Kokurikulum (Min=3.81), STEM (Min=3.79 ). Pensyarah bidang holistik (Min=3.57)
mempunyai kemahiran paling rendah.
Perbezaan nilai min tersebut secara signifikan ditunjukkan menggunakan ujian
Anova satu hala. Hasil ujian levene menunjukkan setiap kumpulan bidang yang
dibandingkan mempunyai varians yang sama dengan F(7,1654)=1.703,p>.05. Ini
menunjukkan ujian Anova satu hala boleh digunakan.
Jadual 7.5
Min dan Sisihan Piawai Kemahiran Pensyarah IPG Terhadap Inovasi Berdasarkan Bidang
Mengajar
Pembolehubah N Min SP
Penyelidikan 9 3.94 0.88
Sains Sosial 160 3.81 0.76
Sains Sukan dan Kokurikulum 162 3.81 0.65
STEM 258 3.79 0.81
Lain-lain 100 3.75 0.79
Pendidikan Islam 211 3.71 0.75
Bahasa 381 3.62 0.81
Holistik 381 3.57 0.81
Min kemahiran pensyarah terhadap inovasi digital mengikut kesemua lapan kelompok
bidang dapat ditunjukkan menggunakan plot seperti dalam Rajah 7.2. Pensyarah bidang
penyelidikan mempunyai min kemahiran paling tinggi dan pensyarah bidang holistik
mempunyai min kemahiran paling rendah terhadap inovasi.
45
Rajah 7.2: Kemahiran Pensyarah IPG Terhadap Inovasi Digital Berdasarkan Bidang
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa dapatan kajian ini menunjukkan bidang
mengajar mempengaruhi pengetahuan dan kemahiran pensyarah IPG terhadap inovasi
digital. Bidang mengajar yang berkaitan penyelidikan, teknikal dan melibatkan psikomotor
mempunyai pengetahuan dan kemahiran lebih tinggi terhadap inovasi digital berbanding
bidang mengajar falsafah dan bahasa.
46
BAB 8: PERBEZAAN TAHAP SIKAP PENSYARAH DALAM BIDANG
INOVASI DIGITAL BERDASARKAN BIDANG MENGAJAR
PENGENALAN
Bab ini melaporkan dapatan perbezaan sikap pensyarah terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang pengkhususan mengajar.
PERBEZAAN TAHAP PENGETAHUAN INOVASI DIGITAL BERDASARKAN BIDANG
MENGAJAR
Analisis inferensi digunakan untuk mendapatkan perbandingan skor min bagi menjawab
soalan kajian berkaitan perbezaan sikap pensyarah terhadap inovasi digital berdasarkan
bidang mengajar. Ujian ANOVA satu hala telah digunakan untuk menguji perbezaan
tersebut. Hipotesis adalah seperti berikut:
Adakah terdapat perbezaan sikap pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar ?
Ho3: Tidak terdapat perbezaan sikap pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar
Ujian Anova Satu Hala
Jadual 8.1 menunjukkan keputusan ujian anova satu hala. Keputusan mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan pengetahuan berdasarkan bidang dengan nilai F (7,1654)=
2.618, p<.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho3) adalah ditolak. Hasil menunjukkan aras
signifikan 0.011 adalah lebih kecil daripada nilai signifikan pada 0.05 (p<0.05). Keputusan
ini menunjukkan hipotesis nol (Ho1) adalah ditolak. Terdapat perbezaan yang signifikan
antara sikap pensyarah terhadap inovasi digital berdasarkan bidang pengkhususan
mengajar.
47
Jadual 8.1:
Anova satu hala perbezaan sikap pensyarah IPG terhadap inovasi digital berdasarkan
bidang mengajar
Pengetahuan SS df MS F Sig.
Antara kumpulan 7.655 7 1.094 2.618 .011
Dalam kumpulan 690.902 1654 .418
Jumlah 698.557 1661
Min dan Sisihan Piawai Sikap Pensyarah IPG Terhadap Inovasi Digital Berdasarkan
Bidang Mengajar
Jadual 8.2 memaparkan skor min sikap pensyarah IPG terhadap inovasi digital
berdasarkan bidang mengajar. Dapatan data yang dianalisis menunjukkan pensyarah
bidang Penyelidikan (Min=4.46) mempunyai skor min sikap yang lebih tinggi berbanding
STEAM (Min=4.18 ), Sains Sosial (Min=4.15), dan Pendidikan Islam (Min=4.09). Antara
skor min yang rendah bagi sikap adalah pensyarah bidang holistik (M=4.02) dan
pensyarah bidang bahasa (Min=4.01).
Perbezaan nilai min tersebut secara signifikan ditunjukkan menggunakan ujian
Anova satu hala. Hasil ujian levene menunjukkan setiap kumpulan bidang yang
dibandingkan mempunyai varians yang sama dengan F(7, 1654)=1.394,p>.05. Ini
menunjukkan ujian Anova satu hala boleh digunakan.
Jadual 8.2
Min dan Sisihan Piawai Sikap Pensyarah IPG Terhadap Inovasi Digital Berdasarkan
Bidang Mengajar
Pembolehubah N Min SP
Penyelidikan 9 4.46 0.50
STEM 258 4.18 0.69
Sains Sosial 160 4.15 0.58
Pendidikan Islam 211 4.09 0.63
Lain-lain 100 4.07 0.71
Sains Sukan Kokurikulum 162 4.07 0.57
48
Holistik 381 4.02 0.65
Bahasa 381 4.01 0.65
Skor min sikap pensyarah terhadap inovasi digital mengikut kesemua lapan kelompok
bidang dapat ditunjukkan menggunakan plot seperti dalam Rajah 8.1. Pensyarah bidang
penyelidikan mempunyai min sikap paling tinggi dan pensyarah bidang bahasa dan holistik
mempunyai min sikap paling rendah terhadap inovasi.
Rajah 8.1: Sikap Pensyarah IPG terhadap Inovasi Digital Berdasar Bidang Mengajar
KESIMPULAN
Sikap pensyarah terhadap inovasi menggambarkan perspektif dan pandangan pensyarah
IPG untuk melaksanakan amalan atau tingkah laku dalam bidang inovasi digital. Dapatan
kajian ini menunjukkan tahap sikap penyarah terhadap inovasi adalah berbeza mengikut
bidang mengajar. Pensyarah bidang penyelidikan mempunyai tahap sikap tertinggi
49
terhadap inovasi digital, diikuti bidang STEAM dan bidang sains sosial. Pensyarah bidang
bahasa dan bidang holistik mempunyai tahap sikap paling rendah terhadap inovasi.
50
BAB 9: PENCAPAIAN KOMPETENSI PENJENAMAAN HASIL INOVASI
DIGITAL PENSYARAH IPG
PENGENALAN
Bab ini melaporkan data deskriptif tentang maklumat pelibatan responden dalam
penyebarluasan dan pengkomersialan hasil inovasi digital berdasarkan beberapa sub topik
yang dibincangkan seperti peringkat penyertaan dalam pertandingan inovasi digital, status
pendaftaran hak cipta hasil inovasi, penglibatan responden dalam pemasaran hasil inovasi,
penglibatan responden dalam pemerolehan royalti hasil inovasi, penglibatan responden
dalam pemerolehan pengiktirafan rasmi dari badan berautoriti serta badan berautoriti yang
telah mengiktiraf hasil inovasi. Dapatan kajian dilaporkan menggunakan jadual, graf dan
rajah.
PERINGKAT PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN INOVASI DIGITAL
Jadual 9.1 di bawah menunjukkan penyertaan responden dalam pertandingan inovasi
digital. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah yang tidak terlibat dalam
pertandingan inovasi digital di mana-mana peringkat adalah tertinggi (51.8%) iaitu separuh
daripada jumlah keseluruhan responden.
Jadual 9.1
Peringkat Pelibatan Pensyarah dalam Pertandingan Inovasi digital
Bilangan Pelibatan Jumlah Responden Peratus (%)
Peringkat (orang) (orang)
Antarabangsa 118 1,662 7.1
Kebangsaan 279 1,662 16.8
Negeri 91 1,662 5.5
Institut/Kampus 659 1,662 39.7
Tidak Terlibat 861 1,662 51.8
51
PENDAFTARAN HAK CIPTA HASIL INOVASI
Jadual 9.2 di bawah menunjukkan status pelibatan responden dalam pendaftaran hak cipta
hasil inovasi. Dapatan kajian menunjukkan, kebanyakan pensyarah iaitu seramai 1,372
orang (82.6%) tidak terlibat dengan usaha untuk mendaftarkan hak cipta hasil inovasi.
Jadual 9.2
Status Pelibatan Responden dalam Pendaftaran Hak Cipta Hasil Inovasi
Status Pendaftaran Hak Cipta Kekerapan Peratus
(%)
Telah mendapatkan borang permohonan dari MyIPO 110 6.6
Telah mengisi borang permohonan hak cipta 60 3.6
Telah mendapatkan dana untuk bayaran permohonan MyIPO 9 0.5
Telah menghantar permohonan ke IPO 55 3.3
Telah memperoleh surat penerimaan paten/hak cipta dari 59 3.5
MyIPO
Tidak terlibat 1,372 82.6
Jumlah 1,662 100.2
Oleh itu, adalah dicadangkan agar latihan dan pendedahan berkaitan harta intelek dan
pendaftaran hasil inovasi digital di MyIPO diberikan. Penyelidik juga mengesyorkan agar
kajian lanjutan dilakukan untuk mengenal pasti bagaimanakah 0.5% pereka cipta
memperoleh dana untuk pendaftaran MyIPO. Adakah menggunakan dana sendiri atau
dibiayai oleh pihak lain?
PEMASARAN HASIL INOVASI
Rajah 9.1 di bawah menunjukkan dapatan status penglibatan responden dalam
pemasaran inovasi. Daripada 1,662 orang responden, sebanyak 1,603 atau mewakili
96.5% tidak pernah terlibat dalam urusan pemasaran hasil inovasi mereka. Dapatan
menunjukkan hanya seramai 59 orang responden (3.5%) sahaja yang pernah terlibat
dalam urusan pemasaran hasil inovasi.
52
Rajah 9.1: Status Pelibatan Responden dalam Pemasaran Hasil Inovasi
PEMEROLEHAN ROYALTI HASIL INOVASI
Jadual 9.3 di bawah menunjukkan dapatan status penglibatan responden dalam
pemerolehan royalti hasil inovasi. Daripada 1,662 orang responden, seramai 1,652
(99.4%) tidak pernah terlibat dalam urusan pemerolehan royalti hasil inovasi
mereka. Manakala seramai 10 orang responden (0.6%) sahaja yang pernah terlibat dalam
urusan pemerolehan royalti hasil inovasi.
Jadual 9.3
Status Pelibatan Responden dalam Pemerolehan Royalti Hasil Inovasi
Memperoleh Royalti Hasil Inovasi Bilangan (orang) Peratus (%)
Tidak 1,652 99.4
Ya 10 0.6
Jumlah 1,662 100.0
PEMEROLEHAN PENGIKTIRAFAN RASMI DARI BADAN BERAUTORITI
Jadual 9.4 di bawah menunjukkan dapatan status pelibatan responden dalam
pemerolehan pengiktirafan rasmi dari badan berautoriti. Daripada seramai 1,662 orang
responden, seramai 1,618 (97.4%) tidak pernah memperoleh pengiktirafan rasmi dari
badan berautoriti berbanding hanya seramai 44 orang (2.6%) sahaja yang pernah
memperoleh pengiktirafan rasmi dari badan berautoriti.
53
Jadual 9.4
Status Pelibatan Responden Dalam Pemerolehan Pengiktirafan Rasmi Dari Badan
Berautoriti
Pemerolehan Pengiktirafan Rasmi Bilangan (orang) Peratus (%)
Tidak 1,618 97.4
Ya 44 2.6
Jumlah 1,662 100.0
BADAN BERAUTORITI YANG TELAH MENGIKTIRAF HASIL INOVASI
Jadual 9.5 menunjukkan senarai badan berautoriti yang mengitiraf hasil inovasi responden
yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia.
Seramai 1,606 daripada 1,662 orang responden tidak berkaitan dengan pengiktirafan.
Jumlah tertinggi pengiktirafan dalam kalangan responden diterima daripada Agensi Inovasi
Malaysia iaitu seramai 17 orang (1.02%), seterusnya Kementerian Pendidikan Malaysia
mengiktiraf seramai 7 orang (0.42%), MDEC dengan 5 orang (0.30%), MAMPU seramai 4
orang (0.24%) dan MyRIS seramai 3 orang (0.18%). Selain daripada itu, seramai 2 orang
responden (0.12%) masing-masing menerima pengiktirafan daripada Association For
Researcher Of Skills And Vocational Training (ARSVOT) Malaysia, Malaysia Technology
Expo dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, badan berautoriti yang masing-
masing mengiktiraf hasil inovasi seorang responden setiap satu adalah Bahagian Sukan
KPM, Darulaman International Innovation and Competition C21, JPN Labuan,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Teknologi Malaysia, PADU Kementerian
Pendidikan Malaysia, PPD, Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)
IPGM 2021, SIRIM, WIPPA, MBOT, MOSTI, MSC, MSGA Training Academy, Lembaga
Tabung Haji, UUM, UNIMAP. IPGKDA, IPGM, IPGKRM,IPGM, POLITEKNIK ARAU dan
KULIM,
Jadual 9.5
Badan Berautoriti Yang Telah Mengikhtiraf Hasil Inovasi
No. Agensi Bilangan Peratus (%)
(orang)
1 MDEC 5 0.30
2 Association For Researcher Of Skills And Vocational 2 0.12
Training (ARSVOT) Malaysia
54
3 Bahagian Sukan KPM 1 0.06
4 Darulaman International Inovation and Competition C21 1 0.06
5 JPN Labuan, Kementerian Pendidikan Malaysia 1 0.06
6 Kementerian Pendidikan Malaysia 7 0.42
7 Lembaga Tabung Haji, UUM, UNIMAP. IPGKDA, IPGM, 1 0.06
IPGKRM,IPGM, POLITEKNIK ARAU dan KULIM
8 Lembaga Teknologi Malaysia 1 0.06
9 Agensi Inovasi Malaysia 17 1.02
10 Malaysia Technology Expo 2 0.12
11 MyRIS 3 0.18
12 PADU Kementerian Pendidikan Malaysia 1 0.06
13 PPD Kementerian Pendidikan Malaysia 1 0.06
14 Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna 1 0.06
(KPPB) IPGM 2021
15 SIRIM 1 0.06
16 Universiti Kebangsaan Malaysia 2 0.12
17 WIPPA 1 0.06
18 MAMPU 4 0.24
19 MBOT 1 0.06
20 MOSTI 1 0.06
21 MSC 1 0.06
22 MSGA Training Academy 1 0.06
23 Tidak Berkenaan 1,606 96.63
Jumlah 1,662 100
55
BAB 10: ASPIRASI PENSYARAH DALAM INOVASI DIGITAL
PENGENALAN
Bab ini menghuraikan dapatan kajian berkenaan aspirasi pensyarah IPG berdasarkan
harapan dalam bidang inovasi digital. Dapatan ini diperoleh melalui analisis dapatan
soalan terbuka secara bertema yang telah dianalisis melalui saringan data, pembinaan
coding dan seterusnya penghasilan tema.
Rajah 10.1 Aspirasi Pensyarah IPG Dalam Bidang Inovasi Digital
HARAPAN PENSYARAH IPG DALAM BIDANG INOVASI DIGITAL
Rajah 10.2 menunjukkan dapatan tematik harapan pensyarah IPG dalam bidang Inovasi
Digital. Berdasarkan analisis dapatan kajian, pensyarah berharap agar mereka dapat
menghasilkan penghasilan inovasi khususnya dalam bidang inovasi digital. Selain itu, para
pensyarah juga berharap agar pelaksanaan latihan berkenaan inovasi digital diadakan
dalam pelbagai bentuk bagi membantu meningkatkan keupayaan mereka dalam
penghasilan inovasi ini. Sokongan melalui aspek prasarana, pemberian bantuan dana
dalam melaksanakan inovasi dan tidak ketinggalan bantuan untuk mengkomersialkan
inovasi yang telah dihasilkan juga adalah harapan yang dihasratkan oleh pensyarah bagi
meningkatkan keupayaan dalam bidang Inovasi Digital ini.
56
Rajah 10.2 Harapan Pensyarah IPG Dalam Bidang Inovasi Digital
Menghasilkan Inovasi
Pengupayaan pensyarah dalam menghasilkan inovasi dalam bidang digital adalah
harapan yang ingin dilaksanakan melalui pengembangan kemahiran dalam inovasi digital,
inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Inovasi semasa proses Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan peningkatan produktiviti pensyarah melalui
penghasilan inovasi digital ini.
57
Rajah 10.3 Harapan Pensyarah Untuk Menghasilkan Inovasi
Dalam sub tema kemahiran dalam bidang inovasi digital, pensyarah berharap agar dapat
meningkatkan keupayaan dalam menghasilkan produk-produk inovasi digital sejajar
dengan perkembangan dunia semasa yang menggunakan sepenuhnya teknologi digital
dalam bidang pembelajaran.
Semoga diberi banyak peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam inovasi digital yang terus
berubah dan berkembang pesat. (OES116)
Pensyarah juga berharap agar dapat berkemahiran dengan lebih luas dalam menghasilkan
sebuah inovasi digital bagi pemanfaatan dalam bidang pendidikan khususnya.
saya berharap agar satu masa, saya benar- benar mencapai kemahiran yang tinggi dalam bidang
digital dan dapat menghasilkan satu inovasi yang betul-betul bermanfaat bagi bidang pendidikan.
(OES1137)
Dengan kemahiran yang dimiliki, pensyarah berharap impak terhadap sebuah
pembelajaran bermakna dapat diberikan kepada pelajar.
Lebih cekap dan mahir dalam pelbagai kemahiran digital untuk meningkatkan lagi amalan
pengajaran dan pembelajaran masa kini dan menghasilkan pembelajaran bermakna kepada para
pelajar. (OES860)
Majoriti pensyarah juga mengaspirasikan penghasilan sebuah hasil inovasi digital yang
berfokus kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pelbagai inovasi PdP ingin
dihasilkan bagi membantu pelajar dan murid dalam kandungan mata pelajaran.
Berharap agar dapat menghasilkan inovasi yang lebih bermakna dan berkesan dalam pendidikan
muzik. (OES461)
58
Inovasi digital relevan dengan situasi pembelajaran semasa. Diharapkan dapat menyebar luaskan
modul berkaitan. (OES1563)
Menambah minat dan memudahkan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab di semua
peringkat.(OES1535)
Menghasilkan produk inovasi digital yang boleh membantu memudahkan pemahaman pelajar
dalam PdP. (OES704)
Untuk menghasilkan satu produk inovasi yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. (OES1393)
Memandangkan negara masih dilanda wabak pandemik Covid-19, proses pengajaran
secara dalam talian ataupun terma lebih tepat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) telah dilaksanakan. Pensyarah mengharapkan agar dapat menghasilkan beberapa
inovasi digital bagi membantu proses PdPR yang dipacu sepenuhnya secara digital.
Kuasai dengan sebaiknya segala kemahiran dan pengetahuan inovasi digital bagi memudahkan
penyampaian PdPR dalam talian. Juga membantu pelbagai peringkat dengan kemahiran dan ilmu
inovasi digital (OPS10)
Semoga inovasi digital dapat membantu PdPR yang lebih berkesan di zaman dunia VUCA ini.
(OES464)
Moga semua pensyarah dapat mendalami ilmu digital yang lebih terkini untuk membantu
meningkatkan keupayaan dalam penyampaian PdPR.(OES1017)
Dapat menghasilkan inovasi digital yang dapat digunakan semasa Norma Baharu dan situasi
pelbagai.(OES349)
Bidang inovasi digital dapat membantu masyarakat dalam norma baharu yang lebih ke arah
penggunaan bahan, perisian dan platform digital.(OES952)
Pensyarah juga memberi pengharapan melalui inovasi digital ini, peningkatan produktiviti
sebagai seorang pensyarah dapat ditingkatkan khususnya bidang ilmu dan kepakaran.
Inovasi Digital adalah jalan terbaik untuk meningkatkan ilmu digital & sesuai dengan PDP alaf
ini.(OES281)
Inovasi digital mampu membawa pendidikan dan ilmu kepada setiap lapisan masyarakat.(OES837)
Akan ada peluang untuk mempelajari dan meneroka bidang digital dari semasa ke semasa. Bidang
ini akan menjadi sangat penting pada masa depan.(OES754)
Harapan saya dalam bidang inovasi digital adalah supaya semua golongan pendidik iaitu dalam
kalangan pensyarah dan guru perlu sentiasa mempertingkatkan pengetahuan dan mencapai tahap
penguasaan yang cemerlang. (OES851)
59
Inovasi Digital berupaya memberi impak yang maksimum terhadap produktiviti dan
kecekapan.(OES500)
Harap dapat mempelajari lebih banyak inovasi digital yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran,
dan diharapkan pensyarah lebih terbuka untuk menggunakan inovasi digital secara lebih meluas
dalam skop kerja masing-masing. (OES1197)
Inovasi Digital perlu diterokai oleh pensyarah IPG kerana membantu meningkatkan lagi
profesionalisme pensyarah (OES1471)
Latihan
Dalam bidang inovasi digital pensyarah juga mengharapkan latihan berkenaan bidang ini
dapat dilaksanakan dalam bentuk bengkel dan kursus, bimbingan dan juga pendedahan
seperti huraian Rajah 10.4 ini.
Rajah 10.4 Harapan Pensyarah Berkenaan Latihan
Kesemua latihan yang diberikan ini memberi pelbagai manfaat dalam pengembangan
inovasi digital kepada kumpulan pensyarah di IPG Malaysia. Lebih banyak bengkel dan
kursus diadakan bertujuan agar para pensyarah dapat diberikan pendedahan secara
khusus dalam bidang inovasi digital ini, kerana tidak semua pensyarah memiliki kepakaran
spesifik dalam pendigitalan pendidikan sekaligus dapat menginovasi kan hasil penyelidikan.
Semestinya perlu ada input/latihan sebelum boleh menghasilkan inovasi. Pengetahuan digital
sangat penting kerana bukan semua orang ada asas dalam bidang ini. (OES178)
Saya berharap dapat menghadiri lebih kursus tentang inovasi digital supaya dapat
mempertingkatkan lagi kemahiran inovasi digital ini. Sebab ianya perlu pendedahan bengkel khas
(OES322)
Lebihkan hands-on kursus untuk penghasilan Inovasi Digital. Pastinya pengetahuan-pengetahuan
asas aplikasi digital perlu dimantapkan terlebih dahulu. (OES798)
60
Menguasai bidang Inovasi Digital melalui kursus yang diberikan secara berperingkat mengikut
tahap bidang yang dikuasai. (OES799)
Dapat mempelajari Inovasi Digital secara terperinci dan mengaplikasikan pengetahuan itu untuk
mengubah inovasi bukan digital kepada inovasi digital (OES612)
Berusaha dan berhasrat belajar pelbagai app dan teknik dalam inovasi digital (OES1210)
Dengan adanya bengkel dan kursus yang diberikan, pensyarah berharap agar dapat
mengembangkan inovasi digital khususnya dalam mendigitalkan aspek dalam PdP.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam bidang ini dengan menyertai pelbagai
bengkel supaya dapat saya kongsikan dengan pelajar. (OES144)
Semua warga pendidik dapat didedahkan dengan pembinaan inovasi digital terutama yang
berkaitan dengan PdP melalui bengkel dan kursus secara meluas agar semua warga pendidik
dapat mengaplikasikannya dalam PdP masing-masing. (OES1010)
Saya berharap dapat menghadiri lebih kursus tentang inovasi digital supaya dapat
mempertingkatkan lagi kemahiran inovasi digital untuk membantu PdP harian. (OES322)
Di samping itu, aspek bimbingan dalam keperluan aspek latihan juga sangat diharapkan
bagi membantu para pensyarah dalam memulakan dan seterusnya melaksanakan inovasi
digital. Menurut pensyarah input berkenaan inovasi digital ini sangat diperlukan, hal ini
yang demikian bimbingan secara berfokus wajar diberikan.
Berilah latihan yang sewajarnya berkaitan bidang ini. Tiada sebarang input mengenai inovasi digital.
(OES978)
saya mengharapkan agar diberi latihan serta kemahiran yang lebih kepada pensyarah daripada
institusi dalam atau luar bagi mengaplikasikan dalam PdP. (OE1169)
Saya berharap mendapat tunjuk ajar untuk convert papan permainan yang kami reka cipta Happy
Family 'Nallathoru Kudumbam' & 'Shenqi Family' Educational Board Game untuk digitalkan
(OES466)
Mendapat bimbingan khusus untuk Inovasi Digital kerana tiada kemahiran tersebut. (OES799)
Saya berharap ada yang dapat membimbing saya mencipta inovasi yang berkaitan dengan
kepakaran saya. (OES1467)
Pendedahan terhadap bidang inovasi digital juga sangat penting. Pendedahan adalah satu
proses di mana para pensyarah diberikan input berkenaan manfaat kepentingan dan
seterusnya hala tuju bagaimana penghasilan inovasi digital ini dilaksanakan sekaligus
dapat dimanfaatkan kepada pensyarah. Ini jelas dalam soalan terbuka, pensyarah
mengharapkan pendedahan yang lebih dapat diberikan kepada mereka.
61
Memberi pendedahan yang lebih mudah, menarik dan mendalam lagi kepada golongan generasi X
yang tidak biasa dengan program komputer. (OES258)
Perlu diberi pendedahan kepada warga IPG. Secara berterusan dari asas hingga mendalam dari
segi teknik, kaedah dan pengetahuan. (OES403)
mendapat kemahiran dan pendedahan yang lebih mantap untuk menghasilkan inovasi digital
(OES545)
Penggunaan Inovasi Digital digunakan dan diperluaskan dalam pendidikan di Malaysia seperti
memberi pendedahan tentang Artificial Intelligence kepada generasi muda. (OES674)
Dapat lebih banyak peluang pendedahan dan dijadikan amalan dalam PdP. Dalam keadaan
industri 4.0 tidak dapat mengelak untuk meningkatkan kompetensi dalam bidang digital tetapi
kurang penguasaan dan biasanya perisian ini berbayar menyebabkan tidak ramai yang berani
untuk explore. Diharap lebih banyak pendedahan tentang perisian yang percuma dan mudah
access. (OES891)
Mendapat lebih pendedahan lagi penggunaannya seperti menyediakan digital learning object
untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. (OES1328)
Pengkomersialan
Aspek pengkomersialan juga menjadi harapan yang disandarkan oleh pensyarah seperti
huraian Rajah 10.5 ini.
Rajah 10.5 Harapan Pensyarah Terhadap Pengkomersialan
Terdapat dalam kalangan pensyarah telah berjaya menghasilkan inovasi, namun aspek
pengkomersialan belum dapat dilaksanakan. Hal ini yang demikian, para pensyarah
berharap hasil inovasi dapat dipatenkan dan sekaligus dapat disebarluaskan secara
kolektif. Pempatenan menjadi keperluan utama dalam penghasilan sesuatu inovasi, maka
bimbingan dan sokongan adalah sangat dituntut oleh pensyarah.
62
Dapat dibantu dan dibimbing oleh IPGM dalam membangunkan inovasi terutama dalam membantu
menyediakan peruntukan kos hak cipta (paten) memandangkan inovasi akan diguna pakai oleh
semua IPG. (OES351)
Ada pihak dalam pendidikan yang dapat mengetengahkan hasil untuk digunakan secara
menyeluruh dalam pendidikan dan dibantu hak paten. (OES1523)
Peyebarluasan pula perlu dilakukan dengan lebih giat dan berstruktur agar hasil inovasi
yang dilakukan dapat disampaikan kepada kumpulan sasar secara kompetitif.
Hasilan yang telah saya hasilkan dan gunakan semasa sesi PdP dapat dikongsi dengan lebih
ramai orang. Saya kurang diberi peluang untuk berbuat demikian dan juga jarang diberi ruang
untuk berkongsi idea dengan rakan-rakan yang lain meskipun saya berusaha untuk melakukan
perkara tersebut. Jadi saya telah mengambil inisiatif saya sendiri untuk berbuat demikian dek
kerana hanya individu-individu tertentu sahaja yang diberikan peluang dan ruang untuk berkongsi
idea mereka secara mass di IPG saya. (OES251)
Penghasilan & perkongsian inovasi Digital yang lebih meluas agar dapat diguna oleh semua
pendidik dalam penyampaian ilmu kepada pelajar.(OES509)
Disebarluaskan kepada semua pelajar IPT dan sekolah (OES725)
supaya inovasi digital dapat dimanfaatkan dan disebar luas melalui perkongsian daripada pihak
pengupayaan inovasi digital (OES958)
Agar penggunaan inovasi digital lebih digunakan secara meluas di kalangan pelajar dan pensyarah
untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis. (OES1031)
Bidang inovasi digital haruslah diperlihatkan sebagai bidang yang menyeronokkan, memenuhi
keperluan pembelajaran masa kini dan meningkatkan kompetensi pendidik. Harapan saya bidang
ini disebarluaskan dan diberikan kesedaran oleh pihak berkaitan bahawa kepentingan
menguasainya akan menambah baik PdP serta pendidikan di Malaysia. (OES1234)
Dana
Bagi menghasilkan sesuatu inovasi, pensyarah mengharapkan sokongan dana berbentuk
kewangan dapat disalurkan bagi membangunkan sesuatu inovasi digital yang baharu.
Rajah 10.6 Harapan Pensyarah Terhadap Peruntukan Dana
Kewangan yang dipohon menjadi asas kepada pembangunan produk yang mapan dan
boleh dikembangkan mutu serta kualiti penghasilan bagi sesuatu inovasi.
63
IPGM seharusnya memohon dana khas dari KPM khusus untuk pembangun inovasi di IPG. Apatah
lagi inovasi digital. Kewangan ini bukan biasa tapi sangat penting seperti universiti-universiti di
Malaysia yang mempunyai geran ratusan malah jutaan. Sebab itu hasil produk boleh di pasar dan
dibanggakan. Bukan tiada kewangan tidak boleh, cuma ianya mengecilkan skop perluasan. Jadi
eloklah IPGM yang mempunyai hasrat besar seiring bersama dengan kewangan. Jika tidak
memang pencapaian tidaklah berskala besar. Buat sekadar buat. (OES32)
Diberi kemudahan dari segi latihan dan peruntukan kewangan untuk menceburi inovasi (OES337)
Khidmat sokongan, pengkhususan masa dan dana yang berpatutan (OES398)
Ruang dan Peluang dibuka sepenuhnya berserta bajet yang rasional (OES955)
Perlu ada sokongan dan dorongan daripada pihak atasan dan menyediakan dana yang untuk
melibatkan diri dalam produk inovasi digital yang lebih kompetitif (OES1230)
Harap pihak majikan dapat membiayai yuran pertandingan untuk membantu meringankan beban
kos (OES1436)
Prasarana
Prasarana juga adalah sebahagian harapan yang dipinta oleh pensyarah dalam bidang
inovasi digital. Rajah 10.7 menghuraikan dua aspek prasarana yang diharapkan oleh
pensyarah iaitu berkenaan aspek kemudahan rangkaian jalur lebar dan peranti teknologi
yang menjadi asas keupayaan dalam pembangunan sesuatu inovasi digital.
Rajah 10.7 Harapan Pensyarah Berkenaan Prasana Dalam Inovasi Digital
Oleh kerana inovasi digital memerlukan capaian rangkaian dan penggunaan alat bantuan
berasaskan teknologi, maka para pensyarah mengharapkan kemudahan rangkaian jalur
lebar di sekitar kampus khususnya dapat dipertingkatkan serta penambahbaikan terhadap
peranti teknologi yang menjadi tunjang dalam melaksana sesebuah proses inovasi digital.
Keluhan-keluhan dari para pensyarah berkenaan keupayaan capaian adalah perkara
pokok yang disebut dalam harapan terhadap prasana ini.
64
Kelajuan internet setanding luar negara perlu ada di negara ini supaya hidang inovasi digital boleh
diperkasakan secara keseluruhan. (OES98)
Segala aspek berkaitan Seni digital dapat dipertingkatkankan capaian internet secara menyeluruh
dalam warga pendidikan. (OES197)
Capaian internet yang baik dan sumber yang mencukupi untuk meningkatkan penggunaan
teknologi digital dan seterusnya inovasi digital. (OES279)
Pembangunan kemahiran inovasi digital diselarikan dengan kemudahan capaian internet di IPG-
IPG, sekiranya tidak ianya sukar dilaksanakan secara lengkap dan sempurna (OES488)
Please upgrade internet connectivity and infrastructure before talking about digital innovation
(OES395)
Tingkatkan infrastruktur Internet di Kampus bagi memudahkan proses pendigitalan semua aspek
pensyarah dan pelajar (OES609)
Bidang Inovasi Digital adalah praktikal dan berfaedah jika setiap lapisan masyarakat mempunyai
fas iliti capaian Internet dan device elektronik yang berkesan untuk menggunakan produk inovasi
digital yang dihasilkan secara menyeluruh dan bersama (OES793)
Naik taraf capaian internet dan kemudahan digital d IPG (OES1291)
Kemudahan Server diupgrade untuk menyemarakkan inovasi digital (OES1290)
Selain capaian internet, pensyarah juga mengharapkan agar prasarana dalam bentuk
peranti teknologi dapat dipertingkatkan. Misalnya pengupayaan perisian dan juga
perkakasan baharu yang dapat digunakan bagi membangunkan sesebuah inovasi digital di
kampus.
saya berharap kerajaan memberi bantuan alat teknologi terkini kepada semua pensyarah dan
pelajar untuk menggunakan alat tersebut untuk PdPC (OES241)
Aspirasi saya agar pihak IPGM dapat menyediakan peralatan dan kemudahan digital yang terkini
kepada setiap kampus. (OES871)
Inovasi digital mesti selari dengan prasarana yang disediakan oleh IPGM/IPGK (OES11030)
Pensyarah diberikan perisian yang sesuai untuk mencipta inovasi digital. Bukan hanya suruh cipta
inovasi digital tanpa alat atau perisian yang baik. Berikan Latihan pengaturcaraan komputer
kepada pensyarah. (OES1596)
65
BAB 11: CADANGAN PEMBUDAYAAN INOVASI DIGITAL
PENGENALAN
Bab ini menghuraikan dapatan kajian berkenaan pembudayaan bidang inovasi digital
dalam kalangan pensyarah IPG. Seperti dapatan di dalam bab lapan, dapatan bab
sembilan juga adalah merupakan dapatan ini diperoleh melalui analisis soalan terbuka
secara bertema. Dapatan yang diperoleh ini telah melalui proses saringan data,
pembinaan coding dan seterusnya penghasilan tema bagi menjawab soalan kajian. Rajah
11.1 adalah dapatan kajian berkenaan cadangan pembudayaan inovasi digital
Rajah 11.1 Cadangan Pembudayaan Inovasi Digital
Berdasarkan Rajah 11.1 terdapat tiga buah cadangan pembudayaan dalam inovasi digital
iaitu melalui cadangan terhadap strategi perlaksanaan, struktur dalam penjanaan dan
seterusnya dalam operasi dan tindakan dalam sebuah proses pembudayaan bidang
66
inovasi digital kepada pensyarah. Melalui strategi, pembudayaan dapat dikembangkan
melalui perlaksanaan bengkel, siri-siri kursus, pendedahan yang berterusan berkenaan
inovasi digital, bimbingan. sokongan geran, pembangunan latihan, peningkatan aspek
jaringan jalur lebar. Strategi ini merupakan aspek asas yang mendorong kepada usaha
dalam pembentukan aspek pembudayaan dalam konsep pengurusan.
Seterusnya, dalam pembudayaan fasa struktur penjanaan, pengembangan dan
penghasilan hasil-hasil produk inovasi dalam kalangan pensyarah adalah merupakan
aspek cadangan dalam mengebangkan inovasi digital. Ia disusuli dengan dapatan tema
bagi fasa terakhir iaitu operasi dan tindakan. Dalam fasa ini, beberapa cadangan diberikan
iaitu pemberian ganjaran kepada pelaksana dan pensyarah yang telah menghasilkan
sesuatu inovasi digital. Seterusnya pengiktirafan juga hendaklah diberikan di samping
pengupayaan dalam aspek penyebarluasan terhadap sesuatu produk inovasi digital.
Pensyarah juga memberikan cadangan agar dianjurkan beberapa pertandingan khusus
berkenaan inovasi digital.
Strategi
Dalam strategi mengupayakan sesuatu inovasi digital, pensyarah telah mencadangkan
diadakan bengkel khas, bimbingan berterusan dan spesifik terhadap bidang inovasi digital
dilaksanakan. Selain itu latihan berkala, kursus khusus, dan pendedahan terarah juga
adalah aspek cadangan yang dikemukakan. Malahan pula pemberian sokongan geran dan
peningkatan akses jalur lebar juga turut dicadangkan seperti rajah 11.2.
67
Rajah 11.2 Cadangan Pembudayaan Inovasi Digital Dalam Skop Strategi
Dalam cadangan pembudayaan inovasi digital, strategi bagi melaksanakan bengkel-
bengkel khusus berkenaan inovasi digital perlulah diperbanyakkan bagi membantu para
pensyarah menerima secara terus berkenaan inovasi digital. Bengkel-bengkel spesifik dan
berfokus tentang pelaksana inovasi digital misalnya sangat diperlukan.
Bengkel berfokus untuk kumpulan kecil dari pakar ID; guide secara berfokus ke arah melahirkan
produk/proses berasaskan ID; peruntukan kewangan bagi melancarkan pelaksanaan perancangan
inovasi digital. (OES10)
Bengkel inovasi digital harus didedahkan pada peringkat IPGK agar staf akademik mendapat
pengetahuan, kemahiran dan idea dalam menghasilkan inovasi digital. (OES359)
Peluang dibincangkan dalam kumpulan kecil plc. Buat dan amal dalam kelas. Perlu bengkel
ringkas untuk setiap aplikasi yang boleh guna serta merta dalam PdP. (OES754)
Bengkel bersiri berperingkat perlu di laksana supaya setiap warga dapat mengenali Dan akan
Cuba mempelajari secara berperingkat. (OES1631)
Malah bengkel yang disampaikan boleh dikongsi oleh beberapa individu pakar yang arif
dalam mengendalikan inovasi digital untuk dikongsikan kepada kelompok pensyarah.
Mereka yang mahir perlu adakan bengkel dan berkongsi ilmu kepada pensyarah lain supaya dapat
bersama sama yakin dalam bidang ini. (OES144)
Perlu bengkel dikendalikan oleh pemudah cara yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
(OES161)
Mengadakan lebih banyak promosi dan bengkel sebagai pendedahan. Mewujudkan program
rakan/mentor inovasi digital. Mengiktiraf inovasi digital yang dibangunkan walaupun simple.
Mengadakan galeri inovasi digital. (OES941)
Perlu tingkatkan kemahiran melalui pelbagai bengkel sebab hanya berapa ramai pensyarah yang
mempunyai kelulusan dan kepakaran bidang tersebut. (OES919)
Penekanan bengkel secara langsung (hands-on) juga adalah sangat diharapkan agar para
pensyarah dapat memahami dengan lebih jelas berkenaan pelaksanaan inovasi digital.
Perlunya lebih banyak kursus/bengkel yang bercirikan "hands on learning" dalam bidang digital di
IPGKPM kepada para pensyarah (OES905)
Perbengkelan secara hands-on secara berkala tapi dengan syarat tidak mengganggu perjalanan
proses perkuliahan harian. (OES1294)
Pensyarah-pensyarah perlu diberi pendedahan secara berkala untuk menghasilkan inovasi digital.
(OES1651)
68
Selain bengkel, bimbingan juga sangat diperlukan bagi membantu para pensyarah kerana
aspek bimbingan adalah merupakan satu kaedah berbentuk sokongan yang berterusan.
Hal ini yang demikian, ianya dapat memastikan perlaksanaan inovasi digital dilakukan
secara berstruktur dan hasil sesuatu produk inovasi lebih mapan.
Mengadakan bengkel dengan menggunakan masa yang sesuai dan dilaksanakan oleh pakar
dengan latihan dan bimbingan secara berkumpulan atau individu. Bukan seperti dilaksanakan
dalam masa 1 @tau 2 jam sahaja. (OES470)
Inovasi digital perlu dimulai dengan aras yang mudah yang boleh dicapai oleh semua peringkat,
mengkategorikan keupayaan sedia ada pensyarah dan memberikan bimbingan mengikut kategori
dan mengukuhkan untuk pencapaian cemerlang. (OES715)
Memberi pendedahan kepada pensyarah dan ada saluran untuk proses bimbingan yang
berterusan. (OES787)
Sediakan lebih ramai pakar bidang IT dalam PdP di IPG yang mudah dirujuk, ada lebih masa
memberi bimbingan, intervensi dan menzahirkan/menterjemahkan idea pensyarah yang kurang
mahir it kepada inovasi digital (OES1092)
Jabatan Teknologi perlu memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar dan panduan
bagaimana hendak menghasilkan sesuai produk melalui teknologi digital kepada semua pensyarah
di IPG masing2. Dari sini pensyarah dapat idea untuk menghasilkan inovasi sendiri. (OES1324)
Bimbingan berbentuk mentoring juga disarankan oleh pensyarah supaya sokongan antara
kumpulan pakar dan kumpulan novis dapat digandingkan sekaligus hasil dalam
pembangunan inovasi dapat diserlahkan mutunya.
Perlu ada perkongsian bidang inovasi digital yang telah diiktiraf mengikut fokus kurikulum secara
kelompok yang kecil dan beri masa untuk menyelia satu produk dari peserta dengan bimbingan
mentor yang berkongsi.Ini namanya keberhasilan bukan sekadar perkongsian tapi menampakkan
kongsi dengan hasil.. Great (OES403)
Menjalankan inovasi secara berkumpulan. Membimbing ahli kumpulan yang kurang
berpengetahuan dalam bidang digital dapat turut serta (OES572)
Membentuk kumpulan pembimbing dalam menghasilkan inovasi digital sebagai Asas keyakinan,
pengetahuan, kefahaman dan pemikiran kreatif.(OES598)
Penetapan ahli kumpulan pembangun Inovasi digital di Institusi dari awal tahun dan diberi bantuan
dan sokongan hingga berjaya menghasilkan satu produk inovasi digital. (OES633)
Wujudkan kejeleketan budaya profesionalisme inovasi dengan mentor yang berjiwa 'inovatif'
(OES792)
Melantik mentor dalam kalangan pensyarah cemerlang untuk membimbing para pensyarah agar
dapat menghasilkan satu inovasi pada setiap tahun. (OES1467)
Latihan-latihan secara kerap berkenaan inovasi digital juga perlu dilaksanakan supaya
para pensyarah dapat input berkenaan inovasi digital.
69
Memberi latihan kepada pensyarah yang masih tidak dapat menguasai PdP digital. (OES228)
Mekanisme latihan diteliti dan dilaksanakan dengan lebih teratur. (OES270)
Kursus dan latihan bersepadu perlu dilaksanakan secara berkala dan komprehensif. (OES53)
Wujudkan pasukan khas melalui latihan dan kursus yang lebih mendalam kepada wakil setiap
jabatan bagi menghidupkan budaya inovasi Digital. (OES620)
Sokongan latihan yang berterusan dalam bidang inovasi digital oleh pihak berkaitan. Menyediakan
maklumat dan bahan-bahan bacaan yang berkaitan inovasi digital yang disebar luas melalui email
rasmi kerajaan secara berterusan. (OES1111)
Latihan yang tersusun kepada pensyarah. menerapkan budaya untuk amalan digital di peringkat
kampus (OES1599)
Begitu juga kursus-kursus ianya adalah sangat perlu dilaksanakan kepada pensyarah
secara rutin berkala. Kursus-kursus khas berkenaan pembudayaan inovasi digital
sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan lebih awal kepada pensyarah untuk
melaksanakan inovasi berbentuk digital ini.
Adakan kursus-kursus inovasi yang mudah untuk difahami dan dihasilkan bagi menggalakkan
perkembangan seterusnya (OES245)
Kursus dan pendedahan tentang pelbagai bidang inovasi digital diberikan kepada pensyarah.
(OES282)
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran semua pensyarah dan pendidik dalam bidang inovasi
digital dengan menyediakan kursus kepada pensyarah (OES334)
Mewar-warkan kursus-kursus inovasi digital dan memastikan semua yang berminat dapat peluang
mengikut kursus ini. (OES349)
Sila menyediakan kursus untuk memantapkan lagi pengetahuan dan penggunaan dalam bidang ini
(OES433)
Memberi kursus yang berkala kepada yang memerlukan sehingga mereka dapat memahami dan
boleh mengadaptasi bidang tersebut dalam situasi berkaitan. (OES830)
Kursus-kursus yang dibekalkan juga boleh disampaikan oleh organisasi-organisasi pakar
bagi memberikan pendedahan berkenaan inovasi digital dengan lebih variasi dan meluas.
Adakan jalinan kerja sama buat kursus dengan MOSTI ke contohnya dan beberapa agensi lain
berkaitan bidang inovasi digital. Supaya ada manfaat lain-lain dari luar bukan sekadar kalangan
pensyarah dan pegawai IPG sahaja. (OES31)
Diberi kursus Dan internship dengan syarikat digital Antarabangsa seperti Fintech, Kroll.com,
Google, AOL.com, Baidu.com dan lain2 (OES504)
70
Melalui aspek strategi, pendedahan juga adalah cadangan yang dihasratkan oleh
pensyarah bagi membudayakan inovasi digital. Pendedahan perlu diberikan kepada
pensyarah khususnya pensyarah novis dalam bidang ini, supaya rangsangan minat dan
dorongan permulaan dalam menghasilkan inovasi dapat disuburkan.
Perlu diberi banyak pendedahan tentang perkara yang berkaitan dengan teknikal digital. (OES209)
Memberi pendedahan yang lebih kerap berkenaan aplikasi digital terkini supaya memberi pilihan
kepada para pensyarah dalam inovasi mereka (OES947)
Memberikan pendedahan yang luas kepada para pensyarah terlebih dahulu sebelum diaplikasikan
secara menyeluruh dalam sistem penyampaian ilmu dan maklumat di IPG (OES1166)
Strategi seterusnya yang dicadangkan adalah dengan menyalurkan geran berbentuk dana
kewangan bagi mempertingkatkan pengurusan dan keupayaan hasil sesuatu inovasi digital.
Pada masa kini, bantuan geran dari institut masih belum wujud kerana kekangan pelbagai
faktor. Hal ini yang demikian, saranan dari pensyarah adalah untuk mewujudkan geran
penyelidikan dalam bidang ini agar impak dan kebolehkembangan inovasi dapat
dipertingkatkan.
Galakan, sokongan, KPI dan dana dari pemegang taruh perlu selari dengan hasrat untuk
membudayakan Inovasi Digital. (OES16)
Berikan sokongan latihan kepakaran dan sumber kewangan. (OES43)
Memberi galakan dengan menyediakan dana kewangan serta pengiktirafan. Kekangan kewangan
selalu menjadi hambatan (OES225)
Menyediakan dana untuk penyelidikan bagi merangsang budaya inovasi di kalangan pensyarah.
Juga yang paling penting, set komputer riba sebagai alat utama membina inovasi, juga
melaksanakan PdP dalam talian. (OES280)
Beri peruntukkan yang sama rata untuk segenap lapisan masyarakat membudayakan bidang
Inovasi Digital untuk sekolah/institusi/kolej atau organisasi di luar bandar. (OES336)
Mewujudkan dana kepada pensyarah yang minat dan kerap terlibat dengan inovasi digital
(OES425)
Diberi peruntukan untuk galakan dan motivasi lebih ramai melibatkan diri dalam inovasi digital
(OES449)
Pertingkatkan program sokongan inovasi digital seperti peruntukan kewangan, geran, penglibatan
pensyarah seminar/bengkel pkt kebangsaan/antarabangsa, penghargaan/pengiktirafan (OES1440)
Banyakkan sokongan & tajaan dalam pertandingan inovasi digital (OES663)
Berikan geran kewangan bagi penyertaan, kajian dan pembentangan dalam mana2 seminar atau
conference kepada setiap kampus. (OES871)
71
Sentiasa menyediakan bajet/ grant untuk membantu pensyarah menghasilkan inovasi dalam
pelbagai bidang. mengadakan pertandingan inovasi setiap semester bagi IPGK, IPGM dan
Antarabangsa. (OES1008)
Dalam cadangan lain yang dikemukakan oleh pensyarah, pengupayaan strategi berkenaan
rangkaian jalur lebar perlulah dipertingkatkan di setiap kampus-kampus bagi membangun
dan mengembangkan potensi inovasi digital bukan sekadar kepada pensyarah malah
kepada pelajar.
Beri Pendedahan kepada pensyarah secara konsisten dan menyediakan kemudahan capaian
internet yang maksimal. Kemudahan internet pelajar dinaik taraf di IPG dengan kemudahan digital
yang terkini. (OES102)
Selagi capaian internet yang tidak dipertingkatkan secara menyeluruh, selagi itulah jua
pembudayaan inovasi digital ini tidak akan maju dengan cepat khusus kepada pelajar dan
pensyarah di kampus (OES197)
Pihak IPG menambah baik sistem liputan internet yang cemerlang di IPG Kampus, Menyediakan
dana untuk penyelidikan bagi merangsang budaya inovasi di kalangan pensyarah dan pelajar.
Juga yang paling penting, set komputer riba sebagai alat utama membina inovasi, juga
melaksanakan PDP dalam talian. (OES280)
Pensyarah juga memberi cadangan agar pengupayaan terhadap prasarana teknologi capaian
internet disegerakan sekiranya pembudayaan inovasi digital ingin dilakukan.
Lengkapkan prasarana terutama kemudahan ICT dan internet berkelajuan tinggi. (OES246)
Please upgrade internet connectivity and infrastructure before talking about digital innovation
(OES395)
Selesaikan masalah kelembapan talian internet (perkara pokok) di IPGK khususnya di pedalaman
barulah kerja melibatkan teknologi dapat diaplikasikan secara meluas. (OES725)
Memiliki kemudahan asas digital, kemudahan prasarana, keupayaan menguasai ilmu asas yang
mudah yang dapat membantu mengaspirasikan aras keupayaan kami untuk mengaplikasikan
semula ilmu digital mengikut tahap keupayaan dan digital tools yang mampu kami miliki. (OES967)
Lengkapkan prasarana dan persekitaran dengan internet yang laju bagi setiap IPG (OES1026)
Perkemaskan line internet untuk menambah kelajuan digital dan untuk urusan digital. Sekiranya
nya adas untuk ke arah digital tidak diperkemaskan dan di naiktarafkan kita akan ketinggalan
sampai bila2 (OES1313)
Dicadangkan agar peralatan dan kemudahan ICT serta capaian internet dipertingkatkan untuk
membudayakan bidang inovasi (OES1419)
Struktur Penjanaan
Cadangan pensyarah seterusnya berkenaan struktur dalam penjanaan budaya inovasi
digital dalam kalangan pensyarah melalui penghasilan inovasi-inovasi digital seperti Rajah
11.3.
72
Rajah 11.3 Cadangan Pembudayaan Inovasi Digital Dalam Skop Struktur Penjanaan
Saranan yang dicadangkan adalah dengan menyeru setiap pensyarah untuk cuba
menceburkan diri dalam inovasi digital selari dengan keadaan perkembangan teknologi
semasa.
Mewajibkan setiap pensyarah menghasilkan inovasi berasaskan inovasi digital. (OES1)
Sentiasa mempelajari, mengamalkan dan seterusnya cuba untuk mengaplikasikan hasil produk
dari semasa ke semasa. (OES299)
Memberi peluang kepada tenaga pengajar dan pelajar untuk menghasilkan inovasi digital yang
berkenaan dengan pembelajaran. Pendedahan terhadap Inovasi Digital juga perlu diperluaskan
lagi menerusi jerayawara secara talian. (OES607)
Untuk membudayakan sesuatu perkara seseorang itu perlu ubah cara bekerja yang jumud dan
tidak anjal kepada kerja baharu yang lebih berfikir ke arah meningkatkan sesuatu ciptaan atau
inovasi. Cara bekerja nya perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan pelbagai idea setiap masa
dan ini boleh mengubah gaya hidup masyarakat dunia. (OES674)
Menetapkan/ mewajibkan sekurang-kurangnya satu inovasi digital setahun oleh pensyarah IPG.
Menetapkan dalam sasaran keberhasilan yang mesti dipenuhi oleh setiap pensyarah IPG (OES839)
Setiap IPGK perlu menjadikan budaya inovasi digital sebagai salah satu aktiviti utama di IPG
(OES112)
Pensyarah perlu secara kendiri meneroka peluang mendapat ilmu di media sosial bagi mendapat
idea menghasilkan inovasi digital dan mendalami pelbagai skill dan kemahiran terkini. Minat dan
mempunyai hala tuju yang jelas dalam bidang perlu dipupuk dari semasa ke semasa (OES1188)
Malah dalam cadangan yang diberikan, penghasilan inovasi wajar dijadikan sebagai
Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator) yang wajib dijadikan teras kepada
setiap pensyarah di IPG.
Setiap pensyarah harus menghasilkan inovasi setiap tahun sekurang-kurangnya untuk mencapai
KPI seperti pensyarah di universiti yang dapat menghasilkan artikel penyelidikan sekurang-
kurangnya setiap tahun mencapai 2 penerbitan. (OES1357)
Mensyaratkan inovasi sebagai salah satu KPI dan keberhasilan pensyarah (OES1522)
73
Saranan turut diberikan terhadap pembudayaan inovasi digital ini dengan menghasilkan
inovasi secara berkumpulan, berasaskan jabatan dan organisasi. Hal ini yang demikian,
pembudayaan dapat dipupuk secara bersama.
Setiap jabatan menghasilkan sekurang kurangnya satu inovasi pada setiap tahun. (OES242)
Ahli kumpulan mesti Rajin, telus, bertanggungjawab, tidak putus asa, berfikir kritis, kreatif dan
menunjukkan minat yang tinggi (OES345)
Mewajibkan pada setiap jabatan menghasilkan inovasi (OES377)
Terus hasilkan cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kualiti dan
produktiviti organisasi. (OES711)
Wajibkan setiap pensyarah menghasilkan 1 inovasi digital secara berkumpulan (OES735)
Operasi dan Tindakan
Cadangan terakhir yang dikemukakan oleh pensyarah terhadap bidang inovasi digital
tertumpu kepada operasi dan tindakan yang memungkinkan inovasi digital dapat dijadikan
pembudayaan kepada pensyarah di IPG seperti Rajah 11.4 berikut.
Rajah 11.4 Cadangan Pembudayaan Inovasi Digital Dalam Skop Operasi dan Tindakan
Dapatan dalam tema ini menjelaskan aspek ganjaran perlulah diberikan oleh IPGM kepada
pensyarah yang telah menghasilkan sesuatu hasil inovasi -inovasi digital. Ganjaran yang
diberikan merupakan satu galakan secara langsung atas inisiatif penghasilan inovasi,
sekaligus kesungguhan menghasilkan sesuatu produk inovasi dapat dipertingkatkan.
74
Beri insentif atau grant kepada mereka yang berusaha memajukan bidang ini di IPG serta insentif
cuti bergaji / sabatikal ketika melakukan inovasi digital ini. (OES94)
Galakkan para pensyarah terus berkarya inovasi digital dengan imbuhan/ganjaran kewangan
(OES108)
Perlu ada sumber dalam bentuk wang untuk membantu penghasilan inovasi selain memudahkan
proses penghasilan dan lain-lain. Ganjaran yang setimpal kepada pensyarah yang memberi
komitmen dalam penghasilan inovasi yang berkualiti. (OES195)
Sentiasa galakkan semua untuk menghasilkan inovasi dan memberi ganjaran bagi yang telah
berjaya menghasilkan inovasi (OES260)
Adakan ganjaran hadiah geran wang tunai, cuti untuk buat inovasi, biasiswa melanjutkan pelajaran
dan perluasan ruang promosi (tidak terhad yang johan sahaja) ke peringkat yang lebih tinggi di
dalam dan di luar negara. (OES365)
Reward the innovators but don't punish those who do not or cannot innovate. Anyway, working
from home due to the COVID pandemic is already the strongest impetus for 'pembudayaan inovasi
digital' in my opinion. (OES373)
Wujudkan lebih banyak ruang dan peluang serta ganjaran sebagai motivasi kepada pengkarya
(OES890)
Menyediakan hadiah yang lumayan untuk peserta dan pemenang inovasi (OES579)
Diwujudkan anugerah inovasi dengan pelbagai kelebihan diberi sebagai galakan. (OES1100)
Selain ganjaran, pengiktirafan juga wajar diberikan kepada para pensyarah yang telah
menyiapkan sesuatu produk inovasi digital. Menghasilkan sesuatu inovasi memerlukan
komitmen idea, masa dan kesungguhan. Maka pengiktirafan yang sewajarnya perlu
diberikan kepada pensyarah yang telah terlibat dalam inovasi digital ini.
Memberi ruang yang luas dan memudahkan urusan kepada warga pendidik untuk melakukan
inovasi. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada inovator2 novis mahupun inovator-
inovator pakar. (OES31)
Pengiktirafan kepada Pensyarah yang berjaya hasilkan BBM Inovasi Digital walaupun sekecil2nya
(OES298)
Diberi galakan dan pengiktirafan dalam perbagai peringkat (OES433)
Beri pengiktirafan kepada individu yang menyumbang dalam bidang ini tanpa mengambil kira
implikasi yang diperoleh melalui sesuatu penghasilan inovasi. (OES751)
Mengadakan kompilasi Inovasi Digital mengikut bidang sebagai rujukan dan galakan kepada
mereka yang berminat, mempunyai ilham, dan dapat meluangkan masa untuk menceburi bidang
Inovasi Digital ini. (OES793)
75
memberi pengiktirafan yang tinggi kepada individu yang berjaya menghasilkan inovasi digital dalam
PdP (OES1066)
Memberikan lebih banyak prasarana serta pengiktirafan terhadap hasil usaha penghasilan inovasi
digital (OES1556)
Cadangan seterusnya dalam operasi dan tindakan pembudayaan inovasi digital ialah
penyebarluasan terhadap hasil inovasi yang telah dilakukan oleh pensyarah.
Penyebarluasan ini termasuklah usaha dan sokongan terhadap penyebaran inovasi,
pemanfaatan bersama dan perkongsian dalam pelbagai platform manfaat inovasi-inovasi
digital yang telah dihasilkan tersebut.
Lebih banyak peluang dan ruang perkongsian selain pertandingan (OES9)
Inovasi Digital digunakan dalam pelaksanaan PdP secara menyeluruh. Perkongsian mengenai
inovasi digital kepada semua pihak perlu dilaksanakan agar pengetahuan dan kemahiran dalam
inovasi digital dapat ditingkatkan. (OES33)
Sentiasa berkongsi hasil inovasi supaya wujud penyebarluasan penggunaan inovasi (OES56)
Contohi sistem dan amalan terbaik negara jiran seperti Singapura dan Taiwan...Ambil keseluruhan
sistem termasuk cara bekerja, cara mengurus, sokongan teknikal, pengurusan perbelanjaan, cara
pelaksanaan- sasaran siapa. Jangan ambil satu aspek sahaja, untuk jadikan slogan.....contohnya
ambil Membudayakan Inovasi Digital sahaja, buat promosi dan roadshow. Dari segi jangka pendek,
memang nampak kita meriah dan menarik tetapi hasil jangka panjangnya boleh dijangka. (OES97)
Beri lebih banyak ruang dan peluang kepada semua pensyarah berkongsi inovasi digital yang telah
digunakan semasa sesi PdP masing-masing. Lebih banyak idea yang dikongsikan pastinya budaya
inovasi digital itu lebih mudah bercambah di IPG. (OES251)
Pendedahan umum seperti perkongsian inovasi-inovasi yang telah dihasilkan. (OES302)
Sentiasa membuat hebahan dan menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan di ruangan webinar
dan sebagainya. Juga sentiasa mengadakan pertandingan-pertandingan serta platform untuk
berbincang mengenainya. (OES478)
Menyebarluaskan hasil inovasi pensyarah dan menggunakannya dalam kerja harian mengikut
keperluan. (OES667)
Mempraktikkan setiap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki serta membuat perkongsian untuk
pemantapan pengaplikasian (OES912)
Setiap inovasi digital yang terhasil di kumpul dan disebar luaskan sebagai salah satu medium
pengajaran, dalam erti kata lain memberi galakan dan motivasi untuk di aplikasikan. (OES1470)
Kemudahan layar, kursus, kolaborasi, pameran dan pertandingan. (OES1606)
Cadangan terakhir yang dikemukakan oleh pensyarah dalam membudayakan inovasi
digital adalah penganjuran pertandingan inovasi digital di peringkat jabatan, kampus dan
kebangsaan. Belum ada sebarang pertandingan khusus inovasi digital diadakan buat
76
masa ini berbanding pertandingan inovasi umum yang terbuka dalam pelbagai lapangan
dan bidang. Hal ini yang demikian, tumpuan khas terhadap penganjuran pertandingan
inovasi digital ini perlulah dilaksanakan.
Lebihkan pertandingan inovasi sumber pembelajaran digital (OES11)
Menganjurkan pertandingan inovasi digital di peringkat kampus (OES20)
Melalui pertandingan dan seminar khusus kepada pembudayaan inovasi digital (OES22)
Perbanyakan dan perluasan kursus Inovasi digital kepada semua pensyarah. Di samping itu,
perbanyakan pertandingan Inovasi digital khas untuk kategori pensyarah (OES38)
Kerapkan buat pertandingan dan memberikan hadiah motivasi yang sesuai. (OES54)
Anjuran Pertandingan inovasi yang lebih kerap untuk penyertaan lebih kerap. Beri ruang khas
dalam sem bagi inovasi sepenuhnya. Prog inovasi di luar daripada tugas hakiki (mengajar) agar
fokus sepenuhnya dan tidak membebankan. (OES126)
Menganjurkan lebih banyak pertandingan dan mendedahkan pensyarah dengan inovasi digital
terkini (OES184)
penganjuran pertandingan inovasi digital di peringkat kampus hingga ke peringkat antarabangsa
kursus intensif dalam bidang berkaitan (OES219)
Ia perlu dilaksanakan setiap 2 tahun pertandingan inovasi peringkat kebangsaan. (OES261)
Mengadakan pertandingan inovasi pelajar & pensyarah di peringkat jabatan. (OES645)
Banyakan pertandingan inovasi yang kompetitif dan perlu berikan pengiktirafan yang sewajarnya
kepada inovator yang terlibat di peringkat institute, IPGM Dan KPM (OES1366)
77
RUJUKAN
Aliza Adnan & Rosseni Din (2020). Pembelajaran Teradun: Impak dan Sumbangan. Bangi
Selangor: Penerbit UKM Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan
Malaysia.(2019). Pelan Transformasi ICT 20192023.
https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/02_Feb/MOEPelan_Transformasi
_ICT_2.0_Ringkasan_Eksekutif_4portal_A4_printing_SEC.pdF
Basilaia, G., & Kvavadze, D. (2020). Transition to online Education in Schools during a
SARS-CoV-2 Coronavirus (COVID-19) Pandemic in Georgia. Pedagogical
Research, 5 (4)).
Bernama. (2021). KPM gubal dasar pendidikan digital.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/873602/kpm-gubal-dasar-
pendidikan-digital
Cresswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting and evaluating
quantitative and qualitative research. (4th ed.). Ohio: Pearson Education Inc.
Chua, Y. P. (2014). Asas statisik penyelidikan buku 2: Asas statistik penyelidikan (Edisi
Ketiga). Shah Alam Selangor: Mc Graw Hill Education.
Cummings, T. G., & Worley, C. G. (2014). Organization development and change.
Cengage learning.
Dauber, D., Fink, G. & Yolles, M. (2012). A configuration model of organizational culture.
SAGE Open. http://sgo/sagepub.com. [2 Ogos 2021].
Digital Competence Framework for Educators (DigCompEdu). (2021, Oktober 10). EU
SCIENCE HUB. Retrieved from The European Commission's science and
knowledge service: https://ec.europa.eu/jrc/en/digcompedu
Fah, L.Y., & Hoon, K. C. (2015). Pengenalan kepada pendekatan kuantitatif dalam
penyelidikan pendidikan (Edisi ke-4). Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Ahli Majlis
Penerbitan Ilmih Malaysia (MAPIM).
Gunawan, Ni, M. Y., & Fathoni. (2020). Variations of Models and Learning Platforms for
Prospective Teachers During the COVID-19 Pandemic Period. Indonesian Journal
Of Education Vol. 1 (2), 61-70.
Hairul Faiezi Lokman, Jainudin Ngah, Fariza Khalid & Nurfaradilla Nasri. (2021). Moral
values practices of students based on the use of facebook application. Technical
and Social Science Journal, 13 (1), 19-30.
Kalyani, M. (2011). Innovative culture: an intervention strategy for sustainable growth in
changing scenarios. International Journal of Business Administration, 2(4): 84-92.
Malaysia Digital Economy Corporation. (2019). MDEC Is Introducing The Malaysia
Innovation Policy Council (MIPC). https://mdec.my/news/mdec-is-introducing-the-
malaysia-innovation-policy-council-mipc/
78
Morse.J.M & Richards.L. 2002. Readme first for a users guide to qualitative methods.
Thousand Oaks: Sage.
Morris, D., Uppal, G., & Wells, D. (2017). Teaching computational thinking and coding in
primary school. Singapura: Sage Publication Asia-Pasific Pte Ltd.
Muzaffar Sidin. (2020). Kesediaan Pengetahuan Revolusi Industri 4.0 Dalam Kalangan
Pensyarah Politeknik Kota.
https://www.researchgate.net/publication/343470488_Kesediaan_Pengetahuan_Re
volusi_Industri_40_Dalam_Kalangan_Pensyarah_Politeknik_Kota
Norazah Nordin (2021 8 Jun), Pendigitalan sistem pendidikan perlu disegerakan, Berita
Harian. Norazah Nordin (2021 8 Jun), Pendigitalan sistem pendidikan perlu
disegerakan, Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/06/825360/pendigitalan-sistem-
pendidikan-perlu-disegerakan
Pressreader.(2019). MPIC Terima 12 Cadangan Mantap Inovasi.
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian
malaysia/20190620/281913069635561
Pejabat Perdana Menteri. (2013). Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara (DSTIN)
2013 – 2020- Memanfaatkan STI Untuk Transformasi Sosio-Ekonomi dan
Pertumbuhan Inklusif. https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/DSTIN-
2013-2020-Malay.pdf
Puentedura, R. R. (2006). Transformation, Technology, and Education. Retrieved from
http://hippasus.com/resources/tte/puentedura_tte.pdf
Puentedura, R. R. (2013). SAMR: Getting To Transformation. Retrieved April 10, 2017,
from:
http://www.hippasus.com/rrpweblog/archives/2013/04/16/SAMRGettingToTransform
ation.pdf
Riawan, R., Kurniasih, R., & Cendriono, N. (2021). Pengaruh Pembelajaran Digital
Terhadap Kemampuan Inovasi Dimediasi Oleh Kesiapan Individu Dalam Situasi
Pandemik Covid-19. Benefit: Jurnal Manajemen dan Bisnis, 6(1), 98-113.
Romrell, D., Kidder, L., & Wood, E. (2014). The SAMR model as a framework for
evaluating mLearning. Online Learning Journal, 18(2).
Siti Rosni, M. Y., & Abd Samad, H. (2019). Inovasi Digital dalam pengajaran dan
pembelajaran . Shah Alam: Oxford Fajar.
Terada, Y. (2020, May 4). Technology Integration A Powerful Model for Understanding
Good Tech Integration. Retrieved from Edutopia:
https://www.edutopia.org/article/powerful-model-understanding-good-tech-
integration
The International Society for Technology in Education (ISTE). (2021, Oktober 10). ISTE.
Retrieved from The ISTE Standards: https://www.iste.org/
79
Unit Perancang Ekonomi. (2021, Oktober 10). Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-
2025. Retrieved from Jabatan Perdana Menteri: https://rmke12.epu.gov.my/bm
Wan Khairuzzaman Wan Ismail & Abdmajid, R. (2007). Framework of the culture of
innovation: a revisit. Jurnal Kemanusiaan 9: 38-49.
Wolfe, R. A. 1994, ‘Organisational innovation: Review, Critique and Suggested Research
Directions’, Journal of Management Studies, vol. 31, no. 3, pp. 405-431.
80
81
Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Malaysia