The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azminazulkafli03, 2024-03-08 11:02:08

BUKU LOG PBSM

BUKU LOG PBSM

Pitam a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejalaini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul. b. Antara penyebabnya ialah: i. Kekurangan darah di dalam otak ii. Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu iii. Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsanc. Cara merawat i. Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah ii. Longgarkan pakaian ketat. iii. Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutanharumammonia. iv. Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri. v. Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atautehpanas ii. Patah a. Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAUdayatidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanahdanbukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.


b. Tanda-tanda patah tulang i. Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang ii. Bengkak dan lebam iii. Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel iv. Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketarajikapatah berlaku di tulang paha atau pelvis c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakandi sekeliling tempat yang terlibat d. Cara merawat i. Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegahpergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulahdiadipindahkan ii. Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegahpergerakan iii. Ikat pembalut dengan kuat untuk mencegah pergerakan, tetapi tidak terlalukuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah iv. Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas danbawahanggota juga harus dicegah pergerakannya v. Bawa mangsa ke hospital dengan segera. ** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyakdantidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah. KERACUNAN DAN TERSELIUH KERACUNAN DAN TERSELIUH i. Keracunan i. Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadaptoksik (bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yangbolehmenyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan. ii. Tanda-tanda terkena keracunan:


i. Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah. ii. Mangsa mengalami sakit abdomen iii. Cirit birit mungkin terjadi. iv. Tanda-tanda terkejut v. Mungkin tidak sedarkan diri iii. Arahan merawat: i. Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkanbantuan perubatan. Tanyakan mangsa tentang apa yang telah diamakanii. Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntahsendiri) iii. Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkinmuntah). iv. Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR. v. Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital. vi. Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan: a. Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong b. Rawatan kecemasan: o Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun. o Hirup udara segar di ruang terbuka. o Tanggalkan pakaian yang terkena racun. o Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabundanair. o Jika terkena pada mata, bersihkan mata denganmenggunakan air yang banyak. o Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat matabagi setiap mata. ii. Terseliuh i. Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakanyang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaanpadaligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregangdengan berlebihan, terkoyak atau terputus.


ii. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh(sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupunkedua-duanya melibatkan kecederaan pada ligamen. iii. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yangmelebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskanstruktur ligamen. iv. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakansendi yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralihdari kedudukan asal. v. Tanda-tanda ligamen terseliuh i. Sakit-sakit ii. Bengkak iii. Bertambah sakit apabila bergerak iv. Pergerakan yang terhad vi. Cara-cara merawat terseliuh i. Hadkan pergerakan anggota ii. Gunakan konsep RICE: ● R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa) ● I - Ice (Letakkan ketulan [tuangkan dengan] ais pada bahagian yangcedera) ● C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cederadengan satu lapisan tebal kapas dan balut) ● E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera) iii. Dapatkan bantuan perubatan.


PEMULIHAN PERNAFASAN (CARDIO-PULMONARY RESUSCITATION (CPR)) (Sila rujuk Buku Panduan BSMM No. 7: Peraturan-peraturan dan Undang-undang Kursus, Peperiksaan dan Persijilan BSMM) 1. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen keotaknyaberterusan 2. Ingat petua ABC: A: Saluran Udara (Airway) Pastikan saluran udara terbuka. B: Pernafasan (Breathing) Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunyadanmengoksigenkan darah. C: Peredaran (Circulation) Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada. 3. Cara-cara A: Saluran Udara Terbuka: i. Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnyadanbersihkan tempat di sekeliling mulut. ii. Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahanlahan. iii. Tarik rahangnya ke atas. B: Pernafasan: i. Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutupdanhembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya menggembung. Jika pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atashidung dan mulutnya semasa menghembus.


ii. Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudianulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semulakedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi. iii. Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkansebarang benda asing daripada tekak. iv. Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehinggapesakit mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapajam sebelum sesorang pesakit itu pulih. v. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasahangat dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula. C: Peredaran (Mampatan Luar Dada): Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupunhampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantungbelum berdenyut lakukan perkara ini. i. Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada. ii. Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kananandadi atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan. iii. Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan…Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah denganmenekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruhbadannya. Ini menggantikan denyutan jantung. iv. Selepas 30 mampatan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut kemulut. Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsaberdenyut secara normal.


23.0 PROGRAM BSMM 24.0 PENGENDALIAN UJIAN KECEKAPAN Apabilah ahli-ahli BSMM berjaya lulus ujuan kecekapan PBSM, mereka akan dibenarkanmemakai Lencana Kecekapan yang diperbuat daripada kain berwarna merah berbentuk bulat denganbergarispusat3 cm dengan tulisan subjek berwarna putih seperti Pertolongan Cemas, Pendidikan PalangMerah, Persahabatan Antarabangsa, Pendidikan Kesihatan dan Kem Kraf. SKIM LENCANA KECEKAPAN UNIT KANAK-KANAK Rujukan Handbook No 7 (Peraturan Kurses, Peperiksaan Dan Persijilan) Perkeliling Latihan Bil: 22-11 - Bertarikh 12 Jun 2000 - Perkeliling Latihan 1/2000 Persijilan, SukatanPelajaran Dan Pelaksanaan Skim Lencana Untuk Ahli Ahli Kanak Kanak Link BsmmPENDIDIKAN PALANG MERAH Tahap 1 - Untuk Tahun 4 (Ceramah 10 Jam) a) Sesi 1 Pengenalan ringkas palang merah/ bulan sabit merah b) Sesi 2 Sejarah ringkas asal usul palang merah/bulan sabit merah (Kelahiran / Sejarah BSMM) c) Sesi 3 Menghayati 7 prinsip palang merah/bulan sabit merah d) Sesi 4 Aktiviti-aktiviti kegemaran, perhubungan peraduan dan nilai-nilai murni kemanusiaan untukkeamanansedunia Membuat kad ucapan (wajib) dan pilih salah satu aktiviti-aktiviti lain seperti: 4.1 Membuat album/mengumpul stem 4.2 Mengumpul/Menyusun kaset/CD lagu/nyanyian 4.3 Gambar lukisan/ poster 4.4 Kegemaran lain yang sesuai


25.0 PENGURUSAN & PENTADBIRAN PERSATUAN BSMM a) KEAHLIAN TERBUKA : terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang KOMPOSISI KEAHLIAN : 1. Kanak-kanak = 9-12 tahun 2. Belia = 13-18 tahun 3. Ahli Seumur Hidup = 18 tahun ke atas 4. Ahli Kehormat Seumur Hidup = Anugerah kepada individu yang memberikan sumbanganb) BORANG & KELULUSAN KEAHLIAN 1) Borang keahlian lengkap dengan gambar 2) Permohonan diluluskan oleh cawangan, serahkan kepada ->salinan asal kepada IbuPejabat Kebangsaan, salinan kedua disimpan di cawangan, salinan ketiga kepada unit dan menerimakadkeahlian Biasa/Seumur Hidup PENDAFTARAN KUMPULAN Pasukan kanak-kanak Pasukan Belia Pasukan Belia Terbuka Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam Pasukan Bantuan Sukarela IPT PENDAFTARAN PASUKAN KANAK-KANAK/BELIA Setiap sekolah dibenarkan menubuhkan 1 pasukan sahaja bilangan minimum ahli 15 orang 1 pasukan Pihak sekolah menghantar borang permohonan kepada Setiausaha Cabang &disemakolehPihakCabang Permohonan kemudian diusulkan kepada Setiausaha Cawangan


PENDAFTARAN PASUKAN BELIA TERBUKA Ditubuhkan di kawasan yang mendapat kelulusan daripada belia Cabang sahaja Bilangan minimum ahli = 15 orang Borang permohonan dihantar ke cabang sebelum menghantar ke Ibu Pejabat untuk isemakdandikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan PENDAFTARAN PASUKAN BANTUAN SUKARELA Ditubuhkan di kawasan yang dicadang oleh Cabang Bilangan minimum ahlli = 15 orang Langkah pendaftara sama seperti pasukan Kanak-kanak dan Belia KUASA PENGANJUR Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories)dan seorang lagi ialah pemimipin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMMtersebut. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMMapabiladiperlukan. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara danperkhemahanuntuk ahli-ahli BSMM. Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada waga institusi


26.6 PERLEMBANGAAN BSMM PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN KEMANUSIAAN (Humanity) ● Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medanpeperangan. ● Mencegah dan meredakan kesengsaraan. ● Melindungi nyawa dan kesihatan. ● Memupuk kesefahaman , kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesamamanusia. KESAKSAMAAN (Impartility) ● Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat ataupunfahaman politik dalam kegiatannya. ● Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan. KEBERKECUALIAAN (Neutrality) ● Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan. ● Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi. KEBEBASAN (Independence) ● Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsippergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepadapihakberkuasa awam. KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service) ● Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yangtidakdidorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan. KETUNGGALAN (Unity) ● Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuahnegara. ● Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak ● Aktivitinya meliputi seluruh negara


KESEJAGATAN (Universality) ● Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. ● Mempunyai tanggungjawab bersama ● Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN OBJEKTIF PERLEMBAGAAN ● Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang–undang. ● Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politikdan persatuan belia ● Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti PersekutuanPengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit MerahdanSt. John Ambulans. ● Fungsi perlembagaan dan undang-undang: ○ Sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuankerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli sertamenjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan○ Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang – undangtersendiri yang ditetapkan oleh badan induk. OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dancedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawananperang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat danwaad- waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu PersatuanKebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada KonvensyenGeneva.”


PERLEMBAGAAN BSMM Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Aktapendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 TambahanNo. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan(perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli jawatankuasa Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8: Kewangan Peraturan 9: Penyertaan Peraturan 10: Aktiviti Peraturan 11: Peraturan-peraturan Peraturan 12: Pindaan perlembagaan Peraturan 13: Pembubaran persatuan Peraturan 14: Tindakan disiplin Peraturan 15: Hal-hal lain Perkara – perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah: i) Lencana / logo persatuan ii) Cogan kata / moto iii) Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dancawangan iv) Pendaftaran persatuan v) Jawatankuasa kecil


27.0 CONTOH KERTAS KERJA PERKHEMAHAN


28.0 SENARAI BIDANG TUGAS AJK


29.0 BORANG PERMARKAHAN AMALI MASAKAN RIMBA 30.0 FLOOR PLAN PERKHEMAHAN


31.0 DOKUMENTASI DEFINISI proses atau hasil daripada mencatat, merakam atau mendokumentasikan secaralisan atau visual penyampaian informasi : laporan program sumber rujukan penjejak proses dalam aktiviti


Click to View FlipBook Version