The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama: Muhammad Arief bin Azri
No. Maktab: PB 190 151
Homeroom: Ustaz Faisal
Guru: Siti Nor Haryani Binti Che Nordin

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdarief1806, 2022-06-11 08:50:07

Kajian Novel 8 Buah Novel TIngkatan 4 dan 5 di 4 Zon di Malaysia

Nama: Muhammad Arief bin Azri
No. Maktab: PB 190 151
Homeroom: Ustaz Faisal
Guru: Siti Nor Haryani Binti Che Nordin

Keywords: Tirani,Jendela Menghadap Jalan,Di Sebalik Dinara,Songket Berbenang Emas,Bimasakti Menari,Silir Daksina,Pantai Kasih,Leftenan Adnan Wira Bangsa

Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus
ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Bab 13:

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki
semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser
menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan
Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan
kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir
akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan
akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat
diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu
mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah
hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri
doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis
pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya
kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah
menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada
Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan
semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu
komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan
SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan
itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi
ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak
teruk. Zahid kembali tenang.

Bab 14:

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu
yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga
menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi.
Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi
salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas
menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin
perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin.
Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah
Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada
minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

Bab 15:

Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.
Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah
digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji
pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang
menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya
Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan
kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan
usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan
Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti
di bibirnya.

Bab 16:

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan.
Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke
Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor
lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula
mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha
Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda
terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti
isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda
tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan
masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda
agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi
mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk
Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan
dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung
antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya
suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan
semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17:

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-
Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda
sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis
yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya
tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya
untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut.
Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres,
tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu
tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC
dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di
atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan
dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah
pembawaan anak dalam kandungan.

Bab 18:

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin yang
ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway
bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah
mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid

meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji
kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy,
Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke
rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya
apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh.
Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu
cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya.
Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke
dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya
Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri
kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai
suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut
Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan
Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

Bab 19:

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid
tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan
membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di
hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar
Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit
perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti

anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi
meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda
dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa
sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang
ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk
memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang
banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak
sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap
Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha
menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap
Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda.
Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh
Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram.
Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda
mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Bab 20:

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda bahawa
kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga
menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan
untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah
membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas
diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik
rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais

sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi.
Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap
suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu
kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan
moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran
positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi
yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu
dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-
Iwani’. Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Bab 21:

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang
berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan
yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik
Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri
esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada
itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin
melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan
Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan
Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan
yang berjaya.

Bab 22:

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa
disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah.
Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak
secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan
keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah

kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah
mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang
pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (Nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju
dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda
dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-
Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga
emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Bab 23:

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman.
Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang
tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya.
Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga
mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan
fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana
dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri
dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong
yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-
siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua
orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak
bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais
selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat
bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan
kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara
Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan
menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga
menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang
anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles
mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat
zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat

mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika
dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung
wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia
memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya
bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan
menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Bab 24:

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya,
lekuk pada dagu, dan lesung pipit, pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan gerak- geri gadis
itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang
enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.
Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di
Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang
dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui
Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan
meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu
dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun
Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia
jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya

Kekuatan
Novel ini mempunyai teknik imbas muka yang menarik. Hal ini demikian kerana bayangan

yang ditunjukkan dalam novel ini amat jelas dan mudah untuk difahami. Selain itu, novel ini
mempunyai dialog yang menarik antara watak. Pertuturan dan perbualan antara dua atau lebih watak
amat menarik dan dramatis. Seterusnya, novel ini menerapkan Teknik imbas Kembali dengan begitu
mantap. Hal ini kerana pengarang menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan terhadap
sesuatu perkara yang telah berlaku dengan begitu jelas. Disamping itu, novel ini mempunyai
monolog dalaman yang menarik. Hal ini kerana pengarang membuat pengucapan atau pertuturan
kata oleh sesuatu watak secara bersendirian dengan dramatis. Akhir sekali, novel ini mempunyai
teknik pemerian yang hebat. Hal ini demikian kerana pengarang menerangkan sesuatu perkara atau
peristiwa secara langsung dengan sangat bagus.

Kekurangan

Novel ini mempunyai kekurangan ayat gramatis yang mampu membuatkan pembaca kurang
memahami. Hal ini menyebabkan novel ini kurang menarik untuk dibaca. Selain itu, novel ini
mempunyai binaan plot yang kurang menarik. Plot novel ini sukar untuk difahami dan menyukarkan
para pembaca untuk membaca. Seterusnya, novel ini mempunyai pengakhiran cerita yang tergantung
atau tidak menyeluruh. Disamping itu, novel ini mempunyai saspens yang kurang menarik untuk
para pembaca. Melainkan novel lain, novel ini tidak mempunyai cerita yang begitu menarik. Akhir
sekali, novel ini kurang menyampai ayat-ayat tersirat yang menyebabkan novel ini tidak sehebat
novel-novel yang lain.

Penambahbaikan

Novel ini hendaklah mempunyai penambahan ayat gramatis yang lebih menarik. Selain itu,
novel ini memerlukan binaan plot yang lebih baik dan mantap. Seterusnya, novel ini memerlukan
pengakhiran cerita yang lengkap dan tidak tergantung. Di samping itu, novel ini memerlukan
penggunaan teknik saspens yang lebih baik agar dapat memuaskan pembaca. Akhir sekali, novel ini
memerlukan penambahan ayat tersirat agar novel ini lebih menarik untuk dibaca.

Silir Diksana

Pengenalan

Lelaki bernama Abdullah bin Kayan begitu
misteri dalam hidupnya.Sesungguhnya Haiqal
tidak pernah bertemu, apatah lagi mengenali lelaki
itu.Konflik keluarga telah membawa kepada
penceraian, lalu memisahkan Haiqal dengan ayah
kandungnya itu.

Sebuah manuskrip lama yang terbengkalai
menyingkap rahsia yang sekian lama
terpendam.Haiqal membulatkan tekad walau sedar uminya pasti membantah.Dia perlu ke kampung
halaman arwah ayahnya.Misteri Abdullah bin Kayan perlu dirungkai.

Biografi – Nizar Parman

NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja,
Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam,
Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.

Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta
(MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.

Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong
untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis
tersohor tanah air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan meminjam buku di
perpustakaan.

Sinopsis Keseluruhan

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan
berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak
dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi telah menetap di Kuala
Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat Haiqal untuk mengenali ayahnya
dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya. Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima
kehadiran Haiqal dengan baik. Dia kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya
melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh
ayahnya didalam manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di
kampung itu. Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau
juga adalah guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan
kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu dan
berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal. Adakah haiqal mampu
melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu
dihuraikan?

Sinopsis Setiap Bab

Bab 1:

Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya
manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir
kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan
dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya
iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah
bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad untuk
mencari ayahnya apabila sudah dewasa.

Bab 2:

Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana
ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai sambil
bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup bertanya kepada
ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu
bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkaikan persoalan tentang

ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu ialah seorang berbangsa cina yang
bernama Ong Swee Hwa yang tidak dikenalinya.

Sinopsis Bab 3:

1. Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan rakan-
rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke
Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu. Setelah selesai berlatih,
Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada Aiman
(Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam
teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang
susah dan datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik
ayah yang terbiar selama ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik. Dia
seorang yang rajin sehingga mampu mengumpul duit untuk membeli tanah kebun ayah. sudah 18
tahun dia menetap di kampung itu dan amat disenangi oleh penduduk kampung. Semasa arwah
ayahnya masih hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.

Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya ke sekolah
kerana bateri keretanya tidak berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang dia sahaja
ke sekolah setiap hari. Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah yang Ai Ling seperti
berminat dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk rapat dengan Ai
Ling.

2. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh Tauke Lim
ke pekan untuk belanjanya minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya
untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari. Amirul berterus-terang dengan
Tauke Lim yang dia kesunyian semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah dengan anaknya
Aiman.

3. Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin Purnama meminta
Amirulnizam dan beberapa orang untuk berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri akan
datang ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin datang
kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat. Amirul diminta untuk menyiapkan atur
cara persembahan nanti agar ramai yang hadir. Tauke Lim pula berjanji untuk menanggung kos
jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan acara
deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat memilih peserta melalui murid sekolahnya. Amirulnizam
teringat kembali zaman kegemilangannya dalam bidang tersebut.

4. Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang menyertai
pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar Amirulnizam
mengajarnya cara mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju dan setelah berjanji, petang itu Ai
Ling ditemani Ai Ching datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya
membenarkannya mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai Ling
dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai
Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.

5. Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan deklamasi puisi murid-murid tahap satu telah menjadi
perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam
kerana mengajar anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya
Amirulnizam aktif semula dalam bidang penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya
dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan untuk berhenti berkarya kerana kehilangan
semangat. Kehadiran Ai Ling mempengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada
anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.

6. Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Ramai orang
kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat persembahan deklamasi
sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya
dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai
persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan persembahan lagu
Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri
berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau berharap
agar Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan bahasa di kampung itu dan menjadikan
Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.

7. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya sendiri.
Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan aktivitinya. Suatu petang Amirulnizam
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling. Ai
Ling bertanya tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman. Amirulnizam memberitahu bahawa Aiman
berada di Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman
dan berkawan dengannya.

8. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan.

Petang itu Ai Ling datang ke rumah Amirulnizam. Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis
oleh Amirulnizam. Amirulnizam berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama yang membaca
hasil tulisan itu apabila siap nanti. Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan
hidupnya yang kesepian menjadi lebih bermakna. Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang
kelihatan pucat dan kurus. Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja. Ai Ling juga
turut bertanya tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.
9. Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan, segala persiapan
majlis itu berjalan dengan rancak. Amirulnizam menggunakan masanya hingga larut malam untuk
menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan manuskripnya.
Sakit kepalanya semakin kerap menyerang. Pada malam itu dia rasa aneh kerana kerinduan terhadap
Aiman begitu kuat. Dia hanya mampu menatap gambar anaknya sambil menangis teresak-esak.

Bab 4:
Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu

dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa bahawa
cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal sentiasa berjumpa
dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa mengusik-usik Ratna
dengan kata-kata dan bahasanya.

Bab 5:
Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan

kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan ayahnya
kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan kilang batik. Dia
teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang meninggal dunia tujuh tahun yang lalu
kerana terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.

Bab 6:
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong

keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya
setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai

perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya
pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara dam-
diam.
Bab 7:

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya
untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

Bab 8:
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri

Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung
tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke
Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia
diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah
arwah ayahnya.

Bab 9:
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman

rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah
kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal
bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

Bab 10:
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk

memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur ayahnya.
Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.
Bab 11:

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada
Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya
iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari
cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit
daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan
Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal
kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-
remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya.
Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung
yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya
untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

Bab 12:

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan
terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak
buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku
yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup
ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan
gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa
arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang
bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

Bab 13:

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga
memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

Bab 14:
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama

dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

Bab 15 :

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-
masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

Bab 16:
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi

Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan
walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa
berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan
kongsi dalam perniagaannya.

Kekuatan

Novel ini mempunyai teknik imbas muka yang menarik. Hal ini kerana bayangan yang
ditunjukkan dalam novel ini amat jelas dan mudah untuk difahami. Selain itu, novel ini mempunyai
dialog yang menarik antara watak. Pertuturan dan perbualan antara dua atau lebih watak amat menarik
dan dramatis. Seterusnya, novel ini menerapkan Teknik imbas Kembali dengan begitu mantap. Hal ini
kerana pengarang menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan terhadap sesuatu perkara
yang telah berlaku dengan begitu jelas. Disamping itu, novel ini mempunyai monolog dalaman yang
menarik. Hal ini kerana pengarang membuat pengucapan atau pertuturan kata oleh sesuatu watak
secara bersendirian dengan dramatis. Akhir sekali, novel ini mempunyai Teknik pemerian yang hebat.
Hal ini kerana pengarang menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung dengan sangat
bagus.

Kekurangan

Novel ini kekurangan contoh peristiwa yang menarik. Hal ini boleh menyusahkan para pembaca
untuk memahami situasi yang terkandung dalam novel ini. Selain itu, novel ini mempunyai isi dan
bilangan bab yang amat sikit. Hal ini menyebabkan novel ini kurang sesuai untuk dikaji oleh para
pelajar. Seterusnya, novel ini mempunyai Teknik monolog yang kurang menarik. Hal ini membuatkan
para pembaca bosan untuk membaca. Disamping itu, novel ini mempunyai gaya Bahasa yang kurang
relevan dan sesuai. Akhir sekali, novel ini kekurangan Teknik imbas muka yang membuatkan para
pembaca sukar memahami jalan cerita novel.

Penambahbaikan

Novel ini memerlukan penambahan contoh peristiwa yang lebih menarik agar pembaca
mendapat gambaran yang lebih jelas tentang jalan cerita novel ini. Kemudian, novel ini memerlukan
penambahan bilangan bab dalam novel kerana novel ini mempunyai isi kandungan yang sikit.
Seterusnya, novel ini memerlukan pengubahan Teknik monolog yang lebih menarik agar novel ini
lebih mudah untuk difahami. Disamping itu, novel ini memerlukan pengubahan gaya Bahasa supaya
novel ini dapat menarik perhatian pembaca dan mencapai tahap kefahaman seorang pelajar. Akhir
sekali, novel ini memerlukan penggunaan Teknik imbas muka agar novel ini lebih menarik untuk
dibaca.

Rujukan

1. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-jendela-menghadap-jalan-komsas.html
2. http://ruhaini-matdarin.blogspot.com/2015/11/biodata-ruhaini-matdarin-dan-buku-yang.html
3. https://www.irujukan.my/novel-jendela-menghadap-jalan/
4. http://cikguchom.blogspot.com/2015/07/biodata-pengarang-novel-di-sebalik.html
5. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
6. http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015/01/sinopsis-di-sebalik-dinara-bab-1-bab-5.html
7. https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-pantai-kasih-sinopsis-keseluruhan.html
8. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-pantai-kasih-komsas-tingkatan-4.html
9. http://komsas4.blogspot.com/2017/02/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa.html
10. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-leftenan-adnan-wira-bangsa-komsas.html
11. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
12. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
13. https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
14. https://www.ipendidikan.my/novel-silir-daksina.html
15. https://www.bumigemilang.com/novel-silir-daksina-k4-komsas-tingkatan-5/
 Novel Komponen Sastera – mata Pelajaran Bahasa Melayu - Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karya Abdul Latif Talib
 Novel Komponen Sastera – mata Pelajaran Bahasa Melayu - Di Sebalik Dinara Karya Dayang

Noor
 Novel Komponen Sastera - mata Pelajaran Bahasa Melayu - Jendela Menghadap Jalan Karya

Ruhaini Mat Darin
 Novel Komponen Sastera – mata Pelajaran Bahasa Melayu - Pantai Kasih Karya Azmah

Nordin
 Novel Komponen Sastera – mata Pelajaran Bahasa Melayu - Songket Berbenang Emas Karya

Khairuddin Ayip
 Novel Komponen Sastera – mata Pelajaran Bahasa Melayu - Tirani Karya Ben Sabariah
 Novel Komponen Sastera – mata Pelajaran Bahasa Melayu - Bimasakti Menari Karya Sri

Rahayu Binti Mohd Yusop
 Novel Komponen Sastera – mata Pelajaran Bahasa Melayu - Silir Daksina Karya Nizar Parman


Click to View FlipBook Version