The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahaniaris, 2021-06-23 20:56:01

RAWATAN RUQYAH

RAWATAN RUQYAH

Al-Mukminun 23: 100

“"Supaya aku mengerjakan amal-amal soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan".
Tidak! Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya,
sedang di hadapan mereka ada tembok hingga hari mereka dibangkitkan semula.”
Al-Furqan 25: 53

“Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi
memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua
laut itu sempadan yang menyekat percampuran keduanya.”
Al-Hadid 57:13

“(Ingatlah) semasa orang munafik, lelaki dan perempuan, berkata kepada orang yang beriman:
"Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan: "Baliklah
kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka
sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan
nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat azab seksa.”

99

5.5. Ayat penakluk
An-Naml 27: 30-31

"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama
Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (30), “Bahawa janganlah kamu meninggi diri
terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran
agama Allah). ' (31)"
5.6. Ayat untuk pukulan (ketika menepuk/memukul tubuh pesakit)
Al-Nahl 16: 126 (keratan)

“Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan
kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu,”
Asy-Syu’ara 26: 130

“Dan apabila kamu memukul, kamu memukul dengan kejam bengis?”
Al-Anfal 8: 50

“Dan kalau engkau melihat, ketika malaikat mengambil nyawa orang kafir dengan memukul muka
dan belakang mereka (sambil berkata): "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".”

100

Terapi Al-Fatihah

NURUDDIN AL INDUNISSY
www.NAI-Foundation.com | www.quranic-healing.blogspot.com
*Catatan: Mintalah perlindungan kepada Allah kerana jin yang ada dalam tubuh akan berusaha
menghentikan bacaan atau proses ini.
** Bacakan Al Hasyr: 21-24 sebelum Al Fatihah, dan bacakan Al-Anfal: 17 selepas tiupan
Al-Fatihah ke-7 untuk menambah kekuatan do'a.
Al-Hasyr 59: 21-24

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya
tunduk berpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu
Kami kemukakan kepada manusia agar dia berfikir (21). Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia.
Yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pengasih, lagi Maha
Penyayang (22). Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Menguasai, Yang Maha Suci,
Yang Maha Sejahtera, Yang Melimpahkan Keamanan, Pemelihara Keselamatan, Yang Maha
Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Memiliki Segala Keagungan. Maha Suci Allah daripada

101

segala yang mereka persekutukan (23). Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang
Membentuk Rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih
kepadaNya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana (24).”
Al-Anfal 8: 17

“Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan
pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi
Allah jualah yang melempar, dan untuk mengurniakan orang yang beriman dengan pengurniaan
yang baik daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
RUQYAH AL FATIHAH
Teknik ruqyah yang paling sederhana dengan Al Fatihah dan segelas air putih:
1. Sebaiknya dilakukan setelah solat fardhu, atau selesai solat sunat 2 rakaat dengan niat
memohon perlindungan dan kesembuhan kepada Allah. Atau minimal badan bersih dan dalam
wudhu.
2. Ambil segelas air putih, duduk menghadap kiblat dan tundukan wajah. Pegang gelas itu dengan
tangan kanan, dan mula bacakan Al Fatihah.
3. Setelah selesai tiupkan dan do'akan dengan yakin. Bacakan sebanyak 7 kali, dan masing-masing
tiupkan ke air lalu do'akan. Do'akan dengan do'a yang berbeza di tujuh kali tiupan tersebut.
Do'anya bebas, tapi pastikan khusyuk dan sebutan yang jelas. Misalnya:
Tiupan Al Fatihah ke 1
Ya Allah, ya Hakim, ya Aliim, ya Hakiim, ya Aliiy, ya Adzim, ya Malik, ya Khaliq, ya Jabbar, ya
Muktadir.. wahai Engkau yang mengatur setiap pergerakan benda-benda di semesta raya ini,
jadikanlah setiap partikel terkecil dalam air ini balatentara yang akan menyerang dan
menghancurkan sihir dan buhul-buhul dan setiap musuh-musuhMu yang tengah menzalimi
tubuhku ini.
Tiupan Al Fatihah ke 2
Ya Allah, jadikanlah partikel terkecil dari air ini, duri-duri besi tajam yang akan melukai dan
melemahkan atau membunuh makhluk-makhluk ingkar yang ada dalam tubuhku ini.

102

Tiupan Al Fatihah ke 3

Ya Allah, jadikanlah partikel terkecil dari air ini, timah panas mendidih yang akan membakar dan
meluluhkan setiap rumah dan persembunyian jin-jin di dalam tubuh ini.

Tiupan Al Fatihah ke 4

Ya Allah, jadikanlah partikel terkecil dari air ini, sengatan api letrik yang merambat dari lambung
hingga ke hujung jari tangan dan jari-jari kaki. Dari pusat jantung hingga ke otak dan pori-pori di
setiap rambut-rambut yang tumbuh di seluruh tubuhku ini.

Tiupan Al Fatihah ke 5

Ya Allah, jadikanlah setiap partikel terkecil dari air ini, sebagai penyembuh yang akan
mengembalikan setiap sel-sel yang telah dirosak oleh balatentara Iblis dalam tubuhku ini.

Tiupan Al Fatihah ke 6

Ya Allah, ya Mukmin, Ya Muhaimiin, wahai engkau yang maha menjaga dan mengamankan
hamba-Nya, jadikanlah setiap partikel air ini pelindung yang membentengi hati dan tubuhku dari
gangguan jin-jin ini dengan cara yang Engkau kehendaki.

Tiupan Al Fatihah ke 7

Wahai air yang mendengar, wahai setiap sel tubuh yang mendengar, wahai setiap saraf-saraf,
pembuluh-pembuluh darah, urat-urat, tulang-tulang, cairan tubuh, hormon-hormon dan semua
yang tidak kuketahui yang mendengarkan lantunan Al Fatihah tadi. Dengarkanlah, takutlah kalian
kepada Allah.

“Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya
Allah amat segera hitungan hisabNya.” (Ali Imran 3: 19; keratan)

Takutlah kalian kepada Allah saja dan jangan ikuti perintah sihir dari jin-jin itu, takutlah kepada
Allah dan perbaiki setiap kerusakan itu hingga sembuh seperti sedia kala. Takutlah kepada Allah
dan himpitlah seluruh jin zalim seandainya mereka ada dalam tubuh ini dan tidak mahu keluar
setelah mendengar semua peringatan ini, ya Rabb.

Baca “Amin”. Tiupkan pada air.

Baca: Hasbunallah wani'mal wakiil ni'mal maula wa ni'man nasiir. La Haula wa laa quwwata illa
bilahil aliyhil Adziim.

4. Baca basmalah dan minum.

103

INSTANT HEALING POWER AL FATIHAH

Teknik ini dikhususkan untuk pesakit migraine, sakit kepala berat dan menusuk-nusuk.

1. Yakinkan sepenuh hati, bahawa penyembuhan datang dari Allah.

2. Baca Istighfar untuk memohon ampunan, Syahadah untuk mengukuhkan ketauhidan, Salawat
kepada Rasulullah sebagai tawasul/perantara sampainya do'a ke langit, baca Ta'awudz untuk
perlindungan, baca "Lahawla walaa quwwata illabillahil aliyhil adziim" untuk meneguhkan dan
menyerahkan setiap keputusan ikhtiar kita sepenuhnya kepada Allah, baca “Hasbunallah..." untuk
mengukuhkan keyakinan bahwa Allah itu cukup untuk kita.

3. Dekatkan tangan kita dengan bibir, kira kira 5 cm. Lalu baca Al Fatihah dimulai dari Basmallah
hingga akhir dengan menerjemahkannya dalam hati kita. Lalu tiupkan ke telapak tangan dan
dekatkan di tempat yang sakit.

4. Lalu putarkan dengan putaran berlawanan jam selama 3 atau 7 kali. Yakinkan hati kita untuk
menarik semua pengaruh sihir itu, lalu hempaskan ke arah kanan.

5. Tarik nafas dan rasakan, insya Allah saat itu sakit berkurang. Dan lakukan selama 3 kali cara
yang sama, dan Insya Allah penyakit itu sembuh.

MEMBUAT PERISAI GHAIB

Ini adalah usaha agar jin tidak kembali lagi setelah ruqyah, atau bertujuan memagari diri kita dari
sihir dan serangan jin.

1. Bacakan Al Fatihah, Al Falaq, An Nass, Ayat Qursi dan Surah Yasiin: 9 dan tiupkan pada kedua
telapak tangan.

Yasin 36: 9

“Dan Kami jadikan di hadapan mereka sekatan dan di belakang mereka juga sekatan, dan Kami
tutup mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

2. Usapkan keseluruh tubuh sebanyak 3 kali sambil membaca;

"Ya Allah, ya Mukmin, ya Muhaimmin, wahai engkau yang Maha Melindungi dan mengamankan
hamba-Nya, lindungilah aku dengan penjagaanmu yang sempurna. Butakanlah semua
penglihatan jin yang biasa mengintai dan memasuki ragaku. Aamiin”

3. Bertawakal kepada Allah, dan hindari dosa-dosa dan kemaksiatan yang menjadi pintu masuk
syaitan ke hati.

104

MENGAMBIL PENYAKIT
Teknik ini untuk mencabut, menarik atau mengeluarkan jin dan pengaruh sihirnya dalam tubuh
kita sendiri dengan menggunakan 5 jari yang telah dibacakan Ayat Ruqyah. Teknik ini dilakukan
jika jin itu telah diketahui lokasinya dalam tubuh (cara mengetahuinya adalah dengan merasakan
pusat sakit yang di suatu tempat). Biasanya ada dititik tertentu dalam tubuh yang ada kedutan,
pegal, kaku atau sakit tanpa sebab.
Caranya:
1. Lakukan muqadimah ruqyah seperti biasa.
2. Bacakan Surah Yasiin: 9 dengan niat untuk menguncinya. Bacakan di telunjuk dan lingkari
daerah sakit agar jin itu tidak berpindah-pindah ke tempat lain.
3. Bacakan Surah Al Anfal: 17 dan Al Mukminun: 115 di hujung jari-jari tangan kanan dan tiupkan,
dan dekatkan ke mulut.
Al-Anfal 8: 17

“Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan
pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar, akan
tetapi Allah jualah yang melempar, dan untuk mengurniakan orang yang beriman dengan
pengurniaan yang baik daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.”
Al-Mukminun 23: 115

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sahaja dengan
sia-sia, dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
4. Cengkam lokasi yang sakit dan cabut sambil baca "Bismillahi Allahuakbar!“, tarik atau ambil
sakit itu seolah-olah menarik benda sihirnya.

105

Selain diatas, kita juga boleh menyeksa jin itu dengan mendekatkan telapak tangan kita, menekan
titik sakit dengan jari, menepuk-nepuk, meniup atau mengusapnya sambil membacakan surah Al-
Hasyr: 21 dengan niat menyeksanya.
Al-Hasyr 59: 21

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya
tunduk berpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu
Kami kemukakan kepada manusia agar dia berfikir.”
TEKNIK PUTARAN TAWAF
Caranya:
1. Lakukan mukadimah ruqyah seperti biasa.
2. Bacakan Al Fatihah, Al Falaq dan Al Mukminun: 115, dan tiupkan ke tangan.
Al-Mukminun 23: 115

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sahaja dengan
sia-sia, dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
3. Letakan di perut dan putar-putar ke arah kiri, sambil baca "La Hawla wala quwwata ilabillahil
aliyhil adziim" niatkan untuk mengumpulkan semua bentuk sihirnya di sana.
4. Lalu tarik ke dada dan buang di mulut. Jika mual, terus muntahkan.
Boleh dilakukan setiap hari selepas solat. Teknik ini juga boleh dilakukan di titik sakit di seluruh
tubuh yang terjangkau tangan. Jika tidak boleh menarik ke mulut, boleh dihempaskan ke arah
mana saja dengan meniatkan untuk membuang penyakit dan memenjarakan jinnya di alam
mereka.

106

Teknik Menghancurkan Benteng Ghaib Sihir dan Jin

Perdana Akhmad S.Psi
Untuk menghadapi kes ini, biasanya jin tersebut memiliki pendinding agar tepukan/
pukulan/sembelihan kita tidak dapat dirasakan oleh jin tersebut.
Caranya:
Sebelum menepuk/pukulan/sembelihan, bacakan Al-Hasyr: 21 berulangkali sambil tangan kita
menempel di bahagian tubuh yang akan kita rawat. Boleh juga dengan memutar 2 sampai 4 jari
kita berlawanan dengan jarum jam dengan mengazamkan untuk menghancurkan pendinding jin
tersebut.
Al-Hasyr 59: 21 (keratan)

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya
tunduk berpecah-belah disebabkan takut kepada Allah.”
Teknik ini juga boleh digunakan untuk membuka pertahanan benda sihir yang ada dalam tubuh
pesakit agar boleh keluar dari tubuhnya.
Contoh kes: Seorang wanita yang merasakan perutnya sangat sakit dan terasa ada benjolan
dalam perutnya. Pesakit memejamkan matanya dan berdoa pada Allah agar berikan petunjuk
“benda sihir” apa yang berada di dalam perutnya. Dibacakan membaca Al An’am: 103 beberapa
kali dan dihembuskan di matanya.
Al-An’am 6: 103

“Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat segala
penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.”
Lalu pesakit itu “melihat” ada banyak angin yang bergulung-gulung dalam perutnya dan melihat
ada gumpalan daging/darah hitam yang menempel di perut kanannya. Lalu dibacakan ayat-ayat
penghancur sihir selama 5 minit.

107

Lalu dibacakan An-Naml: 30-31 dengan niat menarik/mengeluarkan benda sihir tersebut namun
tetap tidak boleh seolah-olah telah melekat dengan eratnya.
An-Naml 27: 30-31

"Sesungguhnya (surat) itu daripada Sulaiman yang isinya: “Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang (30). Janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan
datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri” (31)."
Maka dibacakan Al-Hasyr: 21 dengan membalingkan besi rawatan/pena besi dengan niat
menghilangkan pendinding sihir dan pesakit muntah, dan bolehlah “menarik”/mengeluarkan
benda sihir tersebut, sampai sakit perut pesakit hilang.

108

Teknik menghapuskan barang sihir

Susunan Quranic Healing
1. Merendam atau merebus benda sihir
Jika benda kiriman sihir kita dapatkan, masukkan benda kiriman sihir tersebut ke dalam air ruqyah
(atau direbus dalam air mendidih).
Jika bendanya merupakan benda keramat (keris, jimat, batu akik yang dipakai untuk kesaktian)
maka berdoa:
"Ya Allah, ya Tuhanku, hambamu memohon agar dihilangkan kekuatan benda (sebutkan
bendanya) dan putuskanlah hubungan benda sihir ini dengan (sebutkan orangnya); kabulkanlah
ya Allah, ya Rahman, ya Rahiim."
Jika bendanya adalah benda kiriman sihir (belatung, rambut, jarum dll) maka baca doa:
"Ya Allah, Ya Tuhanku, hambamu memohon agar diputuskan semua hubungan antara (siapa
orangnya) dengan serangan sihir dan berilah balasan setimpal atas perbuatan sihir yang
menyerang kami, Tiada Tuhan Selain Engkau Ya Allah, dan seksa-Mu amatlah pedih."
Lalu baca:
Ayat Kursi 2: 255

“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus
(makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di
bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang
di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu
Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah melitupi langit dan bumi. Dan Allah tidak
merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

109

Al-Nahl 16: 126 (keratan)

“Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan
kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu,”
Asy-Syu’ara 26: 130

“Dan apabila kamu memukul, kamu memukul dengan kejam bengis”
Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebanyak 3 kali dan hembuskan kedalam air ruqyah/rebusan
tersebut.
Lalu biarkan beberapa malam dan jika terasa cukup maka buang air dan benda sihir jauh dari
rumah.
2. Membakar benda sihir
Jika bendanya merupakan benda keramat (keris, jimat, batu akik yang dipakai untuk kesaktian)
maka berdoa:
"Ya Allah ya Tuhanku, hambamu memohon agar dihilangkan kekuatan benda (sebutkan
bendanya) dan putuskanlah hubungan benda sihir ini dengan (sebutkan orangnya), kabulkanlah
ya Allah, ya Rahman, ya Rahiim."
Jika benda kiriman sihir kita dapatkan, maka masukkan belatung tersebut kedalam api/dibakar
sambil berdoa:
"Ya Allah Ya Tuhanku, hambamu memohon agar diputuskan semua hubungan antara (sebutkan
orangnya) dengan serangan sihir ini dan berilah balasan setimpal atas perbuatan sihir yang
menyerang kami, Tiada Tuhan Selain Engkau Ya Allah, dan seksa-Mu amatlah pedih."
Lalu baca:

110

Ayat Kursi 2: 255

“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus
(makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di
bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di
hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah
melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah melitupi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa
berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
Al-Nahl 16: 126 (keratan)

“Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan
kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu,”
Asy-Syu’ara 26: 130

“Dan apabila kamu memukul, kamu memukul dengan kejam bengis”
Bacakan Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebanyak 3 kali dan hembuskan kedalam air
ruqyah/rebusan tersebut. Lalu bakar dalam api.
Pasrahkan hasilnya kepada Allah Ta'ala. Adapun sisa-sisa air ruqyah, rebusan (beserta benda sihir)
atau pembakaran, buang ditempat yang jauh dari rumah atau kediaman manusia.

111

Meruqyah rumah/kedai

http://www.ruqyah-syariyyah.athallah.biz/2015/05/cara-meruqyah-rumah-toko-atau-tempat.html
Persiapan
1. Sediakan garam kasar secukupnya.
2. Sediakan satu baldi air bersih dan campurkan garam kasar itu ke air; aduk sampai tercampur
dan larut.
3. Pastikan badan dan persekitaran bersih dan suci - mandi terlebih dahulu, pakailah pakaian yang
bersih dan gunakan minyak wangi untuk pengharum badan.
4. Solat sunat 2 rakaat dengan niat ikhlas kepada Allah.
5. Celupkan jari telunjuk tangan kanan ke air dan saat membacakan ayat ayat ruqyah putar jari
dengan se arah jarum jam. Baca istigfar yang banyak.
Dalil: “Barangsiapa sentiasa beristighfar, niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya
kelapangan dan untuk setiap kesempitannya jalan keluar, dan akan diberi-Nya rezeki dari arah
yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Daud)
6. Kemudian takbir, tasbih, tahlil, tahmid.
Dalil: Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Tidaklah seorang di muka bumi ini
mengucapkan: Laa ilaha illallah,w allahu akbar, subhanallah, wal hamdulillah, wa laa hawla wa
laa quwwata illa billah, melainkan dosa-dosanya akan dihapus walaupun sebanyak buih dilautan.”
(HR. Ahmad 2/158, sanadnya Hasan)
7. Bersalawat
Dalil: “Rasulullah (s.a.w.) berkata, “Apabila kalian berdoa, hendaknya dia memulai dengan
memuji dan mengagungkan Allah, kemudian bershalawat kepada Nabi (s.a.w.). Kemudian
berdoalah sesuai kehendaknya.” (H.R. Ahmad, Abu Daud dan disahihkan al-Albani)
8. Baca kalimat tammah
Kalimah Tammah I

“Aku memohon perlindungan denan perkataan Allah yang sempurna daripada kejahatan apa
yang ciptaanNya.”

112

Kalimah Tammah II

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan, binatang
berbisa, dan pandangan mata yang jahat.”
9. Baca doa seperti berikut:
"Ya Allah, hamba berniat meruqyah rumah/kedai hamba untuk menghancurkan dan
membersihkan semua yang buruk di dalamnya. Dan berilah rahmat dan perlindungan serta
keamanan bagi semua yang memasukinya.”
*Boleh ditambah atau diubahsuai doa ini.
10. Baca Ayat-ayat Ruqyah untuk rumah:
Al-Fatihah (3x)
Al Hasyr: 21-24 (3x)
Al-Baqarah: 1-4 (3x)
Al-Baqarah: 255 (3x)
Al-Baqarah: 256-257 (3x)
Al-Baqarah: 284-286 (3x)
Al-Ikhlas (3x)
Al-Falaq (3x)
An-Nas (3x)
Tiupkan ke air selesai membaca satu surah.
11. Siramkan air ini di depan rumah, kedai atau tempat tempat yang sering menjadi penampakan
mahluk halus. Boleh juga dibuat spray ke ruang-ruang atau bucu-bucu rumah. Dibacakan Ayat
Kursi sambil menyiram/spray rumah/kedai.
Lakukan secara rutin dengan minimum selama 7 hari (berturut-turut). Kemudian lakukan 1 minggu
sekali sampai gangguan berhenti kemudian diulang sebulan sekali.

113

Untuk pulangkan sihir

1. Solat Tahajjud untuk pulangkan sihir
8 rakaat Solat Tahajjud dan 3 rakaat Solat Witir.
Setiap rakaat selesai membaca al-Fatihah, dibacakan Surah al-Ahzab: 68 (100x)

“Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan
laknat yang besar.”
Jumlahnya 1100 kali.
Berdoa supaya Allah musnahkan sihir itu, tukang sihir dan orang yang menghantarnya.
* Sekiranya tidak mampu melakukannya pada waktu malam, boleh dilakukan semasa solat
sunat/wajib (2 rakaat setiap waktu solat). Tambah rakaat yang tidak cukup (untuk mencukupkan
11 rakaat) pada waktu malam.
2. Surah Yasiin 36
1. Baca Surah Yasin dalam keadaan suci.
2. Bila sampai pada ayat 58, ulang 100x sambil berniat bersungguh-sungguh untuk pulangkan
sihir kepada pengirimnya. Jika berniat untuk mengetahui siapa pengirimnya, insha Allah, Allah
akan tunjuk.
Yasin 36: 58

“Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.”
3. Sambung bacaan surah sehingga tamat.

114

3. Cara NAI dan Ust Perdana
1. Baca mukadimah ruqyah seperti biasa.
2. Ambil penyapu lidi yang kecil dan dibacakan Al-Anfal: 17, Al-Baqarah: 255 dan Ali Imran: 18, dan
sambil mengucapkan permohonan kepada Allah “Ya Allah Yang Maha Adil, kembalikan semua sihir
ini kepada pengirimnya”.
Al-Anfal 8: 17

“Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan
pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi
Allah jualah yang melempar, dan untuk mengurniakan orang yang beriman dengan pengurniaan
yang baik daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Ayat Kursi 2: 255

“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus
(makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di
bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang

115

di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu
Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah melitupi langit dan bumi. Dan Allah tidak
merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
Ali Imran 3: 18

“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan,
para malaikat dan orang yang berilmu (juga menyatakan yang sedemikian). Tiada Tuhan
melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (18).”
4. Penyapu lidi itu pun dikibas-kibaskan ke angkasa berkali-kali.

116

Extras

Zikir dijauhi syaitan

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan dan bencana.
Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau daripada bisikan-bisikan syaitan,
Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau agar mereka tidak mendekatiku.
Dan (Kami) telah menjaganya daripada syaitan yang derhaka.”
Tasbih

“Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha
Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung.”
Tasbih taubat

“Tiada Tuhan melainkan Engkau (Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku termasuk
golongan orang yang zalim.”

117

Lailaha illalahu wahdahu

“Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua
kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Bismillah Lima

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di
dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

118

Doa untuk amalan harian untuk pendengaran dan penglihatan (dan kesihatan)

“Ya Allah, berikan aku kesihatan tubuh.
Ya Allah, berikan aku pendengaran yang baik.
Ya Allah, berikan aku penglihatan yang baik.
Tiada Tuhan selain Engkau.”
(Sunan Abu Daud #5090)
*Diulang 3 kali setiap pagi dan malam. Selepas dibaca, tiupkan pada tapak tangan dan sapu pada
seluruh badan.

119

Manzil - 33 ayat

Dibacakan pada waktu pagi dan petang
Dianjurkan oleh Rasulullah (s.a.w.) sebagai perlindungan daripada kesusahan
Al-Fatihah

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1). Segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam (2). Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3). Pemilik Hari
Pembalasan (4). Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami
memohon pertolongan (5). Tunjukkan kami jalan yang lurus (6). (Iaitu) jalan orang yang telah
Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan mereka yang dimurkai dan bukan mereka yang
sesat (7).”

120

Al-Baqarah 2: 1-5

“Alif Lam Mim (1). Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa (2).
(Iaitu) Mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, melaksanakan solat, dan
membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3). Dan mereka yang
beriman kepada yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan yang telah diturunkan sebelum
engkau dan mereka yakin akan adanya hari akhirat (4). Merekalah yang mendapat petunjuk dari
Tuhannya dan mereka itulah orang yang beruntung (5).
Al-Baqarah 2: 163

“Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.”

121

Al-Baqarah 2: 255-257

“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus
(makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di
bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang
di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu
Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah melitupi langit dan bumi. Dan Allah tidak
merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar (255). Tidak ada
paksaan dalam agama, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.

122

Kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan putus.
Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (256). Allah pelindung orang yang beriman.
Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang yang kafir, pelindung-
pelindungnya ialah syaitan yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka
itu adalah penghuni nereka, mereka kekal di dalamnya (257).”
Al-Baqarah 2: 284-286

“Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu
melahirkan apa yang tersembunyi di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya

123

Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan kamu itu. Maka Allah
mengampunkan siapa yang dikehendakiNya dan menyeksa siapa yang dikehendakiNya dan
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (284). Rasul telah beriman kepada al-Quran yang
diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang yang beriman. Semuanya beriman
kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka
mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun dari rasul-rasulNya,” dan
mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami, ya Tuhan kami dan kepada
Engkau kami kembali (285). Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan
kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat
seksa (dari kejahatan) yang dia kerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan Kami, janganlah
Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebani kepada orang
sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak
sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (286)”.
Ali Imran 3: 18-19

“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan,
para malaikat dan orang yang berilmu (juga menyatakan yang sedemikian). Tiada Tuhan
melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (18). Sesungguhnya agama di sisi Allah
hanyalah Islam. Tiada berselisih orang yang telah diberi al-Kitab kecuali setelah datang
pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa yang kufur
terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat perhitunganNya (19).”

124

Ali Imran 3: 26-27

“Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang
yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki.
Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau
kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas
segala sesuatu (26). Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke
dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari
yang hidup. Dan Engkau memberi rezeki kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (27).”

125

Al-A’raf 7: 54-56

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam dengan siang yang mengikutinya
dengan cepat, dan matahari, bulan dan bintang-bintang, tunduk kepada perintahNya. Ingatlah,
hanya milik Allah urusan menciptakan dan memerintah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam
(54). Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas (55). Dan janganlah kamu berbuat kerosakan
di atas muka bumi sesudah pembaikannya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan
harapan. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik (56).

126

Al-Israa 17: 110-111

“Katakanlah, “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu dapat
seru, Dia mempunyai Asma’ul-Husna; dan janganlah kamu meninggikan suaramu dalam solatmu,
dan janganlah pula merendahkannya; dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.” (110). Dan
katakanlah, “Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu
dalam kerajaanNya dan tidak mempunyai penolong daripada kehinaan, dan agungkanlah Dia
dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.” (111).”
Al-Mukminun 23: 115-118

“Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main dan bahawa kamu
tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115). Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya,
tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang memiliki) Arasy yang mulia (116). Dan barangsiapa yang
menyembah tuhan selain Allah, padahal tidak ada suatu bukti pun baginya tentang itu, maka
perhitungannya hanya pada Tuhannya. Sesungguhnya orang kafir itu tidak akan beruntung (117).

127

Dan katakanlah (Muhammad), “Ya Tuhanku, berikanlah keampunan dan rahmat, Engkaulah
pemberi rahmat yang terbaik.” (118).”
As-Saaffat 37: 1-11

“Demi yang berbaris bersaf-saf (1). Demi yang mencegah (kejahatan) dengan bersungguh-
sungguh (2). Demi yang membacakan peringatan (3). Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Esa
(4). Tuhan langit dan bumi dan apa yang berada di antara keduanya dan Tuhan tempat-tempat
terbitnya matahari (5). Sesungguhnya Kami telah menghias langit dunia dengan hiasan bintang-
bintang (6). Dan (Kami) telah menjaganya daripada setiap syaitan yang derhaka (7). Mereka tidak
dapat mendengar para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru (8). Untuk mengusir
mereka dan mereka akan mendapat azab yang kekal (9). Kecuali (syaitan) yang mencuri
(pembicaraan); maka ia dikejar oleh bintang yang menyala (10). Maka tanyakanlah kepada
mereka (musyrik Mekah), “Apakah penciptaan mereka lebih sulit atau apa yang telah Kami
ciptakan itu?” Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka daripada tanah liat (11).”

128

Ar-Rahman 55: 33-40

“Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi penjuru langit dan bumi, maka
tembuslah. Kamu tidak akan mampu menembusinya kecuali dengan kekuatan (33). Maka nikmat
Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (34). Kepada kamu akan dikirimkan nyalaan api
dan cairan tembaga sehingga kamu tidak dapat menyelamatkan diri (35). Maka nikmat Tuhanmu
yang manakah yang kamu dustakan? (36). Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah
mawar seperti minyak (37). Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (38).
Maka pada hari itu manusia dan jin tidak ditanya akan dosanya (39). Maka nikmat Tuhanmu yang
manakah yang kamu dustakan? (40).”

129

Al-Hasyr 59: 21-24

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya
tunduk berpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu
Kami kemukakan kepada manusia agar dia berfikir (21). Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia.
Yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pengasih, lagi Maha
Penyayang (22). Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Menguasai, Yang Maha Suci,
Yang Maha Sejahtera, Yang Melimpahkan Keamanan, Pemelihara Keselamatan, Yang Maha
Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Memiliki Segala Keagungan. Maha Suci Allah daripada
segala yang mereka persekutukan (23). Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang
Membentuk Rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih
kepadaNya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana (24).”

130

Al-Jinn 72: 1-4

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin telah
mendengar (Al-Quran yang aku bacakan),” lalu mereka berkata: “Kami telah mendengarkan
bacaan yang menakjubkan (1). Memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman
kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Tuhan kami
(2). Dan sesungguhnya Maha Tinggi keagungan Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak beranak
(3). Dan sesungguhnya orang yang bodoh di antara kami dahulu selalu mengucapkan (perkataan)
yang melampaui batas terhadap Allah (4).”
Al-Kafirun 109

“Katakanlah, “Wahai orang kafir (1). Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (2).
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah (3). Dan aku tidak pernah menjadi
penyembah apa yang kamu sembah (4). Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah
Tuhan yang aku sembah (5). Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku.” (6).”

131

Al-Ikhlas 112

“Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa (1). Allah tempat meminta segala sesuatu (2). Dia
tidak beranak dan tiada pula diperanakkan (3). Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan
Dia” (4).”
Al-Falaq 113

“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (1). Daripada kejahatan
makhlukNya (2). Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap-gelita (3). Dan daripada
kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan (4). Dan daripada
kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki” (5).”
An-Nas 114

“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan manusia (1). Raja Yang Menguasai sekalian
manusia (2). Sembahan manusia (3). Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa
bersembunyi (4). Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia (5). Daripada jin dan
manusia.” (6).”

132

Dari http://bentaratujuh.blogspot.my/2015/12/ayat-ayat-manzil.html:

• Ayat-ayat Manzil merupakan kumpulan 76 ayat daripada 14 surah-surah di dalam Al-Quran yang
telah diajarkan oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada para sahabat sebagai syifa', yakni penawar dan
ubat daripada beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.

Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab HAYATUS-SAHABAH (Jilid 3, m.s. 374)
yang dikarang oleh Mohammad Yusuf ibn Ilyas. Hadis tersebut dikeluarkan oleh Imam Ahmad,
Hakim, dan Tarmidhi.

Ubai bin Kaab telah meriwayatkan, "Sewaktu kami bersama Rasulullah (s.a.w.) seorang Badwi
telah datang kepada Baginda dan berkata: "Ya Rasulullah (s.a.w.) saya ada seorang saudara yang
telah di timpa penyakit." Baginda (s.a.w.) telah bertanya,"Penyakit apa?" Jawabnya, "Sejenis gila."
Rasulullah menyuruh orang itu membawa saudaranya. Kemudian baginda Rasulullah (s.a.w.) telah
membaca surah-surah dan ayat di bawah ini:

Bacaan 1: Al-Fatihah
Bacaan 2: Surah Al-Baqarah, ayat 1 - 5
Bacaan 3: Surah Al-Baqarah, ayat 163
Bacaan 4: Surah Al-baqarah, ayat 255-257
Bacaan 5: Surah Al-Baqarah, ayat 284-286
Bacaan 6: Surah Al-Imran, ayat 18
Bacaan 7: Surah Al-Imran, ayat 26-27
Bacaan 8: Surah Al-A'raaf, ayat 54-5
Bacaan 9: Surah Al-Israa', ayat 110 -111
Bacaan 10: Surah Al-Mu'minuun, ayat 115-118
Bacaan 11: Surah As-saaffaat, ayat 1-11
Bacaan 12: Surah Ar-Rahman, ayat 33-40
Bacaan 13: Surah Al-Hasyr, ayat 21-24
Bacaan 14: Surah Al-Jinn, ayat 1-4
Bacaan 15: Surah Al-Kafiruun, ayat 1-6
Bacaan 16: Surah Al-Ikhlas, ayat 1-4
Bacaan 17: Surah Al-Falaq, ayat 1-5
Bacaan 18: Surah An-nas, ayat 1-6

• Boleh dibacakan pada air dan diberi minum dan/atau mandi kepada pesakit.

133

Amalan zikir untuk mengeluarkan jin: dilakukan selepas Isyak/Tahajjud

1. Istigfar (3x)
2. Al-Fatihah (1x)
3. Ayat Kursi (1x)
4. Al-Baqarah: 285-286 (1x)

5. Doa:
“Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Malikul Quddus, aku mohon padaMu untuk membatalkan dan
membuang sihir dan apa juga ikatan dan hubungan jin terkutuk ini ada dengan aku dan
keluargaku, pulihkanlah dan sihatkanlah kami, dan aku mohon perlindungan denganMu daripada
semua penyakit, sihir dan masalah dan penderitaan yang disebabkan oleh jin.” (3x)
6. Salawat (21x)
7. Bismillahir Rahman nir Rahim (21x)

134

8. Ali Imran: 26-27 (1x)
9. Al-Baqarah: 17-18 (21x)
10. Al-An’am: 1-3 (21x)

135

11. Yasin: 7 (21x)
12. Ar-Rahman: 33 (21x)
13. Salawat (21x)
14. Allahumma ameen (3x)

136

Operational Methods

Verses to use in jin-catching

Introduction: Al-A’raf 7: 196

“Sesungguhnya pelindungku adalah Allah yang telah menurunkan al-Kitab. Dan Dia melindungi
orang yang soleh.”
To bring the jinn: Al-Baqarah 2: 148

“Di mana sahaja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
To make the jinn embrace Islam:
An-Nur 24: 34

“Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penjelasan
dan contoh-contoh daripada orang yang terdahulu sebelum kamu, dan sebagai pelajaran bagi
orang yang bertakwa.”
Ali-Imran 3: 19 (keratan)

“Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.”

137

Az-Zaariyat 51: 56

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.”
Faatir 35: 6

“Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana
sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni
neraka yang menyala-nyala.”
If the jinn says he doesn’t know Islam: An-Nur 24: 35

“Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya seperti sebuah lubang yang tidak
tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca
itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak daripada pohon yang
diberkati, pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya
hampir-hampir meneranginya, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya, Allah
memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki dan Allah membuat
perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

138

If the jinn argues that he works with sorcerers: Al-Isra 17: 81

“Dan katakanlah, “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sesungguhnya yang
batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
If there is a pact: At-Taubah 9: 1

“(Inilah pernyataan) pemutusan perhubungan daripada Allah dan RasulNya (yang dihadapkan)
kepada orang musyrikin yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan mereka).”
Al-Maidah 5: 3 (extract)

“Diharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama
selain Allah,”
If his relatives have been killed: Ar-Rum 30: 17-19

“Maka bertasbihlah kepada Allah pada petang hari dan pada pagi hari (17). Dan segala puji
bagiNya baik di langit, di bumi, pada malam hari dan pada waktu zuhur (18). Dia mengeluarkan
yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan
menghidupkan bumi setelah mati. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan. (19)”

139

If he proposes you money: Al-Hijr 15: 21

“Dan tidak ada sesuatu pun melainkan di sisi Kamilah khazanahnya, dan Kami tidak
menurunkannya melainkan dengan kadar tertentu.”
If the jinn challenges you: Yaasin 36: 82

“Sesungguhnya urusanNya apabila Dia Mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya:
“Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.”
If the jinn is in love: Ar-Rum 30: 21

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu
dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan
di antaramu rasa kasih dan saying. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
If he is stubborn: Yaasin 36: 63-64

“Inilah Jahannam yang dahulu telah diperingatkan kepadamu (63). Masuklah ke dalamnya pada
hari ini kerana dahulu kamu mengingkarinya (64).”

140

To get him to bring others:
Al-Baqarah 2: 148 (keratan)

“Di mana sahaja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Qaf 50: 22 (keratan)

“Maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini
menjadi tajam.”
An-Nur 24: 44

“Allah menggantikan malam dan siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, pasti terdapat
pengajaran bagi orang yang mempunyai penglihatan.”
To destroy sorceries: ask them to look at the sorceries and recite (continuously):
Al-Furqan 25: 23 – To destroy the sihir:

“Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu
debu yang berterbangan.”

141

Al-Anfal 8: 11 (keratan) – To clean all sihir:

“Dan diturunkan kepadamu air hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan air hujan itu dan
menghilangkan daripada kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan
memperteguhkan dengannya telapak kakimu.”
An-Nahl 16: 26 (keratan) – To destroy sihir from the root:

“Maka Allah menghancurkan rumah-rumah mereka dari tapaknya, lalu atap jatuh menimpa
mereka dari atas, dan datanglah azab itu kepada mereka dari tempat yang tidak mereka
disedari”.
At-Taubah 9: 1 – To cancel the deal with sorcerers:

“(Inilah pernyataan) pemutusan perhubungan daripada Allah dan RasulNya (yang dihadapkan)
kepada orang musyrikin yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan mereka).”
To fight sorcerers: ask them to look at sorcerers and recite (repeat until all sorcerers are dead
and their bodies disappear):
As-Saffat 37: 177

“Maka apabila (seksaan) itu turun di halaman mereka, maka sangat buruklah pagi hari bagi
orang yang diperingatkankan itu.”

142

Ar-Ra’d 13: 31 (keratan)

“Dan orang kafir sentiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri.”
Al-Hashr 59: 2 (keratan)

“Dan Allah menanamkan perasaan takut ke dalam hati mereka; sehingga mereka memusnahkan
rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang mukmin.”
An-Naml 27: 82 (keratan)

“Dan apabila perkataan telah berlaku ke atas mereka, Kami keluarkan makhluk bergerak yang
bernyawadari bumi yang berkata kepada mereka.”
An-Nisa 4: 76 (keratan)

“Maka perangilah pengikut-pengikut syaitan itu; sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.”
*When you recite this last verse, the jins should go fight them. If they don’t go, give them salam
and tell them they can go.

143


Click to View FlipBook Version