The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama: Muhammad Arief bin Azri
No. Maktab: PB 190 151
Homeroom: Ustaz Faisal
Guru: Siti Nor Haryani Binti Che Nordin

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdarief1806, 2022-06-11 08:50:07

Kajian Novel 8 Buah Novel TIngkatan 4 dan 5 di 4 Zon di Malaysia

Nama: Muhammad Arief bin Azri
No. Maktab: PB 190 151
Homeroom: Ustaz Faisal
Guru: Siti Nor Haryani Binti Che Nordin

Keywords: Tirani,Jendela Menghadap Jalan,Di Sebalik Dinara,Songket Berbenang Emas,Bimasakti Menari,Silir Daksina,Pantai Kasih,Leftenan Adnan Wira Bangsa

tujuan dia menyekolahkan adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga
akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka
setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 9
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan

menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa Inggeris
yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir
dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah walaupun sudah belajar
di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-
bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi
askar supaya dapat mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka
didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu
lari lintang pukang, walaupuan ada seorang yang mengena belautinya. Rupa-rupanya mereka mengerat
tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia membertahu
isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempohari dan dibaling
beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian
yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 10
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk

Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar.
Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila dia
selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas
dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya
membawa pulang sebuah basikal baharu.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 11
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok

belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan

pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju
untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan
tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang lain
terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan
tersebut. Mak Milah bangga dengan semnangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya.
Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar
Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi
juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 12

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas hati.
Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung
Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda
kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang
akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan
pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak
berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak
Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya
oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana
masih mendengar pesan ayahnya.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 13

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatihmengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar.
Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar mendengar
cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu
bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat
kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 14
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-

anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.
Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang
bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan
Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak
dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi
Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya
ibu Adnan mengalah.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 15
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem

latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang
dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera
selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 16
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan

mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang
mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan
ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai
upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah
diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah
dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing
terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 17
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan

pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara
pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi

menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan
seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 18
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga

orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuan
itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan
membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam
kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 19
Perang Dunia KeduaApabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun bersedia untuk menjajah

Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang.
Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati
yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya
ke Singapura, adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama
membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga
Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 20
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang

juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan satu
tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit
Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Merekapun
berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk
kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu
siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa
Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak
Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketatkan

kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat
daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat.
Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan
berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 21

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat
dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar
Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat
persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak Britsih mengetahui tahap
kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai
mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam
keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang
ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya
ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 22

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada
sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang
pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw
melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah
membuat persiapan untuk berpaerang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau
melaporkan konvoi Angakatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat
pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan
memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam
waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung
dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 23

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan
Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap
tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu
Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS
Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.

Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap
risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya
sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 24

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang
kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan
pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula
menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula
mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar
Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji
menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan
dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring
di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak
sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit
pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat
mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India
British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang
kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah
korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu
bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan
supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 25

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera British
di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jenera; Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam
mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di SOngkhla dan Pattani. Ops Matador
dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan
mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu. Namun
tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan
akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Keretapa Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jeragkap samar
yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh.
Akhirnya tentera Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengakalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom
seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan
kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan
tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Aloe Setar dan Sungai Petani.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 26

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan British HMS Prince
of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun
pergerakan kapal perang itu Berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan
melakuka serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal
perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E.
Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera
Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyrang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral
Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau
Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawsan
awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal
dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan
yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan

Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan
turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 27

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada
pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu.
Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia.
Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan
ajwtaan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh
Semenanjunga Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir
meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan
Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari
maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan
Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera
asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 28

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura
berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-
tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pengkalan
Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene
di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke
petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke
Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin
lemah. Rejmen Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya
pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan
dan aggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya
tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan
tentangan sengit kepada musuh.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 29

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan
persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam
perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan
menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman Berjaya
mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka Berjaya
dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu.
Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E.
Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan
mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat
dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera
Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai
membiarkan sahaka askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 30

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anngotanya bersiap sedia.
Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan
pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempura berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa
yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan
semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar
Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang
menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang
Buit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang
ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan
menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 31

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun sedang
mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani
dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang
semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal
Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari
pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan
oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan
berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat
membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 32

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjatadigunakan, termasuk bom
tangandan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun.
Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet.
tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya
pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-
orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat
juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana
keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan
Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan
yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera
Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap
orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada
pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 33

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah
memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat
berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai

perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup
lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang
Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat
askar Melayu lalu mengebumikannya.

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 34

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan
bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian
Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai
yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 35

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi,
pisang, dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu
Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas.
Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oelh British.
Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai
kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah
Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di
sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz
Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia.
Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap
penyakit leukimia.

Kekuatan

Novel ini mempunyai tema yang menarik iaitu keberanian seorang anggota tentera dalam
mempertahankan tanah air kerana dapat mengajar nilai patriotik kepada pembaca. Di samping itu,
persoalan tentang semangat cinta akan negara dapat memberikan perspektif baharu kerana dapat
menyuntik kesedaran tentang pengorbanan seorang askar terhadap negara. Selain itu, novel ini
menceritakan tentang perwatakan watak utama iaitu keberanian seorang askar. Sebagai contoh,
Leftenan Adnan berjuang sehingga titisan akhir walaupun tiada senjata. Seterusnya, pemulaan cerita
tersebut amat difahami oleh pembaca walaupun ringkas kerana penulis dapat meringkaskan secara
mudah dengan kefahaman penulis terhadap minda pembaca. Akhir sekali, novel ini mengajari kita
supaya berjuang untuk tanah air kesayangan kita agar generasi masa hadapan dapat hidup secara aman
dan selamat daripada ancaman luar.

Kekurangan

Novel ini menceritakan sejarah yang kadang kala membosankan kerana kandungan yang terlalu
banyak untuk pembaca mengikutinya. Selain itu, novel ini mempunyai watak sampingan yang pada
luaran tidak mendalam kerana merupakan perwatakan daripada sebuah persepektif orang lain dan
merupakan pandangan orang lain terhadap watak tersebut. Seterusnya, watak utama Leftenan Adnan
bin Saidi merupakan manusia dan orang sebenar yang menyebabkan penulis tidak boleh mencipta
unsur tidak benar kerana perwatakkannya mungkin membosankan sesetengah pembaca. Kemudian,
perkembangan novel ini terlampau lama sehingga dapat menyebabkan pembaca berhenti membaca
kerana kehilangan minat. Akhir sekali, pembaca juga kemungkinan akan kehilangan minat pada unsur
sejarah dan kehidupan seseorang askar yang sebenar kerana amat realistik kepada pembaca yang tidak
meminati sejarah dan menyebabkan mereka tidak memahami alir cerita jika kehilangan fokus.

Penambahbaikan

Penulis novel haruslah mengurangkan kandungan yang tidak diperlukan supaya unsur tidak
merasai terlebih dan dapat diikuti oleh kesemua pembaca. Kemudian, perwatakan watak sampingan
haruslah diperdalamkan walaupun merupakan persektif orang lain supaya dapat menambah nilai pada
watak tersebut mengikuti pandangan sendiri. Di samping itu, watak utama juga perlulah dianalisis oleh
penulis dan maklumat menarik yang difahami oleh penulis haruslah diletakkan dalam novel tersebut.
Selain itu, perkembangan binaan plot novel ini hendaklah mempunyai unsur menarik secara selangan
supaya pembaca tidak kehilangan minat.Akhir sekali, penulis haruslah mencari cara menarik untuk
menjadikan sejarah seseorang menarik kepada pembaca supaya pembaca dapat mengekalkan fokus
sepanjang alir cerita.

Tingkatan 5
Bimasakti Menari

Pengenalan

Ia bukannya tentang mahu
menggerakkan bintang-bintang di langit.
Bintang-bintang memang sedia ada di sana.
Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat
melihat. Pelik bukan? Sedikit chaya pula
menutup deria mata. Begitu Tuhan mencipta
manusia dengan penuh keterbatasan agar
manusia tidak leka dengan apa-apa yang dilihat
oleh deria.

Biografi – Sri Rahayu Mohd Yusop

Sri Rahayu Mohd Yusop, anak jati Tanjong Karang, Selangor
telah menulis 13 buah novel semenjak tahun 2001. Beliau telah
memenangi hadiah dalam beberapa sayembara peringkat nasional.
Antara karya-karya beliau dalam genre fantasi dan sains fiksyen
ialah Odisi Tanah Kencana, Impuls/Roh, Equilibria dan
Transgenik Sifar. Novel beliau yang bertajuk Bimasakti Menari
kini digunakan sebagai teks wajib Komponen Sastera Bahasa
Melayu Tingkatan 5 di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.

Sinopsis Keseluruhan

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh
pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada
mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan
masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-
kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut.
Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann
Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek
tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim
mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi
mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak
Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis
Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan
dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga
lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua
Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan
bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur

beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

Sinopsis Setiap Bab

Bab 1:

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah
menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah
benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan
pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam
jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku
dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk
menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja
yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula
akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh
keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Bab 2:

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan
Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang
dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya,
Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji

yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal
berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka
tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang
sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip
Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan
pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh
anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu
apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Bab 3:

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala
Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi
ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir.
Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk
melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan
tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak
kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan
secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat
pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh
kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat
menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa
turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik
persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-
lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan
sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor
yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Bab 4:

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai
solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja
di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang
merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun
yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul
Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur
membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini
berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul
Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah.
Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan
kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap
alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat
pembangunan yang tidak terancang.

Bab 5:

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah
Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau
mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah
kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk
bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah
melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka
beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap
bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya
Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi.
Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa
haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.

Bab 6:

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang
alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati
janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala
Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit
Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia
melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada
dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul
Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan
membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini
tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan
kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman
menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia
untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7:

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh seperti
yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki
kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan
yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat
wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang
usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut
dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di
Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa

yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan
tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang
berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin
motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari
kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa ancaman kepada
populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai
tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih
kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana
telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

Bab 8:

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan
adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang
dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu
Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di
luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per
lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran
bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan
tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa
adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh
dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal
mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

Bab 9:

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap
secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan
kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang
kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri
Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan
ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

Bab 13:
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-

Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan
Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat
meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann
merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri
Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai
suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan
terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang
awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh
selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann
tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14:

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah
untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad
Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada
Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya.
Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan
yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir
pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender
dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam

mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Bab 15:

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong ke
rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki
memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong
rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal
Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan
bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul
Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut
siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik
Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah
kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan
stabil.

Bab 16:

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik
sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa
meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik.
Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar
tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat
Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf
kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin
mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang
mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa
tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

Bab 17:

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah biasa
bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak
bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan
khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca
jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah
Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya
akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan
Langit Gelap.

Bab 18:

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul
Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan yang telah
disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk
balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu
bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan
ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz
lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

Bab 19:

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia
menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas pada
jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya
milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen
petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari
kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang
diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya

tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang
perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan.
Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa
sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

Bab 20:
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik

yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh
diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri
daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van
sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir
dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin
dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan
Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21:
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan

bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin
telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon
bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima
padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-
besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti
bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya.
Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan.
Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

Bab 22:

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan
bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke
hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan
menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap
Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak
hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan
meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas
daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

Kekuatan

Novel ini mempunyai Teknik imbas muka yang menarik. Hal ini kerana bayangan yang ditunjukkan
dalam novel ini mudah untuk difahami. Selain itu, novel ini mempunyai dialog yang menarik. Hal ini
kerana pertuturan antara dua watak atau lebih amat dramatis dan mudah untuk difahami. Seterusnya,
novel ini mempunyai Teknik imbas Kembali yang menarik. Hal ini kerana pengarang menggambarkan
situasi melalui ingatan, lintasan atau imbasan seseorang dengan kemas dan jelas. Disamping itu, novel
ini mempunyai monolog dalaman yang menarik. Hal ini kerana pengarang telah membuat pengucapan
atau tutur kata dengan sangat gramatis. Akhir sekali, novel ini mempunyai Teknik pemerian yang
hebat. Hal ini kerana pengarang menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa dengan sangat bagus.

Kekurangan

Novel ini kekurangan latar masa yang sesuai dikaitkan untuk menulis sebuah novel yang
cantik. Selain itu, novel ini mempunyai perwatakan seseorang watak yang kurang menarik. Hal ini
boleh menjejaskan keseronokan dan kefahaman pembaca. Seterusnya, novel ini mempunyai jalan
cerita yang kurang menarik melainkan novel yang lain. Jalan cerita dalam novel ini amat ringkas dan
tidak mencapai trend kebanyakan pembaca. Disamping itu, novel ini menggunakan Bahasa yang sukar
difahami kebanyakan pembaca. Dialog dalam novel ini tidak mencapai tahap kefahaman untuk seorang
pelajar. Akhir sekali, novel ini kekurangan nilai-nilai murni yang menarik bagi para pembaca. Hal ini
membuatkan novel ini kurang menarik seperti novel-novel yang lain

Penambahbaikan

Novel ini wajarlah mempunyai penambahan latar masa yang lebih sesuai dan relevan. Selain
itu, novel ini juga memerlukan perubahan perwatakan seorang watak yang lebih menarik agar novel
ini lebih menarik untuk dibaca. Seterusnya, novel ini pengubahan jalan cerita yang lebih jelas dan
mudah untuk difahami agar pembaca mendapat gambaran yang lebih jelas. Disamping itu, novel ini
memerlukan penggunaan Bahasa yang lebih sesuai agar pembaca lebih faham dialog cerita novel ini.
Akhir sekali, novel ini memerlukan penambahan nilai-nilai murni yang menarik agar pembaca lebih
suka untuk baca novel ini

Songket Berbenang Emas

Pengenalan

Songket Berbenang Emas
mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang
murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia
menghadapi masalah keluarga hingga
mengganggu tumpuannya terhadap
peperiksaan yang bakal
didudukinya.Sebagai anak sulung, Dahlia
terpaksa memberikan perhatian kepada
keluarganya.Apabila ibunya dirawat di
hospital Permai, dia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan bertambah
kerana hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya.Tindakan berani Dahlia terjun ke
sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya.Walaubagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan.Hadiah atas
kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaannya yang dapat melanjutkan pelajaran
ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

Biografi – Khairuddin Ayip

Khairuddin Ayip dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25
Februari 1962. Beliau telah menerima pendidikan di
Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (1969 hingga 1974),
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail (1975 hingga
1979), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bentara
Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau melanjutkan
pelajaran di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (1982
hingga 1984) dan Universiti Putra Malaysia (1996 hingga
1999).

Beliau banyak menghasilkan buku kreatif seperti
novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif, beliau telah
memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga Sayembara Hadiah Sastera Remaja ESSO-
GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku Jua), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP

1987 (Sayang Disayang), hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan-Public Bank 1989 (bukan
Untukku), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas),
tempat kedua Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1991 (Mawar Putih Mawar Merah) dan
tempat kedua Peraduan Menulis Cerpen Kanak-kanak Hari Guru Kebangsaan 2000 (Semerah Saga).

Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches + (SISC +) di
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

Sinopsis Keseluruhan

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya
terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa
memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya,
Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular
sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-
kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai
untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.
Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi
pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan
pertunangannya dengan Azhari.

Sinopsis Setiap Bab

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.

Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti.
Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia
meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia
merupakan anak sulung.

Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga
menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di asrama.
Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak
suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.

Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan
Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.
Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk
membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.

Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat
ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba,
ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib.
Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha
mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan
ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam
kebun.

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki dengan
keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan
Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui
hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa,
Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.

Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga

Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan
anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung
Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah
untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha
untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun yang
diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak
sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya yang
belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.

Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada
keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong
memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun
sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau
terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu
menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan
segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup
miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan
sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu
bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering
terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu
Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar
yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan
memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik

Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred
tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak
rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari
rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima
minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden
asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan
meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00
petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia
memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada
petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam.
Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa
emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan
emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Bab 6: Ditelan Arus Deras

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan
nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya
yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang
gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau
geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca
emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli
keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah
dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua

kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang
berlaku adalah ketentuan Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang
dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah
menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu.
Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa
Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah
tiada.

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu,
Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton
mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said
mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun
ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah.
Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan
terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan
mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu
mencari musuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi
memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang
semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan
Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku
pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-
anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa
sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah
hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong
panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa Anggerik ke
klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat
semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak
sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati
Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan
mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan
dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai
yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan
nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan
dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk
datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.

Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa ke
hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup
berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang
diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek

Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan
harga RM15,000 .

Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.

Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa dia
ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta
Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia
menenangkan dirinya di perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia
daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia
berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka

berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin membara
apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat
kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut.
Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains
Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya.
Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada
hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah
kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi
walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia

membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan
oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu

mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan
memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal
yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak
Dahlia berpunca daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di
situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi
melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip
hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila
Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia
tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi
peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari
asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila
melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu
menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta
Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim
kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-
rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau
mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka
sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan
itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk
menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya
untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana
Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan
bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta
Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak
ketinggalan dalam pelajaran.

Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia
mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia
duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di hospital,

abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap
untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke
rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat
RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.

Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas
Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat
tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar
sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu

bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman,
Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa
hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah
kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim
juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu
kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi.
Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja
sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus

bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun begitu,
Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan
penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di kawasan
itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut

tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul
pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang
serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh
itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama
ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk
mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan
parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia
memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban ayahnya. Akan tetapi,
Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ.
Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan

Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti.
Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang untuk
sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang
sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan
Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar
dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya dan
memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang

daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu
Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir,
dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki
terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi
dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya
menyimpan perasaan dendam.

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-
mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan
didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-

kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima
cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada
itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia
mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam.
Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan
cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang untuk
berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah
yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh. Nek Kiah telah mengajak Embong

sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak
lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk
kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga
berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di
kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman
bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat
terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah
dia naik pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan mereka.
Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia hanya menurut
sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.

Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga
bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia
dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam
peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama
enam bulan.

Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti
Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28: Koi-bito

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek
Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur
akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin
risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh
Tauke Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer
dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya

kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari
telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga
.menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri
sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

Kekuatan

Novel ini mempunyai teknis imbas Kembali yang menarik. Pengarang novel ini telah
menggambarkan cerita novel ini melalui ingatan, kenangan, lintasan atau sesuatu watak dengan amat
jelas. Seterusnya, novel ini mempunyai klimaks yang begitu menarik. Peralihan dan perubahan watak
dari baik dan buruk menyebabkan novel ini menarik. Kemudian, novel ini mempunyai Teknik
pemerian yang mantap. Pengarang menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung
dengan jelas. Disamping itu, novel ini mempunyai dialog yang amat menarik. Pertuturan antara dua
watak atau lebih dari dua watak dalam novel ini jelas dan unik Akhir sekali, novel ini mempunyai
Teknik imbas muka yang menarik. Hal ini demikian kerana bayangan yang ditunjukkan dalam novel
ini begitu mudah difahami.

Kekurangan

Novel ini mempunyai seni grafik kulit novel yang kurang menarik. Di samping itu, novel ini
mempunyai teknik saspens yang kurang menarik dan tegang buat para pembaca. Kemudian, novel ini
penceritaan yang rumit dan memeningkan. Kesannya, para pembaca sukar untuk memahami jalan
cerita novel ini. Disamping itu, novel ini kekurangan ayat yang menarik. Hal ini membuatkan novel
ini tidak setanding novel-novel yang lain. Akhri sekali, novel ini tidak mempunyai imaginasi yang
rendah. Hal ini menyebabkan novel ini sukar untuk difahami.

Penambahbaikan

Novel ini haruslah mempunyai penggunaan teknik saspens yang lebih menarik agar pembaca
lebih tertarik dengan jalan cerita. Kemudian, novel ini memerlukan seni reka kulit novel yang lebih
menarik dan menonjolkan agar dapat menarik perhatian pembaca. Seterusnya, novel ini memerlukan
penceritaan yang lebih jelas dan mudah untuk difahami. Seterusnya, novel ini memerlukan
penambahan ayat tersurat agar novel ini lebih jelas untuk dibaca. Akhir sekali, novel ini memerlukan
penambahan nilai-nilai murni yang lebih mantap agar pembaca dapat mencontohi nilai-nilai murni
yang baik.

Tirani

Pengenalan

Novel Tirani hasil karya Beb Sabariah bukan
sekadar novel yang sarat dengan penceritaannya tetapi
turut menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat
setempat khususnya etnik sarawak.Keunikan etnik
Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha
gigih watak utamanya, Waheeda untuk mempromosikan
industri pelancongan di Sarawak.

Biografi – Beb Sabariah

BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang
Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus
Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat
pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor,
Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.

Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap
di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis
Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu KEPEZI SATU,
KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah Nawawi) dan Memori Sebuah Rindu
(terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi Hari Wilayah-Bandar Raya 2003, 2004, 2005, Antologi
Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA 2000, Pelagus-Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003.

Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia,
Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak serta Majalah Dewan
Sastera dan Majalah Wanita.

Beliau juga penerima Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP Cawangan Sarawak
pada tahun 2001 dalam genre puisi dan Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan 50
tahun DBP-2006 dari bahagian Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP Cawangan Sarawak.

Mendapat tempat ketiga rencana kritikan sastera Hari Guru dalam Antologi Guru ke-XX tahun
2007. Kini bergiat dalam penulisan novel dan novel pertama berjudul Tirani kini di pasaran. Dalam
proses penerbitan adalah sebuah kumpulan cerpen berjudul Mawar Magenta.

Sinopsis Keseluruhan

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas
nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda
telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan
hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya
dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya
menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang
diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu
Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu
yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan
harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam
novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi
kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk
berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron
Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik
kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di
sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah
satu TIRANI.

Sinopsis Setiap Bab

Bab 1:

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan.
Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya
seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat
ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap
kawan-kawannya dapat diredakan.

Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay
iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu
daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak
seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan
asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan
pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan
kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus
menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.

Bab 2 :

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau
Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik
kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan
Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada
ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama.
Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana
monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan
rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr
Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan
kepakaran di Singapura.

Bab 3:

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda
(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang

Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga
untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila
menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh
kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak
berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja.
Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang
dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah
juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan
Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat
wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan
katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu
kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima
rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Bab 4:

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk
membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga.
Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah
dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh
sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik
Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-
sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah
diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor
pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr
Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa
yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak
matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di
Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan
tersebut.

Bab 5 :

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya,
Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat
lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala.
Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat
lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di
Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya
sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda
membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya.
Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa
dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar
dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan
Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan
wajahnya.

Bab 6:

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di
dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi
kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu
di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas
membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana
hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda
berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh
Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran
ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran
tersebut.

Bab 7:

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku
yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-
tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda
kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk
memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi.
Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Bab 8:

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini
menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi
juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas
itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan
Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang
dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh
syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang
mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk
kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga
pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan
menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu,
Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort
terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9:

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan
hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur
diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama
Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat
seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak
belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-
akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari
melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu.
Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini,
Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang
diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan
masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku
kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda
sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada

pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila
Halloway memuji kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut,
Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Bab 10:

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan
isu yang terkandung dalam akhbar hari itu, termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan
sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika.
Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif
terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu,
perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan
mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda
terlekat dalam lamunan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid.
Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda
dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan
Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan
mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid
yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional
nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha.
Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Bab 11:

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading
Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo
Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid
dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah
sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser
akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda
akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Bab 12 :

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi
kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda
dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda
supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya
masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah,
dia tidak berapa sihat dan sering selesema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo
tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan,


Click to View FlipBook Version