1 MANUAL PERATURAN KEDIAMAN Disediakan Oleh: - Nadi Cergas Development Sdn Bhd F-1 @ 8 Suria, 33 Jalan PJU 1/42, 47301 Petaling Jaya Selangor
2 S E L A M A T D A T A N G ! Kami, pihak Antara Residence, Putrajaya, mengalu-alukan kedatangan para Pemilik dan Penghuni. Diharap agar Manual Peraturan Kediaman ini dapat menjadi rujukan dan informasi bagi mewujudkan suasana kehidupan yang aman damai dan kejiranan yang harmoni. Jika perlukan sebarang bantuan atau maklumat lanjut, bolehlah menghubungi wakil kami di Pejabat Pengurusan yang terletak di:- Pejabat Pengurusan Antara Residence, Aras 1, Residensi Antara 2, Jalan Gambus P5/8, Presint 5, 62200 PUTRAJAYA Email: [email protected]
3 TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGHUNI ANTARA RESIDENCE PERINGATAN Menjelaskan wang penyelengaraan yang telah ditetapkan setiap bulan; Meletakkan kenderaan di sediakan; Mematuhi semua akta, perundangan, undang-undang kecil, perintah, peraturan, garis panduan dan juga “House Rules” yang telah berkuatkuasa di Putrajaya. LARANGAN: Pengubahsuaian UNIT tanpa kelulusan; Mengecat mana-mana bahagian bangunan di luar dari unit kediaman sendiri; Menyalahguna atau menyebabkan apa-apa kerosakan/kemusnahan kepada harta benda dibawah tanggungan Badan Pengurusan; Perbuatan yang boleh membahayakan nyawa & menyebabkan gangguan penghuni lain; Menggunakan bahagian/kawasan harta bersama untuk kepentingan peribadi tanpa kebenaran Badan Pengurusan; Memberi perlindungan kepada pendatang tanpa izin; Memelihara binatang peliharaan di kawasan kediaman; Membuang atau melonggokkan sampah bukan di tempat pembuangan sampah yang telah ditetapkan; Menggantungkan atau meletakkan apa-apa barangan persendirian di kawasan balkoni yang boleh merosakkan pandangan fasad reka bentuk bangunan; Pendawaian elektrik dan penyiaran tambahan dipasang tanpa kebenaran; Meletakkan apa-apa barang di koridor, tangga atau mana-mana tempat awam.
4 LANGKAH KESELAMATAN DILARANG berpaut/memijak/berdiri/meletakkan apa-apa barangan; pada/di atas window coping/sill, cantilever slab, decorative wall fin atau mana-mana bahagian binaan yang bukan struktur tahan beban; DILARANG menebuk dinding galas beban (sila lihat lampiran untuk kedudukan dinding terbabit).
5 F A L S A F A H PANGSAPURI Hakmilik anda terhadap Pangsapuri ini adalah seperti yang termaktub di dalam AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757) di mana Pihak Pengurusan perlu mematuhi dan menguatkuasakan. Semua Penghuni perlu mematuhi syarat-syarat jual beli yang melibatkan penggunaan kemudahan dan harta awam yang disediakan untuk manfaat bersama Penghuni dan Penghuni-Penghuni yang lain juga telah melakukan perjanjlan yang serupa dengan pihak pemaju. la juga adalah satu kewajipan bagi Penghuni Pangsapuri untuk mematuhi arahan yang telah ditetapkan seperti yang termaktub dalam 'AKTA HAKMILIK STRATA 1985' (AKTA 318), 'AKTA PENGURUSAN STRATA 2013' (AKTA 757) serta sebarang peraturan Perbadanan Putrajaya (PPj). Untuk memperkenal dan mengekalkan prinsip hakmilik biasa yang telah dikuatkuasakan oleh Pihak Pengurusan, Penghuni adalah terikat dengan undangundang dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Pengurusan dan sebarang perubahan terhadapnya akan dibuat melalui persetujuan bersama dengan anda dan Penghuni lain, dengan matlamat untuk mewujudkan keadaan bermasyarakat yang harmoni. Pihak Pengurusan akan melaksanakan segala peraturan tersebut terhadap para Penghuni secara seragam. Oleh itu, kerjasama daripada setiap Penghuni, bakal Penghuni atau para tetamu amat diperlukan. Para Penghuni boleh memberi cadangan kepada Pihak Pengurusan bagi meningkatkan mutu khidmat yang diberikan. Segala cadangan perlu diajukan secara bertulis dan ditandatangani oleh Penghuni. Pihak Pengurusan akan menilai segala cadangan dan berhak membuat keputusan sama ada untuk menerima dan menggunakan cadangan tersebut atau sebaliknya. Semua pihak perlu bertanggungjawab di atas keselesaan dan kesejahteraan masyarakat sekitar. Garis panduan yang akan dikuatkuasakan adalah seperti berikut:-
6 Sebarang aduan yang berkaitan dengan pelanggaran ke atas peraturan inl perlu diajukan kepada Pihak Pengurusan pada waktu pejabat atau melalui pengawal keselamatan selepas waktu pejabat. Pihak Pengurusan akan menyiasat aduan yang dikemukakan dan sekiranya terbukti berlakunya kesalahan, Pihak Pengurusan akan memaklumkan kepada pengetahuan Penghuni yang melakukan kasalahan itu. Sekiranya Penghuni yang didapati melakukan kesalahan tidak mahu mengakuinya, Pihak Pengurusan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Adalah diharapkan Penghuni dan tetamu membaca dan memahami segala peraturan yang dikuatkuasakan.
7 I S I K A N D U N G A N 1.0 KATA-KATA PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Am 2.0 KEPENGHUNIAN 2.1 Kelulusan Menggunakan Unit Pangsapuri 2.2 Tetamu/Pelawat 2.3 Masuk/Keluar 2.4 Haiwan Peliharaan dan Haiwan Ternakan 2.5 Gangguan 2.6 Majlis dan Keraian 2.7 Menggunakan Pekerja Pihak Pengurusan 2.8 Solicitation 2.9 Bahan Pembakar 3.0 PENCEGAHAN KEBAKARAN 3.1 Pemadam Api 4.0 KAWASAN AWAM 4.1 Halangan di Kawasan Awam 4.2 Pokok-pokok Di Dalam Pasu 4.3 Pembersihan Kawasan Yang Bercantum Dengan Dinding Luar 4.4 Tanggungan Ke Atas Kerosakan Harta Benda Biasa 4.5 Bahagian Hadapan Bangunan 4.6 Mengawal Kebersihan Persekltaran Rumah 4.7 Perabot Dan Peralatan di Kawasan Awam 4.8 Lif 4.9 Merokok 5.0 TEMPAT LETAK KERETA 5.1 Tempat Letak Kereta Terbuka 5.2 Tempat Letak Kereta Pelawat 5.3 Struktur Tambahan di Tempat Letak Kereta 5.4 Motosikal, Basikal dan Sebagainya
8 5.5 Pelekat Kenderaan Bermotor 6.0 PELUPUSAN SAMPAH-SARAP 6.1 Am 6.2 Sampah-sarap di Dalam Beg Plastik 6.3 Objek Berat/Besar 6.4 Pencegahan Paip Dari Tersumbat 7.0 PENGUBAHSUAIAN, PENGHANTARAN DAN PERPINDAHAN 7.1 Waktu Dibenarkan 7.2 Kebenaran Sebelum Memulakan Kerja 7.3 Jadual Kerja 7.4 Pemasangan Alat Penghawa Dingin 7.5 Deposit 7.6 Pemeriksaan Pengawal 7.7 Pengunaan Lif 7.8 Air Dan Elektrik 7.9 Pembungkusan Dan Bekas Barangan 7.10 Had Pengubahsuaian 7.11 Tingkahlaku Kontraktor 7.12 Pengubahsuaian Dan Garis Panduan 7.13 Penalti Ke Atas Kerja Pengubahsuaian Tanpa Kelulusan 7.14 Gantirugi Dan Penafian 7.15 Kerja Pengubahsuaian Sebelum Kerja baiki Kerosakan Disiapkan 8.0 KEMATIAN 9.0 KEMUDAHAN 9.1 Surau 9.2 Dewan 9.3 Gelanggang Badminton 9.4 Lot-Lot/ Ruang-Ruang Bukan Kediaman (KOMERSIL) 9.5 Perubahan Caj Penggunaan Kemudahan 10.0 PENGURUSAN PUNGUTAN YURAN TERTUNGGAK
9 11.0 PENGAWAL KESELAMATAN 11.1 Peraturan Dan Undang-Undang 12.0 PEMASANGAN IKLAN DI PAPAN KENYATAAN 13.0 PENAFIAN TANGGUNGAN 14.0 ISTILAH DAN SYARAT Dl DALAM PERJANJIAN JUAL-BELI, AKTA HAKMILIK STRATA 1985 DAN AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 15.0 PANDUAN KESELAMATAN 15.1 Panduan Am 15.2 Panduan Apabila Mengesan Kebakaran 15.3 Berhadapan Dengan Api 15.4 Prosedur Pemindahan (Mengosongkan Bangunan) 15.5 Panduan Apabila Mengesan Kebocoran Gas 16.0 PIHAK PENGURUSAN 16.1 Pengurusan Oleh Pemaju 16.2 Pejabat Pengurusan 16.3 Penguatkuasaan Peraturan Kediaman (House Rule) 16.4 Penafian Liabiliti Dan Lain-lain 16.5 Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service) 17.0 JADUAL 17.1 Nombor Talian Kecemasan 17.2 Maklumat Bil & Bayaran Berkaitan 17.3 Senarai Kemasan Cat 17.4 Senarai Kemasan Jubin 18.0 RUJUKAN 18.1 Panduan Melaporkan Kecacatan/Kerosakan Bangunan – Unit Individu 18.2 Panduan Melaporkan Kecacatan/Kerosakan Bangunan – Harta Bersama
10 19.0 LAMPIRAN 19.1 Pelan Dinding Galas Beban/Struktur (Shear Wall) 19.2 Pelan Struktur Kabel dan Paip Penghawa Dingin 19.3 Rekabentuk Jeriji (Grille Design) 20.0 BORANG a. Borang A - Kemaskini Daftar Pemilik b. Borang A1 - Daftar Penghuni (Jika bukan Pemilik menduduki) c. Borang B - Pendaftaran Dan Pelekat Kenderaan d. Borang C - Permohonan Kerja Pengubahsuaian e. Borang C1 - Notis Kelulusan Permohonan Kerja Pengubahsuaian f. Borang C2 - Permit Kebenaran Kerja Pengubahsuian g. Borang D - Tempahan Dewan Serbaguna h. Borang E - Pemulangan Wang Deposit i. Borang F - Maklumbalas/Cadangan/Aduan Penghuni
11 P E R A T U R A N K E D I A M A N 1.0 KATA- KATA PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Peraturan Kediaman (House Rules) ini bukanlah untuk menyekat atau menahan segala aktiviti Penghuni dan tetamu. Pihak Pengurusan berharap agar dengan adanya manual ini, ia mampu memberi panduan bagi mewujudkan keselesaan dan kedamaian antara penghuni di samping menggalakkan kerjasama dan saling hormat-menghormati. Garis panduan dan peraturan ini bukanlah untuk menyusahkan sesiapa dan sekiranya terdapat cadangan, nasihat mahupun pandangan ianya amatlah dialualukan. 1.2 Am Tujuan mengadakan undang-undang dan peraturan yang mengandungi garis panduan kediaman bagi ANTARA RESIDENCE, PUTRAJAYA adalah untuk menjamin keharmonian penghuni Pangsapuri ini di mana ianya akan melindungi penghuni daripada gangguan yang disebabkan oleh penyalahgunaan Pangsapuri, untuk menjamin dan meningkatkan prestasi Pangsapuri dengan menyediakan keselesaan yang maksimum ke atas bangunan dan kemudahan yang disediakan. Garis panduan kediaman ini dibentuk sebagai panduan kepada penggunaan Pangsapuri ini. Semua Penghuni dan tetamu di Pangsapuri ini adalah tertakluk kepada segala peraturan. Pihak Pengurusan berharap agar pihak Penghuni sentiasa peka bagi mencapai matlamat untuk menikmati kehidupan yang damai di kawasan Pangsapuri. Semua Penghuni perlu bekerjasama untuk memastikan segala garis panduan dan peraturan dipatuhi. Pihak Pengurusan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguatkuasakan segala peraturan dari masa ke semasa. Cadangan atau pandangan secara bertulis daripada para Penghuni boleh diajukan kepada Pihak Pengurusan dan Pihak Pengurusan mempunyai hak untuk menerima atau menolak cadangan tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan Penghuni rumah, tetamu dan pelawat mematuhi segala garis panduan di dalam buku ini.
12 2.0 KEPENGHUNIAN 2.1 Kelulusan Menggunakan Unit Pangsapuri Penghuni tidak dibenarkan menduduki rumah sehingga Sijil Layak Menduduki untuk mendiami Pangsapuri dikeluarkan. Unit rumah hanya boleh digunakan bagi tujuan kediaman dan tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan atau lain-lain tujuan di mana ia akan menggugat reputasi Pangsapuri dan melanggar akta guna tanah yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa. Pemilik hendaklah mengisi Borang A1 - Daftar Penghuni untuk mendaftar ahli keluarga lain yang tinggal di unit rumah tersebut bagi tujuan rekod semasa/atau sebarang kecemasan. 2.2 Tetamu atau Pelawat Penghuni bertanggungjawab memastikan tetamu mereka mematuhi peraturan kediaman dan menjaga tingkahlaku apabila berada di kawasan Pangsapuri agar tidak mengganggu penduduk lain. Penghuni juga akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kerosakan harta benda awam yang dilakukan oleh tetamu mereka.
13 2.3 Pindah Masuk atau Keluar Penghuni dikehendaki memberitahu Pihak Pengurusan atas segala urusan pindah masuk atau keluar bagi tujuan rekod dan memudahkan urusan kakitangan keselamatan. Sila rujuk perkara 7.1 bagi waktu yang dibenarkan. 2.4 Haiwan Peliharaan Atau Haiwan Ternakan Penghuni tidak dibenarkan menternak atau memelihara haiwan kecuali haiwan yang dibenarkan oleh Perbadanan Putrajaya di dalam kawasan Pangsapuri. Pihak Pengurusan berhak memindahkan mana-mana haiwan ternakan atau peliharaan jika didapati mengganggu ketenteraman dan keselesaan penghunipenghuni lain. 2.5 Gangguan Semua penghuni hendaklah menjaga tingkahlaku pada setiap masa untuk mengelakkan gangguan dan ketidakselesaaan kepada penghuni lain. Keadaan bising yang berlebihan dan tingkahlaku yang tidak sopan adalah dilarang. Radio, televisyen, Hi-Fi atau alat-alat muzik yang lain haruslah digunakan pada kadar bunyi yang berpatutan supaya tidak mengganggu penghuni lain. Semua penghuni dilarang membunyikan hon pada masa yang tidak sepatutnya supaya tidak mengganggu penghuni lain. 2.6 Majlis Dan Kerayaan Sebarang majlis persendirian atau keraian adalah terhad kepada Unit persendirian dan hendaklah tidak melebihi jam 10.00 malam. Sekiranya lanjutan masa diperlukan, penghuni diminta memohon kebenaran daripada pihak pengurusan. 2.7 Menggunakan Pekerja Pihak Pengurusan Pengguna tidak dibenarkan untuk menggunakan mana-mana pekerja Pihak Pengurusan sama ada untuk tujuan perniagaan atau persendirian. 2.8 “Solicitation” Mencari atau menawarkan barangan atau perkhidmatan yang menyalahi
14 undang-undang di kawasan Pangsapuri adalah dilarang. Aktiviti kempen termasuk ceramah politik yang tidak mendapat kebenaran juga dilarang. 2.9 Bahan Pembakar Bahan pembakar seperti petroleum tidak dibenarkan disimpan di dalam pangsapuri. Racun dan bahan yang boleh menyebabkan asap, gas atau bau yang busuk, bahan letupan tidak boleh disimpan atau digunakan di dalam pangsapuri. 3.0 PENCEGAHAN KEBAKARAN 3.1 Pemadam Api Setiap unit akan disediakan alat pemadam api bagi memudahkan penghuni sekiranya berlaku kebakaran. Sila gunakan dengan bertanggungjawab dan mengikut arahan penggunaan. Sila ambil maklum pemadam api yang dibekalkan hanya untuk memadamkan kebakaran kecil.
15 4.0 KAWASAN AWAM 4.1 Halangan Di Kawasan Awam Penghuni hendaklah memastikan laluan pejalan kaki, tangga dan koridor bebas dari apa jua bentuk halangan sepertl kotak-kotak kosong, surat khabar lama, basikal, barang buangan, papan luncur, barangan baiki kenderaan, bahagianbahagian baiki kenderaan, tong gas, kerusi, pasu bunga, rak kasut dan apa-apa sahaja barangan yang tldak berkaitan. 4.2 Pokok- Pokok Di Dalam Pasu (Di Ruang Legar Pintu Hadapan Rumah, Balkoni atau ‘Yard’) Semua tanaman yang sepatutnya berada di dalam pasu mesti ditanam di dalam pasu untuk mengelakkan air menitik ke unit lain. Semua Penghuni mesti memastikan tanarnan di dalam pasu tidak diletakkan di dalam keadaan yang akan membahayakan Penghuni yang lain. 4.3 Kebersihan Kawasan Yang Bercantum Dengan Dinding Luar Perhatian perlu diberikan jika melakukan pembersihan yang melibatkan kawasan sambungan dinding luaran untuk mengelakkan air terkena kawasan luar atau Pangsapuri yang lain. 4.4 Tanggungan Ke Atas Kerosakan Harta Benda Awam Sebarang kerosakan mesti dilaporkan kepada Pihak Pengurusan dan kos pembaikan atau penggantian akan dikenakan ke atas Penghuni yang bertanggungjawab. 4.5 Bahagian Hadapan Bangunan Untuk memelihara/meningkatkan imej Pangsapuri, bahagian luar dan hadapan Pangsapuri hendaklah berada dalam keadaan terjaga dan bersih. Penghuni haruslah memastikan bahawa tiada apa-apa yang menghalang pintu dan tingkap. Jeriji dan 'awning' yang dipasang haruslah mendapat pengesahan dan kelulusan daripada Pihak Pengurusan dan/atau PPj. Penyapu, mop, notis, iklan, poster dan sebagainya tidak boleh dilekatkan pada tingkap, pintu, ataupun laluan pejalan kaki kerana ianya dapat dilihat dari luar bangunan.
16 Penghuni Pangsapuri haruslah memastikan bahawa kain seperti baju dan tuala digantung di kawasan khas yang telah disediakan, tidak terkeluar dari petak pemunya dan BUKAN di atas ‘railing’ balkoni atau 'yard'. Pemasangan aerial televisyen, radio dan alat penghawa dingin haruslah mendapat kelulusan daripada Pihak Pengurusan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 4.6 Mengawal Kebersihan Persekitaraan Rumah Penghuni adalah dinasihatkan supaya memberi keutamaan terhadap kebersihan kawasan di dalam rumah untuk mencegah dari penularan dan peyebaran penyakit-penyakit berjangkit, penyakit bawaan serangga dan binatang seperti nyamuk aedes, lipas, lalat, tikus, semut dan lain-lain. Penghuni diharap peka dan bertanggungjawab melupuskan sampah domestik masing- masing di tempat yang dikhaskan dan menentukan kawasan di dalam rumah bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes seperti tempat takungan air yang terbiar dan pasu bunga yang tidak dijaga dengan sempurna.
17 4.7 Perabot Dan Peralatan Awam Perabot dan peralatan yang terdapat di kawasan awam telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan bagi keguanan Penghuni. Oleh itu ianya tidak boleh dirosakkan atau dimusnahkan. Bagi Penghuni yang didapati sengaja merosakkan harta awam adalah menjadi tanggungjawab Penghuni tersebut menggantikan atau membaiki kerosakan tersebut kepada keadaan asal dan kos yang terlibat hendaklah ditanggung sendiri oleh Penghuni ataupun akan dicajkan ke dalam bil bulanan akaun pemilik. 4.8 Lif Pengguna lif tidak dibenarkan memakai pakaian yang basah, merokok, makan atau minum, membuang sampah di dalam lif. Sebarang pengangkutan bermotor (selain dari kerusi roda) tidak dibenarkan di bawa ke dalam lif. Sekiranya bekalan elektrik terputus, berlaku kebakaran atau lain-lain kecemasan, Penghuni dikehendaki menggunakan tangga. Penghuni haruslah memberitahu Pihak Pengurusan sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal sekiranya ingin memindahkan barang besar atau berat supaya Pihak Pengurusan dapat mengambil tindakan bagi mengelakkan ketidakselesaan para Penghuni yang lain. Penghuni hanya boleh menggunakan lif yang ditentukan oleh Pihak Pengurusan sahaja dan jika diarahkan, memastikan dinding dan lantai lif tersebut dialas/ditutupi dengan lapisan perlindungan. Pihak Pengurusan mempunyai hak untuk tidak membenarkan penggunaan lif bagi sesuatu tujuan. Penghuni adalah diminta supaya bekerjasama dengan Pihak Pengurusan untuk memastikan semua kemudahan lif yang disediakan dalam keadaan baik dan tidak dirosakkan. Penghuni yang didapati merosakkan kemudahan lif yang disediakan adalah dipertanggungjawabkan untuk membaikpulih/menggantikan peralatan
18 tersebut di mana kos terlibat akan ditanggung sendiri oleh Penghuni atau kos pembaikan tersebut akan dimasukkan ke dalam bil bulanan akaun pemilik. Pihak Pengurusan akan mengenakan penalti jika mana-mana Penghuni didapati merosakkan lif dan didapati gagal mematuhi peraturan yang ditelah ditetapkan olah Pihak Pengurusan. 4.9 Merokok Larangan merokok dikuatkuasakan di kawasan dan kemudahan-kemudahan awam sepertimana undang-undang Negara dan juga bagi memastikan perkakas dan peralatan elektik dalam keadaan selamat. 5.0 TEMPAT LETAK KERETA 5.1 Tempat Letak Kereta/Parkir Terbuka Setiap Unit disediakan SATU (1) atau DUA (2) ruang tempat letak kereta. Penghuni Pangsapuri boleh meletakkan kereta mereka hanya di petak parkir yang telah ditetapkan sahaja. Kenderaan tidak boleh diletakkan di bahu-bahu jalan, mana-mana laluan khasnya laluan pejalan kaki, kawasan lobi bangunan, menghalang laluan masuk atau keluar atau mana-mana kawasan yang bukan parkir kereta. Keselamatan ke atas kenderaan yang diletak di tempat letak kereta adalah di atas tanggungjawab Pemilik sendiri. Jika ada tempat letak kereta berlebihan, keutamaan akan diberikan kepada pekerja Pihak Pengurusan untuk akses sepenuh masa ke kawasan Pangsapuri ini samada untuk urusan kerja harian ataupun urusan kerja kecemasan. Pihak Pengurusan akan menawarkan sebarang lebihan parkir dan kadar sewaan akan ditetapkan kelak. Wang sewaan akan dimasukkan ke dalam Akaun Penyenggaran. Pihak Pengurusan akan mengenakan penalti/denda jika didapati ada kenderaan Penghuni menghalang lalu lintas dan melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan.
19 5.2 Tempat Letak Kereta Pelawat Tetamu boleh meletak kenderaan mereka di tempat letak kereta tetamu jika ada kekosongan. 5.3 Struktur Tambahan Di Tempat Letak Kereta Penghuni dilarang untuk membina sebarang struktur tambahan, meletak atau menyimpan apa- apa barang di tempat letak kereta. Jika Penghuni didapati melanggar peraturan, denda sebanyak RM100.00 akan dikenakan. 5.4 Kereta, Motosikal, Basikal Dan Sebagainya Kereta hanya boleh di pakir di tempat letak kereta kepunyaan pemilik sahaja. Motorsikal/basikal hanya boleh di pakir di tempat khas yang di sediakan. Kereta, motosikal, basikal atau apa-apa kenderaan yang di letakkan di luar dari tempat tersebut di atas akan dikunci. Denda untuk membuka kunci/rantai adalah seperti berikut:- i.RM50.00 – Tidak meletak kenderaan di kawasan yang ditetapkan; dan ii. RM100.00 – Membawa motosikal dan lain-lain kenderaan ke unit kediaman 5.5 Pelekat Kenderaan Bermotor (jika dikuatkuasakan) Pihak Pengurusan boleh mengadakan pelekat bagi kenderaan bermotor bagi tujuan pengawalan tempat letak kenderaan yang terhad. Kenderaan tanpa pelekat tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di mana-mana kawasan Pangsapuri Caj untuk pelekat adalah seperti berikut:- i.RM10.00 : Kereta/Van/dll. untuk tempoh setahun ii.RM 3.00 : Motosikal untuk tempoh setahun Perolehan dari bayaran caj pelekat akan di masukkan ke dalam Akaun Penyenggaraan.
20 6.0 PELUPUSAN SAMPAH SARAP 6.1 AM Bagi memastikan keadaan persekitaran bersih dan kemas, sampah tidak boleh di buang di koridor, tangga, lobi lif dan tempat awam yang lain mahupun melalui tingkap rumah. Semua sampah haruslah dibuang ke dalam tong yang disediakan di rumah sampah (refuse collection area) yang berada di setiap tingkat. 6.2 Sampah-sarap dalam Beg Plastik Penghuni haruslah memastikan semua sampah yang hendak dibuang dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat kemas sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan atau dibuang terus kedalam rumah sampah. Sampah yang basah hendaklah diikat dengan kemas dan dibawa dengan berhati-hati supaya tidak mengotorkan lantai. Pihak Pengurusan boleh mengenakan denda RM50.00 kepada Penghuni sekiranya tertangkap menyebabkan mana-mana lantai/kawasan di harta awam kotor dan caj denda akan dimasukkan kedalam akaun yuran penyenggaraan. 6.3 Objek Berat Dan Besar Penghuni hendaklah menguruskan sendiri pembuangan objek berat dan besar; dan memaklumkan kepada Pihak Pengurusan atau Sekuriti bagi melancarkan proses pembuangan. Penghuni akan menanggung segala kos penyelenggaraan, pembuangan barangan sekiranya Pihak Pengurusan melakukannya seperti membuang sisa-sisa pembinaan, perabot lama dan sebagainya 6.4 Pencegahan Paip Dari Tersumbat Setiap Penghuni diingatkan supaya tidak membuang barang-barang yang tidak sepatutnya ke dalam “water closet”/mangkuk tandas seperti; i. Tuala wanita ii. Suratkhabar dan plastik iii. Objek berat dan besar iv. Barangan yang tidak mudah reput v. Sisa-sisa kerja pengubahsuaian
21 7.0 PENGUBAHSUAIAN, PENGHANTARAN DAN PERPINDAHAN 7.1 Waktu dibenarkan Kerja–kerja pengubahsuaian, penghantaran dan perpindahan boleh dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan: Isnin- Jumaat : 9.00 am – 5.00 pm Sabtu : 9.00 am – 1.00 pm Ahad dan Cuti Am : DILARANG Ini adalah untuk membolehkan Pihak Pengurusan membantu dan mengawas kerja-kerja tersebut dan supaya tidak menggangu ketenteraman Penghunipenghuni lain. Jika perlu untuk menjalankan kerja-kerja pada waktu-waktu selain daripada yang telah ditetapkan, Penghuni perlu meminta kebenaran daripada Pihak Pengurusan. 7.2 Kebenaran Sebelum Melakukan Kerja Penghuni mestilah memberi notis secara bertulis dalam masa TUJUH (7) hari kepada pengurusan dan kebenaran hendaklah diperolehi sebelum kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan. Pihak Pengurusan berhak menolak permohonan sekiranya proses pengubahsuaian tersebut tidak bersesuaian. Pengubahsuaian ini juga tertakluk kepada syarta-syarat yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PPj). 7.3 Jadual Kerja Penghuni dan kontraktor yang dilantik oleh Penghuni diminta menyerahkan jadual kerja kepada Pihak Pengurusan. 7.4 Pemasangan Alat Penghawa Dingin Air buangan yang terhasil dari alat hawa dingin ini hendaklah disalurkan ke unit kediaman masing-masing dengan menggunakan sistem paip yang sempurna. Sebarang kerja-kerja memecah dinding adalah DILARANG. Kerja membuat lubang untuk laluan kabel/wayar dan paip untuk pemasangan alat penghawa dingin hendaklah merujuk kepada Lampiran.
22 7.5 Deposit Deposit yang akan dikembalikan tanpa faedah hendaklah dibayar sebelum kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan. Ini bagi memastikan Penghuni dan/atau kontraktor yang dilantik oleh Penghuni bertanggungjawab jika berlaku kerosakan ke atas harta Penghuni lain atau harta awam (seperti lif, koridor, lobi dan tangga) dan untuk memastikan kawasan persekitaran terbabit kemas dan bersih setelah kerja ubahsuai diselesaikan. Deposit yang dikenakan adalah seperti berikut:- No Deposit (RM) Tujuan i. RM 1,000.00 Untuk kerja yang melibatkan pemecahan lantai, dinding dan sebagainya, seperti kerja-kerja pemasangan jubin, menukar mangkuk tandas dan sebagainya. Deposit akan dikembalikan dalam masa DUA bulan selepas pelepasan dari Pihak Pengurusan. ii. RM 200.00 Untuk kerja-kerja lain yang tidak melibatkan kerja di atas seperti pemasangan grill, kabinet dapur, mengecat dan pemasangan alat- alat elektrik. Deposit akan dikembalikan dalam masa DUA bulan selepas pelepasan dari Pihak Pengurusan. Semua ubahsuai perlu menggunakan kontraktor-kontraktor panel yang berdaftar dengan Pihak Pengurusan (jika dikuatkuasakan seperti anjuran PPj bagi tujuan pengawalan kerja pengubahsuaian). Jika kawasan harta awam didapati rosak disebabkan kerja pengubahsuaian tersebut, Pihak Pengurusan akan membaiki semula kerosakan tersebut dan akan mengebil Pemilik kos sebenar kerja pembaikan itu. Pemilik dan kontraktor perlu bertanggungjawab dalam memastikan bangunan dan kawasan harta awam dalam keadaan baik. Deposit hendaklah dibayar atas nama “Nadi Cergas Development Sdn. Bhd.“ melalui CEK PERSENDIRIAN atau BANKER’S CHEQUE. Sekiranya Pemilik atau kontraktor yang dilantik gagal membaiki kerosakan dan/atau membersihkan sampah yang berpunca dari kerja-kerja pengubahsuaian, Pihak Pengurusan berhak menjalankan tanggungjawab tersebut dengan menggunakan deposit tersebut. Jumlah yang dikembalikan adalah setelah Kos yang berkaitan ditolak.
23 Sekiranya deposit yang dibayar tidak mencukupi untuk menampung Kos tersebut, Pihak Pengurusan sebagai wakil kepada Pemaju dan juga Penghunipenghuni yang lain berhak menuntut bayaran untuk kos yang selebihnya daripada Pemilik yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian tersebut. 7.6 Pemeriksaan Pengawal Sebarang kerja- kerja penghantaran, pemindahan dan pengubahsuaian mestilah dilaporkan dan/atau didaftar kepada pengawal sebelum kerja-kerja tersebut dijalankan. Pihak Pengurusan berhak menghalang kemasukan orangorang yang tidak dikenali yang mana tujuan mereka tidak dapat dikenalpasti. 7.7 Penggunaan Lif Semua penghantaran, pemindahan dan pekerja-pekerja hendaklah menggunakan lif dan tangga dengan berhati- hati bagi mengelakkan sebarang kerosakan dan ketidakselesaan kepada penghuni lain. 7.8 Air dan Elektrik Semua Penghuni/ kontraktor Penghuni tidak dibenarkan mengambil air/elektrik daripada kawasan awam. 7.9 Pembungkusan dan Bekas Barangan Bungkusan dan bekas barangan (hasil pembelian barangan baru atau sebagainya) hendaklah dipindahkan oleh penghuni atau kontraktor mereka ke tempat pembuangan sampah yang dibenarkan dan bukannya di kawasan luar unit rumah atau persekitaran Bangunan atau dimana- mana kawasan awam yang lain. 7.10Had Pengubahsuaian Semua pengubahsuaian hendaklah tidak melebihi had sesebuah Pangsapuri. Sebarang kerja- kerja yang melibatkan pecah dinding atau membuat lubang pada dinding adalah DILARANG sama sekali kerana struktur dinding Antara Residence ini adalah ‘Shear Wall’ atau dinding galas beban. Sebarang kerjakerja menukar jubin lantai HENDAKLAH mendapat kelulusan dari Pihak Pengurusan dan/atau PPj. Penghuni yang bertanggungjawab haruslah memastikan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian dibuat mengikut undangundang yang telah ditetapkan.
24 7.11Tingkahlaku Kontraktor Penghuni adalah bertanggungjawab terhadap tingkahlaku kontraktor yang dilantik. Segala kerosakan kepada bangunan akibat pemindahan perabot atau kesan lain adalah di bawah tanggungan Penghuni. Pihak Pengurusan berhak menghalau atau mengusir kontraktor yang berkelakuan tidak baik. Kontraktor atau orang yang tidak dikenali tidak dibenarkan berkeliaran di mana-mana blok atau kawasan kecuali kawasan yang terlibat sahaja. Kawasan awam seperti koridor, lobi dan ruang-ruang kemudahan lain seperti Taman Permainan Kanak-kanak dan sebagainya bukanlah tempat yang sesuai untuk kontraktor duduk pada waktu rehat makan. Mereka hendaklah makan di dalam unit rumah di mana kerja pengubahsuaian dilakukan. Kontraktor tidak akan lagi dibenarkan memasuki kawasan Pangsapuri pada masa akan datang sekiranya telah ditangkap beberapa kali. 7.12Pengubahsuaian / Reka Bentuk Dan Garis Panduan I. Rekabentuk dan kedudukan jeriji Pemasangan jeriji pada pintu utama hendaklah tidak mengganggu kawasan koridor (bukaan ke dalam ruang legar atau jenis gelongsor) melainkan jenis pelan keluar yang tidak mengganggu laluan koridor dan hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Jeriji untuk pintu gelongsor ke balkoni (unit jenis B) hendaklah di pasang di bahagian dalam rumah. Sila rujuk Lampiran bagi panduan rekabentuk, kedudukan dan kod warna jeriji yang telah diluluskan. II. Pemasangan alat penghawa dingin dan kompresor Sila rujuk Lampiran bagi pelan susunatur paip serta kabel bagi panduan pemasangan alat penghawa dingin dan kompresor yang telah diluluskan. Unit kompresor hendaklah dipasang ditempat yang telah ditentukan serta paip pembuangan air hendaklah disalurkan kedalam paip utama.
25 III. Ubahsuai melibatkan dinding Sebarang pengubahsuaian yang melibatkan penambahan dinding (wet or dry work) perubahan atau ‘hacking’ dinding sediada hendaklah mendapatkan kelulusan dari Perbadanan Putrajaya terlebih dahulu. Sila rujuk Lampiran bagi memastikan kedudukan dinding galas beban (shear wall) dan struktur utama unit yang juga mungkin berfungsi sebagai struktur utama bagi keseluruhan bangunan untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini kelak. 7.13Penalti Berkenaan Kerja Pengubahsuaian Tanpa Kelulusan lntegriti struktur bangunan diselia oleh Akta Jalan, Perparitan dan Bangunan 1974 (AKTA 133). Akta ini menyatakan bahawasanya sesiapa atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab mengganggu atau menjejaskan struktur bangunan sehingga membahayakan keteguhan bangunan boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya sekali. Oleh yang demikian, Pihak Pengurusan tidak akan teragak-agak memberhentikan atau menggantung permit mana-mana kerja pengubahsuaian yang dijalankan oleh Pemilik jika Pihak Pengurusan berpendapat atau mendapati kerja-kerja tersebut melanggari mana- mana peraturan dan undang-undang atau apa-apa terma dan syarat kelulusan kerja pengubahsuaian tersebut demi memastikan integriti bangunan. 7.14Gantirugi Dan Penafian (Undertaking & Disclaimer) Pihak Pengurusan meluluskan semua kerja pengubahsuaian berdasarkan undang-undang, peraturan, terma dan syarat yang berkuatkuasa. Oleh itu Pemilik dan kontraktor yang diupah oleh Pemilik hendaklah mengambil manamana lnsurans yang sesuai bagi menanggung rugi Pihak Pengurusan terhadap segala tindakan, prosiding, tuntutan, kos, caj, perbelanjaan dan permintaan terhadap semua tuntutan bagi dicaj, penalti, denda dan bayaran lain atau apaapa kecederaan kepada orang atau harta yang berbangkit daripada pelanggaran, ketidakpatuhan atau kemungkiran oleh pihak Kontraktor atau pihak Pemilik ke atas Peraturan Kediaman dan/atau syarat-syarat kebenaran kerja pengubahsuaian ini.
26 7.15Kerja Pengubahsualan Yang Dilaksanakan Sebelum Kerja Baiki Kerosakan Bangunan Siap Pemilik dinasihati untuk memulakan kerja pengubahsuaian selepas "Senarai Kerosakan Bangunan" disiapkan oleh Pemaju bagi mengelakkan kekeliruan atau pertikaian berkaitan kerosakan dalam rumah tersebut. Jika Pemilik masih ingin meneruskan kerja pengubahsuaian sebelum Pemaju menyiapkan kerja membaiki "Senarai Kerosakan Bangunan" yang dihantar oleh Pemilik kepada Pemaju, Pemilik hendaklah bertanggungjawab akan sebarang kekeliruan atau percanggahan kerosakan jika ada. 8.0 KEMATIAN Sekiranya terdapat kes kematian di pangsapuri, pemilik perlu dengan serta merta memanggil talian kecemasan dan melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa. Sebarang upacara kematian tidak dibenarkan di premis pangsapuri ini. 9.0 KEMUDAHAN 9.1 Surau Kemudahan Surau yang disediakan adalah untuk kegunaan Penghuni yang beragama Islam. Segala kebersihan adalah menjadi tanggungjawab bersama. Pastikan segala suis lampu, kipas, penyaman udara, paip air dan pintu ditutup sebelum meninggalkan Surau. 9.2 Penggunaan/Penyewaan Ruang Serbaguna i. Kemudahan Ruang Serbaguna yang disediakan adalah untuk semua Penghuni. Penyewa dewan ini dinasihatkan mendapatkan permit/kebenaran dari Pihak Pengurusan jika aktiviti yang akan di adakan memerlukan permit/kebenaran. Pihak Pengurusan tidak boleh disabitkan ke atas penganjuran aktiviti berkaitan. ii. Penganjuran aktiviti yang tidak bermoral dan tidak bersesuaian dengan warga Pangsapuri Antara Residence tidak dibenarkan sama sekali.
27 iii. Tempahan Ruang Serbaguna perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum hari penggunaan di Pejabat Pengurusan, tertakluk kepada kekosongan pada hari berkenaan. Syarat-syarat pengunaan akan dikemaskini dari masa ke masa mengikut keperluan semasa. iv. Sewaan akan dikenakan berserta deposit penyelenggaran yang akan dikembalikan sekiranya Pihak Pengurusan berpuas hati dengan keadaan perjalanan majlis berkenaan serta kebersihan Ruang Serbaguna apabila dipulangkan. Pemilik - Sewa RM200.00 (Deposit RM300.00) Pemilik perlu membersihkan kawasan yang digunakan dengan serta merta sebaik sahaja tamat acara. 9.3 Kolam Renang, Kolam Air Kanak-Kanak & Taman Permainan Pangsapuri Antara Residence menyediakan kolam renang, kolam air kanak, kanak dan taman permainan di Tingkat 6. Penggunaan kemudahan ini hanya boleh digunakan oleh Penghuni Pangsapuri dan tetamu mereka sahaja. Bagi kolam renang dan kolam air kana-kanak, pengguna hendaklah memakai pakaian renang yang bersesuaian. Pengguna perlu memastikan kebersihan kawasan kolam dan taman permainan sentiasa dalam keadaan sempurna. Kolam renang dan kolam air kanak-kanak dibuka pada 7.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari atau pada bila-bila masa dengan kelulusan dari Pihak Pengurusan dari semasa ke semasa kecuali ditutup jika kerja- kerja penyelenggaraan dijalankan. Kanak-kanak dibawah umur dua belas (12) tahun mesti ditemani atau dipantau oleh Penghuni dewasa.
28 9.4 Lot & Ruang Bukan Kediaman i. Lot dan ruang bukan kediaman hanya boleh digunakan tertakluk pada fungsi asal lot dan ruang tersebut contohnya Bilik Bacaan, Kawasan BBQ dan sebagainya atau apa-apa fungsi yang diluluskan oleh Pihak Pengurusan dan/atau PPj. ii. Kegunaan tanpa kelulusan di mana-mana ruang atau lot bukan kediaman adalah DILARANG sama sekali. 10.0PENGURUSAN PUNGUTAN CAJ TERTUNGGAK Pemilik perlu membayar semua caj berkaitan seperti termaktub di dalam Akta 757 dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh bil. Selepas empat belas (14) hari tersebut, jika yuran masih belum dijelaskan, Pemilik akan dikenakan bayaran faedah pada kadar sepuluh (10) peratus setahun atas dasar harian. Selain dari bayaran faedah lewat bayar di atas, tindakan-tindakan lain yang boleh dilaksanakan oleh Pihak Pengurusan termasuklah:- i. Menghantar Surat Peringatan Pertama, Peringatan Kedua dan Peringatan Terakhir dalam tempoh masa yang dibenarkan oleh Akta 757. ii. Jika Pemilik masih tidak menjelaskan hutang yang tertunggak selepas suratsurat peringatan dihantar, Pihak Pengurusan boleh memfailkan suatu saman atau tuntutan dalam suatu mahkamah atau Tribunal dan kesemua kos akan dibiayai oleh Pemilik tersebut. iii. Pihak Pengurusan juga berhak untuk mempamerkan senarai Nama atau Unit-unit yang mempunyai tunggakan yang tidak dijelaskan walaupun selepas 3 peringatan di mana- mana papan kenyataan / notis di persekitaran Bangunan.
29 iv. Pemilik atau penyewa yang mempunyai tunggakan selepas 3 peringatan diberikan; tidak akan dibenarkan menggunakan mana-mana kemudahan awam di Pangsapuri seperti lif, dewan, gelanggang, menggunakan parkir pelawat dan sebagainya. v. Apa-apa aduan yang diterima daripada Pemilik yang mempunyai tunggakan selepas 3 peringatan diberikan tidak akan dilayan. vi. Pihak Pengurusan akan meminta kerjasama daripada Pesuruhjaya Bangunan untuk melaksanakan kaedah Penahanan Harta Alih Pemilik. vii.Pihak Pengurusan berhak mengambil apa-apa tindakan/langkah yang didapati sesuai untuk tujuan menggesa pemilik membayar tunggakan.
30 11.0 PENGAWAL KESELAMATAN Pengawal Keselamatan ditempatkan di sekitar kawasan pangsapuri bagi menjaga keselamatan pihak penghuni pangsapuri. 11.1Peraturan dan Undang-undang i. Mengawal keadaan lalulintas keluar dan masuk. ii. Mengawal supaya kawasan Pangsapuri tidak dimasuki oleh orang-orang yang tidak berkenaan. iii. Merekod keadaan lalulintas tetamu dan pengunjung yang memasuki kawasan Pangsapuri. iv. Mencatatkan permintaan daripada Penghuni dan merujuk kepada Pihak Pengurusan. v. Menyediakan laporan keselamatan untuk dihantar kepada Pihak Pengurusan untuk diperiksa. 12.0 PEMASANGAN IKLAN DI PAPAN KENYATAAN Sebarang pemasangan iklan hanya dibenarkan di papan kenyataan yang disediakan dan perlu meminta kelulusan dari Pihak Pengurusan. 13.0 PENAFIAN TANGGUNGAN Pihak Pengurusan dan para pekerja tidak bertanggungjawab di atas segala keadaan termasuklah kehilangan atau kerosakan kepada manusia, harta benda atau kecederaan atau kematian sesiapapun di Pangsapuri ini atau di kawasan pengurusan ini. 14.0 ISTILAH DAN SYARAT DI DALAM PERJANJIAN JUAL-BELI, AKTA HAKMILIK STRATA 1985 DAN AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 Peraturan-peraturan yang terdapat di dalam dokumen ini adalah merupakan penambahan dan bukan pengurangan kepada istilah-istilah dan syarat-syarat yang termaktub dalam surat Perjanjian Jual Beli. Peraturan-peraturan ini hendaklah dibaca bersama Akta Hakmilik Strata 1985 dan Akta Pengurusan Strata 2013 serta peraturan-peraturan yang terkandung di dalamnya. Sekiranya terdapat percanggahan, Akta Hakmilik Strata 1985 dan Akta Pengurusan Bersama 2013 serta peraturan-peraturan yang terkandung di
31 dalamnya akan mengatasi peraturan-peraturan di dalam Peraturan Kediaman ini. 15.0PANDUAN KESELAMATAN Memandangkan keselamatan adalah penting dalam menjaga kedamaian di Pangsapuri Antara Residence maka kerjasama dari semua pihak diperlukan untuk membantu meningkatkan keberkesanan sistem keselamatan. Semua Penghuni dikehendaki memahami undang-undang dan peraturan keselamatan dan dengan ini membolehkan mereka memahami operasi sistem keselamatan. Pihak Pengurusan mengamalkan pendekatan yang positif dan proaktif untuk kawalan kecemasan bertujuan untuk mengurangkan keadaan kecemasan tersebut. Kecemasan adalah peristiwa (yang sebenar atau yang bakal berlaku) yang membahayakan atau mengancam keselamatan atau kesihatan mana- mana orang; memusnahkan atau merosakkan apa-apa harta dalam kawasan Pangsapuri.
32 15.1Panduan Am a) Jangan mengacau ganggu, menyentuh dan/atau menyalahgunakan peralatan pemadam api jika tiada keperluan kecemasan; b) Jangan merosakkan pintu halangan api (pada tangga keselamatan Bomba) kerana ia adalah penting semasa prosedur pemindahan semasa kebakaran/kecemasan; c) Sentiasa memastikan bekas abu rokok dikosongkan dengan kerap; d) Jangan membuang puntung rokok yang menyala atau barang-barang lain yang serupa ke dalam tong sampah, bakul kertas buangan, alau bahanbahan yang mudah terbakar; e) Sentiasa memastikan semua peralatan memasak dan gas yang lain dalam keadaan yang baik; f) Mematikan api dapur gas dan ketuhar dengan segera selepas digunakan; g) Jangan merokok semasa di atas katil; h) Jangan tinggalkan masakan di atas dapur atau ketuhar tanpa pengawasan; i) Jangan membuat apa-apa sambungan wayar/kabel elektrik tanpa kelulusan pihak berkuasa atau menggunakan peralatan elektrik yang rosak atau yang tiada kelulusan oleh pihak berkuasa; j) Tahu di mana lokasi peralatan memadam kebakaran disimpan dan tahu bagaimana untuk menggunakannya; k) Memastikan mancis, lilin, pemetik api dan sebagainya jauh dari kanak-kanak; dan l) Jangan meninggalkan bahan-bahan mudah terbakar berdekatan dengan sumber haba atau api. 15.2Panduan Apabila Mengesan Kebakaran a) Apabila mengesan sebarang kebakaran atau asap, jangan panik. b) Pecahkan kaca penggera kebakaran. Telefon/hubungi bilik/pondok pengawal dengan segera untuk mendapatkan bantuan dan telefon Jabatan Bomba dan Penyelamat.
33 c) Cuba untuk menghapuskan api dengan menggunakan alat pemadam api terdekat tanpa membahayakan nyawa anda atau orang lain. d) Sekiranya api terlalu besar (luar kawalan), pindahkan semua orang keluar dari rumah anda dengan segera selepas mematikan bekalan gas dan elektrik. e) Jangan cuba untuk menyelamatkan apa-apa barangan rumah. 15.3Berhadapan Dengan Api a) Jika pakaian seseorang terbakar, ambil selimut, permaidani atau benda lain yang serupa dan balutkan diseluruh mangsa dan baringkan mangsa di atas lantai untuk mengelakkan api daripada sampai ke kepala mangsa. b) Jika kebakaran melibatkan peralalan elektrik, matikan bekalan elektrik sebelum berurusan dengan api. c) Tutup pintu dan tingkap bilik di mana api sedang menyala. Gunakan tuala basah dan sumbatkan di bawah bukaan bawah pintu untuk mengelakkan asap dari bilik yang terbakar dari keluar. d) Jika anda terperangkap di dalam bilik atau tempat yang dipenuhi dengan asap - ambil nafas pendek, meniarap di atas lantai dan merangkak keluar dari bilik itu. Udara di permukaan lantai adalah lebih bersih dan kurang cenderung untuk mengandungi gas berbahaya. e) Untuk mengelakkan menghidu asap berlebihan, balut kain basah atau bahan lain yang serupa disekeliling mulut dan hidung anda. 15.4Prosedur Pemindahan (Mengosongkan Bangunan) a) Hentikan semua aktiviti dan bersedia untuk keluar dari rumah anda dengan segera. Jangan buang masa untuk cuba mengumpul barang-barang anda. b) Jika anda berada di rumah, sila matikan dapur gas dan elektrik dan tinggalkan rumah anda bersama-sama dengan semua penghuni rumah anda. c) Jangan gunakan lif, sebaliknya gunakan tangga kecemasan kebakaran. d) Pastikan satu tangan bersentuhan dengan dinding. e) Penghuni hendaklah berlari dan berhimpun di Pusat Perhimpunan Kebakaran yang ditetapkan sehingga arahan lanjut diberikan. Sila rujuk Pelan Lokasi Pusat Perhimpunan Kebakaran.
34 f) Sentiasa memberi keutamaan kepada kanak-kanak, warga tua dan orang cacat semasa prosedur pemindahan. g) Semasa di Pusat Perhimpunan Kebakaran, jangan menghalang mana-mana anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat daripada menjalankan tugas mereka. h) Berkumpul di Pusat Perhimpunan Kebakaran dan jangan berjalan-jalan ke kawasan lain dan sentiasa pastikan anak-anak bersama-sama anda atau dengan saudara-mara mereka dan memastikan bahawa mereka berada dalam keadaan terkawal. 15.5Panduan Apabila Mengesan Kebocoran Gas Jika anda mengesan bau yang anda flkir mungkin disebabkan oleh kebocoran gas: a) Matikan bekalan gas. b) Jangan menghidupkan atau mematikan sebarang suis elektrik. c) Jangan merokok, menghidupkan mancis atau apa-apa api terbuka. d) Buka semua pintu dan tingkap untuk membebaskan gas ke luar. e) Periksa semua peralatan gas, dapur gas, periuk elektrik dan sebagainya. f) Pastikan sernua orang jauh dari kawasan yang dikenalpasti terdapat kebocoran gas tersebut.
35 16.0PIHAK PENGURUSAN & PEJABAT PENGURUSAN 16.1Pengurusan Pemaju i. Seperti Seksyen 9, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), semasa tempoh pengurusan pemaju, Pemaju bertanggungjawab untuk mengekalkan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama. ii. Kewajipan Pemaju termasuklah bertindak bagi pihak Badan Pengurusan melalui mesyuarat berkala / bulanan untuk mengarahkan Pejabat Pengurusan dalam memastikan bahawa semua caj perkhidmatan dari dana terikat dikumpulkan pada masa ke semasa, bahawa Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diuruskan dengan betul dan berjaya dan diaudit, dan semua penghutang dikenal pasti dan tindakan yang sesuai diambil bagi mengutip kesemua tungggakan sekaligus mengekalkan tahap keselamatan dan penyelenggaraan bangunan ditahap yang terbaik. iii. Pemaju bertanggungjawab secara langsung mengupah sepasukan pekerja yang kompeten untuk menguruskan operasi Pejabat Pengurusan serta melaksanakan semua tugasan seperti prosedur dan polisi yang ditetapkan termasuklah dalam bidang teknikal, perakaunan, pentadbiran, pertukangan dan lain-lain yang difikirkan sesuai dan/atau perlu dalam skop yang dibenarkan di bawah Akta 757.
36 16.2Pejabat Pengurusan Penghuni/Penyewa boleh berurusan dengan pasukan pengurusan di Pejabat Pengurusan di dalam waktu pejabat seperti berikut: lsnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 5.00 petang Sabtu 9.00 pagi hingga 1.00 petang Ahad dan Cuti Umum Tutup Alamat Pejabat Pengurusan: Pejabat Pengurusan Antara Residence Aras 1, Residensi Antara, No 2, Jalan Gambus P5/8 Presint 5, 62200 Putrajaya Tel No: 017 – 392 9153 Email: [email protected] 16.3Penguatkuasaan Peraturan Kediaman (House Rules) Tanpa Prejudis Peruntukan Peraturan Kediaman (House Rules) yang disebut terdahulu hendaklah dikuatkuasakan tanpa menjejaskan hak-hak lain yang ada kepada Pihak Pengurusan di bawah undang-undang termasuk perlaksanaan prosiding di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan peruntukan mana-mana Peraturan Kediaman (House Rules).
37 16.4Penafian, Liabiliti Dan Lain-lain Pihak Pengurusan dan ejen-ejennya dan pekerjanya tidak bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun, di atas segala kehilangan atau kerosakan kepada mana-mana harta atau kecederaan atau kematian mana-mana individu di dalam Bangunan atau kawasan pengurusan ini. i. Sekatan, Tugas dan Tanggungjawab yang Perlu Dipatuhi Sekatan, kewajipan dan obligasi yang dikenakan dalam Peraturan Kediaman ini dan mana-mana peraturan dikeluarkan pada papan buletin komuniti di sini perlu dipatuhi bukan sahaja oleh Pemilik tetapi juga oleh Penghuni, Penyewa, tetamu, pembantu, ejen- ejen, kanak-kanak, semua jemputan dan pemegang lesen bagi pihak Pemilik juga. ii. Hak untuk Mengenakan Caj & Menafikan Penggunaan Apabila berlaku Perlanggaran Peraturan Pihak Pengurusan berhak untuk mengenakan bayaran denda yang difikirkan patut sekiranya berlaku apa-apa perlanggaran peraturan yang terkandung di sini dan juga hak untuk menafikan mana-mana Penghuni penggunaan semua atau mana-mana kemudahan atau peralatan yang disediakan di dalam pembangunan ini. iii. Larangan Gangguan terhadap Tugas Pihak Pengurusan Mana-mana pihak dilarang untuk mengganggu Pihak Pengurusan dari melaksanakan tugasannya selagi ia sejajar dengan Akta 757. Sebarang cadangan, aduan atau maklum balas yang hendak dikemukakan terhadap Pihak Pengurusan hendaklah dibuat melalui laporan rasmi iaitu melalui borang yang disediakan di Pejabat Pengurusan. iv. Peruntukan untuk Meminda Peraturan Kediaman Pihak Pengurusan berhak untuk membuat peraturan-peraturan baru yang dianggap perlu untuk menangani operasi bangunan termasuklah kewangan, keselamatan atau isu-isu keselamatan secara yang diperlukan seterusnya berhak menukar mana-mana peraturan di dalam Peraturan Kediaman sediaada melalui notis di papan kenyataan dengan memberi
38 Penghuni empat belas (14) hari notis sebelum ia dikuatkuasakan sebagaimana yang dikehendaki. Di mana sesuai, perubahan peraturan akan kemudian dimasukkan ke dalam isu berbangkit dan seterusnya diminta kelulusan Badan Pengurusan melalui Mesyuarat Agong Tahunan atau Mesyuarat Agong Khas. 16.5Pusat Perkhidmatan Pelanggan Pembeli unit Antara Residence juga boleh mengajukan sebarang laporan khususnya laporan kecacatan/kerosakan bangunan/unit rumah ke Pejabat Pengurusan Antara Residence
39 SENARAI JADUAL 17.1 NOMBOR TALIAN PERKHIDMATAN / KECEMASAN 17.2 MAKLUMAT BIL & CAJ BERKAITAN 17.3 SENARAI KEMASAN CAT 17.4 SENARAI KEMASAN JUBIN 17.0 JADUAL
40 17.1 NOMBOR TALIAN PERKHIDMATAN / KECEMASAN Pengangkutan Awam Putrajaya & Cyberjaya Radio Taxi Hotline 03 - 8888 4000 Nadiputra (Bas Awam Putrajaya) 03 - 8890 4788 / 019 - 282 2280 Putrajaya Sentral (KTM, Monorail, Bus & Taxi) 03 - 8881 1767 Stesen Transit Putrajaya ERL 03 - 2267 8000 KLIA Limo 03 - 8787 3678 Jadual Penerbangan a) KLIA 03 - 8776 2454 (ext. 3136/3145) b) KLIA2 03 - 8778 5500 (ext. 01/02/03) KTM Keretapi 03 - 2267 1200 Utiliti TM : Kerosakan / Aduan 100 TM : Direktori 103 TNB 15454 Perkhidmatan Air 15300 Gas Malaysia, Presint 9 03 - 8888 5564 Kecemasan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Hotline: 999 Balai Polis Putrajaya: a) IPD, Presint 7 03 - 8886 2222 b) Presint 11 03 - 8889 2222 / 03 - 8890 2861 Balai Polis (Cyberjaya) 03 - 8318 2222 Balai Polis (IPD Kajang) 03 - 8911 4222 Balai Polis (Bandar Baru Bangi) 03 - 8920 0282
41 Perbadanan Putrajaya Talian Umum 03 - 8000 8000 Faks 03 - 8887 5000 Aduan 03 - 8887 3000 Nadi Cergas Development Sdn Bhd Khidmat Pelanggan 03 – 7887 1393
42 17.2 MAKLUMAT BIL & CAJ BERKAITAN JENIS PERBELANJAAN TARIKH BAYARAN TEMP AT BAYAR AN *KADAR ( RM ) Bil Elektrik Pembayaran sebelum tarikh Pejabat Pos, TM Point, Pejabat JBA, Pejabat TNB Mengikut Kadar Semasa Tenaga Nasional Bhd Bil Air Bayaran dibuat semasa menerima Invois bulanan Pejabat Pengurusan Antara Residence Mengikut Kadar Semasa Pengurusan Air Selangor Caj Pembentunga n Bayaran setiap bulan Pihak Berwajib Ia akan dituntut oleh Pihak Berwajib Cukai Tanah (Quit Rent) Sebelum 31 Mei Setiap Tahun Pejabat Tanah & Galian Pejabat tanah & Galian Cukai Pintu (Assessment) Bayaran perlu Dibuat pada 28 FEBRUARI (Separuh bahagian pertama) & 31 OGOS (Separuh bahagian kedua) Perbadanan Putrajaya Kadar akan ditentukan oleh Perbadanan Putrajaya Caj Penyenggaraan & Caruman Wang Penjelas (Maintenance Charge & Sinking Fund). Bayaran dibuat mengikut tempoh Invois. Invois Bulanan akan di keluarkan 3 bulan sekali. Pejabat Pengurusan Antara Residence Kadar mengikut Form Of Charge Statement semasa.
43 Pemilik Petak (Premium Insurans Kebakaran Berkelompok) Setahun sekali. Bayaran mesti dijelaskan pada waktu yang telah ditetapkan mengikut bil Pejabat Pengurusan Antara Residence Kadar ditentukan mengikut kadar rata / Premium Insuran *Tertakluk pada perubahan oleh Pihak Berwajib
44 17.3 SENARAI KEMASAN CAT No Area Description Supplier TYPE A, TYPE & TYPE C 1. General wall 0000 – White (Jotaplast Max) Jotun (M) Sdn Bhd 2. Ceiling 0000 – White (Jotaplast Max) Jotun (M) Sdn Bhd 3. Metal Door Frame 9915 - Oxford River (Gardex Semi Gloss) Jotun (M) Sdn Bhd 4. Door Leaf 9915 - Oxford River (Gardex Semi Gloss) Jotun (M) Sdn Bhd 5. MS Railing 9915 - Oxford River (Gardex Semi Gloss) Jotun (M) Sdn Bhd
45 17.4 SENARAI KEMASAN JUBIN Note : All tiles are 300mm x 600mm Manufacturer : MML – Hafary Trading Sdn Bhd AREA TYPE A TYPE B TYPE C FLOOR WALL FLOOR WALL FLOOR WALL Kitchen SM8B1D: Matt - Calma N/A SM8B1D: Matt - Calma N/A SM8B1D: Matt - Calma N/A Yard SM8B1D: Matt - Calma N/A SM8B1D: Matt - Calma N/A SM8B1D: Matt - Calma N/A Master Bathroom SM8B9D: MattMonte SM8B6D: Matt-Siena SM8B9D: Matt-Monte WG8B6D: Glossy - Siena SM8B9D: Matt- Monte SM8B6D: Matt-Siena SM8B9D: Matt-Monte WG8B6D: Glossy -Siena SM8B9D: Matt- Monte SM8B6D: Matt-Siena SM8B9D: Matt-Monte WG8B6D: Glossy -Siena Bathroom 2 N/A N/A SM8B9D: Matt- Monte SM8B6D: Matt-Siena SM8B9D: Matt-Monte WG8B6D: Glossy -Siena SM8B9D: Matt- Monte SM8B6D: Matt-Siena SM8B9D: Matt-Monte WG8B6D: Glossy -Siena Bathroom 3 N/A N/A N/A N/A SM8B9D: Matt- Monte SM8B6D: Matt-Siena SM8B9D: Matt-Monte WG8B6D: Glossy -Siena Balcony N/A N/A RFGLA2: Rough - Glastonbury N/A RFGLA2: Rough - Glastonbury N/A Utility Room N/A N/A N/A N/A SM8B1D: Matt -Calma N/A
46 SENARAI RUJUKAN 18.1 PANDUAN MELAPORKAN KECACATAN/KEROSAKAN UNIT INDIVIDU a). Pemilik membuat laporan melalui email/Borang di Pejabat pengurusan dan perlu serahkan kunci rumah jika rumah belum didiami. b). Pihak Pengurusan/ wakil pemaju akan memberi kunci kepada pihak kontraktor dalam masa 2 hari. Jika kecacatan, kebocoran atau masalah elektrik yang perlu di berbaik, kontraktor akan bertindak secepat mungkin. Bagi kerosakkan biasa, kecacatan itu akan diperbaiki dalam tempoh 30 hari. c). Wakil kontraktor akan serah kunci ke pejabat pengurusan/pemaju serta menghubuni pemilik untuk pemeriksaan dan mengambil kunci rumah di pejabat pengurusan/pemaju. d). Pemilik mengambil kunci dari Pejabat Pengurusan Pemaju. 18.2 PANDUAN MELAPORKAN KECACATAN/KEROSAKAN HARTA BERSAMA a). Pemilik membuat laporan melalui email/Borang di Pejabat pengurusan b). Pihak Pengurusan akan memberi kunci kepada pihak kontraktor dalam (Jika kecacatan, kebocoran atau masalah elektrik yang perlu di berbaik, kontraktor akan bertindak secepat mungkin. Bagi kerosakkan biasa, kecacatan itu akan di berbaiki dalam tempoh 30hari. c). Wakil pejabat pengurusan akan memereksa dan mengesahkan kerja baik pulih. d). Pengadu akan di maklumkan 18.0 RUJUKAN
47 SENARAI LAMPIRAN 19.1 PELAN STRUKTUR – DINDING GALAS BEBAN (SHEAR WALL PLAN) 19.2 CADANGAN REKABENTUK JERIJI (GRILLE DESIGN) 19.0 LAMPIRAN
48 19.1 PELAN STRUKTUR – DINDING GALAS BEBAN (SHEAR WALL PLAN) 19.0 LAMPIRAN
49 19.1.1 PELAN STRUKTUR : DINDING GALAS BEBAN UNTUK UNIT 1 - 12 DINDING YANG LAKARKAN MERAH ADALAH DINDIN GALAS BEBAN DAN TIDAK BOLEH DI TEBUK ATAU DIROBOHKAN
50 19.1.2 PELAN STRUKTUR : DINDING GALAS BEBAN UNTUK UNIT 13 - 20 DINDING YANG LAKARKAN MERAH ADALAH DINDIN GALAS BEBAN DAN TIDAK BOLEH DI TEBUK ATAU DIROBOHKAN