The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 EDUP3093<br>- KUMP 5 (BM) : IZZAH, FRESHCY, GIVENIE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gibby greg, 2023-10-16 13:54:05

FLIPBOOK FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA - KUMP 5 (BM)

TUGASAN 2 EDUP3093<br>- KUMP 5 (BM) : IZZAH, FRESHCY, GIVENIE

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Izzah Farhanah binti Medar Freshcy Johney Givenie Lizabeth Gregory EDUP3093


Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Sistem Pendidikan Pondok Sebelum Merdeka Sistem Pendidikan Vernakular Laporan Cheeseman 1946 Laporan Barnes 1950 Laporan Fenn-Wu 1951 Ordinan Pelajaran 1952 Penyata Razak 1956


Merupakan sebuah institusi pendidikan tradisional Islam Berteraskan pengajian ilmu Islam Ditadbir secara tidak formal oleh ilmuan agama Islam Pada mulanya dilakukan di tempat ibadah (Surau & Madrasah) Pendidik teridiri daripada individu lelaki yang dilantik sebagai imam dan mereka yang telah menunaikan haji Pelajar terdiri daripada golongan dewasa lelaki dan perempuan tanpa menetapkan had umur Sistem PendidikanPondok


Isi kandungan pengajaran ialah pengajian al-Quran & tajwid, tafsir alQuran & hadis, serta fiqah & tauhid Kebanyakan bahan bacaan adalah dalam tulisan jawi atau dalam bahasa Arab Sekolah pondok lebih berstruktur & sistematik berbanding pelaksanaan di surau & madrasah Pengajaran dilaksanakan pada waktu pagi (selepas waktu subuh), petang dan malam Kaedah pengajaran utama secara hafalan Seorang pelajar dianggap telah menamatkan pengajian apabila telah 4 atau 5 kali khatam al-Quran Sistem PendidikanPondok


Sistem PendidikanVernakular Mula ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat Didirikan untuk anak-anak bangsawan Perkembangan sekolah ini terhalang kerana kekurangan guru, pelajar perempuan tidak digalakkan ke sekolah & pelajar lelaki sedikit Jadi, pihak Inggeris menubuhkan 2 buah maktab perguruan iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris & Maktab Perguruan Melayu Melaka Didirikan di kawasan bandar oleh paderi atau penyebar agama Kristian Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Mula diperkenalkan dalam kalangan anak-anak golongan bangsawan Guru-guru merupakan paderi yang mendapat pendidikan di Eropah Berorientasikan kaum Bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Kurikulum mengikut keperluan kaum masing-masing Sukatan pembelajaran buku teks dan guru dibawa dari negara asal Sekolah Vernakular Melayu Sekolah Vernakular Inggeris


Sistem PendidikanVernakular Ditubuhkan pada tahun 1815 Bahasa Cina atau Mandarin sebagai bahasa pengantar Menggunakan bahan-bahan klasik, mengira menggunakan sempoa dan menulis tulisan Cina Buku teks diimport dari negara China Kebanyakan proses pembelajaran menggunakan teknik hafalan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar Bilangan sekolah terhad kerana kesedaran terhadap kepentingan pendidikan masih rendah Bilangan pelajar rendah disebabkan kekurangan infrastruktur, bahan dan guru Guru, kurikulum dan buku teks diimport dari India Kod Buruh 1925 menyatakan semua ladang yang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan wajib menyediakan institusi pendidikan Sekolah Vernakular Cina Sekolah Vernakular Tamil Dikenali pendidikan madrasah Didirikan oleh masyarakat Melayu beragama Islam Pelajar dari semua kaum dibenarkan masuk ke sekolah ini dengan dikenakan bayaran Sekolah Vernakular Agama


Pendidikan rendah diberi secara percuma kepada kanak-kanak di sekolah vernakular Kanak-kanak dibnarkan menggunakan bahasa ibunda masing-masing mata pelajaran Sains dimasukkan dalam sukatan pelajaran Menambah sekolah pertukangan & meperbaiki kurikulum bagi sekolah vernakular Subjek amali mesti dimasukkan ke dalam Kurikulum Bahasa Inggeris Disediakan oleh H.R Cheeseman, Timbalan Pengarah Pendidikan 1938 Merupakan cadangan perubahan pertama untuk polisi pendidikan di bawah Malayan Union Untuk membina semula sistem pendidikan untuk menjamin perkembangan setiap jenis sekolah Langkah pemulihan oleh pihak Inggeris untuk membina semula sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas 5 tahun pemerintahan Jepun Laporan Cheeseman 1946 Cadangan Harold Cheeseman


Ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L. J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford Untuk menyemak dan menambah baik sistem pendidikan untuk bangsa Melayu Untuk meningkatkan tahap pencapaian dalam Bahasa Inggeris Menangani masalah berkaitan dengan guru, meningkatkan kualiti guru, menambah baik tahap penguasaan pedagogi pelatih di maktab Mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian Mencadangkan cara-cara menambah baik kaedah pentadbiran Mendapatkan maklumat dan menyiasat tahap pendidikan pelajar-pelajar Melayu bagi tujuan penambahbaikan Mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Laporan ini telah ditentang daripada pelbagai pihak terutamanya kaum Cina dan India Laporan Barnes 1950 L. J. Barnes


Matlamat pendidikan perlu membentuk satu identiti bangsa berdasarkan kaum Semua sekolah vernakular dibubarkan & digantikan dengan sekolah kebangsaan Sekolah kebangsaan perlu menggunakan sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah rendah Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun mesti menerima pendidikan di sekolah kebangsaan secara percuma Setelah tamat pendidikan sekolah rendah, murid-murid yang meneruskan pelajaran ke peringkat menengah akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Pembinaan sekolah vokasional yang moden Kurikulum pendidikan perlu menekankan mata pelajaran Sains, Seni, Perusahaan dan Sains Rumah Tangga Pentadbiran & kewangan sekolah kebangsaan perlu ditanggung oleh Penguasa Pelajaran Setempat dan kerajaan semasa yang pentadbir Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan Laporan Barnes 1950 Cadangan


Mengadakan dua sistem sekolah, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi menggunakan bahasa Inggeris Pelajaran bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang- kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda mereka. Sekolah aliran Inggeris harus dikekalkan dan pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris. Manakala bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu. Ditubuhkan oleh Sir Henry Gurney untuk mengkaji semula laporan Barnes Diketuai oleh Dr W.O Fenn & Dr. Wu The Yau Berfokus kepada pembangunan sekolah Cina & mengekalkan sukatan pelajaran berasaskan negara Cina Cadangan Laporan Fenn-Wu1951 Sir Henry Gurney Dr W.O Fenn Dr Wu The Yau Diluluskan pada September 1952 Menjadi sebahagian daripada pembentukan Ordinan Pelajaran 1952


Penubuhan dua jenis sistem persekolahan, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar Pembelajaran selama enam tahun dengan menjadikan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah Pelaksanaan sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Laporan Barnes dilaksanakan Sekolah Cina dan sekolah Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan Kemudahan pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil dilaksanakan jika terdapat permintaan dengan bilangan murid sekurang-kurangnya 15 orang OrdinanPelajaran 1952 Cadangan Jawatankuasa khas mewujudkan cadangan Ordinan Pelajaran 1952 yang mengandungi Laporan Barnes & Laporan Fenn-Wu Sekolah vernakular Cinda & Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan Bahasa Cina & Tamil dicadangkan diajar sebagai bahasa ketiga Namun tidak dapat dilaksanakan kerana faktor kewangan & faktor darurat


Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan mengembangkan sistem pendidikan Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu Merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif Penyata Razak 1956 Cadangan Dikemukakan oleh Jawatankuasa yang dilantik & dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein Usaha membentuk perpaduan antara kaum & penghasilan tenaga kerja Untuk menyemak dan menstrukturkan semula dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu bagi membina satu sistem pendidikan kebangsaan Tun Abdul Razak Hussein


Implikasi Perkembangan dalam Pendidikan di Malaysia Penyediaan kerangka reka bentuk kurikulum perlu mengambil kira kesepaduan & keseimbangan aspek-aspek penting yang berkaitan dengan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia Kewujudan pendidikan teknik & vokasional diperkenalkan memberi peluang kepada pelajar untuk menyalurkan kemahiran mengikut kecenderungan mengikut bidang Menambahbaik kemudahan asas di sekolah-sekolah & kelengkapan pembelajaran dibekalkan mengikut spesifikasi keperluan mengikut bidang


Implikasi Perkembangan dalam Pendidikan di Malaysia Amalan penambahbaikan pendidikan inovasi dan penyelidikan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk membentuk generasi kreatif, positif, dinamik, inovatif Kewujudan falsafah menyatukan hasrat semua pihak untuk mencapai satu matlamat yang sama Warga pendidik dan pelajar perlu menghayati aspirasi dalam falsafah melalui peringkat dan tahap masing-masing


LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA AKTA PENDIDIKAN 1961 LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964 LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979 AKTA PENDIDIKAN 1996


Merupakan sistem pendidikan yang diperkenalkan selepas merdeka Malaysia mencapai kemerdekaan dan pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1959 sebuah Jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran Melaya sebagai pengerusi. Isi kandungan Laporan Rahman Talib 1960 telah diperakui dalam Akta Pendidikan 1961 mengandungi cadangan-cadangan Laporan Razak. Laporan Rahman Talib 1960 Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa penganta di semua peringkat sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi. Kelas peralihan diwujudkan bagi membantu meningkatkan penguasaan bahasa bagi pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) yang bertukar ke sekolah menengah Melayu atau sekolah menengah Inggeris. Cadangan: Kenaikan pelajar ke darjah berikutnya boleh dilaksanakan secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya. Murid beragama Islam wajib mengikuti mata pelajaran Pendidikan Islam dan murid bukan beragama Islam wajib mengikuti mata pelajaran Pendidikan Moral.


Merupakan undang-undang pendidikan yang bersifat kebangsaan dan dikuatkuasakan di Malaysia dan asas cadangan dari Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Sistem pendidikan bercorak kebangsaan dan menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Akta Pendidikan 1961 mengandungi perkara berikut iaitu: Penegasan kepada pendidikan asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M). Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Penegasan kurikulum mengikut acuan Malaysia. Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan iaitu akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun kepada 11 tahun. Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran dan meningkatkan kualiti pelajaran keseluruhan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Akta Pendidikan 1961


Diwujudkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang terdiri daripada pelbagai jurusan bagi sekolah menengah rendah untuk menggantikan sekolah pelajaran yang telah dimansuhkan. Tegasnya, pelaksanaan pelbagai jenis kursus yang ditawarkan bertujuan melahirkan pelajar yang berkemahiran dan mampu menjawat jawatan yang sesuai. Terdapat beberapa cadangan Laporan Amiuddin Baki dan 12 cadangan berkenaan kemunduran anak-anak Melayu. Laporan Aminuddin Baki 1964 Cadangan: Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun. Pelajaran sekolah menengah rendah dinaikkan hingga tiga tahun. Pelbagai jenis kursus perlu diperkenalkan supaya dapat melahirkan pelbagai tenaga mahir. Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan selepas tamat pengajian. Memperkenalkan sekolah teknik. 1. 2. 3. 4. 5. Kesesuaian bentuk soalan dalam peperiksaan Masalah dan sikap guru Kemantapan latihan perguruan Pelaksanaan kaedah pengajaran Hubungan guru dan ibu bapa Kemudahan fizikal di sekolahsekolah 1. 2. 3. 4. 5. 6.


Laporan ini dibentuk daripada hasil maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet 1979 dan diisytiharkan pada tahun 1998 melalui Falsafah Pendidikan Negara. Peranan kabinet lebih menyeluruh dalam hal pepaduan, pengeluaran sumber manusia dan pembentukan keperibadian insan. Antara tujuan utama laporan ialah: Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Mengkaji semula matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan ketika itu. Memastikan keperluan tenaga manusia dapat dipenuhi. Mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan dari aspek perpaduan, sosial, ekonomi dan politik bagi membangunkan bangsa. Membuat ketetapan secara spesifik yang dibentuk melalui sistem pendidikan. 1. 2. 3. 4.


Merupakan lanjutan dan kesinambungan pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1961. Bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sebagai usaha menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Memainkan peranan penting kepada sistem pendidikan negara kerana: Akta Pendidikan 1996 Menjadi panduan bagi sistem pendidikan lebih sistematik dengan meliputi semua peringkat sekolah. Menjadi garis panduan dan rujukan utama pelaksanaan pendidikan sejajar perubahan masa. Asas dalam memartabatkan bahasa Melayu. 1. 2. 3.


PENDIDIKAN MASA KINI Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP2013-2025) Implikasi Perkembangan DalamPendidikan Di Malaysia 02 01 Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia 04 03 KBSR & KSSR KBSM & KSSM 05 06


Konteks pendidikan pada masa kini perlukan pengisian yang sentiasa relevan dan fleksibel untuk disesuaikan dengan perubahan keperluan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan ketidaktentuan dunia hari ini. Masa Kini Pendidikan


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Membina Negara Bangsa Membangun Modal Insan Memperkasa Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Perguruan Melonjakkan Kecemerlanga n Institusi Pendidikan


a) Membina Negara Bangsa Membangunkan warga Malaysia dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotikdan cinta akan negara, menyanjung serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Melalui PIPP, peranan pendidikan diperkasakan dalam melahirkan semangat cinta akan negara, pemupukan jati diri melalui kokurikulum, dan usaha untuk melahirkan warganegara glokal yang mampu menghadapi ancaman globalisasi dan liberasi. Memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu. Memantapkan perpaduan dan integrasi nasional. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. 1. 2. 3.


b) Membangun Modal Insan Usaha untuk membangunkan modal insan digalas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Modal insan yang ada pada ketika ini perlu dibangunkan dengan jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan negara maju menjelang 2020. a) memperkembang potensi diri b) melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran c) membentuk ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya selari dengan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran komunikasi berkesan Kebolehan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dengan baik Berfikir secara kreatif dan kritis Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat Nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. 1. 2. 3. 4. 5. Tugas dan peranan KPM dalam mencapai teras ini ialah dengan menyediakan peluang yang luas kepada generasi muda Malaysia untuk: Teras membangunkan modal insan melengkapkan diri pelajar dengan:


b) Memperkasa Sekolah Kebangsaan Teras ketiga dalam PIPP ini merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bag memupuk perpaduan rakyat Malaysia. CIRI SEKOLAH KEBANGSAAN PERKASA ~ Beraspirasi nasional ~ Pencapaian akademik cemerlang ~ Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan ~ Penawaran dan pelaksanaan kurikulum yang berkesan ~ Pencapaian sahsiah cemerlang ~ Infrastruktur lengkap dan berkualiti ~ Semua pelajar menguasai 3M ~ Iklim dan budaya sekolah sihat ~ Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi ~ Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti ~ Menawarkan Bahasa Cina dan Tamil


d) Merapatkan Jurang Pendidikan Dasar KPM melalui PIPP ini ialah untuk merapatkan perbezaan tahap pendidikan yang wujud antara pelajar mengikut lokasi, tahap sosioekonomi dan keupayaan. Teras ini adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan. JURANG PENDIDIKAN Jurang antara pencapaian pelajar Jurang antara pelajar normal dan pendidikan khas Jurang penguasaan digital Jurang sosioekonomi Jurang bandar dan luar bandar


d) Memartabatkan Profesion Perguruan Teras ini menjadi tumpuan kerana melibatkan peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan. Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian PdP menjadi lebih efektif, menarik dan menyeronokkan. Melalui teras dalam PIPP, peranan guru telah diperkasa menjadi pemudah cara dalam PdP, sebagai agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. STRATEGI ~ memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia ~ menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru ~ memantapkan kerjaya guru ~ memantapkan latihan perguruan ~ menambah baik sistem pemilihan calon guru


e) Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agenda utama KPM melalui PIPP adalah untuk mencapai pendidikan berkualiti untuk semua. Melalui PIPP ini, KPM berhasrat membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan modal insan yang berupaya bersaing dalam era yang sangat mencabar (KPM, 2006). Matlamat ini boleh tercapai melalui pelbagai pendekatan, menetapkan piawaian dan penanda aras yang lebih tepat dan bersesuaian dengan ciri keperluan kluster institusi pendidikan. Melalui PIPP, institusi-institusi model boleh dijadikan contoh oleh institusi pendidikan lain dalam kelompok yang sama. Institusi model ini akan menjadi showcase pada peringkat antarabangsa di samping membantu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan


d) Perpaduan e) Kecekapan a) Akses b) Kualiti c) Ekuiti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP2013-2025)


KBSR & KSSR Sumber: https://dokumen.tips/documents/banding-beza-kbsr-kssr.html


KBSM & KSSM Sumber: https://cikguhidayah02.blogspot.com/2019/10/koleksi-soalan-iv-spp-dg41-2019-sejarah.html


MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Sumber: http://pengurusan-sumber.blogspot.com/2013/01/selamat.html


FALSAFAH PENDIDKAN KEBANGSAAN (FPK)


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sebuah negara. Suatu usaha brterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Digubal secara bertulis pada tahun 1987 dan diperkenalkan paa tahun 1988. FPK menggariskan segala pemikiran, istilah dan prinsip berkaitan pendidikan.


10 Kandungan FPK Pendidikan merupakan satu proses diri individu dari kecil sehingga akhir hayat. Ia juga diterima dimana sahaja bukan hanya di sekolah dan berlaku secara formal mahupun tidak formal. 1.Pendidikan ialah satu usaha berterusan 2. Memperkembangkan potensi individu Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan membantu individu secara menyeluruh. Potensi merujuk kepada kebolehan ataupun bakat seseorang dari segi jasmani,emosi dan intelek.


10 Kandungan FPK Tiada sebarang perkara yang terabai dan keseimbangan bagi individu adalah penting bagi memajukan dirinya. 3.Insan yang seimbang dan harmonis 4. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu Semua potensi diri disepadukan bagi menguasai kemahiran dan bidang ilmu. Nilai-nilai murni juga perlu agar memenuhi keperluan dalam kehidupan.


10 Kandungan FPK Mengawal diri agar tidak melakukan kejahatan justeru perlu disemai dalam diri setiap individu. 5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan 6. Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Matlamat kerajaan ialah menjadikan semua rakyat Malaysia berilmu pengetahuan. Setiap rakyat perlu berilmu pengetahuan secukupnya.


10 Kandungan FPK Kerajaan mengharapkan rakyat berakhlak mulia, berdisplin, dan hormat menghormati antara satu sama lain. Rakyat juga harus bersopan santun dan berbudi bahasa. 7. Melahiran rakyat yang berakhlak mulia 8. Rakyat yang bertanggungjawab Menerusi pendidikan rakyat dapat dididik agar bertanggungjawab terhadap diri dan negara.


10 Kandungan FPK Kerajaan mengharapkan rakyat dapat melaksanakan tugas-tugasnya dengan cekap. 9. Rakyat yang berketerampilan 10. Berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri Manusia pasti mahukan kesejahteraan diri bagi mencapai kepuasan diri maka ia penting dalam mengharungi kehidupan yang aman dan damai.


PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FPK


Menyedari Akauntabiliti Seorang Guru Pelajar- Guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah, melaksanakan PdP mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. ‘’Tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. ’’ (Mohamad, 1991) Diri sendiri- Guru perlu menjaga kesihatan dan kebersihan diri agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik. Masyarakat & negaraMenjalankan tugas untuk menyebarkan dan merealisasikan cita dan matlamat pendidikan negara. Sekolah- Guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah.


Mempamerkan Kualiti Peribadi Guru yang Unggul dan Kreatif Guru perlu mencari kaedah pembelajaran yang lebih baik dan sifat-sifat guru yang kreatif adalah bersifat terbuka. ‘’Guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek.’’ Kualiti peribadi guru menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah. Kreatif dalam mempamerkan sifat pembimbing dan fasilitator dalam PdP di samping memberikan motivasi dalam pembelajaran muridmurid. Komitmen terhadap menjana proses kreatif dalam diri guru dipertingkatkan.


Merujuk kepada Kemahiran Berhubung, Komunikasi, Menangani Masalah, Menyesuaikan Diri dan Sebagainya. Guru perlu mempunyai kemahiran berhubung yang mantap. ‘’Kemahiran adalah kebolehan seseorang membuat sesuatu dengan betul, bekesan, cepat dan cekap.’’ Guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi. Guru harus mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan masalah. Guru juga perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berlainan.


Mengurus, Menyelenggarakan dan Memastikan Prasarana yang Diperlukan dalam biik darjah mencukupi Penyediaan kemudahan di dalam kelas seperti alat menulis papan putih, kerusi, meja dan susunan yang kemas serta bersih. ‘’Kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi. ’’ Suasana yang kondusif akan mempengaruhi suasana pembelajaran yang menarik. Memastikan jadual waktu kelas yang telah dibuat dipatuhi. Kemudahan seperti alat menulis papan hitam, LCD, kerusi dan meja perlu ada di dalam kelas.


Menjalankan Pelbagai Tugas Memastikan murid mampu menguasai kemahiran atau ilmu yang disampaikan oleh guru semasa PdP. ‘’Memastikan murid dapat mengembangkan diri dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. ’’ Menarik minat murid untuk belajar dengan pelbagai cara. Membimbing murid supaya mereka dapat memahami topik yang diajar. Mengaplikasikan pengajaran berpusatkan murid bagi memastikan komunikasi antara murid dan guru.


Mengamalkan Pdp selaras dengan Hasrat FPG Peranan guru ialah menonjolkan sikap kenegaraan. Unsur kenegaraan telah tersisip dalam semua mata pelajaran. Memainkan peranan yang penting dala membina satu budaya yang berteraskan perpaduan. Kemudahan alat bantu mengajar perlulah lengkap supaya dapat memudahkan PdP.


Memastikan murid memberikan tumpuan sepenuhnya. Mengelakkan komunikasi sehala. Bersifat tegas bukan pemarah. Mengawasi murid di dalam dan luar kelas. Guru harus peka dengan Tingkah Laku setiap pelajarnya Memastikan bakat yang ada dalam diri pelajar dapat dikembangkan dan dicungkil secara menyeluruh. Melakukan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah pada permulaan. Memperkembangkan potensi dan bakat dalam diri pelajar


Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam subjek yang diajar di dalam kelas. Sentiasa mengemas kini ilmu-ilmu mengikut perkembangan semasa. Melengkapkan Diri dengan pengetahuan Am dan Pengetahuan berkaitan mata pelajaran Memanfaatkan ilmu atau kemahiran yang diperolehi dengan mengaplikasikan dalam PdP. Melakukan anjakan paradigma dan tidak berada dalam takuk lama. Menjadi seorang yang kreatif. Guru menjadi seorang yang kreatif dan inovatif semasa melaksanakan Proses PdP


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)


Click to View FlipBook Version