The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dinsaha74, 2019-12-02 22:56:47

Writ or Judicial Review

PANDUAN





TINDAKAN KETUA





JABATAN/PENYELIA




















“Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan
pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil
tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana
peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam
melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh
dikenakan tindakan tatatertib.” 3C. (2), P.U.(A) 395/1993

KESALAHAN




TIDAK HADIR




BERTUGAS DAN




DAPAT DIKESAN

Peraturan 24 – Tidak Hadir Bertugas





Ketua Jabatan/Penyelia hendaklah bertindak seperti

berikut:






1. Merekodkan semua tindakan awal dengan

terperinci di dalam fail peribadi pegawai.


2. Memohon penjelasan daripada pegawai.

3. Menimbang penjelasan yang dikemukakan oleh


pegawai dan merekodkannya di dalam fail peribadi


pegawai.

4. Membuat laporan kepada Bahagian Kewangan


untuk pemotongan kerana tidak hadir bertugas

dan memberikan Teguran Secara Bertulis; dan


5. Melaporkan kepada urus setia mengenai


kesalahan pegawai.







Pegawai Tidur/Tiada di tempat Bertugas





Ketua Jabatan/Penyelia hendaklah bertindak

seperti berikut:






1. Merekodkan semua tindakan awal dengan

terperinci di dalam fail peribadi pegawai.


2. Memohon penjelasan daripada pegawai.

3. Menimbang penjelasan yang dikemukakan


oleh pegawai dan merekodkannya di


dalam fail peribadi pegawai;

4. Memberi teguran bertulis kepada pegawai;


dan

5. Melaporkan kepada urus setia mengenai


kesalahan pegawai.

Contoh Pelaporan Kesalahan Pegawai - Tidur





Bil. Tarikh Masa Tidur PPP PPK
1. 17.08.2015 Jam 2.00 petang hingga 4.30

petang
2. 18.08.2015 Jam 2.00 petang hingga 4.30
petang

3 19.08.2015 Jam 2.00 petang hingga 4.30
petang

4. 20.08.2015 Jam 2.00 petang hingga 4.30
petang

5. 21.08.2015 Jam 2.00 petang hingga 4.30
petang

6. 24.08.2015 Jam 2.00 petang hingga 4.30
petang
7. 25.08.2015 Jam 2.00 petang hingga 4.30
petang

8. 26.08.2015 Jam 2.00 petang hingga 4.30
petang

9. 27.08.2015 Jam 2.00 petang hingga 4.30
petang

10. 28.08.2015 Jam 2.00 petang hingga 4.30
petang

Contoh Pelaporan Kesalahan Pegawai-Ponteng






Bil. Tarikh Masa Keluar Masa Masuk PPP PPK

1. 17.08.2015 9.30 pagi 4.20 petang



2. 18.08.2015 9.30 pagi 4.20 petang



3 19.08.2015 9.30 pagi 4.20 petang



4. 20.08.2015 9.30 pagi 4.20 petang


5. 21.08.2015 9.30 pagi 4.20 petang



6. 24.08.2015 9.30 pagi 4.20 petang



7. 25.08.2015 9.30 pagi 4.20 petang



8. 26.08.2015 9.30 pagi 4.20 petang



9. 27.08.2015 9.30 pagi 4.20 petang



10. 28.08.2015 9.30 pagi 4.20 petang

- HUKUMAN




TATATERTIB -

HUKUMAN TATATERTIB












PERATURAN 38



(a) Amaran;



(b) Denda;



(c) Lucut Hak Emolumen;



(d) Tangguh Pergerakan Gaji;



(e) Turun Gaji;


(f) Turun Pangkat; dan



(g) Buang Kerja.

PENJELASAN HUKUMAN TATATERTIB

KESAN HUKUMAN TATATERTIB






Bagi pegawai yang telah dikenakan hukuman

tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan


pemangkuan adalah berdasarkan Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009 adalah seperti

berikut: :-

- URUSAN NAIK




PANGKAT DAN




TATATERTIB -

Syarat-syarat umum Pemangkuan /


Kenaikan Pangkat





i. disahkan dalam perkhidmatan;



ii. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; diperaku
oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan;




iii. bebas dari hukuman tatatertib;



iv. telah mengisytiharkan harta;



v. lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM);



vi. bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam

Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman
pendidikan; dan




vii. syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga.

Pegawai Yang Layak


Dipertimbangkan Pemangkuan








i. pegawai dalam peminjaman atau
pertukaran sementara;



ii. pegawai sedang bercuti belajar bergaji
penuh, separuh gaji atau tanpa gaji;



iii. pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat

dibuktikan; dan


iv. pegawai yang sedang dalam prosiding

tatatertib. Walau bagaimanapun, kes

pegawai hendaklah dimaklumkan kepada

Lembaga.

SURAT EDARAN KENAIKAN




PANGKAT KPM













LKPPP Bil. 5 Tahun 2015 telah



memutuskan bahawa PPP dan AKP


yang sedang disiasat / dalam



prosiding tatatertib / telah


dikenakan tindakan tatatertib TIDAK



BOLEH DIPERAKU dalam urusan


pemangkuan / kenaikan pangkat.



Ketua Jabatan hanya boleh


memperaku PPP dan AKP tersebut



setelah keputusan tatatertib


diperolehi dan kes selesai.

- PERBINCANGAN




KES -

PERBINCANGAN



CONTOH-CONTOH




KES-KES TATATERTIB



MELIBATKAN ISU KEWANGAN



DAN PEROLEHAN

KES 1 - CONTOH







 Encik Ali bin Abu, Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan Gred DG48 semasa bertugas di


Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor telah

menerima pakej pelancongan ke Jepun dari


pihak Ultra Cergas Sdn. Bhd.



 Ultra Cergas Sdn. Bhd. merupakan kontraktor

pembersihan kepada Sekolah Menengah Sains


Kuala Selangor bagi tempoh 2013 hingga 2016.

KES 1 - TINDAKAN





 Pegawai telah mengabaikan perintah Surat


Pekeliling S/L.KEW/PK/PP/1100/000000/11/

11/Jld.2 (12) bertarikh 24.10.2001. Pekeliling


tersebut dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha


Perbendaharaan mengenai larangan menerima

jemputan daripada syarikat swasta membuat


lawatan ke luar Negeri.



 Tindakan pegawai boleh mengakibatkan

berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of


interest) antara tugas serta tanggungjawab

pegawai sebagai penjawat awam dan kepentingan


syarikat Ultra Cergas Sdn. Bhd. sebagai pemberi


biaya bagi kos lawatan mereka ke Korea Selatan.

KES 2 - CONTOH






 Encik Anuar bin Murad semasa bertugas di PPD


Petaling Perdana telah didapati membuat

pengesahan penerimaan barangan terhadap


pembelian 100 beg baja organik bernilai


RM1,445.00 apabila menandatangani Pesanan

Kerajaan AD 168550 bertarikh 26.6.2016


sehingga menyebabkan pembayaran bagi

Pesanan Kerajaan AD 168550 dikeluarkan oleh


PPD Petaling Perdana bahawa 100 beg baja


organik telah dibekalkan oleh Syarikat Daun

Selari Enterprise, sedangkan dalam pengetahuan


pegawai perolehan sebenar adalah untuk 22 unit

‘white board’ bernilai RM1,430.00.

KES 2 - TINDAKAN






 Perbuatan pegawai boleh diertikan sebagai tidak


jujur atau tidak amanah dan tidak

bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan


pegawai awam di bawah Peraturan 4(2)(f) dan

Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai


Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang


menyatakan seperti berikut:


 "4(2) Seseorang pegawai tidak boleh-



(f) tidak jujur atau tidak amanah;



(g) tidak bertanggungjawab;”

KES 3 - CONTOH







 Puan Suzana Shamsudin, Pengetua SK Meru 2 telah

menerima waran berjumlah RM18,500.00 daripada


Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi

peruntukan untuk program AIDS.



 Pegawai telah membuat keputusan untuk

menggunakan peruntukan tersebut bagi membeli

sebuah komputer untuk kegunaan sekolah.



 Pegawai telah membeli komputer tersebut dari

Syarikat Maju Enterprise. Pegawai telah

mengarahkan satu Pesanan Kerajaan disediakan


bagi tujuan pembelian komputer tersebut setelah

sebut harga diterima daripada Syarikat Maju

Enterprise. Hasil siasatan mendapati salah seorang

pemilik Syarikat Maju Enterprise adalah suami


pegawai.

KES 3 - TINDAKAN





 Perbuatan pegawai boleh diertikan sebagai

berkelakuan dengan apa-apa cara yang


mungkin menyebabkan syak yang munasabah

iaitu melanggar tatakelakuan di bawah


Peraturan 4(2)(c)(ii), Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

yang menyatakan seperti berikut: “4(2)


Seseorang pegawai tidak boleh-


 (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang


mungkin menyebabkan syak yang munasabah

bahawa-



 (ii) dia telah menggunakan kedudukan

awamnya bagi faedahnya sendiri.”

KES 4 - CONTOH







 Encik Rashid bin Hakim adalah Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 bertugas di

Sekolah Menengah Puncak Perdana, Selangor.


Pegawai telah dilantik sebagai Bendahari PIBG pada

5 Mac 2013. Salah laku pegawai dikesan semasa

berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG di mana

didapati wang sumbangan tidak dikreditkan ke dalam

akaun bank.



 Penyata kira-kira yang disediakan oleh pegawai tidak

menunjukkan baki sebenar wang PIBG yang

dikreditkan. Walau bagaimanapun setelah akaun

bank disemak, baki kredit tidak sama dengan baki

sebenar di bank.



 Semakan lanjut juga mendapati terdapat 3 cek tidak

boleh ditunaikan berikutan akaun PIBG telah

disenaraihitamkan oleh pihak bank.

KES 4 - TINDAKAN







 pegawai bersalah terhadap pertuduhan dan

dikenakan hukuman ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi

tempoh 6 bulan.



 Asas-asas pertimbangan keputusan:



(a) perbuatan pegawai adalah salah kerana gagal

mengurus kewangan PIBG dengan sempurna iaitu

penyata bank didapati adalah tidak sama dengan


penyata kira-kira yang disediakan oleh pegawai;


(b) tindakan pegawai memberi kesan terhadap


pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah; dan


(c) tindakan pegawai juga menjejaskan kepercayaan


ibu bapa terhadap profesion perguruan dan

jawatankuasa PIBG.

KES 5 - CONTOH






 Puan Khadeejah binti Aleem, Pengetua di

Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya antara 1.1.2014

sehingga 3.1.2016 telah menerima tanpa


melaporkan penerimaan sumbangan berupa satu

set home theatre model SAMSUNG bernilai

RM30,000.00 yang diletakkan di bilik pegawai di


SK TTDI Jaya daripada Syarikat Gemilang

Enterprise, sebuah syarikat pembekal yang

mempunyai hubungan rasmi dengan jabatan


pegawai.

KES 5 - TINDAKAN





Pegawai bersalah kerana telah melanggar Pekeliling


Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 mengenai

Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah

Dalam Perkhidmatan Awam dan boleh ditafsirkan

sebagai ingkar perintah dan cuai dalam menjalankan


tugas iaitu telah melanggar tatakelakuan di bawah

peraturan 4(2)(i) dan 4(2)(j) Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang


menyatakan seperti berikut:

“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh –

(i) ingkar perintah atau berkelakuan


dengan apa-apa cara yang boleh

ditafsirkan dengan munasabah sebagai

ingkar perintah; dan


(j) cuai dalam melaksanakan tugas-

tugasnya.”

KES 6 - CONTOH






 Encik Khelmi bin Faiz, Pengetua SK Puncak Alam telah

menerima hamper bernilai RM1000.00 dan RM2000.00

daripada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja

pembaikan pagar sekolah pegawai.



 Pegawai telah melanggar Peraturan 8, Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

yang menyatakan seperti berikut:


“8(1) seseorang pegawai tidak boleh menerima atau

memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau

suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima

atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama

ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau

kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau

kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian

hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan,

sama ada secara langsung atau tidak langsung,

dengan tugas rasminya.”

KES 6 - TINDAKAN








 Lembaga Tatatertib memandang serius


kesalahan pegawai yang menerima hamper

daripada pihak kontraktor walaupun tujuan asal


pegawai adalah baik iaitu penerimaan tersebut


adalah untuk disumbangkan kepada Majlis Hari

Raya di sekolah beliau; dan





 Berdasarkan kesalahan yang dilakukan pegawai,


Lembaga Tatatertib mengambil keputusan


mengenakan hukuman tangguh pergerakan gaji

agar kesalahan yang dilakukan tidak dianggap


ringan dan diambil mudah.

KES 7 - CONTOH







 Puan Azeana binti Fariz semasa bertugas sebagai

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saujana Utama,

Selangor didapati pada 7 Oktober 2016 telah

memecah kecilkan nilai perolehan dengan tujuan


untuk mengelakkan urusan tender bagi kerja membina

dan membaik pulih sekolah pegawai.



 Pegawai telah memecah kecilkan nilai perolehan

kepada tiga pesanan kerajaan yang tiap satunya

bernilai kurang dari RM50,000.00 melalui Pesanan


Kerajaan No. L752541 yang berjumlah RM49,980.00,

L752542 yang berjumlah RM49, 970.00 dan L752543

yang berjumlah RM49,990.00.

KES 7 - TINDAKAN







 Perbuatan pegawai jelas telah melanggar

Arahan Perbendaharaan 171.1 yang

menyatakan bahawa;



“...tender terbuka hendaklah dipelawa untuk

bekalan yang nilainya melebihi RM50,000

setahun bagi satu jenis item atau kelas


jenis item, kecuali dibenarkan oleh Ketua

Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai

Kewangan Negeri yang mana berkenaan.”

KES 8 - CONTOH





 Encik Kamal bin Muhaimin semasa bertugas


sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan

Ketipang Jaya, Selangor didapati telah cuai


dalam tugasnya dengan memperakukan


baucar-baucar bayaran tanpa menyemak

dokumen dengan teliti dan sempurna terlebih


dahulu sehingga mendorong berlakunya

tuntutan bayaran palsu terhadap bekalan dan


perkhidmatan yang tidak wujud yang dibuat


oleh seorang kakitangan di bawah seliaan

pegawai dari tahun 2011 hingga 2013.

KES 8 - TINDAKAN





 Perbuatan pegawai yang cuai dalam


memperakukan tuntutan bagi bekalan dan

perkhidmatan yang tidak wujud dengan tidak


menyemak dokumen dengan teliti serta


lengkap sebelum meluluskan baucar-baucar

bayaran tersebut boleh ditafsirkan sebagai


kurang cekap atau kurang berusaha dan cuai

dalam melaksanakan tugasnya iaitu melanggar


Peraturan 4(2)(e) dan 4(2)(j), Peraturan-


Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib)1993.



 Pegawai telah diturunkan pangkat daripada


Gred DG34 kepada DG29.

KES 10 - CONTOH




 Encik Suhail bin Abu yang bertugas di Sekolah


Kebangsaan Ketua Jati, Setiu, Terengganu


didapati telah mengarahkan Pesanan Kerajaan

disediakan seperti berikut yang mana pemilik


tunggal Syarikat Aku Rintis Enterprise adalah

anak pegawai bagi perkara berikut:



• Kerja-Kerja Membekalkan Alat Tulis



• Membekalkan Makanan Program PRA


sekolah.

KES 10 - TINDAKAN




 Perbuatan tersebut boleh diertikan sebagai


berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin

menyebabkan syak yang munasabah iaitu

melanggar tatakelakuan di bawah peraturan


4(2)(c)(ii), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan

seperti berikut:



 “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh –


(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang


mungkin menyebabkan syak munasabah

bahawa-


(ii) dia telah menggunakan kedudukan


awamnya bagi faedahnya sendiri.”

PERBINCANGAN



CONTOH-CONTOH




KES-KES TATATERTIB



MELIBATKAN ISU



KENAIKAN PANGKAT

KES 11 - CONTOH







 Puan Suzana Shamsuddin, Pengetua


SMK Bukit Jelutong, Shah Alam,


Selangor telah didapati memperaku


permohonan kenaikan pangkat 8 orang


PPP di sekolah beliau yang masih



belum cukup syarat kenaikan pangkat


PPP Gred DG41 ke DG44.

KES 11 - TINDAKAN






 Siasatan telah dijalankan ke atas


tindakan pegawai yang telah didapati

memperaku kenaikan pangkat 8 orang


PPP di sekolah beliau yang masih belum

cukup syarat kenaikan pangkat PPP Gred


DG41 ke DG44.


 Hasil siasatan dan pengesahan adalah


berasas dan beliau didapati kurang


cekap dan kurang berusaha iaitu



melanggar Peraturan 4 (2) (e).

KES 12 - CONTOH








 Encik Abdul Aziz bin Mohd Fauzi,


Pengetua SMK Saujana Utama, Kuala


Selangor, Selangor telah didapati



memperaku permohonan kenaikan


pangkat seorang PPP di sekolah beliau


yang dalam tindakan tatatertib kerana


Tidak Hadir Bertugas sebanyak 1395



hari.

KES 12 - TINDAKAN






 Surat Tunjuk Sebab telah dikeluarkan


kepada Encik Abdul Aziz bin Mohd Fauzi,


Pengetua SMK Saujana Utama, Kuala


Selangor, Selangor kerana mengesahkan

borang permohonan kenaikan pangkat


seorang PPP di sekolah beliau yang dalam


tindakan tatatertib kerana Tidak Hadir


Bertugas sebanyak 1395 hari.



 Beliau memaklumkan telah menghentikan


bayaran emolumen pegawai dan telah


mengeluarkan surat mengarahkan


pegawai kembali bertugas dengan serta


merta.

CONTOH



KES-KES TATATERTIB



MELIBATKAN TINDAKAN KJ


UNTUK PERBINCANGAN


Click to View FlipBook Version