The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program Transformasi Minda (PTM) KPM Siri 1 Tahun 2022 Anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak , Kota Samarahan Secara Dalam Talian (21.3.2022 sehingga 25.3.2022)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-47280601, 2022-03-27 00:26:30

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 1 TAHUN 2022 KELOLAAN IPGKTAR

Program Transformasi Minda (PTM) KPM Siri 1 Tahun 2022 Anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak , Kota Samarahan Secara Dalam Talian (21.3.2022 sehingga 25.3.2022)

dengan senyuman tanpa mengira waktu, manakala S8 iaitu sopan yang bermaksud
memberi perkhidmatan dengan nilai murni dan bercakap dengan bahasa sopan.
Sebagai penutup, penceramah mengingatkan setiap peserta supaya sentiasa
berusaha meningkatkan kecekapan dengan memberikan perkhidmatan terbaik.

Kekuatan:

 Meskipun terdapat sedikit masalah teknikal pada awal slot, kumpulan
diamanahkan dapat memberi kerjasama bagi mengatasi masalah yang berlaku.

 Pengerusi Majlis cepat bertindak bagi mengawal keadaan supaya program dapat
diteruskan.

Kelemahan:
 Berlaku masalah teknikal audio sewaktu Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku

dinyanyikan.
Cadangan Penambahbaikan:

 Kumpulan bertugas perlu bersedia dengan perancangan rapi sekiranya berlaku
masalah teknikal seperti melantik ahli lain untuk membantu jika terjadi gangguan
teknikal.

Laporan Disediakan oleh:
(NUR ‘ATIYAH BINTI SURATEM)

LAMPIRAN

LAPORAN BERGAMBAR

Catatan : Peserta menyanyikan Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku bersama-sama

Catatan : Bacaan doa oleh wakil Kumpulan 6, Ustaz Aminurrashid bin Ismail

Catatan : Pengerusi Majlis mengalu-alukan kehadiran penceramah ke aplikasi
Google Meet

Catatan : Puan Dayang Masbah memulakan sesi pengenalan bagi tajuk Pengurusan
Pelanggan.

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : 10

Topik : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai
Awam (Peraturan Pegawai & Perintah- Perintah
Am- Gaji, Elaun dan Faedah Persaraan)

Penceramah : En. Abd Hafiz Bin Ahim

Tarikh / Hari : 22/3/2022 (Selasa)
Masa : 12.00 pm – 12.45 pm

Kumpulan Bertugas : Kumpulan (Group 5)

(Bacaan Doa) Ust Aminurrasyid

(Pengerusi Majlis) Adibah Binti Ahmad Humaidi

(Pencatat) Zakiah Binti Othman

(AJK) Hidayatullah Bin Mahmud

(AJK) Siti Maisharah

(AJK) Aimilia Binti Taim

Laporan Aktiviti:

Aktiviti dalam Slot 10 diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh En. Abd
Hafiz Bin Ahim. Banyak maklumat yang disampaikan oleh Beliau berkenaan dengan
gaji, elaun dan faedah persaraan. Segala maklumat yang disampaikan membuka
mata para peserta untuk lebih cakna berkaitan dengan Peraturan Pegawai dan
Perintah- Perintah Am terutamanya yang berkaitan dengan gaji, elaun dan faedah
persaraan. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh pengerusi majlis. Seterusnya
diikuti dengan taklimat Penghulu yang disampaikan oleh Saudara Mursidi Bin
Ahmad Nizam. Penghulu mengucapkan terima kasih kepada penceramah jemputan
di atas informasi yang diberikan. Penghulu memaklumkan bahawa sesi petang ini
akan dilanjutkan sehingga jam 5.15 petang sebagai gantian kepada slot 13 yang
sepatutnya diadakan pada keesokan hari. Seterusnya Penghulu mengingatkan para

peserta untuk masuk 10 minit lebih awal sebelum sesi ceramah dimulakan. Selain
itu,Penghulu juga mengingatkan para peserta untuk mengisi pautan Instrumen
penilaian untuk slot 6,8,9,10 dan 11 di dalam Google Classroom seteterusnya
mengklik butang “Mark As Done” supaya penilaian tersebut dapat dilihat dan siemak
oleh Penyelaras Program.

Kekuatan:
Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan slot

tersebut.
Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif ketika slot berlangsung
 .Semua peserta memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa slot berlangsung

Kelemahan:
Sesetengah peserta menghadapi masalah rangkaian internet.
Pengurusan masa agak kurang baik kerana slot tidak dapat ditamatkan mengikut

perancangan.

Cadangan Penambahbaikan:
Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal atau memaklumkan kepada

urus setia berkenaan dengan masalah rangkaian yang dihadapi.
Membuat perancangan teliti untuk memastikan pengurusan masa dalam keadaan

yang baik.

Laporan Disediakan oleh:
(ZAKIAH BINTI OTHMAN JALUDIN)
921119086582

LAMPIRAN

LAPORAN BERGAMBAR

En. Abd Hafiz Bin Ahim memulakan Peserta khusyuk mendengar ceramah dari
ceramah beliau. En. Abd Hafiz Bin Ahim.

Para peserta menunjukkan respon pada Taklimat oleh Penghulu.
bahagian komen.

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM
SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot: Slot 11

Topik: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai awam
(Peraturan Pegawai & Perintah-Perintah Am – Syarat
Pelantikan, Kenaikan Pangkat & Penamatan
Perkhidmatan)

Penceramah : En. Abdul Hafiz Bin Ahim

Tarikh / Hari : 22 Mac 2022 / Selasa
Masa : 11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 4

Pengerusi Majlis:
Seniah Binti Sabian

AJK:
Mohd Ajrul Azhim Bin Zaimi
Muhammad Khairul Anwar Bin Omar
Siti Zaleha Binti Matussin

Pencatat:
Mohd Farhan Bin Md Isa

Laporan Aktiviti Slot 11:

1.0 Pengenalan.

Aktiviti dalam Slot 11 bermula dengan kehadiran penceramah, iaitu En Abdul Hafiz
Bin Ahim ke dalam pautan Google Meet dan para peserta dan urus setia telah sedia
menunggu dalam pautan tersebut. Wakil kumpulan bertugas iaitu kumpulan 4 iaitu
Seniah Binti Sabian sebagai moderator yang dilantik memulakan majlis dengan
serangkap pantun dan memperkenalkan En Abdul Hafiz Bin Ahim sebagai

penceramah untuk slot 11. Moderator juga turut menceritakan sedikit latar belakang
penceramah tersebut. Selepas itu, moderator menjemput penceramah En Abdul
Hafiz Bin Ahim untuk memulakan pembentangan untuk slot 11. Penceramah En
Abdul Hafiz Bin Ahim memulakan pembentangan dengan menyentuh empat perkara
yang perlu dititik beratkan dalam surat lantikan iaitu tarikh lapor diri, skim atau gred
perkhidmatan, gaji yang ditawarkan dan tempat bertugas yang terdapat di dalam
Surat Tawaran Kerja. En Abdul Hafiz Bin Ahim menerangkan ringkasan perjalanan
urusan perkhidmatan yang mempunyai tiga fasa iaitu Fasa Pelantikan, Fasa
Perkhidmatan dan Fasa Penamatan Perkhidmatan.

2.0 Fasa Pelantikan.

En Abdul Hafiz Bin Ahim menerangkan secara terperinci tentang Fasa Pelantikan
yang terdiri daripada Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT), Pengesahan Dalam
Perkhidmatan (PDP), Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP), dan Pemberian Taraf
Berpencen (PTB). En Abdul Hafiz Bin Ahim menerangkan secara jelas tentang
proses Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT) yang berkaitan syarat pelantikan calon.
En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT)
mengandungi dokumen seperti Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan, Borang
Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan
Awam – (Pengamal Perubatan yang Berdaftar), Surat Akuan Berkanun, Surat Aku
Janji, dan Penyata Kewangan 8. Setelah itu, En Abdul Hafiz Bin Ahim juga
menerangkan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) yang mempunyai proses
yang tersendiri iaitu setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam
tempoh percubaan sekurang-kurangnya minima 1 tahun dan maksima 3 tahun.

Selain itu, En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan syarat-syarat Pengesahan
Dalam Perkhidmatan (PDP) iaitu berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1-3
tahun, hadir dan lulus dengan jaya Program Transformasi Minda (PTM)/ Kursus
Induksi dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. En Abdul Hafiz Bin Ahim juga
menerangkan berkaitan tarikh pengesahan dalam perkhidmatan iaitu 1 hari selepas
tamat tempoh percubaan 24 bulan atau 1 hari selepas tarikh pegawai memenuhi
syarat pengesahan ditetapkan selepas 6 bulan. En Abdul Hafiz Bin Ahim juga
menerangkan bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh
percubaan, tarikh PDP akan ditetapkan selepas tempoh antara 12- 36 bulan dari
tarikh dijatuhkan hukuman tertakluk kepada jenis hukuman. En Abdul Hafiz Bin Ahim
juga menerangkan bahawa Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) perakuan Jadual Ketiga PDP dalam
tempoh 1 bulan dari tarikh pegawai didapati layak dengan syarat tidak kurang dari
tempoh percubaan minimum.

En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan tanggung jawab Ketua Jabatan iaitu
kelewatan memperakukan PDP akan meyebabkan kelewatan pegawai mendapatkan
kemudahan dan kegagalan Ketua Jabatan kemukakan perakuan merupakan suatu
pelanggaran tatatertib di bawah P.U.(A) 395/1993 peraturan 4(2)(g) tidak
bertanggungjawab, (i) ingkar perintah dan (j) cuai dalam melaksanakan tugas. En
Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan implikasi kelewatan dan jika gagal
disahkan. En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan isu-isu kelewatan
Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP). Selain itu juga, En Abdul Hafiz Bin Ahim
juga menerangkan Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan proses yang berkaitan.
En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan kesan PTP dengan denda iaitu hilang
kekananannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh pelanjutan itu, tidak
layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa tempoh pelanjutan
percubaannya dengan denda dan diubah tarikh pergerakan gajinya mengikut tarikh
pengesahannya berkuat kuasa.

En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan isu-isu Pelanjutan Tempoh Percubaan
(PTP). En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan Pemberian Taraf Berpencen
(PTB) dan syarat-syarat yang berkaitan dengan PTB. En Abdul Hafiz Bin Ahim juga
menerangkan perbandingan antara Skim Pencen dengan Skim KWSP. En Abdul
Hafiz Bin Ahim juga menerangkan berkaitan isu-isu Pemberian Taraf Berpencen
(PTB) seperti permohonan dikemukakan sebelum genap tiga tahun perkhidmatan
yang di masuk kira, pegawai yang dilantik ke gred baru, tidak perlu kemukakan PTB,
pegawai lengkapkan sendiri Jadual Ke Lima dan tiada “follow-through” daripada
pegawai.

3.0 Fasa Kenaikan Pangkat.

En Abdul Hafiz Bin Ahim menerangkan latar belakang Fasa Kenaikan Pangkat iaitu
pada 1 Julai 2009, kerajaan memutuskan pelaksanaan kenaikan pangkat secara
time-based bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berada di gred lantikan
lebih daripada 15 tahun dalam perkhidmatan semasa secara Khas Untuk
Penyandang (KUP). Pada 1 Julai 2013 pula, kerajaan menambah baik kaedah
kenaikan pangkat berdasarkan Time-Based Kecemerlangan (TBK) & tempoh
kenaikan pangkat dipendekkan daripada 15 tahun kepada 13 tahun untuk memberi
kenaikan pangkat tanpa terikat dengan kekosongan jawatan hakiki. Pada 1 Januari
2018, kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua
(TBK2) diwujudkan untuk memberi peluang kenaikan pangkat tanpa terikat dengan
kekosongan jawatan hakiki kepada Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang telah
berada di gred kenaikan pangkat bagi tempoh lebih daripada 13 tahun.

Selain itu, En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan tempoh perkhidmatan yang
diambil kira iaitu lantikan tetap dalam skim perkhidmatan semasa, pegawai yang
terlibat dengan opsyen pertukaran pelantikan berikutan keputusan kerajaan ke skim

perkhidmatan yang sama atau skim perkhidmatan lain pada gred yang sama/ setara
(dalam kumpulan kelayakan masuk yang sama), pegawai yang ditukar lantik tanpa
opsyen atas permohonan sendiri ke skim perkhidmatan dan gred yang sama yang
berada di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan, pegawai yang meletak
jawatan dan kemudiannya dilantik ke perkhidmatan di bawah pihak berkuasa
melantik yang berlainan dalam skim perkhidmatan yang sama dan gred lantikan
yang sama, pegawai yang melepas jawatan dan kemudiannya dilantik ke
perkhidmatan di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan, skim perkhidmatan
dan gred lantikan yang sama, pegawai yang ditukar sementara atau dipinjamkan ke
sesuatu agensi dalam perkhidmatan di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang
berlainan kemudian ditukar tetap ke agensi peminjam di gred lantikan yang sama/
setara dan pegawai yang berada di agensi awam yang diasingkan sistem saraannya
dan memilih kekal dalam Sistem Saraan Malaysia.

Selain itu, En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan tempoh perkhidmatan yang
tidak diambil kira iaitu tempoh percubaan dengan denda, tempoh hilang kekananan
di gred semasa kerana dikenakan hukuman tatatertib, jumlah hari pegawai tidak
hadir bertugas tanpa kebenaran, semua jenis cuti yang tidak dibayar gaji & semua
jenis cuti yang dibayar separuh gaji kecuali Cuti Belajar Tanpa Gaji & Cuti Belajar
Separuh Gaji, pegawai yang dilantik melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
(KPSL) atau Peningkatan Secara Lantikan (PSL), tempoh perkhidmatan sebelumnya
tidak diambil kira oleh kerana pegawai telah diberi peningkatan ke suatu gred yang
lebih tinggi tarafnya dan yang terakhir ialah pegawai yang memilih opsyen
pertukaran pelantikan atas keputusan Kerajaan ke skim perkhidmatan yang sama
atau skim perkhidmatan yang lain pada gred lantikan yang lebih tinggi (kumpulan
kelayakan masuk lebih tinggi).

4.0 Penamatan Perkhidmatan.

En Abdul Hafiz Bin Ahim menerangkan berkaitan peletakan jawatan iaitu seseorang
yang berhasrat meletak jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada
Ketua Jabatan 30 hari sebelum perletakan jawatan berkuat kuasa atau sebulan gaji
sebagai ganti notis [subperaturan 54(1) dan (2)]. En Abdul Hafiz Bin Ahim juga
menerangkan berkaitan persaraan iaitu umur persaraan ditetapkan mengikut Akta
Pencen 1980 iaitu 60 tahun (Peraturan 61), pegawai berpencen yang menerima
faedah persaraan (pencen, ganjaran, award wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)
dan kad pesara) dan pegawai skim KWSP akan menerima faedah mengikut Akta
KWSP (caruman syer pegawai, Kerajaan dan faedah ke atasnya dalam KWSP dan
GCR). Selain itu, En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan berkaitan dalam
penamatan perkhidmatan iaitu Akta Pencen 1980 (Akta 227), Akta Pencen Pihak-
Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239), Akta Saraan Hakim 1971
(Akta 45), Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77) dan Akta Ahli Parlimen
(Saraan) 1980 (Akta 237).

En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan berkaitan penambahbaikan skim
pencen pada tahun 2020 pegawai boleh menjual GCR 75 hari jika berkhidmat lebih
daripada 15 tahun dan PGT diawalkan bagi pegawai mati dalam perkhidmatan.
Selain itu, En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan berkaitan pada tahun 2022,
pegawai yang berumur 45 tahun ke atas boleh menjual GCR 80 hari dan pada umur
persaraan pegawai mencapai 60 tahun boleh menjual GCR 160 hari. En Abdul Hafiz
Bin Ahim juga menerangkan berkaitan jenis - jenis persaraan iaitu Persaraan Paksa,
Persaraan Pilihan, Persaraan Atas Kehendak Kerajaan atau Menteri dan Persaraan
kerana Penswastaan. En Abdul Hafiz Bin Ahim juga menerangkan terdapat tujuh
keadaan persaraan paksa iaitu pertama mencapai umur 55,56,58 dan 60, atas
sebab kesihatan, atas sebab penghapusan jawatan, atas sebab penyusunan semula
organisasi, atas sebab kepentingan awam, memperoleh warganegara asing atau
dilucutkan warganegara dan memberi maklumat palsu untuk pelantikan. En Abdul
Hafiz Bin Ahim juga menerangkan persaraan pilihan mengemukakan permohonan
persaraan pilihan apabila atau selepas mencapai umur 40 tahun dan sekurang-
kurangnya 10 tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. Akhir sekali, En Abdul
Hafiz Bin Ahim juga menerangkan penswastaan iaitu dilantik untuk berkhidmat
dalam pertubuhan yang mana berumur kurang daripada 45 tahun bagi perempuan
atau 50 tahun bagi lelaki yang dilantik oleh atau dengan kelulusan kerajaan untuk
berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan.

5.0 Penutup.

Pada akhir slot, En Abdul Hafiz Bin Ahim memaklumkan berkaitan peserta boleh
menonton Program Bicara Profesional Wacana Ilmu Kementerian Pendidikan
Malaysia yang bertajuk Bersara Awal Atau Pada Waktunya? yang ada di pautan di
youtube. Akhir sekali, En Abdul Hafiz Bin Ahim juga mengingatkan peserta tentang
sudahkah peserta menyemak Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) dan perlu lengkap
dan dikemaskini.

Kekuatan:

 Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dan bersedia lebih
awal dalam mengendalikan slot tersebut.

 Tidak terdapat masalah teknikal terutama audio sepanjang slot berlangsung
kerana kumpulan bertugas telah melakukan pengujian terlebih dahulu.

 Penceramah menyampaikan pebentangan secara jelas dan mudah difahami.
 Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif ketika slot berlangsung.
 Slide perbentangan disediakan lebih awal dan memudahkan semua peserta

PTM.

Kelemahan:

 Terdapat peserta yang menghadapi masalah rangkaian internet.
 Pengurusan masa agak kurang baik kerana slot tidak dapat ditamatkan

mengikut perancangan.

Cadangan Penambahbaikan:

 Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal atau memaklumkan
kepada urus setia berkenaan dengan masalah rangkaian yang dihadapi.

 Membuat perancangan teliti untuk memastikan pengurusan masa dalam
keadaan yang baik.

Laporan Disediakan oleh: LAMPIRAN
(Mohd Farhan Bin Md Isa)
Pencatat Slot 11 Kumpulan 4

LAPORAN BERGAMBAR

Catatan: Pengerusi Majlis mengalu-alukan kedatangan penceramah dan memberi pengenalan
latar belakang penceramah.

Catatan: Penceramah memberikan pembentangan berkaitan Peraturan Pegawai dan Perintah-
Perintah Am (Syarat Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan.

Catatan: Slide pembentangan yang disampaikan oleh penceramah jelas dan mudah difahami.

Catatan: Para peserta PTM aktif memberikan komen dan bertanyakan soalan di dalam
ruangan komen semasa penceramah menyampaikan pembentangan.

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : 12

Topik : Pengenalan Kepada Laluan Kerjaya Dalam
Perkhidmatan Awam

Penceramah : EN. Abu Bakar Sham Bin Jamil

Tarikh / Hari : 23 Mac 2022

Masa : 8.00am-9.15am

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 9

1. Ketua/Ajk Teknikal : Dorothy Malaya Anak Alexander
Pateh
2. Bacaan Doa : Azizul Bin osam@Othman
3. Pengerusi Majlis : Dayang Nina Syzawani Binti
Abang Sakardi
4. Pencatat : Preslly Anak Alo
5. Ajk Dokumentasi : Flora Binti Luke Jurit
6. Ajk Audio : Gee Anak Agom

Laporan Aktiviti:

Aktiviti bagi slot 12 dimulakan dengan kehadiran para urus setia, peserta,
pemantau dan juga penceramah ke dalam talian google classroom. Slot diteruskan
dengan aktiviti seterusnya iaitu nyanyian lagu Negaraku serta diiringi oleh lagu Ibu
negeri Sarawak iaitu Ibu Pertiwiku. Sebaik sahaja nyanyian lagu Negaraku dan Ibu
Pertiwiku selesai, slot diteruskan dengan slot bacaan doa yang dipimpin oleh En.
Azizul.

Setelah selesai bacaan doa, pengerusi majlis iaitu wakil dari kumpulan 9
Puan Dayang Nina meneruskan sesi slot 12 dengan memberikan penerangan
kepada para peserta bekernaan dengan biodata penceramah.

A. Biodata Penceramah

 En. Abu Bakar Sham Bin jamil

 Ketua unit khidmat pengurusan : 2016-2022 IPGKTAR
 Ketua unit latihan dalam perkhidmatan : 2013-2015 IPGKTAR
 Pengawai pengurusan LDP : 2009-2012 IPGKTAR

 Pengalaman Mengajar :

 Sk Nanga Mujong, Kapit : 1994-1996
 Smk Petrajaya, Kuching : 1997
 Smk Serian : 1998-2008
 Pegawai Khas, Unit Pengurusan Sekolah di PPD Samarahan : 2009

 Pendidikan

 Politeknik Kuching : 1989-1991
 Maktab Perguruan Batu Lintang : 1991-1993
 Sijil Asas Perguruan Opsyen Bahasa Melayu Sekolah Rendah
 Bachelor Komunikasi UPM : 2002
 Sarjana Pengurusan Pendidikan AEU University.

Permulaan SLOT 12

Slot ceramah dimulakan dengan paparan slaid Pengenalan kepada laluan
kerjaya perkhidmatan awam. En. Abu Bakar Sham menyatakan terlebih dahulu
kandungan isi yang bakal disampaikan oleh beliau dalam sesi ceramah. Kandungan
pembentangan ceramah tersebut adalah seperti berikut :

A. Latihan dalam perkhidmatan awam
B. Hadilah Latihan Persekutuan (HLP)
C. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa ( CBBP TB)
D. Kenaikan Pangkat

Penceramah iaitu En. Abu Bakar Sham terlebih dahulu memberikan
penerangan ringkas berkaitan dengan topik yang pertama iaitu, Latihan dalam
perkhidmatan awam. Beliau menjelaskan bahawa tujuan pegawai perkhidmatan
awam perlu menjalankan latihan ialah keranan ia merupakan salah satu syarat untuk
para pegawai perkhidmatan awam untuk disahkan jawatan dalam perkhidmatan. Di
samping itu juga, beliau turut menjelaskan bahawa adalah amat penting bagi setiap
individu yang telah dilantik menjadi pegawai perkhidmatan awam untuk mengetahui

dan memahami tentang peranan dan kepenting Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA) dan Suruhanjawa Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Sehubungan dengan itu, Penceramah juga menjelaskan bahawa pegawai
perkhidmatan perlu mengikuti latihan perkhidmatan untuk membantu para pegawai
perkhidmatan meningkatkan kemahiran mereka. Latihan tersebut juga boleh
berbentuk kursus atau latihan. Beliau turut juga memaklumkan kepada para peserta
bahawa pegawai perkhidmatan wajib mengikuti kursus sekurang-kurang minimum 5
hari setahun bagi mencukupkan mata kredit jam dalam skpmg2.

Soalan dari peserta :

1. Bagaimanan pula dengan proses kenaikan pangkat berdasarkan time based
8+8+6+3?

Berkaitan dengan soalah yang telah diajukan oleh peserta tersebut, En. Abu
Bakar Sham memberikan respon bahawa beliau akan menjelaskan perkara tersebut
pada kandungan pembentangan Kenaikan Pangkat.

Seterusnya En. Abu Bakar Sham meneruskan pembentangan berkaitan
dengan Program Hadiah Persekutuan (HLP) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana.
Beliau menjelaskan kepada para perserta sebelum ingin melanjutkan pengajian ke
peringkat Phd, guru hendaklah mempunyai rekod sumbangan yang baik semasa
tempoh perkhidmatan. Sumbangan tersebut boleh dilakukan samaada dalam
sekolah mahupun di luar sekolah melibatkan masyarakat. Beliau menjelaskan
keranan sumbangan tersebut penting untuk kegunaan ketika temu duga. Sebarang
bentuk sumbangan tersebut hendaklah direkod.

Perkembangan SLOT 12

Sesi ceramah diteruskan lagi oleh En. Abu Bakar Sham dengan topik
pembentangan yang seterusnya berkaitan dengan kenaikan pangkat. En. Abu Bakar
Sham menjelaskan terdapat dua jenis gred pangkat iaitu gred naik pangkat dan gred
dilantik. Bagi pegawai perkhidmatan yang mendapat gred naik pangkat, angka gred
pangkat yang diterima beliau ialah no genap. Manakala, pegawai perkhidmatan yang
dilantik pula bermula dengan gred ganjil.

Sesi diteruskan lagi oleh penceramah dengan penjelasan berkaitan dengan
hakiki kenaikan pangkat. Pada bahagian slot tersebut, penceramah menjelaskan
bahawa terdapat dua jenis gred pangkat iaitu gred hakiki dan gred penyandang.
Gred hakiki ialah gred yang digunakan oleh guru akademik biasa yang tidak

mempunyai sebarang pangkat di sekolah walaupun gred pangkat beliau sudah
meningkat.

Soalan daripada peserta :

1. Sekiranya guru sudah mencapai tahun yang mencukupi iaitu 8 tahun dan dinaikan
gred ke dg44, adakah guru tersebut masih dg41?

Respon Penceramah :

En. Abu Bakar Sham menjelaskan bahawa gred guru tersebut secara hakiki masih
dalam gred 41.Hal ini sedemikian kerana, beliau tidak menyandang sebarang
jawatan yang setaraf dengan gred semasa beliau iaitu dg44. Namun, gred gaji guru
tersebut adalah mengikut gred dg44.

2. Bagaimana pula sekiranya seseorang pegawai yang telah berkhidmat di IPG dan
menyandang gred dg44 kembali bekerja di sekolah, adakah gred beliau akan
bermula dari dg44?

Respon Penceramah :

En. Abu Bakar Sham menjelaskan bahawa gred guru tersebut akan bermula dari
awal iaitu gred dg41. Perkara ini berlaku kerana pegawai tersebut akan bergelar
guru akademik biasa sekiranya tidak menyandang sebarang jawatan yang setaraf
dengan gred semasa beliau. Penceramah turut menjelaskan bahawa setiap guru
akademik biasa di sekolah sememangnya secara gred hakiki menyandang gred
dg41 walaupun gred pangkat semasa mereka berada atas dari dg41.

Seterusnya, sesi ceramah diteruskan oleh penceramah dengan topik
kronologi kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan awam. Dalam slot tersebut,
penceramah lebih menjelaskan berkaitan dengan kronologi kenaikan pangkat Guru
Cemerlang. En. Abu Bakar Sham menjelaskan bahawa terdapat beberapa syarat
yang perlu diikuti sebelum memohon guru cemerlang.

Syarat Mohon Guru Cemerlang :

1. Telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan awam.
2. Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam perkhidmatan.
3. Mengajar subjek yang sama selama 3 tahun berturut-turut.

Penceramah menjelaskan bahawa terdapat beberapa kelebihan sekiranya
menjadi guru cemerlang di sekolah. Misalnya, proses kenaikan pangkat bagi guru
cemerlang adalah agak pendek berbanding guru biasa.

Soalan daripada peserta :

1. Bagaimanakah sekiranya guru tersebut tidak mengajar subjek mengikut opsyen
yang telah ditetapkan, adakah layak memohon guru cemerlang?

Respon Penceramah :

En. Abu Bakar Sham menjelaskan bahawa guru tersebut masih dapat
memohon guru cemerlang dengan syarat guru tersebut mengajar subjek yang sama
selama 3 tahun. En. Abu Bakar Shah juga turut menjelaskan bahawa tidak
semestinya guru perlu mengajar mengikut opsyen sahaja yang digalakkan dapat
memohon guru cemerlang. Guru dapat memohon guru cemerlang walaupun tidak
mengajar mengikut opsyen dengan syarat mengajar subjek yang sama selama 3
tahun.

2. Adakah guru yang mengajar subjek yang pelbagai pada setiap tahun, adakah
mempengaruhi kelayakkan memohon guru cemerlang?

En. Abu Bakar Sham menjelaskan bahawa sekiranya guru tersebut sentiasa
bertukar subjek pada setiap tahun adalah tidak layak memohon guru cemerlang. Hal
ini sedemikian kerana, bagi memohon guru cemerlang hendaklah memfokuskan
kepada satu subjek sahaja. Walaupun guru mengajar pelbagai subjek di sekolah,
pastikan hanya 1 sahaja subjek yang tidak berubah. Dengan hal yang sedemikian,
guru tersebut dapat memohon guru cemerlang.

Pengakhiran SLOT 12

Pada pengakhiran slot, penceramah mengingatkan kepada para peserta
untuk sentiasa peka dengan proses kenaikan pangkat masing-masing. Para perserta
hendaklah memastikan segala syarat atau kelayakkan untuk naik pangkat diikuti
dengan betul bagi mengelakkan masalh berlaku ketika memohon kenaikkan
pangkat. En. Abu Bakar Sham turut mengingatkan para perserta untuk sentiasa
menyemak kadar gaji, pastikan kadar pengiraan gaji yang diberikan adalah betul dan
sentiasa mengemaskini segala maklumat terutamanya di dalam epangkat.

Kekuatan:

 Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan
slot tersebut.

 Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik samaada semaga slot
berlangsung mahupun semasa perbincangan kumpulan.

 Setiap ahli memainkan peranan dengan baik dalam menjalankan tugas

 Ahli kumpulan mampu menyelesaikan masalah dengan segera apabila berlaku
masalah teknikal dan mencari alternatif yang sesuai.

 Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif ketika slot berlangsung
Kelemahan:
 Sesetengah peserta menghadapi masalah rangkaian internet dan sering keluar

masuk akibat capaian internet yang kurang memuaskan.
 Terdapat bebera peserta mengalami masalah audio.
Cadangan Penambahbaikan:
Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal atau memaklumkan kepada

urus setia berkenaan dengan masalah rangkaian yang dihadapi.

Laporan Disediakan oleh:
PRESLLY ANAK ALO
(Pencatat Slot )

LAMPIRAN

LAPORAN BERGAMBAR

 Sesi pendaftaran masuk para peserta,urus
setia, penceramah dan pemantau.

 Sesi nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu
Pertiwiku

 Diikuti bacaan doa.

 Sesi ceramah dimulakan oleh En. Abu  Sesi ceramah dan soal jawab peserta dan

Bakar Sham penceramah

 Sesi setelah tamat slot 12.
 Para peserta diminta berehat selama 5

minit.

 Sesi pembentangan berkaitan dengan
kronologi kenaikan pangkat pegawai
perkhidmatan awam.

Nota:
Buat catatan di bawah setiap gambar bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : Slot 13

Topik : Budaya Kerja Kelas Pertama ( Pemikiran
Kristis dan Inovatif)

Penceramah : Encik Muhaimi Bin Suhaili

Tarikh / Hari : 22 Mac 2022

Masa : 1600-1700

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 8

Ketua/Bacaan Doa : Chua Yew Inn/ Mursidi bin
Ahmad Nizam

Pengerusi Majlis : Chua Yew Inn

Pencatat : Teresie anak Piang

AJK Teknikal : Kartini binti Admad Zaidi

AJK Nyanyian : Davis Andrea anak Chendan

Laporan Aktiviti:

Aktiviti dalam Slot 13 bermula pada jam 1600 petang.Slot dimulakan dengan
kehadiran para urus setia, para peserta, dan penceramah jemputan.Untuk sesi slot
13, ceramah disampaikan oleh Encik Muhaimi bin Suhaili iaitu seorang pensyarah
kanan di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul
Razak, Kota Samarahan dengan memberi penekanan kepada tajuk pemikiran
secara kristis dan inovatif sekaligus menerapkannya dan mempratikkannya dalam
budaya kerja untuk menuju ke arah budaya kerja kelas pertama.

(Permulaan SLOT 13)

Aktiviti slot 13 bermula dengan pengerusi majlis/moderator Cikgu Chua Yew Inn
memperkenalkan secara ringkas tentang latar belakang penceramah kepada para
peserta PTM.Secara ringkasnya, Encik Muhaimi bin Suhaili memulakan
pendidikannya di SRK Kampung Baru (1973 hingga 1978), Kota Samarahan
sebelum menyambung pelajaran di SMK Muara Tuang (1979 – 1981), SMK DPHA
Ghapor Stampin (1982 hingga 1983), dan SMK Tun Abang Haji Openg (1984 hingga
1985).

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa Pertama [PBMP]) dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2012,
dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Komunikasi dari
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1989.

Beliau juga pemegang Diploma Pendidikan (Kepujian), dari Universiti Malaya
pada tahun1991 dalam Pengajian Bahasa Melayu dan Sejarah. Beliau mula
bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Muara
Tuang, Kota Samarahan dari tahun 1992 hingga 2007. Jawatan terakhir di sekolah
tersebut ialah sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selain pernah menjadi
Ketua Panitia, Guru Majalah Sekolah, dan Ketua Bidang. Kini beliau bertugas
sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan sejak tahun 2007.

Setelah selesai memperkenalkan latar belakang penceramah, pengerusi
majlis kemudiannya mempersilakan penceramah untuk memulakan ceramah yang
bertajuk Pemikiran Kritis dan Inovatif ( Budaya Kerja Kelas Pertama). Untuk
permulaan slot 13 ini, peserta diterangkan terlebih dahulu oleh penceramah tentang
definisi kritis daripada tokoh-tokoh ilmuan seperti Dewey 1933,Bloom 1956,dan juga
daripada Kamus Dewan.Selain daripada itu, peserta PTM turut dijelaskan cara
berfikir secara kritis oleh penceramah. Penceramah juga memberitahu,untuk
menjadi seorang guru kelas pertama,guru perlulah pandai dan boleh berfikir secara
kreatif dan kritis, selain daripada mempunyai sifat ingin tahu dan menjadi seorang
pemikir yang hebat.Dalam slot ini juga, para peserta turut didedahkan oleh
penceramah tentang beberapa halangan berfikir seperti halangan dari segi emosi
dan budaya.Di samping itu, peserta juga diberi pendedahan dengan jenis-jenis alat
bantuan berfikir yang perlu dipratikkan untuk menjadi guru kelas pertama seperti
penggunaan peta minda, teknik 5W1H, teknik fishbone, Ishikawa Diagram dan
sebagainya. Secara kesimpulannya,melalui pengenalan kepada definisi kritis ini,
sedikit sebanyak telah memberikan pengetahuan kepada para peserta tentang apa
yang dimaksudkan dengan definisi pemikiran kritis.

(Perkembangan SLOT 13)

Selesai menerangkan definisi kritis, penceramah menerangkan subtopik yang
seterusnya iaitu definisi kreativiti .Dalam topik ini, penceramah menerangkan kepada
para peserta beberapa definisi kreativiti yang diambil daripada kamus Webster’s.
Salah satu definisi kreativiti menurut kamus Webster’s ialah “Kebolehan
mewujudkan sesuatu yang baru iaitu daripada tiada kepada ada”.Kemudian para
peserta juga turut diterangkan dengan tiga anjakan ekonomi iaitu Ekonomi
berasaskan Sumber (1957-1970an), Ekonomi berasaskan Perindustrian ( 1980-
pertengahan 1990an),dan Ekonomi berasaskan Inovasi (akhir 1990an- 2020).Selain
itu,penceramah juga memberitahu beberapa contoh negara yang sedang berubah
kearah negara berasaskan inovasi seperti negara China dan India.Para peserta juga
turut dijelaskan alas an mengapa seseorang itu pelu berfikir secara kritis dan
inovatif. Antaranya adalah dengan berfikir secara kristis dan inovatif, ia dapat
menjimatkan kos,menjimatkan masa, meningkatkan kualiti,meningkatkan
prestasi,dan memudahkan kehidupan seharian.

Topik terakhir yang disampaikan oleh penceramah kepada para peserta ialah
berkenaan dengan definisi inovasi.Dalam topik ini penceramah menjelaskan
bahawa definisi inovasi ini bermaksud kaedah mencari jalan untuk menghasilkan
produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikkan, hasil cetusan idea-idea peningkatan kualiti dan produktiviti, dan
boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah
dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baru.Selain daripada itu,
penceramah turut menunjukkan gambar-gambar inovasi dalam perkhidmatan awam
seperti penggunaan emel dalam urusan kerja yang menggantikan surat-menyurat
dan juga beberapa inovasi dalam keperluan seharian.

Pengakhiran SLOT 13

Slot 13 diakhiri dengan sesi soal jawab antara para peserta dengan
penceramah.Walaubagaimanapun, tiada soalan atau pertanyaan daripada para
peserta untuk penceramah. Ini menunjukan bahawa para peserta faham tentang
tajuk Pemikiran Kritis dan Inovatif (segmen Budaya Kerja Kelas Pertama) yang telah
disampaikan oleh penceramah.

Kekuatan:

 Penceramah jemputan merupakan seorang yang sangat berpengalaman dan
mempunyai pengetahuan yang luas tentang tajuk yang dibentang.

 Setiap ahli kumpulan yang bertugas menunjukkan komitmen dan
bekerjasama semasa mengendalikan slot.

 Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif dan memberikan tumpuan
ketika slot berlangsung.

Kelemahan:

 Terdapat peserta yang menghadapi masalah talian internet.

 Menghadapi masalah teknikal dari segi paparan slaid.

Cadangan Penambahbaikan:
 Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal dan menggunakan altenatif
lain sekiranya menghadapi masalah talian internet/masalah peranti dan
sebagainya.
 Peserta atau AJK bertugas perlu melakukan pengujian telebih dahulu
terhadap peralatan peranti supaya slot dapat berjalan dengan lancar tanpa
gangguan.

Laporan Disediakan oleh:
Teresie Anak Piang
(Pencatat Slot 13)

LAMPIRAN

LAPORAN BERGAMBAR

Tajuk Slot 13 : Pemikiran Kristis dan Sesi ceramah bersama penceramah Encik
Inovatif (Budaya Kerja Kelas Pertama) Muhaimi bin Suhaili



LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1 TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Slot : 14

Topik: Budaya Kerja Kelas Pertama (Mengutamakan
Masyarakat dan Keterampilan Diri)

Penceramah : Encik Ahmad Shah bin Abu Bakar

Tarikh / Hari : 23.03.2022 / Rabu

Masa : 0930-11.00

Kumpulan Bertugas : Kumpulan: 7

Ketua :

Paw Li Hong (SMK Datuk Patinggi Kedit)

Bacaan Doa: Azizul bin Osam@Othman (SMK Bandar
Bintulu)

(Pengerusi Majlis)

Shafiqah binti Saidi (SMK Beladin)

(Pencatat)

Sharon Nunjan Anak Sylvseter Bakar (SMK St.
Augustine)

Fredinand Lineker Anak Manggie (SMK Spaoh)

Laporan Aktiviti:

Aktiviti dalam Slot 14 bermula dengan kehadiran para urus setia, para peserta, para
pemantau dan seterusnya penceramah undangan iaitu Encik Ahmad Shah bin Abu
Bakar . Setelah itu, slot diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan lagu
Ibu Pertiwiku. Sebaik sahaja nyanyian lagu tersebut selesai, wakil kumpulan
bertugas iaitu Encik Azizul bin Osam@Othman memimpin bacaan doa. Moderator
semasa slot 14 ini dikendalikan oleh Cik Shafiqah binti Saidi. Setelah selesai Slot 14,
Penghulu iaitu Encik Mursidi bin Ahmad Nizam menerangkan serba sedikit
berkenaan dengan tentatif program pada petang Rabu dan hari Khamis yang mana
beliau mengingatkan para peserta PTM Siri 1 untuk menyiapkan tugasan individu
dan kumpulan mengikut masa yang telah ditetapkan serta menyiapkan penilaian
instrumen setiap slot seperti yang telah ditetapkan.

(Permulaan SLOT 14)

Ucapan kata alu-aluan dengan menjemput kedatangan penceramah undangan oleh
Cik Shafiqah binti Saidi selaku moderator Slot 14. Seterusnya, penceramah iaitu En.
Ahmad Shah mengucapkan tahniah kepada Penyelaras Program Transformasi
Minda (PTM) iaitu, En. Wagner Ak John Sangur IPGK Tun Abdul Razak. (IPGK
TAR) Penceramah juga turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta PTM Siri
1 (IPGK TAR) yang mengikuti kursus PTM.

(Perkembangan SLOT 14)

Penceramah membentangkan tajuk Budaya Kerja Kelas Pertama. Seterusnya,
penceramah (En. Ahmad Shah bin Abu Bakar) bertanya kepada beberapa orang
peserta secara rawak berkenaan dengan tempoh mengajar dan lokasi mengajar
khasnya di kawasan Pedalaman 1, Pedalaman 2, dan Pedalaman 3. Semasa Slot
14 ini, beliau menekankan pentingnya mengenali budaya di tempat guru mengajar
dan menekankan kepentingan adaptasi dengan budaya serta masyarakat setempat
atau tempat mengajar walaupun terdiri daripada perbezaan masyarakat.

Pada masa yang sama, penceramah juga bertanya kepada beberapa orang peserta
PTM dalam memahami masyarakat, cara berfikir dan menekankan kepentingan
berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling khasnya di tempat mengajar atau
bertugas. Penekanan yang ditekankan adalah aspek Perkataan, Intonasi, dan
Fisiologi. Seterusnya, beliau menekankan aspek hidup untuk memberi iaitu
merangkumi aspek Fizikal, Emosi, Intelektual, Kewangan dan Kerohanian)

Seterusnya penceramah Encik Ahmad Shah memberikan ceramah berkaitan
dengan Keterampilan Diri. Dalam tajuk ini, beliau menekankan personaliti seorang

guru mengikut bidang mengajar bersesuaian dengan tugas. Misalnya, personaliti
guru Pendidikan Jasmani Kesihatan, Sejarah, Matematik, Ustazah adalah berbeza.
Pakaian rasmi dan formal hendaklah bersesuaian dengan situasi untuk
berketrampilan diri. Keterampilan sosial ditakrifkan sebagai alat kelengkapan
kemuliaan keperibadian untuk membina, dan memelihara harga diri. Pada masa
yang sama, beliau juga menekankan sikap menghormati, mengutamakan orang lain,
cara gaya yang betul dan kebijaksanaan semasa berbudi bicara.

Selain itu, penceramah ada menekankan aspek Etiket (Etika) dalam komunikasi,
teknik, berkomunikasi mengikut situasi sama ada semasa mesyuarat, cara duduk
yang sopan, kesesuaian pemakaian pakaian guru lelaki dan guru wanita. Pada masa
yang sama, beliau berkongsi maklumat kepada peserta PTM bahawa pemakaian
baju korporat sekolah hanya boleh digunakan semasa turun padang sahaja,
manakala pemakain baju batik adalah digalakkan namun tidak wajib.

(Pengakhiran SLOT 14)

Pada pengakhiran slot ini, penceramah iaitu Encik Ahmad Shah membuat
kesimpulan berkaitan tajuk ceramah beliau iaitu Budaya Kerja Kelas Pertama
(Mengutamakan Masyarakat dan Ketrampilan Diri). Beliau juga memohon maaf
sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang tempoh ceramah. Akhir sekali, satu sesi
bergambar diadakan bersama dengan Penceramah dan juga para peserta PTM
sebagai kenang kenangan untuk masa akan datang.

Kekuatan:

 Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
mengendalikan slot tersebut.

 Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif ketika slot berlangsung.
 Pengurusan masa yang baik dan terancang serta menepati waktu.

Kelemahan:

 Sesetengah peserta menghadapi masalah rangkaian internet.
 Slide pembentangan tidak dapat dipaparkan pada awalnya kerana masalah

gangguan teknikal.

Cadangan Penambahbaikan:
 Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal atau memaklumkan
kepada urus setia berkenaan dengan masalah rangkaian internet yang
dihadapi.
 Membuat pengujian dengan lebih teliti untuk memastikan gangguan teknikal
semasa paparan slaid.

Laporan Disediakan oleh:
(SHARON NUNJAN ANAK SYLVESTER BAKAR )
Peserta PTM Siri 1 (IPGK TAR)

LAMPIRAN
LAPORAN BERGAMBAR

Moderator menceritakan latar belakang penceramah

Penceramah membentangkan Tajuk Mengutamakan Masyarakat

Penceramah (En. Ahmad Shah membentangkan tajuk Skop Pembelajaran Segmen III Budaya Kerja
Kelas Pertama

Penceramah membentangkan tajuk Mengutamakan Masyarakat beserta sesi soal jawab bersama
peserta

Penceramah membentangkan tajuk Keterampilan Diri

Penceramah membentangkan situasi Rasmi dan Formal berkaitan dengan Keterampilan Diri dan
terdapat sesi soal dan jawab bersama para peserta PTM.

Encik Ahmad Shah membentangkan Petua Penampilan Diri yang Positif

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 1
TAHUN 2022
ANJURAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

Nama Slot : Penilaian Kefahaman dan Majlis Penangguhan Program

Transformasi Minda (PTM) Siri 1/2022 Kelolaan IPGKTAR

oleh Pengarah, IPGKTAR

Penceramah : TIADA

Tarikh / Hari : 25 Mac 2022 (Jumaat)

Masa : 07.50 pagi – 11.30 pagi

Kumpulan Bertugas : Kumpulan 11 dan 12

Ketua Kumpulan 11: Jane Sebestian Taka

Ketua Kumpulan 12: Abdul Hadi Abul Mundzir Bin Zakaria

Pembaca doa: Mohammad Erfan bin Marekan

AJK:

Kelly Shu Tuang Hong

Zaiwi Idilla Binti Bolhi

Evelyn Ruja Anak Buyong

Mohammad Erfan Bin Marekan

SusiliaAnakAtang

ShahirahBintiseman

Aquila Nadia TabonBintiAlbert

FauziahBintiMohdSalleh

LAPORAN AKTIVITI:

Penilaian kefahaman:

Penilaian Kefahaman melalui Google classroom selama 30 minit dijalankan bermula
8.15 pagi hingga 8.45 pagi

Majlis Penangguhan:

Majlis Penangguhan Program Transformasi Minda (PTM) Siri 1/2022 Kelolaan
IPGKTAR oleh Pengarah, IPGKTAR bermula dengan kehadiran para urus setia,
para peserta, para pemantau dan seterusnya Pengarah IPGKTAR, Puan Anis Alisya
Binti Abdullah. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan kata aluan pengacara majlis
serta nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku. Sebaik sahaja nyanyian lagu
tersebut selesai, wakil kumpulan bertugas iaitu Mohammad Erfan bin Marekan
memimpin bacaan doa. Seterusnya tayangan montaj Sepanjang program
dipaparkan ketika majlis. Kemudian ucapan daripada Penghulu telah disampaikan
oleh Mursidi Bin Ahmad Nizam. Seterusnya ucapan penangguhan Program
Transformasi Minda (PTM) Siri 1/2022 Kelolaan IPGKTAR oleh Pengarah IPGKTAR,
Puan Anis Alisya Binti Abdullah. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Kami Guru
Malaysia dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Sesi Penggulungan Dari Setiap Kumpulan:

Penyelaras Program Transformasi Minda (PTM) iaitu Encik Wagner Anak John
Sangur telah meminta pendapat semua ketua kumpulan dan juga ahli di dalam
kumpulan tersebut untuk memberikan pandangan dan respon terhadap situasi
ataupun kerjasama dalam kumpulan masing-masing sepanjang Program
Transformasi Minda dijalankan terutama dalam kerjasama kumpulan dalam menyiap
tugasan yag telah diberikan.

Borang Penilaian:

Pengisian borang penilaian akhir kursus bagi setiap peserta melalui Google
Clasroom

Kekuatan:

tinggi dalam mengendalikan

tersebut.

dio nyanyian lagu sepanjang
program berlangsung kerana kumpulan bertugas telah melakukan pengujian
terlebih dahulu.

Kelemahan:
Sesetengah peserta menghadapi masalah rangkaian internet.
Terdapat sedikit kesalahan teks dalam pengendalian pengacara majlis

Cadangan Penambahbaikan:

awal atau memaklumkan kepada
urus setia berkenaan dengan masalah rangkaian yang dihadapi.

teks yang baik

Laporan Disediakan oleh:
Evelyn Ruja Anak Buyong dan Zaiwi Idilla Binti Bolhi

LAMPIRAN
LAPORAN BERGAMBAR

Assalamualaikum
Kami dengan segala ho

ingin menjemput d
Dato'/Datin/Tuan

k
Majlis Perasmian
Program Transformasi

Anju
Institut Pendidikan Guru

melalui Platfor

25 Mac 202
Masa : Jam 10.30

/ Salam Sejahtera,
ormat dan sukacitanya
dan mempersilakan
n/Puan/Encik/Cik

ke
dan Penangguhan
Minda Siri 1 Tahun 2022
uran
Kampus Tun Abdul Razak
rm ‘Google Meet'

22 (Jumaat)
hingga 11.30 pagi

ATURCARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN DAN PENANGGUHAN
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SIRI 1 TAHUN 2022

MASA AKTIVITI
9.00 am Kata Aluan Pengacara Majlis

9.05 am Nyanyian Lagu Negaraku Dan Ibu
Pertiwiku

9.15 am Bacaan Doa

9.20 am Tayangan Montaj Sepanjang Program

9.30 am Ucapan Penghulu Mursidi Bin Ahmad
9.40 am Nizam

9.50 am Ucapan Perasmian dan Penangguhan
Program Transformasi Minda (PTM) Siri 1
Tahun 2022 Kelolaan IPGKTAR oleh
Pengarah, IPGKTAR

Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia

9.55 am Sesi Bergambar

10.00 am Bersurai

MAJLIS PERASMIAN DAN
PENANGGUHAN

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
(PPP)

SIRI 1 / 2022

TARIKH 25/03/2022
HARI JUMAAT

TEMPAT GOOGLE MEET

ANJURAN INSTITUT PENDIDIKAN
KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

(IPGKTAR)

SEKALUNG PENGHARGAAN

Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Institut Perguruan Guru Kampus Tun Abdul Razak
Urusetia Program Transformasi Minda Siri 1 Tahun 2022

Penceramah Slot 1 – 14
Program Transformasi Minda Siri 1 Tahun 2022

Jawatankuasa Perwakilan Peserta
Program Transformasi Minda Siri 1 Tahun 2022

Peserta-Peserta PPP DG41
Program Transformasi Minda Siri 1 Tahun 2022

Madah diungkap santun bicara,
Pantun dilantun mengusik hati,

Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.

Jumpa dulang penuh berlian,
Rupanya mimpi di awal pagi,
Selamat pulang hadirin sekalian,
Panjang umur bertemu lagi.

AJK PROGRAM

Ketua Penyelaras PTM : Encik Wagner Anak John Sangur
Urus Setia PTM
: Cik Nadia Ainida Binti Zulhairy
Penghulu : Puan Jacqueline Anak Badar
Penghuluwati : Puan Repiah Binti Suut
Urus Setia Majlis Penutupan
: Mursidi Bin Ahmad Nizam

: Dayang Nina Syazwani Binti Abang Sakardi

: Jane Sebestian Taka (K)
: Abdul Hadi Abul Mundzir Bin Zakaria (K)
: Zaiwi Idilla Binti Bolhi
: Kelly Shu Tuang Hong
: Mohammad Erfan Bin marekan
: Evelyn Ruja Anak Buyong
: Susilia Anak Atang
: Shahirah Binti seman
: Aquila Nadia Tabon Binti Albert
: Fauziah Binti Mohd Salleh

Ketua Kumpulan PTM

1. Franklin Serit Anak Duart 7. Paw Li Hong

2. Cynthia Awing Roland 8. Chua Yiew Inn

3. Muhammad Shairazi Bin Safri 9. Dorothy Malaya Anak Alexander Pateh

4. Mohd Ajrul Azhim Bin Zaimi 10. Mecklina Anak Sylvester Sultan

5. Hidayatullah Bin Mahmud 11. Jane Sebestian Taka

6. Khairil Fikri Bin Mohd DIn 12. Abdul Hadi Abul Mundzir Bin Zakaria


Click to View FlipBook Version