1.0 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
JUMLAH MURID SJKC JASIN LALANG : 199 ORANG
Ringkasan SJKC Jasin Lalang ● Tahun 1953, penubuhan SJKC Jasin Lalang. SJKC Jasin Lalang menumpang di bangunan SJKT, pentadbiran sekolah dipertanggungjawabkan kepada guru besar SJKT. ● Tahun 1957, bebas dan berdikari daripada SJKT, namun masih menggunakan bilik darjah SJKT dan mengadakan sesi kelas pada waktu petang. ● Tahun 1987, mendapat peruntukan daripada kerajaan berjumlah RM 10 ribu. Atas kerjasama,peruntukan digunakan untuk membina dua buah kelas tetapi kelas tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa. Maka, PIBG sekolah memberikan sumbangan untuk membina sebuah bilik darjah sebagai tambahan. ● Tahun 1990, disebabkan murid semakin berkurang, hanyalah 31 orang murid sahaja. Oleh itu, PIBG sekolah mengambil keputusan untuk memindahkan lokasi sekolah. Melalui kertas kerja bertujuan menyelamatkan dan mengembalikan kegemilangan SJKC Jasin Lalang yang bertemakan “Sebuah Kapal Buruk di Tengah Lautan”, seluruh anggota PIBG sekolah mendapat sumbangan daripada masyarakat luar. ● Bulan Mac 1990, jamuan ribuan orang telah diadakan setelah mendapat sumbangan daripada SJKC seluruh negeri Melaka. Sebanyak RM 30 ribu diperoleh pada ketika itu. Selepas itu, perihal pemindahan lokasi sekolah dilaksanakan. ● 1 April 1992, sekolah baharu mula beroperasi dan bilangan murid bertambah sehingga lebih kurang 70 orang, ● Tahun 1997, pembinaan dewan sekolah. Pelancaran konsep sekolah sara diri dan tidak lagi bergantung kepada sumbangan luar. ● Tahun 2012, bilangan guru bertambah sehingga 5 orang dengan bilangan murid sebanyak 160 orang. ● Tahun 2014, penyelesaian projek pembinaan bangunan dua tingkat. ● Tahun 2015, perasmian penggunaan bangunan baru. ● Tahun 2016, bilangan guru adalah 15 orang dan bilangan murid berjumlah 149 orang. ● Tahun 2017, terdapat penambahan satu kelas untuk tahun 1. Terdapat 7 kelas keseluruhannya. Bilangan guru adalah 17 orang dan bilangan murid berjumlah 154 orang. ● Kini, terdapat 8 kelas keseluruhannya dengan bilangan guru 18 orang dan bilangan murid berjumlah 163 orang.
1.0 PENGENALAN SJKC Jasin Lalang ditubuhkan pada tahun 1953, merupakan sekolah separa tajaan kerajaan. Sejak penubuhan sekolah, pentadbiran sekolah dipegang oleh guru besar SJKT secara sementara. Sehingga tahun 1957, SJKC Jasin Lalang bebas dan berdikari daripada SJKT. Disebabkan tiadanya bangunan sekolah, maka sekolah meminjam kelas daripada SJKT dan melaksanakan kelas sesi petang. Pada 10 Oktober 1986, Timbalan Menteri Pendidikan bersama Ahli Parlimen Negeri menjalankan lawatan mengejut ke sekolah. Setelah Timbalan Menteri Pendidikan menjalankan kajian lapangan dan menyedari kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah, beliau berjanji akan menyumbangkan RM 50 ribu untuk membina empat buah bilik darjah. Atas usaha gigih ahli parlimen, akhirnya pada hujung bulan Disember 1987, pihak sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM 10 ribu daripada kementerian. Peruntukan yang diperoleh telah digunakan untuk membina dua buah bilik darjah. Namun begitu, PIBG sekolah membuat keputusan untuk membina sebuah bilik darjah tambahan disebabkan kekurangan bilik darjah. Pada 10 Mac 1990, pihak sekolah berjaya mengadakan jamuan ribuan orang. Maka, PIBG sekolah mempunyai rancangan untuk memindahkan sekolah ke lokasi yang baharu. 2.0 KESULITAN YANG DIHADAPI Antara kesulitan yang dihadapi oleh SJKC Jasin Lalang ialah tanah sekolah dahulu merupakan tanah pinjam sewa oleh PIBG SJKT berkontrak tiga puluh tahun dan tarikh luput kontrak tersebut adalah pada tahun 1999. Nilai sewa untuk tanah tersebut hanyalah RM 1 yang merupakan nilai simbolik. Sehubungan itu, lokasi sekolah pada ketika itu sedalam 4.5 km masuk ke dalam kawasan ladang. Pada masa itu, sekolah juga sangat sukar diakses kerana tidak terdapat perkhidmatan pengangkutan awam. Atas sebab-sebab ini, murid-murid telah bertukar sekolah ke sekolah lain dan pada ketika itu, keseluruhan 31 orang murid di SJKC Jasin Lalang merupakan masyarakat setempat. Disebabkan tidak adanya perkhidmatan pengangkutan awam, sumber murid yang bakal diperoleh tidak akan sebanyak mana yang diharapkan. Selain itu, sekiranya sekolah dibina di lokasi asal, maka padang sekolah akan menjadi seperti luas sebuah gelanggang bola keranjang sahaja. Oleh itu, terdapat rungutan daripada SJKT. Tambahan pula, setelah sekolah dibina di lokasi asal, sekolah masih ibarat bergantung pada SJKT dan dianggap sukar untuk berkembang ke arah yang lebih maju lagi. Untuk tempoh jangka panjang, pembinaan sekolah di lokasi asal memperoleh lebih banyak keburukan berbanding manfaat.
Disebabkan kekurangan gerakan masyarakat setempat, maka sejak penubuhan sekolah sehingga sebelum memindahkan sekolah, sekolah juga tidak pernah mendapatkan dana daripada masyarakat luar bagi menambahkan kemudahan seperti kerusi meja murid, papan tulis serta kemudahan-kemudahan lain. Kesemua peralatan yang digunakan merupakan pinjaman daripada SJKT dan kesemua alat-alat teramatlah usang keadaannya. Yang perlu disebut di sini, sejak penubuhan sekolah selama tiga puluh tahun, kementerian tidak pernah memperuntukan alat-alat tersebut walaupun sebuah. Pada tahun 1988, setelah pihak sekolah gigih berjuang, akhirnya kementerian telah memperuntukkan 20 set kerusi meja kepada sekolah. Pada tahun 1989, ahli PIBG kembali bergiat dan akhirnya mendapat peruntukan daripada ahli parlimen sebanyak RM2 ribu bagi menambahkan almari, bahan bantu mengajar dan bahan bacaan untuk sekolah. Seperkara lagi, hostel dalam ladang telah mendapat bekalan elektrik pada dua puluh yang tahun. Namun, sekolah hanya mendapat bekalan elektrik pada 31 Disember 1987. Pada ketika itu, boleh dikatakan kesemua ibu bapa kepada murid di sekolah ini merupakan golongan yang miskin dengan pendapatan yang hanya sekadar cukup makan. Mungkin juga atas sebab ini, bilangan murid turut semakin berkurang. Meskipun demikian, ibu bapa murid agak menyetujui dan menyokong berkenaan perihal memindahkan lokasi sekolah ke tempat yang lain. Setelah perbincangan dilakukan dalam kalangan ahli PIBG, kesemuanya bersetuju bahawa pembangunan sekolah akan tersekat sekiranya terus kekal di lokasi yang terdahulu. Hanya dengan memindahkan sekolah ke tempat yang baharu, barulah sekolah dapat dikembangkan dan mengekalkan kewujudan SJKC Jasin Lalang. 3.0 SEKOLAH PADA MASA KINI Bulan Julai 1990, PIBG sekolah berjaya membeli sebidang tanah di KM15, Jalan Jasin, Melaka yang berharga RM 40 ribu. Keluasan sekolah kini ialah 2.81 ekar, terbina dua bangunan sekolah, mempunyai enam buah kelas, sebuah pejabat, sebuah dewan sekolah dan sebuah padang sekolah. Pada tahun 2011, sekolah membina sebuah perpustakaan dan sebuah bilik komputer.
4.0 SUMBER MURID Sumber murid untuk sekolah pada masa kini ialah murid yang berasal dari Ayer Merbau, Kampung Kongsai, Bemban dan Taman Maju. Kini, bilangan murid telah bertambah sehingga seratus tiga puluh orang. Dipercayai ketiga-tiga sebab di bawah merupakan sebab murid-murid dihantar ke sekolah ini 4.1 Lokasi Yang Bersesuaian Ibu bapa kepada murid dapat terus menghantar anak ke pintu sekolah. Selain itu, murid yang berjalan kaki ke sekolah juga hanya perlu mengambil masa kira-kira sepuluh minit. Maka, ibu bapa dapat menjimatkan banyak duit untuk perbelanjaan tambang kereta. Tambahan pula, murid juga dapat sampai ke pintu rumah selewat-lewatnya satu jam atau dua jam selepas tamatnya aktiviti di sekolah. Sebelum ini, murid-murid yang terlibat dalam aktiviti selepas sesi persekolahan hanya akan tiba di pintu rumah pada pukul lima petang atau enam petang. Keseluruhannya, lokasi sekolah yang baharu bukan sahaja menjimatkan wang malah menjimatkan masa ibu bapa. 4.2 Peralihan Kerja Yang Kecil Dalam Kalangan Ibu Bapa Di lokasi sekolah yang baharu, kebanyakan ibu bapa terdiri daripada pemilik kebun. Mereka telah mempunyai tanah milik sendiri dan rumah milik sendiri. Sehubungan itu, sebahagian kecil daripada ibu bapa merupakan penoreh getah, ahli perniagaan dan ahli professional. Maka, peluang peralihan adalah teramat kecil dan sumber saraan dalam kalangan murid adalah tetap serta mempunyai masa hadapan yang cerah. 4.3 Prestasi Akademik Yang Cemerlang Prestasi akademik sekolah untuk tahun-tahun yang lepas agak memuaskan. Untuk peperiksaan awam pada tahun 1989, peratus kelulusan sekolah ialah 87.5 peratus, menduduki tempat keenam di seluruh negeri Melaka. Pada tahun 2006, lima orang daripada dua puluh empat orang mendapat keputusan cemerlang 7A termasuklah murid kaum Melayu. Dengan prestasi sekolah yang sebegini baik, maka patutlah ibu bapa menghantar murid untuk menuntut ilmu di sekolah ini. 5.0 HARAPAN Ayer Merbau semakin berkembang pesat. Kini, terdapat beberapa projek perumahan dan perniagaan sedang dibangunkan. Selain itu, terdapat beberapa rancangan pembangunan yang masih dalam permohonan. Sekiranya semua rancangan dilancarkan dengan jayanya, maka akan muncul beberapa ribu buah rumah di sini. Oleh itu, bilangan murid di sekolah pasti akan bertambah. Pihak sekolah berharap dapat menyediakan suasana yang kondusif untuk golongan muda setempat.
6.0 KESIMPULAN Dengan adanya sokongan dan dana daripada masyarakat, ditambah dengan gerakan serta sebaran daripada pemberita, SJKC Jasin Lalang semestinya dapat dikembangkan. Sekolah yang telah dilupakan hampir tiga puluh tahun ini, kini telah disuntik semangat baharu dan nyawa baharu sehingga boleh terus wujud dan berkembang. Sebuah Kapal Buruk di Tengah Lautan telah berubah menjadi sebuah kapal layar yang bakal berlayar jauh. Namun, segala-galanya ini menjadi benar bukan hanya memerlukan ketekadan dan kegigihan daripada semua pihak, malah sokongan daripada semua pihak juga memainkan peranan yang penting. GURU BESAR S.R.J.K. (C) JASIN LALANG 1957 – 1986 ONG BOON PIN 1986 – 1987 FANG HONG MOH 1987 – 1994 YANG CHING LIAN 1994 – 1997 GAN PENG WAH ( PJK ) 1997 – 1998 NG NAI TAK 1998 – 2002 HO BENG SIN 2002 – 2007 POCK CHEU CHAIN 2007 – 2008 CHIEW HONG LAN 2008 – 2014 KUAN MAY PENG 2014 – 2019 HO SIEW LENG 2019 – 2021 TEH CHOON BEE 2021 – Kini LOO YAN LEE
PENGERUSI LPS SJK (C) JASIN LALANG 1991 – 1993 CHONG THONG PJK 1993 – 1994 TAN YOKE MENG 1994 – 1996 CHIO AH AKIAU 1996 - Kini YB. CHONG TAM ON BCM PENGERUSI PIBG SJK (C) JASIN LALANG 1973 – 1983 CHONG THONG PJK 1983 – 1994 LOH RONG GUI 1994 – 1996 TAN LEE DUI 1996 – 1999 CHUNLAI HOCK 1999 – Kini CHONG HAI KIAN
PERISTIWA- PERISTIWA YANG PENTING 1 Menteri Pelajaran Malaysia Yun Shi Jing membuat kunjungan mengejut ke sekolah ini. 31.10.1986 2 Pembentukan Jawatankuasa penubuhan bangunan sekolah. 2.1.1990 3 Jamuan ribuan orang julung kali diadakan. 10.3.1990 4 Penjualan baucar pertolongan. 1.9.1990 5 Konsert pengumpulan dana penubuhan bangunan sekolah 25.9.1990 6 Timbalan Menteri Pelajaran berkunjung ke sekolah. 4.5.1991 7 Majlis perasmian pecah tanah oleh Timbalan Menteri Pelajaran. 22.9.1991 8 Pepindahan sekolah ( Hari Ulang Tahun Sekolah ) 1.4.1992 9 Hari Sukan kali pertama 15..10.1992 10 Majlis ribuan orang Jasin Lalang 16.6.1993 11 Majlis perasmian dewan oleh Menteri Besar Melaka. 15.10.1997 12 Majlis perasmian dan pembukaan makmal komputer dan perpustakaan oleh Pengerusi MCA. 15.2.2011 13 Penyelesaian projek pembinaan bangunan dua tingkat. 2014 14 Perasmian penggunaan bangunan baru 2015
SENARAI NAMA GURU SJK(C) JASIN LALANG 2024 BIL NAMA 姓名 JAWATAN GRED OPSYEN 1 PN LOO YAN LEE 罗燕俪校长 GURU BESAR DG48 PC 2 EN TEH YEONG YONG 郑勇庸副校长 GPK PENTADBIRAN DG44 MT/BI 3 PN SOON LI FANG 孙丽芳副校长 GPK HEM DG48 PC/MT 4 CIK TAN HUI ER 陈会儿副校长 GPK KOKURIKULUM DG41 SN/PJ/BC 5 PN NUR LYDIA MA BT ABDULLAH @ Ma Mooi Cheng 马梅青师 GURU AKADEMIK DG48 PC 6 PN ZURAINE AZLEN BINTI ZAINAL ABIDIN 竺徕兒师 GURU AKADEMIK DG44 BM/KH/KT 7 PN SUHAILY BINTI ARSHAD 苏亥丽师 GURU PENDIDIKAN ISLAM DG44 PI 8 PN ONG KEK LUAI 王克蕊师 GURU AKADEMIK DG44 PC 9 PN LOH WEI LAN 罗薇兰师 GURU PEMULIHAN DG44 PEMULIHAN 10 PN MAGDALENE A/P LUIS 莫丹棱师 GURU AKADEMIK DG41 BI 11 EN ZULHILMI BIN NOH 竺禾冞师 GURU AKADEMIK DG41 BM 12 EN YONG KWONG LEONG 杨光荣师 GURU AKADEMIK DG41 BC/PJ 13 PN LEE YI QI 李艺棋师 GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA DG41 SN/BC 14 EN CHENG QING RUI 郑庆锐师 GURU AKADEMIK DG41 SC/PC/PM 15 EN NG ZI CONG 黄子聪师 GURU AKADEMIK DG41 PJ/BC/PK 16 PN HO SOO JIN 何淑晶师 GURU AKADEMIK DG41 RBT/BC 17 CIK THAM CHI YING 谭琪颖师 GURU AKADEMIK DG41 PSV/BC
GURU SJKC JASIN LALANG BARISAN PENTADBIR SJKC JASIN LALANG
2.0 PENGANJURAN DAN PENYERTAAN PROGRAM BERUNSURKAN PERPADUAN
2.1 KURIKULUM Program Amali Sembelihan Tahun 6 Program amali sembelihan ini melibatkan murid beragama Islam dari Tahun 6. Antara objektif utama Kursus Sembelihan ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang kaedah penyembelihan ayam yang menepati syarak. Selain itu juga dapat mempelajari kemahiran mengendalikan ayam dan membersihkan bulu serta memotong ayam dengan cara yang betul. Seterusnya, murid-murid dan guru-guru bergotong-royong menyiapkan juadah makanan hasil sembelihan yang telah dilakukan. Muridmurid Tahun 6 bukan Islam juga dijemput untuk menikmati makanan Melayu yang disediakan bersama-sama.
Program Khatam Al-Quran dan Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan dan Khatam Al-Quran disertai oleh semua murid beragama Islam dari Tahun Satu hingga ke Tahun 6. Walaupun program ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam, semua warga sekolah telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramdhan serta memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.
2.2 HAL EHWAL MURID Rancangan Makanan Tambahan Murid-murid makan bersama-sama di kantin tanpa kira kaum untuk membentuk warga yang saling bertoleransi, hormat-menghormati dan bertanggungjawab.
Pelantikan Murid Berjawatan Murid berjawatan terdiri daripada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Murid berjawatan ini dilantik berdasarkan kebolehan dan jati diri mereka. Pemilihan dijalankan dengan telus tanpa melihat perbezaan latar belakang agama, bangsa mahupun budaya.
Pelancaran Program Sayangi Buku Teks Tujuan aktiviti ini adalah murid-murid dapat mengetahui kepentingan dan cara-cara penjagaan buku teks yang berkesan dan melahirkan insan yang bersyukur dan menghargai nikmat yang telah diberikan.
Ceramah Disiplin Program ini adalah untuk - Memperbaiki penampilan dan kekemasan diri ketika berada di dalam dan luar sekolah. - Membina rasa hormat dan perpaduan dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan sekolah. - Memperbaiki sikap dan disiplin murid dan menjadi seorang yang berwawasan dan berakhlak mulia.
Perhimpunan Sekolah Perhimpunan rasmi mingguan dijalankan pada setiap hari Isnin. Semasa perhimpunan, Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah akan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh semua guru dan murid. Guru akan memastikan dan sentiasa mengingatkan murid untuk berdiri tegak semasa menyanyikan lagu ini bagi menunjukkan rasa hormat kepada negara. Menyedari kepentingan Rukun Negara sebagai suatu ideologi untuk menyeragamkan fahaman dalam kalangan pelbagai kelompok etnik bagi membentuk perpaduan yang kukuh, Rukun Negara turut dilafazkan semasa perhimpunan. Bacaan ini akan dipimpin oleh pengawas yang bertugas. Perhimpunan sekolah juga dikendalikan oleh murid sendiri. Semua murid berjawatan tanpa mengira latar belakang berpeluang untuk mengacarakan perhimpunan rasmi ini.
Sudut Perayaan di Kawasan Sekolah Pihak sekolah sentiasa meraikan setiap perayaan utama yang disambut oleh warga sekolah ini. Sudut Perayaan dihias dengan hiasan perayaan. Murid diberi peluang untuk sama-sama menyumbang dalam keceriaan sudut perayaan ini tanpa mengira agama dan bangsa.
2.3 KOKURIKULUM 2.3.1 PERINGKAT SEKOLAH Kejohanan Merentas Desa Merentas Desa pada setiap tahun adalah wajib dijalankan pada semua sekolah. Tujuan aktiviti kokurikulum ini dijalankan adalah untuk menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat dalam kalangan murid-murid, guruguru dan juga ibu bapa supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang utuh di samping dapat mengeratkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi. Muridmurid saling memberi sokongan dan galakan supaya sampai garisan penamat bersama-sama.
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah merupakan program bagi memberi peluang murid-murid SJKC Jasin Lalang menyertai dan mempamerkan bakat dan kebolehan dalam bidang sukan. Sehubungan itu, sukan adalah medium untuk memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Sukan juga dapat mengeratkan hubungan muhibah dan menerapkan rasa saling hormat dalam kalangan peserta.
Sambutan Bulan Kebangsaan Sambutan Bulan Kebangsaan merupakan program penting yang mesti disambut oleh warga sekolah pada setiap tahun. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga sekolah.
Penglibatan murid yang aktif dalam Pertandingan Mereka Kad Bulan Kebangsaan.
Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Program perkhemahan ini merupakan satu program yang menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan fizikal dan mental, menguasai kemahiran di luar bilik darjah serta memupuk semangat perpaduan dikalangan ahli-ahli persatuan unit beruniform sekolah.
2.3.2 PERINGKAT DAERAH Kejohanan Sukan Tahunan SK Air Merbau SJKC Jasin Lalang menerima jemputan daripada SK Air Merbau untuk menyertai Kejohanan Sukan Tahunan di sekolahnya. Seramai 8 orang murid menyertai acara berlari 200m. SJKT Jasin Lalang turut serta dalam acara tersebut. Kejohanan Bola Sepak MSSN Melaka SJKC Jasin Lalang merupakan satu-satunya SJK Daerah Jasin yang menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSNM. Pasukan SJKC Jasin Lalang mendapat pujian daripada pelbagai pihak kerana ahli pasukannya yang terdiri daripada tiga kaum yang berbeza menunjukkan perpaduan Malaysia. Pertandingan e-Hafazan SHARIFAH SUMAYYAH (1J)mendapat saguhati.
Majlis Sambutan Keluarga Malaysia Teguh Bersama di SJKT Jasin Majlis Pesta Ponggal Perpaduan di SJKT Jasin Hari Terbuka PPD Jasin
2.3.3 PERINGKAT NEGERI Pertandingan Nyanyian Duet Lagu Irama Malaysia Peringkat Negeri Melaka Murid kaum Melayu, Nur Balqis Adriana dan murid kaum Cina Guan Chee Siong. Pertandingan Show Your Talent BSN SJKC Jasin Lalang mendapat tempat keempat dalam pertandingan ini. Pertandingan ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang tarian berbilang kaum di negara kita. Ini sekaligus dapat membantu dalam melahirkan masyarakat yang menghargai warisan negara.
Temasya Bahasa Melayu: Bicara Berirama Seramai 21 orang murid tahap dua yang terdiri daripada pelbagai kaum dipilih untuk menyertai pertandingan ini. Murid-murid memberi kerjasama dan komitmen kepada guru bertugas agar mencapai kejayaan bersamasama. WSSA 2023 Melaka Historical City Sport Stacking Challenge Sempena Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah, SJKC Jasin Lalang mengiringi murid menyertai Sport Stacking Challenge. Program ini disertai oleh banyak sekolah rendah Melaka. Program ini bukan sahaja memeriahkan Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah, malah dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
2.3.4 PERINGKAT KEBANGSAAN Pertandingan Pidato Rukun Negara MBW International Taekwondo Championship SJKC Jasin Lalang memberi sokongan penuh kepada AHMAD BUKHARI BIN MOHAMAD YUSRI untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur. Murid berpeluang untuk berkomunikasi dengan peserta dari negara yang berlainan.
3.0 PEMBUDAYAAN PERPADUAN / IDENTITI NASIONAL DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH
3.1 Program Penyayang Sekolah A. Ziarah Cakna Murid Kurang Berkemampuan Perpaduan dapat diwujudkan dalam Program Guru Penyayang ini melalui sumbangan kepada murid yang kurang berkemampuan. Guru-guru di sekolah ini sentiasa prihatin dan bermurah hati memberikan sumbangan tanpa mengira bangsa dan agama. B. Ziarah Cakna Murid Sakit Guru penyayang dapat membudayakan sikap kasih sayang dan kesamaan antara kaum melalui ziarah cakna murid OKU.
C. Ziarah Cakna Murid Masalah Pembelajaran Guru berbincang dengan ibu bapa tentang masalah murid tanpa tanpa mengira bangsa dan agama.
D. Program Jom Ke Sekolah Guru-guru dan Pegawai Perhubungan Sekolah mengalu-alukan murid datang ke sekolah pada hari persekolahan pertama. Guru-guru dan murid-murid memberi salam antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.
E. Sambutan kehadiran Murid Tahun 1 ke sekolah pada hari pertama persekolahan Pemberian kotak pensel warna kepada semua murid tahun 1 tanpa mengira kaum dan bangsa. Aktiviti ini dijalankan setiap tahun bagi menggalakkan murid seronok datang sekolah kerana diri mereka disayangi dan dihargai.
F. Program Sambutan Hari Jadi Warga Sekolah Guru-guru dan murid-murid bersama-sama menyambut hari jadi warga sekolah tanpa mengira bangsa dan agama.
3.2 Sambutan Perayaan Pelbagai Kaum Kepelbagaian agama dan kaum di sekolah ini menjadikan sekolah ini sangat unik. Oleh itu, pihak sekolah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengukuhkan kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai kaum dalam kalangan murid. i. Sambutan Tahun Baru Cina Sempena sambutan Tahun Baru Cina, pihak sekolah telah menjalankan beberapa pertandingan. Pertandingan seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran murid-murid yang berlainan kaum terhadap keunikan seni kaligrafi Cina, malah dapat mencungkil bakat berpotensi dalam bidang seni kaligrafi yang amat berharga di zaman moden ini. Justeru, pihak sekolah telah menjemput ahli PIBG, ahli LPS, pegawai PPD Jasin serta ibu bapa untuk bersama-sama meraikan sambutan Tahun Baru Cina di sekolah.
ii. Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu sambutan perayaan yang wajib disambut setiap tahun di sekolah ini. Walaupun kebanyakan murid bukan beragama Islam, pihak sekolah tetap terbuka untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama di sekolah.
iii. Pesta Tanglung Sambutan Pesta Tanglung merupakan suatu perayaan kebudayaan yang penting bagi kaum Cina. Pada setiap tahun bulan Ogos 15hb Kalender Lunar, pihak sekolah menjalankan sambutan Pesta Tanglung di sekolah. Dengan adanya program ini, hubungan warga sekolah yang berbeza kaum dapat dieratkan di samping mengembangkan warisan kebudayaan Malaysia.
3.3 Murid Sihat dan Ceria Ceramah kesihatan boleh memberi maklumat berkaitan kesihatan dan cara-cara penjagaan kesihatan yang baik kepada murid-murid. Murid-murid sihat dan ceria dapat melahirkan suasana sekolah yang ceria dan selamat.
3.4 Hari Kanak-kanak Semua warga sekolah melawat ke Taman Rama-rama untuk sambutan Hari kanak-kanak. Ini memberi peluang kepada murid-murid menambah ilmu pengetahuan. Murid-murid berbilang kaum terlibat dalam program ini.
3.5 Program Hari Minum Air Kosong Semua warga sekolah berbilang kaum bersama-sama minum air kosong untuk menjaga kesihatan sendiri. Pegawai Perhubungan sekolah dan ahli PIBG bersama meriahkan program ini.
4.0 JARINGAN DAN JALINAN DENGAN PIHAK LUAR SEKOLAH
4.1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan hasil kerjasama antara pihak sekolah dengan PIBG. Antaranya termasuklah, 4.1.1 Sambutan Hari Gu ru Sambutan Hari Guru telah disambut dengan meriah AJK PIBG. Hubungan yang erat di antara pihak ibu bapa dan guru mencerminkan jalinan yang kukuh di antara dua pihak.
4.1.2 Gotong-royong Guru-guru, murid-murid dan AJK PIBG bekerjasama menyumbang tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan aktiviti ini.
4.2 Pegawai Perhubungan Sekolah Peranan utama PPS adalah menjadi perantara antara PDRM dengan pihak sekolah serta pelajar untuk memberi kesedaran mengenai pencegahan jenayah.
4.3 Syarikat Nestle-Minuman Milo Murid-murid amat berterima kasih kepada pihak Syarikat Nestle memberi minuman Milo secara percuma. Murid-murid bersama-sama menikmati minuman Milo dengan suasana yang meriah.
4.4 Jabatan Bomba Jasin Pihak bomba memberi latihan kecemasan kebakaran kepada semua warga sekolah. Murid-murid dapat peka terhadap keselamatan diri dan langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Seterusnya dapat memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang prosedur menyelamatkan diri dan orang lain tanpa mengira bangsa dan agama.