FAKTOR
PENGELUARAN
• Nama: Chong Yi Ling
• Tingkatan: 4 Orange
• Mata pelajaran:Ekonomi
FAKTOR PENGELUARAN
MAKSUD
üFaktor pengeluaran ialah sumber ekonomi yang diperlukan
untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Usahawan
Buruh Faktor Tanah
Pengeluaran
Modal
TANAH
• Sumber anugerah alam semula jadi dan
penawarannya adalah terhad.
• Merangkumi sumber yang boleh diperbaharui
dan sumber yang tidak boleh diperbahrui sama
ada di permukaan bumi atau di dalam perut
bumi.
• Tidak mempunyai mobiliti tempat iaitu tidak
boleh bergerak tetapi mempunyai mobiliti
kegunaan iaitu boleh digunakan untuk pelbagai
tujuan.
• Ganjaran-sewa
MODAL
• Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
• Sesetengah mempunyai mobiliti geografi yang
tinggi seperti peralatan yang mudah.my
dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain
seperti mesin.
• Manakala bangunan dan kilang pula adalah
tidak mempunyai mobiliti geografi yang tinggi.
• Ganjaran-faedah
BURUH
• Sumbangan tenaga manusia yang produktif dari segi fizikal
atau mental dalam proses pengeluaran.
• Terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir.
• Buruh mahir-tenaga buruh yang berpendidikan tinggi atau
memiliki kemahiran profesional tertentu seperti doktor.
• Buruh tidak mahir-tenaga buruh yang tidak memiliki
kemahiran profesional tertentu seperti pekebun.
• Memiliki mobiliti pekerjaan yang tinggi iaitu mudah bertukar
pekerjaan dan mobiliti geografi yang tinggi iaitu mudah
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
• Ganjaran-upah / gaji
• Bekerja dengan orang lain.
USAHAWAN
• Individu yang menggabungkan dan menyelaraskan
faktor pengeluaran yang lain untuk mengeluarkan barang
dan perkhidmatan.
• Bertujuan untuk mencapai pengeluaran ouput yang
maksimum atau meminimumkan kos pengeluaran untuk
memperoleh untung yang maksimum.
• Seorang individu yang kreatif, inovatif, berani
menghadapi risiko, rajin, gigih dan tidak mudah berputus
asa.
• Bekerja sendiri
• Ganjaran-untung
SEKIAN
TERIMA
KASIH