Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
14 HARI
Yang digarap dan dicatat secara spontan dari storan minda yang lama terpendam.
Sudah lama ingin terjemahkan apa yang melekat di memori ke bentuk surat. PKPD 14 Hari
ini adalah satu rahmat bagi saya, kerana diberi ruang, luang dan kesejahteraan untuk meluahkan
segala rasa ; masa lalu, hari ini dan apa di masa hadapan.
Selama 14 hari ini, sambil melayan fizikal yang dihalang bergerak, setiap hari sempat
menyiarkan satu coretan ke ruang dinding Facebook untuk dikongsi bersama rakan-rakan.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membaca dan memberikan sokongan serta cadangan,
sesungguhnya itu amat bermakna bagi saya.
Wassalam
Fadzilah bin Sidik
PT605 Kampung Lepah
16810 Selising, Kelantan
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
1ST Day PDPD @ Lepah, Selising
Syahdu Di Pagi Raya
Hari pertama bila-bila dan di mana pun pasti adalah detik yang sentiasa lekat di memori apalagi
bila dicatat. Catatan ini adalah cerita tentang hari pertama setelah perkampungan dikenakan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Dalam pada itu, saya akan ceritakan memori
hari pertama dalam sejarah hidup ini.
Hari ini. (20/7/2021 ; Selasa)
Bagaimana harus dapat dilupakan, bila dini hari lagi terjaga hanya mampu mendengar takbir raya
dari corong suara masjid-masjid saling bersahutan. Berpakaian segak raya namun hanya mampu
berdiri di anjung rumah memandang kosong empat penjuru alam mendengar khutbah sayup-sayup.
Hanya anak-anak peneman mengisi ritual raya di rumah.
Lepah sunyi, hanya angin barat dari perbukitan turun menderu dan disambut angin timur dari baruh
yang nyaman. Daun bergesel, siulan burung dan pekikan haiwan ternak menguasai alam bunyi saat
ini. Damai, memang mendamaikan, hari pertama kan ?
Apakah rasa ini sama dengan ‘banduan Covid’ seperti saya di bandar-bandar atau kawasan
perumahan atau mereka yang bersesak di flat-flat ?. Fizikal tersekat, rasa santai tersekat banyak
yang tersekat hanya kesabaran dan keredhaan sahaja dapat mengisi kekosongan itu. Moga kita
kekal tabah.
53 tahun lepas (4/9/1968)
1st Day Menjenguk Dunia
Saat itu saya dilahirkan. DI sebuah rumah yang ‘robek’, istilah rumah yang dhaif tapi masih kukuh
untuk dihuni. Berlantai gelegar papan jarang berdinding papan dan sebahagian buluh. Tidak
banyak kenangan semasa dilahir untuk dikongsi, cuma yang masih terngiang-ngiang ialah
“…semat budak ni..” suara bidan yang menyambut kelahiran saya. Tidak tahu betul atau tidak,
atau saya salah dengar masa tu.
1 Januari 1975
1st Day @ School
Hari ini mula mendaftar dan memulakan alam persekolahan. Dihantar oleh ayah dan ditinggalkan
sendirian di dunia baharu. SK Bukit Jawa masih lagi waktu itu bangunan kolonial yang kukuh.
Segala dipandang hebat dan menggerunkan. Bangunan yang gah besar (sebab waktu kita kecil),
gelongsor papan, jongkang jongkit, pohon rendang yang begitu asing. Begitulah juga tandas yang
gelap, luas dan menggerunkan. Sebelum ini sudah dimomok bahawa tandas sekolah masa zaman
Jepun adalah tempat tentera menyeksa dan menghukum pesalah, potong kepala. Jadinya, tandas
bukanlah tempat pilihan, kecuali terdesak itu pun masih dielak lagi, selesaikan hajat di rumah.
Walau tidak pernah sekali pun terdengar cerita rakan-rakan diusik ‘hantu jepun’ sepanjang enam
tahun bersekolah (1975-1979), kesan ‘brain wash’ hantu Jepun masih melekat hingga hari ini !.
Hari pertama, gagal menjawab soalan cikgu, soalan yang amat susah “awok asal dari mana ?”,
bungkam sebab memang tidak tahu. Seorang kawan tolong jawabkan. Paling menggerunkan
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
bergerak dari tempat duduk, usahkan keluar bermain di beranda menjenguk kawan yang duduk di
meja belakang pun tidak. Arahan cikgu jelas, duduk tempat masing-masing. Sekolah memang
menggerunkan, cikgu-cikgu pun menggerunkan. Rasa ‘terkurung’ sama seperti rasa hari ini,
PKPD!.
15 Disember 1990
1st Day @ Pasar Serian Sarawak
Hari ni hari pertama menjejakkan kaki di Pasar Serian, Sarawak. Betul-betul di Pasar Daging,
pasar semua daging. Hiruk pikuk pengunjung dan suara tawar menawar menunjukkan kemeriahan
pasar ini. Dari Kuching saya dan rakan dihantar menggunakan kenderaan JPN dan diturunkan di
sini. Dari sini kami akan berpecah ke sekolah penempatan masing-masing. Lebih kurang jam
10.00 pagi waktu itu.
Tidak lama pun, kenderaan untuk masuk ke sekolah telah ada. Sebuah ‘trak kecil’ yang diubah
suai . Seramai 8-10 orang penumpang. Saya satu-satunya orang asing, yang lain adalah orang
kampung yang tinggal di persekitara sekolah. Tiada perbualan, hanya senyum sapaan. Wajah-
wajah asing, suara-suara loghat asing tapi nampak riak menghormati orang luar. Itulah Bidayuh,
suku kaum yang lemah lembut dan menghormati tetamu.
Perjalanan mengambil masa tidak lama kerana hampir separuh perjalanan adalah jalan berturap,
jalan utama Serian ke Samarahan. Selepa 15 km jalan tar, perjalanan masuk ke perkampungan
Merian Bedup diteruskan. Kali ini laluan jalan tanah sedikit berbatu, melepasi sebatang sungai
kecil dan kiri kanan pemandangan ladang kopi dan koko. Sejauh 8 km menggunakan jalan ini.
Pukul 11.00 sampai di sekolah, SRK Bedup, Serian Sarawak disambut oleh Guru Besar Stanley
Boncho, Bidayuh Bandar Serian. Ada tiga blok bangunan, dua bangunan separuh simen separuh
mata punai dengan tingkap disendal kayu. Lantai simen yang sudah pecah sana sini. Satu blok lagi
berdinding simen penuh dengan tingkap nako,lmungkin baru dibina. Suasana nyaman dan jauh
dari lokasi kampung.
Muridnya berselipar dan ada tidak ramai yang berkasut, bukan tidak mampu tapi ‘tidak perlu’
berkasut kerana faktor ‘mudah comot’.
Pukul 1.15 saya menumpang bawa balik seorang rakan sejawatan, Cikgu Ismail asal Pangkalan
Kubur, Kelantan. Perjalanan dengan motosikal, dan kali ini rasa lebih cepat , 30 minit sahaja. Saya
dibawa ke rumah sewa beliau, rumah sewa Pemancha Hamid di Kampung Melayu, pinggir bandar
Serian. Sementara ada rumah sewa sendiri, saya menumpang di situ.
1st , awalnya masih ok, menjelang maghrib, terdengar azan dari masjid hati mula sayu teringatkan
emak di rumah. Sebab bila maghrib begini, saya menunggu emak balik dari berjualan di pasar.
Sebagai pejuang nafkah, emak berpagian lagi ke pasar sebagai penjual sayur, maghrib baru balik.
Memori emak berjalan dari kejauhan, kami di depan rumah menunggu benar-benar kekal di
ingatan. Marinya memori sebegitu, hati mula syahdu. Terasa diri mula ‘terkurung di hari pertama’
sama seperti rasanya hari ini., hari pertama di kurung.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Hari pertama di Serian bercampur rasanya, mengapa tidak ? kerana ini hari pertama kita tidak
menjalani rutin harian yang biasa. Banyak perbuatan terbatas, banyak akan terlepas dan ‘banyak’
cara berfikir akan diadaptasi demi keharmonian mental dan fizikal.
Jun 1988
1st Day @ MPTAA Kuantan
..bersambung!!
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
2nd Day PKPB @ Lepah, Selising
21/7/2021 ( Rabu )
Ada sedikit kekeliruan pada hari ke dua ni. Kebiasaan cuti sekolah ni, pagi-pagi saya akan keluar
bermotosikal mencari sarapan pagi, nasi berlauk. Namanya nasi berlauk merujuk pada nasi pagi
samada nasi putih, nasi dagang, nasi lemak atau nasi kerabu. Gerainya bertaburan di sekitar pekan
Selising atau dalam kampung-kampung. Setiap gerai ada ‘trademark’ sendiri, ada pengunjungnya
sendiri. Saya tiada gerai kegemaran, jadi bergilir-gilir gerai setiap kali mencari nasi berlauk. Saya
juga tiada jenis nasi berlauk kegemaran, ikut selera pada hari berkenaan. Mudahkan ‘pelihara’saya
?.
Pagi ni plannya ke gerai dalam kampung Padang Pak Omar, kampung sebelah. Biasanya saya
mengambil jalan kampung untuk ke sana tanpa perlu ke jalan besar. Masuk jalan kampung ni
sebenarnya menyenangkan, menghirup udara pagi sambil menyapa sesiapa yang berselisih.
Melalui kebun-kebun yang menghijau, melintasi sawah padi dan selusuri tali air.
Namun hasratnya terbantut bila tersilau gelang pink di tangan. Mari fikiran jahat secara tiba-tiba,
tutup saja gelang pink dengan baju tangan panjang. Ikut saja jalan kampung tadi, pasti jalan
kampung ini tiada sekatan dan boleh lolos, jalan tikus. Riak keliru kecil tadi sudah mula ‘terbuka’
dengan keinginan memenuhi kehendak kebiasaan.
Dalam berkira-kira itu, masuk mesej dalam Whatsapp yang memaparkan gambar-gambar lokasi
dipasang jaring penghalang jalan sekitar kampung. Jalan-jalan kecil keluar kampung semua
ditutup, termasuk jalan kampung yang menjadi laluan rutin saya tadi. Terbentang kawat duri dan
tape larangan melintas di hujung jambatan (ghetok) Hj Kana. Ghetok merentang tali air yang muat
motosikal sahaja. Ghetok laluan harian yang menghubungkan Lepah dengan Pekan Selising .
Termenung ‘biawak’ kejap, Menyedarkan bahawa ini PKPB.
Jangan salah tafsir, ini baru perancangan sahaja. Dari gerak naluri lantaran kebiasaan, belum pun
dimulakan apa-apa langkah dan proses. Kerana lingkungan hidup kita, perjalanan seharian kita
ditentukan oleh dua laluan ; iaitu berjalan mengikut rutin yang mana kita terikat dengan peraturan
tanggungjawab wajib dan kedua mengikut keperluan semasa. Keduanya saling berkaitan dan
saling bersilih ganti mana dahulu mengikut keperluan dan kesegeraan hari berkenaan. Jadinya
hari ini, 2nd Day PKPB saya memulai harinya dengan laluan ke dua, mengikut keperluan semasa.
Sepatutnya keluarga saya dihidang dengan aneka nasi berlauk dah kuih kegemaran dari gerai sana,
tetapi kali ini (dan hingga akhir PKPB) hidangan kami adalah apa yang disediakan oleh Puan Chef
!, cekodok pun bedal kali ni.
Ghetok Hj Kana
(Memori 2nd Day)
Merupakan salah satu jambatan yang banyak merintang tali air KADA . Talir air yang dibuat dan
diselenggara oleh KADA untuk mengairi sawah padi di Selising. Zaman budak saya banyak masa
dihabiskan bemandian di air talir air ini. Ada tiga ghetok utama, Ghetok Budu, Ghetok Mok
Jong,dan Ghetok Hj Kana.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Ghetok Mok Jong merupakan port paling popular kerana kawasan ceteknya agak luas manakala
jambatannya rendah hampir mencecah air. Jambatan diperbuat dari kayu. Di situlah tempat amatur
belajar berenang dan menyelam. Siapa paling lama menyelam, siapa paling cepat menyelam ke
dasar ambil pasir, siapa paling laju berenang menyeberang pegi dan balik. Siapa paling cantik
terjun kepala dulu, dari depan dan dari belakang. Saya sampai hari ini tidak menguasai terjun
kepala dulu, tidak mampu kordinasikan gerakan leher dengan pantulan tubuh dan kaki. Kalau
terjun kaki dulu, sayalah juaranya.
Ghetok Hj Khana, bukanlah tempat kegemaran untuk mandi manda kerana tiada kawasan cetek.
Turun je terus berada di kawasan air aras dada. Jambatannya juga tinggi, diperbuat dari simen dan
batu. Apa yang tepacak hari ini, itulah dulunya. Sama juga di ghetok Mok Jong, dari atas jambatan
saya hanya mampu terjun kaki dulu. Sementara rakan sepermainan terjun tiruk dengan berbagai
aksi. Apa yang menjadi memori ialah betapa ‘selambanya’ zaman kanak-kanak . Mandi manda
tanpa segan silu, ada yang tidak beralas apa-apa pun ,ada yang hanya mandi berseluar dalam. Tapi
saya tidak keduanya, kerana saya akan samada berseluar yang di pakai atau kain yang dipakai.
Kekadang saya hanya berkain batik emak bila beriadah begini. Saya memang akan berseluar
semasa mandi selain ada sikit rasa malu yang pasti saya memang tiada seluar dalam !.
Setiap kali melintasi Ghetok Hj Kana ini teringat kawan-kawan sepermainan, teringat zaman
persekolahan dan kenangan memukat ikan bersama abang dan rakanya. Kenangan dan memori
yang tidak lagi diulangi kanak-kanak masa kini kerana taliair dan ghetoknya bukan lagi tempat
bermain.
Manakala Ghetok Budu pula memang bukannya tempat sesuai untuk ‘bermain’ malah kami diberi
amaran keras oleh abang-abang agar menjauhi. Dikata tempat itu ‘keras’ dan dalam airnya. Namun
apa yang pasti jambatan ini merupakan laluan utama jalan besar, kereta dan motosikal lalu lalang.
Ini pastinya mengganggu privasi dan terdedah kepada pengetahuan orang tua.
Begitulah cotetan tentang ghetok dan talian yang menjadi kenangan zaman kanak-kanak. 2nd Day
PKPB dan keinginan yang terhalang dengan ‘kawat PKPB’ telah berjaya mengembalikan memori
tentangnya. Kekeliruan kekadang membuatkan kita mengaktifkan sel-sel otak, samada mencari
jalan mengatasinya secara fizikal atau melayang jauh ke ruang memori yang tanpa batasan
melayan kegembiraan, kesedihan, rasa syahdu dan rasa yang tidak terungkapkan, hanya diri sendiri
yang.tahu.rasanya. .
Umpama nasi berlauk yang ramuan dan cara masaknya menerbitkan segala rasa yang pecah diliur
; masin, manis, masam dan lemak bergaul dengan sambal . Rasa yang tidak sama dengan mana-
mana menu. Tanpa salah satu rasa itu terutama masamnya, bukan nasi berlauk pagi gulai ayam
namanya. Hanya nasi putih dengan gulai ayam menu biasa, orang Kelate reject !.
InsyaAllah 2nd Day adalah permulaan menyesuaikan diri dengan ‘penjara’ PKPB ini. Kerana putik-
putik kekeliruan sudah mula muncul dan opsyen jalan penyelesaian sudah ada. Tinggal lagi hadapi
dan sentiasa positif, ambil menafaat buang prasangka.
Sekian, jumpa lagi dicoretan lain.
#LindungiKitaLindungiOrangLain
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
3rd Day PKPB @ Lepah, Selising
Superman dan Lubang Sampah
Alhamdulillah, hari ketiga ni tiada lagi mode keliru. Sudah boleh menerima situasi dan keadaan
bahawa beginilah bila ‘dipenjara’. Beginilah rasa rupanya fizikal disekat tapi minda bebas
menerawang tanpa limit, hingga dalam tidur pun mimpinya bersambung-sambung dengan realiti
dan ‘mengarut’. Mengapa tidaknya, malam tadi mimpi jadi Superman yang terbang sana sini
gugurkan bekalan makanan kepada penduduk kampung yang kelaparan dek habis bekalan
makanan. Namun usaha ini tidak mudah walau jadi Superman sekalipun, kerana secara tragisnya
terpaksa mengatasi dahulu ‘raksaksa’ yang cuba mencari helah dan peluang ‘merosak dan
memporak perandakan’ orang kampung yang sedia dalam situasi tertekan. Telah ada sungutan
orang kampung bahawa Superman lambat bertindak, bayangkan Superman pun ‘slow’, superhero
(adiwira) bagaimana lagi yang dibutuhkan ?. Tiba-tiba saya terjaga dari tidur, mamai dalam sedar
tidak sedar, tidur tidak tidur. Kerana tidak ‘puas hati’ dengan mimpi tadi maka disambung mimpi
tadi di luar tidur di alam jaga yang mamai lagi. Pasal Superman yang dimomok ‘slow’ oleh
Raksasa. Siapa lagi yang lebih pantas dari Superman ? Malaikat ? tidak pasal-pasal digulungnya
bumi, ditebaliknya bumi menggantikan dengan generasi yang bersyukur. Nasib baik itu mimpi
sahaja, selesaikan sahaja di luar mimpi nanti dengan secangkir teh tarik masalla!.
22/7/2021 ( Khamis)
Pagi ini bangkit dengan bersemangat kerana satu ‘masalah’ mimpi telah diselesaikan. Sebentar
lagi akan menghadapi dunia nyata. Dunia sebenar yang akan menentukan sehebat mana jika kita
Superman dan ‘sejahat’ mana jika kita raksasa. Apa jadi bila kedua-dua watak itu ada dalam diri
kita ?. Kita sahaja yang mampu mengungkapkannya.
Sekatan PKPB ini telah menghalang rutin harian namun proses penyesuaian diri telah berjalan
sebagaimana rancang. Sarapnya, tanggungjawab kerjayanya dan rutin hariannya. Cumanya hari ke
tiga ni, secara tidak disangka timbul masalah baru iaitu sampah sisa makanan. Sebelum PKPB
sebenarnya kami sudah bersedia. Ikan dan ayam beli awal-awal lagi, siang awal-awal lagi dan isi
perut sisa lain pun di buang awal-awal. Tiada isu. Bila bila harinya PKPB yang serentak dengan
Raya Haji maka bermulanya satu masalah yang tidak disangka-sangka. Sampah semasa, terutama
kulit durian yang bertambun di belakang rumah. Untuk makluman, pemakai gelang pink dilarang
berada di luar rumah atau persekitaran rumah, jadinya andai tertangkap akan dikenakan kompaun
sejumlah wang. Ada yang sudah dikompaun kerana ke kandang lembu dan yang ke kebun durian.
Tidak terbayang andai kena RM2000 kerana buang sampah.
Kulit durian semasa ada isinya memang tiada masalah, yang jadi masalahnya bila sudah dua hari
terperap di sudut dapur. Baunya mengalahkan perut ayam atau gulai basi. Merebak ke seluruh
rumah, walau diletak di luar. Dek gangguan dan pencemaran bau ini, maka kami sekeluarga
‘berunding dan bermesyuarat’ cara mengatasi masalah ini. Semua mesti dilibatkan sebab semua
telah terlibat dalam ‘mentekedarah’ isi durian beramai-ramai. Tidak lama kemudian keputusan
dibuat iaitu gali satu lubang besar untuk sampah di belakang rumah. Idea yang baik walau tanahnya
hanyalah sekangkang kera. Keputusan siapa perlu uruskan tidak dapat dibuat kerana ahli ‘Pakatan’
mesyuarat ada membangkitkan isu siapa paling banyak isi dimakan. Maka sebagai ketua walau
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
cuma makan beberapa ulas berbanding ahli lain, saya ambil tanggungjawab menyediakan lubang
sampah itu. Walau mungkin lepas ni saya akan dikomentarkan ; lokasinya, luasnya, dalamnya dan
paling jahat dikomen cara saya menggunakan cangkul. Jadi ketua bukan mudah, ada sahaja tidak
kena !. Betulkan DS PM ?
Jam 9.00 bermulalah misi. Satu lokasi dipilih, tapak bakar sampah sekarang di sayap barat tanah
sekangkang kera ni. Maka proses menyangkul pun bermula, plannya lubang seluas dua meter
persegi dangan kedalaman dua kaki. Hmm..pakai dua sistem pengukuran, metrik dan imperial, ini
bermakna Raksaksa dan Superman mula masuk perlahan-lahan. Cangkulan pun bermula, satu
cangkulan, dua cangkulan dan seterusnya. Dalam sepuluh cangkulan, rasa ‘lelah’ sudah terasa,
entah-entah ini kesan kuman Covid..”ya memang itu kuman Covid yang menyekat paru-paru mu
“ bisik Raksaksa. “Sudah, tak payah lubang-lubangnya bagai..” .
Pedulikan hasutan raksaksa, amanah perlu dilaksana. Cangkul terus dihayun, cangkul dan terus
cangkul. Tengah bersemangat menyangkul, tiba-tiba terdengar bunyi yang pelik bila mata cangkul
menyentuh satu sasaran. Secara serentak terpancut air, rupanya tercangkul batang paip air. Sudah
!. Terputus dua batang paip ‘poli’ itu kesan cangkulan yang ‘power’.
Persoalannya bukan ‘kemalangan’ itu yang menjadi kemusykilan, tapi bagaimana untuk
membaikinya. Kemalangan (accidentally) dirancang atau tidak dengan cara mengatasinya adalah
urusan yang berbeza. Kemalangan bila berlaku kita kena hadapi walau apa pun teori kejadiannya.
Manakala bagaimana ‘membaikinya’ perlu dibuat walau ‘semarah mana’ pun kita penyebab
kemalangan itu. Analogi saja, bukannya marahkan paip yang pecah.
Bagaimana membaikinya ?. Kedai alat ganti tidak buka, kalau buka pun saya tidak boleh ke sana
kerana Perisikan Mossad boleh detect pergerakan saya melalui chip yang ada dalam gelang pink
atau detect melalui ‘nano robot’ yang dicocok dalam program vaksinasi (puas hati geng anti vaksin
?). Paip perlu di sambung, pergerakan tersekat, tindakan segera perlu dibuat. Di sinilah keputusan
yang ‘merugikan’ terpaksa dibuat. Kemalangan itu nyata, rugi itu pasti . Maka tukang paip luar
terpaksa dipanggil yang pasti kos penyelenggaran pasti tinggi. Mana tidak, spare part dari luar
daerah, risiko tukang paip masuk kawasan merah Covid dan kebarangkalian tertangkap!. Selesai
dan berbaloi upahnya. Ingat 14 hari PKPD ni boleh jimatkan belanja.
Apa jadi projek lubang sampah ?. Bila selesai penyambungan paip, saya menimbus balik tempat
itu. Berkira-kira mencari lokasi lain, sambil melilau mata ke segenap penjuru persekitaran. Pasti
ahli pakatan mesyuarat dalam rumah sedang berkomentar dalam rumah tentang ‘kegagalan ‘ ini.
Semestinya komentar akan bertebaran dalam media sosial (Whatsapp Group Family latew). Tidak
mengapa saya sudah bersedia mental dan fizikal.
Sementara jumpa lokasi baru, saya perlahan ke beranda menikmati teh tarik masala yang masih
tersisa. Pahit dan lemak ditambah rasa cengkih dan kulit kayu manis dari teh masala perlahan-
lahan menenangkan jiwa dan emosi. Aroma dan rasanya telah menghilangkan rasa gundah dan
rasa gagal, namun tidak mampu membuang rasa ‘kesal’ kerana duit terbang tidak pasal-pasal .
Sambil menghirup kopi melayan Whatsapp dan Facebook, leka seketika. Setelah agak hilang letih,
badan mula rasa lemau, mata pun mula layu. Sebagai pemimpin, saya tahu bila perlu bertindak
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
dan saya tahu ini masanya. Maka tanpa berlengah, tanpa rasa malu pada ‘ahli mesyuarat’ saya
terus ke hempaskan badan atas kerusi ; tidur!.
Selepas itu saya tidak tahu apa jadi kepada projek lubang sampah. Biarlah alam menyelesaikan
sendiri masalahnya sementara saya tidur, mana tahu bangkit nanti PKPB dan tamat.!.
Sekian,terima kasih.
Kali ini cerita hanya berkisar di keliling rumah sahaja, jangan buat persepsi jauh-jauh, tiada kaitan
pun dengan isu-isu semasa. Sekadar santai dan santau sahaja.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
3rd Day PKKP @ Lepah, Selising
Siri 2- Cerita Durian
Tidak berpuas hati dengan projek lubang sampah untuk kulit durian gagal, tiba-tiba melayang
masuk cerita lama tentang durian. Nasib baik tidak melayang masuk cerita tentang lubang sampah
kerana ada juga cerita tentang itu. Generasi Kedai Selising yang hidup pada tahun 70 dan 80an
tentu tahu di sebelah pasar ada satu lubang sampah, tempat pekedai membuang sampah. Segala
jenis sampah dilonggok dan akan dibakar bila mencapai tahap optimun. Tentunya kuit durian juga
dibuang disitu. Intipati coretan ini adalah durian, bukan kulit atau lubang sampah.
1992 ; Durian Kg Merian Bedup, Serian, Sarawak
Suatu hari dalam musim durian , kami cikgu-cikgu SRK Bedup berpakat mencari durian dalam
hutan. Durian di sini, dalam hutan hanya durian hutan yang banyak. Durian yang kecil dan berduri
tajam, bau agak kuat tapi rasanya power. Kalau di tempat kita dipanggil durian aur @ durian daun.
Durian kacukan pada zaman itu memang tiada, hanya ada terjual di tepi jalan besar atau bandar
Serian. Maka selepas waktu persekolahan kami lima orang mula masuk hutan ,dengan pakaian
kerja, Berseluar slack, baju kameja, kasut kerja dan bertanda nama. Senang cari kalau hilang sebab
ada nama di dada.
Jauh kami masuk ke dalam hutan tapi rezeki tidak menyebelahi kerana semua pokok durian sudah
di tempat (booking). Bagaimana kami tahu ? penandanya mudah sahaja, iaitu jika ada tanda salib
kayu disandar pada batang pokok maka musim itu buahnya sudah milik sang penanda. Ada juga
beberapa bijij durian yang tergolek di atas tanah, ada juga cuba-cuba ambil tetapi dilarang oleh
rakan cikgu kaum Bidayuh. Dengan tegas dia mengatakan “kami penganut Kristian yang beriman,
Tuhan lihat apa yang kita buat” . Terpana sekejap, hanya bunyi nyamuk terngiang di cuping
telinga.
Keputusan pun dibuat untuk menamatkan misi mencari durian, kerana semua pokok sudah
ditempah. Kami pun berpatah balik. Perjalanan patah balik laluan baru telah menemukan kami
dengan sebatang pokok belimbing Sarawak yang belum ditempah dan sedang masak ranum . Ada
juga rezeki kami. Buahnya seperti kuncup bunga berwarna merah dan isinya serta rasanya seperti
rambai. Dua guni kami pulun dan dibahagi lima. Dapat juga merasa buah tempatan walau mungkin
dan berkemungkinan tidak dipeduli oleh penduduk tempatan. Bukanlah buah kegemaran agaknya.
Kenangan meneroka hutan dengan seragam guru di hutan Sarawak adalah kenangan yang tidak
dapat dilupa tentang perjalanannya, gurau sendannya dan cerita-cerita baru adat satu etnik yang
lemah lembut iaitu kaum Bidayuh ( Dayak bukit).
Jun 2004-2019 ; Durian Sungai Lembing
Sungai Lembing juga agak terkenal dengan durian yang terbaik. Banyak kebun-kebun durian di
kampung sekitar bandar. Ramai juga penggemar durian dari luar datang ke sini untuk menikmati
durian kampung. Apa yang inign dikongsi dalam coretan ini adalah durian nan sebatang di
belakang sekolah. Asalnya durian ini ditanam oleh Mak Cik yang tinggal di belakang sekolah,
tetapi termasuk dalam kawasan sekolah. Maka, pokok nan sebatang ini menjadi milik sekolah yang
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
diwarta sebagai siapa cepat dia dapat. Tegak berdiri di sebelah kantin sekolah, memudahkan kami
berteduh menunggu buah gugur. Maka berlarian kami bila ada buah gugur, siapa dapat bukan
bermakna dia punya cumanya dia akan dapat pangsa lebih! Watak-watak utama dalam perebutan
ini adalah Cikgu Rosli, Wak Nawi Sarupin, Zamri dan Shukri . Tiada apa, cuma untuk bergelak
tawa sahaja. Kami belah dan makan sama-sama juga akhirnya. Jika ada rezeki, Mak Cik belakang
sekolah akan hulur beberapa biji dari kebunnya. Bila banyak kami serius menikmatinya tetapi bila
sikit kami berebut. Taktik paling ampuh semasa berebut isi ialah tukang belah pura-pura ludah
pada pangsa yang terbuka, itulah taktik Wak Nawi Jawa Johor. Dia seorang saja yang sanggup
melahap pangsa berkenaan, ulas yang belum dibuka selebihnya kami kongsi sikit seorang.
Begitulah coretan tentang durian di Sungai Lembing. Cerita duriannya biasa-biasa sahaja, tetapi
keakraban kami yang menjadi memori. Selama enam tahun saya di Sungai Lembing dengan
pelbagai kenangan samada berbentuk advantur, suka duka dalam perkhidmatan dan juga
keakraban sosialisasi dengan komuniti penduduk setempat.
Bagaimana hendak dilupakan memancing kelah di atas jambatan gantung Kuala Kenau,
berkhemah di Sungai Jin, Mendaki Bukit Panorama, Memancing di Air Terjun Pelangi, menikmati
Mee Jawa Pak Sukimi atau Mee Kari Bawah Jambatan Gantung Kuala Kenau. Semua itu menjadi
memori yang terlipat sebagai sejarah yang memahatkan kata bahawa “segalanya indah di Sungai
Lembing”.
Julai 2012 :Durian Kemubu, Dabong.
Hari ini, suatu ketika dahulu juga merupakan musim durian gugur di Kemubu. Kemubu, Dabong
merupakan kampung tersusun penempatan banjir di tepi Sungai Galas. Kampung yang tersorok
sejauh 10 km dari Pekan Dabong, Kampung terakhir dilaluan berkenaan, seberang sungainya
adalah hutan dan kampung-kapung kecil. Dengan kampung di seberang sana, Kemubu
dihubungkan denga Jambatan Keretapi.
SK Kemubu merupakan sekolah pertama saya sebagai Guru Besar. Sekolah yang gurunya tenaga
muda yang hebat-hebat dan berenergi. SK Kemubu terletak nun dihujung kampung, di selekoh
Sungai Galas yang ganas. Betul-betul di hujung kampung, malamnya sunyi sepi. Hanya deruan air
sungai bersahutan dengan bunyian segala jenis haiwan.
Untuk sampai ke sekolah, kami perlu melalui kebun-kebun durian milik orang kampung. Durian
di sini juga menjadi pilihan penggemarnya. Pada musim menjadi, kami di sekolah tidak putus-
putus durian, samada yang dibeli oleh cikgu-cikgu atau yang dibawa oleh murid. Namun tahun itu
bekalan durian amat sukar kerana buahnya tidak menjadi yang menyebabkan harga mahal. Tahun
pertama di sini, kenduri durian hanya boleh dibuat sekali sekala sahaja kerana bekalan terhad.
Kalau pun ada yang dibawa murid hanya dia tiga biji sahaja, itu pun diberi kepada cikgu-cikgu
tertentu sahaja.
Namun pada musim durian tahun kemudiannya berlaku sebaliknya, durian terlalu menjadi. Harga
jatuh menjunam, hingga ada kebun-kebun durian buahnya berlonggok di tepi jalan tanpa dikutip.
Pemborong banyak pilihan, pekebun tiada pilihan. Akhirnya buah terbuang begitu sahaja.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Begitulah hakikatnya, hidup kita ini adalah dalam ketentuanNya. Hanya kesabaran dan
menzahirkan rasa syukur mampu memimpin kita agar sentiasa di landasanNya.
Secara analoginya, kisah yang tercoret ini yang tehasil dari ‘terbatasnya’ pergerakan ini adalah
betapa kita sudah pun diberi peluang ; masa luangnya, masa senangnya, masa mudanya dan masa
kayanya. Kita pernah bebas sekarang terbatas dan kita pernah ada sekarang kehilangan. Dari itu
bersabarlah, semua orang ‘susah’ sekarang. Namun yang pasti kita telah diberi ‘masa’ untuk
mengkoreksi diri dan mengubah gaya hidup baru.
Sekian, coretan ini agak mendatar tanpa omelan atau sinisan kerana ini adalah sejarah ,laras sejarah
perlu kepada penceritaan, jika telalu banyak bunga bahasa, ceritanya sukar ditamatkan.
Jumpa lagi.Wassalam
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
4th Day PKPD @ Lepah, Selising
23/7/2021 (Jumaat)
Anugerah dan Bencana Adalah KehendakNya
Kekadang bila situasi ‘terkurung’ di mana rutin harian terhalang berlaku sindrom ‘tidak perasan
hari apa, berapa haribulan’. Itulah yang terjadi pada hari ke empat, rupanya sudah Jumaat. Tidak
perasan, mungkin sebab sudah lama tidak ke masjid atau sebab ‘gewe’ tidak beri petunjuk malam
tadi ☺. Lari…
Hari ini, Jumaat barokah. Edaran bakul makanan mula dibuat oleh Pejabat DUN Selising,
alhamdulillah dapat juga satu. Semua dapat, asal kena kuarantin. Rupanya begini rasanya, walau
kami sekelurga bukanlah termasuk kategori terdesak tetapi pemberian sebegini menimbulkan rasa
sangat dihargai. Terasa kita sangat dipedulikan. Menolak tidak sekali kerana menolak bermakna
tidak menghargai pemberian.
Sebab itu dalam agama, menziarah orang sakit atau ditimpa malang adalah amalan terpuji.
Kehadiran tetamu dapat mengubat duka lara pesakit, separuh dari ‘ubat’ untuk rawatan telah
meresap menguatkan kembali jiwa dan moralnya. Adatnya kita menghulurkan sedekah, walau
kita tahu rakan kita memang orang yang ‘ada’. Namun pemberian itu memberi satu rasa dihargai
oleh penerima. Hebatkan sedekah ?.
Kembali kepada cerita bakul makanan ; dalamnya ada beras, mee hoon, susu, gula, garam dan
biskut. Cukup untuk bekalan seminggu. Itulah nikmat negara yang aman dan diurus dengan teratur.
Huru hara, memang seluruh dunia huru-hara sekarang. Tinggal lagi bagaimana negara-negara itu
diurus. Bencana global ini, mahu atau tidak kita mesti sama-sama hadapi .Perlu saling memahami
dan saling bertolak ansur. Saling mengawal situasi bukannya berusaha menimbulkan suasana tidak
tenteram. Mereka yang terkesan dan terdesak perlu dibantu rohani dan jasmani. Berikan keyakinan
dan pengharapan kepada mereka dengan berkata yang baik-baik. InsyaAllah kita akan menang
dalam perang Covid ini.
Disember 2014 Kemubu Dabong
Banjir besar melanda Kelantan, dikenali Bah Kuning. Kemubu yang lokasinya di tebing Sungai
Galas adalah paling tekesan. Kesannya amat tragik dan memilukan. Rumah-rumah hanya tinggal
tangga simen, ibu rumahnya dihanyut arus. Ada rumah di atas rumah diangkat air. Lumpur
memenuhi segenap lantai bumi dan lantai rumah, termasuk SK Kemubu. Lumpuh segala, air,
elektrik dan segala kemudahan.
Kejadian berlaku selepas enam bulan saya bertukar balik ke SK Bukit Abal. Orang Kelantan kata
‘lepas geroh’. Bayangkan sekolah tenggelam hingga aras dua. Semua peralatan rosak, sekolah
lumpuh. Sehari selepas surut, kami guru-guru SK Bukit Abal menjalankan kempen mengutip
keperluan asas. Alhamdulillah penuh Nazaria dengan makanan, pakaian dan peralatan asas. Pukul
9.00 saya bertolak ke Kemubu bersama bekalan berkenaan. Pemandangan sepanjang perjalanan
memang memilukan bila melihat kesan kerosakan terutama di Bandar Kuala Krai dan sepanjang
jalan ke Gua Musang. Kesan sampah sarap tergantung di puncak kelapa sawit adalah pemandangan
biasa. Rumah yang rosak teruk, malah banyak khemah-khemah di tepi jalan. Memang menyayat
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
hati. Betapa sukarnya mangsa meneruskan rutin harian mereka. Hari ini, 4th Day PKPD kita masih
selesa di rumah sendiri, bekalan makanan mencukupi, bebas ‘berguling’ dalam rumah berbanding
mereka mangsa banjir masa itu.
Betapa tertekannya mereka, segalanya sukar.
Lebih kurang jam 3.00 petang saya sampai di Kampung Kemubu. Pemandangannya amat
mengharukan. Kereta tidak boleh masuk kampung kerana jalan masuk rosak dan berselut tebal,
hanya pacuan sahaja boleh merentas. Dari luar, melewati sebelah hentian keretapi saya berjalan
masuk kampung dengan destinasinya sekolah. Jarak lebih kurang 500 meter di mana sekolah
terletak di hujug kampung. Tiada kata dapat diungkap sepanjang perjalanan. Kiri kanan hanya
penderitaan, sorotan mata jelas menunjukkan apa rasa batin dan emosi mereka. Namun tegur sapa
dan senyuman tidak lepas dari mulut mereka yang masih mengenali. Hanya lumpur memenuhi
kampung, ada rumah yang hanya tinggal dapur, di situlah mereka anak beranak tinggal. Ada rumah
di atas rumah, terpaksa dikosongkan kerana bimbang runtuh.
Sampai di sekolah, saya disambut oleh seorang guru yang satu-satunya menjadi mangsa kerana
beliau tidak balik kampung lagi. Beliau bersama keluarga menumpang di tingkat tiga setelah
kuarters yang dihuni tenggelam. Lumpur setebal beberapa kaki memenuhi lantai bawah dan lantai
aras satu. Tiada apa dapat dibuat, hanya melihat dan menunggu bantuan sukarelawan untuk
membersihkannya. Tidak dapat dibayangkan betapa sukarnya bagaimana untuk ‘menghidupkan’
semula sekolah berkenaan. Mental dan fizikal begitu terbeban. Hanya kata-kata semangat mampu
diberi. Dari riak wajahnya, saya tahu gundah gunala masih ada namun kehadiran menziarahi
bertanya khabar telah meredakan rasa itu. Saya tahu keresahannya adalah kerana memikirkan isteri
dan anak-anak yang masih trauma bila terperangkap dalam lautan air. Bayangkan malamnya gelap
gelita tanpa elektrik, sunyi sepi hanya arus air Sungai Galas yang tidak henti-henti mengaum .
Dengan pacuan beliau, kami kembali ke kereta untuk memunggah keperluan sumbangan warga
SK Bukit Abal. Dalam perjalanan balik, beliau menyatakan bahan paling berharga masa ini ialah
lilin. Tanpa lilin malamnya gelap dan lemas. Malangnya dimaklum bekalan lilin di kedai sudah
habis, malah dikata lilin tiada stok hingga ke Besut. Setelah selesai menyerahkan bekalan, saya
mohon diri untuk balik walau berat untuk meninggalkan sahabat di daerah sukar ini. Sayu, pilu
dan bungkam mengiringi perjalan pulang.
Penziarah dan yang diziarahi, keduanya sama merasa nikmat silaturahim dan rasa dihargai. Rasa
syukur kepada Allah s.a.w bila dihargai dan dipeduli perlu diiringi penghargaan terima kasih
kepada pemberi. Caranya doakan segala urusan mereka mudah dan jangan lupa juga doakan agar
pihak yang mencari peluang dan ruang untuk memburukkan mereka terhalang. Kerana berbuat
baik dan membuat kerja Allah Taala ini bukan disukai semua orang.
Semoga coretan banjir Kemubu ini dapat menyedarkan kita bahawa kesukaran hari ini, 4th Day
PKPD hanyalah sekelumit saja. Terima lah dahulu apa seadanya, bersabar dan sentiasa yakin Allah
bersama kita.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Hidup fontliner kampung, tabik JK Bertindak Pejabat DUN Selising. Cekap dan cepat. Kental
walau diprovok. Jangan lupa bawa lagi mana-mana bakul yang ada, jangan bimbang saya akan
gali lubang sampah tidak lama lagi. Jadi pasal sampah biar saya fikirkan. Ayuh !
Mac- Jun 1992 SRK Bedup Sarawak
Kisah Kawalan Pergerakan Melawan Pemburu Kepala
Merupakan empat bulan yang mencemaskan kerana tersebar khabar angin pemburu kepala
mengganas. Kepala yang dicari adalah kepala budak sekolah. Walau tiada satu kes pun berlaku di
Serian, namun khabar anginnya amat dipercayai. Bayangkan ketika itu jika media sosial seperti
Facebook dan Whatsapp ini telah ada, rasanya kesannya lagi besar.
Pemburu kepala manusia atau dikenali ‘pengait’, kononnya menyasarkan mangsa yang terdiri
daripada golongan kanak-kanak untuk disimpan pada lubang tiang sesebuah jambatan bagi
menguatkan struktur pembinaannya. Difahamkan, proses tersebut dilakukan oleh pawang tertentu
supaya jambatan berkenaan lebih kukuh dan tahan lama.Kepala berkenaan kononnya untuk
santapan bagi membayar ‘ganti rugi’ kepada penunggu yang mendiami kawasan pembangunan
terutama sekali jambatan.
Bayangkan betapa traumanya orang kampung, apalagi murid sekolah. Mengapa tidak, selama ini
sejarah suku Dayak terkenal juga dengan pemburu kepala suatu ketika dulu. Mereka pasti mudah
terpengaruh kerana rasmi manusia apa yang berlaku biasanya diselaras (synchronize) dengan
pengetahuan sedia ada. Maka hiduplah mereka dalam ‘kurungan’ persepsi sendiri. Kami para guru
tentulah terkesan juga kerana setiap hari berulang alik melalui kawasan hutan, mana tahu ‘head
hunter’ berkenaan tukar fikiran potong kepala kami pula. Maklumlah kepala cikgu lebih cerdik
dari kepala murid.
Pemandangan kaum bapa beramai-ramai mengiringi anak ke sekolah dengan bersenapang dan
parang panjang akan dilihat setiap hari. Malah di sekolah mereka tugaskan beberapa orang untuk
berkawal. Waktu balik pun sama. Biasalah, bila ada bapa berkawal di luar kelas dengan parang
dan senapang maka automatik suara kami jadi macam suara itik ; slow dan serak basah, lemah
lembut je..
Selama tiga empat bulan begitu, sehinggalah penjelasan dibuat oleh pihak berwajib meyakinkan
mereka itu semua khabar angin. Bukan salah siapa, momokan yang menjadikan begitu. Hidup
dalam momokan, ketakutan pada perkara yang belum berlaku. Takut dan bimbang adalah pra rasa
pada peristiwa yang belum berlaku. Menyebabkan kita terperangkap dengan keraguan sendiri.
Takut mencuba. Takut salah, takut silap, takut gagal dan segala takut. Sebab itu bisnes paling
menguntungkan ialah ‘menjual ketakutan’.
Peristiwa ‘pemburu kepala’ menjadi catatan memori yang mengesankan sepanjang bertugas di
Sarawak. Trauma penduduk kampung dan murid dapat dilihat dan didengar pada getar bicara
mereka. Walau para guru, termasuk Guru Besar tidak melayan sangat khabar ini, namun bila
berhadapan ibu bapa dan murid kami ‘melayan cerita’ mereka. ‘Mendengar’ ini adalah salah satu
tugas kami memastikan mereka tenang dan kekal rasa selamat. Empati dengan situasi mereka.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Akhirnya murid tidak ponteng, akhirnya Guru Besar tidak perlu menjawab jika kehadiran jatuh
dan akhirnya kami ada murid dalam kelas untuk diajar.
Sekian, untuk sama kita hayati betapa kesukaran, trauma dan rasa terkurung ini akan dapat diatasi
bila kita bertenang, bersabar dan saling menghormati. Tiada indah selain saling membahu.
InsyaAllah selepas ini ada tips bagaimana hendak kaya dengan ‘menjual ketakutan’, jadi jangan
takut ikuti coretan Covid saya lagi..salam.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
5th Day PKDP @ Lepah, Selising
24/7/2021 (Sabtu)
Cerita Takut Seorang Penakut
Pagi ini terima sms makluman tentang keputusan negatif ujian saringan covid (swab test).
Alhamdulillah ,terlepas untuk saringan pertama, ada lagi saringan kedua. Sepatutnya bila tidak ke
mana-mana dalam 14 hari ini, saya dan keluarga bebas dari Covid, tetapi tidak semestinya dalam
kes ‘Delta Airborne’ ni. Kes di PKDP Bukit Tanah menunjukkan ada yang positif selepas 14
berkurung, akibatnya PKDP disambung lagi. Semoga PKPD Lepah tidak begitu.
Takutnya pada ‘swab’ ini bukan pada prosesnya tetapi pada keputusannya. Swabnya hanyalah
ambil cairan di kerongkong dan hidung sahaja. Walau hanya tersedak dan keluar air mata masa
swab, kesannya sekejap sahaja. Takutnya ialah keputusan, dalam 1-2 hari selepas itu. Jika positif
maka ambulan akan bertamu, jika positif tunggu je bakul makanan.
Takutnya swab ini, tidak setakut dicucuk jarum vaksinasi. Padahal jarumnya kecil sahaja, tidak
rasa pun bila dicucuk. Gerun dan seriau. Bahananya pada peringkat awal kempen vaksinasi
nasional tidak dapat sambutan ; rupanya rakyat Malaysia penakut. Untuk menjustifikasi dan
‘membela’ rasa takut itu, macam-macam alasan diberi. Konspirasi Yahudi, robot nano dimasukkan
ke dalam saluran darah, radio aktif untuk menukar kita jadi zombi, unsur babi untuk merosakkan
iman, cukup makan daun kayu akar kayu saja, darah jadi beku dan macam-macam lagi. Itu belum
kira lagi isu agenda dajal untuk menghalang umat Islam ke masjid, halang umat Islam bersalam-
salam cium pipi. Tetapi, akuilah sebenarnya ‘mereka’ ini adalah penakut, takut pada jarum. Alasan
itu hanyalah untuk menyedapkan diri sendiri.Sorry geng anti vaksin!.
1998-2000 : Sungai Lembing
Antara Panching dan Kuala Kenau -Ada Hantu Jirat Cina.
Takut boleh saja bererti tidak berani berbuat atau menempuh sesuatu kerana tidak sanggup
menderita, rasa sakit atau terjejas fizikal dan jiwa. Takut juga bermakna gelisah, khuatir dan rasa
trauma. Takut boleh sahaja ketika berhadapan dengan situasi dan kejadian atau juga belum pun
berlaku apa-apa . Takut ini, mahu atau tidak perlu dihadapi untuk diselesaikan. Namun ‘takut’
yang banyak menjadi halangan (reba/barrier) adalah takut pada sesuatu yang belum terjadi. Takut
inilah yang selalu dieksploitasi oleh sang oppurtunists. Banyak kelebihan yang menafaat
diperolehi oleh sang manupilasi ‘rasa takut’ ini.
Saya bertugas di SK Sungai Lembing pada tahun 1994-2000. Sepanjang bertugas di sana, pada
tahun 1997-1998 saya menyewa di Perumahan Panching. Sejarak 15 km ke sekolah di Kuala
Kenau. Dari rumah saya berulang alik ke sekolah setiap hari termasuk menjalankan tanggung
jawab mengajar atau mengurus kelas malam. Perjalanan malam-malam yang menakutkan inilah
ingin dikongsi.
Sepanjang perjalanan Panching ke Sungai Lembing terdapat satu ‘port’ hantu yang terkenal. Port
itu adalah kubur cina antara Panching dengan Kg Kolek/Nadak. Macam-macam cerita tentang
tempat ini diceritakan. Pernah seorang bermotosikal malam melalui jirat cina tiba-tiba motosikal
mati, puas ditunjang tidak hidup-hidup. Terpaksalah disorong. Tiba-tiba melayang hantu
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
berbusana putih rambut mengerbang melayang mengiringi penunggang malang itu. Begitulah
sepanjang jalan hingga ke hujung jirat baharu hantu itu menghilang dan motosikal pun dapat
dihidupkan. Bayangkan betapa takutnya penunggang malang itu, malam itu tentu malam yang
panjang baginya. Kita yang dengar cerita pun timbul rasa takut, termasuk masa saya menulis ini
pun, mata kiri kanan melilau mana tahu hantu itu tidak berkenan ceritanya dijaja tiba-tiba muncul.
Terkejut juga bila tersilau seorang lembaga berbaju kelawar sedang layan Whatsapp di sudut ruang
tamu, ingatkan hantu jirat .
Jadinya, laluan inilah terpaksa saya tempuh dengan beraninya, ayat quran tidak lekang dari mulut,
dalam hati tidak putus-putus berkata “aku toksey jupo mu, toksoh tubik la..”(Aku tidak jumpa kau,
jadi jangan keluar). Petua orang tua. Kini baru saya tahu, kata-kata itu hanyalah untuk menguatkan
semangat sendiri, si hantu tak peduli pun rayuan itu. Hantu sebenarnya memilih juga siapa yang
hendak diusik (kosek). Hantu pun ambil kira juga berbaloi atau tidak menakutkan seseorang.
Biasanya yang diusik (uji) adalah seseorang yang ada mengamalkan ritual tertentu samada untuk
tujuan melawannya atau untuk pendinding diri. Hantu juga biasanya mengusik ‘kaki bual’, teknik
propaganda yang berkesan. Kaki bual ini biasanya menjadi perhatian dan mudah mempengaruhi
kepercayaan orang. Ceritanya diusik pasti menarik, ditambah dengan rencah-rencah penyedap rasa
lagi. Jadi bertambahlah kekerasan dan mistik tempat tersebut dan hantu berbusana putih melayang
akan semakin ditakuti. Misi menakutkan orang takut akan mudah tercapai. Fahamkan, itulah istilah
takutnya.
Sepanjang berulang alik itu tidak sekali pun saya diusik walau setiap kali lalu meremang bulu
roma. Takut yang kalau dilayan, tanggungjawab yang diamanahkan pasti tidak terlaksana. Takut-
takut pada sesuatu yang ‘belum berlaku’ ini adalah halangan dalam memastikan matlamat kita
tercapai. Hanya ‘just do it’ jika ada cabarannya. Itulah prinsip saya, kesilapan hanya perlu
diperbaiki dan diselaras semula.
Begitulah ceritanya, tidak seram pun jalan ceritanya. Sekadar melontar gagasan bahawa takut itu
bukanlah apa-apa andai kita tahu dan sedar bahawa situasinya adalah di dalam kemampuan kita.
Kita ada dua pilihan sahaja bila takut ; lari atau hadapi. Kerana takut di dunia ini kita ada arah dan
tempat untuk lari begitu juga untuk hadapinya kita diberi kemampuan selayaknya oleh Allah taala.
Takut pada alam mistik, takut dalam kerjaya, takut dalam menghadapi situasi seharian, takut pada
manusia, itu semua takut yang ada dalam diri. Takut tidak salah asal tidak menjadi penghalang.
Hadapi, ikut kemampuan dan sedia menerima risiko. Takut sebenar adalah di hadapanNya nanti,
walau pun ‘belum berlaku’ lagi tetapi itu pasti.
Biasanya bila sampai di sekolah (sambung balik cerita tadi) sewaktu kelas malam, saya akan
dipuji-puji oleh rakan kerana berani. Mereka tidak tahu ,masa dipuji tu bulu roma yang meremang
tadi ada lagi yang masih tegak. Sebagai ‘penakut’ saya tidak makan dipuji, hanya senyum pahit.
Tidak mahu banggakan diri, takut balik nanti si busana putih berambut panjang melayang di
tingkap kereta. Mana tahu, hantu-hantu yang menghuni di sekolah rakam percakapan dan
whatsapp kepada gengnya di jirat cina tu. ‘Hantu’ begini memang ada, jahat dan dengki. Hari ni
ramai sangat hantu-hantu begini !.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Begitulah coretan tentang takut, takut keputusan saringan Covid, takut jarum yang kecil, takut
kelaparan kena PKDP, takut hantu dan takut pada perangai manusia. Ada ungkapan tentang takut
ini ;
"Keberanian adalah mengetahui apa yang tidak perlu ditakuti.".
"Pada akhirnya kita tahu secara mendalam bahwa sisi lain dari setiap ketakutan adalah
kebebasan”
"Hanya ketika kita tidak lagi takut, kita mulai hidup”
"Dia yang telah mengatasi ketakutannya akan benar-benar bebas
"Fikiran anda kecil, tetapi hati anda besar. Fikiran anda takut, tetapi hati anda anda penuh cinta."
Jadi berbaiklah dengan ketakutan, tiada ruginya.
Kerana ketakutan yang diatasi dengan keberanian akan menguatkan mental dan fizikal kita.
Ketakutan yang dieksploitasi juga mampu memberi kelebihan kepada kita. Gunakan ‘ ketakutan’
yang dituju kepada kita sebagai cabaran. Gunakan semula ‘ketakutan’ yang sama untuk sama-sama
kita dalam ‘team’ membina kekuatan. Lagi ramai ahli dalam pasukan (team) lagi ampuh untuk
menghalau ‘hantu’ berkenaan. Jual semula ‘ketakutan’ berkenaan dalam versi kita dengan kadar
untung yang berganda.
Menjual ketakutan ?. Itulah profesi paling menguntungkan dan paling banyak diceburi
‘pengusaha’. Dalam politik, dunia korporat, kewangan, insuran, pengusaha kecil malah tukang-
tukang berkemahiran tertentu. Bagaimana dalam politik kita ‘ditakutkan’ dengan kebangsatan
bangsa andai parti tertentu ditolak, hingga berdekad berjaya mengekalkan kuasa. Ada parti yang
‘menakutkan’ kita dengan neraka. Ada parti yang ‘menakutkan’ kita dengan kebankrapan negara
jika parti mereka tidak diberi kuasa memerintah. Ada parti yang ‘menakutkan’ kita dengan segala
macam hal menakutkan. Ternyata parti-parti itu sendiri yang ‘menakutkan’ dan menjadi ‘hantu’
bergentayangan mencari mangsa yang ‘penakut’. Maaf, salah satu parti-parti itu saya juga ahlinya
dan salah satu adalah anutan ideologi politik saya. Tetapi saya bukan hantu-hantu yang hauskan
‘peluh ketakutan’ atau ‘bulu meremang’ mangsa usikan.
Menjual ketakutan bukanlah sesuatu yang negatif, tetapi lebih berbentuk konsultasi, konsultasi
yang mencetus adrenalin!. Contoh : Suatu pagi kita kita menyedari ada sesuatu tidak kena pada
kereta. Semacam ada bunyi semasa membelok. Bila dibawa kepada pomen, bila diperiksa maka
jumpalah masalahnya. Drive shaft perlu ditukar. Jika tidak ditukar ada potensi kereta terjun gaung.
Maka takut terjun gaung itu membuatkan kita terpaksa membayar ‘ketakutan’ berkenaan. Bagi
pengeksploitasi, dipromosi lagi ketakutan kepada kita ; tali kipas kena tukar sebab dah ada tanda
rekah, kipas penyejuk pun nampak seperti hidup tidak hidup; kalau mati tengah bawa kipas mati,
tali kipas putus nanti enjin rosak, kosnya tinggi. Maka ketakutan yang dijual mula
membimbangkan kita. Benda belum pun terjadi. Bajet tiada, maka hiduplah dalam ketakutan.
Mahu atau tidak bajet dicari untuk mengatasi ketakutan itu. Senang menjual ketakutan, tidak perlu
modal pun cuma kemahiran dan mendapatkan kepercayaan orang sahaja. Namun jangan salah
faham, ini bukan tentang salah betul atau bermoral atau tidak, ini adalah hakikat, cara dan
realitinya.
Begitu juga urusan insuran, ‘jualan ketakutan’ tentang sara hidup di masa hadapan jika berlaku
sesuatu kecelakaan yang menyebabkan keupayaan terbatas maka ramai yang membelinya. Dengan
harapan perkara yang ‘menakutkan’ kepada yang belum terjadi itu ada taruhannya. Hidup pun
tenang dan rasa selamat.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Hari ini, ‘jualan ketakutan’ yang paling laku ialah vaksinasi, di mana frontliner tidak menang
tangan memenuhi permintaan rakyat yang ‘takutkan’ si covid yang jauh menakutkan berbanding
si busana putih berabut panjang. Pada awalnya mereka takutkan robot nano , unsur babi dan
agendadajal (sebenarnya jarum), kini mahu atau tidak ketakutan itu perlu dihadapi dan berlakulah
lambakan permintaan.
Jauh lebih laku ialah ‘menjual ketakutan’ kepada kompaun pelanggar SOP. SOP dipatuhi sungguh
sesungguhnya. Mana tidak RM2000 menanti bos!.
Begitulah cerita ‘takut’ ,’si penakut’ dan ‘penjual ketakutan’ untuk sama difikir ambil ikhtibar.
Kalau pun tidak mahu fikir atau ambil ikhtibar anggap sahaja coretan ini sebagai bacaan santai.
Kongsi memori saya, ini masanya saya mencatat diari diri yang tertangguh puluhan tahun. Melekat
di memori meronta-ronta mohon disuratkan. 14 hari PKPD ni memberi peluang itu, jika tidak,
sibuk dengan tugas harian.
Minta maaf jika ada yang tersinggung, anggap saja itu coretan dangkal dari saya.
# Ada lagi cerita menakutkan di SK Sungai Lembing perlu dicoret untuk dikongsi ; cerita Jin Islam
solat maghrib di surau sekolah, cerita Jin Kafir mengganggu murid dan guru serta cerita orang
Bunian cuba menculik murid yang berkhemah di Sungai Jin. Siapa kenal Mamat Khalid tolong
beri nombor Whatsapp dia, nak minta dia bikin muvi Hantu Sungai Lembing.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
6th Day PKPD @ Lepah, Selising
25/7/2021 ( Ahad)
Pengorbanan dan Pengikhtirafan
Hari ini hari Ahad, hari pertama Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) selepas cuti
Raya Haji. Sepatutnya hari ini saya sudah terpacak di sekolah pada jam 8.00 ini. Namun hari ni,
saya dihalang oleh satu peraturan iaitu pemakai gelang pink dilarang berada di luar atau
persekitaran rumah. Maka ‘meroyan’ sebentar. Sepatut waktu ini saya berada di meja kerja,
menanda tangan dokumen tertentu atau meronda persekitaran sekolah lihat apa patut dan fikir apa
yang patut untuk tambah baik keceriaan. Kala ini kalau boleh pandang atap sekolah pun sudah
lega, melepaskan ‘angau’ . Apapun, berkurung pada hari bekerja ini tidak bermakna tidak buat
apa-apa. Jam 12.00 nanti saya ada slot PDPR matapelajaran TMK/RBT. Waktu yang ada diguna
untuk menyediakan bahan. 2 jam juga masa diambil untuk menyediakan Rancangan Pengajaran
dan arahan PDPR dalam Whatsapp kelas nanti. Bayangkan jika seseorang guru itu ada slot PDPR
3-4 mata pelajaran, rasanya dari malam tadi lagi persediaan dibuat. Salute pada pejuang pendidikan
!.
Hari ini, 6th Day, menerima bantuan bekalan makanan dari Ahli Parlimen Pasir Puteh.
Alhamdulillah. Sebelum itu menerima pesanan (cod) durian dan cempedak yang dibeli melalui
lelongan dari Facebook. Tujuh biji durian dan tiga biji cempedak dengan nilaian RM45. Cukup la
bekalan untuk seminggu. Darurat apa begini ?. Sebenarnya durian dan cempedak itu dapat percuma
pun, kerana bila ‘tokey’ dapat tahu saya cikgu sekolah anak dia. Cikgu masih relevan di mata ibu
bapa rupanya.
Dalam kesukaran perang Covid, kami para guru juga seiring dan senada. Bezanya kami memerangi
‘kluster sifar ilmu’ dengan memastikan peralihan ilmu berlaku kepada anak-anak murid. Payah
bagaimana pun caranya kami usahakan. Asing bagaimanapun pengajaran online ni, kami
usahakan. Walau diperli, dikritik atau ‘diajar’ oleh segelintir mereka yang tidak mahu memahami
situasi, kami tetap berjuang. Kami tidak menuntut ‘elaun’ tambahan apa lagi disanjung, cukup
tidak meremehkan moral kami. Kebajikan dan penghargaan yang diberi oleh kerajaan selama ini
sudah memadai. InsyaAllah kami akan membalas budi ini.
September 2014
Gua Musang : Misi Elaun Khas Mengikut Lokasi Dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)
Sewaktu bertugas sebagai Pegawai ICT di Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang (PPDGM) saya
diarah mengirigi dua rombongan JPN dan Pegawai EMIS KPM untuk menilai dua sekolah di
pedalaman. Penilaian ini akan menentukan sesebuah sekolah dikategorikan tahap mana. Setiap
tahap ada sejumlah elaun yang berbeza; P1 dapat RM500.00, P2 dapat 1000.00 dan P3 dapat
RM3000.00. Bayangkan elaun sahaja dapat RM1500.00 !
SK Sri Permai (JHEOA)
Perjalanan Melayan Adrenalin
SK Sri Permai merupakan sekolah murid orang asli. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang
paling sukar perjalanannya walau pun bukan yang paling jauh. Dari Gua Musang ke SK Sri Permai
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
lebih kurang 85 km dengan 50 km adalah jalan tar, selebihnya jalan balak. Jalannya paling sukar
dilalui kerana laluannya bergaung dan sempit. Perjalananya biasanya empat jam, tetapi dalam
musim hujan boleh memakan masa sebelas jam. Rombongan penilai ini terdiri dari dua orang
pegawai KPM dan saya wakil PPDGM. Perjalanan kami diiringi hujan yang lebat namun jalannya
masih boleh dilalui. Bayangkan selekoh-selekoh yang di kiri kanannya gaung yang dalam .
Pemandu pacuan langsung tidak boleh dibawa berbincang, laju memanjang tidak kira selekoh atau
jalan licin. Kami hanya terkebil-kebil menikmati rasa yang tidak mampu diceritakan. Pemandu
itu adalah pemilik kantin sekolah yang 2-3 kali seminggu berulang alik menghantar bekalan, jadi
tidak pelik la jika begitu ‘perangai’ beliau. Sebenarnya laluan ini terdapat satu sungai yang perlu
kamim redah, tiada jambatan. Sungainya berbatu namun cetek.
Pukul 12.00 tengahari kami sampai dan disambut oleh Guru Besar dan warga sekolah. Kami
dibawa ke kantin asrama untuk takimat oleh Guru Besar dan proses penilaian oleh pegawai KPM.
Dalam hujan lebat, irama hentaman hujan ke atas atap menenggelamkan bual bicara sesi yang
dijalankan. Saya yang hanya pengiring tidak perlu pun berada dalam sesi, jadi saya ambil
kesempatan bersama cikgu-cikgu dan murid-murid. Menyelami dan berkongsi pengalaman cikgu-
cikgu serta melihat gelagat anak-orang asli.
Lebih kurang pukul 4 kami pun bertolak pulang. Perjalanan pulang kali ini, bukanlah mudah
kerana hujan sepanjang hari telah menjadikan jalan berlumpur tebal. Pacuan dipasang dan
dipakaikan rantai pada tayar untuk menguatkan cengkaman. Jika tidak tayar akan berpusing tanpa
menggerakan jentera. Perjalanan yang sepatutnya 3 jam sepanjang 35 km itu, menjadi sekali
ganda. Ini ditambah dengan kejadian kami terkandas di laluan sungai tadi, air begitu laju dan
dalam. Mustahil untuk direntasi. Jadi, kami hanya mampu menunggu air surut. Hampir 2 jam kami
menunggu , waktu itu pukul 6. Suasana sudah gelap, dalam hutan tentu gelapnya memang gelap
gelemat (gelap pekat). Irama deruan air sungai dan bunyian cengkerik mengiringi perbualan kami.
Tidak banyak dibualkan, maklum perut sudah berbunyi. Selepas 2-3 jam, akhirnya kami dapat
merentasi sungai untuk kembali ke stesyen kerja. Pukul 10 malam baru sampai, selepas mengalas
perut kami kembali ke destinasi rehat masing-masing.
Esoknya pegawai berkenaan membuat laporan kepada Ketua PPD berkaitan rombongan
berkenaan. Dari riak wajah dan bicaranya kami di PPD sudah dapat agak apa kategori SK Sri
Permai akan diberi. Paling kurang pun kategori 2 untuk elaun RM1000.00. Ternyata itulah nilainya
bila awal 2015 keluar keputusannya. Alangkah bertuahnya cikgu di situ, di mana jerih payah
mereka dihargai sedemikian rupa.
Pegawai itu adalah Dr Naimah Ishak bekas Pengarah Peperiksaan KPM.
SK Kuala Sungai
Perjalanan Mendebarkan Menyusur Arus Ganas
Satu lagi sekolah yang perlu saya iringi penilai ialah ke SK Kuala Sungai. Sekolah ini adalah
sekolah murid melayu yang terletak jauh di pedalaman. Sekolah ini terletak di Kampung Lulut,
kampung ‘dalam hutan’ dihubung dengan dunia luar melalui lauan air Sungai Neggiri atau jalan
ladang kelapa sawit (Ladang Serasa) yang mengelirukan. Kalau guna jalan ladang, perjalanannya
lebih jauh berbanding guna laluan sungai. Manakala laluan sungai, kita perlu sewa bot persendirian
yang bertolak dari Kampung Bertam Baru.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Untuk mengiringi pegawai penilai dari JPN Kelantan , saya memilih laluan sungai. Tempahan bot
diurus oleh Guru Besar SK Bertam yang mana pekerja sekolah itu sendiri mempunyai bot tambang.
Mudah kerja kami. Memilih laluan sungai merupakan satu stretegi sebenarnya, betapa sukarnya
ke sekolah. Sampai masa, kami pun bertolak dari pangkalan kecil di belakang sekolah. Apa yang
mengejutkan air sungai Nenggiri masa itu sangat ‘besar’ dan laju. Menyesal pula pilih laluan ini.
Air memang laju dan memang menakutkan. Apa boleh buat, terpaksa juga. Sepanjang perjalanan
kiri kanan boleh diihat kesan tebing runtuh dihentam arus. Pokok-pokok tumbang atau meliuk
kesan dihentam bertalu-talu arus kuat. Kekadang bila melalui kawasan berjeram , walau batunya
tenggelam namun nampak pusaran air kesan olakan dasar sungai. Bot dinaiki terasa rapat di gigi
air, pusaran air boleh dilihat di sebelah sahaja. Dalam ‘keseriauan’ itu sempat lagi merakam dengan
kamera video. Kami tidak banyak bercakap, hanya melayan pemandangan dan perasaan masing-
masing.
Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami sampai di pangkalan bot Kampung Lulut. Hanya jeti dengan
wakaf senget menjadi penanda jeti mendarat, Kami dimaklum binaan itu telah rosak dihentam arus
deras malam tadi. Dari jeti kami berjalan kaki sejauh 300 meter ke sekolah. Sepanjang perjalanan
itu, kami melalui rumah-rumah orang kampung yang tersusun. Aman damai kampung itu
kelihatan. Sampai di sekolah pegwai JPN terus bersama pimpinan sekolah untuk sesi temubual.
Sementara itu saya keluar meninjau kawasan sekolah dan juga mengadakan sesi pertemuan dengan
guru ICT dan Data. Bertukar idea dan mendengar aduan mereka.
Sebenarnya ini bukan kali pertama saya ke sini, sudah berapa kali ke sini samada bersama pasukan
ICT untuk khidmat bantu penyelenggaran atau pasukan Jurulatih Utama Matapelajaran ICT yang
baru diperkenal masa itu. Saya juga pernah hadir sebagai wakil PPD di majlis Perasmian
Mesyuarat PIBG. Dua kali pergi guna jalan darat, dua kali sesat masuk kebun orang. Tetapi
berbaloi, walau jauh dan sesat dua kali sebab menu ikan sungai di kantin sangat awesome !. Mak
Cik kantin memang pakar masakan ikan sungai secara tradisional dan asli masakan kampungnya.
Di akhirnya, sekolah ini telah diberi penarafan kesukaran Tahap 1 dengan elaun RM500.00 kepada
semua guru, Pembantu Tadbir dan Pembantu Pengurusan Murid. Satu penghargaan dan
pengikhtirafan kerajan ke atas pengorbanan para pejuang pendidik di sini.
Begitulah ceritanya, perjalanan sukar ditempuhi semata-mata untuk memastikan warga pendidik
pejuang ilmu ini mendapat imbuhan yang setimpal dengan pengorbannya. Kita yang hanya sekali
sekala menempuhi pun amat terasa kesukarannya, apa lagi mereka yang bertahun menempuh
cabaran yang sama malah kita pasti lebih banyak cerita dan tragedi sukar yang mereka hadapi
sepanjang berkhidmat di tempat-tempat begitu.
Abang yang bagi durian percuma di awal coretan ini meyakinkan saya bahawa masyarakat masih
berpihak pada guru. Penghormatan pada cikgu-cikgu yang membawa amanah Allah ini, iaitu
menyebar ilmu masih menebal. Segelintir memperkecilkan guru-guru sebenarnya terlalu kecil
sekadar netizen nakal. Namun, itu juga sedikit sebanyak mengguriskan guru-guru, insan yang
mengajar anak-anak mereka baca tulis, eja kira dan nilai baik dan buruk. Namun guru-guru tetap
berdiri dikemudi walau ombak membadai kapalnya, itulah admiral sebenar!
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Cerita penghargaan guru dengan 6th Day PKPD ini telah menyedarkan saya bahawa bukan mudah
sebenarnya mendapat pengikhtirafan masyarakat melainkan tetap bersabar dan sentiasa istiqomah
di landasan yang betul. Bahawa kebaikan yang banyak selama ini akan dilupakan bila berlaku
sedikit sahaja kesilapan, kelemahan atau kekurangan. Maka bertalu-talu kata-kata tidak enak
didengar dilemparkan. Perasaan dilepas seolah-olah orang lain tiada perasaan, empati dan simpati
langsung tiada dalam hatinya. Apa pun respek dan tabik saya kepada petugas PKPD di Selising.
Semua mehnah dan tribulasi ini dihadapi dengan berani. Panas membahang, ribut petir pun amanah
dijalankan. Teruskan wahai pejuang. Tugas kalian lbih mencabar lagi selepas kerana diameter
PDPD akan semakin luas selepas hari ini. Bertabahlah, saya bersama anda dan saya pertahankan
anda. Yeahhh..!!!
Sekian, terima kasih. Jumpa lagi.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
7th Day PKPD @ Lepah, Selising.
26/7/2021 ( Isnin )
3M Zaman Budak : Membaca,Mengira dan Main Tak Khabar Ingat
Hari ini hari ke 7, bermakna sudah separuh dari tempoh PKPD berkuatkuasa. Diharap tidak
dilanjutkan sebagaimana PKPD Bukit Tanah tempoh hari. Walau harapan agak tipis kerana kes
semakin serius. Hari ni juga hampir semua kampung di DUN Selising perlu menjadi ujian
saringan. Dijangka 14 kampung akan diisytihar PKPD. Keadaan memang makin serius. Kempen
Pray For Selising telah mula digerakkan. Namun apa yang paling penting adalah kita kena kekal
bertenang, buat kerja masing-masing dengan matlamat bersama mengekang penyebaran pandemik
ini.
Hari ni terima lagi bantuan bakul makanan, ini kali ke 3 dalam tempoh seminggu. Syukur sangat
pada rezeki Allah taala. Kali ini bantuan makanan disumbang oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM). Kalau lojiknya, bekalan ini cukup untuk PKPD jika disambung lagi pun. Tetapi, kalau
boleh jangan disambung lagi, cukuplah 14 hari yang asalnya. Bukan soal bekalan makanan tetapi
soalnya ‘bila’ saya perlu tamatkan coretan ini. Kalau dah berlarutan takut keluar cerita-cerita
‘mengarut’. . Cerita mengarut ni memang mudah digarap kerana ‘tulis’ begitu saja ikut apa
yang keluar dari ‘perut’ dan ‘mulut’. Berbanding menulis untuk memudahkan pemahaman
pembaca atau menimbulkan kesan pada jiwa ; gembira, sedih, simpati, marah dan sebagainya. Apa
yang ingin ‘diluah’ sepatutnya bermula dari hati kita, bermula di situ mengalir melalui perut dan
mulut. Hati yang murni akan menapis kata-kata yang ditulis menjadi bait-bait yang baik-baik untuk
diambil pengajaran dan tauladan. Sebab itu untuk memastikan unsur ‘dramatik’ (memberi kesan
pada jiwa), setiap patah perkataan perlu difikir berkali-kali sebelum disuratkan. Bukan mudah
bos!.
Tahun 1975 SK. Bukit Jawa
Darjah 1 : Cerita menulis dan mengeja: satu permulaan
Seawal darjah satu, saya sudah mampu membaca dan menulis. Tidak pasti bagaimana kemahiran
itu mudah dikuasai padahal kehidupan seharian saya, di sekolah atau di rumah jadualnya hanyalah
bermain. Bermain ‘tak khaba ingat’ bukan bermain ala kadar saja. Jadi bila cikgu mengajar
kemahiran ‘ejaan’ saya pasti dapat betul semua. Kalau membaca saya tidak aktif mana walau
kemahiran itu sudah dikuasai.
Cikgu Abdullah, guru bahasa selalu membuat ujian mengejut iaitu ‘pertandingan ejaan’ siapa betul
sesekian jumlah akan dapat sesekian hadiah. Rakan sebelah saya adalah rakan sekampung, dia
belum menguasai kemahiran menulis dan ejaan ini. Belum pandai membaca dan menulis. Jadi
setiap kali ujian ejaan, dia akan cuba meniru saya. Saya pun bukannya tamak sangat, beri juga
peluang dia meniru. Cumanya saya pastikan dia tidak betul semua seperti saya . Zaman budak.
Caranya bila cikgu sebut perkataan, saya tulis dan tunjuk pada dia; ejaan yang salah. Selepas dia
tiru naru saya padam sebelum hantar kepada cikgu. Satu perkataan yang saya ingat sampai hari ini
ialah ‘licin’. Untuk dia tiru saya tulis ‘licih’. Lepas itu saya padam hujung ‘h’ tu jadi ‘n’. Bijakkan
?. Hasilnya saya dapat hadiah pembaris panjang, dia dapat pembaris pendek kerana salah satu.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Hari ni, sudah tua bangka ini kalau jumpa dengan kawan saya itu pasti ‘licih’ tu seolah-olah
terpampang di dahinya.
Sampai hari ini pun saya tidak tahu apa motif ‘taktik jahat’ itu, apa salahnya kalau dia dapat
pembaris panjang seperti saya. Mungkin saya dipengaruhi oleh konflik kami semasa bermain
Combat, kami selalu berebut jadi Vic Morrow. Dia yang selalu dapat jadi Vic Morrow kerana
mesingan dia lebih besar dan lebih cantik. Jadi kira ada motif juga mengapa saya begitu
berdendam. Budak-budak, apa yang dibuat itulah yang terzahir dari tindakbalas pengalaman, jauh
dari untuk bertindak dari kewarasan . Apa hendak dibuat, begitu fitrahnya.
Begitulah seterusnya persekolahan saya di SK Bukit Jawa berlangsung ‘selayar’ begitu saja.
Saperti kapal layar yang mengikut sahaja ke mana arah angin. Cerdik tidak pandai pun tidak. Setiap
tahun berubah kelas. Tahun ini naik kelas, tahun depan turun kelas pula. Maklum sahaja
bergantung kepada ‘kepandaian’ semulajadi. Jadinya pernah beberapa kali naik pentas terima
hadiah kecemerlangan. Ada juga saat-saat membanggakan orang tua, membanggakan Tok Ngulu
Sidik dan Mok Toh Jual Sayur. Secara dwi tahunan dapat naik pentas sebab dapat nombor tinggi
dan dapat naik kelas.Bangga naik pentas, apa lagi terima hadiah dari Wakil Rakyat Ayah Mat
Bakar.
Hari ini, sejak 2009 lagi pentas sama juga selalu saya naik. Rasa bangga berdiri di pentas itu masih
rasa yang sama. Jika dulu naik menerima hadiah, kali ini berada dipentas sebagai Guru Besar untuk
segala macam acara. Kenangan silih berganti bila berdiri di atas, pentas yang sama, dulu begitu,
hari ini pun begitu. Masih menjadi pentas yang keraikan keunggulan dan kemeriahan acara-acara.
Begitulah kemampuan saya, menulis tiada masalah. Boleh menulis setiap kali ada latihan menulis.
Tiada masalah dengan cikgu. Segala tugasan dalam kelas diselesaikan dalam kelas itu juga. Perlu
diselesaikan tanpa perlu bawa balik sebab kalau jadi kerja rumah jangan harap akan siap. Kalau
bawa balik juga, konfirm esoknya ponteng kerana kerja pasti tidak siap. Berada di rumah bukannya
sempat sentuh buku sekolah, kena elak kambing masuk kandang lagi, kena pergi hantar barang
pesanan pelanggan kedai tok saudara lagi, kena jaga adik lagi (sebab emak di pasar berjualan ) dan
macam-macam lagi. Jadinya segala kerja sekolah perlu diselesaikan pada waktu sekolah itu juga.
Begitulah seterusnya persekolahan zaman kanak-kanak di SK Bukit Jawa. Tanpa misi dan visi, ke
sekolah kerana adat dan hanya ingin boleh baca dan tulis. Sesuai dengan cara berfikir pada zaman
itu. Oh ya, sebelum terlupa, saya ‘gagal’ dalam Matematik dan Bahasa Inggeris. Dua subjek yang
hanya sekadar boleh cari makan. Dua subjek ‘killer’ yang menyebabkan saya turun kelas secara
dwi tahunan. Kalau berlawan baca sifir, hari ini saya rasa akan kalah walau dengan murid Tahun
6. Boleh tapi kena congak dan buat kira-kira secara visual dahulu. Boleh, cuma tidak hafal. Bahasa
Inggeris ? no komen. Memori tentang subjek Bahasa Inggeris ini yang diingati hanyalah Cikgu
Utayakumaran. Sekian.
Begitulah sahabat, alam persekolahan masa kecil adalah ‘sekolah’ terbaik untuk kita membuat
pertimbangan apa yang akan kita perlaku pada hari ini. Jika kita masih membiarkan ‘kekalahan’
(kes Vic Morrow) kecil yang satu itu mempengaruhi keputusan besar yang hendak dibuat maka
tiada bezanya kita hari ini dengan kita zaman budak ‘pendendam’ dulu. Begitu juga halnya jika
kesilapan yang satu itu, jika kita jadikan asas penilaian dengan mengabaikan segala kebaikan
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
selama ini. Pertimbangan dan rasionalisasi hari ini, sepatutnya tidak sama dengan cara ketika kita
‘darjah 1’. Jika tidak apa gunanya masa lalu, jika tidak dijadikan panduan untuk hari ini.
PKP dan PKPD ini khasnya, banyak yang perlu kita pertimbangkan. Kena banyak bercermin,
melihat diri dan apa yang ada dalam cermin itu. Semua perlu dilihat dan diambilkira, tidak boleh
lihat diri kita sahaja. Apa imej yang terpapar di kiri kanan dan belakang dalam cermin itu adalah
tanggungjawab kita juga, kerana semua itu muncul dalam cermin kita. Jadi, jangan fikirkan diri
kita sahaja. Buatlah sesuatu yang membantu, jika pun tidak membantu jangan pula menyusahkan.
Jika tidak anda adalah ‘saya yang menafikan rakan mendapat pembaris panjang’.
Sekian, terima kasih.
# Cerita matematik pun menarik, bagaimana seorang yang ‘gagal’ matematik di awal persekolahan
boleh mengambil Matematik Tambahan di sekolah menengah. Tribute to Mr Low !
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
8th Day @ PKPB Lepah, Selising
26/7/2021 (Selasa)
Wabak vs Gedebe
Hari ini 8th Day : ‘konfirm’ hampir Seluruh Selising dikenakan pergerakan terhad diperketat. Tidak
boleh masuk tidak boleh keluar. Kawasan PKPD paling luas dan paling ramai terkesan di
Malaysia. 14 kampung terlibat, semuanya dalam DUN Selising. Kerja-kerja kebajikan akan
semakin sukar dan mencabar. Orang terkesan pun semakin ramai perlu disantuni. Wabak ini, walau
seperti menyusahkan, namun rahmatNya lagi luas sebenarnya. Waktu inilah kita boleh mengenal
dan menilai ‘siapa’ yang berkerja dengan ‘tangan’ dan siapa yang berkerja dengan ‘lidah’. Lidah
terjelir !.
Setelah 2 tahun kempen-kempen berkaitan SOP melawan Covid ni boleh dinilai pada hari ini.
Bagaimana kita diseru jaga penjarakan, salam di dada, elak bersesak , memakai mask dan sentiasa
mengamalkan sanitasi kendiri. Dua tahun kempen, sepatutnya kita sudah selesai hal SOP sebegini,
tetapi lihatlah apa fenomena berlaku di pusat saringan (swab), kita berasak-asak, berebut-rebut.
Seolah-olah berebut hadiah . Peliknya bila ada penguatkuasa, elok-elok berbaris dan ikut giliran.
Tapi seperti biasa, kita tidak pernah salah yang salah pihak yang menganjur, maka bertalu-talu lah
dalam media sosial mengecam pihak berkuasa. Semua marahkan tiada penjarakan sosial, hingga
tidak kita tidak tahu siapa yang tidak jaga penjarakan sosial !. Mengapa ? adakah kerana darah
‘gedebe’ orang Selising masih pekat mengalir pada generasi hari ini ?. Gedebe sangat ke orang
Selising ?.
70 dan 80 an : Selising
Zaman gemilang orang gedebe di Selising
Apa kaitannya cerita orang gedebe dengan situasi terkurung PKPB sekarang ?. Saya mulakan
dengan soalan kerana mungkin ramai orang Selising tidak tahu sejarahnya dan tidak tahu betapa
tersiksanya kami yang tidak ‘gedebe’ ni. Zaman itu, kalau tiada pergaduhan antara kampung
memang tidak sah. Pergaduhan berpunca dari berbagai sebab, tetapi punca teratas adalah memang
sejarahnya begitu, memang kena bergaduh kalau tidak kalendar tahunan tidak lengkap! Begitu
sekali.
Setiap kampung ada ‘tokoh’ mereka sendiri, paling tidak pun satu kampung itu memang terkenal
dengan ‘gedebe berjemaah’, semua orang kampung dicop gedebe. Kerana ‘takut’ dibelasah, ada
yang tidak mengaku dari mana asalnya bila berada di luar . Kedai Selising ada kaki gedebenya,
Banggolnya, Seliginya, Banir Belikongnya ada tokoh masing-masing. Ada sahaja kes dicari untuk
mereka ‘bergomol’.
70 an dan 80 semasa masih kanak-kanak, saya selalu menyaksikan aksi pergaduhan di Kedai
Selising. Ada berlaku secara di tepi jalan, dalam pasar atau yang kerapnya di padang bola.
Pemandangan penonton masuk padang ‘gocoh’ pemain atau pengadil biasa sahaja. Ada sekali saya
menyaksikan polis mengejar penonton berparang tengah padang, hingga polis terpaksa lepas
tembakan ke udara. Peliknya, dalam keadaan ‘brutal’ begitu, liga bolasepak setiap tahun dianjur
dan pasukan sama sahaja yang menyertainya. Ini barangkali definisi gedebe orang Selising, boleh
dibawa berbincang kecuali setelah wisel memulakan permainan ditiup.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Perbalahan bolasepak ini kekadang terbawa-bawa di luar padang. Ketidakpuasan kerana tidak
dapat lunas di padang, maka dendam itu di bawa ke luar padang. Akibatnya sekali sekala berlaku
pergaduhan di luar padang pada waktu-waktu lain. Pergaduhan juga boleh berlaku disebabkan isu
lain seperti berebut ‘gewel’ , masalah saliran air sawah, masalah anak-anak bergaduh dan lain-
lain. Hingga hal remeh pun pun jadi besar ; sebab orang gedebe ni darahnya adalah
campuran‘minyak gas (tanah)’, mudah nyala. Pernah kawan saya ditampar kerana memotong lori
yang dipandu perlahan. Kawan saya orang luar kampung berkenaan, manakala pemandu lori si
gedebe kampung berkenaan. Cannot brain kawe.
Tetapi jangan salah faham, walau begitu ceritanya bukanlah bermakna Selising ni seperti ‘wild-
wild west’, tidak terkawal dan mengganas sepanjang masa. Di Selising ada pula tokoh-tokoh yang
boleh memastikan situasi terkawal. Seperti pernah saya tulis ‘ gedebe yang boleh dibawa
berunding’. Tokoh-tokoh ini bila mereka masuk campur, maka situasi tegang akan jadi kendur.
Tokoh itu adalah Tok Gawo, Tok Ngulu, Tok Imam dan guru-guru yang disegani. Mereka akan
campur tangan bila keadaan berlarutan dan tidak terkawal. Kalau setakat konflik sikit-sikit mereka
tidak peduli.
Bagi generasi yang pernah melalui tahun-tahun 70 dan 80 an itu pasti akan terbayang di matanya
tokoh-tokoh gedebe, kaki gaduh dan tokoh-tokoh berjawatan ‘sherif’ satu persatu.
Kerana gedebe yang menimbulkan konflik inilah menyebabkan kami orang-orang biasa rasa
terkurung terutama bila berkunjung keluar kampung sebab ada budaya orang gedebe iaitu ‘kirim
penampar’. Kita yang tidak berkaitan, akan ditampar oleh kaki gedebe kampung itu dan kena
sampaikan salam penampar itu kepada si gedebe kampung kita. Mesra tapi ganas!. Takutkan
kiriman begini, kami biasanya menyembunyikan asal bila ditanya orang yang nampak saperti
gedebe. Biarlah kalau dituduh tidak ‘patriotik’ pun, dari kena penampar tawar.
Hari ini, gedebe jenis suka ‘gocoh’ sudah tiada lagi. Tiada lagi tokoh gedebe yang boleh kami
tonjolkan untuk menakutkan kampung sebelah. Kampung sebelah pun sama. Sekarang titel gedebe
sudah dikuasai oleh kaki kuda dan kaki ketum. Gedebe varian baharu yang berkali ganda lebih
ganas, langsung ‘tidak boleh dibawa bincang’. Gedebe tanpa jiwa dan tidak peduli kepada kuasa
‘sherif’. Gedebe ini lagi menyebabkan kami ‘terkurung’. Kalau leka habis harta dikebas.
Begitulah coretan tentang definisi ‘gedebe’ dalam konteks orang Selising. Era gemilang dulu-dulu
yang sepatutnya tidak dibanggakan, namun semangatnya perlu sentiasa demi kelangsungan hari
ini dan di waktu mendatang. Tukar jenis gedebe brutal kepada gedebe yang memberi menafaat
bersama. Itulah berlaku, darah gedebe itu masih mengalir. Sebab itu orang Selising sentiasa
menukar wakil rakyat mereka, bergilir-gilir. Parti ketepi tetapi ketokohan yang dipilih. YB buat
onar,kami.tolak.ganti.YB.baru..
Begitu juga Selising melahirkan ramai tokoh yang terkenal dan menjawat jawatan tertinggi dalam
perkhidmatan awam. Tokoh wartawan, penyajak, orang seni , perubatan malah usahawan berjaya
merata tanah air. Saya bangga jadi anak Selising, dan akan mengaku orang Selising jika ditanya.
Kerana budaya kirim penampar sudah pupus!.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Jadi, sempena PKPD ini, sebab semua orang terdesak dan semua orang terkurung dalam
‘ketakutan’ marilah kita wahai orang Selising kembali mejadi ‘gedebe’. Tunjukkan gedebe kita
pada tempat yang betul. Gedebe yang didambakan generasi hari ini. Jika hanya mencari salah
pihak lain, itu gedebe 70 an. Jika masih rasa gebede, lawanlah pandemik dan saling berkerjasama
memastikan kita menang, itulah gedebe naratif baharu. Jika tidak kita akan terkurung lebih lama
lagi andai unsur ‘minyak gas’ masih mengalir dalam darah gedebe kita. Patuhi SOP, patuhi pihak
berkuasa, kita perlu menang dalam perang Covid ini. Memberikan kerjasama ini mudah sahaja,
jangan lemahkan semangat frontliner dengan kata-kata yang mengguriskan hati, itu sudah cukup.
Sekian, semoga ‘gedebe mulia’ kita akan memudahkan pintu ‘kebebasan’ dibuka seluasnya. Mari
kita ‘gocoh’ si Covid gedebe. Soal hendak tukar YB atau parti di DUN Selising, kita tengok dulu
kerja buat ; siapa berkerja siapa yang hanya banyak cakap. Gedebe politik pun kena juga kaji dan
nilai ‘kad laporan’ ahli politik dan parti diwakili. Opppssss …
Sekian, jumpa lagi.
Ps : kekadang bila idea mencurah-curah, banyak yang dicoret tanpa disedari ada pembaca yang
keletihan membacanya kerana terlalu panjang. Sebagai cikgu, saya tahu bila muridnya mula hilang
fokus dan saya bila perlu ubah strategi pengajaran. Begitu juga coretan sequal PKPD ini.
Tungguuu..
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
9th Day PKPD @ Lepah ,Selising
28/7/2021 ( Khamis )
Cerita Lesen
Hari ini hari yang paling ceria sepanjang PKPD setakat ini bagi saya. Hari ini saya telah berjaya
melunaskan ‘dendam’ dan ‘rindu’ . Hari ini ‘angau’ yang tertahan, tersumbat dalam dada telah
‘dibebaskan’. Ceritanya saya telah diberi akses untuk bergerak sekitar Selising atas urusan
menyerahkan sumbangan makanan. Lesen besar itu berupa surat kebenaran dari Pejabat DUN
Selising untuk majlis (gimik) penyerahan rasmi sumbangan dari Kelab Guru SK Bukit Jawa dan
NGO Dana Kita kepada pengurusan DUN Selising. Apalagi, peluang diambil untuk melepaskan
‘rindu’ yang tertahan selama 8 hari ini. Masuk sekolah dan pantau persekitaran, pusing kedai
Selising menikmati kesunyiannya, jenguk Klinik Selising pusat saringan , padang bola dan
berakhir di Pejabat DUN Selising. Di Pejabat DUN,gimik penyerahan pun dibuat dalam kekalutan
jawatankuasa bertindak membungkus, mengagih dan memunggah bakul makanan. Berhempas
pulas mereka memastikan bekalan makanan dapat disegerakan untuk agihan rakyat terkesan PKDP
Selising. Respek dan tabik.
Rindu vs Angau @ Rindu dan Angau
Rindu : ingin benar akan sesuatu
Angau : asyik terbayang, terkenang ,ingin teramat sangat
Suatu malam Khadijah bermimpi bulan purnama (ada mengatakan matahari) masuk ke dalam
rumahnya, bercahaya segenap ruang. Lalu, beliau berjumpa Waraqah untuk mentafsir mimpinya.
Maka ditafsir bahawa beliau akan berkahwin dengan bakal seorang nabi Allah iaitu Muhammad.
Bermula dari situlah bermulanya rindu dan ‘angau’ Khadijah kepada Muhammad higgalah
membawa kepada perkahwinan mereka.
Berbeza ‘angau’ Majnun pada Laila. Cinta tidak kesampaian yang berkesudahan rindu dibayar
dengan kematian. Matinya Laila kerana menderita ‘dikurung’ selepas kematian suami, matinya
Majnun dikuburan Laila kerana menderita ‘angau’ yang amat tidak tertanggung. Semasa hidup
mereka tidak dapat bersama, hanya kematian menyatukan kuburan mereka secara bersebelahan.
Begitulah beberapa lagi kisah ‘angau’ seperti Romeo dan Juliet, Mark Anthony dan Cleopatra,
Shah Jahan dan Mumtaz ; setiap cerita ada kesudahan tersendiri samada tragedi,duka lara dan ada
yang berakhir dengan bahagia.
Rindu kita pada Madinah dan Mekah, rindu kampung halaman, rindu suasana, rindu kemesraan
persahabatan, rindu zaman kanak-kanak dan segala macam rindu. Rindu yang menjadikan kita
‘angau’. Hari ini mari kita layan dan berkongsi coretan rindu saya.
Rindu Tanah Orang
Tanah Beradab Tanah Minang
Dalam 9th Day PKPD ini , fikiran melayang terbang jauh. Pagar kawad dan sekatan sempadan pun
tidak mampu menghalang. Melayang ke lokasi-lokasi yang sentiasa segar diingatan dan sentiasa
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
dirindui untuk diulangi keberadaannya. Kerana memorinya amat indah dan meninggalkan kesan
di jiwa. ‘Angau’ ini mungkin hadir kerana rasa ‘terkurungnya’ selama 9 hari ini.
Saat ini terkenang wisata menikmati kedamaian tanah Minang di Sumatera Barat iaitu Padang dan
Bukittinggi. Dinginnya cuaca di Bukittinggi, pemandangan sawah yang menghijau, kampung
tradisional yang masih mengekalkan keaslian, pemandangan gunung berapi yang indah serta aliran
air gunung yang dingin sepanjang jalan , itu semua membangkitkan rindu untuk kembali lagi.
Begitu juga masakan minang iaitu nasi padang yang menyelerakan dengan beras segar dari sawah,
beras yang diairi air gunung yang murni tanpa bahan kimia.
Memori berkunjung ke Masjid lama tempat Kiyai Hamka belajar, Masjid Raya Padang yang
berindentiti Minangkabau dan Istana Pagaruyung . Binaan yang menakjubkan, asli dan penuh
‘penanda’ sejarah. Seronok dan puas semasa menikmati adat yang masih hidup dan sejarahnya
yang unggul. Entah bila lagi dapat melepaskan ‘angau’ ini, PKDP 14 hari sahaja, tetapi pandemik
ini mungkin memerlukan banyak tahun lagi untuk dijinakkan agar rentas negara dapat dibuat.
Layan saja rindu dan angau ini!
Lokasi Rindu Paling Jauh
Kenangan Zaman Kanak-kanak
Mengapa kita selalu membangkitkan seronoknya zaman kanak-kanak ?. Bebas ke mana sahaja,
bebas melakukan apa sahaja dan bebas berfikir apa sahaja. Masa lalu hanya mampu kita rindui
bukannya ‘angau’, kerana mustahil untuk kita mencapainya kembali.
Merindui zaman kanak-kanak ada kaitan dengan pengalaman hari ini. Hidup yang penuh ‘ruwet’
dan kalut hari ini menyebabkan kita menjadikan imbas kembali ‘keseronokan’ semasa kanak-
kanak sebagai escapism. Melarikan dan meletakkan segala macam beban di sudut jauh sementara.
Biar ‘lelah’ hilang sebentar.
Zaman kanak-kanak kita mungkin sama sahaja terutama jika kita anak-anak kampung yang hidup
dalam serba kekurangan. Malam-malam membelah malam pergi ke rumah tok guru Quran,
menggunakan obor (karok) dari daun kelapa sebagai penerang jalan. Jauh sekali menggunakan
lampu suluh, kerana lampu suluh bukanlah barangan murah masa itu bukan seperti hari ini.
Kekadang bila api padam, kami berlarian dalam gelap hingga lembu yang sedang tidur pun
dilanggar. Sungguh lucu bila dikenang. Begitu juga bila melalui ‘port’ kononnya ada penunggu
dan hantu seperti rimbun pokok sagu atau rimbun buluh, kami berlarian ‘kecil kepala’ hanya
kerana bunyi katak batuk pun.
Begitu juga bila menikmati rindu bebas berlarian di serata kampung main kejar-kejar, main
tembak-tembak, mandi parit tanpa memikirkan ‘beban’ dan ‘tanggungjawab’. Bila rasa lapar, balik
makan apa yang ada di dapur. Kebebasan budak kampung begitulah statusnya, unlimited. Itu betul-
betul zaman kanak-kanak saya pada umur 3-8 tahun. Bila meningkat usia, tanggungjawab mula
diberi sedikit demi sedikit. Besarnya tanggungjawab seiring dengan peningkatan usia kita.
Berterusan hinggalah kita berusia, berkerjaya dan berkeluarga. Begitulah fitrah terlaksana. Namun
setiap fasa hidup kita pasti ada detik-detik yang ingin kita ulangi, itulah namanya rindu. Namun
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
kita ‘terperangkap’ oleh masa, di mana jika kita melayan ‘angau’nya pasti kita yang ‘ terkurung’
dek jiwa sendiri.
"Kita adalah produk dari masa lalu kita, tetapi kita tidak harus menjadi tawanannya."
Jadinya, PKPD 9th ini, nikmat setelah mendapat ‘lesen’ bergerak amat besar kesannya. Realitinya
‘angau’ telah berjaya dilepaskan dan rindu terlunas. Kebebasan rupanya amat bernilai walau untuk
melakukan perkara yang remeh sekali pun. Remeh je pun, apa sangat merindu pada tempat yang
pasti ada lagi selepas PKPD 14 hari ini. Tidaklah angau sangat, tetapi nikmatnya hanya diri sendiri
dapat rasakan. Seperti orang kencing manis boleh minum teh o beng laichi !. Nikmatnya…
Sekian, terima kasih
# Rasanya ramai akan ‘rindu’ dan ‘angau’ pada PKPB selepas ini, maklum sahaja makanan tidak
putus-putus sampai; tidak perlu berkerja dan tidak perlu pagi-pagi keluar cari nasi berlauk. Rasa
seperti zaman kanak-kanak tanpa tanggungjawab.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
10th Day PKPD @ Lepah Selising
29/7/2021 (Khamis)
Cerita Suplement Home Made
Hari ini dan esok ( Jumaat ) adalah hari temujanji untuk saringan (swab) kali ke 2. Keputusan
keseluruhan hari ini dan esok bakal menentukan PKPD ini disambung atau tidak. Jadinya, sebagai
warga yang bertanggungjawab saya perlu pastikan kami sekeluarga menyumbang untuk keputusan
negatif. Mengurangkan sebanyak mungkin angka kumulatif positif.
Lepah ; hari ni
Misi Suplement Home Made
Ada satu peribahasa baru, “bagaikan orang lemas yang akan berpaut pada apa pun walau ‘tahi’
seketul”. Macam ‘kembang’ je kosa kata ‘tahi’ tu, tapi apa bezanya dengan ‘kokok berderai,ekor
bergelumang tahi’,’hangat-hangat tahi ayam’ dan ‘dicampak bunga dibalasnya campak tahi”.
Peribahasa berpaut pada ‘tahi’ seketul ni bermaksud kita akan buat apa sahaja bila keadaan
terdesak asal sahaja selamat. Jadinya, untuk memastikan kami negatif, apapun akan dibuat.
Sepanjang sejak bermulanya pendemik covid berbagai petua diviral bagaimana untuk menghalang
dan menghapuskan kuman covid dari bersarang dalam tubuh. Macam-macam, yang boleh diterima
akal, yang tidak lojik malah ada yang memang gila-gila. Minum air suam, minum air garam, sedut
wap bunga cengkih, minum air kelapa, minum madu, minum air lemon dan macama-macam lagi.
Manakala yang gila-gila pula minum air ketum, minum arak (bukan Islam), minum darah atau
kencing lembu dan macam-macam lagi . Ada yang berseloroh suruh minum cuka getah pun ada.
Nasib baik tiada yang suruh makan cicak ke biawak ke suduseno (mentadak) ko !.
Maka sebagai persediaan sebelum swab, sehari sebelum tu saya dapatkan setandan kelapa muda
dari rakan sekolah, sebiji lemon dari ‘friend’ Facebook. Air kelapa muda diperah lemon dan
ditambah dengan 4 ketul garam kasar serta 2 sudu madu maka jadilah ‘suplement’ kononnya
mampu menghalang virus ini mati. Kalau dinilai bahan digunakan memang lojik juga, apa pun
usaha tu penting. Yang pastinya ramuan berkenaan memang menjadi koktail yang sedap juga,
seperti 100 plus sedikit masam. Seperti kehendak petua, kami minum segelas seorang 2 jam
sebelum swap. Semoga supplement petua tradisi ini membantu dan memberi menafaat dalam
mengekang kesan covid ini . Tidak salah mencuba, sama juga petua-petua lain seperti rebusan
daun untuk kencing manis, akar kayu untuk darah tinggi atau buah tertentu untuk buasir. Cumanya
kita perlu tahu dosnya kalau tidak samada tidak berkesan atau overdose. Namun yang paling
penting dalam kita mengamalkan petua sebegini, ubat hospital jangan ditinggal.
Jun 2008 SK Balar Gua Musang
Cerita Akar Kayu Dari Hutan Orang Asli
Pada satu ketika dalam bulan Jun 2008, Unit ICT seluruh Kelantan telah mengadakan lawatan
kerja serta khidmat bantu ke SK Balar. Semua wakil Pegawai ICT dari PPD seluruh Kelantan serta
Pegawai ICT di JPN Kelantan menyertainya. Rombongan kami juga disertai wakil syarikat
pembekal projek ICT sekolah.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Kami bertolak dari PPD Gua Musang dengan 5 pacuan. Perjalanan dijangka mengambilmasa 4-5
jam kerana cuaca malam tadi dan pagi hari itu baik dan tidak hujan. SK Balar ini merupakan
sekolah murid orang Asli paling jauh nun dalam hutan, Perjalanannya lebih banyak menggunakan
jalan balak yang berdebu di musim panas dan berselut tebal di musim hujan lebat. Sepanjang
perjalanan, 2 batang sungai perlu direntas, meredah air dan batuan tanpa jambatan.
Sampai di sekolah, kami ‘check in’ di kuarter guru yang memang telah dijadikan ‘rumah tetamu’
untuk berehat sebentar. Petang hari pertama itu, kami santai-santai sahaja. Berbual-bual dan lawan
ping pong persahabatan. Orang kampung mula datang untuk meraikan kami, mari temu mata.
Kami berkomunikasi menggunakan bahasa rasmi, kerana mereka kurang faham ‘kecek’ Kelantan.
Malam itu kami dihidangkan dengan pertandingan karaoke antara orang kampung. Menariknya
lagu yang dinyanyi dan didendang bukannya lagu orang asli atau lagu popular semasa tetapi lagu
dangdut Indonesia. Maka terhiburlah kami dengan suasana kelab dangdut Indon.
Hari ke 2 di sana, paginya pasukan kami di bahagi kepada dua kumpulan, kumpulan pertama
menjalankan khidmat bantu di makmal komputer manakala kumpulan ke dua bersama guru
berdiskusi tentang mata pelajaran ICT. Lebih kurang pukul 10.00 pagi kami bersedia untuk pulang.
Sebelum itu kami peserta rombongan dan warga SK Balar bersama dalam majlis perasmian
penutup. Dalam majlis itu, kami telah diberi seorang satu cenderahati bakul rotan yang berisi akar
kayu ; Tongkat Ali dan Ubi Jaga ! tersenyum sengih para pegawai ICT. Berbaloi juga masuk dalam
hutan sejauh ini, tidak sabar pula sampai ke rumah hendak kerjakan akar kayu ni .
Maka kami pun bertolak pulang jam 12.00 tengahari selepas makan. Menempuh 5 jam perjalanan
lagi dengan matahari tegak di kepala. (Ada yang ‘melelas’ dahi dimakan matahari). Namun
kepuasan yang dinikmati berbaloi dan berpadanan bila dibanding dengan kesukaran perjalanan.
Bagaimana dengan akar kayu tadi, ‘suplemen energi’ semulajadi ?. Apalagi, saya terus rebus
sedikit bila sampai di rumah, rebus secara semberono begitu , dos ke laut sebab tidak
dimaklumkan. Rebusan tongkat ali campur ubi jaga mengambil masa 3 jam. Air yang jernih jadi
hitam, terliur dan tidak sabar rasanya untuk ‘masukkan’ dalam perut dan alirkan ke dalam darah
untuk diagih khasiatnya ke organ tubuh tertentu, ikut keperluan . Bila sejuk, lalu dimasuk ke
dalam cawan kecil dan dihirup perlahan-lahan. Alamak..pahitnya, melekat-lekat pahitnya bermula
dari pangkal lidah hingga dalam tekak. Hirupan ke 2 diteruskan lagi demi energi didambakan, kali
rasa tidak tertelan lagi. Namun akhirnya masuk juga ke perut, pahitnya jangan cerita. Hinggalah
habis secawan ‘suplement power’ berkenaan. Kekalnya pahit dilidah dan tekak berterusan kerana
pantangnya jangan bilas dengan air kosong, biar ‘jelira’ dulu pesan Tok Batin. Rasa macam kena
kencing je !. Malam itu tidur dalam keletihan digoncang pacuan dan perut kembang dek kepahitan
‘suplement’.
Esoknya sepatut selepas sarapan, saya perlu pekena segelas lagi ‘suplement power’. Petuanya 3
hari berturut, segelas sehari. Selepas sarapan saya tuang secawan ‘suplement’ dengan dos tiga
hirupan. Hirupan pertama menerjah kerongkong, pahitnya jangan cerita, organ-organ dalam tubuh
mula berkelahi sesama mereka ; lidah dan tekak marahkan perut, perut marahkan urat-urat darah,
urat darah marahkan ‘otot-otot’ yang dambakan sangat energi. Fobia dan trauma pada rasa pahit
pelik itu mula hadir, semangat turun perlahan-perlahan. Alasan telah ada. Maka saya buat
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
keputusan ‘no more’ hirupan kedua apalagi habiskan segelas ‘suplement energi’ itu . Rasanya Tok
Batin sekarang sedang ketawa di serambi rumahnya mengenang Pegawai PPD kena kencing.
:”Padan muka, masya akuk beri tidak tanyak duluk cara masak..”. mungkin itu ejekan dia pagi ini
nun di Pos Balar !.
Moralnya; beli saja ‘suplement’ yang berlambak dijual dalam Shopee.
Begitulah cerita petua dan ‘ubat’ atau ‘suplement’ secara tradisional yang begitu berpengaruh
dalam masyakat kita. Banyak ramuan dari pelbagai sumber semulajadi diperturun dari generasi ke
generasi baharu. Banyak sumber ada di sekeliling berpotensi menjadi bahan peyembuh, hingga
rumput yang lembu makan pun boleh jadi ubat. Namun apa penting kita kena tahu dos semasa
meyediakannya. Kalau tidak beli sahaja yang ‘ready made’ di pasaran. Lebih penting lagi rawatan
secara klinikal di klinik dan hospital jangan diabai.
Apa jadi ramuan tongkat Ali dan ubi jaga tu ? saya beri pada ‘jiran’ belakang rumah iaitu umbi
pisang. Harap pokok pisang tu akan hasilkan buah yang besar dan panjang serta sedap dimakan.
Haip..jangan fikir kotor!
Sekian.
# Seminggu selepas itu pokok pisang itu mati ! betul dah keputusan saya hentikan pengambilan
‘suplement’ tu.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
11th Day PKPD @ Lepah, Selising
30/7/2021 (Jumaat)
Kampung Lepah Desa Takwa
Jumaat datang lagi untuk sekian kalinya. Menambahkan lagi senarai dalam catatan malaikat
bahawa sudah berapa kali saya tidak ‘berjumaat ‘ di masjid. Hanya Allah yang tahu rahsia, bala
dan rahmat atas apa yang terjadi ini. Yakinlah ini semua dalam perhitunganNya.
Hari ini, kami sekeluarga telah menghadiri temujanji saringan (swab) Covid kali ke 2. Semalam
tidak dapat dibuat kerana sesi telah penuh di mana pukul 10.00 lagi tiket giliran telah habis, jadinya
kami diminta hadir keesokannya. Hebat orang Lepah, hadir awal dan beri kerjasama yang amat
baik. Proses berjalan lancar tanpa kekecohan. Begitu juga hari ini, proses berjalan lancar dengan
penduduk kampung begitu berdisiplin. Tahniah
Kampung Lepah Desa Takwa
Coretan Daerah Rayau Semasa Kecil
Sebenarnya saya adalah orang luar yang menumpang di kampung ini. 2021 ini adalah tahun ke 3
saya menyambut Raya Haji di sini. Saya memilih tinggal di sini kerana kampung ini agak terkawal
dan aman. (Setakat hari ini ) lagi pun di kampung sendiri, Kedai Selising sukar dapatkan tanah lot
untuk didirikan rumah secara pinjaman kerajaan.
Masa kecil dulu, Kampung Lepah ini tidak asing bagi kami anak-anak Kedai Selising. Sekali
sekala kami akan memasuki kampung ini untuk melaksanakan misi tertentu. Jarak antara Kedai
Selising dengan Lepah lebih kurang 2 kilometer. Satu jarak yang amat jauh bagi budak-budak
dulu kerana kami hanya berjalan kaki. Selain itu jalannya juga agak ‘berliku’ terutama bila
menggunakan jalan pintas ; menyelinap tepi-tepi rumah orang kampung yang jika ketahuan akan
dilapor kepada ibu bapa kami, menyeberang tali air dengan berenang atau cari jambatan terdekat,
biasanya kami berenang sebab jarak jambatan agak jauh. Selepas tali air ‘misi invasion’ diteruskan
dengan berjalan kaki ke destinasi. Dari taliair sejauh 1 km lagi perlu dilalui, kali ini semak (rok)
dan kebun getah atau buahan perlu diredah. Kenangan tidak terlupa juga bila apa saja buah hutan
dijumpai kami balun, saja perangai budak-budak. Antara buah hutan itu ialah buah mata ayam,
buah terajang, buah kemunting, malberi malah buah gucil juga menjadi santapan, berebut dengan
burung merbah!. Buah-buah sifatnya kecil (biji), rasanya berbeza ada pahit, ada masam dan ada
manis sedikit. Hanya yang pernah makan sahaja tahu rasanya .
Apa misi kami hingga begitu jauh kembaranya ? Ada beberapa misi sebenarnya, samada memang
Lepah adalah destinasi atau hanya sebagai transit untuk destinasi yang lebih jauh lagi.
Misi 1: Biji Getah
Laga biji getah merupakan salah satu permainan utama di zaman kanak-kanak kami. Biji getah
yang ‘berani’ adalah yang tebal kulitnya dan ada ciri-ciri bentuk menggerunkan. Peraturan
permainan mudah sahaja, bergilir-gilir memecahkan biji getah lawan dengan sekali hentaman.
Caranya biji getah lawan diletak ‘melintang’ dan ‘dtindan’ dengan biji getah kita. Satu tangan
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
memegang biji getah, satu lagi menghentam biji getah yang bertindan sekuat tenaga. Jika lawan
pecah, kita menang sebaliknya pula jika biji getah kita pecah, lawan yang menang. Giliran
kawan pula meletakkan biji getahnya di atas, kita akan pertaruhkan biji getah paling berani untuk
dihentam. Menarikkan, pertarungan sebenar di alam nyata menggunakan kekuatan tangan cara
seimbangkan biji getah yang bertindih tadi, berbanding permainan budak-budak masa kini,
pertarungan alam siber. Makan otak dan emosi.
Jadinya, Lepah adalah salah satu destinasi untuk dapatkan ‘pahlawan biji getah’. Ada satu kebun
getah yang biji getahnya amat tebal dan payah dipecahkan dalam gelanggang. Destinasi inilah misi
kami. Biasanya pagi-pagi lagi kami sudah bergerak bagi memastikan ‘bekalan’ sudah banyak dan
untuk memastikan kami sampai dulu berbanding orang lain. Kami perlu menjelajah ke segenap
penjuru kebun getah berkenaan kerana sifat biji getah adalah berpecaran bila meletup (masak).
Dalam semak, dalam lembah malah tepi kandang lembu.Pacat dan nyamuk ketepi, langsung tidak
dipedulikan. Kalau bernasib baik dapat bekalan, nasib baik lagi jika dapat biji getah yang unik
iaitu leper tajam, kami gelarnya ‘buah kapak’. Dapat yang ini macamlah dapat Incredible Hulk,
memang payah dipecahkan samada berada di atas atau di bawah. Nama biji getah yang bersifat
begitu, rupanya begitu kami namakan ‘Pak Dogol’. Memang sukar mendapat biji getah jenis ini,
unik dan eksotik macam durian musang king . Begitulah ceritanya destinasi kebun getah sejauh
itu kami tempuhi dari Kedai Selising ke Lepah.
Misi 2 : Laluan Ke Bukit Bidang
Satu lagi destinasi zaman kanak-kanak saya ialah ‘berkelah’ di atas Bukit Bidang. Bukannya
berkelah di air terjun atau jeram, tetapi bawah seketul batu besar sambil menikmati alam hutan.
Untuk ke destinasi riadah atas Bukit Bidang ini kami perlu menjelajah sejauh 500 meter lagi dari
Lepah. Walau 500 meter namun mengambil masa kerana kami perlu melalui denai yang sedikit
curam menaik. Adventur namun menarik. Dari Lepah kami akan merentasi satu ladang getah yang
luas, ladang ini orang kampung panggil ‘kebun cina’. Merentasi ‘kebun cina’ lebih mencabar
kerana kemungkinan kami dikejar anjing. Tuan ladang ini mempunyai berbelas anjing yang
dipelihara untuk menjaga keselamatan ladang. Dengar dari jauh salakan anjing pun sudah cukup
menakutkankan, apa yang kami mampu buat ialah berlari selaju mungkin menuju ke atas bukit.
Tempat dituju adalah kawasan berbatuan yangmemang menarik, seluas separuh padang bola
kawasan itu dipenuhi batuan yang diliputi pokok menjalar. Ada berbagai pokok dicelah-celah batu
itu, pokok betik, pokok mangga pokok kelapa malah ada pokok jambu hutan yang bunganya sangat
cantik. Buah ini jika sedang musim berbuah akan menjadi santapan kami. Biasanya kami jarang
hampa kerana memang sudah dirancang pada musim tertentu kami akan sampai. Kira masuk dalam
kalendar tahunan juga.
Di kawasan itu terdapat satu batu yang besar di mana di bawahnya kami berteduh dan jadikan
tempat menyediakan makanan perkelahan. Kami masak nasi, masak ikan sardin dan bakar ikan
kering. Bila masak kami makan bersama dan pencuci mulut samada colek pauh,colek jambu
hutan,colek betik muda atau colek mumbang kelapa. Mengenangkan saat itu memang
mengasyikkan. Lepas makan dan bila sudah berpuashati kami bertolak pulang. Seronok.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Perjalanan pulang juga tidak disia-siakan kerana kemuncak keseronokkan adalah selepas ini. Apa
yang saya buat ialah mandi tali air puas-puas sebelum balik. Jadinya selepas merentas kampung
Lepah tentunya sekali lagi perlu melintasi taliair. Jika arah pergi kami hanya berenang untuk
menyeberang, kali ini kami berenang untuk keseronokan. Menyelam, terjun tiruk, main kejar-kejar
ala olimpik hingga ‘tidak ingat dunia’. Seronok betul alam kanak-kanak, hanya berseronok tanpa
memikirkan risiko.
Setiap ‘kesalahan’ dibuat pasti ada ditinggalkan kesan dan penandanya. Begitu juga aktiviti kami
sepanjang hari ini. Kulit berkeladak (kelaring), mata merah dan jari jemari kecut kesan lama
berendam dalam air keruh ‘ water park’ tadi. Itulah bukti yang digunakan oleh orang kami untuk
melibaskan tali lembu atas belakang. Walau saya tidak pernah kena tibai begitu, tapi ada rakan-
rakan yang menceritakan selalu ditimbuk bila diketahui mandi tali air. Saya tidak kena ‘bilasan
tali lembu’ kerana saya lebih awal sampai di rumah berbanding ayah dan emak. Emak dekat
maghrib baru balik selepas ‘ menyimpan’ bahan jualan atas pasar, manakala ayah pula baru balik
dari Kedai Kopi Bujey. Jadinya saya sempat mandi dan hilangkan kesan-kesan berendam tadi.
Bagi budak-budak, masa itu dirasakan satu kemenangan dan kejayaan dalam misi penjelajahan
menakluk air dan bukit.
11th Day PKPD ini dalam rasa bangga kepada keprihatinan dan saling berkerjasama penduduk
Lepah kepada pihak berkuasa dalam memerangi pandemik covid ini, satu persatu memori
berkaitan Lepah datang menerjah . Banyak lagi sebenarnya ingin disurat untuk dikongsi di ruang
terhad ini. Lantaran memori-memori beginilah menjadikan saya membuat keputusan menjadikan
Lepah ini sebagai tempat kami sekeluarga bermastautin. Bersama penduduknya yang ramah tamah
dan hidup dalam keharmonian. Tidak hairanlah jika Kampung Lepah ini diberi titel Desa Takwa.
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca coretan ini. Mana yang baik ambil sebagai panduan,
mana yang tidak baik jadikan tauladan.
# Masih melayan trauma kena cucuk lubang hidung, Senaknya rasa ke otak.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
12th Day PKP @ Lepah,Selising
31/7/2021 (Sabtu)
Coretan Hari-hari Terakhir
10.00 tadi kami warga SEJIWA @ SK Bukit Jawa mengadakan majlis persaraan salah seorang
guru kami. Saya amat terkilan kerana tidak dapat adakan majlis secara temu mata. Biasanya majlis
‘grand’ begini, kami adakah di hotel-hotel, maklumlah ini penghargaan terakhir kepada pejuang
pendidikan ini. Apa daya PKP dan PKPD ‘mencemburui’ kami, maka berlangsunglah majlis
secara alam maya di platform Google Meet. Apa pun majlis berjalan dengan tersusun dan lancar,
walau penuh dengan ‘kesyahduan’ dan air mata, adatnya berpisah, apalagi tiada kesempatan peluk
cium. Adatnya berpisah kerana kita tidak menolak pertemuan.
Mac 1994 Serian Sarawak
Selamat Tinggal Orang Sarawak
Pada awal Mac saya menerima surat kelulusan pertukaran tempat mengajar dari SRK Bedup,
Serian, Sarawak ke SK Sungai Lembing, Kuantan, Pahang. ‘Kontrak’ bertugas di Sarawak
sepatutnya empat tahun, iaitu Disember 1990 hingga Disember 1994, tetapi diawalkan kerana
KPM perlu ‘masukkan’ anak Sarawak yang ramai menuggu penempatan. Rezeki saya dapat balik
awal 9 bulan. Satu lagi mengapa saya memilih Pahang, tidak Kelantan. Kalau saya memilih
Kelantan pasti dapat kerana memang sudah dijanjikan begitu, lepas Sarawak ni boleh balik negeri
sebagai penghargaan dan hadiah.
Saya memilih bertugas ‘dirantau orang’ atas niat ingin menambahkan lagi pengalaman dan
kemahiran seorang guru sebab sepanjang bertugas di Sarawak tiada tugasan yang mencabar diberi,
hanya sebagai guru mencukupkan kuota sahaja. Dengan harapannya di tempat baharu ini saya akan
diberi peluang menimba sebanyak mungkin pengalaman untuk dicurahkan anak negeri sendiri
nanti.
Maka pada hari-hari terakhir di Serian, pihak sekolah telah mengadakan majlis khas untuk
meraikan pertukaran saya. Majlis diadakan di sebuah restoran di tengah bandar Serian. Pada waktu
itu, hati ini, jiwa ini rasa sangat terkesan, rasa sangat dihargai. Rupanya begitu rasa dihargai. (Itulah
juga rasa hari ini bila mendapat bantuan ‘bakul makanan’ atas kapasiti ‘terkesan’ kerana PKPD).
Maka berucaplah sebagai memenuhi agenda majlis. Pada ucapan terakhir ini adalah juga getaran
suara kerana menahan rasa sebak terutama bila kita ungkitkan kebaikan rakan-rakan dan layanan
yang dberi. Pengalaman inilah meninggalkan satu persepsi bahawa menghargai mereka yang akan
meninggalkan kita seperti pertukaran atau bersara, merupakan sesuatu yang amat mulia kerana
kita akan meninggalkan kenangan kepada yang diraikan. Maka dengan penuh rasa dihargai saya
meninggalkan Sarawak. Terima kasih Bidayuh, terima kasih Melayu Sarawak (Bidayuh kata
Kereng) .
November 1999
Selamat Tinggal Sungai Lembing
Pada minggu terakhir persekolahan 1999 saya telah menerima arahan pertukaran dari SK Sungai
Lembing ke SK Chiku 3, Gua Musang. Pertukaran ini adalah atas permohonan sendiri setelah 6
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
tahun berkhidmat ini di sini. Saya fikir pada masa itu sudah sampai masanya balik berkhidmat di
negeri sendiri. Walau pun di tempatkan di Gua Musang yang jaraknya 2-3 jam perjalanan ke
kampung di Kedai Selising, saya terima kerana bukannya mudah masuk Kelantan pada waktu itu.
Pihak sekolah telah mengatur majlis ucapan perpisahan di Pusat Sumber Sekolah. Majlis ini
melibatkan tiga orang guru yang akan bertukar, semuanya balik Kelantan. Sebelum itu majlis
bersama murid telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Dalam ucapan terakhir, ketika
memberikan kata-kata penghargaan kepada pengurusan sekolah masih bernada biasa, tetapi bila
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan suara mula tersekat. Tidak mampu
menatap mata rakan-rakan guru, hati mula runtun, jiwa mula luruh, tidak semena-mena rasa sebak
secara spontan. Sebenarnya sebelum majis saya sudah pujuk diri jangan terlalu sedih, jangan
sebak. Namun emosi tidak terkawal dek minda, sebak itu menghalang lidah dari berkata-kata.
Maka setakat itu sahaja ucapannya, terhenti tanpa noktah. Ternyata keakraban dan kemesraan
kami, warga pendidik SK Sungai Lembing amat hebat, hingga mampu ‘mengalahkan’ emosi saya.
Selamat tinggal Sungai Lembing, di sini saya belajar terlalu banyak; mengurus kecemerlangan
akademik, mengurus data dan maklumat, belajar selenggara komputer dan berbagai kemahiran
lain lagi . Terima kasih.
Mac 2006
Selamat Tinggal Chiku 3
Pada pertengahan Mac 2006 saya terima pula ‘memo’ pertukaran dari SK Chiku 3 ke PPD Gua
Musang sebagai Pembantu Khas ICT. Status jawatan adalah ‘pinjaman’ di mana nama di sekolah
tetapi bertugas di pejabat. Bermakna saya perlu ‘berpindah’ lagi, cumanya kali ini dalam daerah
sama. Mulanya saya ragu-ragu unutk menerima tawaran kerana ‘sayang’ meninggalkan SK Chiku
3. Kami ada team kerja yang mantap dan saling bekerjsama. Sahabat yang amat akrab dan sentiasa
bersama dalam susah senang. Namun yang paling saya sayang ialah meninggalkan ‘makmal
komputer’ dan tugas pentadbiran yang dipikul iaitu penyelaras UPSR dan Penyelaras Jadual
Waktu. Tugas itu amat menyeronokkkan bagi saya. Berbelah bahagi samada meninggalkan rakan-
rakan sekepala atau menimba pengalaman baharu di PPD. Rasa tidak tergamak meninggalkan
rakan-rakan dan sekolah.
Saya ambil masa dua minggu tempoh bertenang, Guru Besar memberi nasihat jangan pergi
manakala rakan setugas yang memahami minat saya pada ICT nasihatkan saya terima tawaran ini.
Nasihat paling mengesankan ialah dari seorang kawan bila dia mengatakan “ni masa demo fikirkan
diri demo, tunaikan minat demo dalam perkomputeran, kalau di sini setakat ini sajalah kemahiran
demo”. Amat mengesankan kata itu, menyedarkan saya dari kekeliruan. Terima kasih Mahizi (GB
SK Mekasar sekarang) !
Apa yang menariknya, saya melangkah pergi begitu sahaja keluar dari sekolah. Tiada majlis, tiada
ucapan. Orang kata turun tidak bertangga, ‘lompat begitu saja dari atas jemuran’. . Begitu
sahaja berakhir coretan selamat tinggal SK Chiku 3. Tidak mengapa. Sekurang-kurang tiada
adegan sebak !. Itu je nak khabor !
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Julai 2011
Selamat Tinggal PPDGM, Selamat Tinggal Gua Musang
Ceritanya menarik juga, asalnya saya sepatut menerima memo pertukaran ke JPN pada Jun, tetapi
surat arahan pertukaran tertangguh di meja pengarah kerana pengarah berada di Mekah. Dalam
menunggu ‘memo’ itu, saya ditawarkan balik ke Pasir Puteh kerana ada kekosongan jawatan ICT
di PPD. Saya tidak menolak peluang ini, lalu prosedur permohonan pertukaran pun dibuat.
Alhamdulillah disokong oleh boss PPD Gua Musang, Dato Hj Muhammad Zahari pada masa itu.
Bertepatan dengan kepulangan pengarah, permohonan saya diangkat. Menariknya kerana dalam
masa sama ada dua memo saya perlu ditandatangani, akibatnya kena ‘sound seround’ oleh Hj Drs
Amran, pegawai yang mengurus pertukaran. “ Awak ni nak mana satu, JPN ko PPD ?”, saya hanya
mampu sengih, macam kerang busuk. Akhirnya pertukaran saya ke PPD Pasir Puteh diproses,
manakala memo ke JPN dibakul sampahkan.
Cerita hari terakhir di PPD Gua Musang juga menarik. Sama juga apa berlaku di SK Chiku 3,
tiada majlis tiada ucapan. Turun tidak bertangga juga. Hanya 4 orang sahabat yang meraikan,
majlis ‘punch card ‘ terakhir. Bergambar dan turun kantin minum teh o beng! Terima kasih
Hamzah (sekarang Timbalan PPD), Cikgu Zawawi Pra ( Pencen) dan Yusof (sekarang pegawai
PPD Unit Peperiksaan Pasir Puteh) dan Wan Zain ( Pegawai Kaunseling PPD Kota Bharu sekarang
). Hilang dengan begitu je ..namun memori dan pengalaman di PPD Gua Musang amat bermakna
dan kalau boleh diulangi, ingin rasa ‘kembali ke masa itu’.
Persoalannya mengapa tradisi perpisahan begitu berbeza antara Sarwak dan Pahang dengan
Kelantan terutama Gua Musang. Dari pengamatan saya adalah kerana tidak lain tidak bukan
disebabkan pertukaran guru di Gua Musang ini adalah perkara biasa di mana terlalu kerap
pertukaran masuk dan keluar antara sekolah atau antara negeri. Kekerapan ini hingga dilabel Gua
Musang sebagai tempat transit dan tempat ‘celup’ untuk proses naik pangkat. Jadinya, kalau tidada
majlis perpisahan adalah biasa, yang luar biasanya jika ada majlis apalagi ‘send off’. Kalau begitu
memang sesorang itu amat istimewa !. Kerana memahami situasi itulah saya tidak kisah pun, lagi
pun keterujaan balik kampung mengatasi rasa-rasa lain. Yahoooo..akhirnya dapat balik berkhimat
di tempat sendiri. Selamat tinggal Gua Musang !. Pasir Puteh, mu tunggu aku datang.
Sekadar itu dulu coretan tentang perpisahan dan bagaimana meraikannya dari cebisan pengalaman
saya. Pengalaman-pengalaman itu menjadikan saya begitu memahami bagaimana rasanya di saat
kita akan pergi ada yang melambai-lambai mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan.
Betapa besar hati dirasa, betapa gembiranya terasa dihargai dan betapa bermakna dirasa berada di
situ selama ini. Melangkah dengan seribu kepuasan.
Sebagai penutup, kepada cikgu saya yang bersara dan diraikan secara Google Meet, selamat
bersara diucap semoga sihat dan ceria selalu bersama keluarga. Maaf kerana tidak dapat raikan
bersemuka. PKDP ini menghalang kita secara fizikal, tetapi tidak secara siber, yang penting
semangat kekitaan masih dapat diraikan. Maaf.
Sekian.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
# Mengapa berhenti setakat coretan kenangan ‘memo’ pertukaran ini, apa jadi pertukaran ke SK
Kemubu, Dabong sebagai Guru Besar pada 1 Oktober 2012 kemudian balik ke SK Bukit Abal
pada 1 Jun 2014 ?. Bagaimana majlis perpisahan pertukaran dari SK Bukit Abal ke SK Jelor pada
Jun 2017 serta semasa bertukar ke SK Bukit Jawa pada Mac 2019 ? Pertukaran atas jawatan Guru
Besar lain, memang sentiasa diraikan oleh anak buah ;send off besar-besaran, majlis pengucapan
di sekolah asal dan sekolah baharu, serta jamuan persegaran kedua-dua sekolah. Jadi ceritanya
tidak sama, biarlah sebab memang begitu tradisinya.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
13h Day PKPD @ Lepah, Selising
1/8/2021 (Ahad)
‘Decision Fatigue’
Selepas menerima keputusan swab negatif, hari ini satu lagi keputusan besar ditunggu iaitu adakah
PKPD Lepah di sambung lagi atau akan tamat lusa (3/8/2021) . Keputusan kumulatif saringan
penduduk jika mencapai tahap tertentu bilangan positif maka PKPD ini akan disambung lagi 14
hari. Bermakna pergerakan kami masih diperketat dan proses saringan (swab) akan dilaksana
untuk kali ke 3. Aduh ! senak lagi lubang hidung, trauma 2nd swab tidak hilang lagi.
Apa pun keputusan pihak berkenaan, kita kena terima kerana kita yakin mereka membuat
keputusan berdasarkan persetujuan beberapa pihak yang berautoriti. Keputusan dibuat mengikut
keutamaan , samada memastikan keselamatan orang ramai atau memberi ‘kebebasan’ bergerak,
bergerak dalam persekitaran penyebaran pandemik yang semakin ganas. Jika demi keselamatan
bersama, prosedur dan protokol pengawalan Covid akan dikuatkuasakan lagi, manakala jika
‘dilepas’ dalam keadaan angka positif yang tinggi ini maka bersedialah dengan pertambahan katil
di hospital dan PCRC. Bersedialah. Jadilah rakyat yang patuh kepada pihak berkuasa, kerana
‘keputusan’ yang dibuat adalah untuk kita juga.
Hari Ini
Membuat Keputusan Bukan Keputusan Yang Mudah
Apa hendak dipakai hari ini ?. Baju mana hendak dipakai dan tali leher mana yang sesuai ? Tudung
mana hendak dikenakan dengan persalinan hari ini ? tudung jenis apa, warna apa dan hendak belit
arah mana hari ini, belit kiri atau kanan atau dari atas ? Karenah ini sahaja mengambil masa dan
menjadikan kita ‘minor stress’ dan kalut. Lepas satu-satu tali leher disuakan, bila sudah jumpa
yang serasi timbul pula masalah masa mengikatnya di leher, pendek, terlebih panjang. Lerai dan
ikat 2-3 kali. Itu baru persediaan, ada banyak lagi keputusan-keputusan perlu kita buat sepanjang
hari itu
Untuk menghadapi dilema ‘membuat keputusan’ yang merimaskan begitu saya banyak
mempraktikan kaedah tangani ‘decision fatigue’. Decision fatigue ini diistilah apabila seseorang
sedang mengalami kelelahan mental atau stres kerana banyaknya keputusan yang harus dibuat
sepanjang hari, akibat terlalu banyak pilihan yang sedang dihadapinya
Cara menanganinya saya akan kenalpasti, mana yang perlukan keputusan segera, mana yang perlu
keputusan bersandarkan maklumat, mana keputusan yang telah ditetapkan (setting) dari awal lagi
(default) dan mana keputusan yang tidak perlukan keputusan saya, cukup keputusan pembantu dan
pelaksana. Jadi, untuk hari berkenaan, motivasi dan semangat akan sentiasa tinggi kerana tekanan
membuat keputusan amat minimal.
Ilmiah sikit coretan kali ini, sorry kaki santai anda kena berfikir sedikit hari ini.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Pagi-pagi : Present Day
Gaya, Mutu dan Keunggulan (bukan iklan dalam TV dulu-dulu ya)
Dalam seminggu saya telah tetapkan cara saya berbusana untuk ke tempat kerja. Ahad berbaju
puteh, bertali leher merah dan berseluar hitam dikenakan dengan kot hitam. Saya tidak beralih
gaya, itu dipakai setiap Ahad, selain saranan Jabatan, saya juga selesa begitu, rasa konfiden bila
berhadapan dengan rakan guru dan murid semasa perhimpunan. Maknanya untuk hari Ahad satu
keputusan dini hari tidak perlu saya fikir lagi, saya boleh fokus kepada keputusan-keputusan lain
yang perlu dibuat hari ini. Hari Isnin dan Selasa saya telah tetapkan akan mengenakan tali leher
berwarna gelap yang sama, tidak perlu fikir suaikan dengan kameja mana, sebab kameja mana
pun pasti akan ‘match’ dengan tali leher berkenaan. Hari Rabu pula, saya hanya perlu ‘ikut
arahan’ PK Kokurikulum iaitu memakai seragam kokurikulum. Jadinya setiap Rabu saya akan
memakai samada uniform pengakap pada hari Unit Beruniform, T’shirt berkolar untuk Unit
Sukan atau baju korporat untuk hari Kelab dan Persatuan. Mudah, just follow the flow.
Kalau hari Khamis lagi ‘simple’, mesti berbaju batik. Keputusan sudah ditetapkan, wajib berbaju
batik. santai dan bergaya. Dengan penetapan (default) begini satu hal sudah diselesaikan pada hari
berkenaan. Mungkin ada pembaca akan bertanya, adakah orang yang sebegini, begitu cerewet bila
bersiap ? memang ada. Dilema ‘decision fatigue’ ini adalah bersifat ‘silent’ hingga kita tidak sedar
bahawa kita sedang menghidapinya. Samada payah nya memilih jenis dan warna busana, haruman
mana perlu dikenakan, stokin mana yang ‘match’ atau kasut mana perlu disarung. Mulalah
diserang stress kecil, sama bahaya dengan stroke kecil tu bos.
Manakala hari minggu, santai-santai sahaja dengan baju kapas kolar bulat berseluar sukan (trek)
atau jeans. Selesa dan tidak merimaskan. Itulah pakaian ke sana kemari, rayau sana rayau sini,
lepak sana lepak sini. Kalau orang tidak kenal, memang dia tidak tahu saya Guru Besar :). Mungkin
‘decision default’ ini tidak sesuai untuk orang lain. Persepsi, atitud, stail dan kebiasaan masing-
masing yang menentukan.
Dilema (sindrom decision fatigue) berbusana ini hanyalah melibatkan aktiviti rutin sahaja, jika
melibat ‘event’ lain seperti majlis rasmi dan tidak rasmi sekali sekala tidak berkaitan kerana kita
perlu sesuaikan gaya dan mutu agar nampak keunggulan. Mengapa Mark Zuckerberg (Facebook)
hanya mengenakan t’shirt kelabu atau hitam sepanjang masa, begitu juga Steve Job (Apple) yang
hanya berbaju hitam ‘turtleneck’ atau paling dekat Tony Fernandes(Air Asia) yang t’ rasminya
adalah t’shirt kolar bulat hitam ?. Kerana dalam almari mereka hanya baju ini sahaja terisi, jadi
pagi-pagi mereka tiada pilihan, hanya baju-baju ini akan disarung walaupun untuk majlis rasmi
kerana tiada baju lain. Bayangkan orang ‘besar’ begini, keputusan paling remeh pun mereka ambil
kira sama dengan konsep ‘masa itu itu emas’ atau ‘jangan rosakkan hari dengan perkara remeh’.
Atitud tentang perkara remeh ini tidak sama, ada yang berfahaman abaikan perkara remeh, ada
yang menjadikan perkara remeh ini semacam keutamaan besar yang perlu ditangani, ada yang
menjadikan perkara temeh ini sebagai perkara yang perlu diselesai secara ‘default’ iaitu secara
sama setiap kali berhadapan dengannya. Apa pun fahaman anda yang penting kita kekal
bersemangat dengan bergaya, bermutu dan unggul.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
‘Decision’ berkaitan busana itu hanya salah satu keputusan yang perlu kita buat selain banyak lagi
keputusan-keputusan yang perlu ditangani. Ada keputusan besar, ada keputusan kecil, ada
keputusan perlu dibuat secara bersama dan ada keputusan yang perlu dibuat secara mandatori.
Keputusan-keputusan inilah maksud saya perlu dikenalpasti mana ‘default’ mana perlu ‘fleksibel’.
Jika kita dapat tangani maka ‘decision fatigue’ yang boleh menghalang produktiviti boleh kita
atasi ,atasi dengan penuh ‘gaya, mutu dan keunggulan’.
Sepanjang Hari Dalam Rutin
Penurunan Kuasa Dan Limitasi Membuat Keputusan
Bila kita baca posting-posting dalam Facebook, Group Whatsapp, Tik Tok dan website-website,
banyak yang menyarankan (secara beradab atau secara maki hamun ) itu ini, begitu begini
berkaitan bagaimana pengurusan menangani pandemik Covid 19 ini. Ironinya, untuk membuat
keputusan satu-satu prosedur dan arahan banyak pihak terlibat megikut kepakaran masing-masing,
manakala saranan dalam media sosial hanyalah ikut kepala seorang itu sahaja. Maksudnya banyak
kepala lawan satu kepala, pasti kita tahu mana yang terbaik. Begitulah analoginya bila kita terlibat
untuk membuat keputusan dalam apa juga tugasan dan aktiviti ; secara kolektif tentu lebih
berkesan berbanding ‘one man show’. Kecuali keputusan yang bersifat dasar dan mandatori, yang
ini perlu dibuat oleh seorang yang berautoriti iaitu pemimpin.
Dalam mengurus organisasi, saya memastikan ‘decision fatigue’ tidak mengganggu, jadi saya
mempraktikkan ‘penurunan kuasa’ semaksima mungkin. Bagi level pentadbir, kuasa membuat
keputusan akan diberi kepada unit masing-masing. Ketua setiap unit iaitu Penolong Kanan diberi
kuasa membuat keputusan pentadbiran bidang masing-masing, kecuali berkaitan kewangan.
Alhamdulillah, segala aktiviti berjalan lancar, semuanya dipantau secara minimal sahaja. Apa yang
dibuat, kami akan selalu berbincang untuk memastikan segala perancangan dan arahan dilaksana
dengan berkesan.
Saya hanya perlu hadapi dan tangani urusan semasa sahaja, berfikir membuat keputusan untuk
yang itu sahaja. Tapi perlu diingat, membuat keputusan semasa tidak semudah memantau
keputusan yang telah dibuat barisan pentadbir sekolah tadi. Tanggungjawabnya lebih berat dan
berisiko, tapi tidak mengapa kerana ‘decision collective’ tadi telah memastikan ‘Decision Fatigue’
tidak menghantui.
Alhamdulillah seharian dapat dikawal penuh bergaya.
Di rumah bagaimana ?. sama juga saya menurunkan kuasa sepenuhnya kepada isteri; apa dia
masak saya makan tanpa rungutan, menunggu dan bawa balik anak dari sekolah dia yang urus
walau anak itu anak murid saya, malah mengadap cikgu pada hari konsultasi pun dia yang ambil
peranan. Jadinya saya tidak perlu lagi memikirkan keputusan itu ini untuk urusan di atas.
Alhamdulillah saya dianugerahkan pentadbir (PK dan CC) yang sentiasa membantu dan
memahami sistem kerja. Keputusan-keputusan dibuat sentiasa yang terbaik. Begitu juga ketua-
ketua unit dari kalangan guru, sentiasa memberikan yang terbaik dengan tugasan yang cemerlang.
Begitu juga cikgu-cikgu dan anggota khidmat sokongan (Pembantu Tadbir dan Pembantu
Penguurusan Murid) yang sentiasa melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan berkesan.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Mengapa saya bangga ?, tidak lain tidak bukan kerana pengurusan sekolah berjalan lancar, bila
kami saling melengkapi dan saling memahami bidang tugas masing-masing.
Bagaimana keputusan yang memerlukan kuasa veto atau bersifat mandatori ?. Memang ada, tapi
sebolehnya cuba amat dielakkan. Keputusan-keputusan berat sebegini biasanya berkaitan arahan
dari ‘care taker’ dan juga penguatkuasaan pekeliling kerajaan. Nampak simple tapi memerlukan
satu keputusan yang tegas sepeti menanda kehadiran, aktiviti keluar masuk sekolah, protokol
busana, tanda nama malah bagaimana mengisi masa luang. Mahu atau tidak perlu dikuatkuasa
kerana ini adalah tanggungjawab yang mesti dipikul bila bergelar Guru Besar. Bayangkan jika
semua warga oragnisasi kita mematuhi arahan-arahan semudah ini, satu lagi ‘decision fatigue’
dikurangkan.
Ada satu lagi bagaimana ‘decision fatigue’ berkurang, iaitu bila pembantu kita, pentadbir atau
guru-guru menyelesaikan sendiri isu kecil yang dihadapi. Itulah yang saya alami sepanjang
bertugas di SK Bukit Jawa, alhamdulillah. Dengan murid seramai 1005 orang, semua isu murid
mereka selesaikan sendiri kecuali yang serius dan memerlukan kuasa Guru Besar untuk
menyelesaikannya.
Tabik dan respek saya kepada barisan pentadbir guru dan AKP sekelian, anda memang awesome!.
Sekian coretan 13th Day ini, berkurung fizikal tetapi kekal bersemangat kerana lingkungan hidup
yang terisi dengan mereka yang sentiasa memberi sokongan atas apa juga keputusan dibuat dan
diarahkan. Semoga coretan ‘berat’ boleh membuka minda pembaca samada ingin praktikkan apa
yang ditulis atau ingin memahami cara saya berkerja atau sekadar membaca untuk isi masa luang
sementara menanti tamatnya PKP dan PKPD ini. Terima kasih, andai ada salah konsep atau
maksud kosa kata minta maaf sebab coretan ini ditulis secara spontan dan pengalaman .
Assalamualaikum
Ps :
# Baru terima berita bahawa PKDP Lepah dilanjutkan berkuatkuasa 3 Ogos – 16 Ogos 2021.
# Saya janji coretan selepas ini akan lebih santai dan lebih menggamit memori untuk dikongsi.
# Malam ini hajat tidur awal, mana tahu bangun pagi esok Parlimen buka, tidak sabar menonton
aksi Ahli Parlimen kita. Cauuu..
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
14th PKPD @ Lepah, Selising
2/8/2021 (Isnin)
PKPD Reloaded dan Tunjuk Rasa
Hari ini confirm PKPD disambung lagi untuk 2 minggu, bermula 3 hingga 16 Ogos 2021.
Pelaksanaan ini menunjukkan kes positif masing tinggi selepas keputusan ujian saringan (swab)
kali ke 2 tempoh hari. Walaupun PKPD masih berterusan, pergerakan kami dilonggarkan sedikit
untuk urusan penting seperti buang sampah, beli keperluan di kedai runcit yang dibenarkan atau
urusan yang boleh diterima jika bertembung dengan peronda. Peluang bergerak ini sedikit
sebanyak dapat menyelesaikan beberapa perkara dan isu yang membelenggu selama ini.
Alhamdulillah sepanjang PKPD tempoh hari, kepatuhan orang kampung begitu tinggi. Kami
begitu memandang berat SOP dan peraturan yang dikenakan walau dalam jiwa agak bersungut dan
sedikit ‘memberontak’.
Bersungut dan rasa ingin berontak ini sebenarnya ada dalam diri sesiapa sahaja apabila apa yang
kita hendaki dihalang. Rasa ini tidak mengira apa taraf kita apalagi tahap pendidikan atau kasta
mana. Namun ada satu lagi ciri khas ‘rasa berontak’ yang sukar dijinakkan, iaitu sekuat apa
matlamat kita. Jka sudah tidak terbendung maka ‘rasa berontak’ itu akan menjadi
‘pemberontakan’ secara aman atau kasar. Waktu itu ‘matlamat telah menghalalkan cara’, yang
jelas melanggar peraturan dan adab menjadi tidak bermakna walau ‘kamu’ itu adalah bertaraf
superior terhormat sekali pun. Berontak atau tunjuk rasa ini pasti ada harganya; samada kamu akan
mendapat menafaat atau menjadi ‘objek’ kebencian.
Januari 1987
‘Mahasiswa’ Kononnya Memprotes
1987 adalah tahun saya berada di tingkatan Enam Atas di SMK Bukit Jawa. Kelas saya Enam
Atas 1. Sebelum ini, di kelas Enam Bawah dalam minggu orientasi, kami dimaklumkan bahawa
taraf kami adalah pra-universiti. Di mana tingkatan enam adalah program persediaan ke
Universiti. Budak U tapi berpakaian seragam sekolah, dilayan pun seperti budak sekolah. Agak
kontradiksi antara status pelajar dengan layanan kepada kami. Rasa ‘dilayan budak sekolah’ ini
timbul setelah beberapa kejadian menimpa kami dalam proses pengajaran dan pembejalaran.
Bayangkan kerana tidak dapat mencapai tahap yang dihendaki ada guru yang menghukum kami
berdiri atas kerusi. Ada seorang kawan saya (sekarang Polis berpangkat besar) dipanggil dan disoal
siasat oleh guru disiplin kerana beliau menulis di papan hitam perkataan ‘ Siapa kita’. Sampai hari
ini pun saya tidak tahu mengapa dia tulis perkataan itu. Ada juga cikgu yang menghalau kami
keluar dari perpustakaan kerana dia ingat kami ponteng kelas, padahal waktu itu adalah waktu
subjek yang saya dan rakan tidak ambil iaitu Ekonomi, kami ambil Lukisan. Semua cikgu-cikgu
ni masih ada lagi cumanya telah pencen. Apapun saya yakin cikgu-cikgu berkenaan ada alasan
atau asas yag perlu dilaksana atau dipertahan. Tapi waktu itu memang ada rasa ‘tidak baik’ dan
‘rasa berontak’ terhadap tindakan yang dikenakan. Adatnya begitu.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Kemuncak rasa ‘diperbudakkan’ ialah bila setiap kali waktu seorang cikgu itu, cikgu perempuan,
kami selalu dileteri. Mana boleh ‘mahasiswa’ dileteri seperti budak-budak. Lantaran tidak tahan
dibuat begitu, kami beberapa orang sepakat untuk buat sesuatu untuk menzahirkan rasa tidak puas
hati, berontak dan demonstrasi kononnya. Memang masa itu, kami rasa apa yang dibuat tidak salah
dan memang patut. Sebab itu bila Ahli Parlimen buat demonstrasi di luar parlimen saya faham
mengapa begitu sekali tindakan diambil. Budak kecil tidak dapat kereta mainan di mall pun begitu,
meraung berguling-guling tanda protes, matlamat ‘memalukan’ daddy dan mummy !. Perang saraf.
Perancangannya, kami akan ponteng kelas cikgu berkenaan dengan keluar kelas dan bersama-sama
keluar dari sekolah. Sampai masanya, kami seramai 7 orang telah bertindak keluar dari sekolah
pada masa cikgu berkenaan yang berkebetulan masa akhir hari itu. Kami dengan motosikal
bergerak ke rumah ketua kami, ( Ketua Pelajar) di Tasik Pauh. Di situ kami santai-santai sahaja,
tiada pun komplot dan ucapan maki memaki pun. Hanya minum air sirap cicah dengan biskut saja.
Bukan hartal, perarakan atau berarak sana sini . Lepas minum dan berbual kosong, kami ‘melawat’
kilang bata tanah liat di belakang rumah ‘ketua’ kami itu sambil menikmati pemandangan sawah
padi yang sayup memandang. Itu sahaja, lepas itu kami balik. Selesai misi. Oh ya, semua
‘pemberontak’ itu kini ada yang jadi cikgu seorang menjadi pegawai jaga gigi orang, seorang lagi
berjawatan tinggi dalam agensi kerajaan negeri . Harap kamu tampilkan diri dan mengaku.
Keesokannya bising satu sekolah budak Tingkatan Enam boikot kelas, diketuai Ketua Pelajar dan
Ketua Kelas. Saya tidak ingat apa tindakan dikenakan bila dipanggil mengadap cikgu berkenaan
sebab saya tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Yang pasti keesokannya saya kena mengadap
cikgu berkenaan di bilik guru dan dileteri yang butir bicara sepatah pun tidak masuk telinga. Cuma
yang saya ingat saya diberi gelaran ‘ Bentayan’ sempena anak penghulu yang nakal dalam cerita
Tragedi Sri Mersing (1985) yang popular ketika itu. Cikgu berkenaan beri gelaran itu bila dia tahu
saya anak Tok Ngulu Sidik selepas dimaklumkan oleh guru disiplin (rakan baik ayah saya).
Campur tangan guru disiplin itu menyebabkan saya dilepaskan lebih awal sebelum habis sesi soal
siasat. Terima kasih cikgu disiplin. Selepas ‘pemberontak’ ini mengakui kesalahan dan minta
maaf, cikgu berkenaan pun maafkan maka selesailah kes. Adatnya memang ada kesan, di mana
sikap cikgu berkenaan kepada kami sedikit lunak dan mula ada senyum gurau dalam pengajaran
dan pembelajaran. Misi berjaya !.
Coretan kenangan ‘demonstarsi rasa’ ini bukannya untuk menyatakan siapa benar siapa tidak betul,
ini lebih kepada ‘flashback’ untuk diambil tauladan dan pengajaran. Diharap menjadi panduan
dalam menghadapi kekalutan dan keruwetan hari ini, bahawa tiada yang lebih baik selain
bertenang, berkomunikasi dan bertolak ansur. InsyaAllah.
Awal 80 an : Zaman budak-budak
Perang Saraf dan Protes Individu
Saya ada seorang moyang lelaki yang kami panggilnya Tok Ayah. Semasa saya kecil umurnya
dikatakan mencecah 100 tahun. Tok Ayah adalah ‘induk’ kepada pokok keluarga (tree family)
kami anak beranak di Selising. Saya adalah cicit kepadanya dari sebelah ayah. Hampir setiap hari
Tok Ayah akan berulang alik ke rumah kedai anaknya (Tok Saudara saya) di Kedai Selising dari
Selising Alik Jatuh ( barat sebelah matahari jatuh).
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah