48 perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Pelaksanaan PBD ini boleh dilaksanakan sama ada secara formatif atau sumatif. Pada tahun 2011, PBD telah dilaksanakan namun dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PBD). Bermula tahun 2016, PS telah dikenali sebagai PBD. Terdapat perbezaan antara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan PBD. PBS adalah satu pentaksiran berbentuk holistic yang bertujuan menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Perkara ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi Jasmani, Rohani dan Intelek. PBS mempunyai empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Hal ini berbeza dengan PBD iaitu satu bentuk pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang proses PdP untuk semua mata pelajaran. Tujuan PBD dilaksanakan bukan untuk membandingkan tahap penguasaan pelajar, namun ia bertujuan melihat tahap perkembangan murid dalam proses pembelajaran bagi membantu guru membaiki kelemahan pengajaran mereka. PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun melalui beberapa kaedah iaitu seperti pemerhatian, penulisan dan juga lisan. Selain itu, PBD ini juga turut dilaksanakan dengan menilai murid berdasarkan kuiz, pembentangan dan pelbagai aktiviti pembelajaran. Penilaian guru dalam PBD ini adalah berdasarkan pada Standard Prestasi yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) serta berdasarkan pada pertimbangan professional guru. Tahap penguasaan murid dalam PBD ini perlu dilaporkan kepada pihak sekolah, murid dan ibu bapa. Laporan PBD ini dilaksanakan dengan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel. Pelaporan PBD ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebanyak 2 kali setahun. 5. Pencapaian Kurikulum Terdapat beberapa pencapaian yang telah dicapai oleh SMK Rantau Panjang dalam bidang kurikulum. Pencapaian yang baik dalam beberapa keputusan peperiksaan terutama dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) secara tidak langsung telah mengharumkan nama SMK Rantau Panjang. Sebagai contoh, pada tahun 2022 terdapat seorang calon SPM yang telah mendapat keputusan 9A dan sekaligus dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2022 peringkat sekolah. Keputusan STPM 2022 juga turut mencatat peningkatan apabila terdapat dua orang pelajar yang mendapat
49 Rajah 7: Pencapaian Cemerlang SPM danSTPM keputusan 4.0. Kejayaan dua orang pelajar tersebut telah membantu meningkatkan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). PRASARANA SEKOLAH Bangunan pertama yang dibina di SMK Rantau Panjang adalah dikenali sebagai blok A. Bangunan yang menempatkan Bilik Pendidikan Seni, Bilik Jahitan, Bilik SPBT dan Bilik Masakan ini mula digunakan pada 1 September 1967. Pada tahun 1969, Yang Berhormat Menteri Pelajaran iaitu Encik Mohd Khir bin Johari telah merasmikan sebuah bangunan baru di sekolah ini. Pada 21 Februari 1974, terdapat bangunan 3 tingkat yang telah mula didirikan dan kini bangunan tersebut dikenali sebagai Blok B. Bangunan tersebut mula digunakan sepenuhnya pada 1 Januari 1975. Pengetua baru pada tahun 1975 iaitu Tuan Hj Mustafa bin Muhammad telah berusaha untuk memohon meningkatkan pelbagai kemudahan sekolah seperti bangunan Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan juga bangunan asrama sekolah. Hasilnya, semasa pentadbiran Tuan Hj Ariffin bin Hj Idris, SMK Rantau Panjang telah mendapat kelulusan untuk membina 2 blok bangunan 3 tingkat dan 2 tingkat iaitu kini dikenali sebagai Blok D dan Blok F. Bangunan tersebut merupakan kawasan yang menempatkan perpustakaan sekolah. Kini, SMK Rantau Panjang mempunyai perpustakaan yang lebih selesa untuk kemudahan pelajar. Pada tahun 1985, SMK Rantau Panjang menerima jumlah pelajar yang ramai iaitu mencecah 2000 orang murid. Bagi menampung jumlah bilangan murid yang ramai, maka pihak sekolah telah berusaha untuk membina 4 blok bangunan. Hasil daripada usaha Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), maka bangunan tersebut berjaya dibina. Pada tahun 1990, sekolah ini telah mempunyai bangunan KHB yang
50 mengandungi 3 bilik darjah. Selain itu, asrama sekolah juga telah digunakan sepenuhnya dan mampu menampung 100 orang pelajar perempuan dan 60 orang pelajar lelaki. Kawasan tapak perhimpunan pelajar pula telah dibina pada tahun 1993 iaitu semasa pentadbiran Tuan Hj Hassan Bin Senik. Pada tahun 1999, dua blok bangunan yang menempatkan bilik guru bilik bahasa, makmal dan bilik gerakan telah dibina. Dua blok bangunan yang dibina tersebut dikenali sebagai blok F dan G. Kini, SMK Rantau Panjang telah mempunyai 7 blok bangunan yang dikenali sebagai blok A, blok B, blok C, blok D, blok E, blok F dan blok G. Pelbagai kemudahan lain telah tersedia seperti pejabat, bilik guru, makmal fizik, makmal kimia, makmal biologi, bilik gerakan, bilik disiplin, bilik rawatan, makmal PBS, pustaka, stor, koperasi, bilik pengurusan tingkatan 6, dewan dan juga surau. Bangunan blok A, B, dan C terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 3 manakala blok D, E dan G pula terdiri daripada bangunan tingkatan 4, 5 dan 6. Blok F pula terdiri daripada kawasan makmal, bilik bahasa dan juga tandas. Selain itu, terdapat juga bangunan yang menempatkan kelas untuk pelajar-pelajar PPKI yang terdiri daripada lima kelas iaitu PPKI A, PPKI B, PPKI C, PPKI D, dan PPKI E. Setiap kemudahan prasarana yang disediakan di sekolah ini akan diselia oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP). Beliau bertindak sebagai individu yang bertanggungjawab untuk memastikan prasarana dan persekitaran sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa untuk pelajar. Antara perancangan terbaru yang ingin dilaksanakan adalah untuk menambahbaik makmal yang berada di tingkat bawah. Hal ini oleh sebab makmal yang berada di tingkat bawah sentiasa ditenggelami oleh banjir. Sebagai langkah memastikan kemudahan yang disediakan mampu membantu proses pengajaran dan pembelajaran, PKP sentiasa membuat pemantauan secara berkala untuk menilai keadaan prasarana sekolah. Setiap kerosakan yang berlaku akan segera dibaiki demi menjamin keselesaan dan keberkesanan pembelajaran murid.
51 BIL. JENIS PRASARANA KUANTITI 1. KEMUDAHAN FIZIKAL Dewan 1 Kantin 1 Tandas 7 Koperasi Sekolah 1 Blok Sekolah 7 Asrama Lelaki/Perempuan 2 Pejabat 1 Tapak Perhimpunan 1 Bilik Pengawas 1 Bilik Gerakan 1 Bilik Persediaan 1 2. KEMUDAHAN HUMANISTIK Surau 1 Bilik Kesihatan 1 Bilik Kaunseling 1 Bilik Disiplin 1 3. KEMUDAHAN PDP Perpustakaan 1 Makmal 2 Makmal Fizik 1 Makmal Biologi 1 Makmal PBS 2 Makmal Kimia 1 Bilik Guru 1 Bilik SPBT 1 Bilik Darjah 50 Bilik Bahasa 1 Bilik Pendidikan Seni 1 Bilik Jahitan 1 Bilik Masakan 1 Padang 1 Stor Sukan 1
52 Rajah 9: Perpustakaan dan Makmal Rajah 10: Bilik Bahasa dan Bilik Disiplin Rajah 8: Kemudahan Kelas dan Kantin Sekolah
53 AKTIVITI KOKURIKULUM Carta Organisasi Rajah: Kegiatan Kokurikulum merujuk pada aktiviti di luar bilik darjah yang dirancang daripada proses PdP. Aktiviti kokurikulum ini bertujuan memberi peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh dan menagamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari ketika di dalam bilik darjah. Kegiatan kokurikulum di sekolah Kerajaan dan bantuan Kerajaan akan mengandungi perkara berikut: ▪ Penyertaan dalam sukan dan permainan ▪ Penyertaan dalam persatuan dan kelab ▪ Penyertaan dalam pakaian seragam ▪ Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
54 Berdasarkan pada Peraturan-peraturan Pendidikan 1997, aktiviti kokurikulum ini wajib dilaksanakan di semua sekolah. Kegagalan atau keengganan pigak sekolah dalam melaksanakan aktiviti kokurilum ini akan dikategorikan sebagai suatu kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali di bawah penalti am. Berikut merupakan keperluan atau proses dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum peringkat SMK Rantau Panjang: 1. Majlis Sukan Sekolah Majlis Sukan Sekolah terdiri daripada beberapa jawatan seperti: JAWATAN NAMA GURU Setiausaha En. Rosli bin Mohamad Penolong Setiausaha I En. Zulkarnain bin Ahmad Penolong Setiausaha II Pn Nor Hafezah bt Musa AJK Semua Ketua Rumah Sukan Semua Ketua Penasihat Kelab, Sukan dan Permainan En. Azhar bin Ariffin En. Abdul Muhaimin bin Anuar En. Mohd Ridzuan bin Mohd Adenan Mek Tanwa a/p Eh Dam 2. Penglibatan Pelajar dan Guru dalam Kokurikulum Setiap pelajar diwajibkan untuk menyertai mana-mana satu dalam Kelab dan Persatuan, mana-mana satu dalam Unit Beruniform dan mana-mana satu dalam Kelab Sukan dan Permainan/Rumah Sukan. Hal ini selari dengan FPK iaitu untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja seimbang dari segi Intelek, malah turut seimbang dari semua aspek iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum ini perlu direkod. Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum membolehkan mereka dikenakan tindakan disiplin. Guru juga diwajibkan untuk terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Setiap guru perlu menjadi guru penasihat bagi ketiga-tiga bidang kokurikulum tersebut yang terdiri daripada
55 Kelab dan Persatuan, Unit Beruniform dan Kelab Sukan dan Permainan/Rumah Sukan. Guru juga perlu diberi tugas yang spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum. Keengganan guru dalam melaksanakan tugas berkaitan kokurikulum adalah satu kesalahan dari segi keperluan perkhidmatan dan boleh dikenakan tindakan disiplin berdasarkan “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib). Terdapat beberapa bidang kokurikulum di SMK Rantau Panjang iaitu: a. Kelab dan Persatuan b. Unit Beruniform c. Kelab Sukan dan Permainan/Rumah Sukan AKTIVITI KOKURIKULUM JENIS Rumah Sukan 1. Rumah Maharajalela- Hijau 2. Rumah Mat Kilau- Merah 3. Rumah Tok Janggut- Kuning 4. Rumah Bahaman- Biru 5. Rumah Abd Rahman Limbong- Ungu Sukan dan Permainan 1. Bola Sepak 2. Hoki 3. Bola Tampar 4. Ping Pong 5. Badminton 6. Bola Baling 7. Sepak Takraw 8. Bola Jaring 9. Olahraga 10. Catur 11. Petanque 12. Frisbee Kelab Bukan Akademik 1. Kelab Pengguna 2. Kelab Kewangan 3. Kelab Malaysiaku 4. Kelab Inovasi/Rekacipta 5. Kelab Pencinta Alam Sekitar
56 6. Kelab Usahawan Muda/Tunas Negara 7. Kelab Rukun Negara 8. Kelab Usahawan Muda (PPKI) 9. Kelab Rekreasi 10. Kelab Media (Fotografi) 11. Kelab Robotik 12. Kelab Pelancongan 13. Kelab Koperasi 14. Kelab Kebudayaan Persatuan Akademik 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Geografi 4. RBT 5. Seni Visual 6. Sejarah 7. Pendidikan Islam 8. STEM 9. Komputer/ICT Badan Beruniform 1. Kadet Remaja Sekolah 2. Kadet Bersatu 3. Kadet Bomba 4. Pengakap 5. KASPA 6. Bulan Sabit Merah 7. Kadet Polis 8. Puteri Islam 9. Pengakap (Pendidikan Khas)
57 3. Pencapaian Kokurikulum SMK Rantau Panjang telah melakar pelbagai kejayaan dalam bidang kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Antara beberapa pencapaian SMK Rantau Panjang dalam bidang kokurikulum adalah seperti berikut: a. Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSD Pasir Mas Pencapaian: 5 Emas, 3 Perak, 4 Gangsa Rajah 11: Pemenang Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas b. Pertandingan Video Kreatif Peringkat Negeri Kelantan Kategori Pendidikan Khas Sekolah Menengah Pencapaian: Johan Rajah 12: Poster Pertandingan Video Kreatif
58 c. Pertandingan Inovasi Stem dan Robot Battle Peringkat Kebangsaan Pencapaian: - Juara Inovasi Stem Kategori Sekolah Menengah, - Tempat Keempat Separuh Akhir Pertandingan Robot Battle Kategori Intermediate - Suku Akhir Pertandingan Robot Battle Kategori Advance Rajah 13: Pemenang Pertandingan Inovasi STEM dan Robot Battle d. Pertandingan Nyanyian Solo dan Duo Peringkat Negeri Kelantan Pencapaian: Tempat Keempat Kategori Duo Rajah 14: Pemenang Pertandingan Nyanyian Duo
59 e. Kejohanan 18th Invitation of Sara Teakwando Club Kyorugi & Domsae Championship 2023. Pencapaian: Gold Medal dan Silver Medal Rajah 15: Pelajar SMKRP yang Mendapat Gold Medan dan Silver Medal f. Pertandingan Video Kreatif Kategori Sekolah Menengah di Majlis Digital Utilisation and Technology Award Peringkat Negeri Kelantan 2022 Pencapaian: Juara Rajah 16: Juara Pertandingan Video Kreatif
60 g. Pertandingan Young Digital Maker Pencapaian: Pingat Emas Kategori Digital Branding dan Digital Application Rajah 17: Pelajar yang Menyertai Pertandingan Young Digital Maker h. Bola Baling B18 Peringkat Kebangsaan Kategori 3 Kemahiran Pencapaian: Johan Kebangsaan Rajah 18: Pelajar SMKRP Meraih Tempat Pertama dalam Pertandingan Bola Baling 3 Kemahiran
61 REFLEKSI PELAJAR Rancangan Orientasi Kendiir-Komuniti-Sekolah (ROKK-S) menjadi satu keperluan yang perlu dijalani oleh semua pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Tahun 3 Universiti Sains Malaysia. Hal ini menjadi satu program yang akan memberikan pendedahan kepada bakal pendidik berkaitan persekitaran dan tugas seorang guru. Program ini amat bermakna kerana membolehkan saya menimba pelbagai ilmu terutama melalui tugas guru bayangan (Shadow Teacher). Tugasan yang diberikan seperti membantu guru sebelum pelajar menghadapi peperiksaan, masuk ke dalam kelas sebagai gruu ganti dan sebagainya memberikan saya peluang untuk lebih dekat dengan pelajar. Perkara ini membolehkan saya mempelajari pelbagai teknik yang penting seperti cara pengurusan kelas dan teknik mengawal murid. Sumbangan yang diberikan oleh pelajar ROKK-S kepada sekolah melalui program pertolongan cemas juga menjadi aktiviti yang bermakna terutama kepada pelajar sekolah yang terlibat. Kedatangan kami seramai lima orang guru ROKK-S dari USM dan seorang guru ROS dari UIAM diterima baik oleh pentadbir sekolah terutama Pngetua. Kami telah melapor diri kepada Pengetua pada hari ahad yang bertarikh 6/08/2023. Semasa lapor diri sebagai guru ROKK-S tersebut, Pengetua telah membantu untuk menguruskan penetapan guru pembimbing. Selain itu, Pengetua juga turut menjelaskan berkaitan peraturan pemakaian, kehadiran guru ke sekolah, tempat duduk semasa berada di sekolah dan sebagainya. Kami juga turut memaklumkan akan segala keperluan dan juga perkara yang akan kami jalankan sepanjang menjalani program tersebut. Setiap tugasan yang perlu kami jalankan seperti program khidmat komuniti tersebut mendapat sambutan baik daripada Pengetua malah beliau turut menawarkan diri untuk membantu akan segala keperluan. Pelbagai pertolongan dan tunjuk ajar telah diberikan sama ada oleh pihak pentadbir, guru pembimbing dan juga guru-guru lain. Setiap guru di SMK Rantau Panjang menyambut baik kedatangan pelajar ROKK-S ke sekolah tersebut. Mereka sentiasa bersedia untuk berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman berkaitan tugas sebagai pendidik. Pelbagai nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka akan dijadikan panduan untuk membolehkan saya menjadi seorang pendidik yang berwawasan, cemerlang dan dihormati oleh orang sekeliling. Sikap guru SMK Rantau Panjang yang lebih terbuka secara tidak langsung dapat memberikan keselesaan kepada kami untuk menemu bual berkaitan maklumat pengurusan sekolah dan tugas setiap guru yang terdiri daripada guru kanan, guru panitia, guru kantin, guru disiplin
62 dan sebagainya. Hal ini membolehkan kami semua menamatkan tugasan sebagai guru ROKK-S di SMK Rantau Panjang dengan baik dan sempurna. Melalui program seperti ini, saya berharap agar hal ini membolehkan saya membuat persediaan sebelum menjalani Latihan Mengajar pada semester terakhir nanti. Setiap perkara yang dipelajari melalui program ROKK-S ini akan dimanfaatkan untuk menjalani Latihan Mengajar.
63 PENUTUP Program ROKK-S yang perlu dijalani oleh semua pelajar daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan ini amat baik untuk membiasakan diri bakal guru dengan persekiran sekolah yang sebenar. Hal ini akan membolehkan bakal guru lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah ketika Latihan Mengajar pada semester terakhir. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada pihak SMK Rantau Panjang yang terdiri daripada para pentadbir, guru bimbingan, guru-guru, staf serta semua pelajar. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang terlibat dengan sesi temu bual skop tugas dsan guru yang menguruskan projek khidmat komuniti. Saya juga turut ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan ROKK-S dari USM dan juga seorang guru ROS dari UIAM. Sepanjang menjalani program ROKK-S ini, rakan-rakan telah banyak membantu dalam memudahkan segala urusan terutama ketika melaksanakan projek khidmat komuniti tersebut. Melalui bantuan rakan-rakan juga, saya berjaya menamatkan tugasan ROKK-S ini dengan baik dan sempurna. Sepanjang menjalani program ROKK-S. pelbagai ilmu telah diperoleh antaranya berkaitan pengurusan sekolah, pengurusan murid, pengurusan prasarana dan sebagainya. Ternyata, tugas seorang guru bukan hanya terhad di dalam kelas sahaja namun guru perlu melakukan pelbagai kerja sampingan berkaitan kerja perkeranian seperti merekod kehadiran pelajar, memasukkan markah pelajar, membuat soalan dan turut terlibat dengan pelbagai program sekolah. Oleh itu, program ROKK-S ini telah menyedarkan saya dan rakanrakan bahawa untuk menjadi guru cemerlang kita perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal.
64 LAMPIRAN SEPANJANG MENJALANI ROKK-S DI SMKRP Rajah 19: Temu Bual Pengetua Rajah 20: Temu Bual PKP
65 Rajah 21: Temu Bual PK HEM Rajah 22: Temu Bual PK KO
66 Rajah 23: Temu Bual Guru Panitia dan Guru Cemerlang Mata Pelajaran Geografi Rajah 24: Temu Bual Ketua Bidang Sains Sosial
67 Rajah 25: Temu Bual Guru Pembimbing Rajah 26: Temu Bual Guru Kantin
68 Rajah 27: Bersama-sama Guru Pembimbing di Dalam Kelas 1K Rajah 28: Mengawasi Kelas yang Menduduki Peperiskaan Rajah 29: Projek Pertolongan Cemas Bersama Pelajar PBSM SMK Rantau Panjang
69 Rajah 30: Melakukan Aktiviti Bersama Pelajar Ketika Menggantikan Guru yang Tidak Hadir Rajah 31: Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Rajah 32: Bertugas di Pintu Pagar Sekolah dan Melukis Kenangan di SMKRP
70 Rajah 33: Menampal Nama Kelas di Tapak Perhimpunan Rajah 34: Program Gotong-royong Mengecat Dinding SMKRP
71 Rajah 35: Majlis Bacaan Yaasin Rajah 37: Trofi yang Pernah Dimenangi SMKRP
72 Rajah 38: Bersama-sama Guru ROKK-S Rajah 39: Penyampaian Hadiah Kepada Pihak Sekolah
LAMPIRAN BORANG MAKLUM BALAS RANCANGAN ORENTASI KENDIRI KOMUNITI-SEKOLAH (ROKK-S) Tarikh: 6/8/2023 Kepada: Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang U/P. PM Dr. Rabiatul-Adawiah binti Ahmad Rashid (Pengerusi Rancangan Latihan Mengajar/Praktikum) Tuan/Puan, PENGESAHAN PENERIMAAN GURU PELATIH UNTUK RANCANGAN ORIENTASI KENDIRI KOMUNITI-SEKOLAH (ROKK-S), SIDANG AKADEMIK 2022/2023 Saya merujuk kepada surat tuan bil. Ruj. USM/PPIP/B/ROKK-S (01) Jld.1, yang bertarikh 1 Ogos 2023. 2. Dengan ini saya bagi pihak sekolah bersetuju / tidak bersetuju menerima pelajar berikut untuk menjalani latihan internship di sekolah ini. Bil. Nama Pelajar No. K/Pengenalan 1 MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN ALIAS 001001-03-0813 2 MUHAMMAD ASRAFF BIN ZAKARIA 001120-03-0517 3 NUR FATIHA BINTI ABD. SALAM 000522-03-0494 4 NOR SALIHAH BINTI NAWI 010101-03-0284 5 SITI KHAIRUN NISA BINTI ZAKARIA 000227-03-0416 Sekian, terima kasih. (Tandatangan & Cop Pengetua/Guru Besar) Nama Sekolah: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG Alamat Sekolah: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG, JALAN LUBOK SETOL, 17200 RANTAU PANJANG, KELANTAN No. Tel./No. Fax: 097950450/ 07951819 Nama Guru/Pegawai Yang Boleh Dihubungi: 2019/Syazwani
REKOD KEHADIRAN ROKKS TEMPOH : 6/08/2023-24/08/2023 NAMA : MUHAMMAD ASRAFF BIN ZAKARIA TARIKH MASA MASUK MASA KELUAR TANDATANGAN GURU PEMBIMBING TANDATANGAN PENTADBIR 6/8/2023 7:15 am 2:10 pm 7/8/2023 7:15 am 3:30 pm 8/8/2023 7:15 am 4:30 pm 9/8/2023 7:20 am 2:10 pm 10/8/2023 7:05 am 2:10 pm 14/8/2023 7:10 am 2:10 pm 15/8/2023 7:10 am 2:10 pm 16/8/2023 7:15 am 2:10 pm 17/8/2023 7:20 am 2:10 pm 18/8/2023 7:25 am 2:10 pm 19/8/2023 7:15 am 2:10 pm 20/8/2023 7:10 am 2:30 pm 21/8/2023 7:05 am 2:10 pm 22/8/2023 7:10 am 2:10 pm 23/8/2023 7:10 am 2:10 pm 24/8/2023 7:00 am 2:10 pm
Cop Sekolah: (Tandatangan & Cop (Pengetua/Pentadbir)
KERTAS KERJA TAJUK PROGRAM : BENGKEL ASAS PERTOLONGAN CEMAS PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH : GURU PRAKTIKAL USM/UIAM BERSAMA UNIT KOKURIKULUM SMKRP
Bengkel Asas Pertolongan Cemas Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Bengkel Asas Pertolongan Cemas Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang dianjurkan pada 9 Ogos 2023 (Rabu) oleh Guru Praktikal USM/UIAM. Rasional bengkel ini dijalankan untuk mengasah kemahiran dan memberi ruang kepada muridmurid untuk mengaplikasikan ilmu pertolongan cemas dalam satu situasi sebenar. Hal ini selaras dengan objektif untuk menyediakan sukarelawan yang mampu bertindak sebagai ‘first aider’ dalam sebarang bentuk kecemasan. Bukan itu sahaja, bengkel ini juga mampu menjadi kunci kepada pembinaan semangat kerjasama antara ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama murid. Justeru itu, bengkel ini merupakan satu pendekatan penting yang bukan sahaja mampu membenarkan muridmurid untuk belajar tentang teori pertolongan cemas malah juga memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang bantuan kecemasan, iaitu melalui pengalaman dalam operasi menyelamatkan mangsa. Memupuk semangat berpasukan dan mengukuhkan kemahiran bekerjasama antara murid melalui pelaksanaan aktiviti berkumpulan. Mengaplikasikan teori-teori dan kemahiran pertolongan cemas dalam operasi menyelamatkan mangsa. Mengasah kemahiran ahli dalam bantuan kecemasan dan mendidik mereka supaya mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam sebarang bentuk situasi. Mengukuhkan kerjasama dan membina hubungan silaturahim yang erat antara murid. Mengasah pengetahuan dan kemahiran murid-murid tentang ilmu pertolongan cemas BSMM dan mengaplikasikannya dalam situasi sebenar. Melahirkan barisan ‘first aider’ yang. berfikiran kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan sebarang tugasan yang dilaksanakan 1. TAJUK PROGRAM 2. PENGENALAN DAN KUMPULAN SASARAN/PENYERTAAN 3. OBJEKTIF SELARAS DENGAN PEMETAAN 4. IMPAK PROGRAM
5. TENTATIF PROGRAM Tarikh / Hari : 9 Ogos 2023 Masa : 8:00 pagi (9 Ogos 2023) – 10:40 pagi (9 Ogos 2023) Lokasi : Dewan Makan Asrama SMK Rantau Panjang 6. ATURCARA Tarikh : 9 Ogos 2023 (Rabu) MASA AKTIVITI 8:30 pagi – 8:40 pagi Murid berkumpul Nyanyian lagu • Lagu Negaraku • Lagu SMK Rantau Panjang • Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia 8:40 pagi – 8:45 pagi Bacaan doa 8:45 pagi – 9:00 pagi Ucapan kata alu-aluan Penolong Kanan Kokurikulum dan Pengetua 9:00 pagi – 9:30 pagi Ceramah Bengkel Asas Pertolongan Cemas Bulan Sabit Merah Malaysia 9:30 pagi – 10:15 pagi Demonstrasi balutan • Ikatan buku sila (reef knot) • Balutan siku • Balutan kepala • Balutan cincin 10:15 pagi – 10:30 pagi Sesi soal jawab 10:30 pagi – 10:40 pagi Sesi pembahagian cenderahati 10:40 pagi Bersurai
7. JAWATANKUASA PELAKSANA BIL JAWATAN NAMA 1. Penasihat Encik Che Abdul Patah bin Ibrahim (Pengetua) 2. Pengerusi Encik Mohd Marzuki bin Jaafar (PK HEM) 3. Timbalan Pengerusi Puan Norida Anis binti Azahari (PK Kokurikulum) 4. Setiausaha Puan Wan Normariani binti Wan Mohd Zain 5. Penolong Setiausaha Encik Shamsudin bin Muda (Setiausaha Disiplin) 6 Bendahari Puan Faniah binti Musa (Guru Disiplin) 7. Ahli Jawatankuasa Projek Guru Pelatih USM: 1. Muhammad Alif Aiman bin Alias 2. Muhammad Asraff bin Zakaria 3. Nor Salihah binti Nawi 4. Nur Fatiha binti Abd. Salam 5. Siti Khairun Nisa binti Zakaria Guru Praktikal UIAM: 1. Muhammad Irfat bin Ramli
8. KEWANGAN Berikut ialah anggaran pendapatan/perbelanjaan bagi program tersebut Butiran Pendapatan Butiran Cadangan Perbelanjaan -Sumbangan Guru RM 99.80 Peralatan Penolong 1. Kain anduh (10 x RM 40.00 Kanan RM 4) Kokurikulum (Alumni Cenderahati Cemerlang Alat tulis (23 RM 55.00 USM) Paket x RM 2.40) Riben (2 x RM 2.40) RM 4.80 Jumlah pendapatan (A) RM 99.80 Jumlah perbelanjaan (B) RM 99.80 JUMLAH (A) – RM 0.00 JANA PENDAPATAN JUMLAH KEUNTUNGAN / KEUNTUNGAN (B) RM 99.80 – RM 99.80 9.0 SUMBER KEWANGAN Kos perbelanjaan dalam melaksanakan bengkel ini ditanggung sepenuhnya oleh Penolong Kanan Kokurikulum (Alumni USM). 10.0 PENUTUP Guru praktikal berharap agar “Bengkel Asas Pertolongan Cemas Bulan Sabit Merah Malaysia” ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan murid mengenai pertolongan cemas. Hal ini dikatakan demikian kerana, bengkel ini boleh dijadikan sebagai persiapan awal kepada murid-murid bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan.
POSTER HEBAHAN
*NO. RUJ: LAPORAN KEJAYAAN BENGKEL ASAS PERTOLONGAN CEMAS PBSM 1.0 BUTIRAN PROGRAM Nama Kursus : Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) SMK Rantau Panjang Nama Projek : Bengkel Asas Pertolongan Cemas PBSM Tarikh : 9 Ogos 2023 (Rabu) Tempat : Dewan Makan Asrama SMK Rantau Panjang 2.0 SEKRETARIAT PROJEK Penasihat : Encik Che Abdul Patah bin Ibrahim (Pengetua) Pengerusi : Encik Mohd Marzuki bin Jaafar (PK HEM) Timbalan Pengerusi : Puan Norida Anis binti Azahari (PK Kokurikulum) Setiausaha : Puan Wan Normariani binti Wan Mohd Zain Penolong Setiausaha : Encik Shamsudin bin Muda (Setiausaha Disiplin) Bendahari : Puan Faniah binti Musa Ahli Jawatankuasa : 1) Muhammad Asraff bin Zakaria 2) Muhammad Aliff Aiman bin Alias 3) Nor Salihah binti Nawi 4) Nur Fatiha binti Abd. Salam 5) Siti Khairun Nisa binti Zakaria 6) Muhammad Irfat bin Ramli
3.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN 1. CERAMAH BENGKEL ASAS PERTOLONGAN CEMAS Ceramah bengkel asas pertolongan cemas yang mengambil masa selama 30 minit ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan teknik pertolongan cemas untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami “choking” atau tercekik. Melalui ceramah ringkas ini, peserta yang terdiri daripada pelajar PBSM tingkatan 1 hingga 3 ini didedahkan tentang ciri-ciri mangsa yang mengalami “choking”. Selain itu, peserta juga turut diberi pengetahuan tentang cara menyelamatkan mangsa yang terdiri daripada golongan bayi, kanak-kanak dan dewasa. Demonstrasi berkaitan kaedah menyelamat juga turut ditunjukkan oleh guru praktikal untuk meningkatkan lagi kefahaman peserta. Beberapa orang peserta juga telah dipilih untuk membuat demonstrasi tersebut bagi memastikan mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan yang telah diperoleh. 2. DEMONSTRASI BALUTAN Sebelum menjalankan demonstrasi balutan, peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan kecil dan setiap kumpulan mendapat dua hingga tiga helai kain anduh untuk digunakan semasa demonstrasi dijalankan. Antara balutan yang didemonstrasikan oleh guru-guru praktikal ialah: a) Ikatan buku sila atau “reef knot” b) Balutan anduh besar c) Balutan kepala d) Balutan cincin Semasa demonstrasi balutan dijalankan, para peserta diminta untuk sama-sama membuat balutan yang ditunjukkan oleh fasilitator tersebut. Setiap ahli kumpulan juga bergilir-gilir membuat balutan yang diajar supaya kesemua ahli kumpulan mendapat pengalaman untuk mencuba sendiri membuat balutan kepada rakan-rakan mereka. 3. SESI SOAL JAWAB / KUIZ Dalam sesi ini, beberapa soalan kuiz berkaitan asas pertolongan cemas telah dikemukakan kepada para peserta. Peserta yang dapat menjawab soalan kuiz telah diberikan hadiah sebagai penghargaan kepada mereka atas keberanian menjawab soalan yang diajukan.
4.0 PENYATA KEWANGAN BUTIRAN PENDAPATAN BUTIRAN PERBELANJAAN - Sumbangan Guru RM99.80 Peralatan 1. Kain Anduh (10 x RM4) Cenderahati 1. Alat Tulis (23 paket x RM2.40) 2. Riben (2 x RM2.40) Penolong Kanan Kokurikulum (Alumni RM40.00 USM) RM55.00 RM4.80 Jumlah RM99.80 Jumlah RM99.80 PENDAPATAN KEUNTUNGAN / KERUGIAN RM0.00
5.0 PESERTA YANG TERLIBAT BILANGAN PESERTA KATEGORI PESERTA TEMPATAN JUMLAH L P PELAJAR PBSM TINGKATAN 1, 2 DAN 3 17 33 50 JUMLAH KESELURUHAN 50 6.0 LAPORAN RINGKAS KEJAYAAN PROJEK Program Bengkel Asas Pertolongan Cemas PBSM yang telah dilaksanakan di SMK Rantau Panjang telah mencapai objektif yang ditetapkan dalam kertas kerja. Terdapat pelbagai faedah yang diperoleh oleh semua peserta melalui program ini. Penyertaan peserta juga menunjukkan sambutan yang memberangsangkan iaitu seramai 50 orang peserta yang melibatkan murid PBSM tingkatan 1 hingga 3. Selain itu, program ini juga telah berjaya dimulakan dan diakhiri pada waktu yang telah ditetapkan dalam kertas kerja disebabkan adanya kerjasama yang baik antara guru-guru praktikal dan juga peserta. Kerjasama dalam pelbagai aspek antara 5 orang guru praktikal dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan seorang guru praktikal dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah melancarkan program ini sehingga ke penghujungnya. 7.0 FAEDAH YANG DIPEROLEHI OLEH PESERTA PROJEK (FAEDAH URUSETIA) Program Bengkel Asas Pertolongan Cemas PBSM telah memupuk semangat berpasukan dan mengukuhkan kemahiran bekerjasama antara peserta yang terdiri daripada murid Tingkatan 1, 2 dan 3. Selain itu, program ini juga telah memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan ilmu pengetahuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung. Akhir sekali, program ini telah berjaya mempromosi dan memberi kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan untuk menguasai ilmu pertolongan cemas dalam situasi yang tidak dijangka.
8.0 MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA PROJEK DILAKSANAKAN 1. Pada awalnya, program ini dirancang untuk melibatkan semua pelajar yang terdiri daripada murid Tingkatan 1, 2 dan 3. Namun demikian, oleh sebab jumlah pelajar yang terlalu ramai serta ruang dewan yang terlalu kecil, maka kami memutuskan untuk menfokuskan kepada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 yang menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sahaja. 2. Kekurangan dana untuk menampung program yang ingin dilaksanakan juga menyebabkan kami hanya memilih pelajar PBSM tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Hal ini sebagai langkah untuk menjimatkan perbelanjaan alatan yang ingin digunakan ketika program berlangsung. 9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK 1. Pengarah projek perlu menyediakan pelan kedua sebagai persediaan sekiranya berlaku sebarang kemungkinan yang boleh menganggu kelancaran program. 2. Menyusun masa dengan baik supaya aktiviti dapat dimulakan dan diakhiri pada waktu yang tepat. 10. GAMBAR AKTIVITI PROJEK [ Pada Bahagian Lampiran]
DISEDIAKAN OLEH:
LAMPIRAN
Resit perbelanjaan sepanjang program