The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program Transformasi Minda (PTM) KPM Siri 1 Tahun 2022 Anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak , Kota Samarahan Secara Dalam Talian (21.3.2022 sehingga 25.3.2022)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-47280601, 2022-03-27 00:26:30

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 1 TAHUN 2022 KELOLAAN IPGKTAR

Program Transformasi Minda (PTM) KPM Siri 1 Tahun 2022 Anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak , Kota Samarahan Secara Dalam Talian (21.3.2022 sehingga 25.3.2022)

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM
TRANSFORMASI MINDA
(PTM) SIRI 1 TAHUN 2022
SECARA DALAM TALIAN
ANJURAN INSTITUT
PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN ABDUL
RAZAK, KOTA
SAMARAHAN

TARIKH: 21 MAC 2022 SEHINGGA 25 MAC 2022
MELALUI PAUTAN GOOGLE MEET



LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : 1
Topik : Sesi Pengenalan: Integrasi Kumpulan

Penceramah : Dr. Christie Augustine Kiek

Tarikh / Hari : 21 Mac 2022

Masa : 1000-1200

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 1

(Ketua/Bacaan Doa) Khairul Nizam bin Azman

(Pengerusi Majlis) Erwiani binti Normal

(Pencatat) Tiong Chiong Nguong

(AJK Teknikal) Franklin Serit anak Duart

Laporan Aktiviti:

Aktiviti dalam Slot 1 bermula dengan kehadiran para urus setia, para peserta, para
pemantau dan seterusnya penceramah.

Sebaik sahaja nyanyian lagu tersebut selesai, wakil kumpulan bertugas iaitu Khairul
Nizam bin Azman memimpin bacaan doa.

Setelah itu, slot diteruskan lagi dengan memperkenalkan penceramah, Dr. Christie
Augustine. Beliau merupakan Dr. di Insitut Pendidikan Guru Kampus Tunku Abdul
Razak dalam bidang Unit Psikologi dan Kaunseling, dan sentiasa membimbing
pelanggan dalam menangani masalah kekeluargaan dan kampung.

(Permulaan SLOT 1)

Dalam permulaan, Dr Christie menanyakan tentang perasaan guru melibatkan
diri dalam Program Transformasi Minda (PTM). Selepas beliau mendapat

maklum balas daripada guru, beliau merumuskan bahawa perasaan gementar
dalam kalangan guru adalah perkara biasa. Terdapat juga guru sangat
bersemangat melibatkan diri dalam PTM, guru-guru sangat positif,
bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut dan bersemangat ingin tahu
peranan guru dalam PTM.

(Perkembangan SLOT 1)

Dalam perkembangan slot 1, Dr. Christie menekankan kepada empat perkara,
iaitu interpersonal, personaliti, integriti dan komunikasi positif.

Pertama, kemahiran interpersonal merupakan kemahiran penting dalam
satu pasukan. Dr. Christie menanyakan tentang cara memujuk guru apabila
guru tidak bersemangat. Salah satu guru menyatakan bersifat fikiran terbuka
dalam menghadapi cabaran dan menerima kekurangan diri dan belajar dari
pengalaman. Situasi Kedua, apa yang perlu buat sekiranya salah satu anggota
dalam kumpulan tidak hendak bercakap. Perkara yang perlu diselesaikan
adalah mengenali kegemarannya. Guru juga mendemonstrasi cara memujuk
anggota tersebut berkomunikasi. Contohnya, makananan kegemaran,
kekerapan makan makanan tersebut, minuman kegemaran dan sebagainya.
Beliau juga meminta guru-guru mendemonstrasi berdasarkan situasi diberikan.

Dari aspek psikologi, bahasa badan merupakan ciri yang penting apabila
berdepan dengan orang lain. Kita hendaklah tengok mata orang semasa
bergaul. Dr. Christie meminta Jane dan Jenny berkomunikasi dan seterusnya
membincangkan tentang peranan yang sesuai kepada kedua-dua cikgu. Jane
merupakan pengikut yang baik kerana dia memberikan peluang kepada orang
lain tetapi dia perlu berlatih menjadi ketua yang baik. Jenny merupakan ketua
dan pengikut yang baik. Beliau juga menegur bahawa elak tanya tentang kerja.

Kedua, personaliti. Dr. Christie menekankan obsesi bersesuaian adalah
positif tetapi obsesi keterlaluan adalah negatif dalam kumpulan. Beliau
memberikan situasi dan meminta pelajar menjawab soalan. Contoh soalan
yang pertama ialah di mana dan bagaimana kasut letak. Kedua, bagaimana
dengan susunan bahan pada meja? Soalan seterusnya ialah berkenaan baju
yang dipakai ke tempat kerja. Terdapat guru menyatakan emosi menjejaskan
warna pilihan. Orang sebegini ialah emosi bergoyang.

Ketiga, integriti. Integriti merupakan saling percaya dengan kawan dalam
kumpulan. Beliau menekankan jangan percaya sepenuhnya pada orang lain

termasuk orang yang terdekat. Orang hanya memaparkan apa yang kita dapat
nampak sahaja dan ia hanya hujung gunung ais. Yang selebihnya adalah apa
yang kita dapat nampak. Beliau juga menerima satu kes di mana keluarganya
sangat kaya tetapi anaknya mengadu bahawa dia mengalami emosi dera.
Kesimpulannya, keputusan adalah walaupun anaknya mempunyai barangan
mewah tetapi dia tidak dapat kasih daripada ibu bapa.

Keempat, komunikasi positif. Dr. Christie menekankan komunikasi positif
bukan komunikasi berkesan. Cara komunikasi positif ada tiga bahagian, iaitu
permulaan, pertengahan dan akhir. Permulaan dan pengakhiran mesti ayat
yang berpositif manakala pertengahan adalah penerangan dan tema dalam
perbualan. Beliau memberikan beberapa situasi dan meminta pelajar
menjawab soalan. Contoh yang diberikan adalah berkaitan dengan kehidupan
seharian. Soalan pertama, bagaimana memujuk isteri yang sakit makan
hidangan? Soalan kedua, bagaimana cucu memujuk nenek makan hidangan?
Soalan ketiga, bagaimana ibu hendak mengurangkan anaknya selalu keluar
dari rumah? Soalan empat, bagaimana pengetua menegur guru yang beretika
pakaian yang kurang professional? Jawapan guru-guru adalah berpuas hati
kepada beliau. Situasi perbincangan sangat mnenarik perhatian guru-guru.
Cara- cara sebegini juga dapat memantau kehendak atau punca menyebabkan
berlaku hal.

Pengakhiran SLOT 1

Slot ini berakhir dengan merumuskan empat isi penting, iaitu interpersonal,
personaliti, integriti, dan komunikasi positif. Beliau memaklum bahawa guru
boleh menghubung beliau melalui talian kasih kaundeling (15999) atau nombor
telefon beliau (0138017823).

Kekuatan:

Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan slot
tersebut.

Terdapat masalah yang minimum seperti berlaku masalah teknikal pada awal
ceramah tetapi telah diselesaikan dengan segera.

Kelemahan:
Sesetengah peserta menghadapi masalah rangkaian internet.
Cadangan Penambahbaikan:
Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal atau memaklumkan kepada

urus setia berkenaan dengan masalah rangkaian yang dihadapi.

Laporan Disediakan oleh:

(Tiong Chiong Nguong )

LAMPIRAN

LAPORAN BERGAMBAR

Gambar 1 – Dr. Christie memulakan ceramah

Gambar 2: Peserta menjawab soalan Dr. dengan aktif

Peserta menikmati ceramah daripada Dr. Christie
Peserta amat aktif dalam memberikan komen dalam In-call message

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1
TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : 2
Topik : Hala Tuju Negara

Penceramah : En. Mazlan bin Junaidi

Tarikh / Hari : 21 Mac 2022 / Isnin
Masa : 12.00 – 12.45pm

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 1, 2 dan 3

(Pengerusi Majlis – Nurul Aqilah)

(Pencatat – Rupi anak Dureng)

(AJK Teknikal – Franklin Serit Duart)

Laporan Aktiviti:

Aktiviti dalam Slot 2 bermula dengan kehadiran para urus setia, para peserta, para
pemantau dan seterusnya penceramah. Setelah itu, slot diteruskan oleh pengerusi
majlis dengan memperkenalkan nama penceramah Slot 2 dan latar belakang
pendidikan dan pencapaian penceramah. Bagi Slot 2, penceramah yang dijemput
kali ini ialah Encik Mazlan bin Junaidi. Beliau berkhidmat di IPGK Tun Abdul Razak,
Samarahan di Jabatan Sains Sosial dan Teknologi. Kelayakan tertinggi beliau
adalah di peringkat Sarjana Pengurusan Pendidikan dari Universiti Malaysia Sabah.
Kini, beliau telah berkhidmat selama 30 tahun dengan gred yang disandangnya ialah
gred DG54. Selain itu, beliau turut menambahkan ilmu dengan mengambil ikhtisas
Diploma Pendidikan dengan subjek majornya iaitu Bahasa Melayu manakala subjek
minor ialah Geografi. Berikut merupakan serba sedikit perkongsian daripada En.
Mazlan sepanjang sesi ceramah slot 2.

(Permulaan SLOT 2)

Penceramah memuat naik slaid pembentangan yang bertajuk Hala Tuju Negara.
Sesi ini dimulakan dengan menyatakan nama tajuk slot 2 iaitu Hala Tuju Negara.
Penceramah mulanya menyatakan tampuk pemerintahan negara yang kini dipegang
oleh Perdana Menteri ke-sembilan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Slaid
seterusnya menyatakan kelainan konsep yang diperkenalkan oleh PM Ismail Sabri
iaitu Konsep „Keluarga Malaysia‟ dan beliau menyeru rakyat supaya berganding
bahu untuk memulihkan negara baik dari segi ekonomi, keamanan dan seterusnya
kesejahteraan rakyat. Fokus utama dalam menentukan hala tuju negara adalah
dengan melihat aspek integriti penjawat awam, tadbir urus yang baik sesebuah
kerajaan, pengasingan kuasa dan rule of law. Berdasarkan isu integriti yang
melibatkan penjawat awam, penceramah berkongsi tentang laporan yang mana
SPRM telah menahan „Datuk‟ berkaitan kes Tourism Malaysia yang melibatkan
rasuah, penemuan audit dan penyimpangan daripada objektif. Di dalam kes
tersebut, didapati sebanyak 110 penyata kewangan telah diberi Pendapat Tanpa
Teguran, 6 Pendapat Berteguran, 1 Pendapat Bertentangan, Penafian Pendapat dan
13 Penyata kewangan masih belum dimuktamadkan. Berikutan dengan sikap
integriti seorang penjawat awam, penceramah turut mengaitkan dengan sikap guru
yang menyeleweng duit pelajar. Misalnya, menggunakan wang pelajar untuk
kepentingan diri dan menggantikannya di kemudian hari. Penceramah sempat
meminta respon daripada para perserta apakah mereka boleh membuat hal
sedimikian. Selain itu, penceramah juga menegur sikap guru yang mengajar tidak
selari dengan Rancangan Pengajaran Harian mereka.

(Perkembangan SLOT 2)

Selari dengan matlamat untuk membangunkan semula negara kita, penceramah
menegaskan bahawa negara seharusnya memiliki pekerja-pekerja yang memiliki
sikap integriti, amanah dalam menjalankan tugas, “Tiger of Asia”, maju dari segi
teknologi dan inovasi, banyak peluang pekerjaan tempatan, pengurangan beban
hutang dan mesra perniagaan. Perlembagaan Persekutuan 1948 merupakan
undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi asas kepada Hala Tuju Negara. Di
bawah Hala Tuju Malaysia terdiri cabang-cabang kecil iaitu hala tuju kementerian,
hala tuju jabatan, hala tuju badan berkanun, hala tuju badan tidak berkanun dan hala
tuju syarikat. Kesemua hala tuju saling mendukung untuk mencapai objektif
membangunan semula negara kita. Aspirasi Malaysia pasca 2020 iaitu „Satu negara,
satu bangs dan satu impian‟ merupakan satu harapan yang disuarakan daripada
lubuk hati rakyat. Selain itu, untuk kemajuan negara juga, belanjawan 2021
memperuntukkan sebanyak RM322.5 bilion yang merangkumi RM236.5 bilion
perbelanjaan mengurus, RM17 bilion untuk perbelanjaan tabung covid-19 dan 69

bilion bagi perbelanjaan pembangunan negara. Matlamat belanjawan 2021 ini
adalah demi kesejahteraan rakyat terutama semasa memerangi pandemic covid-19,
pekerjaan dan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan untuk ketahanan
ekonomi yang banyak mengalami kejatuhan pada musim pandemik yang lepas. Di
samping itu, falsafah negara adalah untuk mencapai perpaduan bagi memastikan
negara aman dan makmur serta dapat menjadi sebuah negara maju di masa akan
datang. Negara kita juga dijenamakan semula dengan kali ini untuk mencapai
perpaduan, menjadi negara maju, komitmen kepada rakyat, menunaikan janji dan
imej negara yang bersih. Formula kejayaan bagi sesebuah negara yang harmoni
adalah menggunakan formula perpaduan. Rakyat yang bersatu akan mewujudkan
keamanan, ekonomi berkembang dan kukuh, membawa kepada negara maju, kuat
dan stabil. Oleh itu, harus wujud sikap penerimaan di mana satu kaum menerima
kaum yang lain bukan sekadar bertoleransi iaitu menghargai dan menghormati
perbezaan kaum. Justeru itu, keadilan sosial juga dapat diterapkan apabila nasib
semua kaum akan terbela tanpa mana-mana kaum dipinggirkan. Seterusnya,
penceramah juga berkongsi tentang penerapan budaya dan nilai untuk memajukan
negara. Terdapat 4 budaya yang diterapkan iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya
ketepatan, budaya inovasi dan budaya ilmu. 4 nilai juga harus diamalkan jika ingin
memajukan negara iaitu nilai integriti, ketabahan, kesetiaan dan nilai kebijaksanaan.

Pengakhiran SLOT 3

Kesimpulannya, penceramah menekankan dua aspek penting yang perlu
diterapkan bagi mencapai kemajuan negara iaitu aspek perpaduan dan pembinaan
negara maju. Sebagai penjawat awam yang melaksanakan tanggungjawab
berkhidmat kepada kerajaan kita, penceramah menegaskan bahawa kita hendaklah
memahami kemajmukan negara Malaysia, menjadikan budaya dan amalan,
menerapkan dalam pelaksanaan, kefahaman terhadap generasi muda dan
seterusnaya negara maju pasti dapat dicapai. Satu kata-kata mutiara yang
dikongsikan penceramah iaitu, “You can do what I cannot do. I can do what you
cannot do. Together we can do great things” yang bermaksud kamu dapat
melakukan apa yang saya tidak dapat lakukan, dan saya boleh melakukan apa yang
kamu tidak dapat lakukan. Dengan bersama-sama kita dapat melakukan perkara
hebat.

Kekuatan:

Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan
slot tersebut.
Tidak terdapat masalah teknikal terutama audio kerana penceramah telah
membuat persiapan terlebih dahulu.
Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif ketika slot berlangsung

Kelemahan:
Sesetengah peserta menghadapi masalah rangkaian internet.
Pengurusan masa agak kurang baik kerana slot tidak dapat ditamatkan mengikut
perancangan.

Cadangan Penambahbaikan:
Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal atau memaklumkan kepada
urus setia berkenaan dengan masalah rangkaian yang dihadapi.
Membuat perancangan teliti untuk memastikan pengurusan masa dalam
keadaan yang baik.

Laporan disediakan oleh:
(RUPI ANAK DURENG)

LAMPIRAN

LAPORAN BERGAMBAR

Gambar 1: Penceramah menerangkan Perdana Menteri Malaysia yang pertama
hingga ke sembilan. Peserta menumpukan sepenuh perhatian kepada slaid yang
dibincangkan.

Gambar 2: Terdapat sesi soal jawab antara penceramah dan para peserta.

Gambar 3: Penerangan tentang sikap penerimaan oleh penceramah di bawah
tajuk perpaduan. Para peserta memahami slaid yang dibentangkan.

Gambar 4: Penceramah menegaskan bahwa sebagai guru harus menghargai dan
menghormati perbezaan antara kaum tidak kiralah sama ada guru lain mahupun
pentadbir, anggota sokongan sekolah dan murid-murid di sekolah. Peserta-
peserta mengambil iktibar daripada slaid ini.

Gambar 5: Penceramah membuka minda para peserta bahawa bukan
“kesamarataan” tetapi “Keadilan Sosial” yang perlu diperhatikan oleh semua orang

demi mencapai perpaduan di negara kita.

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1
TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : 3
Topik : Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia

Penceramah : En. Mazlan bin Junaidi

Tarikh / Hari : 21 Mac 2022 / Isnin
Masa : 2.15 – 2.55pm

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 1, 2 dan 3

(Pengerusi Majlis – Elfera)

(Pencatat – Fatirah Binti Ali)

(AJK teknikal – Franklin Serit Duart)

Laporan Aktiviti:

Aktiviti dalam Slot 3 bermula dengan kehadiran para urus setia, para peserta, para
pemantau dan seterusnya penceramah. Setelah itu, slot diteruskan oleh pengerusi
majlis dengan memperkenalkan nama penceramah Slot 3 dan latar belakang
pendidikan dan pencapaian penceramah. Bagi Slot 3, penceramah yang dijemput
penceramah yang sama pada slot 2 iaitu Encik Mazlan bin Junaidi. Beliau
berkhidmat di IPGK Tun Abdul Razak, Samarahan di Jabatan Sains Sosial dan
Teknologi. Kelayakan tertinggi beliau adalah di peringkat Sarjana Pengurusan
Pendidikan dari Universiti Malaysia Sabah. Kini, beliau telah berkhidmat selama 30
tahun dengan gred yang disandangnya ialah gred DG54. Selain itu, beliau turut
menambahkan ilmu dengan mengambil ikhtisas Diploma Pendidikan dengan subjek
majornya iaitu Bahasa Melayu manakala subjek minor ialah Geografi. Berikut
merupakan serba sedikit perkongsian daripada En. Mazlan sepanjang sesi ceramah
slot 3.

(Permulaan SLOT 3)

Penceramah memuat naik slaid pembentangan yang bertajuk Menjana Negara
Sejahtera dan Bahagia. Sesi ini dimulakan dengan menyatakan nama tajuk slot 3
iaitu Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia. Penceramah menerangkan maksud
Negara, yang bererti satu kelompok manusia yang wujud di dalam bentuk satu
masyarakat berbilang bangsa yang tersusun yang menetap satu bahagian yang
nyata di dunia ini, yang bercakap bahasa yang sama, menggunakan kebudayaan
yang sama, mempunyai sejarah yang berterusan, rujukan Kamus Undang-undang
Black. Negara yang kaya yang sebahagian besar ekonominya bergantung kepada
industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yang tinggi. Penceramah
menerangkan maju dalam segala aspek iaitu ekonomi, politik, social, kerohanian,
psikologi dan kebudayaan.

(Perkembangan SLOT 3)

Selain itu, penceramah berkongsi Negara-negara paling bahagia di dunia
menurut annual World Happiness Report PBB yang bermula pada tahun 2016, 2017,
2018. Selain itu, Taiping menang tempat ketiga Anugerah 100 Destinasi Lestari
Terbaik Dunia. Penceramah memaparkan, 2019 “World Justice Project Report”.
Terdapat Kriteria oleh UNDP berasaskan Indeks Pembangunan Manusia (HDI) iaitu,
sihat dan umur panjang, taraf hidup yang memuaskan, dan akhir sekali akses
kepada pengetahuan. Di samping itu, penceramah menerangkan aspirasi masa
hadapan. Aspirasi rakyat Malaysia pasca 2020 dalam 3 dimens iaitu rakyat, ekonomi
dan alam sekitar. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, takrifan Wawasan
Kemamuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah Negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan
ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kempulan
pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Iltizam ini akan diteruskan ke arah
mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran Negara serta
memastikan rakyat besatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian
bangsa, dan budaya sebagai asas penyatuan Negara bangsa. Matlamat utama
Wawasan Kemakmuran Bersama adalah untuk menyediakan taraf hidup yang wajar
kepada semua rakyat Malaysia pada tahun 2030. Seterusnya penceramah juga
berkongsi Asas pertimbangan kemakmuran bersama, serta kerangka kerja
kemakmuran bersama. Objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, yang
pertama ialah pembangunan untuk semua, kedua ialah menangani jurang kekayaan
dan pendapatan, serta yang ketiga ialah Negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Selain itu terdapat 15 ringkasan Prinsip Panduan Wawasan Kemakmuran Bersama
2030 yang telah dinyatakan oleh penceramah. Terdapat 8 Daya Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030, keupayaan, sumber dan pemangkin yang
menyumbang kepada kejayaan Wawasan Kemakmuran Bersama, Kemampuan
fizikal, modal kewangan, keberkesanan penyampaian institusi, tadbir urus dan
integrity, pendidikan dan TVET, Data raya, kelestarian dan masyarakat
berpencerahan. Di samping itu, 10 sasaran kearah mencapai wawasan
kemakmuran bersama, indikator utama yang boleh diukur untuk menentukan
matlamat dan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama boleh dicapai. Penceramah
menerangkan WKB perlu mencapai indikator social dalam memastikan
pembangunan yang holistic dan menepati kehendak pelbagai budaya selaras
dengan identity nasional.

Pengakhiran SLOT 3

Kesimpulannya, penceramah menekankan Malaysia berdepan dengan jurang
antara kumpulan pendapatan, etnitk, wilayah dan rantaian bekalan,. Ekonomi masih
belum digembleng sepenuhnya bagi mencapai potensi sebenar. Penggunaan
sumber dan bakat perlu dioptimumkan bagi menghasilkan nilai tambah yang tinggi.
Seterusnya, peralihan daripada ekonomi berintensifkan buruh yang berkemahiran
rendah kepada ekonomi berasaskan pengetahuan akan diberi keutamaan.
Perlaksanaan dasar dan program yang berkesan bagi memastikan rakyat dapat
menikmati taraf hidup yang wajr. Di samping itu juga, penyalahgunaan kuasa dan
pecah amanah telah merencatkan matlamat pembangunan Negara. Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 sebagai naratif pembangunan baharu Malaysia.

Kekuatan:

Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan slot
tersebut.

Tidak terdapat masalah teknikal terutama audio kerana penceramah telah
membuat persiapan terlebih dahulu.

Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif ketika slot berlangsung

Kelemahan:
Sesetengah peserta menghadapi masalah rangkaian internet.

Cadangan Penambahbaikan:
Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal atau memaklumkan kepada
urus setia berkenaan dengan masalah rangkaian yang dihadapi.
Membuat perancangan teliti untuk memastikan pengurusan masa dalam keadaan
yang baik.

Laporan disediakan oleh:
(FATIRAH BINTI ALI)

LAMPIRAN

LAPORAN BERGAMBAR

Gambar 1: Para peserta telah masuk link google meet yang diberikan.

Gambar 2: Encik Mazlan Bin Junaidi memulakan ceramah. Peserta menumpukan
sepenuh perhatian kepada slaid yang dipaparkan..

Gambar 3: Para peserta memberi sepenuh perhatian dan memahami slaid yang
telah dibentangkan.

Gambar 4: Penceramah mengakhiri ceramah dengan kesimpulan.

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : 4
Topik : Sistem Pentadbiran Negara

Penceramah : En. Moris Anak Henry Manjat

Tarikh / Hari : 21 Mac 2022 / Isnin
Masa : 3.00 petang – 3.35 petang

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 1, 2 dan 3

(Pengerusi Majlis slot 4 – Jenny Anak Uching)

(Pencatat slot 4 – Cynthia Awing Roland)

(AJK teknikal – Cynthia Awing Roland)

Laporan Aktiviti:

Moderator bagi slot 4 iaitu cikgu Jenny mengambil alih majlis setelah penceramah
slot 3 selesai. Cikgu Jenny memperkenalkan diri terlebih dahulu setelah itu
membacakan sedikit maklumat dan latar belakang tentang penceramah slot 4 iaitu
En. Moris Anak Henry Manjat sebelum memberikan ruang kepada penceramah
tersebut untuk menyampaikan ceramah beliau. En. Moris menyampaikan ceramah
berkenaan sistem pentadbiran negara dengan memaparkan slide untuk rujukan
semua. Masa yang diberikan kepada penceramah adalah selama lebih kurang 40
minit.

(Permulaan SLOT 4) – En. Moris menunjukkan carta alir bagi pemerintahan
negara Malaysia yang diketua oleh Yang di-pertuan Agong (YDPA). Beliau
menerangkan konsep demokrasi berparlimen di Malaysia.

(Perkembangan SLOT 4) – En. Moris menerangkan tentang konsep
Pengasingan kuasa yang terdiri daripada 3 iaitu Badan Eksekutif, Badan
Kehakiman dan Badan Perundangan. Beliau menekankan bahagian Badan
Eksekutif dan memberikan penerangan secara umum.
(Pengakhiran SLOT 4) – En. Moris menjelaskan perbandingan bidang kuasa
kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Beliau juga memaparkan carta
dan gambar bagi ahli Kabinet Malaysia 2021.

Kekuatan:
 Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan

slot yang diberikan.
 Tiada masalah teknikal yang berlaku.
 Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif ketika slot berlangsung.
Kelemahan:
 Sesetengah peserta menghadapi masalah rangkaian internet.
 Pengurusan masa agak kurang baik kerana slot tidak dapat ditamatkan mengikut

perancangan.
 Masa yang agak singkat / tidak mencukupi bagi penceramah untuk

menyampaikan maklumat yang agak banyak.
Cadangan Penambahbaikan:
 Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal atau memaklumkan kepada

urus setia berkenaan dengan masalah rangkaian yang dihadapi.
 Membuat perancangan teliti untuk memastikan pengurusan masa dalam

keadaan yang baik.
 Memperuntukkan masa yang cukup kepada setiap penceramah.

Laporan Disediakan oleh:

(CYNTHIA AWING ROLAND) LAMPIRAN
LAPORAN BERGAMBAR

Gambar 1: Penceramah menyatakan skop ceramah yang akan disampaikan oleh beliau yang
terdiri daripada 3 skop iaitu a) Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di
Malaysia, b) Konsep Pengasingan Kuasa dan c) Pengenalan Struktur Organisasi Kerajaan Pusat
dan Kerajaan Negeri.

Gambar 2: Penceramah memulakan ceramah beliau dengan skop yang pertama.

Gambar 3: Penceramah menerangkan Sistem Pemerintahan Negara Malaysia melalui carta
organisasi.

Gambar 4: Penerangan konsep demokrasi berparlimen di Malaysia iaitu bermaksud Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Gambar 5: Penjelasan mengenai ciri-ciri demokrasi berparlimen antaranya ialah
berperlembagaan, raja berpelembagaan dan berparlimen.

Gambar 6: Senarai Yang di-Pertuan Agong juga merupakan ketua negara.

Gambar 7: Penceramah memberikan penjelasan mengenai struktur pentadbiran kerajaan di
Malaysia

Gambar 8: Penceramah menceritakan perbezaan diantara kerajaan negeri dan kerajaan
persekutuan.

Gambar 9: Penceramah turut menerangkan mengenai organisasi bagi majlis mesyuarat kerajaan
negeri.

Gambar 10: Slot diakhiri dengan soal dan jawab.

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : 5
Topik : Overview Perkhidmatan Awam

Penceramah : Encik Michael Belekum

Tarikh / Hari : 21.03.2022 / Isnin
Masa : 3:35 Pm – 4:30 Pm

Kumpulan Bertugas : Kumpulan

Pengerusi Majlis : Siti Aishah Binti Yahya

Pencatat Slot 5 : Muhammad Shairazi Bin Safri

AJK Teknikal : Muhammad Shairazi Bin Safri

AJK

Laporan Aktiviti:

Aktiviti dalam Slot 5 bermula dengan kehadiran para urus setia, para peserta, para
pemantau dan seterusnya penceramah. Setelah itu, Pengerusi Majlis
memperkenalkan serba sedikit latar belakang penceramah dan menyerahkan majlis
kepada penceramah Encik Michael Belekum.

Permulaan SLOT 5

Penceramah memperkenalkan diri dan memberi gambaran tentang topik
yang hendak di sampaikan.

Penceramah menerangkan peranan perkhidmatan awam serta sejarah
perkhidmatan awam

Perkembangan SLOT 5
Penerangan yang lebih mendalam berkenaan tentang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam termasuk pihak berkuasa yang melantik.

Pengakhiran SLOT 5
Penceramah menceritakan tentang kuasa yang melantik dan pemakaian
gred jawatan berdasarkan kelayakan
Penceramah memberi soalan ataupun tugasan untuk refleksi diri.

Kekuatan:
Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan slot

tersebut.
Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif ketika slot berlangsung

Kelemahan:
Sesetengah peserta menghadapi masalah rangkaian internet.
Pengurusan masa agak kurang baik kerana slot tidak dapat ditamatkan mengikut

perancangan.

 Setiap Slot memerlukan masa yang agak Panjang untuk disampaikan.

Cadangan Penambahbaikan:
Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal atau memaklumkan kepada

urus setia berkenaan dengan masalah rangkaian yang dihadapi.

Membuat perancangan teliti untuk memastikan pengurusan masa dalam keadaan
yang baik.

Laporan Disediakan oleh: LAMPIRAN
Muhammad Shairazi Bin Safri

LAPORAN BERGAMBAR

Penceramah menerangkan berkaitan peranan perkhidmatan awam serta depenjekasa
penjelasan

Penceramah memperkenalkan kandungan yang hendak dibentangkan



LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : Slot 6
Topik : Tatakelakuan dan Tatatertib

Penceramah : Pn. Suzeyanty binti Ajek

Tarikh / Hari : 22/03/2022 Selasa

Masa : 9.00 pagi

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 6

Ketua :
Khairil Fikri bin Mohd Din

Pengerusi Majlis :
Khairil Fikri bin Mohd Din

AJK :
Ister Anak Jimbai
Aminurrashid bin Ismail
Siti Hamidah binti Ahmad

Pencatat :
Nur ‘Atiyah binti Suratem

Laporan Aktiviti:

Aktiviti dalam Slot 6 diteruskan setelah selesai Slot 9 pada jam 9.00 pagi. Pengerusi
Majlis mengalu-alukan kehadiran Puan Suzeyanty binti Ajek dalam aplikasi Google
Meet untuk menyampaikan pengisian bertajuk Tatakelakuan dan Tatatertib.
Sepanjang slot ini, Puan Suzeyanty memberikan contoh-contoh bersesuaian dengan
tugas guru di sekolah bagi membolehkan peserta memahami perkara penting dalam
slot tersebut. Slot ini terbahagi kepada beberapa subtopik iaitu maksud tatatertib,
peranan Ketua Jabatan, larangan mutlak, jenis hukuman dan rayuan tatatertib.

Pada permulaan, peserta didedahkan dengan pekeliling dan aku janji yang perlu
ditandatangan oleh setiap pegawai sebelum dilantik secara rasmi. Melalui aku janji
ini, pegawai yang dilantik bertanggungjawab menjaga tatalaku dan tatatertib yang
ditetapkan sebagai penjawat awam. Seterusnya, penceramah memberi penerangan
berkenaan maksud tatatertib dan peranan Ketua Jabatan menjalankan kawalan dan
pengawasan tatatertib pegawai bawahannya. Sekiranya mana-mana pegawai
didapati melanggar tatatertib yang digariskan, ia boleh memberi kesan terhadap
perkhidmatan, rekod perkhidmatan, penempatan dan status kontrak. Pendekatan
tindakan tatatertib juga dilaksanakan secara pelbagai dan bersesuaian dengan
situasi semasa. Pendekatan tindakan tatatertib ini meliputi pencegahan, pembetulan
dan punitif.

Selanjutnya, subtopik diteruskan dengan penerangan tentang contoh-contoh
pelanggaran tatatertib am. Contohnya, pegawai hendaklah setiap masa memberikan
taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong, negara dan kerajaan. Oleh demikian,
pegawai tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan, bersubahat dengan musuh
negara dan memburukkan dasar yang ditetapkan kerajaan. Jika didapati pegawai
melanggar tatatertib yang dinyatakan, maka pegawai boleh dikenakan tindakan yang
boleh menjejaskan perkhidmatan. Pelanggaran tatatertib juga termasuk melakukan
larangan mutlak yang ditetapkan. Larangan mutlak ini meliputi perkara seperti
gangguan seksual di tempat kerja, menerima keraian di luar pengetahuan Ketua
Jabatan, melakukan kerja luar yang menjejaskan tugas hakiki di jabatan,
menyenggara taraf hidup yang melebihi emolument dan tidak hadir bertugas tanpa
sebab munasabah.

Pada akhir slot, penceramah menjelaskan tentang jenis-jenis hukuman yang
dikenakan sekiranya pegawai didapati melanggar tatatertib. Antara hukuman yang
boleh dikenakan ke atas pegawai ialah diberikan amaran, denda, dilucutkan hak
emolument, tangguh pergerakan gaji dan diturunkan pangkat. Berdasarkan
hukuman yang dikenakan, boleh menyebabkan pegawai tidak layak menerima
kenaikan pangkat. Sebagai contoh, jika pegawai dikenakan hukuman amaran, maka
pegawai tidak layak menerima kenaikan pangkat dalam tempoh 12 bulan. Namun
begitu, pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib boleh membuat rayuan dalam
tempoh 14 hari dari tarikh keputusan diterima. Rayuan ini mestilah dikemukakan
melalui Ketua Jabatan.

Kekuatan:

 Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
mengendalikan slot tersebut.

 Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif, memberi kerjasama dengan
penceramah dan bertanya soalan berkaitan tajuk dibentangkan.

Kelemahan:

 Terdapat beberapa peserta yang menghadapi masalah gangguan internet.

Cadangan Penambahbaikan:

 Peserta boleh membuat pelan persediaan sekiranya berlaku gangguan
internet dan memaklumkan segera kepada ketua kumpulan atau penyelaras
sekiranya berlaku masalah gangguan internet.

Laporan Disediakan oleh:
(NUR ‘ATIYAH BINTI SURATEM)

LAMPIRAN

LAPORAN BERGAMBAR

Catatan : Pengerusi Majlis mengalu-alukan kedatangan penceramah dan memberi
pengenalan latar belakang penceramah

Catatan : Peserta memberi respon kepada penceramah sewaktu permulaan slot.

Catatan : Peserta aktif mengajukan soalan pada sesi soal jawab di akhir slot

Catatan : Peserta mengucapkan terima kasih kepada penceramah sebaik sahaja
Slot 6 selesai.

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : 7

Topik : Pengurusan Integriti dan Keselamatan (Isu

Integriti, Keselamatan dan Rasuah)

Penceramah : En. Michael Belekum

Tarikh / Hari : 22/3/2022 (Selasa)
Masa : 2.15 pm – 3.15 pm

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 7

Ust Aminurrasyid Bin (Bacaan Doa)

(Pengerusi Majlis) Mohd Ajrul Azhim bin Zaimi

(Pencatat) Siti Maisharah Binti Endi Rahman

(AJK) Hidayatullah Bin Mahmud

(AJK) Zakiah Binti Othman (AJK) Aimilea Binti Taim

Laporan Aktiviti:

Aktiviti dalam slot 7 diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh En. Michael
Belekum. Slot ini dimulakan dengan pendefinisan integriti dan akauntabiliti dalam
perkhidmatan awam. En. Michael memberi penekanan tentang nilai-nilai yang perlu
diperlihatkan dalam melakukan sesuatu kerja. Setiap maklumat yang diberikan telah
diberikan contoh dan membuat hubung kait dalam kehidupan seharian sebagai
seorang penjawat awam, terutamanya sebagai seorang guru. Beliau turut membuka
peluang kepada para peserta program untuk bertanya sama ada secara lisan atau
bertulis semasa ceramah berlangsung. Setelah itu, beliau turut menerangkan
tentang bahaya rasuah dan jenis-jenis perbuatan yang boleh didefinisikan sebagai
rasuah. Perkara ini perlu dielakkan kerana ia mempengaruhi nilai dan etika seorang
penjawat awam . Perkara yang boleh menjejaskan profesion sebagai seorang
penjawat awam perlu dipandang serius dan nilai integriti perlu dijaga sepanjang
masa. Di akhir slot, En. Michael telah memberi nasihat dan galakan kepada para
peserta agar dapat menjadi seorang penjawat awam yang amanah supaya dapat
mendidik anak-anak murid dengan penuh integiri.

Kekuatan:
Ketua kumpulan daripada kumpulan lain telah membantu ahlinya mengendalikan

slot memandangkan terdapat sedikit masalah salah faham tentang pembahagian
tugas dan masalah teknikal yang dihadapi oleh moderator yang bertugas.
Semua peserta PTM memberi perhatian dan memberi respon yang positif ketika

slot berlangsung.
 Sesi ceramah secara dua hala telah berjalan dengan lancar dan dapat dihabiskan

lebih awal daripada waktu sepatutnya.

Kelemahan:
Terdapat beberapa orang peserta menghadapi masalah capaian internet

semasa slot berlangsung.
 Berlaku sedikit kekeliruan berkaitan pembahagian tugas sebelum slot 7

bermula.

Cadangan Penambahbaikan:
 Setiap ahli kumpulan perlu lebih bersedia untuk membantu rakan-rakan ahli

sekiranya berlaku masalah yang tidak dijangka.

Disediakan oleh:
(ADIBAH BINTI AHMAD HUMAIDI)
900308075388

LAMPIRAN

LAPORAN BERGAMBAR

En. Michael Belekum memulakan ceramah Para peserta khusyuk mendengar ceramah

beliau. daripada En. Michael Belekum.

Para peserta memberi perhatian dan Moderator membuat ucapan penutupan
mengambil input-input penting sebelum menyerahkan majlis kepada
berdasarkan perkongsian yang penghulu.
disampaikan.

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : Slot 8

Topik : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai
Awam ( Peraturan Pegawai dan Perintah-Perintah
Am – Kemudahan Cuti ).

Penceramah : Pn. Suzeyanty binti Ajek

Tarikh / Hari : 22/03/2022 Selasa

Masa : 10.00 pagi

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 4

Pengerusi Majlis :
Muhammad Khairul Anwar bin Omar

AJK :
Mohd Ajrul Azhim bin Zaimi
Mohd Farhan bin Md Isa
Seniah binti Sabian

Pencatat :
Siti Zaleha binti Matussin

Laporan Aktiviti Slot 8 :

Selesai sahaja slot 6 kira-kira jam 10.00 pagi, sesi berehat seketika sebelum Puan
Suzeyanty binti Ajek meneruskan menyampaikan Slot 8. Aktiviti dalam Slot 8
diteruskan semula dengan penceramah yang sama iaitu Puan Suzeyanty binti Ajek
dengan tajuk “Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam ( Peraturan Pegawai
dan Perintah-Perintah Am – Kemudahan Cuti ). Sepanjang slot ini, Puan Suzeyanty
memberikan penerangan yang lebih teliti dan mendalam berkaitan cuti yang
melibatkan Pegawai Awam khususnya bagi guru-guru baharu. Contoh yang
diberikan sepanjang sesi taklimat diberikan memudahkan para peserta untuk
memahami isi kandungan slot yang disampaikan. Di dalam slot ini ada empat

komponen utama yang dibincangkan iaitu cuti kerana perkhidmatan, cuti atas sebab
perubatan, cuti tanpa rekod dan cuti-cuti lain.

Di awal penerangan, penceramah menerangkan apa yang dimaksudkan dengan
pemberian cuti. Pemberian cuti ini haruslah mendapat kelulusan daripada Kuasa
Tertentu iaitu dibawah Ketua Pengarah Perkhidmatan awam atau SUK Negeri dan
Ketua Jabatan melalui Ketua Setiausaha (KSU) kepada kementerian. Diteruskan
dengan penerangan kategori-kategori cuti kerana perkhidmatan yang dibahagikan
kepada beberapa bahagian iaitu Cuti Rehat Khas, Cuti Rehat Tahunan, Cuti
Penggal Persekolahan, Cuti Separuh gaji dan Cuti Tanpa Gaji. Setiap cuti-cuti yang
disebutkan mempunyai kriteria-kriteria yang berbeza bagi melayakkan seseorang
pegawai itu untuk bercuti.

Seterusnya, diteruskan lagi dengan penerangan berkaitan dengan cuti atas sebab
perubatan. Cuti atas sebab perubatan ini juga banyak disentuh tambahan sekarang
berlakunya penularan Covid-19 yang telah melanda negara kita menyebabkan
banyak pegawai yang terkesan. Antara contoh jenis cuti atas sebab perubatan yang
disentuh juga ialah cuti bersalin bagi pegawai perempuan. Antara aspek cuti yang
disentuh oleh penceramah juga adalah berkaitan dengan cuti-cuti lain. Cuti-cuti lain
ini melibatkan dengan dasar cuti menjaga anak khususnya bagi ibu yang baru
bersalin. Sebagai seorang pegawai awam, permohonan dan kelulusan cuti diberikan
kuasa kepada ketua jabatan di tempat berkhidmat masing-masing.

Di akhir slot penceramah menerangkan berkaitan dengan kemudahan cuti ini juga
ialah cuti tanpa rekod. Ianya mungkin atas sebab pegawai tersebut mengambil cuti
ganti, cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan, cuti memasuki
peperiksaan , cuti latihan pasukan sukarela dan banyak lagi. Akan tetapi cuti tanpa
ganti ini juga berdasarkan kepada permohonan yang melepasi syarat kelayakan bagi
individu pegawai yang ingin memohon cuti tanpa gaji. Ianya haruslah mendapat
persetujuan daripada ketua jabatan.

Kekuatan:

 Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
mengendalikan slot tersebut.

 Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif, memberi kerjasama dengan
penceramah dan bertanya soalan berkaitan tajuk dibentangkan.

 Penceramah memberikan penerangan yang jelas dan mudah untuk difahami.

Kelemahan:
 Terdapat beberapa peserta yang menghadapi masalah gangguan internet.

Cadangan Penambahbaikan:
 Peserta boleh membuat persediaan awal terlebih dahulu sekiranya berlaku
gangguan internet dan memaklumkan segera kepada ketua kumpulan atau
penyelaras sekiranya berlaku masalah gangguan internet.

Laporan Disediakan oleh:
(SITI ZALEHA BINTI MATUSSIN)

LAMPIRAN
LAPORAN BERGAMBAR

Catatan : Penceramah memulakan slot 8

Catatan : Para peserta khusyuk mendengar taklimat yang diberikan

Catatan : Gambar penceramah serta peserta di penghujung slot.

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : Slot 9
Topik : Pengurusan Pelanggan

Penceramah : Puan Dayang Masbah binti Abang Amin

Tarikh / Hari : 22/03/2022 Selasa

Masa : 8.00 pagi

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 6

Ketua :
Khairil Fikri bin Mohd Din

Pengerusi Majlis :
Ister Anak Jimbai

Bacaan Doa :
Aminurrashid bin Ismail

Teknikal/Lagu Negeraku dan Ibu Pertiwiku
Siti Hamidah binti Ahmad

Pencatat :
Nur ‘Atiyah binti Suratem

Laporan Aktiviti:

Aktiviti dalam Slot 9 bermula dengan kehadiran para urus setia, para peserta, para
pemantau dan seterusnya penceramah. Setelah itu, slot diteruskan lagi dengan
nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku. Sebaik sahaja nyanyian lagu
selesai, wakil kumpulan bertugas iaitu Ustaz Aminurrashid, membacakan doa bagi
memberkati program pada hari ini. Seterusnya, pengerusi majlis mengalu-alukan
kedatangan Puan Dayang Masbah binti Abang Amin selaku penceramah bagi Slot 9.
Slot 9 memberikan fokus berkenaan tajuk Pengurusan Pelanggan. Tajuk ini terdiri

daripada beberapa subtopik iaitu ekspetasi stakeholder dan pelanggan, kerangka
penyampaian khidmat pelanggan yang berkualiti dan Amalan 8S.

Penceramah memulakan slot dengan sesi ice-breaking berkenaan latar belakang
pelanggan. Pelanggan ialah orang atau organisasi yang menerima perkhidmatan
atau barangan. Jika di sekolah, pelanggan bagi guru ialah murid-murid, rakan
sekerja, staf swasta bahagian pembersihan dan ibu bapa. Sebagai penjawat awam
yang menjalankan tugas, pegawai mestilah berkhidmat memenuhi ekspetasi
pelanggan iaitu dengan menyediakan perkhidmatan yang cepat, menyampaikan
maklumat tepat, memberi layanan mesra dan mengendalikan setiap sesi dengan
profesional.

Pegawai sebaiknya-baiknya mengelak daripada menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan pelanggan. Beberapa garis panduan disediakan bagi mengelakkan
masalah berlaku iaitu dengan memastikan kualiti dari segi penyampaian, emosi dan
fizikal. Dari segi penyampaian, pegawai seharusnya memberi penerangan dalam
bahasa yang mudah difahami, menepati masa dan memberi maklumat yang betul
setiap kali berurusan dengan pelanggan. Dari segi emosi, pegawai perlu tahu
bagaimana berhadapan dengan situasi kecemasan seperti ketika murid tidak sihat.
Pegawai juga sebaiknya sentiasa menghormati pelanggan tanpa mengira latar
belakang seseorang. Dari segi fizikal, pegawai mesti peka dengan keadaan
sekeliling dan memastikan tempat perkhidmatan dalam suasana kondusif.

Akhir sekali, peserta diingatkan tentang Amalan 8S yang perlu selalu dipraktik
sepanjang memberi perkhidmatan. Amalan 8S ini ialah salam, sayang, sapa, segak,
sopan, sempurna, sensitif dan segera. Amalan 8S merupakan satu inisiatif Kerajaan
Malaysia untuk memberi perkhidmatan yang menyenangkan rakyat dan membantu
meningkatkan kualiti perkhidmatan secara menyeluruh bagi melahirkan nilai-nilai
murni dalam diri penjawat awam.

Amalan S1 iaitu salam adalah menerima pelanggan dengan ucapan salam atau
menjawab salam dengan mesra serta bertanya jenis urusan yang diperlukan
menggunakan nada bersesuaian. Amalan S2 ialah sayang bermaksud menjalankan
tanggungjawab dengan amanah, manakala Amalan S3 ialah segak iaitu memastikan
ketrampilan diri kemas apabila memberi perkhidmatan. Amalan S4 ialah segera
yang mana pegawai dapat memberi khidmat kepada pelanggan tanpa melengahkan
masa.

Seterusnya Amalan S5, sempurna ialah menguruskan setiap perkhidmatan dengan
cekap serta menyediakan kemudahan kondusif kepada pelanggan. Amalan S6 ialah
sensitif yang mana pegawai perlu peka dengan sekeliling dan menghormati setiap
latar belakang pelanggan. Amalan S7 iaitu senyum adalah menyambut pelanggan


Click to View FlipBook Version