The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azminazulkafli03, 2024-03-08 11:02:08

BUKU LOG PBSM

BUKU LOG PBSM

9.0 PRINSIP ASAS PERLEMBAGAAN 9.1 VISI Untuk mencapai hasrat memberikan perkhidmatan kemanusiaan yang unggul diperingkat negeri dan negara. 9.2 MISI Untuk berkhidmat setiap masa bila diperlukan kepada semua


10.0 COGAN KATA DAN HORMAT BSMM 10.1 COGAN KATA “Bila-Bila Masa dan Di Mana-Mana Jua” Diatas adalah cogan kata PBSM yang bermaksud tidak kira di mana, anggotaPBSMakanmemberikan sumbangan dan bantuan pada bila-bila masa tanpa mengira kaum, agama,danideologi. Oleh itu, setiap anggota PBSM harus sentiasa bersedia untuk berkorbantidakkiradarisegi masa dan tenaga mahupun wang ringgit dalam tugas untuk membantu sesiapasahajayangmemerlukan. Suhana Othman. (2005)


10.2 HORMAT BSMM


11.0 ISTIADAT RASMI BSMM 11.1 ISTIADAT PERHIMPUNAN • Masuk dalam barisan • Melapor kekuatan pasukan • Mengibarkan bendera Malaysia, Bulan Sabit Merah dan Negeri • Bila lagu kebangsaan dimainkan, semua pegawai dan ahli berdiri tegak. • Pegawai-pegawai yang beruniform memberi tabik hormat. • Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu BSMM • Bacaan doa • Ucapan pemimpin • Bacaan ikrar • Keluar baris


11.2 ISTIADAT BENDERA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagaimanamengikut Act #162, Malaysian Red Cross Society (change of name) Act 1975 ● Sebelum menaikkan bendera BSMM ujilah tali temali bendera terlebihdahulubagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga meyebabkanbendera jatuh atau tidak tentu kibarannya. ● Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik. ● Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaiankemas lengkap dengan uniform BSMM. ● Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya. ● Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannyatetapi hendaklah ditatang atau diselempangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. ● Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan. ● Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkansepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula ke separuh tiang. ● Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkansemula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus. ● Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baikdi tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya. ● Bendera BSMM tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutupsesuatu. ● Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baikdi tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya. ● Bendera BSMM tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutupsesuatu. ● Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai benderayang uzur. Bendera yang uzur hendaklah dikibarkan kerana pengibarannyamenunjukkan tanda tidak hormat. Ianya hendaklah dimusnahkan dengancarayang sopan. Caranya adalah dengan membakar bendera tersebut secaratertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebu


12.0 IKATAN DAN SIMPULAN Simpulan dan ikatan merupakan aktiviti tali-temali yang amat berkait rapat denganaktiviti perkhemahan. Menguasai kemahiran tali-temali ini amat penting bagi memudahdanmeringankan kerja serta untuk menjamin keselamatan semasa menggunakan simpulandanikatan agar tidak ditimpa kemalangan atau kecelakaan akibat tersalah mengikat atau membuat simpulan. 12.1 TALI Terdapat pelbagai jenis tali yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dan situasi, samaada sewaktu menjalankan aktiviti perkhemahan, pengembaraan, pelayaran, pendakian, di sekolah, pejabat mahupun di rumah. iii. Antaranya ialah: a. Tali penyelamat: (i) Digunakan untuk menyelamat mangsa dan diperbuat daripada rami Itali atauterylene. (ii) Tali penyelamat dibentuk dengan cara tiga ikatan shroud laid. (iii) Kebiasaan mempunyai diameter 2 inci. (iv) Ketahanan tali rami Itali – 2.85 tan. (v) Ketahanan tali terylene – 4.05 tan. b. Tali pengangkat: (i) Diperbuat daripada rami Manila dan nilon dengan cara ikatan hawser laid. (ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 100 kaki. (iii) Ketahanan tali rami Manila – 2.05 tan. (iv) Ketahanan tali nilon – 3.40 tan. (v) Ketahanan tali terylene – 4.05 tan. c. Tali penarik: (i) Diperbuat daripada terylene dengan cara ikatan hawser laid. (ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 130 kaki. (iii) Ketahanan tali penarik – 2.73 tan. d. Tali pengikat: (i) Diperbuat daripada rami Manila dengan cara ikatan hawser laid.


(ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 50 kaki. (iii) Ketahanan tali pengikat – 2.03 tan. iv. Penjagaan tali: a. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkansekali sekala. b. Hujung tali mestilah dililit atau dimatikan supaya tidak bercerai atau terlerai. c. Gunakan tali atau benang kasar yang sesuai besarnya. d. Selepas digunakan, tali hendaklah dilonggarkan atau digulung denganbaiksebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. e. Untuk menjamin kekuatan dan kekukuhan tali serta tahan lama, tali tidakperludibasuhkan kerana akan mengakibatkan tali menjadi basah. f. Tali yang basah tidak boleh terus disimpan. Keadaan ini akan menyebabkantali mudah menjadi reput dan tidak selamat digunakan. g. Tali yang basah tidak digalakkan untuk dijemur di bawah panas matahari ataumenggunakan kuasa wap. Sebaliknya, tali tersebut perlu diudarakandandibiarkan kering dalam suhu bilik. h. Sebaik-baiknya, tali yang hendak disimpan boleh dilabelkan ukuranpanjangdan digantungkan di tempat yang sesuai. i. Dicadangkan agar tali-tali yang hendak digunakan untuk tujuan mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji terlebih dahulu agar ia selamat digunakan.


12.2 SIMPULAN i. Simpulan ialah satu aktiviti tali temali yang menggunakan tali yang kecil dan sederhanaukurannya untuk disimpulkan pada benda-benda yang kecil dan sederhana ukurannyajuga. Simpulan mudah diaplikasikan selalu walau di mana jua lokasinya, samaadadi hutan, di rumah mahupun di pejabat. Misalnya, simpul manuk boleh digunakanuntukmematikan tali ampaian. Manakala simpul buku sila pula boleh digunakanketikamembuat anduh untuk menampung tangan yang tercedera atau patah. ii. Terdapat tujuh jenis simpulan asas, iaitu: a. Simpul Mati (Thumb knot): a. Satu simpulan yang tidak mudah terurai atau terbuka disebabkan simpulan yang kukuh. Satu simpulan tali yang mudah dan digunakan ikatan di bahagian hujung. b. Simpul mati berfungsi untuk mematikan hujung tali supaya ikatan tali nampak kemas serta tidak mudah terurai atau terbuka dan tali tidak terbuang. b. Simpul Manuk (Clove hitch): a. Simpulan yang tidak mudah terburai atau terlerai. b. Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. c. Juga digunakan untuk mengikat tali pada botol atau tangkai buah durian (mudah untuk membawanya). d. Semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting dan lilit kacang atau ular. c. Simpul Buku Sila (Reef knot): a. Simpulan yang tegap dan tidak mudah terlucut. b. Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz.


c. Mematikan ikatan pada bungkusan. d. Membalut luka, bandage atau mematikan ikatan anduh. e. Mengikat khemah yang sudah dilipat. d. Simpul Tindih Kasih (Bowline) a. Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. b. Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat. c. Akan diikat pada pinggang mangsa dan ditarik ke tempat yang selamat. d. Juga digunakan untuk mengikat leher haiwan. e. Simpul Tindih Kasih Berganda (Double Bowline) a. Seperti simpul tindih kasih biasa tetapi lebih tegap dan kukuh kerana menggunakan dua lapis tali. b. Akan menghasilkan dua tanjul. c. Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat mangsa. d. Kedua-dua tanjul boleh diubah mengikut kesesuaian mangsa. g.Simpul Bunga Geti (Sheet Bend): a. Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz dan berlainan saiz. b. Juga digunakan untuk mengikat tali ke sesuatu tanjul. h. Simpul Himpit (Fisherman’s Knot): a. Digunakan untuk menyambung dua utas tali licin yang sama ukuran/saiz. b. Atau antara tali licin dengan tali nylon yang sama saiz. c. Contohnya, tali kail dan tali nylon.


i. Simpul Belit Lucut: a. Dikenali juga sebagai ikatan bendera kerana digunakan untuk mengikat bendera yang berlipat pada tiang bendera. b. Juga dikenali sebagai ikatan pencuri kerana digunakan oleh pencuri untuk turun dari tempat tinggi. c. Sering digunakan untuk menuruni bukit, pokok atau tempat yang tinggi.


12.3 IKATAN Ikatan ialah satu aktiviti tali temali yang digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiangdanpapan untuk jambatan, tiang bendera, menara kawalan dan sebagainya. Kebiasaannyadalam aktiviti BSMM, beberapa ikatan digunakan seperti ikatan seraya, ikatanserong, ikatan silang gunting dan ikatan lilit balak. Terdapat empat jenis ikatan asas yang paling popular, iaitu: (i) Ikatan Seraya a. Ikatan seraya digunakan untuk mengikat kayu atau buluh yang bersudut tetap. b. Dimulakan dengan simpul manuk pada batang kayu/buluh kemudian lilit dengankemas dan ketat. Diikuti dengan lilitan di celah kayu/buluh. Ikatan serayadiakhiri dengan simpul manuk pada kayu/buluh. (ii) Ikatan Serong a. Ikatan serong digunakan pada kayu atau buluh yang bersilang dandalamkeadaan serong. b. Bermula dengan ikatan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang. Kemudianlilit secara membujur dan melintang seperti dalam gambar rajah di bawah. Seterusnya, lilit di celah-celah silang supaya ikatan tersebut kukuh dankemas. Ikatan serong ditamatkan dengan simpul manuk. (iii) Ikatan Lilit Kacang a. Ikatan lilit kacang digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa membuat gajet. b. Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak pada sebatang tiang. Kemudianikat secara berselang-seli pada kayu/buluh lantai dari atas ke bawahhinggaselesai. Ikatan lilit kacang ditamatkan dengan simpul manuk. c. Selain menggunakan seutas tali, ikatan lilit kacang juga boleh dilakukandenganmenggunakan dua utas tali. Lilit kacang yang menggunakan dua utas tali akanmenjadikan ikatan tersebut menjadi bertambah kemas dan kukuh sertaterjaminkuatnya d. Ikatan silang gunting dimulakan dengan simpul manuk pada sebatangtiang/kayu/buluh. Kemudian lilit kedua-dua batang tersebut dengan kemasdankuat. Ikatan silang gunting akan ditamatkan dengan simpul manuk.


13.0 PERKHEMAHAN 13.1 KONSEP PERKHEMAHAN a) Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan riadah yangamat baikdanmenarik diikuti, sama ada di peringkat individu, keluarga, sekolah mahupun institusi sosial yanglain. b) Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silaturahimsesamaindividudanmasyarakat serta dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman yangamat bergunadisamping mengurangkan gejala-gejala sosial yang sering mengganggu masyarakat. Antaranya,budaya lepak, gejala dadah, dan jenayah jenayah lain yang mungkin akan dapat dibendungmelalui aktiviti ini. c) Sehubungan dengan itu, berkhemah atau perkhemahan boleh ditakrifkan sebagai penghidupandi luar bangunan, sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung, dalamkawasansekolahdansebagainya. 13.2 PENGLIBATAN a. Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan mengikut pelbagai kategori: i. Kategori murid Sekolah Rendah: ii. Kategori pelajar Sekolah MenengahRendah: iii. Kategori pelajar Sekolah MenengahAtas: iv. Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli yang berusia 18 tahundankeatas:v. Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas): b. Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan peserta mengikuti aktivitiperkhemahan yang memerlukan berkhemah. 13.3 TUJUAN PERKHEMAHAN a. TUJUAN UMUM - Bertujuan untuk melatihahli perkhemahan agar: i. dapat meningkatkan ketakwaan kepadaTuhan; ii. dapat menghayati erti batasankehidupan; iii. mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa menerima arahan, melaksanakanarahan serta semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak


iv. mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari secara teori, seperti mendirikankhemah, memasang gadget, simpulan dan ikatan dan sebagainya. b. TUJUAN KHUSUS i. Rekreasi: Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam makan-minumdantempat tidur.ii. Khusus: Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadapkemahiran-kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana backwoods (ala hutan). iii. Pengembaraan ekspedisi: Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalamperjalananjauh untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti tertentu seperti memancing, team-building,perancangan baru organisasi dan sebagainya. iv. Misteri: Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkanpanduanyangdiberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya, seperti aktiviti treasurehunt. v. Penyelidikan: Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangkamasayanglama disesuatu lokasi. Kajian arkeologi misalnya. vi. Ikhtiar hidup/survival: Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk pengembaraanyanglasak,berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan membinasemangatsertaketahanan diri. 4 FAEDAH PERKHEMAHAN - Memupuk niali-nilai murni individu - Merancang segala aktiviti dan keperluan - Menghargai alam sekitar ciptaaan Tuhan - Menghilangkan stres - Untuk berseronok - Mengelakkan diri daripada gejala sosial yang tidak baik 13.5 PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL AKTIVTI PERKHEMAHANAntara perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah: Membentuk organisasi perkhemahan: Jawatankuasa Induk; Jawatankuasa KerjaatauPelaksana; dan Barisan Jurulatih dan Pembimbing.


Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa KerjaKursusatauProgram Perkhemahan; mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa; mengenal pasti jurulatih,pembimbing dan pengiring; Menyiapkan senarai nama petugas dan peserta Kursus/Program; Menentukan kadar kos perbelanjaan untuk menganjurkan perkhemahan; wangmasuk;danwang keluar. Menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi: bilangan hari; masa perjalananpergi danperjalanan balik; pengisian program; waktu solat, waktu rehat dan waktu makan(termasukmenu makanan); pengurusan diri; aktiviti/kerja masa lapang; dan hal-hal lain yangberkaitan. Menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan Programuntuk diserahkankepadapihak-pihak yang berkenaan Mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan aktiviti kepada pihak yangberkenaan Menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran, surat- surat pemberitahuandansurat-suratpelantikan Kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah maklumanbertuliskepadaPejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), IbuPejabat Polis,Klinik Kesihatan dan organisasi yang lain, jika berkenaan; Menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid; surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin danjurulatihyangterlibat, termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar; Memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan peserta berada dalamkeadaanbaikdan sihat serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti perkhemahan; Memperincikan peraturan-peraturan keselamatan serta menyiapkan bukuprogramdanborang-borang yang diperlukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan:


Memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan telah ditandatangani olehpihak-pihakyangberkaitan, dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata Memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta keperluan untuk aktiviti perkhemahanmencukupi dan boleh digunakan Memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai; jangkitan penyakit; keracunanmakanan;gigitan serangga berbisa; dan serangan binatang buas. Memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam pengurusan perkhemahan, termasukguru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih, termasuk ibubapapeserta(jika perlu); Memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan; Menentukan semua prosedurperkhemahan dipatuhi; dan Menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahansebagairujukan kerja. 13.6 SEMASA AKTIVITI PERKHEMAHAN Memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak perkhemahan; Memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi, termasuklah: tapak perkhemahanyangselamat untuk didiami dan beraktiviti serta berkondisif; mendirikan khemah di kawasanyangselamat dan tidak berbatu tajam; sistem pencahayaan yang mencukupi untukmenerangikawasan perkhemahan;


Memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai; jangkitan penyakit; keracunanmakanan;gigitan serangga berbisa; dan serangan binatang buas. Kemudahan asas berfungsi dengan baik, seperti: surau; tandas yang sesuai danmencukupiuntuk lelaki dan perempuan; elektrik; air yang bersih; dan sistem komunikasi. Melakukan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi untuk memastikanpesertaperkhemahan dapat mencapai standard atau tahap perkhemahan; selain Istiadat Pemeriksaan Pagi, pemantauan harus dilakukan untukMemastikanaktiviti-aktiviti yang lain turut dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini dijalankan. Membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakanmengikutperancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, termasuklahmengadakan mesyuarat jurulatih pada setiap malam. Menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti perkhemahanyangtelah dirancangkan Memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksanakandapat dijalankandalam keadaan selamat dan baik; dan Menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil penyertaankepadapeserta perkhemahan atau kursus pada akhir perkhemahan/kursus.


13.7 SELEPAS AKTIVITI PERKHEMAHAN Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah: Mengemaskan peralatan yang dibawa dan digunakan; Memastikan keperluan logistikdan peralatan perkhemahan mencukupi danberadadalamkeadaan baik serta bersih; Memulangkan semua peralatan dan logistik yang dipinjam; Meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan bersih Mengadakan mesyuarat post-mortem untuk membuat penilaian terhadap aktiviti perkhemahanyang telah dijalankan dan membentangkannya dalam mesyuarat; Menulis dan mengirimkan surat-surat penghargaan kepada pihak-pihak yangberkenaanmenyemak senarai semak; Mendokumentasikan aktiviti sebagai simpanan untuk dijadikan sebagai panduandanbahanrujukan pada masa yang akan datang.


14.0 GAJET PERKHEMAHAN 14.1 GAJET Gajet merupakan binaan yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahandan di cantum atau dikukuhkan dengan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikanperabot rumah di tapak perkhemahan. 14.2 TUJUAN PEMBINAAN GAJET a) Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaiandanmaklumatdi tapak perkhemahan. b) Melindungi makanan daripada tercemar c) Mengelakkan kemalangan sepertiterlanggar peralatan yang tajamd) Memudahkan kita merujukatau mendapatkan maklumat e) Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan f) Memudahkan kerja-kerja memasakdan menghidang makanan g) Menjadi mercu tanda perkhemahan sepertipintu gerbang dan tiang bendera 14.3 FAEDAH GAJET Menggalakkan seseorang itu berfikir secara kreatif dalam menghasilkanperalatanyangdiperlukan Menguji keupayaan seseorang dalam mempraktikkan kemahiran ikatan dansimpulanyangdipelajari Menanam semangat bekerjasama dalam sebuah kumpulanuntuk menyiapkangajet dalamtempoh masa yang singkat Mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli yang menyertai perkhemahan


14.4 CARA-CARA PEMBINAAN GAJET a) Gajet-gajet yang dibina mesti mempunyai ciri-ciriyang tersendiri. Pembinaannyapulaperlumengikut kesesuaian tempat serta bilangan peserta yang menggunakannya. b) Gajet yang baik adalah gajet yang dibina dengan cara yang paling ringkas, kuat sertasenangdirobohkan. c) Jenis gajet ditentukan kepada3 bahagian, iaitu gajet dapur atau belakang perkhemahan,gajetpertolongan cemas dan gajet perkhemahan. 14.4.1 PAPAN KENYATAAN Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat. Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan sumber bahanyangada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan terlindung daripada hujandanmatahari,kreativiti BSMM amat diperlukan untuk menyediakan bumbung atau perlindunganyangbersesuaian bagi papan kenyataan berkenaan. Bahan yang diperlukan adalah seperti kayu, buluh, tali, marker dan bahan-bahanlainyangsesuai 14.4.2 PINTU GERBANG Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat penting dibinadalamaktivitiperkhemahan. Selain sebagai pintu masuk ke dalam kawasan perkhemahan, pintugerbangyang baik akan berperanan sebagai pusat kawalan di samping sebagai tempat memasangbendera. Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilanganhari danbahanyang ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan bahan untuk mendirikangajet pintugerbang banyak, pintu gerbang yang didirikan harus agak besar dan cantik.


Bahan dan peralatan yang diperlukan adalah seperti kayu atau buluh pelbagai ukuran,talisama ada rami, jut atau raffia, cangkul, parang dan gergaji serta tangga (jika ada). 14.4.3 TIANG BENDERA Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali dan bendera. Pelbagaibentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang bendera. Terdapat dua jenis tiang bendera didirikan dalam aktivitiperkhemahan BSMM. Satuberupatiang bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan lapang atau tapak perhimpunanyangdigunakan untuk mengibarkan bendera Malaysia, bendera negeri dan benderaBSMMmanakala satu lagi berupa tiang bendera yang digunakan untuk mengibarkanbenderaSekawan atau Patrol di dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itusendiri. 14.4.4 PAGAR Gajet pagar adalah penting untuk menentukan keluasan kawasan perkhemahan. Gajet pagardidirikan dengan menggunakan kayu atau buluh yang dipacak mengelilingi kawasankhemahkemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk menjadi pagar. Pagar tidak perlu dibina terlalu tinggi. Ketinggian pagaryang sesuai adalah sekitar satumetersahaja. Bagimemastikan pagar menjadi kukuh, jarak pancangan kayu ataubuluhhendaklahagak rapat sekitar dua meter antara satu pancangan. Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiaskan pagar mereka dengan pelbagai corakataugaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.


14.5 TEMPAT LETAK PERALATAN KERJA Gajet yang digunakan untuk meletakkan peralatan kerja seperti cangkul agar kelihatan kemas dan mudah diambil. 14.5.1 PENYIDAI / AMPAIAN Ampaian dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti pembuatnya. Ampaian yang baik perlu didirikan tanpa bergantung pada pokok atau batang-batangpokokyang hidup. Gajet ini digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yangterdedahkepadacahaya matahari dan angin di belakang kawasan khemah kumpulan Bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh, kayubercabang,kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai. 14.5.2 TEMPAT LETAK KASUT / RAK KASUT Gajet rak kasut dibuat untuk meletakkan kasut- kasut ahli kumpulan dalamkawasanperkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina rak kasut adalahberhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan dengan pintu khemah. Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang buluh ataukayuberukurandengan tali menggunakan ikatan dan simpulan yang sesuai. 15.0 PERMAINAN 15.1 PERMAINAN DALAM BSMM Tujuan:


Menambah ilmu pengetahuan Memantapkan kemahiran Meningkatkan penglibatan aktif Meningkatkan kreativiti Meningkatkan kecekapan 15.2 LAKONAN BISU ALATAN Kertas yang dituliskan pelbagai gerak kerja yang perlu dilakukan oleh BSMM LANGKAH 1. Membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang. 2. Satu kumpulan diminta untuk menghantar seorang wakil. 3. Wakil dikehendaki mencabut satu kertas. 4.Setelah membaca kandungannya, wakil dikehendaki beraksi di hadapan kumpulannyadanahliyang lain cuba untuk meneka lakonan yang dipamerkan. 15.3 SIMPULAN ALATAN tali, bangku LANGKAH 1. Membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang. Setiap ahli BSMMdikehendaki membuatsimpulan yang ditetapkan. 2. Ketua kumpulan memulakan simpulan dengan Simpul Belit di bangku. 3. Kemudian, disambung dengan Buku Sila, Bunga Geti, Bunga Geti Berganda, Simpul Pengail, Simpul Lapan Berganda dan Simpul Tindih Kasih. 15.4 KEPALA & EKOR


ALATAN kon LANGKAH 1. Membentuk kumpulan yang terdiri daripada 10 ahli. Setiap ahli BSMMberbarismengikutkumpulan masing-masing. 2. Ahli yang berada di paling hadapan dan belakang akan memegang kon. 3. Apabila ketua menyebut “kepala”,ahli BSMM yang berada dipaling hadapantidakbergeraktetapi ahli lain akan berpusing mengelilingi ahli tersebut dan kembali ke tempat asal selepasdua pusingan. 4. Apabila ketua menyebut “ekor”, ahli BSMM yang berada di belakang sekali tidakbergeraktetapiahli lain akan berpusing mengelilingi ahli tersebut. 5. Mana-mana kumpulan yang selesai dulu akan diisytiharkan sebagai pemenang. 6. Permainan ini boleh diteruskan dengan menukar kedudukan setiap ahli dalambarisansehinggatamat permainan. 16.0 NYANYIAN Lagu “Bulan Sabit Merah” untuk pertama kalinya telah dimainkan pada tahun 1975 dalamsatumajlis sempena penukaran nama persatuan dari Pertubuhan Palang Merah Malaysia (MalaysianRed Cross Society) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent Society).


Kini, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) kali ke-116 pada 25 Mac 2007, persatuan ini lagi sekali melalui penjenamaan semuladandinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent) atausecararingkasnya disebut BSMM. Lirik lagu “Bulan Sabit Merah” dicipta oleh Dato Dol Ramli manakalalagu dicipta oleh Dato Johari Salleh. 7.1 LIRIK LAGU BULAN SABIT MERAH Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya


17.0 KEMAHIRAN IKHTIAR HIDUP Ikhtiar hidup atau lebih dikenali dengan survival dalam terjemahan bahasa inggeris yangmembawamaksud the will to live, to outlive, state of continuing to live.Bagi makna lain dalambahasaMelayuia juga memberi makna kemampuan atau keupayaan sesuatu itu untuk terus hidupberasaskankeadaan persekitaran di mana sesuatu berada. Kemahiran ikhtiar hidup juga adalahsatuusahaatau ikhtiar yang hendaklah dilakukan oleh seseorang supaya boleh hidup ketikamenghadapisesuatu masalah bekalan makanan atau sesuatu ancaman. 17.1 SITUASI IKHTIAR HIDUP Bencana Alam Ancaman binatang buas Faktor Kesihatan Kurang teliti dalam perancangan Tersesat 18.0 MASAKAN RIMBA Masakan tanpa peralatan iaitu masakan tanpa perkakas dapur. Sebagai ganti daun kayu, ranting katu, batu, ruas, buluh, tanah liat atau lumpur akandigunakanuntukmasak. Kini keranjang aluminium, tin dan dawai juga telah digunakan 18.1 Kaedah masakan rimba 1. memasak menggunakan makanan sebagai bekas. 2. memasak menggunakan daun. 3. memasak menggunakan ranting dan dawai 4. memasak menggunakan kepingan batu. 5. memasak menggunakan buluh. a) MEMASAK MENGGUNAKAN MAKANAN SEBAGAI BEKAS. Ubi kentang,bawang besar,capsicum,tomato,labu atau oren dipotong dan isinya dikeluarkan.Bahagianatas digunakan sebagai penutup.


Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara api. Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut. b) MASAK MENGGUNAKAN DAUN Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan. Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau bara api. Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang,daun kunyit,daun pandan.kubis dankulit jagungc) MEMASAK MENGGUNAKAN KEPINGAN BATU Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana. Api dihidupkan atas permukaan batu dan biarkan selama 30 minit.Permukaan batu dikiracukuppanasapabila tirisan air berdesir ketika jatuh atasnya. Bersihkan permukaan batu dengan kain.Goreng telur ,ikan atas permukaan batu yang panasitu. d) MEMASAK MENGGUNAKAN BULUH Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak. Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang. e) MEMASAK MENGGUNAKAN RANTING DAN DAWAI Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang. Pastikan ranting tidak berasal dari pokok beracun. Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu. Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan.


18.2 MASAKAN SOLAR Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia. Banyak kebaikan iaitu menjadikantenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yangmurah,mengurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahayakebakaran,keracunan asap dan gas. Masakan solar ini juga amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerjaluar sepertiperkhemahan. a) CARA MENYEDIAKAN DAPUR SOLAR BAHAN UNTUK MEMBUAT DAPUR / MATERIALS FOR KIT 1 tin cat sembur yangsesuai untuk permukaan aluminium / 1 can aerosol paint (for aliminium) panci atau periuk nipis / thin pot for cooking gam/ glue pelekat kertas/ paper binding tape foil aliminium / aliminum foil kotak besar/ big size empty boxes 19.0 MALAM KEBUDAYAAN Malam kebudayaan merupakan serangkaiankegiatan yang terdiri daripada diskusi, pertunjukkansenitradisional. jurulatih yang berkenaan diminta merancang danmenyediakankelengkapanyang diperlukanuntukkumpulan masing-masing.


20.0 KEMBARA PANDU ARAH Definisi: Orienteering merupakan sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antarakoordinasifizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu megemudikan arah dirinya daripadasatu titik ke kawalan ke satu titikkawalanyanglain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakandi ataspeta dan ditentukan dipmermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Jenis-jenis orienteering Terdapat empat kaedah orienteeringdijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF). Dalam negara ini, kaedah FOot-Oadalahmudahuntuk dilakukan: Orienteering Merentas Desa (Cross- Country Orienteering) Orieteering Bermarkah (Scor Orienteering) Orienteering Jalan raya (Street Orienteering) Orienteering Bukit (Mountain Orienteering) Orienteering Malam (Night Orienteering) Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering) 20.1 KEBAIKAN KEMBARA PANDU ARAH Sukan untuk semua Meningkatkan kecergasan fizikal Meningkatkan kecergasan mental dan daya Memberi cabaran & keseronokan


Membina sikap positif & keyakinan diri Menggunakan persekitaran yang sihat Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas 20.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KEMBARA PANDU ARAH Mula diperkenalkan di negara-negara Sandinavia pada awal abad ke 19. Dalamtahun1918,Major Emst Kilander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebihkompetatif,berperaturan dan diterima ramai. beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering” Kembara Pandu Arah mengikut Model Kilander merangkumi : Memerlukan Daya Ketahanan Stamina Kekuatan mental Kecekapan berlari


20.2 SEJARAH PERKEMBANGAN DI MALAYSIA Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mandor (DR), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui MOA> Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1941. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996.


20.3 PETA Peta adalah lukisan bagi gambaran bentukmuka bumi bagi sesebuah kawasanyangdilihatdariutara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Ianya mempunyai tajuk, skala, petunjuk, garisanmelaras dan kod warna yangakanmemberikemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan. 20.4 KOMPAS Kompas ialah alat pengemudian yang digunakan untuk mencari arah tuju. Kompas digunakan untuk: 1.Menentukan arah perjalanan 2.Menyelaraskan peta 3.mengira jarak jauh 4. Menentukan arah laluan balik (semasa mengatasi halangan) 5. Membantu menentukan tempat anda berada di dalam peta (digunakan bersamapeta) TITIK KAWALAN Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu dilawati olehpeserta. Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga di titik ini. 20.5 PENANDA KAWALAN Tujuan: bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.


Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna oren muda dan putih sebagai tandayangdiletakkan di titik kawalan (dalam lingkungan 10m) Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang digunakanuntukmenebuk kad kawalan setiap peserta Setiap kod penanda kawalan adalah unik iaitu tidak ada penanda kawalan yangmempunyaikod yang sama. Kod ini bertujuan untuk memastikan peserta tiba di titik kawalan yang betul. 20.6 KAD KAWALAN Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagaibahan bukti atau pengesahan sehingga tamat pertandingan. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dantersediapetak-petak untuk ditebuk apabila di titik kawalan nanti. Peserta perlu menebuk kad kawalan ini di ruangan khas dengan menggunakanpenebukyangtersedia bersama penanda kawalan. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk dicatatkanmasapenamat. 20.7 KETERANGAN KAWALAN Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagaibahan bukti atau pengesahan sehingga tamat pertandingan.


Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dantersediapetak-petak untuk ditebuk apabila di titik kawalan nanti. Peserta perlu menebuk kad kawalan ini di ruangan khas dengan menggunakanpenebukyangtersedia bersama penanda kawalan. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk dicatatkanmasapenamat. Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butiryang disenaraikan adalah . Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalambentukkod/gambar rajah. 20.8 CARA MENGGUNAKAN KOMPAS Cari arah utara, selatan, barat dana timur juga arah lain seperti barat daya dan lain-lain. Namunarahutara yang paling penting. Jarum kompas yang berwarna merah hendaklah sentiasa menunjukkan arah utara.


Mengetahui bearing (sudut). Bearing ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalananjarumjamdarisatu garisan kebiasaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yangditetapkan.IaMenjadi panduan kedudukan sesuatu tempat. Bearing dinyatakan dengan angka contoh250d50' 35"20.9 PERKARA PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS Memeriksa bearing kompas yang hendak dituju bagi memastikan arah yang tepat dan betul. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah. Misalnya pokok besar, benda yang ganjil ataupunbatubesaryangberada di sekeliling. LANGKAH-LANGKAH BAGI MENCARI KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT DI ATAS PETA: Letakkan peta di atas permukaan rata. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. ini dapat dilakukan dengan melukisgarisanyangselari dengan mana- mana gred yang berhampiran. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut arah pusinganjarumsehinggake garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut.


21.0 KHIDMAT SUKARELAWAN Perkataan "kesukarelaan" bermaksud "sikap sukarela" ataupun dengan kehendak sendiri dantiadapaksaan dari mana-mana pihak. Contoh aktiviti kesukarelawan Bersih Pantai gotong-royong Bersih tempat ibadah 22.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS 22.1 DEFINISI DAN KONSEP PERTOLONGAN CEMAS Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsaataupesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan sebelumketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan daripada doktor di tempat kejadian. Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau rawatanawal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalanganatau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelumketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. 22.2 TUJUAN DAN PRINSIP 22.2.1 TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS a. Selamatkan nyawa i. Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalamsituasi yang mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpamadengannya. b. Mengelakkan daripada bertambah buruk


i. Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantasuntukmengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambahburuk. c. Mengurangkan kesakitan i. Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untukmemberikan kelegaan kepada mangsa atau pesakit. d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor i. Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian.


22.2.2 PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS • Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan • Dapatkan tindak balas mangsa • Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat • Periksa pernafasan mangsa • Periksa peredaran darah 22.3 ANDUH DAN BALUTAN a) ANDUH Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampuanggota badan yang cedera. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalamaktiviti pertolongancemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kainanduh yang baik berukuran satu meter


Antara kegunaan kain anduh ialah: o mengampu bahagian yang cedera atau patah o menghentikan atau menahan pendarahan o menetapkan bahagian yang cedera o dapat digunakan sebagai pengipas o menutup tempat yang luka atau cedera o sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais) Jenis-jenis anduh i. Anduh besar (large arm sling) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas. ii. Anduh tiga segi atau Anduh St. John‟s (triangular sling) menahan pendarahan anggota atas mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula mengampu anggota atas yang cedera.


iii. Anduh kecil (small sling) mengampu kecederaan di bahagian bahu mengampu tulang klavikal yang cedera mengampu anggota atas yang cedera iv. Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling): mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patahtulangklavikal


Pembebatan dan Pembalut atau Balutan a. Pembebatan (Dressing) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutanlukadengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera. b. Tujuan o Mengurangkan kesakitan. o Menggalakkan penyembuhan luka o Memperbaiki kosmetik kulit o Mengawal penyebaran mikroorganisme o Mengawal kontaminasi luka o Memberi tekanan pada tempat tercedera o Mengawal pendarahan o Mengawal kecederaan lanjut. c. Pembebatan ada tiga jenis, iaitu o Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan o Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka o Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm. b) PEMBALUT ATAU BALUTAN Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untukmengelak pendarahan dan jangkitan kuman. Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu: a. Pembalut kain tiga segi o untuk menganduh, membalut, mengampu, mengipas dan pengikat gelungcincin.


b. Pembalut bergulung o untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiraI dan balutan padi. Tujuan dan Fungsi Pembalut a. Melindungi luka daripada dijangkiti kuman b. Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh. c. Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan d. Mengurangkan kesakitan e. Mencegah dan menghisap kotoran seperti darah, nanah dan serum. Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka a. Bersihkan tangan terlebih dahulu b. Digalakkan memakai sarung tangan c. Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka d. Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatandanpembalutan e. Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.


22.4 MERAWAT LUKA DAN GIGITAN 22.4.1 MERAWAT LUKA a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkanberlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar ataudalambadan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu (i) pendarahan luaran (external) (a) luka terhiris o disebabkan benda yang tajam seperti pisau (b) luka terkoyak o disebabkan cakaran binatang atau dawai (c) luka berdarah o kena pukulan tepat benda yang tumpul (d) luka tembus o luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarumdan tembakan(ii) pendarahan dalaman (internal) (a) perut – muntah berdarah (b) rahim – tumpah darah (c) tali usus – darah pada dubur (d) buah pinggang – kencing berdarah (e) paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah (f) tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung (iii) pendarahan dalaman tanpa kesan (a) limpa dan hati pecah (b) pendarahan dalam otak c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu (i) Luka terbuka o Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkanpendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjatan dan jangkitankuman (ii) Luka tertutup o Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahandarahberlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam


d. Cara merawat luka terbuka: i. Luka-luka kecil: (a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja (b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman (c) Langkah-langkah rawatan: o Bersihkan tangan dengan sabun. o Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. o Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman. o Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril. o Lekatkan plaster mengikut ukuran luka. o Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. o Gunakan pembalut untuk memegang plaster. ii. Luka-luka kecil yang ada benda asing (a) Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kacaatau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut keranadibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisudanpendarahan. (b) Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah: ● Bersihkan tangan dengan sabun. ● Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. ● Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman. ● Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tualayangsudah disteril. ● Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekananyang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek. ● Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkanrisikojangkitan kuman. ● Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekanobjek. ● Bawa mangsa/pesakit ke hospital.


22.4.2 MERAWAT GIGITAN Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kumanketisubadan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang. Semuagigitanmemerlukan rawatan perubatan dengan segera. Tanda-tanda gigitan: (i) Luka yang dalam di daging. (ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit. Kaedah rawatan: (i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih. (ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic. (iii) Balut dengan pembalut steril. (iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital berdekatan. Jika digigit anjing: (i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan. (ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutancecair antiseptik. (iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya. (iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah daripadaanjing yang tidak dikenali. 22.4.3 MELECUR, PITAM DAN PATAH a. Melecur dan terbakar a. Melecur i. Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wapatauminyak panas. Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripadakesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia jugaakanmeninggalkan kesan parut.


Terbakar ii. Kecederaan pada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkenahabakering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahanapi, objek panas, bahan kimia atau arus elektrik. b. Ketenatan mangsa bergantung kepada: i. Luas permukaan yang cedera ii. Tempat yang terbakar atau melecur. iii. Tahap terbakar iv. Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa c. Jenis terbakar atau melecur i. Luar – Terbakar pada bahagian kulit ii. Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut d. Sebab-sebab terbakar atau melecur: e. Tahap kecederaan i. Tahap pertama (Superficial burn) Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Iamelibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemerah-merahan


ii. Tahap kedua (Intermediate burn): Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dandermis). Kulit kelihatan kemerah-merahan gelap, lepuhdanmenggelembung. Terasa sakit. iii. Tahap ketiga (Deep burn): Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitamatau putih kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsungjikasaraf rosak.


f. Tanda-tanda terbakar atau melecur: i. Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua ii. Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan padatahapawal, merah gelap, melepuh dan menggelembung pada tahap keduaiii. Pengaliran keluar plasma. iv. Renjatan g. Tindakan yang perlu diambil: h. Tindakan “3B”: i. Burning stop – Padamkan ii. Breathing maintain – Periksa pernafasan iii. Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur ii. Tindakan “3C”: i. Cool – Sejukkan ii. Cover – Tutup bahagian yang terbakar iii. Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital iii. Pengendalian am: i. Hentikan kebakaran – air ii. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan) iii. Tentukan ia bernafas


Click to View FlipBook Version