The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Koperasi Pos Nasional Berhad, 2022-06-07 22:56:46

Laporan Tahunan KOPONAS 2020

Annual Report 2020

Encik Sha’arani Bin Shahidan (Perwakilan Perlis)
Beliau menyokong cadangan untuk meluluskan serentak Agenda 5 hingga Agenda 9 seperti yang
dicadangkan oleh Encik Mohd Fikri Bin Yaacob (Perwakilan Kedah) berdasarkan keuntungan yang
diperolehi oleh KOPONAS bagi tahun 2019.
Ketetapan
Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan ini.
AGENDA 10
Untuk Meluluskan Peruntukan Kumpulan Wang Kebajikan Anggota dan Khairat Kematian
KOPONAS Sebanyak RM 1,082,021.
Tuan Haji Othman Bin Hassan (Perwakilan Melaka)
Beliau mencadangkan supaya mesyuarat hari ini meluluskan serentak Agenda 10 hingga Agenda 15.
AGENDA 10
Untuk Meluluskan Peruntukan Kumpulan Wang Kebajikan Anggota dan Khairat Kematian
KOPONAS Sebanyak RM 1,082,021.
AGENDA 11
Untuk Meluluskan Peruntukan Tabung Pesaraan Anggota Koperasi Sebanyak RM 100,000 Bagi
Tahun 2020.
AGENDA 12
Untuk Meluluskan Peruntukan Tabung Pendidikan Koperasi Sebanyak RM 200,000 Bagi Tahun
2020.
AGENDA 13
Untuk Meluluskan Peruntukan Wang Hartanah Sebanyak RM 400,000 Bagi Tahun 2020.
AGENDA 14
Untuk Meluluskan Pemberian Hadiah Dermasiswa KOPONAS Sebanyak RM 50,000 Bagi Tahun
2020.
AGENDA 15
Untuk Meluluskan Peruntukan Cukai Sebanyak RM 316,797 Bagi Tahun 2020 / 2021.
Tuan Haji Mohd Azlan Bin Zakaria (Perwakilan Pahang)
Beliau menyokong cadangan untuk meluluskan serentak Agenda 10 hingga Agenda 15 seperti yang
dicadangkan oleh Tuan Haji Othman Bin Hassan (Perwakilan Melaka)
Ketetapan
Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan ini.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 145

AGENDA 16

Untuk Menimbang Dan Meluluskan Belanjawan Tahunan Bagi Tahun 2020.

Pengerusi Mesyuarat meminta Setiausaha KOPONAS mewakili Bendahari KOPONAS
membentangkan agenda ini sebelum dibahaskan oleh Perwakilan.

Tuan Haji Anwar Bin Kamirun (Setiausaha) membentangkan agenda ini dengan meminta Perwakilan
merujuk Buku Laporan Tahunan 2019 di muka surat 192 hingga 195.

Anggaran Pendapatan Tahun 2020 : RM 18,521,500

Anggaran Perbelanjaan Tahun 2020 : RM 13,196,400

Anggaran Keuntungan Tahun 2020 : RM 5,325,100

Encik Radin Bin Ikon (Perwakilan Terengganu)

Beliau mencadangkan supaya mesyuarat hari ini meluluskan Agenda 16 untuk menimbang dan
meluluskan Anggaran Belanjawan Tahunan KOPONAS bagi tahun 2020.

Encik Mohamed Rais Bin Safian (Perwakilan Sarawak)

Beliau menyokong cadangan Encik Radin Bin Ikon (Perwakilan Terengganu) untuk menimbang dan
meluluskan Anggaran Belanjawan Tahunan KOPONAS bagi tahun 2020.

Ketetapan

Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan ini.

AGENDA 17

Menimbang Dan Meluluskan Skop Dan Had Pelaburan Yang Dibiayai Oleh Wang Berlebihan
Koperasi Tidak Melebihi Jumlah RM 5,000,000 (5 juta).

Encik Azlizam Bin Desa (Perwakilan Kelantan)

Beliau mencadangkan Agenda 17 hingga Agenda 19 diluluskan serentak.

AGENDA 17

Menimbang Dan Meluluskan Skop Dan Had Pelaburan Yang Dibiayai Oleh Wang Berlebihan
Koperasi Tidak Melebihi Jumlah RM 5,000,000 (5 juta).

AGENDA 18

Untuk Meluluskan Pelaburan-Pelaburan (Termasuk Tanah Dan Harta), Membeli Dan Menjual
Saham-Saham Dan Penubuhan Subsidiari Dengan Modal Sebanyak RM 15,000,000 (15 juta).

AGENDA 19

Untuk Membenarkan Anggota Lembaga Membuat Pembiayaan Tidak Melebihi RM 15,000,000
(15 juta) dengan Kadar Yang Tidak Caj Keuntungan Bagi Mengikut Pasaran Ketika Itu.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 146

Puan Roslinda Binti Abdul Razak (Perwakilan Johor)

Beliau menyokong Agenda 17 hingga 19 diterima seperti yang dicadangkan oleh Encik Azlizam Bin
Desa (Perwakilan Kelantan).

Ketetapan

Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan ini.

AGENDA 20

Menimbangkan Laporan Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman Dan Pandangan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Mengenai Akaun-Akaun Teraudit Dan Laporan Anggota
Lembaga Koperasi.

Pengerusi Mesyuarat meminta Tuan Haji Anwar Bin Kamirun Setiausaha KOPONAS untuk
membentangkan kepada Perwakilan mengenai pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ke atas
Akaun Koperasi berakhir 31 Disember 2019.

Setiausaha KOPONAS memaklumkan laporan seperti berikut:

I. Laporan-laporan Anggota Lembaga : muka surat 23 hingga 26

II. Laporan Jawatankuasa Juruaudit Dalaman : muka surat 45

III. Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia : muka surat 141 hingga 148

Setiausaha KOPONAS menjelaskan mengenai pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia rujukan
surat N272/3840/5 Jld.6/(18) bertarikh 27 Ogos 2020 ke atas Akaun dan Kunci Kira-Kira Koperasi
berakhir 31 Disember 2019 adalah seperti berikut:

a) Pelarasan Kumpulan Wang Hartanah.
b) Pelarasan Honorarium Tahun 2018 Terlebih Peruntuk.
c) Pelbagai Pemiutang Wang Tidak Dituntut.
d) Penebusan Modal Syer Anggota.
e) Persembahan Akaun.

Setiausaha KOPONAS menjelaskan kesemua pandangan yang diutarakan oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia akan diambil tindakan seperti saranan Suruhanjaya untuk diselaraskan dalam
akaun teraudit Koperasi tahun kewangan akan datang selaras dengan peruntukan Subseksyen
59(2A) Akta Koperasi 1993 dan dilaporkan oleh lembaga dalam laporan berkanunnya seperti
kehendak perenggan 59(3) (g) Akta yang sama dan jawapan bertulis akan dikemukakan kepada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Encik Zainal Bin Osman (Perwakilan Selangor)
Beliau mencadangkan agar mesyuarat kali ini meluluskan Agenda 20 iaitu menimbangkan
laporan-laporan Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pandangan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia mengenai akaun-akaun teraudit dan laporan Anggota Lembaga Koperasi.
Encik Ismail Bin Tukimin (Perwakilan Kuala Lumpur)
Beliau menyokong cadangan Encik Zainal Bin Osman (Perwakilan Selangor) untuk meluluskan
Agenda 20 iaitu menimbangkan laporan-laporan Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman
dan Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengenai akaun–akaun teraudit dan laporan
Anggota Lembaga Koperasi.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 147

Ketetapan
Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan ini.
AGENDA 21
Untuk Melantik Empat (4) Anggota Lembaga Koperasi.
Setiausaha Mesyuarat telah menyerahkan keputusan pertandingan Anggota Lembaga Koperasi
daripada Pengerusi Badan Peneliti kepada Pengerusi Mesyuarat.
Encik Ismail Bin Haron
Beliau memaklumkan notis bagi perlantikan Anggota Lembaga Koperasi telah dikeluarkan pada 02
Disember 2019. Sehingga tarikh tutup pencalonan Anggota Lembaga Koperasi pada 02 Januari 2020,
hanya 5 borang pencalonan diterima iaitu:
1. Encik Mohd Azham Bin Abd Jabar
2. Encik Abd Halim Bin Md Ariff
3. Tuan Haji Suhaimi Bin Ramli
4. Encik Mohd Fauzi Bin Embong
5. Encik Syahril Nizam Bin Jumaili
Beliau memaklumkan salah seorang calon iaitu Encik Abd Halim Bin Md Ariff telah pun bersara wajib
dari perkhidmatan Pos Malaysia pada 16 Januari 2020 dan secara langsung telah gugur keahlian
sebagai Anggota Lembaga Koperasi Pos Nasional Berhad dan hilang kelayakkan untuk bertanding.
Oleh itu tiada pertandingan bagi melantik empat (4) Anggota Lembaga Koperasi bagi tempoh
2020-2022 dan keempat-empat calon tersebut telah Menang Tanpa Bertanding (MTB).
Encik Hakimi Bin Abdullah (Perwakilan Perlis)
Beliau mencadangkan agar lantikan 4 orang Anggota Lembaga KOPONAS yang Menang Tanpa
Bertanding (MTB) diterima dan disahkan.
Encik Redhwan Go Bin Abdullah (Perwakilan Melaka)
Beliau menyokong cadangan untuk mengesahkan perlantikan Anggota Lembaga KOPONAS yang
Menang Tanpa Bertanding (MTB) iaitu:
1. Encik Mohd Azham Bin Abd Jabar
2. Tuan Haji Suhaimi Bin Ramli
3. Encik Mohd Fauzi Bin Embong
4. Encik Syahril Nizam Bin Jumaili
Ketetapan
Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan ini.

AGENDA 22
Untuk Meluluskan Cadangan Anggota Lembaga Melantik Juruaudit Luar Koperasi.
Pengerusi Mesyuarat meminta Setiausaha Mesyuarat menjelaskan peruntukan Undang-Undang Kecil
(71) berhubung perkara ini.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 148

Tuan Haji Anwar Bin Kamirun selaku Setiausaha Mesyuarat telah menjelaskan seperti berikut:
“Menurut Subseksyen 61 (1) Akta Akaun-Akaun dan Rekod-Rekod yang perlu berkaitan Koperasi ini
hendaklah diaudit oleh seorang Juruaudit yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Perwakilan dan dilantik
melalui surat. Cara perlantikan menurut perenggan (b) Subperaturan 27 (2) Peraturan”.
Panel yang dicadangkan merupakan panel daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah seperti
berikut:
1) Tetuan Saifudin & Co

13A-7, Level 13A, Menara Sentral Vista
150 Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields
50470 Kuala Lumpur.
2) Tetuan A. Razak & Co
51-2D, 2nd Floor, Jalan Pandan 3/10
Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur
Encik Yusof Bin Maulod (Perwakilan Negeri Sembilan)
Beliau mencadangkan Tetuan Saifudin & Co, 13A-7, Level 13A, Menara Sentral Vista, 150 Jalan
Sultan Abdul Samad, Brickfields 50470 Kuala Lumpur dilantik sebagai Juruaudit Luar KOPONAS dan
Tetuan A. Razak & Co, 51-2D, 2nd Floor, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur
dilantik sebagai panel kedua sekiranya apa-apa berlaku terhadap Tetuan Saifudin & Co bagi tahun
2020/2021.
Encik Hassan Bin Mat Isa (Perwakilan Kuala Lumpur)
Beliau menyokong cadangan Encik Yusof Bin Maulod (Perwakilan Negeri Sembilan)
Ketetapan
Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
AGENDA 23
Untuk Menimbang Dan Meluluskan Pindaan Undang-Undang Kecil Dan Aturan-Aturan
Koperasi Pos Nasional Berhad.
Setiausaha KOPONAS, Tuan Haji Anwar Bin Kamirun memaklumkan bahawa terdapat pindaan
Undang-Undang Kecil Koperasi Pos Nasional Berhad dan Aturan-Aturan pada mesyuarat kali ini iaitu:
1) Pindaan Undang-Undang Kecil Keanggotaan (bahagian IV). – (Rujuk Lampiran A).

Perkara: 11. (1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan Syarikat Pos
Malaysia Berhad yang berjawatan tetap atau kontrak dan anak-anak syarikat dan
usahasamanya yang menerima gaji dan elaun tetap di Pos Malaysia Berhad.
Perkara: 11. (2) Keanggotaan Koperasi ini juga terbuka kepada kakitangan
Syarikat Pos Malaysia Berhad yang telah bersara atau berhenti.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 149

2) Pindaan Undang-Undang Kecil Aset Dan Wang Koperasi (Bahagian VI) – (Rujuk
Lampiran A).
Perkara: 56. Yuran bulanan anggota seperti yang diperuntukan di bawah sub
seksyen 50 (c) Akta hendaklah sekurang-sekurang RM 30.00 (Ringgit: Tiga
Puluh) sebulan. Tiap-tiap anggota boleh membuat bayaran yuran yang lebih
mengikut aturan jimat-cermat dan pinjam-meminjam yang dibuat oleh Lembaga
dengan kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan.

3) Pindaan Aturan 5 – Pembiayaan Tawarruq Tanpa Penjamin.
Perkara: 6. Jenis-jenis Pembiayaan Tawarruq Tanpa Penjamin, had pembiayaan
dan tempoh pembiayaan adalah seperti jadual dibawah:-

Jenis Pembiayaan Had Pembiayaan Tempoh
Pembayaran Baik
Kecemasan RM 2,000
Tawarruq Mesra RM 10,000 < 36 bulan
Takaful Kenderaan RM 5,000 < 60 bulan
Kecemasan Bencana RM 5,000 < 12 bulan
Musim Persekolahan RM 5,000 < 60 bulan
Musim Perayaan RM 5,000 < 60 bulan
Umrah RM 10,000 < 60 bulan
< 60 bulan

Perkara: 14. Kadar bayaran keuntungan ke atas pembiayaan adalah seperti
berikut:-

Jenis Pembiayaan Keuntungan
Kecemasan 6.5%
Tawarruq Mesra 6.5%
Takaful Kenderaan 6.5%
Kecemasan Bencana 6.5%
Musim Persekolahan 6.5%
Musim Perayaan 6.5%
Umrah 4.0%

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 150

4) Pindaan Aturan 11 – Kumpulan Wang Kebajikan Anggota Dan Khairat Kematian
Perkara: 5. Koperasi boleh memberi bantuan kepada anggota-anggota melalui
Kumpulan Wang ini atas kadar berikut:-
a) sumbangan sebagai faedah persaraan kepada anggota-anggota yang bersara
sebanyak sepuluh (10) peratus dari jumlah modal yuran anggota setelah ditolak
segala hutang-hutang dari koperasi ini, atau RM 2,000 (Ringgit: Dua Ribu) yang
mana terendah dengan syarat telah menjadi anggota lebih 10 tahun. Bagi
anggota yang kurang 10 tahun menjadi anggota, sumbangan faedah persaraan
adalah sebanyak RM 1,000 (Ringgit: Satu Ribu) dengan syarat modal yuran itu
berterusan dalam tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun sebelum persaraan.

Encik Muhammad Safri Bin Ariffin (Perwakilan Pahang)
Beliau mencadangkan Agenda 23 untuk menimbang dan meluluskan cadangan pindaan Undang-Un-
dang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi Pos Nasional Berhad diterima dan diluluskan seperti berikut:

1. Pindaan Undang-Undang Kecil Keanggotaan (bahagian IV). – (Rujuk Lampiran A).
2. Pindaan Undang-Undang Kecil Aset Dan Wang Koperasi (Bahagian VI) – Yuran

(Rujuk Lampiran A).
3. Pindaan Aturan 5 – Pembiayaan Tawarruq Tanpa Penjamin.
4. Pindaan Aturan 11 – Kumpulan Wang Kebajikan Anggota Dan Khairat Kematian
Tuan Haji Mohamad Nor Sam Bin Sani (Perwakilan Negeri Sembilan)
Beliau menyokong cadangan Encik Muhammad Safri Bin Ariffin (Perwakilan Pahang) untuk menim-
bang dan meluluskan cadangan pindaan Undang-undang Kecil dan Aturan-aturan Koperasi Pos Nasi-
onal Berhad diterima dan diluluskan.
Ketetapan
Mesyuarat bersetuju sebulat suara pindaan Undang-undang Kecil dan Aturan-aturan diterima dan
diluluskan.
AGENDA 24
Untuk Mempertimbangkan Usul-Usul Yang Diterima Secara Bertulis Kepada Setiausaha
Sekurang-Kurangnya Tujuh (7) Hari Sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.
Pengerusi Mesyuarat meminta Setiausaha KOPONAS Tuan Haji Anwar Bin Kamirun membentangkan
usul-usul bertulis yang diterima sekiranya ada.
Tuan Haji Anwar Bin Kamirun Setiausaha KOPONAS memaklumkan sehingga 16 Oktober 2020 tiada
usul yang bertulis diterima.
Encik Mustafa Kamal Bin Dahari (Perwakilan Kuala Lumpur)
Beliau mencadangkan agar Agenda 24 diterima dan disahkan.
Puan Farazila Bt Hamzah (Perwakilan Kuala Lumpur)
Beliau menyokong cadangan Agenda 24 diluluskan dan disahkan.
Ketetapan
Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 151

Ucapan Penangguhan
Pengerusi Mesyuarat mengucapkan tahniah kepada semua Perwakilan diatas kerjasama yang
diberikan dan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-43 berjaya disempurnakan dengan baik
sekali. Beliau meminta wakil Perwakilan bagi setiap negeri memberikan ucapan penangguhan.

1. Tuan Haji Sha’arani Bin Shahidan (Perwakilan Perlis)
Beliau mengucapkan tahniah kepada semua Anggota Lembaga Koperasi dan pihak
KOPONAS kerana telah dapat menjayakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-43
dengan cara norma yang baru walaupun terdapat pelbagai halangan untuk menjayakan
mesyuarat ini. Beliau juga telah memaklumkan di mana mereka juga akan cuba sedaya upaya
untuk meningkatkan lagi jumlah anggota baru di negeri Perlis. Akhir kata beliau mengucapkan
tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi yang menang tanpa bertanding.
2. Encik Mohd Fikri Bin Yaacob (Perwakilan Kedah)
Beliau mengucapkan tahniah kepada KOPONAS kerana dapat menjayakan Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan ke-43 ini dengan jayanya walaupun terpaksa dilakukan secara maya.
Beliau berharap agar wabak Pandemik Covid-19 ini segera berakhir. Beliau juga mewakili
anggota dari negeri Kedah untuk meminta perhatian pihak Pengerusi KOPONAS bagi
menyediakan mask yang mempunyai logo KOPONAS juga diberikan kepada anggota-anggota
yang lain agar mereka rasa dihargai menjadi anggota KOPONAS sekaligus dapat menarik
minat rakan sekerja dipejabat untuk menjadi anggota KOPONAS. Selain itu beliau juga
meminta pihak pengurusan KOPONAS untuk memaklumkan kepada anggota mengenai status
permohonan pembiayaan mereka yang gagal supaya anggota maklum permasalahan yang
menyebabkan permohonan pembiayaan mereka itu gagal. Akhir kata beliau mengucapkan
jutaan tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi yang menang tanpa bertanding.
Pengerusi KOPONAS memaklumkan bahawa pihak pengurusan KOPONAS akan cuba
mengusahakan untuk menyediakan mask yang mempunyai logo KOPONAS untuk diberikan
kepada kesemua anggota KOPONAS. Pengerusi KOPONAS juga memaklumkan pengurusan
telah menempah mask untuk diberikan kepada anggota tetapi halangan daripada masalah
wabak Covid-19 ini menyebabkan proses penempahan itu berlaku sedikit kelewatan. Sekiranya
tempahan sudah diterima, pihak pengurusan akan mengedarkan mask tersebut kepada semua
Perwakilan untuk diedarkan kepada anggota negeri yang lain. Pengerusi KOPONAS berharap
agar jenama KOPONAS ini terus dikenali di seluruh negeri supaya dapat menarik minat
kakitangan Pos Malaysia yang belum menjadi anggota untuk menjadi anggota KOPONAS.
Pengerusi juga telah memaklumkan dimana beliau akur proses pembiayaan ini adalah sedikit
rumit kerana perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Negara dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengenai tahap keberhutangan anggota tidak melebihi 60%
dari jumlah pendapatan anggota.
3. Encik Osman Bin Mat Isa (Perwakilan Pulau Pinang)
Beliau mengucapkan tahniah kepada KOPONAS kerana telah dapat mengekalkan kedudukan
sebagai 100 Koperasi Terbaik. Beliau juga mewakili semua kakitangan Pos Malaysia Pulau
Pinang merakamkan jutaan terima kasih atas keperihatinan KOPONAS membekalkan “face
mask” dan “sanitizer”. Sebagaimana pencerahan Pengerusi KOPONAS untuk mengadakan
rumah rehat disetiap negeri. Beliau mengucapkan tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi
yang menang tanpa bertanding dan tidak lupa juga ucapan tahniah atas kejayaan mengadakan
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ini secara maya sepeti yang dirancang.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 152

4. Puan Noorzuriha Binti Haron Noh Rashid (Perwakilan Perak)
Beliau mengucapkan tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi dan pihak pengurusan
KOPONAS kerana dapat mengekalkan kedudukan di tangga ke-33 dalam 100 Koperasi
Terbaik 2019 serta dapat mengekalkan pemberian dividen yang tinggi kepada anggota-anggo
ta KOPONAS. Beliau juga berharap agar cadangan untuk mengadakan Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan di Terengganu pada tahun ini dibawa ketahun hadapan. Cadangan yang
telah diberikan oleh wakil Perwakilan dari negeri Kedah juga disokong oleh beliau supaya
menjadi salah satu cara KOPONAS menarik lagi ramai pekerja Pos Malaysia untuk menjadi
anggota KOPONAS. Beliau juga mewakili Perwakilan Perak akan bersama-sama berusaha
dalam menambah lagi jumlah anggota KOPONAS di Negeri Perak.
Pengerusi KOPONAS memaklumkan bahawa dividen akan dibayar melalui akaun bank
anggota pada 26 Oktober 2020 (Isnin) iaitu baki 5% dari Modal Saham, 3.6% di atas Modal
Yuran dan 6% hibah dari Simpanan Khas.
5. Encik Yusof Bin Maulod (Perwakilan Negeri Sembilan)
Beliau merakamkan jutaan tahniah kepada KOPONAS kerana dapat menjayakan Mesyuarat
Agung Perwakilan Tahunan secara maya ini dengan sempurna dimana perkara yang tidak
biasa dilakukan lagi oleh mana-mana Koperasi. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada
pihak pengurusan KOPONAS kerana telah memberikan keselesaan kepada semua Perwakilan
untuk menghadiri menyuarat ini. Beliau berharap semua Perwakilan dapat berjumpa dan
berkumpul pada mesyuarat yang akan datang.
6. Puan Maizah Binti Azis (Perwakilan Johor)
Beliau mengucapkan tahniah Anggota Lembaga Koperasi kerana berjaya menjalankan mesyu
arat ini secara maya walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu diatasi. Beliau mengu
capkan terima kasih kepada pihak KOPONAS kerana telah berjaya memberikan dividen yang
tinggi kepada anggota-anggota KOPONAS dan berharap KOPONAS akan terus maju serta
dapat memberikan manfaat yang lebih lagi kepada anggota pada masa akan datang. Beliau
mengucapkan tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi yang menang tanpa bertanding.
Beliau juga memaklumkan bahawa di negeri Johor tidak menerima “face mask” dan “sanitizer”
seperti yang telah dimaklumkan oleh Pengerusi KOPONAS.
Pengerusi KOPONAS memaklumkan bahawa pemberian “mask” dan “sanitizer” itu telah diberi
kan kepada seluruh negeri tetapi berikutan bekalan yang terhad pada waktu itu, pihak
KOPONAS tidak dapat memberikan kepada setiap cawangan pejabat Pos.
7. Encik Zakaria Bin Ibrahim (Perwakilan Kelantan)
Beliau mengucapkan tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi yang menang tanpa
bertanding dan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan KOPONAS kerana telah mentadbir
KOPONAS di landasan yang betul dan memuaskan. Beliau meminta agar bayaran dermasiswa
ini dapat dibayar sebelum anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
Beliau juga mencadangkan supaya KOPONAS memberi kursus pengurusan perniagaan
kepada anggota-angota yang bakal bersara menjadi bekalan ilmu mereka untuk mencari punca
pendapatan pada masa akan datang. Akhir kata beliau mencadangkan Mesyuarat Perwakilan
Tahunan pada tahun hadapan diadakan di negeri Sarawak dan beliau meminta supaya
cenderahati kepada semua Perwakilan semasa Mesyuarat Agung Perwakilan berlangsung
dapat dipelbagaikan seperti tahun-tahun yang lepas.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 153

Pengerusi KOPONAS telah memaklumkan bahawa mesyuarat bersama panel dermasiswa
akan diadakan pada awal bulan November dan setelah mesyuarat itu selesai pihak KOPONAS
akan menyegerakan bayaran kepada anak-anak anggota yang layak.
Bagi kursus keusahawanan, pengerusi telah memaklumkan bahawa pada masa kini pihak
KOPONAS telah pun mula bekerjasama bersama Skill Johor dalam proses mewujudkan
kursus-kursus keushawanan. KOPONAS juga akan cuba untuk bekerjasama bersama Tekun
dan Fama untuk memberikan kursus-kursus pra persaraan kepada anggota KOPONAS supaya
dapat menghasilkan usahawan yang berjaya dari golongan anggota KOPONAS.
Pengerusi juga telah memaklumkan bahawa berikutan wabak Covid-19 ini yang menjejaskan
ekonomi negara termasuklah KOPONAS terpaksa menghadkan perbelanjaan dan pemberian
cenderahati.
8. Encik Radin Bin Ikon (Perwakilan Terengganu)
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KOPONAS kerana telah mengadakan
mesyuarat secara maya ini dengan jayanya walaupun perancangan untuk mengadakan
Mesyuarat Agung Perwakilan pada tahun ini di negeri Terengganu tidak kesampaian.
Perwakilan Terengganu mengalu-alukan untuk terus menjadi pilihan sebagai tuan rumah pada
tahun hadapan. Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan
KOPONAS terutama di unit pembiayaan dan pentadbiran KOPONAS kerana telah memberikan
kerjasama yang baik dalam semua urusan. Akhir kata beliau mengharapkan agar Anggota
Lembaga Koperasi yang menang tanpa bertanding dan juga termasuk Anggota Lembaga
Koperasi yang sedia ada untuk terus berusaha menjadikan KOPONAS sebagai salah satu
Koperasi yang menjadi kebanggaan kepada semua anggota
Pengerusi KOPONAS memaklumkan akan sentiasa berusaha untuk terus kekal dan berdaya
saing.
9. Encik Abd Jalani Bin Hj Norsin (Perwakilan Sabah )
Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi dan
juga semua Perwakilan kerana dapat menjayakan mesyuarat secara maya yang pertama
dengan jayanya. Seperti yang telah dikhabarkan di mana sewaktu ini negeri Sabah dilanda
wabak Covid-19 yang berada ditahap yang tinggi oleh itu mereka akan terus sentiasa
berjaga-jaga dan mengekalkan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Beliau juga
mengucapkan tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi kerana dapat mengekalkan
KOPONAS di kedudukan 100 Koperasi Terbaik dan berjaya mengekalkan jumlah peratus
pembayaran dividen yang tinggi kepada anggota KOPONAS. Akhir kata beliau berharap
KOPONAS akan menambah lebih banyak rumah peranginan terutama di negeri Sabah.
Pengerusi KOPONAS memaklumkan di masa akan datang, KOPONAS dapat menyediakan
rumah peranginan di setiap negeri.
10. Tuan Haji Mohamed Rais Bin Safian (Perwakilan Sarawak)
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KOPONAS kerana telah memberikan
tempat yang selesa untuk mereka menyertai mesyuarat ini secara maya. Beliau juga
mengucapkan tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi yang telah menang tanpa
bertanding. Beliau juga berharap agar pada tahun hadapan kesemua Perwakilan dapat
berjumpa dan Dapat mengadakan mesyuarat seperti tahun sebelum ini. Akhir kata serangkap
pantun dari beliau.

Kalau ada sumur diladang
Boleh kita menuai padi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 154

11. Tuan Haji Mohd Azlan Bin Zakaria (Perwakilan Pahang )
Beliau mengucapkan tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi yang telah menang tanpa
bertanding dan juga ucapan tahniah kepada KOPONAS kerana telah berjaya mengadakan
Mesyuarat Agung Perwakilan tahun ini secara maya dengan jayanya. Beliau juga mewakili
anggota KOPONAS negeri Pahang mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan “face
mask” dan “hand sanitizer” kepada Pejabat Pengurus Negeri Pahang dan mereka juga dengan
berbesar hati akan menanti pemberian penutup muka yang mempunyai logo KOPONAS untuk
diberikan kepada semua anggota di negeri Pahang.

12. Tuan Haji Azaharudin Bin Yusof (Perwakilan Selangor)
Beliau mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Anggota Lembaga Koperasi,
pihak pengurusan KOPONAS dan kesemua Perwakilan kerana dapat menjayakan mesyuarat
secara maya ini dengan sempurna. Akhir kata beliau mewakili Perwakilan negeri Selangor
memohon maaf sekiranya terkasar bahasa sepanjang mesyuarat ini berlangsung.

13. Tuan Haji Azahari Bin Jais @ Hj Mhd Dahlan(Perwakilan Kuala Lumpur)
Beliau mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk memberikan sedikit ucapan
bagi mewakili Perwakilan Kuala Lumpur. Beliau memaklumkan dimana sehingga kini penularan
wabak Covid-19 ini semakin aktif dan telah menyebabkan perancangan untuk pihak KOPONAS
mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan pada tahun ini di pantai timur terpaksa di batalkan
dan mungkin perancangan ini boleh dibawa kepada tahun hadapan. Beliau juga mengucapkan
syabas kepada Perwakilan dan Anggota Lembaga Koperasi kerana dapat menjayakan
mesyuarat ini secara maya. Di kesempatan ini, beliau menyeru kepada Perwakilan untuk
bersama-sama memberi idea bagi meningkatkan prestasi KOPONAS menjadi lebih baik.
Kempen penambahan anggota haruslah terus dilakukan agar KOPONAS menjadi lebih kukuh.
Beliau akhiri ucapan dengan beberapa rangkap pantun:
Letih berjalan di tengah pekan
Singgah sebentar digerai Siti
Terima kasih kami ucapkan
Atas segala jasa dan bakti.
Roadblock terpacak motor ketepi
Masak la kari ditambah garam
Mesyuarat kali ini sunyilah sepi
Tidak kedengaran celoteh Abang Man Geram
Ingatkan jumpa di Keropok Lesung
Sejuklah sungguh si air perigi
Media sosial bersiaran langsung
Virus Corona cepatlah pergi
Di dalam kelapa ada tombong
Mari di simpan di dalam peti
Tidak dihairan orang yang sombong
Orang hormat dek kerana budi.

14. Puan Shamsinar Binti Bahari (Perwakilan Bank Simpanan Nasional)
Beliau mengucapkan tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi yang menang tanpa
bertanding dan juga ucapan tahniah kepada Perwakilan kerana dapat menyertai mesyuarat ini
dengan jayanya.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 155

15. Tuan Haji Osman Bin Hassan (Perwakilan Melaka)
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan KOPONAS kerana telah
mengadakan mesyuarat pada tahun ini dengan jayanya. Beliau menyokong cadangan yang
telah di suarakan oleh wakil dari Perwakilan negeri Kedah untuk memberikan “face mask” yang
mempunyai logo KOPONAS kepada semua anggota KOPONAS. Beliau juga meminta agar
ukuran “face mask” yang akan diberikan, dapat dibesarkan lagi ukuranya. Beliau mengakhiri
dengan serangkap pantun:
Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Kalau tuan puan nak datang
Kita orang Melaka sedia menanti
Kapal dagang dari saberang
Sarat muatan kayu meranti
Dari jauh semua boleh datang
Orang Melaka sedia menanti
Ucapan Penangguhan
Encik Mohd Azham Bin Abd Jabar (Pengerusi KOPONAS)
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua Perwakilan kerana berjaya melaksanakan
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan secara maya. Beliau juga mengucapkan jutaan tahniah
kepada Puan Nur Zayyani Binti Mat Deris, Penolong Pengarah Kanan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia Wilayah Persekutuan kerana sudi menyertai Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan
KOPONAS pada tahun ini secara maya dan memohon maaf kepada semua Perwakilan
sekiranya terdapat kekurangan sepanjang mesyuarat diadakan. Beliau turut memaklumkan
bahawa akan membuat penambahbaikan di masa akan datang bagi mengekalkan kedudukan
sebagai 100 Koperasi Terbaik Malaysia.
Encik Ismail Bin Haron (Pengerusi Mesyuarat)
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua Perwakilan yang telah memberikan
kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat ini dijalankan. Beliau juga memohon maaf
sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan sepanjang mempengerusikan Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan kali ke-43.

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke–43 ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

………………………………………………. ……………………………………………….

ANWAR BIN KAMIRUN ISMAIL BIN HARON
Setiausaha Pengerusi
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-43 Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-43
Koperasi Pos Nasional Berhad Koperasi Pos Nasional Berhad

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 156

Anggota-anggota Jawatankuasa Menentusahkan
Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke – 43

Koperasi Pos Nasional Berhad
Pada 24 Oktober 2020 (Sabtu)
Wisma KOPONAS, 70-74 Jalan Tun Sambanthan

50470 Kuala Lumpur

Anggota-Anggota Lembaga Koperasi

Bil Nama Tandatangan

1. Encik Mohd Azham Bin Abd Jabar

2. Tuan Haji Rahmat Bin Haji Ismail

3. Encik Shah Nizam Bin Ibrahim

Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan
1. Encik Ismail Bin Haron

Setiausaha Mesyuarat Agung Perwakilan

1. Tuan Haji Anwar Bin Kamirun

Anggota-Anggota Perwakilan Tandatangan

Bil Nama
1. Puan Norziha Binti Mat Nor (Perwakilan

Selangor)
2. Encik Mahadzir Bin Ramli (Perwakilan Selangor)

3. Tuan Haji Azaharuddin Bin Yusof (Perwakilan
Selangor)

4. Tuan Haji Azahari Bin Jais @ Hj. Mhd Dahlan
(Perwakilan Kuala Lumpur)

5. Puan Farazila Bt Hamzah (Perwakilan Kuala
Lumpur)

6. Encik Mustafa Kamal Bin Dahari (Perwakilan
Kuala Lumpur)

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 157

PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL
KOPERASI POS NASIONAL BERHAD

ATURAN 5

PEMBIAYAAN TAWARRUQ TANPA PENJAMIN (ASAL) PEMBIAYAAN TAWARRUQ TANPA PENJAMIN (PINDAAN)

6. Jenis-jenis Pembiayaan Tawarruq Tanpa Penjamin, had 6. Jenis-jenis Pembiayaan Tawarruq Tanpa Penjamin, had

pembiayaan dan tempoh pembiayaan adalah seperti jadual pembiayaan dan tempoh pembiayaan adalah seperti jadual

dibawah:- dibawah:-

Jenis Pembiayaan Had Tempoh Jenis Pembiayaan Had Tempoh
Pembiayaan Pembayaran Baik Pembiayaan Pembayaran Baik

Kecemasan RM 2,000 < 36 bulan Kecemasan RM 2,000 < 36 bulan

Tawarruq Mesra RM 5,000 < 60 bulan Tawarruq Mesra RM 10,000 < 60 bulan

Takaful Kenderaan RM 5,000 < 12 bulan Takaful Kenderaan RM 5,000 < 12 bulan

Kecemasan Bencana RM 5,000 < 60 bulan Kecemasan Bencana RM 5,000 < 60 bulan

Banjir Musim Persekolahan RM 5,000 < 60 bulan

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 158 Musim Persekolahan RM 5,000 < 60 bulan Musim Perayaan RM 5,000 < 60 bulan

Musim Perayaan RM 5,000 < 60 bulan Ibadah Umrah RM 10,000 < 60 bulan

PEMBIAYAAN TAWARRUQ TANPA PENJAMIN (ASAL) PEMBIAYAAN TAWARRUQ TANPA PENJAMIN (PINDAAN)
14. Kadar bayaran keuntungan ke atas pembiayaan adalah
sebanyak 6.5% 14. Kadar bayaran keuntungan ke atas pembiayaan adalah

seperti berikut:-

Jenis Pembiayaan Keuntungan

Kecemasan 6.5%

Tawarruq Mesra 6.5%

Takaful Kenderaan 6.5%

Kecemasan Bencana Banjir 6.5%

Musim Persekolahan 6.5%

Musim Perayaan 6.5%

Umrah 4%

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 159

PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL
KOPERASI POS NASIONAL BERHAD

ATURAN 11

ATURAN-ATURAN KUMPULAN WANG KEBAJIKAN ANGGOTA DAN KHAIRAT KEMATIAN

KUMPULAN WANG KEBAJIKAN ANGGOTA DAN KHAIRAT KUMPULAN WANG KEBAJIKAN ANGGOTA DAN KHAIRAT

KEMATIAN (ASAL) KEMATIAN (PINDAAN)

5. Koperasi boleh memberi bantuan kepada anggota-anggota 5. Koperasi boleh memberi bantuan kepada anggota-anggota

melalui Kumpulan Wang ini atas kadar berikut :- melalui Kumpulan Wang ini atas kadar berikut :-

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 160 a) sumbangan sebagai faedah persaraan kepada anggota-anggota a) sumbangan sebagai faedah persaraan kepada anggota-
yang bersara sebanyak sepuluh (10) peratus dari jumlah modal yuran anggota yang bersara sebanyak sepuluh (10) peratus dari jumlah
anggota setelah ditolak segala hutang-hutang dari koperasi ini, atau modal yuran anggota setelah ditolak segala hutang-hutang dari
RM1,000 (Ringgit : Satu Ribu) yang mana terendah dengan syarat koperasi ini, atau RM2,000 (Ringgit : Dua Ribu) yang mana
modal yuran itu berterusan dalam tempoh tidak kurang dari lima (5) terendah dengan syarat telah menjadi anggota lebih 10 tahun.
tahun sebelum persaraan. Bagi anggota yang kurang 10 tahun menjadi anggota,
sumbangan faedah persaraan adalah sebanyak RM1,000
(Ringgit : Satu Ribu) dengan syarat modal yuran itu berterusan
dalam tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun sebelum persaraan.

PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL
KOPERASI POS NASIONAL BERHAD

BAHAGIAN IV

KEANGGOTAAN

KEANGGOTAAN (ASAL) KEANGGOTAAN (PINDAAN)

11. (1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan Syarikat 11. (1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan Syarikat

Pos Malaysia Berhad dan anak-anak syarikat dan usahasamanya. Pos Malaysia Berhad yang berjawatan tetap atau kontrak dan anak-

anak syarikat dan usahasamanya yang menerima gaji dan elaun

Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah─ tetap di Pos Malaysia Berhad.
(a) warganegara Malaysia; (2) Keanggotaan Koperasi ini juga terbuka kepada
(b) telah mencapai umur lapan belas tahun;
(c) bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kakitangan Syarikat Pos Malaysia Berhad yang bersara atau
berhenti.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 161 kawasan operasi Koperasi ini; dan Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :-
(d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu (a) warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur lapan belas tahun;
sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi (c) bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam
mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah
dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam

tempoh satu tahun; kawasan operasi Koperasi ini; dan
(d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu

sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi

mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah

dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam

tempoh satu tahun;

PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL
KOPERASI POS NASIONAL BERHAD

BAHAGIAN VI

ASET DAN WANG KOPERASI

YURAN (ASAL) YURAN (PINDAAN)

56. Yuran bulanan anggota seperti yang diperuntukkan di 56. Yuran bulanan anggota seperti yang diperuntukkan di

bawah subseksyen 50(c) Akta hendaklah sekurang-kurangnya bawah subseksyen 50(c) Akta hendaklah sekurang-

RM20.00(Ringgit:Dua puluh ) sebulan. Tiap-tiap anggota boleh kurangnya RM30.00(Ringgit:Tiga puluh ) sebulan. Tiap-

membuat bayaran yuran yang lebih mengikut aturan jimat- tiap anggota boleh membuat bayaran yuran yang lebih

cermat dan pinjam-meminjam yang dibuat oleh Lembaga mengikut aturan jimat-cermat dan pinjam-meminjam yang

dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan dibuat oleh Lembaga dengan kelulusan mesyuarat agung

perwakilan

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 162

ANGGARAN BELANJAWAN
BAGI TAHUN 2021

Anggaran Sebenar Anggaran
2020 Dis, 2020 2021
RM RM
RM

Pendapatan dari aktiviti 4,800,000 3,909,310 4,800,000
Pendapatan diterima atas Pembiayaan 30,000 22,195 30,000
Pembiayaan Berjamin
Pembiayaan Kredit 190,000 156,177 190,000
Pembiayaan Kecemasan 25,000 14,532 25,000
Pembiayaan Pendidikan
Pembiayaan Ubahsuai 550,000 532,319 550,000
Pembiayaan Tanpa Penjamin 1,200,000 1,125,907 1,200,000
Pembiayaan Khas
Pembiayaan Barang Pengguna 850,000 646,068 850,000
Pembiayaan Motosikal 700,000 709,846 600,000
Pembiayaan Takaful
Pembiayaan Pelancungan 50,000 77,490 50,000
5,000 5,981 5,000
Perniagaan runcit
Jualan Barangan Pos Shop 100,000 93,091 100,000
Penjualan Harian KOPONAS Mart 8,500,000 7,292,916 8,400,000
Jualan Coop Auto Assist
Perniagaan Pengangkutuan PMB 15,000 36,356 30,000
Perniagaan Trading 200,000 261,780 100,000
Coop Pos System 5,000,000 3,467,604 3,500,000
Jualan Barang Pengguna 800,000 706,800 3,000,000
Hasil dari Agent Poslaju ( RO ) 100,000 341,895 460,000
100,000 100,000
Pendapatan Am 1,300,000 53,611 1,000,000
Bayaran pemprosesan 939,202 1,000,000
Keuntungan dari pelaburan - 9,190,000
Keuntungan atas simpanan tetap 7,515,000 -
Hibah dari BSN / CIMB Islamic Bank 5,807,248
Komisyen atas Pos mini
Komisyen atas skim Takaful 500,000 327,195 400,000
Komisyen sewa hartanah 10,000 22,819 50,000
Komisyen dari Pos Ar-Rahnu
Sewaan 300,000 111,735 150,000
Yuran skim cuti peranginan 10,000 12,373 6,000
10,000 2,167 -
15,000 8,215
- 5,366 15,000
7,000
600,000 600,000
750,000 680,267 800,000
310,000 278,537 600,000
2,505,000 2,048,674 305,000
2,333,000

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 163

Perbelanjaan 1,200,000 865,647 700,000
Kos jualan/kos aktiviti 1,200,000 865,647 700,000

Bayaran Ibra atas keuntungan atas pembiayaan 10,000 23,400 24,000
200,000 233,832 80,000
Perniagaan runcit 4,500,000 3,228,888 3,000,000
Pembelian Barangan Pos shop 500,000 473,973 2,400,000
Pembelian KOPONAS Mart 373,750 368,000
Coop Auto Assist 80,000 80,000
Perniagaan Pengangkutuan PMB 80,000 37,921 800,000
Perniagaan Trading 1,200,000 889,915 800,000
Coop Pos sistem 7,552,000
Barang Pengguna - -
Operasi Agent Agent Poslaju ( RO ) 6,570,000 5,261,679

Perbelanjaan am 400,000 127,524 550,000
450,000 423,804 450,000
Mesyuarat Perwakilan Koperasi 850,000 551,328 1,000,000
Mesyuarat Perwakilan Tahunan
Mesyuarat Kawasan Tahunan 100,000 50,245 80,000
10,000 16,740 30,000
Mesyuarat Anggota Lembaga 20,000 13,060 20,000
Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi 80,045 130,000
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan 130,000
Mesyuarat Jawatankuasa Unit-unit 22,977 30,000
30,000 - 50,000
Perbelanjaan Anggota Lembaga 50,000 200,000
Bayaran bil telefon 200,000 171,397 50,000
Bayaran saguhati persaraan 50,000 32,400 330,000
Elaun tugas 330,000
Elaun perjalanan 226,774 13,000
18,000 5,000
ELAUN JAWATANKUASA KOPERASI 5,000 9,550 5,000
Elaun bagi Juruaudit Dalaman 5,000 5,500 5,000
Elaun bagi Anggota Badan Peneliti 5,000 12,345 5,000
Elaun Mesyuarat Anggota Badan Peneliti 1,850 5,000
Elaun Mesyuarat Hadiah Dermasiswa 10,000 1,950
Elaun Mesyuarat Juruaudit Dalaman 5,000 38,000
Elaun perjalanan Anggota Badan Peneliti -
48,000 31,195
PERBELANJAAN KAKITANGAN DAN PENGURUSAN
Bayaran perjalanan 60,000 36,445 50,000
Bayaran pos 30,000 46,624 80,000
Bayaran telefon 50,000 43,278 50,000
Bonus kakitangan 100,000 100,000 100,000
Caruman kepada KWSP 110,000 119,756 150,000
Caruman kepada PERKESO 15,000 13,528 15,000
Elaun kerja lebih masa 10,000 13,004 10,000
Elektrik dan air 60,000 52,033 43,000
Gaji dan elaun 900,000 850,087 1,000,000
Pembaikan dan penyelenggaraan peralatan pejabat 40,000 17,324 40,000
Penyelenggaraan peralatan komputer 100,000 59,330 100,000
Percetakan dan alatulis untuk pejabat / komputer 60,000 54,539 60,000
1,535,000 1,405,948 1,698,000

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 164

SKIM CUTI PERANGINAN 10,000 2,177 10,000
KOTA BHARU / LANGKAWI / PORT DICKSON / MELAKA 5,000 3,507 5,000
Bayaran Subsidi 11,664
Cukai tanah dan pintu 25,000 95,348 25,000
Perbelanjaan utiliti 120,000 120,000
Pembaikan dan penyelenggaraan 640
Takaful 5,000 5,000
165,000 113,336
APARTMENT DAN KONDOMINIUM 165,000
KOTA KINABALU / SEPANG 4,000
Cukai tanah dan pintu 3,000 2,373 4,000
Perbelanjaan utiliti 20,000 2,042 3,000
Pembaikan dan penyelenggaraan 5,000 34,685 35,000
Takaful 32,000
400 5,000
PERBELANJAAN AM 300,000 39,500 47,000
Caj perkhidmatan TMP 30,000
Perbelanjaan Hari Keluarga 13,636 300,000
Corporate Social Responsibility / Derma 100,000 - 60,000
Caj-caj bank 20,000 50,000
Cukai tanah dan pintu 35,000 40,196 20,000
Hapus kira penghutang skim pembiayaan 5,510 35,000
Hibah Simpanan Khas 300,000
Insentif pencadangan keanggotaan baru 200,000 29,945 300,000
Juruaudit luar 55,192 200,000
Jurunding cukai 20,000 197,591
Kempen Anggota baru 14,000 20,000
Pembaikan dan penyelenggaraan bangunan 7,995 20,000
Pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan 7,000 14,000 10,000
Perbelanjaan guaman 10,000 10,000
Perbelanjaan runcit 450,000 7,000 300,000
Perubatan 20,000 - 20,000
Komisyen Agen Kutipan 30,000 30,000
Pelupusan Aset 100,000 342,092 100,000
Susutnilai : 20,000 4,240 20,000

Hartanah, liji dan peralatan 5,000 44,701 5,000
Pelaburan hartanah 20,000 84,446 20,000
Takaful 12,254
Yuran kepada Kesatuan Koperatif 300,000 300,000
Bayaran LHDN 150,000 2,580 150,000
Derma / Sumbangan COVID-19 - CSR -
Bayaran Box Sara Hidup KOPONAS - CSR 50,000 50,000
Bayaran Perunding Ar-Rahnu 400 193,738 400
Bayaran Zakat - 108,338
Bayaran Zakat Wakalah - CSR - 200,000
Bayaran Promosi & Pemasaran - 34,373 50,000
- 400 50,000
KEUNTUNGAN BERSIH BAGI TAHUN - 60,000
100,000 -
- - 200,000
- 100,000
5,000
2,286,400 93,145 20,000
13,146,400 - 2,700,400
14,360,400
5,373,600 6,099
1,297,471 5,562,600
9,872,923

5,275,915

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 165

KOPERASI POS NASIONAL BERHAD
Wisma KOPONAS, No. 70-74,

Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50470 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2274 7277 | Fax : 03-2273 2752

koponas.coop


Click to View FlipBook Version