PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
17.0 SENARAI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN
SPSK PK 01/1
PANITIA: ………………………………………………………………………………..
*Bil. Jenis Fail Perkara Kandungan Fail
1. Fail Putih/ Fail Fail Transaksi (Ditulis nama i) Surat-surat perhubungan luar/
Terbuka Panitia Mata Pelajaran) dalaman
(AM 435-Pin.1/80) ii) Surat-surat lampiran
Contoh: No Fail: 600-4/1/2 iii) Surat Panggilan Mesyuarat
Panitia Bahasa Melayu <taip
nama sekolah>
2. Fail Kulit Keras/ 2.1 Mesyuarat Panitia i) Minit Mesyuarat Panitia
Doket ii) Kedatangan Mesyuarat
Catatan: 2.2 Sukatan Pelajaran i) Sukatan Pelajaran
2.3 Program Kecemerlangan ii) Huraian Sukatan Pelajaran
Kandungan fail iii) Rancangan Pelajaran Tahunan
mengandungi iv) Senarai Bahan Bantu Pengajar dan
dokumen-dokumen
sokongan yang Kedudukannya
boleh disimpan
v) Senarai buku teks dan rujukan
dalam fail keras
yang sama dengan i) Perancangan Strategik (Pelan
mengguna strategik, Pelan Taktikal & Pelan
pembahagi Operasi)
(separator)
ii) Laporan-laporan program
iii) Program Perkembangan Staf
iv) Kajian Tindakan
2.4 Peperiksaan i) Jadual Peperiksaan
ii) Jadual Penyedia Soalan
iii) Analisis Peperiksaan Sekolah dan
Peperiksaan Awam
iv) Analisis Headcount (TOV, OTR,
ETR)
v) Post-mortem/ Audit akademik
2.5 Penyeliaan/ Pencerapan i) Jadual Penyeliaan
ii) Borang Penyeliaan
2.6 Penyemakan buku i) Jadual semakan
latihan murid ii) Borang penyemakan
2.7 Koleksi Soalan Ujian/ i) Soalan-soalan peperiksaan sekolah
Peperiksaan ii) Soalan-soalan setara daerah/ negeri
iii) Soalan-soalan peperiksaan awam
2.8 Maklumat Guru i) Jadual waktu persendirian
ii) Maklumat asas, akademik dan
ikhtisas guru
*Catatan: Bilangan folder bergantung kepada keperluan sekolah
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
03 01 MAC 2013 01 01 NOVEMBER 2013
136 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Folder Tambahan:
*Bil. Jenis Fail Perkara Kandungan Fail
3. Pentaksiran 3.1. Pekeliling PBS i. Pekeliling
ii. Surat Edaran
Berasaskan Sekolah
i. PPPM
3.2 Pentaksiran sekolah ii. Pelaporan Off Line PPPM
iii Evidens
3.3 PT3 i. Senarai nama calon
ii. Instrumen pentaksiran
iii. Instrumen penskoran
iv. Pelaporan PT3
18.0 UNIT PEPERIKSAAN
ARAHAN DAN PANDUAN PENTAKSIRAN DALAMAN UNTUK RUJUKAN GURU
Peraturan-peraturan Semasa Peperiksaan
1. Murid diwajibkan hadir ke sekolah sepanjang minggu peperiksaan mengikut waktu persekolahan dan
menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan.
2. Semua murid mesti hadir ke sekolah pada hari peperiksaan.Murid yang tidak hadir akan dicatat TH
(tidak hadir).Presiden diminta mencatatkan kehadiran murid di papan putih setiap hari dan guru
memulakan kertas diminta mencatatkan kehadiran murid di Borang Kawalan Ujian/Peperiksaan.
3. Murid yang tidak hadir untuk sesuatu mata Pelajaran tidak dibenarkan menduduki semula kertas
tersebut kecuali yang mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum anjuran sekolah,PPD,jabatan atau
kementerian sahaja yang dibenarkan untuk mengambil ujian/peperiksaan ulangan dalam tempoh
masa yang ditetapkan.
4. Kes-kes sakit tidak akan dilayan. Sebarang masalah yang timbul boleh berunding dengan Pengetua
atau PK Pentadbiran.
5. Meja dan kerusi murid perlu dijarakkan, laci sentiasa bersih dan menghala ke hadapan. Kerusi dan
meja guru diletakkan di belakang kelas dan beg murid juga diletakkan di belakang atau di luar kelas.
6. Murid dikehendaki duduk mengikut susunan nama abjad seperti dalam buku rekod kehadiran. Murid
dilarang bertukar tempat duduk.
7. Murid dilarang meniru. Segala perbuatan meniru akan dikenakan tindakan disiplin dengan memberi
mata salah laku demerit sebanyak 15 mata dan dimaklumkan kepada ibu bapa murid berkenaan. 0
markah akan diberi kepada murid yang meniru. 0 markah juga akan diberikan kepada murid yang
memberi jawapan untuk ditiru oleh orang lain. Semua Murid dilarang terlibat dengan perbuatan
meniru seperti berikut:
i. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di bilik peperiksaan.
ii. Dilarang membuat rujukan di luar bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
iii. Dilarang memberi pertolongan , mendapatkan pertolongan , berhubung dengan orang lain di
dalam atau di luar bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan meniru.
iv. Dilarang mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan sehingga
boleh dibaca oleh calon lain.
v. Dilarang menukar kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain.
vi. Dilarang meniru melalui telefon bimbit.
137 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
8. Kertas objetif OMR ,kertas graf, kertas lukisan akan disediakan oleh pihak sekolah. Kertas lukisan
tambahan yang digunakan oleh murid Pendidikan Seni mesti disahkan oleh panitia Pendidikan Seni
Visual terlebih dahulu.
9. Murid hanya dibenarkan menggunakan kertas kajang logo sekolah sahaja semasa ujian/peperiksaan
sahaja. Kertas kajang lain tidak akan dibenarkan.
10. Sewaktu peperiksaan Pendidikan Seni Visual dijalankan , murid tidak dibenarkan untuk berkongsi
bahan dan peralatan lukisan.
11. Murid dilarang meminjam sebarang alat tulis daripada rakan-rakan.
12. Murid tidak dibenarkan meletkkan bekas pensel dan kotak set geometri di atas meja peperiksaan.
13. Penggunaan pemadam cecair tidak dibenarkan.
14. Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan kalkulator yang tidak boleh diprogramkan sewaktu
peperiksaan.
15. Murid wajib memakai pakaian seragam sepanjang tempoh peperiksaan dan tidak dibenarkan
memakai t-shirt semasa mengambil peperiksaan.
16. Murid dilarang membuat bising sewaktu peperiksaan dijalankan. Murid dikehendaki duduk di tempat
masing-masing sehingga kertas jawapan dikutip. Guru dikehendaki mencatatkan nama murid yang
meniru (rujuk ketetapan mengendalikan kes murid meniru dan memberi tiru), membuat bising atau
mengganggu semasa peperiksaan di dalam Borang Kawalan Ujian/Peperiksaan dan memberi mata
salah laku demerit.
17. Murid tidak dibenarkan menghantar kertas jawapan lebih awal dan meninggalkan kelas lebih awal
sebelum waktu peperiksaan tamat. Murid tidak dibenarkan balik awal (sebelum tamatnya waktu
persekolahan) walaupun tidak menduduki peperiksaan-peperiksaan seterusnya.
18. Murid tidak dibenarkan datang ke sekolah lewat pada hari peperiksaan. Masa tambahan tidak akan
diberikan.
19. Murid tidak dibenarkan pergi ke tandas semasa peperiksaan kecuali kes kecemasan.
20. Presiden kelas perlu memastikan guru yang memulakan kertas telah berada di kelas pada waktu
tersebut. Sekiranya guru masih tidak hadir pada waktu tersebut, presiden perlu mencari guru tersebut
supaya tidak berlaku kelewatan untuk memulakan peperiksaan.
21. Guru yang mengutip skrip jawapan diminta kira semula semua skrip jawapan dan catatkan bilangan
skrip jawapan yang dikutip dalam Borang Kawalan Ujian/Peperiksaan.
22. Jika peraturan-peraturan yang telah disebutkan di atas tidak dipatuhi, maka pihak sekolah akan
mengambil tindakan disiplin terhadap murid yang berkenaan.
138 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
PANDUAN KETIDAKHADIRAN MURID SEWAKTU UJIAN/ PEPERIKSAAN DAN KES YANG
DIBENARKAN MEMBUAT UJIAN/ PEPERIKSAAN ULANGAN
Markah dicatat Tiada Ujian/ Ujian/
Peperiksaan Peperiksaan
Bil Perkara sebagai TH
Ulangan Ulangan
Menghadiri aktiviti kokurikulum yang Dibenarkan
1. dianjurkan oleh sekolah, PPD, jabatan , /
/ /
kementerian /
2. Sakit dan beri surat doktor / /
/
Sakit dan beri surat ibubapa / tidak / /
3. memberi surat / /
( surat doktor) /
Sakit selama seminggu ( demam campak/ / /
4. pembedahan/ ...) / /
/
Sakit dan balik semasa ujian/ peperiksaan /
5. dijalankan pada hari tersebut / /
Masalah pengangkutan : kereta / bus rosak /
6. / tiada sesiapa menghantar / tiada tiket bas /
/ kesesakan jalan raya.
7. Menghadiri majlis perkahwinan saudara
terdekat / saudara mara
Kes pengebumian (saudara mara terdekat:
8. datuk,nenek,ibubapa,adik beradik), dengan
surat pengesahan kematian.
9. Kes pengebumian sepupu, pakcik, makcik)
Menghadiri aktiviti kokurikulum bukan
10. anjuran sekolah , PPD, jabatan,
kementerian, dengan surat rasmi pihak
anjuran.
Tidak hadir kerana menjaga saudara
11. terdekat yang sakit di hospital, dengan surat
wad/ dokumen sokongan.
12. Menghadiri ujian memandu, ujian piano
Catatan:
Sebarang sebab-sebab ketidakhadiran yang lain boleh berunding dengan Pengetua atau PK Kurikulum
139 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
PANDUAN DAN PERATURAN PENGENDALIAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN
(A) MENGGUBAL SOALAN UJIAN / PEPERIKSAAN
1. Ketua panitia perlu menetapkan penggubal soalan bagi ujian/ peperiksaan untuk panitia masing-
masing dengan mengisi borang SPSK PK05/01 seperti ditunjukkan dalam Lampiran 1.
2. Semua kertas soalan perlu bertaip dengan Font 12 dan menggunakan jenis huruf ‘Times New Roman’.
3. Format muka hadapan soalan perlu mengandungi butiran berikut. Rujuk Lampiran 2 untuk contoh
format muka hadapan soalan.
a. Nama Sekolah
b. Nama Peperiksaan
c. Nama Mata Pelajaran
d. Nama Murid
e. Tingkatan/Tahun / Kelas
f. Masa yang diperuntukkan
g. Arahan Am
h. Bilangan Halaman Bercetak
4. Penggubal soalan perlu menyerahkan JSU (SPSK PK05/02 – Lampiran 3), draf soalan dan skema
jawapan kepada ketua panitia untuk disemak.
5. Ketua panita akan menyemak JSU, draf soalan dan skema jawapan dengan mengadakan
perbincangan dengan guru mata pelajaran (jika berkaitan) dan meluluskan draf soalan.
6. Setelah kertas soalan disemak oleh ketua panita, kertas soalan itu perlu disahkan oleh ketua bidang.
7. Hanya topik yang diajar sahaja diberi sebagai soalan peperiksaan.
(B) MEMBUNGKUS SOALAN UJIAN/ PEPERIKSAAN
1. Semua soalan adalah SULIT sehingga ujian/ peperiksaan dijalankan.
2. Semua guru mesti menyusun dan membungkus kertas soalan di dalam bilik peperiksaan. Khidmat
murid tidak dibenarkan.
3. Soalan ujian dan peperiksaan dibungkus mengikut tingkatan dan kelas.
4. Guru harus memastikan bilangan kertas soalan dalam setiap bungkusan soalan adalah mencukupi dan
disertakan bersama bahan keperluan peperiksaan seperti kertas OMR , kertas graf dan benang.
5. Guru harus mengisi borang kawalan (Lampiran 4) ujian dan peperiksaan dengan lengkap untuk
setiap kelas. Letakkan borang kawalan di dalam bungkusan soalan.
6. Semua bungkusan soalan yang telah siap mesti direkodkan dalam link google form “penyimpanan
kertas soalan di bilik peperiksaan” dan disimpan dalam almari besi bilik peperiksaan. Link google
form disediakan oleh SU Peperiksaan (Lampiran 5).
7. Plastik bungkusan digalakkan kitar semula atau dikembalikan ke bilik peperiksaan sebaik sahaja
ujian/ peperiksaan dijalankan. OMR, kertas graf, benang, lembaran kertas kajang yang berlebihan
perlu dikembalikan ke bilik peperiksaan.
(C) MENYUSUN KELAS-KELAS PEPERIKSAAN
1. Guru kelas perlu menyediakan pelan kedudukan murid yang sentiasa dikemas kini (contoh pelan
kedudukan rujuk Lampiran 6) dan ditampal pada papan kenyataan kelas untuk rujukan sepanjang
peperiksaan.
2. Penyusunan meja dilakukan oleh guru kelas dan dibantu oleh guru subjek pada waktu terakhir sehari
sebelum ujian/ peperiksaan diadakan.
3. Laci meja mesti dihadapkan ke depan kelas.
4. Jarak antara meja mesti semaksimum yang boleh dan seluruh ruangan kelas digunakan (tetapi tidak
menyentuh papan tulis kelas agar guru pengawas dapat menggunakan papan tulis tersebut).
5. Kedudukan murid semasa peperiksaan mesti diatur mengikut urutan abjad.
140 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
(D) MENGAWAS UJIAN/ PEPERIKSAAN
1. Semua guru harus mengawas peperiksaan mengikut jadual induk sekolah atau jadual khas yang
disediakan.
2. Pada hari peperiksaan, guru yang memulakan kertas diminta mengambil kertas soalan dari bilik
peperiksaan dengan mengisi borang SPSK PK 05/04 (Lampiran 7).
3. Semua guru pengiring/ penasihat mesti memberikan senarai nama murid yang terlibat dengan aktiviti
luar selewat-lewatnya sehari sebelum ujian berkenaan dijalankan. Guru pengiring perlu menguruskan
ujian/ peperiksaan ulangan pada masa yang ditetapkan.
4. Semua guru harus memastikan kelas dalam keadaan yang bersih, teratur dan butir-butir berkaitan
dengan ujian dan peperiksaan berkenaan (tarikh, kehadiran murid, jenis ujian/ peperiksaan, subjek,
kod mata pelajaran dan tempoh ujian/ peperiksaan) dituliskan dengan jelas di papan putih sebelum
memulakan ujian/ peperiksaan.
5. Guru-guru pengawas mesti mencatatkan bilangan kehadiran murid dan bilangan kertas jawapan yang
diterima pada borang kawalan peperiksaan agar tidak berlakunya kehilangan kertas jawapan.
6. Semua skrip jawapan murid perlu dikumpul dan dikembalikan ke bilik peperiksaan selepas tamat
peperiksaan pada hari tersebut dan Borang SPSK PK05/05 (Lampiran 8) perlu dilengkapkan seperti
berikut :
i. Bahagaian penyerahan skrip jawapan murid (secara bertulis di kaunter bilik peperiksaan)
ii.Bahagian pengambilan skrip oleh pemeriksa (mengisi link google form “pengambilan skrip oleh
pemeriksa”)
7. Guru tingkatan mesti memberi maklumat murid baru, murid yang bertukar kelas dan murid yang
berpindah sekolah kepada unit peperiksaan sebaik sahaja suatu ujian/ peperiksaan dijalankan agar
maklumat murid dapat dikemaskinikan segera.
(E) MEMERIKSA KERTAS SOALAN MURID
1. Guru mata pelajaran perlu mengambil skrip jawapan murid dari bilik peperiksaan selepas tamat
peperiksaan untuk disemak mengikut skema.
2. Guru tidak dibenarkan meminta murid menanda kertas ujian / kertas objektif.
3. Setelah skrip jawapan diperiksa, guru mata pelajaran perlu merekod dan memasukkan markah ke
dalam sistem SAPS online dalam laman web http://sapsnkra.moe.gov.my atau sistem perekodan
markah peperiksaan dalaman SMKBT (mengikut ketetapan semasa yang akan dimaklumkan oleh SU
Peperiksaan.)
4. Guru tidak dibenarkan meminta bantuan murid untuk memasukkan markah ke dalam komputer.
5. Subjek wajib lulus untuk murid Tingkatan 4 dan 5 ialah BM dan Sejarah.
6. Markah minimum untuk setiap subjek ialah 1 markah. 0 markah dianggap TH. Murid yang tidak
hadir akan direkod sebagai TH.
Julat Gred Menengah Rendah Julat Gred Menengah Atas
A 85 - 100 A + 90 – 100
B 70 - 84 A 80 – 89
C 60 - 69 A - 70 – 79
D 50 - 59 B + 65 – 69
E 40 - 49 B 60 – 64
F 01 - 39 C + 55 – 59
TH 00 C 50 – 54
D 45 – 49
E 40 – 44
G 01 – 39
TH 00 – 00
7. Semua murid menengah rendah wajib lulus semua mata pelajaran.
8. Semua murid menengah atas wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.
141 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
(F) MENGENDALIKAN KES MURID MENIRU/ MEMBERI TIRU
1. Murid yang meniru dibenarkan meneruskan peperiksaan tersebut tetapi kertas jawapan tersebut tidak
akan disemak. Kertas jawapan tersebut ditulis MENIRU.
2. Markah sifar diberikan kepada murid yang meniru dan memberi tiru.
3. Guru pengawas dikehendaki mencatatkan nama murid yang meniru dan memberi tiru di dalam
Borang Kawalan Ujian/Peperiksaan
4. Guru pengawas berkenaan harus memberi 15 mata demerit kepada murid yang meniru dan memberi
tiru.
5. Guru pengawas perlu mengisi borang laporan kes salah laku peperiksaan di bilik peperiksaan
(Lampiran 9). Nama murid-murid berkenaan harus diserahkan kepada guru kaunseling untuk sesi
kaunseling selanjutnya, guru subjek berkenaan serta unit peperiksaan dan unit disiplin.
(G) MENGENDALIKAN UJIAN/ PEPERIKSAAN ULANGAN
1. Semua ujian/ peperiksaan ulangan dikendalikan oleh guru pengiring dan perlu merujuk SU
peperiksaan sebelum ujian dijalankan.
2. Hanya murid yang mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum anjuran sekolah, PPD, jabatan atau
kementerian sahaja yang dibenarkan untuk mengambil ujian/ peperiksaan ulangan dalam tempoh
masa yang ditetapkan.
(H) MENCETAK SLIP KEPUTUSAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN
1. Guru kelas harus mencetak slip keputusan murid setiap kali selepas ujian/ peperiksaan dijalankan dan
menyerahkan slip berkenaan kepada murid dalam tempoh masa yang ditetapkan.
(I) MENGENDALIKAN PENANDAAAN KERTAS UJIAN BAGI GURU YANG SEDANG CUTI
BERSALIN ATAU MENGAMBIL CUTI SAKIT YANG BERPANJANGAN.
1. Guru subjek yang akan mengambil cuti bersalin semasa ujian dan peperiksaan dijalankan harus
memaklumkannya kepada Ketua Panitia dan berbincang dengan ketua panitia tentang penandaan
kertas ujian sebelum bercuti.
2. Ketua panitia harus menghubungi guru-guru panitia mereka yang mengambil cuti-cuti berkenaan
untuk memastikan guru-guru berkenaan dalam keadaan yang sesuai menanda kertas atau tidak.
3. Ketua panitia harus berbincang dengan guru kanan mata pelajaran dan ahli-ahlinya bagi
mengagihkan baki kertas soalan ujian yang tidak ditanda agar semua kertas soalan dapat disemak
dengan baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.
142 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Lampiran 1
SPSK PK 05/1
SEKOLAH .............................. ............................................................................................................
AGIHAN TUGAS PENYEDIA/PENGGUBAL SOALAN
(Jika Soalan Tidak Setara Daerah/Negeri)
Peperiksaan : ....................................................................................................................................
Panitia :.......................................................................................
Bil. Nama Guru Subjek Tingkatan Tandatangan Catatan
/Tahun
Catatan:
Jika soalan dibekalkan oleh PPD atau JPN kerana soalannya setara, maka borang ini hendaklah dicatatkan
“Soalan disediakan dan dibekalkan oleh JPN/PPD”.
Disahkan oleh:
..................................................................
(Nama dan Cap Pengetua/Guru Besar):
Tarikh : ........................
143 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Lampiran 2
FORMAT MUKA DEPAN KERTAS SOALAN (PENTAKSIRAN KURIKULUM 1)
NAMA : KELAS :
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI
Jalan Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi,41200 Klang, Sel.D.E.
Pentaksiran Kurikulum 1 Tahun ………
Tingkatan ……
Pendidikan Moral
1 jam
SOALAN -SOALAN
KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
......................................... ........................................... .................................................
(Cik Chiam Lay Hong) ( Pn. Chai Kim Mooi) (En. Mohd Rizal bin Sulaiman)
Guru mata Pelajaran GKMP Kemanusiaan Penolong Kanan Pentadbiran
Pendidikan Moral SMK Bukit Tinggi, Klang SMK Bukit Tinggi, Klang
144 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Lampiran 2
FORMAT MUKA DEPAN KERTAS SOALAN TINGKATAN 1, 2 DAN 3
145 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
FORMAT MUKA DEPAN PEPERIKSAAN TINGKATAN 4 DAN 5
NAMA : KELAS :
1225/1
Pendidikan Moral
Kertas 1
Mei SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI
2018 Jalan Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Sel.D.E.
2 1/2jam
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018
PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 4
Kertas 1
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
Arahan: UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA
1 Jawab semua soalan. BAHAGIAN SOALAN MARKAH
2 Kertas ini mengandungi dua
A 1
bahagian. Bahagian A 2
mengandungi 8 soalan Struktur; B 3
Bahagian B mengandungi JUMLAH 4
3 soalan esei. 5
3 Calon dikehendaki menjawab 6
semua soalan dalam Bahagian A 7
dan mana-mana dua soalan dalam 8
Bahagian B. 9
4 Jawab semua soalan di ruangan 10
yang disediakan. 11
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
................................... ............................................... .........................................
( Cik Chiam Lay Hong) (Pn. Chai Kim Mooi)
Guru mata pelajaran GKMP Kemanusiaan SMKBT
146 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Lampiran 3
JADUAL SPESIFIKASI ITEM/UJIAN SPSK PK 05/2
(Digunakan oleh penggubal soalan)
PEPERIKSAAN:...............................................................................................TAHUN:............ ....................MATA PELAJARAN : ………………………......................................................
KONSTRUK/KEMAHIRAN
JUMLAH
BIL TAJUK/TAJUK KECIL
R S T RST R S T R S T R S T R S T R S T R S T R S T R S T R S T
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
147 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Lampiran 4
148 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Lampiran 5
149 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Lampiran 6
150 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Lampiran 7
151 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Lampiran 8
152 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Lampiran 9
153 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI
JALAN BATU NILAM 1
41200 KLANG
JADUAL WAKTU UJIAN BERTULIS
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
&
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
154 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
BAHAGIAN C
KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN – ARAHAN AM
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah:
1. Memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dimaklumkan kepada calon.
2. Mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu,
masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan.
3. Membenarkan kalkulator dibawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
4. Mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Ujian
Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun ...........................
5. Mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas.
6. Mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan
pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang
betul.
7. Memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti
calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan.
8. Memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang Penyerahan
dan penerimaan Skrip Jawapan.
9. Menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan
peperiksaan di Bahagian C:7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.
BAHAGIAN D
CALON – ARAHAN,AMARAN,LARANGAN DAN PERINGATAN
1. ARAHAN AM
1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata Pelajaran yang didaftar. Calon yang
tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis akan dianggap TIDAK HADIR bagi
mata Pelajaran berkenaan.
1.2 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual
Waktu Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 2014.
2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum
peperiksaan dimulakan.
2.2 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya
tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh.
Masa gantian tidak akan diberikan.
3. ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN
Calon hendaklah:
3.1 Menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan
kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
3.2 Memaklumkan kepada ketua pengawas peperiksaan dengan segera jika menerima kertas
peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
3.3 Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas
peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.
155 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP PEPERIKSAAN
Calon hendaklah:
4.1 Menulis Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran dengan jelas
dan betul pada muka hadapan soalan peperiksaan.
4.2 Menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena
mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.
4.3 Menulis semua jawapan dalam bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan
atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.
4.4 Berada di tempat duduk yang ditetapkan semasa skrip jawapan peperiksaan dikumpul semula oleh
Pengawas.
5. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
5.1 Tidak dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10
minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas
Peperiksaan.
5.2 Tidak dibenarkan membawa keluar kertas peperiksaan dari dewan/bilik peperiksaan.
5.3 Tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan
semasa peperiksaan.
5.4 Tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.
5.5 Tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
6. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
Calon dilarang:
6.1 Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen
seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Ujian serta telefon bimbit, alat-
alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik
peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
6.2 Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
6.3 Mendedahkan kertas ujian atau/dan jawapan ujian sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
6.4 Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di
luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan
perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
6.5 Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
6.6 Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada ketua pengawas
peperiksaan.
6.7 Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
6.8 Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
6.9 Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan
keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
7. PERINGATAN
Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian C: 7. Larangan di Dewan/Bilik
Peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta
550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah
laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang
disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan ;
ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
iii. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
156 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI, KLANG
UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
LAMPIRAN PEPERIKSAAN
1. Peperiksaan : UJIAN BERTULIS PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
2. Tahun : 2014
3. Nama Kertas : BAHASA MELAYU
4. Kod Kertas : 02
5. Tempoh Masa: 2 jam
6. Tarikh : ISNIN (13/10/2014) Mula : 7.45 PAGI
Tamat : 9.45 PAGI
7. No. Pusat : BH089
8. Bilangan Kertas Soalan: ________________________________
PERINGATAN KEPADA KETUA PENGAWAS
1. Susun kertas jawapan mengikut tertib angka giliran yang kecil sekali di atas sebelum dibungkus.
A. PEPERIKSAAN
B. NOMBOR PUSAT
C. KOD MATA PELAJARAN
D. BIL. SKRIP MENGIKUT JADUAL
KEDATANGAN ASAL HADIR
TIDAK HADIR
Tandatangan ............................................................................................
Nama Ketua Pengawas ............................................................................
Tarikh ......................................................................................................
157 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
PERATURAN PENTADBIRAN UJIAN BERTULIS
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
UJIAN BERTULIS
1.0 PENGETUA
1.1 Menerima Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 dan Jadual Kerja Ujian Bertulis
PT3 dari PPD dan mengedarkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
1.2 Menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan PT3 ditadbir mengikut tempoh dan
prosedur yang ditetapkan oleh LP.
2.0 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2.1 Melantik Ketua Pengawas dan Pengawas untuk mentadbir Ujian Bertulis.
2.2 Menyerahkan instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis kepada
Ketua Pengawas.
3.0 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
3.1 Menyediakan dewan/bilik peperiksaan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LP dalam
Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.
3.2 Membantu Penolong Kanan Pentadbiran menyediakan jadual bertugas Ketua Pengawas dan
Pengawas ujian bertulis PT3.
3.3 Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 yang ditetapkan oleh LP.
3.4 Menerima skrip jawapan calon daripada Ketua Pengawas.
3.5 Menyerahkan skrip jawapan calon kepada Ketua Panitia.
4.0 GURU TINGKATAN
4.1 Memaklumkan Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3, Jadual Kerja Ujian Bertulis
PT3 dan Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan kepada calon PT3.
5.0 KETUA PANITIA
5.1 Menerima skrip jawapan calon daripada Setiausaha Peperiksaan.
6.0 KETUA PENGAWAS
6.1 Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh LP.
6.2 Mengambil kedatangan calon PT3.
6.3 Mengambil instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis daripada
Penolong Kanan Pentadbiran.
6.4 Mengedarkan instrumen pentaksiran kepada Pengawas.
6.5 Memastikan calon masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan
(15 minit awal).
6.6 Membacakan Arahan dan Larangan Peperiksaan kepada calon PT3 sebelum ujian bermula.
6.7 Menerima skrip jawapan calon daripada Pengawas.
6.8 Mengira jumlah skrip jawapan calon mengikut pusat masing-masing.
6.9 Membungkus kembali skrip jawapan calon.
6.10 Menyerahkan skrip jawapan calon kepada Setiausaha Peperiksaan.
7.0 PENGAWAS
7.1 Mentadbir Ujian Bertulis mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh LP.
7.2 Berkumpul di Bilik Peperiksaan 1 sebelum ujian dimulakan.
7.3 Membacakan Arahan dan Larangan Peperiksaan kepada calon PT3 sebelum ujian bermula.
7.4 Menerima instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis.
7.5 Memulakan Ujian Bertulis mengikut masa yang telah ditetapkan.
158 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
7.6 Mengutip skrip jawapan calon apabila ujian bertulis tamat.
PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN
1.0 PENGETUA
1.1 Melantik Setiausaha Peperiksaan untuk memuat turun panduan penskoran ujian bertulis dari
Aplikasi PT3.
1.2 Membuat verifikasi skor calon sebelum dihantar ke LP.
1.3 Mengesahkan skor calon yang dihantar ke Lembaga Peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan
telah diverifikasi.
2.0 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2.1 Memastikan Setiausaha Peperiksaan memuat turun panduan penskoran ujian bertulis dari
Aplikasi PT3 dan menyerahkan panduan penskoran kepada Ketua Panitia.
2.2 Membantu Pengetua membuat verifikasi skor calon sebelum dihantar ke LP.
2.3 Mengesahkan skor calon yang dihantar ke Lembaga Peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan
telah diverifikasi.
3.0 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
3.1 Memuat turun panduan penskoran dari Aplikasi PT3 satu (1) hari selepas tamat ujian bertulis
bagi setiap mata pelajaran.
3.2 Menyerahkan panduan penskoran kepada ketua panitia.
4.0 KETUA PANITIA
4.1 Menerima Panduan Penskoran daripada Setiausaha Peperiksaan satu (1) hari selepas tamat
ujian bertulis bagi setiap mata Pelajaran.
4.2 Menyerahkan panduan penskoran kepada guru mata pelajaran yang akan menjalankan
pemeriksaan.
4.3 Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama guru yang akan menjalankan
pemeriksaan skrip jawapan calon.
4.4 Membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon bagi memastikan guru mata pelajaran
memeriksa skrip jawapan berpandukan panduan penskoran dan bagi memastikan
keseragaman dan ketekalan pemeriksaan.
4.5 Membuat verifikasi skor calon bagi memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah
berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati keupayaan sebenar calon.
4.6 Menyerahkan skor murid kepada Pengetua untuk diverifikasi.
5.0 GURU MATA PELAJARAN
5.1 Menerima Panduan Penskoran daripada ketua panitia.
5.2 Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama ketua panitia bagi mendapatkan
kefahaman yang selaras.
5.3 Menjalankan pemeriksaan berpandukan panduan penskoran.
5.4 Membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon bersama ketua panitia dan Pentaksir
Kawasan bagi memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan.
5.5 Membuat verifikasi skor calon bersama ketua panitia dan Pentaksir Kawasan bagi memastikan
skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati
keupayaan sebenar calon.
5.6 Merekodkan skor calon dalam Aplikasi PT3.
5.7 Mencetak Borang Skor Calon dari Aplikasi PT3 dan membuat perbandingan skor pada skrip
jawapan calon dengan skor pada Borang Skor Calon.
159 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
SPSK PK 05/4
REKOD PENGAMBILAN KERTAS SOALAN OLEH PENGAWAS PEPERIKSAAN
(Borang ini hendaklah disimpan oleh Setiausaha Peperiksaan)
Nama Peperiksaan: PT3
Tahun :
Hari : ISNIN ( 5/10/ 2020 )
Bil Nama Kertas Nama Ketua T/tangan No. Pusat Bil Kertas Soalan PK Pentadbiran T/tangan
Ujian Pengawas BH137
BH137
1 Bahasa Melayu BH137
BH137
2 Bahasa Melayu
3 Mathematics
4 Mathematics
Hari : SELASA ( 6/10/2020 )
Bil Nama Kertas Ujian Nama Ketua T/tangan No. Pusat Bil Kertas Soalan PK Pentadbiran T/tangan
1 Bahasa Inggeris Pengawas BH137
2 Bahasa Inggeris BH137
3 Science BH0137
4 Science BH137
REKOD PENYERAHAN SKRIP JAWAPAN OLEH KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN
(Borang ini hendaklah disimpan oleh Setiausaha Peperiksaan)
Nama Peperiksaan: PT3
Tahun :
Hari : ISNIN ( 5/10/ 2020 )
Bil Nama Kertas Nama Ketua T/tangan No. Pusat Bil Skrip Jwp Setiausaha T/tangan
Ujian Pengawas Peperiksaan
BH137
1 Bahasa Melayu BH137
BH137
2 Bahasa Melayu BH137
3 Mathematics
4 Mathematics
160 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kurikulum
Hari: SELASA ( 6/10/2020 )
Bil Nama Kertas Nama Ketua T/tangan No. Pusat Bil Skrip Jwp Setiausaha T/tangan
Ujian Pengawas BH137 Peperiksaan
1 Bahasa Inggeris
2 Bahasa Inggeris BH137
3 Science BH137
4 Science BH137
REKOD PENYERAHAN SKRIP JAWAPAN KEPADA KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
(Borang ini hendaklah disimpan oleh Setiausaha Peperiksaan)
Nama Peperiksaan: PT3
Tahun :
Hari : ISNIN ( 5/10/ 2020 )
Bil Nama Kertas Nama Ketua T/tangan No. Pusat Bil Skrip Jwp Setiausaha T/tangan
Ujian Panitia Peperiksaan
BH137
1 Bahasa Melayu BH137
BH137
2 Bahasa Melayu BH137
3 Mathematics
4 Mathematics
Hari: SELASA ( 6/10/2020 )
Bil Nama Kertas Ujian Nama Ketua T/tangan No. Pusat Bil Skrip Jwp Setiausaha T/tangan
Panitia Peperiksaan
1 Bahasa Inggeris BH137
2 Bahasa Inggeris BH137
3 Science BH137
4 Science BH137
161 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
PUSAT SUMBER SEKOLAH
PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
Peraturan Penggunaan PSS (Murid)
1. Murid yang masuk ke PSS mestilah berpakaian seragam sekolah/pakaian sukan sekolah/pakaian unit
beruniform yang lengkap dan kemas.
2. Murid diminta senyap apabila memasuki PSS.
3. Murid tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan seperti bilik automasi, bilik kerja dan kaunter
sirkulasi.
4. Murid mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
5. Murid tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam PSS.
6. Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan PSS.
7. Murid hendaklah meletakkan semula buku yang telah dibaca ke rak asal dan tidak dibenarkan di
bawa keluar daripada PSS.
8. Murid dilarang menconteng buku/perabot, mengoyak buku dan merosakkan perabot yang terdapat di
dalam PSS.
9. Murid mestilah menggantikan kos buku yang dirosakkan atau dihilangkan.
10. Murid tidak dibenarkan membuka/tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam
perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
11. Murid dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-
rak, pintu dan kaunter.
12. Murid dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
13. Murid tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
14. Murid tidak dibenarkan masuk ke PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
15. Murid dikehendaki meletakkan beg mereka di luar PSS di tempat yang disediakan.
16. Murid hendaklah memastikan segala kemudahan yang disediakan tidak disalahgunakan
Peraturan Penggunaan PSS (Guru)
1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan PSS.
2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin murid di dalam PSS dan memastikan murid
meninggalkan PSS dalam keadaan kemas dan teratur seperti sediakala.
3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari
penggunaan.
4. Guru tidak dibenarkan mengadakan PdPc di dalam bilik rujukan. Bilik rujukan hanya disediakan untuk
tujuan murid membuat kajian sahaja dan penggunaan bilik rujukan akan direkodkan.
5. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber
bertugas atau Guru PSS dan tempoh peminjaman adalah sama dengan murid iaitu satu minggu.
6. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan
bilik-bilik Pusat Sumber.
162 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN
KEAHLIAN
1. Semua murid dan kakitangan SMK Bukit Tinggi layak menjadi ahli PSS.
2. Semua pengguna yang ingin menjadi ahli perlulah memiliki kad PSS dan didaftarkan di PSS
(termasuk semua guru dan kakitangan).
3. Kehilangan atau kerosakan kad hendaklah diberitahu segera. Kad yang baru diganti atau diterima
perlu didaftar semula dan denda sebanyak RM 2.00 akan dikenakan.
4. Murid hanya dibenarkan meminjam 2 buah buku sahaja dan 4 buah buku bagi guru. Meminjam kad
pengguna lain adalah satu kesalahan besar dan tindakan disiplin akan diambil .
PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN
1. Mengikut jadual waktu penggunaan PSS.
TEMPOH PINJAMAN
1. Buku rujukan dan buku rak terbuka dibenarkan dipinjam untuk tempoh satu minggu.
2. Buku-buku khusus seperti karya agung, karya besar, buku “red spot” tidak dibenarkan dipinjam, hanya
rujukan di PSS sahaja.
3. Majalah/keratan akhbar/bank soalan – rujukan dalam PSS sahaja dan tidak boleh dibawa keluar.
PERATURAN PINJAMAN
1. Kad ahli tidak boleh dipindah hak milik.
2. Tanggungjawab murid menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, wajib membayar balik mengikut
harga asal buku tersebut.
3. Sila beratur semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam keadaan senyap.
4. Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari tarikh pulang. Jika lewat, tindakan akan diambil.
5. Kertas soalan tahun lepas/ bank soalan/ keratan akhbar tidak boleh diconteng. Jika didapati murid
menconteng atau menghilangkanya, murid wajib membayar harga fotostat untuk setiap muka surat.
6. Sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan, kad murid akan ditahan.
7. Murid akan didenda sebanyak RM 0.20 sehari bagi buku rak terbuka dan RM 0.50 bagi buku rujukan
(tidak termasuk hari cuti) jika lewat memulangkan bahan yang dipinjam.
8. Kad ahli akan ditahan sehinggalah denda diselesaikan.
WAKTU OPERASI
1. Waktu persekolahan (Isnin hingga Khamis): 7.30 pagi hingga 3.30 petang
2. Waktu persekolahan hari Jumaat: 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (bagi sesi pagi) dan 2.30 petang
hingga 3.30 petang (bagi sesi petang).
3. Waktu rehat antara sesi pagi dan petang pada hari Jumaat PSS akan ditutup.
4. Waktu PdPc murid hanya dibenarkan masuk bersama dengan guru pengiring. Murid dikehendaki
beratur di luar PSS sehinggalah guru pengiring hadir bersama-sama, barulah dibenarkan masuk.
PROGRAM NILAM
1. Setiap pelajar akan dibekalkan borang untuk tujuan perekodan bacaan NILAM. Borang akan difailkan
mengikut kelas.
2. Setiap guru perlu melaksanakan NILAM mengikut mata pelajaran masing-masing atau bacaan umum
dan boleh membuat pengesahan terhadap aktiviti NILAM pelajar.
3. Jumaat minggu kedua dan keempat setiap bulan (7.30 – 8.00 pagi) merupakan minggu aktiviti NILAM.
Semua pelajar dan guru perlulah sama-sama melaksanakan program NILAM tersebut.
4. Pada setiap hujung bulan adalah menjadi tanggungjawab guru tingkatan untuk mengumpulkan data
NILAM untuk diserahkan kepada penyelaras NILAM.
163 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
LAMPIRAN HAL EHWAL MURID
Melahirkan murid
yang bersahsiah
terpuji dan
berketerampilan.
164 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
KETETAPAN HEM SEKOLAH
1.0 PENGENALAN
Dasar sekolah merupakan satu garis panduan atau polisi sekolah untuk mengurus dan mentadbir
sekolah dengan lebih efisien. Dasar ini perlu dilaksana dan dipatuhi oleh semua warga sekolah
khususnya di kalangan guru, jurulatih dan murid-murid sekolah ini. Dasar sekolah yang digubal
mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan Akta Pendidikan, surat-surat pekeliling yang
berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek
utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bagi membolehkan pencapaian prestasi
berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan
bagi mencapai visi dan misi sekolah.
2.0 OBJEKTIF
a. Ketetapan Hal Ehwal Murid ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
b. Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
c. Melahirkan murid yang bersahsiah terpuji dan berketerampilan.
3.0 PENYATAAN KETETAPAN
3.1 Induk HEM
a. Semua murid menekankan pembentukan dan pembudayaan sahsiah terpuji
untuk mencapai kehadiran murid 95%.
b. Lebih 97% murid berpakaian lengkap dan mementingkan kekemasan serta
penampilan diri.
c. Mesyuarat induk HEM sebanyak empat kali setahun.
d. Mesyuarat unit-unit HEM lain sebanyak tiga kali setahun.
e. Mengadakan Dialog Prestasi Kehadiran dan Dialog Prestasi Disiplin 3 kali setahun.
f. Merancang program ke arah pembentukan dan peningkatan sahsiah murid.
g. Memastikan maklumat, data dan laporan setiap unit dalam folder sentiasa kemaskini.
3.2 Penyelaras Tingkatan
a. Membimbing guru tingkatan tentang tugas-tugas guru tingkatan.
b. Memantau Kedatangan Murid dan memastikan dikemas kini setiap hari.
c. Membantu mengambil kedatangan murid untuk guru tingkatan yang tiada di sekolah.
d. Menyemak Laporan Kedatangan Murid setiap bulan dan mengenal pasti yang belum
lengkap dan mengambil tindakan SEGERA.
e. Mengenalpasti data murid yang terkini dan data yang lengkap diserahkan kepada guru
data.
f. Menguruskan kemasukan murid baru, menyemak dokumen dan keperluan lain
yang perlu dibawa telah lengkap, menetapkan kelas yang sesuai (dengan persetujuan
pentadbir).
g. Memastikan setiap murid mempunyai nombor Bilangan Masuk Sekolah (BMS).
h. Memastikan Guru Tingkatan melengkapkan maklumat murid ke dalam Buku
Kemasukan Sekolah di pejabat.
165 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
i. Memastikan murid bukan warganegara yang berpindah masuk ke sekolah telah
menjelaskan bayaran fee sebanyak RM 240.00 dengan menunjukkan resit pembayaran
sebagai bukti.
j. Mengurus agihan (streaming) murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 serta perpindahan
dalaman antara kelas setiap tingkatan.
k. Memantau dan membantu mengurus Bilik Fail dan menyelia fail peribadi dan pencapaian
murid.
3.3 Guru Tingkatan
a. Mendapatkan maklumat dan mengemas kini data maklumat murid dengan lengkap ke
dalam Sistem Maklumat Murid APDM, dengan bantuan Guru Data.
b. Mendaftar dan merekod data kemasukan pelajar baharu ke dalam Buku Kemasukan
Sekolah mengikut nombor Bilangan Masuk Sekolah.
c. Mengambil kedatangan pelajar setiap hari semasa perhimpunan pagi/tengah hari mengisi
e-kehadiran (APDM) setiap hari sebelum pukul 10.00 pagi untuk sesi pagi dan sebelum
3.00 petang untuk sesi petang.
d. Mengesahkan dan mencetak Laporan Kehadiran Bulanan kelas setiap hujung bulan,
disimpan di dalam Fail Kedatangan Kelas di pejabat.
e. Mengeluarkan surat amaran ketidakhadiran dan salah laku displin murid mengikut
ketetapan yang telah dibuat.
f. Memastikan kelas mempunyai Buku Kawalan Kelas (BKK) setiap hari. Adalah menjadi
tanggungjawab Ketua Tingkatan untuk mengambil dan memulangkan BKK ke bilik
disiplin selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.
g. Mengutip bayaran tambahan dan sumbangan PIBG dan mengeluarkan resit.
h. Menyerahkan kutipan bayaran tambahan dan sumbangan PIBG kepada Kerani
Kewangan/Bendahari PIBG. Guru Tingkatan TIDAK DIBENARKAN menyimpan
sebarang kutipan wang murid dalam tempoh 24 jam.
i. Menguruskan dan memastikan keceriaan, kebersihan dan keselamatan bilik kelas dan
melantik Jawatankuasa Kelas.
j. Membantu jawatankuasa lain untuk sebarang urusan yang berkaitan murid kelas
berkenaan seperti pengurusan Disiplin, SPBT, Bantuan Murid dan lain-lain.
k. Merekod dan menyimpan dokumen berkaitan laporan prestasi pembelajaran murid.
l. Mengurus dan menyusun fail peribadi dan rekod pencapaian setiap murid di Bilik
Fail.
3.4 Jawatankuasa Disiplin dan SSDM
a. Merangka serta menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan
pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
b. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa sebanyak 3 kali setahun.
c. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dan bersama menguatkuasakan
peraturan sekolah.
d. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh
pengawas.
166 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
e. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-
kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau
hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975. Setiausaha
Lembaga Disiplin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk
membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.
f. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua
majlis sekolah.
g. Menerima laporan pengawas/ guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang
sewajarnya.
h. Mengadakan pemeriksaan mengejut mengikut ketetapan sekolah.
i. Barangan larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh Guru
Disiplin dalam Buku Rekod Barangan Rampasan dan diserahkan kepada PK HEM.
j. Barang rampasan yang bernilai seperti barang kemas dan telefon bimbit hanya boleh
dituntut oleh ibu bapa/ penjaga.
k. Menanam semangat kekitaan melalui slogan “SEKOLAHKU RUMAHKU” supaya
peraturan sekolah menjadi satu budaya.
l. Menjalankan rondaan ( dengan bantuan Guru Bertugas Harian ) untuk mengesan
murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
m. Mengurus siasatan dan penetapan hukuman setiap kes yang telah diadukan.
n. Mencetak rekod Laporan Disiplin setiap bulan, menyediakan dan membekalkan
data serta maklumat disiplin kepada Kementerian / Jabatan Pelajaran / PPD.
o. Mempamerkan status Laporan Disipin dan Amalan Baik setiap bulan.
p. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan
penghayatan disiplin pelajar.
q. Menyedia, mengurus dan menyelia Buku Kawalan Kelas setiap hari.
r. Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibu bapa / penjaga dalam menangani masalah
s. disiplin.
t. Berada di tapak perhimpunan dan persekitaran sekolah setiap hari untuk memantau
disiplin pelajar.
3.5 Jawatankuasa Pengawas
a. Mengadakan mesyuarat sebanyak sekurang-kurangya 3 kali setahun.
b. Mengurus pemilihan pengawas dengan menyenarai dan mengemukakan calon-calon
pengawas kepada PK HEM. Mengendalikan Majlis Pelantikan Pengawas dan Kem
Kepimpinan Pengawas setiap tahun.
c. Menyedia dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugasan pengawas.
d. Membimbing dan membantu pengawas melaksanakan tugas menguatkuasakan peraturan
sekolah.
e. Memantau pengawas semasa menjalankan tugas.
f. Menyemak laporan bulanan termasuk minit mesyuarat atau laporan perjumpaan
pengawas.
g. Melaksananakan arahan yang dikeluarkan oleh pengetua dari masa ke semasa.
h. Menyediakan sijil penghargaan kepada pengawas.
167 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
3.6 Jawatankuasa Kantin
a. Memastikan segala prosedur berkaitan pengurusan kantin sekolah berjalan dengan cekap
berpandukan arahan-arahan yang disediakan oleh pihak Kementerian serta agensi-agensi
yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa tempatan.
b. Mengawasi segala peraturan yang terkandung dalam surat perjanjian antara pihak sekolah
dengan pengusaha kantin dipatuhi.
c. Memaklumkan kepada pengurusan kantin mengenai hari persekolahan, cuti dan
perubahan-perubahannya.
d. Memantau kebersihan, mutu makanan, harga serta perkhidmatan kantin dan
mencatatkannya dalam buku laporan.
e. Menerima aduan dan pandangan daripada murid, guru dan staf sekolah serta mengambil
tindakan sewajarnya.
f. Memastikan jadual bertugas harian disediakan dan ditampal di papan kenyataan
kantin.
g. Mengawasi kantin supaya tidak menjual barang larangan.
h. Memastikan pengusaha kantin melengkapkan Borang Penilaian Kendiri setiap
bulan.
i. Surat peringatan dikeluarkan kepada Pengusaha Kantin sekiranya tidak mematuhi
peraturan yang terdapat di dalam Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah.
3.7 Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Kebajikan Murid
a. Mesyuarat diadakan 3 kali setahun.
b. Menguruskan permohonan biasiswa dan bantuan mengikut dasar berpandukan peruntukan
tertentu untuk dilaksanakan.
c. Guru Tingkatan perlu mengenalpasti murid yang kurang berkemampuan bagi
mendapatkan bantuan yang bersesuaian.
d. Membuat senarai pendek dan menapis permohonan murid untuk diluluskan.
e. Menguruskan agihan bantuan kepada penerima mengikut tempoh yang ditetapkan.
f. Guru Tingkatan hendaklah melaporkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan
muridnya yang mendapat kemalangan, kematian atau bencana dalam keluarganya.
g. Derma kilat akan dibuat oleh Unit Kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid
berkenaan sekiranya berlaku kematian atau bencana dalam keluarga terdekat (ibu bapa).
3.8 Jawatankuasa Keselamatan dan Sekolah Selamat
a. Memastikan keselamatan sekolah terkawal.
b. Mengadakan rondaan dengan kerjasama Lembaga Pengawas dari masa ke masa.
c. Memastikan peralatan keselamatan yang disediakan berfungsi dengan baik.
d. Merancang program pengungsian bangunan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan
penyelamat.
e. Meletakkan papan tanda keselamatan di tempat yang sesuai.
f. Mengedarkan arahan-arahan keselamatan/pelan kebakaran kepada setiap kelas.
g. Melaksanakan Program Sekolah Selamat.
h. Ibu bapa atau penjaga yang ingin membawa murid keluar dari sekolah perlu mengisi
Borang Kebenaran Keluar Sekolah ditandatangani oleh guru bertugas atau pentadbir.
168 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
3.9 Jawatankuasa Kesihatan dan Rawatan
a. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi dengan
kerjasama pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia.
b. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan/gigi oleh Unit Kesihatan daerah.
c. Merancang dan melaksanakan program kesihatan.
d. Mengawal selia kawasan sekolah supaya wujud suasana yang bebas daripada sebarang
penyakit-berjangkit.
e. Memastikan penjaga dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di
sekolah.
f. Menubuhkan Skuad Denggi, menyelia pemeriksaan setiap minggu dan menyediakan
laporan setiap bulan.
3.10 Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan
a. Memastikan kawasan persekitaran sekolah bebas sampah dengan bantuan pekerja
pembersihan swasta.
b. Memastikan bilik kelas/khas sentiasa bersih dan ceria melalui pemeriksaan dan
pertandingan mingguan.
c. Merancang dan mengadakan kempen, dan program-program kesedaran seperti gotong
royong kelas dan persekitaran.
3.11 JawatankuasaProgram Kerohanian
a. Penghayatan Islam
Merancang program pembangunan Insan Kamil.
Melaksanakan program-program Nadwah Islamiah.
Mengadakan sambutan Hari Kebesaran Islam.
Mengadakan Program Penghayatan Islam sepanjang bulan Ramadan.
Merancang dan menyelenggara surau sekolah.
Menyediakan Jadual Waktu Beribadah secara berjemaah di surau.
b. Penghayatan Nilai Murni
Merancang program nilai-nilai murni setiap pagi Jumaat dan masa lain yang ditetapkan.
Memastikan program-program penghayatan nilai murni dilaksanakan mengikut jadual.
Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan bimbingan dan nilai-nilai murni secara
serius.
Memastikan nilai-nilai murni dipraktikkan oleh murid sepanjang waktu persekolahan.
3.12 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks
a. Menguruskan pembahagian buku teks kepada semua murid dari Tingkatan 1 – 5.
b. Memastikan semua murid mendapat buku teks mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran
c. Memberi taklimat dan penerangan kepada pelajar, Guru Tingkatan, Penyelaras Tingkatan
mengenai pengagihan buku teks, penggunaan, penyimpanan dan penyerahan buku teks.
d. Melaksanakan:
Mencatat jumlah buku teks di dalam ‘Buku Stok’ mengikut tingkatan.
Pengedaran dan pengumpulan buku teks.
Mengumpul dan mencatat jumlah buku yang rosak dan perlu dihapuskira.
Mengurus Kelab SPBT pelajar.
169 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
e. Membuat pesaanan buku mengikut surat daripada Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pendidikan dan PPD.
f. Mengisi maklumat penerimaan buku dalam sistem apabila buku diterima daripada
pembekal.
g. Menghantar data maklumat yang diminta dengan segera kepada pihak Kementerian,
Jabatan dan PPD.
Mengedarkan buku teks mengikut tingkatan
Menentukan tarikh pengedaran dan taklimat diberi kepada pelajar
Mengesan kelancaran pengedaran
Mengedarkan buku kepada pelajar yang bertukar masuk.
Memastikan pelajar mengisi borang penerimaan buku teks dan failkan borang
mengikut tingkatan.
Memastikan buku teks dikembalikan apabila pelajar bertukar ke negeri selain Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Menyediakan borang maklumat buku teks yang dibawa pelajar ke sekolah baharu.
Memastikan semua Guru Tingkatan telah melengkapkan borang pinjaman SPBT /
Borang G mengikut jadual
h. Pengurusan Rekod dan Dokumen
Menyelenggarakan fail yang dikemas kini
Rekod buku stok yang dikemas kini ( mengikut tingkatan )
Menyimpan rekod buku, hapus kira, rosak,hilang dan lebihan di bilik BOSS.
i. Pengurusan Keselamatan Buku
Memastikan bilik BOSS dalam keadaan ceria, baik dan selamat.
Membuat peraturan penggunaan dan pengurusan BOSS.
Memastikan buku disusun dan disimpan dengan kemas.
Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.
j. Pengurusan Pemulangan SPBT
Menentukan tarikh pemulangan mengikut tingkatan
Melaporkan kepada Pengetua / Penolong Kanan HEM mengenai :
k. Peratus buku rosak / hilang
Hapuskira yang perlu dilaksanakan
Kekurangan / lebihan buku tekas
Pengurusan Stok dan Inventori
Surat menyurat kepada Bahagian Buku Teks dan Jabatan Pendidikan
Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat.
Mengemas kini inventori SPBT
Mengemas kini borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.
3.13 Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling
Mesyuarat perlu diadakan 3 kali setahun.
Program kaunseling kelompok dan kaunseling individu dilaksanakan mengikut ketetapan.
Program-program seperti ceramah motivasi, Pameran Kerjaya, PPDa, ceramah kerjaya
(IPTS/IPTA) dan sebagainya dirancang dan dilaksanakan.
Menjalankan program orientasi untuk murid-murid Tingkatan 1 dan PPKI pada awal sesi
persekolahan untuk meningkatkan potensi dan perkembangan diri murid.
170 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
LAMPIRAN KOKURIKULUM
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara
Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
MOTO SEKOLAH
Berilmu Terbilang
PENGENALAN
Dasar kokurikulum sekolah merupakan polisi sekolah untuk
merancang dan mengurus aktiviti kokurikulum sekolah
dengan lebih cekap dan terancang.Dasar kokurikulum
sekolah digubal berpandukan dasar dasar pendidikan dan
pekeliling pendidikan yang berkuatkuasa dari semasa ke
semasa. Pengurusan kokurikulum yang mantap membantu
sekolah mencapai misi dan visi yang ditetapkan.
OBJEKTIF
1. Ketetapan kokurikulum ini menjadi panduan
pengurusan kokurikulum sekolah.
2. Membantu peranan dan bidang tugas aspek
kokurikulum sekolah.
3. Melahirkan murid yang seimbang dan berwawasan.
171 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
BIDANG TUGAS
1.0 Setiausaha Kokurikulum
Merancang dan menyusun semua aktiviti kokurikulum.
Menyediakan takwim aktiviti kokurikulum sepanjang tahun.
Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat kokurikulum.
Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan semua program kokurikulum sekolah.
Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik.
Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum sentiasa dikemaskini dan
mencukupi.
Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum.
Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
Mengurus Buku Penilaian Kokurikulum.
Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum.
Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi Persatuan/Kelab, Sukan/Permainan dan
Unit Beruniform tentang cara-cara menggerakkan aktiviti kokurikulum.
Merekod semua pencapaian sekolah dalam pertandingan kokurikulum.
2.0 Penyelaras Unit Sukan/Permainan, Unit Persatuan/Kelab Dan Unit Beruniform
Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti dan perjumpaan Sukan/Permainan,
Persatuan/Kelab dan Unit Beruniform.
Menyelaras semua aktiviti.
Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk memasuki persatuan/kelab dan
Unit Beruniform.
Memastikan peraturan perlembagaan dan minit mesyuarat direkodkan dan difailkan.
Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.
Menyediakan buku/borang yang diperlukan untuk aktiviti:
a. Borang Memasuki Persatuan
b. Borang Senarai AJK dan ahli
c. Buku Laporan Aktiviti (Buku Log)
d. Fail-fail yang diperlukan
Mengumpul rancangan tahunan pada awal tahun untuk diedar dan direkod.
Mengumpul laporan tahunan dan buku kegiatan untuk diedar dan direkod.
Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kelab/persatuan/unit beruniform.
Mengumpul buku aktiviti/fail aktiviti untuk rujukan dan rekod.
172 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
3.0 Setiausaha Sukan
Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSD/MSSS/MSSM.
Membantu Pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum mengagih dan menjayakan tugas
dalam olahraga dan permainan.
Menetapkan rumah sukan murid.
Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan aktiviti sukan dan keperluan alatan.
Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
Menyimpan dan mengemaskini buku stok ,asset dan inventori peralatan sukan.
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah.
Merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah dalam buku rekod
pencapaian sekolah.
Mengaturkan pengangkutan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya perlu.
Menghadiri kursus berkaitan dengan sukan dan permainan dari semasa ke semasa untuk
meningkatkan ilmu dan kemahiran guru
4.0 Jurulatih (Pasukan Kelab Sukan/Permainan)
Memastikan setiap peserta faham dan bersedia bagi setiap acara yang dipertandingkan.
Melatih ahli pasukan dengan secukupnya.
5.0 Jawatankuasa Majalah
Membentuk biro-biro untuk tugas khas penerbitan Majalah Sekolah.
Menentukan dasar mengenai percetakan, kandungan dan lain-lain aspek Majalah Sekolah.
Menentukan mutu dan bentuk majalah.
Merancang jadual kerja dari awal tahun sehingga Majalah Sekolah diterbitkan dan
diedarkan.
Menyediakan anggaran belanjawan.
Mengurus segala surat menyurat yang diperlukan serta kata-kata aluan dari individu
tertentu.
Mengumpulkan dan menyunting segala rekod, laporan aktiviti dan kegiatan sekolah untuk
dimuatkan dalam majalah.
Mengumpul, menilai dan memilih segala jenis sumbangan kreatif guru dan pelajar.
Mendapatkan seberapa banyak iklan sebagai satu sumber kewangan.
Mengumpulkan dan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan dalam
majalah.
Mencatat peristiwa yang berlaku sepanjang tahun dalam diari sekolah.
173 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
6.0 Jawatankuasa RIMUP
Membuat pendaftaran dan laporan dari masa ke semasa jika diperlukan.
Membuat laporan aktiviti RIMUP sebanyak 2 kali iaitu pada setengah tahun dan akhir
tahun.
Melaksanakan objektif RIMUP antaranya:
i. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga
sekolah dari peringkat sekolah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas
secara bersama-sama.
ii. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah
secara sedar dan terancang.
7.0 Jawatankuasa Koperasi
Mengatur rancangan jangka panjang dan jangka pendek serta menentukan
pelaksanaannya.
Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa sebulan sekali.
Mengawasi perjalanan Koperasi seperti yang ditetapkan oleh Undang-undang Kecil
Koperasi.
Memastikan pengurusan jual beli dijalankan dengan baik dan betul.
Memastikan buku stok sentiasa dikemaskini.
Memastikan kewangan diuruskan dengan baik.
Memastikan Laporan Kewangan dan Kegiatan koperasi sentiasa dikemaskini dan
disediakan untuk dihantar ke pihak Pembangunan Koperasi sebelum Mesyuarat Agung.
Mewujudkan hubungan kaki dengan Jabatan Pembangunan ‘Koperasi Kawasan’.
8.0 Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan
Menubuhkan jawatankuasa pelaksana sambutan bulan kemerdekaan.
Merancang aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.
Mengadakan majlis pelancaran dan penutupan bulan kemerdekaan.
Menggantung jalur gemilang di kawasan sekolah sebelum 16 Ogos dan menurunkan pada
17 September.
9.0 Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah
Memastikan objektif sukan sekolah tercapai.
Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang/pendek.
Mengenalpasti T.O.V (Take-Off-Value) dan merancang aktiviti sukan.
Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan atau ladap
Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalam dan luaran.
Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti dengan aktiviti sekolah yang
menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.
174 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
10.0 KETUA RUMAH SUKAN/GURU RUMAH SUKAN
Memastikan adanya ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan
permainan.
Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan di peringkat
sekolah.
Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan/HEM/Kokurikulum
sekiranya menghadapi masalah.
Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
Merekod dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk
dicalonkan sebagai wakil sekolah.
Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
Guru dan pelajar wajib hadir bertugas pada waktu latihan rumah sukan.
Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah
sukan.
Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
Merekod kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
Mengawasi keselamatan pelajar pada waktu latihan.
Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah
sukan.
11.0 Guru Penasihat Sukan / Permainan
Membentuk jawatankuasa guru dan pelajar.
Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
Membantu memilih dan melantik pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
kokurikulum sekolah.
Menganjurkan pertandingan antara rumah/kelas/tingkatan/sekolah.
Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
Mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai sekolah.
Menyediakan anggaran perbelanjaan peralatan dan pengurusan.
Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi untuk digunakan.
Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
Menilai prestasi sukan sekolah dan mengambil langkah untuk mempertingkatkannya.
Merekodkan mana-mana permainan yang mewakili sekolah/daerah/negeri/negara.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau Penolong Kanan dari masa ke
semasa.
175 | SEBUKTI
2021 TS25
PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN TAKWIM
Ketetapan Kokurikulum
12.0 Guru Penasihat Sukan/Permainan, Persatuan/Kelab Dan Unit Beruniform
Membentuk jawatankuasa kelab dan persatuan serta unit beruniform.
Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah.
Memastikan adanya persatuan / perlembagaan.
Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan.
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada
Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Merancang strategi untuk peningkatan persatuan/kelab/unit beruniform.
Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan.
Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan kelab/persatuan/unit beruniform.
Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan.
Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari
Kokurikulum, Temasya Olahraga Tahunan, Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Guru
dan lain-lain.
Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
Menentukan papan kenyataan (jika ada) digunakan sepenuhnya.
Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum.
176 | SEBUKTI
2021 TS25