Kandungan
Rekod Pencapaian Pentaksiran Murid iii – iv Praktis Berformat SPM
Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
1 Karangan Berdasarkan Kombinasi 42
Bahan Rangsangan
MA
TE TE TE TE TE TE TE TE TE TE 1
1 Merealisasikan Impian
Aktiviti PAK-21 4 2 Karangan Esei 54
5
MA
2 Memetik Bintang
Aktiviti PAK-21 7 3 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa 119
MA 9 A Morfologi 120
3 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah B Sintaksis 124
Online Quick Quiz 1 12 C Sistem Ejaan dan Penggunaan Imbuhan 128
D Penggunaan Kata atau Istilah dan
MA Tatabahasa 131
4 Memacu Produktiviti 13 E Peribahasa 134
MA 4 Pemahaman 105
5 Demi Kedamaian 17 A Pemahaman Petikan Umum 106
B Pemahaman Petikan Sastera 109
Online Quick Quiz 2 20 C Pemahaman Novel 110
MA 21
6 Sayangi Malaysiaku
Aktiviti PAK-21 23 5 Rumusan 78
MA 25 Pentaksiran Akhir Tahun 155
Jawapan J1 – J34
7 Bahasa Bugar, Sastera Kekar
Aktiviti PAK-21 27
Online Quick Quiz 3 28
MA 29 Jawapan
8 Asli dan Kontemporari
Aktiviti PAK-21 32
Online Quick Quiz 4 32
MA 33 Lembaran PBD Bab 1 - Bab 10
9 Sihat dan Bersih Pilihanku
Aktiviti PAK-21 36
MA 37 Modul Literasi Sivik dalam B. Melayu
10 Dipimpin untuk Memimpin
Aktiviti PAK-21 37
Online Quick Quiz 5 40
ii
Rekod Pencapaian Pentaksiran Murid
Bahasa Melayu Tingkatan 4
Kelas: .............................. Nama Murid: ................................................... Nama Guru: ................................................
Tema Kemahiran .... Tahap
1 Mendengar Penguasaan
dan Bertutur Standard Pembelajaran
Merealisasikan Membaca
Impian 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti
Menulis perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan
2 ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul.
Memetik Bintang Aspek Seni
Bahasa 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan
3 intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang
Menjulang Mendengar wajar.
Harapan di Bumi dan Bertutur
3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna
Bertuah Membaca kata, istilah, maksud rangkai kata dan ungkapan dengan betul
mengikut konteks.
4 Menulis
Memacu 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa
Produktiviti Aspek Seni tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai
Bahasa terhadap karya.
Mendengar 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan
dan Bertutur aspek kejelasan, nada dan kefasihan dengan betul.
Membaca 2.2.1 Membaca, mengenal pasti, dan menjelaskan maklumat
Menulis tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan
Aspek primer.
Tatabahasa
Mendengar 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar
dan Bertutur dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan
Membaca ayat yang gramatis.
Menulis
Aspek 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi
Tatabahasa tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai
terhadap karya.
1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta
hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan
bermakna.
2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat
dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer.
3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan
mengikut situasi dan keperluan.
5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama
dengan betul mengikut konteks.
1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui
ceramah, syarahan dan forum dengan yakin secara
bertatasusila.
2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada
pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan
menganalisis isi penting secara terancang.
5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan
betul mengikut konteks.
iii
5 Mendengar 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat
Demi dan Bertutur daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna.
Kedamaian
Membaca 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada
6 yang sesuai.
Sayangi
Malaysiaku Menulis 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati
tema menggunakan laras bahasa yang sesuai dan gramatis.
7
Bahasa Bugar, Aspek 5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif
Sastera Kekal Tatabahasa dengan betul mengikut konteks.
8 Mendengar 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk
Asli dan dan Bertutur pembentangan serta perbahasan dengan jelas dan intonasi
Kontemporari yang sesuai secara bertatasusila.
9 Membaca 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan
Sihat dan Bersih betul.
Pilihanku Menulis 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang
lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik.
10
Dipimpin untuk Aspek Seni 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara
Bahasa kreatif dan menarik.
Memimpin
Mendengar 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan
dan Bertutur respons yang betul secara berhemah dan bertatasusila.
Membaca 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan
fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam
pelbagai bidang.
Menulis 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis
dan penanda wacana yang sesuai.
Aspek 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas
Tatabahasa dengan betul mengikut konteks.
Mendengar 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan
dan Bertutur rasional menggunakan bahasa yang santun.
Membaca 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara
rasional.
Menulis 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk
grafik yang sesuai dan menarik.
Aspek 5.3.2 Mengenal pasti dan menggunakan ayat dasar yang betul.
Tatabahasa
Mendengar 1.5.1 Mengenal pas ti jenis kesesuaian soalan dan kesesuaian masa
dan Bertutur untuk mengemukakan soalan terhadap individu atau kelompok
secara bertatasusila.
Membaca 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional.
Menulis 3.5.2 Mengolah maklumat daripada bahan dalam bentuk grafik yang
sesuai dan menarik.
Aspek Seni 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan
Bahasa intonasi yang sesuai menggunakan pelbagai media secara
kreatif.
Mendengar 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas
dan Bertutur menggunakan ayat yang betul dan gramatis.
Membaca 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan
fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam
pelbagai bidang.
Menulis 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam
pelbagai teks.
Aspek 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya,
Tatabahasa ayat perintah, dan ayat seruan yang betul mengikut konteks.
iv
T EMA
1 Merealisasikan Impian Buku teks ms. 1 – 12
Kemahiran mendengar dan bertutur TP
SP 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam
pelbagai ujaran dengan jelas dan betul.
Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, lengkapkan petikan dengan perkataan, rangkai TRACK 1
kata, istilah, dan ungkapan yang betul. Sebut perkataan, rangkai kata, istilah, dan
ungkapan tersebut.
Datuk Lee Chong Wei merupakan antara ikon kejayaan Malaysia. Beliau
merupakan pemain badminton kebangsaan yang telah mencipta nama dalam
arena sukan badminton dalam masa yang begitu singkat. Beliau pernah
merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008. Kejayaan ini menjadikan
beliau rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan
lelaki, sekali gus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.
Hal ini sangat membanggakan rakyat Malaysia dan beliau dianggap sebagai wira kebangsaan .
Pada zaman kanak-kanak, Datuk Lee Chong Wei meminati bola keranjang, namun dilarang
oleh ibunya kerana beliau terpaksa bermain di luar gelanggang yang panas. Datuk Lee Chong Wei
mula mempelajari badminton pada usia 11 tahun apabila beliau dibawa ke gelanggang badminton
oleh ayahnya yang amat meminati permainan ini. Bermula dari situlah beliau berlatih dengan
bersungguh-sungguh dan bakatnya telah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan. Jurulatih
itu meminta izin daripada bapa Datuk Lee Chong Wei untuk melatih beliau bermain badminton.
Pada usia 17 tahun, Datuk Lee Chong Wei didaftarkan dalam pasukan badminton Malaysia
oleh Misbun Sidek. Pada tahun 2004, beliau berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di
Terbuka China Taipei. Datuk Lee Chong Wei kemudiannya merangkul tiga kejuaraan daripada enam
pusingan akhir pada tahun 2006. Beliau turut menjuarai Terbuka Switzerland, Kejohanan Badminton
Asia, dan Terbuka Malaysia. Datuk Lee Chong Wei mencapai kedudukan teratas sebanyak dua
kali dalam ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006, sekali gus menyertai
Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama . Sepanjang kerjayanya, Datuk Lee Chong Wei
telah menundukkan pemain-pemain badminton dunia termasuklah pemain nombor satu dunia ,
iaitu Lin Dan dari China.
Malaysia dikurniakan sebutir bintang yang berbakat dalam bidang sukan badminton
dan Datuk Lee Chong Wei akan terus menjadi simbol kegigihan serta idola kepada
generasi baharu .
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Tema 1 Merealisasikan Impian
Kemahiran Membaca TP
SP 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar.
Baca pidato di bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai, serta kepantasan
yang wajar.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan pidato
yang bertajuk “Manfaat sukan kepada murid.”
Hadirin yang dihormati,
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga
yang dilakukan sebagai acara hiburan, iaitu acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan
badan, dan beriadah. Aktiviti sukan amat ditekankan di sekolah-sekolah pada masa ini kerana
banyak manfaat akan diperoleh murid melalui aktiviti sukan.
Indikator saya yang pertama ialah sukan dapat melahirkan murid yang sihat. Apabila
seseorang murid bersukan, berlaku pembakaran lemak serta toksin di dalam badannya akan
dikeluarkan melalui perpeluhan. Kesannya, badan murid yang aktif bersukan menjadi sihat
dan cergas serta sukar dijangkiti penyakit. Oleh yang demikian, murid dapat menimba ilmu
dengan baik.
Hadirin yang dikasihi,
Indikator saya yang kedua ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini
dikatakan demikian kerana, seseorang yang ingin berjaya dalam sukan yang diceburi akan
menghadiri sesi latihan mengikut masa yang ditetapkan, mematuhi peraturan permainan,
mematuhi arahan jurulatih, dan rajin berlatih. Oleh yang demikian, secara tidak langsung sukan
dapat membentuk disiplin murid.
Indikator saya yang terakhir ialah murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan
masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini demikian kerana, murid yang aktif dalam
aktiviti sukan tidak akan terlibat dalam aktiviti yang kurang bermanfaat seperti menonton
televisyen, bermain permainan video, berpelesiran di pusat beli-belah, dan melepak. Sebaliknya,
masa lapang yang ada akan digunakan untuk bersukan. Dengan itu, masa lapang mereka tidak
akan dibazirkan dengan aktiviti tidak berfaedah dan terhindar daripada gejala sosial.
Hadirin yang budiman,
Intihanya, jelaslah bahawa penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan banyak
memberikan manfaat kepada mereka. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak
kemudahan sukan di sekolah-sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka
bersukan dan para guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya
percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak, lebih banyak lagi jaguh sukan negara
yang akan menyerlah pada peringkat antarabangsa.
Sekian sahaja pidato saya kali ini. Saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan
terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.
Sekian, terima kasih.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Tema 1 Merealisasikan Impian
Kemahiran Menulis TP
SP 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata dan ungkapan dengan betul mengikut
konteks.
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya.
1. bidang
(a) Abang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Sains Malaysia.
(b) Ibu menghampar dua bidang permaidani di ruang tamu rumah.
2. bintang
(a) Shazana ingin menjadi bintang badminton negara suatu hari nanti.
(b) Ibu tersenyum apabila melihat gelagat anak bongsunya mengira bintang di langit.
3. tinggi
(a) Keempat-empat orang anak Pak Mail menjawat jawatan yang tinggi.
(b) Amira kagum melihat menara yang tinggi itu.
4. maju
(a) Cikgu Asmawi mengarahkan ahli pengakap maju sedikit ke hadapan.
(b) Kita haruslah menguasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang untuk mencapai status
negara maju.
3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Tema 1 Merealisasikan Impian
Aspek Seni Bahasa TP
SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap
karya.
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka
kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini,
kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah
mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.”
Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu
sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula
juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum
manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”
Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya
diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.
Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka
sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara
pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.”
(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)
1. Apakah reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang diucapkan
oleh Kertala Sari?
Patih Gajah Mada sangat gembira setelah mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Kertala
Sari. Kemudian, Patih Gajah Mada menghidangkan makanan dan minuman serta memberikan
persalinan kepada Kertala Sari.
2. Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai
penggawa agung? KBAT Menilai
Pada pendapat saya, Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung
kerana ingin membakar semangat juang Kertala Sari untuk melawan musuh. Selain itu, Patih
Gajah Muda mahu Kertala Sari membalas dendam atas kematian bapanya yang telah
dibunuh oleh Laksamana. Seterusnya, pelantikan ini untuk menghargai jasa bapa Kertala Sari
yang terkorban di tangan Laksamana Melaka.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4
B AB Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan
Rangsangan
Keperluan Peperiksaan SPM
Soalan Skop Soalan Markah / Masa
Bahagian A • Menulis karangan dengan menghuraikan pendapat berdasarkan 30 markah / 45 minit
[Kertas 1] kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan.
• Terdapat dua atau tiga jenis bahan rangsangan yang diberikan
berdasarkan satu isu/ tema.
• Kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan boleh terdiri daripada
gambar, gambar rajah, ilustrasi kartun, peta, pelan, iklan, poster, petikan
teks/ e-mel/ akhbar, puisi, catatan, dan sebagainya.
• Panjang karangan hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Panduan Menjawab Soalan
1. Baca dan fahami arahan soalan. Kenal pasti tema atau isu yang dibincangkan.
2. Teliti tajuk dan bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Fahami isu yang dikemukakan.
3. Analisis bahan-bahan tersebut dengan kritis dan analitis agar dapat mengemukakan isi-isi
yang relevan dengan tema.
4. Sediakan rangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi, dan penutup secara ringkas.
5. Pendahuluan karangan hendaklah membincangkan isu secara umum dan ditulis dalam satu
perenggan, iaitu anggaran 20 patah perkataan sahaja.
6. Anda perlu menyatakan sekurang-kurangnya tiga isi. Susun isi mengikut kepentingan.
7. Huraikan isi dengan memberikan penjelasan berdasarkan sebab, cara, dan kesan. Isi juga
boleh dimantapkan dengan memberikan contoh yang sesuai.
8. Isi mestilah diolah dengan baik. Pastikan isi karangan disampaikan dengan bahasa yang
gramatis, penggunaan kosa kata yang luas, dan diselitkan dengan peribahasa yang sesuai.
9. Penutup mestilah padat dan dapat merumuskan tema yang dibincangkan. Penutup terdiri
daripada cadangan dan harapan terhadap isu yang dibincangkan.
10. Setelah siap, semaklah ejaan, tanda baca, dan struktur ayat dalam karangan.
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Model Karangan
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan peranan ibu bapa terhadap anak-anak. huraian hendaklah
Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa tersebut. Panjangnya
antara 150 hingga 200 patah perkataan. INFO Program
Pencegahan
PERANAN IBU BAPA TERHADAP Masalah Sosial
ANAK-ANAK Remaja
Memberikan pendidikan Menunjukkan keprihatinan Mengawal
agama dan moral dan kasih sayang kegiatan anak-anak
Langit berarak awan melarat,
Hujan turun mencurah nusa;
Beban ibu bapa sangatlah berat,
Mendidik anak menjadi manusia.
Merah warnanya buah delima,
Di dalam bakul jadi penganan;
Pendidikan agama tonggak utama,
Tidak boleh dipandang ringan.
Anak nelayan pergi ke pekan,
Singgah di kebun kutip selasih;
Kasih sayang mestilah dicurahkan,
Agar anak tidak tersisih;
Di dalam jaring terjebak belanak,
Masak kari di dalam belanga;
Perhatikan juga pergaulan anak,
Agar tidak merosakkan dirinya.
Azahar bin Bahari
Ilham Bestari, Teluk Intan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Manfaat masa tingkat hubungan ibu bapa, anak
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kempen Stay Home, Stay Safe perlu digunakan
oleh ibu bapa untuk meluangkan semaksimum ruang bersama anak.
Peluang ini perlu digunakan untuk membina sebanyak mungkin masa berkualiti bersama
anak di rumah. Sebenarnya, terdapat banyak aktiviti boleh dilaksanakan bersama anak
yang dapat menambah kemesraan dalam hubungan. Tempoh ini bukan sahaja mewujudkan
perhubungan yang lebih positif malahan membina memori indah.
Tempoh di rumah pada ketika ini boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengajar anak
mengenai adab khususnya menghormati orang lebih tua termasuk guru dan ahli keluarga lain.
Menerapkan nilai murni dan contoh akhlak yang baik juga perlu menjadi keutamaan.
Sumber: BH online, “Manfaat Masa Tingkat Hubungan Ibu Bapa, Anak”
oleh Dr Norsayyidatina Che Rozubi, Mac 28, 2020
Pendahuluan Banyak gejala sosial yang berlaku kini melibatkan golongan remaja.
– Ayat yang berkaitan Remaja merupakan aset negara pada masa depan. Jika mereka terlibat
dalam gejala sosial, sudah tentu mereka tidak dapat diharapkan untuk
dengan kata menentukan hala tuju negara. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan
kunci dan bahan peranan mereka terhadap anak-anak.
rangsangan. Ibu bapa perlu memberikan pendidikan agama dan moral yang
secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan agama dapat dijadikan
Isi-isi benteng pertahanan dalam diri anak-anak daripada terjebak dalam gejala
– Maklumat dalam sosial. Misalnya, ibu bapa menitikberatkan pendidikan al-Quran, ibadah
solat, akhlak, dan keimanan kepada Tuhan. Anak-anak yang menerima
bahan rangsangan pendidikan agama secara sistematik akan membesar dengan sempurna
diperluas. dan mempunyai hala tuju yang jelas.
Selain itu, ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap lebih prihatin
Penutup dan penyayang. Kesibukan ibu bapa dalam kerjaya menyebabkan
– Cadangan/ masa bersama-sama dengan anak-anak semakin kurang. Ibu bapa perlu
meningkatkan komunikasi dengan sering menelefon anak-anak di rumah,
Pandangan untuk makan bersama-sama anak-anak, dan sebagainya. Hal ini menyebabkan
menyimpulkan idea. anak-anak merasakan diri mereka disayangi. Ibu bapa menjadi watak
penting dalam membina kebahagiaan rumah tangga.
Akhir sekali, ibu bapa perlu mengawal kegiatan anak-anak.
Kegiatan anak-anak yang tidak dipantau menyebabkan mereka mudah
terlibat dalam gejala sosial. Kegiatan-kegiatan tersebut termasuklah
melepak, gengsterisme, penyalahgunaan dadah, dan melayari laman
web lucah. Kawalan ibu bapa ini amat penting supaya anak-anak sedar
akan batas-batas kegiatan mereka. Ibu bapa harus menjadi penyelamat
kepada anak-anak mereka.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka
terhadap anak-anak. Gejala sosial dalam kalangan remaja pada hari ini
perlu ditangani oleh ibu bapa sehabis daya. Bak kata orang “sediakan
payung sebelum hujan”.
[242 patah perkataan]
3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Tugasan Berpandu 1
Iklan-iklan di bawah ini menunjukkan cara-cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Ayuh, Jimat Elektrik!
Anda yang terakhir di pejabat?
Pastikan anda menutup suis alat elektronik selepas digunakan
Lebih Banyak Bintang
Lebih Jimat Tenaga
PENGUNAAN TENAGA
Peti Sejuk KK Electronik
Model No: 123
5
Penggunaan Tenaga Purata Setahun
30%
Produk ini Menggunakan 70% Kurang Tenaga
Daripada Produk Biasa
Hentikan Gunakan
Panel Suria
Pembaziran
Gunakan mesin basuh
Tenaga dengan muatan
yang betul
Elektrik
Seterika pakaian dalam jumlah
yang besar untuk setiap sesi
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Pendahuluan kos sara hidup semakin meningkat hari demi hari – perlu mengamalkan
amalan berjimat cermat termasuk penggunaan tenaga elektrik – pelbagai
cara yang dapat dilakukan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
Isi-isi relevan Huraian Contoh Kesan Kesimpulan
(a) cabut plag arus elektrik plag televisyen, dapat menjimatkan
apabila tidak menjimatkan penggunaan
digunakan tetap mengalir komputer, perbelanjaan dan tenaga elektrik
mengelakkan seharian
walaupun suis pengecas telefon, risiko kerosakan
peralatan tersebut dan mesin basuh
tidak dipasang
(b) barangan banyak barang alat penyaman penggunaan bil elektrik pada
elektrik tenaga elektrik setiap bulan
mempunyai elektrik dengan udara, peti sejuk, dapat lebih rendah
simbol cekap dikurangkan
tenaga simbol jimat dan mesin basuh
tenaga yang dijual
di pasaran
di samping harga
yang lebih murah
(c) menggunakan elakkan mengumpulkan menjimatkan dapat
mesin basuh membasuh pakaian terlebih elektrik, air, dan mengelakkan
dengan pakaian dengan dahulu masa pembaziran
muatan yang muatan yang
betul
terlalu sedikit
Kesimpulan pelbagai cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik di rumah – masyarakat
harus sedar dan mengubah cara penggunaan elektrik yang lebih jimat –
menjimatkan wang
5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Tugasan Berpandu 2
Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada produk keluaran industri kecil dan sederhana (IKS).
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk menjayakan industri kecil dan sederhana (IKS) di
negara ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
PRODUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
VIDEO
• Kemudahan pinjaman modal Ayuh Meriahkan
• Kursus-kursus kemahiran dan
Program Produk
kepakaran Usahawan IKS
• Bantuan pemasaran Malaysia
BERITA TERKINI Bertempat di Padang Besar,
Kampung Sinaran
ILKeSbihMBaamnpyaukWPuejluuadnkgan
Pekerjaan Pukul 10.00 pagi
hingga 10.00 malam
Segar Dari Ladang Buah-buahan
dan Sayur-sayuran
Makanan
dan
Minuman
Produk Hiliran Daging dan Tenusu
Makanan Laut
Jus
Segar Limau
Kasturi
SokJonegnlaamh a
Malaysia
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Pendahuluan sektor industri kecil dan sederhana (IKS) menjadi pemangkin kemajuan
kepada industri yang lebih besar – melibatkan perusahaan makanan, perabot,
pembuatan, dan sebagainya – menggunakan sumber bahan mentah –
menampung keperluan dan permintaan dalam kalangan pengguna
Isi-isi relevan Huraian Contoh Kesan Kesimpulan
(a) kemudahan pihak bank sumber bahan golongan memajukan
pinjaman
modal memberikan mentah, kos usahawan yang industri negara
pinjaman modal peralatan, dan kekurangan
dengan kadar mesin modal dapat
bayaran balik yang mengembangkan
fleksibel perusahaannya
(b) kursus-kursus pihak yang terlibat kursus jangka perusahaan melahirkan
kemahiran mengadakan pendek dan
dan kursus-kursus, jangka panjang dapat bertahan usahawan yang
kepakaran
lama dan berjaya dan
seminar, dan mampu untuk berdaya saing
sebagainya bersaing
di persada dunia
(c) bantuan mendapat bantuan membantu dalam mengurangkan membuktikan
pemasaran pemasaran oleh memasarkan lambakan produk tempatan
pihak kerajaan dan produk pertanian barangan dari juga setaraf
badan berkanun dan makanan, luar dengan produk
menjalankan luar negara
promosi, dan
kempen
Penutup IKS yang berjaya dapat membantu negara menjana ekonomi – barangan yang
dikeluarkan dapat memenuhi keperluan masyarakat tempatan – pemasaran
ke luar negara akan memberikan keuntungan kepada negara – mengurangkan
pergantungan barangan makanan daripada negara luar – membuka peluang
pekerjaan kepada rakyat tempatan
7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Praktis SPM 1
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan perbelanjaan berhemah.
Huraikan pendapat anda tentang perbelanjaan berhemah.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Mengurus perbelanjaan
dengan bijak
Mengutamakan barangan
keperluan
Tidak boros dalam
perbelanjaan
Gaya Hidup Boros Punca Ramai Belia Muflis!
Kini, semakin ramai remaja yang muflis. Puncanya ialah keinginan hidup bermewah-mewah
sehingga perbelanjaan mereka melebihi pendapatan. Mereka mahu telefon paling canggih
dan paling berjenama. Mereka mahu kereta mewah dan memakai pakaian mengikut trend
terkini. Akibatnya, hutang semakin banyak sedangkan pendapatan tetap sama. Jadi, jangan
terperangkap dengan hutang yang akhirnya boleh menyebabkan anda muflis.
Cara-cara meningkatkan kesedaran kepenggunaan, setiap pengguna mestilah sentiasa:
• sedar tindakannya terhadap diri, orang lain dan masyarakat.
• mengubah tanggapan negatif kepada positif.
• memastikan kelakuan pembelian menyumbang ke arah keadilan, kesaksamaan dan
kesamarataan model ekonomi dan sosial yang berpusat dan mampan.
• bekerjasama dan menyumbang dalam pergerakan pengguna.
• peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud.
• melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan.
• tahu hak dan tanggungjawab pengguna.
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Praktis SPM 2
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan pembentukan masyarakat penyayang.
Huraikan pendapat anda tentang amalan-amalan yang dapat membentuk masyarakat penyayang.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
MASYARAKAT PENYAYANG
Bertegur sapa Gotong-royong Ziarah-menziarahi
Jiran Asas Masyarakat
Masyarakat Penyayang Penyayang,
Amat malang sekali jika kita Rakyat
sebagai jiran tidak mengenali Sejahtera
antara satu dengan lain. Mengikut
undang-undang, jiran tidak
terbatas kepada orang yang dekat
bahkan lebih luas lagi.
Sumber: Utusan Malaysia,
Datuk Dr. Abdul Monir Bin Yaacob,
11 Julai 2003
9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Praktis SPM 3
Teliti maklumat di bawah ini.
Tulis emel permohonan untuk melakukan latihan industri di salah satu tempat tersebut. Tulis e-mel anda itu
selengkapnya.
Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
SUNSHINE MANAGEMENT SERVICES
Ayuh, sertai kami
Pengambilan Pelajar Latihan
Industri sesi Jun 2021
Kami mengalu-alukan pelajar jurusan pEelnaguann,gpkeuntgainnadpisaend,iadkaann
berikut: Sunshine Management Services
No. 71, Jalan Merbak, Padang Temu,
• Hartanah • Setiausaha 75050 Semabok, Melaka
Hubungi: 012 6664 5532 (Encik Rosli)
• Seni Bina • Multimedia
• Pengurusan
Pelajar Latihan Industri AVENO PLUS SDN BHD
Diperlukan
Dibuka Sepanjang Tahun
Pereka Grafik Pengambilan Pelajar
Praktikal
Kelayakan: Diploma/Ijazah Sarjana Pengurusan Operasi,
Muda Reka Grafik dan Multimedia Keusahawanan, Grafik dan
Multimedia, Pemasaran Dan Jualan,Teknologi
Alamat: Moses Creative Design, Makanan
No. 22, Petaling Utama Avenue,
46150 Petaling Jaya, Selangor Alamat: Aveno Plus Sdn Bhd, No. 10/1,
Petaling Utama Avenue, 46150 Petaling Jaya,
E-melkan Selangor
permohonan anda ke Hantarkan permohonan lengkap ke alamat
moses_cd.com.my e-mel avenoplus.com.my
Hubungi: 018 434 7721 (Encik Muhaya)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Praktis SPM 4
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan tanggungjawab untuk melestarikan alam sekitar.
Huraikan pendapat anda tentang tanggungjawab melestarikan alam sekitar.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Lestarikan Alam Sekitar
Teknologi Hijau Memelihara Beginilah malang nasib diriku
Alam Sekitar semakin hari semakin kaku
sumbangan baktiku tidak laku
Peliharalah Alam Sekitar manusia berasa tidakkan perlu
• Pengurusan Sampah
• Penanaman semula pokok aku tercemar sewenang-wenangnya
• Tindakan undang-undang udara, air, bunyi dan segala-galanya
sedikit pun tiada rasa simpati mereka
walhal mereka rasa kesan buruknya
Apabila aku semakin terlantar
barulah timbul sedikit rasa sedar
tapi usaha tidak berkobar-kobar
hanya cakap yang berdegar-degar
Wahai manusia insaflah kamu aku
ini anugerah Tuhanmu hadirnya aku
mudahkan hidupmu jaga aku dengan
kasih sayangmu
Azahar Bahari, Ilham Bestari, Teluk
Intan.
11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Praktis SPM 5
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan kesesakan lalu lintas di negara ini.
Saban hari kesesakan lalu lintas semakin meningkat terutama pada waktu puncak. Tulis sepucuk surat kepada
pihak berkuasa untuk mengadukan masalah tersebut. Cadangkan juga langkah-langkah yang perlu diambil.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
FAKTOR-FAKTOR KESESAKAN LALU LINTAS
Setiap hari, kita terpaksa berhadapan dengan
kesesakan lalu lintas. Keadaan ini bertambah
serius apabila tiba musim perayaan.
Betul kata kamu itu. Jumlah kereta semakin
bertambah saban tahun. Pengangkutan
awam pula masih belum mencukupi.
Faktor Kesesakan Jalan Raya Faktor kemanusiaan
punca utama
PETUNJUK: kemalangan
BK – Bilangan kenderaan
bertambah
100 JS – Jalan Sempit
WP – Waktu puncak
BS – Enggan Berkongsi kereta
80
60
40
20
0 BK JS WP BS
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Praktis SPM 6
Maklumat di bawah berkaitan dengan implikasi penggunaan telefon pintar.
Huraikan pendapat anda tentang implikasi-implikasi penggunaan telefon pintar.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Mengapakah kamu semua sibuk Zaman sekarang berbeza, masing-masing
dengan telefon pintar masing-masing? mementingkan diri dan leka dengan telefon
pintar yang boleh mendedahkan individu
kepada jenayah siber. Telefon pintar juga dapat
melunturkan nilai-nilai murni dalam keluarga.
Kes Buli di Platform Media Sosial
50% Kajian menunjukkan
sekiranya pengguna
37 % 40% kerap menggunakan
42 % telefon pintar lebih
daripada satu jam sehari
30% dan memberikan kesan
kepada kesihatan fizikal
20% dan psikologi, maka
perkara itu dianggap
10% sebagai satu ketagihan.
9% 10 % 12 % Sumber: MyMetro,
Ketagihan Telefon Pintar,
Selasa, 18 Ogos 2020
Platform Media Sosial
13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
›› Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan ››››
››
Praktis SPM 7
Baca kedua-dua e-mel di bawah ini dengan teliti.
Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah ini. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
E-mel 1
Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Subjek : Kedatangan Pelancong asing ke Malaysia
Salam sejahtera,
Apa khabar, saudara? Saya berharap agar saudara sihat sejahtera bersama dengan keluarga.
Pada hujung tahun ini, saya dan keluarga berhasrat untuk melancong ke Malaysia. Hal ini demikian
kerana, melalui sebuat portal di Internet, kami mendapati Malaysia antara negara yang menjadi tumpuan
banyak pelancong asing. Mengapakah keadaannya sedemikian? Apakah faktor penarik yang ada di sana?
Saya akan menunggu balasan daripada awak.
Sahabatmu,
Danesh
››
E-mel 2
Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Subjek : Seronoknya melancong di Malaysia
Selamat sejahtera.
Apa khabar, saudari? Saya berharap agar saudara sihat sejahtera bersama dengan keluarga. Terima
kasih kerana sudi menghantar e-mel kepada saya.
Saya dengar kamu sekeluarga pergi bercuti pada cuti sekolah yang lalu. Ceritakanlah percutian
kamu itu. Saya teruja mahu mendengarnya.
Yang benar,
Alia
››
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Praktis SPM 8
Gambar dan maklumat di bawah ini menunjukkan masalah sistem pengangkutan awam di negara kita.
Sebagai seorang pengguna perkhidmatan awam, tulis sepucuk surat kepada pihak yang sepatutnya untuk
mengadukan masalah sistem pengangkutan awam tersebut. Cadangkan tindakan yang perlu diambil.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Daripada : ismadaniel @yahoo.com ›
Kepada : [email protected]
Subjek : Masalah Pengangkutan Awam di Negara Ini ›
››Tuan.
Saya ingin menyuarakan beberapa masalah yang sering dihadapi semasa menggunakan pengangkutan
awam memandangkan saya pengguna tetap pengangkutan awam di negara kita.
Pertama, jadual perjalanan pengangkutan awam tidak menepati masa. Hal ini menyebabkan saya
sering lewat ke tempat kerja. Sekiranya menggunakan teksi, kadang kala terdapat pemandu yang tidak
bertanggungjawab menaikkan tambang dengan sewenang-wenangnya.
Saya berharap agar tuan dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
Yang benar,
Isma Daniel
››
Pengangkutan Awam Tidak Diselenggara secara Berkala
Dalam Negeri
Pengangkutan Awam
Tidak Diselenggara
Secara Berkala
Oleh ZURINA ISMI
15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
B AB
21 Karangan Esei
Keperluan Peperiksaan SPM
Soalan Skop Soalan Markah / Masa
Bahagian B [Kertas 1] • Menulis satu karangan daripada lima kombinasi soalan. 100 markah /
1 jam 30 minit
• Antara jenis karangan seperti:
– surat kiriman rasmi – wawancara / dialog
– surat kiriman tidak rasmi – ucapan / syarahan / ceramah
– laporan – gambaran / keperihalan
– berita / rencana akhbar – cereka / pengalaman / imaginasi
– fakta – peribahasa / cogan kata
• Panjang karangan hendaklah lebih daripada 350 patah
perkataan.
Panduan Menjawab Soalan
1. Baca dan teliti arahan soalan. Pilih soalan yang anda benar-benar faham akan maksud dan
kehendaknya.
2. Bina rangka karangan yang mengandungi:
(a) Pendahuluan – Ditulis dalam satu perenggan.
(b) Isi-isi – Sekurang-kurangnya empat isi utama.
(c) Penutup – Cadangan atau pandangan untuk menyimpulkan idea.
3. Pendahuluan yang dibina hendaklah menarik supaya menambahkan minat pemeriksa
terhadap karangan yang anda tulis. Pendahuluan boleh terdiri daripada jenis definisi,
pendapat, peribahasa, suasana, persoalan, atau sejarah.
4. Pastikan isi karangan anda mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Selain itu,
anda digalakkan agar menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau
majalah.
5. Bagi karangan berformat khusus, patuhilah format yang sebenar agar anda tidak kehilangan
markah.
6. Gunakan tatabahasa yang betul, kosa kata yang tepat dan luas, ragam ayat yang bervariasi,
serta ungkapan yang menarik.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Tugasan Berpandu 1 Domain : Kerjaya
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan berdasarkan soalan di
bawah ini.
Penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa mempunyai potensi besar dalam perkembangan
industri pelancongan negara.
Acara sukan bertaraf antarabangsa kebiasaannya berlangsung selama beberapa hari dan
mendapat liputan yang meluas daripada media asing serta tempatan, secara tidak langsung
berjaya mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Antara penganjuran sukan antarabangsa seperti Le Tour de Langkawi, Kejohanan Golf
Terbuka Malaysia, Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP), Ironman Langkawi, dan
Towerthon.
(Sumber : Bernama, “Sukan : Penganjuran Sukan Antarabangsa bantu Promosi
Malaysia” oleh Mohamed Razip Hassan, 11 Disember 2019)
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di negara kita
mampu untuk melonjakkan industri pelancongan. Sebenarnya, banyak lagi manfaat yang dapat kita
peroleh menerusi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di negara kita.
Bincangkan kepentingan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di negara kita.
Rangka Karangan
Pendahuluan kegiatan sukan amat dititikberatkan pada semua peringkat – siaran-siaran
sukan yang disiarkan secara langsung terutama pada peringkat antarabangsa
dapat menarik minat yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia –
penganjuran sukan bertaraf antarabangsa banyak memberikan sumbangan
Isi-isi relevan Huraian Contoh Kesan Kesimpulan
(a) memupuk minat menarik minat negara kita perpaduan penganjuran
anak muda mengadakan kaum dapat sukan
dan semangat berkecimpung sukan dipupuk kerana antarabangsa
kesukanan yang dalam kegiatan antarabangsa setiap perlawanan dapat memupuk
tinggi sukan yang seperti Sukan melibatkan semangat
diminati SEA dan Sukan kerjasama kesukanan yang
Komanwel pelbagai pihak tinggi
dan kaum
17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
(b) menambahkan mampu untuk Sukan perbelanjaan penganjuran
pendapatan menarik Komanwel yang dikeluarkan sukan
negara penyokong yang diadakan oleh penyokong antarabangsa
atau pelancong di negara kita atau pelancong dapat
dari segenap pada tahun 1998 dapat meningkatkan
pelosok dunia telah banyak menambahkan pendapatan
menyumbangkan pendapatan negara melalui
pendapatan negara perbelanjaan
kepada negara pelancong dari
dalam dan luar
negara
Isi-isi relevan Huraian Contoh Kesan Kesimpulan
(c) memperkukuh meningkatkan perlawanan mengeratkan penganjuran
hubungan nama negara yang diadakan hubungan sukan
diplomatik dan di persada seperti Piala diplomatik antarabangsa
memperkenalkan antarabangsa Thomas, antara Malaysia mampu untuk
negara di mata Kejohanan Bola dengan negara memperkukuh
dunia Sepak ASEAN, lain hubungan
Piala Suzuki, diplomatik dan
dan sebagainya memperkenalkan
negara di mata
dunia
(d) mencungkil bakat-bakat negara sudah badan-badan penganjuran
bakat-bakat baharu dapat melahirkan sukan atau sukan
baharu dibentuk atlet-atlet sekolah-sekolah antarabangsa
sekiranya ternama seperti sukan akan membolehkan
penganjuran Datuk Nicol Ann berusaha untuk negara
sukan David dan mencungkil mencungkil
antarabangsa Datuk Lee bakat murid bakat-bakat
menjadi Chong Wei agar rekod baharu untuk
matlamat pencapaian diasah
Malaysia atlet akan terus
dikekalkan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 18
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
(e) mengharumkan sukan dalam Sukan sekiranya penganjuran
nama negara antarabangsa Olimpik Musim bidang sukan sukan
membuktikan Panas 2012, giat dijalankan, antarabangsa
bahawa Pandelela pasti negara membolehkan
Malaysia juga Rinong kita dapat atlet-atlet
boleh bersaing merangkul melahirkan Malaysia
dengan negara pingat gangsa atlet-atlet yang mengharumkan
lain dalam acara berkebolehan nama negara
terjun
Penutup penganjuran sukan bertaraf antarabangsa menyumbangkan faedah kepada
masyarakat Malaysia dan negara – sukan seperti ini wajar diadakan –
bukan sahaja bermanfaat dari aspek ekonomi tetapi juga mampu untuk
menyatupadukan bangsa Malaysia untuk menjayakan sukan yang penuh
mencabar dan berprestij
Tugasan Berpandu 2 Domain : Awam
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan berdasarkan soalan di bawah
ini.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah meluahkan keyakinan
beliau bahawa negara kita mampu untuk menjadi pusat kepada pelancongan kesihatan
berdasarkan usaha padu yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak.
Bidang itu juga katanya, mampu untuk menjadi antara penyumbang pertumbuhan
ekonomi negara pada masa akan datang.
Berdasarkan statistik pada tahun 2017, sektor itu mencatatkan perolehan kira-kira RM1.3
bilion dengan lebih daripada satu juta kedatangan pelancong kesihatan.
Pertumbuhan tersebut menyumbang lebih daripada RM3 bilion kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar.
(Sumber: Sinar Harian Online, “Malaysia Syurga Pelancongan Kesihatan” oleh Azimah
Ghazali dan Naimah Muhammad, 3 Julai 2019)
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa faktor kemajuan industri perubatan di negara kita mampu
untuk melonjakkan kedatangan pelancongan kesihatan ke negara kita. Hakikatnya, banyak faktor lain
yang mampu untuk menjadi daya penarik kepada pelancong luar untuk melancong di negara kita.
Huraikan faktor-faktor yang menjadi daya penarik pelancong luar untuk berkunjung ke negara
kita.
19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Rangka Karangan
Pendahuluan negara kita istimewa kerana menerima jutaan pelancong saban tahun – rakyat
Malaysia sendiri memilih untuk melancong di tanah air sendiri – pelbagai
faktor yang menjadikan Malaysia sebagai syurga bagi para pelancong sama
ada dari dalam negara ataupun luar negara
Isi-isi relevan Huraian Contoh Kesan Kesimpulan
(a) keindahan para pelancong antara tempat menenangkan promosi destinasi
khazanah dapat menarik seperti fikiran pelancongan
alam yang menyaksikan Taman Negara pengunjung yang menjadi
terdapat di keunikan flora Endau-Rompin selama ini terdera pemangkin
negara ini dan fauna yang dan Gua Niah oleh suasana industri
masih terpelihara bising di kota pelancongan
kosmopolitan negara
(b) negara pengusaha antara pulau pelancong dapat keindahan
memiliki pelancongan yang menarik menghilangkan pulau-pulau
pulau-pulau menyediakan seperti Pulau tekanan dan yang terdapat
yang prasarana bagi Sipadan, Pulau mendapatkan di negara kita
menarik memastikan Tioman, Pulau ketenangan telah menarik
keselesaan Langkawi, dan kedatangan
pelancong Pulau Pangkor para pelancong
Isi-isi relevan Huraian Contoh Kesan Kesimpulan
(c) banyak
tempat menambahkan antara tempat mengambil pelancong datang
bersejarah ilmu bersejarah seperti iktibar daripada ke negara kita
yang boleh pengetahuan Kota A Famosa peristiwa yang juga adalah
dilawati tentang sejarah dan Kompleks telah berlaku di untuk melawat
negara Bersejarah Pasir kawasan tersebut ke kawasan
Salak bersejarah
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 20
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
(d) negara kita mutu barangan antara pusat ekonomi negara pelancong
terkenal yang dijual beli-belah yang kita semakin asing membeli
oleh pusat setanding dengan terkenal seperti meningkat akibat barangan di
beli-belah barangan dari Mega Mall, perbelanjaan negara kita
yang popular luar negara dan Mahkota Parade, yang dikeluarkan kerana berkualiti
harganya jauh The Summit, oleh pelancong dan jauh lebih
lebih murah Alamanda, dan asing murah
Mid Valley
(e) banyak para pelancong antara barangan pelancong mudah hasil kraf tangan
barangan menggemari kraf kraf tangan mendapatkan yang unik
kraf tangan tangan Malaysia seperti tudung barangan kraf dan menarik
yang menarik kerana produk saji, keris, tangan di negara di negara kita
dan berkualiti tersebut unik barangan kita, tambahan mampu untuk
di negara kita dan menarik daripada piuter pula kerajaan menarik
serta harganya dan tembaga, mewujudkan kedatangan
amat berpatutan labu sayung, pusat jualan kraf pelancong
serta wau yang terletak di
Kuala Lumpur
Penutup Malaysia harus menjaga tempat-tempat pelancongan agar terus dikunjungi oleh
pelancong – tahap keselamatan di negara kita juga wajar dipertingkatkan agar
para pelancong sentiasa berasa selamat ketika melancong di negara kita
A Surat Kiriman Rasmi
Model Karangan Domain : Awam
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa untuk memastikan kontraktor yang dilantik oleh
mereka dapat mengutip sampah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, masalah sampah berbau di kebanyakan
taman perumahan berpunca daripada kontraktor terbabit yang tidak mengikut jadual mengutip
sampah yang ditetapkan.
“Saya difahamkan bahawa terdapat sesetengah kontraktor tidak mengutip sampah mengikut
jadual sehingga menimbulkan keadaan yang tidak selesa kepada penduduk setempat.”
Sumber: Utusan Borneo Online, “Pastikan Kontraktor Kutip Sampah Ikut Jadual”
oleh Connie Sylvia Mesa, 14 Jun 2018.
21 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa terdapat sampah di sesetengah kawasan perumahan yang tidak
dikutip mengikut jadual sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk setempat. Andaikan kawasan
perumahan anda mengalami masalah yang sama. Sebagai setiausaha persatuan penduduk, anda dikehendaki
untuk menulis sepucuk surat bagi mengadukan masalah tersebut kepada pihak berkuasa tempatan di tempat
anda.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
Persatuan Penduduk Taman Kencana, Perkasa Karangan
No.16, Jalan Limau Bali 3, 1. Surat kiriman rasmi bersifat
Taman Kencana, formal dan mempunyai format
52800 Kuala Lumpur. yang khusus serta wajib dipatuhi.
2. Format dari segi letak alamat,
tajuk surat, dan tandatangan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hendaklah diletakkan di sebelah
kiri, kecuali tarikh di sebelah
Menara DBKL 1, kanan.
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur. 12 Februari 2020. 3. Surat kiriman rasmi terdiri
daripada surat undangan rasmi,
surat rayuan, surat aduan, surat
permohonan, surat cadangan,
dan sebagainya.
Tuan, 4. Surat kiriman rasmi hendaklah
Masalah Sampah Sarap yang Sering Tidak Dipungut ditulis dengan bahasa baku dan
ayat yang ringkas tetapi padat.
5. Penggunaan bahasa kiasan
Merujuk perkara di atas, saya Aniq Ilham bin Muhammad dan peribahasa tidak digalakkan
ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah dalam penulisan surat kiriman
rasmi.
sampah sarap yang sering tidak dipungut selama beberapa
hari di kawasan tempat tinggal kami. Longgokan sampah sarap ini menimbulkan masalah yang
pelbagai serta menggugat kesejahteraan penduduk.
2. Sampah sarap ini menyebabkan pencemaran bau di sekitar taman perumahan.
Penduduk terpaksa menghidu bau busuk yang datangnya daripada longgokan sampah
tersebut. Kesannya, kegiatan harian penduduk terbantut dan aktiviti riadah juga tidak dapat
dijalankan. Ketidakselesaan tersebut telah menjejaskan aktiviti penduduk. Pada masa yang
sama, penduduk berasa tidak selesa untuk berada di rumah, terutama pada waktu makan
sehingga ada yang memilih untuk makan di luar kerana tidak tahan akan bau busuk sampah
sarap tersebut.
3. Sampah sarap yang sering tidak dipungut juga boleh mendatangkan penyakit. Hal
ini demikian kerana, longgokan sampah boleh mengundang tikus dan lalat. Lalat yang
berterbangan akan membawa kekotoran ke rumah-rumah lalu menyebarkan penyakit. Perkara
ini akan menyebabkan kes keracunan makanan semakin meningkat.
4. Selain itu, longgokan sampah yang dibiarkan dan tidak dipungut selama beberapa hari
juga mengakibatkan keselamatan penduduk terjejas. Hal ini demikian kerana, sampah sarap
yang tidak dipungut mengundang anjing liar menghuni kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan
keselamatan penduduk terancam apabila melakukan aktiviti di luar rumah. Kanak-kanak juga
tidak dapat keluar untuk bermain pada waktu petang.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 22
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
5. Di samping itu, sampah sarap yang tidak dipungut selama berhari-hari akan menyebabkan
pencemaran persekitaran. Dengan kehadiran anjing-anjing liar di kawasan itu, maka haiwan
ini sudah tentu akan menyelongkar sampah sarap berkenaan sehingga berhamburan. Banyak
sampah yang dibuang oleh penduduk seperti botol plastik, tin kosong, beg plastik, dan kotak
dilihat bertaburan di sekitar tempat tinggal kami. Masalah ini akan mencacatkan pemandangan
sekali gus menjejaskan kesejahteraan penduduk.
6. Sehubungan dengan masalah yang kami hadapi, kami mencadangkan agar pihak tuan
dapat mengambil tindakan dengan segera bagi menanganinya. Kami berharap agar pihak
tuan dapat memungut sampah sarap di tempat tinggal kami mengikut jadual yang ditetapkan
seperti yang dilakukan sebelum ini. Pihak tuan juga boleh membuat pemantauan di sekitar
taman perumahan ini bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi.
7. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Abdul Hadi
…………………………………….………
(ABDUL HADI BIN MUHAMMAD LIN)
Setiausaha Persatuan Penduduk,
Taman Kencana.
Praktis SPM 1
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Awam
Mutu pengangkutan awam di negara kita masih kurang memuaskan walaupun kerajaan melakukan
pelbagai usaha untuk meningkatkannya. Hal ini demikian kerana, sikap sesetengah pengusaha
pengangkutan awam yang kurang menitikberatkan kualiti perkhidmatan mereka.
Di zaman global ini, persaingan semakin sengit. Oleh itu, segalanya perlu bergerak pantas
termasuk kecekapan pengangkutan awam. Hal ini penting supaya para pengguna dapat sampai
ke destinasi yang dituju dengan cepat dan tidak membuang masa.
Sumber: The Vocket, “5 Faktor yang Perlu diambil Berat untuk
Tingkatkan Mutu Pengangkutan Awam di Malaysia”
oleh Muhammad Kamarulazizi, 31 Julai 2016.
Petikan di atas menyatakan sebahagian masalah yang melibatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di
negara kita.
Sebagai pengguna pengangkutan awam, anda kurang berpuas hati dengan mutu perkhidmatan pengangkutan
awam yang digunakan. Anda ingin menulis surat kepada pengusaha pengangkutan awam tersebut bagi
menerangkan masalah yang dihadapi dan menyatakan langkah-langkah untuk menanganinya.
Tulis surat anda itu selengkapnya.
23 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Soalan 2 Domain : Awam
Sukar untuk kita menafikan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Senario seperti ketagihan
permainan video sebenarnya bergantung kepada setiap individu dalam menentukan tahap
kemampuan mereka untuk menahan diri daripada terus bermain. Penulis mengakui bahawa
sememangnya mudah untuk melafazkan perkataan “berhenti” tetapi amat sukar sekali untuk
melaksanakannya.
Seperti yang diketahui, permainan video dianggap sebagai hiburan pada masa lapang untuk
mengurangkan tekanan ataupun sekadar suka-suka. Namun begitu, ada pihak yang sanggup
untuk berhabis duit menghadap komputer di kafe siber, malah ada yang sanggup untuk duduk
di rumah sekadar menikmati keseronokan permainan video sehingga digelar antisosial.
Sumber: MyMetro, “Obses Permainan Video”, Khamis, 12 Februari 2015,
https://www.hmetro.com.my/node/30387
Pusat permainan video di tempat anda sering menjadi tumpuan kumpulan murid yang ponteng dari
sekolah berhampiran untuk melepak. Sebagai warga yang prihatin, anda telah menulis sepucuk
surat kepada pihak yang berkenaan agar tindakan segera diambil untuk mengekang kegiatan itu.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
B Surat Kiriman Tidak Rasmi
Model Karangan Domain : Awam
Kepulauan Langkawi terdiri daripada gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran Pantai
Barat Laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30 kilometer dari Kuala Perlis dan 51 kilometer
dari Kuala Kedah.
Pulau yang popular, iaitu Pulau Langkawi mempunyai warisan yang unik dan penuh
dengan cerita hikayat perwira, burung raksasa, dan puteri jelita daripada kayangan. Langkawi
dianggap sebagai syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa yang didiami
oleh habitat yang terpelihara.
Sejarah Langkawi bermula sejak 500 juta tahun dahulu. Pulau ini terdiri daripada
rangkaian batu-batan yang unik dan merangsang imaginasi para pengunjung.
Sumber: Langawi.Pages.Com.,
“Tempat-tempat Menarik di Langkawi”, 15 Mei 2015.
Petikan di atas menyatakan keindahan pulau yang menjadi daya tarikan para pelancong. Selain keindahan
pulau, negara kita juga memiliki banyak destinasi pelancongan yang menarik.
Tempat
Anda menerima sepucuk surat daripada sahabat pena yang tinggal di luar negara. Dia Menarik
ingin mengetahui tempat-tempat pelancongan menarik yang terdapat di Malaysia.
Balas surat tersebut selengkapnya. di Malaysia
INFO
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 24
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Perkasa Karangan
265, Taman Sri Cicely, 1. Surat kiriman tidak rasmi bersifat
Jalan Changkat Jong, peribadi dan biasanya ditulis
36000 Teluk Intan,
untuk keluarga, sahabat, dan
Perak. sebagainya.
2. Namun demikian, bahasa
27 Jun 2020. yang digunakan haruslah baku,
manakala ejaan dan tanda baca
mestilah betul.
Menemui sahabatku, Saudara David yang berada di Jerman. 3. Beberapa jenis surat tidak rasmi
ialah surat bertanyakan khabar,
Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. surat ucapan tahniah, dan surat
Bagi diri saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. ucapan takziah.
4. Penulisan surat tidak rasmi
Saudara David, mempunyai format khusus yang
perlu anda patuhi.
Terima kasih kerana saudara masih mengingati saya
di sini. Surat saudara telah saya terima tiga hari yang 5. Format penulisan surat tidak
lepas. Terima kasih sekali lagi atas kesudian saudara untuk rasmi berbeza daripada surat
mengetahui keindahan tempat-tempat pelancongan yang rasmi dari segi letak alamat,
tarikh, dan tandatangan pengirim
yang diletakkan di sebelah kanan.
ada di negara saya. Sudah tentu saya berasa teruja untuk
menceritakan keindahan tempat-tempat tersebut kerana
sebagai warganegara negara ini, saya berasa bangga dan • memukau – memikat hati
bersyukur kepada Tuhan kerana dilahirkan di sebuah negara • destinasi – tempat yang dituju
yang kaya dengan keindahan alam yang cukup memukau. • fauna – keseluruhan haiwan di
Negara saya kaya dengan keindahan pulau dan pantai sesuatu habitat
• kelestarian – keadaan yang
yang menjadi destinasi pelancongan yang popular. Terdapat terpelihara seperti asal
beberapa buah pulau yang cukup terkenal pada peringkat
antarabangsa dan sering dikunjungi oleh para pelancong dari luar negara, seperti Pulau
Tioman, Pulau Langkawi, dan Pulau Redang. Ketiga-tiga buah pulau ini bukan sahaja
mempunyai pantai yang indah bahkan juga mempunyai tarikan lain yang tersendiri. Misalnya,
Pulau Tioman yang terletak di negeri Pahang, menjadi syurga kepada penyelam skuba kerana
keindahan terumbu karangnya dan kepelbagaian spesies fauna yang terdapat di pulau tersebut.
Selain itu, di negara saya juga banyak terdapat tempat bersejarah yang merakamkan
detik penting sejarah negara. Kerajaan di negara saya sangat gigih memulihara tempat-tempat
bersejarah tersebut kerana mahu warisan penting itu dihayati oleh generasi muda di negara
ini. Penghayatan ini penting supaya generasi muda mengetahui sejarah negara dan diharapkan
dapat meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan mereka. Antara tempat bersejarah
yang menarik di negara saya ialah Kompleks Bersejarah Pasir Salak yang terletak di Kampung
Gajah, Perak dan Kota A Famosa yang terletak di Melaka.
Di negara saya juga banyak terdapat kompleks beli-belah yang terkenal yang menjual
pakaian dan barangan lain dengan harga yang sangat berpatutan. Pada setiap hujung tahun,
kerajaan akan melaksanakan Kempen Jualan Akhir Tahun yang menawarkan jualan barangan
dengan harga yang amat murah. Dengan itu, tidak hairanlah jika banyak pelancong asing
terutama dari Eropah dan Asia Barat berkunjung ke negara saya untuk berbelanja. Malahan,
kemajuan sistem pengangkutan dan penginapan yang selesa dan bertaraf tinggi turut menjadi
tarikan para pelancong datang ke negara ini.
25 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Di samping itu, negara saya juga mempunyai hutan-hutan yang masih terpelihara
kelestariannya. Hutan-hutan tersebut telah diwartakan sebagai hutan simpan bertujuan untuk
melindungi flora dan fauna di kawasan hutan tersebut. Namun demikian, aktiviti pelancongan
yang berasaskan hutan seperti meneroka hutan, mendaki bukit, dan aktiviti-aktiviti lain
giat dijalankan dengan tujuan mendedahkan para pelancong tentang keindahan hutan yang
terdapat di negara ini. Malahan, pelancong asing turut dapat meneroka kehidupan masyarakat
orang asli yang tinggal di kawasan hutan.
Saya rasa memadailah setakat ini dahulu penerangan saya tentang tempat-tempat menarik
yang terdapat di negara saya. Saya berharap agar saudara dapat melapangkan masa pada suatu
masa nanti untuk datang bagi meneroka dan menghayati keindahan tempat-tempat menarik
yang terdapat di negara saya. Saya sentiasa berlapang dada untuk menyambut dan mengiringi
perjalanan saudara sepanjang berada di negara saya. Semoga kita bertemu lagi dalam lembaran
yang lain.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Raslan Hakim
Praktis SPM 2
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Awam
Malaysia mempunyai liputan hutan hujan tropika yang sangat istimewa. Dengan kepelbagaian
flora dan fauna yang berpuluh-pulu ribu spesies, hal ini menjadikan negara kita sebagai
negara ke-12 yang paling kaya dengan kepelbagaian biologi di dunia.
Namun begitu, hal ini bukan sekadar memberikan pemandangan indah semata-mata, malah
memberikan beribu-ribu manfaat kepada manusia. Hakikatnya, kita mampu untuk hidup
aman dan sejahtera pada hari ini kerana kewujudan hutan kita yang masih berfungsi untuk
membekalkan pelbagai khidmat, sumber, dan kestabilan kepada kehidupan.
Sumber: Facebook, Persatuan Aktivis Sahabat Alam, “Jom Ketahui 22 Manfaat Hutan
kepada kita dan Ramai Lagi yang Tidak Tahu”, 12 Mac 2020.
Petikan di atas menyatakan isu kepentingan hutan dan langkah-langkah untuk memuliharanya.
Seorang sahabat pena anda yang tinggal di luar negara ingin mengetahui masalah kepupusan hutan di Malaysia
dan usaha-usaha yang dilakukan oleh negara kita untuk memulihara hutan.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 26
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Soalan 2 Domain : Peribadi
Ada banyak kelebihan jika anda seorang yang kerap mengembara atau melancong. Antara
kebaikannya ialah anda lebih berfikiran terbuka dan matang. Malahan, anda akan lebih gemar
bersosial kerana perlu berkomunikasi dengan banyak orang. Anda akan bertanyakan orang lain
tentang lokasi kedai, lokasi hotel, atau lokasi tempat beli-belah yang bagus.
Di samping itu, banyak lokasi pelancongan yang boleh menaikkan semangat diri anda,
seperti mendaki gunung atau meredah hutan. Pengembaraan seperti ini boleh memberikan
anda peluang untuk mencabar keupayaan diri. Pendek kata, anda berpeluang untuk melakukan
perkara-perkara yang menggerunkan.
Sumber : Facebook, “10 Kelebihan Melancong ke Luar Negara”
oleh Mr Jocko Travel Bloger Malaysia, 10 April 2014.
Petikan di atas menyatakan sebahagian manfaat melawat ke luar negara.
Andaikan anda megikuti satu rombongan melawat ke sebuah negara jiran. Sewaktu di sana, anda telah menulis
sepucuk surat kepada keluarga anda untuk berkongsi pengalaman menarik tersebut kepada keluarga anda.
Tulis surat anda itu selengkapnya.
C Wawancara / Temu Ramah / Dialog
Model Karangan Domain : Pendidikan
Kemunculan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Internet membawa satu keadaan
“dunia sebagai sebuah perkampungan global” yang disebut oleh Marshall Mc Luhan.
Situasi ini juga digelar sebagai globalisasi dan dunia tanpa sempadan apabila Internet dilihat
sebagai media massa yang paling dinamik pada abad ini. Hal ini demikian kerana, Internet
bersifat interaktif dan menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk menggunakannya.
Banyak faedah yang boleh diperoleh masyarakat daripada Internet, misalnya pelbagai bahan
untuk perniagaan, pendidikan, hiburan, dan semua yang diinginkan. Dengan adanya Web 2.0,
kewujudan media sosial menjadikan landskap perkongsian maklumat berubah.
Sumber : Berita Harian Online, “Usah Biar Media Sosial Kawal Diri Kita”
oleh Professor Dr. Ali Salman, 5 Julai 2017.
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa media sosial membawa perubahan kepada landskap perkongsian
maklumat dalam kalangan masyarakat. Sebenarnya, banyak kesan lain lagi yang ditimbullkan oleh penggunaan
media sosial kepada masyarakat dan negara.
Sebagai wartawan majalah, anda diminta untuk mewawancara tokoh tentang kesan penggunaan media sosial
kepada masyarakat dan negara kita.
27 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Perkasa Karangan
Mutakhir ini, penggunaan media sosial berkembang dengan 1. Penulisan karangan jenis
pesat di serata dunia bagaikan cendawan tumbuh selepas wawancara, temu ramah, dan
hujan. Perkembangan media sosial ini semakin sukar
dibendung lantaran kepentingannya dalam kehidupan dialog mestilah melibatkan
masyarakat moden pada hari ini. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya dua pihak
penggunaan media ini turut memberikan kesan negatif. yang berbual-bual tentang
Sehubungan itu, saya telah mewawancara seorang pakar sesuatu topik.
sosiologi, iaitu Profesor Dr. Kharil Harun dari Universiti 2. Dalam perbualan itu, kedua-dua
Sains Malaysia bagi mengupas isu tersebut. Yang berikut pihak haruslah saling bertanya dan
ialah hasil wawancara saya dengan beliau. memberikan pendapat masing-
Wartawan: Selamat sejahtera, Tuan Profesor. Saya Muhammad masing.
3. Anda harus mempunyai
Fawwaz daripada Majalah Mekar. Sebelum itu, pengetahuan yang luas
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tentang sesuatu isu yang ingin
profesor kerana sudi diwawancara berkaitan dikemukakan dalam karangan.
dengan kesan penggunaan media sosial terhadap 4. Gunakanlah bahasa yang mudah
masyarakat. dan ringkas tetapi betul dari segi
Profesor: Selamat sejahtera. Ya, silakan. tatabahasa.
Wartawan: Secara umum, bagaimanakah pandangan profesor 5. Kata panggilan hormat seperti
tentang kebaikan penggunaan media sosial tuan, puan, datuk, encik, saudara,
terhadap masyarakat dan negara? saudari, dan sebagainya wajar
Profesor: Pada pandangan saya, penggunaan media sosial digunakan berdasarkan taraf
memudahkan penyebaran berita. Kalau dahulu, sosial seseorang.
pada tahun 1980-an, kita cukup susah untuk 6. Karangan jenis wawancara dan
mengetahui apa-apa yang berlaku di sekeliling temu ramah lebih bersifat ilmiah
kita sehinggalah berita itu dikeluarkan di dan diadakan dalam situasi
akhbar-akhbar. Tetapi kini, kita dengan mudah formal. Manakala karangan
dapat mengetahuinya melalui media sosial. Hal dialog pula merupakan perbualan
ini merupakan perkembangan positif kepada biasa yang melibatkan perbualan
masyarakat. dengan rakan-rakan atau
Wartawan: Apakah perkembangan yang menunjukkan keluarga.
penggunaan media sosial bersikap negatif di
negara kita? 7. Penulisan karangan jenis ini
Profesor: Sejak perkembangan media sosial, kita dapati mempunyai format khusus yang
banyak blog telah muncul dan kebanyakan perlu dipatuhi.
penulisan yang dibuat tidak berdasarkan fakta
yang tepat. Jadi saya berharap agar pengguna • fakta – sesuatu yang benar dan
media sosial dapat membuat pertimbangan yang boleh dibuktikan
bijak dalam melayari laman sesawang yang ada
dalam media sosial. • alternatif – pilihan yang
merupakan kemestian
• prasangka – sangka (anggapan)
buruk terhadap sesuatu
(seseorang) sebelum mengetahui
yang sebenarnya
• memanipulasikan – melakukan
sesuatu yang curang,
menggunakan sesuatu untuk
berbuat curang atau tidak baik
Wartawan: Perkembangan dan kemajuan media sosial dikatakan dapat mengancam keselamatan
negara kita. Apakah pandangan profesor tentang perkara tersebut?
Profesor: Pada pandangan saya, perkembangan dan kemajuan media sosial di negara kita
dapat mengancam keselamatan negara. Hal ini demikian kerana, negara kita telah
terbuka dengan pelbagai ancaman dan para pemimpin telus untuk dikritik. Perkara
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 28
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
ini akan membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk membincangkan isu-isu
politik sama ada menyokong kerajaan atau mengkritiknya.
Wartawan: Bukankah perkembangan ini menunjukkan bahawa amalan demokratik diamalkan
dengan baik di negara kita?
Profesor: Saya mengakui hal tersebut kerana ini menunjukkan bahawa media sosial menjadi
saluran alternatif untuk menyebarkan maklumat bagi mempromosikan nilai-
nilai demokratik. Masalahnya, banyak pengguna Internet di negara kita kurang
berhati-hati apabila melemparkan tuduhan. Tuduhan mereka lebih bersifat emosi
berbanding dengan fakta. Lebih buruk lagi, apabila keadaan ini dibiarkan berleluasa
sehingga menimbulkan prasangka buruk antara kaum.
Wartawan: Pada pandangan profesor, mengapakah keadaan ini berlaku sedangkan tahap
intelektual dalam kalangan rakyat negara kita semakin meningkat?
Profesor: Daripada mata kasar, kita mengakui bahawa tahap intelektual rakyat negara kita
semakin meningkat. Namun begitu, jika kita perhatikan, kita dapat melihat melalui
perkembangan media sosial di Malaysia bahawa kadar kesedaran politik dalam
kalangan rakyat kita masih rendah. Hal ini dapat dibuktikan kerana perbincangan-
perbincangan di laman sesawang itu hanya tertumpu kepada hal-hal peribadi,
fitnah, dan memanipulasikan fakta yang betul.
Wartawan: Apakah bukti lain yang dapat menyokong pendapat profesor?
Profesor: Bukti lain ialah kita dapat melihat pengguna-pengguna media sosial tidak mempunyai
pengetahuan sejarah yang baik. Oleh hal yang demikian, kita jarang-jarang dapat
melihat perbincangan yang agak rasional di media sosial. Kebanyakannya bersifat
emosional dan tersasar daripada fakta.
Wartawan: Jadi, pada pendapat profesor penggunaan media sosial ini banyak memberikan
kesan negatif berbanding dengan kesan positif?
Profesor: Saya berpendapat bahawa media sosial merupakan wahana yang boleh
membincangkan pelbagai perkara melalui alam maya. Kita tidak boleh menolak
faedahnya agar rakyat Malaysia tidak ketinggalan ketika negara menghampiri status
negara maju. Namun demikian, kita haruslah berwaspada terhadap elemen-elemen
yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat dan negara.
Wartawan: Sebagai kesimpulannya, apakah nilai penting untuk memastikan media sosial di
negara kita dapat digunakan secara bermanfaat?
Profesor: Dalam hal ini, penguatkuasaan undang-undang merupakan elemen terpenting
agar tidak ada pihak sewenang-wenangnya menggunakan media sosial bagi
mempromosikan perpecahan dan kacau-bilau. Hal ini sejajar dengan peribahasa,
“mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Wartawan: Terima kasih, profesor kerana memberikan kupasan yang padat tentang kesan
penggunaan media sosial terhadap masyarakat. Saya yakin bahawa kupasan ini
akan memberikan informasi yang berguna kepada masyarakat.
Profesor: Sama-sama.
29 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Praktis SPM 3
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Awam
Kerajaan sentiasa komited dalam melaksana dan menyelaras pembangunan perumahan mampu
milik kepada golongan sasaran seiring dengan hasrat untuk memastikan pembangunan sector
perumahan yang berdaya huni, teratur bagi dinikmati pelbagai lapisan masyarakat.
Melalui KPKT, Kerajaan telah merangka perancangan Satu Juta Rumah Mampu Milik
dalam tempoh 10tahun (2018-2028)yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan
Persekutuan,Kerajaan Negeri serta pihak swasta bagi manfaat golongan sasaran B40 dan M40.
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
“Dasar Perumahan Mampu Milik Negara”
oleh Jabatan Perumahan Negara, Cetakan Pertama 2019, www.kpkt.gov.my
Petikan di atas menyatakan sebahagian isu perumahan di negara kita.
Sebagai wartawan di sebuah akhbar, anda telah diminta mewawancara menteri berkenaan untuk mengupas isu
perumahan di negara kita.
Tulis wawancara tersebut selengkapnya.
Soalan 2 Domain : Peribadi
Berdasarkan kajian, hampir 80 peratus remaja tidur dengan telefon pintar mereka di sisi dan
menggunakannya sebagai jam loceng. Secara purata, mereka menghantar 34 mesej selepas
berbaring di atas katil untuk tidur.
Sesetengah pakar tidur memberi amaran bahawa waktu tidur remaja boleh terganggu
dengan lampu daripada skrin telefon yang menghalang mereka mencapai tidur nyenyak.
Memandangkan rima sirkadian atau kitaran tidur/ jaga tidak dapat membezakan cahaya
matahari dan skrin gajet, cahaya tersebut boleh mengelirukan otak menyebabkan masalah tidur.
Sumber : Sinar Harian Online,
Gajet, Kesan Buruk Gajet Kepada Remaja, 21 Mei 2019.
Petikan di atas menyatakan isu ketagihan Internet dalam kalangan remaja.
Anda dan rakan anda berbual-bual mengenai isu tersebut.
Tulis perbualan tersebut selengkapnya.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 30
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
D Syarahan / Ceramah / Ucapan
Model Karangan Domain : Peribadi
SEREMBAN: Sebanyak 10,154 kes disiplin bagi pelbagai kesalahan membabitkan pelajar di
negeri ini, direkodkan sepanjang tahun lalu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Pkharuddin Ghazali, berkata
daripada jumlah itu, kesalahan ponteng sekolah mencatat bilangan tertinggi, iaitu 7,709 kes,
manakala baki adalah kes disiplin lain seperti tingkah laku kurang sopan, kekemasan diri dan
vandalisme.
Beliau berkata, statistik itu menunjukkan usaha menangani masalah disiplin dalam kalangan
pelajar perlu digembleng secara bersepadu oleh semua pihak terbabit, secara langsung mahupun
tidak langsung.
Namun, katanya, bagi membudayakan lebih banyak nilai murni dan mengurangkan
masalah disiplin, JPNS menggalakkan perekodan amalan baik pelajar ke dalam Sistem Sahsiah
Diri Murid (SSDM).
Sumber: BH Online,10,154 kes disiplin babit pelajar tahun lalu,
oleh Raja Noraina Raja Rahim - Februari 18, 2019 @ 3:01pm
Petikan di atas menyatakan isu yang berkaitan dengan masalah disiplin dalam kalangan Disiplin dan
murid. Pelajar
Sebagai pegawai polis, anda diminta untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah
tentang punca-punca masalah disiplin dalam kalangan murid. INFO
Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Setia Jaya, Yang Dihormati Tuan Penolong Kanan Pentadbiran, guru-guru, seterusnya
murid-murid yang dikasihi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
jawatankuasa penganjur Bulan Penghayatan Disiplin sekolah ini kerana sudi menjemput saya
untuk menyampaikan ceramah. Jemputan ini amat besar maknanya kerana saya dapat berkongsi
informasi tentang salah laku murid. Tajuk ceramah saya pada hari ini ialah “Punca-punca
Masalah Disiplin Murid”.
Para hadirin sekalian,
Masalah disiplin murid berpunca daripada banyak faktor. Antaranya ialah bermula daripada
sikap individu. Perlakuan seperti tidak mendengar arahan guru, melawan guru, tidak menyiapkan
kerja rumah yang diberikan oleh guru, dan mengganggu rakan merupakan titik permulaan
yang mendorong murid kepada masalah disiplin. Sikap buruk ini juga kebiasaannya dilakukan
oleh murid yang mengalami masalah emosi yang berpunca daripada masalah peribadi. Murid
mungkin tidak menyedari bahawa perlakuannya itu telah melanggar peraturan sekolah. Hal ini
menyebabkan murid gagal dalam pelajaran. Akhirnya, murid hilang semangat untuk belajar dan
terlibat dalam masalah disiplin.
Selain itu, masalah disiplin murid juga berpunca daripada sikap ibu
bapa yang mengabaikan anak-anak. Majoriti ibu bapa hari ini sibuk mengejar
kemewahan hidup sehingga tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama
anak. Anak-anak mula berasa bosan dan terabai. Mereka juga berganggapan bahawa diri
mereka tidak disayangi.
31 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Hal ini mendorong anak-anak terlibat dalam gejala salah Perkasa Karangan
laku di sekolah seperti ponteng sekolah, membuli rakan, dan
memusnahkan harta benda sekolah. Anak-anak bertindak 1. Ketiga-tiga karangan ini hampir
dengan cara memberontak dan melakukan salah laku di sama dari segi cara penulisan dan
sekolah sebagai tanda protes demi meraih perhatian daripada kandungannya serta mempunyai
ibu bapa. format penulisan yang sama.
Para hadirin sekalian, 2. Lazimnya, ucapan ditulis untuk
Seterusnya, media massa juga menjadi faktor masalah meraikan tetamu kehormat serta
disiplin murid di sekolah. Di Malaysia, pelbagai media merasmikan sesuatu upacara atau
cetak dan elektronik menjadi medan untuk menyalurkan keramaian.
maklumat. Namun begitu, penyiaran maklumat atau filem
yang mengandungi unsur negatif seperti berpelesiran, buli, 3. Karangan syarahan ditulis untuk
peras ugut, dan samseng jalanan boleh mempengaruhi fikiran membincangkan sesuatu isu yang
murid-murid sekali gus merosakkan minda mereka. Perkara lebih serius dan kebiasaannya
ini mendorong murid-murid meniru perlakuan negatif yang disampaikan dalam sesuatu
terdapat dalam filem tersebut. Oleh sebab itu, tidak hairanlah pertandingan.
jika berita tentang kejadian buli di sekolah semakin berleluasa
hari ini. 4. Karangan ceramah pula ditulis
untuk membincangkan sesuatu isu
Di samping itu, masalah disiplin murid juga berpunca yang terkini dengan tujuan untuk
daripada kelemahan peraturan disiplin di sekolah. Murid menyampaikan maklumat kepada
melakukan salah laku tanpa rasa takut kerana peraturan hadirin.
sekolah yang longgar atau hukuman yang dikenakan tidak
setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Pihak sekolah 5. Kata alu-aluan bagi karangan
haruslah bertindak dengan memberikan amaran kepada ucapan, ceramah, dan syarahan
murid yang melakukan kesalahan disiplin. Sekiranya murid adalah sama, iaitu mengikut
tersebut tidak mengendahkan amaran yang dikeluarkan, maka protokol kecuali pernyataan hormat
hukuman seperti rotan, denda, dan gantung persekolahan kepada hakim tidak ada dalam
haruslah dikenakan kepada murid tersebut. Oleh itu, guru- karangan ucapan dan ceramah.
guru haruslah memainkan peranan dalam meningkatkan
tahap disiplin murid agar masalah salah laku di sekolah 6. Kata penghadapan kepada
dapat diselesaikan. tetamu majlis seperti tuan-tuan
dan puan-puan, hadirin sekalian,
Selain itu, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya ditulis secara
turut menjadi punca masalah disiplin murid berselang-seli antara isi penting
di sekolah. Hal ini demikian kerana, rakan sebaya merupakan untuk menarik perhatian hadirin.
rakan karib yang mampu untuk mendorong murid dalam
aktiviti sosial yang dilakukan sehari-hari. Rakan sebaya 7. Isi yang diberikan perlulah
mampu untuk mencorakkan personaliti murid seperti sikap, tepat, bernas, munasabah, dan
minat, dan bahasa. Rentetan itu, rakan sebaya yang bersikap meyakinkan. Anda digalakkan
negatif akan mempengaruhi rakan lain untuk melakukan untuk menyelitkan peribahasa dan
masalah disiplin di sekolah, misalnya ponteng sekolah. Oleh kata-kata hikmat untuk menarik
itu, ibu bapa haruslah memantau kegiatan anak-anak dan perhatian hadirin.
mengenal pasti rakan-rakannya.
8. Penutup biasanya merupakan
kesimpulan, harapan kepada
hadirin, ucapan memohon maaf,
dan ucapan terima kasih.
• majoriti – sebahagian atau sebilangan
terbesar
• memberontak – menunjukkan
kemarahan atau penentangan
terhadap sesuatu perkara
• berpelesiran – bersuka-suka,
berseronok-seronok
• personaliti – keperibadian,
perwatakan
Hadirin yang dihormati,
Kesimpulannya, masalah disiplin dalam kalangan murid haruslah diatasi segera dan
tidak dibiarkan berleluasa. Semua pihak haruslah berganding bahu dalam menyelesaikan
masalah ini agar tidak menjejaskan institusi persekolahan sekali gus melahirkan murid yang
cemerlang. Sekian, terima kasih.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 32
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Praktis SPM 4
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Awam
Hutan merupakan anugerah semula jadi yang tidak ternilai. Mayapada, hutan sering kali
digondolkan kerana pembangunan yang kian rancak. Keadaan ini membawa 1001 masalah
seperti banjir kilat, tanah runtuh dan pemanasan global. Sesungguhnya, hutan menawarkan
berbagai-bagai manfaat kepada kehidupan di muka bumi. Persoalannya, apakah kepentingan-
kepentingan hutan kepada manusia?
Antara kepentingan perdana adalah untuk mengawal suhu bumi. Pokok mengeluarkan
oksigen dan menyedut karbon dioksida. Apabila pokok banyak ditebang, maka keseimbangan
antara kedua-dua gas itu telah tergugat. Maka tidak menghairankan apabila suhu bumi pada
masa ini semakin meningkat. Jika hutan tidak dijaga, tidak mustahil suhu bumi boleh mencecah
sehingga 40 darjah celcius.
Sumber : Tinta Kencana Blogspot.com, Fungsi Hutan,
Kepentingan Hutan Untuk Kehidupan, Raslan Daud, September 2011.
Petikan di atas menyatakan kepentingan hutan kepada masyarakat.
Anda mengambil bahagian dalam satu pertandingan syarahan bersempena dengan Minggu Alam Sekitar di
sekolah. Tajuk syarahan ialah “Hutan dan Kepentingannya kepada Manusia Sejagat”.
Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.
Soalan 2 Domain : Peribadi
Pelajar pintar adalah mereka yang mempunyai beberapa kelebihan tertentu sejak kecil lagi. Ciri-
ciri ini tidak ada pada kanak-kanak lain yang sebaya atau lebih kurang seusia dengan mereka.
Antara ciri-ciri itu ialah memiliki sikap ingin tahu yang tinggi, bersikap kritis kepada diri
sendiri dan orang lain, berupaya melihat hubungan yang wujud antara beberapa pendapat atau
pandangan berbeza, dan menghasilkan pelbagai idea dari satu rangsangan yang spesifik yang
memerlukan persekitaran pembelajaran yang sangat mencabar, sukar menerima kenyataan tidak
konkrit, jawapan atau penilaian yang diberi atau dibuat orang lain, memiliki persepsi berlainan
terhadap persekitaran, dan peka kepada ketidakadilan pada tahap peribadi dan global.
Memang tidak dinafikan, pendidikan adalah antara bidang yang paling utama dalam
pembangunan negara. Malaysia memerlukan rakyat yang berpendidikan tinggi bagi merancakkan
pertumbuhan ekonomi negara. Memiliki ramai rakyat yang genius adalah aset besar kepada
negara.
Sumber: BH Online, Pelajar cemerlang aset berharga negara
oleh Dr Rahman Hashim - Januari 10, 2015 @ 2:28am
Petikan di atas menyatakan sebahagian ciri remaja cemerlang.
Anda akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan syarahan bersempena dengan Hari Keluarga di
tempat anda. Tajuk syarahan ialah “Remaja Cemerlang Membahagiakan Ibu Bapa”.
Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.
33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
E Perbahasan Domain : Awam
Model Karangan
Pihak JKM telah lama menyarankan pengasuh atau suri rumah yang menerima upah menjaga
antara empat dan sembilan kanak-kanak di kediaman sendiri, wajib mendaftar dengan JKM.
Tujuannya JKM boleh mengawal selia perjalanan taska dan pengasuhan di rumah. Mereka
yang mendaftar dengan JKM akan diberi latihan kursus asas pengasuhan.
Selain itu, hal ini akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak iaitu ibu bapa dan
pengasuh. Tindakan undang-undang boleh dikuatkuasakan jika kedua-dua belah pihak tidak
melaksanakan seperti terdapat dalam akta tersebut.
Sumber: Melakakini.my, Penjagaan Bayi, Adakah Bayi Anda Selamat di Tempat Jagaan,
Dr Bustam Kamari, 2018.
Petikan di atas menyatakan kemalangan yang berlaku di pusat asuhan kanak-kanak sehingga mengancam
keselamatan anak-anak kecil.
Andaikan anda menyertai satu pertandingan perbahasan pada peringkat daerah. Tajuk perbahasan ialah
“Menghantar Anak-anak ke Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) adalah Lebih Baik Berbanding dengan
Menghantar Anak-anak kepada Pengasuh.”
Sediakan hujah-hujah anda sebagai pencadang.
Anak nelayan dayung ke muara,
Singgah sebentar di Pulau Tahan;
Ungkapan bismillah pembuka suara,
Hujah-hujah bakal diketengahkan.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ismail, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang,
guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Sebelum menyampaikan hujah-hujah, terlebih dahulu
kami sebagai barisan pencadang tetap berdiri teguh menyokong tajuk perbahasan pada hari ini
iaitu, “Menghantar Anak-anak ke Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) adalah Lebih Baik
Berbanding dengan Menghantar Anak-anak kepada Pengasuh”. Banyak ibu bapa hari ini yang
bekerja dan memerlukan penjaga untuk anak-anak mereka khususnya, anak-anak yang berusia
tiga bulan hingga empat tahun. Namun begitu, timbul persoalan kepada ibu bapa sama ada
untuk menghantar anak-anak mereka ke taska ataupun kepada pengasuh persendirian.
Hadirin yang dimuliakan,
Menghantar anak-anak ke taska adalah lebih baik berbanding dengan menghantar
anak-anak kepada pengasuh persendirian kerana keselamatan anak-anak lebih terjamin.
Hal ini demikian kerana, bilangan guru adalah lebih banyak dan mereka dapat memantau
setiap kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak. Mereka juga boleh bergilir-gilir memantau
anak-anak sekiranya mahu melakukan sesuatu perkara. Begitu juga keistimewaan yang diberikan
kepada ibu bapa untuk penjagaan bayi di taska. Kebiasaannya, seorang guru dihadkan untuk
menguruskan dua orang bayi sahaja. Oleh itu, anak-anak dapat bermain dengan selamat
di samping pemantauan yang berkesan daripada guru-guru berbanding dengan pengasuh
persendirian yang semua hal dilakukannya sendiri.
Hujah saya yang kedua, anak-anak yang dihantar ke taska lebih pandai bersosial. Dalam
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
hal ini, mereka pandai bergaul dengan rakan-rakan dan Perkasa Karangan
bermain bersama-sama. Mereka juga berasa seronok kerana
mempunyai kawan yang banyak. Hal ini berbeza dengan anak- 1. Karangan jenis perbahasan
anak yang dihantar kepada pengasuh persendirian kerana menghendaki anda menyatakan
anak-anak kurang bergaul dan akan berasa kekok untuk hujah-hujah sama ada
bersosial. Hal ini demikian kerana, mereka sudah terbiasa menyokong atau membangkang
bermain sendirian di rumah pengasuh ekoran bilangan anak- tajuk yang diberikan. Anda tidak
anak di rumah pengasuh yang terhad. Kesannya, anak-anak boleh bersifat neutral.
cenderung untuk menjadi pasif apabila berada di khalayak.
2. Ada dua situasi yang biasanya
ditanyakan dalam soalan
Hadirin yang dikasihi, karangan jenis perbahasan, iaitu
Hujah saya yang seterusnya ialah anak-anak yang situasi pertandingan dan bukan
dihantar ke taska pandai berdikari. Hal ini demikian kerana, pertandingan.
tanpa ibu bapa di sisi, anak-anak akan berusaha untuk
melakukan sendiri sesuatu perkara tanpa mengharapkan 3. Bagi situasi pertandingan,
bantuan orang lain. Di samping itu, anak-anak juga diajar karangan ini haruslah mempunyai
ciri-ciri yang berikut:
dan dididik oleh guru-guru untuk melakukan sendiri sesuatu (a) Kata alu-aluan mengikut
protokol.
perkara sejak kecil langkah demi langkah, misalnya memakai (b) Kata penghadapan, misalnya
pakaian dan makan. Aktiviti ini memberikan keseronokan Hadirin sekalian, Tuan-
apabila mereka melakukannya bersama-sama dengan rakan tuan dan puan-puan, dan
lain. Namun begitu, keadaannya berbeza di rumah pengasuh sebagainya apabila hendak
apabila tumpuan diberikan sepenuhnya untuk anak tersebut memulakan fakta atau hujah.
dan semua perkara dilakukan oleh pengasuh. Oleh sebab
itu, anak-anak yang dihantar ke taska akan lebih cepat (c) Ucapan sebagai tanda
mempelajari sesuatu perkara berbanding dengan anak-anak berakhirnya perbahasan serta
yang dihantar ke rumah pengasuh persendirian. kesimpulan.
Selain itu, anak-anak yang dihantar ke taska mempunyai
4. Bagi situasi bukan pertandingan
pula, anda harus memulakan
karangan dengan mendefinisikan
kebolehan intelektual yang tinggi berbanding dengan anak- tajuk, membahaskan tajuk
anak yang dihantar ke rumah pengasuh persendirian. Hal mengikut kehendak soalan, dan
ini demikian kerana, pelbagai program dan aktiviti diadakan menegaskan pendirian terhadap
di taska. Guru-guru berperanan dalam mengadakan aktiviti tajuk tersebut.
seperti mewarna, aktiviti sukan, dan sambutan perayaan di
samping aktiviti pembelajaran pada setiap hari. Anak-anak 5. Hujahan perlulah bersandarkan
diajar untuk mengenal haiwan, anggota badan, abjad, dan bukti-bukti dan contoh-contoh
mengira, khususnya untuk anak-anak yang berusia dua tahun yang tepat, meyakinkan, logik,
serta mampu untuk menjawab
soalan yang dikemukakan.
ke atas. Mereka juga dididik supaya membentuk tingkah laku 6. Penggunaan bahasa adalah
yang baik. Perkara ini jelas sekali membantu perkembangan formal tetapi kata-kata kiasan dan
minda anak-anak dan melatih peribadi yang baik. peribahasa digalakkan.
Akhir sekali, kelebihan menghantar anak-anak ke taska
ialah waktu operasi yang teratur dan tetap. Ibu bapa boleh
mengurus cuti dengan baik dan menjalani rutin harian
dengan lancar. Sebaliknya, ibu bapa yang menghantar anak- • kekok – kaku ketika melakukan
anak kepada pengasuh persendirian selalunya akan terbeban sesuatu perkara
dengan masalah jadual cuti pengasuh yang tidak terikat • pasif – tidak aktif
dan bebas untuk mengambil cuti, terutama sewaktu musim
perayaan. Hal ini demikian kerana, ada pengasuh yang gemar
mengambil cuti sewenang-wenangnya menyebabkan ibu bapa perlu mencari alternatif lain
untuk menjaga anaknya. Kesannya, pekerjaan ibu bapa akan terganggu.
Hadirin yang dimuliakan,
Kesimpulannya, berdasarkan hujah-hujah yang saya tampilkan, sudah terang lagi bersuluh
bahawa menghantar anak-anak ke TASKA adalah lebih baik berbanding dengan menghantar
anak-anak kepada pengasuh. Oleh itu, kami menyeru barisan pembangkang agar menyertai
barisan kami untuk menyokong tajuk perbahasan pada hari ini dengan mengemukakan hujah
yang benar, tepat, dan meyakinkan. Sekian, terima kasih.
35 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Praktis SPM 5
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Kerjaya
TAHUN 2020 dianggap cabaran getir buat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi menamatkan
kemarau pingat emas sulung Sukan Olimpik yang diburu negara sejak mula menyertai temasya
terbesar dunia itu pada 1956.
Sinar untuk merekodkan sejarah ulung sukan tanah air itu kini kembali menjelma pada
edisi di Tokyo, Julai tahun depan, sekali gus menjadi peluang terbaik kepada semua atlet
kebangsaan membuktikan kemampuan mereka.
Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pengkhususan utama
pihaknya tahun ini sememangnya terarah dalam mempersiapkan kontinjen Malaysia untuk
merealisasikan sasaran penting berkenaan.
Sumber : Harian Metro, Sukan, Tak Jemu Buru Emas Olimpik,
Iskandar Shah Muhammad, I Januari 2020.
Petikan di atas menyatakan sebahagian isu yang berkaitan dengan perbelanjaan yang besar dalam bidang sukan.
Dalam satu pertandingan perbahasan, anda mewakili sekolah anda membahaskan sebuah tajuk “Perbelanjaan
yang Besar dalam Bidang Sukan Merupakan Satu Pembaziran.”
Sediakan teks anda sebagai wakil pembangkang.
Soalan 2 Domain : Pendidikan
Isu mengenai hukuman rotan di sekolah telah timbul kembali berikutan kes seorang ibu telah
membuat laporan polis kerana anak perempuannya dirotan guru sekolah di Johor Bahru. Kes
tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak dan mula memberi pendapat masing-masing
tentang hukuman rotan yang masih dipraktikkan di sekolah.
Pada tahun 2017, Yayasan Guru Malaysia Berhad pernah menyatakan pihak mereka
bersetuju untuk melaksanakan hukuman rotan di sekolah jika tindakan itu berupaya memberi
pengajaran dan menginsafkan pelajar. Tindakan merotan pelajar bukan dianggap sebagai
hukuman tetapi menjadi sebahagian daripada proses pendidikan bagi memberi kesedaran
kepada pelajar daripada berterusan melakukan perkara yang melanggar peraturan sekolah.
Sumber : www.nadinegara.com.my,
Disiplin, Kewajaran Hukuman Rotan di Sekolah, 2 Julai 2019.
Petikan di atas menyatakan isu penggunaan rotan dalam usaha untuk mendisiplinkan murid.
Dalam satu pertandingan perbahasan pada peringkat sekolah, anda mewakili kelas untuk membahaskan tajuk
“Kuasa Merotan Murid Patut Diberikan kepada Semua Guru.”
Sediakan teks anda sebagai wakil pembangkang.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 36
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
F Laporan Domain : Pendidikan
Model Karangan
Adalah menjadi dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan pihak sekolah
supaya menganjurkan lawatan untuk murid-murid sekolah yang berunsurkan pendidikan yang
boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi memastikan lawatan sekolah yang dirancang itu benar-benar memberi manfaat
kepada murid-murid yang mengikutinya, Surat Pekeliling Ikhtisas ini memperincikan beberapa
panduan yang perlu diikuti oleh setiap sekolah semasa merancang sebarang Lawatan Sekolah
pada hari persekolahan.
Sumber : Surat Pekeliling Ikhtisas KPM, Lawatan, Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan,
Datuk Dr, Haji Ahamad Sipon, 6 Jun 2007
Petikan surat di atas menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia amat menggalakkan lawatan
sambil belajar kepada murid-murid.
Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda telah mengadakan lawatan ke sebuah syarikat penerbitan. Sebagai
setiausaha persatuan, anda diminta untuk mengemukakan laporan lawatan tersebut kepada pengetua sekolah.
Tulis laporan tersebut selengkapnya.
Perkasa Karangan
Laporan Lawatan Persatuan Bahasa Melayu 1. Karangan jenis laporan ditulis
ke Syarikat Penerbitan Citra untuk melaporkan sesuatu
Pada hari Khamis bersamaan dengan 25 Jun 2020, Persatuan peristiwa atau hal yang telah
Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading berlaku.
telah mengadakan lawatan ke Syarikat Penerbitan Citra yang
terletak di Petaling Jaya, Selangor. Sebanyak 40 orang murid 2. Biasanya, anda diminta untuk
menyertai lawatan ini dengan diiringi oleh empat orang guru menulis laporan tentang pelbagai
penasihat yang diketuai oleh Tuan Haji Alimudin bin Majid. kegiatan persatuan atau minit
mesyuarat di sekolah anda.
3. Anda mungkin diminta supaya
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan ilmu mengandaikan diri sebagai
penerbitan kepada ahli persatuan ini. Hal ini demikian kerana, setiausaha.
banyak ahli persatuan ini yang berminat dan berbakat dalam
bidang penulisan terutamanya penulisan kreatif. Dengan itu, 4. Untuk menulis karangan jenis
lawatan ini diharap dapat menyemarakkan minat mereka untuk laporan, anda hendaklah benar-
menghasilkan karya mereka. Malahan, lawatan ini juga diharap benar mengetahui peristiwa yang
hendak dilaporkan dan bukannya
berdasarkan khayalan anda.
dapat merintis hubungan baik antara pihak sekolah dengan 5. Karangan laporan mempunyai
syarikat korporat ini dalam usaha menjalinkan hubungan sosial format penulisan khusus yang
yang dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak. harus dipatuhi.
Ketibaan kami di kompleks penerbitan ini disambut oleh
Pegawai Komunikasi Korporat, Puan Amizah binti Aznan. 6. Gaya bahasa yang digunakan
Beliau membawa kami ke bilik persidangan yang terletak mestilah formal, mudah, tepat,
dan padat.
di aras 3 bangunan tersebut. Di situ, kami diberikan penerangan tentang sejarah penubuhan
syarikat ini dan produk-produk penerbitan yang diusahakan oleh syarikat ini. Kami berasa
kagum akan kegigihan pengusaha syarikat ini yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam
usaha menjadikan syarikat ini kukuh berdiri seperti yang dapat kita saksikan pada masa ini.
37 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Kami juga berasa teruja apabila melihat ratusan jenis majalah
yang diterbitkan oleh syarikat ini pada setiap bulan.
• merintis – memulakan
Kemudian kami dibawa melawat ke Bahagian Penerbitan. • korporat – berkaitan dengan
Di situ kami dapat melihat gerak kerja penerbitan yang
syarikat besar
dilakukan secara berperingkat-peringkat. Kami dapati bahawa • trend – aliran
para pekerja syarikat ini begitu komited terhadap tugas mereka • direalisasikan – dijadikan
bagi memastikan majalah dan bahan bacaan yang diterbitkan kenyataan
oleh syarikat ini memenuhi cita rasa pembaca. Kami sangat
tertarik oleh persembahan majalah dan bahan bacaan tersebut • kesuntukan – kekurangan,
kesempitan
yang sangat menarik dan menepati trend terkini. Oleh itu,
tidak hairanlah banyak orang yang gemar membaca majalah dan bahan bacaan terbitan syarikat
ini kerana kualiti bahan bacaan tersebut. Di Bahagian Penerbitan juga kami diberikan penerangan
tentang prosedur penerbitan majalah dan bahan bacaan. Menurut pegawai berkenaan, unit ini
bertanggungjawab untuk mencetuskan idea-idea dan konsep penerbitan supaya majalah dan
bahan bacaan yang diterbitkan itu memenuhi kehendak pasaran.
Selepas itu, kami dibawa menyertai Bengkel Penulis Muda yang kebetulan dilangsungkan
di kompleks penerbitan syarikat ini. Bengkel ini dibimbing oleh penulis muda yang sedang
meningkat naik, iaitu Saudara Helmi bin Ahmad. Beliau yang merupakan penulis yang
berpengalaman telah mencurahkan kepakaran beliau supaya peserta bengkel berkenaan dapat
menjadi penulis yang berjaya sepertinya. Menurut beliau, kejayaan seseorang penulis bukan
terletak pada bilangan buku yang ditulisnya tetapi terletak pada kualiti dan kesannya kepada
pembaca. Oleh itu, beliau mengingatkan kami agar berusaha untuk memantapkan diri sebagai
penulis dengan banyak membaca dan melakukan kajian supaya bahan penulisan tersebut
mencapai tahap kematangan yang tinggi. Beliau mengambil contoh beberapa buah buku dari
luar negara yang berjaya kerana hasil kualitinya walaupun buku tersebut mengambil masa
yang panjang untuk dihasilkan.
Akhir sekali, kami menghadiri sesi beramah mesra dengan pengasas syarikat ini, iaitu
Datuk Yasir bin Saifuddin. Kami berasa bertuah kerana beliau sanggup melapangkan masa
beliau di tengah-tengah kesibukan beliau untuk melayan kami. Kami sungguh tertarik oleh
keperibadian beliau yang bukan sahaja tidak kedekut untuk berkongsi pengalaman, malahan
beliau juga bercakap tentang wawasan masa depannya yang mahu menjadikan industri
penerbitan ini bersaing pada peringkat global dengan menerbitkan bahan bacaan yang
dibaca oleh penduduk serata dunia. Menurut beliau, usaha ini tidaklah mudah tetapi beliau
cukup berkeyakinan tinggi bahawa wawasan tersebut dapat direalisasikannya. Beliau juga
telah membuka tawaran kepada pihak sekolah untuk menerima syarikat ini sebagai bapa
angkat dalam usaha menjalankan tanggungjawab sosial syarikat korporat ini. Menurut beliau,
menerusi program sosial ini, syarikat beliau akan menyumbangkan sejumlah wang untuk
memajukan program akademik di sekolah ini. Beliau juga mempelawa ahli-ahli persatuan ini
untuk menyertai Kadet Wartawan semasa cuti sekolah untuk memberikan pengalaman kepada
murid-murid menyertai dunia kewartawanan.
Lawatan ini memang besar maknanya kepada semua peserta kerana memberikan kesan
yang besar dalam usaha menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan berwawasan. Saya
berharap agar persatuan dapat mengadakan lawatan yang serupa pada tahun hadapan kerana
banyak perkara mengenai syarikat penerbitan ini yang tidak sempat kami terokai lagi kerana
kesuntukan masa.
Laporan disediakan oleh, 30 JUN 2020.
Samsiah Fakarudin
……………………….……………
(SAMSIAH BINTI FAKARUDIN)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 38
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Praktis SPM 6
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Pendidikan
Guru berperanan dalam pembinaan karakter murid secara holistik dengan nilai manusiawi yang
tinggi bagi menyediakan generasi pemimpin pada masa hadapan.
Bagi mencapai tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperluas konsep
sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa melalui
Program Ziarah Cakna yang akan dilaksanakan di seluruh negara.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata di bawah program yang akan
dilaksanakan sepanjang tahun itu, pihak sekolah akan menziarah rumah murid untuk bertanya
khabar dan berkongsi perkembangan murid serta memahami latar belakang keluarga mereka.
Sumber : Astro Awani, Ziarah Cakna,
KPM Perluas Sekolah Penyayang Melalui Ziarah Cakna,
Irwan Mohd Zain , 26 Januari 2019.
Petikan di atas menyatakan kepentingan dan usaha-usaha untuk mewujudkan keceriaan di sekolah.
Sekolah anda mengadakan Minggu Keceriaan Sekolah. Sebagai setiausaha Kelab Keceriaan Sekolah, anda
diminta untuk menulis laporan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Tulis laporan anda itu selengkapnya.
Soalan 2 Domain : Awam
Hampir setiap hari, media massa memaparkan laporan tentang pelbagai jenis kes jenayah sama
ada rompakan bersenjata, penculikan, atau pencabulan wanita.
Ternyata aktiviti-aktiviti jenayah pada masa kini semakin bersifat ganas dan penjenayah
pula semakin berani dalam menjalankan aktiviti mereka. Pelbagai kegiatan jenayah berat seperti
bunuh, samun dan rompakan bersenjata serta rogol sering menghiasi dada akhbar utama setiap
hari.
Peningkatan kes bunuh membabitkan senjata api semakin menjadi-jadi menyebabkan
kerajaan terpaksa menubuhkan pasukan khas polis dalam membenteras jenayah ini. Perkara ini
dipandang serius oleh kerajaan.
Sumber : Jurnal Antarabangsa Mengenai Keselamatan dan Polisi Awam, Kes Jenayah,
Kesepakatan Komuniti dalam Menangani Kegiatan Jenayah Kejiaranan di Malaysia
dengan Menggunakan Pendekatan Khidmat Rondaan Sukarela.
Ismail Zakaria, 1 Oktober 2019.
Petikan di atas menyatakan kegiatan jenayah di kawasan perumahan dan langkah untuk menanganinya.
Kawasan perumahan anda kerap mengalami kes jenayah seperti kecurian. Sebagai setiausaha persatuan
penduduk, anda diminta untuk menulis laporan mengenai kes tersebut untuk dikemukakan kepada pihak
berkuasa.
Tulis laporan anda itu selengkapnya.
39 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
G Berita / Rencana
Perkasa Karangan
1. Karangan jenis berita bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan tentang sesuatu peristiwa yang
sudah berlaku.
2. Isi berita yang ditulis haruslah berkisar tentang lima persoalan, iaitu apa, siapa, bila,
di mana, dan mengapa.
3. Isi berita yang baik harus disertai huraian dan contoh yang tepat untuk menguatkan hujah bagi meyakinkan pembaca
tentang berita yang ditulis.
4. Bahasa yang digunakan mestilah tepat, ringkas, dan mudah difahami.
5. Sedutan atau petikan kata-kata yang berkaitan dengan isi berita sesuai dimasukkan.
6. Penulisan karangan jenis berita mempunyai format khusus yang diperlu dipatuhi.
Praktis SPM 7
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Awam
Satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Pos Mosuh Tapah berdekatan Kampung Sungai
Bot, di sini, pada 3 petang hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya
menerima maklumat berhubung kejadian pada 3.30 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bersama
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah dikejarkan ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak kami mendapati terdapat kesan runtuhan tanah
setinggi kira-kira 25 meter yang menghalang kedua-dua arah laluan terbabit.”
Sumber : Harian Metro, Tanah Runtuh, Tanah Runtuh di Pos Mosuh Tapah pula,
Rosman Samsuddin, 15 September 2020.
Petikan di atas menyatakan kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita.
Selaku wartawan akhbar, anda diminta untuk menulis berita tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di
satu tempat.
Tulis berita tersebut selengkapnya.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 40
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Soalan 2 Domain : Awam
Seorang pegawai teknikal yang dikenali sebagai Amran (bukan nama sebenar) sebelum ini
mendapat pendapatan yang lumayan antara RM10,000 hingga RM15,000 sebulan. Dengan
pendapatan tersebut, beliau mampu memberi kebahagiaan kepada keluarganya. Semua anaknya
dihantar belajar di sekolah swasta. Namun, disebabkan terpikat dengan skim pelaburan emas
yang dijalankan oleh seorang rakannya, yang kononnya menjanjikan pulangan menarik,
ditambah dengan contoh rakan yang telah berjaya mendapat habuan, maka tanpa berfikir
panjang dan merujuk mana-mana pihak, Amran telah melabur dengan skim tersebut.
Sumber: Bank Negara Malaysia, Ringgit, Akibat Skim Cepat kaya, Julai 2015, halaman 2
https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_publication&pg=enringgit&ac=64&lang=en&bb=file
Sebagai wartawan,banda telah ditugaskan untuk menulis berita tentang kegiatan skim cepat kaya yang
berleluasa di daerah anda.
Tulis berita tersebut selengkapnya.
H Fakta Domain : Awam
Model Karangan
Harga beberapa barangan terutama bahan mentah di negara ini naik dipercayai berpunca
daripada tindakan pengguna yang membeli barangan keperluan harian itu secara berlebihan
kerana bimbang stok.
Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia, Darshan Singh berkata, sikap pengguna
yang melakukan pembelian barangan secara berlebihan akan mengganggu rantaian pembekalan.
“Pengguna harus membeli barangan yang diperlukan seperti biasa sahaja kerana pembelian
secara berlebihan menyebabkan berlaku kekurangan bekalan di pasaran seterusnya menyebabkan
kenaikan harga.
Sumber: Sinar Harian Online, Harga Barangan, Harga Barang Naik Sebab Pengguna Beli
Berlebihan Raiham Mohd Sanusi ,30 Mac 2020.
Petikan akhbar di atas menyatakan sebahagian faktor kenaikan harga barang yang INFO Kenaikan
memberikan kesan kepada masyarakat. Harga Barang
Jelaskan usaha-usaha yang dialkukan oleh pelbagai pihak untuk membendung kenaikan di Malaysia
harga barangan di negara kita.
Kenaikan harga barang di negara kita bukanlah suatu perkara yang biasa, malah sering terjadi
terutama pada musim perayaan. Kenaikan harga barang sudah semestinya akan menjejaskan
perbelanjaan seharian masyarakat, terutama golongan yang berpendapatan rendah. Bagi golongan
yang hidupnya “kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang”, kenaikan harga barang sudah
tentu akan membebankan mereka. Pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
41 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Antara usaha untuk menangani masalah Perkasa Karangan
kenaikan harga barang termasuklah mengamalkan
amalan berjimat cermat. Hal ini demikian kerana, amalan
berjimat cermat dapat mengurangkan perbelanjaan harian para 1. Karangan jenis fakta
menghendaki anda
pengguna. Amalan berjimat cermat juga akan mengurangkan mengemukakan isi dengan fakta
permintaan pengguna terhadap sesuatu barang menyebabkan yang benar, logis, terkini, dan
harga barang tersebut akan mengalami penurunan. Di samping menepati soalan.
itu, wang lebihan perbelanjaan harian bolehlah disimpan untuk
2. Untuk menulis karangan jenis
ini dengan baik, anda haruslah
kegunaan pada masa akan datang. Oleh itu, rakyat disarankan mempunyai pengetahuan yang
agar menerapkan amalan berjimat cermat dalam diri sekali gus luas tentang perkara yang
mempraktikkan amalan ini kepada anak-anak. hendak dinyatakan.
3. Tulis isi-isi penting mengikut
Di samping itu, untuk menangani masalah kenaikan kepentingan dan gunakan
harga barang, para pengguna haruslah bijak merancang penanda wacana yang sesuai
supaya ada kesinambungan idea
perbelanjaan harian. Hal ini demikian kerana, para pengguna antara perenggan.
dapat mengurangkan jumlah perbelanjaan harian dengan
mengutamakan barang keperluan berbanding dengan barang 4. Setiap isi atau fakta yang
kehendak. Dalam hal ini, para pengguna disarankan supaya diberikan haruslah dihuraikan
dan disertai contoh yang relevan.
membuat senarai barang yang hendak dibeli terlebih dahulu
sebelum berbelanja. Amalan ini dapat mengelakkan pembaziran
kerana para pengguna lebih peka dan hanya membeli barang- • mempraktikkan – mengamalkan,
barang yang diperlukan sahaja misalnya, barang makanan dan melaksanakan
pakaian. Manakala, barang kehendak yang kurang penting
• memboikot – memulaukan
seperti permainan untuk anak-anak boleh diketepikan. Oleh
itu, para pengguna tidak perlu berbelanja lebih demi memenuhi kehendak di samping dapat
mengurangkan beban perbelanjaan harian.
Seterusnya, usaha lain untuk menangani masalah kenaikan harga barang adalah dengan
memboikot barang-barang yang mengalami kenaikan harga secara mendadak misalnya, kenaikan
harga barang seperti ayam, ikan, daging, dan sayur. Perkara ini lazimnya berlaku ketika musim
perayaan, ekoran permintaan yang tinggi daripada para pembeli. Situasi ini menyebabkan para
peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang
yang dijual. Oleh itu, masyarakat hendaklah bertindak bijak dengan tidak membeli barang-
barang yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah.
Selain itu, usaha pihak kerajaan melakukan pemantauan harga barang di pasaran juga
dapat membantu untuk menangani masalah kenaikan harga barang. Dalam hal ini, pihak
berkuasa hendaklah melakukan lawatan ke tapak-tapak perniagaan dan melakukan pemeriksaan
harga barang agar tiada peniaga yang menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya.
Hukuman dan denda hendaklah dikenakan kepada pihak yang tidak mematuhi peraturan dan
menjual barang tidak mengikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Oleh itu, dengan
tindakan yang sedemikian para peniaga tidak akan berani untuk mengambil kesempatan
terhadap para pengguna, seperti peribahasa “menangguk di air yang keruh”.
Kesimpulannya, kenaikan harga barang membebankan dan menyusahkan banyak pihak.
Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi menangani masalah kenaikan
harga barang di pasaran. Para pengguna haruslah sedar akan hak-hak mereka agar tidak mudah
ditindas oleh golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab. Berhemahlah ketika berbelanja
dan jadilah pengguna yang bijak.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 42
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Praktis SPM 8
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Pendidikan
Aktiviti kokurikulum merupakan satu daripada elemen yang terdapat dalam pendidikan di
sekolah. Aktiviti kokurikulum terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu sukan, permainan dan
unit beruniform. Terdapat beberapa kebaikan apabila pelajar menyertai kegiatan kokurikulum.
Antara kebaikan aktiviti kokurikulum ialah pelajar dapat menambahkan pengetahuan dan
kemahiran tentang sesuatu bidang yang disertai. Contohnya, dengan menyertal aktiviti unit
beruniform kadet polis, pelajar akan mengetahui tentang bidang pekerjaan sebagai anggota
polis. Pengetahuan dan pengalaman ini boleh digunakan oleh pelajar setelah menamatkan
zaman persekolahan kelak.
Sumber : Sharedel.blogspot.com, Kokurikulum,
Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum, , Julai 2016.
Petikan di atas menyatakan sebahagian isu berkaitan dengan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran murid di sekolah.
Huraikan faedah-faedah penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum.
Soalan 2 Domain : Pendidikan
Untuk mengatasi sikap boros, anda perlu melakukan beberapa cara agar sumber pendapatan
sama ada elaun pengajian (bagi pelajar) atau gaji tidak cepat habis. Anaranya, kita perlu
membayar bil atau bayaran yang penting dahulu. Kemudian, asingkan sebahagian daripada
wang tersebut untuk disimpan.
Selebihnya, anda gunakanlah untuk keperluan seharian sehingga tiba elaun atau gaji yang
akan datang. Selain itu, anda juga boleh memisahkan wang anda dalam dua tabung. Satu tabung
untuk kegunaan peribadi, satu lagi tabung untuk keperluan harian. Cara ini membantu anda
agar tidak belanja berlebihan.
Sumber : Mymetro, Perbelanjaan Berhemah,
Sukar Kawal Nafsu Untuk Berbelanja,
Siti Fatimah, 24 Julai 2017.
Petikan di atas menyatakan sebahagian isu berkaitan dengan amalan menabung.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk amalan menabung wang kepada anak-anak mereka.
Jelaskan kebaikan amalan menabung kepada sesebuah keluarga.
43 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.