47 2.7.1 BAHASA HUKUMAN No BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI BSMM 1. Baris/ Skuad. 2. Baris. Sedia. 3 Ke Kanan. Lurus. 4. Pandang. Depan. 5. Buka Barisan. Gerak. 6. Tutup Barisan. Gerak. 7. Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, Ke kanan Pusing. 8. Skuad akan menghadap ke Hadapan, Ke kiri Pusing. 9. Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, Ke kiri Pusing. 10. Bergerak ke kanan Bertiga tiga, ke belakang Pusing. 11. Bergerak ke kiri Bertiga tiga, ke belakang Pusing. 12. Skuad akan Menghadap ke Hadapan, Ke kanan Pusing. 13. Skuad akan Menghadap ke belakang, ke belakang Pusing. 14. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing. 15. Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing. 16. Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing. 17. Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing. 18. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing. 19. langkah, ke kanan gerak. 20. langkah, ke kiri gerak. 21. langkah, ke hadapan gerak. 22. langkah, ke belakang gerak.
48 23. Dari kiri, cepat jalan. 24. Tukar langkah semasa berjalan tukar langkah. 3x 25. Tukar langkah, dengan langkah berlagak tukar langkah. 3x 26. Bergerak ke kanan/ kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing. Skuad akan menghadap ke hadapan/ belakang, ke belakang pusing. 27. Dari kiri/ kanan, kanan belok. 28. Dari kiri/ kanan, kiri belok. 29. Bergerak ke kanan/ kiri bertiga-tiga, ke kanan/ kiri pusing. 30. Skuad akan menghadap ke hadapan/ belakang, ke kanan/ kiri pusing. 31. Hormat, ke hadapan hormat. 32. Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan hormat. 33. Hormat, ke kanan hormat. 34. Hormat, ke kiri hormat. 35. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan. 36. Tukar langkah masa jalan perlahan, tukar langkah. 3x 37. Bergerak ke kanan/ kiri, ke belakang pusing. Skuad akan menghadap ke hadapan/ belakang, ke belakang... pusing. 38. Dari kiri/ kanan, kanan belok. 39. Dari kiri/ kanan, kiri belok. 40. Bergerak ke kanan/ kiri ke kanan/ kiri pusing. 41. Skuad akan menghadap ke hadapan/ belakang, ke kanan/ kiri pusing. 42. Tukar langkah cepat, cepat jalan. 43. Skuad henti. 44. Hentak kaki. 45. Skuad akan mara menghadap, untuk diperhati semula dari tengah
49 Cepat jalan (1-2-1-2) 46. Hormat, hormat ke hadapan hormat. (2-1-2-1) Bil. Bahasa Hukuman Keterangan 1. Platun dibawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan di dalam 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan. 2. SKUAD …….HENTI Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. 'Check' atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada masa yang sama kedua-dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia. 3. SKUAD AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAN .....PUSING - Berpusing 90° menghadap ke hadapan. - Dalam keadaan statik, pusing ke kanan 90° dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan di dalam kedudukan sedia. 4. BUKA BARISAN …….GERAK - Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kiri ke hadapan 24 inci dan kaki kanan 24 inci juga kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dalam kedudukan sedia. (kiri-kanan, 1-2) - Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kiri diikuti kemudian angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang: (kiri-kanan, 1-2) 5. KE KANAN .....LURUS - Angkat tangan kanan lurus ke sisi serentak dengan muka dipalingkan ke kanan (kiraan 1). Hentak kaki kiri dan kanan dan menghentak kaki sehingga barisan lurus (1-2). Bilangan masa 1, 2. - Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kiri barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di kanannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota-anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu
50 hukuman pandang depan. PANDANG ......DEPAN - Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan kanan ke sebelah rusuk kanan serentak dengan muka dan pantas (kiraan 1). 6. BERGERAK KE KIRI, BERTIGATIGA ........KE KIRI ..PUSING - Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90° ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. - Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Keduadua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Berat badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia. 7. BERGERAK KE KANAN, BERTIGATIGA ............KE BELAKANG - Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90° ke belakang, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri mengikut arah jam berpusing. - Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. 8. SKUAD AKAN MENGHADAP KE BELAKANG, KE KANAN ......PUSING - Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 90° ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. - Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Keduadua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. 9. SKUAD AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKANG .........PUSING Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180° ke belakang mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan), di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke
51 kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia 10. KE KANAN ......LURUS - Kepala pusing ke kanan, serentak tangan diangkat ke bahu kiri rakan. Hentak kaki kiri kanan dan getak kasut sambil membetulkan kedudukan. 11. BERGERAK KE KIRI, BERTIGATIGA KE KIRI ........PUSING Berpusing ke kiri 90° dan hentak kaki kanan (kiraan 1-2-1) 12. DARI KANAN, CEPAT JALAN - Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta melenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan, kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter. 13. TUKAR LANGKAH PERLAHAN, PERLAHAN ..........JALAN - Hukuman "Jalan" ketika kaki kiri jejak ke bumi. 'Check' dengan kaki kanan, kemudian hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulur kaki kanan ke hadapan dan terus melakukan pergerakan perlahan jalan, tangan dikunci di sisi badan. 14. HORMAT KE KANAN ..........HORMAT - Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi. - Check atas kaki kanan dan langkah kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama bawa tangan kanan ke kedudukan hormat dan palingkan muka ke kanan dengan pantas kecuali penanda kiri berjalan seperti biasa. - Langkah kaki kanan, kiri, kanan. (Turun tangan dan palingkan muka ke hadapan). Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa. 15. HORMAT, KE HADAPAN ..........HORMAT Diberi serupa dengan hukuman "berhenti ", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan (tabik), turun tangan kemudian hormat (tabik) sekali lagi, turun tangan, pusing ke belakang,hentak kaki kiri ke sisi kanan berjalan dengan cepat jalan (semua anggota mesti melakukan perbuatan di atas
52 termasuk penanda kanan). 16. TUKAR LANGKAH MASA BERJALAN, TUKAR .....LANGKAH (3 KALI) MAJU - Hukuman tukar" diberi semasa kaki kiri jejak tanah. - Hukuman "langkah" di beri atas kaki kanan. - Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, - Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri. - Langkah kaki kiri ke hadapan maju dan terus cepat jalan. 17. HORMAT SELAKU TERIMA SIJIL, KE HADAPAN .......HORMAT - Diberi serupa dengan hukuman berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan satu langkah kaki kiri ke hadapan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia. - Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. - Tangan kanan atas tangan kiri, tidak ditepuk dan tarik ke dua-dua belah tangan ke sisi, kemudian langkah kaki kiri ke belakang hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, hormat sekali lagi, turun tangan, pusing ke belakang mengikut arah pergerakan jam, berjalan dengan cepat jalan. 18. SKUAD AKAN MENGHADAP KE BELAKANG, KE KIRI .......PUSING Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah. Check kaki kiri dan angkat kaki kanan (berpusing ke arah lawan) jam 90° hentak di sebelah kaki kiri. Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan. 19. SKUAD AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKANG .......PUSING Pusing ke belakang dan menghadap ke hadapan 180° dan bergerak ke tengah Padang kawad 20. HENTAK ........KAKI CEPAT Hukuman diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi, 'check' kaki kanan dan mula hentak kaki dengan kaki kiri. 21. SKUAD .....HENTI - Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. - Hentak kaki kiri dan kanan. - Terus berhenti SKUAD AKAN MARA MENGHADAP, Sebelum memberi hukuman Ketua platun akan bergerak ke hadapan platun dan berpusing mengadap pentas tabik hormat.
53 DARI TENGAH, CEPAT JALAN 2.7.2 KAWAD STATIK DAN DINAMIK Kawad Statik Kawad asas yang belum melibatkan sebarang pergerakan berjalan. Kata perintah seperti berikut: Arahan Bahasa Hukuman 1. Sedia "Skuad...Sedia." 2. Senang diri "Skuad...Senang diri." 3. Bergerak ke kiri "Bergerak ke kiri, kiri...pusing." 4. Bergerak ke kanan "Bergerak ke kanan, belakang...pusing." 5. Menghadap ke belakang "Menghadap ke belakang, kanan pusing." 6. Menghadap ke hadapan "Menghadap ke hadapan, ke belakang pusing." 7. Keluar baris "Skuad...Keluar baris." Kawad Dinamik Kawad ini melibatkan pergerakan berjalan. Kata perintah seperti berikut: Arahan Bahasa Hukuman 1. Sedia Skuad/ Baris/ Kontijen...Sedia 2. Senang diri Skuad/ Baris/ Kontijen... Senang diri 3. Gerakkan skuad ke kanan Bergerak ke kanan bertiga-tiga/ berturut-turut…Ke kanan ...Pusing 4. Gerakkan skuad ke kiri Bergerak ke kiri bertiga-tiga/ berturut-turut...Ke kiri...Pusing 5. Berjalan Dari kiri @ kanan...Cepat jalan 6. Berhenti semasa cepat jalan Skuad/ Baris/ Kontijen...Henti 7. Menghadap ke hadapan Skuad Baris/ Kontijen...Akan menghadap ke hadapan...Ke belakang...Pusing
54 8. Menghadap ke belakang Skuad Baris/ Kontijen...Akan menghadap ke belakang...Ke belakang...Pusing 9. Ke belakang pusing (cepat jalan) Bergerak ke kanan @kiri bertiga-tiga...Ke belakang... Pusing (atas kaki kanan). Ke kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang menghadapi ke hadapan. 10. Hormat Hormat...Hormat ke hadapan...Hormat (atas kaki kiri) 11. Terima gaji Hormat selaku terima gaji...Hormat ke hadapan...Hormat (atas kaki kiri) 12. Ke kanan @ kiri hormat Hormat...Hormat ke kanan/kiri...Hormat (atas kaki kiri) 13. Pandang kanan @ kiri Pandang...Kanan/ kiri (atas kaki kiri) 14. Pandang hadapan Pandang hadapan (atas kaki kiri) 15. Tukar langkah Tukar langkah semasa berjalan... Tukar langkah (atas kaki kiri berturut dengan kaki kanan) 16. Cepat jalan ke perlahan jalan Tukar langkah perlahan...Perlahan...Jalan (atas kaki kanan) 17. Ke belakang pusing (perlahan jalan) Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-tiga...Ke belakang... Pusing (atas kaki kanan). Ke kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang menghadap ke hadapan Berhenti semasa berjalan perlahan Skuad/Baris...Henti (atas kaki kanan) 18. Perlahan jalan ke cepat jalan Tukar langkah cepat...Cepat jalan...(Kaki kiri berturut dengan kaki kanan) 19. Hentak kaki semasa cepat jalan Hentak...Kaki (atas kaki kanan) 20. Maju selepas hentak kaki Maju...(atas kaki kanan) 21. Menghadap ke belakang semasa cepat Skuad/ Baris...Akan menghadap ke belakang...Ke kanan @ kiri pusing (kaki yang mengikut arah)
55 22. Tukar langkah semasa hentak kaki Tukar langkah semasa hentak kaki ...Tukar langkah (manamana kaki berturut-turut) 23. Sekiranya skuad anda menghadap ke belakang (semasa berhenti) Skuad/ Baris...Akan bergerak ke kanan/ kiri, ke kanan/ kiri...Pusing 2.8 ASAS PERTOLONGAN CEMAS Definisi: Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan perubatan. Variasi nama: • First Aid • Bantu Mula • Pertolongan Cemas Objektif: • Menyelamat nyawa • Mengelak mangsa cedera lebih serius • Mengurangkan kesakitan • Menguruskan pemindahan ke hospital PETI PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan Cemas (PC) ialah bantuan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit dengan tiba-tiba. Pemberi dan penerima PC haruslah ingat bahawa PC lebih merupakan rawatan sementara sahaja sebelum rawatan sewajarnya daripada doktor atau ahli perubatan diperolehi. Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat- ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak- kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah, kilang, hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya. Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah: 1. Dresing steril - beberapa saiz. 2. Plaster beberapa saiz. 3. Bendej tiga segi (kain anduh) 4. Pembalut kain kasa (bendej penggulung) 5. Larutan Flavin (lodin) 6. Larutan atau krim antiseptik 7. Gunting kecil.
56 ISI 'KOTAK FIRST AID' Termometer Kain Pembalut Luka Elastoplast Mangkuk Enamel Kain Tekap Ubat Luka Ubat Cium Kapas Papan Tuap Aspirin Gunting Kain Segitiga Panadol Kain Kapas Ubat Cuci Mata Ubat Melepuh Pin Semat Pembalut Berelastik Adesif Lekat Sendiri Pembalut Terbuka Pembalut Pembebat 2.8.1 TUJUAN DAN PRINSIP 1. Menyelamatkan nyawa sebelum rawatan perubatan tiba. 2. Mencegah mangsa daripada menjadi semakin teruk. 3. Memberi kelegaan dan keselesaan. 4. Membantu mangsa supaya pulih, jika boleh. 5. Memastikan tiada lagi bahaya atau bahaya selanjutnya kepada mangsa dan orang lain. 2.8.2 ANDUH DAN BALUTAN Kain Anduh: ➤ Mengampu bahagian yang cedera atau parah. ➤ Menghentikan atau menahan pendarahan. ➤ Menetapkan bahagian yang cedera. ➤ Menutup tempat yang luka atau cedera. ‣ Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
57 PEMBEBATAN & PEMBALUT: • Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan. • Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan. JENIS KAIN PEMBALUT: • Pembalut Tiga Segi • Pembalut Lebar • Pembalut Kecil • Pembalut Gulung Pembalut Tiga Segi Lipatan Tiga Segi Jenis Anduh/ Balutan Keterangan Anduh Lengan - Menyokong lengan, pergelangan tangan yang cedera (patah/ terkehel) - Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. - Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. - Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.
58 Anduh Kepala - Anduh di kepala digunakan untuk menutup luka di bahagian kepala. - Lipatan sedikit kain anduh dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. - Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila. - Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas. Anduh Pergelangan/ Tangan/ Kaki - Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. - Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. - Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambar rajah di bawah. Anduh Lutut - Lipat sedikit kain dan letakkan di atas lutut yang tercedera. - Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut. - Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas.
59 Balutan luka dada Balutan luka bahu Balutan luka peha Balutan luka siku Balutan luka lengan Semua balutan menggunakan ikatan buku sila
60 alutan luka jari l2.8.3 MERAWAT LUKA DAN GIGITAN JENIS-JENIS LUKA: 1. Luka Terhiris 2. Luka Terkoyak 3. Luka Tertikam / Tembus
61 4. Luka Lebam 5. Luka Kena Tembak 6. Luka Kecil 7. Luka di Perut
62 8. Luka di Dada 9. Pendarahan bahagian dalam Telinga Gigitan: Patukan Ular SIMPTOM/TANDA AWAL 1) Sepasang lubang bekas patukkan. 2) Terasa sakit yang amat pada tempat yang kena patuk. 3) Bengkak dan merah di sekeliling patukkan. 4) Pernafasan yang tercungap-cungap 5) Kemungkinan terhenti pernafasan. 6) Berpeluh dan penglihatan berpinar-pinar BAHAYA ⚫ Patukan ular berbisa bergantung kepada spesis, amaun racun, kedudukan dan kedalaman patukan. ⚫ Boleh membawa kepada maut. ⚫ Mangsa rasa terkejut dan cemas.
63 2.8.4 MELECUR, PITAM DAN PATAH Sebab Simpton Cara merawat Melecur Terkena: ⚫ Air panas ⚫ Minyak panas ⚫ Wap panas - Kulit melecur dan kemerahan - Bahagian terbakar menggelembung dan bengkak dengan cepat - Sakit - Baringkan mangsa di tempat teduh, sejuk dan selesa. - Tanggalkan pakaian perhiasan dan pada anggota tercedera seperti kasut, cincin, jam tangan dan lain-lain. - Jika serius elakkan beri minuman dan makanan. - Hantar ke hospital jika perlu. Pitam Kekurangan bekalan darah ke otak untuk seketika waktu. Sebab: - Berdiri tegak terlalu lama dalam cuaca panas - Terlalu letih, kelaparan - Tindak balas saraf terhadap kesakitan - Persekitaran yang sesak - Emosi - Muka pucat - Berpeluh sejuk - Denyutan nadi cepat tetapi lemah - Rasa loya - Pening - Pandangan kabur - Baringkan di tempat teduh dan berudara bersih. - Longgarkan pakaian yang ketat - Tinggikan bahagian kaki - Tenangkan dan beri keselesaan - Galakkan tarik nafas - Rawat semua kecederaan Patah - kecederaan tulang meliputi patah atau retak - Kemungkinan kecederaan berlaku disebabkan pukulan secara langsung atau tidak langsung, terjatuh dari bangunan yang tinggi, tarikan otot anggota yang tertindih, tembakan atau perlanggaran dan sebagainya. - Lebam dan bengkak - Anggota tidak dapat digerakkan - Terluka atau berubah bentuk - Tajam/ berbonjol pada kulit - Sakit Blanket Lift
64 2.8.5 KERACUNAN DAN TERSELIUH Keracunan Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas yang bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan yang sepatutnya, maka ia akan menjejaskan kesihatan badan. Cara racun masuk ke dalam tubuh badan Keterangan Tanda/ Gejala Rawatan Sistem pemakanan Secara memakan atau meminum bahan-bahan yang berbentuk pepejal atau cecair. Contohnya terminum racun, ubatubatan, makanan tercemar dan sebagainya. - Sakit perut - Loya dan muntahmuntah - Gelisah dan pucat - Berlaku cirit-birit - Mangsa mengadu dahaga - Terdapat tanda melecur atau terbakar di bibir dan mulut mangsa bagi racun jenis yang membakar. - Terdapat bau racun apabila mangsa bernafas atau bercakap. ➤ Tenangkan mangsa ➤ Longgarkan pakaian yang ketat ➤ Cuba keluarkan bahan yang beracun dengan memberi air yang dicampur garam sebanyak mungkin, atau mengeletek bahagian leher atau kerongkong mangsa. Sistem pernafasan Melalui sedutan gas atau bahan debu yang terampai di udara. Contohnya, gas karbon dioksida, karbon monoksida, kotoran, debudebu racun serangga dan lain-lain. - Mangsa mengadu pening - Lemah dan tidak bertenaga - Loya dan muntahmuntah - Mangsa mengadu sukar atau sesak nafas - Muka mangsa dalam keadaan pucat dan mangsa dalam keadaan gelisah. - Pergerakan nadi pantas dan lemah ➤ Bawa mangsa ke tempat yang berudara. ➤ Tenangkan mangsa dan longgarkan pakaian yang ketat. ➤ Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh meniarap. ➤ Periksa gerak nadi dan pernafasan. Beri bantuan CPR segera sekiranya pernafasan atau gerak nadi mangsa berhenti.
65 ➤ Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Melalui suntikan urat darah atau otot serta gigitan la berbentuk cecair secara biasanya. Contohnya, menyuntik ubat melalui otot atau urat darah, menyuntik dadah, sengatan binatang bisa dan mengalami patukan atau gigitan ular berbisa. - Mangsa mengadu pening dan lemah - Loya dan- muntahmuntah - Gelisah dan badan menjadi sejuk. - Mangsa mengalami kesukaran bernafas- - Gerak nadi menjadi cepat dan lemah - Mangsa berkeadaan pucat dan keletihan - Terdapat tanda-tanda suntikan atau gigitan di badan - Terdapat tanda bengkak pada tempat sengatan atau gigitan ➤ Tenangkan mangsa dan letakkan mangsa dalam keadaan selesa. ➤ Dapatkan butir- butir keracunan dari mangsa. ➤ Berikan rawatan CPR jika mangsa dalam keadaan terhenti pernafasan atau pergerakan nadinya. ➤ Dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Serapan kulit Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau serangga yang terkena kulit akan menyerapkan ke dalam sistem badan. Contohnya, racun malation dan paraquat. - Pening dan badan menjadi lemah - Loya dan muntah - Terdapat tanda kegatalan atau bintik-bintik merah di tempat yang terkena racun. - Badan menjadi sejuk - Sesak nafas dan nadi berdenyut cepat. ➤ Tenangkan mangsa ➤ Cuci tempat terkena racun dengan air yang banyak. ➤ Letakkan mangsa dalam keadaan yang selesa. ➤ Dapatkan bantuan perubatan. Terseliuh:
66 ⚫ Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. ⚫ Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut. Tanda/ Gejala Rawatan - Sakit bahagian yang tercedera. - Bengkak dan lebam pada bahagian persendian. - Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih dapat menggerakkan anggota tersebut. - R. I. C. E 1. R (Rest): Rehatkan kawasan yang cedera. 2. 1 (Ice): Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera. 3. C (Compression): Balut tempat yang cedera. 4. E (Elevation): Tinggikan tempat cedera dari paras jantung. 5. Hantar ke hospital. 2.8.6 PEMULIHAN PERNAFASAN Pemulihan pernafasan juga dikenali sebagai Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR). Ia merupakan satu teknik yang boleh menyelamatkan nyawa tanpa menggunakan alatan yang canggih dan kepakaran yang boleh didapati di hospital. Pemulihan pernafasan akan dijalankan apabila berlakunya keadaan susah hendak bernafas atau terhenti pernafasan. Tujuan CPR diberi adalah untuk menyelamatkan nyawa hingga mangsa selamat tiba di hospital untuk rawatan lanjut. CPR boleh dilakukan apabila mangsa tidak sedarkan diri, tidak bernafas dan tiada denyutan nadi pada karotid mangsa. Teknik-teknik CPR: Melalui 3 cara: 1. Resusitasi secara hembusan (mulut ke mulut) 2. Resusitasi secara tekanan (kardio-pulmonari) 3. Holger Nielson D R C A B
67 Maksud Penerangan a) Danger Pastikan kawasan sekitar adalah selamat bagi mangsa & anda untuk melakukan CPR. Jika tidak, alihkan mangsa ke tempat yang selamat. b) Respond - Periksa tahap kesedaran mangsa. Tepuk bahu mangsa & tanya 'are you ok?' - Jika ada 2 orang di situ, seorang panggil ambulans serta membawa AED (automatic external defibrillator), sementara seorang lagi mulakan CPR. c) Circulation - Letak mangsa dalam keadaan lurus. - Pulihkan peredaran darah dengan tekanan pada dada mangsa. Pastikan kedua-dua tangan tegak & bahu anda sepalsi dengan tangan anda. - Gunakan berat bahagian atas tubuh anda & tekan ke bawah pada dada mangsa sedalam sekurang-kurangnya 2 inci (5 cm). Tekanan yang diberikan adalah lebih kurang 100 kali seminit. d) Airway Buka rangga mulut mangsa ruang pernafasan mangsa. Gunakan kaedah 'head tilt chin lift'. Pastikan tiada benda asing yang menyekat saluran pernafasan mangsa. e) Breath Berikan 2 hembusan (bukan tiupan) yang dalam. Hembusan anda berjaya jika dada mangsa menaik selepas hembusan diberikan. 3.0 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN 3.1 KONSEP ❖ Khemah boleh didefinisikan sebagai tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira juga apa bentuk dan jenis tempat perlindungan itu. ❖ Maksud tempat perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira canvas, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh pelarian perang di tapak sementara di negeri orang. ❖ Pentingnya adalah ia boleh memberi perlindungan dari hujan, panas,kesejukan dan juga angin.
68 ❖ Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, digunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan. ❖ Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. ❖ Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-institusi pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform. Unit beruniform yang sering dikaitkan dengan aktiviti perkhemahan ialah pengakap. ❖ Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan. 3.1.1 PENGLIBATAN ❖ Terdiri daripada ahli jawatankuasa induk, ahli jawatankuasa pelaksana dan juga peserta perkhemahan. 3.1.2 SIJIL ❖ Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat , sijil pencapaian kepada para pemenang peserta perkhemahan dan sijil penghargaan kepada semua peserta. 3.2 TUJUAN PERKHEMAHAN ❖ Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat sepertipenyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut. ❖ Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan, di antaranya ialah :- 1) Berkhemah Sebagai Cara Pendidikan
69 ● Ia merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ketempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau,danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. latihan-latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental. ● Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik sematamata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan dimana, setiap peserta dipertanggungjawabkan menguruskan kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada siapapun, contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya. ● Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semula jadi dan kawasan desa. Sesetengah daripada mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu-batan, dan sebagainya. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu-batan ini tidak terdapat di Kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu. 2) Berkhemah Sebagai Cara Ibadat ● Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaannya yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepadanya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita di depan nya yang maha esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian ke atas spesimenspesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah SWT yang menjadikan sesuatu pasti ada Sebabnya. tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah SWT. 3) Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial ● Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam,kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.
70 ● Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Pehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, bantu-membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin. ● Di perkhemahan juga, banyak pertunjukan kebudayaan dapat diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat menunjukkan kebudayaan masing-masing.Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam sesuatu daerah,negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita yang berbilang kaum demi mengeratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik antara kaum, agama dan kebudayaan. 4) Berkhemah untuk Reaksi ● Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan berasa sangat seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah dalam proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal bukubuku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan. Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir. 5) Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan ● Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Kemungkinan juga sebagai pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya. ● Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semula jadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan di mana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambah-tamba seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya. ● Pinggir hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan siapapun yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi. 6) Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan
71 ● Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia bermula daripada beberapa keluarga yang bercambah menjadi berjuta-juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkemah, kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah, kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. lebih dari 9308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan kemudahan - kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brosur panduan tentang perkhemahan diterbitkan. ● Melalui aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita bersamasama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersama-sama di sungai selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk lebih memahami pasangan masingmasing serta mempunyai lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang. 7) Perkhemahan untuk membuka mata perihal kesihatan ● Perkhemahan juga merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan mereka. ● Sepanjang perkhemahan, para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainya. 3.3 JENIS PERKHEMAHAN
72 1) Perkhemahan Ringkas ● Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka ● Biasanya dilakukan pada hujung minggu. ● Biasa diadakan selama satu malam atau dua malam. ● Tujuannya adalah untuk mendapatkan sesuatu lencana atau ujian atau sekadar untuk perkhemahan sahaja. 2) Perkhemahan Berkumpulan ● Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol. ● Dihadiri oleh sekumpulan ahli. ● Dijalankan selama dua atau tiga hari. ● Biasanya diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan. 3) Perkhemahan secara Besar-Besaran ● Dianjurkan oleh Majlis peringkat daerah, negeri, negara atau dunia. ● Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta ● Dikenali sebagai “Jambori”. ● Diadakan 1 tahun sekali. ● Mengambil masa 0-4 hari
73 JENIS KHEMAH CIRI-CIRI KHEMAH KHEMAH SATU TIANG ▪ Ringan, senang didirikan dan sesuai digunakan untuk perkhemahan ringkas. ▪ Memuatkan 6 hingga 7 orang penghuni sahaja. ▪ Ditegakkan dengan menggunakan satu tiang sahaja KHEMAH BERBENTUK A ▪ Memuatkan 0 hingga 8 penghuni. ▪ Digunakan untuk perkhemahan ringkas dan perkhemahan kumpulan. ▪ Ditegakkan dengan menggunakan 7 batang tiang dan 6 batang galang & bumbung. KHEMAH BERBENTUK DINDING ▪ Sesuai untuk perkhemahan berkumpulan. ▪ Sama dengan khemah berbentuk A, tetapi mempunyai penahan angin atau hujan dibahagian tepinya. ▪ Untuk 5 hingga 8 orang KHEMAH RIDGE ▪ mempunyai sempadan yang lebih panjang dan luas daripada khemahkhemah lain. ▪ Sesuai di Kawasan pergunungan dan di tepi sungai. ▪ Memuatkan 1 hingga 4 orang. 3.4 PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL 1) Pembentukan Jawatankuasa ● Untuk menggerakkan sesuatu aktiviti perkhemahan supaya program dapat dirancang dengan baik dan teratur.
74 ● Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada tempat perkhemahan dan aktivti yang akan dijalankan. ● Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masing-masing. ● Ahli Jawatankuasa terdiri daripada : o Urusetia o Aktiviti o Pengangkutan o Peralatan o Keselamatan dan kecemasan o Penajaan o Makanan Ahli Jawatankuasa Bendahari Sentiausaha President Naib President Penasihat (GURU)
75 1) Kenal pasti Kawasan ● Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat yang dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan. ● Perkara yang perlu diambil kira adalah : - Kesesuaian tempat - Kemudahan asas (air , tandas ) - Mempunyai ciri-ciri keselamatan terjamin - Mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya berlaku kemalangan. 2) Surat Kebenaran ● Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pegawai Pendidikan Daerah melalui pengetua - sebelum menjalankan aktiviti. ● Surat kebenaran pihak polis - memastikan aktiviti berjalan lancar. ● Surat kebenaran ibu bapa - diperolehi sebelum peserta dibenarkan mengikut aktiviti perkhemahan. ● Mendapat insurans kelompok untuk semua peserta sebelum aktiviti perkhemahan. 3) Belanjawan ● Untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala keperluan selama tempoh perkhemahan. ● Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan dan makanan 4) Aktiviti Perkhemahan ● Alatan untuk perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti : PERALATAN PERKHEMAHAN BAHAGIAN DAPUR ALAT BERKHEMAH ALATAN URUS SETIA ALATAN INDIVIDU ⮚ Dapur gas ⮚ Kuali ⮚ Periuk ⮚ Cerek ⮚ Parang dan pisau ⮚ Baldi ⮚ Mancis ⮚ Tali ⮚ Khemah ⮚ Tali ⮚ Parang, pisau, kapak ⮚ Kayu Pancang Khemah ⮚ Lampu Picit ⮚ Lampu gasoline ⮚ Generator ⮚ Peti pertolongan cemas ⮚ Pen, kertas ⮚ Lampu picit keselamatan ⮚ Pembesar suara ⮚ Easel ⮚ Baju lengan Panjang ⮚ Seluar Panjang ⮚ Stoking ⮚ Kasut sukan ⮚ Selipar ⮚ Ubat gigi ⮚ Berus gigi ⮚ Sabun ⮚ Kain selimut ⮚ Lampu picit ⮚ tuala
76 ⮚ Bahan Makanan kering ⮚ Wayar sambung elektrik ⮚ Parang, kapak atau pisau ⮚ Kapak ⮚ Pisau ⮚ Tali 3.4.1 PEMILIHAN TEMPAT 1) Tanah atau tempat yang rata ● Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. ● Sebaik-baiknya walaupun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut. ● Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun. 2) Berhampiran punca Air ● Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih. ● Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. ● Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kirasungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih. ● Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran. 3) Jauh daripada dahan Mati ● Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan. ● Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut. 4) Tapak yang lebih tinggi dari punca Air
77 ● Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai. 5) Mudah untuk mendapatkan Bantuan ● Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. ● Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung,laluan orang atau mudah dihubungi. ● Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan. 6) Mudah untuk mendapatkan bahan Bakar ● Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk memasak perlu diambil kira. ● Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak perkhemahan yang dipilih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan bahan tersebut. 7) Keselamatan Kawasan Perkhemahan ● Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting. ● Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar. 3.4.2 ASPEK KESELAMATAN 1) Semasa perkhemahan, tuan dan puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal-mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain. 2) Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan. 3) Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. 4) Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain. 5) Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat. 6) Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. 7) Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang. 8) Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran. 9) Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada Kawasan perkhemahan. 10) Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
78 11) Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,selepas jam 12 tengah malam. 12) Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan. 13) Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia. 14) Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan. 15) Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi. 16) Penjagaan diri/peralatan dan harta persendirian perlu diberi keutamaan. 17) Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan dan pengawasan serta mendapat kebenaran dari pihak berkenaan. 18) Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak yang bertanggungjawab. 19) Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihakpenganjur. 20) Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu. PERATURAN DAN KESELAMATAN TUJUAN / KESAN DAN KEGUNAAN 1) Pelajar berjalan bersama kawan pada waktu malam o Untuk menjaga sekeliling Kawasan perkhemahan o 2 orang lelaki, 3 orang perempuan 2) Membawa Wisel o Digunakan ketika berlakunya kemalangan dan pencerobohan 3) Tidak boleh keluar ketika waktu tidur o Kecuali bertugas sebagai Pegawai Malam 4) Berada di Khemah o Pada waktu roll call dilakukan 5) Jika keluar Kawasan Perkhemahan o Minta kebenaran terlebih dahulu 6) Membawa waktu picit atau lampu suluh pada waktu malam o Elak perkara yang tidak diingini berlaku. 7) Kotak pertolongan cemas berada di Kawasan Urusetia o Memudahkan khidmat pertolongan diberikan 8) Ahli Jawatankuasa o Menjalankan tugas masing-masing mengikut peranan ahli jawatankuasa 9) Tidak membawa barang berharga o Elak daripada hilang
79 10) Berada 10 minit awal sebelum aktiviti bermula o Menepati masa 11) Menggunakan “Kata Laluan” pada waktu malam o Diubah pada setiap malam untuk keselamatan 12) Alam sekitar tidak dimusnahkan o Sayang pada Alam Sekitar 3.4.3 KEMUDAHAN ASAS Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu perkhemahan akan bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa : ▪ Khemah yang sesuai ▪ Beg Galas ▪ Dapur (gas atau minyak , bahan tambahan serta alat gantinya) ▪ Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya) ▪ Messtin, pinggan, sudu, garfu dan lain-lain. ▪ Botol air, kole dan bekas minuman ▪ Pisau dan pembuka tin ▪ Lampu picit serta bateri dan alat gantinya ▪ Mancis dan lilin atau bahan penyala api ▪ Kotak pertolongan cemas ▪ Kotak ikhtiar hidup ▪ Tali ▪ Ponco atau baju hujan ▪ Parang atau kapak kecil ▪ Bekas air tambahan ▪ Selimut atau bag tidur Kalau anda tidak membawa messtin, anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain perkara-perkara yang disebut diatas anda perlu juga membawa keperluan-keperluan peribadi seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa apa yang disebutkan di atas adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah jika difikirkan perlu. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa hendaklah 1/3 daripada berat badan. Keberatan ini adalah yang sesuai dipikul pada jarak yang jauh. Jika anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah mengikut kesesuaian.Pastikan segala peralatan untuk berkhemah disiapkan dengan awal sebelum Tarikh anda kan pergi berkhemah untuk mengelakkan daripada tertinggal.
80 3.4.4 PEMERIKSAAN PAGI Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta Kawasan perkhemahan perlu diambil kira, sebagai satu amalan disiplin diri yang mesti dipupuk. Oleh yang demikian adalah perlu pemeriksaan Pagi dilakukan. Pemeriksaan Pagi ini dilakukan oleh beberapa orang pemimpin yang mengadakan lawatan ke setiap khemah. Lazimnya, pemeriksaan pagi dilakukan pada pukul 8.00 pagi. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah : ▪ Kebersihan dalam dan persekitaran khemah ▪ Susun atur barang dan peralatan kumpulan ▪ Pakaian yang dibawa ▪ Gajet yang dibawa Cara Pemeriksaan Pagi dilaksanakan adalah seperti berikut :- 1) Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan masak yang digunakan, menyusun peralatan perkhemahan dan sarapan pagi hendaklah selesai sebelum pemeriksaan pagi. 2) Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagI menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan 3) Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli badan unit beruniform berdiri sebaris mengikut sistem patrol iaitu ketua patrol berada di kanan sekali, kuarter master, ahli-ahli dan di kiri sekali ialah penolong ketua patrol. 4) Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol berkenaan diletakkan di hadapan ahli-ahli patrol. 5) Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya seperti “IPGKBM PBSM Sedia”, sebelum pemimpin berada di pintu gerbang patrol itu. 6) Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak kehadapan lalu memberi tabik hormat dan melapor diri kepada pemimpin bertugas. Contoh ayat laporan :“Kami IPGKBM PBSM seramai 32 orang, siap sedia menerima arahan tuan.” 7) Manakala penolong ketua patrol dan kuarter master akan keluar baris sejurus selepas menerima arahan daripada salah seorang pemimpin. Kemudian Kembali ke dalam barisan setelah selesai pemeriksaan. 8) Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta kebenaran menjalankan tugas-tugas lain. Contoh ayat Kami IPGKBM PBSM seramai 32 orang mengucapkan ribuan terima kasih, dan minta kebenaran menjalankan tugas lain,tuan.” 9) maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar daripada pintu gerbang. Ketua Patrol mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.
81 3.4.5 SURAT MENYURAT ▪ Surat menyurat perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum aktiviti perkhemahan dijalankan ▪ Memudah urusan peminjaman alatan perkhemahan ▪ Untuk memaklumkan Pihak berkuasa tentang perkhemahan ▪ Memudahkan urusan perhubungan antara pelbagai Pihak ▪ Memaklumkan Pihak Pentadbiran tentang Perkhemahan. ▪ Antara surat yang perlu disiapkan dan disediakan ialah surat kebenaran, surat keselamatan, surat pemberitahuan dan lain-lain. 3.4.6 KUARTER MASTER Sebelum melaksanakan aktiviti perkhemahan, persatuan boleh melantik dua kuarter Master iaitu Kuarter Master alatan dan Kuarter Masakan bagi melancarkan pengurusan. 1) Tugas Kuarter Master Alatan ● Memastikan senarai peralatan yang diperlukan oleh persatuan untuk tujuan aktiviti perkhemahan yang akan dijalankan setelah persatuan mengadakan mesyuarat peringkat jawatankuasa bagi membincangkan dengan jelas berkenaan keperluan perkhemahan dan satu senarai peralatan akan disediakan. ● Menyediakan senarai semak peralatan yang akan dibawa untuk mengelakkan sebarang keciciran. Senarai semak akan dibuat untuk merekodkan bilangan peralatan yang dipinjam,beli atau sewa yang dibawa ke tapak perkhemahan. Senarai semak ini turut diperlukan sebagai rujukan di akhir aktiviti perkhemahan untuk memeriksa jumlah alatan yang perlu dipulangkan. ● Memberi panduan tentang cara-cara membawa alatan, terutamanya alatan tajam seperti parang, kapak, pisau dan cangkul. Quarter master bertanggungjawab dalam menjaga selain mengendalikan peralatan yang berada di bawah jagaannya. Oleh itu, beliau harus memastikan agar segala peralatan digunakan dengan cara yang betul dan berhati-hati agar ia tidak rosak selain tidak memudaratkan keselamatan orang lain. ● Memeriksa keadaan peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum dibawa ke tapak perkhemahan. Segala peralatan yang akan dibawa ke tapak perkhemahan akan dikumpulkan di satu tempat dan diperiksa. Ini bertujuan mengelakkan pembaziran kerana membawa peralatan yang tidak dapat berfungsi dengan baik apatah lagi boleh membahayakan keselamatan pengguna. 2) Tugas Kuarter Master Masakan ● Menyediakan menu yang sesuai untuk semua peserta perkhemahan. Kuater Master Masakan akan menentukan menu yang sesuai bagi hidangan sarapan, kudapan, makan tengahari dan makan malam sepanjang hari perkhemahan berlangsung.
82 ● Mengenalpasti peserta yang mempunyai masalah alahan kepada jenis makanan tertentu. Kuarter Master Masakan akan membuat menu alternative bagi peserta yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu. ● Menyediakan bahan kering dan bahan basah dalam kuantiti yang mencukupi untuk semua peserta seperti beras, ikan, sayur, buah dan sebagainya. Setelah menentukan menu, Kuarter Master makanan akan menyediakan senarai bahan-bahan yang diperlukan serta membuat tinjauan di tapak perkhemahan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memastikan kawasan yang terdekat dan sesuai bagi membeli segala bahan mentah yang ingin diperolehi. ● Membuat bajet untuk penyediaan makanan sepanjang perkhemahan berlangsung. Kos bagi penyediaan makanan akan dikira dan disediakan oleh Kuarter Master makanan. Jumlah ini akan dimajukan kepada bendahari untuk diluluskan. ● Membuat pengagihan bahan kering dan bahan basah kepada setiap kumpulan untuk dimasak. Semasa di tapak perkhemahan, Kuarter Master makanan bertugas memanggil wakil setiap kumpulan atau unit untuk mengagihkan bahan masakan untuk dimasak oleh setiap kumpulan. 3) Semasa Perkhemahan ● Semasa perkhemahan dilaksanakan, Kuarter Master alatan bertanggungjawab menyediakan peralatan khemah serta menyelenggara semua alatan yang telah dibawa agar tidak rosak. Selain itu, Kuater Master juga akan memastikan semua peralatan digunakan dengan cermat dan tidak mendatangkan masalah. Manakala, Kuarter Master makanan pula bertugas sepanjang waktu perkhemahan untuk mengagihkan bahan masakan kepada setiap patrol. Di dalam setiap patrol, terdapat seorang wakil yang boleh jadi Kuarter Master makanan. Tugas Kuarter Master makanan diperingkat patrol adalah menentukan jadual giliran memasak. Beliau mengagihkan tugas persediaan makanan kepada ahli-ahli patrol dan memastikan tugasan ini dilakukan dengan sempurna. Kawasan memasak juga dipastikan agar sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas memasak agar tidak mengundang lalat dan bau busuk. 4) Selepas Perkhemahan ● Selepas perkhemahan, Kuarter Master bertanggungjawab memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan semula. Kesemua peralatan yang dipulangkan ini akan dirujuk berdasarkan senarai semak yang buat semasa pengagihan alatan sebelum perkhemahan dijalankan.Setelah itu, Kuarter Master memastikan kesemua peralatan ini akan dibersihkan, diasah, dikeringkan,disapu minyak, dimasukkan ke dalam sarung atau dibungkus matanya kemudian disimpan bergantung kepada jenis, saiz dan bentuk peralatan.
83 4.0 LAPORAN LAPORAN AKTIVITI HARI PERTAMA Tarikh: 22/2/2023 (Rabu) Kaedah: Bersemuka Tempat: Depan bangunan menara utama IPG, Bilik Matahari, Bangunan Menara Aras B1 dan padang IPGKBM Tajuk: Pengenalan UB, Taklimat Pentaksiran Berterusan (PB), Asas Perkhemahan dan Kawad kaki Masa: 7.45 pagi - 5.00 petang o 7.45-8.30 pagi - upacara menaikkan bendera o 8.30-10.30 pagi - Kelas (briefing) o 10.30-12.30 tengah hari - mendirikan khemah o 12.30 - 2.00 petang - Rehat o 2.00 - 4.00 petang - Kawad & ujian kawad o 4.00- 5.00 petang - Pandu arah (kompas) Semua ahli unit BSMM berkumpul seawal jam 7.45 pagi bagi upacara menaikkan bendera (Lampiran 1). Ia berlangsung selama 30 minit. Setelah selesai sesi upacara menaikkan bendera, semua ahli unit BSMM telah bergerak ke Bilik Matahari di Bangunan Menara Aras B1 untuk perjumpaan pertama iaitu berkaitan taklimat BSMM (Lampiran 2). Penerangan tentang pengenalan BSMM diberikan oleh pensyarah Encik Badrul Zaman. Pendedahan tentang logo, emblem, sejarah dan lagu juga diberikan pada perjumpaan pertama ini. Taklimat berakhir pada jam 10.30 pagi. Setelah selesai sesi taklimat, semua ahli BSMM mempelajari tentang asas perkhemahan iaitu mendirikan khemah (Lampiran 3). Semua ahli unit BSMM berpecah mengikut kumpulan untuk mendirikan khemah sendiri (Lampiran 4). Setelah rehat, semua ahli BSMM berkumpul pada jam 2.00 petang untuk masuk ke dalam barisan kawad kaki. Sesi kawad kaki dan ujian kawad kaki berlangsung selama 2 jam (Lampiran 5). Setelah selesai ujian kawad kaki, semua siswi mempelajari tentang pandu arah. Pengenalan kepada penggunaan kompas diberikan kepada ahli BSMM dengan teliti (Lampiran 6). Perjumpaan berakhir pada jam 5 petang. LAPORAN AKTIVITI HARI KEDUA Tarikh: 23/2/2023 (Khamis) Kaedah: Bersemuka Tempat: Depan bangunan menara utama IPG, Bilik Matahari dan Bangunan Menara Aras B1 Tajuk: Tali Temali, Pertolongan cemas (Luka) dan Pertolongan cemas (CPR) Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang - Tali Temali - Kraftangan - Pertolongan Cemas & Anduh Semua ahli unit BSMM berkumpul seawal jam 8.00 pagi di depan bangunan menara utama IPG. Kemudian, semua ahli unit BSMM bergerak ke Bilik Matahari di Bangunan Menara Aras B1. Pada
84 awal kelas, semua ahli BSMM mempelajari tentang tali temali (Lampiran 7). Terdapat 5 jenis simpulan. Setelah itu, ahli unit BSMM diberikan penilaian bagi amali tali temali (Lampiran 8). Kemudian, Encik Badrul Zaman memberikan taklimat dan penerangan berkaitan asas-asas pertolongan cemas luka (Lampiran 9). Ahli BSMM mendengar penerangan yang disampaikan dengan teliti dan mencuba untuk membuat anduh (Lampiran 10). Encik Badrul Zaman kemudiannya memberikan taklimat dan tunjuk cara berkaitan pertolongan cemas CPR (Lampiran 11). Ahli BSMM mendengar penerangan dan mencuba untuk menjalankan pertolongan cemas CPR secara bergilirgilir (Lampiran 12). Perjumpaan berakhir pada jam 5 petang. LAPORAN AKTIVITI HARI KETIGA Tarikh: 24/2/2023 (Jumaat) Kaedah: Bersemuka Tempat: padang IPGKBM Tajuk: Taklimat Pentaksiran Berterusan (PB) dan Bacaan Kompas dan Bearing Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang ● Penilaian ● - Kawad ● - Ikhtiar Hidup ● - Pertolongan cemas Perjumpaan dimulakan pada pukul 8.00 dengan bacaan doa dan mendengar taklimat Pentaksiran Berterusan yang disampaikan oleh Encik Badrul Zaman (Lampiran 13). Pada jam 8.30, Encik Mustafa Kamal meneruskan sesi pembelajaran dengan topik ikhtiar hidup seperti SOP masuk ke hutan dan makanan rimba (Lampiran 14). Kemudian, sesi memasak masakan rimba diteruskan. Semua ahli unit BSMM berpeluang untuk memasak menggunakan 4 bahan sahaja seperti maggi, telur, tepung dan garam. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta menu menggunakan 4 bahan tersebut sahaja (Lampiran 15). Setelah itu, persembahan bagi makanan rimba diberikan penilaian oleh Encik Mustafa Kamal (Lampiran 16). Kemudian, sesi membaca kompas dijalankan (Lampiran 17). Terdapat tugasan kraf tangan secara berkumpulan dijalankan (Lampiran 18). Pada jam 5 petang, semua ahli BSMM bersurai (Lampiran 19).
85 5.0 RUJUKAN Ayu. (2020). Kemahiran Perkhemahan. Diperoleh daripada PDFCOFFEE: https://pdfcoffee.com/kemahiran-perkhemahan-pdf-free.html Chia. (2019), Kraf Perkhemahan. Diperoleh daripada Scribd: https://www.scribd.com/document/423788794/Kraf-Perkhemahan Jai-arie. (2015). Kawad Statik dan Kawad Dinamik. Diperoleh daripada Dokumen.tips: https://dokumen.tips/documents/kawad-statik-dan-kawad-dinamik.html Kharani. (2016). Bahasa Hukuman Kawad Kaki PBSM. Diperoleh daripada Scribd: https://www.scribd.com/doc/308196115/Bahasa-Hukuman-Kawad-Kaki-Pbsm Mulaidi. (2014). Sejarah PBSM. Diperoleh daripada Slideshare: https://www.slideshare.net/mohd_muliadi/sejarah pbsm Pau, C. (2012). Sejarah Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah. Diperoleh daripada Scribd: https://www.scribd.com/doc/90449544/Sejarah-Penubuhan-Persatuan-Bulan-SabitPersatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. (2007). Buku Panduan No. 3, Peraturan Penubuhan Pasukan Subsidiari. Kelulusan Mesyuarat Majlis Kebangsaan pada 29.6.2008. Diperoleh daripada https://drive.google.com/file/d/1NTzoeWFjU9V4a05soMZSIVdx Rukini. K. (2019, Januari 3). Simpulan dan ikatan. Diperoleh daripada Scribd: https://www.slideshare.net/khambali/simpulan-dan-ikatan2 Malaysia Tieu, A. (2015). Tujuan dan Prinsip Pertolongan Cemas. Diperoleh daripada Scribd: https://www.scribd.com/doc/269537962/Tujuan-Dan-Prinsip-Pertolongan-Cemas
86 LAMPIRAN Lampiran 1 Upacara menaikkan bendera Lampiran 2 Taklimat BSMM Lampiran 3 Mempelajari tentang asas perkhemahan iaitu mendirikan khemah Lampiran 4 Mendirikan khemah sendiri
87 Lampiran 5 Sesi kawad kaki dan ujian kawad kaki Lampiran 6 Pengenalan kepada penggunaan kompas Lampiran 6 Mempelajari tentang tali temali Lampiran 7 Ujian amali tali temali Lampiran 9 Penerangan berkaitan asas-asas pertolongan cemas luka Lampiran 10 Membuat anduh
88 Lampiran 11 Taklimat dan tunjuk cara berkaitan pertolongan cemas CPR Lampiran 12 Menjalankan pertolongan cemas CPR Lampiran 13 Mendengar taklimat Pentaksiran Berterusan Lampiran 14 Sesi pembelajaran topik ikhtiar hidup
89 Lampiran 15 Sesi memasak masakan rimba Lampiran 16 Penilaian bagi persembahan makanan rimba Lampiran 17 Sesi membaca kompas Lampiran 18 Tugasan kraf tangan secara berkumpulan
90 Lampiran 19 Gambar kenang-kenangan sebelum bersurai