Legenda Puteri Gunung Ledang
Pada zaman dahulu, seorang puteri tinggal di Gunung Ledang. Namanya Puteri Gunung Ledang.
Sultan Mahmud Syah memberitahu semua pembesar baginda ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang.
Tun Mamat dan Hang Tuah menempuh perjalanan yang jauh dan sukar untuk mencari Puteri Gunung Ledang.
Akhirnya, mereka tiba di sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Gunung Ledang.
"Bukan kami tak nak bantu. Kami pun tidak tahu di mana Puteri Gunung Ledang tinggal di atas gunung itu, " penduduk kampung berkata.
Tun Mamat dan pegawai istana lain terus mendaki Gunung Ledang. Hang Tuah berehat di kaki gunung kerana terlalu tua. Mereka melihat tiang dibuat daripada tulang besar. Atap daripada rambut panjang.
Berpuluh-puluh gadis jelita mengeliling mereka. Seorang nenek kebayan muncul.
Nenek kebayan bertanya, "Tuan hamba ini datang dari mana?" "Hamba orang Melaka. Datang ke sini kerana Sultan Melaka ingin meminang Puteri Gunung Ledang, " Tun Mamat menjawab.
"Saya akan bertanya kepada Puteri Gunung Ledang tentang permintaan itu, " nenek kebayan itu masuk semula ke dalam rumah.
Tidak lama kemudian, nenek kebayan keluar dari rumah dan memberitahukan syarat-syarat.
Pertama, Sultan Melaka mestilah membina sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak dari Gunung Ledang ke Melaka.
Kedua, Sultan Melaka mestilah menyediakan tujuh buah tempayan berisi emas, tujuh buah tempayan berisi perak, tujuh buah tempayan berisi air mata.
Ketiga, Sultan Melaka mestilah menyediakan tujuh dulang hati nyamuk dan tujuh dulang hati kuman.
Keempat, Sultan Melaka mestilah menyediakan semangkuk darah Sultan Melaka dan semangkuk darah putera baginda!
Tun Mamat terkejut apabila mendengar semua permintaan itu. Tun Mamat pun terdiam lalu turun dari gunung.
Di kaki bukit... "Macam mana, Tun Mamat? Berjaya?" Hang Tuah bertanya? "Nenek kebayan itu sebenarnya Puteri Gunung Ledang! Syaratnya terlalu gila!" Tun Mamat menjawab.
Tun Mamat pun memberitahu sultan. "Ah, nampaknya Puteri Gunung Ledang tidak mahu bernikah dengan beta. Beta tidak akan membunuh putera beta untuk mendapatkan darahnya. Lupai saja hal ini!"