The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KIT PEMBELAJARAN PERIBAHASA KPD-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yasminsyamimi3, 2021-01-21 20:37:35

KIT PEMBELAJARAN PERIBAHASA KPD-converted

KIT PEMBELAJARAN PERIBAHASA KPD-converted

CERITA PENDEK BERLATARKAN PEPATAH BELAYAR SAMBIL MEMAPAN
MERAPAT SAMBIL BELAYAR

❑ Amir seorang yang rajin dan suka menolong orang.
❑ Amir kerap menyertai aktiviti kesukarelawanan di merata tempat melalui pelbagai

badan NGO.
❑ Daripada aktiviti yang Amir telah sertai, banyak pengalaman baru , cabaran dan

juga dia dapat merantau ke negeri orang sambil melakukan aktiviti tersebut.
❑ Amir sangat gembira melakukan aktiviti kesukarelawanan tersebut. Baginya ,

banyak hasratnya tercapai daripada aktiviti itu.
❑ Amir dapat merasai suasana di perkampungan pedalaman dan juga mengenali

ramai kawan baru daripada pelbagai negeri yang berbeza.
❑ Bagi Amir juga, dia berpendapat bahawa selagi dia mempunyai kudrat yang kuat,

dia akan terus melakukan aktiviti mulia ini bersesuaian dengan pepatah belayar
sambil memapan ,merapat sambil belayar.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah bijak dalam membahagikan masa dalam melakukan sesuatu
pekerjaan.

❖ Kita hendaklah menjadi insan yang sering mempermudahkan urusan orang dalam
sesuatu hal atau perkara.

KUIZ

2. Apakah maksud pepatah

belayar sambil memapan

merapat sambil belayar?

a) Membuat kerja lain

1. Pilih pepatah yang tepat dengan gambar di sementara menunggu kerja

atas? tetap

a) Belayar sambil memapan merapat sambil belayar b) Sekali melakukan kerja, dua

b) Beayar sambil merapat, memapan sambil belayar tiga maksud tercapai

c) Belayar sambil menambat merapat sambil c) Melakukan kerja dengan

belayar lambat dan tidak betul

5. Bagaimana acuan begitulah MAKSUD
kuihnya Seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau
ibunya.

• Acuan ialah bekas tempat menuang bahan sesuatu yg hendak dibentuk manakala kuih bermaksud makanan ringan

menggigit bersaiz kecil atau makanan pencuci mulut.
• Gambaran acuan dan kuih ini digunakan dalam pepatah ini kerana sekiranya kita menggunakan acuan sesuatu

bentuk untuk membuat kuih , kuih yang terjadi juga akan menyerupai bentuk tersebut dan tidak akan menjadi bentuk

lain.
• Begitulah juga konsepnya dalam kehidupan manusia, seseorang anak (kuih) itu akan mengikut perangai ibu atau

bapanya (acuan).

CERITA PENDEK BERLATARKAN PEPATAH BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH
KUIHNYA

❑ Nisah merupakan seorang remaja yang berusia 17 tahun.
❑ Nisah kerap berkunjung ke rumah rakan baiknya iaitu Siti untuk menyiapkan

kerja sekolahnya bersama-sama dengan Siti.
❑ Kedua orang tua Siti amat menyenangi sikap Nisah kerana Nisah seorang

yang sangat peramah dan juga sedia membantu Siti sekiranya ibu Siti tidak
dapat menghantar Siti sekolah.
❑ Pada satu hari, Siti mendapat khabar bahawa Nisah mengalami kemalangan
kecil.
❑ Siti dan kedua orang tuanya pergi melawat untuk melihat keadaan Nisah.
❑ Semasa di rumah Nisah, ibu bapa Nisah melayan Siti sekeluarga dengan
sangat baik dan peramah.
❑ Siti dan kedua orang tuanya tidak terkejut dengan sikap peramah Nisah itu
kerana bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.
❑ Sikap yang dimiliki oleh Nisah itu sama seperti kedua orang tuanya yang
menyebabkan dia disenangi oleh orang di sekelilingnya.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah mempunyai budi bahasa yang tinggi agar disenangi oleh orang
disekeliling kita.

❖ Kita hendaklah lebih menghormati dan menjaga tutur bicara ketika bercakap dengan
orang yang lebih tua.

KUIZ 2. Pilih situasi yang sesuai dengan
pepatah bagaimana acuan begitulah
1. Apakah maksud acuan? kuihnya
a) Bekas mengisi makanan
b) Bekas tempat menuang a) Sikap peramah yang dimiliki oleh Bella

bahan sesuatu yg hendak itu sama seperti kedua orang tuanya
dibentuk
c) Bekas mengisi air b) Perkara yang sudah terlambat untuk

dibetulkan

c) Melakukan dua kerja dalam satu masa

➢ berikut adalah pautan bagi kuiz pepatah

➢ https://wordwall.net/resource/9647892

BIDALAN

Menurut Za'ba (2002: 170), , Bidalan adalah susunan kata-
kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat
Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan,
teladan dan pengajaran.

1. Kalau tidak akan kerana angin MAKSUD
pokok tidak akan bergoyang jika sesuatu perkara itu tidak berlaku,
masakan orang memperkatakannya

• Gambar diatas merupakan gambar pokok yang bergoyang kerana adanya angin.
• Latar tersebut digunakan dalam peribahasa kerana mengikut logik akal manusia, pokok pastinya akan

bergoyang kerana adanya tiupan angina.
• Begitu juga dalam kehidupan, sekiranya ada sesuatu khabar atau perkara yang berlaku ,semestinya

ada yang sebab yang menjadikan perkara itu berlaku dan sekiranya perkara itu tidak berlaku masakan

orang memperkatanya. Sedikit sebanyak pasti ada yang betul tentang perkara tersebut.

CERITA PENDEK BERLATARKAN BIDALAN KALAU TIDAK AKAN
KERANA ANGIN POKOK TIDAK AKAN BERGOYANG

❑ Zizi merupakan seorang pekerja kilang tisu. Dia sudah berkerja di kilang tersebut
selama 10 tahun.

❑ Berikutan situasi terkini dengan penularan wabak COVID-19, kilang tersebut
ditutup sementara kerana produk yang dikeluarkan sudah terlalu banyak tetapi
tidak boleh dihantar ke pasaran antarabangsa.

❑ Zizi terpaksa mengikut arahan tersebut sehingga dia dipanggik bekerja semula.
❑ Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Zizi kerap mendengar rungutan dari rakan-

rakannya bahawa kilang itu akan membuang sedikit pekerjanya kerana kilang
tersebut tidak mampu membayar gaji pekerja yang terlalu ramai.
❑ Walaupun khabar itu belum sahih lagi tetapi kalau tidak akan kerana angin, pokok
tidak akan bergoyang.
❑ Zizi tetap menunggu keputusan rasmi daripada majikannya berkenaan isu
tersebut.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah sentiasa bersabar dalam menempuhi segala ujian dan cabaran

kehidupan.
❖ Kita hendaklah memastikan sesuatu khabar berita itu sahih sebelum menyebarkannya

kepada orang lain.

KUIZ

1. Apakah maksud bagi bidalan 2. Apakah pengajaran yang berkait
dengan bidalan kalau tidak akan kerana
kalau tidak akan kerana angin pokok angin pokok tidak akan bergoyang?
a) Kita hendaklah menerima sepenuhnya
tidak akan bergoyang?
apa yang disampaikan oleh orang
a) Jika sesuatu perkara itu tidak
b) Kita perlulah menyebarkan berita yang
berlaku, masakan
tidak pasti kepada orang lain
orang memperkatakannya
c) Kita hendaklah memastikan sesuatu
b) Orang yang suka mengambil tahu
khabar berita itu sahih sebelum
tentang hal orang lain
menyebarkannya kepada orang lain
c) Perkara buruk yang akan menimpa

seseorang

2. Belum duduk sudah MAKSUD
berlunjur Belum mendapat sesuatu yang dihajati
sudah bergembira terlebih dahulu

• Duduk merupakan perbuatan meletakkan badan bertumpu pada punggung (bersila, bersimpuh dan lain-

lain) manakala berlunjur pula perbuatan meluruskan kaki ke depan ketika duduk atau berbaring.
• Bidalan belum duduk sudah berlunjur menggunakan latar ini lebih untuk mempersoalkan bagaimana

orang yang belum duduk sudah berlunjur? Pastinya tidak boleh berlunjur jika belum duduk.
• Jadi, konsepnya dalam kehidupan kita bermaksud janganlah terlalu bergembira dengan sesuatu yang

belum terjadi lagi.

CERITA PENDEK BERLATARKAN BIDALAN
BELUM DUDUK SUDAH BERLUNJUR

❑ Abu seorang murid tingkatan tiga yang akan menduduki Pentaksiran Tingkatan
Tiga (PT3) pada tahun ini.

❑ Ayahnya, Encik Rahim telah berjanji kepada Abu, sekiranya Abu berjaya mendapat
sekurang-kurangnya 6A dalam PT3, Encik Rahim akan membelikan sebuah telefon
pintar seperti yang Abu minta sebagai hadiah.

❑ Abu pernah meminta ayahnya telefon pintar tersebut namun Encik Rahim tidak
bersetuju kerana harganya yang agak mahal.

❑ Abu sangat teruja selepas mendengar habuan yang bakal dia miliki sekiranya
mendapat keputusan yang cemerlang.

❑ Abu mulai leka dan sudah berangan terlebih dahulu jikalau telefon idamannya
dapat dimiliki satu hari nanti.

❑ Encik Rahim melihat riak wajah anaknya yang gembira dan tersengih-sengih
walaupun belum telefon tersebut belum ada di tangannya.

❑ Encik Rahim berkata kepada Abu, “jangan lah jadi orang yang belum duduk sudah
berlunjur” katanya sambil tersenyum.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah ikhlas dalam menimba ilmu dan bukan hanya semata-mata untuk
mendapatkan ganjaran.

❖ Kita janganlah terlalu berharap pada sesuatu yang belum pastinya terjadi kerana apabila
perkara itu tidak seperti yang kita inginkan, ianya akan menjadi perit untuk diterima.

KUIZ

1. Apakah maksud berlunjur? 2. Apakah maksud bagi bidalan
a) Perbuatan meluruskan kaki ke belum duduk sudah berlunjur?
a) Mendapat perkhabaran yang buruk
depan ketika duduk atau b) Belum mendapat sesuatu yang
berbaring.
b) Perbuatan meletakkan badan dihajati sudah bergembira terlebih
bertumpu pada punggung dahulu
c) Perbuatan merebahkan badan c) Gembira kerana sesuatu hasrat
pada sesuatu tempat tercapai pada waktu yang tepat

3. Sehari selembar benang, MAKSUD
lama-lama menjadi kain Usaha gigih yang berterusan
pastinya membawa kejayaan.

• Benang merupakan tali halus daripada kapas, sutera, dan lain-lain yang digunakan untuk

menjahit atau menenun manakala kain pula adalah barang yang ditenun daripada benang

kapas.
• Bidalan ini dicipta oleh masyarakat dahulu kerana digambarkan daripada selembar benang

yang dikait hari demi hari akan menjadi kain juga akhirnya.
• Begitulah juga dalam konsep kehidupan manusia, setiap pekerjaan yang dilakukan

memerlukan usaha yang gigih untuk sampai ke puncak kejayaan.

CERITA PENDEK BERLATARKAN BIDALAN SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-
LAMA MENJADI KAIN

❑ Remy merupakan seorang remaja yang baru mencuba nasib dalam bidang
pertanian khususnya menanam sayur-sayuran.

❑ Remy mengeluarkan modal sedikit untuk membeli baja, racun serangga dan lain-
lain untuk kegunaan tanamannya.

❑ Pada awalnya, tanaman Remy kurang mengeluarkan hasil dan terdapat juga
tanaman yang rosak akibat serangan serangga.

❑ Namun begitu, Remy tidak pernah berputus asa dan teruskan usahanya dalam
aktiviti pertaniannya yang diminati.

❑ Hari demi hari, tanaman Remy semakin subur dan mengeluarkan hasil yang
banyak.

❑ Remy mula memasarkan di sekitar pasar awam berdekatan pada setiap pagi.
❑ Remy sangat teruja kerana berkat kesabarannya, kesemua tanamannya

membuahkan hasil yang lumayan untuknya.
❑ Hal ini kerana Remy berpegang teguh dengan maksud bidalan iaitu sehari

selembar benang, lama-lama menjadi kain.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah rajin berusaha untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diinginkan.
❖ Kita janganlah cepat berputus asa dalam mencapai sesuatu matlamat dan impian

hidup.

KUIZ 2. Apakah pengajaran yang sesuai
dengan bidalan Sehari selembar
Usaha gigih yang berterusan benang, lama-lama menjadi kain?
pastinya membawa kejayaan . a) Kita hendaklah bersabar atas ujian

1. Apakah bidalan yang bersesuaian yang menimpa diri
dengan penyataan di atas?
a) Sehari selembar benang, lama-lama b) Kita hendaklah rajin berusaha untuk

menjadi kain mendapatkan sesuatu hasil yang
b) Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi
diinginkan.
bukit
c) Segenggam jadi segantang c) Kita hendaklah berbuat baik dengan

semua orang.

4. Ada udang di sebalik MAKSUD
batu Ada motif tersembunyi di sebalik
perbuatan

• Bidalan ini menggunakan latar udang dan batu kerana udang akan sentiasa bersembunyi dibalik batu agar tidak
kelihatan oleh mangsanya atau musuhnya dengan jelas. Jika ada anak ikan atau makanan yang lalu didepannya maka
udang itu akan menyambarnya sebagai makanan.

• Dalam masyarakat moden orang bersifat seperti ini memang wujud dimana mereka akan memberikan apa juga
bantuan diperlukan mangsa tetapi akhirnya dia tanpa segan silu akan meminta balasan dari apa yang telah diberikan
sebelum ini. Ini menyebabkan mangsa akan menjadi serba salah untuk membantunya walau pun ia bertentangan
dengan norma biasa. Ia merupakan satu perangkap untuk mengenakan mangsa dan memang semua orang perlu
sentiasa berhati-hati dengan orang seperti ini.

CERITA PENDEK BERLATARKAN BIDALAN ADA UDANG DI SEBALIK BATU

❑ Fahmi dan Alina merupakan pekerja di Syarikat Perniagaan Wakim iaitu sebuah
syarikat pengeluar barangan plastik.

❑ Fahmi sudah bekerja di syarikat tersebut hampir 5 tahun manakala Alina pula baru
dua bulan bekerja di situ.

❑ Pada bulan kedua, Fahmi mulai perasan kehadiran Alina di syarikat tersebut.
❑ Sejak ternampak Alina, Fahmi amat berkenan untuk mengenalinya dengan lebih

dekat.
❑ Fahmi mengambil langkah pertama dengan membelikan sejambak bunga dan

coklat kemudian dia meletakkannya di atas meja Alina.
❑ Alina tertanya-tanya dengan perbuatan Fahmi yang kerap memberinya hadiah.
❑ Tindakan Fahmi itu pastinya ada udang di sebalik batu hanya kerana dia ingin

memikat hati Alina.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah berterus terang jika menginginkan sesuatu daripada orang lain.
❖ Kita hendaklah berusaha dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan sesuatu yang

diinginkan.

KUIZ

2. Apakah maksud bagi bidalan

ada udang di sebalik batu?

a) Ada motif tersembunyi di sebalik

1. Apakah bidalan yang perbuatan
berkait dengan gambar di
atas? b) Perbuatan jahat yang

a) Ada udang di sebalik mi disembunyikan

b) Ada udang di sebalik cawan c) Keadaan yang tidak bernasib

c) Ada udang di sebalik batu baik

5. Berjagung-jagung dahulu MAKSUD
sementara menanti padi Melakukan satu kerja sambilan sementara
masak menunggu hasil daripada kerja utama

• Bidalan ini menggunakan latar jagung dan padi untuk menggambarkan pesawah yang selalu menanam padi

dan mereka tidak menantikan padi di bendang meranum untuk meraih hasil tetapi akan melakukan

pekerjaan lain tujuan untuk menambahkan daya hasil dan menambahkan pendapatan.
• Pesawah akan membuat kerja lain sambil selalu pantau sawah padi selama 100 hari untuk mengisi waktu

senggang dengan kerja-kerja yang berfaedah.
• Begitulah juga konsepnya dalam kehidpan manusia, kita juga boleh melakukan pekerjaan sambilan

sementara menunggu hasil daripada pekerjaan utama kita.

CERITA PENDEK BERLATARKAN BIDALAN
BERJAGUNG-JAGUNG DAHULU SEMENTARA MENANTI PADI MASAK.

❑ Huda seorang remaja lepasan diploma kejuruteraan awam di Politeknik Merlimau.
❑ Huda sudah menganggur selama setahun sementara menunggu pekerjaan yang

diminati dan bersesuaian dengan taraf pendidikannya itu.
❑ Kemudian, bapanya menasihati Huda untuk memohon apa-apa pekerjaan lain

sementara menunggu pekerjaan yang tetap.
❑ Huda bersetuju dan bercadang untuk bekerja di kilang berdekatan dengan

rumahnya sahaja kerana lebih mudah dan jimat.
❑ Selepas beberapa bulan bekerja di kilang tersebut, Huda mendapat tawaran

bekerja di sebuah syarikat dengan jawatan yang dikehendakinya iaitu pembantu
jurutera.
❑ Oleh itu, Huda perlulah mengamalkan peribahasa berjagung-jagung dahulu
sementara menanti padi masak.
❑ Berkat kesabarannya Huda dapat juga pekerjaan yang diinginkan.

PENGAJARAN

❖ Kita hendaklah bersabar dalam melakukan apa jua pekerjaan.
❖ Kita hendaklah mendengar nasihat daripada orang yang lebih terutamanya

ibubapa kita.

KUIZ

2. Apakah maksud bagi bidalan

berjagung-jagung dahulu

sementara menanti padi masak?

1. Apakah bidalan yang sesuai dengan a) Melakukan satu kerja sambilan
gambar latar di atas?
sementara menunggu hasil

a) Seperti resam padi, makin berisi makin tunduk daripada kerja utama

b) Berjagung-jagung dahulu sementara b) Melakukan satu pekerjaan biarlah

menunggu padi masak sampai ke penghujungnya

c) Tanam padi tumbuh lalang c) Melakukan seuatu kerja dengan

d) Bagai jagung ditepi padi bersungguh-sungguh

➢ berikut adalah pautan bagi kuiz bidalan

➢ https://wordwall.net/resource/9654264


Click to View FlipBook Version