Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
Tok Ayah dengan usianya sebegitu mampu berjalan tanpa lelah. Dengan bersemutar, berbaju kapas
putih, berkain pelikat dan bertongkat sebagai pemakaian sunnah berjalan kaki samada sambil
mengunyah tebu atau gigi mengetik beras. Dengan usianya begitu, giginya masih kemas tersusun,
putih dan kukuh. Tok Ayah seorang yang alim dan diceritakan ada ‘keramah’ tertentu. Dia boleh
menegur bacaan quran seseorang sambil lalu tepi rumah orang yang sedang mengaji. Tok Ayah
juga mampu menilik barang yang hilang malah boleh ‘memaku’ pencuri agar tidak boleh bergerak
semasa mencuri atau merompak.
Ada kisah menarik antara saya dengan Tok Ayah berkaitan adegan ‘protes’ dan ‘pemberontakan’
akibat tersekat keinginan. Kisahnya remeh sahaja, iaitu tugasan memijak belakang. Bila Tok Ayah
berada di rumah anaknya Tok Saudara saya itu, saya selalu diminta memijak belakangnya. Proses
‘massage kaki’ ini biasanya di waktu petang, masa ‘berderat’ dan bermain. Mengapa tidak ‘rasa
berontak’, sedang rakan-rakan sepermainan berseronok bermain, saya ‘terperangkap’ di sudut
antara ruang tamu dan dapur memijak To Ayah. Wrong time at wrong place !.
Dari tingkap ruang ‘bilik massage’ saya boleh nampak rakan-rakan sedang bermain bola di ruang
lapang sebelah pasar Selising. Dengan jelas boleh dengar bunyi bola ditendang dan suara rakan-
rakan meminta hantaran bola, apalagi bersorak bila menjaringkan gol. Aduh, siksa sungguh,
meronta-ronta ingin berlari ke sana, tetapi keinginan tersekat kerana tiada arahan lagi
menghentikan urutan tapak kaki itu oleh Tok Ayah. Kerana ingin melampiaskan keinginan
bermain bola, saya mula mencari apa kaedah terbaik untuk menghentikan kerja ‘memijak
belakang’ berkenaan. Minta dengan Tok Ayah tidak sekali.
Tiba-tiba datang idea, biasalah orang ‘terdesak’ biasanya kreatif dan tidak terduga tindakannya.
Ya kan ? siapa duga Tun Mahathir bersama Anwar dan Lim Guan Eng ‘sekali lagi’ bersama bila
terdesak menjatuhkan Mahyidin. Selingan boss, jangan marah ! Apa saya buat supaya sesi terapi
kaki itu berakhir ?. Pijak belakang ni sebenarmya melibatkan keseluruhan belakang tubuh
melainkan kepala. Bermula di bahu turun ke belikat kemudian ke pinggang, punggung, peha, labu
betis hingga berakhir di tapak kaki. Kemudian ulang balik naik ke atas hingga ke bahu. Gerakan
ini berulangkali hingga, orang dipijak puas hati. Dia senang hati kita tersumbat hati.
Setelah mendapat idea, saya mula merancang bila masanya dan di mana tempatnya, saya kena
pastikan ‘penderhakaan’ ini tidak membangkitkan ‘murka’ Tok Ayah. Strategi pun dilaksana pada
pusingan turun dari leher ke kaki yang entah ke berapa. Saya memilih bila berada di kaki Tok
Ayah untuk bertindak. Apabila sampai di kaki, saya melepaskan angin (kentut) dengan sengaja
dikuatkan ‘volume’ agar Tok Ayah perasan. Memang Tok Ayah perasan sebab secara spontan dia
mengarahkan saya berhenti .”Bo la awe weh, ringan dah ni” (Sudahlah awang, ringan dah ) , saya
tersenyum dalam hati kerana misi berjaya. Bau kentut ?, memang tiada bau, hanya bunyi je kuat,
maklum kentut terancang. Bila terima arahan berhenti itu, apalagi, saya terus melompat turun dari
pangkin dan mula mengatur langkah. Tapi tiba-tiba Tok Ayah bersuara lagi, “gi la nok main bola
gak, gorib nanti balik selalu” ( pergilah main bola, maghrib nanti balik terus). Arghhh.. Tok Ayah
tahu.!. Hanya mampu menjawab ‘ho Tok Ayah”!.
Begitulah, dengan perancangan yang baik dan kerjakan perancangan dengan teratur pasti apa yang
dirancang itu akan terlaksana dengan baik. Itulah yang berlaku, bagaimana saya merancang dan
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
melaksanakan dengan berdisiplin, kekal dengan perancangan maka ‘protes dan demo’ saya
tercapai misinya. Tetapi jangan lupa apa juga perancangan dan proses melaksanakan perancangan
kita jangan lalai sebab pihak yang kita ‘hendak kerjakan’ juga tahu perancangan kita. Itulah
berlaku pada saya dan Tok Ayah, ilmu tafsirnya memang hebat. Alfatihah untuk Tok Ayah.
Begitulah coretan 14th Day PKPB ini, sepatutnya hari ini hari terakhir saya dikenakan pergerakan
terhad, tetapi disambung lagi 14 hari bermula esok. Memang timbul rasa tidak puas hati bila
keinginan untuk bebas bergerak terhalang tetapi tidak mungkin saya akan ‘memberontak dan
berdemonstrasi’ kerana saya tahu ini adalah untuk kebaikan sendiri juga. Lagipun bantuan bekalan
untuk ‘perut’ sentiasa sampai dan sudah lebih dari mencukupi. Tiada sebab untuk protes, hanya
tunggu dan sabar sahaja sebab bukan kita sahaja yang terkesan.
Sekian, coretan kali ini. Sepatutnya ini coretan terakhir sempena PKPD ini,namun saya tidak pasti
lagi samada coretan akan disambung atau tidak. Kalau pun disambung mungkin dalam pendekatan
dan format lain. Jadinya, sempena coretan terakhir pusingan ini saya rakamkan ucapan terima
kasih atas kesetiaan mengikuti perkongsian saya. Terima kasih atas dorongan dan cadangan yang
diberi, ini akan menjadi motivasi kepada saya untuk terus menulis genre sebegini.
Assalamualaikum
Ps : Berdebar tunggu proses ‘swab’ ke 3, harap dapat misi perempuan yang lemah lembut bersopan
santun semasa memasukkan kit swab ke dalam hidung. Trauma swab ke 2 masih tidak hilang. Apa
tidaknya sampai ke otak dicocohnya oleh si misai. Harap swab ke 3 ini si misi bukan si misai.
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah
Coretan Sempena 14 Hari PKPD- 20 Julai: 2 Ogos 2021
__________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
Oleh : Fadzilah bin Sidik ; Banduan PT615 Kg Lepah