Data di bawah menunjukkan bahawa kepentingan penanaman
hidroponik dan kesannya kepada alam sekitar.
Pengurangan kos/pengunaan air yang banyak kerana pertanian
secara hidroponik hanya mengunakan 10 % dari jumlah
pengunaan tanaman atas tanah.
Hidroponik juga boleh mengunakan air yang telah digunakan
untuk penanaman selepas penuaian,hanya perlu tambah air
sekiranya kurang dan boleh mengurangkan kos pengeluaran
tanaman.
Penjimatan pengunaan baja yang amat ketara kerana tiada
pembaziran dan dalam masa sama ia juga tidak mencemarkan
alam sekitar.pengunaan baja hidroponik hanya mengunakan 1/4
dari pengunaan baja tanah dalam kadar pengeluaran yang
sama.
Penjimatan ruangan yang ketara kerana teknik hidroponik hanya
mengunakan 1/5 dari keluasan tanah yang diperlukan oleh
tanaman atas tanah untuk pengeluaran hasil yang sama.
Sistem hidroponik tidak akan berjaya tanpa persekitaran yang baik.
Seperti teknik penanaman atas tanah, ia memerlukan suhu yang sesuai,
cahaya matahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses
fotosintisis. Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan
perbelanjaan yang tinggi.Kualiti air yang baik diperlukan bagi
melarutkan garam mineral ( baja) bagi pembesaran pokok. Air hujan
yang diambil pada pertengahan hujan boleh digunakan. Air paip perlu
disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum digunakan bagi
mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi.
Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan
tanaman yang sempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat
mengelak serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun
makhluk perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan
pemetikan hasil dibuat selepas seminggu dari semburan. Jika bekas
hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate
mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan
nyamuk. Adalah menjadi kesalahan mengikut undang-undang
sekiranya anda membiarkan nyamuk addes membiak dan anda akan
dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
Tanaman secara hidroponik perlu diberi sokongan untuk tumbuh
tegak. Tanaman sayuran daun yang kecil dapat tegak terus dari
medium tanaman. Bagaimanapun tanaman yang lebih besar seperti
tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan untuk tumbuh
tegak.Teknologi hidroponik telah membolihkan salad spesis tanah tinggi
atau yang memerlukan iklim sederhana ditanam ditanah rendah di
Malaysia. Ketiga-tiga spesis di atas biasanya diimpot dari kawasan sejuk
dengan harga yang tinggi. Oleh itu pelaburan dalam hidroponik
mampu memberi pulangan yang baik disamping mengurangkan
perbelanjaan impot. Kerajaan diharap akan memainkan peranan yang
positif dalam memajukan aktiviti ini.
5.7. AMALAN NILAI MURNI DALAM MELINDUNGI POKOK DI HUTAN
Alam Sekitar merupakan Anugerah Tuhan yang tidak ternilai
harganya. Kehidupan manusia bergantung sepenuhnya kepada
sumber alam yang luas ini sebagai tempat tinggal dan punca rezeki
untuk satu kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Walaubagaimanapun penggunaan sumber secara sembarangan,
berleluasa dan tidak teratur akan menyebabkan pencemaran dan
kerosakan alam sekitar.Dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran
masyarakat mengenai pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar maka pendidikan alam sekitar perlulah diterapkan sedari
awal lagi. Pendidikan Alam Sekitar ialah satu pembelajaran untuk
memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana
alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Satu
cara pendidikan alam sekitar yang berkesan adalah melalui penerapan
nilai-nilai murni alam sekitar.
Apakah prinsip nilai-nilai murni tersebut?
1.Rendah Diri
Bumi bukanlah milik kita manusia, kita adalah sebahagian dari Bumi
dan Alam
(sekurang-kurangnya diri atau jasad kita yang fi zikal ini adalah
sebahagian daripada Alam)
2. Bekerjasama
Peranan kita ialah memahami alam tabii dan berkerja serta hidup
dengan cara seiring jalan atau dengan cara yang berharmoni
dengannya, dan bukan untuk menawan atau menjajahnya.
3. Menghormati Alam atau Bumi
Semua spesis mempunyai hak untuk hidup atau sekurang-kurangnya
berjuang untuk hidup, oleh kerana ia juga makhluk yang dijadikan
Tuhan. Hak mereka ini tidak bergantung kepada samada spesis
tersebut ‘berguna’ atau tidak kepada manusia.
4. Hidup Seimbang
Perkara-perkara yang terbaik di dalam hidup bukan sahaja
kebendaan, perasaan kebahagiaan perlu diambilkira.
5. Mementingkan Kemampanan Ekosistem
Sesuatu itu adalah baik apabila ia dapat mengekalkan keutuhan
ekologi, keterusan dan kepelbagaian sistem-sistem yang menyara
kehidupan di bumi untuk kita dan hidupan-hidupan lain dan salah
apabila ia mengakibatkan yang sebaliknya.
6 .Mengekalkan Hidupan Liar danKepelbagaian Hidup atau Biodiversiti
Amatlah salah bagi manusia mengakibatkan kepupusan
mana-manaspesis liar serta menghapus dan memusnahkan habitat
mereka.
7. Kerosakan Yang Minima
Apabila kita terpaksa melakukan perubahan kepada alam
atau bumi untuk memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara
yang akan mengakibatkan kerosakan yang minima.
8. Perubahan Berterusan
Sekiranya kita ingin melakukan perubahan kepada alam atau bumi,
kita mestilah mengikut kadar dan cara yang sesuai dengan alam
atau bumi.
9. Ekonomi Bukanlah Segala-galanya
Amatlah salah sekiranya dianggap manusia dan benda-benda
hidup sebagai tidak mempunyai sebarang nilai selain daripada nilai
ekonomi.
10. Mengiktiraf Hak Mereka Yang Belum Lahir atau Hak Generasi Yang
Akan Datang
Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama atau
dalam keadaan lebih baik lagi.
11. Tanggungjawab Setiap Individu
Semua orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemarandan
degdradasi alam sekitar yang diakibatkan olehnya.Membuang
bahan pencemar di tempat orang lain adalah seumpama kita
meracuni orang yang mendiami tempat kita membuang bahan
pencemar itu.
12. Kesederhanaan
Tiada individu, bahan korporat ataupun Negara mempunyai hak
yang tidak terbatas ke atas sumber-sumber alam atau bumi yang
terhad, jangan biarkan keperluan bertukar menjadi laba.
13. Perlindungan dan Pemulihan Ekosistem
Kita mestilah melindungi ekosistem yang sedia ada dan memperbaiki
semula semua yang telah rosak.
14. Etika Melebihi Hukum
Di dalam melindungi dan memastikan kemandirian alam atau bumi,
berbuatlah lebih daripada apa yang diminta oleh undang-undang.
15. Mengalami dan Menghayati Adalah Yang Paling Baik
Cintailah alam atau bumi dengan mengalami dan menghayati
udara, air, tanah, tumbuhan dan haiwan-haiwannya.
16. Cintakan Persekitaran
Kenali dan pupuk rasa cinta pada persekitaran kita.
6. DIARI
6.1 DIARI PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN SAYA
BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN
PERLAKSANAAN
1 Tajuk PBL Pendidikan Moral 13.7.2021 Guru sediakan
2 Soalan PBL Pendidikan Moral 13.7.2021 Guru Sediakan
3 Panduan Perlaksanaan PBL 13.7.2021 Guru Sediakan
Pendidikan Moral
4 Pemilihan Bentuk Tugasan 14.7.2021 Telah
Dilaksanakan
5 Memilih, mencari Bahan Tugasan 15.7.2021 Telah
dan Pengenalan Tugasan Unit 9:
Hargai Alam Warisan Kita Dilaksanakan
( Tanaman Hidroponik)
6 Menjawab Soalan Asas dan 16.7.2021 Telah
Soalan Unit Dilaksanakan
7 Menjawab Soalan kandungan 1-3 17.7.2021 Telah
Dilaksanakan
8 Menjawab Soalan kandungan 4 18.7.2021 Telah
dan 5 dilaksanakan
9 Menyiapkan Projek Hidroponik 19.7.2021 Telah
Dilaksanakan
10 Menjawab Soalan kandungan 6 20.7.2021 Telah
dan 7 Dilaksanakan
11 Meyiapkan Isi kandungan dan 21.7.2021 Telah
Penghargaan Folio Dilaksanakan
12 Menyiapkan Muka Depan Folio 22.7.2021 Telah
Dilaksanakan
13 Menyiapkan Sumber Rujukan 23.7.2021 Telah
Dilaksanakan
14 Menyiapkan Diari Perancanagan 24.7.2021 Telah
Dan Perlaksanaan dilaksanakan
15 Menggambar Hasil Projek 25.7.2021 Telah
Hidroponik Dilaksanakan
16 Menghantar PBL dan Projek 26.7.2021 Telah
Hydroponik Melalui online Kepada
Guru (bentuk anyflip/pdf) Dilaksanakan
6.2 Projek tanaman hidroponik di rumah saya.
{ Teknik Hidroponik ‘ SUMBU ‘ .}
*BAHAN-BAHAN YANG DIPERLIKAN
gunting
Botol plastik
sumbu Kacang hijau
Tanah Air
6.2.1 PENYEDIAAN BAHAN DAN PENYEDIAAN
TANAMAN HIDROPONIK
PENYEDIAAN BAHAN DAN PENYEDIAAN
TANAMAN HIDROPONIK
PENYEDIAAN BAHAN DAN PENYEDIAAN
TANAMAN HIDROPONIK
PENYEDIAAN BAHAN DAN PENYEDIAAN
TANAMAN HIDROPONIK
LENGKAP PROSES PENYEDIAAN
TANAMAN HIDROPONIK
6.2.2. PERKEMBANGAN TANAMAN HIDROPONIK SAYA
HARI PERTAMA HARI KE DUA
HARI KE TIGA HARI KE EMPAT
HARI KE LIMA
HARI KE ENAM HARI KE TUJUH
HARI KE LAPAN HARI KE SEMBILAN
HARI KE SEPULUH
HARI KE SEBELAS HARI KE DUA BELAS
HARI KE TIGA BELAS HARI KE EMPAT BELAS
7.Rujukan
7.1 Senarai Rujukan
https://www.youtube.com/watch?v=bPjnUg_j_M4
https://www.youtube.com/watch?v=LSX7IaR9hhc
https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-alam-sekitar.html
https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2008/06/17/peranan-masyara
kat-dalam-menyelamatkan-alam-sekitar/
http://mrmazlanjunaidi.blogspot.com/2012/06/kepentingan-pokok-dan-huta
n-kepada.html
http://perlukekesah.blogspot.com/2010/08/peranan-badan-bukan-kerajaann
go-dalam.html
http://safirah9708.blogspot.com/2012/05/peranan-agensi-alam-sekitar.html
https://ipsas.upm.edu.my/article/hentikan_pencerobohan_pelihara_khazana
h_hutan_kita-57240
https://www.scribd.com/doc/256464573/Kesan-Pembalakan-Terhadap-Ala
m-Sekitar-Fizikal
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/12/760650/kae
dah-tanaman-hidroponik-mudah-selamat
Buku teks Guru
Majalah Ibubapa
Tv Pendidikan
7.2 Koloborasi
Saya sangat berterima kasih
kepada semua pihak yang telah
memberikan bimbingan dan
sokongan moral kepada saya.
Bimbingan dan sokongan moral ini
membantu serta membolehkan saya
menyiapkan PBL PENDIDIKAN MORAL
dengan jayanya.
Saya berterima kasih
kepada guru matapelajaran
PM iaitu Pn.Fatimah Tahir dan
ibubapa saya atas tunjuk
ajar yang sangat bernilai
dan bermanfaat.