g-43516583
  • 12
  • 0
Legenda Puteri Gunung Ledang
Legenda Puteri Gunung Ledang mengisahkan Puteri Gunung Ledang, puteri jelita yang tinggal di puncak Gunung Ledang dengan dayang-dayangnya. Ceritanya menjadi semakin menarik apabila Sultan Mahmud Syah Melaka ingin memperisteri Puteri Gunung Ledang kerana terpesona oleh kecantikannya. Sultan mengutus Tun Mamat dan Hang Tuah untuk meminang puteri itu. Namun begitu, Puteri Gunung Ledang yang menyamar sebagai nenek kebayan menetapkan syarat-syarat yang sukar dipenuhi, iaitu membina jambatan emas dan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, semangkuk darah sultan dan putera baginda dan bermacam-macam permintaan yang gila lagi. Akhirnya, Sultan Mahmud Syah membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang kerana tidak sanggup mencederakan putera baginda. Dalam keadaan sedih, Sultan melarang orang Melaka mendaki Gunung Ledang. Dengan itu, Legenda Puteri Gunung Ledang akan terus menjadi cerita rakyat yang disegani hingga kini.
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 1
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications