The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kaedah analisis leksikal yang implisit’

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMIRAH DAMIA BINTI ABDUL RAHMAN, 2023-06-21 02:06:59

Kaedah analisis leksikal yang implisit’

Kaedah analisis leksikal yang implisit’

TONGKAH PERJALANAN TONGKAH PERJALANAN


HAK CIPTA & PENAFIAN


@HAK CIPTA TERPELIHARA Terbitan Pertama: Jun 2023 E-Buku ini ialah karya asli Shawn Christien Fabian, Rowenna Anak Remeo, Amirah Damia binti Abdul Rahman, Muhammad Khariul Azhar bin Manapon dan Zumratul Munawwarah. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan dengan apa juga cara sekalipun sama ada dengan komputer, pencetakan semula, filem dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran daripada penerbitnya secara bertulis. i


PRAKATA


Segala puji bagi ALLAH S.W.T, selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat baginda. Saya mewakili kumpulan enam (6) bersyukur atas penerbitan buku elektronik (e-buku) yang bertajuk ‘Tongkah Perjalanan’ hasil perkongsian rakan mentor yang terdiri daripada Shawn Christien Fabian, Rowenna Anak Remeo, Amirah Damia binti Abdul Rahman, Muhammad Khariul Azhar bin Manapon dan Zumratul Munawwarah binti Rahim. Dunia kini telah melalui pelbagai fasa melibatkan semua sektor ekonomi. Begitu juga dalam industri bahan bacaan. Seiring dengan pembangunan teknologi digital, maka bahan bacaan yang selama ini berbentuk fizikal turut terkesan apabila masyarakat lebih tertumpu mencari maklumat di alam maya. Oleh itu, penulis juga perlu berani berubah mengikut fasa perubahan ini dengan menerbitkan pelbagai genre karya. Teknik penerbitan pantas bahan sedia ada yang dikongsikan oleh penulis dilihat dapat membantu sesiapa sahaja berkarya dan menghasilkan penulis berkonsepkan e-buku. ii


ISI KANDUNGAN


ISI KANDUNGAN HAK CIPTA DAN PENAFIAN PENGENALAN BAB 2: PANTUN PERGAULAN PRAKATA ISI KANDUNGAN PENULIS PENGHARGAAN BAB 3: ANALISIS MAKNA PANTUN SECARA UMUM BAB 4: ANALISIS MAKNA PANTUN SECARA KHUSUS i ii iii


PENULIS


ZUMRATUL MUNAWWARAH BINTI RAHIM. B.Edu. (Malay Languages) (Hons.) (UPSI) merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia sejak tahun 2020. Beliau merupakan anak kelahiran Johor yang menetap di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor. Kini, bergiat aktif dalam Persatuan Majlis Anak Johor (M@JOR), UPSI dan merupakan sukarelawan dalam Gabungan Mahasiswa Anak Johor Kebangsaan. SHAWN CHRISTIEN FABIAN B.Edu. (Hons.) (UPSI) merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda pendidikan (SEJARAH) dengan kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia sejak tahun 2020. Beliau merupakan anak kelahiran Sabah menetap di Kampung Toboh Laut, Keningau bahagian pedalaman. Kini, terus aktif dalam Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS). Associate Professor Dr. Anida binti Sarudin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ([email protected]) Prof. Madya Dr. Anida Sarudin merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bidang kepakaran beliau ialah Semantik dan Pragmatik,Korpus dan Analisis Wacana. Beliau telah menyumbang ilmu dalam penerbitan ilmiah seperti jurnal, bab buku dan buku-buku ilmiah.Antara buku beliau dalam bidang ilmu ialah Analisis Semantik Kognitif:Kata Serapan Arab-Melayu dan Linguistik dan Manfaatnya dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Beliau juga dilantik sebagai ahli panel dalam Bidang Korpus di DBP. Penerbitan jurnal beliau lebih terarah kepada kajian berunsur aplikasi korpus dalam bidang yang diceburi. Beliau turut menyandang sebagai Ketua Editor Jurnal PENDETA, UPSI. Selain itu, beliau turut terlibat dalam banyak seminar dan persidangan di peringkat dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping turut aktif dalam medium inovasi.


MUHAMMAD KHAIRUL AZHAR BIN MANAPON B.Edu. (Hons.) (UPSI) merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda pendidikan (BAHASA MELAYU) dengan kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia sejak tahun 2020. Beliau merupakan anak kelahiran Johor menetap di Pekan Nanas, Pontian. Kini, terus bergiat aktif dalam mencari ilmu pengetahuan untuk mendidik anak muda pada masa akan datang. ROWENNA ANAK REMEO B.Edu. (Hons.) (UPSI) merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak tahun 2020. Beliau merupakan anak kelahiran Sarawak menetap di daerah Limbang. Kini, terus bergiat aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) UPSI. AMIRAH DAMIA BINTI ANDUL RAHMAN B.Edu. (Hons.) (UPSI) merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda pendidikan (BAHASA MELAYU) dengan kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia sejak tahun 2020. Beliau merupakan anak kelahiran Johor yang menetap di Felda Pasak, Kota Tinggi. Kini, terus bergiat aktif dalam mencari pengalaman untuk berkarya dan menghasilkan buku.


PENGHARGAAN


Sekalung penghargaan untuk semua yang menjayakan penerbitan buku Tongkah Perjalanan. Kami hargai anda dan semoga berjaya menerbitkan e-buku dengan panduan ringkas ini. Terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Anida binti Sarudin, pensyarah bagi kursus BML3083 (Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu) yang menyediakan platform yang begitu canggih ini untuk menggalakkan penulis berkarya. Begitu juga semua mentor-mentor hebat kumpulan enam (6) yang tanpa mengenal penat lelah menyumbangkan tenaga dan kepakaran dalam melahirkan penulis dan usahawan e-buku sesuai dengan perkembangan semasa.


PENGENALAN


Persahabatan itu indah, segar dan putih bersih. Persahabatan yang didasari oleh jiwa yang bersih dan tidak ada maksud-maksud tertentu. Hingga saat ini seperti itulah makna persahabatan bagi saya. Sahabat di sekitar saya yang rata-rata pekerjaannya adalah nelayan dan umurnya lebih muda banyak memberikan inspirasi dan mereka sangat menghargai kehadiran kita yang juga ingin didengar. Ini sangat erat dengan keinginan saya untuk membantu menyejahterakan mereka dengan jalan yang belum pernah mereka bayangkan. Ini terjadi kerana pengalaman saya sebelumnya yang membuat kepekaan menjadi tinggi, melihat situasi yang carut-marut dan saya akan mengerjakan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Bersahabat dengan banyak teman, semakin harmonis, sangat bermanfaat bagi kelanggengan persahabatan. Saya melihat bersahabat dengan orang-orang yang lebih muda dan energik sangat mempengaruhi semangat kita untuk terus mengimbangi. Dan yang terjadi adalah sebuah penghargaan apabila kita boleh berkolaborasi dengan jalan pikiran mereka tanpa mengesampingkan pendapat kita sendiri. Berkumpul untuk kegiatan yang bersifat positif. Senantiasa berbagi ilmu kepada orang lain. Di dalam kehidupan kita memerlukan kebersamaan. Dengan kepedulian dan aktif mengikut acara di luar, kita tetap sihat dan semangat.


Kebersamaan sebagai wujud dari kedekatan hati dan perasaan kita. Dengan kebersamaan ini suasana hati kita akan berubah dan beban berat akan terasa lebih ringan, malahan dengan berkongsi sangat membantu sekali dalam penyelesaian masalah kita. Situasi ini ada karena kebersamaan dan ada suatu ikatan energi yang sama di antara kita. Sesibuk apapun pasti menyempatkan untuk mendampingi pasangan hidup. Hal ini terjadi karena ketulusan hati tanpa paksaan. Kawan atau sahabat merupakan bentuk hubungan yang sangat unik. Bertitik tolak daripada hubungan ini, maka masyarakat dan negara berjaya dibentuk. Kawan atau sahabat juga individu yang sering menjadi pakar rujuk dalam sesetengah perkara, dan menjadi pendengar yang baik apabila masalah diluahkan. Kawan atau sahabat merupakan antara insan yang sering dijadikan sebagai tempat untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi suka duka. Kawan atau sahabat juga dikaitkan dengan mereka yang sering memerlukan antara satu sama lain ibarat aur dengan tebing.


Kesamaan ini mungkin saja menjadi dasar atau pondasi dari sebuah hubungan akrab hingga menjalin persahabatan. Berikutnya kenyamanan, hubungan akan langgeng jika tercipta sebuah kenyamanan.Hubungan persahabatan pun harus memiliki kenyamanan. Bagaimana mungkin hubungan akrab akan terbangun jika diantara individu tidak ada rasa nyaman. Dalam sebuah hubungan akrab, harus ada keterbukaan. Keterbukaan tidak lain untuk berbagi hal baik senang mahupun duka. Demikian sikap saling terbuka. ikap terbuka ini biasanya terjadi secara timbal balik, ada proses saling berbagi, saling menjaga, dan saling menampung kisah. Sahabat adalah orang yang dicari jika sesuatu hal terjadi, setelah bersamanya, bercerita, berbagi dengan sahabat tentu akan jauh lebih nyaman dibandingkan sebelumnya. Sahabatlah orang kedua setelah keluarga yang akan dibagi semua kisah hidupnya. dua sahabat atau lebih membangun hubungan kerana adanya diri saling melengkapi. Bayangan itu dapat dijelmakan dalam pantun ini.


BAB 2 PANTUN PERGAULAN


Definisi Pantun Pantun ialah sejenis puisi yang terikat, umumnya terdiri daripada empat baris serangkap, mempunyai rima akhir a-b-a-b. Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud. Pantun sebagai hasil kreatif manusia Melayu yang terawal. Dikatakan juga pantun sebagai khazanah silam yang amat bernilai, melambangkan genius manusia Melayu yang tinggi nilai sasteranya. Malahan pantun turut mempunyai nilai dokumentari yang tiada tandingannya. Pantun juga merupakan salah satu genre asli kesusasteraan menjadi wahana bagi pengucapan dalam berbagai jurusan aktiviti kehidupan masyarakat. Tidak ketinggalan pantun juga dijadikan alat ekspresi bagi kehidupan yang lebih tinggi iaitu moral dan agama, aspek-aspek yang lebih kompleks yang membawa kepada pemikiran kosmologi dan kosmogoni yang lebih bersifat abstrak berbanding dengan kehidupan seharian. Istimewanya pantun dapat merakam cara hidup dan aktiviti kehidupan dibayangkan dengan mengeksploitasi unsur-unsur alam yang melatari dan melingkungi persekitaran setempat.


Fungsi Pantun Pengkaryaan pantun menurut kepada pematuhan kepada hukum-hukum penciptaan yang tegar, konvensional, baik dari sudut bentuk, struktur dan bahasa. Pantun seperti teks lisan yang lain adalah diikat oleh kaedah penciptaan yang ketat dan ini menjadi prasyarat dan estetikanya. Penciptaannya dengan demikian menuntut kepada sikap berdisiplin, bukan sewenang-wenang atau sambil lewa. Pengkarya berhadapan dengan proses pengarang yang menuntutnya supaya mematut rima (hujung, tengah), mencipta ritma (jeda, aliterasi, asonansi, perulangan) mengawal dan menyusun baris, menyukat suku kata, memilih pembayang, merenung idea, memastikan kaitan antara idea dengan metafora. Proses kreatif yang begini tegar ini, dapat membina disiplin diri- ketekunan, kesungguhan, ketertiban, yang dapat memperkasa peribadi.


Fungsi Pantun Mencipta pantun menuntut kepada keupayaan kreatif yang amat mencabar, ditokok kehalusan rasa yang tinggi untuk membangunkan keindahan yang sempurna baik dari segi bentuk, struktur (luaran/ pembayang dan dalaman/isi), bunyi (rima dan rentak) dan bahasa (imejan, metafora). Dalam pantun, keindahan tersebut terjelma melalui keharmonian bunyi, (keteraturan rentak, kesejahteraan rima dan baris), keelokan isi (makna dan moral) dan penggayaan bahasa (tamsilan, imejan). Penciptaan pantun akan menajamkan kepekaan terhadap keindahan (luaran) dan keelokan (dalaman), mendidik kehalusan rasa, memperkaya pengalaman emosi hatta meningkatkan penghayatan estetik baik pada lapis deria mahupun intelek, dan perkaraperkara ini meningkatkan kehalusan budaya insan. Mencipta pantun memerlukan penguasaan ilmu dan pengetahuan yang amat luas.


Burung kedidi dari Kemboja, Dibawa ke hulu berbulan-bulan; Sudah menjadi fitrah remaja, Mereka perlu kepada pergaulan. Burung kedidi dari Kemboja, Dibawa ke hulu berbulan-bulan; Sudah menjadi fitrah remaja, Mereka perlu kepada pergaulan.


Puncak Mahligai tempat beradu, Kemudian keluar ke pangsapuri; Kawan sebagai tempat mengadu, Jalan keluar perlu dicari. Puncak Mahligai tempat beradu, Kemudian keluar ke pangsapuri; Kawan sebagai tempat mengadu, Jalan keluar perlu dicari.


Sayang seroja habis ditebas, Sejak tadi ditimpa hujan; Kalau remaja terlalu bebas, Bisa jadi bohsia dan bohjan. Sayang seroja habis ditebas, Sejak tadi ditimpa hujan; Kalau remaja terlalu bebas, Bisa jadi bohsia dan bohjan.


Kota Lukut sebuah pekan, Hati terpaut dek harum mawar; Cuba ikut hebatnya ikan, Tinggal di laut isinya tawar.


BAB 3 ANALISIS MAKNA PANTUN SECARA UMUM


Burung kedidi dari Kemboja, Dibawa ke hulu berbulan-bulan; Sudah menjadi fitrah remaja, Mereka perlu kepada pergaulan. Pergaulan merupakan satu fitrah bagi setiap manusia kerana pergaulan adalah cara manusia berinteraksi dan berkomunikasi dalam memenuhi konteks sosialisasi. Berkawan dan berkenalan merupakan lumrah dalam kehidupan remaja. Hal ini demikian kerana usia remaja adalah satu usia yang memerlukan rakan dan teman untuk berkongsi, mendengar pendapat, meluahkan rasa hati dan menggambarkan emosi apabila berhadapan dengan sesuatu situasi seperti sedih, marah dan kecewa. Remaja juga suka akan perhatian dan tidak suka duduk bersendirian terutama apabila melakukan aktiviti mahupun pekerjaan yang memerlukan bantuan dari segi tenaga. Dalam pantun ini, remaja digambarkan seperti Burung Kedidi yang memiliki sifat unik daripada burung-burung lain. Burung Kedidi adalah haiwan berdarah panas, memiliki sayap dan tubuh yang dipenuhi dengan bulu pelepah. Burung Kedidi adalah burung yang berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain. Habitat burung ini berubah apabila keadaan di sekelilingnya mengalami gangguan seperti pencemaran dan kekotoran.


Burung kedidi dari Kemboja, Dibawa ke hulu berbulan-bulan; Sudah menjadi fitrah remaja, Mereka perlu kepada pergaulan. Pergaulan merupakan satu fitrah bagi setiap manusia kerana pergaulan adalah cara manusia berinteraksi dan berkomunikasi dalam memenuhi konteks sosialisasi. Berkawan dan berkenalan merupakan lumrah dalam kehidupan remaja. Hal ini demikian kerana usia remaja adalah satu usia yang memerlukan rakan dan teman untuk berkongsi, mendengar pendapat, meluahkan rasa hati dan menggambarkan emosi apabila berhadapan dengan sesuatu situasi seperti sedih, marah dan kecewa. Remaja juga suka akan perhatian dan tidak suka duduk bersendirian terutama apabila melakukan aktiviti mahupun pekerjaan yang memerlukan bantuan dari segi tenaga. Dalam pantun ini, remaja digambarkan seperti Burung Kedidi yang memiliki sifat unik daripada burung-burung lain. Burung Kedidi adalah haiwan berdarah panas, memiliki sayap dan tubuh yang dipenuhi dengan bulu pelepah. Burung Kedidi adalah burung yang berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain. Habitat burung ini berubah apabila keadaan di sekelilingnya mengalami gangguan seperti pencemaran dan kekotoran.


Puncak Mahligai tempat beradu, Kemudian keluar ke pangsapuri; Kawan sebagai tempat mengadu, Jalan keluar perlu dicari. Berdasarkan pantun di atas, penulis menyatakan bahawa kawan merupakan insan yang sering menjadi tempat untuk berkongsi dan meluahkan rasa hati. Kawan juga sering dijadikan sebagai pakar rujuk dalam sesetengah perkara dan pendengar yang baik kepada masalah. Walau bagaimanapun, meluahkan isi hati atau masalah kepada kawan tidak mampu menyelesaikan masalah. Kita perlulah mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Kita juga haruslah bijak membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah agar tidak terjebak dengan masalah yang lain.


Sayang seroja habis ditebas, Sejak tadi ditimpa hujan; Kalau remaja terlalu bebas, Bisa jadi bohjan dan bohsia. Berdasarkan rangkap pantun pergaulan di atas, dalam hidup ini pergaulan merupakan salah satu fitrah remaja. Remaja bermaksud membesar menjadi matang. Remaja dikatakan berusia di antara 11 hingga 21 tahun, merupakan transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Remaja tidak suka bersendirian tetapi mereka suka berkawan dan bergaul. Islam tidak menghalang pergaulan di kalangan para remajanya, malah Islam menggalakkan pergaulan yang sihat dan membuahkan manfaat kepada mereka. Pergaulan juga perlu ada batasan. Tanpa batasan dibimbangi para remaja akan lepas bebas. Sehubungan dengan itu, boleh menyebabkan remaja terbabas dan melampaui batas sehinggan terjebak dengan gejalan bohsia dan bohjan. Gejala ini didorong oleh nafsu remaja yang merangsang ke arah melakukan amang seksual. Kesan daripada itu akan merosakkan diri dan peribadi mereka sendiri.


Kota Lukut sebuah pekan, Hati terpaut dek harum mawar; Cuba ikut hebatnya ikan, Tinggal di laut isinya tawar. Berdasarkan pantun di atas, penulis menyeru pembaca untuk mengikuti sifat ikan yang tidak terpengaruh atau terkesan dengan keadaan air laut yang masin. Hal ini dikaitkan dengan pergaulan remaja yang sewajarnya mempunyai batasan. Tanpa batasan dibimbangi para remaja akan lepas bebas. Dalam diri remaja dan manusia lain juga, Allah tidak hanya membekalkan akal dan hati nurani, tetapi juga nafsu. Andainya pergaulan itu berasaskan akal dan hati yang sihat, maka ia akan memandu pergaulan agar tidak bercanggah dengan syarak. Namun nafsu manusia ibarat kuda liar. Jika tidak dipandu dengan tali kekang, pergerakannya akan menjadi tidak terkawal. Sebaliknya jika dilatih dan dipandu pergerakannya akan teratur dan terkawal. Diri remaja juga perlu dikawal bagi mengelakkan mereka daripada terjebak dengan pergaulan yang boleh menyebabkan berlakunya maksiat dan fitnah yang bakal merosakkan mereka.


BAB 4 ANALISIS MAKNA PANTUN SECARA KHUSUS


Burung kedidi dari Kemboja, Dibawa ke hulu berbulan-bulan; Sudah menjadi fitrah remaja, Mereka perlu kepada pergaulan. Kota Lukut sebuah pekan, Hati terpaut dek harum mawar; Cuba ikut hebatnya ikan, Tinggal di laut isinya tawar. Puncak Mahligai tempat beradu, Kemudian keluar ke pangsapuri; Kawan sebagai tempat mengadu, Jalan keluar perlu dicari. Sayang seroja habis ditebas, Sejak tadi ditimpa hujan; Kalau remaja terlalu bebas, Bisa jadi bohjan dan bohsia.


MENJEJAK MAKNA KONSEPTUAL Makna konseptual merupakan faktor utama dalam sebuah komunikasi. Makna konseptual atau makna konsep merujuk kepada sesuatu makna yang bebas dari apa-apa asosiasi. "Makna konseptual adalah makna yang sesuai dengan referennya dan makna yang bebas dari asiosiasi atau hubungan apapun" (Pateda, 2010:114). Sebuah makna dapat diketahui apabila makna tersebut dihubungkan dengan keberadaan katakata sekali gus makna yang diucapkan dapat melambangkan sesuatu perkara. Sebagai contoh, perkataan burung melambangkan seekor binatang yang memiliki paruh dan kepak berkaki dua dan berkebolehan terbang. Berdasarkan perkataan tersebut jelaslah bahawa makna konseptual dianalisis dalam kemandiriannya sendiri dan setelah perkataan tersebut berada dalam satuan konteks yang ingin diucapkan. Makna konseptual akan mengalami perubahan dan pergeseran apabila perkataan tersebut menerima apaapa imbuhan yang menyertainya. Oleh itu, makna konseptual adalah makna yang dihubungkan dengan konsep kebhahasaan.


Perkataan MENJEJAK MAKNA KONSEPTUAL Makna Konseptual burung binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbang Kedidi seekor burung berkepala besar dan rapang dari sendi kata yang menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak


Perkataan MENJEJAK MAKNA KONSEPTUAL Makna Konseptual Kemboja sejenis pokok hulu kepala, bahagian sungai sebelah atas tempat air sungai mengalir, kawasan atau daerah yang jauh dari pekan dan kota, tempat memegang pada sesuatu alat berbulanbulan beberapa bulan lamanya


Perkataan MENJEJAK MAKNA KONSEPTUAL Makna Konseptual sudah telah siap sedia, selesai, habis, tamat, telah berlalu tempohnya, memang begitu keadaanya, sudahlah, cukuplah, berhentilah, padalah menjadi dipilih atau diangkat, berubah kepada rupa (bentuk, keadaan), hidup (tumbuh) dengan suburnya


Perkataan MENJEJAK MAKNA KONSEPTUAL Makna Konseptual fitrah zakat, tabii, bakat, pembawaan, perasaan keagamaan remaja mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin mereka kata ganti nama diri orang ketiga atau lebih daripada seorang


Perkataan MENJEJAK MAKNA KONSEPTUAL Makna Konseptual perlu keharusan, menjadi kemestian, harus ada, sesuatu yang dikehendaki kepada kata sendi nama yang menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu) pergaulan hal bercampur atau bergaul dengan orang lain


MENITI MAKNA KOLOKASI Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain dalam satu susunan ayat. Kolokasi juga merupakan unsur leksikal yang dapat hadir dalam sebuah konstruksi kalimat yang sama. Penerjemahan adalah tindakan memindahkan makna teks suatu bahasa ke bahasa lain. Pemahaman kolokasi pada proses penerjemahan adalah pada upaya menemukan makna. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain. Menuru Firth (1951), 'the company of words keep' yang bermaksud hubungan atau kombinasi kata yang tipikal yang benar-benar wujud dalam sesuatu bahasa. Di samping itu, sesuatu kata boleh diketahui dan difahami maknanya dengan melihat perkataan yang wujud bersamanya. Selain itu, perkataan kolokasi berasal daripada bahasa Latin iaitu colloco. Makna kolokasi berhubung rapat dengan jenis makna di mana perkataan tersebut mempunyai ikatan kata yang lain.


MENITI MAKNA KOLOKASI Perkataan Makna Kolokasi Mahligai Merupakan kata yang membincangkan mengenai hal-hal istana. Mahligai ialah istana tempat kediaman bagi raja (permaisuri atau putera puteri raja)/rumah.


MENITI MAKNA KOLOKASI Perkataan Makna Kolokasi Beradu Merupakan kata yang membincangkan mengenai hal-hal istana. Beradu bermaksud tidur; berlanggar, berlaga, berhantuk; berlawan. Namun di dalam pantun ini kata beradu merujuk kepada tidur.


MENITI MAKNA KOLOKASI Perkataan Makna Kolokasi Pangsapuri Bersinonim dengan rumah pangsa atau kondominium. Pangsapuri bermaksud rumah pangsa moden yang besar dan luas dan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan.


MERUNGKAI MAKNA DENOTATIF Denotatif ialah makna yang merupakan konsep asas yang memainkan peranan penting dalam membolehkan manusia memahami sesuatu perkara. Konsep asas adalah sesuatu yang menghubungkan kata dengan benda yang dimaksudkan, Leech (1974). Tambahan pula, menurut Leech (1996), makna denotasi pula adalah makna sebenar sesuatu kata itu. Makna sesuatu perkataan boleh juga menjadi makna denotatif dan makna konotatif. Perbezaan makna denotatif dan makna konotatif didasarkan pada ada atau tidak “nilai rasa” pada sebuah kata. Setiap kata, terutama yang disebut kata penuh mempunyai makna denotatif. Seterusnya, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:337) makna eksplisit (dinyatakan dengan tepat, jelas) sesuatu perkataan lawan konotasi. Ia juga boleh diertikan sebagai makna kamus atau makna leksikal. Makna denotatif boleh diperoleh melalui pelbagai bahan ilmiah seperti rencana, berita dan sebagainya. Akhir sekali, menurut Dr. Abdul Chaer (1995), makna denotasi adalah makna yang menyangkut kepada fakta dan sering disebut sebagai makna sebenar.


Sayang Mengasihi, mencintai Seroja Tumbuhan (herba/bunga), bunga pecah empat Habis Tidak ada yang tinggal lagi (digunakan, dimakan) Ditebas Sudah dipotong/dirambah MERUNGKAI MAKNA DENOTATIF MAKNA PERKATAAN (KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, 2005)


Sejak Bermula dari Tadi Tidak lama sebelum ini, baru sahaja Ditimpa Bertindih-tindih, bersusun-susun banyak-banyak Hujan Air yang turun yang terpeluwap daripada wap di atmosfera MERUNGKAI MAKNA DENOTATIF MAKNA PERKATAAN (KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, 2005)


Kalau Kata penghubung untuk menyatakan syarat Remaja Mulai dewasa, sudah akil baligh Terlalu Teramat sangat, terlampau Bebas Tidak terhalang, tidak terkongkong MERUNGKAI MAKNA DENOTATIF MAKNA PERKATAAN (KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, 2005)


Bisa Boleh dapat, mungkin bahan beracun yang terdapat pada sesetengah jenis binatang Jadi Berlaku, sebenarnya, melakukan sesuatu Bohsia Gelaran remaja perempuan yang suka berpelesiran, berfoya-foya, melepak MERUNGKAI MAKNA DENOTATIF MAKNA PERKATAAN (KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, 2005)


Dan Kata yang menghubungkan dua perkataan Bohjan Gelaran remaja lelaki yang suka berpelesiran, berfoya-foya, melepak MERUNGKAI MAKNA DENOTATIF MAKNA PERKATAAN (KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, 2005)


MERUNGKAI MAKNA DENOTATIF MENGGUNAKAN TEORI RELEVANS Secara asasnya, Teori Relevans (TR) merujuk kepada andaian yang dibuat oleh penerima atau pendengar tentang maklumat yang berkaitan dengan situasi tertentu untuk menimbulkan makna. Seperti yang dijelaskan di atas, bunga seroja merupakan tumbuhan semulajadi yang sangat cantik dan dijadikan lambang suci dalam sesuatu agama. Berdasarkan konteks pantun, bunga seroja dapat dikaitkan dengan seorang perempuan atau remaja yang harus menjaga maruah dan pergaulannya. Apabila remaja ini terlalu bebas kelak nanti akan menjadi bohsia.


MENELUSURI MAKNA LEKSIKAL Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) menerangkan bahawa leksikal berkaitan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat. Dalam kata lain, leksikal merujuk makna teras sesuatu perkataan. Contohnnya, Bola. Bola disifatkan sesuatu yang bulat dan bersifat konkrit. Bidang yang mengkaji leksikal disebut leksikologi. Aspek leksikal juga diteliti oleh ahli leksikografi yang terlibat dalam proses penyusunan kamus. Bidang yang meneliti leksikal dalam perkamusan disebut leksikografi. Terdapat juga konsep leksikon bererti koleksi leksem yang terdapat dalam sesuatu bahasa atau disebut perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa.


Click to View FlipBook Version