LAPORAN KAJIAN
KOMPETENSI PENSYARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
DALAM INOVASI DIGITAL
2022
LAPORAN KAJIAN KOMPETENSI PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU DALAM
INOVASI DIGITAL 2022
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel : 03-83126666
Faks : 03-83126655
Web : http://ipgm.moe.edu.my/
ISBN ISBN 978-967-2999-63-8
© Hakcipta Institut Pendidikan Guru Malaysia
Semua hak cipta terpelihara. Semua petikan daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan
semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam
sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat keizinan daripada penerbit.
2022
Dicetak oleh:
WS BINTANG SDN BHD
Lot 452, Jalan 18/2A, Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-89580186
Emel : [email protected]
1
PENAUNG
Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
PENASIHAT I
Dr. Mohd. Nasrudin bin Basar
Timbalan Rektor
Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
PENASIHAT II KETUA EDITOR
Dr. Norsita binti Ali Dr. Shamsazila binti Sa’aban
Dr. Syed Ismail bin Syed Mustapa
EDITOR
PENYELARAS Dr. Hairul Faiezi bin Lokman
Dr. Shamsazila binti Sa’aban Dr. Azerai bin Azmi
Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff
PENOLONG PENYELARAS Dr. Aliza binti Adnan
Dr. Norhannan binti Ramli Dr. Syed Ismail bin Syed Mustapa
Dr. Azahar bin Aziz Dr. Azahar bin Aziz
Pn. Salmiah binti Md. Salleh Pn. Salmiah binti Md. Salleh
SUSUN ATUR/ GRAFIK
Nur Aiman Zaharin bin Rahimy
II
BAB 1: PENDAHULUAN 1
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 9
BAB 3: METODOLOGI 21
BAB 4: PROFIL RESPONDEN 28
BAB 5: TAHAP KOMPETENSI INOVASI DIGITAL 32
BAB 6: TAHAP SIKAP PENSYARAH TERHADAP INOVASI DIGITAL 38
BAB 7: PERBEZAAN TAHAP KOMPETENSI PENGETAHUAN DAN 40
KEMAHIRAN PENSYARAH DALAM BIDANG INOVASI DIGITAL
BAB 8: PERBEZAAN TAHAP SIKAP PENSYARAH DALAM BIDANG 47
INOVASI DIGITAL BERDASARKAN BIDANG MENGAJAR
BAB 9: PENCAPAIAN KOMPETENSI PENJENAMAAN HASIL INOVASI 51
DIGITAL PENSYARAH IPG
BAB 10: ASPIRASI PENSYARAH DALAM INOVASI DIGITAL 56
BAB 11: CADANGAN PEMBUDAYAAN INOVASI DIGITAL 66
RUJUKAN 78
III
LAPORAN KAJIAN KOMPETENSI
PENSYARAH IPG DALAM INOVASI DIGITAL
PENYELIDIK DAN PENULIS
Dr. Shamsazila binti Sa’aban IV
Dr. Hairul Faiezi bin Lokman
Dr. Azerai bin Azmi
Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff
Dr. Aliza binti Adnan
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan mengenal pasti sejauh mana kompetensi
pensyarah IPG dalam bidang inovasi digital. Objektif kajian ini secara spesifiknya adalah
untuk mengenal pasti; (a) tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran inovasi digital
pensyarah IPG KPM, (b) tahap sikap pensyarah terhadap inovasi digital, (c ) perbezaan
tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran inovasi digital pensyarah IPG KPM
berdasarkan bidang mengajar, (d)perbezaan tahap sikap inovasi digital pensyarah IPG
KPM berdasarkan bidang mengajar, (e) pencapaian kompetensi penjenamaan hasil
inovasi digital pensyarah IPG, (f) apirasi pensyarah IPG dalam bidang inovasi digital dan
(g) cadangan pembudayaan inovasi digital. Kajian ini menggunakan dua jenis
pendekatan penyelidikan iaitu kuantitatif dan kualitatif yang dapat membantu pengkaji
mengenal pasti kompetensi pensyarah IPG dalam bidang inovasi digital. Sampel kajian
ini adalah daripada populasi pensyarah IPG KPM seluruh Malaysia iaitu seramai 2,515
orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,662 orang (66.08%) yang menjawab soal
selidik kajian ini. Secara keseluruhannya tahap pemikiran inovasi digital pensyarah
terhadap inovasi digital adalah tinggi dan tahap pengetahuan integrasi teknologi digital
pensyarah terhadap inovasi digital juga tinggi namun tahap kemahiran penciptaan
inovasi pensyarah dan tahap kemahiran perkongsian inovasi pensyarah terhadap
inovasi digital secara keseluruhan adalah sederhana tinggi. Secara umumnya perspektif,
pandangan, dan pendapat yang ditunjukkan oleh pensyarah untuk melaksanakan amalan
atau tingkah laku dalam inovasi digital adalah positif. Selain itu kajian mendapati bidang
mengajar mempengaruhi pengetahuan dan kemahiran pensyarah IPG terhadap inovasi
digital. Bidang mengajar yang berkaitan penyelidikan, teknikal dan melibatkan
psikomotor mempunyai pengetahuan dan kemahiran lebih tinggi terhadap inovasi digital
berbanding bidang mengajar falsafah dan bahasa. Kajian turut mendapati tahap sikap
penyarah terhadap inovasi adalah berbeza mengikut bidang mengajar. Pensyarah
bidang penyelidikan mempunyai tahap sikap tertinggi terhadap inovasi digital, diikuti
bidang STEM dan bidang sains sosial. Pensyarah bidang bahasa dan bidang holistik
mempunyai tahap sikap paling rendah terhadap inovasi. Berdasarkan analisis dapatan
kajian, pensyarah berharap agar mereka dapat menghasilkan inovasi digital, diberi
latihan berkenaan inovasi digital, mempunyai prasarana dan bantuan dana dalam
melaksanakan inovasi digital dan bantuan untuk mengkomersialkan inovasi digital.
Terdapat tiga buah cadangan pembudayaan dalam inovasi digital iaitu melalui cadangan
terhadap strategi perlaksanaan, struktur dalam penjanaan dan seterusnya dalam operasi
dan tindakan dalam sebuah proses pembudayaan bidang inovasi digital kepada V
pensyarah. Hasil daripada kajian ini amat berguna untuk merangka perancangan
program latihan yang sesuai untuk pensyarah. Dapatan kajian ini dapat dijadikan garis
panduan dalam mengupayakan potensi kompetensi inovasi digital kepada pensyarah
bagi meningkatkan kompetensi diri dan sikap positif mereka dalam bidang ini.
BAB 1: PENDAHULUAN
PENGENALAN
Penularan wabak COVID-19 yang berlaku sejak awal tahun 2020, secara langsung telah
mengubah paradigma negara kita bukan sahaja dari segi aspek pengurusan dan ekonomi,
malah pelaksanaan pembelajaran secara konvensional turut berubah seiring dengan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Perubahan ini bukan sekadar mengubah kaedah manusia berinteraksi, malah
secara langsung telah meningkatkan penggunaan teknologi digital dan perkembangan
teknologi serta inovasi. Kaedah pengajaran yang selari dengan situasi pandemik dan
norma baharu telah diadaptasi oleh warga pendidik selari dengan perkembangan pantas
teknologi yang berlaku bagi menyediakan generasi yang mempunyai daya kreativiti dan
inovasi (Aliza & Rosseni, 2020).
Bagi mendepani cabaran VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity)
dan krisis global akibat pandemik yang melanda seluruh dunia, inovasi digital dalam
bidang pendidikan juga sangat dituntut demi memastikan tahap literasi teknologi
komunikasi dan digital dapat dikembangkan dalam pelbagai bentuk (Hairul Faiezi et.al
2020).
Kajian Pembangunan Model Guru Futuristik Malaysia (GFM) yang dijalankan pada
2018 dan 2019 oleh pasukan penyelidik IPGM mendapati elemen Penukil Digital
merupakan antara elemen pencetus utama yang mendorong pendidik atau guru masa
depan untuk berupaya menghadapi pelbagai cabaran dan dinamika perubahan pendidikan
masa hadapan. Elemen ini menjelaskan guru masa depan perlu berupaya
mengaplikasikan teknologi digital dan menghasilkan inovasi berasaskan digital seiring
dengan perkembangan semasa.
Pada tahun 2021, KPM mula menggubal dasar pendidikan digital dengan matlamat
untuk melahirkan generasi yang fasih dalam bidang digital serta berdaya saing.
Penggubalan dasar ini akan memberi tumpuan kepada beberapa perkara, antaranya
adalah untuk meningkatkan penguasaan guru dan murid dalam bidang teknologi digital
dan untuk memperkayakan kandungan digital bahan pendidikan yang berkualiti selain
dapat memperkasakan kompetensi guru (Bernama, 2021).
1
Selaras dengan dasar yang sedang digubal ini, pelajar di IPG perlu mengikuti
kursus Teknologi sebagai persediaan bagi mendepani bidang teknologi digital (Bernama,
2021). Berdasarkan hasrat dan perancangan KPM, pengupayaan bidang ini dapat
disuburkan dengan melaksanakan inovasi dalam pendigitalan pendidikan.
Namun demikian, sebelum guru pelatih IPG bersedia dengan kemahiran inovasi
digital dalam pendidikan, kesiagaan pensyarah IPG dari aspek pengetahuan, kemahiran
dan sikap positif dalam bidang inovasi digital perlu ditingkatkan terlebih dahulu agar
kompetensi ini berupaya memacu kearah menyediakan bakal guru yang terlatih dalam
bidang inovasi digital.
Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan melaksanakan Kajian Kompetensi
Pensyarah IPG KPM dalam Bidang Inovasi Digital. Hasil kajian ini menjadi landasan bagi
merangka perancangan program latihan yang sesuai untuk pensyarah dan program yang
dapat meningkatkan pembudayaan inovasi digital dalam kalangan pensyarah IPG. Selain
itu, hasil kajian ini juga menjadi asas kepada perancangan penyelidikan lanjutan seperti
Kajian GFM selaku Peneraju Pembelajaran Masa Depan dan sebagai analisis keperluan
untuk melaksanakan talent review yang berkaitan dengan bakat atau kebolehan pensyarah
IPG dalam bidang inovasi digital.
PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian Pembangunan Model Guru Futuristik Malaysia yang dijalankan pada 2018 dan 2019
oleh pasukan penyelidik IPGM mendapati elemen Penukil Digital merupakan antara
elemen pencetus utama yang mendorong pendidik atau guru masa depan untuk berupaya
menghadapi pelbagai cabaran dan dinamika perubahan pendidikan masa hadapan.
Walau bagaimanapun, menurut Laporan Analisis Keperluan Latihan Inisiatif
Perluasan Penggunaan Teknologi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
tahun 2018, seramai 494 (20.71%) daripada 2,385 orang pendidik dalam kalangan
pensyarah IPG memerlukan latihan untuk mempertingkatkan penguasaan memanfaatkan
Kemudahan Digital (DTR). Laporan ini menunjukkan terdapat isu dalam pemanfaatan
penggunaan DTR dalam proses pengajaran oleh pensyarah.
Dalam laporan yang sama, penguasaan pensyarah dalam teknologi digital di bawah
kategori perisian aplikasi untuk produktiviti melaporkan hanya 647 orang pensyarah
(27.1%) tahu menggunakan perisian Database Software. Manakala bagi kategori Internet
2
Tools, perisian aplikasi seperti G Suite dan Microsoft Education adalah paling kurang
diketahui oleh pensyarah, iaitu sejumlah 701 orang (29.4%).
Selain itu, data yang diperoleh dari penyertaan pensyarah dalam pertandingan
Minda Inovasi Dinamik Institut Pendidikan Guru (MInD IPG) 2020 mendapati, hanya 20%
daripada 162 penyertaan pensyarah IPG adalah berbentuk reka cipta inovasi berasaskan
digital. Jumlah tersebut adalah kecil berbanding jumlah keseluruhan penyertaan.
Persoalannya, adakah kebanyakan pensyarah IPG tidak kompeten dalam bidang inovasi
digital? Adakah kesiagaan pensyarah IPG dari aspek kompetensi dalam bidang ini masih
rendah? Bagaimana sikap mereka terhadap bidang inovasi digital? Apakah harapan
mereka terhadap bidang ini? Adakah mereka sudah bersedia untuk menghasilkan inovasi
berasaskan digital dan apakah cabarannya?
Justeru, kajian untuk mengenal pasti sejauh mana kompetensi pensyarah IPG
dalam inovasi digital perlu dijalankan agar persoalan bagi isu atau permasalahan tersebut
dapat dirungkai dan hasil daripada kajian ini dapat dijadikan asas untuk merancang atau
membangunkan latihan yang sesuai untuk meningkatkan kesiagaan dan kompetensi
mereka dalam bidang inovasi digital.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan mengenal pasti sejauh mana kompetensi
pensyarah IPG dalam bidang inovasi digital.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini secara spesifiknya adalah untuk mengenal pasti:
1. Tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran inovasi digital pensyarah IPG KPM
2. Tahap sikap pensyarah terhadap inovasi digital
3. Perbezaan tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran inovasi digital pensyarah
IPG KPM berdasarkan bidang mengajar
4. Perbezaan tahap sikap inovasi digital pensyarah IPG KPM berdasarkan bidang
mengajar
5. Pencapaian kompetensi penjenamaan hasil inovasi digital pensyarah IPG
3
6. Apirasi pensyarah IPG dalam bidang inovasi digital
7. Cadangan pembudayaan inovasi digital.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian secara spesifiknya adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran inovasi digital pensyarah IPG
KPM berdasarkan;
a) pengetahuan pemikiran inovasi?
b) pengetahuan integrasi teknologi digital?
c) kemahiran penciptaan inovasi? dan
d) kemahiran perkongsian hasil inovasi?
2. Apakah tahap sikap pensyarah terhadap inovasi digital?
3. Adakah terdapat perbezaan tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran inovasi
digital pensyarah IPG KPM berdasarkan bidang mengajar?
4. Adakah terdapat perbezaan tahap sikap inovasi digital pensyarah IPG KPM
berdasarkan bidang mengajar?
5. Apakah pencapaian kompetensi penjenamaan hasil inovasi digital pensyarah IPG
berdasarkan;
a) peringkat penyertaan dalam pertandingan inovasi digital?
b) status pendaftaran hak cipta hasil inovasi digital?
c) pemasaran hasil inovasi digital?
d) pemerolehan royalti hasil inovasi digital? Dan
e) pengiktirafan hasil inovasi digital dari badan berautoriti?
6. Sejauh manakah aspirasi pensyarah IPG dalam bidang inovasi digital?
7. Sejauh manakah cadangan pembudayaan inovasi digital dapat dilakukan?
HIPOTESIS KAJIAN
Ho1: Tidak terdapat perbezaan pengetahuan pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar
Ho2: Tidak terdapat perbezaan kemahiran pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar
4
Ho3: Tidak terdapat perbezaan sikap pensyarah IPG terhadap inovasi digital berdasarkan
bidang mengajar
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Rajah 1.1: Kerangka Konsep adaptasi dari Model SAMR (2006), MICUP (2019) dan
Model TOP (2004)
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kompetensi pensyarah IPG dalam
bidang inovasi digital. Justeru, hasil daripada kajian ini amat berguna untuk merangka
perancangan program latihan yang sesuai untuk pensyarah. Dapatan kajian ini dapat
dijadikan garis panduan dalam mengupayakan potensi kompetensi inovasi digital kepada
pensyarah bagi meningkatkan kompetensi diri dan sikap positif mereka dalam bidang ini.
Selain itu, hasil kajian ini menjadi landasan bagi merancang penyelidikan lanjutan
seperti Kajian GFM selaku Peneraju Pembelajaran Masa Depan. Hasil kajian ini juga dapat
digunakan sebagai analisis keperluan untuk melaksanakan talent review yang berkaitan
dengan bakat atau kebolehan pensyarah IPG dalam bidang inovasi digital.
5
DEFINISI OPERASIONAL
Kompetensi
Menurut Juhaidah Abd Hakim dan Dalbir Singh (2020), kompetensi adalah keupayaan
seseorang individu untuk memperkembang cara berurusan dengan orang lain,
pengetahuan dan kemahiran yang menyumbang kepada keberkesanan prestasi.
Kompetensi juga merujuk kepada kebolehan seseorang dalam melaksanakan tugas yang
diberikan dan bukannya senarai tugas yang perlu dilaksanakan (Mohd. Asri & Mohd Khata,
2014). Dalam penyelidikan ini, kompetensi merujuk kepada pengetahuan (pemikiran
inovasi dan integrasi teknologi digital) dan kemahiran (penciptaan inovasi dan perkongsian
hasil inovasi).
Pensyarah
Pensyarah bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membentuk
keperibadian pelajar (Sharifah Mariam, 2011). Dalam penyelidikan ini, pensyarah merujuk
kepada tenaga pengajar yang bertugas di 27 IPG KPM di seluruh Malaysia yang mengajar
pelbagai bidang termasuk akademik dan kokurikulum.
Aspirasi
Aspirasi merupakan cita-cita, harapan atau keinginan yang diperlukan untuk
mempengaruhi amalan-amalan yang disasarkan (Rockwell & Bennett, 2004). Hierarki
Bennett (1975) menganggap bahawa seseorang perlu ada keinginan untuk berubah
sebelum apa-apa perubahan amalan atau tingkah laku. Dalam kajian ini, aspirasi merujuk
kepada hasrat atau cita-cita pensyarah IPG terhadap bidang inovasi digital. Antara perkara
yang dihasratkan oleh pensyarah IPG adalah dapat menghasilkan inovasi digital dan
memerlukan pelaksanaan latihan berkenaan inovasi digital diadakan dalam pelbagai
bentuk. Selain itu, sokongan melalui aspek prasarana, pemberian bantuan dana dalam
melaksanakan inovasi digital dan bantuan untuk mengkomersialkan inovasi digital yang
dihasilkan.
6
Sikap
Sikap merupakan outlooks, perspektif, pandangan, dan pendapat yang diperlukan untuk
melaksanakan amalan atau tingkah laku yang disasarkan (Rockwell & Bennett, 2004).
Hierarki Bennett (1975) menganggap bahawa sikap mempengaruhi amalan yang lebih baik
atau tingkah laku. Walaupun sikap cenderung kepada perubahan perlahan-lahan,
pendapat atau pandangan boleh bertukar sebelum menjadi amalan atau perubahan
tingkah laku. Dalam kajian ini sikap merujuk kepada perspektif dan pandangan yang
diperlukan oleh pensyarah IPG untuk melaksanakan amalan atau tingkah laku dalam
bidang inovasi digital.
Bidang Mengajar
Bidang mengajar di IPG dalam penyelidikan ini dikelaskan mengikut 8 bidang bahasa,
pendidikan Islam, Sains Sosial, STEM, Penyelidikan, Holistik, Sains Sukan/Kurikulum dan
lain-lain.
Penjenamaan
Penjenamaan adalah konsep komersial berkaitan pemasaran yang merujuk kepada proses
membuat dan membina jenama bagi hasil inovasi. Dalam kajian ini penjenamaan merujuk
kepada proses penyebarluasan dan pengkomersialan hasil inovasi digital pensyarah.
Proses tersebut adalah penyertaan dalam pertandingan inovasi digital, status pendaftaran
hak cipta hasil inovasi, penglibatan pensyarah dalam pemasaran hasil inovasi digital,
penglibatan pensyarah dalam pemerolehan royalti hasil inovasi digital, penglibatan
pensyarah dalam pemerolehan pengiktirafan rasmi dari badan berautoriti serta badan
berautoriti yang telah mengiktiraf hasil inovasi digital.
BATASAN KAJIAN
Segala dapatan dan perbincangan dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan prosedur
analisis yang dijalankan ke atas data yang diperolehi melalui edaran soal selidik dan
bergantung sepenuhnya pada kejujuran responden yang terdiri daripada pensyarah-
pensyarah IPG di seluruh Malaysia. Berkemungkinan ketirisan kejujuran berlaku dalam
kalangan mereka ketika menjawab soal selidik secara dalam talian. Dapatan soalan
7
terbuka pula dipengaruhi oleh pengalaman kendiri yang menentukan aspirasi pensyarah
dalam bidang inovasi digital.
Walaupun penyelidikan ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan melibatkan
keseluruhan populasi pensyarah IPG, namun penyelidikan ini dilaksanakan dalam tempoh
yang tertentu, ini bermakna dapatan penyelidikan ini menunjukkan pemikiran dan
pandangan pensyarah-pensyarah IPG pada tempoh berkenaan sahaja. Maka, dapatan
kajian ini mungkin tidak menggambarkan pemikiran sebenar pensyarah-pensyarah IPG di
Malaysia, malah sebarang perubahan yang berlaku selepas itu seperti suasana kerja, taraf
perjawatan, ekonomi, sosial dan politik tidak melibatkan keputusan penyelidikan ini.
Selain itu, penyelidikan ini hanya melibatkan pensyarah-pensyarah di IPG KPM
sahaja. Disebabkan tumpuan ini terhad, maka dapatan penyelidikan ini tidak boleh
dijadikan generalisasikan untuk mewakili pendapat ahli akademik daripada institusi lain.
8
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR
PENGENALAN
Bab ini bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman yang berkaitan dengan pemboleh-
pemboleh ubah yang dikemukakan dengan membincangkan teori-teori, model-model serta
ulasan penulisan dan kajian terdahulu. Penelitian ke atas pemikiran yang berkaitan dengan
pemboleh-pemboleh ubah adalah penting kerana ia dapat menjelaskan hala tuju kajian ini.
Secara spesifiknya, perbincangan dalam bab ini merangkumi teori dan model berhubung
dengan inovasi digital serta justifikasi pemilihan model yang membentuk kerangka
konseptual kajian ini . Teori yang dibincangkan dalam bab ini adalah teori inovasi.
Manakala model-model yang dibincangkan adalah Model SAMR, Model MICUP dan Model
TOP. Model Budaya Inovasi turut diketengahkan bersesuaian dengan kajian ini. Secara
keseluruhannya, subtopik dalam bab ini dapat membantu pembaca memahami kandungan
kajian dengan lebih mendalam.
TEORI INOVASI
Sehingga kini belum ada lagi teori umum yang mendasari berkenaan dengan bidang
inovasi. Walaupun telah banyak penyelidikan yang telah dilakukan dalam inovasi tidak
mengira inovasi berbentuk apa sekalipun, namun masih belum lagi wujud satu teori yang
diguna pakai khusus dalam melaksanakan sebuah inovasi (Wolfe, 1994). Seperti yang
diketahui umum, inovasi adalah merupakan satu pelaksanaan dalam merubah, mereka
cipta serta menambah baik sesuatu. Maka sewajarnya, satu bentuk teori dalam
melaksanakan pembangunan inovasi wajar dibentuk. Oleh kerana dalam pembinaan
inovasi ianya mempunyai struktur dan perlaksanaan, mempunyai langkah dan prosedur
seperti model pembudayaan inovasi (Dauber, 2012), maka ianya berkait dengan sebuah
proses ataupun prosedur.
Bagi melaksanakan sebuah proses, teori sistem yang diasaskan oleh Cumming &
Worley (2014) sangat relevan dan bersesuaian dalam melaksanakan sesuatu
pembudayaan inovasi. Rajah 2.1 adalah teori sistem yang menggambarkan organisasi
9
sebagai sistem yang mempengaruhi, dan dipengaruhi oleh persekitaran luarannya atau
sistem utama.
Rajah 2.1: Teori Sistem diubahsuai dari Cumming & Worley (2014).
Berdasarkan teori sistem ini, ianya menunjukkan sebuah proses dalam melaksanakan
sesuatu perkara atau tindakan dalam sebuah konsep jaluran ketertiban dan disiplin
penghasilan sesuatu produk. Ianya boleh diaplikasikan di dalam teori inovasi digital iaitu
apabila pembangunan sesuatu inovasi perlulah melalui proses yang dimulakan dengan
input. Input bermakna sesuatu perkara perlulah dilaksanakan berdasarkan kepada
keperluan, sesebuah matlamat, penjanaan idea dan juga tujuan dalam melaksanakan
sesuatu inovasi. Proses pula adalah merupakan satu metodologi dalam melaksanakan
serta membangunkan inovasi yang ingin dilakukan. Dalam kajian ini pelaksanaan inovasi
digital adalah merupakan satu proses yang dilaksanakan oleh pensyarah berdasarkan
kepada input-input yang diperoleh berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran dan
juga analisis keperluan. Proses-proses juga adalah merupakan penterjemahan kepada
penciptaan idea inovasi yang telah dibina sebelum diaplikasikan serta diimplementasikan
kepada pengguna inovasi tersebut.
Langkah terakhir dalam teori sistem ialah hasil ataupun kesan terhadap sesuatu
inovasi yang telah dilaksanakan. Setelah melalui proses merancang dan juga
melaksanakan hasil daripada pelaksanaan inovasi, impak inovasi tersebut akan dinilai dan
dilihat keberkesanannya kepada pengguna yang menggunakan inovasi yang telah dicipta.
Maka ianya telah menjalinkan satu proses dalam perjalanan membentuk serta
melaksanakan sebuah inovasi.
10
MODEL YANG MEMBENTUK KERANGKA KAJIAN
Dalam kajian ini, beberapa model telah dijadikan panduan dan rujukan iaitu Model SAMR,
Model MICUP, Model TOP dan Model Budaya Inovasi. Model SAMR, Model MICUP dan
Model TOP diadaptasi untuk dijadikan kerangka konsep kajian ini. Manakala Model
Budaya Inovasi dijadikan sebagai asas untuk menjustifikasikan aspirasi, harapan dan
cadangan dalam kalangan pensyarah berkenaan dengan inovasi digital.
Model SAMR
Model SAMR adalah merupakan model pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dibangunkan oleh Ruben Puentedura pada tahun 2006. Model SAMR
menyediakan kerangka kerja yang dapat digunakan oleh para pendidik untuk
mengklasifikasikan dan menilai aktiviti pembelajaran menggunakan aplikasi teknologi.
Model SAMR merupakan model pembelajaran berasaskan teknologi komputer. Model ini
mendorong para pendidik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dengan penggunaan
inovasi teknologi. Model ini juga dapat membantu pendidik mengenal pasti kaedah
pemilihan dan aplikasi teknologi yang lebih bermakna dan berkesan di dalam kelas.
Terdapat empat tingkat pendekatan integrasi teknologi dalam Model SAMR iaitu
Substitution, Augmentation, Modification dan Redefinition (Puentedura, 2006).
Integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui
penambahbaikan dan transformasi. Peningkatan integrasi teknologi mengubah tahap
kebergantungan terhadap teknologi untuk melaksanakan tugasan dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (Puentedura, 2013). Rajah 2.2 memaparkan aplikasi teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran melalui tahap penambahbaikan dan transformasi. Peringkat
Substitution dan Augmentation dikategorikan sebagai tahap penambahbaikan. Peringkat
Modification dan Redefinition dikategorikan sebagai tahap transformasi.
Kajian ini mengintegrasikan Model SAMR dalam mengenal pasti sejauh mana tahap
penggunaan teknologi digital dalam kalangan pensyarah. Tahap kompetensi pensyarah
terhadap teknologi digital boleh diukur melalui cara penggunaan dalam membantu
pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat Substitution, teknologi digital digunakan
bagi menggantikan pendekatan konvensional. Seterusnya pada peringkat Augmentation,
teknologi digital digunakan bagi menambah fungsi media dan menggabung jalin keperluan-
keperluan lain berbentuk digital. Penggunaan teknologi digital diubah suai pada peringkat
Modification dengan penambahbaikan sebagai inovasi kepada fungsi sedia ada.
11
Teknologi digital digunakan untuk mengubahsuai fungsi sedia ada kepada keperluan
pedagogi baharu yang lebih khusus. Seterusnya pada peringkat Redefinition teknologi
digital digunakan bagi menghasil inovasi digital yang baharu bagi membentuk satu fungsi
baru yang menjangkau batas kemampuan kaedah konvensional. Pada peringkat ini
pensyarah memiliki tahap kemahiran teknologi digital yang tinggi serta mampu mereka
cipta inovasi digital bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
bermakna.
Rajah 2.2: Model SAMR
Model MICUP
Model MICUP telah diperkenalkan oleh Siti Rosni & Abdul Samad (Siti Rosni & Abd
Samad, 2019) sebagai garis panduan sistematik untuk memudahkan pembangunan
produk inovasi. Model ini dibangunkan berasaskan literatur daripada empat model iaitu
Model Reka Bentuk Instruksi atau Reka Bentuk Pengajaran, Model Kreativiti, Model
Trialogikal untuk pembentukan pasukan inovasi dan Model Generik TRIZ atau Theory of
Inventive Problem Solving. Model ini juga mengadaptasi kemahiran pemikiran
komputational untuk membantu menguraikan masalah yang kompleks kepada isu-isu-isu,
menganalisis sebab-akibat, dan mencari jalan penyelesaian paling ringkas melalui
algoritma yang mudah difahami. Model MICUP menyusun lima peringkat atau fasa dalam
12
pembangunan inovasi iaitu Mengenal pasti Masalah atau Isu, Penjanaan Idea, Mereka
Cipta, Pengujian Produk dan Penjenamaan.
Fasa mengenal pasti masalah bertujuan menganalisis masalah yang telah dikenalpasti.
Pada peringkat ini juga ahli pasukan inovasi telah dibentuk untuk melaksanakan tugas
sebagai penyelidik bagi membantu mengumpul data analisis awal. Kemudian diikuti fasa
penjanaan idea untuk mencari solusi penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, data dari
pelbagai sumber dirujuk dan analisis dokumen dari pelbagai literatur dibanding serta
dirumus. Untuk fasa berikutnya iaitu penciptaan untuk mereka bentuk produk inovasi
seharusnya solusi penyelesaian masalah yang dicadangkan adalah berdasarkan
penggunaan teknologi digital, perisian atau aplikasi digital sama ada mereka bentuk
teknologi digital baharu ataupun mengubahsuai teknologi digital sedia ada.
Seterusnya adalah fasa penciptaan produk inovasi digital atau prototaip yang akan
diuji oleh pasukan dan ditambahbaik sebelum diuji oleh pengguna sebenar. Terakhir
adalah fasa penjenamaan yang merupakan fasa penyebarluasan produk inovasi kepada
masyarakat sama ada melalui pertandingan inovasi, pemasaran terus, perkongsian artikel
penyelidikan, penulisan makalah, penerbitan dan sebagainya. Disyorkan pada fasa ini,
produk inovasi daftarkan hak cipta sebagai harta intelek sebelum disebarluaskan secara
komersial. Ringkasan proses pembangunan inovasi berdasarkan Model MICUP dijelaskan
pada Rajah 2.3 seperti di bawah.
Rajah 2.3: Elemen Model MICUP
13
Pengintegrasian Model SAMR dan Model MICUP
Kajian ini mengintegrasikan Model SAMR dan Model MICUP dalam membangunkan soal
selidik kajian. Jadual 2.1 memaparkan perkaitan peringkat inovasi digital, tahap
kompetensi pensyarah dan Model Integrasi Teknologi (Model SAMR) yang digunapakai
dalam kajian ini.
Jadual 2.1
Perkaitan Peringkat Inovasi Digital, Tahap Kompetensi Pensyarah dan Model Integrasi
Teknologi (Model SAMR)
Peringkat Inovasi Tahap Kompetensi Model SAMR Model MICUP
Digital
Pemikiran inovasi Pengetahuan Substitution Mengenal pasti isu
Integrasi inovasi Kemahiran TMK Augmentation Idea penyelesaian
Kemahiran Cipta penyelesaian/
Cipta inovasi Modification
Penyelidikan produk/prototaip
Kemahiran Pengujian dan
Kongsi inovasi Redefination
Penyelidikan Penggunaan
Peluasan Kepakaran Inovasi - Penjenamaan
Model TOP
Seterusnya kerangka konseptual kajian ini juga turut mengadaptasi Model TOP (The
Targetting Outcomes of Program) oleh Rockwell & Bennett (2004) seperti Rajah 2.4 bagi
menyokong Model SAMR dan MICUP bagi membentuk kerangka konseptual kajian.
Menurut Model TOP, perubahan pada kebolehan dan keupayaan individu dapat dicapai
apabila menjawab persoalan berikut:
Pengetahuan (Knowledge): Apa yang anda tahu?
Sikap (Atitude): Bagaimana anda rasa?
Kemahiran (Skill): Apa yang boleh anda lakukan?
Aspirasi (Aspiration): Apa yang anda inginkan?
14
Rajah 2.4: Model TOP (The Targetting Outcomes of Program) oleh Rockwell & Bennett (2004)
Model Budaya Inovasi
Dalam membentuk aspek budaya dalam sesebuah institusi ataupun badan berorganisasi,
beberapa domain dalam pembudayaan organisasi dapat dibentuk dan dikembangkan.
Antara domain yang menyokong ke arah pembudayaan organisasi adalah melalui konsep
sistem nilai dan juga kepercayaan yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah
organisasi. Di samping itu, strategi pula adalah sebagai satu kaedah ataupun cara dalam
membentuk sesuatu impian dan matlamat dalam melaksanakan perlaksanaan dasar
ataupun aktiviti sesebuah organisasi tersebut. Seterusnya diikuti dengan sistem struktur
yang menyokong ke arah pencapaian sesuatu strategi yang telah dirangka dengan lebih
awal. Ini diikuti pula dengan operasi dan tindakan di mana apabila ingin membudayakan
sesuatu perkara, ianya perlu selari dengan pelaksanaan terhadap sasaran yang telah
dilakukan dengan lebih awal. Akhirnya, dalam pembudayaan sesebuah organisasi ianya
tidak terlepas daripada pelbagai faktor persekitaran luaran yang mendorong terhadap
pembudayaan dalam organisasi tersebut (Dauber, 2012).
Bagaimanakah bolehkah budaya inovasi dapat dipupuk dan diterapkan?
berdasarkan model yang diasaskan oleh Dauber (2012) ini, pembudayaan dalam apa-apa
perkara boleh diinterpretasikan dalam bidang inovasi secara tidak langsung. Wan
Khairuzzaman dan Abd Majid (2007) menjelaskan, pembudayaan dalam inovasi adalah
15
berlandaskan kepada sistem bagaimana ia dioperasikan. Ini bermakna keseluruhan dalam
sebuah sistem itu menentukan berjaya atau tidak sesuatu pembudayaan yang dilakukan.
Perlu diketahui bahawa inovasi adalah proses bagi memperbaharui dan seterusnya
merevolusikan dalam pelbagai aspek dan perkara (Kalyani 2011). Hal ini yang demikian,
aspek pembudayaan wajar dilakukan mengikut impian, matlamat dan juga aspirasi.
Rajah 2.5 merupakan model pembudayaan yang telah diubahsuai mengikut konteks
pembudayaan inovasi. Model ini diasaskan oleh Dauber (2012).
Rajah 2.4 Model Pembudayaan Inovasi. Diubahsuai dari Dauber (2012)
Dalam kajian ini Model Pembudayaan Inovasi dijadikan sebagai asas untuk
menjustifikasikan aspirasi, harapan dan cadangan dalam kalangan pensyarah berkenaan
dengan inovasi digital. Sistem nilai terbentuk daripada asas pembudayaan dalam amalan
inovasi yang menjadi teras kepada para pensyarah di Institut Pendidikan Guru. Kesedaran
berkenaan dengan keperluan dalam menghasilkan inovasi telah sedia diketahui umum
oleh semua pensyarah bagi meningkatkan dan mengupayakan produktiviti khususnya
dalam sebuah proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi pula adalah merupakan satu
cara bagaimanakah pembudayaan inovasi ini dapat dijana, didorong dan seterusnya
dikembangkan dari peringkat permulaan supaya sistem nilai yang telah digagaskan
sebelum ini dapat dipandu dengan sewajarnya. Strategi-strategi dalam mengembangkan
pembudayaan inovasi kebiasaannya disokong oleh pengupayaan kendiri dan juga
organisasi yang saling menyokong. Dalam situasi ini, para pensyarah dan juga organisasi
Institut Pendidikan Guru di kampus dan Institut Pendidikan Guru Malaysia perlu bersama-
sama untuk menyokong hasrat bagi mengembangkan pembudayaan inovasi.
16
Struktur penjanaan pula adalah usaha dan gerak kerja yang dilakukan oleh
pensyarah bagi melaksanakan inovasi yang dibangunkan dalam pelbagai lapangan dan
juga bidang. Bagi mengupayakan sesuatu hasil inovasi dalam model pembudayaan ini,
turut diketengahkan operasi dan tindakan dimana pelbagai cara boleh digunakan dalam
sesuatu usaha dalam proses menyebarluaskan serta memperkembangkan hasil produk
inovasi yang telah dihasilkan oleh pensyarah. Di peringkat akhir beberapa faktor
persekitaran yang mendasari kepada isu serta permasalahan dalam melaksanakan inovasi
tidak terkecuali wajar dititikberatkan kerana ia memungkinkan pembudayaan tersebut
berjaya atau sebaliknya. Faktor-faktor lain yang menyebabkan hasil daripada
pembudayaan inovasi ini tidak dapat menyumbang kepada terampil mahupun perlu
ditambah baik.
PERKARA YANG MENDASARI KAJIAN
Sorotan Kajian Lepas
Fasa perubahan dalam sistem kehidupan manusia telah diupayakan sejajar dengan
perkembangan era revolusi industri 4.0 (Ilias dan Ladin, 2018), dan pada masa kini negara
sedang menjengah kepada era revolusi industri 5.0 yang semakin terus mencabar
khususnya dalam konteks teknologi maklumat. Berdasarkan Laporan Digital Malaysia
pada tahun 2017, penggunaan internet sebagai asas keperluan kehidupan (Datareportal,
2017), sangat jelas signifikannya pada masa kini lantaran penularan wabak pandemik
Covid-19. Penggunaan internet pada masa kini bukanlah lagi kehendak tetapi ianya adalah
satu keperluan dalam semua aspek kehidupan.
Gelombang dalam perubahan teknologi baharu menyaksikan perubahan dan
penginovasian pelbagai alat digital agar dapat mengupayakan keperluan semasa
pengguna digital (Ilias dan Ladin, 2018). Pengembangan beberapa aspek inovasi digital
seperti Program Pengurusan Lanjutan (Advanced Management Program) Sistem Fizikal
Siber (CPS), data besar (big data) Internet of Thing (IoT) atau Internet Industri (Rifkin,
2014) adalah sebahagian paradigma baharu yang wajar diaplikasikan khususnya dalam
bidang pendidikan pada masa kini. Dalam keadaan menuju revolusi industri baharu 5.0,
kesiapsiagaan dalam menginovasikan digital khusunya melibatkan kolaborasi manusia,
mesin dan teknologi adalah sejajar dengan matlamat dan impian negara menuju wawasan
kemakmuran bersama 2030 yang turut mensasarkan perkembangan ekosistem dalam
17
semua perkara termasuklah industri dan modal sosial (Jabatan Penerangan Malaysia,
2020).
Beberapa aspek yang menuju ke arah perkembangan revolusi industri dapat dilihat
berdasarkan kepada penginovasian terperingkat dalam bidang digital seperti cloud
computing, internet of things, percetakan 5D, integrasi sistem, augmented reality,
autonomous robots dan tidak ketinggalan pengupayaan teknologi yang diperbaharui (Anne
Marie, 2018). Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam kalangan negara membangun
berada dalam kelompok big data iaitu ketergantungan kepada negara dagang (kuasa
besar dalam ekonomi dan politik) maka perlu mengorak langkah segandingan dalam
mengejar perubahan evolusi ini. Bidang pendidikan tidak terkecuali mengalami
perkembangan yang sama.
Bidang pendidikan perlu sejajar menuju matlamat perkembangan yang berevolusi
menuju kompetensi pembelajaran digital. Hal ini yang demikian, pengupayaan dalam
menginovasi digital dalam bidang pendidikan adalah sangat penting khususnya pada masa
kini (pembelajaran norma baharu). Hasrat mengembang inovasi digital ini sebenarnya
telah termaktub sejak awal ketika dalam perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) di mana dalam anjakan ketujuh ada
memerihalkan pemanfaatan teknologi maklumat sebagai asas peningkatan kualiti
pembelajaran telah disasarkan melalui beberapa siri gelombang perlaksanaan . Justeru itu,
bagi mengupaya dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran maka
penginovasian digital adalah sebahagian langkah, cara ataupun kaedah yang sangat
relevan.
Dasar Sedia Ada
Pada tahun 2018 melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Majlis Dasar Inovasi
Malaysia (MIPC) telah ditubuhkan. Penubuhan MPIC ini menjadi platform kepada inisiatif
pembangunan teknologi digital di Malaysia. MPIC diterajui oleh Perbadanan Ekonomi
Digital Malaysia (MDEC) serta disertai oleh ahli serta pakar dalam industri teknologi digital
dan pakar inovasi yang memiliki pengalaman (Malaysia Digital Economy Corporation,
2019). Asas kepada penubuhan MPIC adalah untuk memastikan perkembangan yang
sejajar dalam ekosistem teknologi serta ekonomi digital di Malaysia dapat diperluaskan.
Selain itu, MPIC juga ditubuhkan supaya dorongan dalam perkongsian strategik antara
sektor awam dan swasta dapat dipertingkatkan melalui tiga objektif utama iaitu sebagai
platform bagi mengangkat inisiatif teknologi digital berdasarkan cabaran, sebagai saluran
18
penasihatan dan mengawal pengembangan inovasi digital dalam negara seperti yang di
hasratkan (Malaysia Digital Economy Corporation, 2019). Walaupun MPIC lebih kepada
dasar ke arah ekonomi yang mampan, tetapi ianya juga terkait dengan perkembangan
teknologi digital di dalam negara yang sebahagiannya menumpukan perkembangan dalam
semua aspek termasuklah sosial yang mana di dalamnya menjuruskan kepada bidang
pendidikan secara tidak langsung.
Dalam bidang pendidikan, beberapa dasar turut digubal bagi memacu
perkembangan inovasi teknologi digital selari dengan hasrat di peringkat nasional.
Misalnya KPM telah melaksanakan Pelan Transformasi ICT 2019-2023 yang berfokus kan
kepada pengembangan bidang teknologi digital dalam pendidikan (Bahagian Pengurusan
Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Dalam Pelan Transformasi ICT ini
tiga strategi utama telah dilaksanakan yang antaranya adalah berhasrat untuk
mengoptimumkan inisiatif penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan.
Pengoptimuman ini termasuk meluaskan kegunaan ICT dengan menginovasikan dalam
pelbagai cara khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (Bahagian
Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). . Dua inisiatif yang telah
diselaraskan dalam Pelan Transformasi ICT ini iaitu memperbaiki isu asas dan mencipta
inovasi. Inisiatif pertama iaitu memperbaiki isu asas telah memfokuskan kepada
penambahbaikan prasarana dan keupayaan teknologi maklumat kesemua sekolah di
Malaysia. Seterusnya inisiatif kedua iaitu mencipta inovasi adalah dengan memberikan
akses serta sokongan dalam pembudayaan penciptaan, penambahbaikan dan
pengembangan teknologi yang diinovasikan dalam sistem pendidikan seperti inovasi
pembelajaran secara digital (Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2019).
Bermula tahun 2021 pula, KPM sedang menggubal dasar pendidikan digital
bermatlamatkan untuk melahirkan generasi yang fasih dalam bidang digital serta berdaya
saing (Bernama, 2021). Penggubalan dasar ini selari dengan pewujudan pelan tindakan
komprehensif berdasarkan strategi serta inisiatif yang strategik, khususnya dalam aspek
PdP. Melalui dasar yang bakal digubal ini beberapa tumpuan akan diberikan. Antaranya
yang pertama adalah untuk meningkatkan penguasaan guru dan murid dalam bidang
teknologi digital (Bernama, 2021). Kedua ianya dilaksanakan adalah untuk
memperkayakan kandungan digital bahan pendidikan yang berkualiti selain dapat
memperkasakan kompetensi guru. Inisiatif yang terakhir adalah untuk membudayakan
penggunaan teknologi digital dalam kalangan pemimpin pendidikan di sekolah (Bernama,
19
2021). Bagi menghebat dan mengupayakan dasar yang bakal dilaksanakan, Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) dan Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan dijadikan cabang usaha memacu hasrat tersebut(Bernama,
2021). Selaras dengan dasar yang bakal diupayakan ini, pelatih guru di IPG turut
dikehendaki mengambil kurus Teknologi untuk PdP bagi menyiap siagakan pelapis guru
yang dapat mendepani bidang teknologi digital(Bernama, 2021). Berdasarkan hasrat dan
perancangan KPM, pengupayaan bidang ini dapat disuburkan dengan melaksanakan
inovasi dalam pendidikan.
20
BAB 3: METODOLOGI
PENGENALAN
Bab ini akan melaporkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian,
kajian rintis, instrumen kajian, kaedah pemerolehan dan penganalisisan data.
REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan dua jenis pendekatan penyelidikan iaitu kuantitatif dan kualitatif
yang dapat membantu pengkaji mengenal pasti kompetensi pensyarah IPG dalam bidang
inovasi digital. Kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk
tinjauan, manakala kaedah kualititatif pula melibatkan soalan berbentuk subjektif terbuka
(open ended). Menurut pengkaji terdahulu (Noraini, 2010; Creswell, 2008; McMillan, 2008),
kelebihan penggunaan kajian tinjauan adalah banyak soalan berkaitan tajuk yang hendak
dikaji boleh ditanya kepada ramai responden, mudah diuruskan oleh penyelidik dan amat
sesuai apabila kajian melibatkan banyak pemboleh ubah untuk dianalisis secara statistik.
POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Sampel kajian ini adalah daripada populasi pensyarah IPG KPM seluruh Malaysia iaitu
seramai 2,515 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,662 orang (66.08%) yang
menjawab soal selidik kajian ini. Menurut Kalkulator Saiz Sampel Roasoft
(http://www.raosoft.com/samplesize.html), saiz sampel yang disarankan bagi populasi
seramai 2,515 orang adalah 334 orang. Oleh itu, bilangan sampel seramai 1,662 orang
adalah lebih daripada bilangan sampel yang dicadangkan oleh Kalkulator Saiz Sampel
Roasoft dan Krejie & Morgan. Saiz sampel yang lebih besar adalah lebih baik kerana
dapat mengurangkan ralat persampelan (Cresswell, 2012).
21
INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 61 item kesemuanya.
Soal selidik dibina dengan menggunakan tiga pendekatan iaitu aneka pilihan, skala Likert
lima (5) mata, dan soalan subjektif terbuka. Soal selidik dibina dengan menggunakan ayat
yang pendek, ringkas, mudah difahami, tidak mengelirukan dan dibina bertujuan untuk
mewakili dengan tepat konsep yang ingin diukur (Chua Yan Piaw, 2014). Format instrumen
soal selidik untuk kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
Jadual 3.1
Format Instrumen Soal Selidik Kajian
BAHAGIAN PERKARA NO. ITEM JENIS ITEM BIL ITEM
A Profil Responden A1-A5 Aneka Pilihan 6
A6 Subjektif Terbuka
B1 Kompetensi Pengetahuan B1-B5 Skala Likert 5 mata 5
Pemikiran Inovasi
B2 Kompetensi Pengetahuan B6-B17 Skala Likert 5 mata 17
Integrasi Teknologi Digital
B3 Kompetensi Kemahiran B18-B25 Skala Likert 5 mata 8
Penciptaan Inovasi
B4 Kompetensi Kemahiran B26-B32 Skala Likert 5 mata 7
Perkongsian Hasil Inovasi
B5 Kompetensi Penjenamaan B33-B38 Aneka Pilihan 7
hasil inovasi digital B39 Subjektif Terbuka
C Sikap C1-C9 Skala Likert 5 mata 9
D Aspirasi D1-D2 Subjektif Terbuka 2
JUMLAH ITEM 61
22
KAJIAN RINTIS
Dalam sesebuah penyelidikan, kajian rintis yang dilaksanakan dalam julat yang kecil
adalah sangat penting mengesan masalah awal dan memperbetulkan kesilapan agar tidak
diteruskan atau diulang semasa melaksanakan kajian sebenar (Faridah, 2016). Walaupun,
kejayaan sesebuah kajian bukanlah didorong oleh kajian rintis namun sekurang-kurangnya
sekurang-kurangnya kajian rintis dapat membantu penyelidik mengenal pasti
kebolehlaksanaan kajian sebenar serta dapat mengurangkan kekeliruan dari segi format
ataupun pemilihan perkataan dalam soal selidik (Fraenkel dan Wallen, 2009). Setelah
membuat semakan dan melaksanakan pengubahsuaian ke atas soal selidik melalui
beberapa siri bengkel, pasukan penyelidik memutuskan untuk melaksanakan kajian rintis
ke atas 39 orang responden yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi di IPG KPM seluruh Malaysia dan beberapa Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Jumlah ini masih mengikut saranan Ghazali dan Sufean (2018) iaitu minimum 30 orang
responden.
KESAHAN SOAL SELIDIK
Kesahan merujuk kepada tahap ketepatan (level of truness) bagi hasil kajian, iaitu sama
ada data yang dikumpulkan dapat mewakili dan menggambarkan fenomena yang sebenar
(Fah & Hoon, 2015). Instrumen yang mempunyai kesahan yang tinggi jika instrumen
tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur (Creswell, 2012; Pallant, 2013).
Pendapat ini disokong oleh Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2016) yang menyatakan
sesuatu instrumen tersebut mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehan
mengukur apa yang sepatutnya yang diukur adalah tinggi. Dalam kajian ini, pengkaji
melakukan kesahan instrumen soal selidik melalui sekumpulan pakar rujuk (expert
judgement). Dalam kajian ini, soal selidik yang digunakan diuji kesahan melalui kesahan
kandungan dengan merujuk lima (5) orang yang pakar. Segala komen dan teguran yang
diterima daripada pakar-pakar ini diambil kira dan diguna pakai bagi memantapkan lagi
maksud, bahasa dan kandungan soal selidik yang digunakan.
23
KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK
Tahap kesahan dan kebolehpercayaan item telah diuji menggunakan pekali Alpha
Cronbach. Nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah manakala nilai alpha 0.7
ke atas dianggap baik. Hasil analisis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi
keseluruhan data kajian ini adalah tinggi iaitu 0.965 seperti yang ditunjukkan pada Jadual
3.2. Oleh itu, pernyataan item boleh diterima pakai dalam kalangan sampel kajian sebenar.
Jadual 3.2
Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
BAHAGIAN KONSTRUK NILAI ALPHA
B1 Kompetensi Pengetahuan Pemikiran Inovasi α =0.851
B2 Kompetensi Pengetahuan Integrasi Teknologi Digital α =0.940
B3 Kompetensi Kemahiran Penciptaan Inovasi α =0.930
B4 Kompetensi Kemahiran Perkongsian Hasil Inovasi α =0.924
C Sikap α =0.913
Keseluruhan α = 0.965
PEMEROLEHAN DATA
Data telah dapat dikumpulkan secara dalam talian melalui aplikasi Google Form. Semua
pensyarah IPG dan ELTC adalah terlibat sebagai responden kajian dan wajib menjawab
soal selidik ini. Surat arahan untuk menjawab soal selidik telah dikeluarkan oleh IPGM
pada 23 Julai 2021. Responden diberi tempoh selama dua (2) minggu untuk menjawab
soal selidik iaitu sehingga atau pada 6 Ogos 2021 melalui pautan
https://tinyurl.com/KOMPETENSIDIGITAL .
24
PENGANALISISAN DATA
Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan prosedur statistik agar dapat
memberikan bukti yang objektif dan bukan hanya bersandar kepada pandangan dan
kehendak pengkaji semata-mata. Data yang dikumpul adalah berbentuk data kuantitatif
dan kualitatif dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan secara dalam talian.
Kajian yang baik biasanya menggabungkan kedua-dua pendekatan kuantitatif dan kualitatif
kerana kedua-duanya saling berkait di antara satu sama lain (Cresswell, 2012).
Analisis Kuantitatif
Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan bantuan
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis deskriptif
bertujuan mendapatkan data kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi mengukur
tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap sikap. Manakala analisis inferensi dalam
kajian ini bertujuan untuk mendapatkan perbandingan min bagi menjawab soalan kajian
berkaitan perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap berdasarkan bidang
mengajar di IPG. Justeru, ujian ANOVA satu hala telah digunakan untuk menguji
perbezaan tersebut.
Analisis Kuantitatif
Pada peringkat awal kesemua data dikumpul dan disimpan di dalam simpanan fail
Microsoft Excel bagi memudahkan proses menganalisa. Pengumpulan data di peringkat
awal ini penting bagi mengemaskini, memahami, menyimpan dan seterusnya
memudahkan proses untuk melakukan saringan (Cresswell, 2008). Data-data yang telah
disimpan kemudiannya di analisis dan dilakukan saringan dengan menggunakan perisian
Nvivo versi 12.0. Proses saringan ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat data yang
memberi makna bagi menjawab objektif dalam kajian ini (Morse dan Richards, 2002).
Setelah data disaring, proses penapisan data atau pemecahan mengikut kategori
dilakukan bagi mengkategorikan data-data yang terpilih. Setelah selesai sesi saringan dan
pengkategorian data, data dibaca semula untuk menghasilkan indikator, sub tema dan
tema bagi kategori yang telah disusun.
Data-data yang telah dikategorikan melalui sub tema dan tema akan di kod kan bagi
memudahkan rujukan dalam mencari dan merujuk maklumat data. Pembentukan tema
kemudiannya dilakukan berdasarkan dapatan kajian serta disokong melalui sorotan
25
literatur kajian. Data-data yang dihimpunkan mengikut kategori tadi, kemudiannya
digunakan dan dikeluarkan dalam penulisan naratif bagi memperkuatkan hasil dapatan
sesebuah kajian.
Penerangan ringkas tentang jenis data dan kaedah penganalisisan data dapat
ditunjukkan seperti Jadual 3.3
Jadual 3.3
Jenis Data dan Kaedah Penganalisisan Data
Bilangan Objektif Jenis Data Analisis
1 Mengenal pasti tahap pengetahuan Kuantitatif SPSS versi 23.0
dan kemahiran inovasi digital Deskriptif:
pensyarah IPG KPM Skor Min dan Sisihan
Piawai
2 Mengenal pasti pencapaian Kuantitatif SPSS versi 23.0
kompetensi penjenamaan hasil inovasi Deskriptif:
digital pensyarah IPG KPM Skor Min dan Sisihan
Piawai
3 Mengenal pasti tahap sikap pensyarah Kuantitatif SPSS versi 23.0
terhadap inovasi digital Deskriptif:
Skor Min dan Sisihan
Piawai
4 Mengenal pasti perbezaan tahap Kuantitatif SPSS versi 23.0
kompetensi pengetahuan dan Inferansi :
kemahiran inovasi digital pensyarah Annova sehala
IPG KPM berdasarkan bidang
mengajar
5 Mengenal pasti perbezaan tahap sikap Kuantitatif SPSS versi 23.0
inovasi digital pensyarah IPG KPM Inferansi:
berdasarkan bidang mengajar Annova sehala
26
6 Mengenal pasti sejauh mana aspirasi Kualitatif NVivo Versi 12.0
pensyarah IPG dalam bidang inovasi
digital analisis dapatan Saringan data,
soalan terbuka pembinaan coding dan
secara bertema seterusnya
penghasilan tema.
7 Mengenal pasti sejauh mana cadangan Kualitatif NVivo Versi 12.0
pembudayaan inovasi digital
analisis dapatan Saringan data,
soalan terbuka pembinaan coding dan
secara bertema seterusnya
penghasilan tema.
27
BAB 4: PROFIL RESPONDEN
PENGENALAN
Bab ini menghuraikan tentang profil responden dari segi institusi tempat responden
berkhidmat, jantina, pengalaman mengajar dan bidang pengkhususan mengajar.
INSTITUSI TEMPAT RESPONDEN BERKHIDMAT
Jadual 4.1 menunjukkan institusi tempat responden berkhidmat. Seramai 1,662 orang
responden yang terlibat dengan kajian ini adalah dari 29 institusi termasuk IPGM dan
ELTC. Dapatan kajian menunjukkan bilangan responden yang tertinggi adalah dari dari
IPG Kampus Pendidikan Teknik iaitu seramai 138 orang (8.3%), diikuti dengan IPG
Kampus Ilmu Khas (118 orang, 7.1%) dan IPG Kampus Darulaman (117 orang, 7.0%).
Bilangan responden yang terendah adalah dari IPGM iaitu seramai 3 orang (0.2%), diikuti
dengan IPG Kampus Tawau (5 orang, 0.3%) dan ELTC (8 orang, 0.5%).
Jadual 4.1
Bilangan Responen Mengikut Institusi
Institusi Bilangan (orang) Peratus (%)
IPG Kampus Pendidikan Teknik 138 8.3
IPG Kampus Ilmu Khas 118 7.1
IPG Kampus Darulaman 117 7.0
IPG Kampus Bahasa Melayu 86 5.2
IPG Kampus Sultan Mizan 81 4.9
IPG Kampus Temenggong Ibrahim 81 4.9
IPG Kampus Kota Bharu 78 4.7
IPG Kampus Gaya 77 4.6
IPG Kampus Tuanku Bainun 76 4.6
IPG Kampus Tun Hussein Onn 74 4.5
IPG Kampus Kent 71 4.3
IPG Kampus Perempuan Melayu 71 4.3
28
IPG Kampus Batu Lintang 68 4.1
IPG Kampus Raja Melewar 66 4.0
IPG Kampus Pendidikan Islam 65 3.9
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan 61 3.7
IPG Kampus Pulau Pinang 57 3.4
IPG Kampus Tun Abdul Razak 45 2.7
IPG Kampus Sultan Abdul Halim 41 2.5
IPG Kampus Dato' Razali Ismail 38 2.3
IPG Kampus Rajang 32 1.9
IPG Kampus Ipoh 27 1.6
IPG Kampus Keningau 25 1.5
IPG Kampus Bahasa Antabangsa 22 1.3
IPG Kampus Sarawak 20 1.2
IPG Kampus Perlis 11 0.7
English Language Training Centre (ELTC) 8 0.5
IPG Kampus Tawau 5 0.3
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) 3 0.2
Jumlah 1,662 100.0
JANTINA RESPONDEN
Rajah 4.1 menunjukkan jantina responden. Dapatan menunjukkan bilangan responden
perempuan hanya melebihi 6 orang berbanding lelaki. Walau bagaimanapun peratus bagi
kedua-dua jantina responden jika dibundarkan adalah 50%.
Rajah 4.1: Jantina Responden
29
PENGALAMAN MENGAJAR
Rajah 4.2 menunjukkan pengalaman mengajar responden. Dapatan menunjukkan
bilangan tertinggi responden dari segi pengalaman mengajar adalah yang mempunyai
pengalaman antara 11 hingga 20 tahun iaitu seramai 783 orang (47.1%), diikuti responden
yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 10 tahun (373 orang, 22.4%), 21
hingga 30 tahun (342 orang, 20.6%) dan 31 tahun dan ke atas (164 orang, 9.9%).
Rajah 4.2: Pengalaman Mengajar Responden
BIDANG PENGKHUSUSAN MENGAJAR
Jadual 4.2 menunjukkan bidang pengkhususan mengajar bagi responden. Dapatan
menunjukkan bilangan responden dalam bidang Bahasa dan Bidang Holistiik adalah yang
tertinggi iaitu masing-masing seramai 381orang (23%), diikuti dengan bidang STEM (258
orang,15%), Pendidikan Islam & Moral (211 orang,12.7%) dan Sains Sukan/Kokurikulum
(162 orang,9.7%). Bilangan responden dalam bidang Penyelidikan adalah yang terendah
iaitu seramai 9 orang (0.5%), diikuti dengan lain-lain bidang (100 orang,6.0%) dan Sains
Sosial (160 orang, 9.6%).
Jadual 4.4
Bidang Pengkhususan Mengajar Responden
Nama Bidang Bilangan (orang) Peratus (%)
Bahasa 381 22.9
Holistik 381 22.9
30
STEM 258 15.5
Pendidikan Islam dan Moral 211 12.7
Sains Sukan/ Kokurikulum 162 9.7
Sains Sosial 160 9.6
Lain-lain 100 6.0
Penyelidikan 9 0.5
Jumlah 1,662 100.0
31
BAB 5: TAHAP KOMPETENSI INOVASI DIGITAL
PENGENALAN
Bab ini melaporkan dapatan kajian berkaitan tahap kompetensi pensyarah IPG dalam
bidang inovasi digital berdasarkan adaptasi Model SAMR dan MICUP. Empat (4)
peringkat yang dilaporkan iaitu peringkat pemikiran inovasi, peringkat integrasi teknologi
digital, peringkat penciptaan inovasi dan peringkat perkongsian hasil inovasi. Peringkat
pemikiran inovasi dan integrasi inovasi dikategorikan sebagai peringkat pengetahuan.
Manakala, peringkat cipta inovasi dan kongsi inovasi dikategorikan sebagai peringkat
kemahiran. Tahap kompetensi pensyarah terhadap inovasi digital diukur melalui tahap
pengetahuan dan kemahiran.
Tahap interpretasi nilai min dalam kajian ini dibuat berpandukan Nunally dan Berstein
(1994) seperti dalam Jadual 5.1.
Jadual 5.1
Tahap Interpretasi Nilai Min Berdasarkan Nunally dan Berstein (1994)
Skor Min Tahap Interpretasi
1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi
TAHAP KOMPETENSI INOVASI DIGITAL PERINGKAT PENGETAHUAN
Bagi mengetahui tahap kompetensi peringkat pengetahuan pemikiran inovasi dan integrasi
teknologi digital, dapatan pada Jadual 5.2 dan 5.3 akan menjelaskan secara terperinci skor
min dan sisihan piawai setiap item bagi dua (2) peringkat pengetahuan tersebut.
32
Tahap Pengetahuan Pada Peringkat Pemikiran Inovasi Digital
Secara keseluruhannya, tahap pemikiran inovasi digital pensyarah terhadap inovasi digital
adalah tinggi (min=4.27,SP=0.658). Tahap pemikiran inovasi digital pensyarah dijelaskan
secara terperinci berdasarkan Jadual 5.2
Jadual 5.2
Tahap Pengetahuan Peringkat Pemikiran Inovasi Digital
Item Pernyataan Min SP Tahap
3 Menggunakan sumber digital untuk mencari idea bagi 4.42 0.60 Tinggi
menyelesaikan isu PdP
4 Menggunakan teknologi digital untuk melaksanakan 4.33 0.63 Tinggi
PdP dengan cekap
2 Menggunakan teknologi digital untuk menjelaskan idea 4.25 0.65 Tinggi
penyelesaian masalah PdP
1 Menggunakan pemikiran komputasional untuk 4.18 0.68 Tinggi
merungkai isu PdP
5 Menggabungkan pelbagai aplikasi digital untuk mencari 4.17 0.73 Tinggi
idea inovasi
Purata 4.27 0.66 Tinggi
Bilangan responden, n=1,662
Berdasarkan Jadual 5.2, dapatan menunjukkan, peringkat pemikiran inovasi responden
pada tahap yang tertinggi didapati pada item menggunakan sumber digital untuk mencari
idea bagi menyelesaikan isu PdP(Min=4.42,SP=0.60), menggunakan teknologi digital
untuk melaksanakan PdP dengan cekap (Min=4.33,SP=0.63), menggunakan teknologi
digital untuk menjelaskan idea penyelesaian masalah PdP (Min=4.25,SP=0.65),
menggunakan pemikiran komputasional untuk merungkai isu PdP (Min=4.18,SP=0.68) dan
menggabungkan pelbagai aplikasi digital untuk mencari idea inovasi (Min=4.17,SP=0.73).
Tahap Pengetahuan Pada Peringkat Integrasi Teknologi Digital
Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan integrasi teknologi digital pensyarah
terhadap inovasi digital adalah tinggi (min=4.12,SP=0.70). Tahap pemikiran inovasi digital
pensyarah dijelaskan secara terperinci berdasarkan Jadual 5.3
33
Jadual 5.3
Tahap Pengetahuan Peringkat Integrasi Teknologi Digital
Item Pernyataan Min SP Tahap
9 Menggunakan teknologi digital untuk 4.40 0.59 Tinggi
meningkatkan kualiti penyampaian PdP
7 Menggunakan teknologi digital untuk berbincang 4.29 0.64 Tinggi
dengan rakan tentang cara bagi menyelesaikan
masalah
11 Menggunakan teknologi digital untuk menambah 4.27 0.63 Tinggi
baik cara untuk menyelesaikan isu dalam PdP
10 Menggunakan semula sumber digital (reuse) 4.21 0.68 Tinggi
dalam pelbagai konteks
8 Menggunakan teknologi digital untuk menjana idea 4.20 0.66 Tinggi
baharu bagi menyelesaikan masalah
12 Menggunakan teknologi digital untuk mereka 4.14 0.7 Tinggi
bentuk (design) PdP yang dapat mengatasi
masalah/isu yang dikenal pasti
6 Menggunakan teknologi digital untuk menyisihkan 4.08 0.69 Tinggi
idea bagi memilih penyelesaian masalah terbaik
17 Menilai penggunaan inovasi digital dalam mereka 4.04 0.76 Tinggi
bentuk PdP
16 Memberi justifikasi dalam pemilihan 4.02 0.77 Tinggi
teknik/kaedah/pendekatan untuk menghasilkan
inovasi digital
13 Menggunakan pemikiran komputasional untuk 3.95 0.76 Sederhana
menyusun langkah-langkah pembangunan inovasi tinggi
digital
15 Membuat justifikasi (reasoning) dalam setiap 3.95 0.77 Sederhana
langkah untuk menghasilkan inovasi digital tinggi
14 Menggunakan pemikiran komputasional untuk 3.93 0.77 Sederhana
menganalisis cara penilaian pengguna ke atas tinggi
inovasi digital
Purata 4.12 0.70 Tinggi
Bilangan responden, n=1,662
Berdasarkan Jadual 5.3, dapatan menunjukkan, peringkat Integrasi teknologi gigital berada
pada tahap tinggi pada pernyataan menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan
34
kualiti penyampaian PdP (min=4.40 ,SP=0.59 ), menggunakan teknologi digital untuk
berbincang dengan rakan tentang cara bagi menyelesaikan masalah (min=4.29 ,SP=0.64 ),
menggunakan teknologi digital untuk menambah baik cara untuk menyelesaikan isu dalam
PdP (min=4.27 ,SP= 0.63), menggunakan semula sumber digital (reuse) dalam pelbagai
konteks(min=4.21 ,SP=0.68 ), menggunakan teknologi digital untuk menjana idea baharu
bagi menyelesaikan masalah(min=4.20 ,SP=0.66) dan menggunakan teknologi digital
untuk mereka bentuk (design) PdP yang dapat mengatasi masalah/isu yang dikenal pasti
(min=4.14, SP=0.7). Walaubagaimanapun terdapat tiga pernyataan yang berada pada
tahap sederhana tinggi iaitu menggunakan pemikiran komputasional untuk menyusun
langkah-langkah pembangunan inovasi digital (min=3.95, SP=0.76), membuat justifikasi
(reasoning) dalam setiap langkah untuk menghasilkan inovasi digital(min=3.95., SP=0.77)
dan menggunakan pemikiran komputasional untuk menganalisis cara penilaian pengguna
ke atas inovasi digital (min=3.95., SP=0.77).
TAHAP KOMPETENSI INOVASI DIGITAL PERINGKAT KEMAHIRAN
Bagi mengetahui tahap kompetensi peringkat kemahiran penciptaan inovasi digital dan
perkongsian inovasi digital, dapatan pada Jadual 5.4 dan 5.5 akan menjelaskan secara
terperinci skor min dan sisihan piawai setiap item bagi dua (2) peringkat kemahiran
tersebut.
Tahap Kompetensi Pada Peringkat Kemahiran Penciptaan Inovasi Digital
Dapatan menunjukkan tahap kemahiran penciptaan inovasi pensyarah terhadap inovasi
digital secara keseluruhan adalah pada tahap sederhana tinggi (min=3.68, SP=0.91).
Tahap pemikiran inovasi digital pensyarah dijelaskan secara terperinci berdasarkan
Jadual 5.4.
Jadual 5.4
Tahap Kemahiran Penciptaan Inovasi
Item Pernyataan Min SP Tahap
23 Menghasilkan rangsangan untuk tugasan 3.87 0.84 Sederhana
pembelajaran yang bercirikan inovasi digital Tinggi
24 Mencipta bahan sokongan pembelajaran yang 3.81 0.87 Sederhana
baharu berasaskan inovasi digital Tinggi
35
19 Menghasilkan inovasi digital yang menepati 3.66 0.90 Sederhana
keperluan kurikulum tempatan (locality) Tinggi
20 Mencipta inovasi digital melalui penciptaan 3.65 0.93 Sederhana
media pengajaran yang kreatif Tinggi
21 Mencipta inovasi digital dalam bidang 3.65 0.92 Sederhana
pengurusan PdP Tinggi
18 Menghasilkan inovasi digital melalui penciptaan 3.64 0.91 Sederhana
reka bentuk PdP yang lebih berkesan Tinggi
22 Mencipta inovasi dalam pentaksiran digital 3.58 0.93 Sederhana
Tinggi
25 Menggunakan kemahiran pengkomputeran dan 3.56 0.95 Sederhana
pengaturcaraan untuk membangunkan inovasi Tinggi
digital
Purata 3.68 0.91 Sedehana
Tinggi
Bilangan responden, n=1,662
Berdasarkan Jadual 5.4, dapatan menunjukkan, peringkat kemahiran penciptaan inovasi
digital berada pada tahap sederhana tinggi pada pernyataan menghasilkan rangsangan
untuk tugasan pembelajaran yang bercirikan inovasi digital (min=3.87,SP=0.84), mencipta
bahan sokongan pembelajaran yang baharu berasaskan inovasi digital (min=3.81 ,
SP=0.87), menghasilkan inovasi digital yang menepati keperluan kurikulum tempatan
(locality)(min=3.66 , SP=0.90), mencipta inovasi digital melalui penciptaan media
pengajaran yang kreatif (min= 3.65, SP=0.93), mencipta inovasi digital dalam bidang
pengurusan PdP(min= 3.65, SP=0.92), menghasilkan inovasi digital melalui penciptaan
reka bentuk PdP yang lebih berkesan(min= 3.64, SP=0.91), mencipta inovasi dalam
pentaksiran digital(min= 3.58, SP=0.93)dan menggunakan kemahiran pengkomputeran
dan pengaturcaraan untuk membangunkan inovasi digital (min= 3.56, SP=0.91).
Tahap Kompetensi Pada Peringkat Perkongsian Hasil Inovasi Digital
Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran perkongsian inovasi pensyarah terhadap
inovasi digital secara keseluruhan adalah sederhana tinggi (min=3.71, SP=0.92). Tahap
perkongsian inovasi digital pensyarah dijelaskan secara terperinci berdasarkan Jadual 5.5.
36
Jadual 5.5
Tahap Kemahiran Perkongsian Inovasi
Item Pernyataan Min SP Tahap
26 Berkongsi hasil inovasi dengan orang lain 3.88 0.88 Sederhana
Tinggi
29 Membimbing pelajar dalam menghasilkan inovasi 3.80 0.91 Sederhana
digital Tinggi
27 Menggunakan inovasi digital yang dihasilkan 3.77 0.90 Sederhana
untuk memberi inspirasi (inspired) kepada orang Tinggi
lain
30 Menyebarluaskan hasil inovasi dalam organisasi 3.74 0.92 Sederhana
Tinggi
28 Memperkasakan pasukan inovasi digital dalam 3.67 0.93 Sederhana
organisasi Tinggi
31 Menyebarluaskan hasil inovasi di luar organisasi 3.57 0.94 Sederhana
Tinggi
32 Membina jaringan dengan pihak luar organisasi 3.55 0.95 Sederhana
untuk menghasilkan inovasi Tinggi
Purata 3.71 0.92 Sederhana
Tinggi
Bilangan responden, n=1,662
Berdasarkan Jadual 5.5, dapatan menunjukkan, peringkat kemahiran perkongsian inovasi
digital berada pada tahap sederhana tinggi pada pernyataan berkongsi hasil inovasi
dengan orang lain (min= 3.88, SP=0.88, membimbing pelajar dalam menghasilkan inovasi
digital (min= 3.80, SP=0.91), menggunakan inovasi digital yang dihasilkan untuk memberi
inspirasi (inspired) kepada orang lain (min= 3.77, SP=0.90), menyebarluaskan hasil inovasi
dalam organisasi(min= 3.74, SP=0.92), memperkasakan pasukan inovasi digital dalam
organisasi(min= 3.67, SP=0.93), menyebarluaskan hasil inovasi di luar organisas(min=
3.57, SP=0.94)dan pernyataan membina jaringan dengan pihak luar organisasi untuk
menghasilkan inovasi (min= 3.55, SP=0.95).
37
BAB 6: TAHAP SIKAP PENSYARAH TERHADAP INOVASI DIGITAL
PENGENALAN
Bab ini melaporkan dapatan tahap sikap pensyarah terhadap inovasi digital. Tahap
interpretasi nilai min bagi menentukan tahap sikap dibuat berpandukan Nunally dan
Berstein (1994) seperti dalam Jadual 6.1.
Jadual 6.1
Tahap Interpretasi Nilai Min Berdasarkan Nunally dan Berstein (1994)
Skor Min Tahap Interpretasi
1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi
TAHAP SIKAP PENSYARAH TERHADAP INOVASI DIGITAL
Jadual 6.2 di bawah menunjukkan secara terperinci dapatan kajian tentang tahap sikap
pensyarah terhadap inovasi digital. Secara keseluruhannya menunjukkan tahap sikap
pensyarah terhadap inovasi digital adalah tinggi (purata min=4.08).
Jadual 6.2
Tahap Pensyarah Terhadap Inovasi Digital
Item Pernyataan Min SP Tahap
1 suka menambah ilmu dalam bidang inovasi digital 4.38 0.64 Tinggi
2 suka meningkatkan kemahiran dalam bidang 4.36 0.65 Tinggi
inovasi digital
3 suka mengaplikasikan produk inovasi digital dalam 4.29 0.67 Tinggi
PdP
5 suka menghasilkan projek inovasi digital secara 4.10 0.81 Tinggi
berkumpulan
38
4 Suka mengubah suai produk inovasi digital sedia 4.07 0.79 Tinggi
ada kepada sesuatu yang lebih baik
6 yakin untuk berkongsi hasil inovasi dengan orang 4.03 0.82 Tinggi
lain
9 yakin produk inovasi digital yang dihasilkan dapat 4.03 0.81 Tinggi
menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran
7 cenderung menghasilkan projek inovasi digital 3.83 0.87 Sederhana
Tinggi
8 mudah untuk menghasilkan produk inovasi digital 3.60 0.92 Sederhana
Tinggi
Purata Min 4.08 0.80 Tinggi
Bilangan responden, n=1,662
Berdasarkan Jadual 6.2 secara umumnya perspektif, pandangan, dan pendapat yang
ditunjukkan oleh pensyarah untuk melaksanakan amalan atau tingkah laku dalam inovasi
digital adalah positif. Walau bagaimanapun, terdapat dua (2) item sikap yang berada pada
bawah min purata dengan tahap sederhana tinggi iaitu; (i) kecenderungan menghasilkan
projek inovasi dan (ii) rasa mudah untuk menghasilkan projek inovasi digital. Kedua-dua
item sikap ini menggambarkan bahawa pensyarah harus diberi suntikan motivasi dan
dorongan untuk lebih cenderung dan terdorong bagi menghasilkan inovasi digital. Oleh itu
adalah dicadangkan selain latihan dan pendedahan tentang menghasilkan inovasi digital,
galakan dan sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya pihak pengurusan tertinggi
IPG dan IPGM harus diberikan agar pensyarah bermotivasi dan bersemangat untuk
menghasilkan inovasi digital.
39
BAB 7: PERBEZAAN TAHAP KOMPETENSI PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN PENSYARAH DALAM BIDANG INOVASI DIGITAL
BERDASARKAN BIDANG MENGAJAR
PENGENALAN
Bab ini melaporkan dapatan perbezaan tahap kompetensi pensyarah terhadap inovasi
digital berdasarkan bidang mengajar.
Pembahagian Mata Pelajaran Mengikut Bidang
Bidang mengajar di IPG dikelaskan mengikut 8 bidang seperti yang dipaparkan dalam
Jadual 7.1. Setiap kategori bidang dikelas atau dirujuk berdasarkan mata pelajaran kursus
yang diajar di IPG.
Jadual 7.1
Bidang Mengajar Pensyarah
Bidang Mata Pelajaran/ Kursus Kod
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris (TESL)
Bahasa Iban
Bahasa 1
Bahasa Kadazan
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Pendidikan Islam
Pend. Islam/Moral Bahasa Arab 2
Pen. Moral
Sejarah
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran/ Penglihatan/
Pendengaran)
Sains Sosial 3
Pendidikan Muzik
Ekonomi/Perdagangan/Akaun
Psv/Seni
40
Pendidikan Alam Sekitar
Pend. Awal Kanak-Kanak
Holistik Bimbingan & Kaunseling 4
Subjek-Subjek Edu
Matematik
Sains
STEM RBT 5
Kejuruteraan/Teknikal
Teknologi Pendidikan (Edup2112, Edup 3053)
Penyelidikan Penyelidikan/Kajian Tindakan 6
Sains Pendidikan Jasmani
Sukan/Kokurikulum Gerko 7
Kokurikulum
Lain-Lain Selain Dari Yang Atas 8
PERBEZAAN TAHAP PENGETAHUAN INOVASI DIGITAL BERDASARKAN BIDANG
MENGAJAR
Analisis inferensi digunakan untuk mendapatkan perbandingan min bagi menjawab soalan
kajian berkaitan perbezaan tahap pengetahuan inovasi digital berdasarkan bidang
mengajar. Ujian ANOVA satu hala telah digunakan untuk menguji perbezaan tersebut.
Hipotesis adalah seperti berikut:
Adakah terdapat perbezaan pengetahuan pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar?
Ho1: Tidak terdapat perbezaan pengetahuan pensyarah IPG terhadap inovasi
digital berdasarkan bidang mengajar
Ujian Anova Satu Hala
Jadual 7.2 menunjukkan keputusan ujian anova satu hala. Keputusan mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan pengetahuan pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar, dengan nilai F (7,1654) = 2.196, p<.05. Hasil menunjukkan
aras signifikan 0.032 adalah lebih kecil daripada nilai signifikan pada 0.05 (p<0.05).
Keputusan ini menunjukkan hipotesis nol (Ho1) adalah ditolak. Terdapat perbezaan yang
41
signifikan antara pengetahuan pensyarah terhadap inovasi digital berdasarkan bidang
mengajar.
Jadual 7.2
Anova satu hala perbezaan pengetahuan pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar
Pengetahuan SS df MS F Sig.
Antara kumpulan 4.797 7 .685 2.196 .032
Dalam kumpulan 516.035 1654 .312
Jumlah 520.831 1661
Min dan Sisihan Piawai Pengetahuan Pensyarah IPG Terhadap Inovasi Digital
Berdasarkan Bidang Mengajar
Jadual 7.3 menunjukkan skor min pengetahuan pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar. Pensyarah mengajar dalam bidang penyelidikan (Min=4.46)
dan bidang STEM (Min=4.24) mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi terhadap inovasi
digital berbanding pensyarah dari bidang Sains Sosial (Min=4.23), Sains Sukan
Kokurikulum (Min=4.19), Pendidikan Islam (Min=4.16), Bahasa (Min=4.15) dan Lain-lain
(Min=4.13). Pensyarah bidang holistik mempunyai pengetahuan paling rendah terhadap
inovasi digital (Min= 4.10).
Perbezaan nilai min tersebut secara signifikan ditunjukkan menggunakan ujian
Anova satu hala. Hasil ujian levene menunjukkan setiap kumpulan bidang yang
dibandingkan mempunyai varians yang sama dengan F(7,1654)=1.710,p>.05. Ini
menunjukkan ujian Anova satu hala boleh digunakan.
Jadual 7.3
Min dan Sisihan Piawai Pengetahuan Pensyarah IPG Terhadap Inovasi Digital
Berdasarkan Bidang Mengajar
Pembolehubah N Min SP
Penyelidikan 9 4.46 0.43
STEM 258 4.24 0.57
Sains Sosial 160 4.23 0.49
42
Sains Sukan dan Kokurikulum 162 4.19 0.53
Pendidikan Islam 211 4.16 0.58
Bahasa 381 4.15 0.56
Lain-lain 100 4.13 0.65
Holistik 381 4.10 0.57
Skor min pengetahuan pensyarah terhadap inovasi digital mengikut kesemua lapan bidang
mengajar dapat ditunjukkan menggunakan plot seperti dalam Rajah 7.1. Secara
keseluruhan, keputusan menunjukkan pensyarah yang mengajar bidang penyelidikan
mempunyai pengetahuan paling tinggi dan pensyarah mengajar bidang holistik mempunyai
pengetahuan paling rendah terhadap inovasi digital.
Rajah 7.1: Pengetahuan Pensyarah IPG Terhadap Inovasi Digital Mengikut Bidang
43
PERBEZAAN TAHAP KEMAHIRAN INOVASI DIGITAL BERDASARKAN BIDANG
MENGAJAR
Analisis inferensi digunakan untuk mendapatkan perbandingan min bagi menjawab soalan
kajian berkaitan perbezaan tahap kemahiran inovasi digital berdasarkan bidang mengajar.
Ujian ANOVA satu hala telah digunakan untuk menguji perbezaan tersebut. Hipotesis
adalah seperti berikut:
Adakah terdapat perbezaan kemahiran pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar?
Ho1: Tidak terdapat perbezaan kemahiran pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar
Ujian Anova Satu Hala
Jadual 7.4 menunjukkan keputusan ujian anova satu hala. Keputusan menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran pensyarah terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang dengan nilai F (7,1654) = 3.617, p<.05. Ini menunjukkan hipotesis nol
(Ho1) adalah ditolak. Hasil analisis menunjukkan aras signifikan 0.001 adalah lebih kecil
daripada nilai signifikan pada 0.05 (p<0.05). Keputusan ini menunjukkan hipotesis nol (Ho1)
adalah ditolak. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran pensyarah terhadap
inovasi digital berdasarkan bidang mengajar.
Jadual 7.4
Anova satu hala perbezaan kemahiran pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang
Pengetahuan SS df MS F Sig.
Antara kumpulan 15.496 7 2.214 3.617 .001
Dalam kumpulan 1012.230 1654 .612
Jumlah 1027.726 1661
Min dan Sisihan Piawai Kemahiran Pensyarah IPG Terhadap Inovasi Digital
Berdasarkan Bidang Mengajar
Jadual 7.5 menunjukkan skor min kemahiran pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar. Pensyarah bidang penyelidikan (Min=3.62) mempunyai
kemahiran yang lebih tinggi berbanding Sains Sosial (Min = 3.81), Sains Sukan
44