The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Koperasi Pos Nasional Berhad, 2022-06-07 22:56:46

Laporan Tahunan KOPONAS 2020

Annual Report 2020

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 95

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 96

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 97

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 98

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 99

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 100

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 101

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 102

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 103

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 104

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 105

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 106

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 107

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 108

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 109

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 110

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 111

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 112

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 113

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 114

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 115

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 116

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 117

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 118

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 119

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 120

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 121

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 122

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 123

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 124

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 125

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 126

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 127

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 128

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 129

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 130

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 131

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 132

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 133

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 134

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 135

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 136

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 137

AGENDA

MESYUARAT

2021

MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE–43
KOPERASI POS NASIONAL BERHAD
Pada 24 Oktober 2020 (Sabtu)

Wisma KOPONAS, 70-74 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke–43 (MAPT ke-43) bermula pada jam 10.00 pagi dengan
Encik Mohd Azham Bin Abd Jabar selaku Pengerusi Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS)
mengucapkan kata-kata aluan dan selamat datang kepada semua Perwakilan seluruh negeri yang
menghadiri mesyuarat secara atas talian melalui aplikasi “Zoom Meeting”. Beliau juga mengucapkan
terima kasih di atas kesudian Puan Nur Zayyani Binti Mat Deris, Penolong Pengarah Kanan,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang turut
bersama menyertai dalam Mesyuarat Agung Perwakilan KOPONAS pada kali ini yang diadakan
secara maya.

Seterusnya beliau memaklumkan jumlah kehadiran perwakilan pada Mesyuarat Agung Perwakilan
KOPONAS kali ini adalah seperti berikut:

Kehadiran Perwakilan:

Hadir : 89 orang
Tidak Hadir : -
Bersara Wajib : -
Jumlah :
89 orang

Seterusnya Pengerusi KOPONAS menyerahkan kepada Setiausaha KOPONAS Tuan Haji Anwar Bin
Kamirun untuk meneruskan mesyuarat dengan merujuk agenda.
AGENDA 1
Perlantikan Pengerusi Dan Setiausaha Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-43.
Puan Noorzuriha binti Haron Noh Rashid (Perwakilan Perak)
Beliau mencadangkan Encik Ismail Bin Haron (Perwakilan Selangor) sebagai Pengerusi Mesyuarat
dan Tuan Haji Anwar Bin Kamirun sebagai Setiausaha Mesyuarat.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 139

Encik Ikram Hasamudin Bin Ibnihajar (Perwakilan Pulau Pinang)

Beliau menyokong cadangan Puan Noorzuriha Binti Haron Noh Rashid (Perwakilan Perak).

Ketetapan

Setiausaha KOPONAS memaklumkan oleh kerana tiada cadangan lain maka perlantikan Pengerusi
dan Setiausaha Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke–43 telah disokong dengan sebulat suara
seperti berikut :-

Pengerusi Mesyuarat : Encik Ismail Bin Haron
Setiausaha Mesyuarat : Tuan Haji Anwar Bin Kamirun

Encik Ismail Bin Haron mengambil tempat selaku Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih di
atas kepercayaan Perwakilan dengan melantik beliau sebagai Pengerusi Mesyuarat. Beliau berharap
kerjasama daripada semua Perwakilan agar perjalanan Mesyuarat Agung kali ini berjalan dengan
lancar dan harmoni.

Pengerusi Mesyuarat juga memaklumkan mengenai Arahan Tertentu yang mesti dipatuhi semasa
MAPT Ke-43 dan membacakan perintah-perintah tetap bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.

Perintah-Perintah Tetap Bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-43 Secara Atas Talian

1. Perwakilan-perwakilan hendaklah berhimpun di satu tempat dan masa yang ditetapkan di
negeri masing-masing untuk menjalankan Mesyuarat Agung secara atas talian (online)
sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahu Mesyuarat.

2. Jawatankuasa Perintah Tetap

Sebelum menguruskan perkara-perkara yang terkandung dalam Agenda, Satu Jawatankuasa
Perintah Tetap terdiri dari 5 orang Perwakilan yang hadir akan dipilih. Seorang Pengerusi dan
Setiausaha hendaklah dipilih di antara 5 orang yang terpilih itu.

3. Pengedaran Perintah-Perintah Tetap

Perintah-perintah Tetap hendaklah diedarkan kepada semua Perwakilan-perwakilan sebelum
bermesyuarat. Perwakilan-perwakilan hendaklah mematuhi perintah-perintah tetap sebaik
sahaja diterima.

4. Pengerusi Di Mesyuarat Agung
Pengerusi Mesyuarat Agung hendaklah dilantik di antara Perwakilan yang hadir untuk
mempengerusikan Mesyuarat Agung.

5. Peraturan Urusan
Sekiranya terdapat cadangan ‘’ Diteruskan kepada perkara yang lain dalam Agenda ‘’ dicadang
dan disokong, maka usul tersebut mestilah diundi.
Sekiranya dipersetujui, maka semua perbincangan-perbincangan lain mengenai perkara itu
akan ditolak sama sekali. Jika sesuatu perkara telah diperbincangkan dan diundi, ianya tidak
boleh diperkenalkan dalam Mesyuarat itu lagi.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 140

6. Notis Urusan

Segala notis mengenai pindaan-pindaan yang terkandung dalam Agenda hendaklah dikemuka
kan secara bertulis kepada Setiausaha 7 hari sebelum Mesyuarat. Maka tidak ada sebarang
pindaan atau usul yang mungkin dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan diterima melain
kan yang dikemukakan oleh Anggota Lembaga Koperasi.

7. Syarat-Syarat Berucap

Seorang Perwakilan tidak boleh berucap dua kali mengenai sesuatu perkara yang mana beliau
merupakan pencadang kepada sesuatu usul asal di mana beliau dibenarkan untuk menjawab.
Tetapi selepas sesuatu usul diluluskan mana-mana Perwakilan, sungguhpun beliau telah pun
berucap berkenaan usul asal tadi, boleh berucap lagi mengenai pindaan yang dibuat. Masa
yang dibenarkan untuk berucap sedemikian selain dari ucapan pembukaan, tidaklah boleh
kecuali dengan kebenaran Pengerusi Mesyuarat melebihi had-had berikut:-

Sesiapa Perwakilan yang mencadangkan usul - 5 minit
atau pindaan di mana notis bertulis telah
diberi terlebih dahulu dibenarkan berucap

Sebarang ucapan atau perbincangan - 3 minit

Sebarang jawapan oleh pencadang sebarang usul - 3 minit

Jika tempoh masa dilanjutkan kepada seorang yang berucap maka had tersebut tidaklah boleh
melebihi 3 minit. Perwakilan-perwakilan yang ingin membangkitkan sebarang perkara atau
memberi penjelasan kepada sesuatu salah anggap, hendaklah bangun selepas sahaja
kesala han itu disebut. Perwakilan-perwakilan boleh menyokong sebarang usul atau pindaan
dan boleh juga menangguhkan ucapannya kepada suatu ketika dalam perbahasan itu, dengan
syarat memberitahu terlebih dahulu.

8. Pindaan-Pindaan

Tiada sebarang cadangan atau pindaan yang boleh dibincangkan sehingga perkara tersebut
disokong cadangannya. Tiada sebarang pindaan yang kedua boleh dibincangkan atau diundi
sehingga pindaan atau usul yang pertama diselesaikan.

9. Bahas Penutup

Usul untuk urusan yang berikutan, atau penutupannya, hanya boleh dicadangkan oleh seorang
Perwakilan yang masih belum berucap pada sepanjang perbahasan tadi. Ucapan tidak
Ucapan tidak dibenarkan semasa membuat usul-usul ini.

10. Pemecatan Perwakilan-Perwakilan Dari Mesyuarat

Pengerusi perhimpunan atau dua pertiga daripada perhimpunan mengundi boleh menggantung
atau memecat sebarang Perwakilan-perwakilan yang tidak mengikut peraturan atau yang
berkelakuan tidak sopan dari mesyuarat. Perwakilan yang menerima hukuman ini boleh
menyertai mesyuarat semula dengan cara meminta maaf kepada mesyuarat.

11. Keputusan Pengerusi
Keputusan Pengerusi mengenai sebarang perkara adalah muktamad.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 141

12. Pengundian
Sebarang persoalan hendaklah diputuskan oleh suatu kelebihan undi termasuk undi secara
proxi kecuali sepertimana yang dinyatakan dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Cara
mengundi di mesyuarat adalah seperti biasa iaitu dengan mengangkat tangan.

13. Tafsiran Peraturan dan Perintah Tetap
Jawatankuasa Tetap adalah berkuasa mentafsir Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah
Tetap dalam Mesyuarat Agung.

14. Penggantungan Perintah Tetap
Perintah Tetap boleh digantung sekiranya disokong oleh dua pertiga daripada mereka yang
boleh mengundi di Mesyuarat Agung.

AGENDA 2
Melantik Satu Jawatankuasa Yang Terdiri Daripada Enam (6) Orang Anggota Perwakilan Dan
Empat (4) Orang Anggota Lembaga termasuk Pengerusi Untuk Menentusahkan Deraf Minit
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-43 Tahun 2020.
Tuan Haji Azahari Bin Jais @ Hj Mhd Dahlan (Perwakilan Kuala Lumpur)
Beliau mencadangkan supaya melantik Anggota-Anggota Lembaga dan Perwakilan dari Wilayah
Persekutuan dan Selangor termasuk Pengerusi seperti di bawah ini untuk menentusahkan Deraf Minit
Mesyuarat Agung Tahunan ke–43.
Enam (6) Perwakilan daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor adalah seperti
berikut:

1. Puan Norziha Binti Mat Nor (Perwakilan Selangor)
2. Encik Mahadzir Bin Ramli (Perwakilan Selangor)
3. Tuan Haji Azaharuddin Bin Yusof (Perwakilan Selangor)
4. Tuan Haji Azahari Bin Jais @ Hj. Mhd Dahlan (Perwakilan Kuala Lumpur)
5. Puan Farazila Bt Hamzah (Perwakilan Kuala Lumpur)
6. Encik Mustafa Kamal Bin Dahari (Perwakilan Kuala Lumpur)
Empat (4) Anggota Lembaga Koperasi:-
1. Encik Mohd Azham Bin Abd Jabar
2. Tuan Haji Anwar Bin Kamirun
3. Tuan Haji Rahmat Bin Haji Ismail
4. Encik Shah Nizam Bin Ibrahim
Encik Wan Roslee Bin Wan Yusoff (Perwakilan Selangor)
Beliau menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Tuan Haji Azahari Bin Jais @ Hj Mohd Dahlan
(Perwakilan Kuala Lumpur)
Ketetapan
Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan ini.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 142

AGENDA 3
Untuk Mengesahkan Arahan Tertentu Bagi Mesyuarat Agung Dan Melantik Lima (5) Orang
Anggota Untuk Jawatankuasa Arahan Tertentu.
Puan Shamsinar Binti Bahari (Perwakilan Bank Simpanan Nasional)
Beliau mencadangkan anggota-anggota arahan tertentu bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan
Kali ke–43 adalah seperti berikut:

1. Puan Shahidah Binti Abd. Wahid (Perwakilan Selangor)
2. Encik Mohd Azmi Bin Azizan (Perwakilan Kedah)
3. Encik Wan Zulkifli Bin Wan Musa (Perwakilan Terengganu)
4. Encik Wan Zawawi Bin Wan Hassan (Perwakilan Kuala Lumpur)
5. Encik Zulhisam Bin Wahid (Perwakilan Bank Simpanan Nasional)
Encik Mohd Yatim Bin Mohd Ibrahim (Perwakilan Johor)
Beliau menyokong cadangan Puan Shamsinar Binti Bahari (Perwakilan Bank Simpanan Nasional)
perlantikan lima (5) orang anggota dan arahan tertentu bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan
ke-43.
Ketetapan
Arahan Tertentu bagi Mesyuarat Agung ini dan perlantikan lima (5) orang anggota sebagai
Jawatankuasa Arahan Tertentu diterima dengan sebulat suara oleh mesyuarat.
Pengerusi Mesyuarat meminta Anggota Arahan Tertentu yang baru dilantik supaya melantik
Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Arahan Tertentu.
Jawatankuasa Arahan Tertentu telah melantik Puan Shahidah Binti Abd.Wahid (Perwakilan Selangor)
sebagai Pengerusi dan Encik Mohd Azmi Bin Azizan (Perwakilan Kedah) sebagai Setiusaha.
Ketetapan
Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan ini.
AGENDA 4
Untuk Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke–42 Yang Telah Diadakan
Pada 24 Jun 2019 Di Rafflesia Ballroom 1, Promenade Hotel Kota Kinabalu, No. 4, Lorong
Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Setiausaha telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke–42 kepada semua
Perwakilan yang telah diadakan pada 24 Jun 2019 di Rafflesia Ballroom 1, Promenade Hotel Kota
Kinabalu, No. 4, Lorong Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Mohon rujuk di muka surat 150
hingga 166 dalam Buku Laporan Tahunan 2019.
Encik Moksan Bin Dompok (Perwakilan Sabah)
Beliau mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke–42 kepada semua Perwakilan
yang telah diadakan pada 24 Jun 2019 di Rafflesia Ballroom 1, Promenade Hotel Kota Kinabalu, No.
4, Lorong Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah diterima dan disahkan.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 143

Encik Rasdi Ahmad Bin Mohamad (Perwakilan Sarawak)
Beliau menyokong Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke–42 kepada semua Perwakilan
yang telah diadakan pada 24 Jun 2019 di Rafflesia Ballroom 1, Promenade Hotel Kota Kinabalu, No.
4, Lorong Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Ketetapan
Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan ini.
AGENDA 5
Untuk Menerima Dan Meluluskan Laporan Anggota Lembaga Dan Akaun Audit Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2019.
Setiausaha memaklumkan bahawa Laporan Anggota Lembaga seperti di muka surat 23 hingga 26
dan turut menerangkan aktiviti-aktiviti dan jenis pembiayaan yang dijalankan oleh KOPONAS serta
untuk Akaun Audit bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 seperti di muka surat 23 hingga 26.
Encik Mohd Fikri Bin Yaacob (Perwakilan Kedah)
Beliau mencadangkan supaya mesyuarat hari ini meluluskan serentak Agenda 5 hingga Agenda 9.
Menurut beliau, pemberian dividen Modal Yuran, Modal Syer dan Hibah Simpanan Khas adalah yang
terbaik kepada semua anggota.
AGENDA 5
Untuk Menerima Dan Meluluskan Laporan Anggota Lembaga Dan Akaun Audit Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2019.
AGENDA 6
Untuk Meluluskan Syor Anggota Lembaga Bagi Pembahagian Keuntungan (Dividen) Ke Atas
Modal Yuran Sebanyak 8.60% (RM 2,834,469) Bagi Tahun 2019.
AGENDA 7
Untuk Meluluskan Syor Anggota Lembaga Bagi Pembahagian Keuntungan (Dividen) Ke atas
Modal Syer Sebanyak 10.00% (RM 193,370) Bagi Tahun 2019.
AGENDA 8
Untuk Meluluskan Syor Anggota Lembaga Bagi Pembahagian Keuntungan (Hibah) Ke atas
Simpanan Khas Sebanyak 6.00% (RM 183,141) Bagi Tahun 2019
AGENDA 9
Untuk Menerima Dan Meluluskan Bayaran Honorarium Sebanyak RM 144,000 Kepada
Anggota-Anggota Lembaga Bagi Tahun 2019.

LAPORAN TAHUNAN 2020 | 144


Click to View FlipBook Version