain yang mantap untuk dimanfaatkan agar objektif aktiviti tercapai.

Kegunaan Pemberat Terhadap Skor di Atas Kesan Organisasi

Kaedah penggunaan pemberat adalah kaedah terbaik dalam pemilihan faktor- faktor yang
relevan untuk analisis persekitaran. Pemberat perlu diberikan perhatian supaya pengaruh
faktor-faktor persekitaran dapat diberi nilai dan disusun mengikut kepentingan organisasi.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 20

FAKTOR LUARAN AM

[KLAUSA 4.1]

ANALISIS FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN LUARAN YANG MEMPENGARUHI
PELAKSANAAN LIMA TERAS

Langkah-langkah proses untuk menentukan faktor-faktor utama yang memberi peluang dan
ancaman bagi melaksanakan setiap teras adalah seperti berikut :

1. Sepuluh faktor utama yang dianggap paling mempengaruhi pelaksanaan setiap teras
dikenal pasti daripada senarai faktor komponen.

2. Pemberatan dengan skala 1-10 diberikan kepada setiap faktor bagi menentukan
kepentingan kepada organisasi untuk melaksanakan program.

3. Wajaran bagi setiap faktor ditentukan. (Merupakan pecahan kepentingan
setiap faktor daripada jumlah poin semua kepentingan).

4. Kemampuan organisasi menggunakan skala 1-10 untuk menggunakan atau mengatasi
faktor-faktor yang dikenal pasti.

5. Skor ditentukan dengan mendarab wajaran dengan kemampuan.
6. Tiga faktor yang mendapat skor tertinggi dikenal pasti sebagai peluang.
7. Tiga faktor lain yang mendapat markah tertinggi dalam bahagian kepentingan dikenal

pasti sebagai ancaman.

Faktor-faktor yang dikenal pasti sebagai peluang dan
ancaman kepada Kolej Matrikulasi Perak untuk
melaksanakan pemilihan strategi bagi pembinaan
analisis SWOT/KLAP boleh diperolehi apabila
langkah- langkah tersebut di atas dipatuhi.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 21

FAKTOR DALAMAN AM

[KLAUSA 4.1]

ANALISIS FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN DALAMAN YANG MEMPENGARUHI
PELAKSANAAN LIMA TERAS

Langkah-langkah proses untuk menentukan faktor-faktor utama yang menjadi kekuatan atau
kelemahan bagi melaksanakan setiap teras adalah seperti berikut:

1. Sepuluh faktor utama yang dianggap paling mempengaruhi pelaksanaan setiap teras
dikenal pasti daripada senarai faktor komponen.

2. Pemberatan dengan skala 1-10 diberikan kepada setiap faktor bagi menentukan
kepentingan kepada organisasi untuk melaksanakan program.

3. Wajaran bagi setiap faktor ditentukan. (Merupakan pecahan kepentingan setiap faktor
daripada jumlah poin semua kepentingan)

4. Kemampuan organisasi menggunakan skala 1-10 untuk menggunakan atau mengatasi
faktor-faktor yang dikenal pasti.

5. Skor ditentukan dengan mendarab wajaran dengan kemampuan.
6. Tiga faktor yang mendapat skor tertinggi dikenal pasti sebagai kekuatan.
7. Tiga faktor lain yang mendapat markah tertinggi dalam bahagian kepentingan dikenal

pasti sebagai kelemahan.

Faktor-faktor yang dikenal pasti sebagai kekuatan dan
kelemahan kepada Kolej Matrikulasi Perak untuk
melaksanakan pemilihan strategi bagi pembinaan analisis
SWOT/KLAP boleh diperolehi apabila langkah- langkah
tersebut di atas dipatuhi.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 22

BAB 3

VISI DAN MISI

VISI

“PENJANA UNGGUL PELAJAR BUMIPUTERA BERKUALITI KE INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN PROFESIONAL

MENJELANG 2020”

MISI

“MEMBANGUNKAN POTENSI PELAJAR BUMIPUTERA DALAM BIDANG SAINS,
TEKNOLOGI DAN PROFESIONAL MELALUI PENDIDIKAN PRAUNIVERSITI

YANG BERKUALITI UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG”

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 23

DASAR KUALITI DAN OBJEKTIF
KMPK

DASAR KUALITI

KMPk beriltizam memberi perkhidmatan berkualiti dalam pengurusan pelajar, pengurusan
kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan latihan sumber manusia bagi memastikan
pelanggan mendapat manfaat terbaik melalui pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti yang
cekap dan berkesan secara berterusan.

PENERANGAN DASAR KUALITI

"BERILTIZAM MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI"
KMPk bertanggungjawab menyediakan tenaga pengajar yang berketerampilan, komited dan
berintegriti dengan dibantu oleh kakitangan sokongan yang cekap dan berdedikasi di samping
menyediakan persekitaran yang kondusif untuk memastikan perkhidmatan yang berkualiti
dan bertaraf dunia.

"MEMASTIKAN PELANGGAN MENDAPAT MANFAAT TERBAIK"
KMPk akan memastikan misi dan visi kolej direalisasikan melalui kecemerlangan pelajar dalam
semua bidang.

OBJEKTIF KMPK

Memastikan misi kolej dapat dicapai melalui kerjasama yang padu, pengamalan budaya
kerja cemerlang, penghayatan budaya ilmu, pengamalan nilai murni dan penambahbaikan
berterusan.

Sentiasa mengoptimumkan kualiti prasarana di kolej untuk dimanfaatkan secara efekif.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 24

RINGKASAN PELAN STRATEGIK

Memastikan 100% pengajaran dan pembelajaran kuliah, tutoran dan amali dilaksanakan
dengan sistematik dan terancang.

Memastikan 60% pelajar PST mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dalam PSPM.

Memastikan 90% attribut kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan pembelajaran
sepanjang hayat dalam MQA berjaya dicapai oleh semua pelajar

1. Memastikan setiap pensyarah dan kakitangan sokongan KMPk menghadiri
sekurang-kurangnya satu kursus peningkatan kompetensi dalam bidang masing-
masing setiap tahun.

2. Memastikan setiap pensyarah dan kakitangan terlibat dalam perkongsian pintar
kursus peningkatan kompetensi yang dihadiri sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh tiga tahun.

1. Memastikan semua aduan diambil tindakan dalam masa tiga (3) hari.
2. Memastikan semua tadbir urus dilaksanakan sebelum tarikh akhir tugasan.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 25

TERAS-TERAS STRATEGIK

Pengenalan

Pendidikan merupakan satu proses yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah. Elemen penting
dalam pendidikan formal ialah proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran merupakan
sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan pelajar. Tanpa salah satu
daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Pembelajaran pula merupakan proses interaksi antara
pelajar dengan penngajar agar berlakunya proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau
penguasaan kemahiran atau pembentukan sikap dan kepercayaan pada pelajar. Pembelajaran
seharusnya menghasilkan perubahan yang agak kekal hasil daripada penglibatannya dalam
sesuatu pengalaman pendidikan. PdP merupakan satu proses interaksi yang berterusan antara
pelajar dan guru atau pensyarah. Guru dan pengajaran berkesan amat penting untuk mendapatkan
pembelajaran yang baik. Justeru, di peringkat pengajian pertengahan dan tinggi, para pensyarah
perlu mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas bagi memastikan hasil pembelajaran tercapai.
Proses PdP yang terancang dan berpusatkan pelajar memerlukan tenaga pengajar yang cemerlang
bagi memberi bimbingan kepada pelajar untuk belajar dengan cemerlang.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 26

TERAS-TERAS STRATEGIK

Matlamat Strategik

Bagi mencapai kecemerlangan PDP ini, tumpuan diberikan kepada tiga strategi berikut :
1. Merancang pengurusan PdP berdasarkan analisis data.
2. Melaksanakan program PLC untuk meningkatkan komnpetensi pensyarah.
3. Mengadakan perkongsian pintar (smart partnership) dengan institusi luar.

Objektif Strategik

Memastikan 100% pengajaran dan pembelajaran kuliah, tutoran dan amali dilaksanakan
dengan sistematik dan terancang.

Strategi Pelaksanaan

1. Pensyarah menyediakan Rancangan Instruksional Harian (RIH) yang bersesuaian
dengan latar belakang akademik.

2. Mengadakan PLC.
3. Mengaplikasi BBM yang dihasilkan dalam PdP.
4. Mengadakan kolaborasi pendidikan dengan institusi luar.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 27

PELAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 PERANCANGAN

1 PELAN TINDAKAN TE
KECEMERLANGAN PENGAJAR

Objektif: Memastikan 100% Pengajaran Dan Pembelajaran Kuliah, Tutor

Strategi Aktiviti KPI

1. Merancang 1.Pensyarah menyediakan Peratus litupan
pengurusan PdP Rancangan Instruksional
berdasarkan analisis Harian (RIH) yang 1. Bilangan kaeda
data bersesuaian dengan latar yang digunakan
belakang akademik pelajar unit /jabatan
2.Melaksanakan secara bersepadu.
program PLC untuk
meningkatkan 1.Mengadakan PLC
kompetensi pensyarah
2. Mengaplikasi BBM yang 2. Peratus aplikas
dihasilkan dalam PdP PLC dalam PdP.

3.Mengadakan smart 1. Menghasilkan BBM. 1. Peratus penglib
partnership pensyarah dala
(perkongsian) dengan 2. Mengadakan kolaborasi inovasi BBM
institusi pendidikan pendidikan dengan institusi
luar luar 2. Bilangan progra
kolaborasi pens

28

N STRATEGIK 2018-2020

ERAS 1

RAN & PEMBELAJARAN PENSYARAH

ran Dan Amali Dilaksanakan Dengan Sistematik Dan Terancang.

Masa Pelaksanaan K Tindakan
o KU,KJ
2018/19 2019/20 2020/21 s
Sem 1
Sem Sem Sem Sem
1 2 1 2 100%

topik 5% 20% 50% 70%

ah PLC 2 3 45 6 KU, KJ
penyelaras
n oleh 100
100 PLC
si hasil
. 3 KU, KJ
penyelaras
30 50 70 90
PLC
batan 30 50 70 90 KU, KJ
am
KU,KJ
am 1 1 2 2
syarah

TERAS-TERAS STRATEGIK

Pengenalan

Kecemerlangan akademik pelajar menjadi matlamat utama Kolej Matrikulasi Perak. Pelbagai
program telah dilaksana untuk memastikan pelajar mencapai potensi tertinggi dalam bidang
akademik, namun pencapaian akademik pelajar masih belum mencapai objektif kualiti yang
disasarkan. Justeru, pelan strategik dirangka untuk memastikan kecemerlangan akademik pelajar
meningkat dan objektif kualiti kolej dapat dicapai sepenuhnya bagi melahirkan pelajar cemerlang
yang mampu mengharungi cabaran globalisasi seiring hasrat PPPM 2013-2025 untuk memastikan
setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Ia juga dirancang sejajar dengan visi Bahagian
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membangunkan potensi pelajar dalam
bidang sains, teknologi dan profesional untuk melahirkan modal insan cemerlang yang mampu
bersaing secara global dan bertaraf antarabangsa dalam era Revolusi Industri 4.0.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 29

TERAS-TERAS STRATEGIK

Matlamat Strategik

Bagi mencapai kecemerlangan akademik pelajar ini, tumpuan diberikan kepada tiga strategi
berikut:
1. Melaksanakan inisiatif kecemerlangan akademik pelajar berdasarkan tahap pencapaian

akademik yang komprehensif dengan bantuan pensyarah yang kompeten.
2. Mengintegrasikan TMK dalam proses pembelajaran.
3. Menyediakan pelajar dengan kemahiran belajar dan meningkatkan motivasi intrinsik.

Objektif Strategik

Memastikan 60% pelajar PST mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dalam PSPM.

Strategi Pelaksanaan

1. Menganalisis IKA berdasarkan tahap pelajar.
2. Melaksanakan bimbingan berdasarkan prestasi akademik pelajar.
3. Mempertingkatkan isi kandungan portal pembelajaran mengikut unit.
4. Mewujudkan persekitaran pembelajaran abad ke-21 dalam meningkatkan prestasi

pencapaian akademik pelajar.
5. Menjalankan pelbagai aktiviti kemahiran belajar.
6. Melaksana program motivasi intrinsik.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 30

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 PERANCANGAN

2 PELAN TINDAKAN TE
KECEMERLANGAN AKADEMIK

Objektif : Memastikan 60% Pelajar PST Mencapai Sekurang-Kurangnya PN

Strategi Aktiviti

KPI

1. Melaksanakan inisiatif 1. menganalisis IKA Peratus
kecemerlangan akademik berdasarkan tahap pelajar pencapaian
pelajar berdasarkan tahap akademik pela
pencapaian akademik 2.melaksanakan bimbingan
yang komprehensif berdasarkan prestasi Peratus
dengan bantuan akademik pelajar peningkatan
pensyarah yang kompeten prestasi akade
1. Mempertingkatkan isi 1. pelajar
2.Mengintegrasikan TMK 1. kandungan portal pembelajaran Peratus capaia
dalam proses portal (AP)
pembelajaran
mengikut unit

3.Menyediakan pelajar 1. 2.Mewujudkan persekitaran Peratus lokasi
dengan kemahiran belajar pembelajaran abad ke-21 liputan capaia
dan meningkatkan dalam meningkatkan prestasi pelajar
motivasi intrinsic pencapaian akademik pelajar
1.Menjalankan pelbagai aktiviti1. Bilangan aktiv
kemahiran belajar per semester

2. Melaksana program Bilangan aktiv
motivasi intrinsiK per semester

31

N STRATEGIK 2018-2020

ERAS 2

K PELAJAR

NGK 3.0 Dalam PSPM.

Masa Pelaksanaan K Tindakan
o
2018/19 2019/20 2020/21 s
Sem 1
Sem Sem Sem Sem KJ, KU
100%
1212

30% 50% 70% 90%

ajar

30% 50% 70% 90% 100% KJ, KU
100%
emik KJ, KU,
PTM
an 30% 50% 70% 90%
KJ, KU
i UKDK, JPP

an 30% 50% 70% 90% 100% KJ, KU
UKDK, JPP
viti 2 2 2 2 2

viti 2 2 2 2 2

TERAS-TERAS STRATEGIK

Pengenalan

Modal insan yang cemerlang merupakan aset penting negara pada masa akan datang.
Kecemerlangan modal insan tidak hanya diukur melalui kecemerlangan akademik semata-mata
tetapi turut merangkumi aspek kesantunan akhlak dan nilai serta kecerdasan emosi dan rohani.
Modal insan yang bersifat holistik dan seimbang mampu menjadi pemacu, penggerak dan penjana
ekonomi, pembangunan dan kemajuan negara khususnya dalam menuju wawasan 2020. Faktor
kemanusiaan, termasuk kerohanian dan kemasyarakatan merupakan dua elemen penting dalam
pembangunan modal insan cemerlang. KMPk sebagai entiti yang membekal pelajar ke universiti
dalam bidang professional perlu menggalas tanggungjawab ini dengan baik bagi memastikan para
pelajar mempamerkan bukan hanya kecemerlangan akademik tetapi juga kecemerlangan insaniah
sebelum melangkahkan kaki ke peringkat pengajian tinggi.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 32

TERAS-TERAS STRATEGIK

Matlamat Strategik

Bagi mencapai kecemerlangan insaniah ini, tumpuan diberikan kepada tiga strategi berikut:
1. Memantapkan modal insan yang berdaya saing dan mengoptimumkan kebolehpasaran

ke peringkat universiti.
2. Menyediakan persekitaran yang mesra modal insan.
3. Mempertingkatkan budaya kekitaan dan kepunyaan.

Objektif Strategik

Memastikan 90% attribut kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan pembelajaran
sepanjang hayat dalam MQA berjaya dicapai oleh semua pelajar

Strategi Pelaksanaan

1. Mengadakan program kecemerlangan insaniah secara berkala (rujuk MQA).
2. Menaik taraf dan memperbanyak ruang rekreasi bagi pelaksanaan aktiviti pelajar.
3. Melaksana program gaya hidup sihat.
4. Meningkatkan keberkesanan fungsi pusat sumber yang mesra pengguna.
5. Memperbanyak bahan rujukan ilmiah yang berkaitan pembangunan insaniah.
6. Membudaya program bersifat kepunyaan.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 33

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 PERANCANGAN

3 PELAN TINDAKAN TE
KECEMERLANGAN INSANIAH

Objektif: Memastikan 90% Attribut Kemahiran Komunikasi, Kerja Berpas

Berjaya Dicapai Oleh Semua Pelajar.

Strategi Aktiviti

KPI

1.Memantapkan modal Mengadakan program Peratus
insan yang berdaya kecemerlangan insaniah secara penglibat
saing dan berkala (rujuk MQA)
mengoptimumkan Peratus
kebolehpasaran ke 1.Menaik taraf dan memperbanyak penambah
peringkat university ruang rekreasi bagi pelaksanaan kan
2.Menyediakan aktiviti pelajar
persekitaran yang Bilangan
mesra modal insan. program

2.Melaksana program gaya hidup Peratus
sihat pengguna

3.Meningkatkan keberkesanan fungsi Bilangan
pusat sumber yang mesra pengguna bahan ruj

3.Mempertingkatkan 4.Memperbanyak bahan rujukan Bilangan
budaya kekitaan dan ilmiah yang berkaitan pembangunan program
kepunyaan insaniah

membudaya program bersifat
kepunyaan

34

N STRATEGIK 2018-2020

ERAS 3

sukan Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam MQA

Masa Pelaksanaan K Tindakan

2018/19 2019/20 2020/21 o
Sem Sem Sem Sem Sem 1 s

1212

30% 50% 70% 90% 100% KJ, KU

tan

KJ, KU

30% 50% 70% 90% 100% KJ, KU

hbai

2222 2 KJPP,
KU Koko
30% 50% 70% 90% 100%
KJ,
a
Pustakawan
jukan 2
1222 KJ

Pustakawan

KJ, KU
UKDK

JPP

TERAS-TERAS STRATEGIK

Pengenalan

Perancangan Strategik Sumber Manusia KMPk dibangunkan bagi menentukan program dan
tindakan bagi menghasilkan perkhidmatan terbaik demi mencapai ekspektasi organisasi dan
pelanggan. Dalam hal ini, sumber manusia perlu dimantapkan agar fungsi dan peranan yang
dimainkan dalam organisasi dapat melalui perubahan sejajar dengan peredaran masa, perolehan
maklumat dan perkembangan teknologi. Perubahan ini akan mempengaruhi budaya kerja dan
kualiti perkhidmatan sesebuah organisasi. Globalisasi juga berupaya mengubah nilai dan etika
kerja. Ilmu dan kebijaksanaan perlu wujud untuk menerima perubahan yang baik dalam arus
globalisasi dan Pembelajaran Abad ke-21. Sumber manusia yang berkualiti tidak wujud secara
semula jadi. Penjanaan, perolehan dan perkongsian ilmu yang berterusan dan dinamik adalah
perlu bagi menggerakkan usaha pembudayaan ilmu dalam sesebuah organisasi. Peningkatan
ilmu dan kemahiran adalah melalui program latihan secara terancang, menyeluruh dan
diselaraskan oleh pihak pengurusan selain perkongsian pintar. Pelaksanaan ini sejajar dengan
proses penambahbaikan dan mengutamakan kualiti berdasarkan kajian dan tindakan.

PPEERLAANNCSATNRGAATENGSITKRKAMTEPGKI2K0K1M8-P2K020 18-2020 35

TERAS-TERAS STRATEGIK

Matlamat Strategik

Bagi mencapai kecemerlangan sumber manusia ini, tumpuan diberikan kepada tiga strategi
berikut:

1. Menjadikan amalan budaya kerja cemerlang sebagai wadah nilai profesionalisme
warga kolej.

2. Memperluaskan lagi peluang pengiktirafan pencapaian, dan sumbangan warga
kolej.

3. Memantapkan budaya penggunaan aplikasi atas talian.

Objektif Strategik

1. Memastikan setiap pensyarah dan kakitangan sokongan KMPk menghadiri sekurang-
kurangnya satu kursus peningkatan kompetensi dalam bidang masing-masing setiap
tahun.

2. Memastikan setiap pensyarah dan kakitangan terlibat dalam perkongsian pintar kursus
peningkatan kompetensi yang dihadiri sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga
tahun.

Strategi Pelaksanaan

1. Membudayakan perkongsian pintar melalui kursus (inter & intra) pembangunan
kumpulan.

2. Menyebar luas hasil kajian/ inovasi warga kolej.
3. Memberi penghargaan (peruntukan/ sumbangan kewangan/pembiayaan) kepada

pembentangan luar organisasi.
4. Mewujudkan profil kepakaran dalam bidang tertentu.
5. Mengaktifkan saluran penyebaran maklumat info kolej/ portal kolej/ aplikasi telegram.
6. Mengaktifkan penggunaan aplikasi atas talian 1GOVUC/ HRMIS/SPLKPM

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 36

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 PERANCANGAN

4 PELAN TINDAKAN TE
KECEMERLANGAN SUMBER M

Objektif: 1) Memastikan Setiap Pensyarah Dan Kakitangan Sokongan Kmp

Peningkatan Kompetensi Dalam Bidang Masing-Masing Setiap Ta

2) Memastikan Setiap Pensyarah Dan Kakitangan Terlibat Dalam Perkon

Yang Dihadiri Sekurang-Kurangnya Sekali Dalam Tempoh Tiga T

Strategi Aktiviti

K

1.Menjadikan 1.membudayakan perkongsian pintar Bilangan
amalan budaya kerja melalui kursus (inter & intra) perkongs
cemerlang sebagai pembangunan kumpulan kepakaran
wadah nilai Bilangan h
profesionalisme 2.menyebar luas hasil kajian/ inovasi Jumlah pe
warga kolej warga kolej
2.Memperluaskan Peratus k
lagi peluang 1.memberi penghargaan (peruntukan/ yang dike
pengiktirafan sumbangan kewangan/pembiayaan) Peratus p
pencapaian, kepada pembentangan luar organisasi
sumbangan warga Peratus p
kolej 2.mewujudkan profil kepakaran dalam
bidang tertentu
3.memantapkan
budaya penggunaan 1.mengaktifkan saluran penyebaran
aplikasi atas talian maklumat info kolej/ portal kolej/
aplikasi telegram
2.mengaktifkan penggunaan aplikasi
atas talian 1GOVUC/ HRMIS/SPLKPM

37

N STRATEGIK 2018-2020

ERAS 4

MANUSIA

pk Menghadiri Sekurang-Kurangnya Satu Kursus

ahun.

ngsian Pintar Kursus Peningkatan Kompetensi

Tahun.

Masa Pelaksanaan Kos Tindakan

KPI 2018/19 2019/20 2020/21

sem Sem Sem Sem Sem 1
121 2

222 2 2 TP, KJ, KU

sian Penyelaras

n JK Kolej

hasil kajian 2 2 2 2 2

eruntukan 2 2 2 2 2 RM5000 TP, KJ, KU

kepakaran 30% 50% 70% 90% 100% KJ, KU,
enal pasti 100%
Penyelaras
penggunaan 30% 50% 70% 90%
JK HRDC
penggunaan 30% 50% 70% 90% 100% TP, KJ, KU,

PTM

TP, KJ, KU,
PTM

TERAS-TERAS STRATEGIK

Pengenalan

Tadbir urus (governans) secara umumnya bolehlah ditakrifkan sebagai satu sistem untuk
menguruskan atau mengawal operasi yang dijalankan dalam sesebuah organisasi termasuk
semasa berurusan dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam proses perancangan ataupun
pelaksanaan program. Sebagai sebuah agensi Kerajaan, tadbir urus yang baik adalah satu amanah
yang perlu dilaksanakan dengan sempurna di KMPk. Sehubungan dengan itu, pematuhan kepada
prosedur dan peraturan perlu dijadikan keutamaan.

Tumpuan ke arah merealisasikan teras strategik ini adalah dengan memperkasakan pengurusan
sumber manusia , tadbir urus organisasi dan persekitaran kerja yang kondusif, serta memantapkan
budaya integriti dan nilai-nilai murni. Kecemerlangan tadbir urus juga dapat direalisasikan dengan
memantapkan infrastruktur, aplikasi dan pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi serta
memantapkan pengurusan kewangan yang sistematik. Tadbir Urus yang berkualiti dapat
menjamin kecemerlangan KMPk.

Keberkesanan Tadbir Urus secara langsung membawa kepada kecemerlangan pelajar yang
merupakan pelanggan utama KMPk. Sokongan setiap jabatan dan unit amat dituntut bagi
memastikan program dan aktiviti yang dilaksanakan dapat menghasilkan impak yang tinggi
berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.

PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2018-2020 38


Click to View FlipBook Version