The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 EDUP3093<br>- KUMP 5 (BM) : IZZAH, FRESHCY, GIVENIE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gibby greg, 2023-10-16 13:54:05

FLIPBOOK FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA - KUMP 5 (BM)

TUGASAN 2 EDUP3093<br>- KUMP 5 (BM) : IZZAH, FRESHCY, GIVENIE

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) Malaysia telah mewujudkan sebuah falsafah pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, Falsafah Pendidikan Guru turut dilahirkan daripada falsafah tersebut. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan satu panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPG menyatakan bahawa: "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin". FPG adalah sangat relevan untuk dilaksanakan dalam negara kita. FPG dapat membentuk pemikiran guru dan amalan guru di Malaysia pada tahap tertinggi. FPG mempunyai garisan panduan yang jelas dalam mencapai hasrat tersebut. Oleh itu, setiap individu yang bakal bergelar guru haruslah menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Guru agar kita mampu meningkatkan tahap pendidikan negara setaraf dengan negara maju di dunia (Abdul Fatah, 2007).


Keterangan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. 1. 2. Melalui dimensi-dimensi yang dijelaskan di atas, kita dapat merangkumk tiga aspek asas dalam Model Konseptual Pendidikan Guru iaitu pengetahuan ya dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupa kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan hasrat untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan nilai-nilai murni yang ada merujuk kepada perlakuan, pengamalan guru yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi. Aspek-aspek ini digabungjalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan y terancang Konsep FPG terdiri daripada lima elemen iaitu perwatakan yang mal berkembang maju dan berpandangan saintifik, berkomited menegakkan aspirasi nep mengekalkan warisan budaya kebangsaan, dan pembangunan individu dan pengekal disiplin masyarakat yang bersatu.


Analisis Elemen-Elemen Falsafah Pendidikan Guru Dalam menganalisis elemen-elemen yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) pula terdapat sembilan ciri utama iaitu berpekerti mula berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, memelihara su masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. CABANG FALSAFAH Metafizik Epistemologi Aksiologi Logik


FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN KHAS


Falsafah Dalam Pendidikan Khas Pendidikan Khas di Malaysia adalah usaha berterusan untuk membantu murid-murid dengan keperluan khas agar mereka dapat berkembang menjadi individu yang berkemahiran, berdikari, dan dapat menyumbang kepada masyarakat. Visi Pendidikan Khas adalah memberikan perkhidmatan berkualiti kepada murid-murid ini untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup, sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misi Pendidikan Khas adalah memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas agar mereka menjadi individu yang mandiri, berjaya dalam hidup, dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Khas adalah usaha berterusan untuk membantu individu dengan keperluan khas mencapai potensi terbaik mereka sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, dan berdaya, serta menyadari peranan mereka dalam masyarakat, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia.


Objektif Pendidikan Khas (a) Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas. (b) Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas. (c) Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas. (d) Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. (e) Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidangpendidikan khas.


Kategori Kanak-Kanak Bermasalah dalam Pendidikan Khas Kanak-kanak bermasalah dalam pendidikan khas dapat dikategorikan seperti berikut (a) Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan (rabun dan buta) (b) Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran (c) Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (d) Pendidikan Pemulihan Khas (bermula tahun 1998 di bawah kelolaan JPK)


Program-Program Pendidikan Khas (a) Program Sekolah Khas Program Sekolah Khas menempatkan kanak-kanak yang mengalami s kategori masalah (kecacatan). Contohnya seperti bermasalah pendengaran bermasalah pendengaran. (c) Program Inklusif Program Inklusif adalah program yang menempatkan kanak-kanak ka bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajara belajar bersamasama kanak-kanak biasa di dalam kelas dengan dibantu resos/pembimbing. (b) Program Percantuman/Integrasi Program Percantuman adalah program yang menempatkan kanak-ka khas bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasa pembelajaran belajar di sekolah biasa tetapi dalam kelas yang berasing daripada murid biasa.


FALSAFAh dalam Pendidikan awal kanak-kanak Matlamat objektif Kepentingan


Pendidikan Awal Kanak-Kanak Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari selepas lahir hingga ke umur lapan tahun. Program yang disediakan kanakkanak seperti taman didikan, prasekolah, atau sekolah rendah. Dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza (KPM,2013). Proses pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak sejak lahir. Memberi penekanan kepada kepelbagaian kanak-kanak berkeperluan khas di samping memenuhi standard pencapaian seperti digariskan oleh NAEYC.


MATLAMAT KSPK ‘’ Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanankanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emsoi, rohani, intelek, dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat ,serta aktiviti yang menyeronokkan , kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran , keyakinan, konsep kendiri yang positif, pada diri kanak-kanak agar berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran di sekolah rendah kelak. ’’ Pembentukan sesuatu kurikulum memerlukan penetapan dalam falsafah. Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak. Falsafah menggambarkan tujuan prasekolah, nilai, dan kepercayaan guru berkenaan bagaimana kanak-kanak belajar. Pendidikan seharusnya memberi peluang kepada individu untuk mengembangkan bakat, potensi, dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan orang lain dan pragmatik.


objektif KSPK Aspek jasmani, mempunyai tubuh badan sihat, kecergasan dan kemahiran fizikal asas dan mempraktikkan amalan kesihatan yang baik. Aspek emosi, mempunyai konsep kendiri yang positif, keyakinan diri, berani mencuba, kematangan emosi, dan menghormati orang lain. Aspek rohani, dapat mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Aspek sosial, murid berkebolehan berkomunikasi dengan mantap, membentuk perhubungan positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.


kepentingan pendidikan awal kanak-kanak Memperoleh Pelajaran yang bermakna 1. Kanak-kanak dapat memahami tentang apa yang disampaikan dengan lebih mudah melalui aktiviti yang menarik dan seronok. 2. Membentuk Perkembangan Holistik Kanak-kanak Menyediakan platform kepada generasi baru yang mempunyai daya ketahanan dari aspek fizikal,mental, emosi dan intelek. 3. Memenuhi Keperluan Pendidikan Kanak-Kanak 90% perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak berumur lima tahun, mengalami perkembangan kognitif yang sangat laju. 4. Membentuk Personaliti Kanak-kanak Kemahiran sosial kanakkanak dapat diasah dan dilatih bagi memudahkan mereka komunikasi sesama rakan dan guru.


FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN TVET


Proses pendidikan & latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri Untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu Skop perlu standard pekerjaan yang diiktiraf dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri 2 laluan untuk memasukit bidang TVET iaitu menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Lepaaan SPM berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang sijil atau diploma dalam program TVET Terdapat program khas Sijil & Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk pelajar kurang kecenderungan dalam bidang akademik & di luar sistem pendidikan Kelayakan minimum bagi kemasukan institusi TVET adalah berdasarkan tawaran yang dikeluarkan kementerian atau agensi yang melaksanakan program PENGENALAN TVET (Technical and Vocational Education and Training) atau Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional


TVET pada tahun 1990 hingga 2000 Permintaan memasuki sekolah teknik & vokasional semakin bertambah Persaingan mendapatkan tempat menjadi sengit Terdapat penggubalan semula matlamat dan tujuan Pendidikan Teknik dan Vokasional oleh Kementerian Pendidikan Malaysia : Pendidikan Teknik Pendidikan Vokasional Menyediakan pelajar cenderung kepada bidang teknik di peringkat menengah atas ke peringkat tinggi Memberikan pendidikan akademik yang seimbang dan menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi Melahirkan pelajar cenderung kepada bidang vokasional di peringkat menengah atas Memperoleh pengetahuan asas vokasional & kemahiran sebagai tenaga mahir atau separuh mahir dalam industri Penstrukturan semula 69 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT) pada 1995


Hala tuju perindustrian negara berubah dari “labour intensive” kepaa “capital intensive” , menekankan penggunaan teknologi terkini & keperluan tenaga manusia bekemahiran & berpengetahuan saintifik serta teknikal Memperkenalkan “sijil terbuka” pada peringkat SPM mulai tahun 2020 Majlis atau Jawatankuasa Penasihat (JP) diwujudkan di SMV & SMT Sistem PTV digubal iaitu sistem latihan & kemahiran berfokus kepada peperiksaan Kemudahan pendidikan teknikal dan latihan vokasional dipertingkatkan Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai agensi tunggal dalam pembangunan & pengesahan kualiti kurikulum pendidikan teknikal & latihan vokasional Sijil Kemahiran Malaysia dijadikan persijilan kebangsaan yang diiktiraf untuk kemasukan perkhidmatan awam & institut pengajian tinggi TVET pada tahun 2000 hingga kini


Memperluas pelaksanaan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang melibatkan kandungan latihan sebanyak 70% secara “hands on” di tempat kerja dan 30% latihan teori di institusi latihan Mempergiat pelaksanaan pengiktirafan pencapaian terdahulu atau Recognition of Prior Learning, iaitu menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia kepada 60 000 pekerja setahun dengan mengiktiraf pengetahuan, pengalaman dan kemahiran pekerja yang diperoleh di tempat kerja Menggalakkan sektor swasta dalam menyediakan latihan kemahiran dan vokasional TVET pada tahun 2000 hingga kini Langkah-langkah kerajaan untuk mengalakkan sektor swasta dalam melatih pekerja berkemahiran tinggi : Trasnformasi PTV dilaksanakan sepenuhnya pada 2013 dan tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua


Membangunkan polisi berkaitan ekosistem TVET yang lebih menyeluruh dan sistematik Membangunkan platform digital perkongsian data 4 Strategi Penting TVET Mengkoordinasikan pengoperasian penyedia TVET negara dengan mewujudkan Badan Penyelaras TVET Negara seperti yang telah dibentangkan Memperluas akses dan ekuiti pendidikan


Mengubah konsep pendidikan tradisional dari 'train and place' kepada 'place and train' Memperkenalkan Co-Ownership Model antara kerajaan dan industri untuk peralatan, teknologi, kepakaran dan inovasi Mewujudkan Industry based Centre of Excellence (CoE) agar berlaku penyelarasan antara semua institusi TVET untuk mengoptimumkan sumber dan dana kerajaan Memperkenalkan TVET Valued Industry Partners (TVETVIP) untuk menggalakkan industri menerajui sistem TVET Menggerakkan 'flatmobility of expertise' iaitu untuk memastikan wujudnya penyelarasan di antara industri dan pusat pendidikan TVET Mengusahakan peluang pekerjaan dan gaji minimum untuk memastikan graduan TVET mendapat gaji lumayan dan memperoleh laluan karier yang jelas dan terjamin untuk mereka Bergerak dengan Industry Led Competency Certification Bodies (Model German Dual Vocational Training) di mana pengiktirafan ini akan diterajui oleh industri untuk mengelakkan pertindihan atau silap atur 7 Strategi Penting untuk Pembangunan Aliran TVET Negara


Implikasi FPK dan FPG terhadap sistem pendidikan Rakyat Malaysia yang berpengetahuan iaitu cinta akan ilmu yang dipupuk melalui budaya membaca. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan mampu menyedari tanggungjawab ke atas dirinya. Rakyat yang berketerampilan akan mempunyai daya keyakinan yang tinggi dan kecekapan. Rakyat yang berakhlak mulia menjadikan invidu sopan dan bertatasusila. Mampu mencapai kesejahteraan diri iaitu daya tahan mental dan fizikal yang kuat.


Sumber Rujukan Faridah binti Mohd Sopah, Mat Ali bin Abdul Ghani, Kamisah binti Buang & Rosly bin Kayar. (2022). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Local Publications (M) Sdn Bhd.


Click to View FlipBook Version