The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KIT PEMBELAJARAN PERIBAHASA KPD-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yasminsyamimi3, 2021-01-21 20:37:35

KIT PEMBELAJARAN PERIBAHASA KPD-converted

KIT PEMBELAJARAN PERIBAHASA KPD-converted

TAJUK: Tugasan Kit Pembelajaran Peribahasa

NAMA : YASMIN SYAMIMI BINTI MOHD ARIFIN

NO MATRIK : D20181082507

PROGRAM : ATO5- ISMP BAHASA MELAYU
KPD 3016 – PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN
KOD& NAMA :
KURSUS : PENAKSIRAN 1
KUMPULAN AT05C

NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. DAHLIA BINTI JANAN

PENGENALAN

DEFINISI PERIBAHASA

➢ Mengikut takrifan Kamus Dewan (DBP 1993), peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu, peribahasa juga disebut sebagai bidalan, pepatah atau seumpamanya.

➢ Za’ba (1965) dalam buku Ilmu Mengarang Melayu mendefinisikan peribahasa sebagai susunan cakap yang pendek yang telah
melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama yang sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya, dipakai dijadikan
sebutan orang sebagai perbandingan, teladan dan pengajaran.

➢ Peribahasa juga merupakan ikatan bahasa yang dituturkan dengan kalimat-kalimat pendek yang mengandungi pengertian daripada
sesuatu maksud yang sebenarnya dengan membayangkan maksud asal dengan bayangan sindiran atau kiasan.

FUNGSI PERIBAHASA

Menurut Za’ ba (1962,165), peribahasa berfungsi untuk perkara berikut:
•Menghiasi karangan dan percakapan.
•Menguatkan tujuan karangan atau percakapan.
•Boleh dijadikan pedoman hidup kerana isinya yang

besar dan luas

Jenis-jenis peribahasa

❖ Simpulan Bahasa

Menurut Abdullah Hassan (1986), Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan
yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada
apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata.

❖ Perumpamaan

Menurut Kamus Dewan (2007: 556), Perumpamaan adalah susunan kata-kata indah, ringkas dan kemas
serta mempuyai maksud tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana,
seperti dan umpama

❖ Pepatah

Menurut Za'ba (2002: 170), Pepatah adalah peribahasa yg berisi nasihat ; kata-kata orang tua-tua yang
terdapat ajaran di dalamnya. Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai
ringkasan perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah

❖ Bidalan

Menurut Za'ba (2002: 170), Bidalan adalah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam

masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran.

ELEMEN PERIBAHASA DALAM DSKP

TINGKATAN 1 4.2.1 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam dalam
komunikasi dan penulisan dengan betul, tepat dan mengikut
4.2 Memahami dan menggunakan konteks.
perbandingan semacam,
peribahasa, kata-kata hikmat,
kiasan madah pujangga, dan
bahasa berirama dalam
komunikasi dan penulisan.

TINGKATAN 2

4.2 Memahami dan menggunakan 4.2.1 Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata
bandingan semacam, peribahasa, hikmat dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut
kata-kata hikmat, kiasan madah konteks.
pujangga, dan bahasa berirama
dalam komunikasi dan penulisan.

TINGKATAN 3 4.2.1 Menggunakan kiasan dan peribahasa dengan betul mengikut
konteks.
4.2 Memahami dan menggunakan
bandingan semacam, peribahasa,
kata-kata hikmat, kiasan madah
pujangga, dan bahasa berirama
dalam komunikasi dan penulisan.

SIMPULAN BAHASA

Menurut Abdullah Hassan (1986), Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas
atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang
membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada apa yang
tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata.

1. Bidan terjun MAKSUD

Seseorang yang diminta mengambil alih sesuatu tugas
secara mendadak tanpa dirancang.

Bidan merujuk kepada seseorang yang menjalankan aktiviti yang Dahulunya bidan merujuk kepada wanita yang membantu wanita
memerlukan pemahaman dan teknik penjagaan perempuan sepanjang waktu mengandung dan kelahiran bayi, dimana
mengandung dari awal kandungan sehingga 6 minggu selepas pengetahuan ini diajar secara tidak formal, kini bidan merujuk
melahirkan anak termasuk penjagaan bayi sehingga berumur 1 bulan kepada pengamal perawatan kesihatan moden yang menjalankan
untuk wang atau sebarang bentuk hadiah. perbidanan di institusi-institusi kesihatan seperti di hospital.

• Bidan dahulunya dikira sebagai pengganti jururawat sekiranya tidak semoat ke hospital. Oleh itu,

dalam simpulan bahasa bidan terjun ini dapat kaitkan dengan orang yang membuat kerja secara

mengejut dan tiba-tiba.

CERITA PENDEK BERLATARKAN SIMPULAN BAHASA
BIDAN TERJUN

❑ SMK Sri Tanjung telah mengadakan majlis anugerah kecemerlangan akademik pada pagi isnin
yang lepas

❑ Semasa mesyuarat, Pengetua telah meminta Cikgu Zara untuk menjadi pengacara majlis
sepanjang majlis tersebut berlangsung

❑ Cikgu Zara menerima permintaan pengetua itu dengan hati yang terbuka
❑ Pada pagi isnin majlis anugerah kecemerlangan itu berlangsung, semua guru menunggu

Cikgu Zara untuk menjadi pengacara majlis
❑ Setelah 30 minit menunggu Cikgu Zara, pihak sekolah telah mendapat khabar berita bahawa

Cikgu Zara mengalami kemalangan kecil semasa menuju ke sekolah
❑ Namun begitu, majlis anugerah tersebut perlu diteruskan kerana murid dan ibubapa sedang

menunggu majlis berlangsung.
❑ Bagi mengatasi masalah tersebut, Cikgu Hanum menjadi bidan terjun bagi menggantikan

Cikgu Zara yang kemalangan.

PENGAJARAN

❖ Kita haruslah sentiasa bersedia dan membuat persiapan rapi untuk melaksanakan sesuatu
majlis.

❖ Kita hendaklah berani untuk mencuba sesuatu perkara yang baru kerana ianya juga akan
menjadi pengalaman dan pengetahuan baru untuk kita.

KUIZ

1. Apakah nama bagi orang 2. Apakah maksud simpulan bahasa
bidan terjun?
yang menjaga dan a) Seseorang yang melakukan kerja

menyambut kelahiran bayi terburu-buru
b) Seseorang yang diminta mengambil
pada zaman dahulu?
alih sesuatu tugas secara mendadak
a) Jururawat tanpa dirancang
c) Seseorang yang sangat malas apabila
b) Doktor disuruh melakukan sesuatu pekerjaan

c) Bidan

d) Pembantu perubatan

?

2. Tangan MAKSUD
terbuka Menerima sesuatu dengan senang hati

• Gambar tapak tangan dalam keadaan terbuka di atas merupakan simbolik bagi
simpulan bahasa ini. Simbolik tangan terbuka itu seolah-olah menerima sesuatu
perkara atau benda. Oleh itu, hal ini dapat dikaitkan dengan seseorang yang
menerima sesuatu perkara dengan sukacitanya.

CERITA PENDEK BERLATARKAN SIMPULAN BAHASA
TANGAN TERBUKA

❑ Amin merupakan anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa semasa kecil lagi
akibat kemalangan jalanraya

❑ Sejak kematian kedua ibubapanya, Amin telah dijaga oleh neneknya yang sudah
tua dan uzur

❑ Mereka hidup dalam serba kekurangan
❑ Di sekolah, guru kelasnya iaitu Cikgu Razi sering memerhatikan keadaan Amin yang

tidak terurus
❑ Cikgu Razi juga mendapati yuran persekolahannya masih belum dibayar.
❑ Rakan-rakannya juga memberitahu bahawa Amin jarang sekali makan di kantin

sekolah , hanya sesekali membawa bekal dari rumah.
❑ Selepas Cikgu Razi mengetahui kehidupan Amin yang serba kekurangan itu, Cikgu

Razi memberi cadangan kepada pihak sekolah bagi memberi biasiswa kepada Amin
bagi mengurangkan sedikit bebanya.
❑ Pihak sekolah menerusi bahagian kebajikan pelajar menerima cadangan tersebut
dengan tangan terbuka.
❑ Cikgu Razi juga membantu Amin dengan menyediakan kelengkapan sekolah bagi
setiap awal tahun persekolahan

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah mempunyai sifat prihatin dengan orang yang berada di sekeliling kita.
❖ Kita janganlah mengeluh jika diminta untuk memberi sedikit pertolongan kepada orang

yang berada dalam kesusahan.

KUIZ

1. Apakah simpulan bahasa yang 2. Apakah maksud simpulan bahasa
sesuai dengan gambar tersebut? tangan terbuka?
a) Tangan terbuka a) Menerima sesuatu dengan terpaksa

b) Menadah tangan b) Menerima sesuatu dengan sukarela

c) Mengangkat tangan c) Menerima sesuatu dengan senang

d) Terbuka tangan hati

3. Ayam tambatan MAKSUD
Orang yang dianggap hebat dan menjadi harapan untuk membawa
kejayaan ataupun kemenangan dalam sesuatu perlawanan

Ayam merupakan sejenis unggas bela jinak dan subspesies Tambatan berasal dari perkataan tambat yang bermaksud

kepada ayam hutan merah. Ayam adalah antara haiwan bertambat berikat dgn rantai, tali pada sesuatu . Tambatan

bela jinak yang paling umum dan meluas sekali. pula adalah tiang dll tempat menambat perahu

• Oleh itu, latar belakang ayam dan tambatan itu bermaksud tempat untuk bergantung harap dan boleh dipercayai.
• Hal ini dapat dikaitkan dengan simpulan bahasa yang boleh dikatakan orang yang boleh diharap untuk membawa

kemenangan

CERITA PENDEK BERLATARKAN SIMPULAN BAHASA
AYAM TAMBATAN

❑ Setiap tahun, SMK Benut akan mengadakan sukan tahunan dengan penuh
meriah dan gilang gemilang

❑ Pelbagai acara diadakan seperti lumba lari, lompat jauh, lompat , bola sepak
dan banyak lagi

❑ Terdapat empat rumah sukan iaitu merah, biru, hijau dan kuning
❑ Pada setiap tahun juga, Alim merupakan murid yang mewakili rumah biru

bagi acara lumba lari.
❑ Hal ini kerana, alim juga merupakan atlet sekolah yang sering mewakili

sekolah untuk pelbagai pertandingan peringkat daerah dan negeri
❑ Alim sering menjadi juara bagi setiap pertandingan yang diwakilinya
❑ Oleh itu, di sekolah Alim digelar ayam tambatan bagi menyumbang mata dan

markah pada rumah biru yang diwakilinya.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah berusaha dengan sebaik mungkin jika terpilih untuk mewakili
bagi sesuatu pertandingan.

❖ Kita hendaklah bijak mengatur strategi dalam sesuatu perlawanan.

KUIZ 2. Apakah maksud ayam tambatan?
a) Orang yang menjadi harapan untuk
1. Apakah maksud tambatan?
a) Tempat untuk kapal berlabuh membawa kejayaan dalam sesuatu
b) Tempat untuk orang berteduh perlawanan
c) Tempat untuk menambat perahu b) Orang yang menjadi perantaraan
d) Tempat untuk menambat haiwan antara dua pihak yang bergaduh
c) Orang yang menjadi ketua dalam
sesuatu kumpulan

4. Tangkai jering MAKSUD
Orang yang sangat kedekut atau lokek

• Jering adalah sejenis nama pokok yang buahnya boleh dimakan dan dibuat ulam. Jering mempunyai

rasa yang pahit dan berbau.
• Jering memang sedap dibuat ulam tetapi untuk meleraikan buahnya dari tangkainya agak susah

sedikit kerana tangkainya amat liat.
• Ianya adalah untuk melindungi buahnya dari diambil atau dimusnahkan oleh binatang atau manusia.
• Oleh itu, sifat tangkai jering yang liat itu menjadi perkaitan dengan simpulan bahasa yang bermaksud

seseorang yang bersifat kedekut.

CERITA PENDEK BERLATARKAN SIMPULAN BAHASA
TANGKAI JERING

❑ Puan Hasnah memegang jawatan bendahari dalam badan organisasi
Jawatankuasa Kampung Citra.

❑ Pada setiap pertengahan dan akhir tahun, Puan Hasnah akan mengutip
derma seikhlas hati daripada kesemua penduduk kampong

❑ Semasa tugas itu dijalankan, penduduk kampong memberikan kerjasama
yang amat baik dan ada juga yang bermurah hati yang memberi dana dengan
jumlah yang besar.

❑ Namun begitu, terdapat seorang penduduk kampong yang boleh dikatakan
hidup mewah tetapi enggan memberikan derma.

❑ Penduduk kampong sudah masak dengan perangainya dan mengatakan
mengutip derma di rumahnya hanyalah kerja yang sia-sia kerana dia adalah
tangkai jering.

PENGAJARAN

❖ Kita janganlah menjadi seorang yang kedekut dalam memberi pertolongan kepada
orang lain.

❖ Kita hendak sentiasa percaya bahawa apabila kita menolong orang yang susah,
pastinya kita akan mendapat rezeki yang tidak diduga.

KUIZ 2. Pilih pengajaran yang sesuai
dengan simpulan bahasa tangkai
1. Mengapakah latar tangkai jering jering?
dikaitkan dengan orang yang a) Kita janganlah bersifat kedekut dalam
kedekut?
memberi sesuatu pertolongan kepada
a) Buah jering yang berbau amat kuat
b) Tangkainya yang liat menyebabkan orang lain

orang susah mengambil buahnya dari b) Kita hendaklah bersifat prihatin dalam
tangkai.
c) Rasa buah jering yang agak pahit membantu orang yang lebih susah

c) Kita hendaklah rajin dalam

melakukan sesuatu pekerjaan

5. Bau-bau bacang MAKSUD
Hubungan persaudaraan yang
sudah jauh pertaliannya.

• Bacang merupakan sejenis pokok buah sama keluarga dengan manga atau kuini.
• Sifat utama buah ini adalah mempunyai bau yang kuat dan rasa yang sedap.
• Buah bacang ini dikaitkan dengan simpulan bahasa bau-bau bacang kerana baunya

yang amat kuat seperti juga sesuatu hubungan persaudaraan yang jauh tetapi tetap ada

pertaliannya.

CERITA PENDEK BERLATARKAN SIMPULAN BAHASA
BAU –BAU BACANG

❑ Nurul dan Nadia merupakan kawan sepermainan sejak kecil lagi.
❑ Semasa mereka berusia 15 tahun, Nadia terpaksa berpindah sekolah untuk

mengikut kedua orang tuanya di Perlis.
❑ Nurul berasa sedih selepas mengetahui khabar itu dan berat hati untuk

melepaskan Nadia pergi kerana Nadia tidak tahu bila dia akan pulang ke
kampung itu lagi.
❑ Selepas 10 tahun terpisah dan tidak berjumpa, Nurul berhasrat untuk
bercuti di Perlis dan ingin berjumpa dengan Nadia.
❑ Nadia sangat teruja untuk berjumpa dengan Nurul.
❑ Selepas mereka berjumpa, kedua ibu bapa Nadia memberitahu bahawa
mereka sememangnya ada bau-bau bacang.
❑ Nadia dan Nurul berharap semoga persaudaraan yang mereka bina sejak
kecil lagi kekal erat sampai bila-bila .

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah saling bertanya khabar antara satu sama lain agar hubungan
persaudaraan itu tidak terputus.

❖ Kita hendaklah berbuat baik dengan semua orang agar disenangi orang

KUIZ

1.Apakah nama buah tersebut yang 2. Apakah maksud simpulan bahasa
dikaitkan dengan simpulan bahasa? bau-bau bacang?
a) Pelam a) Hubungan persaudaraan yang

b) Mangga sudah jauh pertaliannya.
b) Hubungan persaudaraan yang dekat
c) Bacang
pertaliannya
d) Kuini c) Hubungan persaudaraan yang

semakin dilupakan.

➢ Berikut adalah pautan bagi kuiz simpulan bahasa

➢ https://wordwall.net/resource/9318569

PERUMPAMAAN

Menurut Kamus Dewan (2007: 556), Perumpamaan adalah susunan kata-kata
indah, ringkas dan kemas serta mempuyai maksud tersirat. Biasanya,
perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan
umpama

1. Bagai cendawan MAKSUD
tumbuh selepas hujan Jumlah yang terlalu banyak dalam sesuatu masa,
biasanya merujuk kepada benda

• Gambar di atas merupakan cendawan yang tumbuh selepas waktu hujan. Simpulan bahasa ini memang

amat sinonim dalam masyarakat luarbandar atau masyarakat kampung tradisional dimana mereka akan

hanya dapat melihat cendawan yang tumbuh lazimnya selepas hujan.
• Ini amat sesuai dengan cara pada zaman dulu dimana teknologi penanaman cendawan belum ada lagi

seperti masa kini.
• Situasi tersebut dapat dikaitkan dengan simpulan bahasa yang memberi makna benda atau perkara atau

rezeki yang keluar terlalu banyak pada satu masa tanpa diketahui atau dirancang.
• Kini simpulan bahasa ini sering dikatakan mengikut kesesuaian aktiviti dalam masyarakat moden. Kadang-

kadang ia digunakan untuk perkara lain seperti pembangunan yang pesat , pusat hiburan dan

sebagainya.

CERITA PENDEK BERLATARKAN PERUMPAMAAN SEPERTI
CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN

❑ Encik Anuar dan isterinya merupakan peniaga apam balik pelbagai perisa di
pasar malam

❑ Walaupun hasil jualannya pada setiap minggu hanya cukup makan bagi mereka,
tetapi Encik Anuar dan isterinya tidak pernah berputus asa mencari rezeki lebih
untuk anak-anak mereka.

❑ Pada satu hari, Encik Anuar mendapat tahu ada Karnival Keusahawanan yang
akan dianjurkan di Bandar berdekatan dengan rumahnya.

❑ Encik Anuar sangat berminat untuk berniaga di Karnival tersebut lalu Encik
Anuar memohon tapak gerai jualan bagi menjual apam baliknya.

❑ Apabila permohonan diluluskan dan Encik Anuar dibenarkan berniaga selama
lima hari di Karnival Keusahawanan tersebut

❑ Berkat usahanya, jualan Encik Anuar mendapat sambutan yang amat
menggalakkan. Beliau juga turut mendapat tempahan di majlis-majlis besar
seperti kenduri kahwin dan sebagainya.

❑ Rezeki hasil jualannya sangat lumayan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

PENGAJARAN

❖ Kita mestilah percaya dengan rezeki yang diberikan oleh Tuhan.
❖ Kita hendaklah berusaha tanpa mengenal erti putus asa dalam mencari rezeki.

KUIZ 2. Pilih situasi yang sesuai dengan
perumpamaan bagai cendawan
1. Apakah perumpamaan yang sesuai tumbuh selepas hujan?
dengan latar gambar di atas? a) Keadaan Amin kembali sihat

a) Bagai cendawan layu selepas hujan setelah terlantar dua bulan di
b) Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
c) Bagai cendawan tumbuh sebelum hujan hospital

b) Rezeki hasil jualannya sangat

lumayan setelah tular di media

social

c) Adik yang sangat gembira kerana

impiannya tercapai juga.

2. Seperti api MAKSUD
dengan sekam Perbuatan jahat ataupun dendam yang tersembunyi/
disembunyikan

• Sekam merupakan kulit padi yang tanggal setelah ditumbuk atau dikisar.
• Apabila sekam itu dibakar api akan kelihatan kelihatan nyalaannya dan memberi amaran kepada kita supaya tidak

mendekatinya.
• Namun begitu, sekiranya kita tidak merasai kehangatan api yang terselindung tersebut, ianya memberi ancaman

yang lebih membahayakan.
• Begitu juga perumpamaan ini dikaitkan dengan perangai manusia yang melakukan perbuatan jahat tetapi

disembunyikan. Orang seperti itu lebih membahayakan kerana kita tidak Nampak kejahatannya.

CERITA PENDEK BERLATARKAN PERUMPAAN SEPERTI API
DALAM SEKAM

❑ Rizal merupakan seorang yang sangat pendiam. Dia sering membuat halnya sendiri.
❑ Rakan-rakannya cuba mendekatinya tetapi dia hanya buat endah tak endah sahaja.
❑ Pada satu hari, ketika semua murid kelasnya pulang dari makmal , salah seorang murid

memberitahu bahawa duit yang diletak di poket beg telah hilang.
❑ Kemudian,murid tersebut melaporkan hal itu kepada guru kelasnya tanpa pengetahuan

murid yang lain termasuk Rizal.
❑ Guru kelasnya iaitu Cikgu Siti membuat pemeriksaan secara mengejut di dalam kelas.
❑ Cikgu Siti mencurigai Rizal kerana dia mempunyai duit yang banyak.
❑ Riak wajah Rizal terus berubah seakan ketakutan dan dia telah mengaku bahawa dia yang

mengambil duit rakannya semasa semua murid tiada dalam kelas.
❑ Selama ini rakan-rakannya menyangka bahawa Rizal seorang yang baik kerana sifatnya yang

pendiam.
❑ Namun tanpa diketahui, Rizal juga telah melakukan perbuatan yang tidak baik di belakang

rakan-rakannya seperti api dalam sekam

PENGAJARAN

❖ Kita janganlah mudah percaya dengan orang walaupun dia seorang yang pendiam.
❖ Kita janganlah buat perkara yang tidak baik di belakang orang lain kerana ianya akan

mendatangkan keburukan kepada kita.

KUIZ

1. Apakah maksud sekam? 2. Apakah maksud perumpamaan
a) Beras yang disangai seperti api dalam sekam?
b) Bertih jagung yang dimasak a) Perbuatan jahat yang disembunyikan
c) Kulit padi yan sudah tanggal b) Orang yang suka menunjuk-nunjuk

dan dikisar kemewahan
c) Sifat iri hati dengan kehidupan orang

lain.

3. Bagai menatang MAKSUD
minyak yang penuh Menjaga ataupun memperlakukan seseorang dengan berhati-hati

• Sejak dulu lagi, minyak merupakan bahan bakar yang penting.
• Masyarakat dahulu sangat mengutamakannya dan jarang sekali membazirkan penggunaan

minyak.
• Ketika menatangnya, orang dahulu sangatlah berhati-hati agar tidak menitis apatah lagi tumpah.
• Begitulah juga dapat dikaitkan dengan perumpaan bagai menatang minyak yang penuh iaitu

gambaran kasih sayang ibubapa terhadap anak kesayanganya.

CERITA PENDEK BERLATARKAN PERUMPAMAAN BAGAI
MENATANG MINYAK YANG PENUH

❑ Encik Azam dan Puan Nita telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun tetapi
belum dikurniakan rezeki anak.

❑ Mereka telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat.
❑ Namun, dalam masa yang sama, Encik Azam bercadang untuk mengambil seorang

anak angkat dan cadangan tersebut dipersetujui oleh isterinya.
❑ Lalu mereka pun mengambil seorang anak angkat dan menjaganya seperti anak

kandungnya sendiri.
❑ Selepas 2 bulan menjaga anak angkatnya itu, Puan Nita telah mendapat khabar

gembira iaitu beliau disahkan mengandung.
❑ Khabar itu sangat menggembirakan sepasang suami isteri itu.
❑ Walaupun Puan Nita akan mempunyai anak dari rahimnya sendiri, mereka tetap

akan menyayangi dan menjaga anak angkatnya itu bagai menatang minyak yang
penuh.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah sentiasa bersabar dan tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan.
❖ Kita hendaklah menjaga amanah dan pemberian yang dikurniakan oleh Tuhan dengan

sebaik mungkin.

KUIZ 2. Yang manakah pengajaran bagi
perumpamaan bagai menatang
Menjaga ataupun memperlakukan minyak yang penuh?
seseorang dengan berhati-hati. a) Kita hendaklah menjaga amanah

1. Apakah perumpamaan bagi makna yang dikurniakan oleh Tuhan dengan
penyataan tersebut?
a) Bagai menatang minyak yang penuh sebaiknya
b) Bagai minyak dengan air
c) Air yang dicincang tidak akan putus b) Kita hendaklah berusaha untuk
d) Menepuk air di dulang, terpercik muka
mencapai sesuatu yang diinginkan
sendiri
c) Kita hendaklah menolong orang yang

di dalam kesusahan.

4. Bagai minyak MAKSUD
dengan air Orang bermusuhan atau tidak sehaluan, mustahil
dapat disatukan

• Masyarakat zaman dahulu telah melihat ciri-ciri air dan minyak dengan teliti.
• Sifat ini berbeza antara sifat minyak dengan sifat air yang mana secara saintifiknya molekul air adalah lebih berat

daripada molikul minyak menyebabkan lapisan air berada dibahagian bawah gelas dan bahagian minyak akan berada

dilapisan atas.
• Walaupun dikacau kedua-dua cecair ini dan nampak 'bercampur' tetapi akhirnya ia akan membentuk dua lapisan

berasingan .
• Perkara ini telah dikaitkan dengan tabiat manusia yang tidak sependapat atau sehaluan. Hal ini menyebabkan orang

tersebut tidak boleh berbaik atau duduk di dalam kelompok yang sama kerana memang tidak dapat disatukan.

CERITA PENDEK BERLATARKAN PERUMPAMAAN BAGAI MINYAK
DENGAN AIR

❑ Husin dan Amar adalah rakan sekerja.
❑ Mereka sering diberi tugas untuk melawat tapak pembinaan rumah untuk projek baru tahun

2021
❑ Sebenarnya, mereka mempunyai sejarah silam yang menyebabkan mereka tidak bertegur

sesama sendiri.
❑ Disebabkan tuntutan kerja, mereka cuba bekerjasama dan melaksanakan tugas tersebut

bersama-sama.
❑ Namun begitu, hari demi hari , mereka semakin tidak sependapat dan pastinya ada yang

bermasam muka akibat percanggahan pendapat.
❑ Akhirnya, mereka bersetuju untuk memberitahu majikan supaya memberi tugas itu kepada

orang lain.
❑ Husin dan Amar ini diibaratkan bagai minyak dengan air kerana sudah tidak sehaluan dan

sukar disatukan dalam satu pekerjaan.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah memberi kerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan berkumpulan atau
berpasangan.

❖ Kita hendaklah bermanis muka dengan orang disekeliling kita supaya disenangi oleh
orang.

KUIZ 2. Apakah maksud perumpamaan
bagai air dengan minyak?
1. Apakah yang akan terjadi jika a) Seseorang yang peramah yang
disatukan minyak dengan air?
banyak bercakap
a) Air dengan minyak dapat disatukan b) Seseorang yang pendiam dan
b) Air dengan minyak akan
pemalu
membentuk dua lapisan c) Orang yang tidak sehaluan,
berasingan
c) Air akan menjadi keruh apabila mustahil dapat disatukan
dicampur dengan minyak

5. Ibarat orang mengantuk MAKSUD
disorongkan bantal Gembira kerana mendapat sesuatu
yang diingini pada waktu yang tepat.

• Latar yang digunakan bagi perumpamaan ini adalah orang yang sedang mengantuk dan bantal.
• Hal ini kerana, apabila seseorang itu mengantuk dan diberikan bantal, ianya menjadi satu keselesaan dan

masa yang tepat untuk tidur.
• Bagitulah juga dalam kehidupan, ketika kita menginginkan sesuatu perkara kemudian kita berjaya

mendapatkan perkara tersebut, ianya menjadi satu kegembiraan kerana mendapat sesuatu yang diingini

pada waktu yang tepat

CERITA PENDEK BERLATARKAN PERUMPAMAAN IBARAT ORANG
MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL

❑ Dani seorang remaja yang suka berniaga sejak kecil lagi.
❑ Dia memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya.
❑ Dani berhasrat untuk membuka kedai makan di sebuah pasar raya di Bandar.
❑ Dani mencuba nasib untuk memohon peruntukan wang untuk perniagaannya.
❑ Hari demi hari, Dani meneruskan kehidupannya dengan berniaga sementara

menunggu permohonannya itu diluluskan atau tidak.
❑ Dani telah membuat persediaan awal sekiranya dia dapat membuka kedai

makannya sendiri.
❑ Pada hujung tahun, Dani telah mendapat panggilan bagi menerima dana

peruntukan untuk memajukan perniagaannya.
❑ Dani sangat gembira dan bersyukur kerana hasratnya tercapai juga ibarat orang

mengantuk disorongkan bantal.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah berusaha untuk mencapat ke arah matlamat yang ingin dituju.
❖ Kita hendaklah bersyukur dengan pemberian rezeki dari Tuhan dan menggunakannya

dengan sebaik mungkin.

KUIZ 2. Pilih situasi yang sesuai dengan
maksud perumpamaan ibarat orang
1.Apakah perumpamaan yang tepat mengantuk disorongkan bantal.
dengan gambar di atas? a) Amir sangat gembira kerana
a) Ibarat orang mengantuk diberikan bantal
b) Ibarat orang mengantuk di tarik bantal hasratnya tercapai juga pada masa
c) Ibarat orang mengantuk disorongkan
yang tepat
bantal
b) Adik berasa sedih kerana tidak

mendapat sesuatu yang diinginkan

c) Zizi semakin bersemangat untuk

mencapai impiannya atas dorongan

rakan-rakannya.

➢ Berikut adalah pautan bagi kuiz perumpamaan

➢ https://wordwall.net/resource/9645035

PEPATAH

Menurut Za'ba (2002: 170), Pepatah adalah peribahasa yg berisi
nasihat ; kata-kata orang tua-tua yg terdapat ajaran di

dlmnya. Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi
pepatah mempunyai ringkasan perkataan berkerat-kerat atau

berpatah-patah

1. Diam-diam ubi berisi, diam- MAKSUD
diam besi berkarat Pendiam tetapi berfikiran atau banyak
pengetahuan; bekerja dengan diam-diam

• Ubi merupakan suatu tumbuhan yang apabila ditanam akan mengeluarkan hasil bila cukup

usianya. Besi pula akan berkarat apabila terdedah dengan air dan udara.
• Latar ubi dan besi ini digunakan dalam pepatah ini untuk menggambarkan ubi dan besi yang

secara diam-diam tanpa kita sedari telah berisi dan berkarat.
• Begitulah juga dalam konsep kehidupan manusia, kadangkala orang yang pendiam itu lebih

banyak ilmu pengetahuan dan bekerja secara diam-diam untuk mencapai matlamatnya.

CERITA PENDEK BERLATARKAN PEPATAH DIAM-DIAM UBI
BERISI, DIAM-DIAM BESI BERKARAT

❑ Arif dikenali sebagai seorang yang sangat pendiam antara kesemua murid di dalam kelas 5 Ibnu Sina.
❑ Arif juga kerap tidur semasa guru mengajar.
❑ Kadangkala, Arif tidak menghantar latihan kerja rumah yang diberikan oleh guru kerana tidak disiapkan.
❑ Guru kelasnya agak bimbang dengan prestasi Arif kerana Arif akan menduduki peperiksaan awam SPM tidak

lama lagi.
❑ Kemudian, peperiksaan SPM berlangsung selama tiga minggu.
❑ Selepas tiga bulan, keputusan SPM dikeluarkan. Guru kelasnya amat terkejut dengan keputusan SPM Arif.
❑ Arif mendapat 7A 2B dan merupakan salah seorang pelajar cemerlang SPM pada tahun tersebut.
❑ Guru-guru dan rakan sekelasnya bertanya kepada Arif bagaimana beliau boleh mendapat keputusan yang

cemerlang.
❑ Arif mengatakan bahawa beliau mengadakan ulangkali pelajaran setiap malam dengan bersungguh-

sungguh sebelum 3 bulan SPM bermula.
❑ Perbuatan dan sikap Arif ini diibaratkan dengan pepatah diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang
diinginkan

❖ Kita janganlah memandang rendah terhadap kebolehan seseorang.

KUIZ

1. Apakah maksud bagi pepatah 2. Apakah pengajaran yang paling
tepat dengan pepatah diam-diam ubi
diam-diam ubi berisi, diam-diam berisi, diam-diam besi berkarat?
a) Kita hendaklah rajin bertanya dengan
besi berkarat?
orang yang lebih pandai
a) Pendiam tetapi banyak
b) Kita janganlah memandang rendah
pengetahuan
dengan seseorang yang pendiam atau
b) Suka bercakap tetapi tidak
pemalu
mempunyai pengetahuan
c) Kita janganlah bersifat iri hati dengan
c) Suka bercakap dan banyak
kejayaan orang lain
pengetahuan

2. Kalau tidak dipecahkan MAKSUD
ruyung manakan dapat Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa
sagunya usaha.

• Ruyung Sagu merupakan batang pokok sagu dewasa yang dipotong-potong sekitar 1 meter dengan kulitnya yang tebal

dan keras.
• Pokok sagu yang matang akan ditebang untuk di ambil batang rembia atau batang sago menjadi 'ruyung' dimana ia

kemudian dikopek menggunakan kapak membuang kulit. Apabila kulit telah di kopek maka akan dilihat isi batang safo

berwarna putih kekuningan yang lembut. Ini inilah yang akan disagat untuk menghasilkan parutan sago yang seterusnya

diperah bagi mendapatkan air sagu
• Memang kerja untuk mendapatkan sagu daripada batang pokok sagu satu kerja yang amat sukar dan memerlukan banyak

tenaga serta kesabaran. Ahli bahasa telah melihat kesukaran kerja memecahkan ruyung sagu untuk mendapatkan

sagunya dengan mencipta peribahasa.
• Dalam kehidupan harian pun ia sangat relevan dimana untuk mencapai apa juga kejayaan semestikan perlukan kerja

keras. Mereka yang kerja keras memang sepatutnya dapat hasilnya selaras dengan usaha yang dilakukan.

CERITA PENDEK BERLATARKAN PEPATAH KALAU TIDAK
DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA

❑ Alya merupakan pelajar tingkatan lima. Dia merupakan anak tunggal dan tinggal
bersama ibunya setelah kematian ayahnya sejak dia berumur enam tahun lagi.

❑ Sejak kematian ayahnya, kehidupan Alya sangat daif. Ibunya terpaksa menjaja kuih
untuk menyara hidup mereka berdua. Sejak darjah lima lagi, Alya mula menolong
ibunya menjual kuih-kuih pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.

❑ Alya sedar, dia perlu membantu ibunya yang semakin tua untuk mencari nafkah bagi
mereka berdua.

❑ Pada waktu malam, Alya menolong ibunya membuat kuih.
❑ Dalam masa yang sama juga, Alya berusaha mengulang kaji pelajaran.
❑ Rakan-rakan Alyaa yang mampu akan pergi ke kelas bimbingan di pekan tetapi Alyaa

hanya belajar di rumah tanpa bimbingan daripada sesiapa.
❑ Alya percaya, Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh sebab itu,

Alya bertekad untuk berlajar bersungguh-sungguh.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan.
❖ Kita hendaklah bijak membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran.

KUIZ 2. Yang manakah bukan pengajaran
berdasarkan cerita pendek bagi
1. Pilih situasi yang sesuai dengan pepatah Kalau tidak dipecahkan
maksud pepatah kalau tidak ruyung manakan dapat sagunya?
dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya a) Kita janganlah membuat keputusan
a) Amin menjadi orang tengah dalam
secara melulu
pergaduhan kedua belah pihak
b) Ali bersabar dan tabah dalam b) Kita hendaklah berusaha bersungguh-

menghadapi ujian dan dugaan hidup sungguh untuk mencapai sesuatu
c) Fatin berusaha dengan bersungguh-
kejayaan.
sungguh untuk mendapat 9A dalam
SPM c) Kita hendaklah bijak membahagikan

masa untuk mengulang kaji pelajaran

3. Hendak belajar berenang MAKSUD
dapatkan itik, hendak belajar Sekiranya hendak mengetahui ataupun menguasai
sesuatu perkara belajarlah daripada orang-orang
memanjat dapatkan tupai yang ahli ataupun akar dalam perkara itu

• Itik ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dan kelas burung. Habitat itit biasanya berenang di kolam

atau tasik.
• Tupai ialah sejenis rodensia yang kecil hingga sederhana saiznya. Kelebihan tupai ialah kemampuannya bergerak

dengan pantas dan laju diantara satu pokok dan satu dahan ke destinasi yang lain. Tupai mampu terbang dengan

lompatannya dari satu dahan kedahan lain dengan imbangan kaki dan ekornya.
• Peribahasa ini diwujudkan dengan menggunakan latar itik dan tupai kerana dari segi kepakaran itik yang pandai

berenang dan tupai yang pandai memanjat bukan sebaliknya.
• Begitulah juga konsepnya dalam kehidupan, seseorang itu harus menuntut sesuatu ilmu dengan orang yang pakar dan

arif dalam bidangnya.

CERITA PENDEK BERLATARKAN PEPATAH HENDAK BELAJAR BERENANG
DAPATKAN ITIK, HENDAK BELAJAR MEMANJAT DAPATKAN TUPAI

❑ Nabila seorang yang murid tingkatan lima dan merupakan salah seorang murid
yang agak lemah dalam pembelajarannya berbanding rakan-rakannya yang lain.

❑ Nabila sering mendapat nombor yang corot apabila keputusan peperiksaan
dikeluarkan.

❑ Sungguhpun begitu, Nabila sangat rajin untuk belajar dan bertanya dengan guru
mahupun rakan-rakannya yang lebih arif.

❑ Bagi matapelajaran yang lemah, Nabila akan kerap berjumpa dan bertanya kepada
guru yang mengajarnya jika ada perkara yang tidak difahaminya.

❑ Baginya, hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat
dapatkan tupai.

❑ Dalam hal ini, Nabila tidak segan silu untuk mendapatkan ilmu dengan orang yang
lebih pakar dalam sesuatu perkara.

PENGAJARAN

❖ Kita janganlah malu bertanya dengan orang yang lebih arif tentang sesuatu perkara.
❖ Kita hendaklah rajin berusaha dalam mengejar ilmu pengetahuan untuk kehidupan yang

lebih baik di masa hadapan.

KUIZ 2. Apakah pengajaran yang sesuai
dengan pepatah hendak belajar
1. Apakah maksud bagi pepatah hendak berenang dapatkan itik, hendak
belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai?
belajar memanjat dapatkan tupai?
a) Kita hendaklah rajin bertanya dengan
a) Sekiranya inginkan sesuatu, perlulah
berusaha ke arahnya orang yang pakar dalam bidangna

b) Sekiranya hendak mengetahui ataupun b) Kita hendaklah belajar berenang dan
menguasai sesuatu perkara belajarlah
daripada orang-orang yang ahli ataupun memanjat untuk kemudahan masa
akar dalam perkara itu
depan
c) Sekiranya hendak menuntut ilmu, haruslah
berguru c) Kita janganlah mudah mempercayai

orang yang tidak dikenali

4. Belayar sambil memapan MAKSUD
merapat sambil belayar Sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai

• Belayar bermaksud kapal atau perahu yang sedang bergerak. memapan pula bermaksud memasang papan untuk

lantai atau dinding manakala merapat pula bermaksud berlabuh dekat pangkalan dan sebagainya.
• Masyarakat dahulu mewujudkan pepatah ini kerana gambaran bagi seorang yang sedang belayar boleh melakukan

kerja memapan dan juga merapat.
• Hal ini menunjukkan seseorang yang melakukan satu pekerjaan iaitu belayar tetapi boleh menyelesaikan dua hingga

tiga tujuan.
• Begitulah juga dalam kehidupan sehari-harian kita, apa-apa jua yang kita lakukan dalam satu pekerjaan tetapi

mencapai dua hingga tiga tujuan ianya bertepatan dengan maksud pepatah ini.


Click to View FlipBook Version