E-Modul BSS3083
Kesusasteraan Melayu KUMPULAN 7
isi kandungan
1.0 PENGENALAN 3.6 GAYA BAHASA/ 4.0 PUISI DAN PROSA
2.0 SEJARAH SASTERA ESTETIKA BAHASA 4.1 CONTOH DAN
3.0 KOMPONEN SASTERA KEGUNAAN PUISI
3.7 MAKSUD/SINOPSIS DAN PROSA
3.1 TEMA 3.8 NADA
3.2 PERSOALAN 3.9 LATAR 5.0 KESIMPULAN
3.3 BENTUK/SIFAT
3.9.1 LATAR RUJUKAN
SASTERA TEMPAT
3.4 NILAI
3.5 PENGAJARAN 3.9.2 LATAR MASA
3.9.3 LATAR
MASYARAKAT
1.0 PENGENALAN
DEFINISI SASTERA Menurut Kamus Dewan
pula, sastera merupakan
Sastera merupakan satu bentuk hasil seni (karya tulisan)
ciptaan seni yang disampaikan dalam bentuk prosa atau
puisi yang mempunyai ciri-
dalam bentuk bahasa. ciri keistimewaan tertentu.
Perkataan sastera berasal
daripada bahasa Sanskrit iaitu Hashim Awang
“castra” yang bermaksud huruf mendefinisikan sastera
dan perkataan yang indah
sebagai ciptaan seni
yang disampaikan
melalui bahasa
TERDAPAT TIGA JENIS BENTUK KESUSASTERAAN
KESUSASTERAAN : MELAYU KLASIK
KESUSASTERAAN KESUSASTERAAN
MELAYU MODEN MELAYU
TRADISIONAL
2.0 SEJARAH
SASTERA
Kesusasteraan Melayu merupakan
hasil ciptaan seni masyarakat Melayu sejak zaman
dahulu lagi (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008). Masyarakat Melayu
tradisional sering mencipta sastera secara tidak langsung dan
digunakan sebagai kegunaan dalam kehidupan seharian. Contohnya
irama-irama yang dilagukan oleh seorang ibu untuk menidurkan
anaknya atau mantera-mantera yang dibacakan dengan berirama
oleh pawang-pawang untuk menyembuhkan pesakit. Oleh itu,
perkembangan sastera ini memainkan peranan penting dalam
kehidupan masyarakat sejak zaman dahulu lagi. Perkembangan
sastera Melayu ini terbahagi kepada dua iaitu kesusasteraan
tradisional dan kesusasteraan moden
Kesusasteraan Kesusasteraan tradisional merupakan karya yang telah
Tradisional diwarisi secara turun-temurun. Terdapat dua jenis karya
tradisional iaitu prosa tradisional yang terdiri daripada cerita
binatang, cerita jenaka, cerita-cerita hikayat, dan juga puisi
tradisional seperti pantun, syair, gurindam, dan seloka. Ada
pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal
manusia diiringi juga dengan kemunculan budaya
kesusasteraan ke dalam tamadun tersebut. Kemunculan
Tamadun Mesopotamia telah menyebabkan karya-karya
kesusasteraan terhasil sehingga munculnya Epik Gilgamesh.
Oleh itu dari segi sejarah, kemunculan kesusasteraan mula
mewarnai kehidupan manusia sejak sekian lama. Perjalanan
masa yang begitu lama dan lampau itulah yang menyebabkan
apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada masa dahulu
disebut tradisional. Secara umumnya karya-karya
kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada dua
bentuk iaitu lisan dan tulisan.
Kesusasteraan lisan Kesusasteraan tulisan
Sastera lisan atau sastera rakyat ialah Sastera tulisan wujud dengan adanya
sastera yang tersebar dari mulut ke mulut sistem tulisan dan disampaikan secara
dan diperturunkan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain melalui tradisi bertulis.
lisan
Kesusasteraan
Tradisional
Sejarah Kesusasteraan Moden
Kesusasteraan Melayu Moden meliputi masa sejak munculnya karya-karya Munshi
Abdullah hingga masa meletusnya Perang Pasifik yang dimulai oleh Jepun pada tahun
1941 (Li Chuan Siu, 1981). Menurut Yahaya Ismail (1976), banyak orang berpendapat
bahawa Abdullah Munshi merupakan individu yang membawa pembaharuan dalam sejarah
kesusasteraan Melayu moden. Karya-karyanya yang terkenal seperti Hikayat Abdullah dan
Kisah Pelayaran Abdullah dianggap sebagai menyimpang dari bentuk tradisi sastera lama
kerana isinya lebih bersifat realiti dan bukan lagi berunsur khayalan (Muhammad Haji
Salleh, 2008). Contohnya beliau dengan lantang mengecam kekejaman dan pemerintahan
kuku besi raja-raja Melayu dan orang Melayu yang mengabaikan bahasa mereka dalam
karya karyanya pada masa itu. Selain itu, pada zaman Abdullah juga banyak hasil sastera
yang diterbitkan melalui percetakan. Penciptaan percetakan ini adalah proses pemodenan
yang membantu memperkenalkan karya-karya Abdullah dan pengarang-pengarang yang
sezamannya kepada umum.
3.0
KOMPONEN
SASTERA
3.1
TEMA
tema
Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok dalam sesebuah karya
sastera. Tema hanya ada satu sahaja dan boleh jadi tema tidak
dinyatakan dengan jelas.
Contoh : Sajak Kian Kita Lupa
Tema sajak ini ialah sikap lupa diri dalam kalangan manusia, tidak
menghargai jasa orang yang terdahulu dan mulapakan tuhan apabila
senang
3.2
PERSOALAN
persoalan
Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada
hubungannya dengan tema. Persoan biasanya lebih daripada satu iaitu
semaki panjang suatu karya semakin banyak persoalannya. Persoalan
wujud untuk memperkukuh dan menghidupkan tema sesebuah karya.
Contoh : Sajak Kian Kita Lupa
1.Persoalan tentang kekayaan yang menyebabkan manusia lupa diri.
2.Persoalan tentang sikap yang insaf dan ingat akan tuhan apabila
susah.
3.3
Aspek Yang Perlu Di Berikan
Perhatian Dalam Menghuraikan
Bentuk & SIFAT Puisi BAGI Subjek
Kesusasteraan Melayu
01 RANGKAP Jumlah baris dalam setiap rangkap menetukan bentuk
sesebuah Puisi sama ada berbentuk ( terikat ) atau ( tidak terikat ). Ia juga bergantung
02 RIMA pada jumlah baris dalam setiap rangkap. Contohnya :
Jika pantun mempunyai 2 baris dalam serangkap maka ia disebut pantun dua baris dan
Aspek Yang Perlu Di
begitulah selanjutnya untuk pantun 4&6 baris
Rima ialah persamaan bunyi suku kata terakhir antara dua baris atau lebih dalam karya puisi.
Contohnya dapat ditulis seperti berikut :
Pulau Pandan Jauh Ketengah (a)
Gunung Daik Bercabang Tiga (b)
Hancur Badan di kandung Tanah (a)
Budi Baik di kenang Juga (b)
Berikan Perhatian
Suku kata juga ada kalanya boleh menentukan bentuk sesebuah sajak. Dalam pantun
Dalam
dan syair terdapat kira-kira lapan hingga dua belas suku kata. Dalam sajak tidak terikat
Menghuraikan
03 SUKU KATA
kepada jumlah suku kata. Contoh suku kata itu adalah seperti berikut :
Bentuk & SIFAT Puisi
Pe/ra/sa/an/ si/a/pa/ tak/kan/ nya/la ( 11 Suku Kata )
BAGI Subjek
Dalam Puisi dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu ( Bebas ) dan ( Terikat )
Kesusasteraan
Melayu 04 - Puisi bebas adalah sebuah puisi dimana penulisannya tidak terikat dengan peraturan
Bentuk baku penulisan puisi, seperti bebas dari sajak, rima, jumlah baris, dan pemilihan kata.
- Puisi terikat memiliki ciri-ciri tersendiri yang perlu digunakan seperti penggunaan
baris, rima dan sebagainya
05 PERKATAAN Penggunaan perkataan perlu diperhatikan terutamanya bagi puisi yang berbentuk
terikat. Contohnya, didalam pantun 4 baris terdapat 4 baris yang merangkumi pembayang dan juga maksud. Seperti :
Tenang-tenang air di laut (Pembayang)
Sampan kolek bawa ke tanjung ( Pembayang )
Hati terkenang mulut menyebut ( Maksud )
Budi baik rasa nak junjung ( Maksud )
3.4 NILAI
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016),
nilai dapat ditafsirkan sebagai sikap ketinggian
seseorang atau sesebuah masyarakat dari segi
pemikiran, agama dan tindakan. Terdapat 16 nilai
murni yang sering wujud dalam penulisan sastera.
Antaranya ialah seperti yang berikut:
Nilai-nilai tersebut wujud menerusi hubungan individu
dengan keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan
institusi yang individu itu menjadi anggotanya.
Penulisan sastera yang memiliki nilai-nilai seperti ini
membolehkan nilai-nilai murni dipupuk secara
berterusan ke dalam diri pelajar. Hal ini dikatakan
demikian kerana, nilai-nilai itu diajar secara langsung
dalam pembelajaran sastera.
3.5 PENGAJARAN
PENGAJARAN
Pengajaran ialah unsur teladan dalam sesebuah karya sastera.
Sebahagian daripada pengkaji sastera menyebutnya sebagai mesej. Ia
dapat dikesan melalui gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran
watak dalam sebuah cerita. Pembaca dapat mengesan unsur ini dalam
sesebuah karya sastera dengan menggunakan pemikiran positif.
Pembaca akan dapat membuat kesimpulan bahawa sesuatu gagasan
penulis atau tindakan dan pemikiran yang hendak disampaikan oleh
pengarang melalui karyanya, terutama dari segi moral dan pendidikan
untuk menghayati konsep yang baik dijadikan teladan dan yang buruk
dijadikan sempadan. Justeru, terdapat tiga contoh karya sastera iaitu
karya sastera kanak-kanak, remaja dan popular yang mempunyai
pengajaran bagi setiap karya sastera.
CONTOH PENGAJARAN
Karya Sastera
Kanak-Kanak
Cerita Binatang Cerita Jenaka
(Sang Kancil dan Sang Buaya) (Pak Belalang)
Kita hendaklah berfikir dahulu Kita haruslah yakin dalam semua
sebelum melakukan sesuatu. perkara yang kita lakukan.
Kita hendaklah bijak Kita hendaklah mengelakkan diri
menyelesaikan masalah. daripada bersikap suka
berbohong.
CONTOH PENGAJARAN
Karya Sastera
Remaja
Novel Novel
(Silir Daksina)
(Di Sebalik Dinara) Kita perlulah gigih berusaha
Kita seharusnya menggunakan walaupun dihimpit kesusahan
kemajuan sains dan teknologi untuk
manfaat bersama dan tidak demi menyara keluarga serta
melanggar etika kemanusiaan.
memperbaiki taraf kehidupan.
CONTOH PENGAJARAN
Karya Sastera
Popular
Sajak
Drama
(Ke Makam Bonda) (Jangan Bunuh Rama-Rama)
Kita mestilah sentiasa mengingati Kita hendaklah mengamalkan
dan mendoakan kebaikan buat sikap kesederhanaan walaupun
kedua ibu bapa walaupun mereka hidup dalam keadaan mewah dan
telah pergi buat selama-lamanya. kaya.
3.6 Gaya Bahasa
Personifikasi Gaya Bahasa
Simile
Metafora Gaya bahasa merujuk kepada pemilihan kata,
Hiperbola frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang
Perlambangan/ bagi menyampaikan ceritanya. Gaya bahasa atau
Simbolik unsur keindahan meliputi semua aspek bahasa
Pengulangan seperti pemilihan kata, penggunaan kiasan,
Sinkope pembinaan frasa, pembinaan ayat dan sebagainya.
Hybrid Keindahan sesuatu karya akan terserlah melalui
Inversi penggunaan gaya atau unsur keindahan oleh
Jeda penulis untuk menarik perhatian pembaca.
Pardoks
Imejan
Diksi
Unsur Bunyi
Personifikasi
Gaya bahasa 'perorangan' iaitu pemberian sifat manusia kepada objek,
benda atau konsep tertentu untuk menggambarkan kedaan tertentu.
Contoh: sawah telah uzur - maksud: keadaan sawah padi yang terbiar
: kedinginan memeluk tubuh - maksud: badan berasa sejuk
Simile
Perbandingan secara tidak langsung antara satu benda yang sama
dengan menggunakan kata bandingan ‘seperti’, ‘bagai’, ‘umpama’, ‘bak’.
Contoh: kasihku kepadanya bak lautan tak bertepi
: hatinya hancur bak kaca terhempas ke batu
Metafora
Perbandingan terus atau secara langsung yang meggabungkan satu
perkataan konkrit dengan perkataan abstrak.
Contoh: lautan fikiran - berfikiran secara terbuka
: rimba kehidupan - kehidupan yang penuh dengan cabaran
Hiperbola
Perbandingan yang dibuat untuk sesuatu keadaan/peristiwa yang
keterlaluan atau melampau (menyatakan sesuatu secara berlebih-
lebihan)
Contoh: Cita-citanya menggunung tinggi
: keyakinanku menggegar dunia
Perlambangan/ Simbolik
Kata-kata yang membawa maksud tersirat bukan yang tersurat untuk
digunakan bagi menerangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa
Contoh: ibu/bonda - tanah air/negara
: piala - kejayaan
Pengulangan
Unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, baris atau rangkap.
Terdapat empat jenis gaya bahasa pengulangan:
Anafora Pengulangan kata pada awal baris pantun/sajak
Contoh: Kawan ketawa selalu ramai,
Kawan menangis seorang diri
Epifora Pengulangan perkataan atau frasa di akhir baris
pantun/sajak
Contoh: Dewa berjalan dihampirinya,
Naga besar didekatinya,
Setelah naga mencium baunya,
Kepala diangkat ternganga mulutnya.
Pengulangan
Unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, baris atau rangkap.
Terdapat empat jenis gaya bahasa pengulangan:
Repitasi Pengulangan kata dalam baris/ayat tertentu
Contoh: Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti
baik.
Responsi Pengulangan kata di tengah baris
Contoh: Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai,
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.
Sinkope
Singkatan perkataan
Contoh: “Eii! Kenapa mata kau tu?”
(kau – engkau, tu – itu)
Hybrid
Penggabungan kata (dua perkataan menjadi satu perkataan)
Contoh: “Takkan awak tak boleh jawab soalan ini”? kata cikgu kepada
Ramli.
“takkan diambil dari perkataan “tidak akan”
Inversi
Pembalikan susunan perkataan dalam ayat
Contoh: (hujan pagi ini) sepatutnya (pagi ini hujan)
(sihat badan wajah berseri) sepatutnya (badan sihat wajah berseri)
Jeda
Hentian sejenak pada tengah baris semasa mendeklamasikan sajak
Contoh: tanda ( / ) membawa maksud jeda/pemenggalan
Pardoks
Bahasa yang menunjukkan unsur yang bertentangan dalam sebaris ayat
Contoh: aku senyum dalam tangisan
kaya harta namun miskin budi pekerti
Imejan
Perkataan yang membawa imej sesuatu benda
Contoh: imej alam – bulan, bintang, sungai
Diksi
Penggunaan kata yang mengikut jenis-jenis tertentu
Contoh: kata pinjaman bahasa arab – solat, subuh, berkat
kata pinjaman bahasa Inggeris – suspen, artis, ego
Rima Unsur Bunyi
Akhir
Pkaetnag/usulaknugtaenrabkuhniyr isye
asnugatsuaamyaata/tbaauriksepsueilsairasan bunyi pada
Contoh rima akhir: ‘abab’, ‘aaa’, ‘abcdabcd’
Asonansi Pengulangan vokal yang sama dalam puisi (a,e,i,o,u)
Aliterasi
Contoh: pandai melomoat pandai berlari (pengulangan
vokal ‘a’)
Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris
pantun/sajak
Contoh: pandai melomoat pandai berlari (pengulangan
vokal ‘a’)
Unsur Bunyi
Onomatope Mengekalkan bunyi sesuatu benda
Contoh: Angin yang menderu-deru
3.7 maksud /
sinopsis
maksud / sinopsis
Maksud atau sinopsis merupakan ringkasan yang memberikan
gambaran kepada pembaca tentang sebuah prosa tradisional
sama ada puisi, sajak, syair, novel dan sebagainya.
Ianya memberikan gambaran umum tentang alur cerita atau
poin utama dan faktor penentu lain dari karya tersebut, yang
mungkin termasuk gaya bahasa, persoalan, watak dan
perwatakan, latar, dan sebagainya.
contoh sinopsis novel tirani karya beb sabariah
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana
hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi kemajuan atas dirinya dalam bidang
pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas
pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah membuat pembedahan hidungnya yang kebetulan digigit monyet
dengan melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang
dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya.
Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi
sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga
jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya
dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan
chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan
Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
contoh sinopsis sajak bintang
Rangkap 1
Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikan gugusan
bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan
memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya
itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka
diterangi oleh cahaya bintang tersebut.
Rangkap 2
Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian
kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam
jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.
3.8 nada
Nada ialah perasaan yang terdapat dalam
sesebuah karya sastera yang berbentuk puisi
terutamanya sajak. Perasaan itu boleh terdiri
daripada perasaan penulis dengan
penggunaan bahasa dan juga perasaan
pembaca apabila karya tersebut seperti :
3.9 LATAR
Latar adalah keterangan mengenai waktu, ruang, dan
suasana terjadinya suatu peristiwa dalam karya Bagi
drama pula, latar diertikan sebagai gambaran yang
tersedia di belakang prop.Latar cukup penting dan
berperanan untuk mengembangkan watak dan
perwatakan, di samping mengembangkan tema,
persoalan, dan plot.Dalam drama, latar memainkan
peranan yang penting untuk menerangkan “di mana
dan bila” kejadian serta peristiwa dalam drama itu
berlaku.Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat,
latar masa, dan latar masyarakat seperti yang berikut.