The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Zulaikha Binti Abdullah, 2023-12-16 11:33:04

MUHAMMAD ASRAFF BIN ZAKARIA (152391)

MUHAMMAD ASRAFF BIN ZAKARIA (152391)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN SEMESTER II- SIDANG AKADEMIK 2022/2023 LAPORAN RANCANGAN ORIENTASI KENDIRI KOMUNITI-SEKOLAH (ROKK-S) DISEDIAKAN OLEH: NAMA: MUHAMMAD ASRAFF BIN ZAKARIA NO. KAD PENGENALAN: 001120-03-0517 NO. MATRIK: 152391 NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG DISEDIAKAN UNTUK: PM DR RABIATUL ADAWIAH AHMAD RASHID Pengerusi Rancangan Latihan Mengajar & Praktikum TAHUN: 2023


RUANGAN TANDA TANGAN PELATIH & PENGESAHAN GURU PEMBIMBING DISEDIAKAN OLEH: (MUHAMMAD ASRAFF BIN ZAKARIA) Pelajar Tahun 3, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. DISAHKAN OLEH: (PUAN MEK TANWAA/P EH DAM) Guru Pembimbing, SMK Rantau Panjang


SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. BORANG SENARAI AKTIVITI HARIAN ROKK-S 1-5 2. BORANG SENARAI SEMAK AKTIVITI KUTIPAN MAKLUMAT BAGI RANCANGAN ORIENTASI KENDIRI KOMUNITI-SEKOLAH. 6-26 3. PENGENALAN 27-34 4. KOMPONEN UTAMA LAPORAN ROKK-S i. Pengurusan Sekolah ii. Aktiviti Kurikulum iii. Prasarana Sekolah iv.Aktiviti Kokurikulum 35-60 5. REFLEKSI PELAJAR 61-62 6. PENUTUP 63 7. LAMPIRAN SEPANJANG MENJALANI ROKKS DI SMKRP 64-72


1 Cop Sekolah: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Nama pelajar : MUHAMMAD ASRAFF BIN ZAKARIA No K/Pengenalan : 001120-03-0517 BORANG SENARAI AKTIVITI HARIAN RANCANGAN ORIENTASI KENDIRI KOMUNITI-SEKOLAH (ROKK-S) Hari Tarikh Butiran Aktiviti 1 6/08/2023 (Ahad) - Menyertai perhimpunan pagi. - Lapor diri sebagai guru ROKKS kepada pengetua sekolah SMK Rantau Panjang. - Berjumpa dengan guru pembimbing. - Membantu guru berkaitan persediaan pelajar untuk menduduki peperiksaan pertengahan tahun. - Solat zohor berjemaah di surau sekolah bersama-sama pelajar tingkatan 1 hingga 5. - Perbincangan bersama-sama guru ROKKS USM dan ROS UIAM berkaitan projek komuniti yang ingin dilaksanakan. 2 7/08/2023 (Isnin) - Menyiapkan kertas kerja program khidmat komuniti yang ingin dilaksanakan. - Perjumpaan dengan Pengetua, guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan guru Penolong Kanan Kokurikulum (PK KO) untuk menunjukkan kertas kerja dan mendapat persetujuan bagi melaksanakan program yang dirancang. - Menyertai program derma darah yang telah dilakukan di Dewan Syed Ahmad.


2 - Mengganti guru yang tidak hadir ke sekolah (Kelas 2B). - Solat Zohor bersama-sama pelajar sekolah di surau SMK Rantau Panjang. - Menyertai mesyuarat para guru untuk berbincang berkaitan isu semasa seperti masalah pelajar. 3 8/08/2023 (Selasa) - Membuat persediaan sebelum pelaksanaan program khidmat komuniti seperti menyiapkan slaid untuk ceramah ringkas. - Meninjau kawasan yang bersesuaian untuk melaksanakan program yang dirancang. - Mengganti guru yang tidak hadir di kelas (2C, 4 Sastera dan 5 Ekonomi 2). - Solat Zohor berjemaah. - Membeli peralatan yang diperlukan bagi menjayakan program tersebut seperti cenderahati kepada pelajar. 4 9/08/2023 (Rabu) - Melaksanakan program “Bengkel Pertolongan Cemas” bersama-sama pelajar Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) tingkatan 1 hingga 3. - Ditugaskan untuk menjadi guru ganti bagi mengawasi pelajar tingkatan 4 Geografi yang sedang menduduki peperiksaan Bahasa Melayu 1. - Solat Zohor berjemaah. 5 10/08/2023 (Khamis) - Melaksanakan aktiviti kuiz bersama-sama murid Tingkatan 1B dan 1F ketika ditugaskan sebagai guru ganti. - Masuk ke kelas Tingkatan 1A bersama-sama guru pembimbing untuk melihat teknik pengurusan kelas yang diamalkan semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. - Solat Zohor berjemaah. 6 11/08/2023-


3 12/08/2023 (JumaatSabtu) CUTI MINGGUAN SEKOLAH 7 13/08/2023 (Ahad) CUTI PERISTIWA PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) 8 14/08/2023 (Isnin) - Membuat persediaan seperti menyediakan soalan-soalan yang berkaitan untuk menemu bual pihak pengurusan sekolah seperti Pengetua dan Guru PK HEM serta Guru PK KO. - Menggantikan guru yang tidak hadir di dalam kelas 3E. 9 15/08/2023 (Selasa) - Menemu bual guru PK Pentadbiran dan juga Guru PK Kokurikulum untuk mengumpul data berkaitan pengurusan akademik pelajar dan juga tentang kokurikulum. - Mengganti Puan Che Siti Narahuda di dalam kelas 3A. - Mengawasi kelas Tingkatan 4 yang sedang menduduki peperiksaan. - Menyiapkan laporan kejayaan program khidmat komuniti yang telah dilaksanakan. 10 16/08/2023 (Rabu) - Bacaan surah Al-Mulk ketika perhimpunan pagi. - Bertugas sebagai guru ganti bagi menggantikan Puan Noraini di dalam kelas 2D. - Mengawasi Tingkatan 4 Seni 2 yang sedang menduduki peperiksaan Matematik 1. - Menyiapkan laporan kejayaan program khidmat komuniti. 11 17/08/2023 (Khamis) - Bacaan yassin di tapak perhimpunan bersama-sama guru dan murid SMK Rantau Panjang. - Menemu bual Encik Shamsuddin sebagai guru disiplin


4 SMK Rantau Panjang untuk mendapatkan data berkaitan pengurusan disiplin sekolah. - Mengganti Encik Aris Shah di dalam kelas 3C. - Solat Zohor berjemaah bersama-sama pelajar tingkatan 1 hingga 3 di surau SMK Rantau Panjang. - Memberikan motivasi kepada pelajar Tingkatan 6A1 di perpustakaan sekolah. 12 18/08/2023- 19/08/2023 (JumaatSabtu) CUTI MINGGUAN SEKOLAH 13 20/08/2023 (Ahad) - Perhimpunan pagi - Mengawasi kelas tingkatan 1B dan 2F yang sedang menduduki Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun. - Mesyuarat bersama PK HEM untuk berbincang berkaitan penyusunan semula pelajar di tapak perhimpunan selepas cuti pertengahan tahun. 14 21/08/2023 (Isnin) - Guru ganti di kelas 4 Sains bagi mengawasi pelajar yang sedang menduduki Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun. - Menjadi guru ganti di dalam kelas 1E dan juga 1K. - Menyiapkan laporan ROKK-S - Solat Zohor berjemaah bersama-sama pelajar tingkatan 3. 15 22/08/2023 (Selasa) - Menjadi guru ganti bagi mengawasi pelajar 4 Sains dan 1E yang sedang menduduki peperiksaan. - Menemu bual Encik Sarkan selaku pengerusi kelab warga. - Solat zohor berjemaah bersama-sama pelajar. 16 23/08/2023 (Rabu) - Bacaan al-quran - Sambutan hari kemerdekaan. - Menemu bual Tuan Pengetua 17 24/08/2023 (Khamis) - Bacaan Yassin bersama-sama pelajar tingkatan 1 hingga 6 - Menggantikan guru yang tidak hadir di dalam kelas 4 Ekonomi dan 5 Teras 2.


5 - Membantu guru menampal nama kelas di tapak perhimpunan bagi menyusun semula kedudukan pelajar di tapka perhimpunan. - Solat zohor berjemaah bersama-sama pelajar tingkatan 5 dan 6. - Penyampaian sumbangan kepada guru pembimbing dan juga Tuan Pengetua. - Berjumpa dengan pengetua untuk mendapatkan cop pada laporan ROKK-S. 18 25/08/2023- 02/09/2023 (JumaatSabtu) CUTI PENGGAL 2, SESI 2023/2024 & TAMAT ROKKS 24/08/2023 …………………………………. Tarikh: ……………………………….. (Tandatangan Pengetua/Wakil) Cop Sekolah:


6 A. BORANG SENARAI SEMAK AKTIVITI KUTIPAN MAKLUMAT BAGI RANCANGAN ORIENTASI KENDIRI KOMUNITI-SEKOLAH. Bil Senarai Aktiviti Catatan 1. Temu bual Pengetua Latar belakang pendidikan: ➢ Melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia selama 5 tahun. ➢ Meneruskan pengajian diploma pengurusan pentadbiran dan sijil diploma kepengetuaan di Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara. Jawatan yang pernah disandang: ➢ Guru Kanan Sains Matematik pada tahun 2001 ➢ Guru Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2004 hingga 2014. ➢ Guru Penolong Kanan Hem pada tahun 2014. ➢ Dilantik sebagai Pengetua di SMK Rantau Panjang pada tahun 2020 Pencapaian: ➢ Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2000, 2006 dan 2012 Skop Kerja: ➢ Bertanggungjawab meningkatkan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan. ➢ Bertanggungjawab akan hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. ➢ Berperanan untuk meningkatkan


7 keakraban hubungan antara pihak sekolah dan komuniti setempat serta agensi luar. (Pengurusan dan Pembangunan) ➢ Mengurus hal pendaftaran pelajar dan pertukaran pelajar. ➢ Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan dengan baik dan lancar mengikut peraturan yang ditetapkan. ➢ Bertanggungjawab akan hal pergantungan dan pembuangan pelajar. ➢ Menentukan matlamat sekolah dan merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran. ➢ Menyelia dan mencera proses PdP yang dilaksanakan oleh guru. ➢ Menjaga kebajikan pegawai ➢ Mengawal dan menentukan anggaran perbelanjaan tahunan sekolah. Cabaran: ➢ Isu disiplin pelajar yang sukar untuk diselesaikan. Visi: ➢ Mengubah pencapaian akademik pelajar agar SMK Rantau Panjang semakin meningkat, maju dan terkenal Harapan kepada bakal guru: ➢ Menjadi guru yang baik dan mendidik anak bangsa agar menjadi orang yang berguna tanpa mengira tahap kognitif dan latar belakang pelajar.


8 2. Temu bual PK 1 (Kurikulum) Latar Belakang: Nama: NOOR AZMAN BIN ABDULLAH Tempat tinggal: PASIR MAS Latar belakang pendidikan: ➢ Melanjutkan Pelajaran dalam bidang Diploma Sains Pertanian pada tahun 1983 hinga 1986 di Universiti Putra Malaysia (UPM). ➢ Melanjutkan Pelajaran dalam bidang Bacelor Sains Perniagaantani pada tahun 1986 hingga 1989 di UPM. ➢ Pada tahun 1992, beliau telah mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Batu Pahat. Jawatan yang pernah disandang: ➢ Menjawat jawatan sebagai guru kanan selama 20 tahun di SMK Gual Periok, Kelantan. ➢ Memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum selama 2 tahun di SMK Gual Periok. ➢ Berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selama 2 tahun di SMK Baroh Pial, Kelantan. ➢ Memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum bermula awal tahun 2023 di SMK Rantau Panjang, Kelantan. Pencapaian: ➢ Pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang sebanyak 2 kali di SMK Gual Periok.


9 Skop Kerja: ➢ Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya di sekolah. ➢ Berperanan dalam hal pentadbiran sekolah, kurikulum, keselamatan sekolah, kebersihan sekolah serta pengurusan kantin. ➢ Bertanggungjawab dalam membantu meningkatkan Pembangunan kendiri pelajar. ➢ Berperanan untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. ➢ Bertanggungjawab untuk mengurus segala aset kerajaan di sekolah. ➢ Memastikan prasarana sekolah seperti makmal, pusat sumber dan sebagainya dalam keadaan baik dan selesa untuk pelajar. ➢ Menguruskan hal berkaitan jadual waktu kelas, guru dan juga jadual untuk guru ganti. Cabaran: ➢ Isu kehadiran murid yang tidak mencapai 90%. Kehadiran murid SMK Rantau Panjang hanya dalam lingkungan 82%-83% sahaja. Visi: ➢ Ingin melihat sekolah berjaya dalam hal kokurikulum, kurikulum dan disiplin pelajar.


10 Harapan kepada bakal guru: ➢ Bersedia untuk menjalankan semua tugas yang akan diberikan oleh guruguru lain. ➢ Sentiasa belajar dan menimba ilmu daripada guru-guru yang lebih berpengalaman. 3. Temu bual PK HEM Latar belakang pendidikan: ➢ Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan Program B (Matematik dan Geografi) di Universiti Sains Malaysia. Jawatan yang pernah disandang: ➢ Guru Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2001 hingga 2008 di SMK Tengku Bendahara Jerek ➢ Guru Kanan Sains dan Matematik pada tahun 2014 di SMK Rantau Panjang. ➢ Dilantik kembali sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2014 di SMK Rantau Panjang. ➢ Dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Hem pada tahun 2022 di SMK Rantau Panjang. Skop Kerja: ➢ Terlibat dalam hal-hal pengurusan disiplin sekolah. ➢ Pengurusan bantuan biasiswa dan kebajikan pelajar. ➢ Pengurusan hal yang berkaitan asrama sekolah. ➢ Menguruskan bilik SPBT dan Skim


11 Pinjaman Buku Teks kepada pelajar agar berjalan dengan lancar. ➢ Memastikan keselamatan pelajar terjamin sepanjang mereka berada dalam persekitaran sekolah. Cabaran: ➢ Purata kehadiran murid yang masih lagi rendah iaitu hanya 82% hingga 83% sahaja. Visi: ➢ Meningkatkan kehadiran murid agar berjaya mencapai matlamat PPD iaitu 91%. Harapan kepada bakal guru: ➢ Sentiasa melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sepanjang berada di Universiti agar berjaya menjadi guru yang cemerlang. 4. Temu bual PK Kokurikulum Latar belakang pendidikan: ➢ Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan Program B (Biologi dan Sejarah) pada tahun 1993 di Universiti Sains Malaysia. Jawatan yang pernah disandang: ➢ Guru Kanan Sains Sosial pada tahun 2018 ➢ Guru Kanan Sains Matematik bermula pertengahan tahun 2018 hingga 2022 ➢ Mula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2023. Pencapaian: ➢ Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di


12 SMK Kubang Bemban sebanyak dua kali ➢ Menerima anugerah guru inovasi. ➢ Berkhidmat selama 24 tahun bersama Lembaga Peperiksaan ➢ Guru Pakar Biologi pada tahun 2009 ➢ Mencipta sejarah di SMK Tengku Panglima Raja dengan menjadikan semua pelajar lulus mata pelajaran Matematik Tambahan. ➢ Anugerah Guru Kokurikulum terbaik Pasir Mas. Skop Kerja: ➢ Bekerjasama dengan Pengetua, guru PKP dan PK Hem untuk membantu mengurus dan mentadbir sekolah sebagai satu institusi pendidikan. ➢ Perlu membuat perancangan aktiviti kokurikulum untuk Persatuan Unit Beruniform serta Sukan dan Permainan. ➢ Menyelia dan mengawasi perbelanjaan untuk kokurikulum. ➢ Mengurus barangan peralatan yang dibekalkan kepada sekolah untuk digunakan dalam aktiviti kokurikulum. ➢ Membuat laporan tahunan kokurikulum sekolah. ➢ Mengurus hal yang berkaitan dengan majalah sekolah. ➢ Menetapkan takwim pelaksanaan aktiviti kokurikulum.


13 Cabaran: ➢ Peruntukan kewangan yang tidak mencukupi untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum. Visi: ➢ Meningkatkan peratusan penglibatan pelajar dalam kokurikulum. Harapan kepada bakal guru: ➢ Sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik dari yang lebih baik. 5. Maklumat Tentang Kelab Guru Pengerusi Kelab Guru di SMK Rantau Panjang ialah En. Sarkan bin Abdullah. Beliau mula memegang jawatan twrsebut pada awal tahun 2023. Setiap guru akan secara automatik menjadi ahli kelab guru. Pemilihan jawatankuasa kelab guru akan diadakan setiap 2 tahun sekali. Ahli jawatankuasa terdiri daripada: a) pengerusi b) Naib Pengerusi c) Setiausaha d) Bendahari e) Timbalan Bendahari Skop Kerja: ➢ Menjaga kebajikan guru dan kakitangan. ➢ Menjadi penghubung antara guru dan pihak pentadbir.


14 ➢ Membentuk persekitaran kerja yang kondusif dan produktif melalui interaksi sosial antara guru dan kakitangan lain. 6. Maklumat Tentang Pengurusan Sukan/Kelab/Badan Beruniform Setiap guru perlu memegang jawatan dalam setiap persatuan, kelab atau badan beruniform. Antara peranan guru tersebut adalah mengurus pelajar yang menyertai pertandingan ketika hari sukan atau manamana pertandingan yang dianjurkan. Guru penasihat juga perlu membuat perancangan bersama-sama PK KO untuk meningkatkan prasarana sukan di sekolah bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kokurikulum. Antara rumah sukan yang terdapat di sekolah ini adalah: 1. Rumah Maharajalela- Hijau 2. Rumah Mat Kilau- Merah 3. Rumah Tok Janggut- Kuning 4. Rumah Bahaman- Biru 5. Rumah Abd Rahman Limbong- Ungu Kelab dan Persatuan terdiri daripada kelab bukan akademik dan persatuan akademik. Kelab bukan akademik: 1. Kelab Pengguna 2. Kelab Kewangan 3. Kelab Malaysiaku 4. Kelab Inovasi/Rekacipta


15 5. Kelab Pencinta Alam Sekitar 6. Kelab Usahawan Muda/Tunas Negara 7. Kelab Rukun Negara 8. Kelab Usahawan Muda (PPKI) 9. Kelab Rekreasi 10. Kelab Media (Fotografi) 11. Kelab Robotik 12. Kelab Pelancongan 13. Kelab Koperasi 14. Kelab Kebudayaan Persatuan akademik: 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Geografi 4. RBT 5. Seni Visual 6. Sejarah 7. Pendidikan Islam 8. STEM 9. Komputer/ICT Badan beruniform: 1. Kadet Remaja Sekolah 2. Kadet Bersatu 3. Kadet Bomba 4. Pengakap 5. KASPA 6. Bulan Sabit Merah 7. Kadet Polis 8. Puteri Islam 9. Pengakap (Pendidikan Khas)


16 7. Maklumat Tentang Pengurusan Disiplin Murid Pengurusan disiplin murid adalah bawah Unit HEM yang ditadbir oleh PK HEM iaitu Tn. Hj. Marzuki bin Jaafar dan Badan Disiplin Sekolah. Jawatan Guru Disiplin pula disandang oleh En. Shamsudin bin Muda. Skop Tugas Guru Disiplin: ➢ Membantu PK HEM untuk menguruskan hal disiplin sekolah iaitu berkaitan sahsiah dan salah laku pelajar. ➢ Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah. ➢ Menyertai mesyuarat Lembaga Disiplin skurang-kurangnya 4 kali setahun. Cabaran: ➢ Kes bergaduh dalam kalangan pelajar sukar dikawal ➢ Tular isu merokok/vape dalam kalangan pelajar. ➢ Kes ponteng kelas semakin meningkat dalam kalangan pelajar. Langkah Mengatasi: ➢ Menyoal siasat terlebih dahulu akan kes disiplin yang berlaku. ➢ Tahap pertama guru disiplin akan merujuk kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling dan memberi amaran. ➢ Tahap kedua ibu bapa pelajar akan dipanggil untuk menjelaskan kes disiplin yang telah dilakukan. ➢ Tahap ketiga pelajar akan digantung


17 sekolah. ➢ Bekerjasama dengan pihak PIBG dan juga pihak polis. 8. Maklumat Tentang Pengurusan Kantin Sekolah Pengurusan kantin sekolah adalah bawah seliaan Pn. Sharifah Mardziah bt Syed Akil selaku setiausaha kantin. Penolong setiausaha pula ialah Pn. Maimun bt Ariffin. Antara tugas setiausaha dalam pengurusan kantin sekolah adalah: ➢ Perlu memastikan pekerja kantin mengutamakan kebersihan dalam penyediaan makanan, penjualan dan juga persekitaran kawasan kantin. ➢ Membuat laporan kepada PK HEM atau mana-mana pentadbir sekiranya terdapat kes keracunan makanan yang berpunca daripada kantin. ➢ Memastikan murid mematuhi masa rehat yang sebenarnya iaitu jam 10:40 hingga 11:10 untuk menengah bawah manakala 11:10 hingga 11:40 waktu rehat untuk menengah atas. Antara beberapa masalah yang sering berlaku di kawasan kantin adalah: ➢ Susah untuk mengawal murid agar beratur ketika hendak membeli. ➢ Murid kadang-kala tidak meletakkan pinggan dan gelas yang telah digunakan di tempat yang sepatutnya


18 selepas digunakan. ➢ Murid sering meninggalkan sisa makanan dan sampah-sarap di kawasan meja kantin dan tidak dibuang ke dalam tong sampah. Langkah yang diambil: ➢ Memastikan pengawas yang bertugas menjalankan tanggungjawabnya 9. Temu Bual Ketua Bidang/ Guru Kanan Mata pelajaran Geografi berada bawah bidang sains sosial yang diselia oleh Guru Kanan Sains Sosial iaitu Pn. Bibi Ashah bt Mohammad Saal. Skop Tugas: ➢ Mengadakan mesyurat bersama guru Panitia sekurang-kurangnya 3 kali setahun untuk membuat perancangan dan melaksanakan program kurikulum. ➢ Mengawal dan memantau guru-guru bawah bidang sains sosial seperti memastikan guru berjaya menghabiskan sukatan pelajaran dan membuat penilaian pelajar. ➢ Memastikan pelajar mengikuti setiap kelas yang diadakan oleh guru. ➢ Membantu Pengetua untuk menyediakan proses PdP yang berkesan. ➢ Merancang pelbagai program untuk meningkatkan kecermelangan


19 akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. 10. Temu Bual Ketua Panitia Mata Pelajaran Major Ketua Panitia Mata Pelajaran Major iaitu Geografi ialah Pn. Wan Normariani bt Wan Mohamed Zain. Skop Kerja: ➢ Merancang penetapan guru mengajar bagi setiap kelas. ➢ Mengadakan mesyuarat panitia sebanyak 3-4 kali setahun. ➢ Mengurus hal belanjawan untuk guru panitia. ➢ Menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan untuk PdP. ➢ Menyenaraikan nama pelajar “Target” untuk peperiksaan SPM. ➢ Membuat pencerapan akan buku latihan pelajar dan juga menilai pengajaran guru. 11. Temu Bual Guru Cemerlang Mata Pelajaran Major Guru cemerlang mata pelajaran Major ialah Pn. Wan Normariani bt Wan Mohamed Zain. Antara teknik yang digunakan untuk menjadi guru cemerlang adalah dengan: ➢ Menggunakan teknologi dalam aktiviti Pdp. ➢ Mempelbagaikan ABM yang digunakan untuk menarik minat murid. ➢ Sentiasa memberi latihan dan membuat penilaian di dalam kelas. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh beliau antaranya ialah:


20 ➢ Tahap penguasaan kognitif antara setiap pelajar adalah berbeza. ‘ ➢ Terdapat pelajar yang pasif dan introvert. 12. Temu Bual Dengan Guru Contoh Maklumat Tentang Kurikulum Guru contoh SMK Rantau Panjang ialah Pn. Norida Anis bt Azahari iaitu Guru PK KO. Beliau adalah alumni Universiti Sains Malaysia dan mula dilantik sebagai PK KO pada tahun 2023. Beliau merupakan guru mata pelajaran Matematik Tambahan dan Biologi. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang sebanyak 2 kali dan juga anugerah guru inovasi. Antara kaedah yang digunakan oleh beliau untuk melahirkan pelajar cemerlamg dalam subjek yang diajar ialah: ➢ Membuat inovasi di dalam kelas dengan menampal gambar-gambar yang bermaklumat, menghiasi kelas untuk membentuk kelas yang kondusif dan meningkatkan keselesaan pelajar. ➢ Sentiasa bersedia untuk membantu dan mengeratkan lagi hubungan dengan murid melalui panggilan mesra iaitu ‘Ummi”. ➢ Mahir menggunakan ICT dalam aktiviti PdP kerana murid suka mencuba perkara baru. ➢ Sentiasa menganalisis soalan-soalan peperiksaan tahun sebelumnya.


21 Antara harapan beliau adalah ingin melihat SMK Rantau Panjang terus cemerlang pada masa akan datang sama ada dalam kokurikulum dan kurikulum. Perkara penting adalah untuk memastikan nama SMK Rantau Panjang dikenali secara lebih meluas. Beliau berhasrat untuk melahirkan lebih ramai murid yang berjaya hasil daripada didikan SMK Rantau Panjang. 13. Maklumat tentang rancangan pengajaran a) Tahunan b) Penggal c) Harian ➢ Rancangan Pengajaran Tahunan disediakan oleh guru panitia berdasarkan pada DSKP yang disediakan oleh KPM. RPT ini merangkumi perancangan topik untuk setiap minggu persekolahan. ➢ Melalui RPT juga, guru perlu membuat Rancangan Pengajaran Harian. Penyediaan RPH juga perlu dirujuk pada DSKP. RPH ini akan disediakan oleh guru sebelum memulakan aktiviti pengajaran. Hal ini untuk memastikan pengajaran berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. 14. Maklumat Tentang Kaedah Mengajar a) Penulisan Objektif b) Langkah Dan Aktiviti Pengajaran c) Sumber Pendidikan Maklumat berkaitan kaedah mengajar telah diperoleh melalui guru pembimbing berdasarkan temu bual yang telah dilaksanakan. a) Penulisan objektif Objektif pembelajaran ditetapkan melalui tajuk pengajaran yang dirujuk dalam DSKP


22 Geografi mengikut tingkatan dan juga tahap penguasaan murid. b) Langkah dan Aktiviti Pengajaran Langkah dan aktiviti pengajaran akan ditulis dalam rancangan pengajaran harian. Guru perlu menetapkan aktiviti yang sesuai dengan tahap umur murid dan juga topik pembelajaran. Aktiviti yang menarik akan menarik minat murid serta fokus mereka sepanjang pembelajaran berlaku. Sebagai contoh, aktiviti belajar sambil bermain antara kaedah yang disukai murid namun ia hanya sesuai dipraktikkan dalam kalangan murid menengah rendah sahaja. Dalam pengajaran Geografi, penggunaan gambar dan video amat penting untuk meningkatkan tahap kefahaman murid. Melalui gambar dan video, murid boleh melihat sesuatu dengan lebih jelas berbanding hanya menjelaskan melalui pembacaan. c) Sumber Pendidikan: Guru perlu mempelbagaikan sumber dan tidak hanya terhad pada buku teks sahaja. Kadang-kala, guru perlu mendapatkan sumber daripada internet untuk memberi penjelasan kepada pelajar. Sebagai contoh, sumber video diperoleh daripada Youtube untuk menjelaskan tentang proses gunung


23 berapi, bentuk muka bumi dan sebagainya. 15. Maklumat Tentang Penyampaian Dan Pengelolaan a. Induksi Set b. Pengurusan Masa c. Penyampaian Isi d. Pemilihan Teknik e. Penggunaan Sumber Pendidikan f. Penyediaan Iklim Pembelajaran g. Pentaksiran Kemajuan Pelajar h. Pengurusan Kelas (Kawalan Kelas) i. Penutup Pelajaran ➢ Set induksi dijalankan selama lebih kurang 3 minit sebagai permulaan pengenalan tajuk pembelajaran kepada pelajar. Guru kebiasaannya menunjukkan gambar atau video sebagai set induksi. ➢ Pengurusan masa yang mengikut RPH amat penting untuk membolehkan setiap langkah pengajaran berjaya dijalankan dengan baik. ➢ Intonasi dan nada suara memainkan peranan penting untuk menyampaikan isi. Teknik penerangan yang baik oleh guru juga amat penting untuk meningkatkan kefahaman murid. Oleh itu, guru perlu menguasai kandungan pelajaran yang hendak diajar. ➢ Guru perlu menggunakan pelbagai teknik yang bersesuaian dengan topik pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian, teknik didik hibur, dan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar digunakan oleh guru. Hal ini untuk mengurangkan rasa mengantuk pelajar dan membolehkan mereka sentiasa bergiat aktif dalam pembelajaran. ➢ Guru mendapatkan sumber pembelajaran daripada pelbagai dan tidak terhad kepada buku teks. Internet antara sumber yang digunukan dan akan disesuaikan


24 dengan topik dan objektif pembelajaran. ➢ Persekitaran pembelajaran akan menjadi faktor utama kepada keselesaan pembelajaran. Susun atur meja, pencahayaan yang baik dan keadaan kelas yang bersih akan diutamakan oleh guru sebelum memulakan PdP. ➢ Pentaksiran kemajuan pelajar perlu sentiasa dilaksanakan oleh guru. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk menyediakan soalan. Berdasarkan temu bual, guru sentiasa melaksanakan pentaksiran di dalam kelas sekurang-kurangnya 3 kali dalam sebulan. ➢ Teknik pengawalan kelas yang baik amat penting untuk memastikan pelajar sentiasa memberi fokus akan pembelajaran. Sebagai contoh, guru perlu menguasai kemahiran berkomunikasi, kandungan pembelajaran, bijak mengurus suasana kelas yang kondusif dan mempelbagaikan Alat Bantu Mengajar (ABM). ➢ Penggunaan ABM yang sesuai digunakan oleh guru sebagai penutup pembelajaran. Guru akan memberi rumusan dan perkara penting yang dipelajari. Refleksi daripada beberapa orang pelajar juga akan diminta oleh


25 guru untuk mengetahui tahap kefahaman mereka. 16. Maklumat Tentang Kualiti Dan Ciri Guru a. Komunikasi b. Pengetahuan Isi c. Keyakinan Diri d. Kreativiti e. Daya Usaha f. Keprihatinan g. Penampilan Diri ➢ Teknik komunikasi perlu dikuasai oleh guru. Intonasi dan nada memainkan peranan penting. Suara yang jelas akan memberikan penerangan yang baik. Sebagai contoh, guru perlu mempelbagaikan intonasi dengan meninggikan intonasi suara untuk menjelaskan perkara penting. ➢ Sebelum memulakan pengajaran, guru kebiasannya akan mendapatkan pelbagai isi berkaitan topik pembelajaran. Penguasaan terhadap isi pelajaran penting untuk membolehkan guru memberi penerangan yang baik kepada pelajar. Hal ini juga untuk mengelak daripada pelajar memandang rendah kepada guru. ➢ Guru perlu mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan pelajar. Guru juga perlu yakin untuk menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh pelajar. ➢ Kreativiti antara elemen penting untuk guru. Guru perlu kreatif untuk menyediakan ABM dan merancang aktiviti pembelajaran yang menarik. ➢ Daya usaha yang tinggi diperlukan untuk memastikan pelajar memahami setiap perkara yang diajar. Guru perlu menggunakan pelbagai cara untuk


26 memastikan objektif pembelajaran akan tercapai. ➢ Keprihatinan guru kepada tahap penguasaan pelajar akan membolehkan guru mengenali kelemahan pelajar. Hal ini akan membantu guru untuk memberikan tumpuan dan merancang pelbagai langkah untuk meningkatkan prestasi pelajar yang lemah. ➢ Penampilan diri menjadi aspek penting kerana ini menjadi perkara utama yang akan dinilai oleh pelajar. Pakaian yang sentiasa kemas dan longgar amat penting. Dalam erti kata lain, guru perlu mematuhi cara pemakaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. 24/08/2023 …………………………………. Tarikh: ……………………………….. (Tandatangan Pengetua/Wakil) Cop Sekolah:


27 PENGENALAN Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti Sekolah (ROKK-S) ialah satu program yang wajib diikuti oleh semua pelajar Tahun 3 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan yang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM). Program ROKK-S perlu dijalankan selama 4 minggu di mana-mana sekolah yang dipilih sendiri oleh pelajar. Tujuan ROKK-S ini dijalankan adalah untuk mendedahkan bakal Guru Pelatih dengan pengurusan dan persekitaran sekolah, budaya kerja guru dan juga tugas seorang guru di sekolah. Bakal Guru Pelatih ini akan berperanan sebagai Pembantu Guru. Tugas pelajar yang mengikuti Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti-Sekolah ini adalah seperti membantu guru membuat kertas soalan, merekod markah dan data murid jika dibenarkan oleh guru pembimbing, mengganti guru yang tidak hadir serta mengikuti guru pembimbing masuk ke dalam kelas untuk memahami teknik pengurusan kelas yang diamalkan olehnya. Melalui program ini juga, bakal Guru Pelatih berpeluang untuk memberikan sumbangan kepada pihak sekolah melalui khidmat komuniti yang akan dilaksanakan. Projek Khidmat Komuniti yang telah dilaksanakan bagi memenuhi tugasan ROKK-S ini adalah “Bengkel Pertolongan Cemas PBSM”. Program ini melibatkan pelajar PBSM Tingkatan 1 hingga 3. Objektif utama pelaksanaan program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan teknik pertolongan cemas sekirnya mereka berhadapan dengan situasi kecemasan. Perancangan pelaksanaan projek yang ingin dilaksanakan ini telah diusulkan kepada pentadbir sekolah untuk mendapatkan kelulusan. Selain itu, perbincangan bersama guru Persatuan Bulan Sabit Merah juga telah dilakukan untuk berbincang berkaitan aktiviti program, penglibatan pelajar dan sebagainya. Memandangkan program seperti ini berupaya memberikan manfaat kepada pelajar, maka program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti-Sekolah ini telah dilaksanakan di SMK Rantau Panjang, Kelantan selama 4 minggu. Program ini bermula 6 Ogos 2023 sehingga 2 September 2023. SMK Rantau Panjang ialah sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang terletak di kawasan Pekan Rantau Panjang, Kelantan. Jumlah pelajar pada tahun 2023 ini adalah seramai 1100 orang murid dengan 476 orang murid lelaki dan 624 orang murid perempuan. Selain itu, sekolah ini juga turut menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang mempunyai murid seramai 22 orang murid lelaki dan 12 orang murid Perempuan. Hal ini menjadikan jumlah besar murid SMK Rantau Panjang adalah seramai


28 1134 orang. Jumlah bilangan guru SMK Rantau Panjang pula adalah seramai 102 orang guru dan 18 orang staf sokongan. SMK Rantau Panjang merupakan sebuah sekolah yang telah ditubuhkan sejak tahun 1965. Penubuhan SMK Rantau Panjang adalah oleh sebab kesinambungan daripada kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Rantau Panjang atau Government English School dan juga sekolah kebangsaan yang lain. Pentadbiran SMK Rantau Panjang ini disatukan dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Rantau Panjang dibawah seliaan Encik Mohd Zaid bin Yaacob. Pada masa tersebut, SMK Rantau Panjang menawarkan dua aliran untuk pelajar dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Khay Boon iaitu aliran Melayu dan Inggeris. Ketika pentadbiran Tuan Hj Othaman bin Ismail iaitu pada tahun 1967, tumpuan telah diberikan kepada pembinaan pelbagai kemudahan asas di SMK Rantau Panjang. Pelbagai usaha juga telah dilaksanakan pada tahun 1967 untuk menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Pada tahun yang sama juga kali pertama SMK Rantau Panjang telah mengemukakan seorang calon bagi Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Pada tahun 1969 terdapat seorang pelajar telah menerima Anugerah Pahlawan Kanak-kanak yang disampaikan oleh ke bawah Duli Al-Sultan Kelantan Tengku Yahya Petra. SMK Rantau Panjang telah menerima Guru Besar Siswazah pertama pada tahun 1971 iaitu Encik Abdul Samad bin Mahmud. Beliau merupakan seorang yang berkemahiran dalam bidang Matematik. Pelbagai idea dan perancangan telah dijana oleh beliau demi meningkatkan kemudahan dan memajukan SMK Rantau Panjang. Pada tahun-tahun yang berikutnya, SMK Rantau Panjang berjaya mencipta pelbagai kejayaan dan juga pelbagai penambahbaikan telah dilakukan. Kini, sekolah ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk meningkatkan pencapaian pelajar sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Puan Hajah Halimah binti Malkan iaitu pengetua sekolah pada tahun 1998 telah melaksanakan pelbagai pembaharuan. Antara pembaharuan yang telah dilaksanakan adalah memperkenalkan lagu sekolah, memperkenalkan sekolah dalam taman, melaksanakan aktiviti pembentangan buku setiap minggu dan sebagainya. Semasa pentadbiran beliau di SMK Rantau Panjang, arca pandu arah bandar-bandar utama dunia dan Menara jam juga telah dibina. Penubuhan Tingkatan 6 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ali bin Mohd Nor iaitu PPD Pasir Mas/Tumpat pada tahun 2002. Melalui penubuhan tingkatan 6 ini, hal ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar di kawasan sekitar untuk menyambung pendidikan mereka selepas tamatnya SPM.


29 Pada tahun 2011, SMK Rantau Panjang telah menerima Anugerah Lonjakan Peratus Lulusan Am Negeri dalam keputusan SPM. Hal ini berikutan daripada terdapat seorang pelajar muncul sebagai pelajar terbaik SPM peringkat PPD Pasir Mas dengan keputusan 9A 1B. SMK Rantau Panjang juga pernah menerima pengiktirafan 5 bintang untuk penggunaan ICT dalam pengajaran (SSQS) iaitu pada tahun 2012. Pada tahun 2013 pula, dari segi Gred Purata Sekolah, SMK Rantau Panjang telah menduduki tempat kedua terbaik dalam Peperiksaan Sijl Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta menerima pengurusan terbaik di peringkat PPD Pasir Mas. keputusan STPM 2022 juga menunjukkan prestasi yang positif apabila SMK Rantau Panjang berjaya menduduki tempat kelapan terbaik di negeri Kelantan. Lokasi SMK Rantau Panjang SMK Rantau Panjang, Kelantan merupakan sebuah sekolah yang terletak berhampiran dengan Sungai Golok yang menjadi sempadan antara Malaysia dan Thailand. Jarak antara sekolah dengan kawasan Sungai Golok adalah dalam lingkungan 3 Kilometer (KM). Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar iaitu berhampiran dengan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Kelantan. SMK Rantau Panjang juga merupakan sekolah yang terletak bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas (PPD Pasir Mas). Rajah 1: Tangkapan Layar Google Maps Kawasan SMK Rantau Panjang


30 Persekitaran SMK Rantau Panjang Rajah 2: Pelan Persekitaran SMK Rantau Panjang


31 LAMBANG U Usaha berterusan tanpa jemu LIMA GELUNG Berpegang Kepada Rukun Islam dan Rukun Negara RODA BERIGI Sentiasa mengikuti perkembangan sains dan teknologi BENTUK PERISIAN Lambang kekuatan dan keutuhan BUKU Media utama dalam pendidikan SINAR CAHAYA Memberi sumbangan atau jasa kepada orang lain Logo Sekolah


32 Falsafah SMK Rantau Panjang Bahawasanya kami, guru-guru selaku pendidik di sekolah ini, dengan penuh semangat profesionalisme akan berusaha bersungguh-sungguh memberi bimbingan, pengajaran dan didikan yang bermutu selaras dengan matlamat mencaknakan pendidikan sekolah ini tersohor dalam melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, berwawasan, kreatif dan inovatif, cemerlang, gemilang dan terbilang serta berdaya saing. MOTO SMKRP Ilmu Pembina Bangsa VISI SMKRP Berusaha mencaknakan Pendidikan supaya SMKRP Gemilang 2015 MISI SMKRP Ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kami warga SMKRP akan memastikan misi kami akan dilaksanakan dengan jayanya. Berusaha meningkatkan kecermelangan akademik melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kreatif, inovatif dan efektif. Berusaha meningkatkan kecermelangan sahsiah pelajar melalui program bina insan yang bersepadu dan efisyen. Berusaha meningkatkan kecermelangan ko kurikulum melalui pendekatan yang terancang dan sistematik. Berusaha meningkatkan kecermelangan persekitaran sekolah yang kondusif dengan pelaksanaan program kebersihan, kecerian dan keselamatan. Berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran melalui pendekatan secara telus dan kolektif.


33 Objektif Kualiti SMK Rantau Panjang SMKRP ingin mencapai objektif kecermelangan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah pada awal tahun. Memenuhi kehendak dan harapan pelanggan. Sentiasa menerima penambahbaikan yang berterusan. Dapat melahirkan pelajar yang seimbang (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara Piagam Pelanggan SMK Rantau Panjang Bersedia membantu dan membimbing pelajar-pelajar kea rah mencapai kecermelangan akademik dan non-akademik. Membentuk pelajar menjadi manusia seimbang, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Memberi layanan adil dan saksama, cepat dan mesra kepada semua pelajar, ibu bapa dan Masyarakat. Peka dan prihatin terhadap sebarang masalah pelajar dan bersedia membantu menyelesaikan secara berkesan. Memberi perkhidmatan bermutu dan segera kepada pegawai-pegawai atasan.


34 Bilangan Pelajar Bil. Tingkatan Bil. Kelas Lelaki Perempuan Jumlah 1 Tingkatan 1 7 86 99 185 2 Tingkatan 2 7 90 96 186 3 Tingkatan 3 7 82 101 183 4 Tingkatan 4 8 90 96 186 5 Tingkatan 5 8 87 99 186 6 Tingkatan 6 Rendah 4 22 68 90 7 Tingkatan 6 Atas 4 19 65 84 8 PPKI 5 22 12 34 Jumlah 50 476 624 1134 Bilangan Guru dan Staf Sokongan Bilangan Guru Lelaki Bilangan Guru Perempuan Jumlah 40 62 102 Staf Sokongan Jumlah Ketua Pembantu Tadbir 1 Pembantu Tadbir 1 Penyelia Asrama 1 Pembantu Makmal 2 Pembantu Tadbir Kewangan 1 Pembantu Tadbir 2 Pembantu Pengurusan Murid 3 Pembantu Makmal 4 Pembantu Awam 1 Pembantu Operasi 2 Jumlah 18


35 PENGURUSAN SEKOLAH Pada ammnya, pada tahun 2023 ini SMK Rantau Panjang ditadbir oleh: JAWATAN NAMA PENTADBIR PENGETUA EN. CHE ABDUL PATAH BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN EN. NOOR AZMAN BIN ABDULLAH PENOLONG KANAN HEM TN. HJ. MOHD MARZUKI BIN JAAFAR PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PN. NORIDAANIS BT AZAHARI GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN 6 T. HJ. ZAHARI BIN JUSOH GURU PENOLONG KANAN PPKI EN. MOHD KHAIRUL BIN CHE HASSAN GURU KANAN BAHASA EN. MOHD FAHMI BIN YUSOFF GURU KANAN SAINS SOSIAL PN. BIBI ASHAH BT MOHAMAD SAAL GURU KANAN SAINS & MATEMATIK PN. NORIZA BT YUSOFF GURU KANAN TEKNIK & VOKASIONAL EN. IRWAN BIN OTHMAN 1. Carta Organisasi Sekolah Rajah 3: Carta Organisasi Pengurusan Sekolah


36 Pada dasarnya, struktur organisasi SMK Rantau Panjang, Kelantan dipengerusikan oleh En. Che Abdul Patah bin Ibrahim selaku pengetua sekolah yang mula berkhidmat pada awal tahun 2023 di SMK Rantau Panjang. Struktur organisasi pentadbiran sekolah ini diikuti oleh beberapa orang guru penolong kanan seperti Penolong Kanan Pentadbiran (PKP), Penolong Kanan Hem (PK HEM) dan Penolong Kanan Kokurikulum (PK KO). Pada masa yang sama, oleh sebab sekolah ini mempunyai tingkatan 6 dan juga pelajar PPKI, maka pengurusan sekolah ini juga turut dibantu oleh guru Penolong Kanan Tingkatan 6 dan guru Penolong Kanan PPKI. Bagi memastikan kelancaran dalam pengajaran subjek yang ditawarkan di sekolah ini, maka terdapat beberapa orang guru kanan yang bertanggungjawab akan hal berikut. Pengurusan sekolah ini juga turut dibantu oleh guru-guru yang lain dalam memastikan sekolah ini terus mencatat kejayaan sama ada dalam hal kurikulum dan kokurikulum. Guru-guru juga bertanggungjawab untuk menjamin kemenjadian murid agar dapat melahirkan generasi yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPK) iaitu seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Pengetua adalah individu yang bertanggungjawab akan hal ehwal pengurusan sesebuah sekolah. Sebagai pengetua sekolah, terdapat pelbagai skop tugas yang perlu dilaksanakan dalam memastikan institusi yang ditadbir berjaya merangkul pelbagai kejayaan. Antara skop tugas seorang pengetua dalam bidang pengurusan adalah memberi arahan kepada guru kanan yang bertindak sebagai pembantunya dalam melaksanakan sesuatu kerja. Pengetua akan bertanggungjawab sebagai pemantau untuk memastikan perancangan yang ingin dilaksanakan berjaya mencapai kejayaan. Pengetua juga berperanan untuk mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan komuniti setempat serta beberapa agensi luar yang berkepentingan. Hal ini untuk mengelak daripada berlaku konflik sekiranya timbul permasalahan antara pihak sekolah dan komuniti setempat yang terdiri daripada ibu bapa. Guru penolong kanan pula yang terdiri daripada PKP, PK HEM dan PK KO masingmasing mempunyai bidang tugas tersendiri. Guru Penolong Kanan Pentadbiran terlibat dengan pengurusan berkaitan kurikulum. Perkara berkaitan kecermelangan pelajar berada bawah tanggungjawabnya. Oleh itu, PKP berperanan penting dalam memastikan setiap guru kanan seperti guru kanan bahasa, guru kanan sains sosial, guru kanan teknik vokasional dan guru kanan sains matematik menjalankan tanggungjawabnya iaitu untuk membantu guruguru lain dalam menyusun rancangan pengajaran tahunan dan harian, menyelia aktiviti pengejaran oleh guru-guru, memberi bimbingan kepada guru terlatih, guru baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka. selain itu, Guru Kanan Pentadbiran juga


37 berperanan dalam hal yang berkaitan pengurusan prasarana sekolah, kewangan, dan sebagainya. Guru penolong kanan hal ehwal murid atau PK HEM pula perlu memberi perhatian akan hal-hal pengurusan murid. Perkara berkaitan pematuhan terhadap disiplin sekolah dan juga kebajikan pelajar berada bawah tanggungjawab PK HEM. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid amat berperanan dalam memastikan pembentukan sahsiah pelajar agar mereka sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Sebarang tindakan disiplin akan sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh pelajar akan diputuskan oleh guru PK HEM. Selain itu, guru PK HEM juga akan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Disiplin yang dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali setahun. Pengurusan berkaitan aktiviti kokurikulum sekolah pula akan dikendalikan oleh guru PK KO iaitu Pn. Norida Anis bt Azahari. Beliau bertanggungjawab untuk menyusun, menyelaras dan memantau hal-hal berkaitan kokurikulum. 2. Peraturan Am Perkhidmatan Perguruan Terdapat 22 jenis Peraturan Am yang perlu dipatuhi dan juga dijadikan sebagai panduan oleh setiap guru. Peraturan tersebut adalah berkaitan pakaian guru, waktu rasmi sekolah, fail rekod mengajar, penggunaan harta benda sekolah dan sebagainya. Antara peraturan am perkhidmatan perguruan adalah seperti berikut: BIL. PERATURAN 1. Permit Mengajar/Buku Pendaftaran Guru 1.1 Semua guru dikehendaki mengambil Permit Mengajar sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 1.2 Guru-guru yang telah berkhidmat lebih daripada 5 tahun dinasihatkan supaya membuat Pendaftaran Guru (Buku Biru). 2. Pakaian Guru (Sila rujuk surat Pekeliling Bil 2/1985) 3. Waktu Rasmi Sekolah 7.40 pagi – 2.10 petang 4. Masa Datang / Balik Sekolah 4.1 Semua guru hendaklah tiba di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu rasmi sekolah 4.2 semua guru dikehendaki mengesahkan kehadiran dan masa pulang dengan mengetik kad perakam waktu di pejabat sekolah.


38 5. Keluar Waktu Mengajar 5.1 Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu mengajar tanpa kebenaran Pengetua. 5.2 Guru dikehendaki mencatatkan nama, masa, sebab dan destinasi di dalam Buku Rekod Keluar yang disimpan di pejabat sekolah. 6. Fail Rekod Mengajar 6.1 Fail Rekod Mengajar hendaklah dilengkapkan dengan cermat, teratur, lengkap dan kemas kini. 6.2 Butir-butir berikut hendaklah diisi: - Butir-butir peribadi - Jadual Waktu Peribadi/Tingkatan - Sukatan Pelajaran - Rancangan Pelajaran Tahunan - Nama dan Markah Pelajar - Soalan-soalan Ujian/Peperiksaan - Aktiviti Sepanjang Minggu 7. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 7.1 Guru tingkatan bertanggungjawab melengkapkan APDM 7.2 APDM hendaklah diisi dengan lengkap segala butiran yang sepatutnya 7.3 APDM hendaklah sentiasa dikemaskini 8. Taklimat / Mesyuarat Guru 8.1 Semua guru diwajibkan hadir. Sekiranya tidak dapat hadir sila maklumkan kepada pihak Pengetua 8.2 Pencatat mesyuarat hendaklah mencatat dan menyiapkan minit berkenaan 8.3 Jika mesyuarat diadakan pada hari bukan persekolahan, guru-guru hendaklah berpakaian rasmi (hari bekerja) 9. Jadual Waktu 9.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu mengajar 9.2 Guru hendaklah berada di kelas mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak dibenarkan keluar kelas keucali sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (dengan kebenaran Pengetua) 9.3 Guru yang akan menghadiri kursus atau mesyuarat hendaklah memberitahu pelajar tentang ketidakhadirannya dan memberikan tugasan atau kerja kepada


39 pelajar 10. Jadual Ganti 10.1 Guru hendaklah mematuhi jadual ganti 10.2 Jadual ganti dianggap jadual mengajar dan guru ganti hendaklah berada di kelas berkenaan 11. Surat Arahan / Pekeliling / Maklumat 11.1 Surat Arahan / Pekeliling / Maklumat hendaklah dibaca dengan segera dan diambil tindakan sewarnya. 11.2 Surat-surat Pekeliling Jabatan yang diberi kepada guru hendaklah disimpan dengan baik. Surat berkenaan hendaklah dikembalikan kepada pejabat untuk difailkan. 12. Melaksanakan Arahan Tugas 12.1 Arahan-arahan tugas hendaklah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan 12.2Sekiranya tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan, guru berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua 12.3 Tugas yang sepatutnya dilaksankan oleh guru tidak boleh diserahkan kepada pelajar. 13. Penggunaan Alat-alat Harta Benda Sekolah 13.1 Guru bertanggungjawab menjaga alat / harta benda yang digunakan 13.2Alat yang digunakan hendaklah mendapat keberanan daripada pihak yang berkenaan dan mesti direkodkan 13.3Alat-alat yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada pihak berkenaan dalam keadaan yang sempurna 13.4 Sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera 14. Keselamatan Pelajar 14.1Keselamatan pelajar hendaklah diutamakan baik di bilik darjah, makmal, bengkel, padang dan kawasan sekolah secara am. Pengawasan yang rapi hendaklah diberi perhatian 14.2 Sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan, guru hendaklah melaporkan kepada guru bertugas dengan segera dan memberitahu pihak Pengetua 14.3Jawatankuasa Sekolah Selamat bertanggungjawab menerangkan atau mempamerkan tatcara keselamatan di tempat-tempat berkenaan 15. Bilik Guru


40 15.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga keceriaan bilik guru setiap masa 15.2 Jawatankuasa Bilik Guru bertanggungjawab menguruskan bilik guru 16. Kelab Warga 16.1 Semua guru di sekolah ini secara langsung menjadi ahli Kelab Warga 17. Perjumpaan dengan Orang Luar 17.1Guru adalah dilarang membuat temu janji dengan pihak luar di sekolah pada waktu mengajar khususnya melibatkan hal-hal peribadi 17.2 Untuk makluman guru, orang luar dilarang berjumpa guru atau pelajar di bilik darjah 18. Penulisan Surat Rasmi 18.1 Surat rasmi yang berkaitan perjawatan / lawatan / ceramah akademik dan hal ehawal pelajar hendaklah melalui Pengetua 19. Cuti Sakit 19.1Guru yang tidak dapat bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/PKP dengan segera 19.2Sijil-sijil sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebaik sahaja balik bertugas 19.3 Lain-lain jenis cuti dapat dirujuk kepada pekeliling di pejabat sekolah 20. Kursus 20.1Guru-guru hendaklah mematuhi arahan-arahan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan 20.2Guru berkenaan hendaklah mengingatkan PKP atau Guru Kanan tentang Tarikh kursus untuk tujuan membuat jadual ganti 20.3 Guru perlu menyediakan minit curia/laporan aktiviti semasa berkursus/mesyuarat kepada PK yang berkenaan 21. Larangan Merokok 21.1 Seluruh kawasan sekolah adalah ZON LARANGAN MEROKOK 21.2Pihak sekolah tidak ada kuasa menegah pihak Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan menjalankan tugas di kawasan sekolah. Apa-apa tindakan berkaitan dengan larangan merokok adalah tanggungjawab sendiri 22. Peraturan-peraturan lain yang tidak disebut akan disampaikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


41 3. Carta Organisasi Pengurusan Disiplin Sekolah Rajah 4: Carta Organisasi Pengurusan Disiplin Sekolah Sebagai usaha memastikan pelajar sentiasa berdisiplin ketika mereka berada dalam persekitaran sekolah, guru disiplin memainkan peranan yang penting. Segala hukuman, denda dan juga kesalahan yang dilakukan oleh pelajar akan direkodkan oleh guru disiplin. Pada masa yang sama, guru-guru lain juga perlu membantu untuk membimbing murid agar dapat membentuk keperibadian tinggi dan mempunyai sifat yang mulia. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga perlu membantu guru disiplin untuk menasihati pelajar yang sering melakukan kesalahan bagi mengenal pasti punca mereka bertindak sedemikian. Terdapat beberapa jenis hukuman yang boleh diambil oleh jawatankuasa disiplin sekolah terhadap


42 pelajar sekiranya mereka melalukan kesalahan disiplin. Antara contoh jenis hukuman yang boleh dikenakan adalah hukuman buang sekolah, hukuman gantung sekolah, hukuman dera dan hukuman penahanan. Carta organisasi disiplin sekolah dipengerusikan oleh Pengetua iaitu En. Che Abdul Patah bin Ibrahim. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertindak sebagai Timbalan Pengerusi. Jawatan Naib Pengerusi 1 dan Naib Pengerusi 2 masing-masing disandang oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Jawatan setiausaha disiplin sekolah dipengang oleh Setiausaha Disiplin Sekolah. Guru Disiplin pula bertindak sebagai Penolong Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada Guru Penyelaras Tingkatan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Jawatankuasa disiplin sekolah akan melaksanakan beberapa tugas utama. Antara tugas jawatankuasa disiplin sekolah adalah berkaitan pengurusan peraturan sekolah, menangani masalah disiplin sekolah dan pengurusan pengawas sekolah. Melalui pengurusan peraturan sekolah, jawatankuasa disiplin ini akan mengadakan mesyuarat untuk menyemak, merancang dan melaksanakan beberapa program sebagai usaha menangani isu disiplin semasa. Jawatankuasa disiplin juga perlu merangka dan menentukan dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri. Sekiranya berlaku kes-kes yang serius melibatkan isu disiplin, maka pihak jawatankuasa disiplin ini akan segera melaksanakan mesyuarat untuk membincangkan hal tersebut. Sekiranya berlaku masalah antara pihak sekolah dan ibu bapa berkaitan masalah disiplin pelajar, maka jawatankuasa disiplin sekolah akan menjadi pegawai perhubungan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Perkara berkaitan pengawas sekolah seperti pelantikan kepimpinan pengawas sekolah, bidang tugas dan jadual tugas pengawas sekolah juga turut dikendalikan oleh jawatankuasa disiplin sekolah.


43 4. Ciri-ciri Pengurus Berkesan Pengurusan yang berkesan amat penting dalam memastikan kelancaran sesebuah organisasi. Kepincangan yang berlaku dalam pengurusan akan menyebabkan timbul pelbagai masalah dalam organisasi yang diuruskan. Kejayaan sesebuah organisasi juga turut bergantung pada sistem pengurusan yang berkesan. Pengurusan bagi sekolah ditadbir oleh Pengetua dan dibantu oleh beberapa orang Guru Penolong Kanan. Kepimpinan pengetua yang berkesan akan menjadi pemboleh ubah yang menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Berdasarkan temu bual yang telah dilaksanakan bersama-sama pihak pentadbir, untuk menjadi pengurus yang berkesan, berpengalaman dan proaktif maka pengurus tersebut perlu mempunyai beberapa ciri yang perlu diamalkan. Kepimpinan yang berkesan, dinamik dan berwawasan daripada pihak pentadbir akan melahirkan para pendidik yang komited terhadap tugas sebagai usaha untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mempunyai keperibadian diri yang baik. Pengurus yang berkesan mesti mempunyai kebijaksanaan dalam menangani masalah yang timbul. Sebagai pentadbir sekolah, terdapat beberapa masalah yang perlu dihadapi terutama berkaitan masalah disiplin pelajar. Ibu bapa juga menjadi cabaran utama buat para pentadbir oleh sebab terdapat segelintir ibu bapa yang bertindak kasar terhadap para guru di sekolah. Gaya pemikiran yang rasional serta tindakan yang relevan amat penting bagi seorang pentadbir bagi mengatasi masalah yang timbul. Hal ini memerlukan para pentadbir untuk sentiasa membuat perbincangan dalam memikirkan pelbagai langkah yang sesuai bagi mengatasi masalah yang timbul. Pengurus sekolah yang berkesan juga mesti mempunyai matlamat yang jelas akan perkara yang ingin dicapai dalam kepemimpinannya. Hal ini akan membawa sesebuah organisasi yang ditadbir ke arah yang lebih baik, mempunyai hala tuju yang lebih jelas dan cenderung kepada usaha percambahan ilmu. Pengurusan yang berkesan serta sifat kepimpinan yang strategik daripada seorang Pengetua menjadi faktor kritikal yang akan menentukan kecermelangan organisasi. Oleh itu, dalam usaha untuk menjadi Pengetua yang berwawasan jelas akan organisasi dan kakitangannya, maka elemen seperti mempunyai kemahiran teknikal, mampu bertindak sebagai jurutera manusia, mampu membimbing dan komited terhadap kerja perlu dimiliki. Pengurus yang berkesan juga perlu membuat penilaian akan kemajuan guru serta sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pengetua dan Guru Penolong


44 Kanan yang bertindak sebagai pentadbir sekolah perlu menyelia, membuat cerapan serta memberi motivasi kepada guru-guru lain. Hal ini amat penting untuk memastikan guru-guru mampu bertindak sebagai pakar rujuk dan berupaya membimbing pelajar. Motivasi dan tunjuk ajar daripada pihak pentadbir kepada guru-guru berkaitan kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan cara menguruskan kelas yang berkesan amat penting untuk membolehkan sekolah melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang akademik. Sebagai usaha meningkatkan kemahiran guru, maka pentadbir seperti Pengetua harus melaksanakan program perkembangan kemahiran staf secara berkala. AKTIVITI KURIKULUM Rajah 5: Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum Kurikulum merujuk pada pengalaman pembelajaran yang telah disediakan dalam bentuk rancangan pembelajaran serta sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa bergantung pada keperluan semasa. Kurikulum juga boleh didefiniskan sebagai satu bentuk isi kandungan sesuatu mata pelaajran yang diajar di sekolah atau institusi pendidikan. Pembentukan dan perancangan kurikulum di institusi pendidikan perlu mantap dan kukuh


45 untuk memastikan kurikulum tersebut mampu memenuhi keperluan semasa bagi membentuk perkembangan individu. Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum, pendidik perlu terlebih dahulu memahami dan mendalami falsafah dan matlamat, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Pendidik perlu menguasai pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan mata pelajaran yang ingin diajar serta mahir akan kaedah mengajar. Kemahiran untuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai amat penting untuk membolehkan pelaksanaan kurikulum tersebut berlaku secara berkesan. Oleh itu, kejayaan pelaksanaan sesuatu aktiviti kurikulum akan bergantung pada peranan pendidik. Pengurusan Akademik Sekolah 1. Jadual Waktu Guru Rajah 6: Contoh Jadual Waktu Guru 2. Bebanan Tugas Guru Berdasarkan hasil temu bual yang telah dilaksanakan bersama-sama guru pembimbing dan juga dengan beberapa orang guru lain, mereka berpendapat bahawa terdapat beberapa bebanan yang terpaksa dihadapi oleh seorang guru. Perkembangan globalisasi pendidikan yang berlaku pada hari ini telah mendorong pihak Kerajaan untuk mewujudkan satu sistem


46 pendidikan yang mampu membentuk murid dengan pelbagai kemahiran untuk menempuh cabaran abad ke-21. Hal ini menyebabkan para guru terpaksa memikul pelbagai bebanan tugasan dan seterusnya akan menimbulkan tekanan kepada mereka. Terdapat dua jenis bebanan guru iaitu dikenali sebagai beban tugas bukan akademik dan beban tugas akademik. Tugasan perkeranian yang terpaksa dilakukan oleh guru menjadi bebanan tugas bukan akademik kepada guru-guru. Antara contoh tugas perkeranian tersebut adalah seperti merekod kedatangan pelajar, merekod gred pemarkahan pelajar dan menghadiri mesyurat yang tidak berkait dengan tugasan mengajar. Guru juga perlu mengisi borang, menaip surat, menyediakan sijil dan minit mesyuarat. Kadang-kala, mereka diminta untuk menghadiri mesyuarat sama ada mesyuarat bahagian sekolah, daerah ataupun kebangsaan. Guru juga perlu menghadiri beberapa kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam aktiviti pengajaran. Hal ini telah menyebabkan guru mengalami kekangan masa untuk membuat persediaan pengajaran seperti rancangan pengajaran harian, menyediakan bahan bantu mengajar dan sebagainya. Tugas-tugas akademik seperti berkaitan pengurusan pengajaran juga kadang-kala turut menjadi beban kepada guru. Sebagai contoh, guru perlu menyediakan dan melengkapkan Buku Rekod Mengajar Harian. Buku rekod yang menjadi nadi kepada seorang guru ini perlu disiapkan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Setelah tamat sesi pembelajaran, guru pula perlu membuat refleksi berkaitan tahap kefahaman murid berkaitan tajuk yang diajar. Hal ini dikatakan telah menjadi penambahan tugasan yang terpaksa dilakukan oleh guru-guru. Guru-guru juga diminta untuk membuat pengurusan tugasan, ujian dan peperiksaan pelajar. Melalui skop tugasan tersebut, guru perlu sentiasa menyemak dan memeriksa buku latihan dan nota setiap pelajar. Sebagai usaha meningkatkan tahap kebolehan dan kefahaman murid, guru pula perlu menyediakan soalan latih tubi, soalan peperiksaan percubaan dan soalan peperiksaan penggal atau semester. Setelah ujian dilaksanakan, guru pula perlu memeriksa kertas jawapan ujian tersebut.


47 3. Mata Pelajaran yang Ditawarkan SMK Rantau Panjang secara ammnya menawarkan beberapa mata pelajaran yang terdiri daripada mata pelajaran teras, wajib dan juga elektif. Antara contoh mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut: BIL. MATA PELAJARAN TERAS 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Matematik 4. Sains 5. Sejarah 6. Pendidikan Islam 7. Pendidikan Moral MATA PELAJARAN WAJIB 8. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan MATA PELAJARAN ELEKTIF 9. Bahasa Arab 10. Ekonomi 11. Pendidikan Seni Visual 12. Geografi 13. Kesusasteraan Melayu Komunikatif 14. Asas Sains Komputer 15. Fizik 16. Kimia 17. Biologi 18. Matematik Tambahan 19. Reka Bentuk Teknologi 4. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pentaksiran Bilik Darjah atau PBD merupakan satu aktiviti kurikulum yang berbentuk pentaksiran secara berterusan kepada pelajar. Pentaksiran ini berlaku ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan


Click to View FlipBook Version