The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahyongteh, 2024-05-23 02:17:20

PROFIL IMPAK PERPADUAN SJKC JASIN LALANG (final)

PROFIL IMPAK PERPADUAN SJKC JASIN LALANG

4.5 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM SJKC Jasin Lalang menjalin kolaborasi bersama UTHM dalam mengadakan Program Amalan Gaya Hidup Sihat, Ciri Generasi Sejahtera yang berlangsung selama dua hari di SJKC Jasin Lalang. Kolaborasi antara universiti dan sekolah berupaya meningkatkan kemahiran insaniah, kemahiran komunikasi di samping menyuntik semangat murid untuk belajar bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.


4.6 Persatuan LLG Cultural Development Centre PIBG SJKC Jasin Lalang bekerjsama dengan Persatuan LLG untuk menganjurkan Jamuan Amal Tahun Baru Cina. Jamuan mendapat sambutan hangat dan serarmai 500 orang tetamu hadir. Dana sebanyak 80 ribu berjaya dikumpulkan untuk menaik tarafkan kemudahan ICT dalam kelas.


4.7 Persatuan Ya Xin SJKC Jasin Lalang menjalinkan hubungan baik dengan Persatuan Ya Xin untuk menganjurkan Pesta Tanglung Malam secara besar-besaran di sekolah. Sehubungan itu, keuntungan daripada Pesta Tanglung disumbangkan kepada pihak sekolah sebagai dana perkembangan sekolah.


4.8 JALINAN DENGAN YB ALLEX SEAH SHOO CHIN DAN JPN


5.0 IMPAK DAN PENCAPAIAN HASIL AMALAN TERBAIK PERPADUAN


i. Meningkatkan Kefahaman terhadap Kepelbagaian Pelajar yang didedahkan kepada program perpaduan belajar untuk memahami dan menghargai kepelbagaian budaya, agama, dan etnik rakan-rakan mereka. Ini mengurangkan prasangka dan stereotaip yang negatif.


ii. Menggalakkan Toleransi dan Empati Aktiviti seperti perbincangan kumpulan, projek kolaboratif, dan aktiviti sukarelawan menggalakkan pelajar untuk lebih toleran dan empati terhadap orang lain, yang membantu membina hubungan yang lebih baik.


iii. Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran yang Positif Dengan adanya program pendidikan yang menekankan pentingnya perpaduan dan penghormatan, kejadian buli dan diskriminasi di sekolah dapat dikurangkan. Ini mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan positif.


iv. Meningkatkan Prestasi Akademik Persekitaran sekolah yang harmonis menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik. Pelajar lebih bersemangat dan berasa selesa untuk belajar dalam suasana yang bebas daripada konflik.


v. Membentuk Nilai Positif Melalui program perpaduan, pelajar membentuk nilai-nilai positif seperti kerjasama, kejujuran, dan tanggungjawab. Ini merupakan nilai penting untuk mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab.


vi. Memupuk Kesedaran Sivik Aktiviti seperti kerja sukarela dan program komuniti bersama dapat memupuk kesedaran sivik dan tanggungjawab sosial. Ini membawa kepada masyarakat yang lebih prihatin dan sedia membantu satu sama lain.


vii. Membina Identiti Nasional yang Kuat Amalan perpaduan membantu dalam membina identiti nasional yang kuat di mana setiap pelajar berasa bangga dan bersemangat terhadap negara. Ini juga meningkatkan patriotisme dan rasa kepunyaan dalam kalangan pelajar.


6.0 INOVASI DALAM PEMBUDAYAAN PERPADUAN


6.1 Nama Inovasi Inovasi ini dinamakan sebagai PROJECT CFF (CHESS: FUN AND FRIENDS) mengambil idea daripada BFF. Projek ini dilaksanakan untuk menyebar luas nilai perpaduan dalam kalangan warga sekolah dan komuniti melalui permainan catur. 6.2 Ketua Projek, Ahli Kumpulan dan Institusi Penasihat: Puan Loo Yan Lee Pengerusi: Encik Teh Yeong Yong Naib Pengerusi: Puan Soon Li Fang, Cik Tan Hui Er Setiausaha: Puan Ong Kek Luai Ahli Jawatankuasa: Semua guru 6.3 Objektif a. Sebagai platform untuk warga sekolah dan komuniti dari pelbagai latar belakang budaya berinteraksi. b. Menggalakkan kehadiran murid-murid ke sekolah. c. Memupuk semangat persaingan yang adil dan semangat kesukanan. d. Membantu dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan keupayaan ekspresi. e. Membina hubungan dan persahabatan yang lebih erat antara satu sama lain. f. Meningkatkan kesepaduan dan keharmonian dalam komuniti. 6.4 Sasaran a. Semua warga sekolah : 17 orang guru dan 199 orang murid b. Komuniti


6.5 PROJECT “CFF” (CHESS: FUN AND FRIENDS)


6.6 PELANCARAN PROJECT “CFF” (CHESS: FUN AND FRIENDS) SOKONGAN PENGERUSI PIBG SJKC JASIN LALANG TERHADAP PROJECT “CFF” (CHESS: FUN AND FRIENDS)


6.7 PELAKSANAAN PROJECT “CFF” (CHESS: FUN AND FRIENDS) Murid-murid bermain catur pada waktu pagi, waktu rehat dan waktu bersurai. Murid-murid bermain dengan rakan-rakan tanpa mengira kaum ataupun kelas. Mereka bermain dengan gembiranya.


6.8 PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN a. KEJOHANAN CATUR MSSD JASIN


b. KEJOHANAN CATUR PIALA YDP PIBG SK CHABAU


6.9 PENGANJURAN KEJOHANAN CATUR PIALA ALEX SEAH SJKC Jasin Lalang telah menganjurkan Kejohanan Catur Piala Alex Seah Peringkat Melaka. Kejohanan ini disertai oleh 41 buah sekolah rendah di Melaka yang merangkumi SK, SJKC dan SJKT. Seramai 167 orang peserta yang berbilang kaum telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat, bahkan juga mewujudkan hubungan silaturahim antara sekolah.


6.10 KEBERKESANAN PROJECT “CFF” (CHESS: FUN AND FRIENDS) SJKC Jasin Lalang menghantar lapan orang murid sebagai wakil sekolah untuk menyertai kejohanan catur. Pada waktu rehat, murid SJKC Jasin Lalang bermain catur dengan murid-murid SK serta SJKT. Mereka berkongsi pengalaman dan saling belajar. Jayson Lew Jia Soon mendapat tempat ke-9 dalam kategori L12. Foo Yolanda mendapat tempat ke-10 dalam kategori P12. Sebanyak empat orang murid mewakili daerah Jasin menyertai Kejohanan Catur MSSN Melaka.


SJKC Jasin Lalang mencapai kecemerlangan dalam kategori kumpulan, tempat kedua untuk kategori Perempuan dan tempat keempat untuk kategori lelaki. Hal ini menunjukkan semangat berpasukan antara murid-murid.


Click to View FlipBook Version