Al-Baqarah 2: 1-3
“Alif Lam Mim (1). Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang yang bertakwa (2).
(Iaitu) mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, melaksanakan solat, dan
membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3).”
Al-Baqarah 2: 163
“Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.”
Ayat Kursi 2: 255
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus
(makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di
bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di
hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah
melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah melitupi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa
berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
49
Al-Baqarah 2: 284-286
“Rasul telah beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula
orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan
rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun dari
rasul-rasulNya,” dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami, ya
Tuhan kami dan kepada Engkau kami kembali” (285). Allah tidak membebankan seseorang
melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang
diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dia kerjakannya. (Mereka berdoa):
“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebani
kepada orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang
tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (286)”.
50
Al-Kauthar 108
“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu kebaikan yang banyak (1). Oleh itu,
kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur) (2).
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (3).”
Al-Ikhlas 112
“Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa (1). Allah tempat meminta segala sesuatu (2). Dia
tidak beranak dan tiada pula diperanakkan (3). Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan
Dia” (4).”
Al-Falaq 113
“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (1). Daripada kejahatan
makhlukNya (2). Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap-gelita (3). Dan daripada
kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan (4). Dan daripada
kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki” (5).”
51
An-Nas 114
“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan manusia (1). Raja Yang Menguasai sekalian manusia
(2). Sembahan manusia (3). Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi (4).
Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia (5). Daripada jin dan manusia.” (6).”
Ayat-ayat untuk penyembuhan dan pemulihan
Yunus 10: 57
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada
di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa
rahmat bagi orang yang beriman.”
Al-Isra’ 17: 82
“Dan Kami turunkan al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang
beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim
melainkan kerugian jua.”
52
Fussilat 41: 44
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan
berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah
Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai
Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang yang beriman; dan
sebaliknya orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang
menyumbat telinga mereka; dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka. Mereka
itu orang yang diseru dari tempat yang jauh".”
Al-Anfal 8: 17
“Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan
pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar, akan
tetapi Allah jualah yang melempar, dan untuk mengurniakan orang yang beriman dengan
pengurniaan yang baik daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.”
53
At-Taubah 9: 14
“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu,
dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan
memuaskan hati orang yang beriman.”
Ayat-ayat penghancur kekuatan penyakit
Al-Mukminun 23: 115-116
“Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main dan bahawa kamu
tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115). Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya,
tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang memiliki) Arasy yang mulia (116).”
Fatir 35: 10
“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan
mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya
segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di angkatnya naik. Dan sebaliknya: orang
yang merancangkan kejahatan, adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat
mereka akan rosak binasa.”
54
Al-Kahfi 18: 98
“Berkatalah (Zulkarnain): "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai
janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu
benar".”
Al-Hasyr 59: 21-24
“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya
tunduk berpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu
Kami kemukakan kepada manusia agar dia berfikir (21). Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia.
Yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pengasih, lagi Maha
Penyayang (22).”
Ayat untuk pendinding (bahagian badan yang sudah sembuh, melindungi tubuh)
Yasin 36: 9
“Dan Kami jadikan di hadapan mereka sekatan dan di belakang mereka juga sekatan, dan Kami
tutup mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
55
Al-Isra’ 17: 45
“Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan di antara kamu dan orang yang tidak
beriman kepada hari akhirat itu dinding yang tidak dapat dilihat.”
Al-Mukminun 23: 100
“"Supaya aku mengerjakan amal-amal soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan".
Tidak! Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya,
sedang di hadapan mereka ada tembok hingga hari mereka dibangkitkan semula.”
56
Air penawar untuk penglihatan dan pendengaran
*Susunan sendiri
Ruqyah dibacakan pada air – untuk diminum dan disemburkan ke muka waktu pagi dan malam:
I. Ruqyah asas (11 kali setiap satu):
a. Al-Fatihah
b. Ayat Kursi
c. Al-Kauthar
d. Al-Ikhlas
e. Al-Falaq
f. An-Nas
II. Qaf 50: 22 (keratan) (11 kali)
“Maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini
menjadi tajam.”
III. Al-Mulk 67: 23 (keratan) (11 kali)
"Dialah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan
serta hati.”
IV. Yunus 10: 31 (keratan) (11 kali)
“Katakan, “Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah
yang menguasai pendengaran dan penglihatan?”
57
Ayat-ayat bacaan sambil mengurut/mengusap
*Susunan sendiri
At-Taubah 9: 39 (keratan)
“Jika kamu tidak berangkat, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksaan yang pedih.”
Al-Isra 17:81
“Dan katakanlah, “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sesungguhnya yang
batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
Kalimah Tammah 1
“Aku memohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna daripada kejahatan apa
yang diciptakanNya.”
Doa syifa
“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang
Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang
tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari 535 dan Muslim 2191).
58
An-Nisa' 4: 164 (keratan) - Ayat untuk sedarkan orang koma/pengsan
“Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada
perantaraan).”
Asy- Asy-Syu'araa' 26: 130 - Ayat untuk sakit belakang/lutut
-Tepuk tiga kali ditempat sakit selepas baca
"Dan apabila kamu memukul, kamu memukul dengan kejam bengis.”
59
Ayat-ayat Al-Quran dan Doa-doa dalam Ruqyah
Susunan Quranic Healing Technology
1. Ayat-ayat Al-Quran: Ruqyah Asas
Al- Fatihah
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1). Segala puji bagi Allah Tuhan
semesta alam (2). Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3). Pemilik Hari Pembalasan (4).
Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan (5).
Tunjukkan kami jalan yang lurus (6). (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada
mereka, bukan mereka yang dimurkai dan bukan mereka yang sesat (7).”
Ayat Kursi 2: 255
60
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus, tidak
mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat
memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan
di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendakiNya. Kursi Allah melitupi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara
keduanya dan Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
Al-Ikhlas 112
“Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa (1). Allah tempat meminta segala sesuatu (2). Dia
tidak beranak dan tiada pula diperanakkan (3). Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan
Dia” (4).”
Al-Falaq 113
“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (1). Daripada kejahatan
makhlukNya (2). Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap-gelita (3). Dan daripada
kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan (4). Dan daripada
kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki” (5).”
An-Nas 114
“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan manusia (1). Raja Yang Menguasai sekalian manusia
(2). Sembahan manusia (3). Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi (4).
Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia (5). Daripada jin dan manusia.” (6).”
61
Ayat-ayat Rukyah Lain
Al-Baqarah 2: 1-5
“Alif Lam Mim (1). Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa (2).
(Iaitu) Mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, melaksanakan solat, dan
membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3). Dan mereka yang
beriman kepada yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan yang telah diturunkan sebelum
engkau dan mereka yakin akan adanya hari akhirat (4). Merekalah yang mendapat petunjuk dari
Tuhannya dan mereka itulah orang yang beruntung (5).
Ali Imran 3: 18-19
62
“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan,
para malaikat dan orang yang berilmu (juga menyatakan yang sedemikian). Tiada Tuhan
melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (18). Sesungguhnya agama di sisi Allah
hanyalah Islam. Tiada berselisih orang yang telah diberi al-Kitab kecuali setelah datang
pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa yang kufur
terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat perhitunganNya (19).”
Al-Baqarah 2: 102-103
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman,
padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir.
Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri
Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan kepada seorang pun sebelum
mengatakan, “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir.”
Maka mereka mempelajari daripada kedua malaikat itu apa yang dapat memisahkan antara
seorang dengan isterinya. Dan mereka itu tidak akan dapat memberi mudarat kepada seseorang
dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi
63
mudarat dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi)
telah pun mengetahui bahawa barangsiapa yang memilih ilmu sihir itu, tiada baginya keuntungan
di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir jika mereka
mengetahui (102). Sesungguhnya jika mereka beriman dan bertakwa, sesungguhnya pahala di sisi
Allah adalah lebih baik jika mereka mengetahui (103).”
Al-Baqarah 2: 284-286
“Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu
melahirkan apa yang tersembunyi di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya
Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan kamu itu. Maka Allah
64
mengampunkan siapa yang dikehendakiNya dan menyeksa siapa yang dikehendakiNya dan Allah
Maha Kuasa atas segala sesuatu. (284). Rasul telah beriman kepada al-Quran yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah,
malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak
membeza-bezakan antara seorang pun dari rasul-rasulNya,” dan mereka mengatakan: “Kami
dengar dan kami taat. Ampunilah kami, ya Tuhan kami dan kepada Engkau kami kembali (285).
Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dia
kerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa
atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana Engkau bebani kepada orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,
ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap
kaum yang kafir.” (286)”.
Al-A’raf 7: 54-56
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu
Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam dengan siang yang mengikutinya dengan
cepat dan matahari, bulan dan bintang-bintang, tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, hanya milik
Allah urusan menciptakan dan memerintah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam (54). Berdoalah
kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang yang melampaui batas (55). Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di atas muka bumi
sesudah pembaikannya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan harapan. Sesungguhnya
rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik (56).
65
Al-A’raf 7: 117-122
“Dan Kami wahyukan kepada Musa: “Lemparkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu
menelan apa yang mereka sihirkan (117). Kerana itu, nyatalah benar dan batallah yang selalu
mereka kerjakan (118). Maka mereka dikalahkan di tempat itu dan jadilah mereka orang yang
hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu serta-merta meniarap diri dengan bersujud (120). Mereka
berkata: “Kami beriman dengan Tuhan semesta alam (121). (Iaitu) Tuhan Musa dan Harun”
(122).”
Yunus 10: 81-82
“Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: “Apa yang kamu lakukan itu, itulah sihir,
sesungguhnya Allah akan menampakkan kepalsuannya.” Sesungguhnya Allah tidak akan
membiarkan terus berlakunya pekerjaan orang yang membuat kerosakkan (81). Dan Allah akan
mengukuhkan yang benar dengan ketetapanNya walaupun orang yang berbuat dosa tidak
menyukai(nya) (82).”
66
Taha 20: 68-70
“Kami berkata: “Janganlah kamu takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul (menang)”
(68). Dan lemparkanlah apa yang ada ditangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang
mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir. Dan
mereka tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang (69). Lalu tukang-tukang
sihir itu merebahkan diri mereka, lalu bersujud, seraya berkata: “Kami telah beriman kepada
Tuhan Harun dan Musa.” (70).”
Al-Mukminun 23: 115-118
“Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main dan bahawa kamu
tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115). Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya,
tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang memiliki) Arasy yang mulia (116). Dan barangsiapa yang
67
menyembah tuhan selain Allah, padahal tidak ada suatu bukti pun baginya tentang itu, maka
perhitungannya hanya pada Tuhannya. Sesungguhnya orang kafir itu tidak akan beruntung (117).
Dan katakanlah (Muhammad), “Ya Tuhanku, berikanlah keampunan dan rahmat, Engkaulah
pemberi rahmat yang terbaik.” (118).”
As-Saaffat 37: 1-11
“Demi yang berbaris bersaf-saf (1). Demi yang mencegah (kejahatan) dengan bersungguh-
sungguh (2). Demi yang membacakan peringatan (3). Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Esa
(4). Tuhan langit dan bumi dan apa yang berada di antara keduanya dan Tuhan tempat-tempat
terbitnya matahari (5). Sesungguhnya Kami telah menghias langit dunia dengan hiasan bintang-
bintang (6). Dan (Kami) telah menjaganya daripada setiap syaitan yang derhaka (7). Mereka tidak
dapat mendengar para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru (8). Untuk mengusir
mereka dan mereka akan mendapat azab yang kekal (9). Kecuali (syaitan) yang mencuri
(pembicaraan); maka ia dikejar oleh bintang yang menyala (10). Maka tanyakanlah kepada
mereka (musyrik Mekah), “Apakah penciptaan mereka lebih sulit atau apa yang telah Kami
ciptakan itu?” Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka daripada tanah liat (11).”
68
Ar-Rahman 55: 33-40
“Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi penjuru langit dan bumi, maka
tembuslah. Kamu tidak akan mampu menembusinya kecuali dengan kekuatan (dari Allah) (33).
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (34). Kepada kamu akan dikirimkan
nyalaan api dan cairan tembaga sehingga kamu tidak dapat menyelamatkan diri (35). Maka
nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (36). Maka apabila langit telah terbelah
dan menjadi merah mawar seperti minyak (37). Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu
dustakan? (38). Maka pada hari itu manusia dan jin tidak ditanya akan dosanya (39). Maka
nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (40).”
69
Al-Hasyr 59: 21-24
“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya
tunduk berpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu
Kami kemukakan kepada manusia agar dia berfikir (21). Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia.
Yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pengasih, lagi Maha
Penyayang (22). Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Menguasai, Yang Maha Suci,
Yang Maha Sejahtera, Yang Melimpahkan Keamanan, Pemelihara Keselamatan, Yang Maha
Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Memiliki Segala Keagungan. Maha Suci Allah daripada
segala yang mereka persekutukan (23). Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang
Membentuk Rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih
kepadaNya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana (24).”
70
Al-Ahqaf 46: 29-32
“Dan ketika Kami hadapkan kepadamu (wahai Muhammad) serombongan jin yang mendengarkan
al-Quran, maka ketika mereka menghadiri (pembacaan)nya mereka berkata: “Diamlah kamu!
(untuk mendengarkannya)” Maka ketika telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya (untuk)
memberi peringatan” (29). Mereka berkata: “Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah
mendengarkan Kitab yang diturunkan setelah Musa, membenarkan (kitab-kitab) yang datang
sebelumnya, membimbing kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus (30). Wahai kaum
kami! Terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah. Dan berimanlah kepadaNya, nescaya
Dia akan mengampunkan dosa-dosamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih (31). Dan
barang siapa tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak akan
dapat melepaskan diri daripada siksaan Allah di bumi, padahal tidak ada pelindung baginya selain
Allah. Mereka berada dalam kesesatan yang nyata” (32).
71
Al-Jinn 72: 1-9
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin telah
mendengar (Al-Quran yang aku bacakan),” lalu mereka berkata: “Kami telah mendengarkan
bacaan yang menakjubkan (1). Memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman
kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Tuhan kami
(2). Dan sesungguhnya Maha Tinggi keagungan Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak beranak
(3). Dan sesungguhnya orang yang bodoh di antara kami dahulu selalu mengucapkan (perkataan)
yang melampaui batas terhadap Allah (4). Dan sesungguhnya kami mengira bahawa manusia dan
jin itu tidak akan mengatakan perkataan yang dusta terhadap Allah (5). Dan sesungguhnya ada
beberapa orang lelaki daripada kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa
lelaki daripada kalangan jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat
(6). Dan sesungguhnya mereka (jin) mengira seperti kamu yang juga mengira bahawa Allah tidak
akan membangkitkan kembali siapa pun (7). Dan sesungguhnya kami (jin) telah cuba mengetahui
(rahsia) langit, tetapi kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang kuat
kawalannya dan panah-panah api.” (8). Dan sesungguhnya kami (jin) dahulu dapat menduduki
beberapa tempat di langit itu untuk mencuri dengar. Tetapi sekarang siapa mencuri dengar, pasti
akan menjumpai panah-panah api yang mengintai untuk membakarnya (9).”
72
2. Ayat-ayat untuk azab (menyeksa, membakar, membunuh jin)
An-Nisa’ 4 : 56
“Sesungguhnya orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke
dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain,
supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Al-Ankabut 29: 57
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu
dikembalikan”.
Ayat-ayat lain:
Al-Baqarah 2: 206
“Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbullah
kesombongannya dengan dosa. Oleh itu padanlah ia neraka jahannam dan demi sesungguhnya,
(neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.”
73
As-Saaffat 37: 1-11
“Demi yang berbaris bersaf-saf (1). Demi yang mencegah (kejahatan) dengan bersungguh-
sungguh (2). Demi yang membacakan peringatan (3). Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Esa
(4). Tuhan langit dan bumi dan apa yang berada di antara keduanya dan Tuhan tempat-tempat
terbitnya matahari (5). Sesungguhnya Kami telah menghias langit dunia dengan hiasan bintang-
bintang (6). Dan (Kami) telah menjaganya daripada setiap syaitan yang derhaka (7). Mereka tidak
dapat mendengar para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru (8). Untuk mengusir
mereka dan mereka akan mendapat azab yang kekal (9). Kecuali (syaitan) yang mencuri
(pembicaraan); maka ia dikejar oleh bintang yang menyala (10). Maka tanyakanlah kepada
mereka (musyrik Mekah), “Apakah penciptaan mereka lebih sulit atau apa yang telah Kami
ciptakan itu?” Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka daripada tanah liat (11).”
74
An-Nisa 4: 166-169
“Tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya
kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan
cukuplah Allah menjadi saksi (166). Sesungguhnya orang yang kafir serta menghalang orang lain
dari jalan Allah, sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh (167).
Sesungguhnya orang yang kafir serta berlaku zalim, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan
mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka (168): Selain dari jalan neraka
jahanam, yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya; dan balasan yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah. (169).”
75
Al-Maidah 5: 33-37
“Hanyasanya balasan orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana
kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh, atau dipalang, atau dipotong tangan dan
kaki mereka bersilang, atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan
di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar (33).
Kecuali orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya. Maka ketahuilah,
bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (34). Wahai orang yang
76
beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan kepadaNya; dan berjuanglah pada jalan
Allah supaya kamu beroleh kejayaan (35). Sesungguhnya orang yang kafir, kalau mereka
mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka
menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan
diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (36).
Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali
akan dapat keluar daripadanya; dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal (37).”
Al-Anfal 8: 9-14
77
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Ia perkenankan
permohonan kamu: "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari
malaikat yang datang berturut-turut (9). Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu
melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan
kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana (10). (Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian)
aman dari Allah. Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk
mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan, dan juga untuk
menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (11). (Ingatlah) ketika
Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu, maka tetapkanlah
(hati) orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh
itu, pancunglah leher mereka dan potonglah tiap-tiap anggota mereka" (12). Yang demikian ialah
kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa yang menentang Allah
dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah maha berat azab seksaNya (13). Itulah (azab dunia)
maka rasalah dia. Sesungguhnya orang yang kafir disediakan baginya azab neraka (14).”
Al-Anbiya’ 21: 70
“Dan mereka hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang
yang amat rugi.”
Al-Isra’ 17: 110-111
“Katakanlah: "Serulah nama “Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan,
milikNya nama-nama yang mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan doamu, juga janganlah
engkau perlahankannya, dan gunakanlah cara yang sederhana antara itu (110). Dan katakanlah:
"Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam
urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan kelemahanNya; dan hendaklah
engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!" (111).
78
Al-Hijr : 16-18
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang serta kami hiasi langit
itu bagi orang yang melihatnya (16). Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur)
tiap-tiap syaitan yang direjam (17). Kecuali syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di
langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
(18)”
Ad-Dukhan 44: 43-50
“(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum (43), menjadi makanan bagi orang yang berdosa (44).
Seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, (45) Seperti mendidihnya air yang meluap-luap
panasnya (46). "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka
(47). "Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak"
(48). "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat
(49)". "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya! (50).”
79
Al-Jathiya 45: 7-11
“Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa (7), Yang mendengar ayat-ayat penerangan
Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong, seolah-olah ia tidak
mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (8). Dan
apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya
ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina (9). Di
hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam, dan apa jua yang mereka usahakan,
tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah selain Allah,
tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan mereka akan beroleh azab seksa yang besar
(10). Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang yang kufur ingkar akan
ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak
terperi sakitnya (11).”
80
Al-Ahqaf 46: 29-32
“Dan ketika Kami hadapkan kepadamu (wahai Muhammad) serombongan jin yang mendengarkan
al-Quran, maka ketika mereka menghadiri (pembacaan)nya mereka berkata: “Diamlah kamu!
(untuk mendengarkannya)” Maka ketika telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya (untuk)
memberi peringatan” (29). Mereka berkata: “Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah
mendengarkan Kitab yang diturunkan setelah Musa, membenarkan (kitab-kitab) yang datang
81
sebelumnya, membimbing kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus (30). Wahai kaum
kami! Terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah. Dan berimanlah kepadaNya, nescaya
Dia akan mengampunkan dosa-dosamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih (31). Dan
barang siapa tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak akan
dapat melepaskan diri daripada siksaan Allah di bumi, padahal tidak ada pelindung baginya selain
Allah. Mereka berada dalam kesesatan yang nyata” (32). Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu
memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi
dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya - berkuasa menghidupkan makhluk-
makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu (33). Dan (ingatlah) hari orang yang kafir didedahkan kepada neraka, "Bukankah neraka
ini benar?" Mereka menjawab: "Ya, benar, demi Tuhan kami!" (Setelah itu) dikatakan lagi: "Maka
sekarang rasalah azab seksa dengan sebab kamu kufur ingkar di dunia dahulu.” (34)"
Al-Zalzalah 99: 1-8
“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya (1), Serta bumi itu
mengeluarkan segala isinya (2), Dan berkatalah manusia; "Apa yang sudah terjadi kepada
bumi?" (3) Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya (4): “Bahawa Tuhanmu telah
memerintahnya” (5). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) -
untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka (6). Maka sesiapa berbuat
kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (7)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat
zarah, nescaya akan dilihatnya (8)!”
82
Al-Haqqah 69: 25-37
“Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan
berkata, "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku (25), "Dan aku tidak dapat
mengetahui hitungan amalku (26). "Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi
kematian pemutus (27); "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun (28); Kuat
kuasaku telah binasa dan hilang lenyap dariku" (29). "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta
belenggulah dia, (30)," Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim (31); “Selain dari itu,
masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (32)!
"Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar (33), "Dan dia juga tidak
menggalakkan memberi makanan orang miskin (34). "Maka pada hari ini, tidak ada baginya di
sini kaum kerabat serta sahabat handai (35), "Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari
air danur (36), “Yang tidak memakannya melainkan orang yang melakukan perkara yang salah"
(37).
83
Ar-Rahman 55: 33-44
“Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi penjuru langit dan bumi, maka
tembuslah. Kamu tidak akan mampu menembusinya kecuali dengan kekuatan (dari Allah) (33).
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (34). Kepada kamu akan dikirimkan
nyalaan api dan cairan tembaga sehingga kamu tidak dapat menyelamatkan diri (35). Maka
nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (36). Maka apabila langit telah terbelah
dan menjadi merah mawar seperti minyak (37). Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu
dustakan? (38). Maka pada hari itu manusia dan jin tidak ditanya akan dosanya (39). Maka
nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (40). Orang yang berdosa dapat dikenal
dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (41), Maka yang mana satu di
84
antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (42) "Inilah neraka Jahannam
yang selalu orang yang berdosa mendustakannya" (43). Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di
antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! (44).”
Al-Buruj 85: 1-22
“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang (1); Dan hari
(pembalasan) yang dijanjikan (2); Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta
segala keadaan yang disaksikan (3); Celakalah kaum yang menggali parit (4), (Parit) api yang
penuh dengan bahan bakaran (5), (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya (6),
85
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang yang beriman (7). Dan mereka
tidak marah dan menyeksakan orang yang beriman itu melainkan kerana orang itu beriman
kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji (8). Tuhan yang menguasai segala alam langit
dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu (9). Sesungguhnya orang
yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang lelaki yang beriman dan orang perempuan
yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka
Jahannam, dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (10). Sesungguhnya
orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar (11). Sesungguhnya azab
Tuhanmu amatlah berat (12). Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada
mulanya, dan yang mengembalikannya (13). Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha
Pengasih (14). Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya (15), Yang berkuasa
melakukan segala yang dikehendakinya (16). Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad)
perihal kaum-kaum yang menentang (17)? (Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (18).
Bahkan orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran (19);
Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (20). Bahkan ialah Al-Quran yang
tertinggi kemuliaannya (21); (Lagi yang terpelihara) pada Lauh Mahfuz (22). “
Al-A’la 87: 1-19
86
“Sucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (1), Yang menciptakan serta menyempurnakan (2);
Yang menentukan kadar dan memberikan petunjuk (3); Dan Yang mengeluarkan rerumput untuk
binatang-binatang ternak (4), Kemudian Ia menjadikan (tumbuhan yang menghijau) itu kering -
kehitam-hitaman (5). Kami akan membacakan (Al-Quran) kepadamu (wahai Muhammad)
sehingga engkau tidak akan lupa (6), Kecuali jika Allah mengkehendaki; sesungguhnya Dia
mengetahui yang terang, dan yang tersembunyi (7). Dan Kami tetap memberi kemudahan
kepadamu untuk melaksanakan syariat yang mudah (8). Oleh itu berilah peringatan,
sesungguhnya peringatan itu bermanafaat (9); Orang yang takut akan mendapat pelajaran (10);
Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya (11), Orang yang memasuki api
yang besar (12), Selanjutnya, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup (13). Sesungguhnya
berjayalah orang yang menyucikan diri (14), Dan dia mengingati nama Tuhannya, serta
mengerjakan solah (15). Sedangkan kamu (orang kafir) memilih kehidupan dunia (16); Padahal
kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal (17). Sesungguhnya ini ada di dalam Kitab-kitab yang
terdahulu, (18) (Iaitu) Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa (19).”
An-Nasr 110: 1-3
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (1), Dan engkau melihat manusia masuk
dalam agama Allah beramai-ramai (2), Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan
mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (3)”
3. Ayat-ayat untuk pembatal sihir
Al-A’raf 7: 117-122
87
“Dan Kami wahyukan kepada Musa: “Lemparkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu
menelan apa yang mereka sihirkan (117). Kerana itu, nyatalah benar dan batallah yang selalu
mereka kerjakan (118). Maka mereka dikalahkan di tempat itu dan jadilah mereka orang yang
hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu serta-merta meniarap diri dengan bersujud (120). Mereka
berkata: “Kami beriman dengan Tuhan semesta alam (121). (Iaitu) Tuhan Musa dan Harun”
(122).”
Yunus 10: 81-82
“Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: “Apa yang kamu lakukan itu, itulah sihir,
sesungguhnya Allah akan menampakkan kepalsuannya.” Sesungguhnya Allah tidak akan
membiarkan terus berlakunya pekerjaan orang yang membuat kerosakkan (81). Dan Allah akan
mengukuhkan yang benar dengan ketetapanNya walaupun orang yang berbuat dosa tidak
menyukai(nya) (82).”
Taha 20: 68-70
“Kami berkata: “Janganlah kamu takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul (menang)”
(68). Dan lemparkanlah apa yang ada ditangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang
mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir. Dan
mereka tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang (69). Lalu tukang-tukang
sihir itu merebahkan diri mereka, lalu bersujud, seraya berkata: “Kami telah beriman kepada
Tuhan Harun dan Musa.” (70).”
88
Ayat-ayat lain:
Al-A’raf 7: 18
“Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir.
Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka
jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;”
Al-Furqan 25: 32
“Dan orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad
semuanya sekali?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak
menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu
dengan teratur satu persatu.”
Al-Anbiya 21: 18
“Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia
menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan kecelakaan akan
menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami).”
89
Al-Anbiya 21: 70
“Dan mereka hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang
yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).”
An-Nur 24: 39
“Dan orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata
yang disangka air oleh orang yang dahaga, sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak
didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya,
lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya; dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan
hisabNya.”
Al-Isra 17:81
“Dan katakanlah, “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sesungguhnya yang
batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
90
Fatir 35: 10
“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan
mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya
segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di angkatnya naik. Dan sebaliknya: orang
yang merancangkan kejahatan, adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat
mereka akan rosak binasa.”
Fussilat 41: 42
“Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan
dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.”
Al-Kahfi 18: 98
“Berkatalah (Zulkarnain): "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai
janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu
benar".”
91
4. Ayat-ayat untuk asy-syifa (penyembuhan dan pemulihan)
Al-Isra’ 17: 82
“Dan Kami turunkan al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman
kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim melainkan kerugian
jua.”
Fussilat 41: 44
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan
berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah
Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai
Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang yang beriman; dan
sebaliknya orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang
menyumbat telinga mereka; dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka. Mereka
itu orang yang diseru dari tempat yang jauh".”
92
Ayat-ayat lain:
Yunus 10: 57
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada
di dalam dada kamu, dan juga menjadi petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi
orang yang beriman.”
At-Taubah 9: 14-15
“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu,
dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan
memuaskan hati orang yang beriman (14). Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan orang
yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendakiNya; dan Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
93
An-Nahl 16: 67-69
“Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan
makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda
bagi orang yang mahu menggunakan akalnya (67). Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:
"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di
bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia (68). Kemudian makanlah dari segala jenis
bunga-bungaan dan buah-buahan, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan
dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman
(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada
yang demikian itu, ada tanda bagi orang yang mahu berfikir. (69)”
94
Asy-Syu’ara 26: 75-80
“Dia (Nabi Ibrahim) berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda
yang kamu sembah itu? (75) "Kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu? (76) "Sesungguhnya
berhala-berhala itu ialah musuhKu, melainkan Allah Tuhan sekalian alam (77); "Tuhan yang
menciptakan daku, maka Dia lah memberi petunjuk kepadaku (78); Dan Tuhan yang Dia lah jua
memberiku makan dan minum (79), "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan
penyakitku (80). ”
95
5. Ayat-ayat dan doa ruqyah khusus
5.1. Ayat-ayat untuk membuang penyakit atau meruqyah bahagian badan tertentu
Al-Anfal 8: 17
“Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan
pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi
Allah jualah yang melempar, dan untuk mengurniakan orang yang beriman dengan pengurniaan
yang baik daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Al-Fatihah 1: 6
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
5.2. Ayat-ayat penghancur kekuatan penyakit
Fatir 35: 10
“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan
mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya
segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di angkatnya naik. Dan sebaliknya: orang
yang merancangkan kejahatan, adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat
mereka akan rosak binasa.”
96
Al-Kahfi 18: 98
“Berkatalah (Zulkarnain): "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai
janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu
benar".”
Al-Hasyr 59: 21
“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya
tunduk berpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu
Kami kemukakan kepada manusia agar dia berfikir.”
5.3. Ayat-ayat penarik (penyakit, kotoran, benda sihir, jin)
Al-Mukminun 23: 115
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu dengan tiada
sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Al-Baqarah 2: 148 (keratan)
“Di mana sahaja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
97
5.4. Ayat untuk pendinding (bahagian badan yang sudah sembuh, melindungi tubuh)
Yasin 36: 9
“Dan Kami jadikan di hadapan mereka sekatan dan di belakang mereka juga sekatan, dan Kami
tutup mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
Al-Isra’ 17: 45
“Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan di antara kamu dan orang yang tidak
beriman kepada hari akhirat itu dinding yang tidak dapat dilihat.”
Al-Kahfi 18: 94-95
“Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan
kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu
dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (94). Dia
menjawab: " Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu
bantulah daku dengan tenaga; aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok
penutup yang kukuh. (95)”
98