The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM) BERWARNA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norhassfaiza Rahim, 2021-06-21 01:19:58

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM) BERWARNA

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM) BERWARNA

PAUTAN KOD QR: SIFAT DAN RIWAYAT HIDUP KHULAFA AL-RASYIDIN
http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=2003

SPEKTRUM ILMU

Ucapan Saidina Umar bin al-Khattab selepas dilantik menjadi Khalifah:

……”Dalam menunaikan tugas, maka al-quran ialah panduanku dan aku akan mengikuti jejak langkah
Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a. Sekiranya aku di jalan yang benar, ikutilah aku dan sekiranya
aku menyimpang daripada jalan yang benar, maka perbetulkanlah aku agar tidak kehilangan arah”.

BERFIKIRAN TERBUKA UTHMAN PRIHATIN
BIN
Melonggarkan syarat Menyumbangkan harta dan kekayaan
penggunaan harta Baitul AFFAN untuk pertahanan Negara. Beliau juga
Mal. Beliau juga telah R.A membesarkan Masjid Nabawi untuk
membenarkan sahabat keperluan dan keselesaan umat Islam.
keluar dari Kota Madinah.

INOVATIF BERPANDANGAN JAUH

Menubuhkan Angkatan Tentera Menubuhkan jawatankuasa khas pembukuan al- Quran
Laut Islam sehingga berjaya yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit menggunakan lahjah
meluaskan empayar Islam arab Quraisy yang dikenali sebagai mashaf Uthmani demi
khususnya di Syam dan Mesir. memelihara kesucian al-quran.

SPEKTRUM ILMU

Ucapan Uthman Bin Affan selepas dilantik menjadi Khalifah:

……”Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah merupakan permainan yang melalaikan.
Akhirat kelak seksaan yang pedih bagi yang mengingkari serta keredaan Allah s.w.t bagi yang taat”.

BERANI ALI BIN TEGAS
ABI
* Menyertai hampir kesemua peperangan Memecat beberapa gabenor
seperti Perang Badar dan Perang Khaibar TALIB yang dilantik oleh Khalifah
serta berada di barisan hadapan. R.A Uthman seperti Muawiyah
bin Abi Sufian dan Abu
* Sanggup menerima jawatan Khalifah Musa al-Asy'ari untuk
walaupun mengetahui bebanan yang meredakan kemarahan
bakal dihadapi. puak pemberontak.

BERILMU b
BERPANDANGAN JAUH
Memiliki ketinggian ilmu dalam
pelbagai bidang sehingga Menangguhkan hukuman qisas terhadap pembunuh
Khalifah Uthman bin Affan kerana keadaan negara yang
dilantik sebagai hakim di Yaman. masih huru-hara dan dikuasai oleh puak pemberontak.

101 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

SPEKTRUM ILMU

Ucapan Ali Bin Abi Talib r.a selepas dilantik menjadi Khalifah:

“Seorang Islam yang sejati adalah yang menggunakan lidah dan anggotanya ke arah kebenaran
dan berlumba-lumba membuat kebaikan. Taatilah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya. Jika
melihat kebaikan, maka sempurnakanlah dan jika melihat kejahatan, tinggalkanlah”.

5.10.3 Pencapaian Pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin

AGAMA Khalifah Abu Bakar r.a Berjaya memerangi golongan murtad,
POLITIK Khalifah Umar bin al-Khattan r.a nabi palsu dan golongan yang enggan
Khalifah Abu Bakar r.a membayar zakat.

Menyebarkan dakwah Islam sehingga
tersebar di wilayah Mesir, Parsi dan
Rom.
Pembukaan wilayah baharu Islam di
sebahagian wilayah Iraq dan Syam.

Khalifah Umar bin al-Khattan r.a Menubuhkan majlis Syura, Jabatan
Khalifah Uthman binAffan r.a Tentera, Jabatan Polis, Jabatan
EKONOMI Khalifah Umar bin al-Khattan r.a Percukaian dan Jabatan
perbendaharaan Negara.
SOSIAL Khalifah Ali bin Abu Talib r.a Berjaya mematahkan pemberontakan
Khalifah Umar bin al-Khattan r.a dan penaklukan serta meluaskan
kuasa wilayah Islam hingga ke Rom,
102 Mesir dan Afrika Utara serta menawan
Pulau Cyprus.
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM) * Memperkenalkan pelbagai cukai
baharu seperti Cukai Jizyah dan
Kharaj.
* Memajukan sistem pengairan dan
saliran melalui pembinaan terusan
Amirul Mukminin di Mesir dan
empangan Abu Musa di Basrah.
* Mengemaskini institusi baitulmal dan
meneroka tanah baharu untuk
memperbanyak hasil pertanian.
Meneruskan kutipan Jizyah yang
dikenakan terhadap golongan zimmi.
* Mengasaskan takwim Islam sebagai
asas permulaan pengiraan tahun
Hijrah.
* Memperkenalkan undang-undang
pentadbiran tanah untuk menghormati
hak sosial dan menjaga kebajikan
rakyat.
* Membina kemudahan awam seperti
tali air untuk kemudahan pertanian.

USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR

KETENTERAAN Khalifah Umar bin al-Khattan r.a * Meneruskan pembebasan negeri di
wilayah Iraq,
Khalifah Uthman binAffan r.a * Membuka Baitulmaqdis Palestin dan
PENDIDIKAN Khalifah Abu Bakar a.s. Mesir.
Menubuhkan Angkatan Tentera Laut
Khalifah Umar bin al-Khattan r.a Islam yang pertama bagi tujuan
Khalifah Uthman binAffan r.a keselamatan dan perluasan kuasa.
Khalifah mengumpul dan menulis
semula naskah al-Quran susulan 70
orang penghafaz al-Quran syahid
dalam peperangan Yamamah.
Menubuhkan sekolah iaitu Al-Kuttab
yang dikhususkan untuk kanak-kanak.
Menyelaraskan bacaan (qiraat) dan
penulisan mashaf al-Quran
menggunakan Bahasa Quraisy yang
dinamakan Mashaf Uthmani.

NOTA GURU
5.10.5 Bimbing murid untuk berinteraksi dalam kepimpinan secara beradab dan istiqomah.

5.10.4 Iktibar Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin

2. Kita hendaklah 1. Kita hendaklah 6. Kita hendaklah 5. Kita
menggiatkan usaha mencontohi menyokong hendaklah
kepimpinan kegiatan mengamalkan
dakwah agar akhlak yang
kebenaran Islam khalifah dengan ekonomi umat terpuji agar
dapat disebarkan. mengutamakan Islam supaya menjadi contoh
segi kesejahteraan umat Islam teladan yang
agama rakyat dan
dihormati. baik.
negara.

3. Kita hendaklah 4. Kita hendaklah
mengukuhkan menyumbang

perpaduan umat kepakaran untuk
Islam dengan pembangunan dan
kemajuan negara.
memelihara hak
antara satu sama

lain.

103 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

AKTIVITI

1. Anda telah dipilih untuk memberikan ucapan di sudut pidato Speaker Corner. Bina teks
ucapan bertemakan “Pemimpin Yang Berkualiti”.

2. Hasilkan peta pemikiran untuk menjelaskan tentang pencapaian kerajaan Khulafa al-Rasyidin.

3. Berdasarkan carian di Internet secara berkumpulan, catatkan tentang:

a) Satu pengumpulan al-Quran.

b) Pembukuan al-Quran.

Kemudian bentangkan di hadapan kelas.
4. Laksanakan aktiviti “Goldfish Bowl” untuk menerangkan pencapaian pemerintahan Khulafa
al-Rasyidin.

PENILAIAN
1. Nyatakan era pemerintahan Kerajaan Islam secara ringkas.
2. Jelaskan dua ciri kepimpinan Khulafa al-Rasyidin.
3. Terangkan dua pencapaian pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
4. Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
5.

“Kepimpinan Khulafa al-Rasyidin ialah contoh terbaik sepanjang zaman”.

Kemukakan hujah anda bagi menyokong penyataan di atas.

104 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

PELAJARAN 19: KERAJAAN UMAIYAH (MUKASURAT: 163)

NAMA: ………………………………………………………. TARIKH: ……………….

5.11.1 Sejarah Kerajaan Umaiyyah

Asal Penubuhan SEJARAH KERAJAAN UMAIYAH
Bersempena nama Umaiyah bin Abdul Syam bin Abdul Manaf iaitu
Pengasas salah seorang daripada pemimpin keturunan Quraisy
Tempoh Memerintah Muawiyah bin Abi Sufian
Keluasan Kerajaan Tahun 41 hijrah hingga 132 hijrah
Keluasan kerajaan meliputi sebahagian besar benua Afrika Asia dan
Bilangan Khalifah Eropah
Khalifah Yang Terkenal 14 orang khalifah
1. Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Pertama 2. Abdul Malik bin Marwan
Khalifah Terakhir 3. Al-Walid bin Abdul Malik 4
Pusat Pemerintahan 4. Umar bin Abdul Aziz
Muawiyah bin Abi Sufian
Marwan bin Muhammad
Damsyik, Syiria

SPEKTRUM ILMU
Pemerintahan Kerajaan Umaiyah terdiri daripada dua tahap:
1. Tahap pertama berpusat di Damsyik (41H-132H) menggunakan gelaran Khalifah.
2. Tahap kedua berpusat di Cordova (138H-422H) menggunakan gelaran Amir dan Khalifah.

PAUTAN KOD QR: SENARAI NAMA 14 KHALIFAH UMAIYAH
http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=1933

5.11.2 Khalifah Kerajaan Umayyah Yang Terkenal
1. MUAWIYAH BIN ABI SUFIAN

Khalifah Pertama 1. Menjadikan Damsyik sebagai pusat pemerintahan Islam yang
terkenal.
19 tahun 3 bulan
(41H – 60H) 2. Mewujudkan perkhidmatan pos berkuda (Dewan Al-Barid).
3. Memperkenalkan cop mohor rasmi Kerajaan Umaiyah (Diwan Al-Khatim).
4. Menubuhkan jabatan setiausaha (Dewan al-Rasail), jabatan cukai

dan Jabatan urusan awam.
5. Memperkasakan Armada laut.

105 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

2. Abdul Malik bin Marwan

Khalifah kelima 1. Menetapkan bahasa arab sebagai bahasa rasmi dalam urusan
pentadbiran negara.
21 tahun
(65H – 86H) 2. Mencetak mata wang Dinar Islam pertama tertulis arab bertulis arab
Dan berteks al-Quran.

3. Menaik taraf perkhidmatan pos dan sistem pengangkutan awam.
4. Menubuhkan Dewan Al-Jund untuk mengurus pertahanan negara.
5. Mengarahkan pembinaan Kubbah al-Sakhra’ di Baitul Maqdis.

3. al-Walid bin Abdul Malik

Khalifah Keenam 1. Pembukaan wilayah baharu Islam seperti Andalus dan India.
2. Memperbaiki dan mencantikkan senibina Masjid Nabawi.
9 tahun 7 bulan 3. Membina banyak masjid baharu seperti Masjid Umawi di Damsyik
(86H – 96H)
yang bercirikan seni bina Islam.
4. Memberikan perhatian kepada rakyat yang berkeperluan khas seperti

golongan warga emas dan orang buta dengan menubuhkan jabatan
khas.
5. Menggalakkan pembinaan bangunan baharu bercirikan senibina
Islam.
6. Memperbaik jalan raya menuju ke negeri Hijaz bagi memudahkan
perjalanan jemaah haji ke Baitullah al-Haram.

4. Umar bin Abdul Aziz

Khalifah Kelapan 1. Mengecualikan bayaran cukai jizyah terhadap kafir zimmi sehingga
ramai yang memeluk Islam.
2 tahun 5 bulan
(99H – 101H) 2. Mengeluarkan arahan rasmi kepada Ibnu Syihab az-Zuhri untuk
membukukan hadis Rasulullah s.a.w.

3. Membina rumah transit untuk para pedagang.
4. Menaik taraf infrastruktur untuk kemudahan rakyat seperti hospital,

jambatan, perigi, jalan raya dan sistem pengangkutan awam.
5. Mengasaskan dewan penasihat yang dianggotai oleh para ulama

untuk memberikan nasihat kepada Khalifah.

5.11.3 Faktor Kegemilangan dan Kemerosotan Kerajaan Umaiyah

Faktor Kegemilangan Kerajaan Umaiyah

1. AGAMA » Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menyemarakkan aktiviti keilmuan seperti
pengajian al-quran dan pembukaan hadis.

» Khalifah Al Walid bin Abdul Malik telah menaik taraf dan membina institusi
masjid seperti Masjid Nabawi untuk merancakkan aktiviti keagamaan.

106 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

2. POLITIK

» Pemilihan Damsyik yang strategik sebagai pusat pemerintahan oleh
Khalifah muawiyah bin Abi Sufian telah berjaya mengukuhkan pentadbiran
Negara.
» Pelantikan gabenor yang berwibawa berjaya menghapuskan
pemberontakan oleh puak khawarij dan Syiah.
» Berjaya meluaskan wilayah Islam di Rom, China, India, Afrika Utara dan
Eropah.

3. EKONOMI
» Pengurusan baitulmal yang cekap sehingga hasil pendapatan negara melebihi
keperluan contohnya pada zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. » Kerajaan
berjaya memanfaatkan hasil daripada pertanian dan perdagangan untuk
membangunkan negara.

4. SOSIAL

» Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan
penyediaan kemudahan asas seperti masjid, alan raya dan hospital.
» Hubungan erat antara pemimpin dan rakyat mewujudkan suasana perpaduan dan
harmoni dalam masyarakat.
5. TENT5ERAAN

» Pasukan angkatan tentera yang berdisiplin dan bersemangat jihad dalam
mempertahankan agama dan negara.
» Kemudahan Pengkalan Tentera dan kapal perang yang dilengkapi dengan peralatan
perang yang canggih.
» Adaptasi strategi peperangan dengan meniru corak gerakan daripada Parsi dalam
ketenteraan.

6. PENDIDIKAN

» Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
» Galakan daripada Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin Abdul-Aziz agar
rakyat menguasai pelbagai ilmu naqli seperti al-Quran, Tafsir, Hadis dan Nahu.

107 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

SPEKTRUM ILMU

Mawaali ialah orang bukan Arab yang memeluk agama Islam dan memiliki keistimewaan yang
sama dengan orang arab muslim tapi dikehendaki membayar cukai tambahan.

SPEKTRUM ILMU
Empat Peringkat Jihad ialah:
1. Jihad memperbaiki diri.
2. Jihad melawan syaitan.
3. Jihad melawan kafir Harbi dan munafik.
4. Jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran.
(Imam Shamsuddin Muhammad bin Abu Bakar al-Zar'ie)

5.11.4 Iktibar Daripada Pemerintahan Kerajaan Umaiyah

SEBAGAI UMAT ISLAM

1. Kita hendaklah mempertabatkan ajaran al-Quran dan Sunnah dalam urusan
kepimpinan agar syariat Islam dapat ditegakkan.

2. Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia yang ada pada khalifah Islam seperti zuhud,
tegas, berilmu dan bijaksana.

3. Kita hendaklah menjaga hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat agar hidup
harmoni.

4. Kita hendaklah menjaga kebajikan sesama rakan agar mengeratkan kasih sayang.

5. Kita hendaklah memiliki semangat jihad yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan
negara.

6. Kita hendaklah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat memberi
sumbangan kepada umat Islam.

NOTA GURU
5.11.5 Bimbing murid dengan bijaksana secara beradab dan istiqomah.

108 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

AKTIVITI
1. Bina peta pemikiran untuk menerangkan faktor kegemilangan dan kemerosotan Kerajaan
Umaiyah.
2. Cari maklumat melalui internet tentang penubuhan Kerajaan Umaiyah, kemudian kongsi
maklumat melalui aktiviti Expert Group.
3. Laksanakan aktiviti Role Play. Murid akan melakukan watak seorang daripada Khalifah
Kerajaan Umaiyah secara berkumpulan.

PENILAIAN
1. Jelaskan sejarah Kerajaan Umaiyah secara ringkas.
2. Jelaskan dua sumbangan yang diberikan oleh Khalifah berikut:

i. Muawiyah bin Abi Sufian.
ii. Abdul Malik bin Marwan.
iii. Al-Walid bin Abdul Malik.
iv. Umar bin Abdul Aziz
3. Terangkan dua faktor kegemilangan dan kemerosotan Kerajaan Umaiyah.
4. Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada pemerintahan Kerajaan Umaiyah.
5.
“Kepimpinan Umar Bin Abdul Aziz telah berjaya mencapai kecemerlangan
yang membanggakan umat Islam sehingga ke hari ini”.

Huraikan cara anda mencontohi kepimpinan tokoh di atas.

109 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

PELAJARAN 20: KERAJAAN ABBASIYAH (MUKASURAT: 171)

NAMA: ………………………………………………………. TARIKH: ……………….

5.12.1 Sejarah Kerajaan Abbasiyah

Asal Penubuhan Bersempena nama bapa saudara Rasulullah s.a.w iaitu al-Abbas bin
Abdul Mutalib.
Pengasas
Tempoh Memerintah Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali as-Saffah.
Selama 524 tahun, iaitu bermula dari tahun 132 hijrah hingga tahun 656
Keluasan Kerajaan hijrah.
Bilangan Khalifah Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah.
Khalifah Yang 37 orang khalifah.
Terkenal 1. Abu Al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali as-Saffah
2. Abi Jaafar Abdullah Muhammad bin Ali Al Mansur.
Khalifah Terawal 3. Harun al-Rasyid bin Muhammad Al-Mahdi bin Al Mansur bin al-Abbasi
Khalifah Terakhir 4. Al-Makmun bin Harun al-Rashid bin Muhammad al-Mahdi
Pusat Pemerintahan Abu Al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali as-Saffah
Abu Ismail Muhammad al-Mustaksim bin Harun ar-Rasyid
Baghdad, Iraq.

PAUTAN KOD QR: SENARAI NAMA 37 KHALIFAH ABBASIAH
http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=1934

5.12.2 Khalifah Kerajaan Abbasiyah Yang Terkenal

1. Abu Al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali as-Saffah

Khalifah Pertama 1. Mengasaskan Kerajaan Abbasiah.

4 tahun 9 bulan 2. Mengembalikan keamanan dengan mematahkan serangan luar dari Parsi
(132h – 136H) dan Byzantin.

3. Menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematahkan

pemberontakan oleh golongan Syiah dan khawarij.

2. Abu Ja’far Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Mansur

Khalifah kedua 1. Memindahkan Pusat Pentadbiran dari Damsyik ke Baghdad.

22 tahun 2. Menaik taraf sistem cukai.
(136H – 158H) 3. Membina sistem pengairan dan saliran.

4. Membina Masjid As-Syarqiah sebagai pusat aktiviti dakwah.
5. Membina hospital di Baghdad

6. Memperkukuh kekuasaan terhadap wilayah Byzantin.

3. Harun ar-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi bin al-Mansur al-Abbas

Khalifah Kelima 1. Memperkemas sistem percukaian Islam berpandukan kitab al-Kharaj.
2. Mewujudkan jawatan ketua hakim negara (Qadhi al-Qudhat).
23 tahun 3. Membina Baitul Hikmah (Perpustakaan Agong).
(170H – 192H) 4. Menjadikan Baghdad sebagai pusat tumpuan perdagangan, keilmuan,

dan kebudayaan.
5. Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian.
6. Menubuhkan majlis Al Munazarah sebagai pusat penyelidikan ilmu agama.

110 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

4. Abu Ja’far Abdullah al-Makmun bin Harun ar-Rasyid

Khalifah Ketujuh 1. Mempergiat usaha penterjemahan karya daripada bahasa asing
seperti Yunani dan Rom ke dalam bahasa arab.
20 tahun 2. Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara.
(198H – 218H) 3. Membina balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu.
4. Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.

SPEKTRUM ILMU

Baitul Hikmah ialah perpustakaan terulung yang menempatkan terjemahan pelbagai karya asing
seperti bahasa Yunani, Parsi, Cina, dan India ke dalam bahasa Arab.

5.12.3 Faktor Kegemilangan dan Kemerosotan Kerajaan Abbaisyah

Faktor Kegemilangan

AGAMA

• Galakkan Khalifah yang memberikan peruntukan khas melalui Baitulmal untuk para
ulama menjalankan aktiviti dakwah.

• Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu
bahasa sains, kejuruteraan dan perubatan berjaya memartabatkan Tamadun Islam.

• Peranan institusi pendidikan seperti masjid dan istana Khalifah sebagai pusat
pengajian ilmu Islam dan penyebaran dakwah.

POLITIK

• Kebijaksanaan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur menjadikan Baghdad sebagai pusat
pentadbiran negara.

• Pemberontakan dan perbalahan daripada golongan Syiah di Baghdad dan
golongan utara dan selatan Syria berjaya dihapuskan.

• Kestabilan politik Kerajaan Abbasiah mendorong khalifah memajukan negara.

EKONOMI

• Kedudukan berada di tengah-tengah laluan perdagangan dari timur dan barat
menjadikannya sebagai pusat tumpuan aktiviti perdagangan.

• Sektor pertanian perindustrian dan perdagangan berjaya mendominasi pasaran
Antarabangsa kerana berupaya memenuhi permintaan pasaran semasa.

• Inisiatif Khalifah membina empangan pusat-pusat perniagaan dan rumah api
sebagai prasarana pertanian dan perdagangan.

• Sumber dan pengurusan Baitulmal yang sistematik menyebabkan kerajaan dapat
menyediakan prasarana dan peluang pekerjaan untuk rakyat.

111 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

SOSIAL

• Layanan yang adil daripada Khalifah dengan menghapuskan penindasan dan perhambaan.
• Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan

masyarakat.
• Orang yang bukan Islam khususnya orang Parsi diberikan peluang memegang jawatan

utama dalam pentadbiran negara seperti jawatan Perdana Menteri.

KETENTERAAN

• Strategi peperangan yang mantap seperti strategi al-Karadis setelah berjaya mengalahkan
serangan musuh.

• Inovasi peralatan peperangan yang moden dan canggih ketika itu seperti Manjanik,
Dabbabah, dan Barud.

• Keperihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera diutamakan melalui pemberian gaji dan
bonus.

• Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada orang bukan arab seperti Farsi dan Turki
berjaya mengukuhkan kekuatan pasukan.

PENDIDIKAN

• Aktiviti penterjemahan bahasa asing ke dalam bahasa arab menggalakkan penguasaan
dan kemahiran pelbagai disiplin Ilmu.

• Perkembangan pelbagai bidang ilmu berjaya melahirkan ramai sarjana dan ilmuwan Islam
seperti Ibnu Sina, Jabir al-Hayyan dan al-Idrisi.

• Galakan Khalifah seperti al-Makmun dengan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar
cemerlang.

• Kemudahan institusi pendidikan seperti masjid, istana Khalifah, perpustakaan dan pusat
pengajian yang berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu.

Faktor Kemerosotan Kerajaan Abbasiah

POLITIK » Campur tangan pegawai berbangsa Parsi dan Turki dalam
pemerintahan.
» Perebutan kuasa antara khalifah seperti al-Muntasir dan al-Muktaz
menyebabkan institusi khalifah menjadi semakin lemah.
» Perpecahan beberapa wilayah sehingga memberi peluang kepada
pembentukkan kerajaan kecil seperti Saljuk dan Buwaih.

SOSIAL » Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran Khalifah.
» Pemberontakan dalam kalangan puak Syiah dan Khawarij sehingga
mengganggu ketenteraman awam.

112 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

EKONOMI » Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku menyebabkan pedagang
luar tidak datang ke Baghdad. Hal ini menyebabkan dana Baitulmal
merosot.
» Sektor pertanian pertanian merosot kerana sistem pengairan tidak
dapat dibaiki ekoran masalah kewangan.

KETENTERAAN » Pertahanan ketenteraan yang lemah memudahkan serangan daripada
pihak musuh seperti orang Georgia dan Armenia.
» Serangan daripada tentera Monggol (Halagu Khan) telah meruntuhkan
kekuatan Kerajaan Abbasiah.

5.12.4

Iktibar Daripada Pemerintahan
Kerajaan Abbasiah

1. Kita hendaklah memilih 2. Kita hendaklah mencontohi dan
pemimpin yang berwibawa mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan
untuk menerajui kepimpinan Islam dalam pentadbiran agar
supaya urusan pentadbiran menjadi contoh ikutan terbaik.
berjalan lancar.
4. Kita hendaklah memiliki perasaan
3. Kita hendaklah memanfaatkan cinta akan negara dengan
sumber yang ada dengan bijak meningkatkan amalan patriotisme
agar mampu bersaing daripada dalam diri.
di peringkat global.

5. Kita hendaklah mengeratkan 6. Kita hendaklah memperbanyak
perpaduan antara kaum agar penerokaan ilmu agar kegemilangan
keharmonian terpelihara. Tamadun Islam terus terjamin.

NOTA GURU
5.12.5 Bimbing murid membina keterampilan diri secara beradab dan istiqomah.

113 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

AKTIVITI
1. Bina peta pemikiran tentang faktor kegemilangan dan kemerosotan Kerajaan Abbasiah.
2. Laksanakan aktiviti Think-Pair-Share untuk membincangkannya iktibar daripada kemerosotan
Kerajaan Abbasiah.
3. Cari maklumat melalui Internet, kemudian laksanakan aktiviti Roam The Room tentang
perkara-perkara berikut:

i. Peranan Baitul Hikmah pada zaman Kerajaan Abbasiah.
ii. Kemajuan sains dan teknologi pada zaman Abbasiah.

PENILAIAN
1. Nyatakan sejarah Kerajaan Abbasiah secara ringkas.
2. Jelaskan dua sumbangan yang diberikan oleh tokoh-tokoh berikut:

i. Abu al-Abbas as-Saffah.
ii. Abu Jaafar al-Mansur.
iii. Harun ar-Rashid
iv. Al-Ma'mun
3. Terangkan dua faktor kegemilangan dan kemerosotan Kerajaan Abbasiah.
4. Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada kejatuhan Kerajaan Abbasiah.
5.
“Peranan generasi masa kini amat penting dalam mengembalikan
kegemilangan islam sebagaimana yang telah dicapai oleh kerajaan abbasiah”.

Berikan hujah anda secara situasi di atas dapat direalisasikan.

114 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

PELAJARAN 21: KEUNGGULAN TOKOH EMPAT MAZHAB (MUKASURAT: 179)

NAMA: ………………………………………………………. TARIKH: ……………….

5.13.1 Riwayat Hidup Tokoh Empat Mazhab

IMAM ABU HANIFAH

Nama Penuh An-Nukman bin Thabit al-Kufi
Tarikh Lahir 80 hijrah di Kufah
Tarikh Wafat 150 hijrah
Kuniah Abu Hanifah
Keperibadian * Sangat memuliakan ilmu pengetahuan.
* Kuat beribadah seperti sentiasa melakukan qiamullail, berpuasa sunat,
Antara Guru Yang
Tersohor dan selalu khatam al-quran.
* Seorang yang pemurah dan penyayang.
* Tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat dan kedudukan.
* Hammad bin Abi Sulaiman
* Ata’ Bin Yasar
* Amru Bin Dinar

SPEKTRUM ULMU SPEKTRUM ILMU
Tokoh-Tokoh Mazhab Hanafi:
Kesungguhan al-Imam Abu Hanifah
a) Abu al-Hasan al-karbi dalam menuntut ilmu:
b) Alauddin al-Kasani
c) Ibnu abidin Mendalami ilmu feqah kerana
berpendapat ilmu feqah
d) Muhammad al-Sarkhasi
e) Jamaluddin az-Zaila'i memerlukan kemahiran dan
pertimbangan akal yang mendalam
dalam menguasai sesuatu hukum

dengan baik.

AL-IMAM MALIK

Nama Penuh Malik bin Anas al-Madani

Tarikh Lahir 93 hijrah di Madinah

Tarikh Wafat 179 hijrah

Kuniah Abu Abdullah

Keperibadian * Mencintai Rasulullah s.a.w sehingga tidak sanggup menunggang kuda

dalam Kota Madinah kerana menghormati jasad Rasulullah s.a.w yang

dimakamkan di sana.

* Menghormati dan mencintai ilmu dengan berpegang teguh pada prinsip
“murid mencari guru”.

* Memuliakan majlis pengajian hadis Rasullulah s.a.w dengan memakai

pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

* Sanggup berkorban harta demi menuntut ilmu.

Antara Guru Yang * Nafi al-Madani

Tersohor * Muhammad Bin Syihab az-Zuhri

* Yahya Bin Sa'id al-Ansori

115 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

SPEKTRUM ILMU SPEKTRUM ILMU
Tokoh-Tokoh Mazhab Maliki:
1. Ibnu Rushd Kesungguhan al-Imam Malik dalam menuntut
2. Al-Imam Al-Qurtubi ilmu:
3. Abu Bakar Ibnu Al-Arabi
4. Ibnu Abdul Bar Sanggup berpanas terik dan menahan kesejukan
5. Al-Syeikh Al Dusuki demi menuntut ilmu kerana berpegang pada
prinsip iaitu “Seseorang itu tidak akan sampai
kepada apa-apa yang dihajati daripada ilmunya
sehingga dia benar-benar sanggup berkorban
dalam apa-apa jua keadaan”.

Al-IMAM AS-SYAFI’I

Nama Penuh Muhammad bin Idris as-Syafi’i
Tarikh Lahir 150 hijrah di Ghazzah
Tarikh Wafat 204 hijrah
Kuniah Abu Abdullah
Keperibadian * Sanggup tinggal bersama-sama dengan kaum arab badwi demi
menguasai bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Arab.
* Sanggup bermusafir jauh demi kecintaan terhadap ilmu.
* Berani menegakkan kebenaran ketika difitnah oleh puak Syiah dan ketika
berdepan dengan khalifah Harun ar-Rashid.
* Sangat pemurah kepada fakir miskin walaupun hidupnya sederhana.
* Tinggi sifat warak dan kuat beribadah.

Antara Guru Yang * Imam Malik Bin Anas

Tersohor * Sufian Bin Uyainah

* Muslim Khalid Al-Zanji

SPEKTRUM ILMU SPEKTRUM ILMU
Tokoh-Tokoh Mazhab as-Syafi’i:
1. Abu Maa’li al-Juwaini Kesungguhan al-Imam Syafi'i dalam
2. Abu Hamid Al-Ghazali menuntut Ilmu:
3. Abu Ishaq Al Syairazi
4. Yahya bin Sharfu an-Nawawi Sanggup bermusafir jauh untuk
5. Ibnu Hajar al-Haisami berguru dengan ramai tokoh ilmuwan

yang terkemuka sehingga ke
Madinah, Baghdad dan Mesir dalam

masa yang lama semata-mata
kerana kecintaan terhadap ilmu

116 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

AL-IMAM AHMAD BIN HANBAL

Nama Penuh Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
Tarikh Lahir 164 hijrah di Baghdad
Tarikh Wafat 241 hijrah
Kuniah Abu Abdullah
Keperibadian * Sentiasa menuntut ilmu walaupun telah mendapat gelaran imam yang
masyhur.
Antara Guru Yang * Memiliki sifat pemaaf yang sangat tinggi.
Tersohor * Banyak membaca dan menghafaz al-Quran sejak berusia sembilan
tahun.
* Kuat beribadah nawafil.
* Sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan akidah.
* Al-Imam as-Syafie
* Abu Yusuf al-Qadhi
* Hammad bin Khalid

SPEKTRUM ILMU SPEKTRUM ILMU

Tokoh-Tokoh Mazhab Hanbali: Kesungguhan al-Imam Ahmad dalam
menuntut Ilmu:
1. Ibnu Qudamah al-Maqdisi
Beliau sanggup dipukul dan diseksa dalam
2. Abdul Halim Ibnu Taimiyyah penjara semasa pemerintahan Khalifah Al-
Makmun kerana bertegas dan berpegang
3. Ibnu Qayyim al-Juwwaziyyah teguh mempertahankan pendiriannya tentang
4. Al-Qadhi Abu Ya’la al-Farra’
5. Abu Bakar Ghulam al-Hilal “Al Quran Bukan Makhluk”.

5.13.2 Sumbangan Tokoh dalam Tamadun Islam

Hasil Karya:

* Al-Fara’id * al-Fiqhul akbar * al-Ilmu wal mutaallam

Mazhab Hanafi AL-IMAM ABU HANAFIAH Murid Yang Terkenal:
Tersebar: * Abu Yusuf
* Muhammad al-Hasan As-Syaibani
Diseluruh Asia Tengah * Zufar bin al-Huzail
dan Eropah

Mengasaskan Mazhab Berdasarkan:

* Pintu para sahabat (akwal as-Sohabah)

* Qias * Istihsan * Ijmak * Uruf

117 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

Mazhab Maliki Tersebar: Hasil Karya: Murid Yang Terkenal:
* Mesir * Kitab al-Almuattok * Al-Imam as-Syafi’i

* Andalus AL-IMAM MALIK * Abdullah Bin Abdul
* Tunisia Hakam
* Afrika
* Abdul Rahman bin Qasim

Mengasaskan Mazhab Berdasarkan:
* Amalan penduduk Madinah * Qias * Masolihul Mursalin

Hasil Karya:
* Ar-Risalah * al-Umm * al-Musnad

Mazhab Syafi’i Murid Yang Terkenal:
Tersebar:
* Ahmad bin Hanbal
* Mesir * Iraq AL-IMAM AS-SYAFI’I
* Abu Yakkub Yusuf bin
* Farsi * Syiria Mengasaskan Mazhab Berdasarkan: Yahya al-Buwaiti
* Ijma’ * Qias * Istidlal
* Malaysia * China * Abu Ibrahim Ismail
bin Yahya al-Muzni

* Indonesia * Brunei

* Pakistan * India

Hasil Karya:

Mazhab Hanbali * Al-Musnad * at-Tarikh * al-Illah
Tersebar:

* Baghdad AL-IMAM AHMAD Murid Yang Terkenal:
* Mesir * al-Imam Hasan bin Musa
* Najad * al-Imam Hanbal bin Ishak

Mengasaskan Mazhab Berdasarkan: * al-Walid bin Muslim

* Fatwa Sahabat * Qias * Istishab

118 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

5.13.3 Iktibar Daripada Keunggulan Tokoh

1. Kita sebagai umat Islam hendaklah mencontohi kegigihan dan kesabaran Imam mazhab
dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu agar cemerlang dunia dan
akhirat.

2. Kita hendaklah menghormati peribadi perbezaan pandangan antara mazhab supaya
masyarakat hidup harmoni.

3. Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari supaya hidup diberkati Allah s.w.t.

4. Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki agar dapat memberi
manfaat kepada manusia sejagat.

5. Kita hendaklah berwaspada dalam meneliti sumber-sumber ilmu agar tidak terpesong
daripada Syariat Islam.

NOTA GURU
5.12.5 Bimbing murid bersungguh-sungguh menguasai ilmu secara beradab dan istiqomah.

AKTIVITI
1. Bina peta pemikiran tentang sifat peribadi empat tokoh Imam mazhab yang boleh diamalkan
sebagai seorang murid.
2. Laksanakan aktiviti Hot Seat tentang kemunculan mazhab fekah dalam Islam.
3. Cari maklumat melalui Internet tentang kegigihan Imam Mazhab dalam menuntut ilmu
kemudian hasilkan buku skrap dan pamerkan di sudut bacaan dalam kelas anda.

PENILAIAN

1. Nyatakan secara ringkas riwayat hidup empat Imam Mazhab.

2. Jelaskan dua sumbangan Imam Mazhab.

3. Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada kesungguhan Imam Mazhab.

4.
“Imam Empat Mazhab Memiliki Ketinggian Akhlak Yang Boleh Dijadikan Contoh
Teladan”.

Bagaimanakah anda dapat mencontohi mereka untuk menjadi murid yang cemerlang di dunia
dan di akhirat.

119 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)

PELAJARAN 22: BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN KEMUNAFIKAN (MUKASURAT: 188)

NAMA: ………………………………………………………. TARIKH: ……………….
6.15.1 Maksud Bersikap Benar
Istilah

Tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan.

Dalil Naqli
1. Allah s.w.t menjelaskan dalam firmannya:

٧٠ ‫يَٰٓ َأ ُّي َها ٱََّّ ِلي َن َءا َم ُنواْ ٱ َّت ُقواْ ٱّلَِّ َل َو ُقولُواْ قَ ۡو اَل َس ِدي ادا‬

(Surah al-Ahzab: Ayat:70)
Maksud:
Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah s.w.t dan katakanlah yang benar.

2. Abdullah bin Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksud:

Hendaklah kalian sentiasa bersikap benar. Sesungguhnya benar itu membawa kepada kebaikan
dan kebaikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersikap benar, akan ditulis di
sisi Allah s.w.t sebagai seorang yang benar. Dan orang yang berdusta itu, sesungguhnya dusta
itu membawa kepada kejahatan. Dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seseorang yang
sentiasa bersikap dusta, akan ditulis di sisi Allah s.w.t sebagai seorang pendusta.

SPEKTRUM ILMU

Maksud: Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan Hendaklah
kamu berada bersama-sama orang yang benar

120 USTAZ AIMAN BN MUHAMMAD
SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR
NOTA LENGKAP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (KSSM)


































Click to View FlipBook Version