PROJEK
PENDIDIKAN MORAL
HARGAI
ALAM WARISAN KITA
TANAMAN HIDROPONIK
NAMA : JIVAN A/L MOGAN
KELAS : 2 NEKAD
NAMA GURU : PN.FATIMAH TAHIR
SEKOLAH : SM ST.DOMINIC
ISI KANDUNGAN
1.Penghargaan
2. Pengenalan Tugasan
3. Soalan Asas
Bagaimanakah cara anda menghargai
Alam Sekitar ?
* Alam Sekitar tanggungjawab bersama.
* Cara-cara menjaga Alam Sekitar.
4. Soalan Unit
Apakah peranan anda dalam mengekalkan
kelestarian hutan?
* Peranan masyarakat dalam
menyelamatkan Alam Sekitar.
5. Soalan Kandungan
1. Apakah 3 kepentingan pokok kepada
manusia.
* Kebaikan dan kepentingan pokok kepada
manusia.
* Langkah menjaga alam sekitar.
2. Senarikan dan nyatakan peranan Badan
Kerajaan dan Bukan Kerajaan yang
bertanggungjawab dalam melindungi hutan?
* Peranan badan bukan kerajaan { NGO }
dalam menangani masalah Alam Sekitar.
* Badan Bukan Kerajaan { NGO } yang
berkhidmat kepada massyarakat.
3. Berikan 3 contoh kegiatan pencerobohan
Hutan berdasarkan kes yang berlaku di
Malaysia.
* Contoh-contoh pencerobohan hutan di
Malaysia.
4. Nyatakan 5 kesan pencerobohan
hutan.
* Kesan-kesan pembalakan
terhadap Alam Sekitar.
* Kesan kegiatan penebangan
hutan terhadap tumbuh-tumbuhan
semulajadi dan hidupan liar.
5. Terangkan kaedah penanaman pokok
secara hidroponik.
* Sistem Water Culture
* Sistem Sumbu
6. Huraian 3 kepentingan penanaman
hidroponik dan kesannya kepada Alam Sekitar.
* Kepentingan penanaman
hidroponik dan kesanya kepada
Alam Sekitar.
7. Bagaimanakah amalan nilai oleh anda
boleh melindungi pokok di hutan?
* Amalan Nilai Murni dalam
melindungi pokok di hutan.
6. Diari
* Diari perancangan dan
pelaksanaan saya.
* Projek tanaman hidroponik
di rumah saya.
{ Teknik Hidroponik ‘ SUMBU ‘ .}
7. Rujukan
* Senarai Rujukan
* Koloborasi
PENGHARGAAN
Saya, JIVAN A/L MOGAN pelajar 2 NEKAD ingin mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Puan Pengetua, iaitu
Puan Wong Vui Hang dan guru pembimbing saya, iaitu Pn. Fatimah Tahir
kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar
cara-cara membuat Project Based Learning subjek Pendidikan Moral
mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak
data, maklumat dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian
dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kedua-dua ibu bapa saya yang turut membantu untuk menyiapkan projek
PBL ini. Tanpa sokongan mereka mungkin projek ini tidak dapat
dilaksanakan. Semoga kajian yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat
dan dorongan kepada pembaca berkenaan dengan tajuk kajian
yang dijalankan oleh saya, iaitu HARGAI ALAM WARISAN KITA
{ TANAMAN HIDROPONIK } .
2.PENGENALAN TUGASAN:
UNIT 9 : HARGAI ALAM WARISAN KITA (TANAMAN HIDROPONIK)
Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita tentangkegiatan
jenayah alam sekitar yang boleh disifatkan semakin meruncing.
Mungkin itu risiko dan cukai yang perlu dibayar jika ingin menjadi
negara yang maju. Namun,alam tidak boleh dikorbankan
sewenang-wenangnya. Kita tidak boleh mengamalkan sikap acuh tak
acuh dan mengambil mudah terhadap masalah pencemaran yang
terus berlaku.
Islam Hadhari mengariskan kepentingan alam sekitar sebagai salah
satu prinsip penting.Kerajaan akan mewujudkan kawasan tertentu untuk
terus dipelihara sebagai kawasan semulajadi dengan memperkenal
konsep ladang hutan demi menjamin kelangsungan alam. Penubuhan
satu kementerian khas untuk menjaga kepentingan alam sekitar dan
sumber alam.Malaysia telah menyertai Persidangan PBB bagi Alam
Sekitar dan Pembangunan (UNCED) di Brazil pada tahun 1993. Susulan
daripada ini, satu pelan bertindak telah dirangka dan dikenali sebagai
Agenda 21.Kita juga telah menandatangani Protokol Kyoto(1997) yang
berkaitan dengan pelepasan gas rumah hijau dan kesan perubahan
iklim dunia.
Peranan badan-badan bukan kerajaan(NGO) serta pihak swasta
boleh membantu melalui kempen-kempen kesedaran, penggunaan
teknologi mesra alam dan dana-dana yang disumbang ke arah
merealisasikan aspirasi negara menuju ke arah pembangunan lestari
tidak boleh dinafikan. Masyarakat hari ini berani tampil untuk
mengemukakan bantahan terbuka dan kritikan yang membina.
Komuniti masyarakat kita kini mampu bekerjasama dan menggembling
tenaga demi pemuliharaan alam sekitar.Peranan dan tanggungjawab
ibubapa dalam mendidik anak-anak supaya mempunyai satu sikap
yang sewajarnya dalam memulihara dan memelihara alam sekitar
menjadi asas yang penting.
Ibubapa harus menjadi contoh terbaik dalam memimpin keluarga.
Melenturbuluh biarlah dari rebungnya.Kesedaran untuk terus
memulihara dan memelihara alam sekitar harus bermula dari dalam diri
sendiri. Malaysia memiliki kepelbagaian biologi yang tidak ternilai
dengan wang ringgit. Justeru, usaha harus dipergiatkan untuk menjaga
amanah Tuhan yang sangat bermakna.
Marilah kita bersama-sama terus memainkan peranan
masing-masing sebagai warga yang bertanggungjawab untuk
memelihara dan memulihara alam kurniaan Tuhan. Mulakan langkah
pertama hari ini dengan menjaga alam di sekeliling kita agar menjadi
pemangkin ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alamyang lebih
berkesan di peringkat global dan glokal.
Dalam unit ini juga , saya telah mempelajari
Peranan masyarakat dalam melindungi alam sekitar
Langkah-langkah badan kerajaan dalam melindungi alam sekitar
Sumbangan badan bukan kerajaan untuk melindungi alam
sekiatar
Kesan aktiviti manusia terhadap keseimbagan alam sekitar
Mengekspresikan perasaan apabila melibatkan diri dalam aktiviti
melindungi alam sekitar
Mengamalkan tingkah laku kea rah melindungi alam sekitar
CARA MENGHARGAI ALAM SEKITAR
3.Soalan asas:
A. CARA MENGHARGAI ALAM SEKITAR
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting
untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar
merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya
memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap
satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain.
Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora
merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara
manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu
daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan
hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas
dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula
akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah
penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan
darat dan air terpelihara.
Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat
penting agar manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak
tercemar. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik
ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk
kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan
beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia
yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang
membawa mudarat kepada kita. Tanpa kemusnahan hutan, ia dapat
berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan
tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam
kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya
menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke
sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan
disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Oleh itu, kita perlu
menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat
untuk digunakan. Hidupan air juga akan mati sekitarnya hidup dalam air
yang tercemar.
Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan
kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini
tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini
akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, hutan
perlu dipelihara bagi mengelakkan suhu bumi meningkat dan
menyebabkan pemanasan global. Melalui persekitaran yang segar dan
nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah
tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan
tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan
menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan
terjamin.
Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara
alam semula jadi disekeliling kita. Usaha-usaha memupuk kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh
pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan
alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan
penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan
pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi
memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah
tanggungjawab bersama setiap generasi supaya pembangunan
lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam dapat diguna pakai
sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif.
4.Soalan unit :
B. PERANAN MASYARAKAT DALAM MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR
Sejak kebelakangan ini, isu mengenai alam sekitar sering
diperkatakan dan merupakan salah satu isu yang telah dipandang
serius sama ada dalam negara kita sendiri atau di seluruh
dunia.Pencemaran alam sekitar berlaku di seluruh dunia sama ada di
bandar-bandar besar negara sedang membangun atau
negara-negara yang canggih seperti Amerika Syarikat, China, dan
sebagainya.
Terdapat beberapa unsur yang meyebabkan berlakunya
pencemaran alam sekitar di negara kita secara berleluasa. Telah
dibuktikan bahawa sebanyak 91% pencemaran air di negara kita
dicemari najis, sama ada najis haiwan ataupun najis manusia
berdasarkan hasil kajian Jabatan Alam Sekitar.
Unsur-unsur lain yang meyebabkan pencemaran alam sekitar
termasuk baja dan bahan kumbahan yang digunakan secara kerap
dan besar-besaran dalam sector pertanian kerana ia mengandungi
galian terutamanya nitrat dan fosfat. Selain itu, kawasan pembinaan
dan kawasan perbandaran banyak menghasilkan kelodak dan
bahan-bahan berbentuk pepejal seperti tanah dan bahan buangan,
menyebabkan pencemaran akibat daripada hakisan tebing sungai.
Antara punca lain yang menyebabkan pencemaran alam sekitar
kita termasuk sisa buangan dan sisa toksid daripada kilang-kilang
semasa proses pengeluaran, pembasmian hutan semasa projek
pembangunan dijalankan dan pelbagai jenis pembangunan industri.
Pencemaran boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pencemaran
jangka pendek dan pencemaran jangka panjang.
Pencemaran jangka pendek selalunya boleh terjadi dalam jangka
masa yang singkat sahaja. Kebanyakan bahan pencemar selalunya
cepat tersebar dan boleh meliputi kawasan yang luas. Manakala
pencemaran jangka panjang lebih memerlukan perhatian yang khusus
kerana ia boleh member kesan yang besar kepada seluruh ekosistem
melalui rantaian hidupan walaupun ia berada pada tahap yang
rendah di negara ini.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah boleh member kesan
yang besar terhadap hidupan terutamanya haiwan yang menghuni
sesuatu ekosistem. Walaupun ia tidak akan tersebar dalam jangka masa
yang singkat. Sebagai contoh, pembiakan spesies katak terganggu, ia
berpunca daripada pencemaran dan keracunan yang berlaku
disebab oleh pencemaran jangka panjang. Sebahagian saintis khuatir
ia akhirnya akan member kesan kepada manusia sekiranya keadaan itu
berlaku secara berterusan.
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah
bekerjasama melakukan sesuatu untuk menyelamatkan alam sekitar
kita yang indah ini. Persoalannya hanya adakah kita sudah bersedia
dan sanggup lakukan atau tidak? Sampai ke tahap mana kita boleh
lakukan? Kita seharusnya sentiasa berfikir adakah sesuatu yang kita
lakukan itu wajar atau tidak wajar dan apakah kesannya kepada alam
sekitar kita. Sebagai contoh, kita boleh mendesak para pemaju dan
penjaja menjalankan kerja dan pembangunan mereka dengan
mengambil kira dan mempertimbangkan segala unsur-unsur yang
berkaitan dengan alam sekitar supaya tidak memusnahkan alam sekitar.
Misalnya, mendesak pemaju-pemaju menggunakan cara yang mesra
alam untuk menjalankan kerja mereka.
Sebagai individu masyarakat, kita boleh memilih supaya
menindas,tidak membeli rumah yang didirikan dalam kawasan hutan
atau lading yang mana pihak pemaju menerokai
hutan-hutan,menebang pokok untuk tujuan pembukaan kawasan
perumahan atau pembangunan. Hal ini kerana hanya kita sendiri yang
boleh memilih sama ada hendak menetap di kawasan yang selesa dan
selamat atau kawasan yang telah dicemarkan. Kini juga terdapat
banyak tapak perlancongan di negara kita tercemar dan ia memberi
impak yang besar kepada sector perlancongan.
Orang awam harus mengambil berat dan berusaha menjaga
kebersihan di dalam dan juga luar kawasan rumah mereka bagi
memastikan tempat kediaman kita ini selesa dan selamat
ditinggal.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita hendaklah
mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan alam
sekitar.kita haruslah mengamalkan sikap seperti tidak sesuks hati
membuang sampah ke dalam sungai,longkang,system perparitan
supaya tidak menyebabkan saliran tersumbat dan akhirnya membawa
masalah-masalah seperti banjir dan sebagainya yang akan mencemari
dan memusnahkan alam sekitar.
Selain itu,kita juga perlu melakukan penguatkuasaan yang
bersepadu dalam membanteras pembalakan haram.Sungai dan laut
akan tercemar dan alam sekitar juga musnah akibat daripada kegiatan
pembalakan haram yang dijalankan secara besar-besaran tanpa
menyedari kesan-kasan yang akan didatangi.Dapipada kerja
pembalakan haram tersebut,ia akan turut membawa kemusnahan
kepada kebanyakan habitat semulajadi ikan tawar.Selain itu, aktiviti
pembalakan juga memusnahkan habitat hutan dan seterusnya
membawa kepada masalah seperti banjir, peningkatan suhu
bumi,hakisan tanah dan sebagainya.
Perkara yang paling penting ialah sikap,pemikiran,kesedaran yang
berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan, kepentingan alam
sekitar ada pada penduduk dan nilai-nilai tersebut perlu dipupuk sejak
kecil lagi oleh masyarakat.Kesedaran masyarakat tentang kepentingan
menjaga alam sekitar amat penting kerana ia dapat menghalang kita
daripada melakukan perkara yang akan merosakkan alam
sekitar.Kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar membolehkan
kita menganggap ahklak kita di bumi ini adalah untuk menjaga alam
sekitar sebagaimana ia telah member pelbagai mamfaat kepada kita
selama ini.
Disamping itu,proses pembaikan dalam scenario pemuliharaan di
negara kita juga diperlukan.Kita harus memastikan mesaj yang jelas
mengenai apa-apa maklumat yang betul disampaikan kepada setiap
anggoya masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita
terjamin.Dengan kerjasama semua anggota masyarakatdalam
memainkan peranan masing-masing,hasil yang kita diharapkan dalam
menyelamatkan alam sekitar pasti akan tercapai.
5.Soalan kandungan :
5.1. KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN POKOK KEPADA MANUSIA.
Tumbuh-tumbuhan yang menghijau merupakan anugerah Tuhan
untuk dijaga dan dinikmati oleh manusia kerana disebalik pemberian
Tuhan ini adalah untuk kepentingan kehidupan manusia juga.
Apa yang akan terjadi jika tumbuh tumbuhan seperti pokok dan
sebagainya musnah ? Pasti banyak impak yang akan berlaku terhadap
kehidupan sebagai manusia bahkan haiwan juga akan turut
terjejas.Begitu besar kepentingan tumbuhan terhadap kehidupan
manusia dan hidupan lain.Tumbuh tumbuhan memainkan peranan
yang penting dalam memastikan hidupan lain dapat menikmati
kehidupan dengan lebih selesa.
Apakah peranan tumbuhan kepada hidupan lain ? Tumbuhan
seperti pokok mengeluarkan oksigen untuk sistem pernafasan manusia
dan haiwan .Kemusnahan alam sekitar seperti pembalakan haram,
pembakaran hutan dan penghapusan kawasan tadahan hujan
berskala besar mengakibatkan oksigen berkurangan dan karbon
dioksida semakin bertambah di udara
Selain itu , tumbuhan juga berfungsi sebagai melembapkan
suhu .Kesan daripada kekurangan tumbuhan di sesuatu kawasan
menyebabkan kawasan tersebut menjadi panas.Pokok atau hutan juga
menjadi pusat tadahan air hujan. Pokok pokok atau tumbuhan boleh
mengelakkan daripada kejadian banjir ,kerana akar pokok merupakan
seperti span yang menyerap dan menyimpan air hujan yang berlebihan.
Pokok juga menjadi habitat haiwan seperti monyet ,orang utan dan
sebagainya.
Bukan itu saja malah ,hutan juga menjadi sumber ekonomi kepada
negara seperti kayu balak yang menjadi sumber pendapatan negara
melalui sistem penebangan pokok terpilih atau sistem tebang dan
tanam semula .Oleh itu ,tumbuhan ini perlu dijaga agar dapat dinikmati
bersama dan diwariskan kepada generasi akan datang .
Selain itu, Pokok juga mempunyai kepentingan berikut :
i. menjimatkan sumber tenaga
Pokok-pokok besar akan bertindak dengan memberi teduhan
kepada bangunan dan objek yang berada di sekelilingnya
daripada cahaya matahari.
mengurangkan penggunaan alat penghawa dingin.
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
ii.mengurangkan pencemaran bunyi bising dan kelajuan angin
batang dan daun pokok boleh menyerap bunyi bising yang
terdapat di sekelilingnya.
menyerap bunyi bising daripada kenderaaan dan membentuk
sempada antara ruang pejalan kaki dan jalan raya.
mengurangkan impak hakisan angin kepada bangunan dengan
memperlahankan kelajuan angin.
iii. meredakan suhu setempat
proses transpirasi -meredakan suhu setempat- mengurangkan
kesan pulau haba di kawasan Bandar.
Air yang berada di permukaan daun disejat ke atmosfera-
menyingkirkan tenaga haba dari udara.
Sebatang pokok- memnebaskan sebanyak 1514 liter air setiap hari
melalui proses transpirasi.
Melindungi mata daripada silau akibat pantulan cahaya matahari
ke atas kaca bangunan, kereta, jalan raya...
iv. Melindungi hidupan liar dan diversiti tumbuhan
Menjadi tempat tinggal, makanan dan memberi perlindungan
kepada haiwan.
menjadi tempat persingggahan sementara bagi burung2.
Pelbagai spesis tumbuhan dapat dipelihara dan ini akan
menambahkan sifat semulajadi di kawasan tersebut.
v.melindungi sumber air dan menghalang hakisan tanah
pokok membantu menghalang hakisan tanah- meredakan
tujahan air hujan yang jatuh- akar pokok memegang tanah dan
menyerap nutrien berbahaya seperti fosforus, potasium, nitrogen
yang berlebihan.
Dengan ini, air bawah tanah yang terhasil tidak tercemar.
menyerap air- mengelakkan banjir.
mengurangkan kadar kelajuan air hujan- mengelakkan tanah
runtuh
vi.Sumber Perhutanan
Hutan membekalkan pelbagai sumber kayu dan bukan
kayu seperti Kayu Meranti , Kayu Bakau dan Mengkuang sumber
kayu ini digunakan untuk dijadikan papan, kayu api dan tikar
mengkuang dan kraftangan.
Hutan menghasilkan sumber yang berbeza-beza sebagai contoh
Hutan Paya Air Masin sesuai dengan tumbuhan Kayu Bakau, Hutan
Paya Air Tawar sesuai dengan tumbuhan Mengkuang dan Hutan
Hujan Tropika sesuai dengan Kayu Meranti.
vii. Ekopelancongan
Sumber tumbuhan semula jadi bersama hutan menggalakkan
aktiviti pelancongan kerana keindahan flora dan fauna sebagai
contoh negara Malaysia, ekopelancongan menghasilkan sumber
pendapatan penduduk setempat dan kerajaan.
viii. Sumber Perubatan
Perubatan moden dan perubatan tradisional.
PERANAN BADAN BUKAN KERAJAAN(NGO) DALAM MENANGANI
MASALAH ALAM SEKITAR.
5.2. PERANAN BADAN BUKAN KERAJAAN(NGO) DALAM MENANGANI
MASALAH ALAM SEKITAR.
Alam sekitar merupakan amanah tuhan kepada
hambanya.Sebagai khalifah di bumi ini kite wajib menjaga alam sekitar
daripada pencemaran dan kerosakan.Kita perlu mewariskan
persekitaran yang sihat kepada generasi akan datang.Oleh itu semua
pihak perlu berganding bahu untuk sama-sama memelihara alam
sekitar.Kerjaan telah mengambil langkah pemulihan dan pemeliharaan
hutan,mencipta peralatan mesra alam,mengadakan kempen-kempen
kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dan sebagainya.
Usaha kerajaan telah mendapat sokongan padu dari badan bukan
kerajaan(NGO).Antaranya Sahabat Alam Malaysia (SAM.Ia sebuah
badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1977.
Menyertai Friends of the Earth International (FOEI) sejak 1983. Perjuangan
SAM adalah untuk memelihara alam yang diamanahkan dan
dianugerahkan Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan dalam
pelbagai bentuk atas nama pembangunan, kemajuan dan
kemodenan serta membela hak masyarakat akar umbi yang terkesan
akibat-aktiviti ini.Usaha SAM sedikit sebanyak telah membela nasib
mereka yang tertindas akibat perlakuan pihak tidak bertanggungjawab
yang sering kali menggunakan alasan pembangunan,kemajuan dan
kemodenan tetapi tidak mengendahkan akibat perlakuan mereka
yang tidak mesra alam.Hal ini demikian kerana pihak terbabit hanya
mahu keuntungan semata-mata tanpa mengira kepentingan alam
sekitar.
Dalam mengembangkan wadah perjuangan alam sekitar ini, SAM
telah di beri penghargaan dengan penganugerahan Global 500,
Honour Roll 1978, Alternative Global Price 1988, Goldman Award 1991,
Conde Nast Travel Environmental Award 1998 dan The Right Liverhood
Award.Namun, dengan tidak merasa besar diri dengan anugerah ini,
keutamaan SAM kini dan selamanya hanya satu iaitu meneruskan
perjuangan dalam membina kesedaran kritikal masyarakat dan
kerajaan di semua peringkat terhadap tanggungjawab dalam
mengawal kegiatan manusia terhadap alam dengan mengembalikan
kewarasan kita dalam menguruskan sumber alam demi keharmonian
hidup dan untuk generasi masa depan.
Selain SAM,ada beberapa lagi badan-badan bukan kerajaan yang
turut memperjuangkan penjagaan alam sekitar.Word Wid Fune for
Nature(WWF) merupakan nadi kepada persatuan yang kuat
menegakkan keadilan tentang alam sekitar.WWF telah menyedarkan
orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.Antaranya
kepentingan sungai,hutan dan udara yang segar.NGO terbabit telah
menyuarakan pendapat tentang kepentingan penggunaan alatan
yang mesra alam.Misalnya peti sejuk bebas,pendingin udara bebas
CFC.Selain itu menyarankan pembangunan yangmesra alam seperti
menanam pokok-pokok di atas bumbung bangunan dan ruang-ruang
kosong.Tumbuh-tumbuhan penting untuk menyeimbagkan suhu di
sesuatu kawasan selain menjadi pelindung apabila belaku angin
kencang.
NGO berperanan membantu mereka yang di tindas oleh pihak
tertentu untuk menyuarakan pendapat mereka.Melalui NGO suara
keluhan rakyat akan di ketengahkan.Perkara tersebut akan di
bincangkan kepada pihak berwajib.Hal ini memudahkan pihak
berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang tidak
bertanggungjawab.Misalnya isu pembalakan haram di Cameron
Hihglands telah dapat di selesaikan melalui campur tangan pihak
NGO.Pihak bertanggungjawab telah dibicarakan dan akan dijatuhkan
hukuman setimpal.Kesimpulannya NGO berperanan bukan sahaja
kepada alam sekitar tetapi membantu golongan rakyat untuk
menunutut bela hak mereka terhadap alam sekitar.
NGO boleh bekerjasama dengan pihak media seperti mengadakan
kempen kesedaran,pameran-pameran mengenai pencemaran alam
dan sebagainya.Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan
juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam.Bahan-bahan
menarik seperti carta,poster dan keratan akhbar boleh di
pamerkan.Selain itu,pita video dan slid-slid yang berkenaan
pencemaran juga boleh di tayangkan.Pameran sebegini boleh
meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi
alam sekitar.
Kesimpulannya pembangunan pesat sesebuah Negara telah
mendatangkan impak negatif kepada alam sekitar.pengurusan yang
teratur mampu menyeimbangkan pembangunan dengan alam
sekitar.Persekitaran yang sihat akan melahirkan masyarakat yang sihat.
I.PERANAN AGENSI ALAM SEKITAR
a) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
Peranan:
Menjalankan program penghutanan semula
Mewartakan taman negara, hutan simpan, dan taman marin
Menjalankan rawatan silvikultur(kaedah menebang sekeliling anak
pokok yang berharga dan kaedah gelongan racun pada pangkal
pokok)
b) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
Peranan:
Memberi pendidikan pemeliharaan hutan
Melindungi taman-taman negara dan hidupan liar
c) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Peranan:
Membuat penyelidikan dan pembangunan bagi sumber hutan
d) Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Peranan:
Mentadbir dan menguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekitar
Mencegah, mengawal pencemaran, dan mempertingkatkan
kualiti alam sekitar dan undang-undang yang berkaitan
dengannya
Menganjurkan program memelihara dan memulihara alam sekitar
melalui pendidikan misalnya, program 'Sekolah Lestari _ Anugerah
Alam Sekitar'
II. PERANAN AGENSI BUKAN KERAJAAN(NGO)
a) Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
Peranan:
Mengambil insiatif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar
melalui pendidikan, kempen, dan program kitar semula
b) Alam Flora Sdn. Bhd
Peranan:
Mengumpul dan membuang sisa-sisa pepejal secara mesra alam
Mengitar semula barangan terpakai atau terbuang
5.3. CONTOH-CONTOH PENCEROBOHAN HUTAN DI MALAYSIA
1.KAKITANGAN Pejabat Hutan Daerah Lipis memeriksa balak yang
dirampas di Hutan Simpan Benchah, Februari lalu. FOTO Mohd Rafi
Mamat
Kuantan: Unit Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
(JPNP) mematahkan 24 kes cubaan menceroboh hutan simpan di
negeri ini sepanjang tiga bulan tahun ini.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), JPNP Nor Azirim Ahmad
berkata, walaupun negara sedang berhadapan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), kegiatan menceroboh hutan simpan dan cubaan
memindahkan hasil hutan tanpa permit tetap terus dilakukan pihak
tidak bertanggungjawab.
Katanya, pelbagai cara dan helah digunakan pihak terbabit untuk
mengaburi pihak berkuasa."Sebanyak 24 kes ceroboh hutan simpan
berlaku di daerah Kuantan sebanyak tujuh kes, diikuti Lipis (6), Bentong
(4), Jerantut (3), Temerloh (2), Raub (1) dan Rompin (1)."Dalam tempuh
berkenaan juga terdapat empat kes cubaan memindahkan balak serta
kayu bergergaji berlaku di Jerantut, Lipis dan Kuantan. Satu kes
membabitkan kegiatan melombong emas dalam hutan simpan berlaku
di Lipis," katanya, di sini, semalam.
Nor Azirim menambah, pihaknya sentiasa melakukan aktiviti
penguatkuasaan selain sekatan jalan raya dengan kerjasama pihak
berkuasa lain.Tambahnya lagi, bagi kes tertentu pemantauan dari
udara menggunakan helikopter atau dron turut dilakukan.
"Perbuatan menceroboh hutan dan menebang pokok tanpa kawalan
akan merosakan hutan selain menyebabkanmerugikan pada kerajaan
negeri," katanya.Aktiviti pembalakan haram skala besar terbongkar
Mohd Rafi Mamat/[email protected]
2.JALAN ditutup bagi mengelak Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan
Daerah (PHD) Lipis membuat pemeriksaan dalam Hutan Ulu Jelai. FOTO
Mohd Rafi Mamat
CUBAAN menceroboh Hutan Simpan Ulu Jelai untuk aktiviti
pembalakan secara haram menggunakan surat kuning tidak menjadi
kenyataan apabila dikesan anggota Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan
Daerah (PHD) Lipis, semalam.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Datuk Dr
Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, dalam serbuan di Kompartmen 179
Hutan Simpan Ulu Jelai kira-kira 11 pagi semalam pihaknya menyita 10
jentera berat bernilai lebih RM1.6 juta yang disimpan dalam hutan
terbabit.Menurutnya, antara yang disita ialah tiga lori mengangkut
balak, dua jentolak dan lima jengkaut yang ditempatkan di kawasan
bekas tapak tempat mengumpul balak atau matau.
Turut ditemui rumah kongsi dalam pembinaan bagi menempatkan
pekerja dan tangki minyak serta pelbagai peralatan lain.Katanya,
penemuan kes semalam adalah kejayaan terbesar dilakukan Unit
Penguatkuasa PHD Lipis terutama di kawasan Pahang Barat yang
sebelum ini terbabit dengan operasi lombong emas."Kita akan
menyiasat dalang yang terbabit dengan kegiatan berkenaan. Tindakan
undang-undang sedia menunggu mereka dibawah Akta Perhutanan
Negara 1984 kerana menceroboh hutan simpan termasuk
menempatkan jentera."Tindakan pantas yang dilakukan dapat
menyelamatkan Hutan Simpan Ulu Jelai daripada musnah angkara
aktiviti pembalakan haram,kerajaan negeri juga menanggung kerugian
berikutan gagal menerima cukai," katanya di Kuantan, hari ini.
Beliau berkata, difahamkan anggota Unit Penguatkuasa PHD Lipis
terpaksa berjalan beberapa kilometer berikutan jalan balak lama yang
digunakan dihalang dengan balak termasuk dibina parit bagi
mengelak dikesan pihak berkuasa.
Mohd Hizamri menambah, pemeriksaan dilakukan tidak menemui
individu terbabit kegiatan berkenaan dan jalan dalam hutan kira-kira 10
kilometer yang baru disediakan oleh pihak terbabit bagi tujuan
memindahkan balak ditemui.
Aktiviti mengeluarkan hasil hutan tertangguh berikutan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB).Katanya, dia memuji kesungguhan ditunjukan Unit
Penguatkuasa PHD Lipis yang diketuai Pengawai PHD Lipis,Nor Shahrini
Nordin Ahmad yang sentiasa bertindak tegas membendung aktiviti
pencerobohan hutan simpan di daerah ini.Tegasnya lagi, semua jentera
yang disita kini ditempatkan sementara di Batu 18 Pejabat Renjer Sungai
Koyan, Raub sebelum tindakan selanjutnya diambil."Sepanjan Mac
hingga Jun Unit Penguatkuasa PHD Lipis berjaya membongkar empat
kes membabitkan cubaan memindahkan hasil hutan iaitu balak dan
emas."Usaha secara berpasukan selain sokongan orang awam yang
memberi maklumat menjadi pencetus setiap kejayaan yang dihasilkan,"
katanya yang berharap semua kegiatan menyalahi undang-undang
dapat disekat.
16 hutan simpan kekal di Kelantan diceroboh
Disember 7, 2020 @ 5:02pm
3. Pembalakan haram di hutan simpan kekal di Kelantan. -
Foto hiasan NSTP
KOTA BHARU: Sebanyak 16 daripada 37 Hutan Simpan Kekal di
Kelantan diceroboh pembalak haram bagi mendapatkan kayu bernilai
tinggi, sejak lima tahun lalu.Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan,
Abdul Khalim Abu Samah, berkata daripada 16 kawasan yang
diceroboh itu, kebanyakannya berlaku di jajahan bahagian timur
Kelantan.Beliau berkata, kumpulan pembalak haram itu turut terdiri
daripada penduduk setempat, tetapi kegiatan pencerobohan itu masih
terkawal kerana hanya membabitkan kumpulan yang kecil."Setakat ini,
kita kesan ada 10 kumpulan yang melakukan kegiatan itu dan
sebahagian daripadanya sudah ditahan serta jentera dan peralatan
mereka dirampas," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Abdul Khalim berkata, kumpulan itu biasanya mencari kayu
berharga di hutan sebelum menebang dan membelahnya untuk
dijual."Kumpulan ini biasanya amat berkemahiran kerana mampu
membelah kayu hanya menggunakan mesin gergaji," katanya.Beliau
berkata, jabatannya mengesan 27 kes pembalakan haram di negeri ini,
sejak Mac lalu.Katanya, kegiatan itu membabitkan hutan di Lebir, Ulu
Sat dan Ulu Galas, masing-masing terletak di jajahan bahagian timur
dan selatan di Kelantan."Dalam operasi terbaru bulan lalu, jabatan
merekodkan tiga kes iaitu dua di Jeli dan satu kes di Tanah Merah."Kes
ini membabitkan pencerobohan hutan dan pemilikan kayu yang tidak
berdaftar oleh kilang kayu di Tanah Merah dan disyaki
mendapatkannya daripada sumber tidak sah," katanya. – BERNAMA
23 kes pembalakan haram dikesan sejak PKP
November 27, 2020 @ 11:04am
4.Jabatan Perhutanan Kelantan menahan dua lelaki disyaki pembalak
haram ketika mereka sedang memunggah sejumlah kayu balau di
Hutan Simpan Kekal Chabang Tongkat, di sini, malam tadi. FOTO
Jabatan Perhutanan Malaysia
MACHANG: Jabatan Perhutanan Kelantan menahan dua lelaki
disyaki pembalak haram ketika mereka sedang memunggah sejumlah
kayu balau di Hutan Simpan Kekal Chabang Tongkat, di sini, malam
tadi.Pengarah Perhutanan Kelantan Abdul Khalim Abu Samah, berkata
suspek berusia 49 dan 36 tahun terbabit ditangkap jam 10 malam oleh
sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) daripada Pejabat Hutan
Jajahan Kelantan Timur yang membuat risikan selepas menerima aduan
awam."Dua suspek itu dilihat sedang memunggah kayu disyaki spesies
balau sepanjang kira-kira 4.8 hingga6 meter ke dalam lori yang ditarik
dengan traktor."Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen
yang membenarkan mereka memiliki hasil hutan daripada pihak
jabatan, iaitu satu kesalahan menurut Seksyen 84 (1) Akta Perhutanan
Negara 1984," katanya pada sidang media di Pejabat Hutan Jajahan
Kelantan Timur di sini, hari ini
.Abdul Khalim berkata, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Balai
Polis Pulai Chondong dan laporan polis dibuat berkaitan kes itu."Jika
sabit kesalahan kedua-dua suspek boleh dihukum denda tidak melebihi
RM50,000 dan penjara tidak kurang daripada lima tahun,"
katanya.Menurutnya, pihak jabatan turut menyita sebuah motosikal
yang sudah diubah suai, sebuah traktor dan kayu balau yang
dianggarkan seberat hampir dua tan bernilai kira-kira RM7,000.
Mengulas lanjut, Abdul Khalim berkata siasatan mendapati suspek
mempunyai kemahiran membelah kayu dan melakukan kegiatan itu
sejak beberapa hari lalu.Katanya, kayu balau adalah bahan yang
kukuh dan sesuai digunakan dalam pembinaan rumah, khususnya untuk
membuat rabung.Beliau tidak menolak kemungkinan suspek menerima
permintaan daripada pihak lain untuk mendapatkan kayu itu. –
BERNAMA
5.4. KESAN-KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL
5.4.1 KESAN-KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL
i. Peningkatan suhu
Penebangan hutan daripada aktiviti pembalakn menyebabkan
peningkatan suhu.Hal ini disebabkan ketiadaan pelindung yang
menghalang bahangan matahari dan lebihan gas karbon dioksida
dalam atmosfera.Contohnya pengurangan kelembapan udara akan
membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi dan
udara sekitar menjadi kering (Dry Air) serta cuaca menjadi panas.
ii. Kepupusan flora dan fauna
Apabila hutan dimusnahkan untuk tujuan pembalakan pelbagai sepsis
flora dan fauna kehilangan habitat.Selain itu, ekosistem terganggu
menyebabkan rantaian makanan terjejas.Contohnya kepupusan
haiwan seperti harimau, gajah dan monyet.Manakala kepupusan fauna
seperti merbau.
Iii. Hakisan tanah
Apabila aktiviti pembalakan dilakukan secara berlebihan, berlakunya
hakisan tanah dan tanah runtuh.hal ini disebabkan permukaan telah
terdedah kepada hakisan air semasa hujan.Hujan yang lebat akan
menyebabkan larian air permukaan akan menghakis lapisan
permukaan tanah kelodak, lumpur akan masuk ke dalam sungai.Oleh
itu, sungai menjadi cetek, keruh dan berlakunya banjir lumpur di
kawasan rendah.
iv.Pencemaran air
Penebangan hutan untuk aktiviti pembalakan menyebabkan hakisan
larian air permukaan berlaku dan membawa masuk kelodak dan
lumpur ke dalam sungai.Oleh itu, air sungai menjadi cetek dan
ekosistem akuatik terganggu.Contohnya Sungai Pahang dan Sungai
Kelantan.
Kemusnahan kawasan tadahan air
Penebangan hutan untuk pembalakan telah mengurangkan kadar
susupan air ke dalam tanah dan menurunkan paras air dalam tanah.Hal
ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada
sungai, tasik, kolam dan paya.Contohnya hutan sebagai span
menyerap air dan mengalirkan air.
Kesan Kegiatan Penebangan Hutan terhadap Tumbuh-tumbuhan
Semula Jadi dan Hidupan Liar.
Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan
taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan kegiatan penebangan
pokok sesebuah negara tidak dapat dielakkan, manusia sering
mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul
akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan kegitan penebangan hutan.
Kegiatan-kegiatan ini menyebabkan kepupusan flora dan fauna,
ketandusan tanih, kejadian banjir, pencemaran udara dan peningkatan
suhu.
Penerokaan sumber hutan akan menyebabkan flora dan
fauna terancam kerana kehilangan habitat untuk membiak dan
kekurangan sumber makanan. Lambat-laun beberapa spesies
tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan pupus. Antara beberapa spesies
mamalia di Maaysia yang diancam kepupusan ialah badak sumatera,
gajah, harimau, dan orang utan.Penebangan hutan di kawasan cerun
bukit menyebabkan kawasan tersebut menjadi gondol.
Kawasan ini akan terdedah kepada hakisan. Permukaan tanih
akan terhakis dan dibawa ke sungai yang berhampiran. Seterusnya
tanih ini akan mendap di dasar sungai, terutamanya di kawasan hilir.
Dasar sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan lebat turun, sungai
akan menampung air yang banyak. Air yang berlebihan ini akan
melimpah ke kawasan sekitarnya lalu menyebabkan banjir.
Pembakaran hutan untuk pertanian menyebabkan pencemaran
udara. Contohnya kejadian jerebu yang buruk yang disebabkan oleh
pembakaran hutan yang berlaku secara besar-besaran di Sumatera
dan Kalimantan, Indonesia pada tahun 1997.
Selain itu, penebangan hutan di hulu sungai pula menyebabkan
berlakunya pencemaran sungai. Apabila hutan ditebang, air hujan
akan menghakis tanah yang terdedah. Bahan yang terhakis ini akan
dibawa ke sungai lalu termendap di dasar sungai. Akhirnya, air sungai
menjadi keruh dan berkeladak.
Apabila pokok mati, daun, ranting, dan dahannya akan reput.
Keadaan cuaca yang panas dan lembab akan mencepatkan proses
pereputan. Bahan yang reput ini berbentuk humus. Humus mempunyai
nutrien yang dapat menyuburkan tanih. Bakteria, kulat, dan serangga
akan menguraikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati. Bahan
kimia daripada tumbuhan dan haiwan ini akan dibebaskan. Bahan ini
akan terserap ke dalam tanih dan menjadi nutrien. Penebangan hutan
menyebabkan proses pembentukan humus dan penguraian terhenti.
Penebangan hutan juga akan menyebabkan peningkatan suhu.
Pokok-pokok memang akan membantu kita untuk mengurangkan
peningkatan suhu alam sekitar. Penebangan hutan menyebabkan
berlakunya peningkatan suhu kawasan setempat kerana tiada lapisan
kanopi yang menghalang pancaran matahari daripada sampai ke
tanah.Pendek kata, penebangan hutan akan mendantangkan
pelbagai kesan-kesan negatif kepada kita.
5.5. KAEDAH PENANAMAN POKOK SECARA HIDROPONIK
hidroponik sistem wick
Apa Itu Hidroponik?
Tanah? Cliche’! Pendek kata, hidroponik adalah sistem penanaman
tanpa tanah. Kombinasi perkataan hidro + ponik itu sendiri bermaksud
air yang bekerja menurut Bahasa Latin.“Kalau tiada tanah, macam
mana pokok nak dapatkan nutrien?”Jawapannya daripada air lah!
Dengan syarat, air tersebut mesti dilarutkan dengan nutrien sumber
daripada baja.
Lagipun, proses tumbesaran pokok jadi perlahan kalau guna tanah.
Kena tunggu baja diserap tanah dahulu, melalui proses penguraian
bakteria, kemudian, barulah nutrien disalurkan pada akar pokok.
Jadi, apa lagi kelebihan sistem hidroponik ni? Kelebihan hidroponik
berbanding penanaman konvensional?
Hasil tanaman yang banyak
Membekalkan bekalan nutrien secara berterusan kepada
tanaman.
Tanaman tidak dipengaruhi oleh cuaca.
Kualiti hasil tanaman yang seragam kerana pembekalan nutrien
dan nilai pH terkawal.
Tanaman bebas daripada penyakit disebabkan oleh bakteria
jahat tanah.
Kos penanaman rendah tanpa perbelanjaan membajak,
membuat batas, penyiraman, dan merumpai.
5.5.1. Sistem ’Water Culture’
Anda hanya perlukan 6 benda sahaja iaitu bekas takungan air,
cawan hidroponik, air, nutrien, pam dan batu udara.Kaedah ini juga
dipanggil Nutrient Film Technique (NFT) atau teknik menampung
tanaman dengan cara apungan.Pokok anda nanti akan tergantung
dengan akar yang terjuntai ke bawah ditelenggami takungan air
nutrien di dalam bekas.Ia dilengkapi saliran pam dan batu udara untuk
membekalkan oksigen serta nutrien kepada tanaman.HATI-HATI!
Kaedah ini tak praktikal untuk tanaman yang berat seperti pokok
tomato, jagung dan cili.Selalunya ia digunakan untuk tanaman
sayur-sayuran seperti salad. Ringkas dan jimat! Jom
tengok cara-caranya di bawah:
1. Sediakan perkakas yang diperlukan seperti di bawah
2. Beberapa cawan hidroponik bergantung pada jumlah anak
pokok anda.
3. Jika tiada, sediakan pot tanaman yang berlubang di bawah
dan Styrofoam.
4. Tali atau benang jika anda menggunakan Styrofoam.
5. Bekas plastik bebas toksik mengikut kelebaran tanaman seperti
BPA atau Polypropylene.(Contoh: 8 cawan hidroponik = 15 liter air)
6. Paip/pam udara plastik yang sesuai seperti PVC-U, LDPE, dan
HDPE.
7. Batu udara untuk membuat gelombang udara.
8. Baja cecair nutrien seperti jenama Baja AB.
9. Letakkan setiap anak pokok ke dalam cawan hidroponik atau pot
tanaman.
10. Bagi penggunaan Styrofoam, buatkan beberapa lubang
berukuran pot tanaman dan masukkan separuh bahagian pot
secara perlahan-lahan.
11. Masukkan air yang sudah dilarutkan bersama Nutrien ke dalam
bekas.
12. Letakkan batu udara yang disambungkan dengan pam udara
ke dalam bekas air.
5.1.2. Sistem Sumbu
Jika kaedah lain banyak menggunakan tiub paip sebagai medium
penyebaran nutrien kepada pokok, teknik ini hanya memerlukan sumbu
atau wick sebagai medium utama!Seringkas namanya, nutrien akan
diserap daripada bekas larutan air ke akar tanaman melalui sumbu
seperti span. Tiada alat pemasa, batu udara mahupun paip PVC
diperlukan.Penggunaan pam tekanan adalah digalakkan untuk
menambahkan bekalan oksigen bagi mempercepat proses
tumbesaran pokok. Tetapi, itu pilihan masing-masing tau!
Oleh kerana sumbu sentiasa terendam di dalam larutan nutrien, ia akan
sentiasa lembap. Petanda baik! Semakin cepat proses penyebaran
nutrien akan berjalan.
Apa yang anda perlukan untuk kaedah ini? Hanya sediakan peralatan
di bawah:
1. Tangki/Bekas takungan air
2. Cawan hidroponik/Pot tanaman
3. Sumbu/Wick jenis flanel
4. Media tanaman seperti Rock Wool, batu sungai, Leca
Ball, Vermiculite atau Perlite)
5. Styrofoam/Karbod yang dilubangkan (Jika tiada set dulang
cawan hidroponik).
6. Air dan baja nutrien
7. Masukkan anak pokok ke dalam media tanaman (rock wool).
8. Tuangkan air larutan nutrien setengah daripada bekas air.
9. Masukkan sumbu (kain flanel) ke dalam lubang cawan hidroponik.
10. Letakkan tanaman ke dalam cawan hidroponik tersebut
sehingga menyentuh flanel.
11. Masukkan tanaman tersebut ke dalam lubang-lubang karbod
atau styrofoam.
12. Pastikan kain flanel tenggelam ke dalam larutan nutrien dan
serapannya sampai ke rock wool.
Saya telah memilih kaedah Sumbu ini untuk membuat penanaman
hidroponik bagi tujuan Pentaksiran Berasaskan Projek @ Project Based
Learning (PBL).
5.6. KEPENTINGAN PENANAMAN HIDROPONIK DAN KESANNYA KEPADA
ALAM SEKITAR
Berbeza dengan tanaman biasa di atas tanah, tanaman menggunakan
kaedah Hidroponik mempunyai kelebihannya tersendiri sesuai dengan
corak kehidupan kita pada masa kini.
1.TIDAK PERLU SIRAMAN DAN SELENGGARAAN
Kita tidak perlukan peralatan-peralatan biasa bagi kegunaan tanaman
di atas tanah kerana tanaman Hidroponik tidak perlukan tanah yang
gembur, siraman setiap hari serta semburan racun serangga.
2.TIDAK PERLUKAN TANAH / KAWASAN SEKITAR RUMAH YANG LUAS
Tanaman hidroponik tidak memerlukan tanah sebagai asas
pertumbuhannya. Dengan menggunakan air dan larutan baja sebagai
medium pertumbuhan, kaedah tanaman Hidroponik hanya
memerlukan takung khas sahaja.
3.TEMPOH TUAI YANG SINGKAT : 4 - 5 MINGGU
Hasil sayuran hidroponik dapat dituai hanya di antara 4 - 5 minggu.
Tempoh tuai lebih singkat berbanding ditanam di atas tanah kerana
percambahan akar berlaku lebih mudah serta mendapat nutrien dan
air yang mencukupi.
4. HASIL SAYURAN YANG BERSIH, SEGAR DAN BEBAS DARI SISA RACUN
SERANGGA
Tanpa menggunakan semburan racun serangga, sayuran yang
ditanam menggunakan kaedah hidroponik menjanjikan hasil yang
terjamin kesuciannya serta impak kesihatan yang baik kepada kita.