INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PDP PAKK) (AMBILAN OKTOBER 2021 SEMESTER 5) UNIT BERUNIFORM (MPU2101D) DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR NORATIQAH BINTI MOHD AJIB ANGKA GILIRAN 2021192380030 NOMBOR KAD PENGENALAN 931204-10-5302 KUMPULAN PDP PAKK OKTOBER 2021 (B2) NAMA KERJA KURSUS TUGASAN 1: CATATAN LOG NAMA PENSYARAH ENCIK BADRUL ZAMAN BIN MOHD RAZALI TARIKH HANTAR 13 MARCH 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
PENGHARGAAN Pertama sekali, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan rahmatNya, dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Unit Beruniform, Encik Badrul Zaman bin Mohd Razali, yang memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga catatan buku log ini dapat diselesaikan dengan sempurna. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekelas saya, PAK B2 serta rakanrakan dari kelas PAK B1 yang membantu saya dalam memotivasikan saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dari setiap pihak yang terlibat, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan usaha, buah fikiran dan motivasi bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar.
BIODATA NAMA : NORATIQAH BINTI MOHD AJIB UMUR : 30 TAHUN TEMPAT TINGGAL : KUALA LUMPUR PEKERJAAN : GURU STATUS : BERKAHWIN ANGKA GILIRAN : 2021192380030 NO KAD PENGENALAN : 931204-10-5302 KUMPULAN : B2 EMAIL : [email protected]
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM 1 2.0 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN 26 3.0 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN 67 4.0 LAPORAN 83 5.0 RUJUKAN 85 LAMPIRAN 86
1 1.0 PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM 1.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH & BSMM 1. KEMANUSIAAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. la memupuk persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian antara manusia. 2. KESAKSAMAAN Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau perbezaan politik. Tujuan asalnya adalah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius. 3. BERKECUALI Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi manamana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. 4. KEBEBASAN Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga kebebasannya perikemanusiaan. dalam yang berasaskan segala tindakannya. 5. KHIDMAT SUKARELA Satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan. 6. BERSATU Hanya terdapat satu PBSM atau Palang Merah di dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. 7. KESEJAGATAN Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu antara satu sama lain.
2 1.2 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang-undang. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. Antara fungsi perlembagaan atau undang-undang adalah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk. 1.2.1 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM: "Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera dan pihak yang tiak berperang, kepada orang tawanan perang dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajiban ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva." 1.2.2 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:. Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3 : Objektif Peraturan 4 : Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli jawatankuasa Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8: Kewangan Peraturan 9: Penyertaan Peraturan 10 : Aktiviti Peraturan 11: Peraturan-peraturan Peraturan 12: Pindaan perlembagaan
3 Peraturan 13: Pembubaran persatuan Peraturan 14: Tindakan disiplin Peraturan 15 Hal-hal lain * Perkara-perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah : i) Lencana / logo persatuan ii) Cogan kata / moto iii) Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan cawangan iv) Pendaftaran persatuan v) Jawatankuasa kecil 1.3 LAMBANG & BENDERA PALANG MERAH DAN BSMM 1.3.1 LAMBANG PALANG MERAH Lambang perkhidmatan perubatan dalam perang dan dimasukkan dalam peraturan peperangan. Dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans dan pasukan keselamatan serta dipakai pada lengan orang yang menandakan berada di pihak yang neutral. Bangunan, kenderaan atau orang yang ada lambang ini tidak boleh diserang dan perlu diberi perlindungan dan pertolongan oleh mana-mana pihak. Rajah 1: Lambang Palang Merah 1.3.2 LAMBANG BSMM Bulan Sabit Merah - Berasal dari lambang palang merah yang telah diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929. Lambang ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan.
4 Rajah 2: Lambang Bulan Sabit Merah Berikut adalah panduan dan ukuran piawai bagi lambang Bulan Sabit Merah seperti mana dikeluarkan oleh pihak International Federation of Red Cross dan Red Crescent pada Jun 2008. Sesiapa yang mempunyai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah, tetapi tidak semestinya dilindungi oleh Konvensyen Geneva. Rajah 3: Ukuran Piawai Lambang Lambang ini tidak boleh dilukis atau diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai dan tiada sebarang elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih itu. Di bawah ini pula adalah ukuran piawai bagi bendera Bulan Sabit Merah. Contoh yang diberikan adalah berdasarkan kepada saiz bendera berukuran 150cm panjang dan 100 cm lebar. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi bendera yang mempunyai lambang hendaklah juga mengikut nisbah ukuran piawai yang telah ditetapkan.
5 Rajah 4: Ukuran Piawai Bendera Rajah 5: Bendera BSMM 1.3.3 LAMBANG PERSATUAN ANTARABANGSA PERSATUAN- PERSATUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH (IFRC) IRCS dan IFRC berhak menggunakan lambang Palang Merah/ Bulan Sabit Merah/ Kristal Merah pada setiap masa iaitu sewaktu konflik atau aman. Peranan lambang ini adalah untuk mengenal pasti seseorang atau objek sebagai tidak boleh diserang dan adalah di bawah perlindungan undangundang kemanusiaan (tanda perlindungan). Lambang IFRC mempunyai segi empat bergaris merah di latar belakang. Rajah 6: Lambang Persatuan Kebangsaan
6 1.4 COGAN KATA "Cergas pada masa aman dan perang" 1.5 PERSETIAAN / IKRAR DAN UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN BSMM "Bahawa kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar, taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Pemerintah-pemerintah di negeri kami, berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Bahawa kami berikrar, akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Undang-undang yang lain dan arahan walaupun di mana jua kami berada. Bahawa kami berikrar, akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami, kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman dan bencana berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN BERKECUALI KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN 1.6 LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Lagu "Bulan Sabit Merah" untuk pertama kalinya telah dimainkan pada tahun 1975 dalam satu majlis sempena penukaran nama persatuan dari Pertubuhan Palang Merah Malaysia (Malaysian Red Cross Society) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (Malaysian Red Crescent Society. Kini, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) kali ke-116 pada 25 Mac 2007, persatuan ini lagi sekali melalui penjenamaan semula dan dinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent) atau secara ringkasnya disebut BSMM.
7 1.6.1 LIRIK LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bulan Sabit Merah di Malaysia Giat berjasa untuk negara Tidak kira kaum dan agama Waktu Aman atau Bahaya Di mana jua adanya sengsara Di sana ada kita Di darat dan laut kita bersedia Walaupun diancam bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu semua yang menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan tabah dan bersemangat Lirik: Tan Sri Dato' Dol Ramli Lagu: Dato' Johari Salleh
8 1.6.2 LIRIK LAGU TEMA BSMM: HULURKAN TANGAN Di malam sepi Risaunya hati Saudara tak bererti lagi Tenangkan fikiran Hulurkan tanganmu Kan tercapai dunia damai milikmu Milikku Kerana.......... Kedamaian Hasil jiwa murni Rela, tabah hati Sedia memaafkan Kau kan tahu Kita bersaudara Renungkanlah Biar kau dan aku Terangi dunia Mara ke hadapan Hulurkanlah......... Tanganmu untuk dunia damai
9 1.7 SEJARAH UNIT BERUNIFORM BSMM 1.7.1 PENGASAS PERGERAKAN PALANG MERAH Rajah 7: Jean Henry Dunant (1828-1910) Dia ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino, Itali Utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Selain itu, sebuah buku kenangan dan pengalamannya "A Memory Of Solferino" telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah. Dalam buku tersebut mencadangkan bahawa membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan serta mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu. Hasilnya, pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri. 1.7.2 SEJARAH PENGASAS Jean Henry Dunant lahir pada 8 Mei 1828. Beliau terkenal dengan gelaran bapa palang merah. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta manakala ibunya seorang penyayang dan patuh pada arahan agama. Beliau aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan orang kristian dan yahudi menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva ( objektif : membantu penduduk miskin dan sakit melawat penjara untuk memulihkan banduan ). Pada usia 30 tahun minatnya adalah kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France, dan Belgium yang
10 terkenal dengan nama Young Mens Christian Union dan di England dikenali sebagai Young Mens Christian Association. Pada 1853, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan. Beliau menentang dan mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja. Hasil desakan Dunant, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855. Pada 1849, Dunant bekerja sebagai perintis dalam sebuah syarikat bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan bank. Disebabkan ketekunannya itu dia telah diberi tugas sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di Algeria yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif. Beliau berhenti berkerja dan bekerja sendiri. Beliau akhirnya berjaya dalam perniagaan. Pada Jun 1859 dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali apabila sampai di Castiglione della Piere ketika pertempuran di Solferino mula meletus. didapatinya banyak mangsa peperangan yang mati dan sakit. Beliau cuba membantu orang yang sakit dengan sedaya upaya. Pengalaman ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan. Beliau cuba menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan peperangan dapat diringankan. "Kenangan di Solfarino" buku yang ditulis olehnya adalah permulaan bagi kerjayanya. menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara ianya telah mendapat sambutan yang luar biasa. Konsep, trinity antarabangsa di antara negara untuk menentukan penjagaan orang sakit telah menarik minat ramai. Pada 1863 dan 1864, kejayaannya meningkat dan selepas itu menurun ini adalah kerana orang ramai memberi sokongan kepada beliau setelah itu jawatankuasa Palang Merah ditubuh setelah itu pula persidangan diadakan dalam transformasi itu beliau menyepikan diridan tempatnya itu digantikan oleh orang lebih praktikal 1865 & 1866 pernyataannya semakin merosot ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Pada tahun 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant urusan perniagaan yang diabaikannya juga turut merosot beliau terpaksa menggunakan hartanya untuk membayar hutangpiutang - ekoran daripada itu beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva (pada usia 39 tahun). 20 tahun kemudian, Dunant menghadapi hidup yang paling malang, beliau terpaksa hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya. Kadang kala beliau muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali dan England untuk diberi penghormatan atas sumbangan tertubuhnya Palang Merah dan projek-projek lain walau bagaimanapun beliau terpaksa hidup keseorangan. Pada Julai 1887 dalam usia 59 tahun beliau kelihatan sangat tua akibat kekecewaan yang dialami selama 20 tahun namun penduduk di bandar kecil Heidden, Switzerland mengenalinya di tempat tinggalnya itu ramai orang yang menghormatinya pada suatu waktu beliau menaruh minat dalam pergerakan yang beliau pelopori beliau juga turut dihubungi oleh rakan lama beliau 1892, kerana gangguan kesihatan beliau telah dimasukkan ke hospital dan hidup di sana selama 18 tahun.
11 Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat tahu mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant ekoran wawancara itu seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun dalam keadaan daif berbagai pihak mahu membantu beliau sebagai pengiktirafan terhadap khidmatnya sampai melalui surat oleh pihak atasan dan bawahan dari jauh dan dekat. Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910, beliau telah meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan. 1.8 SEJARAH PENUBUHAN 1.8.1 SEJARAH BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah Permulaan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan). Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. 1.8.2 TUJUAN PENUBUHAN ■ Tujuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan, keselesaan dan membantu jika diperlukan, pertama di negara kita Malaysia dan kedua kepada negara-negara jiran. ■ Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. ,
12 1.8.3 ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN i. Istiadat Perhimpunan ii. Istiadat Meningkat Naik
13 iii. Istiadat Melantik
14 1.9 STRUKTUR DAN ORGANISSI PERTUBUHAN 1.9.1 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT ANTARABANGSA Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan iaitu: - Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) - Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) - Persatuan-persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Kebangsaan
15 1.9.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN/ NEGERI DAERAH/ IPGICRC
16 STRUKTUR DAN ORGANISASI CAWANGAN
17 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT IPG 1.9.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH DAN KUMPULAN
18 1.9.3 FUNGSI MAJLIS TADBIR ❖ Memperkasa dan memartabat profesionalisme ahli di bidang masing- masing. ❖ Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan sesama ahli. ❖ Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa. ❖ Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang dengan pihak pengurusan yang berkaitan bagi tujuan memartabatkan kepentingan kedua-dua pihak. 1.10 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1.10.1 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN ➤ Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik ➤ Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. ➤ Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di ibu pejabat kebangsaan. ➤ Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. ➤ Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. Jawatankuasa Eksekutif Catatan Keahlian biasa - Yuran tahunan sekurang-kurangnya RM2 setahun - Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. Ahli seumur Hidup - Permohonan di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan - Yuran: tidak kurang daripada RM1000 Ahli Kehormat Seumur Hidup - Dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan - Tidak melebihi 4 orang setiap tahun Pasukan Bantuan Sukarela Yuran: RM2 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun. Ahli Belia - Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan - Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak (Link) - Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda
19 (Junior) - Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di Unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment- VAD) Pendaftaran Kumpulan ➤ Pasukan kanak-kanak ➤ Pasukan Belia ➤ Pasukan Belia Terbuka ➤ Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam ➤ Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam ➤ Pasukan Bantuan Sukarela di IPT 1.10.2 KUASA PENGANJUR
20 1.10.3 STRUKTUR UNIT Struktur unit terdiri daripada: ✦ Kanak-kanak (Link) ✦ Belia (Youth) - Pasukan Bantuan Sukarela ✦ Ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang- kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. ✦ Setiap unit mempunyai pegawai masing-masing. ✦ Bagi Unit kanak-kanak pula, Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. ✦ Setiap unit berdaftar mempunyai nombor unit yang khas yang menunjukkan unit itu dari Cabang mana dan dari bahagian apa ✦ Contoh: Unit PK (Y) 118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak (ditunjukkan oleh huruf ('PK') merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan. 1.10.4 PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/ LAPORAN AKTIVITI ✓ Satu cara pelaksanaan komunikasi atau penyampaian dari sesuatu pihak ke pihak yang lain. ✓ Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan sesuatu perkara atau sesuatu aktiviti serta penglibatan seseorang. ✓ Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan mingguan atau harian sesuatu aktiviti. ✓ Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz buku log (21cm x 32cm). ✓ Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik agar tidak mudah rosak. 1.10.5 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Jawatan Tugas Pengerusi - Menjadi pengerusi persatuan - Menjalankan tugas yang diberikan oleh guru dan menggerakkan persatuan - Menyertai setiap aktiviti yang dijalankan Timbalan Pengerusi Menjalankan tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan pengerusi sekiranya tidak hadir Setiausaha - Menulis minit mesyuarat
21 - Menulis laporan aktiviti mingguan Bendahari - Menerima wang bagi pihak persatuan - Menyimpan buku kira-kira AJK Kecil Sebagai wakil untuk memberitahu ahli-ahli persatuan mengenai aktivitiaktiviti atau mesyuarat yang akan diadakan 1.10.6 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
22 Pakaian Seragam Lelaki (Pegawai)
23 Pakaian Seragam Perempuan Kelengkapan Pakaian:
24 Berikut adalah pakaian dan kategori pangkat bagi pemimpin BSM
25 1.10.7 TAKWIN DAN RANCANGAN AKTIVITI Contoh Takwin dan rancangan aktiviti: BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN 1 21/2/2016 Mesyuarat Agong 2016 - Perlantikan jawatankuasa baru 2016 Semua guru penasihat 2 11/4/2016- 25/4/2016 Sejarah dan ikrar PBSM Guru penasihat 3 2/5/2016 Lagu PBSM, salin lirik dan hafal Guru penasihat 4 13/6/2016 Asas pertolongan cemas – Menyalin Nota Guru penasihat 5 4/7/2016 Ikatan anduh dan balutan -Belajar cara-cara ikatan dan balutan Guru penasihat 6 25/7/2016- 15/8/2016 Kawad kaki – Belajar asas kawad kaki Guru penasihat 7 5/9/2016 Kuiz Kesihatan Guru penasihat 8 20/9/2026 Jenis-jenis penyakit Guru penasihat 9 3/10/2016- 17/10/2016 Panduan rawatan kecemasan -Teori dan Praktikal Guru penasihat 10 20/10/2016 Perkhemahan Unit Beruniform Guru penasihat 11 25/10/2016 Gotong royong bilik darjah dan persekitaran sekolah Semua guru penasihat 12 1/11/2016 Mesyuarat penutup 2016 Laporan aktiviti 2016 Perancangan 2017 Semua guru penasihat
26 2.0 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN 2.1 KRAF PERKHEMAHAN Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semula jadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. Kemahiran kraf perkhemahan melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya. Matlamat kemahiran kraf tangan adalah seperti berikut: ✓ Menggalakkan daya pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad. ✓Menguji keupayaan dan kebolehan seseorang menghasilkan kraf yang berkualiti. ✓ Menanamkan semangat kerjasama dalam kumpulan. ✓ Menimbulkan keseronokan dan minat terhadap aktiviti luar. ✓ Menimbulkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan in pemuliharaan alam sekitar. ✓ Mengajar peserta supaya tidak membazirkan masa. ✓ Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan peserta perkhemahan. ✓ Meningkatkan daya kreativiti seseorang. ✓ Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya. ✓ Memupuk perasaan cinta terhadap terhadap alam semula jadi dan mensyukuri ciptaanNya. 2.1.1 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang boleh memenuhi masa lapang dan sering dianjurkan oleh sekolah-sekolah. Perkhemahan melibatkan melibatkan beberapa aspek iaitu perancangan, pengurusan dan penjagaan khemah. Tempat perkhemahan dan kemudahan prasarana yang disediakan perlu dikenal pasti dahulu sebelum memulakan aktiviti perkhemahan dan memastikan kesihatan fizikal dan mental berada di tahap optima sebelum melakukan aktiviti perkhemahan. Pengurusan Khemah Penjagaan Khemah -Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/ tiang khemah berada dalam keadaan baik. -Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan pancang tiang. -Letakkan pelincir pada zip -Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan binatang mencari dan merosakkan khemah. -Sentiasa membersihkan khemah selepas trip dan memeriksa setiap kotoran dan sisa sampah yang tertinggal. -Pastikan khemah berada dalam keadaan kering. -Sekiranya khemah berada dalam keadaan basah, elakkan daripada menekan, menarik atau apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
27 untuk mengelakkan zip daripada jem dan menyebabkan susah untuk dibuka. -Jangan menggunakan bahan api atau membuat pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah. Menggunakan peralatan yang berkuasa bateri di dalam khemah untuk mengelakkan mudarat yang berlaku. 2.1.2 JENIS-JENIS KHEMAH Jenis-jenis Khemah Keterangan Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. la diperbuat daripada bahan nilon (nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat. Sangat sesuai untuk outdoor yang ramai ataupun sedikit. Kapasiti bergantung pada saiz. A-Frame Tent Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk khemah bersegi tiga. Khemah jenis ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal. Hoop Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk terbular. Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isi padu yang lebih luas dengan permukaan yang sama. Khemah jenis ini kukuh dan kuat. Khemah Avian Mempunyai satu atau dua pole tegak. Flaysheet dibentangkan untuk menutupi bahagian dalam. Ia selalu digunakan untuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaan cuaca yang elok.
28 Wedge Dua gegelung separa bulatan yang disambungkan di tengah-tengahnya dan membentuk khemah sama ada bentuk petak atau bulat. Ia adalah khemah yang sangat popular kerana menggabungkan kekukuhan dan kurang menggunakan material yang berat. Pyramid Satu poles di tengah-tengah dan flysheet ditarik dan dibentangkan di sekeliling tiang membentuk poket berbentuk piramid. Ia jarang digunakan untuk perkhemahan kerana bentuknya tidak begitu sesuai. . 2.1.3 TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, gajet merujuk kepada alat-alat atau mesin kecil. Selain itu, gajet juga merupakan binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan alam sekitar perkhemahan dan dicantum atau dikukuhkan dengan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. 2.1.4 TUJUAN MEMBUAT GAJET i. Sebagai tempat menyimpan, menyusun dan mempamerkan bahan, peralatan, pakaian serta maklumat di tapak perkhemahan. ii. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam. iii. Melindungi makanan daripada tercemar dengan serangga-serangga perosak. iv. Meningkatkan taraf kehidupan di kem perkhemahan seperti keselesaan, kemudahan serta kebersihan. v. Memudahkan untuk merujuk atau mendapatkan maklumat. vi. Memudahkan kerja memasak dan menghidang makanan. vii. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera. 2.1.5 FAEDAH MEMBUAT GAJET a. Memupuk perasaan cinta akan alam semulajadi dan mensyukuri ciptaan Tuhan. b. Mengetahui cara untuk mencari ikhtiar hidup apabila berada di dalam hutan.
29 c. Memahami habitat dan alam semulajadi seperti tahu kegunaan kayu, ranting serta akar-akar pokok. d. Menggalakkan masyarakat untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan. e. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan ahli. f. Menanam semangat kerjasama untuk menyiapkan gajet dalam tempoh singkat. 2.1.6 PRINSIP MEMBUAT GAJET Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan kepada yang lain. Prinsip membuat gajet adalah seperti berikut: ܀ Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan boleh patah atau roboh ܀ Gunakan ikatan yang betul ܀ Gunakan bahan semulajadi ܀ Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran ܀ Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal ܀ Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu ܀ Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet ܀ Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai Buat gajet ciptaan atau rekaan sendiri 2.1.7 JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA
30 Jenis Gajet Contoh Gajet Kegunaan Kawasan dapur dan yang berkaitan -Rak pinggan mangkuk -Rak alatan tajam seperti pisau, parang, dan kapak -Meja makan -Penyangkut cawan/ gelas -Rak penyimpan kayu api/ tong gas -Penyangkut periuk dan cerek untuk masak -Gajet gerobok (camp larder) -Tempat menyimpan bahanbahan masakan -Melindungi makanan dari tercemar. -Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidangkan makanan. -Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam. -Peralatan dapur tersusun rapi dan kemas. Kawasan pintu Terletak di bahagian hadapan sekali: -Bahagian pintu hadapan -Bahagian pagar -Bahagian pintu belakang Variasi pintu hadapan: -Tulis nama patrol dengan bahan-bahan semula jadi - Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri Bahagian pagar -Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan kemas dan teratur serta adanya kawalan keselamatan. -Mercu tanda perkhemahan iaitu pintu gerbang dan tiang bendera. -Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan. -Penanda kawasan sempadan dan kawalan keselamatan
31 Kawasan tempat tinggal -Rak kasut -Rak beg -Rak peralatan -Meja tulis -Kerusi -Papan kenyataan -Buaian -Penyangkut lampu -Penyapu -Fitting room dan lain-lain -Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan. -Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat. -Kekemasan dan keselamatan terjamin. Kawasan tempat basuhan -Tempat meletak besen air -Tempat menyimpan alat pergigian -Tempat menyimpan sabun -Tempat menggantung tuala mandi -Kawasan tempat basuhan -Memudahkan penyimpanan dan penyusunan Kawasan pengeringan -Ampaian pakaian -Menyidai pakaian -Menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
32 Lain-lain -Tiang bendera -Menara pemerhati -Gendang/ Kantung Kem -Gajet pembawa barang (Indian Travois) -Gajet pondok lalang (tempat berteduh) 2.2 IKHTIAR HIDUP Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman. 2.2.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS IKHTIAR HIDUP Prinsip Keterangan 1. Kemahuan Segala daya usaha untuk terus hidup termasuklah kemahuan mencari sumber makanan dan minuman melalui pemasangan jerat, perangkap dan sebagainya. 2. Mengatasi ketakutan Ketakutan datang dari kelemahan diri sendiri. Antaranya takut kepada ancaman liar, ketiadaan makanan dan minuman serta takut dengan benda yang tidak pernah ditemui. 3. Peralatan ikhtiar hidup Peralatan yang ringan, kecil serta mudah dibawa. (pisau, mata pancing, pemetik api, garam) 4. Undang-undang asas ikhtiar hidup ♦ Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. ♦ Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak dibina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan. ♦ Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran. ♦ Elakkan dari merasa risau. Kerisauan hanya menolong merendahkan
33 semagat kita sahaja. Fikirkan apakah masalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain. ♦ Berhenti awal di siang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Situasi Ikhtiar Hidup ✓ Kehabisan bekalan makanan dan minuman ✓ Ancaman binatang ✓ Masalah perlindungan ✓ Lain-lain Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan), fizikal (kecergasan, stamina), teknikal (kemahiran), dan material (peralatan, pakaian dan bekalan). Punca Situasi Ikhtiar Hidup: ✓ Kelalaian manusia sendiri sama ada di peringkat perancangan, persiapan atau peringkat pelaksanaan aktiviti ✓ Kurang pengetahuan dan kemahiran Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup: ✓ Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar sentiasa terdedah pelbagai cabaran dan risiko. Terdapat 5 elemen utama dalam ikhtiar untuk hidup: ✓ Fire (Api) ✓ Food & Drink (Makanan & Minuman) ✓ Shelter (Tempat perlindungan) ✓ First Aid ✓ Signaling (Memberi Isyarat)
34 2.2.2 MASAKAN SOLAR/ RIMBA/ KELOMPOK Jenis Masakan Keterangan Penyediaan/ Kaedah MASAKAN SOLAR - Masakan solar amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia. - Banyak kebaikan iaitu menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang murah, mengurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas - Masakan solar ini sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan Penyediaan: Bahan untuk membuat dapur: MATERIALS FOR KIT: -1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium/ 1 can aerosol paint (for aluminium) -panci atau periuk nipis/ thin pot for cooking gam/ glue -pelekat kertas/ paper binding tape -foil aluminium/ aluminium foil -kotak besar/ big size empty boxes MASAKAN RIMBA - Memasak tanpa peralatan bermaksud tanpa memasak menggunakan perkakas dapur -Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh digunakan - Dikenali sebagai 'backwoodsman; atau masakan rimba. - Kerajang aluminium, tin, dawai digunakan Kaedah Masakan Rimba: 1. Memasak menggunakan makanan sebagai bekas. 2. Memasak menggunakan daun 3. Memasak menggunakan ranting dan dawai 4. Memasak menggunakan kepingan kepingan batu 5. Memasak menggunakan buluh
35 2.2.3 MEMBUAT PERANGKAP Perangkap terbahagi kepada 2 adalah seperti yang berikut: Perangkap Berumpan Perangkap tanpa umpan - Kadang kala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan. - Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap. - Tentukan binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang sesuai. - Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang. - Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum. - Jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang. - Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang, landak, rusa. JERAT BIDAS: ● Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak ● Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat ● Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung dan juga tupai. 2.3 KEBUDAYAAN Menurut Kamus, kebudayaan dimaksudkan sebagai satu cara kehidupan. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Menurut Ralph L. Beals dan Harry Hoijer dalam bukunya An Introduction to Antropology menyatakan konsep kebudayaan ialah mengenal pasti kelakuan yang biasa dipraktikkan, diperolehi melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat. 2.3.1 NYANYIAN/ LAGU PERKHEMAHAN Tujuan: i. Melahirkan ahli BSMM yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi Negara dan negeri mengikuti protokol yang betul. ii. Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara semasa menyanyikan lagu patriotik.. iii. Memastikan ahli-ahli tahu menyanyikan dan menghayati seni kata lagu BSMM dengan baik.
36 Panduan Mengajar Nyanyian: a. Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang pendek, mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya. Melodi, irama dan lirik yang menarik senang diingati. b. Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih sebelum mengajar kepada para ahli. c. Nyanyikan berulang kali untuk para ahli mendengarkannya. d. Nyanyian lagu dengan pic yang sederhana tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah e. Para jurulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap para ahli supaya mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi. f. Nyanyian jurulatih dan para ahli perlu jelas dan tepat nada serta sebutannya walaupun menggunakan bahasa lain atau dialek daerah. Lagu-lagu: i. Lagu Kebangsaan ii. Lagu Perkhemahan KALAU RASA GEMBIRA Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira begini la caranya Kalau rasa gembira, tepuk tangan. tepuk peha, hentak kaki, petik jari, (tak bunyi)
37 kata horey SAYONARA Sayonara, Sayonara Sampai jumpa lagi 2x Buat apa susah, 2x Susah itu tiada gunanya, 2x Ingat-ingat itu remember, Jangan lupa itu don't forget, Saya sayang i love you, Hanya engkau only you MANDOLO Mandolo, mandolo di papa le 2x Ala tendang, ala tendang Ala tendang, ala tendang, tendang Berkhemah, mari kita berkhemah, khemah 2 x Ala hujan, ala hujan, ala hujan Ala hujan, basah !!! Memasak, mari kita Memasak, Memasak 2x Ala hangit, ala hangit, ala hangit Ala hangit, nasik !!! Berlari, mari kita Berlari, Berlari 2 x Ala letih, ala letih, ala letih Ala letih, pancit !!! Menyanyi, mari kita Menyanyi, Menyanyi 2 x Ala hujan, ala hujan, ala hujan Ala hujan, basah !!! BURUNG HANTU Mata hari terbenam Hari mulai malam Terdengar burung hantu Suara sungguh merduu
38 2 kumpulan berlawan bunyi (KUKKU) ikut arahan tangan akela@ guru tunjuk kuku murid sebut. 2.3.2 PERMAINAN Permainan adalah salah satu aktiviti dalam bidang BSMM. Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan menerapkan penguasaan kemahiran, semangat kerjasama, kepekaan dan kepimpinan di samping memberi elemen keseronokan kepada ahli. Contoh permainan adalah seperti berikut: Jenis Permainan Cara Bermain Harta Karun - Alatan: Peta lakaran, peta topo, arahan/tugasan, kompas, objek seperti kacang, gula-gula (sebagai 'Harta Karun'). - Satu peta kasar (dengan bertanda X) yang menunjukkan tempat sesuatu objek disembunyikan diletakkan di satu tempat, misalnya: di kawasan padang. Pada peta itu, boleh disertakan arahan lain untuk dijalankan oleh ahli BSMM itu. Bereng kompas boleh diberi untuk panduan ahli BSMM mencari arah lain sehingga terjumpanya 'Harta Karun' itu. Nature's Hunt - Ahli-ahli BSMM dikehendaki mencari ilmu kejadian seperti serangga, daunbuahan, bunga dan lain-lain. - Tuliskan arahan atau tugasan di kertas dan masukkan ke dalam sampul surat. Lebih elok adakan satu cerita, misalnya: Wahai pahlawan-pahlawan yang pengecut, tibalah masanya untuk menunjukkan kegagahanmu kerana puteri beta telah dihinggapi penyakit angau dan dukun beta berkehendakkan bendabenda sebagai ubat: Seekor semut, seekor nyamuk, seekor belalang, daun ketapang, lalang, buah jambu... Benda- benda yang dikehendaki hendaklah yang boleh didapati/ perolehi di kawasan itu dan senarai yang diberi kepada setiap patrol hendaklah berlainan/ berbeza. Ibu Ayam - Seorang ahli BSMM menjadi 'helang' dan pemimpin/ketua patrol menjadi ibu ayam. Semua ahli BSMM dibahagikan kepada beberapa petrol. Setiap patrol memilih nama seekor burung. Ibu ayam akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut nama burung yang telah dipilih) bergilir-gilir. Apabila anak burung berlari ke arah ibu ayam', 'helang' akan cuba menangkapnya. 'Ibu ayam' hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan, patrol-patrol burung ditempatkan pada jarak yang sama jauh dari ibu ayam'. 'Baloo' di mana kamu - Alatan : Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung. - Ahli BSMM membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang dipilih; seorang dipanggil 'Baloo' (beruang) dan seorang lagi bergelar 'Mowgli'. Mowgli diberikan
39 surat khabar yang bergulung untuk dijadikan sebagai pemukul dan matanya ditutup dengan skaf. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa pengetahuan Mowgli. Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya "Baloo, di mana kamu?" dan boleh memukul dengan gulungan surat khabar itu sebanyak 3 kali sahaja. Baloo hanya menjawab "di sini" setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli. Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari tempatnya. Lembu Kena Kepung - Ahli kumpulan memegang tangan dan membuat satu bulatan. Seorang ahli BSMM menjadi 'lembu' dan berdiri dalam bulatan. Lembu itu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli BSMM yang membuat bulatan pula cuba seberapa yang boleh menahan 'lembu tersebut dari keluar daripada bulatan tersebut. Jika 'lembu itu dapat keluar daripada kepungan itu, tukarkan ahli BSMM lain sebagai 'lembu' dan begitulah seterusnya. Harta Tersembunyi -Ahli BSMM disuruh keluar mencari beberapaobjek atau benda yang telah ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumput- rampai, buah-buahan dan lainlain. Pasukan yang pertama dapat menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap pemenang. Memasak - Ada dua jenis masakan iaitu masakan dengan menggunakan alat-alat dapur dan memasak cara hutan/ 'Backwoodsman'. Satu peraduan boleh diadakan untuk menentukan ahli yang cekap sekali dalam masakan. Elak Bola -Alatan: Bola (boleh lebih daripada satu) dalam Bulatan - Pilih dua kumpulan untuk membentuk satu bulatan yang besar. Kumpulan lain berdiri di dalam bulatan yang ditandakan. Ahli BSMM yang berada di dalam bulatan akan direjam dengan bola dan sekiranya terkena BSMM tersebut dikira 'MATI'. Rejaman hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut ahli yang berada dalam bulatan. Ahli BSMM yang 'terkena' rejaman itu iaitu sudah 'MATI', hendaklah mengambil tempat dengan segera di garisan bulatan dan dibenarkan mengambil bahagian merejam bola. Lontaran itu hendaklah dibuat bertubi- tubi dengan seberapa cepat dan hendaklah digalakkan ketepatan memandang. Permainan bolehlah diteruskan hinggalah hanya seorang ahli sahaja berada dalam bulatan bulatan dan dia diisytiharkan sebagai pemenang. Lakonan Bisu - Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerak kerja yang perlu dilakukan oleh BSMM)
40 - Satu kumpulan menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan kumpulannya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan. Daftar Alat Perkhemahan - Ahli BSMM diberi sehelai kertas dan pen. Mereka dikehendaki menyenaraikan seberapa banyak yang boleh peralatan perkhemahan. Masa yang diberi adalah terhad, misalnya satu setengah minit atau dua minit. Ahli yang paling banyak menyenaraikan peralatan dengan tepat betul adalah diisytiharkan pemenang. 2.3.3 MALAM KEBUDAYAAN Malam kebudayaan diadakan bersempena dengan satu-satu aktiviti perkhemahan iaitu di dalam acara temasya unggun api. la diadakan pada waktu malam ketika sekumpulan ahli sedang duduk dalam satu bulatan atau bentuk tapak kuda dan di tengahnya terdapat unggun api yang sedang menyala. Tujuan: ■ Merupakan acara kemuncak (diadakan di tempat lapang, ada aktiviti seperti nyanyian, lakonan, tarian dan sebagainya untuk menghibur) ■ Mencungkil bakat ahli dari segi lakonan, nyanyian dan lawak jenaka. ■ Menghilangkan rasa bosan dan kepenatan semasa berkhemah. ■ Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli BSMM. ■ Melatih bertataterbib, taat dan menurut perintah. ■ Melatih ahli supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan dan bakat mereka. ■ Bersuka ria sesama ahli setelah seharian bekerja, mengembara dan kegiatan-kegiatan lain. ■ Menerangi kawasan di waktu malam dan bagi menjauhkan dan menakutkan binatang buas di waktu malam semasa berkhemah di hutan atau bukit. Persiapan Awal: - Kayu api (termasuk minyak tanah) - Lampu elektrik - Makanan dan minuman - Acara atau program yang hendak dilaksanakan - Orang yang merasmikan majlis - Para jemputan (ibu bapa, pegawai atau orang kenamaan, ahli persatuan beruniform lain dan sebagainya) - Tempat duduk, kawasan dan persediaan lain
41 Prosedur Malam Kebudayaan: Bil Prosedur 1. Perasmian (secara ringkas, siapa) 2. Selepas perasmian (beberapa lagu rancak beramai-ramai, semua peserta terlibat) 3. Pertunjukan persembahan (selang seli, nyanyian beramai-ramai, lakonan pendek/ sketsa, nyanyian berkumpulan, tarian, permainan ringkas dan nyanyian-'round song') 4. Selitkan dengan cerita pendek/ celoteh berunsurkan nasihat 5. Selepas setiap persembahan- Yell 6. Lagu pantun di pertengahan acara- 'Rasa Sayang' 7. Acara yang baik- dikemudiankan 8. Penutup - Lagu 'Negaraku', dilakuakan tatkala acara sedang berada dikemuncak - walaupun persembahan belum habis. Contoh Aktiviti Malam Kebudayaan: Aktiviti Malam Kebudayaan Manfaat Nyanyian lagu patriotik lagu nasyid, solo, koir, berduet, berkumpulan - Membina keyakinan diri - Mencungkil & mengembangkan Tarian kebudayaan (tarian Zapin, Inang, Sumazav...) - Mempunyai gerakan kreatif - Keseragaman & kerjasama pasukan Puisi - Pantun, sajak, syair - Membawa isu semasa & memberi pengajaran Teater - Lakonan & mempamerkan kostum yang kreatif - Memberi mesej kepada penonton Drama - Drama moden atau bangsawan - Mempamerkan kehidupan yang realiti & khayalan Dikir barat - Amalan budaya yang membawa isu semasa - Tradisi Kelantan
42 Boria - Amalan budaya memberi pengajaran - Tradisi orang utara Persembahan lawan kumpulan A & B - Cth: Pisang goreng, goreng apa skrg, goreng ayam sekarang, ayam apa sekarang.... - Siapa lambat kira salah - Meningkatkan tindak balas Hikayat - Hikayat Hang Tuah Sketsa - Cerita jenaka 2.4 JALAN LASAK DAN PANDU ARAH Tujuan ⚫ Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, symbol dan lain-lain) ⚫ Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan. ⚫ Untuk menikmati keindahan alam di hutan. ⚫ Memberikan pengalaman baharu ⚫ Mendisiplinkan diri untuk patuh kepada arahan ⚫Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. ⚫ Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap. ⚫ Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. 2.4.1 JALAN LASAK ✓ Tinjauan kawasan dahulu sebelum aktiviti jalan lasak sama ada selamat atau sesuai. ✓ Dapatkan kebenaran daripada pelbagai pihak seperti pesuruhjaya BSMM, sekolah dan ibu bapa. ✓ Maklumkan juga kepada pihak hospital agar segala urusan kemalangan dapat diutamakan. ✓ Peralatan seperti kotak first aids, persendirian, bulu log perlu disediakan. Prosedur Jalan Lasak: 1. Pemeriksaan kesihatan peserta 2. Pengawasan pergerakan para peserta sentiasa dalam keadaan selamat 3. Taklimat jurulatih dan peserta 4. Semakan alatan dan logistic 5. Peralatan kecemasan 6. Pengagihan kumpulan atau kategori
43 Kompas Kompas adalah digunakan untuk menentukan arah dan dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan. Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat. Jenis jenis kompas adalah seperti Kompas Prismatik, kompas Bearing Sudut, Kompas mata angin 16, Kompas Bidik, kompas Silva dan Kompas Orienteering dan sebagainya. Menggunakan kompas secara tepat: ⚫ Bearing yang ditunjukkan oleh kompas terus ke sesuatu tanda ⚫ Dalam keadaan ini bearing kompas hanya dijadikan panduan kasar. ⚫ Memastikan pergerakan lebih kurang selari dengan arah bearing Apabila tiba di sasaran, pastikan bearing yang ditunjukkan oleh kompas dipatuhi sepenuhnya. Mengesan Tanda dan Simbol: ⚫ Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah, lakaran atas pokok dan sebagainya. ⚫ Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta. 2.5 KHIDMAT KESUKARELAWAN Definisi ✓ 'Kesukarelawan' bermaksud sikap sukarela ataupun dengan kehendak sendiri dan tidak paksa dari mana-mana pihak. ✓ Melaksanakan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau di kerah dengan niat yang ikhlas dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan atau balasan kepada diri sendiri. a. Minggu Kerja Kerja / tugas yang diatur untuk seminggu b. Bantuan Bencana Aktiviti membantu mangsa dalam kesusahan akibat bencana seperti banjir, tsunami, tanah runtuh dan sebagainya. c. Masyarakat Penyayang Mengadakan aktiviti derma darah atau penjagaan orang sakit di rumah dan lain-lain. d. Hari Peringatan ● Everywhere for everyone 8 May 2017 World Red Cross & Red Crescent Day Antara aktiviti yang diadakan:
44 - Donor Darah Sukarela - Senam Pagi - Stand Pameran Palang Merah e. Alam Sekitar - Tidak memusnahkan alam sekitar seperti tumbuhan yang bernyawa. 2.6 SIMPULAN DAN IKATAN Simpulan/ Ikatan Fungsi Simpul Manuk - Digunakan sebagai permulaan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya. - la mudah diikat/ disimpulkan dan mudah ditanggalkan/ dibuka. - Boleh dijadikan sebagai ikatan sauh. Simpul Buku Sila - Digunakan untuk mengikat kain, pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. - Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. Simpul Tindih Kasih - Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda/ binatang dan sebagainya. - Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya. Simpul Bunga Geti - Untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan jenis berlainan saiz.
45 Simpul Balak - Digunakan untuk mengangkat atau menurunkan kayu, papan, atau peralatan. - Digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah, untuk menarik balak kayu dan untuk memulakan ikat serong. Simpul Belit - Digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali khemah pada pasaknya. Ikatan Seraya - Gunanya ialah bagi membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan manuk kemudian lilitkan ketat-ketat. Matikan dengan simpulan manuk juga. - Digunakan untuk mengikat dua batang kayu buluh yang bersilang untuk membina gajet. Contohnya, pintu gerbang. Ikatan Serong - Digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manuk. - Digunakan untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/ buluh yang bersilang seperti meja makan
46 Ikatan Lilit Kacang - Digunakan untuk mengikat batang- batang kayu buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu gajet/ binaan. Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk dan diakhiri dengan simpulan manuk juga. Contohnya, meja makan. - Digunakan untuk mengikat kayu/buluh ketika membina gajet dengan lebih kemas, ketat dan kuat. Dimulakan dengan ikatan seraya kemudian diselangseli dan tarik tali dengan kejap supaya ikatan kemas dan kuat. Contohnya, lantai gajet. 2.7 ASAS KAWAD KAKI Kawad kaki ialah perbarisan oleh anggota pasukan pasukan seragam, terutamanya tentera, bomba dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Objektif Kawad Kaki: 1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia. 2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan. 3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 4. Menjadikan seorang pegawai jurulatih yang mempercayai diri dan bertata tertib pada setiap masa. 5. Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan. 6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati diri serta dapat membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa bekerjasama dalam pasukan. 7. Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin. 8. Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas sentiasa bekerjasama dan kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.